Bab 5
Perlahan-lahan dia membuka mata.
Sinar cahaya dari lampu nilon membuat matanya sedikit silau. Lalu, ditutupnya
kembali kelopak matanya. Lama-kelamaan dia mampu menyesuaikan diri dengan
sinaran cahaya itu. Dia merenung siling. Begitu lambat mindanya berfikir
tatkala ini. Sejenak kemudian, barulah dia tersedar. Barulah dia perasan, kini
dia berada di tempat yang begitu asing buatnya. Pantas matanya berkalih ke
sebelah. Membuntang mata bundar tersebut bila melihat orang yang terlantar di
sisi.
Karmiza pantas bangun dan mendekati
katil suaminya. Kelopak matanya mula merembeskan air mata.
‘Ya Allah, abang...’ rintih hatinya.
Dia memaut tapak tangan sebelah kiri milik Saifullizan dan diusapnya lembut.
Begitu sayu hatinya saat memandang keadaan Saifullizan. Laju saja mutiara mata
itu mengalir. Karmiza sudah menangis teresak-esak. Tangannya mengusap pula pipi
suaminya lembut. Tak berhenti tangisannya memandang suaminya sebegitu. Sebelah
tangan Saifullizan dibalut dengan kain pembalut tangan patah. Patah ke tangan
suaminya itu? Detik hatinya.
“Miza? Miza dah sedar?” Teguran
seseorang dari belakang mengejutnya. Dia berpaling dan memandang sayu pada
wajah Haji Mukhri yang baru saja datang menjenguk mereka di situ. Karmiza tak
mampu bertahan lagi dan laju saja kakinya menerpa memeluk tubuh tua atuknya.
Dia menangis di bahu Haji Mukhri. Haji Mukhri menepuk lembut bahu Karmiza ingin
meniupkan sedikit semangat pada cucu menantunya itu.
“Sabar ya, Miza. Bawa bertenang.
Epul tak apa-apa. Jangan risau.” Karmiza merenggangkan pelukan dan memandang
hairan. Haji Mukhri mengangguk perlahan memaklumkan kepastian itu. Tangisan
Karmiza mula kurang. Hanya sedu-sedan saja yang kedengaran.
“Mujurlah Epul hanya melanggar tiang
lampu di tepi jalan. Atuk dah laporkan pada polis ingin siasat apa punca
sebenar Epul kemalangan. Syukurlah. Cuma tangan Epul saja yang patah. Tambahan lagi,
disebabkan air bag pada stereng keretanya
juga membantu mengurangkan kecederaan pada tubuh Epul.”Jelas Haji Mukhri pada
Karmiza. Karmiza hanya mengangguk lemah. Matanya tak lepas dari memandang wajah
tenang suaminya. Haji Mukhri juga turut sama memandang sayu pada wajah cucunya
itu.
“Cakap pasal Epul terlupa pula nak
tanya khabar Miza. Miza dah okey? Sihat?” Soal Haji Mukhri yang baru saja
teringat akan keadaan cucu menantunya itu. Sebaik sahaja dia mendapat panggilan
ketika berada di rumah kebajikan anak yatim piatu mengenai Saifullizan, dia
dikejutkan pula dengan berita Karmiza yang tiba-tiba pengsan. Mahu luruh
jantungnya bila kedua-dua cucunya ditimpa musibah. Terkocoh-kocoh dia ke
hospital, takut apa-apa yang terjadi pada kedua-duanya sekali.
Karmiza mengangguk tanpa bersuara.
Dia mendekati suaminya semula. Haji Mukhri mengeluh lemah. Dia tahu, pasti
Karmiza masih dalam keadaan terkejut. Sebab itulah boleh sampai pengsan sebaik
mendapat berita mengenai Saifullizan.
“Miza, atuk nak balik sekarang. Miza
dah sihat kan? Miza nak ikut atuk balik tak?”
“Tak apalah, tok. Miza nak teman
abang Epul sampai dia sedar. Miza takut abang Epul tiba-tiba trauma bila tengok
lengannya ni. Jadi, baiklah kalau Miza temankan dia di sini. Atuk baliklah
berehat, ye?”
“Baiklah. Ni atuk ada bawak beberapa
helai baju bersih untuk Miza dan Epul. Mak Timah sempat sediakan tadi. Mak
Timah ada kat luar. Tengah menunggu.” Mata Miza beralih pada daun pintu. Dia
beredar membuka pintu dan memanggil Mak Timah masuk.
“Kenapa Mak Timah tak nak masuk?”
“Tak apalah, Miza. Sebenarnya dari
tadi Mak Timah dalam bilik ni. Tak tahan, sejuk sangat. Jadi, Mak Timah keluar.
Dalam beg plastik tu, Mak Timah ada bawa baju tebal untuk Miza sekali. Duduk
dalam bilik ni boleh beku. Tak tahan, Mak Timah.” Jelas Mak Timah sambil tangannya
dari tadi menggosok lengan ingin mengurangkan rasa sejuk yang mencengkam
tulang.
