Bab 10
Karmiza duduk di kerusi kayu yang
terletak di veranda rumah sewanya. Malam itu tiada pula bintang-bintang yang menemani seperti
sedia kala. Tiada bulan buat pendengar luahan hati seperti malam-malam
sebelumnya. Cuma awan mendung melindungi cahaya bulan yang menjengah pandangan
malam. Dia menarik nafas panjang. Menyedut udara segar dari bayu malam tidak
mampu menghilangkan rasa resah yang dialaminya sekarang. Kepalanya sarat dengan
bermacam-macam masalah yang timbul. Lebih-lebih lagi hari yang bersejarah ini.
Selamat 4 tahun menyepi, baru kini dia bertemu suaminya kembali.
“Kalau
macam tu, buktikan yang awak ni bukan perempuan curang. Dengan cara, kembali
tinggal bersama saya ,dan kita duduk sebumbung seperti 4 tahun yang lalu. Kalau
awak setuju, saya takkan tuduh awak yang bukan-bukan lagi. So, deal or not
deal?” Masih terngiang-ngiang kata-kata Saifullizan di ceruk mindanya.
Kepalanya menjadi runsing bila memikirkan perkara itu.
Karmiza
sekali lagi mendongak ke dada langit. Suram sahaja suasana tika itu.
‘Ya
Allah, apa yang harus aku lakukan?’
Mahu
kembali ke pangkuan suaminya, serasa dirinya belum bersedia lagi. Tambahan pula
duduk sebumbung dengan si pembunuh cinta itu, lagilah dia bingung. Hanya kerana
mahu membuktikan bahawa dia tidak pernah berlaku curang pada si suami, patutkah
dia akur pada cadangan itu? Sesudahnya, dia termenung sehingga kenangan lama
mula menjengah minda.
Dia
ingat lagi sewaktu kakak Ackiel, Akilah menceritakan dugaan yang melanda di
dalam keluarga mereka. Suami yang tercinta mengalami penyakit buah pinggang,
manakala dirinya pula seorang wanita tidak sesempurna wanita lain. Sudah lama
Akilah menghidap penyakit kanser payu dara. Dia begitu kagum dengan kecekalan
wanita tersebut dalam menepuhi dugaan hidupnya.
Akilah
diberi saranan untuk membuang payu dara demi menyelamatkan dirinya. Oleh kerana
itu, Akilah kehilangan salah satu perhiasan milik seorang wanita. Namun,
kekurangan itu tetap tidak mengubah perasaan sayang seorang suami pada si
isteri. Dalam beberapa tahun kemudian, Akilah disahkan mengandung. Tetapi,
segala hari bahagianya punah di kala mengetahui suaminya menghidap penyakit
buah pinggang. Tidak lama selepas itu, suami tercinta meninggal dunia dan
meninggalkan seorang wanita yang berbadan dua di negara asing. Simpati dengan
cerita itu, Karmiza sanggup berkongsi cerita kisah dukanya pula pada Akilah.
Hari-hari
yang mereka kongsi bersama merupakan sesuatu yang tidak boleh dilupakan.
Karmiza belajar untuk berdikari dan memikul segala tanggungjawab sebagai
seorang isteri tanpa suami di sisi di negara Eropah.
Walaupun
tidak sabar menunggu si kecil lahir ke dunia, Akilah masih tetap risau akan
satu perkara.
“Kalau
anak akak lahir ke dunia, pasti saja dia tak mampu merasa susu dari ibunya.
Akak kehilangan sesuatu yang berharga dan sekarang, anak akak kekurangan
sesuatu. Akak betul-betul rasa kesian pada si kecil,” luah Akilah pada Karmiza.
Air mata merembes keluar tanpa henti. Hatinya sayu bila mengingatkan dirinya
yang serba kurang. Kasihan pada bayi yang baru lahir itu, tidak berpeluang
merasa susu dari ibunya sendiri.
“Kalau
begitu, apa kata kita cari ibu susuan untuk baby ni?” Cadang Karmiza.
