Bab
3
Dia menjeling pada wajah lelaki itu.
Di bibirnya tak sudah dia mendengus. Tangan tak lepas dari bersilang ke dada.
Laju saja kakinya mengatur langkah menjauhi Fariel. Dia benci dan menyampah
bila saja matanya memandang wajah suaminya itu. Satu keluhan lepas dari
mulutnya. Tepukan lembut dari belakang memaksanya untuk berpaling. Wajah tua
Datin Idah menguntum senyuman kecil padanya.
“Sabar ye, Fariel. Mama tahu, kamu
sedih melayan Fira buat masa ni. Sikapnya berubah sama sekali. Tak macam Fira
dulu. Yang lembut, penyabar dan hormat pada kamu. Mama jadi pelik, kenapa boleh
ingatannya ingat pada kamu, tapi kebenciannya yang mama nampak di matanya
setiap kali dia berdepan dengan kamu?”
“Mama, Fira hanya ingat apa yang
berlaku ketika kami sama kolej dulu. Pasal kenapa Fira jadi benci pada Fariel
tu, Fariel rasa biarlah Fariel dan Fira saja yang tahu. Lagipun, punca Fira
benci pada Fariel kerana Fariel sendiri dan Fariel betul-betul menyesal atas
apa yang pernah Fariel buat selama ini,” Jujurnya. Wajahnya tampak sayu sekali.
Datin Idah tumpang simpati.
“Fariel, segala yang terjadi itu
sudah pun lepas. Sekarang, Fariel kena tabah. Tabah melayan sikap Fira tu. Dia
bukan lagi Fira yang berumur 28 tahun tapi Fira di umur remaja. Jadi,
kerenahnya sememangnya berbeza. Jadi, kamu kena banyak bersabar ye,nak? Mama akan sentiasa ada di
samping kamu. Mana yang mama boleh bantu, mama akan bantu. Dah. Kamu pergilah
naik ke atas. Entah si Fira tu tahu ke tak mana satu bilik kamu. Baik kamu
jengukkan dia,”
Fariel segera mengikut kata mamanya
dan mendaki tangga. Kakinya terhenti saat melihat Fira yang berlegar-legar di
ruang rehat di tingkat 2 itu. Dia menghampiri Fira perlahan.
“ Sayang, tak nak masuk ke bilik
ke?” Tegur Fariel perlahan. Tetapi, teguran itu tetap mengejutkan Fira. Bahunya
ternaik sedikit menandakan dia terkejut dengan sapaan Fariel tadi. Pantas, Fira
berpaling dan berdepan dengan Fariel. Matanya sudah mencerlung marah pada
Fariel.
“Kau nikan. Bukan Islam ke? Cuba
bagi salam dulu. Beradap sikit! Ini tidak main sergah orang, nak orang ni mati
sangat ke!?”
“Sayang, apa cakap macam tu? Bukan
niat abang nak buat Fira terkejut,”
“Eii..Ni yang aku allergik ni.
Sayang sayang sayang...Geli tahu tak? Boleh tak kau jangan panggil aku dengan
panggilan tu? Aku menyampah nak termuntah aku dah dengar!”
“Okey, kalau awak tak nak dengar
saya panggil awak sayang. Awak kena tunaikan permintaan saya.” Fira menjeling
malas.
“Apa dia?”
“Jangan guna aku-kau sebagai pengganti
diri boleh? Guna saya-awak. Kan elok sikit tu. Didengar dek mama dan papa,
macam mana?”
“Biarlah, dia orang nak dengar.
Bukan masalah, aku!” Fariel menjengilkan mata.
“Sayang...” Fira menutup telinganya
dan mendengus. “Ish! Iyelah! Ak..Emm..Saya akan guna pengganti diri tu. Puas
hati?” Fira menguatkan lagi sebutan saya ditengah ayat. Fariel tersenyum
menang. Fira menjeling ke arah lain.
“Aku penat! Nak rehat!” Fariel
berdeham di saat mendengar Fira kembali menggunakan pengganti diri aku itu.
Fira mencebik. “Saya nak rehat. Mana biliknya?” Ujar Fira malas. Matanya
dijuling ke atas. Benar-benar menyampah dengan kerenah Fariel di kala ini.
