Rakan-rakan pengikutku

Monday, July 30, 2012

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 36


Bab 36

            Melihat pasangan yang tengah asyik berpandangan antara satu sama lain membuatkan si kecil menjadi pening.
            Terasa hujung kainku ditarik dari bawah. Mataku terkebil-kebil. Begitu juga mata lelaki yang masih setia mendukungku ini. Seketika kemudian, matanya yang terkebil-kebil berhenti dan...
            Buk!
            “Ouch! Nik Emil! Awak lepaskan saya ke lantai ingat saya ni barang ke? Ya Allah, tulang belakang aku. Sakitnya.” Aku mengaduh sakit apabila secara tiba-tiba saja Nick melepaskan aku dari pegangannya. Sememangnya aku dah rasa macam nangka busuk yang terjatuh ke lantai. Mahu patah riuk tulang ini dibuatnya.
Aku memanahkan mata pada Nick. Sangkaku dengan menghadiahkan pandangan tajam seperti ini mampu mencemaskan dirinya. Tetapi lain yang aku sangka lain pula jadinya. Nick boleh pula selamba melihatku tanpa sebarang rasa simpati dan kasihan. Malah, senyuman sinis pula dihadiahkan kepadaku. Amboi! Sesedap rasa cap mee maggie dia aje lepaskan aku ke lantai. Kalau macam tu, baik biarkan saja aku jatuh dari pokok tadi. Bukankah itu lagi bagus?
“Aunty tak apa-apa? Cakit ke? Mana cakit?” Soal Aqish penuh prihatin. Tangan kecilnya memicit kepalaku. Aku hampir-hampir nak tergelak bila dia memicit kepalaku. Padahal yang sakitnya tulang belakang bukan kepala.
Aku mengusap pipi Aqish dan dengan perlahan aku bangun. Berkerut-kerut dahiku menahan rasa sakit. Mataku ditalakan pada lelaki di sebelah. Nampak gayanya dia langsung tiada niat mahu membantuku. Langsung tiada perasaan kasihankah dia walau sedikitpun? Tiba-tiba sahaja hatiku dipagut rasa sayu. Hiba melihat Nick yang langsung tidak menampakkan riak wajah risau atau bimbang seperti dahulu.
Aku mengibas-ngibas belakang dari pasir. Dengan hati yang walang aku beranikan diri untuk memulakan perbualan. Terasa sedikit canggung apabila orang yang kita cintai melayan kita sebegitu. Langsung tak nak layan pun nampak gayanya.
“Aw..awak buat apa kat sini?”
Nick tunduk seketika dan mengambil beg kamera di sisi. “Tak nampak ni? Kamera. Nak ambik gambar.” Jawab Nick malas.
“Ya, saya tahu kamera nak ambik gambar. Maksud saya, apa yang awak buat kat Kota Kinabalu ni?” Agak berhati-hati aku mengemukakan persoalan itu. Aku menelan liur di saat teringat akan pesananku pada ibu dan ayah agar tidak memberitahu di mana keberadaanku pada Nick. Jadi, bagaimana dia boleh sampai ke sini? Aku naik hairan.
“Negeri di bawah bayu nikan salah satu tempat peranginan yang popular di Malaysia. Orang kata lebih baik melancong di negeri sendiri berbanding di negara orang. Jadi, saya datang melanconglah. Nak buat apa lagi?” Jelas Nick dengan gaya malas. Aku mengetap bibir. Sememangnya cara layanan Nick padaku berubah serta-merta. Hatiku terasa perit melihat perubahan itu. Bagaikan mahu menjerit di depannya. Aku mahukan dia kembali. Aku mahukan Nik Emil!
Gaya Nick seperti ingin membuka langkah. Cepat-cepat aku menyahut namanya sebaik dia berpaling.
“Nick! Awak..ermm...” Suaraku terasa tersekat-sekat. Nafasku ternyata sudah tidak teratur.  Dari pandanganku nampak benar Nick sudah malas mahu melayanku. Pasti dia masih marah padaku. Sememangnya segala keputusanku dulu telan memakan diriku sendiri. Perit rasanya apabila orang yang kita cinta melayan kita tak ubah seperti orang asing.
Langkah Nick terbantut. Gigi rahangnya bergerak-gerak manahan geram. Kamera ditangan digenggamnya. Dalam hati, perasaan berdebar itu hanya Allah sahaja yang tahu.
Siapa sangka, kalau sudah takdir Tuhan. Sejauh mana sekalipun, mereka tetap dipertemukan sekali lagi. Sejauh mana pun langkah kaki berlari, sudahnya akan berhenti tanpa mampu dikejari. Hakikatnya jodoh pertemuan sudah tertulis, kini mereka bertemu lagi. Siapa sangka?
Nick berpaling perlahan. Wajahnya tampak kebosanan. Aku jadi kaget. Sudahnya persoalan yang bermain diminda kian hilang begitu sahaja. Lama mulutku terkunci, tidak tahu ingin menyoal apa. Begitu banyak persoalan bermain di minda. Sekarang aku kehilangan kata. Kaku melihat wajah selambanya.
“If you don’t have anything to say, then mind if I left. There are other things that I have to do. My time is precious!” Tersentap hatiku mendengar kata-katanya yang berbaur sinis. Kata-kata yang terlalu menghiris hatiku. Entah kenapa, dihujung tubir mataku bergenang juga air mata ini. Namun, cepat-cepat aku mengerdipkan mata ingin menghilangkan rasa sedih itu. Tidak mahu kalau air mataku jatuh di depan matanya. Aku menggigit bibir.
Nick ingin melangkah lagi. Aku memanggilnya lagi. Niat tidak mahu membiarkan dia pergi tanpa mahu berkata apa. Aku tidak mahu dia pergi begitu sahaja. Banyak yang perlu aku jelaskan kepadanya. Terlalu banyak sampai menyesakkan jiwa.
“Kalau awak nak panggil saya dengan niat suka-suka I’m sorry to say that this is so wasting my time. There is a lot of thing that I need to do. So, if you would excuse me.” Suara Nick kedengaran dingin sekali. Nampak gayanya dia sudah menyampah dengan sikapku.
“Awak apa khabar?” Soalku sebelum sempat dia berpaling. Aku terkaku. Persoalan itu yang keluar dari bibirku.
Nick mendengus sinis. “So, you hold me just to ask me about this? Apa khabar?” Kening Nick sudah terjongket. Bibirnya sudah tersenyum sinis. Terasa bagai rendahnya diri ini berhadapan dengannya. Aku tunduk menekur pasir di bawah. Mataku sempat memandang Aqish di sebelah yang masih terkebil-kebil memandang kami berdua.
Aku dongak selepas itu. Nick sudah pun melangkah beberapa tapak.
“Awak, sebelum awak pergi saya nak minta tolong boleh?” Soalku sedikit menjerit. Nick berpaling dan wajahnya nampak sedikit kemerahan. Belum pun sempat dia membuka mulut aku sudah memintas kata.
“Boleh tolong ambilkan layang-layang kat atas pokok tu? Saya tak dapat capai tali tu sebab terlalu tinggi. That if you don’t mind,” Ucapku takut-takut.
“But kalau awak keberatan, tak apalah. Saya cuba panjat pokok ni sekali lagi.” Aku sudah berkira-kira mahu memanjat pokok tersebut dan mengambilnya sendiri. Berjauh hati melihat layanan Nick yang sudah berubah sekarang.
Aku pegang salah satu dahan pokok tersebut dan ingin memanjat pokok tersebut. Tiba-tiba terasa lenganku ditarik dan Nick mengambil layang-layang dari pokok tadi. Diserahkan layang-layang tersebut kepada Aqish. Sempat lagi tangannya mengusap rambut si kecil. Aku leka melihatnya dari tadi. Nick langsung tidak mahu memandangku. Begitu sahaja dia berlalu pergi tanpa sepatah kata. Rasa terkilan menggamit hati. Aku menggeleng.
“Tak! Dulu dia kejar aku. Sekarang giliran aku pula yang kejar dia. Ya! Aku tak boleh lepaskan dia kali ini. Sekarang aku dah nekad. Nick milik aku! Hanya milik Nur Erisya Kamal!” Getusku sendiri.
