Advertisement

Rakan-rakan pengikutku

Sunday, February 24, 2013

Mini Novel: Penyelamat Cinta Bab 17



Bab 17

            PELUH mula membasahi dahi. Terasa tangannya tidak mampu bergerak, terikat ketat dengan tali. Dia berusaha menggerakkan tubuh namun tetap masih tidak berjaya. Terkeluar keluhan dari mulutnya. Bangun-bangun saja dari pengsan dunianya sudah gelap. Matanya juga sudah ditutup dengan kain.
            ‘Ya Allah, tolonglah selamatkan hambaMu ini dan lindungilah aku dari segala kejahatan mahupun musibah buruk.’
            Bibirnya pula tak pernah berhenti berdoa. Setiap masa malah setiap saat dia berdoa agar dia tidak dipengapa-apakan.
            ‘Siapa punya angkara ini? Apa tujuan sebenar orang tu nak tangkap aku? Kalau sebab duit, aku sanggup serahkan semuanya. Janganlah dia buat macam-macam kat aku dan juga keluarga aku. Ya Allah...’ rintih hati kecilnya. Tak sanggup rasanya kalau keluarga yang tersayang turut terlibat sama. Tanpa mereka, hidupnya mahu jadi gila!
            Walau tangan terikat dan mata tertutup, telinganya masih mampu menangkap derapan kaki yang menghampiri tempat dia berada. Saifullizan tidak berupaya untuk berbuat apa-apa. Dia cuma mampu bersedia dan berdoa akan keselamatan diri dan nasib yang bakal dihadapinya kelak.
            Akhirnya derapa kaki tadi berhenti. Gerangan yang berdiri di hadapan Saifullizan berfikir sejenak. Dia beralih ke belakang lelaki itu dan dibukanya kain dari menghalang penglihatan lelaki itu.
            Saifullizan menoleh ke sebelah kanan dan langsung ke sebelah kiri pula. Hatinya pelik apabila gerangan tadi tiada di sisi. Namun, dapat dirasakan kehadiran seseorang dari arah belakangnya.
            “Kau nak apa hah? Kau nak apa dari aku? Duit? Kalau kau nak duit, aku akan bagi. Kau lepaskan aku dan aku akan turutkan semua arahan kau,” getus Saifullizan dengan suara kasar.
            Saifullizan meronta-ronta ingin melepaskan diri, tetapi usahanya hanya sia-sia. Dia mengeluh kasar.
            “Lepaskanlah aku!”
            Gerangan yang masih berdiri di belakang Saifullizan tetap tidak berganjak. Masih mahu bermain dengan permainan yang diolahnya ingin melihat sejauh mana Saifullizan mampu bertahan.
            “Hoi! Kau pekak ke apa? Kenapa kau tangkap aku hah? Kau nak duit? Okey! Aku boleh bagi. Aku boleh bagi seberapa banyak yang kau nak. Kau lepaskan aku dan aku akan ikut arahan kau,” Saifullizan masih cuba membuat perhitungan dengan orang yang menculiknya itu. Namun, masih tiada suara yang terluah dari si penculik. Saifullizan naik hairan. Siapa sebenarnya orang yang berada di belakangnya itu? Kenapa dia menculik aku? Apa tujuannya? Berbagai soalan timbul di fikirannya.
            Tubuh yang masih terikat pada kerusi masih membataskan pergerakan Saifullizan. Ingin menoleh ke belakang juga sukar, sementelah keadaan di situ tampak gelap dan sunyi. Dia langsung tidak tahu di mana dia berada sekarang. Melihat sekeliling, dia pasti sekarang dia berada di sebuah bilik kosong yang gelap tanpa perabot.
            Saifullizan perasan bahawa bilik tersebut juga tampak bersih dan tidak usang. Cuma sekelilingnya kosong sahaja tanpa apa-apa perabot mahupun perhiasan. Terdetik di hatinya tatkala merasakan ketenangan si penculik yang masih mahu berdiam diri, langsung dia tunduk melihat tubuhnya pula. Tiada kesan darah dan keadaan dirinya masih baik-baik sahaja. Cuma badannya masih terikat tidak mampu bergerak.
            Saifullizan cuba menenangkan diri. Oleh kerana si penculik tidak bertindak agresif dan tidak mencederakan dirinya, Saifullizan cuba bertenang. Saifullizan menarik nafas panjang. Sejenak dia memikirkan wajah Karmiza dan juga Mizan yang sepatutnya dia perlu jumpa pada petang tadi.
            ‘Sekarang sudah malam, pasti mereka risau. Siapa pula yang akan ambil mereka di airport? Atuk tahu ke aku diculik sekarang?’