“Ibu
susuan?” Karmiza mengangguk laju.
“Saya
sayang pada si kecil yang belum lahir ni, kak. Kalau akak tak keberatan, saya
sanggup menjadi ibu susuannya,” Tersentak Akilah bila mendengar cadangan
Karmiza. Hatinya dipagut rasa ragu-ragu.
“Miza
tahu ke akibatnya menjadi ibu susuan? Miza, tak kisah? Miza pun belum ada anak
lagi. Macam mana nak jadi ibu susuan?”
“Kak,
hati saya rasa sunyi sangat. Tanpa kehadiran baby ni, saya tak tahulah macam
mana hidup saya sekarang. Dengan adanya si kecil ni, hari-hari saya taklah
begitu sepi. Lagipun, saya teringin nak anak tapi, yalah akak pun tahu kisah
saya. Mungkin belum ada rezeki lagi. Saya rela kalau jadi ibu susuan untuk bayi
akak. Zaman sekarang, ibu yang belum mengandung pun boleh dapatkan susu. Akak
jangan risau. Miza, rela.” Ujar Karmiza tenang. Di dalam hati dia berharap agar
Akilah bersetuju dengan cadangannya itu.
Kembali
ke alam nyata, mata Karmiza sudah mula merembeskan air mata. Dia mendongakkan
kepala ke atas dan batang hidungnya dipicit ingin menghilangkan perasaan sedih
di hati.
Ya!
Mizan memang anaknya. Anak yang disusunya selama 2 tahun dan dia merupakan mahram
bagi anak kecil itu. Mizan merupakan satu anugerah yang sangat berharga
buatnya. Merasa menjadi ibu susuan sesuatu yang sukar untuk digambarkan. Dan
disebabkan itulah Akilah membenarkan Karmiza untuk menjaga Mizan seperti anak
sendiri kerana gadis itu juga punya hak ke atas anak kecil itu.
Karmiza
berpaling ke belakang. Wajah si kecil yang tengah tidur ditatapnya lama. Lalu,
kakinya perlahan-lahan mendekati tepi katil. Seraya melabuhkan punggung di atas
katil, rambut si kecil diusapnya perlahan. Dihadiahkan ciuman lembut di dahi si
kecil. Nampak wajah Mizan yang sedikit kegelisahan. Karmiza tersenyum.
‘Mama
takkan pernah tinggalkan Mizan. Mizan memang anak mama! Mizan akan tetap jadi
anak mama sampai bila-bila. Mama sayangkan Mizan macam anak mama sendiri,’
Detik hatinya dalam.
Sedetik kemudian,
hatinya bertekad. Dia bertekad untuk tidak mengikut kata suaminya itu. Biarlah
Saifullizan nak buat apa pun, dia tetap takkan kembali tinggal sebumbung dengan
suaminya itu.
***
Saifullizan
kelihatan mundar-mandir di ruang tamu bilik president
suite itu. Berkerut dahinya dek ralit memikirkan berita yang baru sahaja
dia terima tadi. Sebentar kemudian, kakinya berhenti dan matanya memandang
tepat pada permandangan di luar tingkap. Malam yang bertemankan cahaya lampu
tidak mampu mententeramkan hatinya. Sekali-sekala, rambut yang basah dikuak ke
belakang. Sejenak kemudian, dia duduk di sofa pula.
Entah
buat berapa kali sudah bibir itu mengeluh.
“Selepas
disiasat, didapati anak itu bukan anak isteri, tuan. Ini buktinya,” ujar salah
seorang perisik upahannya sambil menyerahkan satu sampul pada Saifullizan.
“Okey!
Awak boleh balik sekarang. Saya nak awak tetap pantau Karmiza ke mana saja dia
pergi. Faham?” Arah Saifullizan pula. Perisik upahan itu mengangguk laju dan
beredar keluar dari bilik tersebut.
