Lelaki itu masih kelihatan sangat tenang sahaja. Tangannya masih menabur makanan ikan ke dalam kolam kecil di luar rumahku. Walaupun dalam hati berasa geram dengan sikap bersahajanya bila bersetuju dengan permintaan ibu dan ayahku untuk menginap di rumahku pada bila-bila masa nanti ,tetapi, sedikit sebanyak kehadirannya itu mampu memberi ketenangan kepadaku juga. Sudah hampir seminggu aku tidak menatap wajah itu.
Dalam diam, mata masih ditala pada wajahnya. Aku ni angau ke apa?
Mindaku diterjah kisah semalam. Aku masih terkejut dengan kehadirannya di dalam kapal terbang yang sama denganku. Apa yang dia buat di sini? Tak salah penerbangan ke?
Sekali lagi, pertanyaan itu berulang dibibirku jelas hingga ke pendengarannya.
“Kenapa? Saya tak boleh berada di sini ke?” Terkelip-kelip mataku mendengar soalanku dibalas dengan solannya pula.
“Tak, maksud saya, apa urusan awak di Miri? Niat awak bukan nak ikut saya kan?” Nick mendengus sinis sebaik mendengar persoalan dariku lagi.
“Awak ingat, kerja saya hanya nak mengejar awak ke sana ke mari ke? Saya pun ada hal lain yang perlu diuruskan daripada dok mengejar pada orang yang tak sudi,” Terkedu mendengar jawapannya. Hanya mataku sahaja masih tidak lepas memandang wajahnya.
‘Jadi, apa tujuannya ke Miri?’
“Di Miri pun ada syarikat oil and gas bukan?” Jawab Nick bagai mengerti persoalan di dalam hati. Nick melangkah meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.
“Oh,” Itu sahaja yang terkeluar dari bibirku. Nick kembali ke tempat duduknya di tempat hot seat di depan. Dek kerana ramai penumpang yang sudah mula beratur, aku segera masuk ke dalam dan duduk di tempat yang sudah ditetapkan iaitu di tepi tingkap. Aku menghela nafas panjang. Tidak lama kemudian, kepalaku pula mendongak-dongak ingin melihat si dia. Tahu diriku ini sudahlah pendek, satu hapak pun tak nampak. Jadi aku duduk sahajalah. Hish! Nilah kekurangannya kalau sudah diri sependek bongsai. Eh, Risya, apa yang kau merungut ni? Ciptaan Tuhan, janganlah kita merungut. Kita patut bersyukur pada diri kita seadanya. Alhamdulillah.
Cermin mata aku aturkan dengan betul apabila sudah melurut sedikit ke bawah. Rasa macam mak neneklah pulak.
Kantuk sudah mula menguasai diri. Tanpa membuang masa, aku tutupkan jua kelopak mataku ini. Orang yang lalu lalang dan disertakan juga bunyi bingit di sekeliling tidakku hiraukan lagi. Sekarang, aku ingin tidur. Malah, bayangan Nick juga aku biarkan berlalu. Lantaklah dia nak pergi ke mana. Layanan Nick tadi membuat hati ni kembali rasa panas. Dan yang peliknya, kenapa perlu ada rasa sedih bila dilayan sebegitu? Ahhh! Sudah, malas nak fikir. Lebih baik berdengkur dari memikirkan mat gajah gatal itu.
Di dalam kapal terbang, tak senang duduknya. Apabila isyarat memasang tali keledar dipadamkan, dia segera membukakan ikatan tali di pinggangnya. Dia berdiri dan bergerak menuju ke tempat duduk 10A.
‘Risya tengah tidur.’
Kelihatan perempuan itu hanya duduk keseorangan sahaja. Dia mengambil kesempatan itu dan duduk di sebelah wanita yang dikasihinya. Rindu yang sudah lama bermukim di hati, akhirnya terubat jua. Leka benar melihat gadis yang bertudung hitam berkaca mata di sebelah. Diperhatinya lagi kelopak mata gadis itu. Sedikit kembang. Benarlah kata Haris, Risya sakit mata.
Nick tersenyum melihat Risya yang sudah terhangguk-hangguk sambil matanya tertutup rapat. Geli hatinya melihat gaya gadis itu ketika tidur. Dahulu, begitu jugalah gaya Risya tidur ketika duduk di sebelahnya semasa mereka sama-sama menaiki penerbangan ke Seoul. Tidak sampai hati pula melihat leher Risya asyik terhangguk-hangguk begitu, pantas ditariknya perlahan kepala Risya dan disandarkan pada bahunya.
‘Empuknya!’ Perasaan itu terbit di kala terasa kepalaku disandarkan pada benda yang begitu lembut dan sedikit keras itu. Leher yang terasa lenguh tadi sudah hilang rasanya.
‘Aik? Kenapa rasa sedap je aku tidur ni? Aku landingkan kepala kat mana sebenarnya?’
Mataku pantas terbuka luas. Segera aku mengangkat kepala dari menyandar pada bahu orang yang tidak aku kenali di sebelah.
Rasa kantuk yang menular tadi sudah hilang serta-merta sebaik melihat wajah lelaki yang duduk di sebelahku sekarang. Bila masa pulak mamat ni duduk kat sebelah aku? Siap tersengih-sengih pulak tu. Naik seram aku melihat sengih dia tu. Eeee...Macam ada yang tak kena pula dengan lelaki ni.
“Good morning my dear!” Ucap Nick sebaik sahaja melihat mataku terbuka memandangnya.
“Emmm...” Rasa mamai masih belum hilang, dan aku menggosok-gosok mataku ingin membuang sisa-sisa tahi yang melekat di mata. Yalah, bangun dari tidur, mesti berlambak tahi mata yang melekat kat mata ni, lebih-lebih lagi dengan keadaan mataku yang sakit ini, pasti dah bergunung tahi mata yang melekat.
“Hei, awak kan sakit mata? Jangan digosok macam tu. Makin melarat pulak.” Nick menarik lenganku dari menyentuh mata. Aku menarik kembali lengan, tidak mahu mengalah.
“Ish! Degil!” Nick menarik kedua-dua tanganku dan digenggamnya erat tanpa mahu melepaskannya. Aku menjengilkan mata terkejut dengan reaksi spontannya. Semakin aku menarik tanganku, semakin digenggamnya erat. Adoi! Ni yang aku tak suka ni. Tapi, terselit juga rasa bahagia. Adus! Parah sudah!
“Nick, awak ni, dari dulu sampai sekarang, nilah tabiat awak yang tak pernah nak hilang. Genggam tangan saya ni macam uli tepung! Sakitlah!” Hampir sahaja aku ingin menjerit tetapi dapat dikawalku. Nick melepaskan genggaman dan wajahnya mula mendekati wajahku. Aku mengundur sedikit menghampiri cermin di sebelah.
“Aaa..awwak, jangan nak buat kerja gila dalam kapal terbang ni. Saa..saya tumbuk awak kang, tak pasal-pasal bengkak juga mata awak nanti. Awak dekat-dekat dengan saya, nak ke kalau terkena jangkitan sakit mata sekali?” Muka yang tadinya serius sudah mula menerbitkan senyuman di hujung bibir. Dia mengundur sedikit.
“Don’t worry. Kalau saya kena jangkitan pun, saya tahu ada orang yang sudi nak jaga saya.” Keningku sudah menjongket sedikit. Ada orang yang sudi menjaga dia? Sekali lagi, wajah Nick bersama perempuan arab di Sunway Pyramid hari tu bermain di minda.
“Erk!” Masam! Mukaku sudah terasa masam mencuka. Mataku ditalakan ke luar tingkap melihat panorama awan yang berkepul-kepul dilangit.
Berkerut dahi Nick melihat reaksi Risya sekarang.
‘Aku salah cakap ke? Yang aku maksudkan ialah dia. Aku hanya nak dia jaga aku. Ke dia fikir aku maksudkan orang lain?’
“Test kak Risya. Make her jealous!” Kedengaran suara Qalisha dicuping telinganya. Ya! Itulah rencana yang ingin dilakukannya sebaik sahaja kembali ke Malaysia.
Abangnya, Emir sudah kembali ke Malaysia bersama Tina, tunangnya yang bakal dinikahinya tidak lama lagi. Tidak lama selepas itu, papanya juga menyusul. Gembira benar tok Idham berjumpa dengan anak keduanya itu. Terasa hiba pula mengenangkan pertemuan antara dua beranak itu.
Nick kembali ke alam nyata. Risya masih tidak mahu menoleh ke sebelah. Hampir sahaja dia mati kutu dek layanan hambar Risya itu. Matanya menoleh ke kanan. Nampak gayanya, pramugari Air Asia akan memulakan sesi menjual makanan tidak lama lagi.