“Aunty cakap apa seorang-seorang?” Aku tersentak. Aku memandang wajah Aqish yang tampak begitu hairan dengan sikapku. Aku tunduk dan mencangkung di depannya sambil tangan mengusap pipi bersih si kecil.
“Aqish, sebelum kita balik aunty nak Aqish teman aunty boleh?” Aqish hanya mengangguk tidak soal banyak. Aku tersenyum melihat anggukannya. “Kita kejar uncle tu dulu ya? Kita tak boleh lepaskan dia.”
“Kenapa?” soal Aqish pendek. Begitu tulus hati si kecil yang tidak tahu apa-apa ini. Lantas aku berdiri sambil menggamit jari-jemarinya.
“Sebab Aunty dah buat salah kat Uncle tu. Aunty nak minta maaf kat Uncle tu. Aunty nak janji kat dia. Aunty tak nak buat salah lagi.Auny janji tak buat lagi.” Ringkas sahaja penjelasanku pada si kecil. Apa saja budak berumur 4 tahun ini tahu kalau aku menjelaskannya secara lebih mendalam? Pasti sahaja matanya terkebil-kebil sambil dahi berkerut hairan melihatku nanti.
“Mama cakap, kalau kita buat salah kita kena minta maaf kat orang tu. Aunty buat salah kat orang tu Aunty kena minta maaf kat orang tu. Kalau kita tak minta maaf kita berdosa. Allah marah orang yang buat dosa.” Omel si kecil panjang. Akal si kecil ini begitu matang sekali bila memikirkan perkara sebegitu. Tercuit juga hatiku mendengar omelannya mengenai nasihat daripada mamanya. Tidak pernah lupa akan pesanan mamanya itu membuat hatiku berasa senang. Aqish sememangnya budak yang mengikut kata. Tidak membantah tetapi sekali sekala memberontak.
Aku mengangguk laju. “Aunty memang nak kejar dia sebab Aunty nak minta maaf kat dia. Jadi, Aqish kena ikut Aunty, okey?”
“Okey.”
AKU berjalan mengikut jejaknya dari jauh. Aqish masih setia di sisiku. Tidak pula si kecil merungut. Diam mengikutiku.
            Lama benar aku mengikutinya dari jauh. Ke mana saja langkahnya pergi aku tetap setia mengejarnya. Sepanjang pemerhatianku, Nick tak pernah pun mahu melepaskan kamera di tangan. Ada saja yang ditangkapnya. Tangkap gambar ke tangkap apa tu?
            Sempat lagi Nick mengukirkan senyuman pada gadis yang lalu lalang di sekitar pantai ini. Aku mendongkol geram. Rasa panas pula hati ini melihat gadis-gadis yang asyik tersenyum-senyum pada Nick itu. Mahu saja aku mencucuk mata gadis-gadis tadi agar mereka langsung tidak mampu melihat dan tersenyum menggoda pada Nick. Baru padan dengan muka! Macamlah tak ada lelaki lain nak senyum-senyum gedik macam tu. Hatiku menggerutu geram. Menahan perasaan cemburu yang membara.
            Aku berjalan lagi ke mana saja dia pergi sehinggalah dia berhenti di depan sebuah hotel terkemuka di tengah bandar Sabah ini, Hotel Hyatt Regency Kota Kinabalu. Sememangnya Hotel Hyatt Regency merupakan salah sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang sesuai dengan kemampuan Nick. Hotel tersebut juga berdepan dengan pantai berdekatan dengan kedudukan kedaiku.
            Apabila mengetahui di mana tempat kediamannya, aku berasa sedikit lega. Tahulah aku ke mana ingin mencarinya. Aku tersenyum kecil. Kelakuanku saling tak tumpah seperti seorang stalker. Aku menampar lembut pipiku. Aku dah ada perkejaan baru rupa-rupanya. Kalau sahaja Ajai tahu apa yang sudah kubuat, pasti sahaja menjadi bahan usikan buatnya. Malu!
            Aku ingin berpatah balik kembali ke kedai. Namun langkahku terhenti sebaik melihat seorang gadis yang tinggi seperti model menghampiri Nick sambil tersenyum lebar. Hatiku menjadi mendidih tatkala itu. Begitu mesra sekali gadis itu memeluk lengan Nick. Aku jadi tertanya-tanya. Siapakah gadis di samping Nick itu? Kekasih Nick yang barukah? Kekasih? Bukankah lelaki itu berjanji hanya mencintai diriku sahaja? Selama 2 bulan aku berpisah dengannya dia sudah ada pengganti baru? Begitu banyak persoalan yang menyesak hatiku.
Tiba-tiba aku terasa pening. Cepat-cepat aku memaut batang lampu di depanku. Terasa berat menerima hakikat bahawa lelaki itu kemungkinan mempunyai kekasih baru. Benarkah?
“Aunty okey kah? Aunty tak sihat? Jom kita balik. Nanti mama marah.” Omel si kecil di sisi. Aku mengalih pandangan ke arah Aqish. Kesian pula melihat Aqish yang diusungku ke hulu ke hilir tanpa sedar akan keadaannya yang pasti terasa penat semenjak pulang dari nursery tadi. Sudahnya aku pulang dengan hati yang sedih dan kecewa.
 ***

NICK sedar bahawa gadis yang dirinduinya itu mengejarnya dari tadi. Bukan dia tidak sedar akan kehadiran Risya yang sedari tadi mengejar jejak ke mana saja dia pergi. Sengaja dia berbuat tidak tahu akan kehadiran gadis tersebut.
            Sudah semestinya hatinya terkejut dengan pertemuan yang tidak dirancang tadi. Sudah semestinya hatinya gembira melihat orang yang dirindui kembali berada di depan mata. Semenajak 2 bulan yang lalu dia mencari gadis tersebut. Tetapi hampa apabila kedua ibu bapa Risya tidak mahu memberitahunya keberadaan Risya ketika itu. Kecewa hatinya mendengar perkhabaran dari ibu dan ayah Risya di mana Risya menghalang ibu dan ayahnya untuk memberitahu ke mana dia berada. Sudahnya dia membawa hati yang lara sehingga membawa dia ke mari.
            Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dipeluknya gadis itu. Akan tetapi akalnya menghalang. Segala perbuatan Risya diingat semula. Memori luka kembali berdarah. Kenangan semasa Risya meninggalkan dirinya tanpa pengetahuannya membuat dia sebal dan kecewa. Sekarang, apabila mereka bersua semula nampak benar gadis itu mengejarnya. Sekarang hatinya sudah puas. Puas kerana segala apa yang dipendamnya selama ini akan dibalasnya pada Risya. Hatinya kuat menyatakan bahawa gadis itu mahu bertemu dengannya kembali. Sampai sahaja di depan pintu hotel, gadis itu tetap mengekorinya.
            Hatinya juga tertanya-tanya, siapa budak lelaki yang bersama Risya tadi. Namun, persoalan itu dibiarkan berlalu dan hasrat ingin membuat Risya kecewa perlu dilaksanakan. Bukan senang dia mahu melupakan kisah lalu. Tidak! Risya harus diberi pengajaran. Sudah berbuih-buih mulutnya mengukap kata cinta. Sudahnya, dia ditinggalkan mentah-mentah. Siapa yang tidak geram?
            Sampai sahaja di depan pintu hotel, kelibat Azura mendekati.
            “Zura, i need your help now! Peluk lengan I sekarang dan buat-buat mesra. Don’t ask anything just do it!” Arah Nick sebaik melihat Azura. Tanpa soal banyak diikutkan saja Azura pada arahan Nick. Dilakukannya seperti apa yang disuruh oleh Nick tadi.
            “Just walk into the hotel slowly. Jangan lupa senyum!” Arah Nick lagi. Berkerut dahi Azura mendengar arahan Nick itu. Walaupun begitu, hati Azura disisip rasa bahagia. Namun ada di sudut hatinya dia tahu pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga lelaki itu menyuruhnya berbuat demikian. Tapi apa sebenarnya berlaku?
            “Now, can you tell me what’s going on here?” Tersentak Nick dari lamunan sebaik terdengar soalan yang diajukan oleh Azura di kala itu. Nick mendongak sedikit memandang wajah gadis yang sudah memeluk tubuh menagih jawapan daripadanya.
