Matanya meneliti monitor yang
menunjukkan imbasan otak. Lama benar dia menilik dan menilai gambar imbasan
itu.
“Supra
tentoria,” Jawabnya pendek. Setelah mengkaji gambar imbasan tersebut,
tangannya lincah mencatat sesuatu pada buku catatannya. Siap sahaja kerjanya,
dia menghembuskan nafas. Lega!
“Doktor Karmiza!” Panggil suara
lembut dari belakang. Karmiza berpaling seraya tersenyum manis. “Ye? Kenapa Dhiya?” Jawabnya kembali.
Jururawat yang berbadan sedikit
gempal itu mendekatinya.
“Ini report perkembangan Puan Akilah
yang doktor nak tu kan?” Karmiza menyambut report tersebut dan diselaknya satu
persatu helaian report tersebut. Sedetik kemudian, Karmiza tergamam. Hatinya
mula tak senang. Dadanya bergetar disaat membaca laporan tersebut. Serasa mahu
sahaja dia menangis ketika itu. Lemah lututnya apabila membaca aksara-aksara
pada laporan tersebut.
“Doktor Karmiza?” Karmiza tersentak.
Bibirnya bergetar dan kelakuannya nampak tidak kena. “Doktor Karmiza tak
apa-apa ke? Kenapa wajah doktor nampak pucat?” Karmiza menggeleng pantas. Dia
cuba untuk mengukir senyuman tetapi senyuman itu dirasakan begitu kelat sahaja.
“I’m
fine. Thank you sebab serahkan
report ni,” Ucap Karmiza. Jururawat yang bernama Dhiya itu berlalu pergi
setelah tugasnya selesai. Karmiza pula masih berdiri kaku di situ. Air mata
sudah mula bertakung membuatkan pandangannya sedikit kabur. Diusapnya dada
perlahan menahan rasa sedih yang mula hadir dalam hati. Tidak mahu dinampak dek
orang sekeliling, pantas kakinya melangkah menuju ke satu bilik.
Berhati-hati pintu ditolak dengan
perlahan. Setelah masuk ke dalam bilik wad tersebut, Karmiza menutup kembali
daun pintu. Dia bersandar di daun pintu. Dalam pada itu, laporan kesihatan
Akilah tadi masih tidak lepas dari tangannya.
Karmiza mengatur langkah mendekati
katil wad dan matanya merenung wajah tenang yang masih terbaring itu. Dia
menghenyakkan punggung pada kerusi yang tersedia di sebelah katil dan dengan
perlahan dipautnya tangan gerangan yang masih lena di katil. Laporan tadi
sudahpun diletak ke tepi di atas meja.
Baru kini dia menjenguk wajah lelaki
itu. Entah kenapa, hatinya bagai meminta lelaki itu segera bangun dan memujuk
hati yang tengah dalam kesedihan di kala ini. Berharap agar lelaki itu mengusap
pipi yang basah dek air mata yang tiada henti mengalir. Dengan hanya melihat
laporan itu, dia seperti tersedar sesuatu. Tak selamanya orang yang kita sayang
akan kekal berada di sisi. Tak semestinya orang yang kita sayang akan sentiasa
berada di samping kita. Dan, sudah tentunya kita tidak mampu menganggarkan bila
orang yang kita sayang pergi meninggalkan dunia fana.
Karmiza menggenggam tangan
Saifullizan erat. Mutiara jernih hanya mampu dibiar membasahi pipi. Esakan
kecil mula kedengaran di bilik wad yang serba mewah itu.
Hatinya sayu bila keputusan laporan
Akilah asyik mengganggu fikirannya. Bila mata menangkap keputusan laporan,
fikirannya serta-merta terbayangkan wajah Saifullizan. Dia sendiri rasa pelik
dengan kemunculan wajah suaminya secara tiba-tiba. Sudahnya, kakinya bagai
membawa dia ke sini. Bagai ada kuasa yang menghantarnya ke mari.
2 hari sebelum itu, dia sudah lama
bertekad tidak mahu menjenguk Saifullizan di situ. Dia tidak mahu melihat
keadaan suaminya yang sering kali meracau memanggil namanya. Dia tidak mahu!
