Wednesday, March 28, 2012

Intro Cerpen Pembunuh Cinta

Intro Pembunuh Cinta

“Aku nak kau bunuh perempuan tu! Kalau boleh, jangan sampai mayat dia ditemui oleh pihak polis. Kau nak bakar, kau bakarlah. Kau nak tanam hidup-hidup pun boleh. Asalkan perempuan tu tak muncul depan mata aku,” Arah lelaki yang sedang duduk di dalam kereta Lamborghini Gallardo Spyder berwarna hitam itu. Cermin tingkap keretanya diturunkan bagi memudahkan dia bercakap dengan lelaki gangster berbadan besar yang berwajah bengis di sisi keretanya.
Lelaki gangster tersenyum seraya tertawa jahat.
“No hal boss! Asalkan duit masuk, betina tu pun boleh jalan. Boss nak beri kat saya, musnahkan hidup dia sebelum mati pun boleh. Asalkan ang pao mai maa...” Lelaki jahat itu tertawa lagi. Lelaki yang digelarnya ‘boss’ itu sudah mendengus kasar.
“Tak perlu! Jangan kau nak menggatal kat betina tu! Aku nak kau bunuh dia terus. Bukan seksa dia! Lagi bagus kalau dia mampus terus!” Ujar lelaki tersebut dengan nada keras.
Sampul tebal berisi duit berpindah tangan. Sampul tebal dilekap pada bibir hitam itu. Senyuman tidak lekang dari tadi. Kemudian, sampul kecil diserahkan kepada lelaki gangster itu. Dia mengeluarkan gambar kecil dari sampul tadi. Tajam matanya melihat wajah perempuan yang akan menjadi mangsanya nanti. “Kerja tu kacang aje, boss! As you wish... Saya takkan pernah mengecewakan boss. Percayalah!”
Setelah selesai ‘perniagaan’ mereka, lelaki tadi terus memecut keluar dari tempat gelap yang tersorok itu. Berderum kuat bunyi enjin kereta bila pemandunya membawa kereta Lamborghini dengan laju sekali.
Hatinya lega sekarang. Perempuan itu tidak akan wujud lagi selepas ini. Dia tersenyum puas. Malam itu dia mahu meraikannya. Esok, perempuan itu akan dibunuh oleh orang upahannya dan dia, akan bebas...! Bebas dari perempuan yang ingin dijodohkan oleh atuknya. Dia tidak pernah berjumpa dengan perempuan itu. Apatah lagi melihat wajahnya. Sampul kecil yang mengandungi foto perempuan itu, langsung tidak dilihatnya semenjak atuknya menyerahkan gambar tersebut 2 minggu yang lepas.
Dia memang tidak kenal dan tidak berkenan dengan perempuan yang sering dipuja oleh atuknya. Dia cuma tahu serba-sedikit tentang perempuan itu pun melalui cerita atuknya. Atuknya menganggap perempuan tersebut macam cucu kandung sendiri. Sayang benar atuknya pada perempuan itu, padahal asal usul perempuan itu tidak diketahui. Dengar-dengar, perempuan yang atuknya ingin jodohkan itu ialah anak yatim piatu. Miskin!
“Hmph! Jangan harap kau dapat kahwin dengan aku! Nak senang hidup, kau sanggup terima cadangan atuk! Dasar perempuan murahan! Kau akan mati esok sebelum sempat impian kau tu tercapai. Ha ha ha...” Tawa Saifullizan tidak pernah putus dari tadi bila mengingatkan rancangan yang bakal melepaskan dirinya daripada genggaman perempuan itu. Pantas kakinya menekan pedal minyak ingin menuju ke tempat yang sering dikunjunginya. Apa lagi kalau bukan kelab-kelab malam yang sentiasa dibuka pada waktu lewat sebegini.
“Tok, saya dah tak ada sesiapa lagi. Hanya atuklah tempat saya mencurahkan kasih. Tempat saya bermanja. Walaupun sukar bagi saya nak setuju dengan permintaan atuk tu, tapi disebabkan saya terhutang budi dengan tok...Saya akan terima dia. Saya akan bantu mengubah sikapnya walaupun bukannya senang untuk mengubah seseorang itu,” Gadis di depannya menarik nafas panjang. Senyuman manis di bibir gadis bertubuh kecil itu disambut dengan hati terbuka. Hari-hari tuanya sering ditemani gadis bertudung litup itu. Penuh kesopanan dan penuh lemah lembut membuatkan dia tertarik untuk mengambil gadis itu menjadi cucu menantunya.
“Atuk tahu, hanya kamu sahaja yang boleh mengubah dia. Sering kali atuk berdoa supaya dia kembali ke jalan yang benar. Saifullizan terlalu suka bersosial. Siang dan malam sudah tiada beza buat dia. Atuk benar-benar risau. Bukan atuk mahu memaksa, tetapi, bagi pendapat atuk, dengan cara beginilah atuk mampu mengubahnya,” keluh hati kecil itu.
Di rumah kebajikan itulah tempat pertemuan mereka. Bahkan tempat kebajikan itu sudah menjadi seperti rumah kedua buat Tan Sri Haji Mukhri. Dia tenang bila berada di sana, bersama dengan kanak-kanak yang bergelar anak yatim piatu.
“Lagipun, atuk lakukan semua ini demi menebus dosa lama,” Rintih Haji Mukhri. Sayu sekali. Hatinya mula hiba bila mengenang kembali kesilapan lama. Dosa itu bagai menjerat dirinya tanpa henti. Sering kali dia berdoa agar Allah mengampunkan dosanya. Semua salah dia! Gara-gara dia, hidup gadis yang tidak berdosa ini pula merana.
Air mata mula bertakung di tubir mata. Hanya menunggu saat mahu pecah sahaja. Gadis itu kelihatan memicit hidungnya yang mula berair. Lantas, dia mendongakkan kepala tidak mahu air mata jatuh ke pipi.
‘Tahan, Karmiza...Tahan...’ Dia berusaha memujuk diri. Masa silam kembali berputar di minda. Dia memang tidak akan melupai kisah itu. Hatinya mula berasa pilu. Sambil kepalanya didongak, dia menggigit bibir bawah. Cuba memaksa diri untuk bertenang.
“Atuk benar-benar bersalah kat Miza. Atuk tak pandai mendidik anak atuk sendiri. Kalaulah atuk tak terlalu mengejar harta duniawi, semua ini takkan berlaku. Kalaulah atuk sedar dari dulu yang harta bukanlah membawa keuntungan kepada kita di akhirat nanti, sudah pasti atuk sanggup merana hidup susah tanpa memikirkan semua itu. Atuk benar-benar kesal,” Suara lelaki tua itu sudah berubah serak diselangi dengan batuk yang tak pernah kebah dari dulu lagi. Karmiza pantas keluar dari ruang tetamu dan kembali membawa segelas air suam. Diserahnya gelas kepada Haji Mukhri. Perlahan-lahan, Haji Mukhri meneguk air suam tersebut. Karmiza menyerahkan tisu bagi mengelap bibir yang basah itu.
“Atuk ni menyusahkan kamu saja kan?”
“Tok, apa cakap macam tu?” dahi Karmiza sudah berkerut bila mendengar kata-kata Haji Mukhri itu. “Miza tak sukalah atuk cakap macam tu...” Suara Karmiza sudah mula mengendur. Dia sedih bila Haji Mukhri berkata sedemikian. Dia tidak pernah pun berfikir sebegitu. Baginya, semua yang berlaku itu bukan salah Haji Mukhri seratus peratus. Anaknya juga bersalah sebenarnya.
“ Atuk hanya mendongak ke atas dan tak pernah memandang ke bawah. Hidup kita ni macam roda. Sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di bawah. Bila mata sudah dikaburi, tanpa sedar kita sudah menjunam ke bawah sebenarnya. Atuk menyesal...”
“Sudahlah tok. Buat apa dikenang benda yang dah lepas. Semua tu kita jadikanlah sebagai satu teladan. Teladan supaya kita sentiasa beringat,”
“Betul kata kamu tu, Miza. Sebab tu atuk tak nak sejarah berulang kembali. Bila kehidupan anak atuk sudah tidak diawasi, maka tumbanglah ia tanpa sempat bertaubat pun. Sekarang, perangai Epul sama seperti kedua ibu bapanya. Suka bersosial dan tak pernah mahu menunduk pada Yang Maha Esa. Dah penat atuk berpesan. Dah penat atuk memberikan pendidikan agama kepada mereka. Tetapi, itulah...Bila sudah hati terlalu mengikut nafsu, itulah jadinya. Dosa dan pahala tak pandai nak dibezakan,” Rintih Haji Mukhri bila mengenangkan sikap anak dan menantunya, juga cucu tunggalnya itu.
Miza menyimpul senyuman kecil. “Baiklah. Demi atuk, saya akan bantu Epul untuk berubah. Dan demi atuk juga, saya sanggup menerima dia sebagai suami saya. Cuma, atuk janganlah begitu berharap, kerana saya juga masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki. Saya pun bukanlah sealim mana pun. Cuma, saya tahu batas-batas dan larangan agama. Kalau itu boleh membantu Epul untuk berubah, saya akan terima dia. Saya berharap, kami sama-sama berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik daripada hari esok,” Karmiza menyimpulkan janji pada Haji Mukhri.
“Terima kasih, Miza. Atuk sayang kamu. Kalaulah kamu tu dah lama menjadi cucu menantu atuk, pasti atuk peluk kamu sekarang,” Karmiza tertawa kecil mendengar gurauan Haji Mukhri. Itulah salah satu sikap Haji Mukhri yang disenanginya sejak dulu lagi. Suka bergurau. Lagipun, hidup kita pasti akan hambar sekiranya tiada gurauan atau usik-mengusik, bukan?
Begitu senang sahaja dia bersetuju dengan permintaan Haji Mukhri yang dianggap seperti atuk kandung itu. Padahal, mereka bukanlah mempunyai apa-apa pertalian pun. Bukan darah daging, bukan juga sedarah. Hanya bersaudara seIslam sahaja.
Karmiza tidak akan pernah melupakan detik pertama dia bertemu dengan Haji Mukhri. Titik gelap itu yang menemukan mereka. Karmiza tidak pernah menyesal pun, malah, dia benar-benar bersyukur bertemu dengan orang sebaik Tan Sri Haji Mukhri itu.
Lalu, sejarah silam kembali menerpa fikirannya.
“ Ibu...ayah...Kenapa tinggalkan Miza? Ibu dengan ayah patut bawak Miza sekali. Mana lagi Miza nak pergi? Kepada siapa Miza nak menumpang kasih? Siapa lagi yang akan peluk cium Miza, ibu? Siapa? Siapa lagi yang akan membebel kat Miza kalau ayah dah pergi dahulu? Ibu...Ayah..” Sayu hatinya melihat tubuh kaku kedua ibu bapanya di atas lantai. Wajah ibu dan ayahnya sudah pun ditutup dengan kain batik. Suara-suara orang mengalunkan bacaan Yassin mendayu-dayu dan bergema di ruang tamu yang serba luas itu.
Karmiza beralih pula pada tubuh kecil yang juga ditutupi kain batik bersebelahan dengan mayat ibunya. Karmiza membuka kain batik dengan perlahan. Wajah putih kaku itu ditatapnya lama. Menitis lagi air matanya bila melihat wajah polos satu-satunya adik lelaki yang dia ada. Kini, tiada lagi gelak-tawa dari si kecil itu. Tiada lagi gurau-senda dari ibu dan ayahnya. Rumah yang besar itu sudah tiada seri lagi. Hidup Karmiza sudah berubah menjadi sebatang kara. Tiada saudara terdekat. Kalau adapun dia tidak tahu keberadaan mereka. Lagipun, ibu dan ayahnya berjumpa dan membesar di rumah anak yatim-piatu. Hidupnya benar-benar sadis!
Pipinya sentiasa ditemani air jernih. Kadang-kala, dia meraung sendiri. Majlis takhlil itu juga diurus oleh jiran tetangga. Mereka benar-benar bersimpati kepada nasib yang menimpa Karmiza. Disebabkan itulah Karmiza merelakan diri untuk dihantarkan ke rumah anak yatim piatu, tempat yang pernah diduduki oleh ibu dan bapanya. Dia sendiri yang meminta. Dengan cara itu, kenangan ibu dan ayahnya akan sentiasa tersemat di jiwa.
“Miza, ada orang yang nak jumpa Miza,” Tegur penjaga rumah kebajikan itu. Miza tersentak dari lamunan yang jauh. Sudah 2 minggu peristiwa hitam itu berlalu, tetapi, dia tetap murung dan masih berkabung atas kematian ibu, ayah dan adiknya.
Dengan lemah dia berpaling. Dia berusaha untuk mengulum senyuman, tetapi masih nampak begitu tawar sekali. Kak Mardihah mendekati Karmiza. Dia menepuk lembut bahu gadis itu lantas membalas kembali senyuman di bibir.
“Pergilah jumpa orang tu. Katanya, dia mahu melangsaikan hutang pada keluarga kamu,”Dahi Karmiza berkerut seribu. Sejak bila pula ada orang yang berhutang pada keluarganya? Dia naik hairan dan hatinya kuat mahu berjumpa dengan orang tersebut. Pantas benar kakinya meninggalkan taman bunga di luar rumah kebajikan dan masuk ke dalam mencari-cari kelibat orang itu.
“Siapa atuk ni? Atuk kenal ke dengan keluarga saya?” Soal Karmiza setelah wajah tua itu berpaling menghadapnya. Wajah itu nampak mendung sekali. Nampak lelaki tua itu tengah berduka sama sepertinya.
“Atuk memang tak kenal keluarga kamu sehinggalah kejadian itu. Maafkan atuk, cu...” Lelaki tua di depannya sudah melutut. Naik hairan melihat lelaki tua itu secara tiba-tiba melutut di depannya. Pantas tangannya mencapai bahu lelaki tersebut ingin membantu lelaki tua itu berdiri. Gelabah Karmiza dibuatnya. Lelaki tua yang tidak dikenalinya itu masih enggan berdiri.