            Sekarang persoalan itu pula yang timbul di benak hati. Terlupa akan keadaan dirinya yang masih tidak mampu bergerak itu. Kerisauan akan isteri dan juga anak angkatnya lebih berganda berbanding keadaan dirinya itu.
            “Kalau kau masih berdiam sebegini, apa yang mampu aku buat untuk kau?” Saifullizan tersedar dan mula bersuara. Masih belum ada tanda-tanda si penculik ingin mendedahkan dirinya.
            “Boleh tak kau jangan buang masa aku? Aku perlu jumpa isteri dan anak aku. Kenapa kau culik aku? Tolonglah lepaskan aku,”
            “Kalau lepaskan abang macam mana Miza nak jadi isteri mithali abang? Macam mana Miza nak berbakti pada abang kalau abang nak Miza lepaskan abang?”
            Saifullizan tersentak di saat telinganya mendengar suara lembut itu. Dadanya bergetar sebaik suara yang dirinduinya selama ini didengar begitu dekat.
            Dari belakang Saifullizan merasakan ada tangan melingkari tubuhnya.
            “Miza? Miza ke tu?” Karmiza tersenyum senang. Niat ingin menakut-nakutkan suaminya tidak menjadi. Plan gagal. Namun, dia tetap tidak mahu melepaskan lelaki itu. Masih membiarkan Saifullizan diikat dengan tali pada kerusi kayu. Tetapi, tangannya erat mendakap tubuh suaminya dari belakang. Karmiza mendekatkan pipinya pada pipi Saifullizan. Saifullizan terkedu dan menoleh sedikit ke sebelah. Wajah Karmiza tampak begitu dekat di sisi.
            “Sampai hati Miza buat abang macam ni? Miza tahu tak abang dah cuak betul?”
            “Cuak? Serius cuak ke bang?”
            “Yelah! Abang dah takut kalau penculik abang ni dah buat yang tak baik kat abang. Tengok-tengok, tak ada apa-apa pun. Abang masih sihat walafiat lagi. Cuma peluh je lebih.”
            “Kalau abang cakap macam tu, maksudnya Miza dah berjaya!” Karmiza bersorak kemenangan. Tergelak Karmiza apabila rancangan yang diplannya benar-benar berjaya. Mission accomplish!
            Saifullizan terpinga-pinga saat mendengar cetusan tawa dari bibir isterinya.
            ‘Berjaya?’
            “Kejap! Apa maksud Miza ni? Miza berjaya? Miza nak mempermainkan abang ke?” Saifullizan mula berasa tak puas hati. Ada patut isteri buat suami macam ni? Takut-takutkan suami, bukan berdosa ke tu?
            Karmiza melepaskan pelukan dari tubuh Saifullizan. Dia melangkah menghadap suaminya berdepan. Kini, wajah Karmiza jelas kelihatan walaupun dalam samar-samar. Suasana gelap di bilik itu tetap mampu membuat Saifullizan nampak wajah isterinya dengan jelas. Mungkin dengan bantuan lampu neon di luar kot...
            “Miza berjaya sebab dah buat abang takut dan misi Miza dah berjaya sebab dapat suprisekan abang.”
            “Suprise?” kening Saifullizan terjongket sebelah. Masih tidak faham erti situasi sebenar. Karmiza tersengih dan mengangguk laju.
            “Suprise!” Sebaik saja Karmiza mengungkap kata ‘suprise’, keadaan bilik tiba-tiba menjadi terang. Mulut Saifullizan sedikit melopong sebaik melihat sekeliling. Kelihatan wajah Haji Mukhri, Mizan dan Mak Timah ada di depan matanya. Ada topi berbentuk kon sedia dipakai di atas kepala masing-masing. Mizan pula giat meniup party horn.
            Happy birthday abang!” Ucap Karmiza riang. Saifullizan masih tidak mampu bersuara. Mulutnya masih melopong tidak percaya. Matanya masih terkebil-kebil melihat insan-insan di sekelilingnya. Karmiza sudah menghilang entah ke mana.
            Mizan mendekati daddynya dan memeluk tubuh Saifullizan yang masih terikat itu.
            “Happy birthday daddy! Semoga daddy panjang umur dan murah rezeki,” ucap si kecil dengan lancar. Mizan menghadiahkan senyuman yang paling manis buat daddy yang sudah mendapat tempat di hati. Walaupun masih kecil, dia tahu siapa Saifullizan buatnya. Dia sayang lelaki itu sama seperti dia sayang arwah ayahnya. Memang dia selalu dipesan oleh Karmiza agar sentiasa tidak lupa pada Saifullizan yang sudah dia anggap seperti daddynya sendiri.
