Bab 12
“Huh?” Tubuh yang terlantar di atas
katil tiba-tiba terbangun. Kepalanya ditalakan ke kiri dan ke kanan. Darah
gemuruhnya kian reda. Nafasnya yang tercungap-cungap sudah mula tenang. Lalu,
wajahnya diraup dengan tapak tangan. Fuh!
“Dah bangun dah?” Terjengket bahunya
setelah disergah oleh satu suara. Kepala yang hanya memandang ke depan
berpusing 90 darjah. Membuntang matanya melihat gerangan yang sibuk mencatat
sesuatu pada clip board di tangan.
Melopong sedikit mulutnya.
“Erk? Kau rupanya, Ackiel,” Sepatah
ayat itu yang keluar dari bibirnya. Sesudah Ackiel selesaikan apa yang
dicatatnya tadi, dia ingin melangkah keluar dari bilik wad tersebut.
“Eh! Serasa aku, tadi Miza ada kat
sini. Kenapa pulak kau yang berada di
sini?” Pertanyaan dari Saifullizan menghentikan langkah Ackiel sebelum sempat
keluar dari bilik tersebut. Ackiel menyembunyikan senyuman dari pandangan
Saifullizan, lalu dia berpaling menghadap Saifullizan dengan berwajah serius.
Nak buat lakonannya tampak real, dikerutkan dahinya ingin mengenakan
Saifullizan. Otak dia dan Karmiza sama sahaja. Suka menyakat orang, lebih-lebih
lagi pada lelaki yang telah mengambil Karmiza dari hidupnya. Sekali-sekala
membalas dendam pada suami Karmiza, tak salah kan? Detik hati Ackiel.
“Sejak bila pula Miza masuk dalam
bilik ni? Kalau kau nak tahu, sepanjang 4 hari ni, akulah doktor kau. Miza ada
kes lain yang perlu dia handle. Tak
ada masa nak handle penakut macam kau
ni.” Ujar Ackiel selamba. Ditahannya rasa ingin ketawa daripada meletus. Dia
tahu kenapa Saifullizan pengsan tadi. Semuanya gara-gara Saifullizan yang
gelabah bila diusik dengan jarum suntikan. Dasar penakut! Muka sahaja nampak macho tapi hancur! Rasa pecah urat saraf
perutnya setelah mendengar Karmiza bercerita tadi.
Kali ini Saifullizan pula yang
berkerut dahi. Tangannya gatal sahaja menggaru kepala. Dah macam beruk mak nyah
pulak di mata Ackiel melihat Saifullizan yang kebingungan.
“Penakut? Kau cakap aku penakut?”
Nada Saifullizan sedikit kuat.
“Ha’ah! Dasar penakut! Tengok jarum
suntik pun dah pengsan! Muka dah kacak, tapi penakut! Kau lelaki sejati ke?”
Kata-kata pedas daripada Ackiel benar-benar membuat hatinya mendongkol geram.
Diketapnya bibir menahan rasa. Memang terkena dia kali ini. Tetapi, hatinya
hairan. Bagaimana pula Ackiel tahu kelemahannya?
Lelaki yang bernama Saifullizan ini
hanya fobia dengan 2 benda di dunia. Pantang baginya melihat jarum suntikan di
depan mata. Fobianya tidak pernah hilang semenjak sekolah rendah lagi. Serasa
seriau hatinya sebaik memandang benda tajam itu. Nyilu rasanya sekiranya benda
tajam itu mencucuk tubuhnya.
Dia
masih ingat lagi kejadian ngeri yang berlaku ketika dia berumur 8 tahun.
Sewaktu itu dia mengalami demam panas. Dek kerana demamnya tidak kebah, doktor
terpaksa menyutikkan ubat pada tubuhnya yang lemah. Apabila dilihatnya jarum
yang tajam lagi panjang itu, demam-demam sekalipun pantas sahaja kakinya melangkah
ingin melarikan diri. Malangnya, ketika dia mahu melarikan diri, doktor sempat
menangkap dirinya yang tengah meronta-ronta ingin melepaskan diri sehingga
menyebabkan doktor itu tercucuk jarum suntikan tadi pada buntutnya tanpa
pelali. Ouch! Sakitnya...Sudahnya, dia pengsan semalaman.