Dia menoleh sekali lagi memandang Risya. Tangannya menarik katalog di hadapan poket tempat duduk. Dia membelek-belek katalog melihat hidangan-hidangan yang dipaparkan. Apabila pramugari sudah berhenti menolak troli berhampiran dengan mereka, diangkatnya tangan ingin mencuri perhatian pramugari itu.
“ Yes, sir? What would you like?” Benar tekaannya. Risya pasti akan menoleh ke sebelah. Nick menunjuk katalog kepada pramugari dan memilih 2 hidangan yang ingin menjadi santapan buat dirinya dan Risya. Pramugari mengeluarkan hidangan yang diminta oleh Nick dan diletakkan pada meja yang sudah ditarik oleh Nick tadi.
“And this one sir?”
“Just give it to her.” Aku melongo memandang Nick di sebelah. Dia membuat pesanan untuk aku juga ke?
“Madam, yours.” Pramugari comel itu sudah menyerahkan talam kecil kepadaku. Aku segera mengambil dari tangannya. Aku menggigit bibir mendengar panggilan dari pramugari itu. Erk! Madam? Sejak bila pula status aku bertukar menjadi puan ni? Pramugari tadi sudah tersenyum lebar.
“Enjoy your food, Sir, Mem.” Erk! Dia salah faham. Nick bukannya suami aku.
“Makanlah, lepas tu, jangan lupa makan ubat.” Nick berpesan kepadaku. Sementelah perutku memang sudah berkeroncong, tanpa membangkang aku bedal aje makanan yang dah tersedia ni. Orang nak belanjakan? Makan jelah.
Ketika menikmati hidangan, sempat lagi mataku mengerling di sebelah. Hmmm...Sudah tidak marahkah dia kat aku? Sudah sejukkah dia? Baik pula mahu melayan kerenah aku ni. Ke dia memang tak ingat langsung tentang pertelingkahan antara aku dan dia di taman KLCC hari itu?
Aku menghela nafas panjang dan menghabiskan santapan di depanku.
Alhamdulillah. Kenyang juga perut ni. Tidak lama kemudian, datang pramugari lain mengambil bekas di meja ke dalam plastik sampah yang dipegangnya.
Aku membalas senyuman kepada pramugari tersebut seraya mengucapkan terima kasih.
“Awak ada perjumpaan dengan klien di Miri ni ke?” Aku masih tidak berpuas hati dan masih mahu bertanya berkenaan dengan keberadaan Nick ke Miri.
“Awak nak sibuk dengan hal saya, kenapa?” Mmebuntang mataku mendengar balasan darinya. Amboi! Apa dah jadi dengan mamat ni? Kena ribut taufan ke? Ke terkena musim penyakit perempuan juga? Period!
Aku menggigit bibir kegeraman.
“ Salah ke kalau saya bertanya?”
“Buat apa nak tahu hal saya kalau sudah tak sudi pada orang yang terkejar-kejar menagih cintanya?”
“Nick, saya soal pasal benda lain. Yang awak soal pasal cinta segala tu kenapa?”
“Hah! Why? Awak rindukan saya bukan? Sebab tulah awak sibuk nak tahu apa agenda saya ke Miri ni?” Aku ternganga mendengar katanya. Kelu lidahku tanpa ingin membalas kata-katanya. Degupan dada yang sudah berdetak mengikut irama zapin, kini laju berdetak mengikut irama pop rock balada. Erk? Ada ke pop rock balada?
“Apa...aawwak merepek ni?”
“Just admit it, you miss me don’t you? Your face can’t tell a lie.” Ujar Nick sinis. Senyumannya juga nampak sinis.
“Ceh!! Jangan bermimpilah Encik Nick! Tirai malam belum lagi berlabuh, sudah petang bermimpikan yang bukan-bukan. Ceh!!” Aku mendengus kasar sambil memeluk tubuh.
“Ego! Hati awak sebenarnya sudah mula bermain irama rentak sama seperti saya. Awak masih mahu menidakkan apa yang sudah bercambah di hati awak.”
“Awak ada bukti ke dengan segala kata-kata awak tu?” Pertelingkahan kami masih belum reda rupa-rupanya. Ingatkan sudah aman damai, sampai belanja aku makan segala. Sekali tengok, dilemparnya juga amarah kat aku. Heish!
Terdengar bunyi dentingan di corong pembesar suara, isyarat menandakan pemasangan tali keledar sudah bernyala. Secara tidak langsung, termati pertengkahan antara kami. Sekarang, sama-sama hanya berdiam diri. Tidak lama lagi, pesawat akan mendarat ke lapangan terbang Miri.
*************************************************************
Aku menolak troli keluar dari pintu ketibaan. Nick sudah aku tinggalkan di belakang. Tak pasal-pasal sambung lagi pergaduhan antara kami di lapangan terbang Miri pula.
Mataku menerjah-nerjah di tempat menunggu, mencari-cari kereta Altis berwarna perak milik ayahku. Mana pulak ibu dan ayah ni?
“Isha, anak ibu.” Terdengar suara lembut menyapaku di belakang.
“Laa, ibu kat dalam rupanya tadi? Pergi mana? Tandas?”
“Aok. Sejuk bah. Sik tahan mok pegi tandas.” Aku mengangguk mendengar penjelasan dari ibuku melihat dia keluar dari pintu lapangan terbang. Rupa-rupanya ibu ke tandas tadi kerana tidak dapat menahan rasa kesejukan di dalam kereta.
Aku berasa pelik melihat ibu menoleh ke belakang. Seakan-akan mencari kelibat lain selain dari ketibaan aku ke sini.
“Ibu, ibu carik siapa? Ada orang yang ibu kenal kah?”
“Bukankah Isha cakap yang Isha bawak kawan sekali?”
“Hah?” Keningku sudah menjongket pelik dengan pertanyaan ibu itu. Kawan? Kawan mana pulak dah?
“Siapa bu? Isha sik da pun padah mok embak kawan sekali (Isha tak ada pun beritahu nak bawak kawan sekali).” Ujarku pula. Mata ibu masih melilau ke dalam. Aku juga turut mencari-cari ‘kawan’ yang dimaksudkan oleh ibuku itu. Tiba-tiba, mataku terhenti pada tubuh sasa lelaki itu. Erk! Janganlah dia melihat aku di sini. Kalau sudah ibu nampak, pasti sahaja menjadi salah faham.
Makin panas telingaku menahan rasa malu bila langkah Nick laju menghampiriku.
“Risya, kenapa tak tunggu saya? Sampai hati awak tinggalkan saya di belakang.” Mahu terkeluar biji mataku mendengar sapaan Nick yang tiba-tiba berubah suara menjadi begitu lembut di telingaku. Tiada lagi bunyi teguran kasar darinya. Malah, mukanya juga sudah manis semanis-manisnya. Apa pulak rancangan dia ni?
“Ini ke kawan Isha yang dimaksud oleh Farina semalam?” Farina?!! Hampir saja aku tersedak sebaik mendengar nama Farina meniti di bibir ibu. Jadi, Farinalah yang beritahu ibu pasal ‘kawan’ yang akan mengikuti aku sekali? Kurang hasam punya sepupu! Siap kau aku kerjakan nanti!
“Errmmm... Aunty ni ibu kepada Risya ke?”
“Iya anak muda. Saya ibu kepada Risya. Kamu kawan Risyalah ya?”
“Ya! Bukan!” Serentak kata-kata itu terkeluar dari mulut kami. Aku menjeling tajam pada wajah Nick. Dia ni, apa hal pulak nak mengaku dia kawan aku? Bukankah Nick sudah menjadi seteru aku semenjak terjadinya perbalahan antara kami di taman KLCC hari itu, dan disambungkan lagi episod itu ketika di perut kapal terbang tadi?
“Apalah korang ni. Ada-ada aje. Mana satu yang betul ni?” Belum sempat menjawab kata-kata ibu, terdengar bunyi telefon menjerit meminta dijawab. Kami diam menunggu. Mataku masih tidak melepaskan Nick. Aku memuntahkan rasa geram dengan memarahinya dengan isyarat tanpa bersuara yang hanya kami berdua memahaminya.
“Hello, anjang. Farina ni. Kak Risya dah sampai ya?” Soal Farina ditalian.
“Udah. Farina cakap, kak Risya ada bawak kawan sekali. Kawan dia tu nama dia apa?”
“Nick! Nama dia Nick, anjang. Nick tu sebenarnya ada hal di Miri tu. Oleh kerana dia tak kenal siapa-siapa kat Miri tu, jadi, dia minta pendapat dari Farina. Kalau-kalau ada ke tidak kawan Farina ke, atau, dia boleh minta tolong kak RISYA, bantu dia carikan hotel di situ.”
“Oh, boleh boleh. Laaa...Farina pun kenal Nick jugak ke?” Sebaik nama Farina disebut jelas dibibir ibu, cepat-cepat aku menghampiri ibu dan meminta ibu menyerahkan telefon bimbit di tangan kepadaku.
