Assalamualaikum, buat pembaca-pembaca blogku. Pertama kali saya nak ucapkan terima kasih bagi anda yang sudi tunggu sambungan mini novel dn juga cerita-cerita yang ada di dalam blog ni. Maaf juga buat kalian semua sebab saya jarang sekali nak update sambungan baru gara-gara tugas yang perlu saya pentingkan terlebih dahulu. Sekarang dah semester last, dan saya terpaksa pentingkan kerja-kerja assignment dan final year project saya. Tapi, kalau ada masa lapang saya akan update cerita pendek seperti kat bawah ni. Memang pendek. Semoga korang enjoy...Bila dah graduate, saya akan bergiat aktif sekali lagi. Pasti ramai yang nak tahu kesudahan cerpen dan juga PC kan? So, hope korang bersabar ya? Thank u.. <3 ^-^
Aku mengetap bibir menahan geram bercampur marah, jua
bersabar. Bibirnya pula tak berhenti-henti memaki-hamun padaku. Hanya
semata-mata kerana satu perkara kecil, perbalahan antara kami tercetus.
Jangankan berkira dengan perkara kecil, malah meleret-leret pula persengketaan
antara kami. Tak putus-putus hatiku memberontak dan memendamkan saja segala
kemarahan dalam hati."Awak ni dah besar panjang dah pun. Perkara yang
kecik macam ni masih nak mengharapkan saya ke? Heh! Nonsense! Tu maksudnya awak
ni terlalu dimanjakan sangat. Tak pernah merasa kesusahan sebelum ni. Sebab tu
awak naik lemak!" Air mata hangat pantas mengalir laju ke pipi. Benar
aku tersentap mendengar kata-katanya yang kurasakan seakan-akan mempersendakan
diriku. Namun, hakikatnya aku hanya mahukan dia sentiasa berada di sampingku di
kala aku susah. Tetapi mengapa setiap kali ada saja 'isu' terjadi antara kami,
sukar bagi dirinya untuk berada di sisiku? Kenapa mesti aku menagih perhatian
daripadanya barulah dia hadir? Tetapi kalau aku tidak berbuat demikian, adakah
dia akan datang dengan sendiri? Persoalan-persoalan itulah yang sering aku
ungkit darinya."Saya hanya nak awak ada bila saya susah," sekali lagi
mutiara jernih itu bagai bersuka ria dan kerap pula jatuh tanpa paksaan. Ya
Allah, kenapa begitu perit sekali melalui perhubungan seperti ini?Dia yang
kusangkakan lelaki yang tercipta untukku, ternyata membuat hatiku ragu sama
sekali. Betulkah pilihan aku ni? Atau adakah sebaliknya?"Kenapa awak masih
tak faham-faham, ye? Saya dah cakap masa tu saya tak dapat bersama awak. Saya
betul-betul tak dapat bersama awak. Bila saya kol, semua dah selesai. Jadi awak
nak saya buat apa lagi? Benda dah selesai, dahlah!" Tengkingnya tanpa
memikirkan perasaanku. Sampainya hati dia...Dulu, dialah lelaki yang bersungguh-sungguh
menginginkanku. Sekarang, bila sudah dapat apa yang dikejar, senang-senang saja
dia mempersiakan diriku. Benar-benar buat aku terasa hati. Perit
sangat!Akhirnya kereta yang dipandu berhenti di depan flatku. Mulutnya masih
lagi tidak berhenti memarahiku. Malah, dibiarkan saja air mataku menitis
menjadi tatapan penghuni flat yang berada berdekatan dengan kami. Aku jadi malu
berhadapan dengan mata-mata yang mencuri pandang ke arah kami. Walaupun berada
di dalam kereta, namun sudah pasti sesiapa yang melihat apa yang terjadi antara
kami tahu akan perkara sebenarnya. Pergaduhan antara pasangan kekasih menjadi
tontonan umum. Ya Allah, aku diduga lagi."Awak tak pernah nak fikir pun
pasal perasaan saya. Pasal keadaan saya. Awak memang selfish!" Aku tersentak
sebaik mendengar tuduhannya. Aku berpaling ke sebelah. Luluh hatiku mendengar
perkataan 'selfish' yang diungkapnya padaku. Mengapa sukar bagiku meraih
kebahagiaan bersamanya? Seringkali sengketa yang terjadi antara
kami."Kalau awak rasa awak tak dapat nak terima cara saya... Awak letakkan
sim kad awak kat atas dashboard tu. Dan lepas tu, saya takkan ganggu awak lagi.