Dia takut kalau-kalau hatinya lembut dan dengan senangnya dia akan menerima
suaminya kembali. Dia tidak mahu kalau rasa simpati itu penyebab mengapa dia
menerima suaminya kembali dalam hidupnya. Demam panas suaminya belum kebah
lagi.
Setelah melihat tubuh suaminya kaku
terbaring di lantai di depan pagar rumahnya, jiwanya jadi tak tenteram. Karmiza
menjadi serba salah. Hatinya bagai menjerit-jerit nama Saifullizan. Lantas,
laju sahaja kakinya berlari mendapatkan suami yang telah kaku di bawah hujan
lebat yang sudah ada tanda-tanda mahu berhenti. Ditariknya tubuh sasa itu ke dalam
pangkuannya. Karmiza mendakap erat suaminya bagai tidak mahu melepaskan
Saifullizan lagi. Namun, di satu lagi sudut hatinya bagai menghalang dirinya
dari berasa simpati pada si suami. Lalu, dengan pantas dia memimpin suaminya ke
dalam. Egonya kembali menebal. Dia menelefon Ackiel dan menyuruh doktor muda
itu ke rumahnya dan membawa Saifullizan terus ke hospital.
“ Miza, you should’nt do that to your husband! Ackiel rasa tak patut
Miza buat macam tu. Miza tahu tak syurga itu berada di bawah tapak kaki suami
di kala dirinya sudah bergelar isteri? Miza, bukan Ackiel nak jaga tepi kain
hal rumah tangga Miza, tapi, apa yang Miza buat ni keterlaluan. Suami tengah
sakit, tapi Miza pula langsung tak mahu jenguk suami sendiri. Miza ni dah kira
isteri derhaka tau!” Masih terngiang-ngiang suara Ackiel menegurnya. Sudahnya,
mereka tidak bertegur selama 2 hari itu. Namun, segalanya berubah kini. Laporan
Akilah benar-benar menyedarkan dirinya.
“Abang, Miza tahu Miza banyak buat
dosa kat abang. Miza betul-betul pentingkan diri. Miza hanya fikirkan kesalahan
yang telah abang lakukan pada Miza selama ini dan Miza padamkan segala
kebaikkan yang dah abang lakukan terhadap Miza. Miza minta maaf,bang. Miza
betul-betul berdosa. Miza isteri yang derhaka! Ampunkan dosa Miza, bang. Ampunkan,
Miza...”
Lantas, dia mengucup lembut tangan
suaminya dan mengusap pipi Saifullizan dengan perlahan. Tiba-tiba, tubuh
Saifullizan bangun dari pembaringan. Dahi lelaki itu sudah berpeluh-peluh dan
berkerut seribu. Kepala lelaki itu menggeleng-geleng. Matanya sedikit terbuka
dan nampak kuyu sahaja.
“Jangan tinggalkan abang, Miza.
Jangan..jangan...Abang bersalah..Jangan! Jangan lari dari abang. Jangan!”
Saifullizan menjadi tak tentu arah. Dia meracau lagi. Karmiza segera
menenangkan Saifullizan. Dek kerana tak tahan melihat racauan suaminya, Karmiza
pantas menarik tubuh Saifullizan ke dalam dakapannya. Tika itu, terus sahaja
Saifullizan terdiam tidak berkutik. Tangisan Karmiza kembali berbunyi. Sendunya
menjadi-jadi. Rasa hiba bila melihat Saifullizan meracau menyebut namanya.
Begitu lemah jiwanya melihat si suami tengah berperang dengan diri sendiri
tanpa sedar. Dapat Karmiza rasakan duka yang dialami oleh suaminya selama ini.
Pasti hidup Saifullizan selama 4 tahun yang lalu dihantui rasa bersalah.
‘Ah! Bagaimana hidupnya selama 4
tahun itu? Ya Allah, kesiannya suamiku. Begitu berat hatinya dibebani rasa
bersalah itu. Ya Allah, aku sudah lama memaafkan dirinya, cuma aku masih belum
mampu berdepan dengannya. Dan kerana itu, Kau telah menemukan kami kembali di
sini dan kerana itu, Kau juga telah pun menyedarkan aku tentang hal ini. Ya
Allah, aku bersyukur terhadapMu kerana mempertemukan kami berdua. Kalau benar
dia jodohku, akanku jaga masjid yang dibina oleh kami berdua ini. Walaupun
hakikatnya perit untuk menelan kisah dahulu, tetapi, aku sedar tiada siapa yang
sempurna di dunia ini melainkan Kau, ya Allah...’ bisik segenap hati itu.
Apabila dirasakan Saifullizan tidak
meronta lagi, Karmiza merenggangkan pelukan tadi. Ditatapnya lama wajah
Saifullizan. Dia mengelap dahi suaminya dengan tisu dan dibaringnya perlahan
tubuh Saifullizan. Karmiza menarik selimut sampai ke dada Saifullizan dan
diusapnya rambut hitam lurus itu.
“Abang, berehatlah. Tidur ye?” Ujar Karmiza. Saifullizan masih
kaku tidak menoleh. Matanya masih terbuka tetapi sedikit kuyu. Ketika Karmiza
mahu beredar dari situ, pantas dirasakan tangannya ditarik dari belakang.
Karmiza menoleh dan mendapati tangannya digenggam erat oleh suaminya. Karmiza
mengeluh lemah. Namun, keluhan itu berganti dengan senyuman di bibir.
“Tak apalah. Miza temankan abang
malam ni,” Lantas, Karmiza merebahkan tubuh di sisi suaminya. Ditariknya
selimut menutupi tubuhnya juga. Karmiza merenung wajah Saifullizan sayu. Dia
kembali mengeluarkan air mata dan dengan pantas disekanya. Kelihatan mata
Saifullizan kembali tutup. Karmiza berasa lega. Tangannya mula melingkari tubuh
suaminya dan dipeluknya erat suami tercinta.
“Miza takkan pernah tinggalkan abang
lagi. Miza janji!” Tekad Karmiza. Dalam diam, dia mengaku bahawa perasaan
cintanya sentiasa utuh buat Saifullizan. Dia tak pernah berpaling dari
mencintai lelaki itu walaupun pada asalnya lelaki itulah merupakan penyebab
hidupnya kucar-kacir. Tetapi, di sudut hatinya dia berasa bersyukur kerana
dikurniakan suami seperti Saifullizan. Kalau bukan kerana Saifullizan, dia
tidak mungkin menjadi Karmiza sekarang. Dia tidak mungkin menjadi doktor
berjaya seperti hari ini. Dia pasti takkan ke luar negara dan meneruskan
pengajiannya sehingga berjumpa dengan Akilah. Dan yang pastinya, kalau bukan
kerana Saifullizan, Karmiza mungkin takkan menjadi ibu susuan pada Mizan.
‘Ah! Begitu rapinya perancangan
Allah buat hidupku. Semuanya pasti ada hikmah. Dan akanku hargai hikmah itu.
Tak semestinya perkara buruk yang berlaku dalam hidup kita itu racun, dan tak
semestinya perkara baik itu madu. Sesungguhnya, segala takdir yang telah
ditetapkan untuk kita itu adalah yang terbaik buat kita. Syukur,
alhamdulillah.’ Detik Karmiza dalam hati. Langsung, dia menutupkan matanya dan
malamnya kini bertemankan mimpi bersama si suami.
Perlahan-lahan, daun pintu ditutup
rapat. Segaris senyuman terukir di bibir itu. Dia menarik nafas lega.
“Syukurlah, Miza dah kembali ke
pangkuan suaminya,” Ackiel mengucap rasa syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya
doanya buat gadis itu termakbul juga. Karmiza akan kembali bahagia bersama
orang tersayang. Ackiel menyeka air mata yang hampir sahaja jatuh ke pipi.
‘Sayang, biarpun dirimu bukan
untukku, tapi ketahuilah doaku akan seiring waktu ingin kau sentiasa bahagia
buat selamanya.’ Hati kecilnya berbisik.
***
Karmiza duduk menghadap Ackiel.
Menunggu Ackiel menyudahkan bacaan laporan yang didapatinya semalam. Setelah
laporan tersebut diletakkan kembali ke meja, Ackiel melepaskan keluhan berat.