“Hoi! Bertuah punya budak! Kau yang buat plan semua nikan?” Ucapku sebaik sahaja telefon bimbit dilekapkan pada telinga.
Terdengar bunyi Farina yang mengekek ketawa. Amboi! Sedapnya dia gelak.
“Kau merancang semua ni dengan Nick kan?”
“Eh, mana bukti kau dengan tuduhan melulu macam tu? Kau ada tanya Nick tak? Yang dia ada hal di sana? Maybe related to his work?” Aku menggigit bibir. Tadi, Nick ada memberitahu bahawa di Miri juga ada syarikat oil and gas. Jadi, betul kah?
“Kau sengaja nak kenakan aku kan?”
“Alah, kak Risya. Kalau abang Nick ada urusan di situ, just let him be. Yang akak nak gelabah tak tentu pasal tu kenapa? Macamlah Nick tu datang ke Miri sebab nak pinang akak. Cakap jelah yang akak nak abang Nick pinangkan akak. Kan senang?” Aku mendengus kasar dan menyerahkan telefon bimbit pada ibu. Sekarang, mataku ditala pada wajah ‘tak bersalah’ Nick di sebelah. Sempat lagi dia bersiul-siul sambil matanya memandang ke arah lain. Sengaja!
Ibu mematikan talian dan wajahnya tersenyum melihat Nick.
“Tinggi lampai orangnya. Hensem pulak tu. Nick ni ada darah kacukan ya?” Soal ibuku ramah. Erk!
“Ha’ah. Mummy saya orang US, San Fransisco. Papa orang Malaysia.” Balas Nick.
“Dengar kata, Nick ada urusan di sini tapi tak tahu nak contact siapa, ya? Ni nak ke hotel ye?” Ceh! Tak tahu nak contact siapa konon! Orang penting macam Nick, takkanlah, syarikat di Miri ni tak contact dia langsung?
“Emmm...Ya, aunty. Kalau ada saudara kat sini, pasti saya contact diorang supaya senang saya nak ke mana-mana. Dalam masa seminggu jugaklah saya berurusan di sini. Ya, rasa-rasanya nak ke hotellah. Nak ke mana lagi? Sebenarnya, boleh je kalau saya tumpang teksi. Tak nak pulak menyusahkan aunty dan uncle.”
“Eh! Apa pulak rasa susah? Aunty dan uncle dah sedia maklum tentang ketibaan Risya dengan kawan dia. Ingatkan perempuan, rupa-rupanya, bawa menantu.” Mataku menjengil mendengar kata-kata ibu yang membawa maksud lain macam je.
“Ibu.” Tegurku. Ibu sudah tergelak melihat wajah masamku bila diusik sebegitu.
“Haa, marilah Nick. Aunty bawak kamu pergi ke hotel dulu. Lepas tu, malam sikit, aunty dengan uncle bawak kamu pergi makan. Nak?” Aik? Ibu ni terlebih mesra pulak aku rasakan. Memang tidak hairanlah dengan sikap ibu yang begitu peramah. Kerana itu, ramai anak muridnya menyenangi dirinya. Tapi, ni bukan ramah biasa, ni ramah luar biasa!
“Ehemm! Jauh melamun. Sampai tak ingat saya ada kat sebelah ni.” Aku tersentak setelah ditegur Nick. Ingin menutup rasa malu, aku menepuk-nepuk lengan. Buat-buat macam menghalau nyamuk yang berkeliaran di malam hari di taman kecil rumahku.
“Tak sangka. Awak ni, orang senang jugak kan?” Ujar Nick. Pertama kali menjejak kaki di rumah Risya, dia telah terpukau. Rumah semi-D setingkat itu tidaklah nampak terlalu kecil atau terlalu besar, sederhana sahaja. Bila kereta diparkirkan, terdapat sebuah kolam ikan kecil berserta pergola yang juga bergabung dengan gazebo buatan tersendiri. Nampak rumah Risya begitu cantik dengan halaman yang penuh dengan pokok-pokok bunga.
Bila kakinya menginjak ke dalam rumah, tidak disangkanya rumah Risya begitu luas. Terdapat ruang tamu di hadapan dan ruang tamu tengah yang berlantaikan kayu. Tidak lupa juga di ruang tamu hadapan yang berdindingkan batu bata serta berlandskapkan kayu turut memuatkan sebuah televisyen flat skrin yang sederhana kecil. Memasuki ke ruang tamu tengah terdapat sebuah televisyen flat skrin berukuran kira-kira 55 inci. Di sebelah televisyen itu, terdapat model-model kapal terbang airbus Air Asia yang tersusun kemas. Dinding pula dicatkan dengan warna hijau epal dan terdapat 2 foto keluarga berbingkai sederhana kecil yang tergantung. Kesimpulannya, Nick berasa kagum melihat susunan perabot-perabot dan perhiasan di rumah Risya. Nampak begitu elegen dan sedikit klasik. Pandai ibu dan ayah Risya menghias rumah mereka, puji Nick di dalam hati.
Aku mengalih pandangan dan memandang Nick di sebelah. Kolam ikan yang cerah dibias oleh lampu taman menampakkan ikan-ikan yang giat berenang ke sana ke sini. 3 ekor kucingku yang dibiar bebas di luar rumah sentiasa mendekatiku meminta untuk dibelai. Aku mengusap kepala seekor demi seekor kucingku. Comel sahaja.
“Kami ni sederhana sahaja. Mana yang lebih tu, rezeki dari Allah, syukur Alhamdulillah. Tiadalah kurang mana. Gaji ibu bapa saya cukup untuk membiayai kami sekeluarga,”
“Adik awak mana?”
“Dia belum baliklah tu. Dia pun kerja under oil and gas jugak. Adalah kerja dia yang tak habis setel lagi kot,”
Nick mengangguk sambil matanya masih setia memandang ikan-ikan koi belaan ayahku itu. Sudah 2 hari aku berada di Miri. Sakit mataku mula baik. Mataku yang kembang sudah kecut kembali normal. Ingatkan melarat sampai seminggu, rupa-rupanya, dalam 2 hari sahaja sakit mataku sudah mula menunjukkan tanda-tanda nak sembuh. Tetapi, aku masih memakai cermin mata. Hari sudah malam, takkan aku nak pakai kanta lekap kot...
Nick diam membisu di sebelah. Tiada pula tanda-tanda nak cari gaduh denganku. Jadi, aku biarkan dia mengelamun seketika.
“Honestly, what are you thinking back then?” Eh? Dalam masa mengelamun, boleh pulak dia bertanya kepadaku.
“Saya fikir apa? Bila?”
“ Masa kat taman KLCC hari tu.” Aku mengerling dirinya di sebelah.
“Awak masih mahu mengungkit benda tu lagi?”
“Sebab saya hairan dengan kelakuan awak yang langsung tak ada pendirian yang tetap,” Aku mengetap bibir. Apa? Dia cakap aku ni tak ada pendirian yang tetap? Amboi! Lelaki ini kalau nak berkata langsung tak pandang kiri kanan. Main lepas aje.
“Nick, kalau awak nak naikkan lagi kemarahan saya, jangan sekali-kali dibuat kat rumah saya. Saya tak nak hilang hormat saya pada tetamu.”
“I’m serious Risya. Sekejap awak seperti mendekati diri saya, dan awak melayan saya dengan baik sekali. Lepas tu, awak lari dari saya pulak, dengan menuduh saya yang bukan-bukan without giving me a chance to prove that I am guilty. I never lie or act infront of you. Yes, I am not an angel. I’m just a normal guy that will never run from his wrong doing. Tiada siapa yang akan lari dari membuat kesilapan. Termasuk diri awak yang menuduh saya melulu.”
Rasa-rasanya, sudah panas kepala aku bila dia menuturkan segala pendapat hatinya. Oh! Itu tanggapannya, ya?
“ So, you telling me that I am the one who is wrong here?” Aku menjeling tajam pada wajahnya.
“Yes! Supposely, awak berikan saya peluang untuk membela diri saya. Begitu berat ke kesalahan yang telah saya lakukan kat awak?” Aku kelu. Berat ke? Kenapa perlu aku menghukum dirinya sebelum mengetahui perkara sebenar? Aku terjun ke kesimpulan tanpa memberinya peluang untuk menjelaskan segala salah faham yang berlaku. Dan, aku terasa begitu bersalah apabila, persoalan mengenai panggilan ‘dear’ itu menjadi punca utamanya. Aku bertambah-tambah hairan pada diri sendiri. Kenapa perlu marah bila mendengar perbualan Nick ketika berbual dengan seseorang yang dipanggilnya dengan gelaran ‘dear’?
“So, can you tell me the truth now? Apa punca yang sebenarnya sehingga awak lari menjauhkan diri dari saya selepas hari tu?” Aku teragak-agak ingin menjawab soalannya. Kalau aku berterus-terang, mahunya aku malu tak nak berjumpa dengan Nick langsung.