“Mak Timah keluar dulu ye, Miza? Miza tidur kat sini kan? Jaga
Epul tu elok-elok.” Pesan Mak Timah. “Kamu pun jaga diri jugak. Kamu pun tak
sihat tu. Doktor Ackiel ada pesan kat Mak Timah, suruh kamu makan ubat yang dia
dah letak kat tepi meja tu,” Sambung Mak Timah lagi. Karmiza memandang pada
meja yang ditunjuk oleh Mak Timah. Ada beberapa ubat yang sudah disediakan
untuknya di situ. Dia menguntum senyuman kecil pada Mak Timah.
“Baiklah. Kita baliklah dulu, kak.
Biarkan mereka berdua berehat,”Pamit Haji Mukhri. Karmiza sempat mencium tangan
Haji Mukhri dan Mak Timah sebelum mereka pergi. Dia menutup pintu dengan
perlahan dan melangkah mendekati Saifullizan. Lama dia merenung wajah suaminya.
Ada kerutan di dahi yang dibalut dengan bandange
tersebut. Satu kucupan lembut singgah di dahi suaminya, lama! Air mata mengalir
jatuh ke dahi Saifullizan. Karmiza menjauhkan bibirnya dari dahi Saifullizan.
Dia duduk di atas kerusi yang sudah disediakan di tepi katil Saifullizan.
Karmiza duduk berteleku di atas
kerusi. Kalau saja dia sudah bersih dari hadas besar, sudah pasti akan
dibacanya surah Yassin di telinga Saifullizan. Kini, hanya doa di dalam hati
yang mampu dititipnya buat Saifullizan. Semoga suaminya cepat-cepat sedar dan
sembuh. Dia sudah rindukan Saifullizan. Jadi benarlah tebakkannya selama ini.
Dia berasa tak sedap hati semenjak dua menjak ni. Jadi, inilah sebabnya.
Karmiza tidak sedar masa berlalu begitu cepatnya sehinggalah dia tertidur
berlengankan tangan kiri Saifullizan.
***
Berkerut dahinya menahan rasa sakit
yang menjalar di dadanya. Di saat itu, matanya tajam memandang wajah lelaki
bengis yang tersenyum sinis padanya. Ditangan lelaki itu ada sepucuk pistol
yang diacu betul-betul di depan matanya.
“Bunuh dia, GD! Aku tak nak terima
lelaki pembunuh macam dia ni! Dia patut dihukum bunuh!” Arah suara lembut di
belakang lelaki bengis tadi. Mata Saifullizan beralih pula pada suara lembut di
belakang GD. Dikecilkan matanya mahu melihat wajah pemilik suara lembut tadi
agar nampak lebih jelas. Matanya terbuntang saat wajah itu menyapa
pandangannya. Dia terkejut dengan kehadiran gadis itu di sisi GD.
“Aku takkan pernah maafkan kau,
Saifullizan! Takkan!!” Jerkah gadis itu. “GD! Bunuh dan tanam mayatnya selepas
itu. Aku tak mahu tengok wajah dia di muka bumi ni lagi. Bunuh dia! Bunuh!”
Pantas picu pistol ditarik dan diacu tepat pada dahi Saifullizan.
“Tidak! Jangan Karmiza! Jangan!”
Bang!!
“Abang! Bangun, bang! Bangun!” Kejut
Karmiza. Dia terkejut bila melihat Saifullizan yang meronta-ronta di atas katil
sehingga mengganggu tidurnya tadi. Ditolaknya lembut bahu Saifullizan ingin
mengejutkan suaminya dari terus mengigau. Mata Saifullizan terbuka luas dan
tubuhnya bangun dari pembaringan. Karmiza mengusap lembut belakang Saifullizan
ingin menenangkan Saifullizan. Lalu, ditariknya tubuh suaminya ke dalam
dakapannya.
“Ssshhh...abang, ni Miza. Abang,
istighfar banyak-banyak. Abang mengigau ni. Ssshhh...tenang abang. Tenang ye sayang.” Lembut Karmiza menenangkan
suaminya. Dada Saifullizan berombak laju. Nafasnya tak tentu. Perlahan-lahan,
deru nafasnya kembali normal. Dia begitu terbuai dengan usapan lembut Karmiza
itu. Bila Saifullizan sudah tenang, Karmiza melepaskan pelukan dan membantu
Saifullizan untuk baring semula.
“Apa dah jadi? Kenapa dengan lengan
aku ni?”
“Awak tak ingat? Awak accident semalam,” Jawab Miza. Dia tahu
dalam kes Saifullizan ini, pasti suaminya akan terlupa apa yang berlaku sebelum
ini. Sudah memang kebiasaan perkara sebegini berlaku pada pesakit yang baru
sahaja tersedar daripada kemalangan.
Saifullizan mengerutkan dahinya.
‘Kemalangan? Aku kema..’ Lantas,
segala kejadian yang berlaku petang semalam diingatnya. Memang benar dia
kemalangan. Tetapi, semua itu gara-gara GD!! GD yang menyebabkan dia
kemalangan. GD yang melanggar keretanya dari tepi sehingga menyebabkan
keretanya hampir terbabas. Hampir sahaja keretanya jatuh ke gaung. Tetapi,
dengan kecekapan dia mengelola keretanya, dia hanya terlanggar tiang lampu.
