Thursday, May 10, 2012

Mini Novel: Penyelamat Cinta bab 7


Bab 7

           Di sebalik mata yang tertutup rapat, cuping telinganya mampu mendengar suara orang yang bermacam-macam. Dia jadi keliru. Sekejap-kejap, matanya mampu menangkap bayangan manusia di sekeliling. Namun semuanya nampar samar-samar sahaja. Degupan jantungnya terasa begitu lemah sekali. Nafasnya bagai tercungap-cungap bak ikan yang terdampar di darat memerlukan air untuk teruskan hidup. Dan akhirnya, pandangannya jadi gelap gelita. Sepi tanpa sesiapa.
            Dia bangun dari pembaringan. Matanya memandang sekeliling. Gelap! Hatinya tertanya-tanya. Di manakah dia sekarang? Dia menunduk ke bawah. Baju yang melekat di tubuhnya tampak putih bersih. Dia mendongak lagi. Akhirnya, matanya menangkap satu bayangan tanpa wajah. Tubuh itu tampak tegap dan sasa. Tetapi, kenapa wajahnya tidak dapat dilihat? Gelap sahaja. Dia jadi seram sejuk. Siapakah gerangan itu?
            Dia memberanikan diri dan mengangkat punggung ingin mendekati bayangan itu. Perlahan-lahan kakinya melangkah. Bayangan itu juga sudah semakin jelas. Kakinya terhenti. Matanya terbuntang. Bibirnya terketar-ketar.
            “Ab..abang?” Soal Karmiza inginkan kepastian. “Abang!” Karmiza menjerit perlahan. Tubir matanya sudah mengeluarkan cecair jernih yang laju mengalir ke pipi. Karmiza mula teresak-esak. Wajah Saifullizan di depannya nampak begitu keruh sekali. Karmiza berasa takut dengan pandangan lelaki itu.
            “Abang? Ke..kenapa? Kenapa abang begitu kejam sekali pada Miza? Kenapa?” Rintihnya sayu.
            “Kenapa abang mempermainkan perasaan Miza!?” Bentak Karmiza nyaring. Bergema tempat itu dengan suaranya. Hanya esakan kedengaran di situ. Karmiza duduk terjelopok ke lantai. Dia menekupkan muka. Tangisannya langsung tak berhenti sehinggakan air mata keluar di celah-celah jari-jemarinya. Hatinya sudah retak bila mengetahui perkara sebenar. Satu tusukan tajam terasa di hatinya. Ngilu, perit, sakit sekali. Siapa sangka, suami yang dicintainya selama ini sanggup merancang untuk membunuhnya? Sampai begitu sekali Saifullizan membencinya. Karmiza menangis dan menangis lagi. Muka yang ditutup dengan tangannya dialih dan dia mendongak memandang wajah si suami. Air jernih itu berjuraian ke pipi.
            “Abang...apa salah Miza, bang? Apa salah, Miza?” Karmiza masih lagi berduka. Dia menarik hujung seluar suaminya. Dia menggoyangkan kain itu sambil meraung.
            Karmiza tergamam saat matanya menangkap objek yang diacukan tepat di dahinya apabila dia mendongak ke atas. Tangisannya tiba-tiba mati. Dia jadi gugup. Dia takut! Bergetar seluruh tubuhnya ketika lelaki itu mahu menarik picu pistol di tangan. Dilihatnya wajah Saifullizan yang tersengih sinis sambil mengacukan pistol tersebut.
            Bang!
            Tubuh Karmiza terkulai di lantai. Kini, nafasnya benar-benar seperti seekor ikan yang hampir menunggu kematian. Kemudian, pandangannya menjadi kelam dan gelap.
***
            Karmiza terbangun dari pembaringan. Mimpi ngeri itu benar-benar mengejutkan tidur lenanya. Mukanya sudah berpeluh-peluh. Degupan jantungnya bagai dipalu geruda. Karmiza mengucap dan meraupkan wajah.