            Karmiza muncul semula dengan kek di tangan. Kek berserta lilin itu dibawa mendekati Saifullizan.
            “Kek khas untuk abang sempena hari istimewa ini. Miza buat sendiri.” Karmiza nampak teruja sekali. Disuakan pada Saifullizan bagi memudahkan suaminya itu meniup lilin.
“Abang tiuplah api lilin tu,” tanpa banyak soal, Saifullizan ikut saja arahan isterinya. Otaknya masih blur sehingga dia ikut saja segala arahan yang diberikan oleh Karmiza. Sebaik meniup lilin, mereka bertepuk tangan. Saifullizan masih diam tidak berkutik.
“Ehemm! Hai, Miza... Takkan nak biarkan si suami terikat macam tu je? Atuk rasa Epul takkan ke mana melainkan Miza yang selalu menghilang entah ke mana,” sindir Haji Mukhri pada cucu menantunya itu. Karmiza tersengih malu.
“Oopps! Lupa pulak nak bukakan ikatan tu,” Karmiza menyerahkan kek tadi kepada Mak Timah. Haji Mukhri menyimpan senyum dan menggeleng melihat kerenah cucunya seorang ini.
Sebenarnya dia tidak bersetuju dengan idea Karmiza yang mahu membuat kejutan sebegitu pada Saifullizan sempena hari lahir lelaki itu. Tetapi, melihat Karmiza yang begitu teruja tadi, dia hanya turutkan saja. Karmiza yang sudah tiba di Kuala Lumpur dua jam sebelum masa yang ditetapkan, begitu tidak sabar ingin menyambut hari jadi suaminya. Lantas, idea itu diusulkan pada Haji Mukhri dan segala perancangan dilakukan dengan begitu rapi agar tidak diketahui oleh suaminya itu.
Selesai membuka tali pada tubuh suaminya, Karmiza pantas memeluk Saifullizan. Dek kaki yang lenguh kerana hanya duduk dari tadi, Saifullizan tidak mampu mengimbangi tubuhnya. Lantas, tubuh yang tegap rebah bersama tubuh mulus Karmiza ke lantai. Semua melopong melihat adengan yang terjadi itu. Mizan pula sudah menutup kedua-dua matanya. Malu melihat keadaan mama dan daddynya.
“Astafghfirullah-alazim. Apa nak jadi kat korang berdua ni? Tak malu ke depan Mizan ni?” Haji Mukhri menegur kedua-dua cucunya itu seraya menggeleng kepala. Namun, bibirnya tetap mengulum senyuman. Dia pasti kini cucunya itu akan bahagia tanpa sebarang halangan lagi. Apa yang berlaku sebelum ini menjadi satu teladan dan pedoman buat pasangan ini. Semoga Allah memberkati hubungan mereka. Amin.
Mizan meletakkan tangannya ke bawah. Dia tertawa riang melihat kedua-dua ibu dan bapa angkatnya bergelak sakan. Sememangnya mereka merasa bahagia! Lalu, kaki si kecil mendekati mereka. Dia memeluk tubuh Saifullizan erat. Saifullizan juga memaut tubuh si kecil bersama Karmiza di sisi. Dihadiahnya satu kucupan pada dahi isteri dan juga anaknya itu. Dia benar-benar bersyukur memiliki kedua-duanya sekali.
‘Sekarang, tak akan kulepaskan kedua-duanya. Akan kujaga dan akan kuberikan kebahagiaan buat mereka. Itu janjiku,’ nekad hati Saifullizan buat insan tersayang.
“Terima kasih sayang buat kejutan untuk abang. Abang betul-betul tak sangka yang sayang buat semua ni untuk abang. Abang sayang Miza sangat-sangat.” Karmiza tersenyum bahagia. Tangannya mengusap pipi si suami dengan penuh kasih.
“Miza pun sayang abang sangat-sangat,” balas Karmiza kembali.
“Mizan macam mana pulak?” si kecil turut tidak mahu ketinggalan. Bibir si kecil sudah mencebik. Karmiza dan Saifullizan tergelak melihat kecomelan si kecil. Lalu, tubuh Mizan dipeluk oleh kedua-duanya.
“Mama dan daddy pun sayang Mizan jugak.” Mizan kembali tersenyum. Walaupun diusia yang baru mengenal dunia dia kehilangan kedua-dua ibu bapa kandung tetapi, kemunculan Karmiza dan Saifullizan di sisi, membuatkan dia tidak merasa sepi. Malah, kedua-dua insan tersebut sudah menjadi seperti ibu bapa kandungnya.
“Jom! Kita celebrate birthday daddy.” Mizan segera menarik tangan Karmiza dan Saifullizan untuk bangun. Dia tidak sabar untuk menghabiskan kek yang dibuat oleh Karmiza untuk daddynya itu.