Namun, kemalangan itu juga menyebabkan lengannya patah sebegini.
‘Patah?’ Baru Saifullizan perasan
akan lengannya yang dibalut itu. Dia memandang wajah Karmiza. Karmiza membalas
pandangannya hairan. Mata Karmiza beralih memandang lengan Saifullizan. Karmiza
tahu, pasti suaminya menagih jawapan bagi lengan yang berbalut itu.
“Lengan awak, patah. Tapi, kalau
dirawat. Lama-lama eloklah tu. Awak jangan risau,” Ujar Karmiza dengan senyuman
di bibir. Dia benar-benar bersyukur kerana kecederaan yang dialami suaminya
tidaklah begitu teruk. Cuma, Saifullizan mesti memerlukan dirinya dalam
menguruskan segala rutin harian semetelah lengan kanannya berbalut dan pasti
sukar untuk Saifullizan melakukan apa-apa aktiviti dengan menggunakan tangan
kirinya.
Bila ingatannya kembali normal.
Saifullizan mengetap bibir. Semua yang berlaku itu gara-gara GD. Dan sekarang,
GD memburunya sehingga sanggup membunuhnya. Saat dia teringat semula akan mimpi
ngeri tadi, perasaan Saifullizan mula sebal. Dia takut memikirkan apa yang akan
terjadi sekiranya Karmiza mengetahui rahsia yang disimpannya kemas dulu. Dia
takut kalau-kalau apa yang berlaku di dalam mimpinya tadi benar-benar terjadi.
Dia tidak mahu! Hatinya sudah mula sayang pada Karmiza. Sekiranya Karmiza
mengetahui rahsia tersebut, pasti sahaja dia kehilangan Karmiza. Itu yang dia
paling takuti. Biarlah nyawanya melayang sekalipun, dia tidak kisah. Dia cuma
mahu Karmiza di sisinya, itu sudah cukup.
“Abang? Kenapa ni?” Karmiza memegang
lengan kiri Saifullizan bila dipandangnya Saifullizan yang diam termenung.
Namun, alangkah terkejutnya bila tangannya ditepis pantas oleh Saifullizan. Dia
terkedu.
“Kau tak perlu nak pegang-pegang
aku. Aku tak suka!” Makin terkejut Karmiza dibuatnya. Tiada lagi suara lembut yang
meniti di bibir suaminya. Baru sahaja pagi semalam Saifullizan memanggilnya
dengan panggilan ‘saya awak’. Sekarang apa sudah jadi? Adakah disebabkan
lengannya patah, Saifullizan berubah kasar sebegini? Karmiza kaget.
“Maa..maaf. Saya tak sengaja,” Ucap
Karmiza perlahan. Jiwanya lemah kini. Beberapa saat lagi, pasti air matanya
jatuh ke pipi. Pantas dia memicit hidung seperti sedia kala jika dirinya hampir
mahu menangis. Hatinya diruntun hiba.
“Kau ni kenapa? Sakit hidung?”
Jerkah Saifullizan.
‘Dia mahu menangis!’ desis
Saifullizan dalam hati. Bukan niatnya mahu bersikap kasar dengan Karmiza,
tetapi, perasaan takut akan kehilangan Karmiza benar-benar membuat dirinya
dalam dilema.
“Tak. Bukan sakit hidung. Saya..”
“Dah tu? Yang picit hidung tu
kenapa?”
“Saya...”
“Dah dah. Aku nak sambung tidur ni.
Jangan ganggu aku. Aku tak suka orang ganggu aku tidur.” Lantas Saifullizan
baring membelakangi Karmiza. Saat itu, empangan matanya sudah pecah. Laju saja
air matanya mengalir menggelongsori pipi. Dia menekup mulut dan keluar dari
bilik sakit tersebut. Daripada mengiring tubuhnya beralih terlentang. Air
matanya juga jatuh mengalir.
‘Maafkan aku, Karmiza. Maafkan aku,
sayang...’ rintih hatinya.
Karmiza berlari meredah malam. Masa
sudah menginjak ke pukul 2 pagi. Dan hanya ada dia saja yang berada di taman
hospital tersebut. Karmiza duduk di kerusi panjang di taman tersebut dan
ditemani tangisan yang tiada tanda-tanda mahu berhenti. Dia menangis
tersedu-sedan dan memukul lembut pada dadanya. Begitu sakit jiwanya bila
Saifullizan melayannya sebegitu. Rasa sakit itu begitu menusuk di hatinya.
Angan-angan yang dibayangnya pagi semalam mula pudar. Angan-angan untuk meraih
kebahagiaan bersama suami tercinta.
“Miza!” Terkejut gerangan yang
menegur Karmiza itu di saat matanya menangkap wajah Karmiza yang sedang
berduka. Kakinya pantas mendekati Karmiza dan dia duduk di sisi Karmiza.
“Kenapa ni, Miza? What happend to you? Is it Saifullizan? Dia kenapa? Macam
mana keadaan dia? Dia okey jekan?”