Bukan
itu sahaja, satu lagi benda yang tak boleh dia lihat ialah, katak! Saifullizan
benar-benar geli dengan binatang hijau itu. Bila katak melompat, dia pasti
melompat sama. He he he...
“Dari
mana kau tahu aku tak suka tengok jarum?” Soal dibalas dengan soalan juga.
Saifullizan memeluk tubuh. Sengaja mahu menyembunyikan perasaan malunya itu.
Senyuman Ackiel meleret. Dia juga tidak mahu ketinggalan, turut memeluk tubuh.
Sebelah keningnya diangkat.
“Kau
pengsan masa nak kena suntik tadi. Sebab tulah aku tau kau ni penakut dengan
jarum!” Jawab Ackiel pantas.
“Tapi...”
“Dah!
Aku ada hal nak buat. Malas nak layan kerenah pesakit yang penakut macam kau
ni. Haii..Kesian betul Miza. Dapat laki penakut!” Pintas Ackiel. Tidak mahu
pula rahsia antara dia dan Karmiza terbongkar. Cepat-cepat dia keluar dari
bilik wad sebelum sempat Saifullizan mengutarakan soalan selanjutnya. Sebaik
pintu ditutup, makin bertambah gatal pula kepalanya dirasakan sewaktu ini.
‘Aku
pasti orang yang nak suntikkan jarum kat lengan aku tu ialah Miza. Ya! Memang
Miza, tak silap lagi...’ desis hati kecilnya.
Belum
pun akalnya berfikir panjang, daun pintu dibuka perlahan.
“Encik
Saifullizan, doktor Ackiel ada buat pesanan. Dia kata Encik dah boleh keluar
petang ni. Encik Saifullizan boleh ambil ubat di kaunter nanti,” Ujar jururawat
yang bertudung putih itu. Saifullizan mengangguk sahaja. Selepas jururawat tadi
keluar, mindanya berfikir sejenak.
‘Miza kat mana ye sekarang? Ya Allah, rindu pulak kat
bini aku tu. Tak tertanggung rasanya. Miza, bilalah awak nak balik ke pangkuan
saya? Abang rindulah.’
***
Secara
senyap-senyap matanya memerhati tubuh sasa yang berada di kaunter ubat di
sebalik dinding. Leka benar dia memerhati lelaki yang sememangnya bertapak di
hati kecilnya itu. Sungguh! Dia begitu mendambakan cinta dari suaminya sendiri.
Mahu sahaja dia menerpa dan memeluk tubuh sasa itu. Namun, disimpannya sahaja niat
di hati. Belum tiba masanya lagi, fikirnya. Karmiza memerlukan sedikit masa
lagi jika mahu kembali pada Saifullizan. Ada banyak perkara yang perlu dia
uruskan sebelum balik ke pangkuan suaminya.
‘Abang,
tunggu Miza ye? Miza pasti akan
kembali semula ke pangkuan abang. Cuma Miza perlukan sedikit masa lagi. Kalau
abang boleh tunggu sampai 4 tahun, tak mustahil kalau abang kena tunggu untuk
sedikit waktu lagi kan? Tapi dengarlah sayang, baruku sedar bahawa cintaku tak
pernah hilang untuk dirimu. Tetap mekar di hati. Tetap kekal di jiwa. Abang,
Miza rindukan abang...’ Hatinya berbisik rindu pada si pencinta setia.
Bibirnya
tak pernah pudar dengan senyuman. Malah semakin melebar apabila mindanya
teringat akan kejadian pagi tadi. Karmiza tergelak kecil. Dia menekup mulut
apabila tersedar akan pandangan pelik yang dilemparkan oleh orang di
sekeliling. Karmiza malu sendiri.
“Mama!”
Suara halus itu menjengah cuping telinganya. Apabila Karmiza berpaling, satu tubuh
kecil sudah pun memeluk kakinya. Karmiza tersenyum lebar dan diusapnya rambut
si kecil yang turut membalas senyumannya kembali.
Dari
jauh, ada mata yang memandang sayu melihat kemesraan kedua-dua insan di
depannya itu. Tubir matanya mula ingin merembeskan manik-manik jernih.