“Atuk, kenapa atuk berlutut depan saya ni? Apa maksud atuk? Saya tak faham. Atuk, saya tak selesa bila melihat orang tua seperti atuk melutut di depan orang muda seperti saya. Atuk, janganlah buat macam ni. Apa kata orang nanti?” Karmiza berusaha untuk mengangkat tubuh tua itu.
‘Kuat juga lelaki tua ini,’ detik hatinya. Tangannya masih tidak lepas dari memaut lengan lelaki itu. Kepala lelaki tua itu menggeleng laju.
“Biarlah ,cu. Memang salah atuk. Atuk tak menghalang mereka. Atuk gagal mendidik anak-anak atuk,” Rintih lelaki itu. Habis lencun pipi tua itu dengan air mata yang tak pernah putus untuk mengalir. Laju sahaja aliran itu. Hatinya juga bertambah sayu melihat lelaki itu. Matanya mula menakung air di tubir. Cepat-cepat dia mendongakkan kepala ke atas sambil jarinya memicit hidung.
Apabila hati yang sedih dapat dikawal, dia kembali menunduk memandang lelaki yang masih setia melutut di bawah. Wajah tua itu ditatapnya dalam. Karmiza juga turut melutut di depan lelaki itu.
“Apa kaitannya anak atuk dengan keluarga saya?” Persoalan yang sering menyesakkan fikirannya diluahkan jua. Wajah yang menunduk diangkat berdepan dengan wajahnya.
“Kemalangan itu, berpunca dari anak atuk sendiri,” Jawapan itu benar-benar menyentak hatinya. Posisi Karmiza daripada melutut tadi berubah duduk. Dia terkejut mendengar jawapan dari mulut lelaki itu. Karmiza mula menonong seperti orang gila. Diam seribu bahasa.
Barulah dia tahu siapa yang telah melanggar kereta ibu, ayah dan adiknya pada malam kejadian itu. Wajah Karmiza sudah mula keruh dan bertukar menjadi sayu. Pipinya kembali basah dengan mutiara-mutiara yang sudah jatuh dari kelopak mata. Karmiza tidak mampu bertahan lagi. Awalnya suara Karmiza tidak kedengaran langsung. Kemudian, Karmiza mula meraung. Menangis sekuatnya. Haji Mukhri berusaha untuk mententeramkan Karmiza yang sudah mula hilang kawalan. Muncul beberapa orang pegawai rumah kebajikan membantu menenangkan Karmiza.
“Maafkan atuk, cu. Merekalah menjadi penyebab ibu, ayah dan adik kamu pergi meninggalkan dunia. Disebabkan tegukkan pada air haram itu membawa mereka semua sekali ke alam lain. Maafkan atuk, cu...”
Pakkk!
Satu tamparan kuat hinggap ke pipi bersih itu. Tangan itu dilayang lagi pada pipi sebelah yang masih belum tercemar.
“Apa kau dah buat, Epul?! Kau dah gila?!” Tengking Haji Mukhri. Ruang tamu yang luas bergema dengan suara tengkingan darinya. Amarahnya membuak-buak sehinggakan panggilan kau-aku terkeluar dari mulutnya. Seluruh tubuhnya menggigil dek amarah yang sudah meletus itu. Matanya mencerlung tajam pada wajah Saifullizan yang sudah menekur ke bawah.
“Kau tahu tak perbuatan kau tu sangat terkutuk! Apa dah jadi kat kau ni,hah?! Ya Allah, masih tak cukup lagi ke didikan agama yang dah aku berikan pada kau sebelum ni? Sampai kau sanggup membunuh?!” Haji Mukhri terduduk lemah. Wajahnya benar-benar sunggul. Dia kecewa! Tangan diraupkan pada muka. Kemudian, dibiarkan sahaja tangan menutup wajahnya yang sudah menunduk.
“Atuk memang benar-benar dah putus asa dengan kamu ni. Dulu kamu tak pernah macam ni. Lepas tu, kamu tiba-tiba berubah. Berubah 100%, malah lebih teruk dari tu. Atuk tak faham dengan kamu sekarang,” Haji Muhkri mengeluh lagi. Suara yang lantang sudah mengendur setelah lama dia berdiam menenangkan diri.
“ Apa yang dah atuk buat sehingga kamu sanggup melakukan kerja terkutuk itu? Hmmm? Atuk terlalu manjakan kamu sangat sehingga kamu berani mengambil keputusan yang boleh menjerat diri kamu sendiri. Malah sampai ke akhirat pun perhitungan kamu takkan pernah berhenti. Tahukah kamu, Allah itu Maha melihat lagi Maha Mengetahui?” Hatinya bagai dicucuk-cucuk sembilu. Mengalir juga air mata lelakinya. Dia sedih melihat sikap cucunya yang sanggup membunuh demi tidak berkahwin dengan pilihan hatinya.
Berita tentang Saifullizan mengupah orang untuk membunuh Karmiza benar-benar menyentak hatinya. Mujurlah, detektif upahannya yang saban hari memerhati pergerakan Saifullizan memberitahu tentang perjumpaan itu. Haji Mukhri semakin naik angin bila mendengar berita tentang keinginan Saifullizan untuk ‘melenyapkan’ Karmiza dari dunia demi kepentingan diri sendiri.
Lama dia berteleku di sofa. Otaknya ligat memikirkan sesuatu, terlintas satu idea yang pasti dapat menundukkan cucunya itu. Kepalanya didongak melihat wajah cucu yang masih selamba sahaja. Giginya diketap.
“Atuk dah buat keputusan. Atuk takkan wasiatkan harta atuk pada kamu langsung sekiranya kamu mencederakan Karmiza. Jangan apa-apakan dia! Kalau atuk nampak satu calar atau parut pada tubuhnya sedikit pun, jangan harap kamu dapat sesen pun harta atuk! Jadi, kamu sendiri yang pilih sama ada mahu menggadaikan nyawa perempuan yang tak bersalah, atau mahu diri kamu terselamat pada masa kelak?” Saifullizan tersentak mendengar keputusan atuknya itu. Pantas sahaja wajah yang menunduk tadi diangkat agar dapat bertentang mata dengan Haji Mukhri. Matanya sudah menjengil terkejut mendengar. Sekarang, dia pula bagai cacing kepanasan.
‘Alamak! Sampai macam tu sekali atuk sayang kat minah bangsat tu! Aku tak pernah tengok muka dia, macam mana aku tahu sama ada itu dia?’
‘Argghh! Epul, kau telefonlah kat GD tu. Mesti dia tahu kat mana perempuan tu sekarang. Masih ada masa lagi sebelum perempuan tu mampus! Kalau tidak, kau yang mampus dulu!’
Hati Saifullizan berperang dengan diri sendiri. Memikirkan apa yang perlu dilakukan demi menyelamatkan diri pada masa depan. Dia tidak mahu dicop sebagai lelaki miskin di depan rakannya. Kalau segala harta diserahkan kepada perempuan itu, lagilah dia tidak mahu!
“Atuk nak kamu selamatkan dia sekarang, sebelum apa-apa terjadi. Pergi! Kalau tidak, atuk serahkan harta tu pada Karmiza. Senang hati atuk kalau dia menguruskan segala syarikat berbanding kamu,”
“Tapi, itu tak adil, tok! Dia tak ada kena-mengena dengan kita. Apahal pulak dia yang dapat semua harta tu?” Saifullizan masih mahu mendapatkan perhitungan dengan atuknya. Dia tidak suka kalau harta itu berpindak milik.
“Kamu masih nak bincang tentang ni? Karmiza dalam bahaya, pergi selamatkan dia dahulu daripada berbincang tentang ni!” Arah Haji Mukhri. Nafasnya sudah naik turun menahan sabar. Dia menekan dada bila terasa sakit di situ. Saifullizan mendengus kasar. Pantas kakinya mengambil kunci kereta dan telefon bimbit yang diletaknya di atas meja kaca di ruang tamu tadi.
Enjin kereta dihidupkan, dia menutup pintu kereta dengan kasar. Giginya diketap berkali-kali. Kemudian, stereng kereta pula menjadi mangsa. Dihentaknya tanpa puas.
“Arghh!! Perempuan sial!! Kau memang menyusahkan hidup aku!! Damn!!” Nafasnya naik turun. Bila amarah sudah mula menguasai, segala benda langsung tidak dihiraunya. Suka hati dialah mahu menghempas barang-barang tersebut. Barulah dia berpuas hati. Tangan yang menghentak stereng tadi dialih pada pipinya yang mula kemerahan dek tamparan dari atuknya. Tetapi, bukan itu yang membuat dia rasa sakit sebegini. Keputusan atuknya itu membuat dia hampir-hampir gila. Adakah patut semua harta ingin diserahnya pada perempuan itu? Dia benar-benar tidak puas hati!
Laju jari-jemarinya menekan nombor. Nombor orang upahannya sudah melekat di kepala.
“GD! Minah tu mana?!”Soalnya laju bila talian sudah disambungkan.
“Errr...Kenapa boss?” Soal GD teragak-agak. Hairan pula bila bossnya menelefon di masa kerjanya masih baru dilakukan. “Aku tanya ni, jawab!! Yang kau tanya aku balik tu kenapa? Bodoh!” GD menarik jauh sedikit telefon bimbit dari cuping telinganya. Nak pecah gegendang telinga mendengar jeritan dari bossny itu.
“Dia ada boss. Semuanya tengah nak setelkan dia,” Jawab GD setelah tiada lagi terdengar bunyi jeritan dari mulut bossnya itu. “Apa maksud kau dengan ‘semua’? Kau hantar satu geng kau semata-mata nak hapuskan budak seorang tu saje ke?” Pertanyaan berunsur sindiran itu membuat GD menggaru kepala yang tidak gatal. Dia sudah melakukan kerjanya, jadi apa lagi yang bossnya tidak puas hati? Asalkan dapat hapuskan perempuan tu, dahlah! Getus GD dalam hati. Dia juga naik marah dengan sikap bossnya itu.
“Kau beritahu aku kat mana kau bawa perempuan tu? Cepat!”
“Erk...Dia ada pada Gedeng. Dia orang dah culik perempuan tu tadi. Tinggal nak tanamkan aje perempuan tu hidup-hidup,” GD memaklumkan pada Saifullizan tentang segala plannya itu.
Tell me, Gedeng kat mana sekarang?”
Karmiza meronta-ronta mahu melepaskan diri. Ketakutan menyelebungi diri. Entah apa salahnya, dia diculik ketika dalam perjalanan ke kedai runcit tadi. Dia mahu memasak untuk adik-adik angkatnya yang lain ketika dia menziarahi rumah kebajikan anak yatim tadi. Niatnya terbantut tatkala tubuhnya ditarik secara paksa ke dalam ven yang asing buat dirinya. Lelaki-lelaki yang mengikat tangannya dengan tali nampak begitu bengis sekali. Badan mereka juga besar-besar dan Karmiza tak mampu menandingi kekuatan lelaki-lelaki gangster itu.
Kini, Karmiza hanya mampu berdoa agar Allah menyelamatkan dirinya. Wajahnya sudah berpeluh bersama dengan air mata yang tak pernah putus-putus untuk mengalir. Dia redha akan ketentuan Ilahi. Kalau sudah sampai ajalnya tertulis pada hari ini, dia pasrah. Tetapi, hatinya tetap berdoa agar ada keajaiban akan berlaku agar dia terselamat daripada dibunuh oleh lelaki-lelaki gangster itu.
Badannya sudah diikat pada pokok berdekatan dengan tempat yang bakal menjadi ‘kubur’nya. Betapa berdebarnya hatinya melihat saat kematian akan menunggu. Dia menangis semahunya. Dilihatnya tanah yang sudah ditimbus jauh ke dalam. Dia akan dibunuh dengan cara ditanam hidup-hidup. Begitu kejamnya manusia zaman sekarang. Tiada langsung perasaan belas kasihan dan hilang sudah sikap berperikemanusiaan pada diri di saat hati hanya mengejar benda duniawi.
Matanya terlihat pada wang kertas yang berada di tangan lelaki yang berkulit gelap tidak jauh dari pokok tempatnya diikat itu. Bergelak sakan mereka sekumpulan bila wang kertas ditayangkan.
“Kau orang memang binatang! Pentingkan harta duniawi berbanding akhirat nanti! Kau orang kejam! Tamak!” Jerit Karmiza. Walau sekuat mana dia menjerit, suara itu pasti tidak akan didengar oleh sesiapapun. Entah ceruk hutan manalah mereka membawanya. Langsung tiada seorang pun yang berada di situ.
“Hey, perempuan! Kau tu tak lama lagi nak mati! Banyak-banyaklah berdoa, ye? Kau nak cakap pasal akhirat segala tadi kan? Haa..Apa lagi, berdoalah kalau tu mampu menyelamatkan kau! Ha ha ha..” Angkuh sekali kata-kata lelaki itu. Tiada langsung perasaan takut pada Tuhan yang Maha Melihat akan segala perbuatannya.
“Lagipun cik adik, kubur lain-lain. Dan kubur kau ada kat sini!” Lelaki gelap itu menolak pipinya dengan kasar. Karmiza pantas menoleh kembali pada wajah itu. Dengan perasaan geram dan marah, Karmiza meludah di depan wajah lelaki gelap tersebut. Lelaki yang dipanggil Gedeng oleh orang bawahannya sudah mula menjengilkan mata. Lalu, pipinya ditampar kuat. Terasa cecair panas di hujung bibir. Perit sekali!
“Kurang ajar kau perempuan! Berani kau meludah kat muka aku? Hey, nasib baiklah boss aku nak kau mati terus. Kalau tidak, dah lama badan kau tu aku ratah dahulu buat santapan kau yang terakhir sebelum kau mampus! Perempuan tak guna!” Sekali lagi tamparan hinggap di pipi putihnya. Sekarang kedua-dua celah hujung bibirnya berdarah.