Bertalu-talu soalan yang keluar dari bibir doktor muda itu.
“Hey, kenapa ni, Miza? Why are you crying, hmmm?” Kalau sahaja
Karmiza itu miliknya, pasti ditariknya Karmiza ke dalam dakapannya sekarang.
Sayu hatinya di saat melihat wajah
Karmiza lecun dengan air mata yang tak henti-henti mengalir di pipi. Doktor
Ackiel menyeka air mata Karmiza lembut.
Karmiza masih belum mahu menjawab
soalannya. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan demi memujuk gadis itu, lalu,
dibiarkan saja gadis itu menangis di sebelah.
Lama mereka di situ sehinggalah
tangisan Karmiza reda. Apabila tiada lagi air mata yang mengalir di pipi gadis
itu, Ackiel menyerahkan sapu tangan yang baru sahaja dikeluarkan dari poket
baju seragamnya itu kepada Karmiza. Dengan lambat, Karmiza menyambut sapu
tangan itu dari tangan Ackiel.
“Terima kasih, Ackiel,” Ucapnya
sepatah. “Sama-sama,” Balas Ackiel sepatah. Ackiel mengerling di sebelah.
“Sorrylah, sapu tangan tu ada bau
sikit. Sebab, tadi, saya lap hingus...”
“Eee...Pengotorlah awak ni, doktor
Ackiel!” Pintas Karmiza. Karmiza segera mengembalikan sapu tangan tersebut dan
diletaknya ke riba lelaki itu. Dia mengelap tangannya di hujung baju. Sesaat
kemudian, terdengar bunyi gelak dari lelaki tersebut. Karmiza memandang Ackiel
hairan.
“Saya tak habis cakap lagi, awak dah
bagi balik sapu tangan tu kat saya. Siapa yang pengotor sebenarnya sekarang?
Awak ke saya? Saya nak cakap. Tadi, saya nak lap hingus untuk awak. Dari hidung
awak. Sekarang, cuba cakap. Siapa yang pengotor antara kita?”
“Tapi awak tak sebut pun perkataan
‘nak’ tadi? Awak nak tipu saya ek,
doktor Ackiel?” Ackiel tersenyum manis. “Awak rasa?” Duga Ackiel pula.
“Ackiel Ariz! Awak sengaja nak
kenakan saya,kan?” Terbit juga senyuman di hujung bibir Karmiza. Ackiel
mengangkat jari telunjuknya dan ditujukan pada senyuman Karmiza.
“Demi sebuah senyuman awak tu, saya
sanggup kenakan awak. Kerana senyuman awak tu boleh menyinari kegelapan duka
yang awak alami sekarang. Senyuman itu amat bermakna bagi orang di sisi awak.
Awak fahamkan maksud saya, Miza?” Karmiza terkedu saat Ackiel bermadah penuh
makna.
“Karmiza yang saya kenal tak pernah
berputus asa. Di saat dia berduka, dia tetap mahu tersenyum. Dia tetap mahu
mengukir senyuman manis di depan para pesakit yang tengah menunggu saat ajal
memanggil mereka. Demi sebuah senyuman itu, dia sanggup berpura-pura gembira di
depan para pesakit. Mahu bergelak ketawa di depan mereka supaya setiap hati
yang melihat senyuman itu terhibur dan melupakan duka. Karmiza itu..Karmiza
itulah yang duduk di sebelah saya sekarang. Karmiza yang sentiasa ceria dengan
senyumannya. Karmiza yang berani menyahut cabaran dan langsung tak pernah patah
semangat.” Sambung Ackiel panjang.
Karmiza mengulumkan senyuman kecil.
Dia menunduk malu dengan pujian Ackiel itu. Dia benar-benar sudah terpujuk
dengan kata-kata ikhlas dari Ackiel itu.
“Terima kasih, Ackiel. Saya
bersyukur sangat mendapat kawan sebaik awak. Awak mesti ada di kala saya susah.
Awak akan sentiasa menemani saya di saat saya tengah merana. Terima kasih
sekali lagi,” Ackiel membalas senyuman Karmiza. Dia menjongketkan bahu.
“Sudah tugas saya sebagai doktor
ingin merawat duka awak tu,” Karmiza mencebik dan kembali tersenyum.
“Ingatlah, Miza. Saya akan sentiasa
ada untuk awak. Apa yang mampu saya buat ialah, berada di samping awak. Tak
kiralah, awak tengah bersedih atau pun gembira. I’m always gonna be there for you.” Sambungnya lagi.
“Pergilah balik ke bilik suami awak.
Temankan dia di kala dia susah. Saya tak tahu kenapa awak bersedih tadi, tapi
saya nak awak terus tabah di samping dia. Dia memerlukan awak sekarang.
Lebih-lebih lagi dengan keadaan lengannya itu. Jadi, memang sudah menjadi
kebiasaan seseorang pesakit itu bertindak tanpa memikirkan perasaan orang
sekeliling. Jadi, bersabarlah ye?”