“Sel kansernya sudah merebak dan
kanser kak Akilah sudah pun masuk ke peringkat akhir,” Ujar Ackiel lemah. Dia
meraup wajah berharap agar dapat mengurangkan rasa gundah di hati. Orang
kesayangan kini menghadapi saat-saat akhir dalam hidupnya. Betapa hatinya jatuh
simpati pada ahli keluarganya sendiri. Satu-satunya adik-beradiknya berperang
dengan penyakit yang akan meragut nyawanya sendiri. Ingin sahaja dia menjerit
melepaskan rasa sedih di hati tetapi disimpankan sahaja tidak mahu orang lain
berduka sekali.
Karmiza bagaikan tidak malu mengalirkan
air mata di depan Ackiel. Sudah dianggapnya Akilah seperti ahli keluarganya
sendiri. Semetelah dia seorang anak yatim piatu dan Akilahlah tempat dia
menumpang kasih selain Haji Mukhri. Karmiza mengesat air mata berkali-kali.
Namun, tumpah juga air mata itu tidak henti. Karmiza bagai kehilangan seseorang
yang bermakna buat hidupnya. Seorang kakak yang mengajarnya untuk menjadi
seorang yang lebih tabah tanpa suami di sisi. Seorang kakak yang sanggup
berkongsi kasih Mizan dengannya. Seorang kakak yang amat memahami dirinya.
Lantas, kenangan bersama ahli keluarganya menggamit minda.
“Apa kita nak buat Ackiel? Kak
Akilah sentiasa berfikiran positif, malah sanggup mencari rezeki demi Mizan.
Tambahan pula, kak Akilah sanggup berjauhan dengan Mizan kerana tidak mahu anaknya
serba kekurangan dengan mencari rezeki di luar daerah. Kalau berita ini
disampaikan pada kak Akilah, pasti kak Akilah sedih dan terkilan. Segala
usahanya selama ini, meneruskan kemoterapi tiada gunanya lagi sekiranya masuk
ke peringkat akhir.”
“Apa yang perlu kita lakukan,
Ackiel?” Sambung Karmiza lagi. Karmiza menekup wajahnya dengan tapak tangan.
Terhenjut-henjut bahunya menahan sendu. Begitu pilu hatinya mengenang kehidupan
seorang ibu tunggal seperti Akilah. Sudahlah kehilangan seorang suami, sekarang
dugaannya menimpa lagi dengan penyakit yang bakal menarik nyawanya. Entah buat
berapa kali air mata merembes lagi.
Ackiel menarik nafas panjang. “Kita
tak dapat nak sembunyikan kebenarannya, Miza. That’s how a doctor use to be. Kita kena berani menyuarakan
hakikatnya. Walaupun dalam hati kita sendiri terasa berat nak beritahu hal
sebenar kondisi seseorang pesakit itu.” Jelas Ackiel tenang. Namun, hakikatnya,
dia sendiri menelan pahit itu kerana segala yang berlaku itu pada kakaknya
sendiri.
Karmiza menggeleng perlahan.
“Saya tak mampu nak beritahu pada
kak Akilah. Saya sayangkan dia macam kakak saya sendiri. Begitu berat hati ini
nak sampaikan berita buruk kat dia. Saya tak mampu, Ackiel...” Luluh hatinya ingin mengungkap berita sedih
itu pada Akilah. Ackiel memicit hujung batang hidungnya. Mahu sahaja air mata
lelakinya mengalir di depan Karmiza, namun, dia perlu menunjukkan sikap
professionalnya dalam menghadapi saat genting sebegini. Tidak kiralah berita
buruk itu menimpa pada pesakitnya mahupun pesakit itu ahli keluarganya sendiri.
“Miza, kalau macam tu...biar saya
yang sampaikan berita ni pada kak Akilah. Tapi, awak harus ingat...Kita sebagai
doktor perlu bertindak seperti seorang doktor. Ketepikan dahulu perasaan itu
ketika menyampaikan sesuatu berita penting pada para pesakit kita. Awak
fahamkan?” Karmiza mengelap pipinya seraya mengangguk.
