Bab 6
Dia
mengetap bibir sebaik saja mendapat panggilan dari lelaki jahanam itu. Dek rasa
berang dengan perbuatan lelaki yang tidak berperikemanusiaan itu, habis
barang-barang di atas meja ditolaknya jatuh ke lantai. Dia mahu menghempas
telefon bimbit ke dinding tetapi sempat akalnya menegah. Kalau telefon
bimbitnya rosak, bagaimana dia mahu berhubung dengan GD?
Hatinya
gusar. Dia bingung. Isterinya, Karmiza sudah berada di tangan lelaki bangsat
itu. Saifullizan meraup wajahnya. Hadir mutiara jernih di hujung tubir matanya.
Dia menyeka air jernih itu dengan kasar. Dia perlu segera bertindak! Dia takut
kalau isterinya diapa-apakan oleh lelaki jahat itu.
“Aku
nak kau serahkan wang sebanyak RM 1 juta petang ni jugak! Jangan sampai pihak
polis tahu kau kat mana. Tempatnya, nanti aku akan maklumkan kat kau. Awas,
kalau sekiranya kau bagitahu pihak polis pasal aku. Pendek kata, jangan sampai
sesiapapun tahu pasal aku. Kau mesti tak nak bini kau mati kan?” Ugutan GD
masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia benar-benar kaget.
‘Macam
mana nak dapatkan RM 1 juta tanpa pengetahuan atuk? Kalau atuk tahu aku
keluarkan jumlah sebanyak itu dari akaun aku, pasti atuk akan siasat.’ Dia
kebuntuan. Kalau saja atuknya tahu, bermakna pihak polis akan ikut masuk campur
dan dia tidak mahu kalau isterinya dalam bahaya.
‘Ya Allah, apa harus
aku lakukan demi menyelamatkan isteriku? Aku takut kehilangannya. Aku tak mahu
kalau saja apa-apa terjadi padanya, Ya Allah. Aku mohon berilah perlindunganMu
pada isteriku. Aku mohon agar dia selamat dari dilukai oleh lelaki jahat itu.
Ya Allah, Kau berikanlah petunjuk kepadaku. Petunjuk untuk menyelamatkan
isteriku dari bahaya. Sesungguhnya Kaulah Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun.
Amin Ya Rabbal Alamin.’ Doanya panjang sambil meraup wajah menghilangkan
mutiara jernih yang meluncur laju ke pipi.
***
Karmiza
terdengar bunyi nyaring gelak tawa dari seseorang. Perlahan-lahan, matanya
dibuka. Dia kembali menutup mata di saat sinaran cahaya memancar pada matanya
menyebabkan dia silau.
“Hoi,
perempuan! Bangunlah! Ingat ni rumah kau ke? Hoi! Bangun!” Jerkah suara garau
itu. Karmiza masih belum mampu membukakan matanya sepenuhnya. Dia terasa pening
di saat itu. Dipaksa pula untuk bangun mengejut sememangnya membuat kepalanya
bertambah pusing.
“Ahh!”
Jerit Karmiza nyaring di kala perutnya terasa senak dek sepakan kuat dari arah
bertentangan. Karmiza mengerang kesakitan. Kelopak matanya terasa hangat hingga
mengeluarkan titisan air mata. Dia tidak mampu bergerak ketika ini sementelah
kedua-dua kaki dan tangannya diikat pada kerusi. Karmiza meraung kesakitan.
Begitu tajam menyengat sepakan yang jatuh pada perutnya.
“Tahu
pun kau bangun! Kau memang degil! Dari tadi aku tengok kau tidur, jadi baik kau
bangun sekarang. Jangan sampai aku lempang kepala kau dengan kayu ni nanti,
baru kau tahu rasanya!” Bentak lelaki yang berpakaian singlet hitam di
depannya. Karmiza mengetap bibir. Raungannya tadi sudah mula mengendur.
Dipendamkan saja rasa sakit itu, tidak mahu menunjukkan dirinya lemah di
hadapan lelaki jahat itu. Mata Karmiza tajam memandang GD.
“Apa?
Ooo...Takutnya. Marah nampak? Ha ha ha...Kau
tak sepatutnya marah kat aku. Sepatutnya kau tempiaskan rasa amarah kau tu kau
orang yang kau sayang tu! Kat laki kau!”
