Matanya masih melekat pada wajah
mulus itu. Sakit matanya bila melihat senyum tawa yang jelas di bibir lelaki di
sebelah isterinya. Dia mengetap bibir. Hatinya bagai ditusuk duri yang tajam
bila mata Karmiza memandang lembut pada wajah Ackiel. Dia cemburu! Apabila
Ackiel kembali masuk ke dalam hospital, dia berasa lega. Tetapi, di dalam hati
dia geram. Geram apabila mengetahui bahawa selama ini Karmiza bersama lelaki
itu.
Saifullizan masih tercegat di situ.
Tangannya mengatur baju kot di tubuh dan matanya tak lepas pandang dari wajah 2
insan itu. Dilihatnya Karmiza yang tunduk membetulkan simpulan tali kasut si
kecil. Dengan pantas, dia mendekati mereka.
Tanpa Karmiza sedar, Saifullizan
melangkah laju dan menarik tangannya sesudah membetulkan tali kasut Mizan.
Terkejut dia dengan aksi pantas orang yang menarik tangannya secara tiba-tiba.
Sempat lagi tangannya menarik tangan Mizan sekali. Mizan hanya mengikut
jejaknya. Karmiza masih terkebil-kebil dan masih terpaku tidak bersuara.
Gerangan yang menarik tangannya itu langsung tidak menunjukkan muka dan masih
berpaling ke depan. Mata Karmiza menyorot pada tangan yang erat memaut
tangannya. Entah kenapa, dirasakan sudah lama dia mendambakan pautan sebegitu.
‘Miza! Apa yang kau angankan ni?
Entah siapa-siapa yang tarik tangan kau tu. Kenapa kau diamkan aje?’ Akalnya
lantas kembali ke alam nyata. Lalu, barulah dia segera menarik kembali
tangannya dari terus ditarik oleh orang yang tidak dikenalinya.
“Hey! Awak ni siapa? Lepaskan tangan
saya! Lepaskan!” Karmiza cuba untuk melepaskan diri. Ditariknya kembali
tangannya tetapi apakan daya, tenaganya tidak mampu menandingi kekuatan lelaki
itu.
“Mama, daddy,” Sepatah kata dari
bibir si kecil itu membuat hatinya berdetak laju. Langkah Saifullizan juga
terhenti. Lalu, dia berpaling.
Bergetar laju dadanya di saat wajah
yang sudah lama dirinduinya berada di depan mata. Karmiza menggigil. Dia
menggigil bukan kerana dia takut tetapi, hati yang sudah lama tidak diketuk
hebat sebegitu membuatkan dia gugup. Perasaan yang sudah mati buat seketika
kembali mengetuk hatinya.
Masing-masing terpaku di saat mata
bersatu. Masing-masing terdiam seribu bahasa apabila perasaan yang dipendam
kembali berbunga. Masing-masing kelu tanpa bersuara. Lama mata mereka berpadu
bagai melepaskan rasa rindu yang terpendam selama 4 tahun itu.
Sedetik kemudian barulah Karmiza
memberanikan diri untuk bersuara.
“Aaa..abang,” Sepatah saja ayat yang
terkeluar dari bibir mugil itu. Si kecil terkebil-kebil memandang 2 orang insan
tersebut. Hairan melihat wajah masing-masing. Sekejap-kejap matanya beralih
memandang mamanya, tidak lama kemudian dia berpaling memandang daddynya pula.
Walaupun baru sahaja mengenali daddynya itu, dia tetap mengenali jejaka itu.
Gambar yang pernah dilihatnya tidak lama dahulu masih segar di ingatan. Tetapi,
akal mudanya masih belum memahami situasi sebenar.
Matanya terpaku tadi beralih
memandang ke bawah. Wajah Mizan yang masih setia memandang wajahnya menjengah
penglihatannya. Saifullizan masih belum tahu apa hubungannya dan juga
kanak-kanak kecil itu. Saifullizan mengusap kepala si kecil. Lalu ditariknya
tangan kanak-kanak lelaki itu dan dibawanya bersama. Karmiza terpempan apabila
Saifullizan meninggalkannya dengan membawa pergi Mizan sekali. Lantas, dia
membuka langkah membuntuti mereka.