“Dahlah. Kita doakan sahaja keadaan
kak Akilah baik-baik sahaja. Kalau dengan izinNya, mungkin sahaja umur kak
Akilah dipanjangkan lagi. Tiada yang mustahil di mata Allah. Kita sebagai
manusia perlu berusaha bukannya mengalah.” Ackiel cuba meniupkan sedikit
semangat pada Karmiza. Perlahan-lahan, Karmiza mengukirkan senyuman kecil.
Kalau Ackiel sebagai ahli keluarga kak Akilah mampu tabah dalam menghadapi dugaan
sebegini, kenapa tidak dia? Detik hati kecilnya.
Karmiza meminta diri untuk beredar
dari situ. Sebelum keluar sempat lagi Ackiel memanggil namanya. Karmiza
berpaling.
“Ackiel harap dengan apa yang
terjadi kepada kita ini, mampu dijadikan sebagai pengajaran. Karmiza, kita tak
tahu bila orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita. Entah-entah esok,
entah-entah lepas ni. Semua tu sukar untuk kita tebak.” Karmiza terkedu.
Kepalanya tertunduk. Kata-kata Ackiel benar-benar membuat hatinya tersentap. Lalu,
wajah seseorang hadir dalam mindanya. Permata jernih itu kembali bertakung di
kelopak mata. Dia mula sedar. Sememangnya kata-kata Ackiel itu ditujukan buat
suaminya. Karmiza insaf!
“Terima kasih, Ackiel. Saya takkan
lupakan segala nasihat awak tu. Don’t
worry, everything will be just fine. I promise.” Janjinya.
***
Di sebalik kelopak mata yang
tertutup rapat itu, bola matanya bergerak-gerak. Sekejap-kejap bola mata itu
bergerak ke kiri. Sesaat kemudian, bergerak ke kanan pula. Sudahnya, kelopak
mata itu terbuka luas. Badannya turut terbangun. Dadanya naik turun. Dahinya
pula sudah merenik peluh.
Sedetik kemudian, nafas yang menderu
pantas itu kembali tenang. Tiba-tiba, dahinya berkerut. Dikerlingnya ke serata
bilik tersebut.
‘Aku kat mana ni?’ Hairan apabila
melihat tempat yang tidak pernah dilihatnya. Diperhatinya betul-betul tata hias
bilik mewah tersebut. Sebaik melihat baju yang menutupi tubuhnya dan juga wayar
yang mencucuk tangannya, barulah dia sedar di mana tempat dia berada sekarang.
Saifullizan memegang kepala yang terasa sedikit pening itu. Saifullizan
menyelak rambutnya ke belakang.
Tiba-tiba, tangannya terhenti dari
terus menyekak rambutnya. Dia teringat akan mimpinya malam tadi. Serasanya
malam tadi dia ditemani oleh seseorang. Hangatnya tubuh gerangan itu masih
terasa sehingga kini. Pelukan lembut dari gerangan itu begitu melekap di
tubuhnya. Saifullizan juga terasa sukar untuk melepaskan pelukan itu. Lalu,
tangannya diangkat dan dengan perlahan dia mengusap pipinya sendiri. Malam
tadi, dia juga terasa seperti ada usapan lembut dari satu tapak tangan yang
lembut dan halus. Betulkah semua itu? Atau cuma sekadar mimpi? Dia menutup
kedua-dua matanya ingin mengingat kembali apa yang berlaku sebelum-sebelum ini.
Namun, tidak berjaya. Di ingatannya, hanya teringat akan kejadian ketika
berhujan di waktu malam di depan rumah isterinya sahaja. Dia jadi kebingungan sendiri.
Telefon bimbit masih melekap di
telinga. Karmiza membiarkan sahaja Haji Mukhri bersuara. Ada masa lelaki tua
itu memujuknya untuk kembali ke Kuala Lumpur dan meneruskan kerja sebagai
doktor di sana. Karmiza pula masih belum menetapkan keputusannya lagi.
“Atuk harap kamu jaga Epul baik-baik
kat situ. Sudah-sudahla tu bergaduh. Miza pun tahukan, tiada manusia yang
sempurna melainkan Si Pencipta kita. Miza perlu ingat dosa dan pahala.