Dikuatkan hatinya tidak mahu membiarkan air mata menitis di depan 2 orang yang
disayanginya. Dengan perlahan, dia berjalan mendekati.
Karmiza
mendongak dan matanya menyapa lembut pada wajah yang semakin pucat dan lemah
itu. Dengan sedaya-upaya, dia mengukirkan senyuman pada wanita itu dan berharap
agar senyumannya mampu meniupkan sedikit semangat pada wanita di depannya itu.
Pasti kak Akilah sudah tahu akan laporan kesihatannya, fikir Karmiza.
“
Kita ke taman ye, Miza? Akak nak
cakap sikit kat Miza,” Ucap Akilah perlahan. Karmiza hanya mengangguk dan
digamitnya tangan si kecil bersama. Mereka beredar dari situ.
‘Eh? Bukan ke tadi tu
Miza? Siapa perempuan yang seorang lagi tu?’ Bermacam-macam persoalan yang
terdetik di hatinya. Matanya sempat menangkap kelibat Karmiza di satu penjuru
tetapi tidak pula dia melihat kelibat perempuan yang bersama dengan Karmiza
tadi. Sesudah membayar bil di kaunter, dia terpandangkan kelibat Karmiza. Dia
juga terlihat Mizan di sisi. Belum pun sempat suaranya keluar ingin memanggil
dua insan itu, matanya menangkap perubahan wajah Karmiza. Dimatikan niatnya
tadi dan hatinya mula dipagut resah. Nampak benar wajah Karmiza yang seperti
dibelenggu masalah. Akhirnya, secara diam-diam dia melangkah mengikut jejak
mereka.
***
“
Akak dah tahu pasal laporan tu,” Sepatah ayat itu benar-benar membuat hati
Karmiza dipagut sembilu. Dadanya terasa sesak sebaik matanya menangkap air
jernih yang mahu mengalir di tubir mata Akilah. Sayu hatinya melihat insan yang
bermakna dalam hidup menanggung derita.
“Akak
kena tabahkan hati, ya? Jangan pernah berputus asa. Jangan pernah mengalah
dalam menentang penyakit akak tu. Akak, Miza tahu akak kuat! Miza pasti akak
dapat laluinya. Kalau tidak, Allah takkan pilih akak untuk menghadapi dugaan
ni.” Pecah juga empangan matanya sebaik meluahkan segala kata hati yang
dipendamnya selama ini. Wajah di sebelah juga tampak mendung sekali. Wanita itu
nampak sahaja kuat tetapi, hatinya benar-benar lemah sebaik mengetahui
keputusan laporannya tadi. Dia tidak mampu menahan sebak dan akhirnya jatuh
juga manik-manik jernih itu. Kedua-dua wanita itu sudah diselubungi rasa hiba.
Karmiza
menarik tubuh Akilah yang sedikit susut ke dalam pangkuannya. Mereka menangis
teresak-esak, tidak mampu mengeluarkan sebarang kata. Mereka benar-benar
tenggelam dalam kesedihan. Seorang hanya mampu bersimpati dan seorang lagi
menunggu saat-saat akhirnya.
Setelah
tangisan masing-masing mula reda, Karmiza meleraikan pelukan tadi dan
melemparkan senyuman pada Akilah. Digenggamnya tangan Akilah dan diusapnya
lembut. Sisa air matanya diseka. Begitu juga dengan Akilah. Dia mengeluarkan
tisu dari beg tangan dan diambilnya sehelai untuk Karmiza.
“Miza
tahu tak kenapa manusia ciptakan tisu?” Akilah mengemukakan soalan pada Karmiza
sebaik hatinya kembali tenang. Pandangannya ditalakan ke depan, melihat kerenah
Mizan yang tengah asyik bermain di taman permainan tidak jauh dari bangku yang
mereka duduk. Karmiza hanya mampu tersenyum simpul. Tisu di tangan menjadi
tatapan.
“Kenapa,
kak?” Soal Karmiza kembali.
