Tuesday, May 15, 2012

Mini Novel : Penyelamat Cinta bab 8


Bab 8


            Bola matanya asyik mengejar ke mana saja si kecil itu pergi. Dia benar-benar prihatin dengan kebajikan kanak-kanak lelaki itu. Sempat lagi tangannya membalas lambaian Mizan yang asyik benar bermain di tepi pantai. Ada masanya, kanak-kanak lelaki itu mengejar ombak yang menampar pantai dan akan berlari anak melarikan diri dari ombak tersebut. Hatinya tercuit melihat gelagat si kecil.
            “ Awak nampak sayang sangat kat Mizan tu,” Ujar gerangan di sebelah. Karmiza menoleh. Senyuman yang terpalit di bibirnya makin melebar.
            “Sudah semestinya! Mizankan anak saya! Anak kita!” Gerangan tadi tersengih dan menggeleng. “You mean, ‘anak kita’?” Jari telunjuk dan jari hantu disatukan seraya diturun dan dinaik kembali.
            “Yelah! Memang anak kita. Awak tahukan betapa susahnya nak melahirkan Mizan ni. Tambah-tambah lagi di saat genting tu berlaku di dalam kereta,” Lantas mindanya mengulang tayang kejadian yang berlaku 3 tahun lalu. Betapa sukarnya ingin melahirkan Mizan. Sudah tu, anak lelaki itu dilahirkan di dalam kereta gara-gara tidak sempat sampai ke hospital pada masanya.
            “Lucu betul bila ingat balik apa yang terjadi,” Seloroh Ackiel lagi. Bibirnya juga mengulumkan senyuman manis.
            Karmiza mengecilkan matanya. “Lucu? Awak ingat soal nak melahirkan anak ni senang ke? Kalau silap sikit, boleh meninggal tau! Lebih-lebih lagi dengan kekurangan peralatan yang diperlukan. Mujurlah tiada komplikasi buat Mizan.” Ackiel mengangguk.
            “Awak tahu tak betapa gelabahnya saya semasa kelahiran Mizan tu? Dah lah stuck kat jam, dah tu, bawak kereta kecik. Nak-nak lagi, saya ni baru je nak jadi doktor. Tak ke naya jadinya?”
            “ Nasib baiklah pengalaman menjadi jururawat tu membantu saya. Dalam banyak-banyak kes, saya selalu ikut caesarean operation. Jadi, cuba awak bayangkan betapa nervousnya saya ketika tu.” Sambung Karmiza lagi. Matanya sekejap membesar dan membulat. Pengalaman itu memang sesuatu yang tidak dapat dia lupakan. Menjadi bidan di kala dia baru sahaja menjadi doktor! Ackiel ketawa berdekah-dekah. Tangannya menekan perut yang senak dek kerana ketawa yang berlebihan.
            “Ish! Jangan ketawa lebih-lebih sangat. Tak pasal-pasal awak menangis nanti, baru awak tahu.” Duga Karmiza. Pantas saja ketawa itu mati dan wajah Ackiel kembali serius. Namun, terselit juga senyuman kecil di sebalik raut wajah itu. Karmiza menjeling tajam.
            “Saya cakap betul tau?” Sekali lagi Karmiza memberi amaran. Ackiel mengangkat kedua-dua tangannya dan mengangguk. “Okey okey. I understand,” Lalu segaris senyuman menjadi tatapan Karmiza. Karmiza juga membalas senyuman itu. Kemudian, matanya ditalakan ke arah Mizan yang masih leka bermain dengan pasir. Nampak si kecil bersungguh-sungguh ingin membina istana pasir. Karmiza tergelak kecil.
            “ Dalam 2 hari nanti, kak Akilah akan datang,” Ujar Ackiel sepatah. Karmiza mengangguk perlahan. Hatinya berasa hiba tiba-tiba. Betapa sayunya hatinya ingin melepaskan Mizan kembali kepada ibu kandungnya sendiri. Hari-harinya akan menjadi begitu sunyi tanpa gelak ketawa si kecil itu. Wajah Karmiza berubah mendung.
            “Kenapa tiba-tiba senyap ni? Sedih berpisah dengan Mizan?”
            “Memanglah saya sedih, Ackiel. Nak berpisah dengan anak sendiri. Siapa yang tak sedih?”
            “ Anak angkat okey? Awak kena ingat tu. Mizan pun memerlukan ibu kandungnya, walaupun awak diberi kebenaran oleh kak Akilah untuk menjaga Mizan.”
            “Saya tahu. Malah, saya rasa bangga sebab diberi peluang untuk memberi nama kepada anak kak Akilah tu.”
            “Kak Akilah berterima kasih kat awak sebab jadi bidan terjun dia. Tak ada sesiapa yang mampu membantu dia masa tu. Mujurlah ada ‘doktor segera’ pada waktu tu.” Usik Ackiel lagi. Karmiza membuntangkan mata. Ackiel tersengih menunjukkan giginya yang putih.
            “Nak sindir oranglah tu?”
            “Saya tak cakap apa-apa pun,” Dalih Ackiel pula. Karmiza memuncungkan bibirnya. Akhirnya mereka berdua tergelak sendiri.
            Menjadi bidan ketika dia masih baru dalam bidang kedoktoran benar-benar mencabar dirinya. Walaupun berpengalaman dalam bidang medic tetapi baginya, kejadian yang berlaku 3 tahun lepas benar-benar memberi impak dalam dirinya. Dia benar-benar bersyukur kerana segala yang berlaku itu menyebabkan dia insaf. Melihat sendiri dan memegang bayi yang baru lahir di dunia benar-benar menyentuh hatinya. Begitu besar pengorbanan seorang manusia yang bernama ibu.
            Kak Akilah sebenarnya kakak kepada Ackiel. Karmiza yang mahu melanjutkan pengajian di London dalam bidang kedoktoran, menumpang di rumah kakak Ackiel sementelah kakaknya hanya hidup keseorangan. Suaminya sudah lama meninggal dunia gara-gara penyakit buah pinggang. Walaupun zaman sekarang sudah mempunyai banyak teknologi canggih, namun, kalau sudah ajalnya tertulis, semua hamba Allah akan pergi jua. Kak Akilah hidup seorang diri merantau di negara orang. Jadi, tidak mahu kak Akilah kesunyian, Ackiel membawa Karmiza untuk tinggal bersamanya.
            Ketika Karmiza tinggal bersama kak Akilah, kak Akilah sudah pun mengandung 3 bulan. Hubungan Karmiza dengan kak Akilah sangat rapat. Kadang kala, Karmiza akan berkongsi cerita dan meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati pada kak Akilah. Kak Akilah benar-benar bersimpati dengan segala yang berlaku pada Karmiza.
            Dalam kesibukan belajar, Karmiza tetap menjaga kebajikan kak Akilah. Ibu tunggal itu amat memerlukan perhatian orang di sampingnya. Sehinggalah kandungan kak Akilah mencapai 9 bulan. Pada ketika itu, keadaan trafik begitu sesak lebih-lebih lagi di waktu cuti buat rakyat-rakyat di negara asing itu.
            Dengan ilmu yang ada, Karmiza berusaha untuk menjadi bidan pada waktu itu juga, gara-gara pembukaan atau diameter serviks sudah mencapai 10 sentimeter. Dalam keadaan yang gelabah sebegitu, cepat-cepat Karmiza menghubungi Ackiel menyuruhnya segera kemari. Hospital tempat Ackiel bekerja tidak jauh dari situ dan Ackiel datang membantu. Akhirnya, bayi itu selamat dilahirkan.
            “Oleh kerana Miza dah banyak membantu akak sewaktu masa genting akak...Akak nak beri peluang kat Miza untuk menamakan bayi akak ni. Carilah nama yang sedap di dengar dan mempunyai maksud dari segi Islam.” Karmiza terkedu. Dalam diam, mindanya memikirkan nama yang punya makna dalam Islam dan sedap kalau disebut.
            “Kalau macam tu, kita namakan dia dengan panggilan Hamim Hamizan. Hamim dari segi Islam bermaksud teman karib. Manakala Hamizan bermaksud, yang cerdik, kuat dan tampan.” Jelas Karmiza. Kak Akilah mengangguk dan tersenyum lebar.