Segalanya ditanggung suami. Kalau Miza masih berdegil, Miza akan melakukan dosa
dan dosa itu pula akan ditanggung oleh suami. Miza mahu ke begitu?” Jatuh lagi
mutiara jernih itu ke pipi. Pantas Karmiza menyekanya. Dia dipagut rasa
bersalah. Karmiza menggeleng-geleng laju bagai menjawab pertanyaan Haji Mukhri.
Apabila tersedar bahawa mana mungkin lelaki tua itu melihat gelengannya, lantas
dia bersuara.
“Tak, tok. Atuk jangan risau. Miza
sedar apa yang Miza lakukan selama ini adalah satu perbuatan yang hina. Malah
dikeji oleh Allah. Miza khilaf, tok. Miza hanya pentingkan perasaan Miza dan
tanpa sedar ada juga yang turut berasa sakit menanggung duka ini. Miza
benar-benar bersalah, tok.”
“Baiklah. Syukurlah Miza dah sedar.
Jadi, atuk harap korang berdua baik-baik sahaja, ye? Pasal Miza nak balik ke tak ke Kuala Lumpur ni, atuk serahkan
sahaja Miza tentukan nanti. Atuk akan sentiasa menyokong kamu. Errmmm...Epul
dah sedar ke?”
“Belum lagi tok. Tapi, demam dia dah
mula kebah. Nanti saya akan periksa dia lagi.” Jawab Karmiza. Sisa air matanya
diseka lagi dan tangisannya mula mengendur. Hanya sendu sahaja yang kedengaran
di hujung suara. Karmiza mengesat hingus yang mahu mengalir dengan sapu tangan
di tangan.
“Oklah kalau macam tu. Nanti kalau
ada apa-apa, Miza maklumkan saja pada atuk. Miza dah nak habis praktikal bukan?
Kena balik ke London pula ke?”
“Serasa Miza, kena balik ke sanalah
tok. Nak selesaikan semua laporan dan hantarkan pada pensyarah di sana. Lepas
tu, barulah saya menunggu untuk sesi graduasi pula.”
“Baguslah kalau macam tu. Baiklah.
Atuk nak berhentikan telefon ni, lagipun atuk nak ke rumah kebajikan tu
sekejap. Rumah kebajikan tempat kamu dulu tu ada buat majlis doa selamat,”
Jelas Haji Mukhri. Serta-merta, Karmiza terbayangkan situasi meriah ketika
berada di rumah kebajikan tersebut. Pasti meriah bila kanak-kanak kecil
berkumpul dan menunaikan solat berjemaah di surau yang disediakan di situ. Dia
pernah merasai kemeriahan itu dan dia rindukan suasana di rumah kebajikan itu.
Bibirnya mengulumkan senyuman.
Walaupun peritnya menjadi anak yatim piatu
tetapi, pengalaman bila berada di sana sukar untuk dilupakan. Langsung, kisah
semasa menjadi pelajar sekolah menerjah mindanya. Terus, mindanya teringat akan
satu nama yang sering dirinduinya. Nama seorang sahabat yang begitu rapat
dengannya dahulu. Siapa lagi kalau bukan, Nashuha Nadya.
“Miza,
atuk hentikan telefon ni ye?” Ujar
Haji Mukhri membuatkan Karmiza tersentak. Segala lamunannya hilang terus dek
teguran atuknya itu.
“Emmm...Atuk!”
Cepat-cepat Karmiza memanggil Haji Mukhri sebelum sempat Haji Mukhri menamatkan
perbualan mereka.
“Ye? Ada apa, Miza?”
“Atuk...emmm..kalau
saya nak minta tolong sesuatu boleh tak, tok?” Perlahan saja suaranya meminta
tolong. “Apa sahaja yang Miza nak atuk tolong, atuk sanggup membantu. Apa dia?
Apa yang kamu nak atuk minta tolong?” Lebar senyumannya sebaik mendengar
persetujuan atuknya itu.
“Sebenarnya...”