Pesan Ackiel ikhlas. Namun, di dalam hatinya, dia meronta-ronta menahan rasa
sembilu.
Karmiza hanya memandang kosong pada
wajah Ackiel.
“Dah lewat ni, Miza. Baliklah. Saya
nak jenguk patient sekejap. Bye,
assalamualaikum.” Pamit Ackiel meninggalkan Karmiza keseorangan di taman.
Karmiza menghela nafas panjang. Dia mendongak ke langit. Tiada bintang mahupun
bulan yang menemani malam. Dia melepaskan keluhan lemah.
‘Aku kena bersabar! Aku kena tabah
dalam meraih cinta suamiku. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Permudahkanlah
segala urusanku. Kau lembutkanlah hati suamiku itu. Amin.’
***
Sudah 2 minggu Karmiza melayan
kerenah Saifullizan yang sering dingin dengannya. Semakin hari, semakin lali
telinganya mendengar herdikan dan amukan suaminya itu. Tetapi tidak pula
suaminya menunjukkan ‘taring’ di depan atuknya. Dia hairan sendiri.
Tangan kanan Saifullizan masih belum
sembuh sepenuhnya. Entah apa mimpi Saifullizan bila dia diarahkan untuk
menghantar makanan ke dalam bilik sahaja. Saifullizan tidak mahu turun ke
bawah. Dia mahu makan di dalam bilik. Semakin bingung Karmiza dibuatnya. Pasti
ini salah satu cara Saifullizan mahu membulinya. Atau, mungkin saja suaminya
itu tidak mahu berlakon di depan Haji Mukhri buat masa ni? Tidak mahu bertekak
dengan Saifullizan, dia membawa talam bersama hidangan makan malam ke bilik.
Saifullizan duduk menonong di atas
katil. Memikirkan apa, Karmiza tidak mahu tahu. Kepalanya sendiri sudah pening
dengan sikap Saifullizan itu. Jadi, dia tidak mahu memeningkan kepala lagi
memikirkan apa yang bermain di minda suaminya.
Karmiza meletakkan dulang di atas
meja di sebelah katil.
“Makanlah,” Jemput Karmiza perlahan.
Saifullizan langsung tidak mahu memandang wajahnya. Masih duduk diam di atas
katil tanpa bersuara pun. Karmiza masih setia di sisi Saifullizan.
“Saya suap awak makan, ye?”
“Tak payah!” Jawab Saifullizan
kasar. “Aku boleh makan sendiri. Kita bukannya di depan atuk sekarang nak
bersuap bagai. Tangan aku dah elok. Kau tak payah nak suap aku. Berdesing
telinga aku kalau makan di depan atuk kalau tak kena suap dengan kau,” Rungut
Saifullizan. Karmiza menelan liur menahan sabar. Dia menahan rasa hati yang
hampir saja mahu meletus tidak lama lagi.
‘Sabar, Miza. Sabar. Kau
kena...Sabar. Fuhhh...’ Karmiza menarik nafas perlahan.
“Kalau kau nak aku makan, jangan
halang aku boleh tak? Duduk kat tempat lain tak boleh ke?”
“Saya nak suapkan awak jugak!”
“Aku cakap aku nak suap sendiri! Aku
mampu buat sendiri, kau tak payah nak suap aku. Aku masih ada tangan yang lagi
satu. Jadi, kau tak payah nak tunjuk belas kasihan kau tu kat aku!”
“Suka hatilah!” Karmiza mengangkat
punggung dan duduk di sofa yang bertentangan dengan meja di sisi katil
tersebut. Karmiza memeluk tubuh dan mengalih pandangan ke arah lain.
Walaupun hatinya sebal dengan ego
suaminya itu, tetapi, dia masih ambil kisah tentang suaminya. Dia mencuri
pandang pada Saifullizan dan memerhati lagak suaminya itu. Dia benar-benar
kasihan melihat Saifullizan yang terkial-kial ingin menyudukan lauk ke dalam
mulutnya. Berdeting bunyi sudu yang berlaga dengan piring. Saifullizan kembali
menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Apabila dia mahu mencarik isi ayam di
pinggan, sudunya terlepas dari tangannya jatuh ke atas lantai.
Karmiza
yang memerhati dari tadi sudah tidak tertahan lagi. Dia mengangkat punggung dan
pantas menerpa suaminya. Dia meluru memeluk tubuh suaminya bersama esakan.
“Sudahlah, abang. Jangan seksa diri
abang tu. Jangan buat Miza terseksa melihat abang terseksa sebegini. Cukuplah
dengan penderitaan abang tu. Miza faham perasaan abang. Miza tak boleh
tinggalkan abang. Miza takkan pernah tinggalkan abang walau sesaat pun. Miza
tak tahan dengan penderaan yang abang buat kat Miza ni. Jiwa Miza
terseksa,bang. Miza mahukan suami Miza yang dulu. Miza mahukan Saifullizan yang
dulu. Yang masih memikirkan perasaan Miza. Tolong,abang. Hentikan semua ini.