“Apahal kau nak bunuh aku, hah? Apa salah aku?” Soal Karmiza ingin tahu. Suaranya kedengaran keras bertanya. Tiada langsung suara lembutnya untuk lelaki yang bernama Gedeng itu. Lagipun buat apa dia berlembut pada lelaki jahanam seperti dia?
“Kau tanya aku? Kau tanyalah kat boss aku. Aku ni hanya orang upahan sahaja. Asal duit masuk dalam poket, semua aku bereskan,”
“Siapa boss kau tu? Apa nama dia?” Hati Karmiza membuak-buak ingin tahu. Dia mahu kenal siapa yang mahu membunuhnya itu. Mana tahu, orang itu pernah menjadi musuh dalam perniagaan arwah ayahnya dulu.
“ Nama dia...Lu pikirlah sendiri,” Jawapan yang berunsur sindiran dari mulut lelaki itu membuatkan anak-anak buahnya tergelak sama. Karmiza mengeluh lemah bila soalannya tidak langsung mendapat jawapan.
“Hah! Tu kubur kau dah siap digali. Tinggal nak kapankan kau aje. Cuma, duit ni untuk belanja kita orang. Jadi, sekarang...Kau masuk ke dalam kubur kau tu,” Ikatan pada pokok tadi sudah dibuka oleh Gedeng dan pantas tubuh Karmiza ditolaknya ke dalam tanah yang sudah digali tadi. Karmiza menjerit ketakutan. Dia trauma!
“Tolong! Jangan bunuh aku. Tolong, jangan bunuh saya!” Karmiza tidak dapat lari dari lubang tanah tersebut. Tangannya masih terikat dan sukar bagi dia untuk naik ke atas. Anak-anak buah Gedeng sudah mula mahu menimbus kembali tanah tersebut. Habis kotor wajah Karmiza dengan tanah. Wajahnya sudah sebati dengan tanah dan juga air mata di pipi. Karmiza menggigil ketakutan. “Tolong, jangan bunuh saya,” tidak putus-putus Karmiza merintih. Tubuhnya sudah lemah dek menangis dari tadi. Walaupun tubuhnya tidak diapa-apakan oleh mereka, tetapi kudratnya tetap lemah. Lemah menanti saat kematian yang bakal tiba. Dia mengucap banyak kali di dalam hati. Beringat pada Allah pada saat kematian berada di hujung tanduk.
Dari dalam lubang tanah itu, Karmiza terdengar bunyi orang mengaduh. Macam bunyi orang bergaduh. Karmiza mendongak ke atas. Dia tidak perasan pula orang-orang Gedeng sudah berhenti melakukan kerja menimbus tubuhnya hidup-hidup di dalam tanah itu. Yang dia dengar ialah jeritan orang mengaduh. Terdengar juga suara orang menyebut perkataan ‘sial’.
“ Kau mampus aku kerjakan! Jahanam! Ganggu kerja aku! Kau siapa?”
“Kau tak perlu tahu aku siapa. Yang penting, bukan aku yang akan mampus, kau yang berhadapan dengan ajal kau sendiri!”
Dush! Satu tumbukan lagi disasarkan pada wajah Gedeng. Orang-orang bawahannya sudah terjelompok ke tanah. Mengerang kesakitan. Kini, dia juga ikut turut serta bersama konco-konconya yang lain. Boleh tahan kuat juga lelaki ini!
Saifullizan menumbuk wajah lelaki yang tidak dikenali itu berkali-kali. Dia hanya kenal GD sahaja. Orang yang bernama Gedeng ini, baru sahaja didengarinya. Gedeng ialah salah seorang orang bawahan GD juga.
“Kau orang nak hidup, baik kau orang blah dari sini! Sebelum aku laporkan pada polis. Pergi!” Bertempiaran Gedeng dan konco-konconya menyelamatkan diri. Saifullizan membetulkan kemejanya. Lengan baju dilipat sampai ke siku. Dia mendengus kasar.
‘ Memang nasib menyebelahi kau hari ini. Kalau tidak dah lama aku ‘berkabung’ atas kematian bakal bini aku ni,’ Desis Saifullizan dalam hati. Perasaan benci sudah menggunung bila rancangannya terbatal atas ugutan atuknya. Dia mengambil tali yang berada di pokok berdekatan dan ditikamnya ke bawah lubang.
“Naik!” Arahnya malas. Saifullizan masih belum melihat wajah bakal isterinya itu.
‘Alih-alih, aku jugalah yang selamatkan perempuan ni! Pembunuh menyelamatkan si mangsanya. Bukan lucu ke bunyinya tu?’ Sempat lagi dia berseloroh dalam hati.
Dia memandang lubang tanah yang digali sedikit dalam itu. Memang dia langsung tidak dapat melihat wajah Karmiza di dalam lubang itu. Lagipun, buat apa dia terhegeh-hegeh mahu memandang muka perempuan yang dibencinya? Entah macam manalah wajah cucu angkat kesayangan atuknya itu.
‘Entah-entah macam muka itik pulang petang. Tak pun juling...Hish ngeri aku,’
“Awak, macam mana saya nak naik kalau tangan saya pun masih berikat lagi ni?” Terdengar suara lembut dari bawah. Saifullizan tersentak dari lamunan yang jauh. Tiba-tiba, suara lembut yang didengarinya tadi membuat hatinya berdetak laju. Dia naik hairan pula. Kenapa sebaik sahaja mendengar suara selembut itu, hatinya sudah rancak bagai dipalu kompang? Cepat-cepat dia menggeleng.
‘Argghh! Jangan kau terbuai dengan suara dia tu. Takkanlah dengan suara pun kau dah tergugat? Hish! Saifullizan, sedar sikit! Minah tu sengaja nak goda kau. Setakat guna suara, apa barang!’ Dalih Saifullizan. Pantas dia mententeramkan diri dan bergerak mendekati lubang tersebut. Saifullizan menunduk ke bawah.
Saifullizan terpana bila wajah yang comot itu menghiasi matanya. Bulatnya mata dia! Comel juga perempuan ni!
‘Kau ni dah kenapa, Epul? Stop it! Focus!’ Hati jahatnya berbisik ingin menyedarkan dirinya.
Mata mereka berpadu. Masing-masing terdiam bila mata sudah bertentang antara satu sama lain. Dada Karmiza terasa begitu sesak sekali. Nafas yang naik turun seperti biasa sudah mula berubah nada. Dia terasa begitu aman sekali bila melihat wajah lelaki yang sudah menyelamatkannya.
“Hish! Menyusahkan betullah minah ni!” Luah Saifullizan dalam berbisik. Pantas dia kembali ke alam nyata dan sempat berdeham bagi menutup perasaan malu yang sudah bertandang di hati.
Dia mengambil kembali tali tadi dan diikatnya pada keliling pinggang. Kemudian, di hujung tali yang satu lagi diikatnya pada pokok. Nasib baiklah tali itu panjang dan kuat. Mampu menampung berat Saifullizan dan juga Karmiza nanti. Dengan perlahan, dia turun ke dalam lubang tersebut. Dibukanya ikatan pada lengan gadis itu.
“Hah, kau boleh naik tak dengan tangan kau sendiri?”
“Err...saya cuba,” Saifullizan menjeling sahaja pada gadis di sebelah. Nafasnya yang menderu laju tadi sudah kembali normal. Nampak gayanya dia mampu menepis segala godaan itu.
Dia memegang tali yang sudah diikat pada pinggang dan berusaha untuk naik ke atas. Karmiza sudah terpinga-pinga bila setiap kali dia mencuba untuk naik ke atas tidak berhasil. Tubuhnya sudah terasa lemah. Sangat lemah. Karmiza kembali terduduk di dalam lubang tersebut.
“Hoi! Tak dapat naik lagi ke?” Jerit suara kasar dari atas. Karmiza mencebik. Dia berusaha untuk berdiri semula. Dengan sisa tenaga yang ada, dia cuba untuk melompat ingin memegang permukaan tanah di atas. Nasib baiklah ada permukaan tanah yang mampu dicapai oleh tangannya. Karmiza mengerah sepenuh tenaga agar separuh daripada tubuhnya dapat naik ke atas.
Hampir sahaja dia mencapai ke permukaan atas tiba-tiba kakinya tergelincir. Tangannya juga terlepas dari permukaan atas tersebut.
“Ahhh!”
Sepantas kilat, tangan itu dicapainya. Saifullizan menggenggam tangan milik Karmiza dengan erat sekali. Karmiza terpaku dengan reaksi pantas itu. Dilihatnya tangan mereka sudah bertaut. Dengan kudrat yang ada, Saifullizan menarik tangan itu sehingga tubuh kecil Karmiza naik ke atas.
‘Nasib baik ringan badan dia ni. Kalau tak, dah lama aku campak balik dia ke dalam lubang tu. Biar dia mati reput sahaja,’ Desis Saifullizan. Dia mengibas-ngibas baju yang sudah tercemar dek tanah dan pasir.
‘Nampak gayanya, kena cucilah baju kemeja kesayangan aku ni. Tak pun buang terus! Tak mahu aku mengenang kembali insiden hari ini. Malang betul nasib aku!’ Desisnya lagi.
Karmiza juga mengibas-ngibas tanah pada belakang bajunya. Tetapi, tidak lama selepas itu dia berhenti mengibas. Tiada gunanya dia mengibas bila hampir seluruh bajunya kotor dek warna coklet tanah itu. Matanya beralih memandang wajah lelaki yang tidak dikenalinya di sebelah. Hujung bibir sudah terukir senyuman manis.
“Terima kasih! Terima kasih kerana selamatkan saya. Alhamdulillah. Allah masih mahu hidup saya diteruskan. Mungkin ada hikmahnya dia hantarkan awak sebagai penyelamat saya...” Ucap Karmiza ikhlas. Tiada kata-kata pembalasan dari mulut lelaki itu. Karmiza masih belum berputus asa. Sejenak kemudian, otaknya menimbulkan tanda tanya tentang kemunculan lelaki itu di dalam hutan ini. Bagaimana boleh lelaki di depannya tahu tentang dirinya yang diculik sehingga dibawa ke sini? Perasaan ingin tahu menggamit hatinya.
“Err...Saya nak tanya, macam mana awak boleh tahu saya ada kat sini? Lagipun, saya tak kenal siapa awak. Tak silap saya, saya tak pernah pun jumpa awak. Kalau adapun, mungkin satu kebetulan dan saya tak ingat pun,” Mendengar sahaja kata itu, Saifullizan sudah mendengus kasar. Sebenarnya, dia juga tidak pernah berjumpa dengan pilihan atuknya ini. Dia tahu tentang keberadaan Karmiza di sini pun sebab GD. Nasib baiklah dulu dia seorang pengangkap yang sering keluar masuk hutan. Dia tahu asas bila berada di hutan. Melihat keadaan di hutan tersebut, dia tahu, pasti hutan ini sering diterokai orang.
“Hmph! Aku bukan nak selamatkan kau free-free!! Atuk yang beritahu kau diculik orang. Lagipun, atuk pasang spy dia untuk mengintip setiap pergerakan kau di mana saja.” Dalih Saifullizan tanpa memandang wajah perempuan itu. Malah dia menjarakkan kedudukannya dari Karmiza. Dia membelakangi Karmiza.
‘Begitu juga dengan aku! Dengan cucu-cucunya sekali diintipnya. Payah betul!’ Sempat lagi hati Saifullizan berseloroh. Dahi Karmiza sudah menjongket bersatu. “Atuk?”
“Ya! Atuk yang beritahu kau dalam bahaya. Lagipun, kau tu bakal bini aku!” Mulut Karmiza terlopong luas. Matanya terkelip-kelip tidak percaya. Dia beralih berdepan dengan lelaki itu. “What?!” Ucap Karmiza tidak percaya.
“Jadi awaklah lelaki yang dijodohkan dengan saya tu? Cucu atuk Tan Sri Haji Mukhri? Jadi...” Karmiza terhenti ingin mencerna segala maklumat yang baru sahaja dia terima dengan mengejut itu. “Jadi, awaklah lelaki yang bakal jadi suami saya tu? Awaklah Saifullizan?” Sambungnya lagi. Laju sahaja mulutnya menyoal lelaki yang bernama Saifullizan bertalu-talu.
Yelah, siapa lagi?” Gadis tersebut tersenyum lebar.
“ Terima kasih sekali lagi kerana menyelamatkan saya. Terima kasih!” Ujar Karmiza dengan hati yang berbunga. Sekarang, tiada lagi rasa ragu dalam menerima lelaki itu menjadi suaminya kelak. Dalam hatinya sudah bersetuju 100% untuk menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Saifullizan Zuhaidi Bin Iman.
‘Aku tahu dan pasti dia akan menjadi pelindungku nanti. Walaupun cara layanannya terhadapku nampak begitu dingin sekali, tetapi dengarlah kasih, hatiku sudah terpaut saat tangan itu menyelamatkan diri ini. Saya akan bantu mengubahkan awak, Saifullizan. Saya akan berjanji untuk menjadi isteri yang terbaik untuk awak. Percayalah!’ Karmiza bertekad di dalam hati. Hatinya sudah rela menjadi isteri buat Saifullizan.
‘Jangan harap aku nak terima ‘kasih’ kau! Dalam hidup aku ni, kau tu patut mampus dah tadi! Kau tak layak di bumi ini dan tak layak untuk bergelar isteri aku! Hidup kau akan merana!’ Saifullizan menjeling tajam pada gadis di depannya. Pantas kakinya mengorak langkah ingin meninggalkan tempat itu. Dari belakang, Karmiza hanya membuntutinya. Dengan lafaz syukur, dia berterima kasih kepada Tuhan kerana telah menghantar penyelamatnya.
Matanya menjalar pada setiap pelosok bilik luas itu. Begitu lembut sekali warna cat yang digunakan untuk bilik tidur semewah ini. Nampak begitu kemas dan teratur, sama macam bilik tidurnya dahulu sebelum dia berpindah ke rumah anak yatim. Karmiza mengulumkan senyuman.