****
Permandangan di tepi pantai tidak
mampu membuang perasaan yang bertandang di hatinya sekarang. Karmiza jadi
kaget. Hatinya benar-benar gelisah dengan kehadiran lelaki itu. Dari tadi
mereka langsung tidak bersuara sehingga sekarang. Karmiza hanya mengikut sahaja
ke mana Saifullizan pergi.
“Siapa budak kecil tu?”
“Ha?” Karmiza tersentak dari
lamunan. Dia berpaling ke sebelah.
Saifullizan menoleh ke sebelah dan
tajam matanya memandang wajah gadis itu. “Siapa budak tu? Kenapa dia panggil
awak, mama? Kenapa dia panggil Ackiel, papa dan saya daddy? Dia anak siapa
Miza?” Bertalu-talu soalan dikemukakan pada Karmiza. Karmiza jadi kelu. Dia mengalih
pandangan dan memandang wajah si kecil yang leka bermain di tepi pantai.
Begitulah Mizan. Mizan sangat sukakan pantai. Selalunya dalam masa seminggu,
pasti mereka akan meluangkan masa di pantai sekali atau 2 kali. Kalau tidak, si
kecil pasti merengek mahu bermain di pantai.
“Kenapa awak diam, Miza? I need an
answer! Tu anak siapa?”
“Anak saya!” Jawab Karmiza tanpa
berpaling. Saifullizan terkedu.
‘Anak dia? Kalau itu anak dia, jadi
tu anak aku? Tapi, sejak bila? Selama 4 tahun tidak bersemuka dengannya, malah
semasa tinggal bersamanya, tak pernah sekali pun aku menyentuh dirinya. Jadi,
adakah...?’ Desis Saifullizan dalam hati.
Menggeletar tubuhnya sebaik
mendengar jawapan Karmiza.
“Anak awak? Anak awak dengan siapa?
Saya?” Soal Saifullizan lagi. Karmiza masih tidak berpaling dari menghadap
wajah Saifullizan. Dalam diam, darahnya berderau di saat persoalan itu
terkeluar dari bibir suaminya.
“Atau itu anak awak dengan orang
lain?” Sambung Saifullizan perlahan. Pantas kepalanya menoleh memandang Saifullizan.
Matanya sudah mencerlung marah. Kenapa Saifullizan seperti menuduh dirinya?
Saifullizan tidak mempercayai dirinyakah? Dari dulu lagi gelaran isteri pada
lelaki ini tidak pernah berubah dan dia langsung tidak meminta cerai daripada
lelaki itu. Apakah itu belum cukup buat dirinya untuk mendapatkan kepercayaan
dari lelaki itu? Dia jadi sakit hati. Bibirnya diketap dan matanya menjeling
tajam pada Saifullizan. Karmiza mendengus. Sudahnya, dibiarkan saja Saifullizan
membuat kesimpulan sendiri.
“ Awak curang dengan saya, Miza?”
Duga Saifullizan lagi.
“Selama 4 tahun saya menunggu
kepulangan awak...4 tahun mencari awak, sudahnya ini yang saya dapat?” Sambung
Saifullizan lagi.
“Apa awak dah buat selama ni,
Miza!?” Getus Saifullizan sedikit kasar.
“Awak baru aje jumpa saya, dan ini
reaksi awak? Malah awak tuduh saya melulu tanpa usul periksa?” Balas Karmiza
dengan nada yang sedikit kuat. Mata mereka masing-masing mencerlung marah.
“Awak sendiri yang cakap tu anak
awak. Dan apa yang saya tahu selama ni ialah saya tak pernah menyentuh awak
walau sekalipun!”
“Memang itu anak saya! Tapi, awak
tak berhak untuk menuduh saya sesuka hati! Saya berhak untuk bersuara. Jangan
terus terjun pada kesimpulan.” Ujar Karmiza tidak mahu mengalah.
“Habis tu anak siapa? Kenapa dia
panggil Ackiel, papa? Kalau Ackiel bukan bapanya, tak mungkin si kecil tu
panggil dia papa!”
“Daddy!” Jerit si kecil menyebabkan
perbualan mereka terhenti. Karmiza menoleh pada wajah si kecil dan kembali
memandang Saifullizan. Karmiza tersengih sinis.