Miza rindukan abang. I need you,
abang!” Rintih Karmiza panjang. Dia memeluk erat tubuh suaminya tanpa mahu
dilepaskan pun. Di saat Saifullizan mahu melepaskan pelukan itu, makin
dirapatkannya lagi pelukan itu pada tubuhnya. Dia menggeleng.
“Jangan! Miza tak nak lepaskan,
abang. Miza mahu kita begini. Mahu kita seperti dahulu. Miza mahu abang sedar
yang Miza tak mahu abang bersikap dingin dengan Miza. Miza mohon, bang. Jangan
seksa diri abang tu. Miza tahu, abang pun dah mula sayangkan Miza.”
“Apa bukti kau yang aku dah mula
sayangkan kau?” Duga Saifullizan. Karmiza merenggangkan pelukannya dan
memandang tepat pada mata Saifullizan.
“Ini...” Pantas Karmiza mengucup
lembut bibir suaminya. Dia melepaskan kucupan tersebut dan dia menyandarkan kepalanya
pada dada bidang suaminya.
“Bunyi degupan itu hanya untuk Miza.
Bunyi degupan itu membuktikan abang juga mempunyai perasaan yang sama dengan
Miza. Kalau abang masih tidak berpuas hati, abang dengarlah sendiri degupan
jantung Miza yang hanya berdenyut di saat Miza menyeru nama abang,” Lantas dia
menarik kepala Saifullizan dekat di bawah bahu kirinya.
“Saya, Karmiza menyintai lelaki yang
bernama Saifullizan sepenuh hati,” Luah Karmiza perlahan. Saifullizan yang
masih tersandar di dada Karmiza kelu di saat telinganya mendengar laju degupan
jantung isterinya itu. Saifullizan terpempan. Bunyi degupan itu terdengar indah
membisik di telinganya. Karmiza benar-benar cintakan dirinya. Hatinya
menjerit-jerit ingin melepaskan kesengsaraan yang dialaminya selama ini.
Karmiza melepaskan Saifullizan dan
berundur sedikit. Dia menyapu mutiara di pipi dengan lengan bajunya. Karmiza
sudah penat menanggung duka. Dia hanya pasrah kini. Wajahnya kelihatan lesu dan
tidak bermaya. Sudah lama dia menanggung perasaan kecewa itu. Kalau sudah
suaminya tidak mahu menerima dirinya, apa lagi yang perlu dia lakukan?
“Baiklah. Kalau sudah nekad abang
tidak mahu menerima diri saya. Saya redha dan pasrah. Saya juga sudah penat
menunggu pada orang yang tak sudi. Saya tak mampu bertahan lagi. Saya
benar-benar penat, Saifullizan.” Saifullizan terkedu. Dia memandang wajah
Karmiza yang menunduk tidak mahu menentang matanya. Perasaan Karmiza sudah mati
untuk Saifullizan.
Karmiza turun dari katil. Dia
menonong seperti orang gila.
“Miza! Maafkan abang, sayang!
Maafkan abang. Janganlah cup cake
jadi macam ni. Maafkan abang. Abang tak mampu menipu lagi. Abang, benar-benar
bersalah. Abang mohon, ampunkanlah dosa abang, sayang. Abang juga cintakan
Miza. Abang benar-benar cintakan Miza. Abang sayangkan Miza...” Ucap
Saifullizan yang sudah terduduk menahan isterinya dari terus melangkah pergi.
Dia memegang kaki Karmiza dengan sebelah tangannya. Dia menangis di kaki
Karmiza.
“Karmiza abang bersalah sayang.
Kalaulah, abang mampu kembali ke masa lalu, abang sanggup terima akibatnya.
Abang sanggup. Janganlah, Karmiza begini. Abang rela berganti tempat sewaktu
Karmiza hampir-hampir dibunuh dulu. Maafkan abang.” Karmiza berpaling. Dahinya
berkerut. Dia tidak memahami kata-kata Saifullizan itu. Apa yang dimaksudkan
oleh Saifullizan dengan kenyataan itu? Mindanya kosong!
Saifullizan berdiri dan menarik
Karmiza ke katil. Di duduknya Karmiza yang masih diam seribu bahasa.
Saifullizan cuba untuk tersenyum. Dia menyelitkan rambut Karmiza ke belakang
telinga. Kemudian, diusapnya lembut pipi mulus itu. Perlahan-lahan, dia
merebahkan kepalanya ke riba Karmiza. Karmiza masih tenang di sisinya.
“Abang mahu berada di sisi, Miza.
Abang tak mahu Miza tinggalkan abang, boleh?” Soalnya. Karmiza memandang wajah
Saifullizan dengan penuh tanda tanya.
“Boleh janji pada abang, jangan
pernah tinggalkan abang?” Karmiza tidak mengangguk, tidak menggeleng jua.
Matanya masih merenung jauh ke dalam anak mata suaminya. Perlahan-lahan, dia
mengusap rambut suaminya. Lantas, dia menghadiahkan sebuah kucupan lembut di
bibir suaminya bagi menjawab soalan suaminya tadi. Bila bibirnya dijauhkan,
mata Saifullizan tetap ditutup ketat. Karmiza mengelus lembut rambut suaminya.