            Baru dia perasan sesuatu sebaik menurunkan tapak tangan dari mukanya. Dia melihat sekeliling. Tempat ini sudah seperti rumah keduanya pula. Dengan bau ubat sebegitu dia tahu di mana dia berada sekarang. Dia mengerling pada jarum yang mencucuk di tangannya. Dia mendongak sedikit dan terlihat sepaket darah yang tergantung di atas besi di sebelah katilnya.
            Kelihatan wayar-wayar melekat di lengannya. Dia memandang lagi mesin ECG yang menunjukkan naik turun graf di monitor. Sinus rhytm di monitor masih bergerak dan Karmiza terleka sekejap melihatnya. Karmiza menarik nafas panjang. Dia mencabut wayar ECG tersebut. Perbuatannya terhenti ketika rasa sakit mula menyerangnya. Dia memegang belakangnya. Bekas ditembak itu sudah pun dibalut tetapi rasa sakitnya masih terasa. Dengan perlahan-lahan, dia turun katil dan menarik sekali besi di sebelah katil tadi. Karmiza melangkah ingin keluar dari bilik wad tersebut.
            Apabila tangannya ingin memulas tombol pintu, daun pintu tersebut sudah pun ditolak dari luar. Karmiza kaku. Wajah di depannya nampak terkejut.
            “Miza, dah sedar? Kenapa bergerak dari katil ni?” Soal gerangan di depannya. Gerangan itu sudah mendekati Karmiza dan memimpinnya kembali ke katil. Dengan perlahan, dia membantu Karmiza untuk duduk. Karmiza hanya diam tanpa menegah.
            “Miza, okey ke tak ni? Kalau tak, atuk panggilkan doktor dulu, ye?” Haji Mukhri merenung wajah keruh cucu menantunya itu. Wajah Karmiza nampak begitu sugul sekali. Pucat saja wajah gadis itu di matanya. Haji Mukhri menelan liur. Serta-merta, akalnya memikirkan tentang kejadian yang berlaku 2 hari yang lalu.
Karmiza baru sahaja sedar dari lena yang panjang. Di saat itulah, dia meluru dan merintih pada cucunya itu ingin memohon maaf atas apa yang berlaku selama ini. Memohon agar diampunkan dosanya kerana menyimpan rahsia besar itu dari Karmiza. Haji Mukhri benar-benar menyesal akan perbuatannya. Sudahnya, Karmiza mengamuk dan meronta-ronta di katil kerana rasa amarah dek dikhianati atuk sendiri. Bagaikan orang yang dirasuk saja lagaknya sehinggalah doktor Ackiel datang dan menyuntikkan ubat penenang pada Karmiza.
Karmiza masih lagi diam tidak bersuara. Haji Mukhri mati kutu.
“Atuk panggilkan Ackiel ye?” Ujar suara tua itu ingin memecahkan kesunyian di dalam bilik wad tersebut.
“Dia...Dia dah sedar belum?” Tungkas Karmiza. Karmiza masih tidak mahu menoleh pada wajahnya. Masih beku tidak bergerak. Hanya soalan itu sahaja yang keluar dari bibir mugil itu.
“Epul? Tak. Belum lagi, Miza. Mungkin disebabkan pembedahan pada kepalanya itu menyebabkan dia masih belum sedar sampai sekarang. Tambahan pula, dia sanggup mendermakan darah untuk Miza sebelum melakukan pembedahan juga mungkin menjadi penyebabnya.” Karmiza mengetap bibir. Karmiza menggenggam buku lima menahan perasaan yang bermukim di hati. Perasaan amarahnya masih belum surut lagi. Selepas mengetahui perkara sebenar, hatinya terus jadi kosong! Tetapi, dia juga keliru.
Sebaik sahaja dia tersedar dari terus hanyut di dalam alamnya sendiri ketika kejadian hari itu, dengan pantas, dia menghalang GD dari menembak Saifullizan. Mengapa? Mengapa dia sanggup menghalang suaminya dari terkena tembakan itu? Dia benar-benar keliru. Padahal, Saifullizanlah menjadi penyebab semua kejadian gelap itu berlaku.