“Sebab
mereka tahu, tisulah peneman setia di kala perempuan menangis. Di kala hati
kita sedih, tisulah yang akan menyapu tangisan itu pergi. Tisulah yang membantu
menghilangkan air mata yang deras mengalir. Tisulah yang akan mengurangkan rasa
perit di hati. Apabila puas tangan kita menyeka air mata dengan tisu, tangisan
pasti akan terhenti tak kiralah berapa helai pun yang sudah kita gunakan.
Selepas tisu itu basah menyerap manik-manik jernih itu, pasti sahaja kita membuangnya.
Berharap agar duka yang ada di hati, pergi bersamanya sekali. Dan akhirnya,
hati yang sedih pasti akan kembali tenang.” Akilah bermadah panjang. Tangisan
yang reda kembali berbunyi. Pelupuk matanya kembali basah bagai air hujan yang
melabuh bumi, lebat sekali. Akilah tersenyum lemah melihat Karmiza di sisi.
Disuanya lagi tisu pada Karmiza.
Akilah
cuba kuatkan hati. Dia tidak mahu meratapi apa yang sudah ditakdirkan untuknya.
Pasti ada hikmah di sebalik ujian yang diberi oleh Allah ini. Perlahan-lahan,
digenggamnya erat tangan Karmiza.
“Boleh
akak buat satu permintaan?” Pertanyaan Akilah benar-benar membuat hati Karmiza
menjadi runsing. Karmiza mengangguk lemah.
“Apa
dia, kak? Cakap je, Miza akan tunaikan permintaan akak tu.” Jawab Karmiza. Mata
Akilah yang sedari tadi memandang Karmiza, kembali berpindah pada wajah Mizan.
Karmiza turut memandang ke depan. Semakin bertambah sayu hatinya apabila
melihat si kecil yang tidak tahu akan kondisi ibu kandungnya.
“Kalau
akak terpaksa meninggalkan dunia ini, boleh tak kalau Miza ambil alih tugas
akak dengan menjaga dan mendidik Mizan sampai dia dewasa? Sampai dia kenal apa
erti dosa dan pahala, sampai dia menjadi seorang manusia yang berguna baik di
dunia dan di akhirat kelak?” Berdetak laju jantungnya mendengar permintaan
Akilah itu. Dirasakan permintaan Akilah seperti permintaan untuk ditunaikan buat
kali terakhir. Karmiza menjadi takut kehilangan Akilah. Permintaan Akilah
bagaikan berat buat dirinya. Mampukah dia menjaga dan mendidik Mizan dengan
betul? Mampukah dia mengambil alih tugas ibu kandung Mizan? Karmiza terdiam
tanpa kata. Dia menunduk ke bawah.
“Akak
tahu permintaan akak ni sangat berat untuk Miza pikul. Tapi, akak tahu, Miza
mampu menunaikannya. Akak pasti!”
“Kalau
akak begitu pasti dan yakin, akak takkan pernah mengalah dan berhenti
mengharapkan sesuatu keajaiban,”
“Mati
itu pasti, Miza!”
“Ya!
Memang mati itu pasti, tapi kak...Kita mesti kena faham bahawa Allah takkan
membantu seseorang hambaNya kalau hambaNya tidak mahu berusaha!”
“Akak
tak pernah berhenti untuk berusaha, Miza! Miza jangan risau. Akak tetap akan
meneruskan usaha akak untuk hidup. Akak takkan pernah mengalah. Cuma ini pesan
akak sebelum terjadi apa-apa nanti. Akak mahu Miza tunaikannya. Boleh?” Pinta
Akilah sekali lagi. Luluh hatinya mendengar permintaan wanita itu. Karmiza
mengangguk lemah.
Dengan
perlahan Karmiza bersuara. “Miza juga ibu kepada Mizan, kak. Akak jangan risau.
Miza akan tetap menjaganya dengan baik. Miza juga sayangkan Mizan. Walaupun
hanya ibu susuan, tetapi Mizan juga sudah menjadi sebahagian dari hidup Miza.”
“Ibu
susuan juga mahram yang halal buat anak susuannya, sama seperti ibu kandung,”
Simpul Akilah pula.
“
Akak tahu Miza akan jadi ibu yang baik buat Mizan nanti. Terima kasih kerana
sanggup menjadi ibu susuan buat Mizan. Akak tak mampu membalas jasa Miza ni.