“Jangan
sekali-kali kau memperburukkan laki aku di depan aku! Kau siapa!? Apa kau nak,
ha!?” Jerit Karmiza kembali. GD tersengih sinis. Dia mendekati Karmiza yang
masih merenungnya tajam. Ditamparnya wajah Karmiza sehingga terluka bibir
Karmiza dibuatnya. GD tergelak sakan bila melihat wajah Karmiza yang sudah
berpaling dek tamparannya tadi. Seronok bila perempuan itu diseksanya. Lantas,
tangannya mencuit dagu Karmiza ingin bertentang mata dengan gadis itu.
“Kau
nak tahu aku siapa? Takkan kau tak kenal aku kot? Ada beberapa kali kita
terjumpa. Takkan masih tak ingat wajah hensem aku ni?” Karmiza meluat dengan
kata-kata GD. Dengan beraninya dia meludah pada wajah lelaki itu.
“Jangan
harap aku nak ingat muka jahat kau tu! Lelaki jahanam! Sial! Kurang ajar!” GD
mengelap muka yang diludah oleh Karmiza tadi. Matanya mencerlung marah.
“Oh...Berani
jugak kau ni, ye? Okey..Okey...Mari aku perkenalkan diri aku. Nama aku GD. Ketua
gerakan kumpulan Black yang dicari-cari oleh pihak polis selama ini. Kerja aku
macam kau tak tahu. Dadah, pelacuran, judi, dan lastly, kerja yang paling aku mahir sekali ialah menjadi pembunuh
upahan!” Karmiza menelan liur. Dia terasa gugup apabila mendengar kata-kata GD
tadi. Dia jadi takut. Ingatannya kembali terlayar pada kejadian yang pernah
dialaminya tidak lama dahulu. Kejadian di mana nyawanya hampir-hampir melayang.
“Ap..apa
sebenarnya yang kau nak?” Kata Karmiza gugup. GD menarik senyuman lebar.
Wajahnya kembali mendekati wajah Karmiza. Mata mereka bertentangan kini. Peluh
sudah mula merinik jatuh ke pipi Karmiza. Bibir yang terasa perit tadi hilang
sebaik mendengar pekerjaan lelaki di depannya. Mengapa ramai yang mahu
menangkap dan membunuhnya? Apa salahnya? Dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapapun,
detik hatinya.
“Aku
amat memerlukan kau di waktu ini. Kau nak tahu kenapa? Sebab...kaulah yang akan
menyelamatkan diri aku. Lagipun, disebabkan kaulah aku jadi pelarian! Pihak
polis sedang mencari aku sekarang dan semua itu gara-gara kau! Kaulah
penyebabnya, betina sial!” GD menolak kepala Karmiza kasar. Hampir saja
lehernya terseliuh dengan tolakan itu. Karmiza mengetap bibir dan masih tidak
mahu mengaku kalah. Ditentangnya kembali memandang tajam pada mata GD.
“Aku
tak bersalah! Aku tak buat apa-apa pun! Kau yang cari masalah sendiri. Sudah
tahu perkejaan kau tu kotor, masih mahu menyalahkan orang lain!”
“Kotor
atau jijik sekalipun, semuanya aman tetapi menjadi kucar-kacir sebaik aku
bertemu dengan kau!”
“Aku
tak buat apa-apa pun! Kau bengap sangat ni kenapa?”
“Hey!”
Tangan Karmiza mencekik lehernya. Sesak nafas Karmiza apabila lehernya
dicengkam kuat oleh GD. Laju air matanya mengalir menahan perit. Rasa seperti
terputus nyawa. Karmiza cuba menggerakkan kepalanya agar terlepas dari
cengkaman kuat tangan lelaki tersebut. Terdengar bunyi hilaian tawa dari suara
GD. Tidak lama selepas itu, Karmiza mampu bernafas kembali sebaik saja tangan
GD dilepaskan dari lehernya.
“Aku
tak nak bunuh kau sekarang. Sebab bukan itu tujuan aku sebenarnya. Kau sangat
berharga buat aku. Rasa-rasanya laki kau dalam perjalanan sekarang. Jadi,
dengan itu aku akan biarkan kau selamat buat masa ini.”
“Sasaran
kau ialah aku! Jadi, kau bunuh sajalah aku! Tak perlu babitkan suami aku pula!”