            “She’s here. The one that’s hurt my feeling is here.” Sebaris ayat tersebut menyentak hati Azura. Perempuan yang dimaksudkan oleh Nick itu tak lain tak bukan gadis yang dicintainya. Gadis yang membuat dirinya berhijrah ke Sabah. Gadis yang menyebabkan Nick kecewa. Azura telan liur. Kelat. Dia cuba memaniskan wajah dengan senyuman. Terasa begitu sumbang senyumannya di kala ini.
            “Oh! So it’s good then,” Jawab Azura pendek.
            “No, it’s not! I can’t let that girl get away with it. I feel so hurt once I remember all the thing that she made. It kills me! She can’t get away with it.” Nick mengulangi ayat yang sama tanda dia tidak mahu melepaskan Risya begitu sahaja. Dia mahu Risya rasa apa yang dia rasa. Dia mahu Risya tahu perasaan sakit yang dialaminya sepanjang gadis itu tiada. Perasaan kecewa kerana ditinggalkan tanpa tahu ke mana gadis itu menghilang.
            Azura jadi kaget melihat keadaan Nick sebegitu. Perasaan dendam yang ada dalam benak lelaki itu benar-benar buat dia risau. Dulu dia pernah sebegitu. Dulu dia pernah kecewa dan berdendam. Tetapi, apa gunanya kalau segala yang berlaku itu sudah tidak punya apa-apa nilai lagi? Dia biarkan saja segalanya berlalu dan dia bawa hati yang lara sampai ke sini. Sudah banyak tempat dituju demi menghilangkan rasa perit di hati. Menelan rasa kecewa yang sering membelenggu diri. Tiada gunanya berdendam malah dendam itu yang akan menjerat diri sendiri.
            Azura duduk di sofa bertentangan dengan Nick. Ditenungnya wajah lelaki itu dalam-dalam. Nampak benar api kemarahan yang membuak-buak dalam anak mata itu. Dia bimbang kalau Nick menyakiti diri sendiri. Dia mengeluh lemah.
            “Fine. You nak buat apa dengan dia? You nak dia menderita? Nak merasa apa yang you rasa sekarang ni? Nick...I think this is useless. You want to know why?” Kata-kata Azura membuat dahi Nick berkerut seribu.
            “Because in your eyes, I know your heart is still with her. Your love toward her is so deep that I can’t imagine how hard it would be if you still act cold in front of her. You akan sakit sendiri. You yang akan terseksa. Dia tinggalkan you mungkin bersebab, Nick. Macam you cakap tadi she’s following you untill infront of the hotel. So, you rasa apa makna semuanya tu?” Nick tergamam. Segala kata yang diungkapkan Azura meresap jauh ke lubuk hatinya. Sesungguhnya apa yang diucap oleh Azura ada benarnya. Kalau Risya meninggalkannya kerana suka-suka, tidak mungkin gadis itu mengekorinya sedari tadi sampai di depan hotel. Pasti gadis itu mengorak langkah menjauhinya. Jadi, apa benar Risya masih punya hati untuknya?
            “It seems like she still has feeling for you. And so thus you. I can see that just by staring at your eyes. You love is still blooming for her, Nick. Cuba you jumpa dia, tanya kenapa dia tinggalkan you dulu. Pasti ada sebabnya bukan? Jangan cepat melatah. Trust me. You should go and talk to her.” Saran Azura lagi.
            Nick merenung wajah Azura bagai mencari keihklasan di sebalik kata-kata itu. Ternyata Azura benar-benar memaksudkannya. Mungkin pada awal pertemuannya, sangkanya gadis ini menggedik ingin mengejar cintanya semual. Tetapi, siapa sangka gadis ini punya niat ikhlas di hati. Mungkin Azura ingin mencuba nasib ingin mendapatkan cinta daripadanya. Akan tetapi Azura bukan jenis gadis yang memaksa. Itu dari pengamatannya. Dan dia perasan sesuatu. Azura sudah berubah. Jauh berubah dari Azura yang sombong dan bongkak seperti dahulu. Terasa senang pula bila bersama gadis di depannya itu.
            Lobi hotel tampak begitu ramai dengan pengunjung. Malam sudah berlabuh. Pasti sahaja pelancong kembali ke hotel ingin merehatkan diri setelah seharian berjalan di sekitar bandar itu. Nick juga berasa penat. Penat juga memikirkan apa yang bermain di mindanya tentang Risya. Sudahnya keluhan berat keluar dari bibir mungil itu. Dipicitnya hujung batang hidung berharap agar segala masalah dapat dikurangkan.
            “Okey. I akan dengar cakap you. I akan jumpa dia. But, in the mean time. I want her suffer first,” kini giliran Azura pula yang tergamam sebaik Nick mengungkap kata-kata itu. Makin resah pula hatinya melihat bekas rakan sekolahnya itu.
            Perlahan-lahan, bibir Nick menguntumkan senyuman penuh makna.
            “Kalau dulu I kejar dia, jadi tak salah kalau kali ni giliran Risya pula yang kejar I. Tak gitu?” Nick tersenyum penuh makna. Azura pula sudah menggeleng hairan. Pelik melihat sikap Nick tak ubah macam remaja yang baru mengenal erti cinta.
            ‘Suka hati youlah Nick. Kalau you bahagia, I akan ikut bahagia. Mungkin bukan rezeki I untuk dapatkan you. Bertuah sungguh Risya tu.’ Detik hati Azura. Mujurlah Azura tidak memberi apa-apa harapan untuk mendapatkan Nick. Dari penglihatannya semenjak bertemu dengan Nick dahulu pun dia sudah tahu tiada langsung kemungkinan untuk mendapatkan hati lelaki itu.

***
Aku memandang jam dinding menunggu saatnya tiba. Aduh! Kenapa begitu lambat masa berjalan? Mana pulak mamat ni?
            Terdengar sahaja bunyi lonceng pintu, laju sahaja mataku memandang ke arah pintu. Wajah Ajai yang kepenatan menjadi tatapanku.
            “So, how is it? Your day? Semua okey?” Soalku berbasi-basi. Dalam hati betapa gembiranya aku apabila Ajai sudah datang ke kedai. Ini bermakna masa untuk aku lepaskan kedai ini sudah tiba. Giliran Ajai pula yang menjaga kedai. Giliran aku pula untuk berehat.
            “Boleh tahan sibuknya juga. Kes kali ini berat sangat. Rata-ratanya bukti masih belum kukuh sangat. Perlu cari bukti yang lain, iaitu saksi!” Aku mengangguk sahaja.
            “Kalau kamu rasa penat sangat. Suruh aje Kelvin atau David jaga kedai. Lagipun tak banyak sangat kerja. Cuma nak rekodkan semua pembelian yang dah dibuat kat dalam buku akaun ni. Sebab tu saya suruh kamu datang sini. Kalau dah sudah, kamu baliklah. Kesian saya tengok muka lemau kamu tu.” Ucapku sedikit perihatin melihat wajahnya yang ternyata nampak penat. Aku mengambil botol mineral dan diserahkan kepadanya. Ajai menyambut dan mmbuka penutup botol. Diteguknya dengan rakus.
            “Hari ini rasa macam panas sangat. Membahang pulak tu. Baju saya sudah basah dah ni. Balik nanti terus pi mandi oo,” Seloroh Ajai setelah sebotol air mineral itu diteguknya sampai habis. Wah! Macam tak cukup saja.
            “So, kamu mau buat apa lepas ni, Risya? Masih mengejar your dream guy? Your sayang tu?” Sambung Ajai lagi. Aku mengeluh lemah. Memikirkan kembali apa yang dikatakan oleh Ajai itu membuat aku naik lemah.
            Mana tidaknya sudah banyak kali aku ke hotel semata-mata mahu berjumpa dengan Nick. Ada juga aku bertanya dengan kaunter lobi untuk memberi maklumat tentang biliknya. Aku ingin berjumpa dengannya juga. Tetapi sudahnya aku balik dengan perasaan hampa. Pihak hotel tidak dibenarkan untuk memberitahu nombor bilik pelanggan mereka.
            Namun itu bukan bermakna aku harus berputus asa. Aku tetap juga menunggu masa ingin bertemu dengannya. Acap kali nombornya ditelefonku. Acap kali juga aku mendengar suara operator yang menjengkelkan. Aku kembali ke hotel dan menunggu di lobi kalau-kalau Nick muncul di situ. Kadang-kala aku meronda-ronda di kawasan hotel ingin mencuba nasib sekiranya ada terserempak dengannya di mana-mana. Tetapi, segala perbuatan itu tetap menghampakan hati kecilku.