KARMIZA menepuk bahu Mizan dengan lembut. Anaknya nampak begitu penat sekali. Sesampai saja ke Malaysia, mereka berdua bergegas ke rumah ingin menyiapkan persiapan. Selepas itu, mereka bergerak pula ke rumah rehat milik Haji Mukhri yang berada di pesisiran pantai. Sememangnya dia mahu menyambut hari lahir suaminya di situ. Suasana rumah rehat di tepi pantai begitu tenang dan aman sekali, jauh dari kesibukkan bandar.
            “Sedap dia tidur,” bisik satu suara dari belakang. Karmiza sedikit terkejut tetapi pantas saja dia meredakan perasaannya. Dia menoleh ke belakang dan memberi senyuman manis buat suaminya. Dia kembali menoleh wajah tenang Mizan dan diusapnya rambut si kecil.
            “Penat sangatlah tu. Sebab tu lena aje tidur dia,”
            “Kalau macam tu bila pula giliran kita?” soal Saifullizan setelah melabuh di atas katil di sebelah isterinya. Karmiza menjengil mata. Saifullizan pula asyik tersenyum-senyum menggoda. Lantas, satu cubitan dihadiahkan pada paha suaminya. Saifullizan ingin menjerit kesakitan, namun sempat mulutnya ditutup oleh Karmiza. Cepat-cepat Karmiza meletakkan jari telunjuknya rapat pada bibir, menyuruh Saifullizan untuk tidak berbuat bising. Takut kalau-kalau Mizan terbangun dari tidur.
            “Abang! Senyaplah. Mizan baru je nyenyak tidur. Hish!” bukan saja pahanya dicubit, sekarang telinga suaminya pula dipulas. Saifullizan menahan sakit dengan menekup mulut dari mengeluarkan sebarang bunyi.
            Karmiza menarik suaminya keluar dari bilik Mizan. Tangan masih belum lepas dari memulas telinga si suami. Sebaik pintu bilik ditutup rapat, Saifullizan mengaduh sakit.
            “Auch! Sakitlah sayang. Adui... Balik-balik je ke Malaysia, isteri abang ni dah mula jadi ketam ya? Tahulah abang suka makan ketam, janganlah Miza sekali yang jadi ketam. Nanti tak pasal-pasal abang ngap Miza baru tau...”
            Karmiza melopong luas. Saifullizan tersengih-sengih macam kerang busuk. Karmiza cuba mengacah suaminya dengan mengangkat tangan sekali lagi, ingin menyerang Saifullizan. Melihat tindakan isterinya itu, cepat-cepat Saifullizan mempertahankan diri dengan menutup mukanya.
            ‘Ha ha ha... Sifat penakut dia dah mula dah...’ Karmiza tersenyum sendiri. Teringat akan kejadian sewaktu ketika dahulu di mana dia membiarkan seekor katak terkurung bersama suaminya di bilik. Mahu tak meraung lakinya melihat haiwan berwarna hijau itu.
            Saifullizan masih belum melepaskan tangannya dari menutup muka. Karmiza mendekati suaminya dan menarik tangan itu dengan perlahan. Saifullizan sengaja menutup matanya sebaik Karmiza menarik tangannya tadi, namun bibirnya tak pernah lekang dari terus tersenyum.
            Karmiza mendekati wajahnya pada wajah Saifullizan. Lalu, bibir si suami menjadi sasaran. Belum sempat bibir Karmiza mendarat pada bibir Saifullizan, Saifullizan dengan pantas mencium bibir isterinya terlebih dahulu. Karmiza tercengang seketika.
            “Pandai ek nak ambil kesempatan kat abang. Kan dah terkena dah. Padan muka!” Saifullizan menarik tangan Karmiza dan diciumnya lembut. Karmiza mencebik dan menjeling manja.
            “Abang pun dah advance sekarang. Baru nak naughty-naughty ngan abang, abang bertindak dulu,”
            “Well, dear... Sayang belum kena naughty-naughty dari abang. Itu baru sikit,”
            “Sikit? Kalau banyak-banyak macam mana?” persoalan Karmiza itu membuat bibir Saifullizan tersenyum lebar.
            “Wait until we go into our room, sayang.” Bisik Saifullizan penuh menggoda pada cuping telinga isterinya. Sempat dia memberi ciuman di pipi gebu Karmiza. Lantas, tubuh kecil itu dicepungnya. Karmiza sedikit menjerit dengan tindakan pantas suaminya itu. Lalu, tangannya memeluk erat leher si suami.