“Dan, kalau Mizan panggil awak
daddy, adakah awak bapa kandungnya juga?” Sindir Karmiza ingin berteka-teki
dengan Saifullizan. Dia mahu Saifullizan berfikir sendiri dan tidak mahu
menuduh dirinya secara melulu. Karmiza berpeluk tubuh. Matanya memandang ke
tempat lain, tidak mahu menoleh wajah Saifullizan. Saifullizan ternganga
apabila disoal sebegitu.
Mizan mendekati Saifullizan. Ada
satu objek digenggamnya di tangan. Diunjuknya pada Saifullizan.
“Daddy, tengok tengok...Ada kerang.
Mama cakap kerang sedap. Daddy makan kerang?” Saifullizan tersenyum. Walaupun
dia masih belum tahu siapa sebenarnya bapa kepada anak kecil ini, tetapi
baginya anak kecil itu tidak bersalah. Malah, gelagat anak kecil itu
benar-benar mencuit hatinya. Dia berasa damai apabila wajah si kecil menyapa
penglihatannya. Kalaulah Mizan anaknya, pasti dia berasa bahagia. Anak yang
dikongsi bersama Karmiza.
“Daddy tak suka kerang. Tapi daddy
suka ketam. Mizan suka makan ketam tak?” Mizan mengangguk laju. “Suka!” Jawab
si kecil.
“Mama macak ketam sedap sangat. Kari
ketam. Mama selalu masak kari ketam. Mama ketuk-ketuk ketam, lepas tu mama bagi
kita makan. Sedap!” Seloroh si kecil.
“Iye? Harap-harap sedap tu jangan
sampai buat Mizan sakit perut dahlah,” Sindir Saifullizan di hujung ayatnya.
Karmiza menoleh dan membuntangkan matanya. Tangan yang bersilang di dada,
dilepaskan.
‘Ni yang tak puas hati dengan mamat
ni!’
Saifullizan tersengih sinis. “Kalau
macam tu, apa kata kita makan ketam hari ni? Mama masak, nak?” Soal Saifullizan
pada si kecil. Makin membulat mata Karmiza dengan rancangan yang dibuat oleh
Saifullizan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.
“Yey! Kita makan ketam!” Mizan
bersorak riang.
“Siapa cakap mama nak masak ketam
malam ni? Mama tak nak masak!”
“Alah, mama. Mizan nak makan ketam.
Mama masak sedap cangat. Makan ketam ya?” Rengek si kecil.
‘Aduh! Ni yang lemah ni. Mizan,
jangan buat muka kesian kat mama, boleh tak sayang?’ detik hatinya lemah.
Matanya masih memandang simpati pada si kecil. Lantas, dia mengeluh. Tetapi,
apabila wajah Saifullizan dipandangnya, matanya mencerlung sekejap.
“Okey, mama masak malam ni! Makanan
kegemaran Mizan!”
****
Ding dong.
Bunyi bell menyapa telinganya.
Karmiza yang masih di dapur bergegas ingin membuka pintu.
Apabila daun pintu dibuka, wajah
Saifullizan terjengul di pintu. Saifullizan berdeham. Dia membuat muka selamba.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikummussalam,” Jawab Karmiza
pula. Dengan wajah malas, dia menjemput Saifullizan masuk ke dalam. Dibiarkan
pintu dibuka. Saifullizan yang masih setia memerhati memandang hairan.
“Kenapa dibiar pintu dibuka?”
“Supaya jiran tetangga tak fikir
yang bukan-bukan,” Jawabnya sepatah.
“Apa pulak nak fikir yang
bukan-bukan? Sayakan suami awak? Awak masih halal buat saya dan saya masih
halal buat awak. Lainlah Ackiel tu. Dia bukan suami awak, bolehlah awak buka
pintu luas-luas.” Karmiza menjeling Saifullizan. Malas mahu bertegang urat
dengan suaminya itu, lalu dia meninggalkan Saifullizan di ruang tamu dan menuju
ke dapur semula.
Karmiza mengacau kuah kari ketam dan
mengambil sudu ingin merasa. Belum sempat pun sudu dimasukkan ke dalam mulut,
sudu tersebut sudah pun berpindah tangan. Saifullizan pula yang merasa terlebih
dahulu kuah kari itu.
“Hmmm...Sedap! Macam awak buat dulu.
Awak nak rasa?” Karmiza tercengang dengan perbuatan Saifullizan yang merampas
sudu dari tangannya tadi. Mulutnya sedikit terbuka tidak percaya dengan
tindakan Saifullizan itu.
Saifullizan membuat muka selamba dan
mengambil lagi kuah kari dari kuali. Tiba-tiba, mindanya teringat akan kisah
manis bersama Karmiza sewaktu Karmiza mahu dia merasa kuah kari ketam tersebut.
Saifullizan tersenyum kecil dan memasukkan kuah kari ke dalam mulut sekali
lagi. Dengan pantas, dia menarik tubuh Karmiza dan bibir gadis itu singgah ke
bibirnya. Mahu luruh jantung Karmiza dibuatnya. Karmiza benar-benar terkejut
dengan tindakan Saifullizan. Pantas dia menolak tubuh Saifullizan menjauh
darinya.
“Awak! Apa awak buat ni?”
“Nak bagi awak rasa kuah kari nilah.
Sedap tak?” Mata Karmiza membuntang.
“Tak!”
“Tapi saya rasa masakan kari ketam
kali ni ada terlebih sikitlah,” Karmiza mengelap bibirnya dengan tapak tangan.
Bibirnya muncung sahaja. Dijelingnya Saifullizan.
‘Huish! Jeling maut bini aku bagi
kat aku ni,’
“Terlebih? Apa yang terlebihnya?”
Soal Karmiza sebaik teringat akan kata-kata Saifullizan itu. Saifullizan
tersengih, lalu dia mendekati Karmiza. Karmiza tergamam di saat bibir
Saifullizan mendekati cuping telinganya yang berlapit dengan kain tudung.
“Saat bibir bersatu kenangan manis
menggamit minda. Di saat bibir kita bercantum, rasa manis kian terasa,”
Berdegup pantas jantung Karmiza mendengar madah si suami. Kedengaran begitu
romantis sekali bisikan itu menyapa telinganya. Terasa tenang jiwanya di kala
ini.
“Mama!” Tegur Mizan yang baru saja
muncul di dapur. Karmiza mengundur sedikit ke belakang. Kepalanya digaru
walaupun tak gatal. Mukanya pula sudah membahang lain daripada biasa. Dia malu
di depan anak kecil itu. Mizan mendongak memandang hairan. Kepalanya senget
sedikit.
“Kenapa muka mama mewah?” Karmiza
mengusap pipinya. “Eh! Mana adalah Mizan. Mana muka mama merah?” dalih Karmiza.
“Oh...mewah tu merah rupanya,” Jawab
Saifullizan yang sedikit keliru dengan bahasa si kecil. Selepas itu, Mizan
berkali pula pada wajah Saifullizan.
“Daddy, kenapa bibi daddy ada totor?”
“Hah?” Berkerut dahinya tidak
memahami kata-kata Mizan tadi. Si kecil mendekati ‘daddy’nya. Kedua-dua tangan
di depakan. Saifullizan yang memahami permintaan si kecil lantas mendukung
Mizan.
Tangan kecil itu mengelap celah
bibir Saifullizan.
“Ni totor,” Ditunjuknya tangan yang
tercalit kuah kari. Serta-merta, wajah Saifullizan juga merah-kemerahan. Malu
ditegur oleh si kecil.
“Oh! Kotor. Tadi, daddy rasa kuah
tadi. Errmm...Awak, dah siap masak kan? Jom kita pergi ke meja makan.”
Dibawanya Mizan keluar dari dapur tersebut meninggalkan Karmiza keseorangan di
dapur. Karmiza menutup bibirnya dengan tapak tangan. Sungguh! Tidak terlintas
pun di fikirannya bahawa Saifullizan akan berbuat sebegitu. Perbuatan yang
pernah dibuatnya pada Saifullizan semasa 4 tahun yang lalu. Di mana, dia beriya
untuk memikat hati suaminya. Malah berani melakukan aksi di luar jangkaan.
Tiba-tiba, hatinya rasa rindu dengan kenangan lama.
‘Miza! Jangan cepat mengalah! Jangan
cepat cair pada setiap kelakuannya. Walaupun kau baru aje jumpa suami kau tu,
tapi tak ke kau rasa dia perlukan a ‘lesson’? Setelah apa yang dia lakukan kat
kau, dia perlu diberi pengajaran!’ Desis hatinya.
‘Ya! Aku perlu memberi suamiku
pengajaran. Bukan mudah untuk melupakan segala apa yang pernah dilakukannya
padaku sebelum ni. Jadi, he must pay for what he did!’ Tekad hatinya.
‘Aku takkan pernah mengalah! Siaplah
awak, Saifullizan!’
Tiba-tiba, akalnya memikirkan plan
jahat. Terasa mahu mendengki suaminya. Idea yang pernah dilakukannya dahulu
kembali menerjah minda. Julap! Karmiza membuka almari dan mencari-cari barang
tersebut.
‘Aish! Mana aku letak ubat ‘pembersih’
tu?”
“Awak cari apa?” Karmiza tersentak
dengan teguran itu. Kelakuannya terhenti dan matanya sedikit membulat apabila
Saifullizan kembali ke dapur. Dia gugup.
“Err...”
“Jangan cakap awak nak ‘racun’kan
saya lagi?” Duga Saifullizan. Tangannya sudah bersilang di dada. Tubuhnya
disandarkan di dinding.
‘Alamak, kantoi! Buat-buat don’t
know je. Buat-buat cool jek!’ Detik hatinya. Karmiza berdeham.
“Awak dah ada hobi baru ye? Menuduh
orang tanpa usul periksa. Ada awak nampak saya bubuhkan julap kat dalam kuali
ni? Ada? Tak ada kan?”
“Oh, jadi awak pernah letak julap
kat dalam kari ketam dululah, ye? Ok, barulah saya tahu racun apa yang pernah
awak beri kat saya.” Karmiza menggigit bibir.
‘Erk! Kantoi habis dah ni!’
Saifullizan membuka silang
tangannya. Dia bergerak mendekati Karmiza. Matanya tajam tepat pada mata bulat
Karmiza.
“Kalau sampai terjadi apa-apa pada
saya...” Saifullizan berhenti kata. Wajah yang serius tadi berubah sedikit
ceria. Bibirnya mengulumkan senyuman semanis boleh.
“Awaklah yang akan bertanggungjawab
terhadap diri saya nanti. Awak kena ingat tu,” Pesan Saifullizan sebelum
beredar dari dapur. Dada yang dirasakan sesak tadi menjadi lega sebaik sahaja
Saifullizan keluar dari dapur itu. Karmiza mengurut dadanya.
‘Kenapa perlu jantungku berdegup
kencang? Adakah masih ada perasaan cinta padanya? Pada si pembunuh cinta itu
sendiri?’ Karmiza bingung.
****
Setelah selesai makan malam, Karmiza
menidurkan Mizan. Ditepuknya peha si kecil sehingga tertidur. Dikucupnya dahi
Mizan dan diusapnya rambut lebat milik kanak-kanak lelaki itu.
“Good night, sayang. Mama sayang
Mizan,” Karmiza menekan suis lampu malam dan dipadamnya lampu bilik. Dibiarkan
pintu bilik terbuka sedikit takut kalau-kalau si kecil menangis ketika dia
berada di ruang tamu. Sebaik sahaja dia berpaling, terasa tubuhnya ditarik ke
dalam dakapan erat. Karmiza terpana.
“Come back to me, Miza. I want you
back, cup cake!”
“Ab..abang, apa abang buat ni?
Lepaskan Miza.”
“No! Dah 4 tahun abang lepaskan
Miza. Miza pergi tanpa pengetahuan abang dan Miza lari ke tempat jauh tanpa
memberitahu kat abang di mana Miza berada. Abang tak mungkin akan melepaskan
Miza. No! I won’t let you get away this time!” Pelukan tadi bertambah-tambah
erat.
“Awak, saya rasa tak da..dapat
bernafaslah,” Lalu, Saifullizan melepaskan Karmiza dari pelukan. Karmiza
menghembus nafas lega. Dia menoleh ke bilik Mizan.
“Kita berbincang kat bawah. Jangan
kacau Mizan tidur!” Karmiza melangkah menuruni tangga dan berdiri di tengah
ruang tamu yang sederhana kecil itu. Karmiza membelakangi Saifullizan. Tidak
mahu memandang wajah Saifullizan di kala ini. Takut kalau dia tersungkur dan
menurut kata suaminya.
“Awak tak nak lepaskan saya? It’s
fine. Saya sendiri yang tak bercerai dengan awak. Tapi, buat masa ni saya tak
nak tengok muka awak pun. Setelah apa yang dah awak lakukan pada saya selama
ini, awak ingat saya akan lupa sesenang itu?”
“Saya nak awak pulang ke sisi saya,
Miza. Awak tahu kan tempat isteri adalah di samping suaminya. Berdosa kalau
awak tak turutkan kata saya. Saya masih tetap suami awak!”
“Ya! Saya tahu awak suami saya.
Tapi, pada pembunuh seperti awak, awak ingat saya rela untuk menurut begitu
sahaja?” Saifullizan terkedu. Air mata sudah mula bertakung di tubir mata.
Tetapi, cepat-cepat dia mengerdipkan mata mahu menghilangkan air jernih itu.
Saifullizan menggeleng.
“Saya masih manusia biasa, Miza.
Saya bukan sempurna seperti Nabi. Saya mudah alpa dan leka. Mungkin dulu,
perangai saya tak ubah seperti penjahat, pembunuh! Tetapi, saya insaf! Saya
mahu berubah. Dan saya mahu awak kembali ke pangkuan saya sebab saya nak
memperbetulkan kembali kesalahan yang pernah saya lakukan pada awak. Saya mahu
kita berbaik semula, Miza. Lupakan kisah lalu dan kita mulakan hidup baru.”Saifullizan
menyudahkan katanya dengan penuh harapan dan menunggu balasan dari Karmiza.
Perlahan-lahan, tubuh Karmiza menghadap dirinya.
“Kalau kita hidup baru sekalipun,
saya akan tetap ingat apa yang awak dah lakukan pada saya sebelum ini. Saya
juga bukan Nabi dan saya juga manusia biasa, Epul. Perkara tu begitu pahit
sekali untuk saya telan. Mimpi malam saya sering dihantui kisah-kisah gelap
itu. Saya juga bukan manusia sempurna. Saya juga boleh alpa dan leka. Saya tak
mungkin dapat kembali ke pangkuan awak.” Jelas Karmiza panjang. Karmiza
mengeluh.
Saifullizan terdiam. Mindanya ligat
memikirkan cara untuk membuat Karmiza kembali kepadanya.
‘Apa? Apa yang perlu aku lakukan
supaya Miza kembali ke pangkuanku?’
Wajah Saifullizan berubah
serta-merta. Matanya dikecilkan.
“Jadi, benarlah telahan saya selama
ini. Tu anak Ackiel kan?” Sengaja Saifullizan membuat tuduhan sebegitu. Topik
petang tadi yang terhenti dipertengahan jalan, kembali diutarakan. Dia cuba
mencabar ego gadis itu. Dengan cara ini sahaja Karmiza akan kembali kepadanya.
Dalam hati dia berdoa agar rancangannya menjadi.
Wajah Karmiza juga berubah merah.
Dia geram. Hatinya kembali menggelegak. Karmiza mengetap bibir.
“Abang! Abang tuduh saya dengan
Ackiel ke? Abang tak percaya kat saya?”
“Kalau saya cakap saya tak percaya,
macam mana? Awak tahu tak hukum curang pada suami? Berdosa besar! Nusyuz!”
“Saya tak curang! Saya tak pernah
bersama dengan mana-mana lelaki pun. Tapi, Mizan tu tetap anak saya!”
“Wow! Tu anak awak, tapi awak tak
pernah dengan mana-mana lelaki, hatta disentuh oleh saya pun tak pernah. Jadi,
tu anak angkat?”
“Tu anak saya!” Ujar Karmiza masih
belum mahu mengaku. Dia tidak mahu berterus-terang dengan Saifullizan. Dia
sengaja mahu menyakitkan hati lelaki itu. Ini juga sebahagian daripada
rancangannya. Dia mahu Saifullizan terluka. Dia mahu Saifullizan merasai apa
yang pernah dirasakannya selama ini. Rasa perit, sakit menanggung kecewa bila
mengetahui perkara sebenar. Namun, untuk mengaku Mizan itu anak dia dengan
mana-mana lelaki, dia tidak sanggup. Dia tidak mahu dicop sebagai perempuan
curang. Bukan itu sikapnya!
Ego
Karmiza masih menggunung. Dia tidak mahu mengaku tetapi tetap juga tidak mahu
mengalah. Satu sikap yang tak pernah berubah dari dulu. Dalam diam, Saifullizan
menilai sikap isterinya.
“Kalau
macam tu, buktikan yang awak ni bukan perempuan curang. Dengan cara, kembali
tinggal bersama saya ,dan kita duduk sebumbung seperti 4 tahun yang lalu. Kalau
awak setuju, saya takkan tuduh awak yang bukan-bukan lagi. So, deal or not
deal?”
Karmiza
menelan liur. Kelat rasanya.
‘Tinggal
sebumbung? Tinggal bersama dengannya? Oh, tidak!’ Desis Karmiza. Dia bingung. Sudahnya, dia diam tanpa jawapan.
cpt sambung...
ReplyDeletehehe..sbr ye? tggu lps sy hbs test sy smbng blik.. ^-^ thank u..
Deletehahaha..
ReplyDeletetermakan ngan rancangan sendiri..
tpi pelik lah..
Mizan tu anak sape sebenarnye?
just anak angkat or anak Miza ngan Epul?
tapi Epul kte dia tak pernah sentuh Miza??
Aaarrgghhh!!
saye dah mule keliru...
sape2 tolong terangkan pada saya...
hahaha...aigooo..klu awk nk fhm btl2, cbe bce baba sblm ni...hehehe...mcm ni alkisahnya..Mizan ni, ank org len..ank kakak ackiel,tp mizan pnggl die mama..n ackie,l bpa saudra die,mizan pnggl papa...tp epul slh fhm...hehe..n miza lak mngaku tu ank die..so,epul kliru..dgn awk2 skli kliru..hehehehe...hrp ni dpt mmbntu...:)
DeleteBest...next entry please....
ReplyDeletethank u..:)
Deletebessstttt
ReplyDeletehehehe....bse2 je n3 kli ni...Hehehe...thank u.. :D
Deletelepas tue, mesti miza akn tggal ngan epul kan?
ReplyDeletesbb dia nak buktikan dia xcurang..
Heheh..klu nk tau, knela tggu... ^-^
Delete:)
ReplyDelete:)
Deletehabis, Miza nk pergilh tinggl sebumbung dgn Epul ? ala~ jgn lah, cuba seksa sikit Epul tu. Bg pengajrn. Nak tengk jugk sejauh mna Epul pujuk Miza.
ReplyDeletehehe...yg tu kne tggu...sy pn nk sksa epul ni...hehe..:)
Deletetak sabar nak tunggu sambungannya...memang kena kasi ajar cukup2 si Epul tu...hihihi..tapi2 apa2 pun kalau boleh mesti nak Miza bersatu balik dengan Epul...tapi sebelum tu kasi dera si Epul tu cukup2...
ReplyDeletethank u..hehe...meh kte kasi dera..hehe... :D
Deletebest! x sabar nk tggu next entry.. hihi.. nk entry yg lagi mendebarkan, ley x, cik writer? kasi ajar c epul tu cukup.. tapi bg ajaran yg romantik2 manja gtu je la.. x nak la kena belasah ke ape kn..
ReplyDeleteaja aja fighting!
~Miss Peace~
Insya-Allah..hehehe...jom2 kte kasi epul bngang..hehe.. :D
Deletealahai... mujur ajak tinggal sebumbung..
ReplyDeletekalau epul paksa bersama, x ke naya? haha
x beselah tgk miza garang2..
sebab dah bese bc part dia jd romantik..ngeee
hehehe...Awk nk die jdi rmntik blik ke?hehe...Thanx Sara...kuikuikui.... ^-^
Deletehehe. ttp nk ackiel..padan muka lizard..miahaha.. LIKE sgt2
ReplyDeleteHaaha...kak Rehan Anti Epul...adusss... ^-^
DeleteNk lagiii n3 Baru plisssd
ReplyDeleteHehe...blh cri kt sblh kri awk ye? :D thanks... ^-^
DeleteErmm.. dah tamat ke ? syok sangat baca cerita ni .. ada lagi tak sambungannya ?? Hati saya ni tertanya-tanya apa yang terjadi lepas ni .. hehe
ReplyDeleteAden Boy org miri ka? hehe...kmk pn org miri..ada mmg ada smbngnnya..tkan jak kt tepi ya..ada link utk smbungnnya... thank u k bca kmk pnya krya.. :D
DeleteJap, jangan lupa singgah kat blog kedua kita :) saya pun ada buat novel yang tak seberapa :)
ReplyDeleteHehe..orait... Insya-Allah... ^-^
DeleteMakin best cerita...
ReplyDeleteMakin best cerita...
ReplyDelete