            Aku menongkat dagu dan menghembuskan nafas lemah.
            “Nampak gayanya macam tulah, Ajai. Salah saya juga. Degil tak mahu dia tahu ke mana saya bersembunyi. Tengoklah apa dah jadi? Sendiri buat sendiri tanggunglah.” Jawabku lemah.
            “Eh! Saya baru teringat sesuatu. Esok saya ada dinner kat Hotel Hyatt tu. Ada bekas client jemput saya makan sempena ulang tahun syarikat dia. Saya tak ada orang mau teman. Kamu temankan saya, ya?” Pinta Ajai. Aku mengangkat kening.
            “Makan freekan?” Soalku pula. Ajai mengangguk laju. Berharap agar aku dapat menemaninya.
            “Boleh!” Laju sahaja jawabku memberi signal hijau.

***
“PAPA nak minta Nick yang pergi untuk jadi wakil kita. Abang tak dapat nak pergi jadi abang rasa Nicklah yang boleh jadi wakil. Semetelah, Nick ada kat sana. Jadi, senanglah sikit.” Pinta Emir. Nick mengeluh lemah. Ingatkan esoklah dia kena ke semenanjung semula. Alih-alih, papanya menyuruh dia melanjutkan lagi hari percutiannya di sini. Dia berfikir-fikir mahu meneruskan saja rajuknya pada Risya, biar sampai Risya mengejarnya ke semenanjung pula. Namun, ini pula yang terjadi.
            “Boleh ke tak?” Soal Emir lagi di talian.
            “Okeylah. Esok Nick turun ‘padang’ jadi wakil.”
            “Thanks. Eh? Kak Iyan kau kirim salam. Dia cakap bilalah adik iparnya nak balik ni?” Nick mendengus kecil seraya tersenyum. Terbayang-bayang wajah gadis yang pernah menjadi sahabat baiknya itu. Sekarang sudah berubah status menjadi kakak iparnya pula.
            “Waalaikummussalam. Kirim salam kat dia balik. Cakap kat dia orang tak jadi balik sebab diberikan tugasan kat sini. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tanya kat cik abang sayang dia ni.” Tercetus tawa dihujung talian. Emir berasa lega bahawa adiknya sudah beransur baik tidak seperti dahulu sering dingin sahaja. Apa sebenarnya berlaku ya?
            “Well, it seems like you doing fine, bro. So, how’s your holiday kat Sabah? Okey?”
            “Fine. Semua okey. Seronok kat sini. Malah, Nick terserempak dengan Azura. Our classmate dulu. Ingat tak?”
            “Oh? You mean Azura the popular girl yang kau gila-gilakan dulu ya?” Soal Emir ingin kepastian.
            “Ha’ah. Dialah orangnya.”
            “Wow! What a coincidence? Apa lagi bro? Cucuk jarumlah.” Usik Emir pada adik kembarnya itu. Nick hanya mampu tersenyum dan menggeleng.
            “No. Not my taste anymore.”
            “What do you mean? Bukan ke kau gilakan dia bagai nak rak dulu? Sekarang dia dah tak hot macam dulu ke?” Kini giliran Nick pula yang tergelak mendengar kata abangnya itu.
            “Sememangnya Azura tak pernah berubah dari dulu lagi. Masih tetap maintain cantik dan hot. Cuma sikapnya aje dah berubah. Dia dah cerai dengan suaminya. Sekarang dia ke sini sebab nak rawat hati. Sama macam Nick.”
            “So, macam mana dengan kau pulak? Kau okey ke tak? Masih perlu rawatan ke?” Soal Emir ingin selami perasaan adik kembarnya itu. Bukan dia tidak tahu adiknya benar-benar kecewa dengan tindakan Risya meninggalkan dirinya. Tiba-tiba, rasa bersalah mula menghimpit hati. Kalau bukan kerananya pasti adiknya itu tidak akan melarikan diri sampai ke Sabah. Entah-entah ke mana Nick pergi pun mereka tidak tahu. Mujurlah Nick terbuka hati ingin memberitahu mereka ke mana dia berada. Disebabkan itulah papanya meminta Nick untuk tinggal di sana beberapa hari lagi untuk menjadi wakil bagi pihak papa dan sekeluarga ke majlis ulang tahun syarikat milik sahabat papanya itu.
            Nick diam seketika. Mengambil masa untuk berfikir sama ada perlu ke tidak dia memaklumkan kepada Emir tentang pertemuannya dengan gadis itu.
            “Abang...I..I found her,” Ucap Nick pendek. Emir mengerutkan dahi tanda tidak memahami. “Found who?” Soalnya kembali.
            “Nick jumpa Risya. I found her abang Emir. She’s here.” Sebaris ayat itu membuatkan Emir terdiam. Sarat otaknya memikirkan perasaan yang dialami adiknya kini. Makin menjadi-jadi perasaan bersalahnya selama ini.
            “Nick...There is something that I should have told you before. Maybe this is also my fault. So, I have to let you know and you should judge it by yourself,” Nick diam tanpa bersuara. Berdebar-debar hatinya menunggu kata yang bakal diungkapkan oleh abangnya itu.
            “This is about Risya. Sebenarnya...”

Thursday, July 26, 2012

Mini Novel : Penyelamat Cinta bab 14


Bab 14

            Mulut Karmiza sudah terlopong luas melihat insan yang berada di depannya itu. Bukan apa. Perancangan suaminya itu benar-benar tak masuk dek akal. Tak pernah dibuat orang!
            “Abang ni biar betul!?” Soal Karmiza yang kelihatan seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang.
            “Betul, cup cake. Cup cake tak mimpi pun. Abang nak buat tengah malam ni jugak. Kita picnic kat taman permainan dekat depan rumah tu,” Teruja Saifullizan membawa keluar bakul bersaiz sederhana besar dari bonet keretanya. Tanpa pengetahuan Karmiza, segala persiapan untuk berpicnic sudah pun diuruskan awal-awal lagi. Inilah kejutan yang ingin dia lakukan bersama isteri tercinta. Sememangnya tidak pernah dibuat oleh orang pun. Berpiknik di tengah-tengah malam dan di tempat yang sunyi! Mujurlah Karmiza bukan dengan siapa-siapa. Dengan suami dia jugak!
            Sebelah tangan Saifullizan menarik tangan Karmiza dan sebelah lagi memegang bakul picnic. Saifullizan mengerling pada wajah Karmiza yang masih tercengang. Sebelah keningnya diangkat sedikit sambil bibirnya menguntumkan senyuman yang paling manis buat Karmiza. Terpukau Karmiza melihat senyuman menggoda itu. Begitu memberi debaran yang hebat di hatinya. Wajahnya sudah mula merona merah. Sememangnya, dia rindukan senyuman menggoda dari Saifullizan. Kalau boleh, mahu sahaja dipeluknya tubuh tegap suaminya itu. Langsung tidak mahu dilepaskan selepas itu.
            ‘Aduh! Kenapa auranya begitu kuat sehingga membuat diriku gugup sebegini? Sesungguhnya, abang dah berubah. Berubah menjadi penggoda!’ Bisik Karmiza dalam hati.
            Kalau dahulu, dialah penggoda lelaki itu. Sekarang apa sudah jadi? Dia yang menjadi malu apabila ditenung sebegitu. Tenungan yang begitu lembut sehingga menusuk dikalbu. Cewah! Kelas kau, Miza!
            Apabila terkesan akan wajah yang tersipu-sipu malu, makin galak hatinya ingin mengusik si isteri. Dengan perlahan dia mendekati Karmiza. Wajahnya ditundukkan sedikit. Lama-kelamaan wajahnya didekatkan pada wajah si isteri. Makin tak keruan Karmiza dibuatnya. Mahu sahaja Saifullizan menghemburkan tawa yang ditahan-tahan sejak dari tadi. Tetapi oleh kerana dia mahu menjaga air muka isterinya, disimpankan saja tawa itu.
            “Ab..abang nak buat apa ni? Kata nak pergi picnic kat de...depan tu? Mi...”
            “Ssshhh...” Jari Saifullizan sudah menahan bibir Karmiza dari bersuara. Wajahnya semakin mendekat.