            “Cantik maksud nama tu, Miza. Sedap je bunyinya. Hamim Hamizan Bin Hameed. Akak suka sangat. Terima kasih sangat-sangat.” Ucap Kak Akilah. Ackiel berdeham di sebelah. Matanya mendarat pada wajah Ackiel. Berkerut dahi lelaki itu sebaik mendengar nama yang diberi.
            “Mizan? As in, gabungan 2 nama, Karmiza dan Saifullizan?” Duga Ackiel setelah mereka keluar dari bilik wad. Sebelah kening Ackiel diangkat dan tangan sudah pun bersilang di dada.
            “Awak nak beri nama anak buah saya dengan panggilan gabungan 2 nama tu ke?” Karmiza menelan liur dan mengangguk perlahan.
            “Awak memang tak dapat lupakan dia bukan?” duga Ackiel lagi.
            “Walau macam mana sekalipun, dia tetap suami saya, Ackiel. Awak kena ingat tu,”
            Pap!
            Karmiza tersentak dan jantungnya berdegup laju dek terkejut. Laju saja dia menoleh ke sebelah.
            “Jauh benar awak termenung. Dah sampai KL ke?” Sindir Ackiel. Karmiza mencebik. “Taklah, dah sampai ke planet Marikh! Awak tak tahu ke?” Balas Karmiza kembali. Ditariknya hujung tudung yang ditiup angin laut. Dia membetulkan tudungnya yang sudah sedikit senget dek ditampar angin yang bertiup sedikit kuat.
            “Oh...” Mulut Ackiel membentuk ‘O’. Malah sebutan ‘Oh’ itu dipanjangnya lagi. Sengaja ingin menyakat Karmiza. Bibir Karmiza sudah ditarik muncung. Ackiel tergelak kecil.
            “Mama! Mama Miza!” Jerit si kecil. Mata Karmiza berkalih memandang Mizan. “Ye, Mizan? Kenapa?” Sahut Karmiza. Dia mengangkat punggung dan berjalan mendekati Mizan. Sebaik mendekati Mizan, bibirnya tersenyum lebar. Kanak-kanak kecil itu melakarkan sesuatu di pasir. Karmiza duduk mencangkung. Ada 5 bentuk orang kayu yang dilukis oleh Mizan di pasir tersebut. Dengan ranting kayu, Mizan menunjukkan pasir yang sudah siap dilukisnya.
            “Ni, mama dengan papa Ackiel. Ni ibu dan ayah. Yang ni, Mizan. Tantek tak kita lukis?” Ujar Mizan dengan teruja. Karmiza mengangguk laju dan diusapnya lembut rambut si kecil. Tiba-tiba, matanya mendarat pada satu lagi lakaran yang belum diketahui identitinya.
            “Yang ni pulak siapa, Mizan?”
            “Daddy!” Karmiza tersentak. Serta-merta, mindanya membayangkan wajah yang sudah lama tidak dijumpanya. Rasa rindu mula bertamu di saat Mizan menyebut daddy. Ya! Panggilan itu ditujukan khas buat Saifullizan. Semenjak foto perkahwinannya ditunjukkan kepada Mizan, panggilan itulah yang terkeluar dari bibir si kecil itu.
            “Hensemlah, daddy Mizan ni. Kan, mama Miza?” Ujar Ackiel berunsur sindiran. Dia tahu di dalam hati gadis itu sudah menggunung perasaan rindu buat suaminya. Memanglah! Sudah 4 tahun tidak bersua dengan si suami, siapa yang tidak rindu? Itupun disebabkan ego yang tak pernah-pernah surut dari dulu. Ackiel tahu, Karmiza sukar untuk melupakan kejadian yang berlaku padanya.
Semenjak mengetahui rahsia sebenar Saifullizan, Karmiza terus mengambil keputusan untuk ke luar negara tanpa pengatahuan lelaki itu. Hanya Haji Mukhri sahaja yang tahu ke mana Karmiza pergi. Karmiza sendiri sudah berjanji tidak menceraikan Saifullizan dan akan sentiasa berhubung dengan Haji Mukhri sekiranya Haji Mukhri tidak memecahkan rahsia ke mana dia melanjutkan pengajarannya. Karmiza sengaja mahu menduga Haji Mukhri kerana dia mahu mendapatkan kembali kepercayaan yang telah punah gara-gara atuknya menyimpan rahsia suaminya itu.
Telahan Ackiel rajuk Karmiza tidak akan lama tetapi, sudahnya dalam 4 tahun itu tak pernah sekali pun niat Karmiza mahu kembali ke pangkuan suaminya. Ackiel berasa simpati pada kedua-dua pasangan suami isteri itu. Benar hatinya menyintai Karmiza, tetapi baginya jika Karmiza sedang berduka dan tidak bahagia, apa gunanya? Dia tidak suka melihat wajah mulus itu bersedih tatkala memikirkan suaminya. Ackiel jadi buntu setiap kali Karmiza menangis apabila mindanya teringat akan Saifullizan.
“Oh, ye...Lupa pulak,” Ackiel mengeluarkan sesuatu dari beg yang disandangnya dari tadi. Satu bungkusan plastik ditarik dari isi beg dan diserahkan kepada Karmiza. “Fresh cup cake for you, Miza,”
Karmiza terpempan di saat bungkusan plastik tadi berpindah tangan. Karmiza panggung kepala. Dahinya berkerut.
“Yey, cup cake!” Jerit Mizan girang. Ackiel mengangkat Mizan dan dikendungnya di tangan. “Mama Miza, bagilah cikit cup cake tu. Mizan nak cikit,” Omel si kecil. Karmiza terkebil-kebil seketika.
“Oh, haa..Ye..” Karmiza mengeluarkan sebiji cup cake dan diserahkan kepada Mizan. Mizan menyambut cup cake tersebut dan tangannya mahu mencubit sedikit cup cake tersebut. “Ey? Tangan tu tak cuci lagi. Kan kotor main pasir tadi? Mizan...Nak mama cubit kang?” Karmizan memberi amaran. Matanya dibesarkan ingin menunjukkan yang dia marah dengan si kecil sekiranya Mizan tidak mendengar kata. Cepat-cepat Mizan menarik kembali tangannya.
“Meh, mama cubitkan untuk Mizan ye?” Karmiza mencubit sedikit cup cake dan disuapnya Mizan. Habis, cup cake itu dimakan oleh Mizan. Nampak Mizan begitu gemar dengan makanan manis itu.
“Saya rasa peliklah. Kenapa awak selalu beri saya cup cake? Awak pun tahu saya tak suka makan cup cake kan? Manis sangatlah.” Desis Karmiza. Dia mencubit lagi cup cake yang baru dan disuapnya lagi pada Mizan yang asyik ternganga meminta untuk disuap.
Ackiel mengangkat bahu. “ Entah. Saya tak tahulah kenapa saya selalu beri awak cup cake. Tapi, saya rasa dengan cup cake ni, hati awak akan cair dengan hanya melihat cup cake ni. Lagipun, saya rasa saya pernah dengar panggilan cup cake ni daripada seseorang. Agak-agak siapa ye?” Sengaja Ackiel berkias. Mahu Karmiza sentiasa teringat akan suaminya. Dia mahu Karmiza kembali ke pangkuan Saifullizan dan tidak mahu melihat dia menderita lagi. Ini pun mujurlah kakaknya, Akilah mahu kembali ke Malaysia dan menetap di Johor Bahru bersama keluarga mereka. Disebabkan itulah, Karmiza juga turut sama pulang ke Malaysia kerana tidak mahu bersendirian di London. Karmiza mengambil keputusan untuk melakukan praktikalnya di Malaysia. Di Malaysia, Karmiza sudah menyewa di salah sebuah rumah sewa  yang berdekatan dengan hospital tempat praktikalnya dan tidak duduk bersama keluarga Ackiel. Karmiza berasa segan jika duduk bersama keluarga mereka.
Apabila kak Akilah sibuk dengan kerjanya yang memerlukan dia ke luar daerah, Mizan akan diserahkan kepada Karmiza sekiranya Karmiza tidak sibuk dengan praktikalnya. Kadang kala, si kecil akan bersama dengan atuk dan nenek mereka sekiranya Karmiza bertugas pada waktu malam.
“ Ackiel...Awak sengaja nak kenakan saya kan?” Duga Karmiza. Ackiel menjongket bahu. “Terasa ke?” Karmiza menggigit bibir.
“Jom, dah maghrib dah.  Tak elok biarkan Mizan masa-masa macam ni. Kita balik ye?”
“Hmmm...Yelah...” Balas Karmiza perlahan.
***