Kita sampai sini saja!" Dadaku menjadi begitu sesak dan
sebak. Setelah apa yang kami lalui bersama, senangnya dia berkata sebegitu
kepadaku. Padahal, dia yang datang dulu kepadaku. Kenapa begitu senang pula dia
mengakhiri perhubungan yang bermula dari usahanya dahulu?Aku menggeleng dan
bersama gelengan itu, menitis lagi air mataku tanpa henti."Sa...saya tak
nak putuskan awak, Zuhairil. Saya...saya cintakan awak. Saya sayangkan hubungan
ni. Saya benar-benar menyesal dengan apa yang saya dah lakukan dahulu. Benar
saya menyesal. Saya menyesal sebab saya dah pernah minta putus dengan awak
dulu. Tetapi, disebabkan saya minta putus dulu tu, saya tak sangka boleh buat
awak berubah macam ni sekali. Awak dah berubah, Ril. Saya tak nak kita putus.
Tolonglah..." Aku menunduk sambil teresak-esak. Memang aku akui.
Dulu, acap kali aku meminta hubungan kami putus. Tetapi, dia yang tidak mahu.
Kerana dia benar-benar cintakan aku. Sekarang, giliran dia pula yang berkata
demikian. Dek kelancangan mulutku dulu, Zuhairil berubah serta-merta. Layanan
mesranya kian berkurang. Malah, gaya layanannya juga sudah berubah. Berubah
dingin. Semua disebabkan mulut aku sendiri. Bodohnya aku!Zuhairil diam sahaja.
Tiada langsung bual bicara antara kami. Yang kedengaran hanyalah esakan
tangisanku."Dahlah...Apa yang saya cakap awak takkan boleh terima. Saya
tegur sekalipun, awak tak nak dengar. Awak nak menang aje. Tulah sikap awak.
Awak tahu tak padahnya kalau perempuan terlalu ego? Ada buruknya. Kalau lelaki
yang ego, saya boleh faham lagi. Tetapi, kalau perempuan ego. Adalah yang buruk
akan terjadi," aku mengetap bibir lagi. Dalam diam, hati yang tengah
bersedih memberontak dalam diam. Aku dikatakan mahu menang sedangkan apa yang
aku rasakan selama ini, hanya dia saja yang betul. Benar-benar buat aku
bengang.Bibir tidak mampu berkata apa walau hati menggelegak. Namun, aku
sabarkan saja hati dan membiarkan apa yang dia nak kata. Aku benar-benar
penat!"Hari dah nak maghrib dah ni. Awak pergila naik atas. Ada benda lagi
yang saya kena buat," suara Zuhairil mula mengendur. Mungkin dia juga
sudah penat memarahiku. Aku yang diam dari tadi hanya akur. Sim kad masih ada bersamaku.
Aku tidak mahu mengeluarkannya dari telefon bimbitku. Sim kad yang dia berikan
kepadaku tidak mampu kuserahkan kembali kepada tuannya. Aku masih sayangkan
perhubungan ini. Tetapi, mengapa hatiku berasa kosong sekarang?Aku membolos
keluar dari kereta sebaik memberi salam. Pipi yang basah aku sekakan. Langkahku
di atur tanpa mahu pandang belakang. Yang ada cuma sekeping hati yang sudah
mula pudar rasa cintanya dan semakin lama semakin kosong.
Part 2
Walau lama menanam benih cinta, tapi adakah hatikan sentiasa
bahagia? Layanan mesra di awal perkenalan, membuahkan satu perasaan aneh yang
hadir serta-merta. Betulkah ini cinta? Aku meragui hati sendiri. Tidak! Tak
mungkin ini cinta sedangkan hatiku dulu pernah terluka kerana cinta. Malah,
menyerahkan segala hati ini pada seorang lelaki yang belum tentu hak milikku.
Aku perasan akan renungan lain daripada lain pada lirik matanya. Aku segan
ditatap sebegitu. Tetapi, mengapa hati rasa bahagia? Aku buat-buat tak tahu.
Bila terasa diri ini diperhati sahaja, lantas, mataku
melirik ke sebelah. Aku tergamam. Bibirnya sudah menguntum senyuman yang indah
dari rupanya sebenar. Jejaka ini bukanlah pilihan hatiku. Rupa juga hanya
biasa-biasa. Tetapi, pada raut mukanya, ada saja yang pasti terpikat kerana ada
sesuatu yang istimewa pada dirinya. Sukar untu ditafsirkan. Sememangnya, ada
saja gadis yang pasti jatuh cinta padanya.