            Hampir sahaja bibirnya mencecah alis bibir Karmiza. Mata Karmiza pula sudah tertutup rapat bagai merelakan saja kelakuan suaminya itu.
            “Karmiza nampak comel dengan baju T-shirt Hello Kitty ni. Nampak macam budak-budak aje.” Bisik Saifullizan perlahan di telinga Karmiza. Di hujung ayatnya, sudah meletus tawa yang ditahan tadi. Bukan gelak berdekah-dekah, tetapi gelak macho gitu. Mata Karmiza terbuka luas. Membulat matanya melihat wajah Saifullizan yang begitu hampir beberapa inci saja dengannya. Tahu dirinya diusik, Karmiza menghadiah cubitan perit di lengan Saifullizan.
            “Ahhh!! Sakit, cup cake. Sumpah abang tak usik lepas ni.”
            “Abang, sengaja nak buat Miza malukan? Abang jahat!”
            “Siapa yang buli abang dulu? Dah tahu kita fobia dengan katak, makin diusiknya lagi. Eeee...Geramnya, abang.” Saifullizan mencubit lembut pipi Karmiza yang sudah penuh itu. Karmiza menjerit kecil.
            “Ssshhh...Jangan kuat sangat menjerit tu. Nanti jiran sebelah menyibuk pula masa kita tengah dating kat situ. Kalau Miza bising, abang cium Miza betul-betul! Bila mamat syok sendiri tu terdengar jeritan Miza, mesti dia ternganga bila tengok abang buat adengan panas kat sini. Baru padan dengan muka dia!” Ujar Saifullizan puas. Baru kena dengan muka mamat bajet hensem tu, desis hatinya.
            Muncung saja mulut Karmiza melihat kerernah si suami yang ternyata begitu ketara perasaan cemburunya. Saifullizan yang tersengih menang tiba-tiba berubah serius.
            “Aik? Macam nak sangat aje abang buat sweet kiss kat Cup Cake ni? Kalau nak, meh kita tunjuk depan-depan mamat tu. Miza tolong jerit ek?” Tangan Saifullizan sudah menarik Karmiza supaya dekat dengannya. Karmiza sedikit meronta. Rimas pula diperlakukan sebegitu. Tetapi, di sudut hatinya, dia bahagia. Cuma, mahu bermesra sebegitu janganlah di depan orang ramai. Nak nak lagi di depan rumah. Kalau betul-betul ditengok dek jiran tetangga karang, mahu tak malu?
            “Abang, tak senonoh betullah. Jiran nampak nanti malulah,bang...” Rengek Karmiza. Wajahnya cuba dijauhkan dari menjadi mangsa Saifullizan. Bila terkesan wajah Karmiza yang sudah berubah cemberut barulah Saifullizan berhenti mengusik.
            “Okey okey. Sorry. Nak usik Miza, terlebih pulak. Sorry okey, cup cake?” Saifullizan cuba memujuk. Lantas, tangannya menarik tangan Karmiza dan dengan perlahan diciumnya tangan itu penuh lembut dan romantis. Tergamam Karmiza melihat perubahan drastik sikap suaminya itu. Sememangnya berbeza dengan sikap Saifullizan yang dulunya pemalu dan sangat pantang kalau diusik olehnya. Pasti sahaja wajah lelaki itu berubah warna. Sekarang, giliran dirinya pula diperlakukan sebegitu. Barulah dia tahu bagaimana rasanya digoda sebegitu rupa. Malu!
            “Shock?” Soal Saifullizan. Karmiza tidak bersuara hanya anggukan sahaja menjadi jawapannya. Senyuman di bibir Saifullizan terbit lagi. Ditariknya lembut hidung Karmiza.
            “Jom...Abang bawak cup cake ke sana.” Sekali lagi Karmiza tergamam melihat senyuman Saifullizan yang begitu memikat itu. Begitu tulus dan ikhlas sehingga meresap jauh ke dalam lubuk hatinya. Bagaikan terpukau Karmiza hanya mengekor sambil tangannya digenggam erat oleh Saifullizan.
            Sampai saja di taman permainan yang berdekatan dengan rumah Karmiza, Saifullizan melepaskan genggaman tangan yang bertaut erat tadi dan diletaknya bakul piknik ke lantai. Dibukanya bakul tersebut dan dikeluarkan kain untuk dijadikan alas duduk mereka. Setelah kain dihamparkan, dia mengeluarkan bekas-bekas plastik. Membulat mata Karmiza melihat makanan di dalam bekas plastik tersebut.
            “Kimbap? Kimchi? Sejak bila pula abang makan makanan Korea pulak ni? Bila masa pula layan Korea ni?” Hairan Karmiza bertanya pada Saifullizan sebaik melihat hidangan-hidangan piknik yang tersedia di depan mata. Sememangnya, Karmiza amat meminati cerita-cerita Korea sehingga makanan Korea pun dibedalnya. Setiap kali melihat rancangan realiti tv di saluran Astro, pasti sahaja dia terliur melihat makanan-makanan Korea itu. Saifullizan masih ingat lagi bagaimana gejala Korea ini mempengaruhi isterinya sehingga sanggup mencari restoran Korea yang halal di KL.
            Saifullizan hanya tersengih sambil mengambil pinggan kosong dan diletaknya kimbap untuk Karmiza. Itu hidangan Korea yang amat diminati oleh isterinya.
            “Semenjak Miza pergi meninggalkan abang. Sampai abang sanggup tengok CD-CD Miza yang Miza tinggalkan kat rumah sebab nak ubat rindu kat Miza. Dan...” Saifullizan berhenti seketika. Tangannya mengambil pula makanan tersebut dan diletaknya ke dalam pinggan kosong yang baru untuk dirinya.
            “Kalau Miza nak tahu, semua ni abang buat sendiri. Abang belajar. So, suprise!” Sambung Saifullizan lagi. Karmiza kaku terdiam tanpa sepatah kata. Dipandangnya lagi pinggan di tangan. Begitu sekali rasa rindu Saifullizan padanya. Sanggup belajar benda yang disukainya dan kejutan ini benar-benar membuat hatinya terharu akan kesungguhan lelaki itu. Tubir mata mula merembeskan air mata. Namun, cepat-cepat tangannya meletakkan pinggan dan didongaknya kepala sambil dipicitnya hidung agar air matanya tidak jatuh mengalir.
            Melihat kelakuan Karmiza itu, Saifullizan tersenyum lebar. Tabiat Karmiza tetap tidak berubah. Masih sama dari dulu walaupun sudah 4 tahun mereka tidak bersua. Asalkan mahu menangis, pasti Karmiza berbuat sedemikian. Tahulah dirinya bahawa Karmiza sekarang ingin menahan diri daripada menangis di depannya. Lalu ditariknya tangan Karmiza dari terusan memicit batang hidung gadis tersebut dan dengan pantas ditariknya tubuh Karmiza ke dalam dakapan yang erat.
            “Dah dah dah. Abang tahu Miza terharu dengan semua yang abang lakukan nikan? Tahu tak? Abang tak pernah sekalipun melupakan Miza. Setiap detik tanpa Miza, abang rasakan begitu perit sekali. Abang bagaikan hilang arah. Kehilangan Miza di sisi begitu memberi impak buat abang sehingga sanggup buat semua ni semata-mata mahu merasakan kehadiran Miza dalam hidup abang walaupun hakikatnya, abang bagaikan hidup di dalam dunia abang sendiri.” Makin laju air matanya mengalir mendengar sendiri hari-hari yang dilalui oleh suaminya tanpa dirinya di sisi. Begitu berat hatinya menanggung rasa penyesalan. Begitu berat juga dosa yang telah ditanggungnya sampai sanggup meninggalkan seorang suami.
            Esakan sentiasa menemani. Sudahnya, Saifullizan mengeratkan lagi pelukan agar Karmiza reda dari menanggung kesedihan yang pernah dialaminya selama ini. Sekarang, dia hanya mahu berada dekat dengan isterinya. Tiada siapa yang mampu menghalangnya lagi. Dia hanya mahu Karmiza sahaja. Hanya Karmiza!
            “Abang tak pernah salahkan Miza. Abang tahu, semuanya salah abang. Abang yang berdosa dengan Miza. Abang memang patut menerima hukuman ini. Mungkin inilah balasannya kerana sanggup menghancurkan hidup Miza. Abang memang layak dihukum, Miza.” Luah Saifullizan perlahan dan penuh ikhlas. Hatinya begitu perit meluahkan sedangkan yang menanggung duka itu lagi sakit menelannya. Dia benar-benar insaf! Seiring esakan isterinya, air matanya turut jatuh mengalir. Sama deras air mata Karmiza.