Mata
Saifullizan tak lepas dari memandang sampul di atas meja. Teragak-agak
tangannya mahu menarik sampul tersebut. Namun, digagahnya jua untuk mengetahui
isi sampul itu. Saifullizan meneliti segala maklumat yang tertera di atas kerta
A4 itu. Akhirnya, Saifullizan menarik nafas lega. Segala kumingkinan buruk
sudah ditepisnya jauh-jauh. Dia bersyukur kerana Karmiza jujur padanya. Jadi,
benarlah Karmiza seorang pencinta setia. Cinta? Adakah Karmiza masih
mencintainya walaupun setelah mengetahui kisah silamnya itu? Saifullizan jadi
bingung semula.
Dalam
pada itu, mindanya asyik memikirkan kata-kata Karmiza ketika dia berada di
rumah gadis itu.
“Memang
itu anak saya! Tapi, awak tak berhak untuk menuduh saya sesuka hati! Saya
berhak untuk bersuara. Jangan terus terjun pada kesimpulan.” Kata-kata itu yang
sering terngiang-ngiang di telinganya. Saifullizan memicit dahi ingin
menghilangkan rasa pening yang sudah menyerang kepalanya.
‘Kenapa?
Kenapa Miza masih mahu menegakkan benang yang sudah basah? Mizan bukan anaknya,
kenapa perlu mengaku itu anaknya? Memang bersungguh-sungguh gadis itu mengaku
bahawa Mizan ialah anak dia. Tapi, apa sebabnya? Adakah dia sengaja mahu
mendugaku? Adakah dia berusaha untuk membuat aku terpedaya dengan kata-katanya
dan dengan itu dia boleh terlepas dari hidupku?’ Mindanya sudah sarat dengan
persoalan yang masih belum ada jawapannya.
“Arrgghh!!
Miza! Kenapa seksa abang macam ni? Kenapa buat abang keliru?” Saifullizan
berkata sendiri. Wajah yang mendung itu diraup perlahan.
‘Ya Allah, tenangkanlah
hatiku ini. Tunjukkanlah kebenarannya,’ Rintih hati kecil itu lagi. Lantas, dia
bergerak ke bilik air dan mengambil wudhuk ingin menunaikan solat istikharah.
Moga-moga dia mendapat petunjuk dari-Nya.
***
Buat
ke sekian kalinya, Karmiza menarik lagi tubuh si kecil. Wajahnya sudah lecun
dek air mata yang berjuraian ke pipi. Diciumnya lagi pipi mulus si kecil.
Diusapnya pipi bersih Mizan dan direnungnya mata bulat si kecil.
“Jangan
nakal-nakal tau kat rumah atuk dan nenek. Mama will miss you,”
“Mama,
Mijan miss you too!” Mizan menghadiahkan ciuman ke pipi Karmiza. Karmiza
tersenyum lebar. Disekanya air mata yang tak henti mengalir di pipi. Lalu,
Karmiza berdiri dan ditariknya lembut tangan kecil Mizan.
“Kak,
terover lak saya ni. Bukannya saya tak boleh jenguk dia kat rumah akak pun,”
Karmiza senyum kecil. Akilah juga membalas senyumannya.
“Tak
apalah, Miza. Akak faham perasaan kamu. Kamu pun mama Mizan jugak. Akak tak
kisah kalau kamu nak jenguk dia selalu kat rumah umi dan abah di Gelang Patah
tu. Tak jauh mana pun,” Seloroh Akilah pula. Dia menepuk lembut bahu Karmiza.
Karmiza mengangguk perlahan.
“Nanti
nak datang rumah, kol akak ye? Takut akak bawa Mizan keluar pula,”
“Yelah.
Nanti kalau dah rindu sangat kat Mizan, saya akan telefon dia selalu. Tak lama
lagi nak habis praktikal ni, sibuk pula. Nasib baik akak cuti, dapat jaga
Mizan.”
“Terima
kasih, Miza sebab tolong jagakan Mizan ni. Melayan nakal dia ni saja boleh buat
Miza penat,”
“Eh,
mana ada, kak? Kalau tak ada Mizan kat rumah, sunyi sepi pula jadinya. Kat
hospital pula, saya terpaksa hantar dia kat nursery. Masa saya tak banyak mana
dengan Mizan ni. Degil-degil dia, dia sentiasa buat hati saya gembira. Betul
tak, Mizan?” Terkebil-kebil si kecil bila disoal secara tiba-tiba. Mulut
kecilnya sedikit terbuka membuatkan Karmiza tergelak kecil. Dicubitnya perlahan
pipi Mizan.
Air
matanya sudah lama berhenti. Karmiza hanya mengelap pipi dengan hujung jari.
Lantas, diambilnya beg keperluan Mizan dan diserahkan pada Ackiel yang setia menunggu
di tepi kereta.
“Dah
sudah babak air mata tadi?” Sindir Ackiel dengan sengihan di bibir. Karmiza
memuncungkan mulut. Dijegilkan mata pada Ackiel. Ackiel tergelak kecil.
“Awak
kalau nak usik saya tak pernah sudah!” Ackiel mengangkat bahu. “Biasalah, siapa
yang nak buli awak kalau bukan saya? Ke awak dah ada jumpa pembuli yang baru?”
Ditekannya perkataan ‘pembuli’ bagai ada maksud yang tersirat. Berubah terus
wajah Karmiza bila mendengar ayat berlapik itu. Dia jadi gugup.
“Miza,
nanti dalam 2 hari lagi akak akan ke hospital nak buat kemoterapi. Nanti akak
serahkan Mizan kat kamu di hospital nanti, ye?” Pintas Akilah sambil tangannya
tak lepas dari memegang tangan Mizan. Mizan dari tadi hanya mendongak dan diam
tanpa memahami perbualan mereka.
Karmiza
mengangguk. Dia memandang sayu pada wajah Akilah yang sudah tampak kurus
berbanding tahun lepas. Walaupun, telah membuang kedua-dua perhiasannya, Akilah
terpaksa juga menjalani rawatan berterusan. Karmiza tersenyum kecil dan
melambai pada mereka bertiga di depan pagar sebaik kereta Honda Civic milik
Ackiel beredar dari situ. Karmiza menguncikan pagar dan mahu melangkah ke dalam
rumah. Sempat lagi matanya menjeling di dada langit yang kelihatan sedikit
mendung.
‘Malam
ni macam nak hujan aje,’ Simpulnya dalam hati. Lantas, dipercepatkan langkah
ingin masuk semula ke rumah.
Belum
pun sempat menjejakkan kaki ke dalam rumah, terdengar satu suara yang memanggil
namanya. Dia berpaling dan tergamam di saat wajah lelaki itu menjelma di bawah
cahaya lampu jalan. Tak tentu arah jadinya apabila berdepan dengan lelaki itu
sekali lagi.
‘Aduh!
Apa dia buat kat sini?’ Rungut Karmiza dalam hati. Saifullizan berdiri di
sebalik pagar. Saifullizan mendongak sedikit agar pandangannya jelas tidak
diganggu oleh besi pagar tersebut. Karmiza menggigit bibir.
“Miza!
Saya perlukan jawapannya sekarang! Awak nak ke tak nak hidup bersama dengan
saya kembali?”
“Abang,
abang tak perlulah tunggu Miza lagi. Pergilah balik. Dah lewat dah ni.”
“Miza,
I need an answer before I leave from here. Kalau Miza setuju, abang takkan
pernah menuduh Miza lagi. Kalau tak, Miza faham-fahamlah.” Ugut Saifullizan.
Karmiza mengetap bibir dan melangkah mendekati Saifullizan. Kini, dia berdepan
dengan lelaki itu cuma mereka dipisahkan dengan palang besi yang sedikit
tinggi.
Wajah
Karmiza sudah membahang menahan marah. Sudah masanya dia menghemburkan rasa
marah pada suami yang menunduhnya tanpa berfikir baik buruk kata-kata itu.