            Sebaik masuk ke dalam bilik peraduan mereka, Karmiza terpegun seketika. Matanya menyorot pada sekeliling bilik. Dia menoleh memandang suaminya. Kejutan untuk dia pula? Lama Karmiza memandang suaminya. Saifullizan tersenyum dan mengangguk.
            “Suprise, sayang. Abang baru je hias tadi,” Saifullizan meletakkan tubuh isterinya ke bawah. Tangannya masih memegang erat tangan Karmiza. Karmiza begitu terpesona melihat hiasan bilik tersebut. Sekeliling bilik dihiasi dengan lilin putih kecil membangkitkan suasana romantik, diiringi dengan muzik piano pada radio sememangnya membuatkan bilik itu tampak begitu tenang dan aman. Mata Karmiza jatuh pada katil mereka yang dipenuhi dengan kelopak-kelopak bunga ros merah dan putih. Kelopak-kelopak tersebut dihias sehingga membentuk hati.
            “Abang... it’s so lovely in here. I really love it.”
            “Abang nak balas jasa Miza yang sentiasa setia untuk abang. Yang sentiasa memaafkan perbuatan abang walaupun abang dah buat jahat kat Miza,”
            “Ssshh... Benda yang dah lepas biarkan berlalu,” ujar Karmiza seraya menutup bibir suaminya dengan jari-jemarinya. Mata mereka bersatu lama. Karmiza menarik tubuh suaminya dan dipeluknya erat.
            “Miza takkan pernah menyesal bertemu dengan abang. Kerana, Miza tahu abang pasti akan berubah dan perubahan abang membuahkan satu kebahagiaan yang tak ternilai. Itu yang penting. Masa lalu tu hanya tinggal kenangan. Sekarang, apa yang kita rancang untuk masa hadapan itu yang penting.”
            “Miza betul-betul dah maafkan abang?”
            Karmiza merungkaikan pelukan dan merenung dalam ke anak mata Saifullizan.
            “Miza takkan pernah tinggalkan abang lagi. Miza akan setia bersama abang. Miza akan membahagiakan abang dan juga Mizan. Inshaa Allah, Miza akan membahagiakan juga anak-anak kita yang bakal ada,” ujar Karmiza bersama titisan air mata yang tidak segan silu jatuh menggolongsori pipi. Saifullizan mengusap lembut pipi isterinya. Tubir matanya juga sudah kabur dek air mata yang mula bertakung. Lantas, dia memeluk tubuh Karmiza erat.
            “Abang cintakan Miza. Abang sangat cintakan Miza. Abang tak nak Miza tinggalkan abang lagi. Abang perlukan Miza.”
            “Miza pun perlukan abang. Maafkan Miza kalau Miza selalu tinggalkan abang. Dan terima kasih abang, kerana abang juga setia pada Miza. I love you so much!”
            Mereka berpelukan lama, ingin melepaskan rasa rindu yang sudah lama bertamu. Akhrinya mereka bersatu juga. Dalam beberapa minit kemudian, tangisan mula reda. Saifullizan melepaskan pelukan dan diciumnya dahi Karmiza. Lama.
            “Sayang...”
            “Hmmm?” Karmiza mengangkat kening. Mata masing-masing masih tidak lepas dari memandang antara satu sama lain.
            “I need you now,” bisik Saifullizan dekat telinga Karmiza.
            “Miza cakap nak banyak-banyak kan? Boleh abang cigit Miza?” Karmiza terkedu. Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu. Wajah Karmiza merona merah, malu. Dia mencubit lembut bahu suaminya.
            “Naughtynya suami Miza ni,”
            “Naughty dengan sayang je.” Lantas tubuh Karmiza dicepungnya ke katil. Direbahnya perlahan tubuh Karmiza dan dahi Karmiza menjadi sasaran bibirnya.
            “Semoga cinta kita bersatu selamanya, sayang.” Karmiza tersenyum seraya mengangguk.
            “Miza hanya untuk abang seorang. Miza untuk abang buat selamanya, kerana abang dah jadi pembunuh juga penyelamat cinta Miza selama ini. Dan abang perlu bertanggungjawab atas semuanya.”
            “Don’t worry, sayang. Miza milik abang seorang selamanya dengan izin Allah. Abang cinta Miza.” Pelukan dieratkan dan masing-masing tidak mahu lepas. Syukurlah, kini mereka kembali bersatu dan tak akan pernah berpisah buat selamanya sehingga sampai ajal memisahkan mereka.
            ‘Alhamdulillah. Terima kasih kerana mengembalikan penyelamat cintaku, ya Allah...’