Kalau akak tak menghidap penyakit kanser tu, pasti sahaja Mizan merasa susu
akak. Mungkin ada hikmahnya.” Sambung Akilah lagi.
“Jangan
pernah risau kak. Miza janji akan jaga Mizan dengan baik. Miza janji akan jadi
ibu yang terbaik buat Mizan.” Jawab Karmiza dengan ikhlas.
Akhirnya,
Akilah pulang bersama Mizan setelah lama mereka berbual di taman permainan di
kawasan hospital itu. Karmiza masih berada di taman itu, ingin melayan
perasaannya. Mujurlah tugasnya sudah pun selesai. Segala kata dan permintaan
Akilah tadi bermain di mindanya.
“Kenapa
Miza tak beritahu abang pasal semua ni?” Jantung Karmiza berdegup pantas sebaik
mendengar pertanyaan dari suara yang dikenalinya itu. Pantas kepalanya
berpaling ke belakang. Mahu jatuh jantungnya sebaik melihat wajah lelaki itu
menyapa pandangannya. Bagaikan dipalu geruda, jantungnya tidak henti-henti
berdegup laju. Akhirnya rahsia selama ini sudah terungkai jua sebelum sempat
dia menjelaskan kepada Saifullizan.
“Jawab,
Miza! Kenapa tak beritahu abang awal-awal pasal benda ni?” Suara Saifullizan
kedengaran sedikit meninggi. Karmiza jadi gugup dan takut mendengarnya. Tidak
mampu bertentang mata dengan lelaki di depannya. Lalu, dia menekur memandang
rumput.
“I
ask you one more time, Karmiza...Kenapa tak nak beritahu perkara sebenar pasal
siapa Mizan tu pada Miza?”
“Sa...saya
sudah pun maklum pada abang sebelum ni. Mizan anak Miza.” Dalam rasa takut, dia
cuba memberanikan diri menjawab kata-kata Saifullizan itu. Mahu sahaja dia
menangis tika itu. Mindanya cuba untuk mengatur ayat yang sesuai bagi
menjelaskan perkara sebenar.
Saifullizan
diam sahaja. Bukan dia sengaja mahu meninggikan suara pada Karmiza, tetapi dia
terkejut dengan kenyataan mengenai Mizan tadi. Dia mencuri dengar perbualan 2
wanita tadi dan barulah dia faham situasi yang sebenarnya.
Mata
Saifullizan tidak lepas dari memandang wajah Karmiza yang menunduk itu.
Tiba-tiba hatinya berasa terharu dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Karmiza
selama ini. Karmiza tidak pernah mengkhianatinya dalam masa 4 tahun itu. Malah,
Karmiza rela mengambil keputusan untuk menjadi ibu tumpangan demi membantu
seorang wanita yang tengah tenat melawan penyakitnya itu.
Ditenungnya
wajah Karmiza dalam-dalam. Saifullizan masih belum mahu bersuara. Dia cuba
untuk menenangkan diri, ingin cuba untuk menerima segala kebenaran yang baru
sahaja diketahuinya itu.
“Miza...”
Saifullizan membuka mulut. Perlahan-lahan, Karmiza mendongak. Dengan pantas,
tubuh kecil itu ditarik Saifullizan ke dalam pelukannya. Karmiza terkedu.
“Kalau
Mizan tu anak Miza, Mizan pun anak abang juga. Abang benar-benar terharu dengan
pengorbanan yang dah sayang lakukan tu. Begitu besar pengorbanan wanita yang
bernama Karmiza ni. Miza buat abang makin bertambah sayang dan cintakan Miza.
Kita jaga Mizan macam anak kita sendiri. Abang pun sayangkan Mizan. Abang
sanggup jadi daddy Mizan walaupun dia bukan darah daging abang. Tapi, kalau dia
anak Miza, dia pun akan jadi anak abang juga.” Hati Saifullizan ikhlas ingin
menerima Mizan menjadi anaknya. Dia memang sudah sayangkan kanak-kanak kecil
itu.