“Faham-fahamlah?
Kalau tak, abang nak buat apa? Abang nak ceraikan saya? Begitu? Hmph! Itulah
lelaki kan? Gila talak! Abang...apa gunanya saya meneruskan perkahwinan ini
sekiranya saya mahu berlaku curang pada abang? Abang pernah fikir ke pasal tu?”
Getus Karmiza sambil menggenggam buku lima. Dadanya sudah deras naik turun dek
amarah yang membara dalam hati. Saifullizan tersenyum sinis. Tangan sudah
memeluk diri.
“Jadi,
bolehlah abang buat kesimpulan kat sini yang Miza sebenarnya masih sayangkan
perkahwinan ni. Cuma Miza tetap ego tak mahu mengaku. Miza sebenarnya masih
cintakan abang,kan?” Berkerut dahi Karmiza mendengar kata-kata Saifullizan yang
ternyata bagai menjeratkan dirinya itu. Pandai benar Saifullizan memutar
belitkan kata-katanya. Sengaja mahu menduga si isteri.
“Kalau
macam tu, abang fikirlah sendiri pasal benda ni. Adakah saya patut hidup
bersama dengan pembunuh atau tak?” Saifullizan tersentak. Dia kelu. Langsung
dia tidak mampu menjawab pertanyaan isterinya itu. Rasa bersalahnya makin
menggunung. Rasa hiba mula melayar hujung hatinya. Betapa kecewanya dia
mendengar soalan yang dikemukakan oleh isterinya itu.
‘Miza,
tiada sekelumit ruangkah untuk abang meraih kemaafan darimu? Tiada langsung
rasa cintamu padaku? Benarkah?’
Saifullizan
menunduk ke bawah. Dadanya sudah berasa sesak. Empangan matanya menunggu masa
untuk pecah tetapi ditahannya agar tidak kelihatan di mata Karmiza. Sudahnya,
dibiarkan saja Karmiza berlalu pergi meninggalkan dirinya sendiri di luar rumah
teres tersebut.
Tiba-tiba
terdengar bunyi dentuman kecil di langit. Saifullizan mendongak ke atas.
‘Langit
bagaikan mengerti perasaan yang aku alami sekarang. Tak lama lagi hujan bakal
menjadi peneman malam yang sunyi ini.’ Bisik hatinya. Serta-merta, berguguran
mutiara jernih ke pipi, disertakan sekali air hujan yang mula menitis ke bumi.
Tiada bezanya antara 2 cecair jernih itu. Masing-masing punya peranan. Gugurnya
air mata itu kerana ingin melenyapkan rasa sedih di hati dan gugurnya air hujan
itu bagai mencerminkan situasi yang dialaminya kini.
‘Ya Allah, mampukah aku
bertahan?’
***
Sekejap-kejap
dia mengiring ke kiri. Sekejap lagi, tubuhnya mengiring ke kanan pula.
Akhirnya, dia baring terlentang. Dipandangnya kipas siling yang berpusing tanpa
henti.
‘Aduh,
pening kepala!’ Rungutnya dalam hati. Karmiza memegang kepala yang sudah mula
berdenyut.
‘Arggh!
Asal tak boleh tidur ni? Aduh! Karmiza, sila tidur! Esok nak kerja. Jadi,
tolong benarkan mata kau tu tidur!’ Karmiza mengutuk diri sendiri. Dek tidak
mampu melelapkan mata, Karmiza mengalihkan pembaringan dan duduk bersandar di
kepala katil. Matanya berkalih memandang tingkap di sebelah kiri. Entah kenapa,
dirasakan malam ini begitu sepi sekali. Kenapa ya? Oh, lupa pula Mizankan tak
ada, sempat hatinya merewang teringat akan si kecil. Mulutnya melepaskan satu
keluhan berat.
Dum!