“Syukurlah, pembedahan Epul berjaya. Mujurlah, ketulan darah beku di dalam otaknya hanya kecil sahaja. Alhamdulillah. Cuma, sampai sekarang dia belum bangun lagi selepas pembedahan semalam.” Jelas Haji Mukhri mengenai keadaan cucunya itu. Karmiza mengangguk lemah. Di dalam hatinya, dia juga bersyukur kerana tiada perkara buruk yang berlaku pada suaminya.
“Atuk...” Panggil Karmiza perlahan. Haji Mukhri menatap wajah Karmiza. “Iye,cu?” Balasnya kembali. Haji Mukhri menunggu kata-kata yang akan keluar dari bibir cucunya itu.
“Saya...Saya nak tinggalkan abang Epul,”
“Apa?” Haji Mukhri terpempan. Matanya membuntang mendengar kata-kata Karmiza itu.
“Kenapa Miza nak tinggalkan Epul? Miza tahu tak apa yang Miza cakapkan ni? Miza tahu tak perbuatan Miza ni boleh dianggap sebagai nusyuz? Miza tinggalkan suami Miza di saat dia memerlukan Miza di sisinya. Miza tak boleh tinggalkan Epul!”
“Saya tahu saya berdosa, tok. Tapi, saya juga manusia biasa. Manusia yang punya perasaan sedih, kecewa. Saya nak tinggalkan abang Epul sebab saya masih tak boleh terima semua yang berlaku ni, tok. Atuk mesti faham perasaan saya,kan?”
“Tapi, Miza...Epul masih terlantar di katil dan Miza nak tinggalkan dia?”
“Hati saya tak boleh nak menipu, tok! Saya akan bertambah-tambah sakit bila menghadap mukanya tu. Saya akan ingat kembali apa yang dah dia lakukan selama ini. Saya rasa dikhianati. Atuk juga telah mengkhianati saya!” Haji Mukhri tergamam. Kelu! Bibir Karmiza sudah menggeletar dan pipinya sudah mula basah dengan air mata. Karmiza tersedu-sedan.
“Apa perasaan atuk sekiranya orang yang atuk paling sayang mengkhianati atuk? Apa perasaan atuk sekiranya orang yang kita percaya selama ini meragut kepercayaan itu dalam sekelip mata sahaja?” Haji Mukhri terdiam dan menunduk. Perasaan bersalahnya kembali menerpa diri. Hatinya sayu mendengar kata-kata Karmiza itu. Bahunya sudah mula terhenjut-henjut menahan sebak. Karmiza menyeka air matanya perlahan.
“Atuk, saya tahu atuk rasa bersalah dengan semua yang berlaku ini. Saya dah lama maafkan atuk. Malah, semenjak kematian keluarga saya dahulu lagi saya sudah maafkan atuk. Saya terima abang Epul pun kerana saya ikhlas mahu membantu cucu atuk tu. Mahu dia berubah. Tetapi, lama-lama hati saya mula terpaut padanya. Di saat dia menyelamatkan saya dari Gedeng, hati saya terus menerima dirinya. Saya bersetuju ingin mengakahwininya kerana saya dah mula cintakan cucu atuk tu. Tetapi, semenjak saya tahu perkara sebenar, perasaan saya jadi kosong! Saya keliru sendiri. Saya tak tahu apa perasaan saya pada abang Epul sekarang ni.” Karmiza berhenti sejenak dan menyapu perlahan air jernih yang tidak berhenti mengalir itu.
“ Saya redha sewaktu kehilangan keluarga tersayang. Saya redha di saat atuk terima saya dalam hidup atuk. Saya terima kemaafan atuk kerana saya tahu, bukan kerana atuk kemalangan itu berlaku tetapi semua itu sudah menjadi takdir saya selama ini. Saya redha, tok.”
“Tetapi, buat kali ni sahaja, saya mohon agar atuk fahamkan perasaan saya. Saya akur dengan permintaan atuk dan saya percayakan atuk. Namun, hati saya mula rasa ragu. Jadi, untuk kali ini. Saya mohon, agar atuk tunaikan permintaan saya ni. Kalau atuk nak saya kembali percayakan atuk, saya mohon agar atuk terima cadangan saya ni.” Sambung Karmiza kembali. Haji Mukhri memadang tepat pada mata bundar gadis itu. Hatinya mula rasa tak tenang.