            Karmiza menggeleng. “Miza pun minta maaf, bang. Miza tak berdaya nak lalui semua tu. Miza hanya fikir dengan cara meninggalkan abang, kisah duka ni dapat dilupakan. Tetapi, bertahun-tahun Miza tinggalkan abang, kenangan bersama abang tak pernah Miza lupakan. Malah sentiasa segar diingatan. Miza...Miza rindukan abang...” Karmiza turut meluahkan perasaan yang terpendam selama 4 tahun itu. Lega hatinya sebaik meluahkan isi hati yang disimpan diam-diam.
            Saifullizan melepaskan pelukan dan disekanya air mata Karmiza. Bibirnya singgah pada dahi Karmiza. Begitu lama dan lembut bibirnya melekat di dahi si isteri. Kemudian, bibirnya beralih pula di kedua-dua belah pipi Karmiza yang sudah berisi sedikit. Akhir sekali, bibir lelaki itu hampir sahaja mendarat di bibir merah milik Karmiza. Namun, terhenti. Karmiza yang hampir-hampir sahaja menutup mata kembali terbuka dan merenung wajah Saifullizan. Tiba-tiba, terasa pipinya begitu hangat menahan malu. Senyuman kembali mekar di bibir Saifullizan.
            “Cup cake abang ni boleh tahan gatalnya ya? Amboi...Sabarlah sayang. Kita kat tempat awam. Kalau kat rumah nanti, kita boleh buat lebih-lebih ya?”
            “Abang!?” Jerit Karmiza kecil. Tamparan lembut singgah dibahu suaminya. Saifullizan mengekek ketawa.
            “Abang suka spoilkan mood Mizakan? Tak sukalah. Tacinglah kalau macam ni.” Karmiza sudah mula dengan rajuknya. Makanan tadi dibiarkan saja tanpa dijamah. Karmiza ingin beredar dari situ.
            Belum pun kakinya melangkah beberapa tapak, terasa pergelangan tangannya ditarik dari belakang.
            Cup!   
            Pantas sahaja bibirnya selamat mendarat pada bibir Saifullizan. Karmiza menolak tubuh Saifullizan agar menjauh. Ditutupnya bibir dengan tapak tangan.
            “Abang!” Saifullizan ketawa sekali lagi. Makin membulat mata Karmiza melihat kenakalan Saifullizan saban hari ini. Dek kerana terlalu geram, Karmiza menarik leher Saifullizan. Wajah suaminya begitu hampir dengannya. Saifullizan tergamam. Begitu berani Karmiza menentang matanya. Lama benar mata Karmiza memandang mata Saifullizan. Tiba-tiba, wajah lelaki itu pula yang merona merah. Giliran Karmiza yang meletuskan tawa.
            “Tahu malu. Ingat abang boleh kalahkan Miza yang champion dalam bab-bab menggoda ni? Hmph! Jangan harap. Miza tenung abang macam tu je muka abang dah merah padam. Ha ha ha...” Saifullizan tersengih mendengar kata-kata Karmiza. Sememangnya, dia tak mampu mengalahkan isterinya. Dia cuba untuk menjadi penggoda, namun, dia juga yang terjerat dengan permainan sendiri. Hanya melihat mata bundar Karmiza sahaja dia sudah jatuh tersungkur. Dia tidak mampu melawan panahan mata milik isterinya itu. Begitu mendalam sehingga menggetarkan jiwa lelakinya.
            Setelah berhenti tawa Karmiza tadi, Saifullizan menggamit tangan gadis itu. Ditariknya agar mengikuti jejaknya. Karmiza hairan.
            “Abang nak bawa Miza ke mana pula? Takkan nak tinggalkan makanan tu macam tu aje?” Pertanyaan Karmiza dibiar sepi.
            “Abang?” Soal Karmiza kembali. Langkah mereka terhenti di satu tempat gelap. Saifullizan masih lagi diam tanpa kata. Hanya bibirnya sahaja mengulumkan senyuman tanpa henti. Terjongket kening Karmiza melihat Saifullizan yang hanya berdiam diri itu. Mata Karmiza tak lepas dari memandang suaminya.
            “Don’t look at me, cup cake. Look infront of us. Then, you will know.
            “Huh? Nak tengok apa kat tempat gelap macam ni? Bukan ada apa...” Kata-katanya terhenti sebaik melihat apa yang berada di depan mereka. Tempat yang gelap tadi berubah terang. Karmiza terpampan melihatnya. Mulutnya juga sudah terlopong luas. Sesuatu yang tak pernah terfikir di mindanya.
            Rupa-rupanya mereka berdiri di depan sebatang pokok yang sederhana tinggi penuh dengan kertas berwarna emas yang dilipat menjadi bentuk hati yang tergantung di setiap dahan pokok tersebut. Pokok tersebut juga dihias dengan lampu-lampu kecil berwarna kuning membangkit suasana romantik.
            “Setiap kertas tu, abang tuliskan perkara-perkara yang akan kita lakukan bila Miza kembali bersama abang nanti. Kalau boleh, abang nak kita lakukan semua perkara tersebut sehingga kita tua. Insya-Allah.” Jelas Saifullizan. Tangan Saifullizan menarik salah satu daripada kertas berbentuk hati tersebut dan diberikan kepada Karmiza.
            Perlahan-lahan Karmiza membuka lipatan tersebut dan dibaca dengan penuh penghayatan. Tubir matanya kembali merembes air mata.
Sekiranya Miza kembali hidup bersama abang, akan abang buatkan kimbap tiap-tiap hari hanya untuk cup cake seorang. Abang sayang Miza. Maafkan abang. –Abang.
            Kemudian, Saifullizan menarik lagi kertas yang lain. Diserahkan lagi kepada Karmiza untuk dibaca.
Sekiranya Miza kembali hidup bersama abang, akan abang bawa Miza ke Korea sebab abang tahu Miza nak sangat ke sana. Abang sayang Miza. Maafkan abang.- Abang
            Tanpa bantuan Saifullizan, Karmiza menarik sendiri kertas yang tergantung pada dahan pokok tersebut. Dibuka dan dibacanya dengan telilit bait-bait ayat yang ditulis.
Sekiranya Miza kembali hidup bersama abang, akan abang jaga Mizan macam anak abang sendiri. Dan abang akan lakukan perkara yang sama buat anak-anak yang bakal kita ada nanti. Abang sayang Miza. Maafkan abang. –Abang
Sebaik membaca kata-kata yang tertulis pada kertas tersebut, empangan air mata Karmiza pecah jua. Tidak mampu ditahannya lagi. Apabila menyebut soal Mizan, dadanya terasa sesak. Tiba-tiba fikirannya melayang memikirkan nasib anak kecil itu.
‘Kak Akilah...’ Sebaris nama itu bermain di mindanya.
Saifullizan lemah melihat air mata yang berjuraian ke pipi Karmiza. Hatinya turut merasa hiba melihat orang yang dicintainya menangis. Tangannya pantas menyeka air mata yang hampir mahu  menitis lagi dari mata Karmiza. Diusapnya lembut pipi gadis itu. Matanya merenung jauh ke dalam mata bundar milik isterinya.
“Sekiranya Miza kembali dalam hidup abang, abang janji abang akan jaga Miza macam nyawa abang sendiri. Abang akan hargai Miza seperti mana hidup abang berharga buat abang. Abang akan sanggup menjadi peneman Miza dikala Miza susah dan senang. Abang akan sentiasa berusaha untuk menjadi suami yang membahagiakan Miza. Abang akan berusaha menjadi pembimbing Miza untuk masa depan kita kelak. Abang akan cuba untuk menggembirakan hati Miza di kala Miza bersedih. Abang akan pinjamkan bahu abang untuk Miza sekiranya Miza tengah berduka,” Teresak-esak Karmiza mendengar kata-kata ikhlas dari suaminya itu. Dari sinar matanya dia tahu Saifullizan juga menanggung derita yang sama dengannya. Menanggung rasa rindu yang tak penah padam semenjak 4 tahun yang lalu.