‘Nur Erisya Kamal, what happen to you? Are you actually jealous? Oh, no!! Never!!’ Hatiku membentak sendiri. Masih tidak mahu menundukkan ego diri.
“Sa...saya rasa sangsi dengan keikhlasan awak. Awak cakap yang awak sentiasa menganggap saya seorang yang istimewa,”
“You are my dear.” Celah Nick.
“And always be.” Sambungnya lagi.
“Tapi, apa yang saya dengar hari tu...” Oopss! Terkeluar juga tentang perbualan Nick dengan pemanggil itu tempoh hari. Aku menutup mulut dengan sebelah tangan. Malunya! Kantoi aku curi dengar.
Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi gelak tawa Nick. “Erry, you...are you jealous?” Nick meraup wajahnya dan tersenyum lebar. Dapat aku rasakan mukaku panas menahan rasa malu. Malunya!!!
“ Awak curi dengar perbualan saya dengan my ‘dear’ kan? I knew it! Saya ingatkan bayang-bayang siapalah di sebalik pintu pejabat saya hari tu. Memang sah awak curi dengar kan?” Aku masih diam tidak berkutik. Mata sudah ditala pada air terjun kecil kolam ikanku.
“Erry, if you think more than that, I’m sure awak dah salah anggap. Orang yang saya panggil dear tu, my niecelah. Anak buah saya, Diya. Nama dia sama dengan gelaran dear, jadi, dari dia kecik lagi saya panggil dia dengan panggilan dear. She still 5 years old okay. Takkan awak cemburu pada budak berumur 5 tahun kot?”
“Nick! Ada saya cakap saya cemburu? Tak ada kan? Nak cemburu kerana awak, buat apa? Buang karan saya je. Tak memberi faedah pun kepada saya.”
‘Okay! Tak nak mengaku ya? Okay, we will see about that miss Nur Erisya Kamal. We’ll see.’ Di dalam hati Nick sudah tekad. Dia ingin Risya sedar bahawa Risya cemburu sebenarnya. Kalau sudah dia cemburu, maksudnya sesuatu yang baik baginya. Bukankah orang cakap, cemburu tandanya sayang?
‘Erisya, you already fall for me. Tapi, awak masih tidak sedar akan kenyataan itu,’ Bisikan hati mula menggamit dirinya. Nick bahagia! Bunga-bunga cintanya pasti akan mengembang tidak lama lagi.
“Saya cuma tak suka kalau orang itu kata lain di depan saya dan lain pula di belakang saya. Siapa yang tak bengang?” Dalihku ingin menunjukan bahawa aku tidak pernah merasa cemburu pun kerana dia. Ceh! Bajet aku ni terhegeh-hegeh nak cemburu sakan kerana dia? Jangan harap!
“And...you still don’t believe me?” Aku termangu seketika. Tidak tahu ingin menjawab bagaimana. Sudahnya, soalan itu tidak berjawab apabila suara ibu bergema di cuping telingaku.
“Hai, nampak serius je kamu berdua ni? Gaduh ke? Pelik ibu dengar dari dalam, sekejap bunyi gelak, sekejap bunyi orang bertelagah, sekejap tak berbunyi langsung. Kenapa? Korang bergaduh ke?” Soal ibuku sebaik mendekati kami berdua di halaman rumah. Di tangannya membawa sebuah talam bersama 2 cawan kecil dan sebuah teko.
“Eh, mana de ibu! Kami baik-baik je. Borak-borak kosong.” Aku mengambil talam dari tangan ibu dan meletakkan talam di atas meja kayu kecil di sebelah kerusi yang aku duduki.
“Haa, Nick, jemputlah minum air nescafe ni. Nick minum kan air nescafe?”
“Eh, minum aunty. Apa-apa air je, saya boleh minum. Saya ni tak cerewet sangat kalau bab-bab minum atau makan. Semua saya bedal.” Seloroh Nick sambil tangannya mengambil cawan yang aku serahkan kepadanya.
Ibu tergelak kecil. Aku mengamati wajah Nick. Pandai juga dia mengambil hati ibuku. Tidak kurang juga cara layanannya kepada kedua ibu bapaku ,sangat baik sekali. Nick amat menghormati orang tua. Aku berasa senang hati dengan sikapnya itu.
“Kamu ni Nick, kalau tersalah bedal, lain pulak jadinya. Tak pasal-pasal ke tandas jugalah akhirnya.” Nick juga tergelak kecil mendengar seloroh ibuku. Ibu kalau sudah berbual, memang ada juga terselit lucu dan lawak spontannya. Yalah, ibuku ini sering menjadi MC bagi mana-mana acara di sekolah. Jadi, tidak hairanlah kalau ibu memang pandai bercakap tidak kiralah dengan siapa.
“Hah, aunty dengan uncle nak hantar kamu balik ke hotel. Berapa hari urusan kamu di sini?”
“Seminggu. Tapi, kalau urusan dapat dipercepatkan, maka tidaklah sampai seminggu. Dalam masa 2 hari lagi macam tu, mungkin selesailah.”
“Hah! Kalau siap awal lagi bagus! Kamu bolehlah bermalam di rumah aunty ni.” Aku menjengil mata mendengar usulan ibu itu. Adus!! Kenapalah ibu terlalu mesra alam sangat? Kenapa perlu diajak lelaki ini bermalam di rumahku? Adooii, ibu...janganlah ibu buat anak ibu ni tak tenteram hidup, gumamku dalam hati.
“Emmm...Boleh ke aunty?” Hah! Ni lagi sorang. Kalau dia iyakan permintaan ibu, itu bermakna dia sengaja mahu memporak-perandakan hidup aku. Tak senang duduklah aku kat rumah ni jawabnya.
“Eh, apa pulak tak bolehnya? Aunty mengalu-alukan kedatangan tetamu di rumah aunty. Barulah meriah sedikit. Taklah aunty dengan uncle rasa sunyi kalau adik Risya tak balik lagi dari kerja. Ada jugak teman berbual aunty dengan uncle. Selalunya, uncle akan bekerja selama 4 hari dan 4 hari kemudian, dia akan bercuti. Tapi, bila bekerja pun, ada masanya banyak terluang di rumah sekiranya belon masih belum sampai ke airport.”
“Belon?”
“Belon tu maksudnya kapal terbang dalam bahasa Sarawak. Tersasul pulak. Jangan hairan Nick, belon kat Sarawak besar-besar, kat semenanjung kecik je.” Ibu sempat menerangkan maksud belon kepada Nick. Nick tersengih-sengih.
“Dua-dua belon sama aunty. Dua-dua naik ke udara.”
“Betul tu!” Sambung ibu pula.
Selepas rancak berbual, ibu dan ayah menghantar Nick kembali ke hotel yang berdekatan tidak jauh dari lapangan terbang serta tidak jauh dari kawasan perumahan kediamanku. Sementelah syarikat yang berurusan dengan Nick itu juga berdekatan dengan sini.
“Bye my dear. I always think of you night and day. Gonna miss you this 4 days. Mimpikan saya ya malam ni?” Nick sempat berbisik di telingaku sebelum masuk ke dalam perut kereta. Aku tercengang. Dari dalam kereta, Nick melambai-lambai ke arahku dan aku membalas lambaiannya. Terasa sedikit damai hati ini setelah mengetahui perkara sebenar. Wajah Diya iaitu anak buah Nick sudah ditunjukan kepadaku melalui telefon bimbitnya tadi. Aku menarik nafas lega.
Rindu? Hmmm...Mungkin aku akan merinduinya juga. Ya, aku mengaku rindu untuk melihat wajahnya nanti, hatiku menggumam.
Tiba-tiba, terasa getaran di poket seluarku. Aku mengeluarkan telefon bimbit dan satu mesej tertera di skrin. Aku melihat nama pemberinya, Nick! Aku menekan skrin dan membaca mesej tersebut.
Good N8 my dear. Mmpi yg indh. Klu blh, mmpikn sy. Jgn lpa bca doa tdo tau. Assalamualaikum. J -Amy
Aku tersenyum sendiri. Siap ada ikon senyum pulak kat belakang ayatnya. Aku menekan-nekan skrin dan membalas mesejnya.
Jgn bmmpilah nk sy mmpikan awk. Bwang karan btl! Org bla da bca doa xkn ada mmpi2 pnya... :p Waalaikummussalam. –Erry
Selepas mesej tersebut sudah dihantar, aku menyimpan kembali telefon bimbit ke dalam poket seluar. Kakiku melangkah ke dalam rumah. Malam ini, malam yang sangat tenang bagiku. Tetapi, tidaklah mampu untuk menenangkan debaran yang bertandang di hati ini. Semoga mimpiku malam ini, indah belaka.
********************************************************
Aku menyusun bunga-bunga segar ke dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegaran bunga-bunga tersebut. Bunga-bunga yang baru sahaja dihantar ke kedai aku asingkan dengan bunga-bunga yang lama.