Akhirnya Saifullizan terlena di pangkuan Karmiza.
***
Pagi itu dirasakan begitu damai
sekali. Pagi di mana, Karmiza masih setia di sisinya. Dia merenung wajah putih
isterinya tika isterinya masih dibuai mimpi. Setelah bersolat subuh bersama
tadi, mereka kembali bermalasan di atas katil. Tanpa sedar, mereka tertidur semula.
Lengan kanannya sudah semakin pulih.
Dan dia berterima kasih pada Karmiza yang tidak pernah merungut ketika
menjaganya dalam 2 minggu itu. Dia cuba menggerakkan lengan kanannya dan
mengusap lembut pipi Karmiza. Wajah Karmiza sedikit berkerut bila tidurnya
diganggu. Lantas, dia mendekatkan bibir pada cuping telinga isterinya.
“Sayang...Sayang cakap nak tidur
sekejap aje. Ni dah pukul 11 pagi dah.” Mata Karmiza terbuka luas dan dia
bangkit dari pembaringan.
“Hah? Dah pukul 11? Alamak! Dah
lambat dah ni! Miza nak pergi hospital! Aduh! Macam mana ni? Dah lewat dah!”
Terkocoh-kocoh Karmiza bangun dari katil dan tercari-cari kain tualanya.
Karmiza menggaru kepalanya. Ke hulu ke hilir kakinya melangkah. Tak tentu arah
dibuatnya. Pantas Saifullizan menarik tubuh Karmiza ke dalam dakapannya.
“Abang! Miza dah lambat dah ni. Miza
nak kena siap cepat-cepat. Dah lewat benar ni! Abang, lepaslah.” Rengek
Karmiza.
“Sayang...Rilekslah. Cuba tengok
betul-betul kat jam dinding tu. Pukul berapa? Hmmm?” Karmiza melompong saat
melihat jarum jam di dinding. Satu cubitan lembut singgah di lengan suaminya.
Saifullizan terjerit kecil.
“Abang ni tipu kita. Sampai hati.
Baru pukul 9. Cakap pukul 11. Jahat!” Saifullizan tergelak melihat wajah
Karmiza yang sudah mencebik. Muncung bibir itu bila tahu dirinya tertipu.
“Abang gurau jelah. Alahai...janganlah muncung macam tu. Nanti ada yang kena kiss pula,” Ugut Saifullizan.
“Kiss?”
Belum sempat Saifullizan bertindak, bibir Karmiza sudah pun mendarat ke bibir
suaminya. Merah padam wajah suaminya dengan tindakan pantas itu. Karmiza
tersengih menang.
“Padan muka. Siapa suruh tipu kita?
Nak tipu lagi?”
“Nak!”
“Eyyy...Gatal! Dah, Miza nak pergi
mandi. Nak siap-siap pergi kerja.” Karmiza berjalan menghampiri penyidai kain
dan ditariknya kain tuala miliknya. Saifullizan juga melakukan perkara yang
sama. Karmiza mengerling sebelah.
“Abang nak mandi juga ke?”
“Boleh ke?” Soal Saifullizan sambil
tersengih.
“Habis
itu, takkan abang nak berebut dengan Miza pagi ni? Mizakan kena pergi kerja?
Abang pula masih perlu berehat kat rumah. Abang nak pergi kerja dah ke?”
“Siapa
cakap yang abang nak berebut dengan Miza?”
“Habis
tu?”
“Kita
mandilah sama-sama. Apa susah!”
“Mandi
sama-sama?” Saifullizan mengangguk. Bibirnya menguntum senyuman penuh makna.
“Nak?”
“Jom!”
Sahut Karmiza pula.
Karmiza
sudah pun siap dengan baju seragam di tubuhnya. Tudung putih sudah pun dipasang
kemas di kepala. Dia berkalih memandang suaminya yang juga sudah siap memakai
baju kemeja. Dia mendekati Saifullizan dan membantu suaminya memakai tali
leher. Saifullizan membiarkan sahaja Karmiza bermanja dengannya sebegitu. Bila
sudah kemas tali leher dipakaikan di lehernya. Dia mengambil baju kot dan
dipasangnya ke tubuh.
“Abang
jangan pergi ke site dulu, tau? Takut
terjadi apa-apa. So, duduk kat
pejabat tu saja. Jangan nakal-nakal.” Sempat Karmiza berpesan.
“Okey,cup cake. Abang janji. Cup cake pun jangan nakal-nakal tau.
Kalau ada doktor yang nak ngorat cup cake,
cakap dengan dia. My heart is only for
mister Saifullizan.” Karmiza tersenyum lebar. Kemudian, tangannya terhenti
dan dipeluknya erat tubuh suaminya. Lama.
“Kenapa
ni? Tak nak lepaskan abang pergi ke?” Karmiza menggeleng. Dia mendongak
memandang wajah suaminya. Tangannya masih melingkar di tubuh Saifullizan.
“Saya
rasa berat nak lepaskan awak pergi. Kenapa ye?”
“Sebab
Miza sayangkan abang?”
“Ye..Saya sayangkan abang, sepenuh hati.
Abang ingat itu okey?” Saifullizan mengangguk dan mencuit hidung isterinya.
“Jom.
Kita pergi sekarang.”
Saifullizan
menghantar Karmiza di tempat parkir di kawasan hospital. Karmiza menarik tangan
suaminya dan dikucupnya lembut. Dia mencium pipi suaminya dan Saifullizan juga
mencium pipi Karmiza.
“Bye.
Assalamualaikum.” Ucap Karmiza sebelum turun dari kereta suaminya. Saifullizan
masih belum bergerak dan masih mahu menunggu Karmiza sehingga dia masuk ke
dalam hospital. Karmiza melambai-lambai padanya di depan pintu masuk hospital.
Barulah dia mahu beredar dari situ setelah dipastikan Karmiza selamat.
Karmiza
tetap mahu melambai walaupun kereta suaminya sudah meluncur pergi.
“Puan
Karmiza?”
“Ya?”
Wajah lelaki di depannya tersengih sinis. “Ada pesakit yang tiba-tiba pengsan
di taman. Saya rasa Puan Karmiza perlu lihat keadaan pesakit tersebut,” ujar
lelaki di depannya itu.
“Kenapa
awak tak panggil doktor?”
“Cepat,
Puan Karmiza! Saya takut pesakit itu mengalami sawan babi. Berbuih-buih
mulutnya semasa saya tengok tadi.”
“Iye ke? Mari saya jenguk sekejap.”
Karmiza berlari ke taman yang tidak jauh dari pintu hospital itu. Sebelum
sampai ke taman, tiba-tiba mulutnya ditutup dengan sapu tangan. Karmiza
meronta-ronta. Perlahan-lahan, tenaga Karmiza semakin lemah dan pandangannya
mula kabur. Karmiza rebah dan sempat ditangkap oleh lelaki tadi.
“Kalau
kau terlepas dari genggaman aku tak lama dahulu, Saifullizan. Sekarang, jangan
harap kau dapat lepaskan diri kau dari tangan aku! Kerana isteri kesayangan
kau, ada di tangan aku, sekarang. Ha ha
ha..”
sape la y tangkap si miza...tu?
ReplyDeleteheheh..Thanx sbb stia mnunggu PC..hehe... siapa? kne la tunggu.. :D
Deletekesian kat miza, kena culik. isk3. sedih2. nak lagi! (n_n)
ReplyDeleteksian kn? huhuhu...orait...kne tggu tau n3 strusnyerr...hehehe... thanx..!! <3
Deletekenape banyak perkataan hilang.... apa2 pun best
ReplyDeletehilang? erkk...prktaan mne ye? blh gtau x? kuikuikui... :) thanx...
Deleteni mesti si GD yang culik Karmiza. Hish! tak habis2 dia tu...Encik Saifullizan handsome, selmtkn isteri awk ya? jd lah hero isterimu itu..hahaha
ReplyDeletehehehehe...Thanx Ina Ania..Snggah jnguk krya kte ni..Hehe..Abg Epul..slalah jd pnyelmat cnta Karmiza..ye? heee...~~
Deletemesti GD nie...
ReplyDeleteKarmiza baru je nak berbahagia dengan Saifullizan,dah kena culik pulak dah...harap ada orang selamatkan Miza nanti.
hehehe...thanx Atiza...truskn mnyokong Penyelamat cnta..psti akn ada yg slamatkn die pnyela..hehehe.. ;)
Deletekak fyka .. makin best la pc ni .. ksian plk karmiza d'culik .. nak lgi ler .. hehe .
ReplyDelete~Niena Zana~
Thanx Niena Zana..blh..tggu n3 yg bru nnti ye...? <3
Deletecepat smbung kak,best!!
ReplyDelete-nurul islam-
Uwaaa....Thanx!! Akak amat hrgai komen awk..Trma ksh skli lagi..Nntikn smbngannya..ok? <3
Deletecepat2 sambung tau...
ReplyDeleteharap miza tak ape2...mesti keje GD nih..
best...!!
10 markah untuk anda..
uwaaa....sbr ye...Thanx sbb bg 10 mrkah tu..sy amt hrgainya...<3
Deleteakak cepat smbung...best sangat
ReplyDeleteThanx ye bca krya akak ni...heheh...tggu bab strusnyer ye... :)
ReplyDeletecompem keje GD...
ReplyDeleteWEHHHHHH... kenapa miza tu berani sangat..?
dia tu mmg heroin kesayangan akulah..hahhahaa
Hahaha...Da jd ksayangan kau lak? hehe...apa2pn..thanx sbb snggah bca cter ni... <3
Deleteaaaaa...kesian kat miza.. my heroin too~
ReplyDeleteHuhu...Sian kn? hehe...My heroin jgak...hehehe.. :D
DeleteBest..but a bit annoying with the character name..��
ReplyDeleteThanks for the comment. Klu versi novel sy da ubah nmanya.. Tp Karmiza ttap sma..cma di pendek kn jd Miza. Saifullizan pn sma..sy pndekkn ke saiful je..
Delete