Fariel menunjuk ke arah biliknya dan berlalu meninggalkan ruang rehat di tengah
itu. Kakinya melangkah sehingga berhenti di depan sebuah pintu yang tertutup
berwarna coklat gelap. Dia berpaling menoleh Fariel yang masih tercegat di
ruang tamu tengah. Tidak mahu menunggu, dia menolak daun pintu dan menyerbu
masuk. Kini, giliran dia pula yang tercegat di depan pintu. Mulutnya sudah
terbuka luas di saat memandang dekorasi bilik tidur tersebut. Paling dia tidak
percaya ialah bingkai gambar sederhana besar yang tergantung di situ.
Fira mendekati bingkai gambar itu
dan matanya tak lepas dari memandang objek tersebut. Dia menggosokkan mata dan
membuka semula matanya tidak percaya. Mulut masih tak mampu untuk ditutup.
“Awak mahu bukti bukan? Itu juga
salah satu buktinya.” Ujar Fariel yang baru saja berdiri di sebelah Fira.
Fariel menjatuhkan pandangannya pada bingkai gambar tersebut. Hatinya diserbu
rasa hiba. Perkahwinan tika itu sesuatu yang tidak pernah terlintas pun di
fikirannya. Perkahwinan antara dia dan Fira dulu bukanlah satu perkahwinan yang
terpaksa, tetapi bukan juga satu perkahwinan dari hati yang rela. Perkahwinan
mereka lebih kepada paksa rela.
Jari telunjuk Fira dituju tepat pada
wajahnya di bingkai gambar tersebut. Ditariknya kembali jarinya dan dia
mengusap pipinya pula.
“Saya tak ada kembarkan yang kahwin
dengan awak?” Fira menelan liur. Itulah soalan yang paling bodoh terkeluar dari
mulutnya. Dia bungkam sendiri. Bibirnya diketap. Dihujung matanya dia nampak
senyuman sinis dari jejaka sebelah. Makin diketapnya lagi bibir yang sudah
sedia ketap. Geram!
“Kenapa awak masih tak dapat percaya
dengan mata kepala awak sendiri? Sudah ada di depan mata, masih mahu berdalih
lagi?”
“Di zaman yang moden ni, apa-apa
boleh jadi,”
“Tahu pula awak sekarang zaman dah
moden. Teknologi pun dah canggih?”
“Saya tak buta lagilah! Zakri ada
tunjuk kat saya. Sekarang teknologi dah moden. Siap ada, I-phone lagi tu. Saya
bukan bodoh, Fariel! Mungkin benar saya sudah lupa akan zaman sekarang. Saya
mungkin ketinggalan zaman sedikit, tetapi itu tak bermakna saya ni bengap!”
“Zakri?” Soal Fariel. Hatinya tak
senang di saat nama itu terluah dari bibir isterinya. Bahkan nama itu disebut
dengan penuh lembut sekali. Apa yang dibebel oleh isterinya tadi tidak
dihiraunya tetapi nama itu yang menjadi perhatiannya. Hatinya tiba-tiba terasa
senak dan perasaan marah mula menguasai diri. Dia cemburu di saat nama lelaki
itu disebut oleh isterinya tadi. Semenjak Fira sedar lagi, Zakri selaku doktor
yang mengambil alih tugas untuk menjaga Fira itu sudah mesra dengan isterinya.
Dia benar-benar berasa cemburu ketika melihat Fira melayan lelaki yang baru
saja dikenalinya dengan baik sekali.
Fira tidak mengendahkan soalan
Fariel dan dihenyaknya punggung ke sofa.
“Saya akan tidur di sofa ini buat
masa sekarang. Awak baringlah kat tempat tidur awak tu. Saya jelik bila tengok
gambar tu kalau baring kat katil awak. Saya benci!” Fira enggan tidur di atas
katil yang dikatakan pernah menjadi perkongsian antara dia dan Fariel
sementelah katil tersebut menghadap bingkai gambar tadi. Dia naik benci!