Pertama
kali berjumpa dengan Mizan, hatinya terasa begitu tenang sekali melihat wajah
si kecil. Malah, dia bahagia apabila mendengar perkataan pertama yang diluahkan
oleh kanak-kanak kecil itu. Perkataan yang tak pernah terlintas di hatinya.
Perkataan yang pernah menjadi angan-angannya sahaja. Perkataan daddy yang terkeluar dari mulut si kecil
benar-benar menyentuh hatinya.
Saifullizan
merenggangkan pelukannya dan matanya merenung lembut pada mata bundar Karmiza.
Karmiza begitu terharu dengan penerimaan Saifullizan itu. Kedengaran begitu
ikhlas sekali. Hatinya begitu senang dengan kata-kata Saifullizan itu.
“Kalau
Miza boleh tunaikan permintaan ibu kandung Mizan tadi, Miza mesti boleh
tunaikan permintaan abang kan?” Karmiza tergamam mendengar bicara suaminya itu.
Berdebar hatinya di kala ini.
“Boleh
Miza kembali ke pangkuan abang?” Karmiza terdiam seribu bahasa. Bibirnya
digigit. Dadanya terasa sesak.
‘Kembali ke pangkuannya
sekarang?’ Karmiza bingung.
***
Karmiza
melepaskan keluhan lemah. Sepanjang pemanduannya, permintaan Saifullizan asyik
mengganggu fikirannya.
“Abang
akan berikan Miza masa untuk berfikir sedalam-dalamnya. Dan harap, jawapan yang
Miza berikan nanti dapat memuaskan hati kedua-dua pihak. Miza fikirlah
baik-baik.” Mujur sahaja Saifullizan tidak memaksanya. Tetapi, sudah semestinya
dia bingung memikirkan perkara itu. Dia memang mahu kembali ke pangkuan
suaminya tetapi bukan sekarang. Banyak perkara yang perlu dia uruskan. Banyak
benda yang perlu diberikan perhatian sebelum dia kembali pada Saifullizan.
Kusut fikirannya di kala ini.
Kereta
Myvi berwarna perak miliknya dihentikan di depan pagar. Karmiza membuka pintu
kereta dan dikeluarkan kunci rumah dari beg tangannya. Setelah pagar dibuka
luas, Karmiza kembali membawa masuk keretanya ke dalam. Enjin kereta dimatikan
dan Karmiza membolos keluar dari perut kereta. Beg yang sering dibawanya ke
hospital diambilnya dari tempat duduk belakang.
Kakinya
melangkah mendekati pagar sebaik sahaja mengambil beg tadi. Belum sempat dia
mengunci pagar, kelibat seseorang telah pun meluru masuk tanpa kebenarannya.
Membuntang mata Karmiza dengan kehadiran gerangan itu. Mulutnya sedikit
melopong.
“Hai,
sayang!” Ucap Saifullizan yang sudah terpacak di sebelah Karmiza. Dilihatnya
Karmiza yang telah kaku sambil matanya terkebil-kebil. Pasti tidak percaya
dengan kehadirannya di situ. Begitu pantas tindakannya ingin mengejar Karmiza
setelah isterinya pulang dari kerja tadi.
“
Rasa rindu pulak kat cup cake. Tu yang
datang kat sini.” Ucap Saifullizan selamba menjawab pertanyaan yang berada di
fikiran Karmiza.
“Ta..tapi,
kitakan baru je jumpa tadi?” Gugup Karmiza bertanya. Terasa lucu pula melihat
wajah pucat Karmiza sebegitu. Saifullizan tersenyum lebar.
“Abang
pendamkan rasa rindu selama 4 tahun. Bila dapat jumpa kembali dengan Miza, rasa
rindu tu tak dapat ditanggung lagi. Abang datang sebab nak lepaskan rasa rindu
yang telah lama dipendam tu. Tak salah kan?”
“Tapi,
Miza tak suka cara abang main hendap masuk tadi. Macam pencuri. Ingat Miza tak
takut ke?” Karmiza meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan perbuatan
Saifullizan yang dirasakan begitu tidak sopan sekali. Bukan begitu caranya
masuk ke rumah orang.
‘Tapi
diakan suami kau? Tak salah pun. Malah makin bertambah pahala kau kalau kau
biarkan suami kau tinggal sekali dengan kau. Lagipun, tempat isteri adalah di
sisi suami,’ Sempat lagi hatinya berbisik memberi peringatan.