Saifullizan melemparkan dokumen ke atas meja dengan kasar. Dia memeluk tubuh dan merenung tajam pada wajah gadis di depannya itu.
“Ini, kenapa banyak sangat kesalahan-kesalahan kecil yang saya dapat kesan dalam proposal awak ni? Saya dah cakap dari tadi kan? Buat biar perlahan, bukannya nak siap cepat-cepat! Due date proposal ni hari esok. Dan awak masih melakukan kesalahan yang sama. Macam mana kerja awak ni ye, cik Zurani?” Getus Saifullizan. Suaranya diperlahankan tetapi segala perbuatannya nampak benar yang dia sudah berang dengan setiausahanya itu.
“Maa..maaf, Encik Saifullizan. Saya dah 5 kali cek dokumen tu. Tapi, bagi saya, tak ada yang salah pun?”
“Pandai menjawab nampak? Sekarang ni, saya ke awak yang boss? Hmmm?” Saifullizan mendekatkan wajahnya pada gadis itu. Pantas dia berundur di saat melihat wajah Zurani yang ketakutan.
Selama 4 tahun itu, begitulah sikap bossnya. Pasti ada saja ribut yang melanda tak kira masa. Habis setiap pekerjanya digertak dan pasti sahaja kertas kerja dilemparkan pada mereka sekiranya dia tidak berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Rata-rata para pekerja merungut dengan sikap Saifullizan yang terlalu tegas dan mahukan sesuatu kerja itu dibuat dengan sempurna. Mahu saja dia meletakkan jawatan kerana tidak tahan dengan sikap berang lelaki itu. Tetapi, kerana mahu menampung keluarganya, dilayankan saja kerenah bossnya itu.
“I want this work settle on tomorrow morning, sharp at 8.30 a.m on my desk! You get it, miss Zurani? Awak fahamkan apa yang saya mahu? Saya harap awak betulkan lagi kesalahan awak yang nonsense tu dan serahkan kepada saya esok. Sebelum saya ke Johor esok, saya akan datang ke pejabat terlebih dahulu dan tengok hasilnya. Make it better this time.” Saifullizan berlalu meninggalkan meja setiausahanya dan kembali ke bilik pejabat. Pintu bilik dihempas dengan kuat menyebabkan mata-mata pekerja di situ terarah pada bilik boss mereka. Terdengar bunyi bisikan dan kutukan dari bibir para pekerja. Zuraini mengeluh lemah.
Setahunya sebelum 4 tahun lalu, sikap bossnya bukan sebegini. Apabila masa berlalu, tiba-tiba sahaja Saifullizan menjadi seorang pemarah. Ada saja yang tak betul di mata lelaki itu. Sudahnya, Zuraini menarik kembali dokumen di atas meja dan dibacanya berulang kali. Kepala yang tak gatal digarunya. Diperiksanya lagi tanda-tanda merah pada kertas kerja. Dia naik hairan.
‘Bukan ke apa yang dia tanda ni, ayat yang dia dah betulkan sendiri? Kenapa betulkan ayat dia sedangkan dia sendiri yang tulis ayat ni sebelum dia serahkan kertas ni kat aku?’ Zuraini menggeleng. Pening kepalanya memikirkan kerenah bossnya itu.
‘Ah! Layankan saja,’
***