Kemudian, matanya terhenti saat melihat bingkai kecil di atas meja kerja di dalam bilik tersebut. Diambilnya dan ditatapnya lama. Wajah Saifullizan nampak tersenyum bahagia bersama kedua ibu bapanya. Tetapi bila ditenung lama-lama, nampak sesuatu kekurangan pada gambar itu. Senyuman Saifullizan nampak seperti tidak ikhlas. Matanya dialih pula pada wajah ibu dan bapa Saifullizan. Terasa air matanya sudah bertakung di tubir mata. Cepat-cepat dia mendongak ke atas dan dipicitnya hidung seperti selalu. Diletaknya kembali bingkai gambar pada tempat asal tetapi posisinya tetap tak berubah. Menonong ke atas ingin menghilangkan perasaan sedih yang menjengah diri.
“ Kau buat apa dok dongak ke atas tu? Ingat ada bintang ke?” Pantas sahaja wajahnya berpaling memandang lelaki yang menegurnya secara mengejut.
‘Hish! Lelaki nikan, kalau ya pun nak tegur aku, berilah salam dulu. Ini tidak main terjah aja. Ingat ni segmen Melodi terjah ke apa?’ Tangan Karmiza mengurut pada dadanya. Dia mendongkol geram. Rasa sedih tadi terus hilang serta-merta.
“Kalau ada bintang pun boleh jugak,” bidas Karmiza tanpa rasa takut. Karmiza mencebik.
“ Oh, menjawab nampak!”
“Dah awak yang soal saya tadi, saya jawablah soalan awak tu,” Sekali lagi dia membalas kata-kata Saifullizan tanpa rasa bersalah. Dia tahu suami yang baru sahaja dinikahinya tadi sememangnya membencinya. Malah membantah cadangan atuknya mentah-mentah. Tetapi setelah di‘basuh’ oleh Haji Mukhri, senang saja Saifullizan bersetuju menikahinya.
Saifullizan mendengus kasar. Sempat matanya menjeling wajah isterinya. Karmiza tersenyum menang. Dilihatnya Saifullizan bergerak menuju ke bilik air. Kain tuala sudah tersangkut pada bahu. Berdentum pintu bilik air dihempasnya. Karmiza menengkup mulut menahan tawa. Dia menang! Matanya melirik lagi pada pintu bilik air. Karmiza tersenyum bahagia. Pelik! Walaupun Saifullizan begitu membencinya, dia tetap tidak peduli langsung tentang itu. Yang pasti, hatinya bahagia kerana Saifullizan sudah menjadi suaminya yang sah! Dia sudah jatuh cinta di saat lelaki itu menyelamatkan dirinya. Dia benar-benar sudah angau pada suami sendiri!!
Karmiza bergerak menuju ke pintu walk-in wardrobe dan mencari baju tidur suaminya. Dilihatnya baju-baju yang sudah tersusun mengikut klasifikasi baju itu sendiri. Satu bahagian untuk baju ke pejabat. Bahagian yang lain pula untuk baju-baju kasual dan bahagian yang satu lagi untuk tidur. Dia mengambil baju tidur pada bahagian yang menempatkan kesemua baju tidur.
‘Malam ini, suruh dia pakai baju tidur warna biru. Sama macam yang aku pakai sekarang. Sedondon pada malam pertama. He he he..’ Karmiza sudah tersengih-sengih memikirkan yang bukan-bukan. Dibawanya baju tidur ke katil. Diletaknya di kaki katil.
Terdengar bunyi pintu bilik air dibuka. Karmiza berpaling memandang suaminya yang separuh terdedah. Karmiza menelan air liur.
‘Mak aii..Seksinya dia. Berketul-ketul otot tu. Lemah jiwa aku ni,’ Karmiza sudah cair memandang suami sendiri. Karmiza berdeham.
“Tu, baju tidur saya dah sediakan. Pakailah,” Ujar Karmiza yang masih berdiri di sisi katil. Saifullizan memandang pada kaki katil. Dijelingnya sahaja baju tidur di atas katil dan bergerak ke walk-in wardrobe. Dia jelik dengan sikap yang ditunjuk oleh isteri ‘mithali’nya itu.
‘Semuanya hanya lakonan semata-mata nak kaburkan mata aku! Sanggup kau buat-buat macam isteri ‘mithali’ supaya aku boleh jatuh ke tangan kau? Hmph! Perempuan murahan, mata duitan! Jangan harap kau dapat apa yang kau nak!’ Desis Saifullizan sambil tangannya mengambil baju tidur pada almari baju.
Karmiza mengeluh lemah. Memang dia memerlukan masa untuk melembutkan hati suaminya itu. Tangannya mengambil kembali baju tidur di atas katil dan masuk ke dalam wardrobe. Dia berdiri bersebelahan suaminya. Baju tidur tadi disangkut kembali ke tempat asal.
Saifullizan yang berdiri di sebelah tidak langsung mahu berbicara dengannya. Karmiza menggigit bibir bawah. Suaminya masih marah ke tentang hal tadi?
Dengan rasa serba salah dia menegur Saifullizan yang masih tidak bersuara dari tadi. “Awak...saya nak minta maaf sebab menjawab tadi. Awak ampunkan kita, ye? Saya tak naklah malaikat mendoakan yang tak baik pada saya di hari pertama kita sudah bernikah,”Pohon Karmiza. Saifullizan masih tetap seperti tadi. Langsung tidak mahu bertegur sapa dengannya. Masih mahu mengunci mulut tak bersuara.
Saifullizan menuju ke meja solek. Diambilnya sikat di atas meja solek. Ditiliknya wajah pada cermin sambil tangannya menyikat rambut basahnya. Karmiza masih setia di sisi Saifullizan. Bila Saifullizan mahu beralih ke tempat lain, pantas lengannya dipaut oleh Karmiza. Saifullizan tersentak dengan pautan lembut itu. Ingin sahaja dia menepis tangan itu tetapi cepat sahaja akalnya teringat pada pesanan atuknya.
“Jangan kamu berani cederakan dia. Walau sedikitpun, atuk takkan benarkan. Dia luka ke, dia sakit kerana kamu ke, kalau sampai atuk tahu, atuk akan cepat-cepat pindahkan hak milik harta tu pada dia. Lagipun, sekarang dia juga berhak mendapatkan separuh daripada harta itu. Ingat pesan atuk tu!”
Saifullizan menoleh pada tangan Karmiza yang memaut lengannya.
“Kau nak apa? Aku mengantuk ni. Pergi tidurlah!” Keluar juga suaranya. Dia menarik tangan itu dari lengannya. Belum sempat kakinya melangkah, Karmiza berdiri di depannya menghalang. Saifullizan mendecit.
“Apa lagi ni? Tak faham bahasa ke? Aku nak tidur! Aku penat! Susah sangat nak faham bahasa Malaysia?”
“Awak maafkan saya tak? Maafkanlah ye? I’m sorry...” Manja benar suara Karmiza memohon maaf. Tiba-tiba naik lemah hati Saifullizan mendengar rengekkan itu. Dia rasa begitu terbuai dengan suara manja perempuan itu.
‘Hoi! Wake up, Epul! Jangan terpengaruh dengan pujukannya. Kau kena kuat!’ Bisik hati jahatnya.
‘Apalah kau ni Epul? Isteri punya baik, kau tak nak terima dia. Dahlah manja pula tu. Kau tak tergoda ke? Lebih-lebih lagi, ni malam pertama kau. Layan ajalah,’
‘Jangan! Jangan terperangkap dengannya!’ Hatinya berperang sendiri. Saifullizan makin pening dengan kata hati yang berbelah bahagi itu.
“Hish! Yalah! Aku maafkan kau. Puas?!” Saifullizan melompat naik ke atas katil tidak mahu melayan kerenah isterinya itu. Karmiza tersenyum lebar. “Terima kasih,” Ucapnya pendek.
Karmiza memandang tubuh Saifullizan yang sudah membelakanginya. Otaknya memikirkan sesuatu.
‘Sah! Dia tak nak sentuh aku pun malam ni. Tak mengapalah. Lagipun, kenalah slow and steady. Biar perlahan asalkan bahagia,’
‘Erk..Tapi, kalau dia tak nak sentuh kau malam ni, kau nak tidur kat mana? Lelaki ni pun tak beritahu apa-apa pasal part tidur ni. Aku kena tidur kat atas sofa ke?’ Karmiza menggigit bibir. Saifullizan masih tidak berkutik dari posisi tadi.
‘Dia tak cakap apa-apa kan? Jadi, kau tidur ajelah kat sebelah dia. Lagipun, dah halal kan? Biarlah dia nak marah sekalipun. Dia tu suami kau. Suami sah!’ Karmiza sudah tersenyum-senyum penuh makna. Perlahan-lahan dia duduk di kaki katil bertentang dengan suaminya. Sekarang, Saifullizan tidur menghadapnya. Mata Saifullizan sudah tertutup rapat. Karmiza terpesona dengan wajah suaminya yang tengah nyenyak tidur itu. Tangannya hampir-hampir mencapai pipi mulus itu. Tetapi terhenti bila mata suaminya tiba-tiba celik.
“Kau nak apa, hah? Buat apa kau kat atas katil aku ni?” Bentak Saifullizan. Matanya sudah mencerlung memandang wajah isteri yang sudah duduk di sisinya. Sempat lagi dia meratah ke seluruh wajah Karmiza yang sudah tidak bertudung itu. Pertama kali melihat isterinya tanpa tudung benar-benar menggugat imannya. Rambut beralun nampak begitu cantik dan seksi sekali. Mahu sahaja dia membelai dan menyisir rambut itu dengan jari-jemarinya. Namun, cepat-cepat dia menungkas bayangan itu dan mahu berkeras dengan Karmiza.
“ Saya nak buat apa lagi? Saya nak tidurlah,” Sekali lagi Karmiza menjawab. Terlupa pula yang si suami pantang mendengar dia menjawab.
“Kau nak tidur, tidur kat tempat lain. Ni katil aku! Kau pergi ke sana. Kat sofa tu,” Arah Saifullizan seraya berpaling ke sebelah. Karmiza menarik muka masam. Malam pertamanya tidaklah seindah mana. Tetapi, dia tetap mahu malam itu memberi makna dalam hidupnya. Karmiza menarik selimut tebal menutupi dadanya. Dia selamba sahaja baring di sebelah suaminya.
Terasa haba panas di belakang tubuhnya, membuat dirinya tersedar kembali. Bila dia berpusing ke sebelah, dia terpana melihat wajah Karmiza yang begitu dekat sekali dengannya. Terasa jantungnya mengepam laju.
“Kau ni apa hal ha? Pergi berambus dari katil aku! Blahlah!”
“Tak nak! Saya nak tidur di sini. Saya tak nak tidur kat sofa tu. Tak sedap tidur atas sofa,” Kalih Karmiza tanpa rasa takut pun. Hilang terus rasa kantuk yang menjengah tadi. Saifullizan kembali segar bila Karmiza mencari pasal dengannya pada malam pertama mereka. Degil!
‘Kau memang nak sangat aku kenakan kau, ya? Fine! Aku nak tengok sejauh mana kau berani dengan kedegilan kau tu!’ Desis Saifullizan.
“Oh...Jadi awak tak takutlah ya kalau saya terkam awak tanpa awak rela?”
“Kitakan dah sah! Halal pun,” Jawab Karmiza selamba. Dalam diam, sebenarnya dia takut juga tetapi Karmiza buat-buat selamba, tidak mahu mengalah pada suaminya. Lagipun, bukankah salah satu sebab dia mengahwini Saifullizan kerana mahu mengubah sikapnya? Diakan sudah berjanji pada Haji Mukhri, maka ditunaskan juga perjanjian itu dengan langkah pertama ini.
“Halal ye? Ha’ah kan? Memang kita dah halal, dan semestinya saya boleh buat macam ni, kan?” Dengan pantas, tubuh Karmiza ditindihnya. Karmiza terkejut. Jantungnya sudah berdegup kencang. Makin bertambah-tambah kencang bila wajah Saifullizan mula mendekati wajahnya. Karmiza menutup matanya rapat. Dia rela.
Hampir sahaja Saifullizan tewas pada kelemahannya itu. Dalam beberapa inci sahaja lagi bibirnya pasti bersentuhan dengan bibir isterinya. Matanya terbuka luas. Dia tersedar dari godaan yang membuak-buak dalam hati. Dia kaget. Dia takut dia tertewas pada perempuan itu, lalu tubuhnya diangkat menjauhi isterinya.
Bila terasa tubuhnya kembali ringan dan tidak bertindih, matanya pantas terbuka. Wajah Saifullizan nampak seperti lelaki yang berusaha mengawal nafsu sendiri. Dalam diam, dia tersenyum. Kalau selalu, bila baca dalam novel, pihak perempuan yang akan takut pada si suami bila bab malam pertama. Kisah kahwin paksa semuanya begitu. Tetapi, berlainan pula pada situasinya sekarang. Nampak gayanya, suaminya pula yang takut nak menerkamnya. Dia buat rileks aja.
“Kenapa?” Soal Karmiza selamba. “Kau nikan...Aku..” Jari telunjuk Saifullizan ditunding pada depan mukanya. “Saya kenapa?” Soalnya kembali.
“Argghh!!” Saifullizan turun dari katil dan mengambil bantalnya. Namun dengan pantas, Karmiza menarik bantal tersebut dari tangan Saifullizan.
“Awak, tak payahlah tidur kat atas sofa tu. Tidur sahaja kat sini. Saya janji takkan kacau awak,” Ucap Karmiza. Benar-benar dunia mereka ni terbalik. Isteri pula berkata demikian, bukannya suami.
Saifullizan mendengus kasar dan menarik bantal dari tangan Karmiza. Karmiza tetap tidak mahu melepaskan bantal dari tangannya. Ditariknya lagi bantal tersebut. Berlaku aksi tarik-menarik di atas katil itu. Saifullizan merentap bantal tersebut sehingga menyebabkan dia hilang imbangan. Dengan spontan tangan Karmiza menarik baju Saifullizan ingin menyelamatkan suaminya.
Cupp!