“Kalau
Miza takut, abang kan ada?”
“Abang,
Miza belum dapat nak beri jawapan yang abang nak tu. Abang sendiri yang
beritahu kat Miza tadi, yang abang akan beri Miza masa untuk berfikir.”
“Abang
datang ke sini bukan kerana nakkan jawapan tu sekarang,” Pangkah Saifullizan
laju. “Abang ke sini sebab nak lepaskan rindu. Tu je!”
“Bukan
tadi dah jumpa kan? Miza penatlah bang.”
“Abang...”
Belum sempat Saifullizan ingin membalas kata isterinya, terdengar bunyi hon
dari sebuah kereta di rumah sebelah. Saifullizan mengerutkan dahi.
‘Siapa
pulak yang kacau daun ni? Baru nak bertikam lidah ala-ala manja dengan bini,
dah ada orang potong line! Hish!’
Rungut Saifullizan dalam hati. Kini, kedua-dua pasang mata mereka memandang
tepat pada kereta tadi. Kereta Perdana diparkirkan ke dalam perkarangan rumah
dan sesusuk tubuh keluar dari kereta itu.
Wajah
kelibat yang baru keluar dari perut kereta tadi tampak begitu bersinar sekali.
“Hai,
Miza! Baru hari ni saya dapat jumpa awak. Baru balik dari kerja ya?” Soal jiran
yang terlebih ramah itu. Ada rasa cemburu yang terbit di hati lelakinya.
Dilihatnya penampilan gerangan itu dari atas sampai ke bawah.
Karmiza
cuba untuk tersenyum, cuba untuk menjadi seorang peramah bila menegur jirannya
itu. Seorang lelaki bujang dan menggalas gelaran engineer. Punya wajah kacak tidak kurang hebatnya dengan
Saifullizan. Malah ketinggian pun hampir sama dengan ketinggian Saifullizan.
Begitu ramah sekali jirannya itu dan Karmiza senang dengan sikap lelaki itu.
“
Ha’ah. Baru selesai kes, Danish. Penat lagi ni,” Jawab Karmiza pula.
Saifullizan mengetap bibir.
‘Mereka
berdua ni anggap aku ni macam tak ada je kat sini. Yang lelaki ni pulak,
terlebih mesra dengan bini aku ni kenapa? Nak pasang jarumlah tu! Cakap pasal
jarum, ni yang aku tak suka! Fobia!’ Omel Saifullizan dalam diam.
Bergerak-gerak rahangnya melihat kemesraan mereka berdua. Makin meluap-luap
rasa marahnya dengan lelaki yang tak sedar diri itu.
‘Nak
je aku bagi buku lima kat muka mamat bajet ni. Kau ingat kau tu hensem sangat?
Aku lagi hensemlah!’ Entah kenapa bermacam-macam kutukan yang terbit di
hatinya. Meluat melihat wajah berlagak lelaki yang bernama Danish tu.
Tidak
tahan melihat mereka yang asyik berbual itu, Saifullizan berdeham ingin menarik
perhatian.
“
Rasa cam halimunan pula kat sini. Orang kat sana tak sedar ke?” Sindirnya pada
Karmiza. Karmiza menjeling sekejap pada wajah suaminya. Dalam diam dia tahu,
suaminya pasti tengah cemburu. Sengaja dia mahu menyakitkan hati lelaki itu
gara-gara tidak berpuas hati pasal perkara tadi.
“Oh!
Sorry, terlampau fokus kat Miza sampai tak sedar ada orang ka sebelah. Hai, I’m
Danish. And you are?” Tangan Danish diangkat ingin berjabat tangan dengan
Saifullizan.
‘Pergh!
Ni yang buat gua marah ni. Ada pulak dia tak nampak tubuh aku yang besar kat
sebelah ni sebab fokus kat bini aku? Kurang asam!’
Tangan
Saifullizan diangkat, namun bukan mahu menyambut huluran tangan Danish tadi
tetapi dipeluknya bahu Karmiza dan dieratkan lagi pelukan itu. Karmiza tergamam
di sebelah. Tiada satu suara pun yang mampu terkeluar dari mulutnya.