Aku membalas kembali renungan matanya.
"Kenapa pandang aku macam tu?" Bibirnya masih
tetap menguntum senyuman manis. Sedari itu, dia menunduk dan menggeleng.
Tatkala kepalanya dipanggung menghadapku, sebaris senyuman terlayar di mataku.
Aku jadi terkedu tatkala jari telunjuknya menolak sedikit
dahiku. Tiada hatiku merasakan marah, malah aku membiarkan saja dia berbuat
sedemikian. Kenapa ya? Aku jadi malu. Tanganku menyentuh dahi yang sudah
disentuhnya tadi. Ada perasaan hangat yang hadir di hati. Apa sebenarnya yang
aku alami ini? Perasaan hangat, tenang bila bersama dengannya.
"Khusyuknya dia..." Itu saja bicaranya. Aku hanya
mencebik dan kembali menatap skrin pangggung. Persoalan yang menerjah benak
semakin mengasak hati.
Perkenalan kami baru saja dua bulan. Tetapi, entah mengapa
aku seakan-akan berasa begitu rapat dengannya. Aku selesa berdamping dengannya.
Kami keluar dari panggung wayang dan mengikut sahaja
langkah yang lain.
Teringat akan sentuhan pertama darinya pada dahiku. Aku
jadi tak keruan. Bibir kaku bila ingin berkata. Tekak seolah-olah menyekat
suara dari bersuara. Aku pandang dia, begitu juga dengan dia. Mata kami bertaut
lama. Aku alih pandangan dan ternyata hari sudah gelap. Aku menilik jam di
tangan. Jam sudah menandakan pukul 8.30 malam. Aku jadi serba salah.
Hati rasa ingin terus berlama di situ. Tetapi, keadaan yang
tidak mengizinkan.
"Dah lewat dah ni. Aku kena balik ke rumah mak cik aku.
Takut pula masuk rumah orang lewat sangat,"
Adab menumpang di rumah orang. Kenalah kita turuti. Tidak
mahu menjadi beban si pemilik rumah, perasaan aku ketepikan dahulu.
"Kalau macam tu, kita baliklah. Kesian mak cik kau
tunggu kau balik nanti," ujarnya seperti memahami kehendakku.
Aku renung wajahnya yang nampak telus itu. Sesungguhnya,
hati ini kian memberontak ingin bersamanya lagi. Ah! Kenapa dengan hati aku ni?
Kami melangkah ingin ke parkir kereta. Sepanjang
perjalanan, kami berborak kosong. Soal-menyoal tentang kisah hidup
masing-masing. Ingin saling mengenali antara satu sama lain. Ada juga
diselitkan gelak tawa yang hanya kami sahaja fahami. Sungguh selesa bersamanya.
Kalau bisa, aku ingin membuat temu janji bersamanya sekali lagi. Temu janji? Adakah
ini dikatakan temu janji? Atau cuma satu pertemuan yang diungkap bagi
melepaskan stress setelah lama meluangkan sepenuh masa bersama buku-buku untuk
menghadapi peperiksaan?
Jejak langkah kami seiring menuju ke tempat parkir. Aku
jadi hairan. Setelah membayar tiket parkir, kami kembali melangkah ingin menuju
ke kereta masing-masing. Langkah yang diatur jadi terhenti, begitu juga
dengannya.
"Kau parking kat mana?" Soalku ingin tahu.
"Kau pula letak kereta kat mana?"
"Aras nilah," aku menjawab. Dia tersenyum.
"Samalah kita,"
Aku mengangguk dan membalas senyumannya. Sekembalinya
melangkah, gerak kakinya masih lagi mengikutiku. Aku jadi hairan kembali.
"Kenapa kau ikut aku? Kau stalk aku ek?" Aku cuba
bergurau dengannya.
"Eh! Entah-entah, kau yang stalk aku tak?"
Aku berhenti di tepi keretaku dan aku terkejut melihat si
dia yang berdiri di sebuah kereta yang berdepan denganku. Itu kereta diakah?
"Tu...tu kereta kau ke?" Jariku menunjuk pada
kereta kelisa yang berwarna kelabu itu.
"Iyelah... Kaukan pernah naik kereta aku sekali. Kau
tak ingat ke?" Aku diam seketika. Ya. Benar aku pernah naik keretanya.
Tetapi, tidakku ingat nombor plat kereta tersebut. Yang aku tahu cumalah kereta
kelisa. Aku tunduk malu. Sememangnya, aku tidak peka dengan sekeliling apatah
lagi mengenai nombor plat keretanya.
"Alah...aku pernah naik sekali je kot..." Aku
cuba mempertahankan diri. Sebenarnya malu jugak bila ditegur sebegitu. Dia
terasakah?
"Okeylah. Bawa kereta tu baik-baik tau. Dah sampai ke
rumah mak cik kau, bagitahulah." Pesannya sebelum membolos diri ke dalam
kereta. Aku mengangguk sahaja dan melambai ke arahnya.
Aku menghidupkan enjin dan juga penghawa dingin. Masih
belum beredar dari situ. Dia juga masih ada di situ. Aku kembali melambai ke
arahnya. Mengingati pesanannya tadi, aku jadi terharu. Pesanan dari seorang
kawan sahaja. Tetapi, kenapa begitu membuat hatiku tersentuh?
Kereta kami berpisah dan masing-masing membawa haluan
sendiri. Pertemuan yang diakhiri dengan perpisahan yang mengambil masa 3 bulan.
Adakah perkenalan ini akan jadi lebih rapat selepas ini? Atau hanya terhenti
dipertengahan sahaja? Entahlah...
LANGKAH kakiku lemah sukar untuk mendaki anak tangga lagi.
Serasaku ingin rebah sahaja. Aku tunduk menekur lantai. Satu kenangan yang
sukar untuk aku lupakan. Adakah aku akan membuat keputusan yang terbaik buatku
nanti?
Benar orang kata, indahnya satu perkenalan tetapi sukarnya
untuk kita kekalkan setelah tahu khabarnya. Dadaku bagai dipalu derita. Mengapa
tidak aku kembali seperti dahulu dengannya? Kalaulah masa bisa diputarkan
kembali. Aku mahu memulakannya semula. Persengketaan ini harus dihentikan. Satu
keputusan harus ditemeteraikan. Demi kebaikan masing-masing.
"Aku...harus terus melangkah dan..." setitis air
mata yang jatuh ke pipi, rasanya lagi mengerti akan duka yang kualami.
Indahnya kenangan lalu, dari terus mengalami satu kedukaan
dinihari. Walau hati sukar untuk menerima, tetapi sesungguhnya aku tak ingin
terluka dan terus terluka lagi.
Part 3
Hujan rintik menjadi tatapan mata. Seluruh alam bersorak
riang. Hujan tandanya rahmat dari-Nya. Tangan kanan yang kugenggam bersama
payung, aku alihkan ke kiri. Aku tutup payung tersebut dan punggungku labuhkan
di bangku. Aku berkalih menunduk melihat baju di tubuhku. Basah! Lambat-lambat,
bibirku menguntum senyuman kecil.
'Hujan lagi?' detik hati kecil ini.
Aku mendongak ke langit pula. Mujur aku dapat berteduh di
pondok kecil ini, kalau tidak mahu seluruh tubuhku basah kuyup. Badan pun dah
terasa sejuk semacam dan...
Hachumm!!
"Alamak...tak lama lagi selsemalah ni. Macam mana nak
balik?"
Aku ketuk kepala sendiri. Itulah padahnya kalau berdegil.
Kan sendiri dah kena. Aku kutuk diri sendiri. Menyesal juga tak dengar cakap
Bilah tadi. Orang dah offer nak tumpang, tapi aku tetap nak naik bas. Ni semua
gara-gara 'Jae Suk'! Jae Suk gelaran bagi kereta vivaku sekarang terpaksa
dihantar ke bengkel untuk servis. Sekarang, nilah jadinya. Degil!
"Erfina Alya, kenapalah kau ni degil sangat? Dari dulu
sampai sekarang tak pernah berubah. Keras kepala betul! Sebab tulah..."
ayatku terhenti seketika. Mataku mula merasa kabur.
Ya Allah, kenapa aku boleh teringat akan dia? Kenapa baru
hari ini kenangan lalu sering menjengah mimpi-mimpi malamku? Ya Allah, cukuplah
Erfina...Tak perlulah kau ingat pada si dia.
Sudah 5 tahun berlalu, kenapa baru sekarang bayangannya
hadir kembali? Sejurus itu, laju saja air mataku jatuh ke pipi. Sebak bila
teringat pada dia yang kupanggil Zuhairil.
Aku seka air mata dengan segera. Keluhan terluah jua.
"Tak guna fikir pasal dia lagi. Dia dah lenyap dalam
hidup aku," aku berjeda sendiri. Mataku terpaku pada seorang gadis yang
berteduh di bawah pokok tidak jauh dari pondok ini. Kemudian, mataku beralih
memandang seorang jejaka yang menghampiri gadis tadi bersama payung di tangan.
Selepas itu, kedua-duanya meredah hujan bersama di bawah payung yang sama.
Sekali lagi, kenangan bersama Zuhairil menerjah mindaku.
"LAMBATnya dia bersiap," ujar Zuhairil tatkala
dia menghampiriku. Suasana masjid Putrajaya kelihatan tenang walaupun hujan
lebat di luar. Mataku menangkap sekaki payung yang dibawanya. Sejurus itu, satu
senyuman manis aku hadiahkan pada dia.
"Mana ada lambat. Biasa je,"
Sesudah bersolat sebentar di Masjid Putrajaya, kami
merancang untuk kembali ke rumah.
"Jom... hujan dah makin lebat ni. Kita balik
sekarang."
"Bawa satu payung je?" soalku sebelum kami
melangkah pergi.
"Sayang, kat dalam kereta saya hanya ada satu payung je.
Tak apa, kita share," Lalu kami berlalu ke parkir bersama-sama. Mujur ada
payung, kalau tidak pasti kedua-duanya basah kuyup.
JATUH lagi mutiara jernih ini bila mengingat kembali
adengan dulu. Kali ini, aku biarkan saja mutiara-mutiara putih itu menggelongsori
pipiku.
"Apa khabar dia sekarang? Kenapa hati ini tiba-tiba
rasa rindu pula pada dia?" Aku terpempan, lantas menekup mulut sendiri.
Apa yang aku rasa sekarang? Rindu? Patut ke rasa rindu itu hadir tatkala
hubungan tersebut sudah terputus lama? Aku melepaskan keluh berat sekali lagi.
"IBU tahu kamu tak suka. Tapi kamu dah janji yang kamu
akan turutkan permintaan ibu kalau sudah kamu mencapai umur 28 tahun dan tidak
punya sesiapa, kamu akan terima pilihan ibu," Ibu mengingati kembali kata
janji yang pernah aku lafazkan dulu. Aku menunduk sahaja. Tangan pula tidak
berhenti mengupas kulit bawang. Mata aku pun dah mula nak berair dan turunlah
air mata tanpa paksaan.
"Kamu dengar tak kata ibu ni?"
"Dengar. Fin tahu apa yang Fin patut buat, bu. Kalau
Fin dah janji, maksudnya Fin akan tunaikan janji tu. Janji tetap
janji,"
Ibu mengangguk berpuas hati.
"Kalau macam tu, minggu depan ibu akan siapkan
mana-mana keperluan untuk majlis tu."
"Ikut suka ibulah. Fin ikut je,"
"Kamu tak nak jumpa menantu pilihan ibu tu ke?"
Tanganku berhenti mengupas. Dengan nafas berat, aku hembuskan perlahan. Aku
menatap wajah ibu dengan mata yang kembali kabur. Empangan mataku kini pecah
jua. Ibu memandang wajahku dengan selamba. Pasti saja di fikirannya, mataku
menangis gara-gara bawang tadi. Namun hakikatnya, hati ini yang mula merintih
enggan menerima perkahwinan yang ditetapkan ini walau sudah lama aku suarakan
janji tersebut.
"Ibu, kalau umur Fin sampai 28 tahun dan Fin tak
bersama dengan sesiapapun, Fin akan ikut kata ibu, kahwin dengan pilihan ibu.
Fin janji!" Itulah kata yang pernah aku ungkapkan. Seringkali ibu bertanya
tentang teman lelakiku. Namun, aku tetap keseorangan setelah memutuskan
hubungan dengan Zuhairil. Ah! Nama itu lagi. Tak pernah padam pun nama itu dalam
hati ini. Ya Allah, semoga aku tabah melalui dugaan ini.
Aku menggeleng lemah dan kembali mengupas bawang. Aku seka
air mata dengan lengan baju.
"Tak perlulah ibu. Fin tak nak nanti, Fin berubah hati
pula. Jadi, ibu siapkan saja semua persiapannya. Fin hanya akan duduk atas
pelamin, dan tunggu saja akad nikahnya nanti. Masa tu barulah Fin tatap muka
bakal menantu ibu tu." Aku letakkan bawang yang sudah siap dikupas dan aku
bawa ke sinki untuk dicuci. Setelah itu, aku biarkan saja bawang-bawang tadi di
atas meja dan kakiku laju melangkah masuk ke bilik. Aku menutup pintu bilik
dengan perlahan dan tubuhku sandar pada daun pintu. Perlahan-lahan, tubuhku
rebah duduk di lantai. Aku menyebam muka pada lutut dan menangis semahunya.
"PENGANTIN lelaki dah sampai!"
Aku tersentak tatkala suara itu menerjah cuping telingaku.
Aku pandang sekeliling. Wajah-wajah saudara-maraku tampak begitu bahagia dan
gembira. Tetapi, aku? Aku tilik wajah sendiri pada cermin. Mak andam pun
berpuas hati dengan kerjanya.
"Cun! Macam artis korea! Cantik pengantin perempuan
ni," Mak Zara memujiku.
Aku hanya mampu tersenyum kecil.
"Terima kasih Mak Zara," ucapku dengan ikhlas.
"Ni, Mak Zara nak tanya," soal Mak Zara sesudah
siap mengemas alat-alat make-upnya.
"Fin memang tak pernah jumpa dengan pengantin lelaki
ke?" Aku tertunduk mendengar persoalan Mak Zara. Lambat-lambat, aku
menggeleng.
"Sebab tulah tak ada majlis bertunang. Terus
menikahnya, ya?" Sekali lagi persoalan itu aku jawab tanpa bersuara. Aku
mengangguk sahaja.
"Kalau macam tu, baguslah. Tak perlulah nak
lambat-lambatkan benda yang elok. Kahwin terus! Lepas kahwin, barulah dapat
berkenalan dengan suami. Masa tu, tak ada haram-haramnya dah. Boleh get set
go!" Usik Mak Zara membuatkan bilik pengantin riuh sahaja.
"Fin, dah boleh keluar dah. Pengantin lelaki dah ada
kat luar tu."
Dadaku berdegup pantas. Lemah lutut ini tatkala ibu
menjengah masuk ke kamarku.
'Aku dah nak jadi isteri orang lepas ni? Macam tak percaya
je!'
Dengan langkah perlahan, aku menuju ke luar bilik dan duduk
pada persinggahan yang disediakan. Menunggu saat diri ini bergelar isteri
orang, benar-benar buat hati ini gementar. Lebih-lebih lagi, aku akan bernikah
pada orang yang aku tak pernah jumpa dan kenal. Ya Allah! Betul ke apa yang aku
buat ni? Sempat tak kalau aku lari dari sini?
"Fin, ibu harap Fin bahagia dengan pilihan ibu nak.
Ibu tahu dialah yang terbaik untuk Fin. Sungguh!" Suara ibu kedengaran
begitu sayup sekali. Entah dengar entahkan tidak. Aku biarkan suara ibu berlalu
begitu saja. Wajahku pula kutunduk saja dari tadi.
"Sah? Sah!"
Aku tersentak dan kepalaku panggung ke hadapan. Pantas
sekali air mataku jatuh ke pipi dan mulutku melopong luas melihat wajah yang
terpampang di depanku sekarang.
Gugup...memang aku tengah gugup. Seraut wajah itu kini
kembali menghantuiku dan sekarang bukan jadi bayangan semata-mata.
Lelaki itu mendekatkan bibirnya pada telingaku. Dadaku
bergetar hebat. Perasaanku bercelaru sekarang.
"Aku takkan pernah lepaskan kau begitu saja. Kau
tahukan janji aku dulu?" Ujarnya sinis. Bibirnya menjauh dan dia menguntum
senyuman penuh makna. Aku menelan liur. Kelat!
"Selamat menjadi pengantin buat Zuhairil Zainurdin,
Puan Erfina Alya," Ucapnya bersama senyuman di bibir. Mataku terbuntang
luas. Tidak kusangka, dialah lelaki yang dijodohkanoleh ibu untukku.
bersambung...
Cerita ni ada dipos kt grup sy..Grup MSF...Ssiapa yg sudi...Joinla grup sy ye? :D
CEPATLAH SAMBUNG YA TQ.
ReplyDeleteThanx baby mio..
DeleteAssalammualikum fyka,bgus cerita2 awk...klu awk da masa datang2 la ke blog sy.di www.ibrahimheajung.blogspot.com blog sy tntang kisah cinta yg sy sndri tulis..klu blh sy nk thu pe komen awk tntang cite sy buat..trima kasih dri sy ibrahim hea jung
ReplyDeleteThanx Ibrahim..Inshaa- Allah...klu ada msa..sy singgah ya?
Deletecerita yg cukup menarik sekali buat saya...sukses....
ReplyDelete