Bunyi
guruh di luar mengejutkannya. Tiba-tiba, Karmiza berasa tidak sedap hati. Dia
menelan liur. Dipandangnya jam dinding. Pukul 1 pagi! Huh! Karmiza berpaling
lagi ke tingkap. Dengan perlahan, dia menuruni katil dan melangkah ingin
menjenguk ke luar tingkap. Tergamam dirinya apabila satu tubuh itu langsung
tidak beredar pun dari tadi. Masih berdiri di depan pagar dan membiarkan badan
yang sudah basah lebur bermandikan hujan. Karmiza hanya memandang kosong.
Tetapi, di sudut hatinya, ada juga perasaan belas kasihan pada suaminya itu.
“Awak
berdiri lama-lama di situ pun tak mungkin akan membuat saya lupa akan apa yang
telah awak lakukan, Saifullizan. Seksanya penderaan seorang isteri bila
mengetahui suaminya pernah berniat ingin membunuh dirinya itu lagi sakit
berbanding apa yang dilalui awak selama ini.” Ujar Karmiza sambil matanya tak
lepas pandang dari memandang Saifullizan.
Karmiza
menutup kembali langsir tingkap dan kembali ke katil. Ditariknya selimut
sehingga menutupi muka. Dia tidak mahu menghiraukan suaminya buat masa ini. Dia
hanya mahu tidur!
‘Arggh! Persetankan
perasaan ni. Biar dia tahu rasa,’ bisik hati jahatnya.
***
Saifullizan
tidak mampu bertahan lagi. Terasa begitu sejuk badannya sehingga mencengkam ke
dalam tulang. Serasa seluruh badannya menggigil menahan kesejukan.
‘Ya
Allah, aku tak mampu bertahan lagi. Aku pasrah!’
Dush!
Tubuh
yang tegak dari tadi sudah tersungkur menyebam lantai. Bibir Saifullizan sudah
bergerak-gerak meluahkan rasa hati. Namun, tiada siapa yang memahami di saat
diri yang sudah mula meracau.
Walaupun
begitu, satu nama sering meniti di hujung bibir. Nama Karmiza sering disebut
walaupun dalam keadaa dia meracau.
Hujan
yang lebat tadi sudah mula ada tanda-tanda mahu berhenti. Baju yang dipakainya
sudah lecun dan bercampur warna dengan air tanah. Saifullizan berpeluk tubuh
sambil terbaring mengigil di lantai.
“Mii..za...Mizzz...zaa,”
nama itu kian berulang dari tadi.
Karmiza
mengalihkan selimut dari mukanya. Dia mengerling pada jam dinding sekali lagi.
Huh! Pukul 3 pagi!?
‘Karmiza,
what is wrong with you? Why didn’t you get into sleep!?’ Bentaknya. Hatinya
mula mengerutu geram. Argghh!
Karmiza
bangun dari pembaringan dan laju sahaja kakinya melangkah ke tingkap.
Diselaknya langsir dan dilihatnya tubuh Saifullizan yang sudah ‘tumbang’ ke
lantai.
‘Abang!’
Jerit hati kecilnya. Lantas, dia berlari anak dan mengambil kunci rumah. Dia
sempat mengambil payung yang berada di sebelah almari kasut dan langkahnya
dipercepatkan untuk keluar dari rumah.
Karmiza
bergegas membuka kunci pagar dan ditariknya tubuh Saifullizan ke dalam dakapan.
“Abang!”
Panggilnya sayu. Sungguh, hatinya mula meruntun hiba melihat keadaan suaminya
sekarang. Tidak lama selepas itu, cuping telinganya mendengar bisikan suara
dari bibir Saifullizan.
“Mi..zaa..Mmmii...zaa..Jaa..ngan
ting..gal abangg..” Karmiza terkedu. Saifullizan meracau memanggil namanya
berulang kali. Jatuh rasa simpatinya pada si suami.
alahai~ pengsan lah pulak si Epul ni . nak raih simpati apa ? hihi kalau nak tunjuk gentle , bt lah sesuatu diluar jangkaan Miza. Biar terbeiak mata Miza. HAHA
ReplyDeleteHahaha...sian Epul tau...snggup tggu kt dpn rumah...huhu..