“Saya
Saifullizan! SUAMI, Karmiza!” Begitu jelas dan terang dia bersuara. Sengaja
ditekankan perkataan suami pada Danish. Dia mahu lelaki itu sedar akan
kedudukan mereka sebenar. Membuntang mata Karmiza apabila mendengar gaya
percakapan suaminya di sebelah. Nampak sangat orang tengah cemburu. Tercuit jua
hatinya dengan kerenah suaminya itu.
“Oh!
Tapi, setahu saya Miza tak tinggal dengan suaminya lagi,” Ujar Danish masih
mahu mempersoalkan isu suami pada Saifullizan.
“If you want to know more, than it is my
pleasure to tell you this. Mulai hari ini, saya SUAMI Miza akan tinggal
bersama dengannya dan kami akan hidup bahagia hingga ke anak cucu! Malah sampai
ke akhirat sekalipun!” Karmiza tersentak mendengar ayat yang baru sahaja
didengarnya tadi. Apakah dia salah dengar? Terkebil-kebil mata Karmiza
memandang wajah suaminya di sebelah. Dadanya seakan-akan mahu pecah mendengar
kata putus dari suaminya itu. Siap dengan kata janji bahagia hingga ke ‘akhirat’
sekali. Berubah sedikit wajah Danish dan Saifullizan tersenyum menang.
‘Apa
pulaklah yang difikirkan oleh suami aku ni? Tak betul agaknya sebab terlebih
cemburu!’ Bebel Karmiza dalam hati.
Hahaha Saiful jelous dengan Danish. harap-harap hubungan karmiza dan Saiful akan jadi lebih baik
ReplyDelete-nisa-
Hehe..Thanks Nisa...nnti tggukn bab 13 k? hehe... :D
DeleteHahaha....
ReplyDeleteSaifullizan memang tak boleh bla....cemburu melebih.... X
Hehehe...X? ayt trgntung lak..hehe...
Deleteyay......suka suka suka sangat sangat..............................:D
ReplyDeletehehehe..ainaa sy pn ska sngt2...hehehe...:)
Deleteape la epul, smpai bini sndiri pon kutuk diri dia..hahaha...
ReplyDeletehehehe...ktuk dlm diam je...:)
Deletesiape danish tu,,,,suspen pulak ada watak baru..nmpak sangat epul cemburu..best nk lagi..hehehe
ReplyDeletehehehe..Danish bkn spe2...hehee...:) adala...tq tau azzah...:)
Deleteeceh3. dgn jarun pun takut ya Epul? kalah sy. hehe tp katak tu, err...memang tak nafikan. memang MENGGELIKAN !! hee~
ReplyDeleteHehehe...kte pn geli Ainaa....erkk....tp llaki geli tu amt plik..haha...epul plik!
Deletealololo... comel je c Epul ni.. hehehe... siap cm bt "ikrar" plak nk stay ngan c miza.. sooo suweettt....
ReplyDeletekeep on writing, cik writer! aja aja fighting!
~Miss Peace~
Hahaha...Epul romantik gtu.... ^-^ thank u Miss Peace! Aja2 figthing!!
DeleteHaha. best kak fyka. cepat sambung next chapter ye. :-))
ReplyDeleteHehehe...Thanx Bells.. :D
Deletehuarrgghh... kenapa baru perasan y aku x baca entry nih.. adeih.. gila ko fyka.. kenapa best sangat??? haha.. makin lama, olahan ko makin matang dari bab ke bab.. feeling tu makin lebih kot... rasa nak tergelak, nak nangis pun ada.. cukup ramuan.. congrats yunk... agk2 PC ni smpai bab berapa ya? hehe..
ReplyDeleteEzza Mysara..hehe..xpe2..aku tau kau msti bz..Tp still ko smpat gak tgglkn komen en? hehe...Best ke? heee..bse je tu yang..Aku msh plu bljar lg dlm bab2 nk mengolah ayat ni..hehe..Thank u k my dear.. ni yg ai syg u ni...hehe.. :D <3 mungkin smpi bab 20 kot...kot je la.. ^-^
Delete