Bibir mereka bertaut. Mereka terpaku dengan adengan yang berlaku sekejap tadi. Darah sudah naik menyerbu muka. Merah padam wajah masing-masing menahan malu. Saifullizan melarikan bibirnya dari bibir Karmiza. Kakinya terus beredar ke sofa. Langsung tidak mahu memandang wajah isterinya. Karmiza pula masih terpana bila semua yang berlaku tadi asyik bermain di mindanya.
‘My first kiss!’ Karmiza terkebil-kebil sambil memegang bibirnya. Matanya beralih di sofa. Saifullizan sudah baring membelakanginya. Langsung tiada suara pun yang terkeluar dari mulut itu. Tidak lama kemudian, senyuman menjengah di bibir.
‘Aku sudah mendapatkan apa yang aku mahu pada malam pertamaku bersamanya. Cukuplah dengan first kiss itu terlebih dahulu. Ya Allah, betapa bahagianya aku mendapatkan ciuman itu dari suamiku sendiri,’ Ligat otak Karmiza mengulangi adengan tadi. Perlahan-lahan dia membaringkan diri melayan perasaan bahagia.
Matanya masih belum dapat tidur. Dia masih terbayang-bayang akan kejadian tadi. Karmiza duduk dari pembaringan. Dilihatnya tubuh Saifullizan yang sudah baring terlentang tanpa selimut. Saifullizan baring berpeluk tubuh menahan angin sejuk dari penghawa dingin. Kasihan melihat suaminya sebegitu. Dek rasa malu, Saifullizan langsung baring di sofa tanpa mengambil selimut tebal di dalam almari.
Karmiza turun dari katil dan bergerak menuju ke almari. Tadi dia terlihat selimut tebal yang berlipat di dalam almari itu. Dia mengambil selimut tebal tersebut dan diselimutnya tubuh si suami. Dia duduk mencangkung di sisi suami. Lama matanya memandang wajah polos Saifullizan ketika dia tidur. Lalu, matanya terhenti pada bibir merah bak merekah milik suaminya. Dia menelan liur. Tadi, dia sudah merasa hangatnya ciuman dari bibir itu. Hatinya benar-benar terbuai dengan sentuhan pertama itu. Perlahan-lahan, bibirnya mencuri-curi mengucup bibir suaminya. Dia tersenyum.
“Mimpikan saya, ya? Saya dah mula cintakan awak. Saya berdoa hati awak akan lembut untuk menerima saya pada suatu hari nanti. Amin...” Bisik Karmiza perlahan. Langsung tidak mengganggu tidur suaminya. Nyenyak benar suaminya tidur tanpa menyedari kelibatnya di situ. Bibirnya tersenyum lagi. Bahagia!
Karmiza terbangun dari tidur yang lena setelah sayup-sayup suara azan menjengah cuping telinganya. Pantas dia pergi mendapatkan tuala dan masuk ke dalam bilik air. Dalam beberapa minit kemudian, Karmiza sudah bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh. Namun, langkah kakinya terhenti bila melihat wajah suaminya masih dibuai mimpi. Dia mendekati sofa tempat Saifullizan beradu.
“Awak, bangun...Solat subuh. Jom kita solat sama-sama?” Ajak Karmiza. Saifullizan masih kaku di atas sofa. Matanya masih tertutup rapat. Karmiza mengeluh lemah.
‘Hai...Baru aje kahwin dah tunjuk perangai buruk dia tu. Tapi, tak apa. Akukan penyelamat dia. Aku akan tolong ubahkan sikap dia sedikit demi sedikit,’
“Awak..Bangunlah. Tak lama lagi subuh dah nak habis,” Karmiza cuba untuk menarik perhatian Saifullizan dengan menipunya. Alah, tipu sunat. Nak suruh suami dia gelabah, namun, Saifullizan tetap tidak berganjak. Karmiza bercekak pinggang.
“Laki ni masih tak nak bangun-bangun lagi. Okey...Siaplah dia kena dengan aku,” Pantas Karmiza menuju ke bilik air semula dan keluar dengan segayung air. Tanpa teragak-agak, dia menyiram air dari gayung yang dibawanya ke muka Saifullizan. Gaya Saifullizan sudah seperti orang lemas. Yalah, diterjah dengan air sejuk pada pagi-pagi. Nak tambah lagi air tu masuk kat dalam rongga hidungnya secara mengejut.
Saifullizan berdiri terpacak di depan Karmiza. Mukanya sudah basah habis. Baju tidurnya juga sudah basah. Matanya sudah mencerlung tajam. Tunggu masa nak meletus sahaja.
“Kau gila ke?! Kau simbah air tu kat muka aku ni buat apa?! Dahlah sejuk. Kau nak bunuh aku ke? Nak cepat dapat harta sangat kan?! Tu yang sanggup lemaskan suami sendiri!”
“ Apa yang awak merepek ni? Awak masih boleh terpacak lagi kat depan saya, jadi okeylah tu. Masih sihat walafiat lagi. Saya ni dah kejutkan awak banyak kali. Tapi awak sedap-sedap je tidur. Naik hilang suara saya memanggil nama awak. Bangun bangun, tak bangun-bangun jugak. Ni jelah cara yang senang nak kejutkan orang. Tak payah cuci muka, muka awak dah basah,” Seloroh Karmiza sambil matanya memandang ke tempat lain. Tidak mahu bertentang mata dengan Saifullizan yang galak memandangnya.
Karmiza teringat ketika dia mengejutkan arwah adiknya dahulu. Begini jugalah caranya. Adiknya sungguh liat untuk bangun bila nak solat subuh. Dipanggil beberapa kali, masih tidak mahu bangun. Dikuatkan lagi suara di cuping telinga, masih tidak berganjak dari katil. Alih-alih, itu sahajalah cara yang mampu mengejutkan arwah adik lelakinya yang berumur 10 tahun itu.
“Hoi, aku tengah bercakap dengan dia, dia boleh pula mengelamun depan aku. Hoi, pekak!”
“Saya tak pekak lagilah! Dah! Saya nak solat ni, awak nak jadi imam saya tak?”
“Buang masa aku nak jadi imam kau! Pengganggu tidur aku! Kau nak solat, kau solatlah sorang-sorang. Tak payah ajak aku!”
“Awak ni, tak tahu ke atau buat-buat tak tahu? Orang kata, solat tu tiang agama. Sekiranya awak tinggalkan solat, samalah macam awak runtuhkan tiang agama awak. Tersasarlah awak dari landasan Allah. Lagipun, macam yang awak cakaplahkan, kalaulah awak ditakdirkan lemas dek kena simbah dengan segayung air ni...Awak terus pergi tak kembali, hah..Apa awak nak cakap pada Allah? Tiang awak pun dah runtuh! Mana nak cari pelindungan lagi? Makanya, nerakalah tempat yang sesuai bagi orang-orang sebegitu. Neraka mana ada tiang!” Panjang Karmiza berceramah ala-ala ustazah di pagi subuh. Makin besar mata Saifullizan bila mendengar ceramah dari isteri yang baru saja dikahwininya semalam. Naik meluat dia melihat Karmiza yang berlagak seperti ustazah itu.
“Hei...Doakan aku pendek nyawa ke? Macam tu ke kau buat kat suami kau? Doakan supaya suami mati awal?” Sindir Saifullizan sambil matanya masih setia memandang wajah si isteri.
“Saya beri nasihat je. Tak tahulah kalau awak terasa. Lagipun, saya nak awak beringat sebelum terjadi apa-apa. Saya tak doakan macam tu pun. Soal hidup dan mati, semua tu ketentuan Ilahi. Entah esok lusa, ajal kita panggil kata mari. Kubur melambai-lambai menunggu penghuni. Saya tak tahu...” Seloroh Karmiza. Saifullizan mengetap gigi. Mahu membidas kata isterinya, dia tidak mampu. Soal agama, dia sendiri pun tahu tentang semua itu. Jangan meninggalkan solat 5 waktu. Tetapi, dia tetap tidak mengendahkannya. Kadang-kadang dia solat, kadang-kadang dia cuti macam perempuan lain. Cuti period...
Saifullizan mendengus kasar. Dilanggarnya tubuh kecil isteri dan mengambil tuala pada penyidai kain.
“Heish! Habis batal air sembahyang saya. Kena ambik wudhuk lagi,” Karmiza mencebik geram. Tetapi tidak lama. Dia menuju ke luar bilik menuju ke bilik air yang berada berdekatan dengan ruang tamu tingkat 2 itu.
Kembali sahaja ke dalam bilik tidur, dia melihat Saifullizan sudah bersiap dengan kain pelekat dan baju melayu berserta songkok di kepala. Karmiza menarik senyuman meraih kemenangan yang kedua. Dia tahu dia mampu mengubah suaminya tidak lama lagi.
“ Awak tak nak solat bersama saya ke?”
“Kau solatlah sorang-sorang. Aku tak nak jadi imam kau!”Karmiza mengeluh lemah. Dilihatnya Saifullizan yang sudah mengangkat takbir tanpa menunggunya. Karmiza berasa kecewa.
‘Tak apalah. Cukuplah untuk pagi ni. Asalkan dia menunaikan solat, sudah memadai. Kelak, aku pasti akan solat bersamanya. Aku yakin dengan itu!’ Karmiza kembali bersemangat semula. Diambilnya tikar sejadah dan dibawa ke bilik sebelah. Dia menunaikan solat subuh di bilik sebelah tidak mahu mengganggu suaminya bersolat. Takut suaminya berasa janggal bila dia solat di sebelah. Nanti, lama-kelamaan suaminya pasti membawanya solat bersama.
Usai solat, Karmiza menuruni tangga dan menampakkan diri di dapur. Kelihatan Mak Timah tengah menyiapkan sarapan pagi. Dia menegur Mak Timah dengan mengucapkan salam.
“Oh, pengantin baru dah bangun rupanya. Ingatkan masih nak dibuai mimpi. Maklumlah, sedap tidur dipeluk suami,” Karmiza tersenyum hambar.
‘Peluk? Aduh! Jangankan peluk, sentuh aku pun tak!’
“Eh, ada pulak macam tu, Mak Timah? Bila perempuan dah galas tanggungjawab sebagai isteri, awal pagi macam ni kenalah turun dapur siapkan sarapan untuk suami. Apa orang kata, nak suami sayang lebih pikatlah melalui perutnya, tak gitu Mak Timah?” Ujar Karmiza mesra. Mak Timah yang masih sibuk menyiapkan sarapan pagi tergelak kecil. Dia berasa senang dengan kehadiran Karmiza di rumah banglo itu. Sejuk hatinya melihat Karmiza yang begitu menghormati orang tua. Walaupun, Karmiza seorang yang tidak beribu dan bapa, tetapi adab sopannya tidak pernah dilupakan. Dia bersyukur Karmiza mengahwini cucu majikannya itu. Dia pasti, pilihan Haji Mukhri memang tepat sekali!
“Mak Timah, saya tolong jugak, ye?”
“Eh, tak usahlah susah-susah. Lagipun, kamu tu pengantin baru. Tak apa, biar Mak Timah yang buatkan semua. Mak Timah dah biasa dengan menu-menu yang selalu Haji Mukhri dengan Saifullizan nak untuk sarapan pagi mereka,” Mak Timah melarang Karmiza dari mengambil sudip di tangan.
“Menu? Dalam rumah ni makan ikut menu ke?” Tanya Karmiza hairan. “Ha’ah. Cita rasa Haji Mukhri dengan Epul lain-lain. Sorang nak omelet, sorang nak nasi lemak. Sorang nak makan kari ikan, sorang nak makan western. Jadi, ikut giliranlah. Tu dekat peti ais ada jadualnya. Si Epul suka makan makanan western berbanding masakan melayu. Dah terbiasa masa dia belajar di luar negara, katanya,” Mata Karmiza membulat bila mendengar aturan-aturan di situ. Ditariknya kertas jadual yang dilekat pada pintu peti ais.
‘Hish! Soal makan pun nak ada jadual jugak ke? Makanan western pulak tu! Mentang-mentang muka pun ada kacukan orang putih, dah terikut-ikut dengan budaya kat sana. Apa kelas mamat melayu celup tu? Aku letak budu dalam omelet kau baru tau! Mahu berkali-kali tambah tu!’ Karmiza tersengih diam-diam memikirkan rancangan jahatnya.
“ Yang tersengih macam monyet ni kenapa? Tak siuman dah ke?” Bisik Saifullizan pada telinga Karmiza mengejutkannya. Karmiza terlompat sedikit sambil tangannya sudah melekap di dada.
“Sebijik macam monyet!” Saifullizan mentertawakannya. Karmiza menarik muka masam. Mak Timah menggeleng kepala melihat kerenah pasangan pengantin baru itu. Dia meneruskan kerjanya dan membiarkan sahaja pasangan itu bermesra.
“ Monyet awak kata?” Karmiza bercekak pinggang. “Saya lagi comel dari monyet tau...” Bidasnya lagi.
“Perasan!” Karmiza malas mahu bertegang urat dengan Saifullizan. Matanya mendarat pada kemeja yang menutup tubuh tegap itu. Dari atas sampai ke bawah dia menilik penampilan suaminya pada pagi itu.
“Aku tahulah kau dah terpikat kat aku. Tak payahlah nak tunjuk sangat perasaan tu. Aku memang dah tahu dah. Tapi, ingat...Aku takkan pernah terima kau dalam hidup aku, kau faham tu?” Bisik Saifullizan dekat di telinganya. Mak Timah berpaling memandang mereka. Adengan mesra menjadi tatapannya membuatkan dia malu dan berpaling semula menghadap kuali. Mak Timah menyimpan senyuman kecil. Fikir pasangan itu tengah bahagia sekarang.
Karmiza tersentak mendengar kata-kata Saifullizan. Wajahnya berubah mendung. Hatinya dipagut rasa sayu. Sedih bila suami berkata begitu. Lebih sedih lagi kalau nama orang yang sudah bertapak di dalam hati tidak menerima kita. Karmiza menunduk menekur lantai. Sakit hatinya macam rasa disiat-siat.
“Oh...Don’t be sad cup cake...Senyum, nanti nampak dek Mak Timah dengan atuk. Kau nak diorang tahu ke tentang kita? So, ceriakan diri kau tu. Aku menyampah tengok muka mendung tu. Lakonan kau takkan pernah melembutkan hati aku. Aku meluat tau tak?!” Saifullizan memberi amaran. Dia tersenyum sinis lantas tangannya terus memaut bahu Karmiza. Terkedu Karmiza memandang tangan yang memaut erat bahunya. Dia keliru.
‘Apasal dengan mamat ni? Tang tiba-tiba aje...’
“Assalamualaikum semua. Selamat pagi.” Ucap suara yang baru sahaja datang ke dapur itu. “Waalaikummussalam, tuk. Selamat pagi,” Balas Saifullizan sebaik mendengar salam atuknya. Barulah Karmiza tahu sebab musabab lelaki itu berbuat demikian.
‘Ceh! Siapa yang berlakon sekarang ni? Takut dengan atuklah tu,’ Desis Karmiza.
“Hai, awal pagi dah ber ‘mesra’ depan atuk ni. Dah tak boleh berenggang dengan bini dah?” Sindir Haji Mukhri pada cucunya. Dia tahu cucunya itu hanya berpura-pura bahagia di depannya. Tahu sangat dengan kerenah cucu tunggalnya itu.Haji Mukhri mengambil surat khabar yang diletak di atas meja makan. Dia duduk di kerusi menunggu hidangan disediakan. Matanya terus sahaja melekap pada surat khabar itu.
“Janganlah cakap macam tu, tuk. Malu bini saya ni bila dengar atuk cakap macam tu,”
‘Haktuiii!! Malu ke bendenya? Meluat aku dengar, adelah.’ Karmiza geram dengan taktik suaminya mengguna namanya semata-mata mahu menutup mata Haji Mukhri. Karmiza mengetap gigi. Dijelingnya wajah suami di sebelah. Timbul ada idea untuk turut serta melakonkan drama yang diarah oleh Saifullizan itu.
Pegangan pada bahu dibalas dengan pelukan di pinggang Saifullizan. Tersentak Saifullizan dengan tindakan tanpa amaran dari Karmiza itu. Saifullizan menelan liur.
Hubby, kenapa cakap macam tu? Saya yang malu ke, ke awak? Muka hubby dah nampak macam buntut ayam panggang saya tengok. Merah benar!” Karmiza tersenyum lebar bila melihat wajah Saifullizan yang merah padam dek pembalasan darinya.
‘Kurang asam! Ada dia cakap muka aku ni macam buntut ayam panggang? Samakan dengan buntut pulak tu! Bukan kepak tapi BUNTUT ayam!’ Kelihatan rahang Saifullizan bergerak-gerak. Ingin sahaja Karmiza menghemburkan tawanya tetapi dikawal sebelum semua lakonan diketahui oleh atuk dan Mak Timah.
“Buntut ayam panggang? Tak pernah dengar pun. Miza pernah rasa ke buntut ayam panggang? Ada jual kat sini?” Soal Haji Mukhri menyampuk perbualan mereka.
“Miza pernah rasa buntut ayam panggang. Sedap! Miza makan masa Miza pergi ke Sabah jadi sukarelawan kat sana,”Jelas Karmiza pada Haji Mukhri.
“Hmmm...Sayang, nak sangat makan buntut ayam panggang ke? Sekarang ni kita nak breakfast. Buntut ayam panggang tak ada kat sini. Jauh nun di Sabah.” Saifullizan membalas dengan sindiran halus. Karmiza benar-benar tidak tahan lalu tersembur juga tawa yang disimpannya dari tadi.
“Abang ni luculah. Siapa cakap kita nak makan buntut ayam panggang? Dahlah...Kita breakfast ye?” Karmiza menampar lembut bahu Saifullizan, lantas menarik tangan Saifullizan ke meja makan. Makin membulat mata Saifullizan dengan aksi berani isterinya. Haji Mukhri senyum dalam diam. Dia tahu Karmiza ingin mengenakan cucunya kembali. Tidak salahlah dia memilih Karmiza untuk menjadi isteri Saifullizan. Memang cucunya itu sudah bertemu seterunya. Sama macam pepatah, bertemu buku dengan ruas. Ngamlah tu!
Mahu sahaja Saifullizan menyentap tangannya dari pegangan perempuan itu, tetapi mustahil baginya untuk berbuat demikian lebih-lebih lagi di depan atuknya. Merekakan sudah ada perjanjian dan dia tidak mahu kalau hartanya diserahkan pada Karmiza. Maka, diikutnya sahaja rentak Karmiza. Mata Haji Mukhri tidak lepas dari memandangnya dari tadi.
“Oh, ya...Asal abang pakai baju kemeja siap pakai berkot lagi pagi ni?” Karmiza mengajukan soalan sebaik teringat akan penampilan Saifullizan pagi itu. Mata Haji Mukhri ternyata memandang tajam pada cucunya.
“Ya, betul jugak kata Miza tu. Kenapa Epul pakai baju kerja ni? Kamukan cuti kahwin?”
‘Kerja? Baru kahwin semalam, dia dah nak kerja? Nampak benar yang dia tak nak tengok muka aku masa cuti ni. Okey, fine..Tahula aku nak buat apa nanti,’ Detik Karmiza sambil memikirkan sesuatu plan.
“Buat apa rugikan masa,tuk? Cuti pun nak buat apa? Macamlah atuk tak kenal dengan Epul. Epul bukannya suka duduk terperap kat dalam rumah ni,”
‘Lebih-lebih lagi menghadap minah sebelah ni!’
Berubah wajah Haji Mukhri mendengar kata-kata Saifullizan. Memang dia tahu Saifullizan seperti mahu melarikan diri dari Karmiza. Tidak mahu mengenali isterinya dengan lebih mendalam lagi.
“Habis itu, kamu tinggalkan bini kamu ni kat rumah aje? Macam tu? Miza ni pun dah ambil cuti sebab kahwin. Kamu bawaklah dia keluar jalan-jalan ke? Kesian dengan Miza...” Ucap Haji Mukhri mengenangkan cucu menantunya itu. Karmiza hanya mampu tersenyum, tetapi senyuman itu ternyata hambar.
“Tak apalah...Kalau dia nak keluar, dia pergilah keluar. Takkanlah cup cake nak ikut abang pergi kerja kot?” Dalih Saifullizan sambil menyapu jem berry pada roti.
“Boleh jugak!” Baru sahaja roti di tangan dikunyahnya, Epul tiba-tiba tersedak mendengar sebaris ayat yang terkeluar dari mulut Karmiza itu. Cepat-cepat Karmiza menghulurkan gelas kepadanya. Disambutnya pantas dan dia meneguk air dengan rakus sekali.
Sesudah berhenti rasa perit di dalam tekak, Saifullizan kembali menatap wajah selamba Karmiza di sebelah. “Apa awak cakap tadi? Nak ikut saya pergi pejabat?” Karmiza menjongketkan kening bila mendengar panggilan ‘saya’ dari Saifullizan.
‘Wah! Memang menjiwai watak betul mamat ni. Tak ingat ‘aku-kau’ lagi dah. Ber ‘saya-awak’ terus!’
“Ha’ah. Saya nak ikut abang pergi pejabat. Lagipun, sayakan dah minta cuti. Bosanlah dok rumah! Saya tak pandai pakai kereta, jadi kalau nak pergi ke mana-mana, tak dapat...” Seloroh Karmiza. Tangan mengambil kuah sambal nasi lemak dari pinggan di depan. Haji Mukhri pula sudah berhenti makan. Licin pinggannya bila nasi lemak menjadi santapan mereka pada pagi itu.
“Teksi kan ada? Awak boleh naik teksi,”Saifullizan masih lagi mencari jalan bagi melepaskan diri dari berada di samping Karmiza. Haji Mukhri berdeham. Surat khabar menjadi tatapan sudah diturunkan sedikit agar matanya dapat memandang tajam memberi amaran pada Saifullizan. Saifullizan yang perasan akan isyarat dari Haji Mukhri hanya mampu mengeluh lemah. Dia mendengus kasar.
Yelah yelah! Pergi siap cepat-cepat. Nanti lambat pulak saya nak ke pejabat nanti,” Arah Saifullizan tanda mengalah pada amaran Haji Mukhri tadi.
“Saya pakai macam ni jelah! Tak payah nak lawa-lawa pun,” Makin terjengil mata Saifullizan bila menatap penampilan Karmiza yang hanya berbaju T-shir lengan panjang berwarna biru cair berserta seluar tracksuit itu.
“Haa...Jangan nak mengada-ngada! Dah baik dah, sa..Abang beri kebenaran bawa awak sekali ke pejabat. Jangan malukan abang pulak!” Tegas Saifullizan. Ditariknya tangan Karmiza setelah Karmiza selesai menghabiskan nasi lemak tadi. Dibawanya naik ke atas dan masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci sebelum terdengar dek atuknya.
Matanya memanah tepat pada mata bulat Karmiza. Sedetik kemudian, dia terpana seketika. Berdenyut jantungnya mengepam laju. Hampir sahaja dia terlupa tujuan dia menarik isterinya ke sini. Karmiza juga turut terdiam. Matanya juga tak lepas dari memandang wajah kacak suaminya yang berkot kemas itu. Dada dia, jangan cakaplah. Hampir nak terputus jadinya.
“Kau nak apa sebenarnya, hah? Nak ikut aku buat apa?!” Berubah terus panggilan tadi kembali kepada asal. Karmiza mencebik. “Saya bosan duduk di rumah. Tak ada benda nak dibuat pun. Saya nak ikut awak, saya nak tengok tempat kerja awak. Saya tak pernah tengok pun pejabat awak. Jadi, tak salahkan kalau saya nak ikut sekali? Isteri nak tengok suaminya sendiri bekerja,”
“Apa kejadahnya nak tengok suami bekerja? Tak pernah dibuat dek orang tau tak?” Karmiza menyilangkan tangan di dada.
“Awak pun apa kurangnya! Ada orang yang baru berkahwin, terus pergi kerja pada esoknya? Tak relevan betul! Nampak sangat awak ni kena kahwin paksa. Tak takut ke jadi bahan mulut orang?” Sengaja Karmiza berkata demikian, ingin menakut-nakutkan suaminya. Dia pasti Saifullizan mesti mahu menjaga nama baiknya sebagai seorang bos di syarikat sendiri. Mata yang dikalih ke tempat lain, dikalih pula pada wajah suaminya. Memang betul sangkanya. Saifullizan memang tak mampu membalas apa-apa pun kata-katanya tadi. Terkebil-kebil si suami tanpa mampu menjawab.
Merekah senyuman di bibir. Karmiza menurunkan tangannya ke sisi. Dia menatap wajah Saifullizan. Tanpa teragak-agak, diusapnya wajah Saifullizan dengan lembut. Saifullizan kaku dengan reaksi berani Karmiza itu.
“ Don’t worry. Saya tak kisah kalau awak nak pergi kerja hari ini. Tapi, saya kena ada bersama awak. Nak tutup mulut orang kan? So, sekarang awak turun kat bawah, tunggu saya tukar baju, ye?” Ucap Karmiza lembut. Dengan pantas satu hadiah diberikan pada pipi Saifullizan. Saifullizan terkedu. Karmiza tersengih dan kakinya pantas berlalu ke bilik air. Berkelip-kelip mata Saifullizan tidak menyangka akan aksi spontan tadi. Dia mengusap pipinya. Masih terasa bibir hangat Karmiza pada pipi itu. Tanpa dia sedar, bibirnya mengukirkan senyuman.
‘Hoi! Sawan apa? Kena kiss kat pipi pun kau dah terus mengalah? Bodohnya kau, Epul!’ Bisikan jahat mula menerjah dirinya. Pantas senyuman di bibir terus mati. Dia menggeleng. Lantas kaki dihayunkan keluar dan menuruni tangga.
“Aku nak pergi ke site sekarang. Kau nak ikut sekali ke?” Saifullizan baru sahaja keluar dari bilik mesyuarat tadi. Rata-ratanya terkejut melihat kehadiran bosnya ke pejabat waktu ini. Pelik juga bila bos yang baru sahaja kahwin semalam sudah turun kerja pada hari ini. Hangat benar berita itu dijaja di seluruh pejabat. Tetapi semuanya dapat diselamatkan dengan adanya kehadiran isteri bos di sisi.
“Mestilah nak! Takkanlah saya ditinggalkan sorang-sorang kat pejabat ni. Tak mahulah!” Saifullizan mengambil kot yang digantungnya pada kayu penyangkut baju di tepi almari. Dipasangnya kot pada badan.
“Siapa suruh nak sangat ikut orang? Tak habis-habis menyusahkan hidup aku!” Disambarnya fail di atas meja dan berpaling menghadap Karmiza yang monyok. “Kalau awak tahu saya ni menyusahkan hidup awak, kenapa awak nak juga berkahwin dengan saya?” Soal Karmiza. Saifullizan terdiam. Lalu otaknya pantas mengingat kembali perjanjian di antara dia dan atuknya. Dia tidak mahu kalau perjanjian ini diketahui oleh Karmiza.
Malas mahu menjawab soalan Karmiza, pantas dia bergerak menuju ke pintu. Dipusingnya tomnol pintu dan ditinggalnya Karmiza yang tercengang bersendirian. Karmiza mendengus dan berusaha mengekori jejak Saifullizan.
Di dalam kereta, mereka hanya berdiam diri. Tiada langsung kata bicara. Masing-masing melayan diri. Hanya bunyi radio sahaja yang memecahkan kesunyian di dalam kereta tersebut. Karmiza pula asyik menoleh ke luar kereta. Tidak berpuas hati dengan soalan yang tidak berjawab tadi.
Konsentrasi Saifullizan mula terganggu bila tersedar tiada suara pun yang keluar dari bibir Karmiza. Dia mengambil peluang dengan berpaling ke sebelah di saat menanti lampu hijau.
“ Senyap juga kau akhirnya, kan? Kan bagus kalau macam ni selalu. Amanlah sikit dunia aku!”
“Awak masih belum menjawab soalan saya tadi. Kenapa awak masih mahu mengahwini saya kalau hati awak tidak mahu menerima saya dalam hidup awak?” Diusulnya kembali persoalan tadi. Dia mahu menagih jawapan dari suaminya. Saifullizan mendengus kasar.