“Joseph, kotak-kotak span ni letak kat belakang stor. Bungkusan plastik ni, jugak ya? Bunga ros merah jambu yang ditempah hari itu bila nak sampai? Tempahan tu dari Sabah kan?” Ibu sudah mengarah itu ini kepada para pekerjanya. Aku hanya menjadi pemerhati sahaja.
Bisnes yang menggunakan modalku dan juga ibu telah membuahkan hasil yang lumayan. Ramai juga pelanggan yang datang dan menempah bunga-bunga dari kedai bunga kami ini. Deretan kedai-kedai yang berada tidak jauh dari rumahku ini, belum ada yang membuka kedai bunga. Jadi, aku mengambil keputusan untuk membuka kedai bunga di situ. Alhamdulillah, lancar sahaja perjalanan perniagaan kami. Rezeki yang dikurniakan oleh Allah, sememangnya menjadi sesuatu yang sangat bermakna buat kami sekeluarga. Ibu pun tidaklah berasa begitu bosan bila duduk di rumah ketika cuti Am dan cuti sekolah. Kadang kala, ibu juga ada membuat perhiasan bunga tangan untuk majlis-majlis kahwin atau majlis rasmi.
Aku mendekati ibu yang tengah duduk di kaunter pembayaran. Ditangannya terdapat bunga mawar plastik dan dicucuknya pada span hijau. Asyik benar ibu menggubah bunga tempahan orang itu, tetapi, mulutnya tetap bersuara mengarahkan para pekerjanya.
“Makin laku bisnes ibu,”
“Hmmm...Lakulah jugak. Alhamdulillah. Dalam bulan ni, ada 5 tempahan yang ibu dapat untuk gubah bunga plastik ni. Kebanyakannya untuk dijadikan perhiasan pelamin,” Aku mengangguk dan mengambil gunting untuk memotong reben yang digunakan untuk menghias bunga gubahan ibu.
“Ibu ni, selalu aje terima tempahan untuk kahwin orang. Bila pulak tempahan untuk kahwin anak sendiri?” Aku terbatuk-batuk kecil mendengar kata-kata ibu. Ah! Sudah! Dia dah mula dah.
“Entah. Bila dah ada calonnya, jadi, adalah tempahannya,”Ujarku pula.
“Ibu buat special untuk anak ibu tau. Siap gubah bunga untuk katil pengantin lagi. Ibu pun nak jadi tukang fotografer anak ibu ni bila dia nak kahwin nanti.”
“Amboi ibu. Loba na juak( melampau benar jugak). Sudahlah jadi tukang gubah bunga, nak jadi tukang fotografer sekali? Ada masa ke?” Aku menggeleng-geleng mendengar angan-angan ibu itu.
“Eh, boleh! Ibu kan pandai ambik gambar. Nanti, ibu nak bukak kedai gambarlah pulak.”
“Ha ha ha...Ibu nikan, ada-ada je ideanya. Habis, kedai gambar tu, siapa yang nak berkongsi modal?”
“Eh, suami sepupu kamu kan ada? Abang Saiful kamu pun macam nak join je. Selepas ibu ambil gambar kahwin kak Nurul kamu tahun lepas, abang Saiful kamu terus menyusulkan cadangan ni. Dia cakap, semua gambar yang ibu ambik semasa perkahwinan dia dengan kak Nurul kamu, nampak cantik dan jelas. Abang Saiful kamu siap bagi pujian kat ibu pulak tu.” Dapatku lihat semangat ibu yang berkobar-kobar dengan cadangan Abang Saiful itu. Hmmm...Kalau ada rezeki, adalah tu.
“Haa... Hari ni dah hari keempat si Nick tu ada kat Miri. Dia ada berhubung dengan kamu tak?” Soal Ibu. Fikiranku terus menerawang tentang Nick. Sepanjang 4 hari ini, tiada pula khabar berita darinya. Mungkin terlalu sibuk kot. Sekadar mesej menyatakan selamat malam dan selamat pagi tu, adalah. Aku menjongket bahu.
“Dia sibuk agaknya bu. Isha tak dapat apa-apa mesej pun dari dia cakap nak datang ke rumah kita.” Sengaja aku tidak mahu memberitahu ibu tentang ucapan daripada Nick setiap pagi dan lewat malam itu. Tambahan pula, kalau sudah berada di rumah, aku jarang sekali kisah tentang telefon bimbitku. Sekadar dipandang sekilas dan akan aku lemparkan sahaja di tepi katil. Telefon bimbit Sony Erricson pula sudah lama aku matikan semenjak kes Iz yang asyik mencariku selepas pertemuan kami di Sunway Pyramid.
“ Alah, cubalah kol dia ke, bagi mesej kat dia. Tanya bila nya nak ke rumah? Sekali sekala, Isha buat langkah awal dulu. Tak semestinya lelaki yang kena mula dulu. Zaman sekarang ni, orang dah tak kisah kalau perigi mencari timba. Malah, kalau nak diikutkan kisah nabi dulu-dulu pun, Siti Khadijah yang mulakan dulu bila nak bernikah dengan Nabi Muhammad S.A.W. Tapi dia menggunakan pihak ketigalah untuk melamar Nabi kita.” Sempat ibu menyelitkan kisah Nabi Muhammad S.A.W dan juga isterinya di dalam perbualan kami ini. Aku tersenyum mendengar kata-kata ibu. Sekarang, ibu banyak berkongsi ilmu agama denganku. Katanya, tak salah kalau di dalam perbualan kita, kita selitkan sedikit kisah-kisah nabi dan beberapa maksud ayat-ayat Al-Quran. Bagi ibu, ilmu itu sangat luas dan di dunia ini, kita sebagai hamba Allah memang disarankan untuk menuntut ilmu. Jangannya ilmu hitam sudah! Berdosa besar tu!
“Hmmm...Nantilah Isha kol dia. Mungkin semasa tengah hari nanti, tak pun petang sikit, Isha kol dia, ya?” Ibu mengangguk dengan senyuman yang lebar. Bagai ada udang di sebalik mee pula lagaknya. Aku melayan pelanggan yang baru sahaja masuk ke dalam kedai kami. Manakala ibu pula masih meneruskan kerjanya dengan menggubah bunga. Cuti pertengahan sekolah baru sahaja bermula dan maka itu, ibu memang melekat di kedai bunga. Disebabkan itulah banyak tempahan untuk perkahwinan orang sudah dibuatnya.
**********************************************************
Aku menekan skrin telefon bimbit mencari nama Nick. Aku menekan aksara ‘M’ bagi gelaran ‘Mat Gajah Gatal’, nama yang aku gunakan untuk Nick. Aku menekan lagi skrin pada ikon ‘call’. Telefon bimbit aku lekapkan pada cuping telinga. Beberapa saat kemudian, terdengar suara Nick memberi salam pada talian.
“Waalaikummussalam. Awak kat mana ni? Saya dah tunggu di lobi.”
“Okey, tunggu sekejap. Ada lagi barang yang nak dikemas ni. Nanti saya kol awak ya. Kita jumpa di lobi.” Aku mengakhiri perbualan cepat-cepat kerana terasa nak pergi ke tandas pulak. Sejuk aiii... Jap, mana jalan nak ke tandas ni? Omelku sambil mata meliar mencari simbol tandas pada papan tanda.
Nick menarik beg rodanya dengan kasar. Entah apa silapnya, gadis yang bernama Pamela hadir di saat dia ingin mengecap bahagia bersama Risya. Pamela, nama yang tidak asing lagi dalam kamus hidupnya dulu. Salah seorang teman wanita yang boleh dikatakan setia mati dengannya. Dek kerana dia memutuskan perempuan itu gara-gara perempuan itu juga seperti dirinya dahulu, playgirl, dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kekasih itu.
“Pem, don’t you understand me? There is no more ‘us’ anymore, okay! Now, I nak jumpa bakal isteri I dan jangan sekali-kali muncul dalam hidup I, faham?!” Gertak Nick pada wajah plastik perempuan yang bernama Pamela itu.
“But Nick, I masih sayang you. I rindu you, really! I tak boleh hidup tanpa you. Please, kita sambung semula ya? I tau you just nak mainkan perempuan yang you cakap bakal isteri you tu. I know, you also a player like me. But now, I’ve change. I nak setia dengan you, sumpah!”
“Hey, Pamela! Jangan you berani-berani main perkataan sumpah kalau you tak tahu apa makna di sebalik perkataan sumpahan itu! Dahlah Pem, just let pass be pass.” Nick beransur menjauhkan diri dari Pamela dan pantas sahaja kakinya melangkah ke lobi.
Sebaik sahaja kakinya mendaki tangga untuk ke lobi melalui laluan berdekatan dengan kolam renang, Pamela terus menerpanya dari depan dan menarik lelaki itu ke dalam pelukannya. Nick terkejut dengan tindakan itu sehingga dia terkaku tidak bergerak. Pamela sudah menangis dibahunya.