“Dan abang akan cintakan Miza sepenuh hati abang sebagaimana perasaan ini dikurniakan oleh Allah untuk abang buat Miza seorang. Cinta yang hadir dalam seorang pembunuh yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa sedarpun kewujudan cinta itu. Cinta yang hadir buat penyelamatnya.
Abang tahu kisah lalu sukar untuk Miza lupakan. Tetapi percayalah, sayang. Kekesalan abang sentiasa menghantui diri abang. Abang betul-betul menyesal dengan perbuatan abang. Kalau masa boleh diputarkan semula, abang sanggup menggantikan tempat Miza. Miza dah begitu lama menderita. Dan kerana itulah perasaan cinta itu bertukar benci. Perasaan dendam pula yang berganti. Abang tahu Miza tinggalkan abang sebab tak mahu semua tu terjadi bukan? Miza nak perasaan cinta itu kekal walaupun hakikatnya Miza mahu membuang jauh perasaan itu. Sudahnya, kita berdua yang menderita. Miza menderita di sana dan abang merintih bersama kekesalan yang tak henti-henti. Jadi, abang nak minta izin dari Miza. Izinkan si pembunuh ini menjadi penyelamat. Penyelamat cintanya. Abang hanya minta satu je. Selamatkanlah cinta kita, cup cake. Abang tak boleh kehilangan Miza lagi. Abang perlukan Miza. Abang cintakan Miza. Sungguh!” Luah Saifullizan jujur. Begitu lama dia memendam diri. Kini, dia mahu Miza tahu apa yang ada di dasar hatinya. Cinta yang tak penah padam buat gadis yang bernama Karmiza.
“Abang minta maaf andai segala yang berlaku di dalam hidup kita membuat Miza menderita. Maafkan abang Miza.” Saifullizan jatuh dan melutut di depan Karmiza. Perasaannya tak mampu dibendung lagi. Hatinya bagai tersiat-siat memikirkan kemungkinan yang Karmiza tidak mampu memaafkan dirinya. Dia tidak mahu kehilangan isterinya lagi. Kali ini, dia tidak akan melepaskan Karmiza pergi. Itu janjinya!
Sedu dan sedan bersilih ganti. Tangisan Karmiza tidak berhenti-henti. Saifullizan juga begitu. Menangis sambil melutut di depan Karmiza. Tangannya memegang erat jari-jemari Karmiza. Ditariknya perlahan dan diciumnya lembut. Dia tidak kisah apa yang difikirkan Karmiza. Air mata yang mengalir menjadi bukti bahawa dirinya juga menderita sama seperti Karmiza.
Perlahan-lahan, Karmiza duduk dan ikut melutut sama di depan Saifullizan. Tangannya turut membalas genggaman suaminya.
“Abang...Sesungguhnya, Miza dah lama maafkan abang. Mungkin sukar untuk Miza lupakan kisah lalu. Tapi tahukah abang, masa abang hampir-hampir ditembak oleh GD dulu, Miza bagaikan tersedar sesuatu. Miza juga tak sanggup kehilangan abang. Miza takut kehilangan abang walaupun Miza tahu yang abanglah sebenarnya pembunuh yang mahu membunuh Miza dahulu.”
“Jangan cakap macam tu, cup cake. Hati abang bagai tersiat-siat mendengarnya. Maafkan abang, sayang. Abang kejam!” Saifullizan tunduk tidak mahu bertentang mata dengan Miza. Dia malu dengan diri sendiri. Sememangnya dialah lelaki yang paling bodoh kerana punya niat untuk membunuh gadis sebaik Karmiza.
Karmiza menggeleng. Suaranya kedengaran serak kerana terlalu banyak menangis.
“Abang kena ingat ni. Mungkin benar Miza tak dapat melupakan apa yang berlaku selama ini. Tapi, Miza tak boleh lupakan satu perkara. Miza cinta dan sayangkan abang juga. Kekejaman abang tu menyebabkan kita bersua. Kekejaman abang tu membuatkan abang sedar, bukan? Kalau semua ni tak berlaku, mungkin abang masih terkapai-kapai dalam mengenal erti insaf. Mengenal erti dosa dan pahala. Perancangan Allah begitu manis sekali, bang. Setiap yang pahit pasti akan ada manisnya. Jangan kita salahkan takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Lagi bagus kalau segala yang berlaku itu dijadikan teladan dan pedoman hidup kita agar kita sentiasa beringat. Allah itu Maha mengetahui. Lagi Maha pengasih. Dan cinta abang itu telah meresap jauh ke dalam hati Miza sehinggakan sukar untuk Miza lupakan abang.”
“Terima kasih sayang. Terima kasih kerana memaafkan abang. Terima kasih sangat-sangat.” Saifullizan mengusap tangan Karmiza dan dikucupnya lama. Lantas, kakinya berdiri dan menarik Karmiza supaya ikut sama berdiri. Lalu, tubuh kecil itu ditariknya ke dalam pelukan.
Air mata yang berlinangan sudah reda dan senyuman menggantikannya. Karmiza turut membalas pelukan suaminya. Begitu erat sekali tanpa mahu melepaskannya. Namun, di sudut hatinya ada perkara yang perlu dia uruskan terlebih dahulu. Hatinya kuat ingin memberitahu Saifullizan, tetapi entah. Belum tiba masanya lagi, detik hatinya.
Saifullizan melepaskan pelukan dan sempat menghadiahkan satu ciuman di pipi Karmiza. Karmiza terkaku seketika. Dalam beberapa saat kemudian, barulah akalnya mampu berfikir semula. Dadanya sudah tidak mampu menahan debaran yang begitu kuat bertalu. Dia tunduk malu memandang wajah suaminya. Saifullizan tergelak kecil. Dicuitnya hidung Karmiza. Geram!
“Jom, kita balik ke tempat tadi. Abang laparlah,”
“Habis, benda-benda ni semua takkan biarkan aje?” Soal Karmiza apabila melihat banyak lagi kertas lipatan berbentuk hati yang masih tergantung pada pokok tersebut. Mahu saja hatinya menarik semua. Tetapi, dek kerana perutnya juga ikut sama mengeluarkan bunyi dendangan lagu, dimatikan saja niatnya itu. Esok lusa dia boleh buka dan membaca satu persatu.
“Tak apa. Nanti abang uruskan. Abang akan serahkan kat Miza untuk Miza baca. I bet that you really want to know what I wrote for you in that piece of paper. So, don’t worry cup cake. I can handle it. For now, we need to eat! Lapar ni. Jangan sampai abang ‘makan’ Miza pula.” Mata Karmiza sudah terjegil mendengar kata-kata Saifullizan. Meletus tawa suaminya. Saifullizan menggamit tangan Karmiza untuk beredar dari situ.
Selesai menghabiskan segala hidangan, mereka duduk berbual sambil menikmati pemandangan malam. Kedua-duanya mendongak memandang langit yang dipenuhi bintang-bintang yang terang bercahaya sambil ditemani bulan purnama.
Leka Karmiza melihat pemandangan seindah itu. Begitu menenangkan jiwa. Tersenyum-senyum bibirnya memandang bintang-bintang di dada langit. Saifullizan pula mencuri pandang isterinya. Lantas, ditariknya kepala Karmiza agar rebah di ribanya. Karmiza terkejut juga dengan tindakan Saifullizan tadi tetapi apabila baring di riba suami, dia berasa begitu selesa sekali. Terasa mahu bermanja dengan Saifullizan. Sudah lama benar dia tidak bermanja sebegini.
Tangan Saifullizan mengusap lembut kepala Karmiza yang ditutupi tudung. Bibirnya juga tak pernah lekang dengan senyuman. Dia akui hatinya bahagia apabila kembali bersama Karmiza. Kalaulah masa dihentikan, mahu hari-hari sebegini. Bisik hati Saifullizan.
“Abang ingat tak setiap kali tunggu abang balik malam-malam, Miza selalu duduk di taman rumah dan pandang kat dada langit. Miza selalu cakap seorang-seorang dengan Pak Bulan dan tanya, bulan bilalah suami aku nak balik? Miza rindukan abang walaupun hanya berpisah buat beberapa minit,” Tangan yang asyik mengusap kepala Karmiza tiba-tiba terhenti.