“Eyy...Kau
tahu tak, suami kau datang sini nak selamatkan diri kau. Dia juga akan jadi
penyelamat kau dan aku. Dengan wang di tangannya nanti, aku mampu lari keluar
dari negara ni. Tapikan...aku nak main satu game
dengan kau. Dan permainnya, mestilah kau dan suami kau. Ha ha ha...” Karmiza melihat hairan. Apa yang dimaksudkan oleh GD
itu?
“Sebelum
kau jumpa suami tersayang kau tu. Aku nak kau tahu sesuatu pasal dia. Wah!
Kenapa aku rasa teruja ni, ye? Ha ha ha...” GD tergelak lagi seperti
orang gila. Karmiza menggigil takut. Namun, dia memberanikan diri ingin
menentang lelaki itu juga. Dalam pada itu, matanya menangkap serpihan kaca yang
berada tidak jauh dari kedudukannya sekarang. Serpihan kaca itu boleh dicapai jika
dia merebahkan diri dari kerusi yang diduduknya dan mengambil kaca itu dengan
tangan yang diikat di belakang.
“
Kau nak tahu tak? Aku rasa luculah dengan kisah kau dengan suami kau tu. Nak
tahu tak kenapa? Sebab...suami kau tu dulu, pembunuh sebenarnya! Ha ha ha...Lucukan?” Mata Karmiza yang
jatuh di lantai tadi beralih memandang wajah GD. Wajahnya pucat sebaik
mendengar kata GD itu.
“Kau...kau
jangan nak tuduh suami aku, ye!? Suami aku tak bersalah!”
“Kau
dah sayang kat seorang pembunuh rupa-rupanya. Oh my GOD! Wow! Betapa indahnya
cinta korang?” Sindir GD lagi. Dia tergelak sakan sambil menekan perutnya. Dia
menyeka air mata yang terkeluar dek gelak terlalu banyak. Kelopak mata Karmiza
mula terasa hangat. Empangan air matanya menunggu masa saja mahu pecah. Dia
menggeleng.
“Tak!
Suami aku bukan pembunuh! Kau menipu!”
“Kau
nak tahu satu fakta lagi, Karmiza? Suami yang kau sayangkan sangat tu, ialah
lelaki yang mengupah aku untuk bunuh kau. Tapi, aku tak nak kotorkan tangan aku
dengan membunuh perempuan sesuci kau ni. Dan baru sekarang aku tahu, kau bukan saja suci tapi bodoh!”
Karmiza tersentak. Jantungnya terasa mahu gugur di saat mendengar kebenaran
yang keluar dari mulut lelaki jahat itu. Empangan tadi sudah pun pecah
mengeluarkan cecair jernih. Air mata yang sudah membanjiri pipinya dibiarkan
mengalir tanpa henti. Dia kelu.
“Kau
percaya tak, Karmiza? Betulkan nama kau, Karmiza? Tak percaya hah? Okey..okey,
lu mahu bukti lagi? Kejap ye...”
Karmiza terdiam seribu bahasa. Dadanya bagai ditusuk pedang tajam. Sakit yang
dirasakan sukar untu diungkapkan dengan kata-kata. Otaknya menjadi kosong
diwaktu itu. GD menghilang entah ke mana. Kemudian, lelaki itu muncul dengan
barang di tangannya.
“Ni..Cuba
tengok ni..Kau mesti tahukan gambar ni? Gambar ni diberi oleh suami kau sendiri.”
Mata Karmiza makin terbeliak di saat gambar itu ditayang di depan matanya.
Seluruh tubuhnya menggeletar di saat itu. Perasaannya bercampur baur. Gambar
itu merupakan satu-satunya gambar yang diberinya kepada Haji Mukhri ketika
lelaki tua itu meminta sekeping gambar untuk disimpan.
Dia
mahu meraung tetapi tiada suara pun yang keluar dari bibir mungil itu. Bibirnya
terketar-ketar saat menahan hati yang lara. Hancur perasaannya bila segala kebenaran
sudah terbongkar. Hatinya membungkam. Titisan demi titisan air jernih jatuh ke
pipinya. Nyilu dan perit kian terasa. Malah, rasa sakit itu lebih pedih
berbanding rasa sakit disepak oleh GD tadi. Bagai tercabut nyawanya bila
mengetahui siapa dalang sebenarnya. GD mentertawakan Karmiza sehingga dia
terduduk menunduk. Begitu kelakar sekali melihat wajah sayu gadis itu. Bodoh!
Desis hati kotornya.