“Please Nick, I can’t live without you. I really can’t. Kalau you memang tak nak terima I, then biarlah I peluk you hanya sebentar sahaja.”
*************************************************Mataku hampir sahaja meleraikan cecair jernih yang sudah bertakung di kelopak mata. Keluar sahaja dari tandas yang terletak di sebelah gym berdekatan dengan kolam renang, adengan peluk antara Nick dengan seorang perempuan yang tidak aku kenali menyapa deria mataku. Hampir sahaja aku duduk terjelompok ke lantai. Lemah sahaja lututku ingin menampung tubuh badan yang sudah menggigil sebaik melihat adengan itu.
Pantas kakiku melangkah ke tangga sebelah tidak mahu terserempak dengan pasangan itu dan menuju keluar dari lobi hingga ke tempat kereta. Segera tanganku menekan punat kunci dan membolos masuk ke dalam kereta. Tangisan yang mahu sahaja pecah ditahanku supaya tidak kelihatan di mata Nick nanti. Biarlah...
Makin lama aku tersedar tentang perubahan sikapku sekarang. Aku sudah senang terasa hati dan mudah tersentuh. Sekarang, lihatlah, mahu sahaja aku meraung dan melolong marah di depan wajah Nick dan perempuan itu. Cuma niat disimpan sahaja di dalam hati.
Terdengar bunyi pintu kereta dibuka sebelah. Aku masih kaku tanpa memandang Nick.
“Hai, dear. Lama tunggu? Jom kita gerak sekarang.” Dear? Hmph! Baru sahaja bermesra dengan perempuan mana entah, dia senang-senang sahaja memanggilku dengan panggilan itu? Tidak ada perasaan ke dia?
Tanganku memegang stereng dan memandu kereta keluar dari perkarangan hotel tersebut.
“So, how was your day?” Nick bertanya.
“Not good.” Bisikku kecil hanya pada pendengaranku sahaja. Kening Nick sudah berjongket pelik. “Hah?”
“Emmm...Hari-hari saya okey. Kenapa? Ada yang tak kena ke kat saya?” Soalku dengan melunakkan sedikit suara agar tidak dikesan oleh Nick. Aku mengerling sebelah sambil menghadiahkan senyuman manis kepadanya.
‘Aneh!’ Bisik Nick.
“Emmm...Dear, are you okay?”
“Yeah! I’m fine! Don’t worry.” Pantas aku menjawab soalannya. Tidak mahu dia menyoal panjang, aku memberitahu Nick tentang ajakan ibu dan ayah ingin membawanya jalan-jalan di Esplanade iaitu salah satu tempat riadah yang popular di Miri yang berada berdekatan dengan pantai.
Nampaknya Nick begitu teruja dengan ajakan ibu dan ayah itu.
“Wah! Dapatlah kita ‘dating’ di tepi pantai lagi.” Nick sudah tersenyum nakal kepadaku. Aku membalas senyumannya, hambar sekali.
Ayah mengeluarkan kamera DSLR jenama Canon dari beg kamera dan diserahkan kepada ibu. Ayah membuka bonet dan kelihatan layang-layang berbentuk helang yang baru dibelinya tadi dikeluarkan dari belakang bonet kereta tersebut.
“Nick, kat sini, ramai yang suka main layang-layang tau. Angin kat tepi pantai ni bertiup sedikit kencang. Seronok kalau bermain dengan angin tiup sebegini. Cuaca pun elok jugak.” Seloroh ayah yang kelihatan begitu teruja ingin menaikkan layang-layang helangnya.
Ibu pula sudah mula merakamkan beberapa gambar pada permandangan di tepi pantai. Memang ramai pengunjung yang melawat Esplanade ini di kala musim cuti sekolah. Tidak kira yang tua atau pun muda, semuanya ingin menikmati panorama indah di tepi pantai itu.
“Ye ek uncle? Marilah, kita terbangkan layang-layang ni.” Nick menawar diri ingin turut serta. Aku menilik pakaiannya. Nick kelihatan sangat bersahaja dengan t-shirt tanpa kolar berwarna biru tua. Seluarnya pula panjang sehingga paras bawah lutut yang berwarna hijau lumut.
Ayah dan Nick sudah menuju ke tengah pantai dengan layang-layang di tangan. Ayah memegang tali yang sudah dikait pada layang-layang dan Nick pula memegang layang-layang tersebut. Selepas itu, pantas sahaja layang-layang itu terbang ke udara. Aku terpesona melihat layang-layang yang sudah tinggi di langit.
“ Kakak, kenapa ibu tengok lain macam je mood akak ni?” Pertanyaan ibu membuat aku tersentak. Aku menunduk malu. Bagaimana ibu boleh perasan dengan wajah mendungku ini?
“Tak payah tanya pun ibu tau, kakak mesti ada masalah.”
“Eh, ibu ni...Sukahati je buat konklusi sendiri. Tak ada apalah bu.” Dalihku.
“Masalah dekat pejabat bu, biasalah. Ada kerja yang belum disiap. Cuti seminggu, kerja pun ikut turut bercutilah.”
“Oh, kalau pasal tu, Isha janganlah risau dan bingung dengan benda-benda tu semua. Jangan dirisaukan sangat. Lambat atau cepat semuanya akan selesai jugak kan?”
‘Hmmm...Ibu kalaulah ibu tahu masalah sebenar yang dialami oleh anakmu ini, boleh kah masalah itu selesai tak kira lambat atau cepat?’
“Ibu.” Panggilku ingin menggamit perhatian ibu dari membiarkan ibu leka dengan gambar-gambar yang ditangkapnya pada kamera DSLR tersebut. Ibu menoleh seketika.
“Ya?”
“Isha rasa nak balik esoklah.”
“Hah? Kamu dah nak balik dah?” Aku mengangguk pantas.
“Nak selesaikan kerja-kerja yang tertangguh tu. Lagipun, mata Isha pun dah sembuh. Jadi, lebih baik kalau Isha pergi balik awal bolehlah kerja tu siap awal jugak kan?”
“Kamu dah berbincang dengan Nick?” Pertanyaan itu ternyata membuat hatiku gelisah. Apa perlunya Nick diberitahu tentang rancanganku ini?
“Kenapa nak beritahu dia bu? Perlu ke berbincang dengan dia?”
“Ibu cuma tanya, mana tahu kamu nak balik bersama dengan dia. Lebih-lebih lagi, dia kan boss Isha. Jadi, orang lain tak adalah nak merungut pasal kerja Isha yang tertangguh tu.”
“Ibu, ibu tak tahu procedure syarikat tu. Walaupun Nick pemilik syarikat itu, kalau sudah namanya kerja, memang kenalah ikut date linenya. Lagipun, Nick bukannya orang yang bertanggungjawab dalam mengagihkan tugas-tugas di bawah skop kerja Isha. Isha ada ketua kumpulan sendiri.”
“Hmmm...Kalau sudah itu keputusan Isha, ibu tak dapat nak kata apa. Urusan Nick dah habis ke belum di Miri ni?” Aku menggigit bibir. Ingin mencari-cari alasan agar ibu tidak sesenangnya memberitahu tentang plan aku ni.
“Rasa-rasanya belum bu. Ni pun, Isha ajak dia tidur ke rumah atas permintaan ibu. Dia pun okey jelah. Untuk sehari, bolehlah kot. Esok mungkin dia kembali ke hotel agaknya.” Aku menelan air liur kelat kerana menipu ibu. Ya Allah, aku memohon maaf atas pembohonganku ini. Ibu maafkan anakandamu ini.
Ibu mengangguk dan menyambung aktivitinya tadi. Aku menghela nafas lega kerana ibu tidak bertanya dengan lebih lanjut. Mataku menoleh pada wajah Nick. Mindaku terus sahaja mengingati kejadian tadi. Adoii! Mata, tolonglah jangan buat drama di sini. Malu dek dilihat ibu dengan ayah dan juga Nick, habislah!
Nick kelihatan seronok melayan kerenah ayah yang masih leka dengan layang-layang di udara. Aku mendongak ke atas.
Hai, hidup kita ni umpama layang-layang yang bebas berterbangan di udara. Bebas di udara tetapi ditimpa badai yang bergelora di sekelilingnya. Angin yang kencang pasti sahaja akan menumpaskan layang-layang ke bawah. Jika nasibnya bertuah, hanya angin-angin yang sepoi bahasa mampu membiarkan layang-layang terbang bebas dengan aman. Cuma satu sahaja hakikat kisah layang-layang itu, iaitu tali yang mengikatnya, menyekat kebebasan itu. Namun, ada juga pentingnya tali yang mengikat dirinya. Tali yang terikat membantu layang-layang seperti satu panduan. Panduan agar dia tidak tersasar dari landasannya.