Saifullizan meletakkan beg kerjanya. Dia merebahkan tubuhnya di sofa yang berada di ruang tamu rumah banglo itu. Saifullizan meraup wajah dan menutup kelopak matanya.
“Baru balik kerja, Epul?” Tegur suara garau dari belakang. Saifullizan masih tetap tidak membukakan matanya. Tetapi, dia tetap juga menjawab persoalan itu. “Ha’ah, tok. Rasa penat sangat hari ini. Macam-macam yang Epul kena uruskan kat pejabat. Esok pulak kena pergi Johor sebab nak tengok tapak projek untuk hospital swasta tu.” Jelas Saifullizan panjang.
Haji Mukhri mendekati cucunya dan duduk bertentangan dengan Saifullizan. Dia berdeham. Mata Saifullizan terbuka sebaik mendengar dehaman itu, lalu dia menarik tangan tua itu dan disalamnya penuh hormat.
“Atuk dengar pejabat kena ribut taufan. Betul ke?” Saifullizan memandang sekilas dan memejamkan matanya kembali. Kepalanya disandarkan pada sofa. “Siapa yang cakap pasal ribut taufan segala tu, tok?”
“ Kamu ingat kalau atuk dah berhenti dari memegang syarikat tu, atuk tak tahu pasal benda tu semua? Kamu tahukan atuk ni memang sentiasa pasang pengintip untuk mengawasi segala perbuatan kamu. Jadi, tak hairanlah kalau semua berita tu akan sampai ke telinga atuk.” Saifullizan tersenyum sinis. Matanya kembali buka dan direnungnya wajah tua itu.
“Atuk memang tak pernah nak lepaskan saya dari diorang kan? Haish..Susah betul jadi cucu kepada Haji Mukhri ni. Hidup sentiasa diawasi. Macam artis pulak rasanya.” Sindir Saifullizan pada atuknya.
“Atuk bukan apa...Kamu layan anak buah kamu tu macam kuli. Mereka tu nadi syarikat kita. Jadi, kamu kenalah bertolak ansur dengan mereka. Bukan marah-marah mereka macam tu. Mereka pun manusia biasa jugak. Punya perasaan dan sering kali melakukan kesalahan. Jadi, tak salah kalau sekiranya kita tegur mereka dengan baik-baik.” Saifullizan mengeluh lemah. Dia tahu setiap kali hal pejabat menjadi topik perbualan mereka, pasti atuknya menegur kerenahnya apabila melayan para pekerja di syarikatnya itu. Dia jadi biasa dengan bebelan atuknya.
“Yelah, tok. Saya cuba jadi boss yang baik untuk diorang,” Akur Saifullizan jua. Tetapi, atuknya tahu. Setiap kali ditegur, setiap kali itulah Saifullizan melakukan kesalahan yang sama. Haji Mukhri menggeleng. Sikap Saifullizan nampak berubah dalam masa 4 tahun ini. Apabila berhadapan dengan Haji Mukhri, Saifullizan akan sentiasa bersuara lembut dan hormat pada lelaki tua itu. Selain itu, kegiatan rutinnya ketika waktu malam sudah pun berubah. Saifullizan sentiasa melekat di rumah dan jarang sekali lelaki itu keluar pada malam hari. Kalaupun dia keluar, pasti ada teman bersamanya dan kebanyakannya rakan-rakan sebisnesnya.
Perubahan yang berlaku pada Saifullizan memang membuatkan Haji Mukhri berasa senang hati, tetapi, sikapnya pada para pekerja di syarikat mereka ternyata berbeza sekali dengan personalitinya apabila berada di rumah. Saifullizan begitu pemarah dan dihemburkan kemarahannya itu pada orang bawahannya. Haji Mukhri jadi risau apabila ramai para pekerjanya dulu merungut tentang cucunya itu.
“Harap-harap kamu tak ulang perkara yang sama. Atuk akan sentiasa pantau kamu walaupun atuk ni dah pencen. Jadi, atuk harap kamu ubah sikap kamu pada orang bawahan kita tu,” Saifullizan mengangguk lemah.
“Oh, ye? Atuk dengar tadi kamu cakap pasal projek pembinaan hospital swasta di Johor. Kat mana tu?”
“Johor Bharu. Esok saya ke pejabat sekejap lepas tu, saya akan terus memandu ke sana.” Haji Mukhri mengangguk. “Kalau macam tu, Epul pergilah naik atas berehat. Perjalanan ke Johor tu mengambil masa selama 4 jam kan? Jadi, baiklah kalau kamu berehat sepenuhnya. Esok memerlukan tenaga yang banyak. Pergilah naik atas,” Saran Haji Mukhri. Saifullizan berpamitan dan mendaki tangga meninggalkan Haji Mukhri seorang di ruang tamu. Satu keluhan terluah dari bibir lelaki tua itu. Matanya merenung pada meja kaca di depannya. Namun, akalnya sudah melayang ke tempat lain. Mindanya terbayang wajah Karmiza. Apa khabar cucunya yang seorang itu? Sihat ke? Bagaimana pula pelajarannya? Masih menetap di London ke? Berbagai persoalan yang ingin dikemukakan buat cucunya itu. Tetapi, ditahannya tatkala teringat akan janjinya pada Karmiza. Dia tidak boleh sentiasa berhubung dengan Karmiza, takut kalau-kalau Saifullizan menghidu rahsia mereka berdua. Memang dia kerap kali berhubung dengan Karmiza, tetapi bukan setiap hari. Dengar khabar, Karmiza menjalani praktikalnya di Malaysia. Semua berita ini dia dapat dari Ackiel juga.
“Harap-haraplah Karmiza sihat sentiasa. Dan...” Haji Mukhri diam seketika. “Harap-haraplah, ada keajaiban yang berlaku antara mereka berdua tu. Aku mohon kepadaMu Ya Allah, agar Kau pertemukan kedua-dua cucuku itu. Panjangkanlah jodoh mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Damaikanlah hati mereka, sejukkanlah hati mereka dari amarah yang membara, dari ego yang menggunung. Aku pohon kepadaMu, Ya Allah, agar perkenakan doakan buat cucu-cucuku itu. Amin Ya Rabal Alamin.”
***

Saifullizan merebahkan diri di katil. Badannya mengiring ke sebelah kiri menghadap meja kerjanya. Matanya menangkap gambar pada bingkai yang berada di atas meja itu. Lalu, dia turun dari katil dan mendekati meja kerjanya. Diambilnya bingkai gambar tersebut dan ditatapnya lama. Gambar perkahwinan dia dan Karmiza. Nampak benar wajah gadis itu tersenyum bahagia. Tangannya melingkari tubuh Saifullizan erat dan bibirnya menguntum senyuman yang paling manis yang pernah Saifullizan lihat.
Jatuh sebutir mutiara jernih dari tubir matanya. Dia terlalu rindukan wajah itu. Dia mahukan Karmiza kembali ke pangkuannya. Kalaulah masa boleh diputarkan kembali, dia pasti akan mengenali Karmiza dengan lebih baik. Kalaulah dia rendahkan ego dan keras kepalanya dulu, pasti sahaja semua ini tidak terjadi. Pasti isterinya masih berada di sisinya. Ketiadaan Karmiza dalam masa 4 tahun itu benar-benar mengubah dirinya. Dia tidak lagi seperit Saifullizan yang dulu. Dia sudah menjadi Saifullizan yang baru. Saifullizan yang benar-benar insaf dan berusaha untu mengubah diri ke arah jalan yang dituntut oleh Allah. Sedikit sebanyak, Saifullizan mempelajari kembali ilmu agama bersama atuknya. Kadang kala, dia akan ke surau berdekatan bersama atuk untuk bersolat berjemaah. Dia mahu seperti atuknya dan dia tidak mahu menjadi seorang hamba Allah yang lalai lagi. Dia benar-benar sudah berubah!
“4 tahun sudah berlalu, Miza. Abang rindu sangat kat cup cake. Bila lagi Miza kembali ke pangkuan abang? Tolonglah kembali pada abang. I need you, cup cake. I really need you now!” Rintih Saifullizan sayu. Air matanya berjuraian ke pipi tanpa henti. Setiap kali wajah Karmiza menjengah kotak mindanya, pasti sahaja air mata menjadi teman setia. Hatinya benar-benar terasa kosong tanpa Karmiza dan dia mahu isterinya kembali segera! Saban hari, setiap masa dia pasti mendoakan agar isterinya kembali kepadanya. Tetapi, doanya masih belum dimakbulkan. Namun, Saifullizan tidak pernah berhenti berdoa. Dia tahu suatu hari nanti, Karmiza pasti akan kembali kepadanya. Dia percaya akan itu.
***

Hari ini, Karmiza bercuti. Jadi, Karmiza mengambil kesempatan itu untuk keluar bersama dengan Mizan sebelum anak kecil itu kembali ke pangkuan ibu kandungnya.
Karmiza mengemaskan baju t-shirt yang sudah dipasang pada tubuh kecil itu.
“Okey, rambut dah sikat. Gigi dah cuci. Baju dah kemas. Siap! Sekarang, kita boleh pergi jalan-jalan. Tapi, mama nak pergi hospital dulu. Nak ambik barang sekejap. Boleh?” Mizan mengangguk sambil tersenyum. Karmiza menghadiahkan satu kucupan lembut di dahi kanak-kanak lelaki itu. Lalu, digamitnya tangan itu menuju ke kereta.
Karmiza memandu sehingga ke hospital. Dia memarkirkan kereta dan dibawanya Mizan bersama. Mereka bersama-sama memasuki hospital dan terserempak dengan ayah saudara Mizan atau lebih dikenali sebagai papa Ackiel. Ackiel tidak boleh terlalu lama bersama mereka kerana ada ‘kes’ yang perlu diselesaikan ketika itu juga.
Karmiza mengambil kertas-kertas penting yang diperlukannya esok. Sebelum beredar, sempat lagi rakan yang sama membuat praktikal di situ menegurnya.
“Mama...Miza nak ke tandas dulu, boleh?”
“Mizan boleh buat sendiri tak? Tahukan mana tandas?”  Mizan mengangguk laju. Dia sudah kenal tempat itu kerana Karmiza dan Ackiel sering membawanya ke situ. Dia sudah peka dengan sekeliling hospital itu. Tambahan pula, rata-rata doktor di situ mengenali si kecil yang comel ini.
***

Selesai sahaja kerjannya membuat pemantauan di tempat projek bagi membina hospital swasta baru di situ, Saifullizan terasa mahu ke tandas.
“Erk, Encik Halim. Tandas kat mana ye? Tak nampak pun tandas yang berdekatan dengan sini.”
“Oh! Kami selalu ke bangunan yang satu lagi. Bangunan tu, taklah lama sangat. Tapi, pemilik hospital tu nak luaskan lagi hospitalnya, jadi dia memberi kebenaran kepada para kontraktor untuk menggunakan kemudahan di bangunan yang satu lagi.” Jelas Encik Halim selaku pembantunya di situ. Saifullizan mengangguk dan segera ke bangunan yang dimaklum oleh Encik Halim tadi.
Setelah selesai melakukan hal peribadinya, Saifullizan keluar dari tandas dan matanya melilau ke seluruh hospital itu. Tiba-tiba, dia menjadi rindu akan bau apabila berada di hospital. Bau yang sering kali dihidunya sebaik sahaja Karmiza pulang dari hospital. Walaupun bau itu disebabkan bau ubat tetapi baginya, bau itu seolah-olah bau Karmiza. Dia jadi kepingin untuk merayau di sekitar hospital tersebut.
Tiba-tiba, kakinya dilanggar oleh seseorang. Dia menunduk ke bawah. Seorang budak kecil lelaki terduduk di lantai. Sambil bibirnya mencebik. Nampak air mata yang sudah bertakung di tubir matanya. Dia jadi serba salah kerana tidak melihat kehadiran si kecil itu. Saifullizan duduk melutut di depan kanak-kanak lelaki itu.
“Adik, sakit ke? Sorry ye, uncle tak sengaja. Janganlah nangis ye?” Pujuk Saifullizan tenang. Segaris senyuman dihadiahkan pada kanak-kanak lelaki itu. Nampaknya, kanak-kanak lelaki itu tidak jadi menangis. Matanya merenung lama pada wajahnya. Saifullizan naik hairan.
“Kenapa, dik? Awak marah kat uncle ye? I’m sorry. Apa kata adik ambil cup cake ni?” Saifullizan menyerahkan secawan kek yang baru sahaja dibelinya tadi di kafetaria hospital itu dan diberinya kepada budak kecil tadi. Dengan perlahan, tangan kecil itu mengambilnya. Saifullizan jadi lega sebaik kanak-kanak lelaki itu menerima pemberiannya. Tetapi, hatinya masih dipagut hairan kerana budak lelaki itu langsung tidak bersuara.
Saifullizan masih juga tercegat di situ, begitu juga dengan kanak-kanak lelaki itu. Tiba-tiba, bibir yang muncung tadi berubah senyum.
“Terima kasih, daddy!” Saifullizan tersentak. Budak lelaki tadi berlalu meninggalkan dirinya yang masih terpinga-pinga. Dia terkedu sebaik sahaja panggilan ‘daddy’ tadi terkeluar dari bibir mungil kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 3 tahun itu.
‘Daddy?’ Soalnya hairan dalam hati. Tidak lama kemudian, Saifullizan tersenyum lebar. Dia tergelak kecil. Baru kali ini, dia mampu tergelak kecil. Gelagat budak kecil itu benar-benar mencuit hatinya. Dia menggeleng perlahan dan berlalu ingin meninggalkan hospital tersebut.
***

Karmiza keluar dari pejabatnya dan terpandangkan Mizan yang sedang enak mengunyah cup cake di tangan. Berkerut dahinya sebaik melihat apa yang berada di tangan kanak-kanak kecil itu.
“Dari mana Mizan dapat cup cake ni?”
“Dari...dari...emmm...”
“Mizan...?” Mizan masih leka dengan cup cake di tangan.
“Dari daddy!”
“Mama tak nak Mizan tipu. Nanti mama marah.”
“Betul! Mizan tak tipu. Mizan baik. Mizan tak tipu. Daddy bagi.” Tegas kanak-kanak kecil itu lagi. Dahinya sudah berkerut tetapi tangannya masih tak henti menyuap cup cake itu ke dalam mulut. Karmiza mengeluh lemah dan menggeleng kepala.
“Jom. Cakap nak pergi jalan-jalan tadi kan? Meh, kita masuk kereta.”
Karmiza menarik tangan si kecil dan menuju ke tempat parkir tadi. Ketika keluar dari pintu utama hospital, terdengar suara orang yang memanggil namanya. Karmiza berpaling seraya tersenyum.
“Papa!” Jerit Mizan girang sebaik wajah Ackiel kembali menjengah mereka. Karmiza mendekati Ackiel dan membiarkan Ackiel mengendong Mizan.
“ Dah nak gerak dah?” Karmiza mengangguk.
“Awak cakap ada kes? Asal keluar pulak?”
“Sekejap je ni. Sebab nak jumpa Mizan. Takut tak sempat jumpa pulak.”
“Eleh, macamlah dia tu tak boleh jumpa Mizan lagi. Padahal, akak awak balik ke sini sekalipun, Mizan tu akan sentiasa berada di rumah awak.”
“I’m a doctor, remember? Saya sibuklah. Mana sempat nak jenguk anak saya ni. Kan, Mizan? Sayang papa tak?”
“Cayang!”
“Mizan, sayang mama tak?” Soal Karmiza tidak mahu mengalah.
“Cayang!” Jawab si kecil lagi. Mereka tergelak dengan telatah si kecil.
Dari jauh, seorang jejaka masih setia melihat gelagat mereka dari tadi. Dia hampir-hampir tersungkur di saat terpandangkan wajah orang yang dirinduinya selama ini bersama seorang lelaki yang dikenalinya dan juga seorang kanak-kanak kecil yang baru sahaja berjumpa dengannya tadi. Nafasnya terasa sesak di kala itu.
‘Siapa budak itu? Apa hubungan Karmiza dengan Ackiel? Tu anak siapa?’ Persoalan itu menyesak dadanya. Saifullizan kelu.

22 comments:

  1. thumbs up!! hehehe..

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaaaa..cepat2 sambung..menarik ni..nk tgk ape jadik ngn mamat hati kering tu..haihh.. mtk2 la miza ngn ackiel (wlpon dh tau miza nk laki dia jgk..haihh)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kak rehan mmg nk len drpda yg len..hahaha... thanx kak bce n3 kte... ^-^

      Delete
  3. Tak sabar nak tunggu next entry ...XD

    ReplyDelete
  4. best2...cepat sambung...
    jangan laa saifullizam mengamuk kat hospital pulak...

    ReplyDelete
  5. n3 yg bez~
    cepat2 smbung...huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...thank u...Kne sbr ye fara? heee... :D

      Delete
  6. nak miza ngan epul gak..tak mau orang lain..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kte tggu dn lihat k? thanx.. :D

      Delete
  7. eh, confuse kejap . Mizan bukn ank Karmiza dgn Epul erk? laa~ ingtkn ank dua org tu. ank angkt rupnya. ank buah Ackiel uh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...byk btl org ckp tu ank miza dgn epul...heee...Smua tekaan lngsung x sma dgn apa yg sy fkr..hehe..lucu btl.. ;)

      Delete
  8. x sabar nak entry yang baru...saya lebih suka kalau epul ngan miza...lebih cute n happy ending gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...Thanx Ainaa...waahh..team epul la ni? hehe..apa2pn, trma ksh sbb stia mnggu cter ni.. :D

      Delete
  9. wahhh.... mati2 ingat mizan tu anak miza n epul..
    tp confuse jugak.. bila ms depa ehem2.. hahaha..
    suka2... suka bg epul skit hati..haha
    tp lebih suka kalu miza ngan epul..
    tp ad beberapa olahan kena tukar sikit..
    sebab kadang2 x tahu tu dialog sape..
    sy pun pnh ditegur jugak dulu... ok.. be waiting 4 next entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sara..thank u my dear tgur..Ske ble ko tgur..Bru tahu apa slapnya..sjjurnya, aku pn rasa ada yg kureng skit..hehe.apa2pn, thanx sbb fllow cter ni smpi srg...bngga seh...hehe... ^-^ <3

      Delete
  10. hehe...ok, cepat sambung... :) keep it up!

    ReplyDelete