Tidak mahu memperdulikan suaminya
yang masih tercegat di depannya, dia merebahkan diri ke sofa. Dia berkalih
mengiring ke arah lain. Tidak mahu memandang wajah Fariel. Dalam pada itu,
otaknya asyik berfikir. Cuba untuk mengingat kembali kisah dahulu. Tetapi,
kosong!
Fariel mengeluh lemah. Dipandangnya
saja isterinya di situ dan dia bergerak mengambil beg yang diletaknya di luar
pintu bilik tadi. Dibukakan aircond dan dipasangnya kuat untuk mengurangkan
rasa panas yang membahang di dalam bilik itu. Matanya kembali merenung sesusuk
tubuh kecil itu. Akhirnya, dia mengalah. Tidak mahu mengganggu isterinya.
Dibiarkan saja dahulu isterinya tidur di situ. Kalau diganggu takut pula
isterinya meradang. Sudahnya dia keluar berlalu dari bilik itu.
Fikirnya pasti Fira sudah terlelap.
Dia kembali masuk ke dalam bilik yang sudah mula berasa dingin dan mendekati
sofa tempat isterinya tadi. Dia berehat sebentar di ruang tengah bersama
mamanya dalam setengah jam dan kembali ke bilik ingin menjenguk keadaan
isterinya.
Fira sudah baring mengiring
menghadapnya. Kedua-dua belah matanya masih tertutup rapat. Ada dengkuran halus
yang menemani tidurnya. Fariel tersenyum melihat wajah tenang Fira yang nyenyak
tidur. Perlahan-lahan dia mengelus lembut rambut lurus isterinya. Sempat juga
dia menghadiahkan kucupan lembut pada dahi isterinya.
‘Maafkan abang, Fira. Kerana abang,
Fira jadi begini. Kalaulah masa boleh diputarkan, abang pasti semuanya takkan
jadi begini. Semuanya kerana abang.’Sayup-sayup bunyi tangisan keluar dari
bibir Fariel. Dia meraup wajah yang sudah basah dengan air matanya. Dengan
perlahan dia menarik tubuh Fira ke dalam dakapannya dan didukungnya. Fariel
membaringkan tubuh isterinya ke atas katil. Ditariknya selimut menutupi tubuh
kecil Fira. Pasti Fira tengah kesejukan. Di matanya, kelihatan Fira gelisah
memeluk tubuhnya sendiri. Begitulah yang selalu isterinya lakukan sekiranya
mengalami kesejukan. Dia menyeka bekas air matanya dan tersenyum. Sekali lagi
dihadiahkan kucupan lembut pada dahi isterinya.
‘Rehatlah sayang.’bisik hatinya.
Saat Fariel berlalu meninggalkan
bilik tidur tersebut, Fira membuka mata. Bibir yang singgah di dahinya tadi
dilapnya kasar. Dia menjeling dan mendengus.
‘Kau ingat dengan cara tu hati aku
boleh cair? Hmph! Jangan pernah kau rasakan kebahagiaan di saat hatiku membeku,
Fariel Arish Ahmah Farish. Kau sudah lama mati diingatanku begitu juga di
hatiku. Sudah lama nama itu terkubur sewaktu kau sendiri yang menguburnya. Aku
benci!’ Jerit batinnya. Tak semudah itu Fariel mampu mengambil hatinya kembali.
Tak semudah itu dia akan jatuh cinta pada Fariel walaupun lelaki itu sudah pun
menjadi hak miliknya. Tak semudah itu!
siannya Fariel .. takkan Fira tak ingat pa pe pun .. sob sob .
ReplyDeletenak lagi .. best!!
~Niena Zana~
hehehe..Nntikn n3 strusnya ye... :D thanx bca... <3
Delete:)
ReplyDelete<3
Deletehuhu ciannye fariel..fira benci sgt kat fariel,, cian... nak tahu lg sambungan dye
ReplyDeleteHehehe..kne sbr ye...thanx sbb fllow cter ni bntang.. :D
Deletesian dekat Fariel...(t,t)
ReplyDeletehuhuhu kesiankan...... nntikn n3 sterusnye.... ye
Deletebessssssssssttt
ReplyDeleteThanx Ainaa... Tggu n3 bru ye? :D
Delete