Karmiza
menonong tanpa perasaan. Rohnya bagai melayang meninggalkan jasad sahaja di
situ.
“Hoi!
Dah tak keruan dah? Dah jadi sasau ke bila tahu semua ni sebab suami kau? Kau
memang perempuan yang paling bodoh yang pernah aku kenal. Lucunya...Mangsa
berkahwin dengan pembunuhnya sendiri. Kau memang sah perempuan bengap!”
Ditolaknya kepala Karmiza ke belakang. Karmiza bagai tiada hati mahu membalas
kata-kata GD. Dia seperti kehilangan arah.
“GD!
Kau buat apa dekat bini aku hah? Setan kau! Lepaskan bini aku!” Jerit suara
garau yang baru saja muncul di situ. Karmiza dari tadi membisu. Tiada hati mahu
berpaling pada pemilik suara tadi.
Laju
matanya memandang wajah polos isterinya di kala itu. Nafasnya tercungap-cungap kerana
berlari mendaki tangga tadi. Dia tidak mahu isterinya di apa-apakan oleh GD.
Dengan sekuat tenaga dia akhirnya sampai juga ke tingkat yang paling atas
sekali di bangunan usang yang belum siap dan masih tergendala itu. Hatinya
semakin bertambah risau apabila memandang wajah Karmiza yang seperti mayat
hidup itu. Dahinya berkerut seribu.
“Apa
kau dah buat kat bini aku, hah? Lepaskan dia! Kau nak duitkan? Ni, duitnya!”
Saifullizan menikam sebuah beg hitam yang berisi wang kertas ke lantai. Dia
berlari mendekati Karmiza. Pantas, tubuh itu dipeluknya erat. Diusapnya bibir
Karmiza yang berdarah itu. Hatinya sakit bila melihat keadaan Karmiza sewaktu
ini.
Kedengaran
bunyi tawa tanpa henti seperti terkena rasukan dari mulut GD. Dia mengeluarkan
wang kertas dari beg hitam tersebut dan diciumnya penuh ghairah. Dalam pada
itu, Saifullizan berusaha membuka ikatan pada tangan dan kaki isterinya.
“Sayang,
kita kena segera beredar dari sini. Lelaki tu dah gila!” Saifullizan
cepat-cepat membukakan ikatan di kaki Karmiza pula. Bila ikatan tali itu sudah
terlerai, dia menarik tangan Karmiza ingin melarikan diri. Karmiza pula masih kaku
tidak bersuara. Dia hanya mengikut sahaja apa yang dibuat oleh suaminya.
Apabila suaminya suruh bangkit dari kerusi, dia bangkit. Bila Saifullizan
menarik tangannya, dia hanya mengikuti gerak langkah suaminya.
“Kau
ingat kau terlepas dengan senangnya, Saifullizan? Jangan pernah bermimpilah!
Walaupun kau dah beri RM 1juta kat aku, itu masih belum memadai.” Sungguh sukar
baginya ingin mendapatkan wang sebanyak itu. Dia terpaksa mengeluarkan sedikit
demi sedikit dari beberapa akaunnya dan dikumpulnya sehingga mencapai jumlah sebanyak
itu. Dia tidak mahu atuknya mengesan perbuatannya itu. Sekiranya perkara ini
diketahui oleh atuknya, akan dimaklumkan pada Haji Mukhri kisah sebenar.
Tetapi, sebelum itu nyawa isterinya lebih penting sekarang.
“Tak
cukup lagi ke apa yang dah aku berikan tu? Dengan wang sebanyak tu, kau dah
boleh lari dari negara ni. Aku akan diamkan diri sekiranya kau tak ganggu hidup
aku lagi. Kenapa kau tamak sangat, GD?”
“Kau
saksi segalanya. Kau akan menghalang plan aku sekiranya kau membantu dalam
urusan penyiasatan polis nanti. Jadi, apa gunanya kau masih bernyawa di sini?”
Dalih GD. Dia mengeluarkan sepucuk pistol dari poket seluarnya dan diacukan
pada mereka berdua. Mujurlah tiada siapapun di bangunan usang itu.
Mata
Saifullizan membuntang. Dia berdiri di depan Karmiza, tidak mahu kalau
isterinya ditembak oleh GD. Dia sanggup kehilangan nyawa dan tidak mahu Karmiza
hampir terbunuh lagi. Dia insaf! Dia tidak mahu isterinya berduka lagi.