MATA Saifullizan tak pernah lepas dari memandang wajah isterinya. Tangannya menjalar ke seluruh wajah bersih Karmiza. Mengenangkan kejadian malam tadi, bibirnya tak lepas dari terus tersenyum. Bahagia!
            “Sayang... Bila nak bangun ni? Abang lapar ni,” Saifullizan mencubit-cubit pipi gebu Karmiza. Karmiza yang merasakan tidurnya terganggu, menepis-nepis tangan suaminya.
            “Abang...Biarlah Miza tidur sekejap. Bagi lima minit lagi. Lepas tu Miza bangun,” Saifullizan menjengil mata. Ada pula bagi lima minit? Amboi... Tak boleh jadi ni.
            “Miza, kalau Miza tak bangun, abang cigit lagi baru tahu.” Karmiza masih tidak mahu bangun. Saifullizan menggeleng kepala. Lantas, pipi Karmiza menjadi sasaran.
            Merasakan pipinya disentuh hangat, mata Karmiza terbuntang luas.
            “Ah! Abang!” Saifullizan mengekek ketawa. Nasib baik dia cigit sekejap. Kalau dia cigit lama-lama, pasti lebam pipi itu dibuatnya.  
            Karmiza menggosok pipinya yang sudah terasa sakit dan kelihatan merah sebaik matanya melihat pembiasan diri di cermin. Dia menoleh tajam pada wajah si suami.
            “Abang memang nak kena ni,” Karmiza menarik tangan Saifullizan dan digigitnya kuat.
            “Sakittt!!” Saifullizan menjerit sakit. Karmiza pula yang mengekek ketawa. Lucu melihat wajah suaminya yang merah padam dek terkena gigitan berbisa daripadanya.
            “Siapa suruh kacau kita tidur? Padan muka!”
            “Sampai hati Miza gigit abang. Sakit tau?”
            “Tak apa. Tu boleh dikatakan cigit juga. Cuma lagi ganaslah,”
            “Ganas?” Saifullizan menjongket kening. Dia bersedia ingin menyerang isterinya pula. Melihat wajah Saifullizan yang ingin menerkamnya, pantas kaki Karmiza turun dari katil dan masuk ke dalam bilik air.
            “Haa... Tahu pun nak bangun.” Saifullizan menggeleng kepala. Dia tergelak kecil dan masih berdiri tegak di hadapan bilik air.
            “Sayang, are you forgot something?” soal Saifullizan sebaik melihat barang yang lupa diambil oleh isterinya. Dia tersenyum menang.
            ‘Ha ha ha... Lepas ni dia takkan terlepas dari aku,’
            Karmiza yang berada di dalam bilik air menggigit bibir. Tangannya mengetuk lembut pada kepala.
            “Macam mana boleh lupa ambil tuala? Habislah aku,” bisik Karmiza sendiri. Dengan perlahan dia membuka pintu bilik air. Wajah Saifullizan terpampang di depan pintu. Karmiza tersengih malu.
            “Emmm... Miza nak ambik tuala kejap,”
            “Tak payah!” Saifullizan menolak daun pintu bilik air dan menerombos masuk. Di tangannya ada dua helai tuala. Satu milik Karmiza dan satu lagi miliknya.
            Karmiza merenung wajah Saifullizan lama. Dia menggigit bibir menahan malu. Kalau dulu, dialah paling gembira kalau Saifullizan mandi bersama. Sekarang rasa malu menerjah diri. Aik? Apa dah jadi ni?
            “Jom mandi sama! Dah lama tak mandi sama-sama,” Pantas saja tangan Karmiza ditariknya masuk semula ke dalam bilik air. Amboi, seronoknya dia!