“Miza selalu je duduk kat taman luar rumah atuk, sebab tak nak tunggu kat dalam takut tertidur. Kalau Miza tertidur, esok hari pula abang dah keluar bekerja. Miza jadi sedih sangat sebab tak sempat nak tengok wajah abang.” Saifullizan teringat kembali ketika dia cuba untuk menjauhkan diri daripada Karmiza gara-gara tidak mahu rahsianya terbongkar. Malah, sewaktu itu dia cuba untuk menjauhkan diri daripada isterinya kerana takut akan perasaan yang sudah mekar di dalam hati. Perasaan yang datang tanpa dipinta dan tanpa dia sangka perasaan itu mula bercambah menjadi sayang dan cinta.
Saifullizan mengeluh lemah. Tangannya kembali mengusap kepala Karmiza. Karmiza merenung wajah Saifullizan.
“Masa tu, abang cuba nak elakkan diri daripada Miza. Abang takut kalau Miza tahu apa yang abang alami masa tu. Abang dah mula rasa takut dan bersalah atas perbuatan abang. Malah, abang perasan setiap kali Miza melayan abang dengan baik sekali, dada abang terasa nak pecah. Rasa gelisah setiap kali berada di samping Miza. Setiap kali Miza pandang abang, abang rasa lain macam. Dan tanpa abang sangka, sebenarnya perasaan cinta itu dah lama wujud. Sebab itulah abang cuba nak elak. Abang lari dari perasaan abang. Bermacam-macam perkara jahat yang abang cuba lakukan kat Miza supaya dapat hilangkan perasaan tu. Sehingga menyebabkan hati abang terluka sendiri. Akhirnya, abang akui abang tak mampu membendung perasaan itu lagi. Dan abang tak mahu apa-apa terjadi kat Miza sebab abang cintakan Miza. Sangat cintakan Miza.” Jujur Saifullizan akui.
Karmiza bangun dari riba suaminya dan duduk sambil menjatuhkan kepala pada bahu Saifullizan.
“Miza sedar yang abang cuba larikan diri daripada Miza. Tapi Miza tetap tak nak mengalah. Miza nak dapatkan hati abang tu sebab Miza tahu, abang hanya milik Miza seorang. Sebab cinta Miza dah lama untuk abang. Semenjak perkenalan dengan atuk, sedikit sebanyak kisah abang Miza tahu. Atuk sangat sayangkan cucunya.
Masalah yang dialami atuk, atuk ceritakan semuanya pada Miza. Atuk tahu abang sengsara semenjak kehilangan mama dan papa abang. Sikap abang pula berubah sama seperti parents abang. Dan itu yang membuatkan atuk takut. Takut perkara yang sama berlaku kat cucunya. Disebabkan tulah atuk nak satukan abang dengan Miza. Sebab dia tahu Miza boleh ubahkan abang. Jadi, Miza terima cadangan atuk walaupun Miza tahu, disebabkan mama dan papa abanglah keluarga Miza accident.” Kata-kata Karmiza membuat wajah Saifullizan berubah mendung. Begitu lambat dia mengetahui berita itu. Kalaulah dia tahu sejak awal lagi tentang perkara itu, pasti dia tidak berniat mengupah GD untuk membunuh gadis itu. Akan dia terima gadis itu dengan hati yang terbuka. Tetapi, semasa itu sikapnya sudah berubah liar. Jadi, mampukah dia menerima Karmiza dengan rela hati?
“Miza, abang nak minta maaf bagi pihak mama dan papa abang atas apa yang berlaku selama ini. Kerana kelalaian mereka pada hiburan duniawi, mereka tersasar sehingga menyebabkan sebuah keluarga menderita.”
“Kedua-duanya menderita, bang. Abang tak perlulah nak rasa bersalah sangat pasal semua ni sebab sudah itu takdir yang tertulis di loh mahfuz lagi. Sudah tiba masanya ajal mereka berlaku semasa kejadian. Kita tak boleh nak buat apa. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah berdoa. Berdoa agar roh mereka aman di sana. Itu tugas kita sebagai seorang anak yang masih hidup di dunia Allah ini. Tak perlu merintih memikirkan perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah. Kita perlu percaya pada Qada dan QadarNya.” Pintas Karmiza. Sedikit sebanyak apa yang dikatakan oleh Karmiza masuk ke dalam hatinya. Saifullizan berasa bangga mendapat isteri seperti Karmiza yang telah dididik baik oleh ibu bapanya. Bertuah sungguh dia mendapat Karmiza sebagai isterinya. Di dalam hati, dia mengucapkan kata syukur pada Ilahi dikurniakan isteri sebaik Karmiza.
Saifullizan mengambil tangan Karmiza dan dikucupnya lagi. Dipeluknya erat bahu Karmiza di sisi.
“Miza, abang dah tak mampu bertahan lagi dah. Abang nak Miza tahu benda ni,” Berkerut dahi Karmiza apabila mendengar suara Saifullizan yang berubah serius. Karmiza mengalihkan kepalanya dari bahu Saifullizan. Matanya membalas renungan suaminya.
Saifullizan menggenggam kedua-dua tangan Karmiza. Sekali lagi, tangan itu diciumnya sebelum bersuara. Saifullizan menarik nafas panjang.
“Abang tahu yang abang sepatutnya beri Miza masa. Tapi, abang rasa abang tak boleh tunggu lagi. Abang rasa terseksa tanpa Miza di sisi. Abang nak bahagiakan Miza dan juga Mizan. Abang nak Miza balik ke pangkuan abang. Miza, balik dengan abang ya?” Persoalan Saifullizan benar-benar menyetakkan hatinya. Jantungnya berdegup kencang sebaik sahaja Saifullizan mengutarakan keinginannya. Karmiza menggigit bibir.
Cup cake, I need you. Really need you. Hidup tanpa Miza rasa macam separuh nyawa abang hilang bersama Miza. Bila abang dah jumpa Miza kembali, abang tak nak lepaskan Miza. Abang tak tahan lagi. Abang nak Miza bersama abang juga. Abang tahu abang seperti terburu-buru tapi...Its been 4 years, Miza. 4 years! 4 tahun tanpa Miza benar-benar buat abang jadi gila. So, balik dengan abang ya, Miza? Esok kita balik semula ke Kuala Lumpur. Kita hidup macam dulu. I miss you, cup cake. Abang sangat-sangat perlukan Miza semula. Please?” Pinta Saifullizan penuh harapan. Karmiza kehilangan kata. Sememangnya kalau diikutkan hati mahu saja dia terima usulan suaminya itu. Tetapi, dia tidak mampu. Sekarang hidupnya bukan hanya untuk suaminya sahaja, kak Akilah dan juga Mizan sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.
“Mi...Miza...Miza nak...” Tergagap-gagap Karmiza bersuara. Rasa seperti terputus peti suaranya ingin memberitahu kehendak hatinya.
Belum pun sempat dia meneruskan kata, tiba-tiba telefon bimbit Karmiza berbunyi. Ketara benar wajah Saifullizan yang seakan-akan patah hati itu. Karmiza rasa bersalah. Cepat-cepat tangannya menyeluk ke dalam saku seluarnya dan mengambil telefon bimbit.
Hairan melihat nama Ackiel yang tertera di skrin telefon bimbitnya pada tengah-tengah malam sebegini. Pantas dia menyentuh skrin ingin menjawab panggilan tersebut.
            “Miza!” Suara ditalian kedengaran begitu cemas. Karmiza jadi hairan. Berkerut dahinya mendengar suara Ackiel sebegitu.
            “Ackiel, kenapa ni?” Soal Karmiza pula. Mendengar saja nama Ackiel di bibir Karmiza, Saifullizan mengetap bibir. Perasaan cemburunya kembali menjengah hati. Namun dipendamkan saja.
            “Kak Akilah...kak Akilah...” Suara Ackiel yang cemas berubah sayu. Karmiza jadi kaget mendengar nama Akilah disebut. Hatinya berasa kurang senang.
            “Kenapa dengan kak Akilah, Ackiel?” Soal Karmiza lagi.
            “Dia dimasukkan ke wad ICU. Keadaan dia dah tenat, Miza.”
            “Ya Allah! Kak Akilah!” Jatuh luruh air mata Karmiza mendengar berita yang baru disampaikan oleh Ackiel mengenai wanita tersebut. Semoga kak Akilah baik-baik sahaja, itu pintanya dalam hati. Hatinya berdoa agar Akilah selamat. 

background