Cukuplah kalau dia yang menanggung segala akibatnya. Dia tidak mahu menyusahkan
hidup Karmiza lagi.
Langkah
GD mula mendekat. Pistol tidak lepas dari tangannya. GD tersengih sinis.
“Aku
nak main satu permainan dengan kau. Nak tahu tak peraturannya?” GD
berdekah-dekah ketawa lagi. “Peraturannya, bukan aku yang akan bunuh kau. Tapi
bini kau yang akan bunuh kau!” GD cuba mendekati Karmiza yang berada di
belakang tubuh Saifullizan. Semenjak dari tadi, tiada satu pun suara yang
terkeluar dari mulut gadis itu. Ternyata taktiknya memberitahu perkara sebenar
tadi benar-benar menjadi.
“Jangan
sekali-kali kau bergerak! Kalau tak aku tarik picu ni. Biar kau mampus!”
Sebelah tangan GD diangkat ingin menarik tubuh Karmiza.
“Kalau
macam tu, aku lebih rela mampus daripada membiarkan kau menyentuh bini aku!”
Pintas Saifullizan dan tangannya menepis laju pistol di tangan GD. Pistol tadi
tercampak jauh dan Saifullizan menumbuk perut GD. GD tertunduk menahan rasa senak
di perutnya. Saifullizan menumbuk wajah GD sehingga tersembur darah dari bibir
lelaki itu. GD jatuh terjelompok ke lantai.
Tidak mahu mengalah, GD
mengambil sebatang kayu tidak jauh darinya. Pantas, dipukulnya kepala Saifullizan
sehingga menyebabkan lelaki itu jatuh tersungkur. Saifullizan memegang
kepalanya yang sudah berpusing. Bila dialihnya tangan dari kepala, ada darah
pekat yang mengotori tangannya. Saifullizan menjerit marah dan menolak tubuh sasa
GD dengan tandukkan kepalanya pada perut lelaki itu. GD jatuh ke belakang. Hampir
sahaja kepalanya terhantuk pada besi buruk yang berada di lantai.
***
Haji
Mukhri menghentak meja dengan kasar.
“Kenapa
kau tak beritahu aku awal-awal? Cucu aku dalam bahaya sekarang. Baru sekarang
kau maklumkan kepada aku!?” Tempelak Haji Mukhri pada 2 orang penyiasat yang
diupahnya.
“GD
terlepas dan sekarang, cucu aku tengah menghadap lelaki berhati busuk itu.
Malah, Karmiza juga berada di tangannya. Kenapa kau tak maklumkan pada aku
tadi? Ya Allah...Pasti mereka dalam bahaya sekarang. Cepat, panggilkan pihak
polis! Kita kena segera selamatkan mereka. Kalau terjadi apa-apa pada mereka,
aku takkan maafkan diri aku. Begitu juga korang berdua!” Dengan pantas, 2 orang
penyiasat itu keluar dari rumah banglo Haji Mukhri dan menghubungi pihak polis.
Mereka tahu di mana keberadaan Saifullizan sekarang. Jadi, tidak sukar bagi
pihak polis untuk mencapai mereka.
“Ya
Allah, Haji...Apa dah jadi dengan mereka berdua?” Tegur Mak Timah yang mencuri
dengar dari dalam dapur tadi. Wajahnya mula mendung di saat mendengar berita
tentang Karmiza dan Saifullizan tadi. Haji Mukhri terkejut dengan teguran itu.
Dia mengurut dadanya dan mengangguk lemah.
“Mereka
telah ditangkap oleh GD, kak. Penjahat itu mengugut Saifullizan dengan meminta
wang sebanyak RM 1 juta supaya dia dapat melarikan diri ke negara lain.”
“Tapi,
macam mana boleh Karmiza terlibat sekali? Karmiza tak bersalah! Kenapa begitu
malang sekali nasib anak yatim piatu itu, Haji?” Haji Mukhri mengetap bibirnya.
Wajahnya mula keruh. Dia tahu tidak selamanya dia boleh menyimpan rahsia
cucunya lagi.
“Sebenarnya,
kak...Saifullizan pernah berniat untuk membunuh Karmiza suatu ketika dahulu,”
Mak Timah melompong sebaik mendengar kebenaran tersebut. Dia beristighfar di
dalam hati.
“
Ya Allah, Haji...Kenapa Saifullizan nak bunuh Karmiza pula?”