Aku mengeluh lemah. Badai yang menimpa diriku ini baru sedikit dan aku pasti selepas ini, akan ada dugaan untuk mengujiku. Hati yang bergelora memang terasa sakit kini tetapi dengan adanya panduan dari Illahi, aku pasti aku tidak akan tersasar lagi.
Esok, akan aku pergi meninggalkannya sekali lagi sama seperti ketika di Korea. Aku penat dan terasa sesak dikecewakan berkali-kali. Aku mahu mengambil langkah berjaga-jaga. Senang sahaja hatiku disakiti oleh Nick kerana aku tahu, dia tidak akan lari dari status ‘play boy’nya walaupun acap kali dia meyakinkanku tentang kehendaknya yang mahu berubah menjadi seorang yang setia.
“ Orang lain masih berpandangan sama Nick, dan kenyataan itu lebih sakit daripada yang lain.” Bisiku bagai menyampaikan kepadanya apa yang terkandung di hati ini.
Aku mengerdip-ngerdipkan mata agar rasa pedih akan hilang jika aku berbuat sedemikian. Namun, air mata tetap jatuh jua. Aku mengelap air mata yang sudah mengalir di pipi dengan lengan baju. Hidungku juga sudah mula berhingus. Semua gara-gara bawang-bawang yang dipotongku.
Ibu pula tengah membersihkan sayur kobis di singki. Begitu juga dengan sayur-sayuran yang lain. Ibu mahu memasak hari ini. Bukan senang nak tengok ibu memasak. Jikalau ibu sudah sibuk dengan kerja sekolah, rutin memasak akan ditinggalkan. Jadi, kalau selalu kami hanya membeli makanan di luar. Kadang-kadang sahaja ibu akan memasak. Begitu juga denganku. Kalau rasa malas nak masak, tapau sahaja jawabnya. He he he. Pemalas betul aku ni nak memasak. Masih liat kalau disuruh memasak di dapur. Disebabkan itulah aku ni kurang mahir dalam bab-bab memasak. Haish! Fail kalau jadi isteri orang. Ish ish ish...
“Aunty masak apa ni?” Tegur Nick sebaik keluar dari bilik tidur khas untuk tetamu di belakang. Aku terpampan melihat dirinya. Nick memakai baju melayu berwarna kuning siap memakai kain pelikat lagi tu. Kepalanya juga dipakaikan songkok. Dalam diam aku memuji keterampilannya. Kacak!
Mata yang tadi galak memandang wajah Nick dialih apabila kami berpandangan. Aku berdeham menahan rasa malu.
“Tak lama lagi nak masuk maghrib. Lepas maghrib nanti kita sambung balik. Isha dah mandi kan lepas balik dari pantai tadi? Ibu nak masuk ke bilik. Nak bersiap untuk sembahyang maghrib berjemaah. Nick ikut berjemaah sekalilah ya?”
“Oh, ya Aunty. Pasti!” Nick senyum simpul. Nick menarik kerusi di sebelahku. Aku masih meneruskan kerja memotong bawang.
“Isha, tudungkan udang yang ibu dah masak tadi ya?” Aku mengangguk dan segera mengambil tudung sarang menutup lauk yang dimasak ibu tadi. Hanya tinggal sayur sahaja yang belum dimasak.
“Awak pandai masak ke?” Soal Nick sebaik sahaja ibu meninggalkan kami berdua di dapur.
“Tak!” Balasku pendek. Aku mengelap lagi hidung yang mahu mengalirkan hingus. Nick tiba-tiba bangun dari duduk dan mengambil tisu dari kotak tisu yang terletak di tepi singki. Nick hulurkan tisu kepadaku. Aku mengambil tisu dari tangannya.
“Terima kasih.” Ujarku sambil mengelap hingus. Aku bergerak ke singki untuk menyuci tangan dan membuang tisu tadi ke dalam tong sampah.
“Sama-sama,” Jawabnya pula.
“Awak tak tahu masak? Jadi apa yang awak tahu?” Sambung Nick lagi. Aku sudah mencebik bila melihat Nick yang tersenyum sinis. Eleh!
“Tahu makan!” Jawabku pendek. Aku menjelir lidah.
“Haiii...Apa nak jadi dengan anak dara sorang ni? Macam manalah nak jadi isteri mithali kalau tak tahu masak? Kesianlah kat bakal suami awak nanti.” Sindir Nick. Ditekannya ayat ‘bakal suami’ itu.
“Hmph! Kalau bab memasak, saya masih boleh belajar tau! Awak pula, dah cukup pandai ke nak jadi suami mithali?” Aku membalas juga dengan menekankan ayat ‘suami mithali’ kepadanya. Mataku sudah menjengil ingin membidas apa sahaja susulan kata-kata yang akan keluar dari mulutnya bagai menyindir diriku ini. Eleh! Dia ingat dia tu bagus sangat ke?
“ Insya-Allah, saya berusaha untuk menjadi suami ‘mithali’ untuk bakal isteri saya nanti,”
“Kalau macam tu, tunjukkanlah kat saya macam mana nak menjadi suami ‘mithali’ awak tu,” Dugaku. Aku menjeling dirinya. Tahu cakap je lebih. Buatnya tak pandai pulak.
“Okey. Tapi sebelum tu, awak pergi bersiap-siap, kita solat berjemaah. Ibu awak pun dah keluar bilik,” Ujar Nick apabila melihat ibu siap bertelekung keluar dari biliknya. Aku membersihkan tangan setelah segala bawang sudah siap dipotong. Nanti, aku kena masak sayur campur pula. Aku nak tunjuk bakat terpendam aku yang sudah lama tidak digilap ini. Walaupun tak pandai masak, tapi darah yang mengalir di dalam badanku ini adalah darah dari seorang yang pandai memasak. Ibu dan ayahku memang pandai memasak. Begitu juga saudaraku yang lain seperti kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Aku keluar dari bilik setelah lengkap dengan bertelekung. Aku lihat Nick yang duduk di sofa di depan bilikku. Ibu dan ayah juga sudah berada di bilik tengah ingin berjemaah bersama-sama. Adikku pula masih belum pulang dari bermain badminton tadi. Mungkin tidak lama lagi pulanglah tu.
“Okey, semua dah bersedia ke? Isha, tolong bentangkan sejadah,” Arah ayah. Aku akur dan membentang sejadah kepada ayah, begitu juga untuk ibu dan aku sendiri. Manakala sejadah Nick sudah dibentangnya awal-awal.
“Uncle, biarlah saya yang mengetuai jemaah ini,” Usul Nick secara tiba-tiba. Ternyata usulan Nick membuat kami anak-beranak sedikit terkejut.
“Baiklah, Nick. Uncle beri peluang kat awak. Lagipun, itulah sebaik-baiknya. Belajar dari muda cara nak jadi imam. Kelak, tak adalah kekok bila sudah mempunyai keluarga sendiri.” Ucap ayahku dan ayah beralih menjadi makmum.
Nick sudah mengangkat takbiratul ihram, diikuti dengan yang lain. Suara Nick mula mengalunkan bacaan surah al-Fatihah dengan lantang dan lunak sekali. Tiada cacat cela pun solat yang diimamkannya.
Ternyata Nick mampu menjadi seorang suami yang ‘mithali’ nanti. Pertama kali mendengar Nick membaca surah al-Fatihah, hatiku sudah rasa tersentuh. Begitu merdu suaranya mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran itu. Sememangnya aku kagum dengan dirinya.
Aku memandang ibu dan ayah disebelah. Ternyata mereka berpuas hati dengan Nick mengetuai solat maghrib tadi. Dalam diam, aku benar-benar mengakui bahawa Nick sememangnya lelaki yang mahu berubah. Tetapi, hati ini masih dalam dilema. Walaubagaimanapun, rancangan untuk balik ke KL masih diteruskan.
Usai solat, aku pantas masuk ke bilik dan membuka kain telekung dan digantikan dengan tudung ‘segera’ di kepala. Aku keluar semula dan bergerak ke dapur.
“Isha, kamu buatlah kerja yang belum habis tu ya? Ibu dah buat bahagian ibu. Jadi, kamu buatlah bahagian kamu pula. Ibu nak duduk kat luar tengok berita dengan ayah,”
“Okey bu,” Aku menyambung kerja tadi, dan mengambil segala barang-barang yang sudah disedia tadi untuk ditumis.
“Wah wah wah! Bukan ke awak cakap yang awak tak pandai memasak?” Sapa Nick sebaik keluar dari bilik. Bilik yang diduduki oleh Nick berada dekat dengan dapur. Jadi, tidak hairanlah kalau orang yang menyapa aku di dapur tu, dia.
“Memang saya tak pandai memasak. Tapi, saya dalam proses untuk belajar memasak. Saya dah cakap tadi kan? Orang yang tak pandai memasak, masih boleh belajar memasak. Jadi, jangan tuduh sebarangan. Orang yang tak pandai memasak pun masih boleh jadi isteri mithali tau,” bidasku. Nick menjongket bahu. Aku beralih di depan dapur dan membiarkan minyak panas. Dari hujung mata, aku pasti Nick berdiri di sisi. Mahu melihat aksi aku memasak di dapur.