SELESAI saja mereka bersiap, Karmiza dan Saifullizan berpegangan tangan keluar dari bilik. Mereka turun ke bawah ingin bersarapan pagi.
            Tatkala sampai ke dapur, Karmiza berasa hairan. Mak Timah yang sibuk menyiapkan sarapan dikerlingnya sejenak. Saifullizan sudah menarik kerusi untuk Karmiza. Haji Mukhri juga baru saja turun ke dapur.
            “Mak Timah, Mizan belum bangun lagi ke?” tegur Karmiza apabila melihat ketiadaan Mizan di sisi. Dia berasa hairan bila Mizan masih belum bangun lagi. Selalunya si kecil pasti akan datang ke bilik dan menyambutnya pada awal pagi. Mereka selalu bersarapan bersama.
            ‘Pasti ada yang tak kena ni,’ gusar hati Karmiza.
            “Kenapa sayang?”  Saifullizan juga berasa hairan. Risau juga melihat wajah bimbang Karmiza. Diusapnya lembut bahu Karmiza ingin meredakan perasaan resah isterinya itu.
            “Mizan...” Dahi Karmiza sudah berkerut-kerut. Pantas Karmiza beredar ingin ke bilik Mizan.
            “Sayang?” Saifullizan pula yang resah melihat sikap isterinya itu. Dia juga turut beredar naik ke atas meninggalkan Haji Mukhri dan Mak Timah yang terpinga-pinga hairan.
            Pintu bilik Mizan dibuka luas. Mata Karmiza meliar melihat sekeliling bilik. Dilihatnya mata Mizan yang masih tertutup tanda dia masih lena dalam tidurnya. Naluri seorang ibu menyatakan ada yang tak kena pada Mizan. Karmiza mendekati Mizan dan dia duduk di sisi katil anaknya. Tangannya jatuh ke dahi Mizan. Panas!
            “Mizan, Mizan bangun sayang. Mizan demam ni. Bangun anak mama,”
            “Kenapa dengan Mizan, sayang?” Muncul Saifullizan di sisi. Matanya mendarat pada wajah pucat Mizan. Tubir mata Karmiza sudah bertakung dengan air mata.
            “Abang, Mizan demam panas. Kita bawa dia ke hospital sekarang,” jatuh juga mutiara jernih ke pipi.
            “Baiklah. Jom, kita ke hospital!” Saifullizan mencepung tubuh si kecil yang tidak sedar-sedar itu. Memang panas tubuh anaknya. Saifullizan juga turut berasa risau.
            ‘Ya Allah, moga-moga Mizan tidak apa-apa.’ Doa seorang bapa buat anaknya.
           
            

11 comments:

  1. Waaaaahhh... Setelah sekian lama.. Best! Best! *lompat lompat* heeeeeee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...Thanx bca... sorry lmbt post.. :D

      Delete
  2. Kak, ada sambungan lagi ke? :) best lah.. - bella

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx ye bella..but right now..smbngn die mgkin lmbt skit..sbb busy...Sorry...

      Delete
  3. ad sambungan lagi tak?? xjmpa ponn..huuu~ best cte ni (>0<)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u..actually bwat msa ni die blm ada smbungn lg..sbb sy busy..sriusly...sorry...

      Delete
  4. Comel2 ... Na smbungn .. Cpat2 yer ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdah ada bab 18..X lma lg nk hbs.. :)

      Delete
  5. nk smbungan...xsbr da nie...

    ReplyDelete
  6. mn sambunganny.. x sabar nk baca..

    ReplyDelete

background

Title bar