“Semua
salah saya, kak. Saya menyebabkan dia jadi sebegini. Saya yang bersalah kerana
tidak mendidik anak cucu dengan baik. Saya hilaf, kak. Terlalu mengejar harta
dunia sehingga terlupa anak cucu sendiri. Saifullizan berniat nak membunuh
Karmiza dulu sebab dia tak mahu saya kahwinkan dia dengan Karmiza. Tetapi, niat
saya ikhlas ingin menyatukan mereka, kak. Saya mahu Saifullizan berubah bila
Karmiza menjadi isterinya. Saya tahu...Karmiza pasti dapat membantu mengubah
sikap cucu saya tu. Dan sekarang, akak sendiri dapat lihat perubahan sikap
Saifullizan kan?” Mak Timah mengangguk laju. Disekanya air mata dari pipi. Dan
menekup mulutnya menahan perasaan hiba.
“Saya
juga bersalah dalam hal ni. Saya merahsiakan perkara ni daripada Karmiza, kak.”
“Ya
Allah, Haji...Kenapa Haji buat macam tu? Pasti remuk hati gadis itu bila tahu
semua ni, Haji. Ya Allah, selamatkanlah mereka berdua. Janganlah terjadi
apa-apa yang buruk pada mereka.” Mak Timah meraup wajahnya yang lecun dengan
air mata. Haji Mukhri menunduk menahan rasa sayu. Akhirnya, dia juga tewas
dengan perasaan sendiri. Hati lelakinya juga sedih. Dia tidak mampu bertahan
lagi. Dia menangis di kerusi dan menutup wajahnya.
“Saya
malu, kak. Saya malu dengan perbuatan saya sendiri. Saya takut dengan
pembalasan Allah nanti dan saya takut kalau kedua-dua cucu saya diapa-apakan.
Saya tak mahu, kak...”
“Haji,
baiklah kalau Haji pergi mengejar lelaki berdua tu tadi. Haji perlu ke sana dan
mendapatkan khabar berita mereka berdua,” Saran Mak Timah. Haji Mukhri
mengangkat punggungnya dan mengangguk laju.
“Ya! Saya akan ke sana,
kak. Akak jaga diri akak di rumah ni. Kuncikan semua pintu. Kalau boleh,
panggilkan jiran sebelah kalau ada apa-apa yang berlaku di sini. Demi
keselamatan, kak.” Pesan Haji Mukhri pula. Mak Timah mengangguk laju dan
mengikut segala arahan Haji Mukhri sebaik saja lelaki tua itu meninggalkan
perkarangan rumah banglo tersebut.
***
Masing-masing
lemah dan penat berantam sesama sendiri. Karmiza pula terduduk di lantai tanpa
kira apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia jadi perempuan sasau setelah
mendengar berita yang benar-benar mengejutkan dirinya.
GD
berusaha bangkit dari terbaring lemah di lantai. Tenaga Saifullizan tiada tolak
bandingnya dengan tenaga lelakinya. Mereka sama-sama hebat dan bukan
calang-calang lawannya itu. Matanya menangkap objek yang tersembunyi di bawah
besi-besi buruk tidak jauh dari tempat dia berdiri. Hatinya bersorak riang.
Tanpa melengahkan masa, dia berlari anak dan mengambil sepucuk pistol dari
celah besi buruk tadi. Dia mengacu pistol ke tubuh Saifullizan yang sudah
terbaring lemah di depannya.
GD
tersenyum sehingga menayangkan gigi yang dikotori darah merah. Saifullizan
memegang kepalanya yang terasa begitu pening sekali. Sudah berkali-kali
kepalanya menjadi mangsa lelaki jahanam itu. GD ketawa kemenangan. Akhirnya,
lawannya sudah tidak mampu untuk berdiri lagi.
“Ha
ha ha...Kau kalah, Saifullizan! Kau kalah akhirnya! Sekarang, tiba masanya kau
mati di tangan aku! Mati aku cakap, mati!” Jerit GD nyaring.
“Karmiza
abang bersalah sayang. Kalaulah, abang mampu kembali ke masa lalu, abang
sanggup terima akibatnya. Abang sanggup. Janganlah, Karmiza begini. Abang rela
berganti tempat sewaktu Karmiza hampir-hampir dibunuh dulu. Maafkan abang.”
Sayup-sayup suara itu datang menjengah mindanya.