***
Saifullizan
masih lagi terpinga-pinga di atas katil. Kakinya mahu menuruni katil. Sebaik
sahaja, kakinya mencecah lantai, tiba-tiba, pintu bilik terbuka. Kaki yang
berlunjur ke bawah diangkat semula dan dengan pantas, dia menarik selimut dan
baring. Kedua-dua kelopak matanya ditutup rapat. Sengaja berpura-pura tidur.
Karmiza
terpaku di pintu. Bukankah tadi dia melihat suaminya sudah bangun? Detik
hatinya. Karmiza mendekati katil suaminya dan melihat wajah Saifullizan yang
tenang. Namun, matanya menangkap pergerakan bola mata di sebalik kelopak mata
yang tertutup itu. Seraya itu, terukir senyumannya di hujung bibir. Idea ingin
mendengki suaminya tiba-tiba timbul di minda. Meleret-leret senyumannya tika
itu.
Perlahan-lahan
dia menarik lengan suaminya, berpura-pura untuk memeriksa nadi Saifullizan.
Dengan lantang, dia menjerit.
“Nurse!
Nurse!” Kuat benar suaranya memanggil jururawat. Dalam pada itu, hati
Saifullizan sudah berdebar-debar tatkala mendengar suara bininya.
‘Kalau
dia nak berlakon sekarang, aku pun akan ikut juga nak berlakon sekali.
Sekali-sekala kenakan suami, apa salahnya?’
Lalu,
pintu bilik dibuka dan Karmiza memanggil lagi jururawat di luar.
“Nurse!
Saya nak awak bawakkan jarum injection
untuk saya, ye? Demam pesakit masih
tak kebah-kebah lagi. Risau saya dibuatnya. Takut-takut kalau dia kena demam
denggi ke apa? Jadi, baik awak ubat dan jarum tu sekali ye?”
“Baik,
doktor!” Laju sahaja jururawat itu berlari mendapatkan barang-barang yang
diperlukan oleh Karmiza tadi. Sempat
lagi Karmiza berpesan.
“Cepat
sikit ye, nurse? Takut ada apa-apa
yang terjadi pada pesakit, saya tak tanggung,”Sengaja dia menguatkan lagi
suaranya agar dapat didengari Saifullizan. Karmiza tersengih-sengih sambil
menekup mulutnya dengan tangan. Dia terkesan wajah Saifullizan yang tiba-tiba
pucat. Dahinya pula sudah berpeluh. Saifullizan menelan liur.
‘Alamak!
Jarum injection? Aku dahlah fobia
dengan bab-bab tu. Aduh! Apa yang Miza nak buat ni?’
“Ini
barangnya, doktor,” Kata jururawat tadi. Saifullizan sudah mula gelabah. Dia
tidak suka dengan objek tajam itu. Lebih-lebih lagi kalau melihat objek
tersebut di depan mata. Ngeri!
“Jangan!
Saya dah sedar! Saya sihat!” Jerit Saifullizan yang bingkas bangun dari
pembaringan. Mukanya benar-benar sudah berubah cemas. Matanya terbuntang saat
terpandangkan jarum tajam ditangan Karmiza. Karmiza sengaja menjentik-jentik
picagari tersebut dan menekan picagari sehingga terkeluar sedikit air dari
jarum picagari itu.
Belum
pun sempat Karmiza mencucuk jarum pada lengan Saifullizan, suaminya terus
pengsan. Jururawat di sebelah Karmiza terkebil-kebil saat tercetusnya gelak
tawa dari bibir Karmiza. Sekejap sahaja Karmiza kembali serius. Dia berdeham.
“Awak
boleh tolong ambilkan vitamin untuk saya? Pesakit perlukan vitamin tersebut.
Jangan risau, saya rasa kondisinya sudah mula baik.”
“Baik,
doktor!” Jururawat tersebut berlalu pergi. Karmiza tersenyum panjang.
Ditariknya selimut ke dada sasa suaminya. Tangannya mengusap lembut pipi
Saifullizan dan dengan pantas, kucupan di bibir dihadiahkan pada suaminya.
“I
love you, Saifullizan,” Ucapnya lembut di cuping telinga milik suami tercinta.
lawak la saifullizan..hahaha
ReplyDeletehehe..pnakut sbnrnya die tu..hehe..
Deletehahaha
ReplyDeletebest.. nk lgi..=)
hehehe..sbr ye? thanks tau bce PC.. :D
Deletehihihiihi..s0 naughty la Miza ni,da tau Epul tu penakut nk usik jgak...cian dye pengsan dibuatnya ....hihihi lawak tul la...
ReplyDeleteHehehe...epul tu pnakut...tkut ng jarum..aigoo..haha..miza mmg x lps dgn naughty die tu..hehe...
Deletehehehe..lucu la epul ni..miza pun naakal nak kenakan suami dia..
ReplyDeleteepul pengsan nmpak jarum hehe..
rindu denan PC ni..teruskan..
thank u...hehe..epul pnakut sbnrnya...tkut ng jarum je..hehe... Insya-Allah... :D
Deleteso sweet...sampai pengsan epul sbb takutkan jarum...hehehe
ReplyDeletehahaha...sweet ke? siap pngsan lg tu..haha..
Deletebest sambung lagi.. :)
ReplyDeleteHehe..Insya-Allah.. :D
Deletehahaha.... memamg lawak la c epul nie.. name je lelaki macho tapi takut ngan injection.. hehehe... a[a2 pun memang sweet ar entry ka;i nie.. c miza tu cm dh maafkan c epul je.. x sabar nk taw citer selanjutnye.. keep writing ya, cik writer!
ReplyDeleteaja aja fighting!
~Miss Peace~
Hehe...machusss aka hancuss..haha...Comel je miza tu..hehe..apa2pn, thanks tau...aja2 fighting! :D
Deletehahaha nakal ya Miza ? hehe terus pengsang Epul . :p
ReplyDeleteHehehe...Lucu kn? Epul ni macho tp machooss...hanchooss..hehe..
Deletebuat kelakar je saiful tu..miza pun layan juga mmg gempaklah...hahaha..cik writer,nak lagi..:D
ReplyDeletehahaha..Miza kn jnis yg ske mngusik Epul..hehe...thanks yeer.. :D
Deletehahaha.. sengal jeh.. tulah, nak berlakon sngat.. tak pasal2 je epul nih.. jatuh standard hero bila tkut jarum..hahaha.. bila depa nak berbaik btul2 nih... suka entry kali ni, nasihat, gurauan, tawa semua ada.. n ada improvement pd olahan.. tahniah yunk
ReplyDeletehuhu...thank u yunk...muah3... <3
DeleteHero tu machooos tau tak...akak hanchooss..hehe..Bla tu x tau la bla..hehe..kne la tggu ye? kuang3~~
besssssstttt....suka..nak nk lagi!!!
ReplyDeleteHeheh...tq...sbr ye? :D
Deletehahahahaha...
ReplyDeleteape lah..ingat dia tu kuat sgt..
ngan jarum tu pun nak takut...
sye lebih rela kene cucuk dari duk hospital...
bosan kot dul hospital..
tapi rsenye saifulluizan x kan bosan kan??
huhuhu...miza tetap nakal cam dulu..
Hehehe...epul tu bajet macho je...heee...Sy pn x ske dok hosptal...tp klu ada org tersyg kt sblh...sy rela..hehe...ofcosla Miza x kn lri dgn knakalannya...hihi...thanx bce.. ^-^
DeleteAlahai Saifullizan takut jarum rupanya...hehehe....XD
ReplyDeleteHehe...macho tp machuusss!! hehe...
Deletefyka.... :)
ReplyDeletenak tnya..sape ye nama artist dekat cover tu? err..both.. sbb ingat nak try blajar superimpose...so, nk try buat girl tu pkai tudung...hehe
Artis prmpuan tu nma die, Han Ga In..yg llaki tu Daniel Henney...heee..Wow, nk wat die brtdung ek? huuu...nk tgk gak hsil kreativiti awk tu..blh? ^-^
Deleteha...baru prasan...yg blakon the moon that embraces the sun tu kan..? hehe. baru nak belajar je ni...nnti sy tunjuk dkat group kalau da buat..hehe ^_^
DeleteHehee..ok2..blh2..nnti ltak kt grup ye? hehe...chayok2!! ^-^
Delete