“Baiklah. Apa yang Miza nak atuk tunaikan?”
“Saya nak lanjutkan pengajian saya ke luar negara. Beri saya peluang untuk menenangkan diri. Dengan cara ini, mungkin akan membantu untuk saya lupakan segala yang berlaku ini.” Haji Mukhri tersentak. Dahinya berkerut seribu.
“Jadi, Miza betul-betul nak tinggalkan abang Epul dan atuk sekali?” Karmiza mengangguk.
“Mi..Miza, nak ceraikan Epul ke?” Haji Mukhri jadi kaget. Hatinya berdebar ingin tahu perancangan Karmiza itu. Karmiza diam sejenak.
“Tak! Saya takkan minta cerai dari abang Epul. Lagipun, kata cerai itu ada di tangan abang Epul walaupun saya berhak untuk menuntut fasakh. Tetapi, saya tak sekejam itu. Saya juga takkan memalukan abang Epul dengan membuat laporan kepada polis pasal apa yang berlaku selama ini. Lagipun, dia tetap suami saya dan tugas saya sebagai isterinya ialah menjaga air muka suami sendiri bukan mengaibkan dia. Jadi, saya tidak akan meminta cerai dari abang Epul.”
“Terima kasih, Miza. Terima kasih kerana Miza tak minta ceraikan Epul. Terima kasih, cu.” Karmiza tersenyum kecil. Tangisannya sudah mula berkurangan. Cuma sendu sahaja kedengaran di hujung bibir.
“Cuma dengan satu syarat,” tegas Karmiza. Sekali lagi, Haji Mukhri tersentak.
***
Saifullizan menggeleng laju dengan mata yang ditutup rapat.
“Tidak tidak tidak!” Saifullizan tersedar.
“Astaghfirullahalazim,” Saifullizan mengucap lantas meraup wajahnya. Dia bangun dari pembaringan dan bersandar di kepala katil. Dicapainya gelas di atas meja kecil di sebelah dan dituangnya air masak. Saifullizan meneguk perlahan. Kemudian, pandangannya menyoroti seluruh genap bilik wad tersebut. Dia memegang kepala yang berbalut.
Matanya beralih pada daun pintu yang ditolak dari luar. Haji Mukhri tersenyum hambar.
“Atuk dengar kamu dah sedar. Jadi, atuk kemari. Syukurlah, akhirnya kamu sedar jugak Epul.”
“Tok, Miza mana?” Persoalan itu menyentak hatinya. Haji Mukhri tertunduk. Keluhan dilepaskan. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan pada Saifullizan tentang Karmiza.
“Tok? Kenapa senyap? Miza isteri saya mana? Dia dah sedar belum?”
“Miza...Miza dah lama sedar, Epul.”
“Iye ke?” Saifullizan berasa teruja. “Kalau macam tu, saya nak jumpa dia tok. Saya rindu sangat kat dia. Saya nak peluk dia ketat-ketat. Saya tak mahu kehilangan dia lagi. Begitu besar pengorbanan yang dia dah buat demi menyelamatkan saya. Saya nak jumpa Miza, tok.” Saifullizan turun katil dan ingin segera keluar dari bilik wad.
“Kamu takkan dapat jumpa dia, Epul,” Sepatah ayat itu membuatkan langkahnya terhenti. Saifullizan berpaling. Dia kaget.
“Ap...apa maksud atuk tu?”
“Miza dah lama sedarkan diri 4 hari yang lalu. Dan...Dah lama juga Miza tinggalkan kamu.”
“Apa!?” Saifullizan termanggu. Kakinya tiba-tiba terasa lemah. Tangannya memaut pada sofa yang berdekatan. “Ke..kenapa? Mi..Miza..Dah tinggalkan saya?”
“Epul, Miza dah lama tinggalkan kamu. Ini semua atas permintaanya sendiri.”
“Tetapi, kenapa? Ini semua mustahil! Mizakan baru baik. Takkan dia dah boleh keluar dari hospital ni kot?”
“Dia dah buat permohonan untuk berpindah ke hospital lain. Dan atuk sendiri tak tahu ke mana dia pergi.” Saifullizan terkedu. Dengan perlahan, dia duduk di sofa sambil menonong seperti orang gila.
“ Miza nak tenangkan fikiran dia, Epul. Dia nak tinggalkan kita buat sementara waktu.”
“Sampai bila?” Pangkahnya pantas.
“Sampai bila dia mahu menenangkan dirinya?” Haji Mukhri menggeleng tidak tahu. Tiba-tiba, Saifullizan bangun dari duduk.
“Tak! Atuk tipu! Miza tak tinggalkan saya. Miza takkan tinggalkan saya. Dia dah janji dengan saya tok! Miza takkan tinggalkan abang. Tak mungkin!” Pantas Saifullizan meluru keluar dari bilik wad dan berlari meninggalkan atuknya yang masih terpinga-pinga.
“Epul! Epul!” Jeritan itu tidak dihiraunya. Dia berlari dan terus berlari. Dia berhenti ketika berada di depan kaunter. Lantas, dia mendekati jururawat yang bertugas di situ.
“Mana? Mana bilik bini aku!? Mana!?” Bentak Saifullizan pada jururawat di situ. Saifullizan mengetuk meja kaunter dengan kuat sehingga menyebabkan jururawat di situ ketakutan. “Aku cakap mana bini aku!? Mana!?” Jerkahnya lagi. Saifullizan sudah menggila. Wajahnya sudah merah-kemerahan dek amarah yang sudah meluap-luap.
“Saifullizan!” Jerit satu suara dari belakang. Ackiel segera mendekati Saifullizan yang sudah memberontak di kaunter itu. “Sudahlah, Saifullizan! Kau takkan dapat jumpa Miza lagi! Cukuplah tu!”
“Aku tak nak dengar cakap kau! Aku hanya nak bini aku!”
Dush! Satu tumbukan singgah di muka Ackiel. Ackiel jatuh terjelopok di lantai. Di hujung bibirnya berdarah. Ackiel mengelap darah tersebut dan mengagahkan diri untuk berdiri semula. Suasana menjadi kecoh di situ.
“Kau nak bunuh aku pulak ke? Lepas apa yang kau dah buat kat bini kau, kau nak aku jadi mangsa kau pulak!?” Bentak Ackiel pula. Desas nafasnya laju bila tahap kesabarannya mencapai kemuncak. Saifullizan mahu menumbuk muka Ackiel sekali lagi.
“Kalau kau nak kesilapan kau berulang sekali lagi, kau tumbuklah. Aku dah tak kisah!” Tangan Saifullizan terhenti. Buku lima yang digenggamnya dilepaskan. Saifullizan menekup wajahnya dan terduduk di atas lantai. Air matanya merembes keluar mengalir ke pipi.
Ackiel memberi isyarat pada salah seorang daripada jururawat di situ menyuruhnya mengambil ubat penenang untuk Saifullizan.
“Kau perlu berehat secukupnya, Saifullizan. Tenangkan diri kau tu dulu,” Sebaik sahaja jururawat tadi kembali bersama jarum suntikan, Ackiel pantas memberi ubat tersebut pada Saifullizan. Saifullizan menjadi lemah dan pandangannya menjadi gelap.
***
Saifullizan tunduk menekur lantai. Lama dia termenung. Dia terkejut setelah mengetahui satu rahsia yang disimpan oleh atuknya selama ini. Dia buntu!
“Kenapa atuk biarkan Miza pergi macam tu je?”
“Sebab atuk tak nak kesilapan lama berulang lagi. Atuk rasa bersalah. Malah, rasa bersalah itu tak pernah padam semenjak keluarganya meninggal lagi.” Dahi Saifullizan berkerut. Dia hairan dengan kata-kata atuknya itu.
“Apa maksud atuk?”
Tiba-tiba, wajah tua itu menjadi mendung. Di hujungnya terdengar bunyi sendu.
“Semua tu gara-gara mak bapak kamu sendiri! Kamu nak tahu kenapa atuk jaga dan layan Miza dengan baik sekali? Sebab mak bapak kamulah penyebab hidupnya kucar-kacir. Dosa mak bapak kamu belum tentu dapat diampunkan gara-gara mengikut hasutan syaitan yang laknat tu! Sudah tu, kerana mereka jugaklah Miza menjadi mangsa keadaan.”
“Semuanya berlaku semenjak 6 tahun yang lalu. Miza masih berumur 18 tahun. Hidupnya bahagia di sisi ibu dan ayah serta adik lelakinya. Tetapi kebahagiaan itu diragut oleh mak bapak kamu kerana merekalah yang melanggar kereta ibu dan ayah Miza. Mereka mabuk-mabuk nak balik ke rumah tetapi berlaku kemalangan yang meragut 5 nyawa sekali gus!” Saifullizan terkedu.
Ye, Epul. Mak bapak kamulah penyebab Miza menjadi anak yatim piatu. Dan kerana itulah, rasa bersalah atuk tak pernah padam. Atuk jaga Miza macam cucu atuk sendiri sebab atuk nak tebus kesalahan anak menantu atuk tu. Dan tanpa atuk sangka, kamu juga nak menghancurkan seorang yatim piatu gara-gara niat jahat kamu tu!” Nafas Saifullizan terasa sesak. Hatinya bagai dihiris-hiris dengan kenyataan yang baru sahaja diketahuinya. Batinnya menjerit memanggil nama Karmiza. Begitu besar dosanya pada gadis itu. Begitu berat dugaan yang menimpa isterinya itu. Dia insaf!
‘Ya Allah..Apa sudah aku lakukan selama ini? Miza, isteri aku tak bersalah. Malah, aku menambahkan lagi bebannya selama ini. Ya, Allah. Ampunkanlah dosa hambaMu ini. Aku mohon...’
Hatinya menjadi hiba.
“Ada satu lagi perkara yang atuk nak kamu tahu tentang Miza,” Saifullizan diam tidak berkutik. Masih terduduk di sofa wad. Pandangannya kabur dek air mata yang bertakung di tubir matanya.
“Kamu tahu syarikat bernama MizTech Sdn. Bhd tu? Salah sebuah syarikat yang melabur sebahagian besar kepada syarikat kita?” Saifullizan panggung kepala. Dia hairan apabila atuknya mengemukakan topik berkaitan dengan sebuah syarikat tersebut.
“Kamu ingat dulu, syarikat kita hampir-hampir gulung tikar tetapi telah selamat gara-gara pelabur yang bernama Mizan tu?”
“Kenapa dengan pelabur tu?”
“Sebenarnya, pelabur yang langsung tak mahu identitinya diketahui itu sebenarnya salah seorang wakil dari syarikat MizTech Sdn. Bhd. Kamu tahu tak siapa sebenarnya pemilik syarikat tu?” Saifullizan menggeleng malas. Dia tiada hati ingin membicarakan soal pejabat sewaktu ni.
“MizTech Sdn Bhd tu sebenarnya syarikat milik arwah bapa mertua kamu! Syarikat miliknya sudah berpindah hak milik dan sekarang, syarikat itu sudah pun menjadi hak milik Miza! Ya! Karmiza! Isteri kamu tu! Dialah pelabur yang menggunakan nama Mizan tu. Sempena nama kamu dan dia. Walaupun dia tak pernah jumpa kamu, tetapi dia tahu semua pasal kamu. Dia tak mahu memegang syarikat tu sebab bukan bidangnya katanya. Jadi dia serahkan syarikat tu pada atuk. Sekarang, kamu tahulah siapa penyelamat kita selama ini. Bini yang kamu nak bunuh tu, sebenarnya penyelamat kita selama ini! Tanpa Miza, atuk rasa, kamu dah lama merempat di tepi jalan!” Haji Mukhri berlalu pergi meninggalkan Saifullizan yang terpinga-pinga di sofa.
Saifullizan meraup wajahnya setelah berhenti memutarkan kembali kata-kata atuknya tadi. Sekali lagi, air mata lelakinya jatuh juga. Lama-kelamaan, esakannya menjadi nyaring.
“Ya Allah, betapa aku buta dalam menilai hatinya. Betapa aku khilaf dengan segala kesenanganku selama ini. Aku menjadi bongkak dan langsung tidak mahu menunduk padaMu, Ya Allah. Aku berdosa kerana begitu angkuh dengan kemewahan yang ada. Aku berdosa! Ya Allah, ampunkanlah dosaku selama ini. Aku begitu bangga dengan diri sendiri tanpa memandang ke bawah. Tanpa mendongak dan menunduk padaMu. Aku begitu takbur! Ya Allah, ampunilah dosaku. Begitu besarnya dosaku padaMu, Ya Allah.” Saifullizan jatuh dari sofa dan bersujud di lantai. Dia menangis ketika bersujud.
***
4 Tahun kemudian.


Laju sahaja kaki kecil itu berlari. Dia cuba membuka langkahnya agar lariannya dapat dipercepatkan lagi. Terkedek-kedek tubuh kecil itu berlari. Kemudian, kakinya berhenti dan kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan. Apabila wajah yang dikenalinya singgah di matanya, lantas, dia membuka langkah sekali lagi.
“Mama mama mama!” Jerit budak kecil yang baru berumur 3 tahun itu. Gadis yang masih sibuk menjalankan tugasnya berpaling dan tersenyum manis.
“Mizan! Kan mama dah cakap, jangan berlari kat kawasan ni. Degil!” Wajah kanak-kanak lelaki itu monyok ditegur sebegitu. Matanya nampak sedikit bersinar dek air mata yang mula merembes.
“Haa...Dia dah mula dah. Mama tak marahlah. Mama tegur aje. Kenapa nak menangis pula? Okey okey... Mama tak marah. Betul! Mama cuma nak tegur aje. Mama tak nak kalau-kalau Mizan jatuh ke nanti kalau berlari macam tadi. Nanti siapa yang susah?”
“Mamakan doktor. Bolehlah rawat Mizan kalau Mizan sakit bila Mizan jatuh nanti.” Jawab anak kecil itu.
“Haa...Kacau mama buat kerja ye?” Tegur suara garau di belakang. Gadis itu tersenyum manis.
“Tengok, papa Ackiel dah marah dah.” Lalu tubuh kecil itu dibawa ke pangkuannya.Mizan menjerit apabila Ackiel menggeletek tubuhnya.
“Awak...Kesian dia. Merah muka dia sebab kena geletek dengan awak,”
“Alah..Tak apa. Mizan kan kuat! Anak siapa? Anak papa jugak!” Karmiza tersengih.
Yelah tu anak papa dia,”
“Awak dah sudah ke ni?” Soal Ackiel pula. Karmiza mengangguk. “Saya nak kemaskan barang dulu, lepas tu kita boleh keluar makan. Mizan, nak makan apa hari ni?” Pertanyaan itu ditujukan pada kanak-kanak lelaki itu.
“Mizan nak makan K Ep Ci!” Jawab Mizan riang. Karmiza tergelak kecil.
“Okey, mama nak kemaskan barang dulu. Lepas tu kita pergi makan, K Ep Ci, okey?” Karmiza mengajuk sebutan Mizan tadi. Mizan menjerit gembira.
“Saya tunggu kat kereta, okey?” Karmiza mengangguk. Ackiel ingin berlalu meninggalkan Karmiza tetapi langkahnya terhenti.
“Miza! Lupa nak bagi ni,” Sebungkus plastik diserahkan pada Karmiza. Karmiza tergamam.
“Fresh cupcake for you,” Dengan perlahan Karmiza mengambil bungkusan tersebut. Ackiel berlalu meninggalkan Karmiza bersama Mizan.
Lama Karmiza merenung cup cake tersebut. Sebaris nama muncul di mindanya.
“Abang Epul!”

26 comments:

  1. ape jadi nie? x faham
    -YANA-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa...alahai..x fham ke? ni kne bca blik dri awl ni...hehehe...apa yg awk x fham? cbe cerita skt kt akak..hehe.. :D

      Delete
  2. serius suspen...adeh kenapa la mendera perasan ku sebegini rupa...
    ^_^
    nak mintak satu pemintakan boleh tak???
    nak sambungan dia ASAP...
    klu boleh la...kalu xp ,xpe la..
    heheheheh...best3....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...dera ke? aduh...sy xdera org...hehehe...Insya-Allah..klu smpat..tp sy nk stelkan n3 len gak..hehe...tggu ye.. ? :D

      Delete
  3. mmg terbekkkkkkkkkk...xsbr nk tau per cer yg berlaku dlm tmpoh 4 thn tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...thanx sgt2 bce krya kte yg x sbrapa ni...heee... :D

      Delete
  4. hehe..suspen ek..ni mesti doktor tu jadik bapak angkat mizan je..4 tahun too long..nk tau ape jadik kt epul..btw pdn muka dia..kehkehkeh..nak2 miza mmg kawen ngn doktor ackiel..muahahaha (gelak jahat)

    btw awk dh pandai sgt dh ni..tahniah ek..tp jln cite mcm cpt sikit..novel kan.. (pepandai je komen org)..kehkehkeh..tp mmg best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Rehan...thanx sgt2 sbb snggup snggah bca n komen kt blog kte ni...heee...trharu sngt...Akak nk die kawen ng ackiel ke? ish3~~ hehe...
      Dh pndai ke? uwaaa...x pndai mna pn kak..Ayt pn msh prlu diprbtulkn lg...huuuu...msh prlu bljar lg...huuuu....Jln cter cpat ek? hihi...mni novel kn? kihkihkih...Apa2pn..thanx kak.. <3 akak much3.. :D

      Delete
  5. tapi takkan la miza kawen ngan dr ackiel plak? die kan tak mintak cerai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee...tula nmanya suspen..heee...kne sbr ye klu nk tau apa yg akn trjadi nnti...hehehe...:D

      Delete
  6. Memang sedih sangat2...π_π
    Sian dekat KarMiza....
    Tak sangka dia jadi anak yatim selama ni berpunca dari family Epul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ksiankan? jd mmg bnarlah Miza ni seorg pnyelamat buat kluarga epul....huhu...

      Delete
  7. penuh dengan suspen..
    pew2 pon,bez~
    g0od job writer..
    cepat2 la sambung..
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...thanx tau...apa2pn..knela tggu yee..? Heee... ^-^

      Delete
  8. lamanya berpisah , 4 tahun tu..... mesti Epul rindu ketat ketat kat Miza. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kn Ainaa? sian Epul..rndu ketat2 kt Epul la..hehehe...

      Delete
  9. serius ker Miza dengan Ackiel tu,,,,alaaaa...tak nak laa...
    tak sabar nk tunggu bab seterusnyer...
    cepat sambung tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheeee...srius ke? mgkin srius kot...hehehe...apa2 pn thanx yee...heee... :D

      Delete
  10. xkn miza ngn ackiel kot cmne ngn epul 2??ke miza ngn epul da bbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa...kn Miza x nk jmpa die..so dlm msa 4 thun tu la die x jmpa epul...

      Delete
  11. serius x faham sangat kakkk.................x jelas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..xfhm ke? meh bgtau kt akak..mna part yg awk x fham..huhu...akak explaine...heee... :D

      Delete
  12. wahh.. dah pandai buat versi saspen ya skrang?
    well done fyka.. cite ni mmg menarik..
    mmg patut pun miza tinggalkan epul tul..
    tp x mahulah dia dgn achiel..
    x sbar nk tggu next entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezza Mysara...thanx dear sbb bg komen kt bab demi bab cter PC ni...hehehe.. <3
      Pndai ke? hehe...yg sblm2 tu bkan saspen ek? kuikuikui...
      Ko nk die tngglkn epul tp xnk die ng ackiel? hehe...hbs nk die ng spe? kuang3~~
      Nnti aku akn postkn kt fb utk n3 yg bru...ye? hehe... ^-^

      Delete
  13. akk wani nk thu ape yg terjdi selepas 4 thun miza tinggalkn epul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...knela tggu n3 strusnyer ye? hehehe...:) thanx..

      Delete