“Abang
mahu berada di sisi, Miza. Abang tak mahu Miza tinggalkan abang, boleh?”
“Boleh
janji pada abang, jangan pernah tinggalkan abang?” Semakin kuat suara itu
bermain di mindanya yang separuh sedar itu. Ayat yang sama kembali berulang-ulang
di cuping telinga. Karmiza bagai tersedar dari tidur yang panjang. Otaknya
sudah mampu berfikir dengan logik di saat itu. Pantas, wajahnya dipanggung
memandang sekeliling.
“Kau
akan mati di tangan aku, Saifullizan!” Jari telunjuk GD berada di picu. Mata
Karmiza membuntang. Dia berlari anak menghampiri Saifullizan sebelum lelaki itu
menarik picu pistol.
Bang!
Darah
memancut keluar dari tubuh di depan mata. Di kala itu, masa bagai terhenti buat
seketika. Tubuh itu jatuh namun sempat disambut oleh seseorang. Matanya tak
lepas dari memandang tubuh yang sudah terbaring lemah di dalam dakapannya.
Mulutnya sedikit ternganga melihat kejadian pantas tadi. Dia terkejut dengan kemunculan
sesusuk tubuh yang berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi sasaran GD
tadi. Hatinya bergetar hebat di saat melihat wajah yang mula pucat itu. Nafas
gerangan tersebut sudah mula tercungap-cungap.
“Ka...Karmiza...Mi..Miza...”Gugup
suaranya menyebut nama itu.
GD
masih belum berpuas hati dan ingin menarik picu sekali lagi. Belum sempat pun
picu pistol ditarik. Tembakan dari arah belakang dilepaskan. Tubuh GD jatuh
terjelompok ke lantai.
Saifullizan tidak mengendah pun
semua itu. Dia masih kaku mendakap tubuh isterinya. Darah merah sudah banyak
mengalir keluar dari tubuh Karmiza. Dia menarik tubuh Karmiza dan didakapnya
erat. Bunyi tangisan kedengaran dari bibirnya. Saifullizan menangis sambil
memeluk tubuh Karmiza yang seperti nyawa-nyawa ikan itu.
Pihak polis menghampiri mereka dan
tubuh GD diperiksa.Ternyata GD sudah terbunuh dengan sekali tembakan sahaja
dari seorang polis yang cepat bertindak tadi. Haji Mukhri muncul tidak lama
kemudian. Matanya mencari-cari kedua-dua cucunya.
“Miza...Kenapa? Kenapa Miza sanggup
menghalang tembakan GD tadi? Kenapa!?” Jerit Saifullizan sambil tangannya tak
lepas dari memeluk Karmiza. Wajah Saifullizan sudah basah dengan air mata.
Bercampur warna jernih air matanya dengan darah yang mengalir di dahinya. Tetap
juga dia tidak hirau tentang itu semua.
“Ya Allah, cucuku!” Haji Mukhri
datang menerpa mereka. Esakan Saifullizan tiada tanda-tanda mahu berhenti.
Tiba-tiba dia terdiam. Esakan tadi berhenti. Saifullizan merenggangkan pelukan
dan menatap wajah Karmiza. Saifullizan kaget. Dia melekapkan telinganya ke dada
Karmiza. Tiada bunyi denyutan! Saifullizan jadi takut. Lalu, digegarkan tubuh Karmiza
yang sudah kaku di dalam pelukannya.
“Epul! Jangan buat macam tu! Kita
segera ke hospital sekarang! Sekarang juga!” Arah Haji Mukhri. Tubuh
Saifullizan menggeletar ketakutan. Dia meraup wajahnya dan memandang kosong
pada tubuh kaku Karmiza yang sudah pun diangkat oleh para medik. Rasa takut
yang bertandang di hati menyebabkan dia terduduk ke lantai.
‘Miza sanggup menggadaikan nyawanya
demi menyelamatkan diriku. Karmiza penyelamatku. Apa sudah aku lakukan selama
ini?’Detik hatinya.
‘Karmiza
menjadi mangsa keadaan. Malah, hati Miza begitu tulus mencintai pembunuh
sebenarnya. Tetapi, tengoklah kini...Dia menjadi penyelamat kau, Saifullizan!
Dia penyelamat bagi seorang yang hampir menjadi pembunuh dirinya! Dia isteri
kau, telah menyelamatkan nyawa kau, Saifullizan! ’ Hatinya mengaku kesalahannya
dan dia malu dengan dirinya sendiri.
