Monday, June 24, 2013

Cerita pendek part 4: Tiada Sangkaan Cinta

Part 8



Aku dan ibu duduk di bangku di taman mini rumahku. Derusan air terjun buatan pada kolam ikan membuat hatiku sedikit tenang. Ibu menghembus nafas panjang, lantas aku toleh merenung wajah ibu yang sudah kelihatan berkedut sedikit. Sempat lagi hati ini memuji wajah ibu yang tetap nampak muda walaupun ada kedutan di bawah matanya. Aku benar sayang padanya. Oh,ibu! Apa yang ibu ingin sampaikan?
"Ibu tahu yang Fin tak dapat terima Ril lagi," ibu sudah mula membuka kata. Aku hanya diam ingin mendengar penjelasan yang aku tunggu-tunggu selama ini.
"Tapi, macam yang ibu cakap sebelum ni. Ril adalah yang terbaik untuk Fin dan ibu pasti dialah jodoh yang tercipta untuk kamu,"
"Ibu, sedangkan lidah lagikan tergigit, pasal jodoh ni kita tak tahu. Mungkin masa ni, Ril dapat jadi suami Fin. Tapi, belum tentu hubungan kami akan kekal,"
"Fin!" suara ibu sedikit naik. Matanya sudah mencerlung marah padaku. Aku tahu ibu tidak suka akan kata-kata yang baru saja terbit dari mulutku ni. Baru sahaja kahwin sudah menyatakan cerai. Aku mengalih pandangan dan memandang kolam ikan di depan.
Ibu menarik nafas panjang dan dapatku rasakan genggaman lembut pada tanganku. Aku menoleh semula pada ibu dan wajah ibu yang garang tadi sudah berubah lembut semula. Kini, giliran aku pula yang menghembus nafas dengan berat.
"Fin tak tahu kenapa ibu sanggup terima dia sebagai menantu ibu sedangkan ibu tahu apa yang berlaku antara kami berdua. Fin..."
"Ibu tak merancang pun semua ni. Tapi, kalau Fin nak tahu semasa Fin pergi sambung belajar ke luar negara, Ril ada ke rumah kita. Kerap juga dia menjenguk ibu dan ayah di masa kamu tak ada di sini," aku tercengang dengan penjelasan ibu. Biar betul Zuhairil ada menziarah ibu bapaku tanpa pengetahuan aku?
"Apa maksud ibu? Fin, tak faham," aku renung wajah ibu dengan dalam. Ibu mengeluh lemah.
"Ibu tahu ibu salah sebab tak maklumkan perkara ni pada Fin. Tapi, percayalah Fin. Ril adalah lelaki terbaik untuk Fin. Fin percayalah cakap ibu,"
"Tapi kenapa, bu? Kenapa ibu cakap macam tu? Ibu jangan terpengaruh dengan layanan dia,bu. Walaupun dia selalu jenguk ibu dengan ayah, tapi tak bermakna kita boleh percaya dengan dia," aku memprotes akan kata-kata ibu.
"Fin, tiada manusia yang sempurna. Semua pernah lakukan kesalahan dan tak salah kalau kita berikan mereka peluang kedua, kan?" Aku lantas terdiam dengan ayat ibu. Dadaku terasa sesak dan memberontak. Kenapa ibu begitu mempercayai lelaki itu? Ibu tahu akan sejarah hubungan antara aku dan dia. Kenapa disebabkan lelaki itu sentiasa melawat keluargaku, ibu sudah mampu terima dia sebulatnya?
Mataku terasa hangat dan bergenang jua air jernih itu.
"Ibu tak faham dengan perasaan Fin. Fin yang terseksa,bu. Dan sekarang, Fin dah tak dapat lari lagi sebab dia dah jadi suami Fin!" suaraku sudah mula berubah. Aku mula tersedu-sedan. Air mata berlinangan jatuh ke pipi. Aku sudah tidak tahan lagi. Kenapa ibu sanggup buat begini padaku? Sudahlah lelaki itu ada agendanya sendiri, sekarang aku terpaksa berhadapan dengan segala seksaan bersamanya.
Terasa bahuku diusap dengan lembut.
"Ibu rasa hanya Ril sahaja yang ada jawapan bagi segalanya. Kalau ibu jelaskan, mungkin Fin tak boleh terima. Tapi, dengarlah cakap ibu,nak. Setiap kepahitan yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Sedangkan ubat yang pahit pasti ada kebaikannya. Mungkin perit untuk ditelan tetapi, hasilnya...untuk kebaikan kita juga." Kata-kata ibu dibiarkan berlalu sahaja. Aku melayan tangisan yang semakin menjadi-jadi.
"Sudahlah, nak. Kamu kena bersiap awal. Majlis kamu akan berlangsung malam nanti. Jadi, janganlah menangis lagi. Fin kena ingat. Fin sekarang dah pun jadi suami Ril. Hormat dia dan janganlah membelakangi arahannya. Jangan ingkar kata suami, nak." nasihat ibu aku dengar dengan perasaan kosong. Entahlah. Aku tak mampu nak terima yang aku sebenarnya sudah menjadi hak milik lelaki yang bernama Zuhairil tu. Lelaki yang pernah singgah ke dasar hatiku dan pernah juga merobek hati ini sehingga berkecai segala impian ingin bersamanya.
Ibu merenung wajahku dalam-dalam dan mengukir senyuman manis.
"Ibu doakan semoga hati Fin mampu terima Ril nanti. Mungkin dulu dia pernah menyakiti Fin tapi, sekarang manusia mampu berubah. Ibu sayangkan Fin. Kalau Fin sayangkan ibu, Fin terimalah Ril dan belajar untuk mencintainya semula. Itu saja pinta ibu." Itulah kata-kata ibu sebelum beredar masuk ke rumah. Aku termenung dan memikirkan segala kata-kata ibu tadi.
"Fin terimalah Ril dan belajar untuk mencintainya semula." Ayat itulah yang menghantuiku sekarang. Terima bekas kekasihku dan mencintainya semula? Bagaimana mungkin aku terimanya kembali?
Kepala yang kusut membuatkan aku bengang dengan semua yang terjadi ni. Adakah ini semua mimpi? Ya Allah, macam mana aku nak hadap muka lelaki itu tiap-tiap hari? Malah, mungkin untuk selamanya? Orang kata cinta selepas nikah itu lebih manis, tapi sekarang? Aku pernah mencintainya dan aku pernah kecewa kerana dirinya. Dan sekarang bagaimana aku pupuk rasa cintaku padanya sedangkan aku pernah merasa siksanya bercinta dengannya dulu?
Aku seka air mata dan aku menyebam wajah pada meja kayu. Sememangnya aku tengah kusut sekarang. Rimas! Kusut! Arghh!
Apabila hati dah mula merasa tenang sedikit, aku dongakkan wajah. Membulat mataku tatkala wajah Ril menyapa anak mataku. Begitu hampir sekali jarak kami tika itu sehingga aku tergamam tanpa mampu bergerak.
Zuhairil tersenyum manis padaku dan tanpa kusangka dengan pantas pipiku menjadi mangsanya.
"Ni ubat untuk kau supaya kau tak nangis lagi dah," selamba sahaja dia berkata begitu. Mataku terkebil-kebil merenung anak matanya. Aku jadi hairan dengan perangai Zuhairil. Sekejap layanannya begitu menyakitkan hati dan tidak lama selepas itu, dia berubah menjadi seorang yang benar-benar lembut. Aku jadi keliru dengan tingkahnya.
"Sayang, jom kita pergi ke hotel." Mahu terbeliak mataku mendengar perkataan 'hotel' yang keluar dari mulutnya. Tercetus tawanya sebaik melihat reaksiku tadi.
"Kau ingat aku nak buat apa? Bukan ke kita ni dah halal? Sukahatilah nak buat apa kan?" Aku melopong tanpa bersuara.
"Ke kau nak sekarang juga kat rumah ni?" Aku menjegilkan mata padanya dan itu membuatkan Zuhairil galak mentertawakanku. OMA! Oh my Allah! Dia ni pervert! Tapi, dia kan suami aku. Memang betul pun kata dia. Kami ni dah halal. Tapi...Ish! Melampaulah!
"Eh! Kalau aku nak buat apa-apa kat kau, aku dah buat malam tadilah!" Mulut yang ternganga besar tertutup secara automatik. Betul jugak apa dia kata tu. Malam tadi kami tak buat apa-apa. Dia pun sedap berdengkur kat telinga aku. Bingit betullah!
"Kita punya majlis kat hotel. Jadi, cepat bersiap. Kita kena gerak ke sana dulu. Barang-barang dah ada. Tunggu lepas solat Isyak, majlis akan bermula. Jadi, baik kau bersiap sekarang, kita ke sana dulu. Tengok persiapan di sana sebelum majlis bermula," panjang penjelasannya.
"Oh!" Itu sahaja yang mampu aku ucapkan padanya. Aku kembali memandang wajanya inginkan kepastian.
"Apa yang tercengang lagi tu? Jomlah! Aku nak pergi sekarang. Jangan nak berlengah lagi!" Lantas, aku bangun dari kerusi kayu dan aku mengangkat kaki ingin beredar.
Tatkala kaki ingin melangkah, lenganku terasa ditarik dari belakang. Tubuh kecilku senang sahaja tertarik ke belakang. Aku terkedu saat tangan Zuhairil memeluk erat pinggangku. Zuhairil mendekatkan bibirnya pada kedua-dua kelopak mataku, membuatkan hatiku terenjat dengan palukan yang kuat. Dia mendekatkan bibir pada cuping telingaku dan membisik sesuatu.
"When you feel you wanna cry and no one besides you, I am here to wipe your tears and i will try my best to be at your side." Dadaku seperti ombak dipalu pantai. Deras tanpa henti memalu jantungku. Apa maksud di sebalik katanya itu?
"Jom ke hotel!" Dengan pantas Zuhairil menarik tanganku dan digenggamnya erat. Aku hanya mengikut sahaja ke mana saja dia membawaku. Adakah hati ini mampu menerimanya kembali? Kalau tidak, mengapa perlu bergetar dengan laju? Kalau ya, mampukah aku hadapi kekecewaan yang bila-bila sahaja akan berlaku dari lelaki yang bergelar 'Player' ini? Kami melangkah mendekati kereta dan laju sahaja kereta yang dipandunya berlalu meninggalkan perkarangan rumah.

2 comments: