Chap 12
SETIBA saja ke lapangan terbang Bangkok, Thailand,
Zuhairil segera menolak trolli kami menuju ke luar. Aku perhati gerak-geri
Zuharil dan aku rasa sedikit hairan. Kenapa tidak ke kaunter terlebih dahulu
bagi menempah teksi untuk ke Pattaya?
Walaupun
hati rasa hairan, tetapi langkah suamiku tetap diikuti. Kami berdiri ke luar
tempat mengambil penumpang. Mata Zuhairil seperti mencari sesuatu. Atau
seseorang?
Sejak
keluar dari perut kapal terbang tadi, kami langsung tidak berbicara. Aku pula
melayan perasaan dengan hati yang sebal setelah Zuhairil mengambil kesempatan
terhadap aku semasa di dalam kapal terbang tadi. Sudahnya, masing-masing
melayan diri dan langsung tidak bersuara. Aku pun malas nak cakap apa-apa
dengan dia.
Zuharil
masih melilau ke sekeliling perkarangan dan memandang jam tangannya.
“Masih
belum sampai lagi ke?” Suara Zuhairil seperti berbisik sendiri tetapi tetap
juga dapat kudengar. Aku yang memeluk tubuh dari tadi sudah seperti cacing
kepanasan, tidak tahan pula kalau masing-masing berdiam seperti ini. Aku
mengeluh lemah dan akhirnya bersuara juga ingin bertanya.
“Sebenarnya
kita nak tunggu apa ni? Kenapa tak pergi beli tiket untuk dapatkan teksi? Ke
kau tempah mana-mana ejen yang boleh bawak kita ke Pattaya?” Soalku
bertubi-tubi. Zuhairil yang meliar memandang sekeliling akhirnya berhenti
memandang ke dalam anak mataku. Bibir suamiku tersenyum sinis.
“Baru
sekarang nak bersuara? Ingatkan tadi ada emas berlian yang nak dijaga sangat
kat dalam mulut tu.” Sindir Zuhairil tanpa pernah memikirkan perasaanku. Memang
suka menyakitkan hati orang. Dari dulu lagi mulut dia ni langsung tak pernah
nak kawal. Cakap main lepas. Suka hati dia aje nak redah. Tak pernah ada trafic light pun suruh mulut dia tu untuk
berhenti seketika sebelum nak berkata. Aku mendengus geram.
Dek
geram dengan kata-kata Zuhairil, aku langsung tidak memandang wajahnya. Aku
berpaling dan sempat menghadiahkan jelingan tajam padanya tadi. Buang masa
betul nak gaduh dengan lelaki sebegini. Kalau aku bersuara, nanti ada pulak
yang kata aku nak menang. Tak habis-habis dia dengan perangai dia tu. Masih tak
berubah!
Tidak
lama selepas itu, kelibat sebuah kereta kelihatan menghampiri kami. Bila tengok
macam kereta Estima, tetapi tampak lagi besar daripada Estima. Entahlah. Aku
tak kisah pun pasal kereta. Sekarang, hati aku cuma berasa panas dek sindiran
suami sendiri. Meluat!
Seorang
lelaki keluar dari perut kereta tadi dan menyambut salam Zuhairil. Lelaki itu
tampak sedikit berusia dan begitu hormat pada suamiku. Aku mengerut dahi. Driver suami aku ke ni?
“Sawadee kap,” ucap lelaki itu pada kami.
Aku hanya menyambut dengan senyuman. Walaupun tidaklah semanis mana senyuman
yang aku berikan, tetapi cukup untuk menjawab ucapannya itu. Aku menoleh pada
Zuhairil tatkala dia berkominikasi dengan lelaki tadi dengan bahasa Thailand.
Sememangnya aku macam tunggul kayu apabila berada di antara mereka. Satu habuk
pun aku tidak faham dengan apa yang mereka cakap. Aku hanya lihat dengan
pandangan kosong.
“Masuklah
ke dalam kereta. Encik Thong ni akan hantar kita terus ke Pattaya.” Zuhairil
mula bersuara setelah selesai berbual dengan pemandu yang dipanggilnya Encik
Thong itu. Aku hanya menurut dan memboloskan diri ke dalam kereta. Tidak banyak
cakap, hanya diam tanpa ingkar.
“Encik
Thong ni sebenarnya pemandu aku ketika berada kat Thailand ni. Kira driver
syarikatlah.” Zuhairil menyambung kata setelah masuk ke dalam kereta. Aku hanya
mengangguk dan berpaling memandang ke luar. Aku penat! Penat setelah duduk di
dalam kapal terbang tadi selama beberapa jam dan penat melayan kerenah tak
semenggah suami aku.
Entah bila masanya aku boleh kembali terlelap dan perkara
yang tak dapat aku elak setelah sedar dari tidur dan kepalaku sudah selamat
berada di bahu Zuhairil. Bangun sahaja setelah dikejut oleh Zuhairil, wajah
senyum kambingnya terlayar di mata. Pantas saja mukaku membahang dek rasa malu.
Pasti dia merenung wajah aku sedari tadi. Memang licik betul suami aku ini.
Kami tiba di salah sebuah hotel yang aku kira 5 bintang
dalam dua jam kemudian. Aku ambil bagasi, namun sempat ditahan oleh Encik
Thong.
“Let me help you,”
Laa... Boleh cakap bahasa inggeris rupanya. Kalau aku
tahu, dari tadi aku bawak Encik Thong ni bercakap. Ini semua si dia punya
pasallah! Nak sangat cakap dalam bahasa yang aku tak faham. Entah-entah, dia
sempat lagi mengutuk aku dengan Encik Thong dalam diam. Hmph!
Aku melepaskan bagasiku tadi, dan membiarkan Encik Thong
membawanya masuk ke dalam hotel bersama bagasi suamiku sekali. Aku menoleh pada
wajah Zuhairil yang sudah siap berkaca mata hitam. Bajet hotlah? Makin menjadi-jadi pula rasa meluat pada suami sendiri.
Hish! Tak habis-habis aku buat dosa kering dek lelaki yang bernama Zuhairil
ini.
“Shall we, my dear?”
“Tak usah nak dear
sangatlah!” Aku berlalu meninggalkan Zuhairil dan menuju ke kaunter lobi. Aku
berpaling menanti Zuhairil. Zuhairil memaklumkan kepada pihak hotel tentang
booking yang telah dibuat dan menguruskan apa-apa yang patut.
Aku malas nak menyemak di kaunter, aku bergerak ke sofa
berdekatan dan duduk di situ sambil mata masih mengamati setiap pelusuk ruang
lobi. Memang sangat mewah. Elegant!
Tatahiasnya nampak begitu lawa dan selesa. Itu sahaja yang mampu aku ucap. It’s a breathtaking, walaupun hanya di
kaunter lobi. Kalau di dalam bilik, entah macam manalah rupanya. Lagi nampak magnifique!
Setelah selesai berurusan dengan staf di situ, Zuhairil
mendekatiku dan menghulur tangan. Aku lihat Zuhairil dengan perasaan hairan.
Dia nak buat apa pulak sekarang?
“Jom, my lady. Hubby nak bawak sayang ke bilik peraduan
kita.” Ugh! Please! Kenapa mesti buat aku menyampah dengan kerenah dan sikap
hipokrit dia? Entah apalah yang ada di dalam minda dia tu. Apa yang sebenarnya
dia nak daripada aku?
“Tak payah nak tunjuk gentlemanlah! That is so not you. I know you, Zuhairil. Kau sendiri yang cakap
kau bukan jenis yang romantik dan gentleman.
Just be yourself, for god sake!” Bidasku setelah tidak tahan melihat
layanannya yang bagai ada udang di sebalik batu.
Zuhairil tarik tangannya kembali dan mengekalkan senyuman
di bibirnya. Ditariknya kaca mata hitam dan disangkut pada baju.
“It has been 5 years already, Fin. Manusia boleh berubah.
Kau percaya kan?”
“Well, not to you. Kau kahwin dengan aku pun, aku masih
belum boleh percaya. Pelik! 5 tahun dah berlalu but kau masih nak aku jadi
isteri kau. Even, kau sendiri cakap yang kau takkan lepaskan aku. Maybe
anything related to revenge perhaps?” Tebakku menyebabkan wajah Zuhairil
berubah sedikit. Nampak wajahnya sedikit tersentak. Aku renung wajahnya tajam.
Adakah betul akan apa yang aku sangka? Dia nak balas dendam ke?
Walaupun wajah Zuhairil sedikit berubah, tetapi dia masih
dapat mengawal perasaannya. Aku nampak semua itu. Aku tersenyum sinis.
“You may not know what’s gonna happen next my dear. Don’t
judge a book by its cover. Kau masih tak berubah dari dulu. Suka berprasangka
buruk kepada aku. Tak pernah nak percaya kat aku walaupun sekarang aku dah
bergelar suami kau.”
“Kalau semua itu kau boleh ubah sejak dulu lagi, aku tak
mungkin akan berprasangka buruk dekat kau. Don’t you know, action speaks louder
than words?” Aku masih mahu menyindirnya. Sakit hati yang sudah disimpan dari
dulu, kembali menusuk. Dia hadir tanpa aku sangka dan kembalinya dalam hidup
aku juga memberi banyak persoalan kepadaku. Setelah apa yang dia lakukan
dahulu, sudah tentu segala perbuatannya itu membuatkan aku sukar untuk
mempercayainya. Lantas, aku melangkah meninggalkan Zuhairil dan bergerak
mendekati Encik Thong yang sudah menunggu di depan lif.
Chap 13
MATAKU terbuka setelah lama terlena dari tadi. Sebaik
masuk ke dalam bilik hotel, aku segera menghempaskan tubuh di katil dan menarik
gebar sehingga menutup muka. Aku langsung tidak mahu bersuara setelah bertegang
urat dengan Zuhairil tadi.
Baru aku
perasan akan ketiadaannya di dalam bilik. Aku selak gebar dan duduk dengan
perasaan kosong. Aku memandang ke seluruh bilik yang masih tetap sama seperti
tadi, cuma hanya aku seorang sahaja di sini. Mataku menangkap sekeping nota
kecil yang diletak di atas meja lampu di sebelah katil queen size. Aku ambil nota kecil tersebut dan membaca bait-bait
ayat yang ditulis oleh suamiku. Tulisan tangannya tetap sama seperti dahulu,
langsung tiada perubahan.
Aku keluar sekejap. Nak beli makanan tengah
hari kita. P/S: Duduk dalam bilik tu diam-diam. –Ril.
Ceh!
Sebaik membaca pesanan dari si suami, hanya satu saja perasaan yang hadir dalam
hati. Menyampah! Dia ingat aku ni kanak-kanak kecil ke? Perlu ke arahan supaya
menyuruh aku duduk diam sahaja di dalam bilik ini?
Aku
belek telefon bimbit dan melihat waktu jam sekarang. Sudah pukul 2. Makan
tengah hari apa kalau sudah pukul 2? Tatkala itu bunyi perutku mula
berkumandang. Ini yang buat aku geram dengan kerenah suami ‘tercinta’. Dia syok
keluar tanpa aku dan dibiarkan kelaparan di dalam bilik. Memang patut sangatlah
tu!
Dek rasa
geram yang tak sudah, aku merancang untuk keluar dari bilik dan pergi ke
tingkat atas hotel tersebut. Aku ingin mencuci mata dan melepak di tepi kolam.
Walaupun sudah lama tidak berenang di kolam renang, tetapi kemahiran berenang
aku tetap tidak lupa. Aku melangkah perlahan dan melihat sekeliling. Nampaknya
ada juga yang berenang pada waktu sebegini. Ada juga pengunjung dari luar
negara yang tidak malu untuk mendedahkan tubuh mereka dan berjemur di bawah
matahari yang terik sebegini. Aku hanya menggeleng dan duduk berdekatan dengan
kolam renang.
Sambil
memandang kerenah orang sekeliling, sambil itu juga tanganku lincah mencubit
roti yang sempat aku sambar di atas meja tadi. Sebaik menghabis roti mentega,
aku langsung meninggalkan kolam renang dan turun ingin ke lobi. Tiada yang
menarik pun di sini. Semuanya hanya pemandangan yang menyakitkan mata. Jadi,
lebih baik kalau aku merayau ke mana-mana tempat berdekatan daripada duduk
terperuk di dalam bilik hotel.
Apabila
melintasi kaunter lobi, barulah aku tersedar yang aku terlupa untuk membawa
telefon bimbit sekali. Aku menepuk dahi dan tercegat di tengah-tengah laluan
orang. Orang yang lalu-lalang sudah ada yang memasang mata pelik dengan kerenah
aku. Tidak lama selepas itu, aku memetik jari. Boleh saja kalau aku tuliskan
nota dan serahkan kepada staf lobi untuk memaklumkan kepada Zuhairil akan
ketiadaan aku di bilik. Lantas, aku datang menghampiri kaunter lobi. Senyuman
manis sudah mula kutayang kepada pekerja di situ.
“Excuse
me, do you have a blank sticky note and a pen?” Soalku kepada salah seorang
pekerja di situ. Wajah gadis itu begitu manis sekali. Tetapi, aku berasa
was-was apabila teringat bahawa negara Thailand yang terkenal dengan pembedahan
plastik terutamanya berkaitan dengan pembedahan jantina. Namun, aku hanya
tersenyum sahaja tatkala gadis itu bersuara.
“Yes,
Mem.” Fuh! Nasib baik suara dia lembut semacam. Tetapi, bukan boleh percaya
pun. Gadis tadi menyerahkan nota kecil dan memberi pen sekali. Aku menulis
pesanan untuk Zuhairil dan tersenyum puas setelah membaca pesananku sekali
lagi.
Aku keluar sekejap. Bosan duduk diam-diam di
dalam bilik. Jangan risau, aku ada berdekatan hotel sahaja. Kalau nak cari aku,
cari kat pantai. Pandai-pandai akulah nak jaga diri. Dan, aku tak bawa fon.
Terlupa! P/S: Aku bukan budak kecik lagi yang perlu diarah macam tu. Lagipun,
aku pernah juga travel seorang diri. Jadi, izinkan aku keluar. –Fin
Aku menyerahkan nota tadi kepada gadis kaunter dan
memesan kepadanya agar memberikan nota ini sekiranya Zuhairil sudah kembali ke
hotel. Gadis itu mengangguk dan menunduk hormat. Aku segera keluar dari hotel
dan merayau ke mana saja tempat yang aku
suka. Mujurlah masih petang, kalau malam aku sendiri berasa takut untuk keluar
ke mana-mana. Pattaya memang banyak kelab malam terbuka. Sungguh aku taubat
untuk keluar malam seorang diri.
Masih
aku ingat lagi ketika berada di Bangkok untuk urusan kerja. Ketika
berjalan-jalan di Bangkok pada waktu malam bersama rakan sekerja, ada saja
gadis-gadis malam yang berkeliaran di luar kelab malam dan cuba untuk menarik
sesiapa saja untuk bertandang di lubuk syaitan itu. Ada juga kelab malam yang
terbuka membuat persembahan tarian tiang dengan gadis Thailand yang berpakaian
menjolok mata. Bau arak semestinya ada dan begitu memualkan. Mujurlah kami dapat
melarikan diri daripada ajakan gadis-gadis kelab malam di situ. Entahkan gadis
atau pondan. Aku pun tidak tahu. Hish! Seram bila aku teringat kembali.
Aku
singgah di kedai berdekatan dan melihat baju T yang dijual di situ. Macam-macam
gambar yang ada pada baju T. Dan kebanyakannya gambar-gambar yang tidak
senonoh. Patutlah Thailand di katakan tempat popular untuk sarang pelacuran.
Aku mencari baju lain yang lebih sopan dan sesuai untuk diberi kepada
saudara-mara. Ada beberapa helai saja yang aku rembat. Susah pula kalau balik
ke hotel dengan beg plastik yang penuh di tangan.
Setelah puas mencari baju, aku berjalan pula mendekati
pantai. Ingin menikmati pemandangan petang di pantai. Ramai juga yang bersantai
di pantai ini. Melihat air laut yang begitu membiru, membuatkan hatiku sedikit
tenang.
Aku tertarik melihat seorang perempuan tua yang menjual
jeruk dengan segala perkakas dibawanya di bahu. Apabila ada yang ingin membeli,
dia meletakkan peralatannya ke bawah, dan mengeluarkan lesung batu. Selain jeruk,
dia juga menjual asam mempelam yang digaul bersama beberapa bahan yang tidak
aku tahu. Macam kerabu pun ada, tetapi aku tidak berani untuk membeli
sebarangan kerana was-was akan kandungannya. Telan liur sajalah bila tengok
makanan itu. Alamak! Teringin pula nak makan kerabu mangga. Macam orang
mengidam pula. Hahaha.
Punggungku labuh di tempat duduk berdekatan dengan
pantai. Aku tarik cermin mata hitam yang disangkut pada bajuku dan aku pasang
bagi mengelak silau cahaya matahari. Wah! Seronoknya melihat kanak-kanak yang
mandi di laut. Teringin juga nak bermain air, lalu aku berdiri dan melangkah
mendekati laut. Aku lipatkan ke atas sedikit seluar jeans dan sandal yang aku
pakai dibuka. Aku biarkan saja berkaki ayam dan bermain dengan air laut.
Bibirku secara automatik tersenyum, seronok.
“Erfina!” Senyumanku terus mati tatkala mendengar suara
yang memanggil namaku. Aku berpaling dan wajah Zuhairil terlayar di mata. Aku
mengeluh lemah. Lelaki ini tak pernah nak beri peluang untuk aku berasa senang.
Pasti saja muncul dan merosakkan segalanya.
“Iya, encik suami.” Ujarku lemah. Mataku masih memandang
tepat pada wajahnya. Namun, aku berasa hairan melihat wajah Zuhairil yang
sedikit berkerut dan mendung. Aku tergamam tatkala melihat anak matanya yang
mula bergenang.
Tiba-tiba, Zuhairil meluru pantas mendekatiku dan tanpa
kusangka, dia menarik tubuhku dan dipeluknya erat. Aku terkedu di saat itu dan
siapa sangka, jantungku juga turut terhenti seketika. Nafasku mula tidak
teratur, rasa tersekat-sekat sahaja. Tidak lama selepas itu, jantung yang
berhenti berdegup kian bergetar hebat. Apa yang sedang aku alami sekarang?
“Kau ke mana, Fin? Kau tahu tak dari tadi aku cari kau
tak jumpa? Kau tahu tak betapa risaunya aku sebab kau tak ada? Kau tahu tak apa
perasaan aku sekarang? Kau tahu tak?!” Bertubi-tubi Zuhairil menyoalku. Dapat
kurasakan pelukannya kian erat seperti tidak mahu melepaskan aku langsung. Ya
Allah, benarkah apa yang dikatakan oleh lelaki ini? Benarkah dia risaukan aku?
Benarkah apa yang aku sangka selama ini dan semuanya salah? Zuhairil, apa
sebenarnya perasaan kau terhadap aku sekarang?
best..cepat sambung kak fyka.. :)
ReplyDeletehd : (Y)
ReplyDeleteberi lh peluang wat mr mubby fin....rase nyer tk rugi kot....tk puas lh dek writer....
ReplyDeletemr hubby...hehe
ReplyDelete