Deletepadan muka kou..muahahaha.. fika cepat2.. nk tau apakah terjadi..harus miza heret bwk masuk rumah ni..hehe
ReplyDeleteAmboi sis kejamnya...
DeleteKesian kot kat Epul tu sanggup tunggu walaupun time hujan lebat sampai rebah ke bumi....
Kak Rehan...akak mmg pnyokong stia Ackiel..haha...Bwak msuk rumah? hhmmm...stu lg kje..mcm ne la nk bwak epul tu msuk..? hehe....
DeleteNur Atiza..ksian kn? huhu...ada org ngis bca n3 sy...huhu...sobs3...
Aduhai Epul ni boleh pula dia tumbang...
ReplyDeleteHarap Karmiza dapat terima Epul balik....
Org kne hujan...tu yg tumbang...aduss...hehe..
Deletenasib x kena sambar kilat, kalo x mati keras la dkt ctu.... amboi kemain lgi nk nages. tampar pipi bru taw... nyampes aii. tq awak
ReplyDeleteAmboi..kemain lg nyampes nyee...hehe..awk anti epul gak ke?
Deletesuwitnya berdiri tgh hujan smpai pengsan cenggitu ekekeke
ReplyDeletehahaha...suweet ke? mrana tau brdiri bwah hujan..sjukk...grrr...
Deleteok. best2 .. cpt2 sambung ..
ReplyDeleteHehe..Thank u.. ^-^
Deletealahai..balik je lah kat suami tu..
ReplyDeletex baik tau..
tempat isteri di sisi suami..
huhu...btl2.. :D
Deletemarah 2 miza pun tetap ade secebis cinta kat epul kan..nak lagi 2x
ReplyDeleteHehe...kn? ego..tu la psl...huhu..
DeleteBest sangat sangat!saya smpai dah ketagih ngan cita ni!nk lg kak!he3
ReplyDeleteThanx Ainaa..Ktagih? wow...hehe...bhya klu ktagih ni..tp klu utk PC...blh je.. :D
Deleteharuslah bawak masuk rumah nih.. tgk apa jadi?? si isteri masih blum ckup kejam untuk melihat keadaan si suami mcm tuh.. cinta itu memang adalakanya bergelumang dengan keegoan....menambahkan kepenatan yang sedia penat benornya.. so Miza,,, ketepikan rasa ego tuh!! mungkin suami kau pernah berniat nak membunuh kau, tapi kau skrang sendiri bersikap seperti hendak membunuh cinta milik sndiri!! hah, kan aku dah bermadah..hahaa.. =)
ReplyDeleteHahaha...mmg brmdah bnar..kuikui..thanx dear...Ego mmg pmbnuh cnta...huah3~~ Ai like ble ko da brmdah...haha...
Deleteanother good piece of writing.. good job, cik writer!x sabar nk tgk diorang dua ni bersatu kembali.. tapi tu la.. nk marah kt miza coz ego tinggi pun cm x sampai ati je.. ye la.. sape yg x saket ati lau hubby yg dicintai rupa2nye pna nk bunuh kite.. haii... tapi c epl tu pun cm dh kira "taubat" la kn.. coz die pun love miza dh.. cian miza n epul nie.. hihi.. x sabar nk baca nx entry..
ReplyDeleteaja aja fighting!
~Miss Peace~
thank u so much sbb bce krya yg x sbrapa nk baik ni..huhu...Miza mmg ego..tp, rsa smpati kt org tu snang..tu yg die tkt tu..tkt die jtuh kshan kt epul..tp, die ikt kta hti dn die pergi mnerpa laki die...haa...itu la dinmakan cnta..smuanya dtg sndiri..x gtu? hehe...epul da trsksa bwat 4 tahun..agk2 da ckup ke tu ye? hehehe..
Deletemenangis saya baca :'(
ReplyDeleteOishh...Dont be sad dear.. ^_^
Delete