Kepala
yang dipukul oleh GD tadi mula terasa berdenyut.
“Epul,
tunggu apa lagi? Mari kita ke hospital!” Gesa Haji Mukhri. Saifullizan bagai
hilang arah. Dia mahu melangkah tetapi dunianya nampak berpusing sekarang dan
akhirnya tubuhnya tidak mampu bertahan lagi. Dia berasa begitu lemah sekarang.
Saifullizan jatuh pengsan.
Sob3 sedihnyer kt Kamiza n Saifullizam especially Kamiza huhu..pe2 pun best!!thumb up 2 u sis
ReplyDeleteHehe...Thank u...tggu n3 strysnyer ok? :D
DeleteBest!!! tp cian kt Kamiza
ReplyDeleteHehehe...Thanks adik...Sggup tggu n3 akak ni...sob3..akak pn sdih...tp apa2pn tggu n3 bru nnti ye..? :D
DeleteAla.. jangan lah buat karmiza matu.... x nak sedih sangat -yana-
ReplyDeleteHuhu...sobs sobs sobs...tggu n3 strusnya k? thanx.. :D
Deleteharap Karmiza dapat diselamatkan... (t,t)
ReplyDeleteHuhu..hrap2 mcm tu la..hehe.. ;)
Deleteala.. jgn bg karmiza mati.. huhu
ReplyDeleteHehehe...jgn sdih2 tau...huhu..wlpn kte pn tgh sdih skg...hua3~~ Thanx.. :)
Deleteuwaaah! apa nasib lah psgan suami isteri ni . adakah Epul akan hilang ingtan dan Karmiza pulk koma ? atau....m.a.t.i ? ooh! jgnlah mintak2 lah dua2 slamat dan hidup happy semula.
ReplyDeletehehehe...apa2pn bg sy smua nk pngakhirn yg gmbra bkan? hehehe... <3
Deletehuhu .. sedih plk n3 kali ni .. sob sob .. harap2 drg selamat and happy ending .. hehe .. btw , bab kali ni best sgt !!
ReplyDelete~Niena Zana~
sdih? awk ngis ke? alololo...siannya...best ke? trma ksh mnyak2... hehehe.. :D
Deleteala...
ReplyDeletecian miza...
GD tu melambpau sgt lah....
Kn? sian Miza...huhu...sdih2... <3
Deleteadehh.. hope sngat miza selamat..
ReplyDeleteGD ni mmg kejam kot..aishhh...
agak2 dia leh time x suami dia balik...
tp msti boleh kot.. miza kan owg nyer positif..
okay.. bersabar untuk next entry ya.. =)
chayok fyqa... =p
Huhuhu...Ksian Miza kn? GD mmg kjam..Pntingkn dri sndiri..huhu...Cbe fkr...adkah Miza akn trma suami die? hehe..Anyway..thanx tau my laling.. <3
Deletebest..xsbr nk tunggu episod seterusnya...bler bce PC mst berdebar2 ...seyes best...
ReplyDeleteThanx yan...Eheee...waa..sampi brdbar2 dbwat nyerr...hehe...apa2pn..kne tggu n3 strusnya yee? hehe...
DeleteAloo... sedey nye baca entry nie.. huhuhu.. x nak la miza tu mati plak.. bg la chan kt die ngan saiful tu loving2 lu..
ReplyDeleteApa2pown, i like ur entry dis tme.. penuh ngan elemen thrilling n menyayat hati.. hehe.. aja aja fighting, cik writer!
~Miss Peace~
Uwaaa....Jgn ngis tau...sbb sy x pndai wat org sdih...apa2pn..sy trharu dn rsa brtrima ksh sgt kt awk sbb bca cter ni..Komen awk pn sllunye pnjang2 Miss Peace..hehe..thanx byk2..Klu awk rndu cter ni..sy akn post pnwar rndu cter ni...Hehe..apa2 pn..ssh gakla nk wat n3 kli ni..Sbb nk cba mnyentuh hti org tu ssah..Nk wat org sdih dn brdebar2 tu pn ssah...pndek kta sy mmg cba mnghyati wtak Karmiza kt sni..Huhu..nk olah ayat die mmg pyah sngt..srius pning..hehe...Thanx skli lgi tau...Aja2 fighting gak!! hehe.. :D <3
Delete