“Awak dah jadi tukang perhati orang ke?”
“Saja. Nak betul-betul pasti yang awak tak salah masuk bahan kat dalam kuali tu. Tak pun, saya jadi tukang perhati ni sebab tak nak masakan awak hangus pula. Ada saya di sini, bolehlah tolong tengok-tengokkan.”
“Ceh! Bajet betul mamat ni,” rungutku di sebelahnya. Bila minyak sudah panas, aku memasukkan bahan kedalam kuali. Berdecik bunyi bahan di dalam kuali. Aku menjarakkan diri sedikit agar tidak terkena percikan minyak. Takut jugak.
“Ha ha ha. Takut dengan minyak pulak dia ni. Macam mana nak jadi mahir kalau takut minyak percik? Tak sahlah kalau tak kena percikan minyak,” Aku sudah mencebik.
Tiba-tiba, tangan Nick memegang bahuku dan ditolaknya sedikit mendekati dapur. Aku tersentak dengan aksi spontan Nick itu. Aku menoleh ke sisi. Sememangnya jarak antara kami sangat dekat. Aku cuba merenggangkan pegangan tangannya di bahu. Kalau dilihat dek ayah dan ibuku, pasti bebelan akan dihamburkan.
Nick menjarakkan diri bila sedar keenggananku dibuat sebegitu. Mata kami berpadu kini. Di saat itu, debaran mula terasa. Kami terpaku seketika.
“Eheemm..Kalau nak berromantik tu, bukan di dapur ya? Habis hanguslah kuali tu nanti,” Tegur seseorang menyedarkan kami berdua. Kelihatan adikku tersengih-sengih melihat kekalutan kami. Wajahku terasa membahang sewaktu itu. Ceit! Apa punya adiklah?
Nick menyimpul senyuman ringkas dan menggaru kepalanya bagi menutup rasa kalut.
“Abang Nick, jomlah keluar sebelum terjadi apa-apa kat masakan akak tu,” seloroh adikku. “Akak, masak sedap-sedap ek. Kalau tak sedap, akak kena makan lauk tu sampai habis. Adik tak nak pula mati kerana keracunan makanan disebabkan oleh akak. Jadi, baik akak masak betul-betul,” ugut adiku. Cis! Aku menjeling tajam pada adik lelakiku yang tidak pernah lari dari mengusikku. Ada-ada saja usikannya. Grrr....
Bila kedua-dua lelaki itu keluar dari dapur, aku kembali menggaul sayur dengan sudip. Terlintas adengan tadi di minda. Kemudian, berganti pula dengan adengan yang berlaku antara Nick dengan seorang perempuan di hotel tadi. Aku menggeleng-geleng. Aku nekad akan mengikuti perancanganku jugak. Tapi, kenapa aku rasa macam tak senang hati pula?Argghh!
********************************************************************
Nick terasa senak pada perutnya. Bagai mencucuk-cucuk di dalam sehingga menyebabkan dia ingin keluar menuju ke tandas menyampaikan ‘hajat’ itu. Pantas kakinya meluru masuk ke tandas. Sudah hampir 15 kali dia keluar masuk tandas. Tidurnya pula tidak lena sebaik sahaja perkataan ‘tandas’ menyeru di hati. Mahu pengsan rasanya sekarang. Apa dah jadi kepadanya?
Nick kembali ke dalam bilik tamu yang terletak di belakang sekali berdekatan dengan dapur di rumah Risya. Dia naik hairan. Kenapa hanya dia sahaja yang keluar masuk ke tandas dan tidak ada orang lain? Pagi-pagi buta kakinya sudah terpacak di hadapan pintu tandas.
Jam di atas meja kecil di sebelah katil dikerlingnya. Sudah pukul 4.30 pagi! Dia terasa segala urat sarafnya seperti putus kerana acap kali ke tandas. Dia terbaring lemah di atas katil. Di kapalanya ligat berfikir punca dia mengalami sakit perut itu, tetapi tidak berjaya. Kepalanya sudah terasa berat begitu juga matanya. Dia mahu berehat sebentar. Ya, berehat sebentar sehingga azan Subuh dilaungkan.
“Nick, bangun. Dah subuh nak.”Ayah Risya menolak lembut bahu Nick. Dia menggerakkan lagi Nick sehingga terbuka sedikit anak mata lelaki itu. Ayah Risya berasa hairan melihat wajah pucat Nick.
“Kamu tak apa-apa ke Nick? Pucat uncle tengok ni.”
“Saya rasa tak sedap badanlah uncle. Tapi, saya masih boleh solat.”Nick berusaha untuk duduk dan badannya sudah disandarkan pada kepala katil. Nick berusaha untuk berdiri tetapi badannya terjelompok ke lantai. Terkejut ayah Risya melihat Nick yang sudah terjelompok ke lantai. Ayah Risya memanggil anak lelakinya untuk membantu memapah Nick ke atas katil.
“Kenapa ayah?”
“Tolong angkat abang Nick kamu ni. Dia pengsan.”
“Ayah, kita patut hantar Nick ke hospital.”
“Baiklah.” Ujar Ayah Risya pantas dan badan Nick sudah di dukung oleh adik Risya menuju ke luar.
Ibu Risya melihat 2 anak beranak itu dan terkejut melihat Nick yang didukung oleh adik Risya.
“Kenapa ni, G?”Soal ibu Risya sebai melihat kekecohan yang berlaku di situ.
“N, N beritahu dengan Risya tentang Nick ni. Lepas dia berkemas nanti, suruh dia ke hospital sekejap ya?”Arah Ayah Risya kepada isterinya.
Aku memandang lemah pada wajah pucat Nick. Ternyata Nick nampak lemah sekali. Aku dipagut rasa bersalah. Tetapi, aku kena juga melakukan perkara terkutuk ini. Aku tahu ini semua salahku. Tujuanku meletakkan julap ke dalam minumannya kerana ingin Nick berhenti dari mengejarku sehingga ke lapangan terbang nanti. Aku tidak mahu Nick balik bersama denganku nanti.
“Doktor kata apa ayah?”
“Nick okey. Dia cuma perlu berehat. Dalam 2 hari, dia akan sembuh.” Aku mengangguk lemah. Tidak sangka aku bersikap begitu ‘kejam’ kepadanya. Tapi apakan daya, ini sahaja rancangan yang aku ada bagi menghalangnya dari menjejakiku. Walaupun hanya seketika tetapi, biarlah Nick tidak melihat wajahku buat masa ni kerana aku benar-benar tidak mahu melihat wajahnya buat sementara waktu. Aku tidak mahu dia mengesan raut wajah kecewaku ini.
“Nanti, ibu hantar kamu ke lapangan terbang. Nick tahu kan tentang plan kamu nak balik pagi ni?”
“Ya.” Balasku pendek. Memang benar, Nick tahu tentang plan itu. Dek kerana ayah yang tidak tahu menahu tentang plan aku, ayah bertanya kepadaku ketika kami menikmati hidangan makan malam. Nick sememangnya terkejut dengan usulanku yang secara tiba-tiba itu. Nampak riak tidak puas hatinya ketika aku menerangkan kepadanya tentang cadanganku yang mahu kembali ke KL pada hari ini. Nick juga bertegas ingin mengikutiku dan kerana itulah aku mengambil keputusan untuk menghalangnya dari mengikutiku.
Ibu dan ayah membiarkan aku duduk berteleku di sebelah katil Nick. Ayah sudah keluar dari bilik mencari kelibat ibu.
“I’m sorry Nick. Bukan niat saya ingin menyakiti awak. Cuma, ini sahajalah cara saya untuk menghalang awak dari terusan mengejar saya. Saya...Saya takut Nick...Saya takut kalau satu hari nanti, saya akan kembali seperti dulu. Saya takut saya menagih cinta yang tak pasti dan akhirnya saya kecewa sendiri. Saya tahu niat awak ikhlas, tapi, awak takkan lari daripada gelaran itu. Hidup awak masih kekal dikelilingi sesiapa sahaja walaupun awak sudah mula mahu berubah. Sekarang saya sendiri yang tidak pasti dengan kehendak hati saya. Maafkan saya, kerana saya masih belum pasti dengan jawapan di hati saya. Adakah saya sanggup mengorbankan diri sendiri dan menahan segala onak dan duri yang bakal saya hadapi sekiranya saya menerima awak? Semua itu membuat saya keliru sendiri. Saya masih belum yakin, Nick. I’m so sorry.”
Ingin sahaja kata-kata itu diluahkan kepadanya serta-merta. Tetapi semua itu hanya mampu ku ucapkan di dalam hati. Aku berundur dan berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment