Rakan-rakan pengikutku

Monday, September 17, 2012

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 39


Bab 39

            LAMA mataku merenung kedua-dua wajah yang tersenyum-senyum penuh makna. Aku pula sudah bercekak pinggang geram dengan keputusan yang mereka buat secara melulu.
            “Sampai hati ibu dan ayah buat Risya macam ni? Kenapa tak beritahu awal-awal pasal hal kahwin ni semua?” Soalku masih tidak berpuas hati. Ibu dan ayah berpandangan antara satu sama lain.
            “Nak tunggu kamu tu jangan harap. Hanya buat keputusan ikut kepala sendiri aje. Tengok-tengok siapa yang kecewa merana? Kamu jugakkan?”Jawab ibu dengan selamba. Aku mengetap bibir mendengar penjelasannya. Ayah pula masih diam tanpa mahu menyampuk.
            “Tapi keputusan ibu dan ayah ni dibuat masa Nick datang bawak family dia ke Miri hari tukan? Sempat lagi nak beritahu. Ini tidak...Main setuju je tanpa nak tanya pendapat Risya. Yang nak kahwin tu Risyakan?”
            “Ya...Ibu tahu yang nak kahwin tu kamu. Kamu nak suruh ibu pulak yang kahwin ke? Ayah kamu ni nak letak ke mana?” Seloroh ibu pula. Aik? Ibu ada hati nak kahwin lagi ke? Terdengar bunyi dehaman ayah di sebelah. Ibu sudah tergelak kecil. Perasan yang ayah tengah makan hati dengan seloroh ibu tu.
            “Saya main-main jelah, G.” Tangan ibu menepuk paha ayah lembut. Walaupun tengah geram dengan kedua ibu bapaku, namun dalam diam aku kagum akan layanan ibu pada ayah. Sangat romatis sekali. Sweetnya!
            “Ehem..ehem...Kita fokus kat pengantin di depan ni ya? Tak lama lagi yang nak kahwin ni saya, ibu ayah. Sekarang masalah belum selesai lagi ini.”
            “Aik? Masalah belum selesai? Kamu ni nak sangat bincang pasal benda ni kenapa? Tak nak kahwin ngan Nick tu ke?” Baru kini ayah bersuara. Aku memuncungkan bibir.
            “Bukan tak nak. Tapi terasa hati sebab tak tanya kat Risya dulu. Nak beritahu hal sebenar pun susah ke?”Suaraku sudah berubah merajuk. Bibir masih tak lepas dengan muncung itik. Sampai hati mereka buat aku macam ni? Hmph!
            “Memang susah! Kalau ibu bagitahu perkara ini kat kamu, entah-entah kamu tolak terus. Yalah...Hari tu siapa yang beriya-iya nak simpan rahsia? Konon-konon tak nak kekasih tengok keadaan dia yang patah kaki tu. Patah kaki je pun!” Ibu sudah mula membangkit cerita lama sebagai penamat soalanku. Aku memeluk tubuh.
            “Tapi ibu masa tukan...”
            “Ibu tahu dalam hati kamu tu hanya ada Nick. Malah kalau Risya nak tahu, sebenarnya kamu dengan Nick tu dah lama bertunang.” Pintas ibu. Aku yang sedari tadi hanya memuncungkan mulut sudah mula terlopong luas. Ada cerita lain yang aku tak pernah tahu lagi ke? Aku melongo sahaja. Tidak sangka dengan kenyataan yang ‘terbaru’ ini.
            “Mak..maksud ibu?” Soalku tidak percaya.
“Maksud ibu, kamu tu dah lama bertunang dengan Nick. Cuma ibu dengan ayah saja tak nak beritahu kamu perkara sebenar. Takut kamu terkejut beruk. Lagipun, tu memang plan ayah dengan ibu semasa kamu ambil keputusan terima lamaran Iz dulu. Risya pun tahu sebenarnya ibu pun tak sokong keputusan Risya tu? Jadi, ibu dengan ayah dah buat keputusan untuk tunangkan kamu dengan Nick sebelum majlis kamu dengan Iz tu,” Aku bungkam. Blur. Tidak tahu nak cakap apa setelah mendengar penjelasan ibu tu.
“Ibu dengan ayah dah rancang nak batalkan pernikahan kamu dengan Iz menggunakan alasan yang kamu ni sebenarnya tunangan orang. Tapi tak sangka pula ada orang lain yang bantu memberhentikan pernikahan tu.” Jelas ibu. Terlayar kejadian dulu semasa aku hampir-hampir menjadi isteri kedua Iz. Erk! Tak naklah fikir balik. Yang lepas biarkan lepas.
Aku berdeham sambil melepaskan tangan dari memeluk tubuh. Aku melongo seketika. Perkara ini begitu mengejutkanku seperti mana berita mengenai hari pernikahanku ditetapkan oleh kedua-dua ibu dan ayahku. Aku memandang mereka.
“Pasal pertunangan tu...Nick dah tau lama atau tak?” Aku persoalkan lagi perkara mengenai ikatan pertunangan ini. Ibu menggeleng. Manakala ayah pula sedari tadi senyap sahaja. Tidak berbunyi langsung. Hanya matanya saja dikerlingkan pada wajah ibu.
“Tok Idham dan Encik Baharuddin sendiri yang datang berjumpa dengan kami. Cadangan ini sebenarnya datang dari Tok Idham. Oleh kerana Tok Idham risaukan keadaan Nick yang macam mayat hidup kat rumah, sebab tulah dia buat perancangan nak tunangkan kamu berdua tanpa pengetahuan kamu dan Nick,” Sekarang barulah aku mengerti situasinya. Mungkin disebabkan rasa kasih terhadap cucunya, Tok Idham sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan kami berdua. Aku berasa terharu dengan tindakan Tok Idham itu. Dia benar-benar sudah menerima cucunya itu. Alhamdulillah.
“Dengan cara ini je boleh selamatkan kamu berdua. Ibu tahu sangat anak ibu ini. Egonya pun melangit tak sudah. Alih-alih, orang tua juga yang kena masuk campur. Teruk betul, Risya ni!” Sindir ibu. Aku hanya tersengih saja. Malu sebenarnya. Tak mahu mengaku cintakan Nick dan sanggup menerima lamaran daripada suami orang. Sekarang dah kena sebijik! Sabor jelah.
“Bila Nick datang ke rumah, barulah dia tahu pasal benda ini. Dia pun terkejut jugak. Tapi dia tak melatah. Dia terus datang bawa keluarga dia dan kami merancang tarikh perkahwinan kamu berdua. Jadi, ibu dan ayah dah decide nak kahwinkan kamu berdua minggu depan jugak! Takut macam-macam hal berlaku. Sudah hati tu dah cinta, Risya...Baik diteruskan aje niat yang baik tu. Tak adalah maksiat berlaku.” Seloroh ibu lagi. Aku mencebik sahaja.
“Alah ibu ini...Kita dah besarlah. Pandai-pandailah kita orang jaga diri.” Tungkasku pula.
“Habis tu kamu nak ke tak nak kahwin dengan Nick?”
“Mestilah nak!” Jawabku pantas. Muka sudah mula kemerah-merahan. Aku menggigit bibir. Alamak! Terlepas cakap pula. Adui! Malunya. Aku ni memang muka tak malu. Ibu sudah menampar pahaku lembut.
“Amboi...Tengok tu. Dah tak sabar dah nak kahwin. Ni, G...Kita kahwinkan ajelah dia orang ini. Tak boleh nak lambat-lambat dah. Memang wajib kahwin terus! Ulat bulu dah naik nak menggatal.” Ibu memerliku sambil matanya memandang wajah ayah. Aku terjegil melihat wajah ibuku yang sudah galak tertawa. Amboi!
“Ibu! Pandai-pandai je cakap kita ni menggatal. Alah..Ibu pun tahukan Risya dah memang patut kahwin dah sekarang. Umur pun dah 26 tahun. Sesuailah tu!”
“Haa...kalau macam tu, dalam masam 3 bulan dari sekarang jangan lupa berikan kami cucu.”
“Ibu!” Aku menjerit kecil dan mencubit pipi ibu. Aku suka bergurau senda dengan ibu. Bila melihat wajah ibu yang sudah tembam membuatkan aku rasa geram nak cubit pipi dia. Mesrakan kami?
“Haaa...dah dah...Anak beranak ini bila dah bergurau, satu rumah bising. Dah dah...Takut orang sebelah dengarlah. Dah Risya pergi tidur. Kamu tu tak penat ke baru balik dari Sabah ini?” Ayah sudah bersuara. Ingin menyudahkan gelak tawa kami.
Aku hanya tersenyum simpul pada ayah. Ya...Memang aku penat setelah duduk lama di dalam kapal terbang tadi. Sebaik sahaja mendapat khabar tentang pernikahanku, aku terus mendapatkan tiket ke Miri dan berjumpa dengan kedua ibu ayahku. Manakala Nick pula sudah kembali ke Kuala Lumpur. Ingin mengurus apa saja keperluan untuk hari pernikahan kami. Malah, persiapan sudah pun dibuat awal beberapa hari yang lepas. Jadi bagaimana pula dengan pihak perempuan?
“Penat tu penatlah,yah. Tapi...ada benda yang Risya still nak tahu. Macam mana persiapan di sebelah kita pula?”
“Yang tu kamu jangan risau. Ibu pun sebenarnya dah buat beberapa persiapan sebelum kamu sampai ke sini. Cuba tengok kat dalam bilik kamu tu.” Mataku sudah terjegil mendengar kata ibu. Sudah buat beberapa persiapan? Cepatnya. Lantas, aku beredar ke bilik tidurku.
Betapa terkejutnya aku melihat perubahan di dalam bilik tidurku sekarang. Ternyata benarlah kata ibu. Sudah ada persiapan seperti barang-barang hantaran yang diletak di dalam bilikku. Semua hantaran untuk pihak lelaki. Malah, kedudukan katil dan segala barang di dalam bilik ini juga sudah berubah. Dulu bilikku sedikit sempit dan bersepah, sekarang sudah luas dan katil tidur single bed juga sudah berubah Queen Size. Perhiasan katil juga dibuat. Aku menoleh memandang wajah ibu tidak percaya.
“Ibu excited sangat bila tahu kamu akan bernikah tak lama lagi. Jadi, ibu cepat-cepat siapkan apa-apa yang dapat disiapkan. Hantaran tu semua Nick yang pilih. Ibu cuma ikut aje. Tetapi, Nick ni bukannya memilih sangat. Simple aje orangnya.” Mahu tercekik aku mendengar kata ibu itu. Simple aje orangnya? Simplelah sangat!
Aku jadi teragak-agak ingin duduk dan tidur di dalam bilik bakal pengantin ini.
“Ibu, tak apa ke kalau saya baring kat atas katil yang dah dihias ni? Hari pernikahannya minggu depan. Tak cepat sangat ke ibu hiaskan katil ini?”
“Apa nak risaukan? Tidur aje kat bawah lantai itu,” Sengaja ibu mengenakanku.
“Alaaahh...Ibu ini...” Rengekku manja. Mulutku sudah muncung seperti itik. Ibu pula sudah tergelak-gelak. Wajah ayah baru tersembul di depan pintu.
“Haa...macam mana katil dia elok? Boleh tahan tak? Takut nanti masa malam pertama roboh pula katilnya ni.” Giliran ayah pula ingin mengenakanku.
“Ayah!!”


NICK melepaskan nafas lega. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Malah, lamarannya juga sudah diterima oleh Risya. Jadi, yang tinggal hanyalah beberapa persiapan di hari pernikahan nanti.
            “Kau nampak berseri-seri aje abang tengok,” Tegur Emir pada adik kembarnya. Dia meletakkan tangannya pada besi veranda sambil matanya tak lepas dari memandang wajah kembarnya itu. “Abang gembira tengok kau bahagia macam ini. Memang betullah apa yang Tok Idham dan Papa buat tanpa pengetahuan kau tu. Kalau tak, dah lama si Risya dikebas Iz. Putih mata kau,”
            Nick tersenyum kecil pada Emir. Matanya beralih memandang ke bawah. Melihat air kolam di taman membuatkan dia teringat akan kenangan semasa melamar Risya di pantai Sabah itu.
            “Sebenarnya abang nak minta maaf kat kau atas apa yang berlaku selama ini. Kalau tak dah lama kau dengan Risya tu bernikah. Tetapi disebabkan perbuatan abang yang  mengambil keputusan terburu-buru tanpa pengetahuan kau, membuatkan abang rasa bersalah sangat-sangat. Abang minta maaf ya, Nick?”
            “No hallah, Abang Emir. Semua tu dah lepas dah. Lagipun, semua yang berlaku tu ada hikmahnya. Mungkin benar tindakan Abang Emir tu. Kami patut beri masa pada hubungan kami berdua. Dengan cara tu, barulah kita sedar betapa pentingnya antara satu sama lain. Betul tak?” Ujar Nick dengan tenang. Emir hanya mengangguk sahaja.
            “Lagipun, apa yang Abang Emir lakukan tu di sebabkan rasa tanggungjawab seorang abang pada adiknya. Lebih-lebih lagi kita ini kembar. Mama pun dah serahkan tanggungjawabnya pada Papa dan abang. Jadi, bagi Nick semua tu tak salah mana pun.” Sambung Nick lagi. Tiada langsung rasa marah mahu pun benci pada tindakan kembarnya itu. Dia cuma redha akan segala ketentuan Ilahi. Sudah begitu aturannya, dia cuma perlu tabah melaluinya. Walau sakit dan perit hati menanggung, kalau sudah benar ada jodoh antara mereka, semua yang berlaku itu terasa bagaikan satu kurniaan yang tak berbelah bahagi.
            Mereka berdua senyap buat seketika. Melayan perasaan masing-masing pada malam yang dingin sambil ditemani cahaya bulan bersama bintang di langit.
            “Eh? Kau tak nak tidur lagi ke? Kan baru je balik dari Sabah. Pergilah berehat.” Saran Emir pada Nick. Sebagai seorang abang, dia bimbang akan keadaan adiknya itu. Walaupun perbezaan mereka hanyalah berdasarkan masa, tetapi rasa sayang terhadap adik kembarnya tetap utuh.
            “Ha’ah tapi kejap lagilah. Abang Emir pergilah tidur. Kang kakak iparku meradang pulak.”
            “Amboi...Mengumpat orang nampak?” Tegur seseorang dari belakang mengejutkan kedua-dua beradik itu. Wajah Iyan sudah dimonyokkan dan kakinya melangkah mendekati si suami. Dipeluknya Emir dan matanya sempat menjeling pada Nick. Nick tergelak kecil.
            “Panjang umur kak!”
            “Akaklah sangat!” Tungkas Iyan kembali. Wajahnya berubah senyum. Tahu sangat perangai Nick yang suka mengenakannya. Sudah biasa dengan sikap kawan seuniversitinya itu.
            “Nick nak tahu sangatlah. Dalam situasi Iyan sekarang, kalau nak tengok rupa kami berdua ini memang macam berdiri di depan cermin. Tak nampak sangat bezanya kecuali kalau abang Emir guna cermin mata. Tapi, kalau Abang Emir tak pakai, macam mana Iyan boleh tahu yang mana satu abang Emir atau Nick?” Soal Nick ingin tahu. Sudah lama dia mahu bertanya perkara itu tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan pelbagai masalah, dipendamkan saja persoalan itu. Jadi, sekarang bila sudah duduk bersama, terluah juga persoalan itu dari benaknya.
            “Jawapannya senang aje. Kau ni kuat menggatal berbanding abang. Sebab tulah aku tahu.” Tersembut tawa Emir mendengar seloroh isterinya itu. Ada-ada saja benda yang dikenakannya pada Nick. Dia faham situasi mereka berdua. Dulu memang pernah terbit perasaan cemburu terhadap adiknya itu. Tetapi, melihat keikhlasan Iyan yang hanya mencintainya seorang, membuatkan dia mengambil keputusan untuk mengambil Iyan menjadi isterinya. Malah, Iyan langsung tak pernah melayan Nick lebih daripada seorang kawan. Nick pula hanya sibuk melayan gadis-gadis keliling pinggang tetapi tidak Iyan.
            Nick turut tertawa mendengar omelan isteri abangnya itu. Sudah tahu benar akan sikapnya yang suka membalas kembali kata-katanya.
            “Actually, tak dinafikan yang kau orang berdua ini kembar seiras. Susah betul nak bezakan kau orang berdua ini. Muka memang sebijik! Tak ada bezanya kecuali satu.” Tebak Iyan sambil tangannya tak lepas dari memeluk lengan Emir. Emir berasa sengan diperlakukan sebegitu. Nick pula sudah biasa melihat kemesraan mereka berdua. Selama 5 tahun menyulam cinta, akhirnya mereka bersatu. Dalam senyap, Nick kagum akan kesetiaan perasaan cinta bagi pasangan itu.
            “Apa bezanya, Iyan?” Soal Nick ingin tahu.
            “Ha’ahlah sayang. Apa bezanya?”Terdetik juga hati Emir mahu tahu bagaimana isterinya mampu mencari perbezaan antara dia dan Nick.
            “Sebenarnya...”


AKU tergamam saat melihat wajahnya yang berdiri betul-betul di depanku. Mujurlah aku sudah bertudung litup kalau tidak pasti aku akan merasa malu sekali lagi. Teringat pula kejadian di Korea apabila tanpa sengaja aku membiarkan Nick melihat rambutku ketika masih mamai.
            Aku yang pada awalnya mahu keluar bersama ibu tengah hari ini sudah mendapat kejutan daripada empunya diri yang sudah tegak berdiri di depan bilikku.
            “Aw..awak buat apa kat sini?”Aku mula menyoalnya. Terkejut memang terkejut. Lebih-lebih lagi melihat Nick ada di Miri. Bukan apa...Baru sahaja 2 hari sebelum ini kami bertemu di Sabah. Sekarang, Nick ada di sini pula. Di dalam rumahku, di depan bilik yang bakal kami kongsi nanti. Mak aii...Bila difikir balik rasa malu pula dan tipulah kalau aku kata aku tak berdebar-debar menunggu saat disatukan bersama Nick sebagai isterinya yang sah.
            “Saya...saya nak jumpa bakal isteri saya. Kenapa? Salah ke?” Soal Nick kembali. Suaranya kedengaran sedikit menggoda. Matanya juga memandang tajam pada anak mataku sehingga menusuk ke kalbu. Cewahh!
            “Bu..bukan. Tak salah pun nak jumpa bakal isteri. Tapi, sejak bila pula awak ke sini? Bila masa pula awak datang Miri? Tak beritahu saya pun yang awak nak datang sini.” Aku cuba memberanikan diri bertentang mata dengannya. Dalam hati pula macam rasa nak pecah menahan debar tatkala matanya tak lepas dari memandangku. Aduh! Parah ni...
            “Buat apa nak beritahu awak. Saya datang sebab nak suprisekan awak. Saya ada bawa hadiah untuk awak ke mari.” Jawabnya sambil tersenyum panjang. Aku mengerutkan dahi.
            “Hadiah? Hadiah apa?”
            “Saya!” Jawabnya pantas sambil mendepakan tangannya. Aku yang terlopong mendengar katanya sudah menghamburkan tawa. Dia juga turut ketawa sama. Setelah tawa kami reda, barulah dia menyambung kembali katanya.
            “Tak sebenarnya saya datang kat sini nak bawa awak beli barang hantaran. Lagipun hari tu saya beli barang hantaran bersama ibu masa saya kat Miri hari tu. So, sekarang giliran awak pula. Jadi, hari ini saya nak bawa awak dan ibu keluar nak beli barang-barang yang belum dibeli lagi.” Aku mengangguk sebaik mendengar penjelasannya. Wah! Tunang aku ini sanggup ke Miri semata-mata nak teman aku beli barang-barang hantaranku. Terbit rasa terharu padanya.
            “Awak dah siapkan?” Sambung Nick lagi. Aku mengangguk dan keluar dari bilik. Apabila melangkah keluar dari bilik, Nick pula masuk ke dalam bilikku. Mataku terjegil melihat kerenah selambanya itu. Amboi!
            “Haa...Rasa-rasanya hantaran saya ini dah cukup. Tak perlu tambah pun. Yang tinggal cuma hantaran untuk awak ajelah. Lagipun tengok katil pengantin ni. Emm...Ehem ehem...Elok dan attractive.” Aku sudah menjegil padanya. Dia sudah tersenyum kecil.
            “Gatal!” Aku keluar dari bilik dan mengambil beg tangan yang aku letakkan di kerusi di depan bilikku. “Awak jomlah kita keluar. Sudah-sudahlah fikir yang bukan-bukan tu. Kita dah lambat ini. Nak kejar masa...” Aku memanggilnya agar cepat-cepat keluar dari bilik sebelum dia memikirkan perkara yang bukan-bukan lagi.
            Sebaik saja aku bergerak mendekati kereta, ibu pula baru keluar dari rumah. Aik? Ingatkan dah keluar. Rupa-rupanya masih di dalam rumah. Ibu keluar bersama Nick. Ibu menyerahkan kunci kereta pada Nick. Aku menongkat kening.
            “Hari ini biar Nick yang drive. Biar dia biasa-biasakan diri memandu di Miri ini. Nanti bila ada kat Miri, tak susah mana. Lagipun, bandar Miri ini mana ada besar sangat. Senang aje jalan kat sini.”
            “Tapi ibu, Nickkan baru sampai sini?”
            “Amboi...Sayang benar dia dengan tunang dia ini ya? Dulu tak ada pula dia nak buat macam ni.” Sindir ibu membuat aku cemberut.
            “Ibu ini...ada-ada aje nak mengena orang kan?” Balasku kembali. Mataku menyorot pada wajah Nick. Dari tadi mamat ni tersengih aje. Langsung tak nak back up aku pun. Karang aku back hand kau baru tau. Aku menggerutu geram.

SESUDAH membeli barang-barang yang diperlukan untuk majlis nanti, ibu menyuruh Nick untuk mengambil kad-kad jemputan yang sudah siap dicetak. Aku yang tidak tahu-menahu perkara ini tergamam tika itu.
            “Kad jemputan? Kad jemputan dah dibuat ke, bu?” Soalku pada ibu yang duduk di depan bersebelahan dengan pemandu kami iaitu Nick. He he he...
            Ibu mengangguk. “Ha’ah. Kad kamu tu perlu dihantar sekarang. Alang-alang dah siap, baik kita cepat-cepat ambil. Bolehlah kita cepat-cepat edar. Lagipun, majlis tu pun diadakan minggu depan. Tak ke dah lambat kita nak jemput tetamu tu semua.”
            “Cepatnya kad jemputan tu siap. Bila masa pula ibu buat semua benda ini?”
            “Sebenarnya, ibu dengan tok Idham dah lama buat kad jemputan tu. Cuma kamu dan Nick saja yang tak tahu.” Aku terkedu pula. Mahu tercekik mendengar persiapan yang sudah dibuat oleh ibu di pihakku dan Tok Idham di pihak Nick. Nick di sebelah hanya diam tenang. Tidak bersuara walau sepatah pun. Mengiya pun tidak menggeleng pun tidak. Kaku macam patung cendana saja aku tengok dia di sebelah.
            Setibanya kami di kedai cetakan kad tersebut, ibu sudah terlebih dahulu mendekati salah seorang pekerja kedai di situ. Aku dan Nick hanya berpandangan sesama sendiri. Sememangnya kami berdua nampak buntu dan kaku tidak tahu nak kata apa. Rupa-rupanya segala hal berkaitan persiapan juga ibu dan keluarga Nick sudah lakukan. Sememangnya perancangan ingin menyatukan kami ini tanpa pengetahuan kami langsung. Demi mengelakkan aku bernikah dengan Iz, ibu dan ayah sudah bertindak menyatukan aku dan Nick terlebih dahulu. 
            Aku menarik kad dari kotak yang diletakkan di atas meja. Aku buka kad yang berwarna keemasan tersebut. Seraya itu, terbit senyuman tatkala melihat kad jemputan kreatif itu. Bila kad tersebut dibuka, bentuk hati juga terbuka seolah-olah timbul di atas permukaan kad tersebut. Ala-ala bentuk hati versi 3D gitu. Pada bentuk hati itu tertulis nama penuhku dan juga nama penuh Nick. Di sebelah muka surat kad ada tertulis sedikit ucapan mengalu-alukan kedatangan tetamu yang bakal dijemput pada majlis kami nanti. Aku tunjukkan kad tersebut pada Nick. Nick tersenyum berpuas hati dengan kad tersebut.
            “Kad ini dah macam kad raya dah saya tengok. Macam bentuk 3D saja hati ni. Kreatif betul! Pandai pula ibu fikir nak buat macam mana kad jemputan kita ni.” Nick menjongket bahu sambil bibirnya tak lepas dari tersenyum padaku. Aku turut membalas senyumannya. Aku benar-benar bahagia melihat kad jemputan yang tertera nama kami ini.
            Aku mengambil kembali kad jemputan itu dan membaca setiap ayat yang tertulis. Mataku terhenti pada satu ayat di dalamnya. Mahu tersebul mata membaca bait-bait ayat tu. Bukan ayat tetapi tarikh yang tercata di situ.
            “Hah? 11.11.2011? Nikan..Nikan tarikh...”Tergagap-gagap aku mengungkapnya.
            “Tarikh lahir awak...Kan?” Mataku memandang tepat pada wajahnya. Entah kenapa rasa terharu menyerbu hatiku. Perlahan-lahan aku mengangguk menjawab soalannya. Mataku sudah mula berair menunggu saat nak tumpah sahaja. Wah! Aku benar terharu dan terkejut dengan pemilihan tarikh itu. Aku tahu hari pernikahanku berlangsung minggu depan tetapi tarikh bila bakal berlangsungnya aku tidak tahu. Dan yang hanya aku tahu Nick sendiri yang tentukan tarikh pernikahan kami. Aku benar-benar tidak menyangka yang dia akan memilih tarikh pernikahan kami pada hari lahirku. Ya Allah! Begitu terharunya hati ini padanya. Terasa melimpah kasih padanya. Syukur kerana dialah lelaki yang Allah takdirkan untukku. Aku benar-benar bersyukur.
            “Terima kasih kerana memilih tarikh itu pada hari lahir saya.” Ucapku penuh ikhlas.
            “Sama-sama. Saya pun nak ucapkan terima kasih pada awak kerana lahir di dunia ini dan hadir dalam hidup saya. Kelahiran awak dan juga hari pernikahan kita amat bermakna bagi saya. Kerana wujudnya awak di dunia ini demi menemani diri saya sepanjang kita berada di muka bumi Allah ini. Dan mungkin juga sampai ke syurga nanti. Bukankah Allah wujudkan Hawa untuk Adam demi menemaninya yang kesunyian di syurga dulu? Jadi, sekarang awak ada kerana saya ada. Dan saya ada kerana awak ada. Saya benar-benar bertuah menemui Hawa yang tercipta untuk saya.” Hatiku terasa kembang dan hangat saat ucapan itu diluah dari bibirnya. Air mata yang  bertakung tadi hampir-hampir menintis namun terbantut saat ibu datang mendekati kami. Cepat-cepat aku berpaling ke belakang dan menyeka mutiara jernih itu. Satu senyuma lebar terbit di bibir.
            “Erkk...Ni kenapa pula ini?” Soal ibu yang tercengang sebaik merasakan keheningan di antara kami. Aku pantas berpaling menghadapnya dan pantas menggamit lengan ibu keluar dari kedai itu agar ibu tidak saspek apa-apa. Di hujung mataku, aku menangkap sorotan senyuman pada bibirnya. Pasti dia juga gembira melihatku yang terharu hanya kerana ucapannya tadi.


HARI berganti hari. Siang berganti malam. Sedar tak sedar tinggal 3 hari lagi hari pernikahanku menjelang. Aku juga sudah berada di Kuala Lumpur untuk melihat persiapan di sana.  Lagipun, majlis persadingan akan di adakan di Miri dan juga di Kuala Lumpr dalam masa yang terdekat. Maklumlah, keluarga Nickkan orang ternama.
Menjadi waris pemilik salah sebuah syarikat pengusaha minyak yang terkemuka di Malaysia sudah tentu akan menjadi topik hangat pada abad ini. Nak-nak lagi bakal suami aku tu lelaki paling hangat daripada biasa. Pasti sahaja berita Nick yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi akan mengejutkan bekas-bekas kekasih lamanya. Aku mahu tergelak pula bila teringat akan perkara itu.
“Awak tak ada invite mana-mana bekas kekasih awak ke?” Sengaja aku bertanya padanya tentang hal berkenaan dengan bekas kekasihnya itu. Saja-saja je. Nak tengok macam mana reaksi dia.
“Ada.” Wajahku berubah langsung. Ada? Siapa? Aku menilik wajahnya tidak berpuas hati. Wajah Nick pula kelihatan begitu selamba saja sambil menikmati hidangan tengah hari kami. Setelah melihat persiapan di hotel tadi, kami terus makan tengah hari di situ. Aku yang tadinya mengunyah makanan sudah terhenti dan meletakkan garpu dan sudu di pinggan. Aku pandang wajah Nick bagai menagih jawapan daripadanya. Aku peluk tubuhku kemas. Bibir juga sudah muncung macam itik.
Sekejap-kejap mata Nick berkalih memandang wajahku tatkala dia perasan aku sudah berhenti makan. Dia meneruskan juga suapannya tanpa menghirauku yang masih galak memerhati dirinya. Aku mendengus kecil. Hatiku sudah mula mahu merajuk. Protes dengan sikapnya yang langsung tidak mengendahkan perasaanku. Beberapa minit kemudian tangan yang menyuap makanan ke dalam mulut mula berhenti. Sudu dan garpunya juga sudah di letak ke bawah. Sekarang mata kami bertentangan. Aku menjongketkan kening masih menanti kata-katanya.
“Ada seorang sahaja daripada mereka yang saya ajak.” Akhirnya dia bersuara. Aku masih belum berpuas hati dengan jawapannya itu.
“Siapa?” Soalku pendek.
“Awak juga kenal siapa dia,” Aku semakin tak keruan apabila mendengar sebaris ayat itu. Makin mendekat pula tubuhku pada meja. Mataku masih tak lepas dari memandang anak matanya.
“Siapa?” Soalku lagi. Aish! Susah sangat ke nak beritahu siapa dia? Nick masih pula bermain teka-teki denganku. Ni yang I nak marah ni, gumamku yang sudah mendongkol geram.
“Awak dah tak ingat siapa orangnya? Takkan secepat itu awak dah lupakan kawan baru awak tu?” Aku masih tidak memahami katanya. Wajahku sudah semakin cemberut dek kerenah Nick yang masih tidak mahu berterus terang denganku. Aku menyandarkan tubuh pada kerusi dan mataku sudah berkali ke tempat lain. Kalau hati sudah panas, wajahnya pun aku tak mahu tengok. Buat sakit hati!
Beberapa saat kemudian terdengar tawa dari bibirnya. Aku pantas mencerlung marah. Mahu saja aku angkat kaki meninggalkannya di situ, tetapi ditahankan niat itu gara-gara ramai pengunjung yang berada di restoran hotel itu. Aku kena jaga air muka tunangku juga a.k.a bakal suamiku ini.
“Alah...Erry ni...Cemburu jugak rupanya. Yang saya maksudkan tu ialah si Sofea. Takkan awak dah lupa pasal dia kot? Diakan salah seorang daripada bekas kekasih saya. Tetapi oleh kerana dia juga anak kepada rakan papa, jadi saya jemput dia dan family dia sekali. Jadi, dialah bekas kekasih saya yang saya jemput. Yang lain tu saya rasa tak perlu kot. Takut dia orang tu serang awak pula. Aiii...Tak mahu saya kalau ada apa-apa terjadi pada awak.” Aku jadi malu sendiri bila dia berkata begitu. Lambat-lambat bibirku mengulumkan senyuman padanya. Nasib baik hanya Sofea. Kalau tidak, ada yang kena belasah kat atas pelamin nanti.
“Sayang...Saya nak ke tandas dulu ya?” Pinta Nick setelah selesai menghabiskan hidangannya tadi. Aku mengangguk tanda membenarkan dia berlalu ke tandas. Sambil menunggu mataku beralih melihat sekeliling. Tiada apa-apa yang menarik pun. Cuma aku perasan rata-ratanya orang yang berada di sini semuanya orang-orang berada. Biasalah...Makan di hotel terkemuka ini untuk orang yang berkemampuan sahaja.
 Terselit rasa kasihanku bila teringat orang-orang yang tidak mampu memiliki hidangan sebegini. Orang-orang susah pasti sahaja kelaparan. Kalaulah sedikit hidangan ini disedekahkan pada orang yang tidak berkemampuan, pasti sahaja mereka akan melonjak kegembiraan. Tiba-tiba fikiranku teringat pada rumah kebajikan orang tua milik Tok Idham itu. Hah! Aku rasa aku nak buat satu majlis kesyukuran di situ. Dalam masa yang  sama aku mahu mengumpul sumbangan daripada tetamu nanti bagi disumbangkan pada badan kebajikan yang memerlukannya. Harap-harap Nick menyokong cadanganku itu.
Aku kembali melontarkan pandangan di sekeliling. Mata yang leka memerhati sekeliling, tiba-tiba terhenti pada sesusuk tubuh yang berdiri di luar cermin berdekatan dengan mejaku. Lama aku memerhati gerangan itu. Nampak gayanya dia bukan berseorangan. Dia berdua. Aku tertarik melihat kelakuan kedua-dua gerangan itu.
Tidak lama selepas itu, salah seorang daripada mereka beredar meninggalkan gerangan yang aku kenali di situ. Entah kenapa terbit rasa kasihan melihat wajah mendungnya setelah ditinggalkan wanita tadi. Terasa simpati pada lelaki itu, aku mengambil telefon bimbitku dan cuba mencari nama di dalam phone book. Apabila menjumpai nama yang dicari, segera aku menekan skrin hijau dan telefon bimbit ditekapkan pada telinga. Menunggu panggilan itu dijawab oleh lelaki itu sambil mata tak lepas dari memandangnya.
Aku perhati tingkahnya dari jauh dan aku lihat dia menyeluk tangan di dalam saku seluarnya. Dikeluarkan telefon bimbit dan wajahnya ketara terkejut melihat nama yang tertera di telefon bimbitnya. Lambat-lambat dia menjawab panggilan dan kedengaran suaranya gugup sekali.
“He..hello?”
“Hello, Iz. Kau...Kau tak apa-apa?” Aku ucap dengan tenang. Wajahnya nampak terkedu. Belum pun sempat dia membalas pertanyaanku, aku sudah mencelah.
“Aku nampak kau dengan Is bergaduh tadi. Are you okay?”
“Aa..Aku okey. Kau...macam mana kau tahu yang aku...”
“Aku ada di dalam restoran dekat hotel ini.” Aku pandang wajah Iz yang sudah pantas berpaling mencari kelibatku. Akhirnya mata kami bertembung. Telefon bimbit masih melekap di telinga, namun mata kami tetap bertentangan walau dipisah oleh cermin di hadapan.

Tuesday, September 4, 2012

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 38

Bab 38


Bab 38
            LAMA kami berdiam diri. Keluhan lemah terluah dari mulutku. Aku mengamati wajahnya yang tampak begitu kusut sekali. Walaupun penampilannya begitu ‘smart’ dan kacak, tetapi wajahnya menceritakan sebaliknya. Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan.
            “Kalau awak masih berdiam macam ni, saya rasa tak perlulah kita nak berbincang apa-apapun. Saya nak balik.” Aku angkat kaki ingin pergi dari situ.
            “Kenapa...Kenapa awak meninggalkan saya di waktu saya memerlukan awak? Kenapa perlu melarikan diri sedangkan awak sendiri sudah tahu saya takkan pernah mahu meninggalkan diri awak. Sedangkan saya memerlukan awak dalam hidup saya? Kenapa, Risya? Kenapa?” Persoalannya benar-benar menyentakku. Aku berhenti melangkah. Mataku sudah mula kabur dengan air mata. Dadaku sudah mula naik turun tak menentu. Begitu gusar hatiku ingin meluahkannya.
            “Kalau begitu...Kenapa pula awak harus bersikap dingin tatkala saya mahu mendekati diri awak semula?” Persoalannya aku balas dengan soalan juga. Aku masih tidak mahu berpaling menghadap wajahnya. Aku takut ingin menatap matanya. Takut segala apa yang aku rasakan diketahuinya. Aku tidak mahu nampak begitu lemah di depannya. Egoku masih menggunung tidak mahu tunduk mengalah. Sedangkan sudah terang segala yang berlaku itu kerana keinginan aku sendiri yang mahu menjauhkan diri daripadanya.
            “Tak perlu nak ubah topiklah, Risya. Nampak sangat awak nak lari daripada sebuah hakikat.” Sejurus itu, lenganku ditarik dari belakang dengan kasar. Tak mampu melawan kekuatannya, aku terdorong ke belakang dan kini mataku bertentangan dengan matanya. Nick memandangku dengan pandangan yang tajam. Pandangan yang penuh dengan perasaan amarah, penuh dendam yang benar-benar menakutkan. Aku segera tunduk tidak mahu menatap wajahnya. Aku mengerdipkan mata ingin menghilangkan tangisan yang sudah mula ada tanda mahu gugur tidak lama lagi.
            “Cakap Risya! Apa sebenarnya yang awak nak dalam hidup saya haaa??” Tengking Nick mengejutkanku. Lalu, tangisan yang disimpan tadi akhirnya pecah jua. Aku menangis tersedu-sedan.
            “Tak perlu nak minta simpati depan saya, Risya. Tak perlu nak berlakon innocent dengan saya. Awak sendiri tahu yang semua ini kehendak awak juga. Awak yang memutuskan untuk menghilangkan diri.
            Awak tahu tak? Sepanjang 2 bulan ini, saya rasa terseksa. Sangat terseksa. Awak nak tahu kenapa? Nak tahu kenapa?” Gertak Nick sambil tangannya menarik lenganku agar mataku memandang wajahnya. Aku masih seperti tadi. Masih tenggelam dengan kesedihan yang mencengkam hati. Aku masih enggan bertatapan dengannya.
            “Look at me Risya! Awak yang berani tinggalkan saya, kenapa sekarang takut pula nak pandang wajah saya?”
            “Sebab saya takut!” Aku jawab pantas dan mataku beralih memandang wajahnya. Wajah Nick tampak tergamam di saat aku meluahkan isi hatiku itu.
            “Saya takut! Saya takut yang semua ini hanya satu mimpi. Saya takut yang saya akan kecewa sekali lagi jika hati saya diserahkan pada awak. Sudah banyak kali saya kecewa, Nick. Sudah lama hati saya tetapkan bahawa tak mungkin saya akan bahagia. Lebih-lebih lagi bersama lelaki yang hampir sempurna seperti awak. Apa yang saya ada? Saya tak sehebat gadis yang sering berdampingan dengan awak. Saya bukan gadis yang punya pangkat seperti awak. Malah, saya gagal mengecapi cinta sebelum ini. Tiap-tiap kali saya mahu bercinta, saya akan berakhir dengan perasaan kecewa.
            Apabia awak hadir dalam hidup saya, saya rasa bahagia sangat. Tetapi, melihat siapa diri awak dan juga siapa diri saya, saya sedar akan sesuatu. Saya tak layak untuk awak. Saya bukan gadis idaman awak. Saya tak punya apa-apa!” Jelasku panjang bersama sendu yang  menjadi-jadi. Aku kembali tunduk menatapnya. Tanganku menyeka air mata yang berjuraian tanpa henti. Begitu perit sekali mengungkap segala yang terbuku dalam hati ini. Namun, hatiku berasa begitu lega sekali apabila meluahkan segalanya. Terasa ringan bahuku kini.
            “Yang tiada apa-apa tulah yang saya nak. Gadis yang tak punya apa-apa itulah yang saya mahukan selama ini. Gadis yang tidak terlalu cantik di mata orang, tetapi comel di mata saya. Gadis yang tidak terlalu bijak di mata orang, tetapi terlalu pintar keletahnya di depan saya. Gadis yang tidak punya pangkat di mata orang, tetapi bertakhta di hati saya. Gadis yang sering membuat tidur malam saya tak lena. Seorang gadis yang mampu menggetarkan hati saya. The one that makes me fall whenever I feel that I can’t grab her. The girl that only smile, cry and laugh because of me. The only one. Awak, Risya. You are the one. Bukan orang lain. Saya nak awak. Saya nak Nur Erisya Kamal. Hanya dia seorang. Seseorang yang tak sempurna tetapi seseorang yang akan menyempurnakan hidup saya.” Nick mendekatiku dan tangannya lembut menyeka air mataku. Meruntun hatiku mendengar kata-katanya. Aku melihat jauh ke dalam matanya. Tenggelam dalam panahan matanya yang penuh keikhlasan. Kenapa begitu senang hatiku jatuh padanya? Aku benar-benar sudah nampak keikhlasan hatinya tetapi perasaan takut itu yang menghalangku.
            “Tapi saya...Saya takut.” Bisikku perlahan. Nick menarik tubuhku ke dalam dakapannya.
            “Saya juga takut. Takut kehilangan awak, Risya. Saya tak mahu kehilangan awak. Langsung! Tetapi, kenapa di masa saya memerlukan awak dan saya tahu awak juga memerlukan saya, awak pergi menghilangkan diri. Kenapa?”
            “Sa..saya tak yakin akan diri sendiri. Saya tak yakin yang saya mampu membahagiakan awak, Nick. Saya takut kalau saya tak mampu membahagiakan awak sebagaimana gadis-gadis yang pernah berdampingan dengan awak sebelum ini. Saya takut saya kecewakan awak dan akhirnya saya sendiri yang akan kecewa. Saya tak mahu semua tu berlaku dalam hidup saya. Saya tak mahu kecewa, Nick.”
            “Jadi, percayakan kata-kata saya ni. Gadis-gadis yang pernah berdampingan dengan saya tu semua sudah menjadi sejarah. Dan tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang mampu membuka hati saya. Hanya awak seorang yang mampu membuat saya jadi gila sebegini. Hanya awak, Risya. Jadi please... Please trust me and trust your heart. Kalau awak percayakan cinta awak, saya pasti perasaan takut itu akan hilang. Tolong percaya pada cinta saya, kerana saya tak pernah cintakan orang lain. Awaklah gadis yang saya inginkan selama ini. Awak, Risya. I love you so much, sayang. I love you...” Nick melepaskan dakapan tadi dan mengalih tangannya dan menggenggam tanganku. Diciumnya lembut tanganku dan sekilas itu aku dapat rasakan air matanya jatuh ditanganku. Aku terkedu.
            “Sa..saya minta maaf, Nick. Saya...saya terima permintaan abang Emir sebab melihat pada keadaan saya masa tu, saya jadi lemah. Perasaan takut itu bertambah-tambah. Saya tak berupaya untuk berdiri dengan kaki saya yang patah masa tu, dan saya rasa bersalah. Kerana saya, awak terpaksa menanggung kesakitan dan menanggung semua ini. Bila abang Emir cadangkan untuk memberi peluang buat kita berdua dan cuba menjarakkan diri daripada awak, saya ikutkan juga katanya. Saya fikir dengan cara begitu, kita dapat muhasabahkan diri dan memikirkan apa yang terbaik buat kita berdua. Sehinggakan saya mengambil keputusan untuk pergi ke Sabah tanpa pengetahuan awak. Tanpa mahu beritahu kepada awak ke mana saya pergi selama 2 bulan itu. Saya tak mahu awak lihat saya dalam keadaan saya yang lemah itu.”
            “Bodoh! Awak ingat jika bersetuju dengan permintaan abang Emir tu masalah akan selesai?”
            “Saya..saya buntu, Nick. Buntu.” Aku tunduk dan terduduk di lantai. Aku melepaskan tangisan sambil menyebamkan wajahku pada lutut. Terhenjut-henjut bahuku menangis bersama sendu. Aku tak mampu bertahan lagi. Baru kini aku rasakan diri ini terlalu kerdil dan rendah di depannya. Segala yang aku lakukan sebelum ini telah memusnahkan dua hati yang sudah lama bersatu. 2 hati yang sudah lama bercantum dan akulah yang telah memecahkan hati tersebut sehingga terbelah dua. Sungguh! Egoku kini sudah jatuh merundum. Aku menangis teresak-esak di depannya. Tidakku kira lagi rasa malu dan sekarang, wajahku yang dimake up tadi sudah cair mengubah wajahku yang tadinya nampak lain menjadi aneh.
            “Awak patutnya befikir sebelum bertindak, Risya. Sekarang tengok...Tengok apa dah jadi? Awak dah lukankan hati saya dan lukakan hati awak sendiri. Awak sebenarnya ego, Risya. Awak takut untuk mengambil risiko. Takut untuk membuka hati awak pada saya. Awak hanya pentingkan diri sendiri, Risya. You just self fish! Awak takut menghadapinya sedangkan awak tak pernah fikir akan perasaan saya yang takut akan kehilangan awak. Awak kejam Risya!” Bentak Nick mematahkan lagi hatiku yang sudah sedia patah. Aku yang duduk menyebam lutut akhirnya jatuh terjelopok seperti orang gila di lantai. Apa yang dikatakan oleh Nick itu benar-benar menyentap hatiku. Segala yang dikatakannya memang benar. Aku mementingkan diri sendiri. Aku sendiri tahu bahawa hatinya tak pernah berubah. Hatinya hanya untukku tetapi, kerana keputusanku semuanya hancur musnah. Aku benar-benar menyesal akan keputusan yang aku lakukan dulu.
            “Nick?” Suara lain memanggil nama Nick memecahkan ketegangan antara kami. Aku mendongak melihat gerangan tersebut. Dadaku bungkam saat melihat wajah gadis yang pernah bersama dengan Nick pada petang itu. Makin tak keruan apabila melihat matanya yang penuh sinar rasa kasih pada Nick.
            “Nick...I think we should go now.” Ujar gadis itu lagi. Aku mengeluh lemah. Mungkin sudah tiba masanya aku melepaskan Nick pergi bersama orang baru. Mungkin dia bahagia bersama gadis itu. Tiada lagi peluang buatku untuknya. Aku redha dan hanya mampu berserah. Mungkin Nick bukan untukku.
            Perlahan-lahan kaki Nick mendekati gadis itu. Aku hanya mampu memandang dengan pandangan kosong. Melihat pasangan tersebut berlalu pergi. Kini, tiada lagi wajah berang Nick yang tinggal hanya aku seorang yang meratapi segala kenangan lalu. Sememangnya semua yang berlaku itu salahku. Aku memang patut menerima pembalasan ini.
            “Risya...” Tegur satu suara dari belakang. Aku berpaling lemah. Hanya air mata saja yang mampu meredakan hati yang tengah parah ini. Ajai menarikku untuk bangun.
            “Sudahlah tu. Tak perlulah nak meratap benda yang sudah berlaku. Kita pulang ya?” Pujuk Ajai. Aku mengangguk sahaja dan kami pamit meninggalkan taman yang mengingkap segala kenangan pahit tadi.
            Dalam beberapa tapak sahaja, tubuhku bagaikan kehilangan kudrat. Aku hampir saja jatuh terjelopok sekali lagi, namun pantas saja Ajai menyambut bahuku. Aku akhirnya tenggelam dengan tangisan yang tidak tahu bila akan ada petanda mahu berhenti.


PANTAI yang damai ditampar ombak yang beralun deras. Gambaran pantai dan ombak sama seperti apa yang kurasakan sekarang. Hati yang lara sukar untuk kuubati. Makin sakit terhakis bagai pantai yang dipalu hebat oleh ombak yang mendekati. Mata yang lama menatap pantai akhirnya beralih memandang langit yang membiru pula.
            Petang-petang sebegini, ramai pula yang berkunjung ke pantai. Cuaca hari ini pula sangat baik. Tidak terlalu panas, tidak juga terlalu sejuk. Nak kata panas terik pun tak juga. Mendung pun tidak sama sekali. Tetapi, tiada pula petanda mahu hujan.  
            Mataku meliar memandang sekeliling. Ramai juga pengunjung yang bermain layang-layang di pantai ini. Lebih-lebih lagi dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, pasti sahaja permainan itu seronok untuk dimainkan. Teringat akan insiden ketika aku bersama anak Zue, Aqish sewaktu bermain layang-layang dengannya. Disebabkan aku terlepas memegang tali layang-layang tersebut, aku gagahkan diri memanjat pokok gara-gara layang-layang Aqish tersekat di dahan pokok sehingga menyebabkan aku terjatuh dari pokok. Kerana insiden itulah aku dan Nick bersua kembali. Aku tersenyum sendiri memikirkan adengan sebabak ketika Nick menyambutku tika itu. Penuh dramatik betul!
            Keluhan lemah dilepaskan. 3 hari sudah berlalu dan semenjak malam itu, tiada lagi kelibatnya kelihatan di sekitar pantai ini. Malam itu adalah malam yang begitu perit kurasakan. Malam di mana Nick pergi daripada hidupku. Aku mendapat tahu bahawa sehari selepas kejadian itu, Nick sudah tidak menginap di hotel Hyatt. Aku ke hotel pada keesokkan paginya kerana aku mahu berbincang dengannya semula. Sudahnya, aku berlalu pergi bersama kekecewaan yang tak terhingga. Aku gagahkan jua kakiku meninggalkan perkarangan hotel. Walau laju saja kakiku melangkah, namun hakikatnya hatiku begitu perit menanggung sakit yang mencengkam benakku.
            Anak mataku terhenti pada seorang kanak-kanak kecil yang berdiri tidak jauh dariku. Aku perasan bahawa matanya juga tak lepas dari memandang wajahku. Bibirnya pula tersenyum sungging dari tadi. Aku turut membalas senyumannya. Dalam pada itu, seutas tali panjang di tangannya menggamit perhatianku. Aku mendongak ke atas. Tali tersebut sudah terikat pada layang-layang yang masih bebas ditampar angin di udara. Lama mata aku memerhati pergerakan layang-layang tersebut. Sedetik kemudian, aku perasan sesuatu.
            Pada layang-layangnya tertulis ayat yang membangkitkan perasaan hairanku.
            “I miss you?” Aku bisik sendiri. Hairan! Kenapa kanak-kanak kecil sebegini bermain dengan layang-layang yang tertulis ‘I miss you’? Tidakkah pelik kalau bagi seorang kanak-kanak kecil sepertinya menggunakan ayat itu? Ah! Mungkin ayat itu ditujukan untuk ibunya barang kali. Mana kita tahukan?
            Aku tunduk semula dan memandang sekilas pada wajah kanak-kanak lelaki tadi. Aku memalingkan muka memandang ke tempat lain.
 Tiba-tiba, budak lelaki tadi datang mendekati. Aku pandang wajahnya hairan. Tidak tahu apa yang dimahunya dariku. Lantas, dia menarik tanganku dan diserahkan tali di tangannya kepadaku. Tali layang-layang tadi sudah berpindah tangan. Aku termangu seketika.
            “Tapi adik, akak tak mau main. Kamu pergilah main.” Tolakku lembut. Kanak-kanak lelaki itu menggeleng dan enggan mengambil semula layang-layangnya. Belum pun sempat aku kembalikan tali layang-layang kepadanya, kanak-kanak lelaki tadi sudah pun berlalu pergi. Terkebil-kebil mataku ditinggalkan sebegitu. Penuh persoalan dan tanda tanya yang terlayar di fikiran. Aku yang pada posisi duduk sudah berdiri sambil mata ditala pada layang-layang di atas.
            “Aduh! Pelik betul. Aku pulak yang kena pegang layang-layang ni. Dah tu ayat kat layang-layang tu macam ayat orang tengah ‘kuciwa’. Adeh!” Aku menggeleng seraya menggaru kepala yang dah mula gatal dengan situasi ini.
            Terleka seketika melihat layang-layang yang berterbangan di udara. Bermacam-macam jenis layang-layang di dada langit. Tak mahu ketinggalan, aku tarik tali layang-layang tadi agar kedudukannya lebih tinggi berbanding tadi.
 Terasa ada yang menarik hujung bajuku dari bawah. Aku menoleh menunduk. Kalau tadi seorang budak lelaki datang menyapaku, sekarang kanak-kanak perempuan pula yang datang menegur. Bibirnya asyik tersenyum dari tadi sambil matanya tak lepas dari memandangku. Di tangannya pula ada sebuah layang-layang berwarna merah jambu. Pada kertas layang-layang itu terlukis bentuk hati. Layang-layang lagi? Detik hatiku.
Kanak-kanak perempuan itu akhirnya menyerahkan layang-layang di tangan kepadaku. Tanpa apa-apa penjelasan, kanak-kanak itu pergi meninggalkanku. Apa sebenarnya yang berlaku ini? Aku terpinga-pinga bila dua orang kanak-kanak aneh memberiku layang-layang pada masa yang sama. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
            Malas mahu memegang tali layang-layang tadi, aku tarik agar layang-layang itu jatuh ke bawah. Aku menggolongkan talinya dan aku letak ke tepi. Aku belek layang-layang yang disberi oleh kanak-kanak perempuan tadi dan terdapat sekeping kertas yang melekat padanya. Aku tarik kertas tersebut dan aku buka lipatannya. Aku baca setiap aksara yang tertulis pada kertas itu. Sebaik membaca bait-bait ayat pada kertas itu, seluruh tubuhku bergetar menahan sebak. Meruntun hatiku membaca isi surat di tangan. Aku hayati setiap baris ayat tersebut dan hampir-hampir sahaja mataku menitiskan air mata.
Indahnya menjadi layang-layang itu tatkala ia bebas terbang di udara.
Pabila tali terikat padanya, ia pasti terjaga oleh tangan yang mengemudinya.
Samalah seperti sebuah kisah cinta. Menjanjikan kebahagiaan pada pemiliknya.
Tetapi, benarkah begitu?
Hatinya terbuka luas untuk sebuah cinta yang suci, bagai menggambarkan hati yang bahagia seperti sebuah layang-layang.
Bersama ikatan yang telah termateri di antara dua hati, akan pastikah berkekalan?
Ikatan yang tersimpul mungkin juga akan putus dan sudahnya layang-layang yang diikat itu pasti tersasar ke udara menghilang begitu sahaja.
Jadi, begitukah kesudahan kisah cinta kita? Sama seperti layang-layang ini?
            Persoalan pada kertas itu ternyata menyesak fikiranku. Aku lipatkan kertas tersebut dan pantas saja mataku melilau ke sekeliling mencari-cari pemiliknya. Aku seperti tahu saja siapa yang menulis bait-bait ayat ini. Mataku tajam menilik pada setiap pelusuk pantai. Gerangan yang aku cari-cari tiada. Aku mengeluh lemah dan kembali tertunduk menekur pasir pantai.
            Mata yang sudah mula berair meluahkan manik-maniknya. Aku buka semula lipatan kertas dan aku baca kembali isinya. Sudah terbayang-bayang wajahnya di minda.
            “Ya Allah, jika benar dia ada di sini...Kau pertemukan dia padaku. Sesungguhnya, aku benar-benar ingin bertemu dengannya. Tak kisahlah hanya sebentar sahaja. Melihat wajahnya pun jadilah...”Bisikku lemah. Aku seka air mata yang sudah luruh dari tubir mataku.
            Ah! Pasti anganku saja, detik hatiku. Tak mungkin dia ada di sini. Entah siapalah yang beri kertas ini kat aku, ya? Mesti nak main-mainkan perasaanku. Aku mengingatkan diri sendiri agar tidak mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin akan terjadi. Takut kalau terlalu berharap, hati sendiri yang terseksa. Hati sendiri yang kecewa.
            Aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sepanjang pantai. Ketika melayan perasaan seorang-seorang, mataku menangkap satu benda yang tidak jauh dari tempatku berdiri. Rupa-rupanya kanak-kanak yang menyerahkan layang-layang kepadaku tadi sedang bermain di depanku. Aku perhatikan saja gelagat mereka.  Nampaknya mereka sedang sibuk menyusun batu-batu di pantai sehingga terbentuknya satu laluan jalan. Aku mengekori mereka dari belakang. Mereka begitu leka menyusun batu-batu tersebut tanpa sedar pun kelibatku di sini.
            Mereka berhenti di pertengahan pantai dan batu-batu tadi tidak lagi disusun. Sejurus itu, mereka berlari ke tempat lain. Aku jadi pelik melihat kerenah kanak-kanak berdua itu. Tiba-tiba, aku tersenyum. Nampaknya aku sudah bengung. Mengikur ke mana saja kanak-kanak berdua itu pergi. Orang tengah kecewa memang macam ini ke? Aku mengetuk kepalaku.
            Aku ingin mengorak langkah meninggalkan pantai. Sebelum aku kembali semula ke kedai, aku perhatikan air laut yang membiru. Sungguh cantik warna air lautnya, sempat juga hatiku memuji kebesaran Allah. Subhanallah!
Aku kembali memerhatikan sekeliling. Masih ada yang lepak pada waktu yang hampir-hampir nak maghrib ni. Bila bebola mataku terarah pada sebuah lori yang tidak jauh terpakir dari sini, hatiku terdetik sesuatu. Kenapa ada lori yang membawa ais di sini? Apa kejadahnya letak lori kat pantai ini? Pemandu lori tengah berjalan-jalan di pantai ke?
            Entah kenapa kakiku bagai terpanggil ingin mendekati lori tersebut. Melihat lori ais ini membuatkan aku teringat sesuatu. Satu kejadian yang pernah terjadi suatu ketika dahulu tatkala Nick meraih sebuah kemaafan daripadaku. Tak pernah dek terjangkau di fikiran yang dia akan memujukku dengan membawa sekali lori demi merealisasikan permintaan tak masuk dek akal. Aduh! Begitu manisnya kenangan itu tetapi sayang, itu semua hanya tinggal kenangan. Kenangan yang mana mungkin akan kembali membuahkan rasa bahagia dalam diri ini lagi.
            Aku menyentuh pintu belakang lori tersebut. Aku tersedar sesuatu. Nampak seperti pintu tersebut tidak ditutup dengan rapat. Entah apa yang merasukku, aku beranikan diri membuka pintu lori semetelah pemiliknya tiada di situ. Memang kerja gila buka lori orang.
            Aku terkejut dengan kemunculan belon-belon sebaik membuka pintu lori. Mak aii! Banyaknya belon dalam lori ini. Aku berundur sedikit ke belakang dan membiarkan belon-belon yang bermacam-macam bentuk dan warna keluar dari perut lori terbang bebas ke udara. Riuh-rendah suasana pantai di sini melihat belon-belon yang berterbangan di udara. Rata-ratanya kanak-kanaklah yang bersorak sakan. Hmmm...Pasti belon-belon itu mengandungi helium. Sebab itulah belon-belon tersebut mampu terbang ke udara.  
            Aku mendongak ke atas. Melihat belon-belon dan juga layang-layang yang berterbangan di udara mengingatkan aku akan gerangan yang bernama Nick. Aku telan liur. Adakah semua ini dilakukan oleh dirinya? Dadaku berdetak laju. Sungguh aku dapat merasakan kehadirannya di sini. Tetapi mengapa langsung tiada kelibatnya di mana-mana? Aku berpaling semula melihat ruang penyimpanan lori di depanku. Ada sebiji belon yang tertinggal di situ. Aku ambil belon yang berbentuk hati itu dan aku perhatikan ada sesuatu di dalamnya.
            Aku menggigit bibir. Bagaimana nak keluarkan sekeping surat yang sudah terlipat kecil di dalam belon itu? Ah! Pecahkan sajalah. Aku mencari ranting kayu yang tajam di sekitar pantai. Aduh! Kalau nak senang, ambil saja pin tudung. Aku bukakan salah satu pin tudungku dan aku cucuk pada belon tadi.
            Pap!
            Aku ambil surat yang sudah jatuh di atas pasir dan apabila menyentuh surat itu dapatku rasakan ada barang lain yang terselit di dalamnya. Aku membuka lipatan surat dan aku keluarkan seutas rantai berloketkan kunci. Kunci?
            Sejenak kemudian, memori silam kembali menerjah ingatanku. Bukankah loket kunci ini merupakan pasangan bagi loket hati yang ada padaku sekarang? Lantas, aku buka dan keluarkan rantai di sebalik tudungku. Kini, kedua-duanya sudah ada di tangan.
            Lama mataku terpaku pada kedua-dua loket tersebut. Dada yang sudah berdetak hebat terasa sesak. Aku ingat kembali kata Nick dulu. Ada sesuatu yang disimpannya di dalam loket hati ini.
            “Di dalamnya tersimpul satu rahsia yang saya simpan semenjak saya berikan loket tu pada awak,” Ujar satu suara yang tak asing lagi. Aku pantas mendongak dan terkedu. Wajahnya terlayar di depanku. Mata kami juga sudah terpaku bagaikan berbicara segala isi hati yang terpendam.
            Riak Nick sangat bersahaja. Tangannya mengambil loket kunci dari tanganku dan di keluarkan loket kunci itu dari rantai. Dia mengambil pula loket hati dari tanganku pula.
            “Di dalam ini...Segalanya pasti terjawab jua.” Sambung Nick pendek. Aku masih diam tanpa bicara. Hanya mata sahaja yang memerhati segala perbuatannya.
            Nick memasukkan kunci tersebut pada lubang kunci di tengah loket hati. Tatkala kunci tersebut dipusing, kekunci loket hati terbuka. Nick membuka loket hati dan mataku terpaku pada barang yang disimpan di dalamnya.
            Barang tadi dikeluarkan dari isi loket dan diunjukkan di depan mataku.
            “Ini jawapan yang saya simpan selama ini. Jawapan bagi isi hati saya pada awak, Risya. Kunci pada persoalan hati saya hanya ada pada awak. Semasa saya serahkan loket hati ini, saya simpankan sekali ‘jawapan’ ni. Jadi sekarang, terpulang pada awak sama ada  menerimanya atau tidak kerana selama ini sememangnya isi hati saya hanya ada pada awak. Bukan pada orang lain. Hanya pada awak!” Mataku masih terpaku pada objek di tangannya. Sememangnya sukar bagiku untuk bersuara sekarang. Tergamam, terkedu terpempan...Semuanya ada. Hampir sahaja mataku meluruhkan cecair jernih.
            Apabila melihat diriku yang masih kaku tidak bersuara, Nick menyeluk tangannya pada saku baju jaket yang dipakai kemas pada tubuh sasanya. Sebuah kotak baldu berwarna merah dikeluarkan. Nick membuka kotak baldu itu dan terserlah isinya. Ditariknya isi di dalam kotak baldu itu dan diunjuknya padaku bersama barang yang dipegangnya tadi.
            “Risya, selama ini awak tahu apa isi hati saya dan sekarang saya hanya menunggu jawapan daripada awak,” Ucap Nick. Matanya tak lepas dari memandang anak mataku. Menunggu sebaris jawapan yang bakal mengubah nasib kami berdua. Sebaris jawapan yang pasti menjanjikan satu kebahagiaan yang pasti. Kebahagiaan yang pasti, benarkah?
            “Seandainya cinta itu bersatu, tak kira ke mana pun layang-layang itu menghilang ia pasti membawa satu kisah. Sebuah kisah cinta di antara uda dan dara yang mencari kepastian dalam mendapatkan cinta sejati.
            Sama juga seperti kedua-dua cincin ini. Biarpun berpisah, mereka sebenarnya pasangan yang sudah ditetapkan oleh Penciptanya. Pabila bercantum, sudah terbukti bahawa kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain. Sudah terang lagikan bersuluh. Kita sendiri faham apa bentuknya apabila kedua-dua cincin ini bercantum.” Nick menunjukkan gabungan antara kedua-dua cincin tersebut padaku. Sememangnya bentuk hati jelas dipandanganku. Anak mataku kembali menyapa anak matanya.
            “Cuma tinggal satu kata sahaja yang saya mahu. Kata-kata awak yang akan mengubah segalanya. Dengan kata-kata itu saya pasti, bukan sahaja dua hati itu bersatu tetapi dua jiwa itu pasti akan bersama kekal bahagia dengan izinNya.” Ucap Nick lagi. Tak mampu aku menahan air mata ini dari terus bertakung di tubir mata. Laju sahaja air jernih ini menggelongsori pipi.
            “Sudikah Risya menerima hati saya?” Soal Nick penuh romantis. Tapak tangannya bagai meminta untuk disambut tetapi pada huluran itu ada dua bentuk cincin bagi menjawab persoalan yang ditagihnya. Terpulang pada diriku. Mahu mengambil cincin tersebut daripada tangannya atau memutuskan saja dengan penghakhiran yang akan menyakitkan kedua-dua hati.
            “Kenapa awak kembali ke sini, Nick?”
            “Because the other part of me is here. Here infront of me.”
            “Tapi bukankah awak dah memutuskan untuk meninggalkan saya?” Soalku pula. Nick masih tidak mahu menarik tangannya. Dibiarkan saja diunjuk tegak di depanku.
            “Saya tak pernah pun memutuskan apa-apa pada awak. Saya hanya menghilang seketika dan akhirnya saya ke sini ingin menagih jawapan daripada awak.”
            “Habis...perempuan yang bersama awak tu...Awakkan bersama di..”
            “Ah! Banyak betul dalihnya.” Pintas Nick pada kataku. Sebelah tangannya menarik tanganku. Dialihnya salah satu cincin di tapak tangannya dan cincin tersebut dipasangnya di jari manisku.
“Jangan banyak soal, jangan banyak dalih! Sekarang saya dah tak boleh nak tunggu jawapan awak sebab saya tahu awaklah perempuan yang pasti hanya untuk saya. Jawapan yang saya inginkan itu sekarang sudah pun diakhiri dengan kesimpulan whether you like it or not! You are mine, Risya!”Akhirnya Nick mengambil keputusan sendiri. Aku tilik cincin di jari manisku. Tak perlukan ucapan, melihat gerak tubuhku saja sudah tahu apa keputusan yang akan kukatakan kepadanya. Keputusan yang diputus oleh Nick itu aku setuju lebih dari seratus peratus kerana hatiku, dan cintaku hanya untuk dirinya. Tiada orang lain.
Aku mengangguk laju dan air mataku jatuh serentak. Lambat-lambat sinar wajahnya berubah berseri-seri. Lalu tubuhku ditarik oleh Nick. Begitu kemas dia memelukku. Dia bahagia sama juga sepertiku.
“Jangan pernah menindakkan perasaan cinta itu. Jangan pernah ragu-ragu dengan apa yang hati kita rasa. Do you understand, Mrs Erry?”
“Ya. Saya faham, Amy.” Jawabku pendek. Sejurus itu segaris senyuman terbit di bibirku. Dia juga tersenyum lebar. Nick menyeka air mata yang masih tak henti-henti mengalir ke pipiku.
“Saya cintakan awak, Amy.”
“Saya juga mencintai awak, Erry.” Balas Nick juga. Ditariknya jari-jemariku dan digenggamnya erat.
“Actually, saya menghilangkan diri daripada awak sebab saya pergi ke Sarawak,” Ucap Nick bersahaja. Aku terpempan mendengarnya. Apa maksudnya?
“Saya pergi ke Miri sebab saya nak minta restu dari Ibu dan Ayah awak. Family saya masuk meminang awak.”
“What?” Mahu terbeliak mataku mendengar katanya. Aku bungkam. Terasa seperti ditikam belakang pula. Kenapa ibu dan ayah tak maklumkan kepadaku tentang perkara ini? Oh! Pandai betul ibu dan ayah menyimpan rahsia daripada pengetahuanku.
“Dan tarikh perkahwinan kita dah pun ditetapkan.”
“Hah?” Makin terlopong mulutku sebaik mendapat satu lagi berita tergempar dari Nick. Ibu dan ayah sudah melampau! Tidak langsung memaklumkan perkara yang berkaitan dengan masa depan seperti hal sebegini kepadaku. Sampai hati ibu dan ayah buat macam tu kat aku? Huhuhu...
“Hari pernikahannya Sabtu minggu depan.”
“What!?” Terasa berpinar-pinar sebaik mendengar satu lagi berita yang terlalu sukar kuterima. Tubuhku terasa seperti ringan sahaja. Kepala juga sudah memberat. Dan pandanganku sudah mula kabur.
Bedebuk!!
“Risya! Ya Allah! Pengsan lagi?” Suara itu sayup-sayup kedengaran di telingaku dan akhirnya menjadi senyap sepi.

background