Sunday, May 6, 2012

Penawar Rindu buat Pembaca Penyelamat Cinta


Rindukan Penyelamat Cinta? Ni saya bagi sedikit sedutan buat penawar rindu.
Penyelamat Cinta ♥

Sedikit sedutan masa Saifullizan tengah sakit perut


Karmiza menggigit bibir menahan rasa senak di perut. Bukan apa, dia rasa nak gelak bila tengok Saifullizan asyik tertonggeng kat atas katil.
"Aduh..Sakitnya. Rasa nak meletup perut ni dibuatnya," Saifullizan merengek sambil berselubung di bawah selimut. Karmiza mendekati Saifullizan dan menarik selimut. Dilihatnya dahi Saifullizan yang berkerut.
"Erk..sakit sangat ke?"
"Sakitlah! Kau bagi racun ke kat aku?"
"Mungkin..."
"Hah?" Tiba-tiba...
"Kejap. Nak pergi tandas lagi." Saifullizan bergegas ke bilik air dan menutup pintu dengan kuat. Karmiza menyebamkan wajahnya pada bantal.
"Kahkahkah..." Mahu putus uratnya asyik tergelak. Dari tadi pulak tu. Setiap kali Saifullizan ke tandas, setiap kali itulah dia ketawa sambil menutup mulut dengan bantal. Bila suaminya keluar dari bilik air, dia kembali berlakon normal. Saifullizan merenung tajam pada wajah Karmiza.
"Kau memang bagi racun kat aku ke sampai aku boleh sakit perut cam ni?"
"Aneh! Kalau saya bagi racun, asal awak sakit perut lak? Racun bukan orang terus jalan' ke?"
"Jalan?"
"Ha'ah..Jalan...berjalan ke kubur."
"Mulut tak ada insurans ke?"
"Awak belum bayar insurans saya lagi."
"Menjawab!"
"Then, saya soallah awak balik,"
"Apa yang kau nak soal?"
"Awak tak rasa nak ke tandas lagi ke?"
"Kau..." Saifullizan menekan perutnya. Lalu, meluru ke tandas semula. Karmiza terkekek ketawa lagi. Beberapa minit kemudian, Saifullizan keluar dari tandas dengan wajah yang pucat. Karmiza rasa bersalah pula. Saifullizan bergerak ke katil dan merebahkan tubuhnya. Karmiza mengigit bibir.
"Awak?"
"Apa?" Soal Saifullizan malas.
"Saya ada penawar untuk kurangkan sakit perut awak tu."
"Apa penawarnya?" Soal Saifullizan lemah.
"Ini..."
Cup!
Karmiza menghadiahkan Saifullizan satu kucupan di bibir. Karmiza tersengih. Saifullizan tergamam. Memang benar terus hilang rasa sakit perutnya buat beberapa jam kemudian. Akhirnya, Saifullizan tertidur ditemani Karmiza yang baring di sisinya. Tetapi, rasa sakitnya hanya mampu bertahan untuk beberapa jam saja. Bila bangun subuh, dia kembali ke tandas. Karmiza hanya menjadi pemerhati setia ke mana saja suaminya bergerak

13 comments:

  1. Hahaha...memang terkena Saifullizan...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..Kn Karmiza x nk die kluar mlm tu? mmg trkna hbs la..hehe..

      Delete
  2. hahaaha siannya Saifullizan... tapi suka lah ter dapt free kiss. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...Karmiza knakan die..tp ttap sygkn die..hehe.. :D

      Delete
  3. Kak fika mana nak dpt novel penyelamat cinta bab 17?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab 17 blm ada lg..sorry lma bwat pmbca mnunggu..

      Delete
  4. Cik fyka, i'm waiting for bab 17...teruja sgt nk baca!!

    ReplyDelete
  5. Kak fyka, mana nak dapt novel penyelamat cinta bab 20?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dear.. Akak x bukak ending PC sbb akak nk bwat suprise bwat pmbca PC..mgkn akak nk htr mnuskirp ke publisher..Inshaa Allah.. Doakn ya.. :D

      Delete
  6. Bisa baca secara penuh?????
    Caranya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ya.. Bab akhr PC udah lama tutup. sbbnya saya mau jadikn buku.. Hrap brsbr ya.. :D

      Delete
  7. Bab akhir buka lagi tak?

    ReplyDelete