“Aku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Masih dengan soalan tu. Bosan tau tak!” Sindir Saifullizan. Dia sudah menarik muka masam. Bila lampu trafik berubah hijau, matanya kembali pada jalan. Dia menumpukan perhatian pada pemanduannya.
“ Saya tak kisahlah kalau awak bosan atau pun tak. Yang pastinya, saya nak tahu jawapannya. Kenapa awak masih mahu beriya menerima saya sebagai isteri awak, padahal sebelum ni awak pernah menolak bukan? Kenapa nak kahwin dengan saya jugak?”
“Kau nak tahu semua benda tu, baik kau tanya kat atuk kesayangan kau! Semua dia punya pasal. Kalau tak, jangan harap aku terima kau jadi bini aku!” Keras suara Saifullizan menjawab. Hati Karmiza tersentap. Mahu sahaja air matanya gugur di kala ini. Cepat-cepat dia mendongak ke atas dan memicit batang hidungnya.
Saifullizan mencuri pandang di sebelah dengan hujung mata. Pelik melihat kelakuan Karmiza di sebelah. Tidak lama selepas itu, cuping telinganya menangkap bunyi esakkan. Cepat sahaja dia berpaling di sebelah. Hidung Karmiza sudah merah, tetapi tiada pula air mata yang terkeluar.
“Kau menangis ke?”
“ Tak pernah dalam hidup saya orang menengking saya sebegitu. Awaklah orang pertama yang buat saya macam ni...”Luahan Karmiza benar-benar meragut ketenangannya. Sekejap dia berkalih di sebelah. Karmiza menoleh ke luar tingkap. Saifullizan menelan liur. Entah mengapa hatinya terasa begitu bersalah sekali. Hatinya pula sudah tidak tenang melihat Karmiza yang menguncikan mulut. Sekali-sekala terdengar bunyi nafas Karmiza yang tersekat dek hingus itu. Hati Saifullizan tak senang dibuatnya. Tidak pernah dia berperasaan sebegitu terhadap mana-mana gadis. Dia turut berasa sedih bila melihat Karmiza bersedih.
‘Apa dah jadi kat aku ni? Kenapa hati aku juga turut berasa sayu mendengar esakkannya? Pelik!’
Mereka tiba di tempat site tidak lama kemudian. Karmiza masih diam dari tadi. Saifullizan menoleh ke sebelah.
“Kau nak turun ke tak? Ke duduk je dalam kereta ni?” Soalannya tidak dijawab oleh Karmiza. Sah! Karmiza merajuk dengannya.
‘Ceh! Berlagak merajuklah tu. Ingat aku nak pujuk? Mimpilah!’
‘Kau tak nampak ke bini kau tengah sedih? Ni semua disebabkan kau! Kau tak kesiankan dia? Kau sememangnya kejam, Epul! Belum lagi kalau bini kau tahu hal berkenaan dengan rancangan kau ingin membunuhnya! Kau patut dihukum, Epul!’ Makin menggila pula hatinya berperang dengan sendiri. Saifullizan menggeleng menghilangkan semua kata hati itu. Dalam diam dia mula berasa menyesal bila mengenang kembali apa yang pernah dilakukannya pada perempuan yang tidak bersalah itu. Dia berdosa! Dosa silam asyik menghantuinya.
‘Arggh! Lama-lama boleh buat aku jadi gila kalau asyik fikirkannya.’ Lantas Saifullizan meninggalkan saja isterinya di dalam kereta. Karmiza mendecit.
“Tak ada langsung niat nak pujuk aku. Ni yang nak touching sehari semalam! Jahat!” Mulut Karmiza sudah mula muncung. Matanya meliar pada kawasan site. Terdapat bangunan yang sudah siap dan ada juga yang masih baru nak dibuat. Tinggi juga bangunan di situ.
Baru hari ini dia melihat sendiri bagaimana seorang CEO menguruskan kerjanya. Ke hulu ke hilir dengan fail di tangan. Tidak kurang juga dengan dokumen yang perlu ditandatangani. Tak menang tangan dibuatnya. Barulah dia tahu bukan senang mahu mengelola sesuatu syarikat itu. Suaminya perlu menggalas tanggungjawab yang besar dalam menjaga kebajikan para pekerjanya. Beratus orang yang berada di bahunya. Dia membandingkan kerjayanya dengan kerjaya suaminya. Kerjanya juga lebih kurang seperti itu.
Karmiza pula perlu menggalaskan tanggungjawab menjaga para pesakit. Dia bukan doktor, tetapi jururawat di hospital swasta. Tanggungjawabnya ini berkaitan dengan kebajikan para pesakit. Makan minum para pesakit perlu dijaga. Kalau tidak dijaga dengan rapi, penyakit pesakit akan bertambah teruk dan ini akan menentukan baik atau tidak kesihatan pesakit tersebut.
Dek rasa bosan yang sudah melabuh hatinya, Karmiza mengambil keputusan untuk keluar dari kereta. Dia mahu meronda-ronda di situ. Tanpa memberitahu suaminya, dia meninggalkan sahaja kereta dan menguncikan kereta sebelum merayau di sekeliling. Karmiza berjalan tanpa menggunakan apa-apa topi keselamatan pun. Benar-benar menempuh bahaya.
Saifullizan mendengar penjelasan mengenai perkembangan di tempat projeknya itu. Sekali-sekala, kepalanya dianggukkan dan ada masa dia menggeleng tidak bersetuju dengan keputusan yang dilakukan oleh pekerjanya. Sambil matanya memandang plan di tangan, dia menoleh di sekeliling sehinggalah matanya terhenti pada tubuh kecil yang berjalan di bawah bangunan yang masih dalam proses dibina. Perasaan marah mula terbit di hati. Geram dengan Karmiza yang selamba sahaja keluar dari kereta tanpa memberitahunya. Tambahan pula, Karmiza tidak memakai apa-apa topi keselamatan dan itu sangat berbahaya.
Perbincangan bersama kontraktor berhenti dan pantas kakinya melangkah mendapatkan Karmiza.
Di atas bangunan, terdengar bunyi jeritan orang memberi amaran mengejutkan Saifullizan. Kakinya terhenti dan terus kepala ditala ke atas. Cermina kaca berbentu segi empat tepat terjatuh dari tingkat atas terputus dari tali yang mengikatnya. Dengan pantas kakinya berlari mendapatkan Karmiza. Cermin kaca tersebut betul-betul mahu jatuh menghempap kepala Karmiza.
Tubuh badannya ditarik oleh seseorang dengan pantas. Suara orang yang menjerit memberi amaran tadi benar-benar menyentak hatinya. Dia kaku tidak bergerak bila melihat cermin kaca yang hampir sahaja pecah di atas kepalanya. Terus tubuh yang berdiri kaku tertolak menyebam tanah. Cermin kaca tadi sudah pun pecah berkecai tidak jauh dari kaki mereka.
Mata Karmiza yang tertutup rapat tadi pantas dibuka. Dia terkejut melihat wajah Saifullizan yang begitu rapat sekali dengannya. Kenangan pada malam pertama semalam menerjah fikiran. Saifullizan juga memandang wajahnya. Mereka terpaku memandang wajah masing-masing. Dan, masing-masing juga tidak sedar bahawa hadir satu perasaan halus yang mula bertapak di hati. Ingin saling dilindungi dan saling memerlukan.
Saifullizan tersedar dari dibuai perasaan bahagia. Rasa bimbang mula terbit dalam hati. Pantas dia duduk dan menarik tubuh Karmiza di sisi.
“Kau okey tak?” Karmiza terkedu. Terharu bila suara lembut itu bertanya tentang keadaannya sekarang. Hati sudah dipagut rasa sayu dan dia mengangguk laju. Begitu juga dengan air matanya yang turut mengalir sama. Laju sahaja mutiara itu jatuh menggelongsori pipi. Terus dipeluknya tubuh sasa Saifullizan ingin meredakan perasaan takut. Takut akan terjadi apa-apa yang buruk pada dirinya dan juga suaminya.
Saifullizan terdiam bila dipeluk oleh si isteri. Hatinya benar-benar berasa tenang di dalam dakapan itu. Mahu sahaja dia membalas pelukan erat itu. Teragak-agak tangannya memeluk kembali tubuh kecil Karmiza. Lalu, hanya tepukan lembut sahaja yang mampu dilakukannya.
“It’s okay. Kau selamat. Tak ada apa-apa yang berlaku.” Terbeliak mata Saifullizan bila ucapan itu yang terkeluar dari mulutnya. Pujukan itu benar-benar ikhlas. Ikhlas dari lubuk hatinya yang dalam. Saifullizan keliru. Dalam pelukan kemas, Karmiza menggeleng.
“Saya tak kisah tentang diri saya. Yang saya kisah ialah awak! Saya benar-benar takut. Takut kehilangan orang yang tersayang. Saya takut kalau awak meninggal gara-gara terkena kaca tadi. Saya bersalah. Maafkan saya,” Karmiza menuturkan bicara dengan suara yang tersekat-sekat. Esakkannya masih setia mengiringi tangisan yang tak pernah henti.
Saifullizan berasa terharu dengan luahan ikhlas Karmiza. Tetapi, akal fikirannya menghalang dirinya dari termakan dengan luahan itu. Saifullizan kembali mengeraskan diri. Akal jahat mula kembali.
Mereka mula dikelilingi para pekerja dan orang buruh di situ. Saifullizan berdeham dan Karmiza melepaskan pelukan erat tadi.
“Encik Saiful tak apa-apa? Nak kami panggilkan ambulans?” Ucap salah seorang daripada kontraktornya. “Kaki Encik nampaknya berdarah...terkena juga serpihan kaca tadi,” Barulah Saifullizan perasan rasa sakit pada pergelangan kakinya bila ditegur oleh kontraktor tadi. Berdenyut-denyut kakinya menahan perit. Kasutnya tidak ditukar kepada safety boot, itu yang menyebabkan kakinya senang terkena kaca.
“Tak apa. Sikit aje ni. Semua boleh kembali dengan tugas masing-masing. And one more thing. Suffian, I wanna see the person yang handle cermin kaca tadi. Bahaya kalau kejadian macam ni berlaku lagi. Find out how this happen. Saya tak mahu perkara ini berulang lagi,” Arah Saifullizan pada kontraktor yang bernama Suffian itu. Suffian mengangguk mendengar arahan Saifullizan dan pekerja-pekerja yang lain kembali melakukan tugas masing-masing. Karmiza masih setia mendengar. Matanya terus terpaku pada darah yang mengalir di sebalik seluar slack hitam itu.
“Kaki awak berdarah ni. Suffian, can you give me first aid box?” Pinta Karmiza pada Suffian yang masih tercegat di depan mereka.
“Oh, okey!”
“Tapi sebelum tu, tolong pimpin Encik Saifullizan di tempat yang lebih selamat sikit?” Pantas sahaja tubuh Saifullizan dipimpin Suffian. Mereka menuju ke bilik kecil tidak jauh dari situ.
Karmiza masih mengelap luka pada pergelangan kaki suaminya. Fokus benar dia melakukan kerja mencuci luka tanpa sedar bahawa makin galak mata Saifullizan memandangnya. Kemas benar balutan pada kakinya yang dibuat oleh Karmiza. Saifullizan berasa hairan.
“Apa kerja kau sebenarnya?” Soal Saifullizan ingin tahu. Karmiza berkalih memandang wajah suaminya seraya tersenyum. “Baru sekarang awak tanya pasal pekerjaan saya?”
“Jawab jelah. Tak payah nak berteka-teki dengan aku pulak,” Saifullizan mula naik meluat bila melihat senyuman Karmiza itu. Matanya menjeling pada Karmiza.
“Saya ni jururawat. I’m a nurse. Orang indon cakap, suster,” Jawab Karmiza dengan bangga. Saifullizan mencebik. Dia terpandang kelibat Suffian yang masuk tercungap-cungap di bilik itu.
“Encik Saiful...I have a bad news.” Suffian menarik nafas panjang. Saifullizan mengerutkan dahinya.
“Kenapa? Apa dah terjadi?” Soal Saifullizan laju. Sempat Suffian menelan liur sebelum menjawab pertanyaan bosnya itu. Dalam hati ada debar. Pasti berita yang akan disampaikan olehnya nanti akan mengejutkan ketuanya itu.
“ Orang yang handle cermin kaca tu tadi... Dia pengsan! Ada orang yang sengaja memutuskan tali cermin kaca itu. I think someone have been trying to sabotage us! Semua ni macam dirancang oleh seseorang dan mungkin someone yang cuba mahu menyakiti isteri encik atau encik juga,” Terlopong mulut Karmiza yang turut mendengar berita dari Suffian itu. Hatinya di pagut resah. Dahinya mula mengeluarkan peluh. Dia takut!
Saifullizan tersentak. Otaknya mula serabut memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang menjadi penyebab kejadian yang berlaku tadi. Entah kenapa hatinya tak tenang. Terasa sesuatu yang berat menghempap dirinya. Makin bingung bila memikirkan segala yang terjadi tadi seperti satu perancangan. Nampak seperti satu rancangan dalam memusnahkan hidupnya dan juga satu ugutan ingin membunuhnya. Tetapi, siapa?
“Sa..saya rasa...Semua ni dilakukan oleh seseorang. Seseorang yang sudah semestinya mahu melenyapkan diri saya sebelum ini,” Terus sahaja mata Saifullizan terbuka luas sebaik mendengar kata-kata Karmiza itu. Di dalam hatinya sudah mula gabra. Berkali-kali dia menelan liur. Peluh mula merintik di dahi. Takut rahsia selama ini terbongkar.
“Maa...maksud kau?”
“Gedeng!”


Bersambung...
P/S: Sambungan cerpen ni sudah dijadikan dalam bentuk mini novel. So,sesiapa yang nak tahu kesudahannya..Bolehla baca Mini novel sambungan Pembunuh Cinta bertajuk Penyelamat Cinta.. <3

18 comments:

  1. menarik..nmpknya epul dah mula sygkan miza..
    epul..kenapa nak halang perasaan tu..
    harap karmiza sabar melayani karenah epul..
    tapi mesti miza sedih bila org yg dia syg rupanya 'pembunuh cintanya'..
    mesti dia sdih bila epul la yg bertanggungjawap
    terhadap kes cubaan membunuh dia..
    tertggu2 sambungan cerpen ni..
    menRik n best..hehe

    -gurangak aja-

    ReplyDelete
  2. Thanx dear...Smbungnnya nnti bertajuk Penyelamat Cinta..So tunggguuuu....:)

    ReplyDelete
  3. wahhh...best la akak...cpat2 laa wt smbungannya...dh x sbar dh ny nk bca...ty lau dh siap smbungn gtau sya yer...trbaekkk...sweet2..romntik..suka2 :)) dr chocoly..ty dh siap inform kt fb sya yer chocoly icey...

    ReplyDelete
  4. orait dear..thanx bce ye.. <3
    jgn lpe bca crpen yg lgi stu tu..hehe..
    very appreciate it... :)

    ReplyDelete
  5. best gler la fyqa....cant wait for next chapter...waaa...sonoknyer jadi mcm miza tue..hihih..love it..miza & epul...nt dh kuar yg bru
    bgthu tau...mkin ske ngn fyqa punye citer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eheeee...Yan...Thanx dear.. :D btl2 trharu kt yan sbb sntiasa skong Fiqa...Hehe..Sob2..Heee...Jmput bca smbngn nyer yee.. :D

      Delete
  6. idea cite ni lain dri yang lain..
    hehe..x sabar nk tahu kesudahannya..
    tp olahan ayt ad y tergantung sikit..
    xpe2.. leh improve lg.. hehe..
    good luck untuk PC ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx ye Ezza Mysara...hehehe...Insya-Allah..hehehe...BM sy kne improve lg la...huhuu...

      Delete
  7. epul xpeerlu menafikan atau mghalang perasaan cinta itu .. kerana dlm hati dia sudah wjud bibit-bibit cinta antara dia dan karmiza rite ... ish, epul ni... mengada betul ! hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...Rite! Tetapi smua tu sbb ego dia...Apa2 pn..bcalah smbngnnya...Pnyelamat cnta.. <3

      Delete
  8. bestnya cerita ni,, siap baca~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx Shadhira...lju je awk bce...hehe.. :D

      Delete
  9. best best best..bila na sambung ni -fida afis-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fida afis..awk leh bce smbngn die brtajuk Penyelamat Cinta. Tgk kt tpi, awk blh klik kt stu...thanx... ^-^

      Delete
  10. Nauzubillah.. Zmn skang dh makin ramai yg berani buat cerita dengan memaparkan adegan tk sepatotnya..seolah2 tkk malu lngsung dengan orng yg mmbcanya yg kbykannya bujang dn dibwh umur.. Ada adegan bercium mulut lg.. Masya Allah..

    ReplyDelete
  11. Wahh bestnye citer ni..tapi nape x sambung lagi����..ape2 pon..sy suke jln citer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq awk.. Ada smbungan die.. Full novel brtjuk Yes! Kau Milikku.. Trbtan Intens.. Blh search n order ya.. Tq...

      Delete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete