Rakan-rakan pengikutku

Sunday, November 18, 2012

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 42


Bab 42

            LAMA aku berteleku di atas sejadah. Sedar bahawa agak lama aku duduk bersimpuh di situ, aku angkat punggung dan letakkan buku Yassin di atas meja bersebelahan katil suamiku. Aku labuhkan tubuh pada kerusi di sisi katil dan tanganku mengambil tangan suamiku yang masih kaku terbaring.
Sekali lagi mutiara putih jatuh ke pipi sebaik wajahnya menyapa deria mataku. Sudah seminggu suamiku tidak sedar dari koma. Aku menangis meratapi nasib yang menimpanya. Begitu sukar bagiku menerima kenyataan bahawa suamiku kaku tidak sedar. Baru sahaja kami mengecapi kebahagiaan yang kami idamkan seminggu yang lalu. Tetapi sekarang, rumahtanggaku diduga sebegitu hebat. Orang yang aku cinta menghadapi kemalangan dan akibatnya, Nick koma.
Pada awalnya memang sukar bagiku untuk terima, tetapi atas sokongan keluargaku dan juga keluarga suamiku, aku akhirnya redha akan ketentuan Ilahi. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ini. Di dalam setiap doaku, aku panjatkan rasa syukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang suami sebaik Nick dan aku juga memohon agar aku mampu bersabar dengan segala takdir yang menimpa kami. Aku yakin dan percaya akan Qada dan Qadar Allah. Sesungguhnya segala perancangan dari-Nya adalah yang terbaik buat hamba-Nya walaupun sesuatu perkara itu perit bagi kita untuk laluinya.
“Amy...Bangunlah...Erry rindu sangat kat Amy...Sayang rindu sangat kat Amy. Amy bangunlah demi Erry. Amy harus kuat. Amykan janji yang Amy takkan tinggalkan Erry. Erry perlukan Amy sangat-sangat. Ya Allah berikanlah kekuatan buat suamiku, Ya Allah...”
“Sabarlah, Risya. Kau kena tabah dengan semua dugaan yang Allah berikan kat kau,” Pantas aku berpaling sebaik mendengar ada orang lain yang berada di dalam bilik ini. Sebaik mata kami bertentang, jatuh lagi air mataku. Gerangan itu mendekatiku dan menyuakan sebakul buah-buahan yang dibalut dengan plastik kemas. Aku seka air mata yang kain berjuraian tanpa henti di pipi. Lalu, bakul tadi aku sambut dan aku letak di meja.
“Iz, duduklah dulu. Aku siapkan air untuk kau dulu,” Iz hanya mengangguk lemah dan menurut sahaja. Langkahnya tidak ke sofa yang disediakan di bilik wad ini, tetapi bergerak mendekati katil suamiku. Aku hanya memerhati sahaja gerak gerinya. Air nescafe yang telah aku siapkan, dihidang kepada Iz.
“Minumlah, Iz. Nescafe 3 in 1 je.” Ujarku pada Iz. Iz menoleh dan tersenyum kecil, lantas kakinya bergerak mendekati meja kecil yang berada di tengah sofa tadi. Dihirupnya sedikit air tersebut dan diletaknya kembali di atas piring.
“Dah berapa lama dia tak sedar?” Iz mengemukakan soalan pertama mengenai keadaan suamiku. Aku mengeluh lemah.
“Dah seminggu jugalah dia tak sedarkan diri. That accident cause him hit his head. Mungkin sebab tulah dia koma sampai...sam..sampai...”Tergagap-gagap aku menyabung kataku. Sukar untuk meneruskan perbualan ini. Sudahnya, hanya tangisan kembali bertamu. Aku tidak mampu untuk bersuara lagi dan melayani perasaan sedih yang begitu perit untuk aku telan. Dalam hati, aku memperbanyakkan istighfar dan aku berdoa demi kesejahteraan suamiku.
Terdengar satu keluhan daripada Iz. Dia serahkan tisu padaku dan aku capai tisu tersebut.
“Aku berdoa agar suami kau cepat sedar dan sembuh. Lagipun, dia saudara aku jugak. Aku pun tak suka tengok kau yang asyik menangis dari dulu.”
“Iz...Aku nikan memang jenis perempuan yang kuat menangis. Kau pun tahu aku ni macam mana,” Dalam serius, aku sempat juga mengingatinya tentang sikapku yang cengeng ini. Iz hanya membalas dengan senyuman simpul. Dia tahu aku cuba untuk menghiburkan hatinya dan juga hatiku sendiri.
“Aku datang ke sini bukan setakat nak jumpa Nick, tapi...Aku nak datang ni sebab nak jumpa kau jugak.”
Aku panggung kepala dan melihat wajah Iz dalam. Dari nadanya kedengaran begitu serius sekali. Aku seka air mata dan aku tunduk kembali tidak mahu memandang wajahnya lama.
“Ada hal apa kau nak jumpa aku?”
“Aku nak ucapkan terima kasih dekat kau atas pertolongan kau selama ini. Aku betul-betul hargainya,” Ucapan Iz aku sambut dengan anggukan sahaja.
“Aku dengan Is...Kami dah cuba berbaik-baik seperti dahulu. Dan...Is terima aku balik. Dia beri peluang kedua untuk aku dan perhubungan kami. Emmm...Insya-Allah, minggu depan kami akan ke umrah bersama.” Berita itu benar-benar buat hatiku sedikit lega. Syukurlah hubungan mereka kembali pulih. Aku tumpang gembira dengan berita baik ini.
“Syukur alhamdulillah, Iz. Kalau dah memang jodoh kau dengan Is, walau teruk mana sekalipun rumah tangga korang dilanda badai, korang akan tetap bersatu juga.”
“Ya. Aku betul-betul bersyukur atas kurniaan Allah kerana memberi peluang buat aku dan Is berbaik semula. Seperti yang kau cakap kat dia hari tu, menghancurkan masjid yang sudah berdiri dengan memperbaiki mana-mana kecacatan sesebuah masjid itu, adalah lebih bagus kalau kita cuba menyelamatkannya, bukan?” Aku tersenyum mendengar bait-bait kata yang pernah aku ungkapkan pada Is sebelum ini. Satu nasihat yang ikhlas terbit dari hati buat Is agar memilih keputusan yang betul dan sekarang tengoklah hasilnya.
Iz mengeluarkan sesuatu dari saku seluarnya. Aku terpempan melihat barang yang berada di atas tapak tangannya.
“Iz...Aku...”
“Aku pun tak tahu nak beri kat siapa benda ni. Aku dah serahkan pada Is tapi Is pun tolak. Dia cakap barang ni bukan milik dia dan sepatutnya jadi milik kau suatu ketika dahulu.” Iz meletakkan barang tersebut di atas meja.
“Aku tahu sekarang barang ni juga tak patut diserahkan pada kau, tetapi Is sendiri yang suruh aku serahkan kembali kepada kau. Demi menghargai jasa kau, dia benarkan aku serahkan cincin ini pada kau. Ikut suka hati kaulah nak buat apa dengan cincin ini. Aku pun memang tak guna barang tu, jadi lebih baik aku kembalikan kepada tuannya.”
“Tapi inikan cincin pernikahan kita dulu dan aku pun dah bernikah dengan orang lain. Lagi elok kalau kau pajak gadaikan saja cincin ini. Lagipun, ini duit kau Iz. Aku tak boleh terima balik cincin ini.” Aku tolak kembali kotak baldu yang tersimpan cincin pernikahan kami dahulu. Aku tak layak menerima barang itu.
“Terima sajalah cincin ini, Risya. Is pun dah benarkannya. Dia tak kisah demi membalas jasa kau yang dah bantu untuk lembutkan hati dia.”
“Kalau macam tu, aku akan ambil cincin ini. Tapi, aku akan jual balik cincin ini dan duitnya nanti aku akan serahkan kat tabung kebajikan rumah tok Idham. Boleh?”
“Macam yang aku cakap tadi. Barang ni adalah hak kau dan suka hati kaulah nak buat apa dengan cincin tu. Aku tak kisah. Kalau duit itu diserahkan kepada orang yang memerlukannya, aku lagi berbesar hati. Bertamballah amal ibadah aku.” Luah Iz ikhlas. Aku akur dan aku ambil kotak baldu tersebut dan aku simpan ke dalam tas tangan.
“Ermmm...Risya...Ada satu benda lagi yang aku nak beritahu kat kau. Aku rasa lebih elok kalau kita cakap kat luar.” Aku memandang Iz hairan. Hal apa yang mustahak sangat sampai aku kena keluar dari sini. Aku berdiri sebaik Iz mengangkat punggung. Iz keluar dari bilik wad dan aku masih kaku berdiri di kaki katil suamiku. Aku pandang wajah Nick yang masih tenang diulit mimpi.
“Erry keluar sebentar ya, Amy?” Aku soal dirinya ingin meminta izin. Lantas, aku tolak pintu bilik dan mengejar jejak Iz.


TANGAN yang kaku terletak kemas di dada bergerak-gerak. Lalu, mata yang tertutup rapat terbuka perlahan. Alat pernafasan yang menutupi mulutnya dialihkan. Dia menurunkan kaki dari katil dan perlahan-lahan, langkahnya mendekati daun pintu.
            Tombol pintu dipulas dan ditolak sedikit. Wajah gadis yang berdiri tidak jauh dari situ dilihatnya tajam. Bola matanya yang berwarna biru berkalih pula pada wajah lelaki yang berbual panjang bersama gadis itu. Kemudian, dia menarik kembali daun pintu tadi dan dia memandang kosong pada serata bilik.
            Akhirnya, mata biru tersebut terhenti pada tas tangan yang terletak di atas meja kaca di hadapan katilnya. Dia bergerak mendekati tas tangan tersebut dan dikeluarkan kotak baldu berwarna merah. Sebentuk cincin emas putih disimpan elok di dalam kotak baldu tersebut. Dia menutup kembali kotak baldu tersebut dan menyimpannya ke dalam tas tangan. Perlahan-lahan, dia kembali baring di atas katil.


AKU memeluk tubuh dan menunggu Iz berkata sesuatu. Wajahnya tampak resah sahaja. Aku jadi tak senang bila melihat tingkahnya yang masih belum mahu membuka mulut.
            “Apa yang kau nak beritahu kat aku ni, Iz? Cakap jelah.”
            “Bekas kekasih Is...Dia merancang nak ganggu rumah tangga aku lagi. Aku tak tahu nak buat macam mana.” Rupa-rupanya Iz cuba meluahkan perasaan gundahnya mengenai masalah yang melanda rumah tangga mereka. Aku mengeluh lemah. Aku menggeleng.
            “Iz...kalau kau nak bincang pasal benda ini kat aku, aku rasa baik kau bincang baik-baik dengan isteri kau. Bukan dengan aku. Aku...aku tak nak masuk campur dalam hal korang lagi. Dah cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini. Sekarang aku nak tumpukan perhatian aku dengan hal rumah tangga aku pula. Aku pun ada masalah, Iz.” Ujarku dengan nada yang sedikit tinggi. Iz tergamam menerima balasan sebegitu.
            “Aku...aku minta maaf, Iz. Aku tak patut naikkan suara dekat kau. I’m sorry.” Pintaku bila rasa bersalah menyelubung hati.
            “Its okay. Aku yang tak pernah faham situasi kau. Mungkin sebab dah terbiasa berkongsi masalah dengan kau kot.” Suara Iz kedengaran berjauh hati. Aku semakin dihimpit perasaan kasihan padanya. Aku memicit kepala bagi menghilangkan rasa stress yang aku hadapi. Masing-masing punya masalah sendiri dan aku tak mampu untuk berhadapan dengan masalah lain lagi. Aku mahu tumpukan sepenuh perhatian pada suamiku.
            “Minta maaf, Iz. Sekarang kita ada seseorang yang perlu kita fokus. Jadi, pasal hal korang aku tak nak masuk campur dan aku harap kau boleh handle dengan baik. Kau berdoalah depan Kaabah banyak-banyak agar rumah tangga korang sentiasa selamat tanpa ada gangguan luar, ya?”
            Iz tersenyum kecil, seraya mengangguk. “Baiklah. Aku akan ikut nasihat aku. Aku akan doakan kesejahteraan rumah tangga kau juga bila berada di sana. Terima kasih, Risya. Kau memang kawan baik aku yang sejati. Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Kalau bukan kerana kau, aku mungkin takkan sedar betapa berharganya Is dalam hidup aku. Sungguh, aku takkan lupakan jasa kau walaupun aku dah banyak buat kau menderita.”
            “Semua tu adalah perancangan Allah. Tak kiralah kalau apa yang berlaku tu sakit dan pedih sekali untuk kita telan, tapi ingatlah dalam setiap duka itu pasti akan ada bahagia yang menanti.”
            Iz pamit dari hospital setelah kami berbual seketika di ruang legar hospital. Aku masih duduk di kerusi berteleku di situ. Lamunanku melayang entah ke mana. Tiba-tiba, aku terlihat beberapa jururawat dan juga seorang doktor yang berlari anak bergegas menuju ke sebuah bilik. Aku tersedar akan sesuatu. Bilik yang mereka tuju itu ialah bilik suamiku. Aku segera menuju ke bilik wad suamiku semula.
            Apabila daun pintu bilik ditolak, kelihatan beberapa jururawat dan juga doktor tadi sedang menahan tubuh suamiku yang meronta-ronta minta dilepas. Aku terpaku dan sejurus itu air mata mengalir tanda aku bersyukur melihat suamiku sudah sedar. Tetapi, apa yang dah jadi sebenarnya?
            “Aku nak baliklah! Apa korang ni? Lepaskan aku! Lepaskan!”Suara Nick lantang. Dia cuba untuk melepaskan diri daripada dihalang oleh doktor tadi dan aku segera mendekati mereka.
            “Doktor, apa dah jadi ini?” Aku berkalih memandang wajah Nick yang memandang aneh padaku. Kata-katanya tadi tiba-tiba berhenti saat aku muncul di depannya. Doktor tadi melepaskan lengan Nick. Aku yang sudah kerisauan mengambil tempat doktor tadi dan aku pegang lengannya.
            Tatkala lengannya berada dalam tanganku, Nick menepis tanganku. Aku terkedu dengan reaksinya. Apabila mempunyai peluang, Nick menolak tubuhku ke tepi ingin melarikan diri. Aku jadi terpana dengan tingkahnya. Namun, tubuhnya sekali lagi dihalang oleh doktor tadi dan salah seorang daripada jururawat di situ mengambil peluang tersebut dan mencucuk lengan Nick dengan jarum peniti di tangan. Aku jadi diam seribu.
            “Tadi, saya mendapat panggilan kecemasan dari bilik ni. Apabila sampai ke bilik, kelihatan pesakit cuba untuk melarikan diri. Saya pun keliru juga dengan situasi tadi. Hairan pula apabila tiada sesiapapun yang berada di dalam bilik ini selain pesakit itu sendiri. Jadi, saya sangka mungkin dia tertekan butang kecemasan ini. Dan apabila kami tiba di sini pada masanya, kelihatan bilik sudah bersepah sebegini.” Barulah aku perasan keadaan sekeliling bilik wad tersebut. Aku kembali menatap wajah Nick yang sudah terbaring lena di atas katil. Tanpa rasa malu, aku mengalirkan air mata di depan doktor tersebut.
            “Tak apalah, doktor. Biar saya kemaskan ini semua. Mungkin suami saya terkejut kot.” Tebakku.
            “Buat masa ini, kami akan perhatikan dia dan kalau Puan ada apa-apa masalah, panggil kami,ya?” Pesan doktor tadi dan berlalu pergi bersama jururawat-jururawat tadi.
            Aku duduk di kerusi di sisi katil Nick setelah semua barang yang bersepah tadi dikemaskan. Bila memikirkan kembali kejadian tadi, aku jadi bingung. Kenapa saat Nick melihat wajahku, Nick sanggup menolakku sebegitu? Gaya Nick memandangku seolah-olah dia melihat aku ni macam orang asing. Aku mula membayangkan perkara buruk yang bakal berlaku nanti. Adakah kemungkinan ‘itu’ benar-benar terjadi pada Nick? Ya Allah...Janganlah Kau apa-apakan suamiku. Aku tak sanggup kehilangan dia. Aku tak mahu terjadi apa-apa pada suamiku.
            “Jangan cakap macam tu lagi. Amy tak suka sayang cakap benda pelik-pelik macam tu. Sayang taukan, nyawa sayang ni dah macam nyawa Amy sendiri. Amy akan jaga sayang macam Amy jaga diri Amy sendiri. Jangan pernah cakap pasal benda macam tu lagi. Kalau boleh, Amy tak nak jadi apa-apa kat sayang. Kalau Amy perlu ganti nyawa Amy sendiri demi menyelamatkan sayang, Amy sanggup buat macam tu.”
            Kata-kata itu masih kedengaran segar di ingatanku. Sekarang, Nick yang terkena musibah. Kalau dia sanggup menggantikan nyawanya andai ingin menyelamatkan diriku, jadi tak salah kalau aku pula yang mengotakan janji itu.
            “Walau apapun yang terjadi, Erry takkan pernah tinggalkan Amy. Erry janji!”


KAK HASNAH merenung wajahku dalam. Aku tahu apa yang difikirkan oleh minah seorang ni. Pasti dia risaukan aku.
            “Kak Hasnah, tak payahlah tenung Risya macam tu sekali. Risya okeylah.”
            “Mana tak risau tengok wajah Risya murung macam tu. Akak dengar berita daripada Haris pasal semalam. Nick mengamuk sebaik sedar dari koma kan? Masa tu Risya kat mana?” Aku terdiam bila mendengar soalan yang dikemukakan oleh kak Hasnah. Pada waktu kejadian, aku bertemu dengan Iz di ruang legar. Jadi, patutkah aku memberitahunya pasal pertemuan itu?
            “Ma..masa tu Risya keluar wad. Risya jumpa kawan sekejap.”
            “Kawan? Kawan Risya? Setahu akak kawan Risya tu, kalau bukan termasuk akak, Irah dan yang lain-lain.”
            “Alah, kak...Kawan sepejabat kitalah. Dia nak jenguk Nick sekejap. Tu yang keluar berborak dengan dia.”
            “Siapa? Hadi? Eman? Said?” Kak Hasnah meneka gerangan yang datang menemuiku semalam. Aku jadi serba salah dan lambat-lambat aku menjawab pertanyaannya.
            “Iz...” Aku mengalih pandang tidak mahu melihat reaksi kak Hasnah. Pasti sahaja dia terkejut beruk bila nama itu yang aku sebut. Sangkaku pasti kak Hasnah akan membebel dan memarahiku, tetapi terjadi di sebaliknya. Kak Hasnah hanya memandang kosong padaku dan tidak bersuara pun.
            “Kenapa akak diam je?”
            “Habis, Risya nak akak buat apa? Marah? Membebel? Melenting? Risya...Risya pun dah besar panjang. Tahu apa hukumnya berjumpa dengan lelaki lain selain suami. Akak tak dapat nak nasihat lebih-lebih, sebab akak sendiri belum ada suami. Jadi, akak diamkan ajelah. Akak tahu yang Risya boleh fikir mana satu yang terbaik untuk Risya.”
            “Tapi, Iz yang datang ke hospital nak jumpa Nick dan Risya. Tak salahkan?” Celahku tidak mahu dipersalahkan seratus peratus.
            “Memang tak salah, Risya. Nak jumpa tu boleh, tetapi perlu ke sampai kena keluar dari bilik? Ada hal apa sampai kena tinggalkan suami Risya? Sampai mengamuk boss tu dibuatnya?” Aku diam sahaja. Malas mahu bertekak dengan kak Hasnah. Kalau aku beritahu pun, pasti sahaja ada ‘tembakan’ yang mengenaku. Tambahan pula, aku tidak mahu masalah rumah tangga Iz diketahui oleh kak Hasnah. Membuka aib orang tukan tak baik?
            Telefon bimbit kak Hasnah berlagu nyaring. Perbualan kami berhenti setakat itu. Aku membiarkan kak Hasnah menjawab panggilan dan mataku berkalih memandang sekeliling.
            “Ya ke? Okey...Nanti saya beritahu dia. Yes! Shes with me now,” Apabila perbualannya ada menyebut namaku, mataku kembali memandang kak Hasnah. Aku menunggu saat kak Hasnah menghentikan panggilan telefon. Mata kak Hasnah juga memandang tepat padaku.
            Sejurus kak Hasnah meletakkan telefon, kak Hasnah pantas mencelah sebelum sempat aku bertanya.
            “Your husband is awake!” Bila mendapat berita itu, aku segera beredar dari kafeteria dan berlari anak menuju ke bilik wad suamiku.
            Daun pintu aku buka dengan pantas. Kelihatan ahli keluarga Nick sudah berada di situ. Wajah Nick tampak gembira melihat ahli-ahli keluarganya di situ. Nick memeluk tubuh Tok Idham dan memujuk Tok Idham yang tengah berendam dengan air mata. Pasti sahaja dia risau akan keadaan Nick. Apabila mengetahui berita tentang Nick kemalangan, Tok Idhamlah yang berada di hospital terlebih dahulu. Diikuti oleh bapa mertuaku dan juga abang ipar dan kakak iparku. Tidak ketinggalan juga abang bapa mertuaku iaitu pak Long turut berada di hospital menemani mereka.
            Air mataku tak mampu ditahan lagi. Lantas aku datang mendekati katil suamiku. Apabila tok Idham sedar akan kehadiranku di situ, tok Idham memberi ruang kepadaku untuk mendekati suamiku.
            “Amy...Amy dah sedar rupa-rupanya. Erry rindu sangat kat Amy...Erry...”
            “Siapa Amy?” Aku baru sahaja ingin memeluk tubuh tegap Nick sehinggalah pertanyaan itu terkeluar dari mulutnya. Aku kaget. Sememangnya, aku terpana dengan pertanyaannya itu. Takkan dia tidak tahu siapa Amy?
            “Nama kau Erry ke?” Di saat itu, aku rasa jantungku dah nak jatuh bila mendengar panggilan dari mulutnya. Kau?
            “Eh? Kau ni siapa ek? Oh! Kaulah yang datang semalamkan? Tok...Dia ni siapa ya? Nick rasa menyampahlah tengok muka dia ni. Eh...Pleaselah...Orang asing macam kau boleh tak jangan datang menyemak kat sini?” Bagaikan tersayat hati ini bila kata-katanya itu ditujukan kepadaku, isterinya sendiri. Adakah dia sudah lupa siapa aku?
            “Nick! Apa yang Nick cakap ni? Nick tahu tak yang dia ni siapa?” Soal papa yang sedari tadi hanya berdiam sahaja. Aku kalih memandang wajah yang lain. Nampaknya ramai yang terkejut dengan kata-kata Nick tadi.
            “Sebab tulah Nick tanya, pa. Dia ni siapa? Apa dia buat kat sini?”
            “Nick! Kau...kau ingat tak apa yang terjadi sebelum ini?” Tiba-tiba, kak Iyan menyampuk.
            “Apa yang terjadi? Hal apa?”
            “Kau tahu tak yang aku ni sebenarnya dah jadi kakak ipar kau?”
            “Hah? Bila pulak? Sebab tulah kau ada kat Malaysia ni ya?” Giliran kak Iyan pula yang terkedu mendengar jawapan daripada Nick.
            “Kau tak kenal dengan isteri kau sendiri?” Soal abang Emir pula.
            “Isteri? Siapa isteri aku? Minah ni ke?”
            “Nick!” Tegur papa apabila berasa panggilan tersebut tak sepatutnya ditujukan kepadaku. Aku terasa hati apabila Nick memanggilku dengan panggilan tersebut.
            Tiba-tiba, tanganku ditarik seseorang dari belakang. Kak Emilda membawaku keluar dari bilik. Air mataku mula menghujani pipi. Dari tadi aku berdiam tidak mampu bersuara. Kak Emilda yang dari tadi memerhati tingkahku akhirnya berasa simpati dengan takdir yang menimpaku. Tubuhku ditariknya dalam dakapan.
            “Risya bersabar ya? Biar kami tanya doktor terlebih dahulu. Buat masa ni, Risya janganlah jumpa dia.”
            “Apa sebenarnya berlaku kak? Kenapa Nick tak kenal siapa Risya ni? Kenapa Nick tak ingat Risya? Risya ni isteri dia kak...” Rintihku di bahu kak Emilda. Air mata menitik lagi.
            Kak Hasnah turut sama keluar dari bilik. Dia juga kelihatan begitu sedih. Lantas, tubuhku dipeluknya sebaik kak Emilda melepaskanku.
            “Risya bersabar dulu sehingga kami conformkan perkara sebenar, ya? Risya banyak-banyak berdoa ya?” Saran kak Emilda lagi. Aku hanya menangis di bahu kak Hasnah.
            Ya Allah...Apa sebenarnya yang berlaku ni? Begitu berat dugaan yang perlu aku tempuh hinggakan suami sendiri tak kenal siapa diriku buatnya? Ya Allah...aku mohon agar semua ini hanyalah satu mimpi ngeri buatku. Tolonglah kejutkan aku dari mimpi ngeri ini. Ya Allah...

Saturday, November 17, 2012

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 41


Bab 41

            SEMAKIN hari, semakin mekar cintaku pada si suami. Bersulamkan cinta yang suci, rasa bahagia yang diselami begitu berharga buat diri ini. Mataku menatap lama pada wajahnya yang masih lena di sebelah. Perlahan-lahan aku bermain pada alis matanya. Keningnya terbentuk kemas sahaja walaupun sedikit tebal tetapi masih tetap membuat rupa si jejaka tampak kacak.
            Tanganku beralih pula pada hidungnya. Mancung! Kalah hidung aku ni. Kemudian, mataku jatuh pada bibir merahnya. Langsung tiada cacat celanya. Begitu sihat sahaja bibir suamiku tanda dia tidak pernah merokok. Tiba-tiba, terlintas akal nakal di fikiran. Makin merah padam wajahku memikirkan kejadian malam tadi.
            Sudah seminggu kami bergelar suami isteri dan akhirnya, tanggungjawabku sebagai isteri terlaksana juga. Mimpi indah yang dilalui, akhirnya menjadi realiti. Aku milik dia sepenuhnya. Tidak kira zahir mahupun batin. Aku hanya miliknya dan dia hanyalah milikku. Begitu sabar dia melayani diriku, lebih-lebih lagi semasa aku dilanda musim ‘bulan mengambang’. Dalam masa seminggu jugalah aku mengenali dirinya dengan lebih dekat dan lebih mendalam.
            Nick seorang yang begitu penyabar tetapi tegas orangnya. Dengan didikan arwah mama dan juga papanya, dia punya sifat ketegasan yang sukar untuk ditepis. Walaupun pada awalnya sukar juga untuk aku membiasakan diri dengan sikapnya itu, tetapi lama-kelamaan aku cuba memahami situasinya.
            “Sayang, kenapa lambat sangat nak siap-siap ni? Time is running out! Cepat sikit bersiap,” Kata-kata pedas itulah sering aku dengar daripada mulutnya. Kadang-kadang geram juga bila melayan sikap ‘on time’ dia tu. Namun, apapun kekurangan dan kelebihannya itu, pasti ada kebaikannya pada diriku dan Allah sudah takdirkan ada jodoh antara kami. Kerana itulah aku sanggup bersabar bersamanya. Dialah lelaki yang terbaik untuk diriku. Walau ada kekurangan sekalipun, aku sebagai isterinyalah yang perlu mengisi kekurangan itu dan begitu juga dia. Hidup ini perlu saling melengkapi. Itulah namanya suami isteri.
            “Sayang perhatikan bibir Amy ni lama-lama kenapa ek?” Terkejut aku apabila Nick yang dari tadi menutup mata tiba-tiba menegurku. Alamak! Malunya...Kantoi aku usha dia lama-lama. Tapi, akukan isteri dia, jadi tak menjadi masalah kalau aku nak tenung dia lama-lama sekalipun. He he he...
            “Amy dah bangun ke? Terkejut Ery tau,” Aku mengusap lembut dadaku dek terjahan dia tadi. Lantas, kelopak mata Nick terbuka dan sekejap itu satu kucupan lembut singgah di bibirku. Aku terlopong dengan tindakan pantasnya.
            “Good morning, sayang!” Ucapnya sambil tangannya mula melingkari tubuhku dan didakapnya erat. Dek kerana kepenatan yang melanda setelah seharian berjalan-jalan di sekitar Cameron Highland, destinasi honeymoon kami, aku dan Nick akhirnya mengambil keputusan untuk menyambung tidur setelah solat subuh tadi.
            Hampir sahaja nafasku sesak dek pelukan yang erat dari Nick. Aku cuba merenggangkan pelukannya tetapi tidak berdaya. Sudahnya, aku biarkan sahaja suamiku berbuat sedemikian.
            “Amy, Erry semputlah kalau Amy asyik peluk ketat-ketat macam ni. Macam nak putus nyawa tau tak?”
            “Heish! Apa cakap macam tu?” Kening Nick sudah berkerut dan pelukan tadi sudah pun renggang. Aku tarik nafas panjang. Fuh!
            Aku perasan wajah Nick yang sudah berubah monyok. Aku jadi serba salah pula.
            “Sorry, Amy. Erry tak sengaja cakap macam tu. Sebenarnya, Erry sesak nafas sebab kena peluk kuat-kuat dengan Amy. Tu yang terlepas cakap.”
            “Jangan cakap macam tu lagi. Amy tak suka sayang cakap benda pelik-pelik macam tu. Sayang taukan, nyawa sayang ni dah macam nyawa Amy sendiri. Amy akan jaga sayang macam Amy jaga diri Amy sendiri. Jangan pernah cakap pasal benda macam tu lagi. Kalau boleh, Amy tak nak jadi apa-apa kat sayang. Kalau Amy perlu ganti nyawa Amy sendiri demi menyelamatkan sayang, Amy sanggup buat macam tu.”
            “Amy...Kalau Amy tak nak sayang cakap macam tu, Erry pun tak nak Amy cakap macam tu jugak. Erry tak sanggup kehilangan Amy, Amy tau tak?” Hatiku mula diserbu hiba. Kenapa begitu sensitif sekali kami hari ini? Kenapa isu ini pula yang dibangkitkan? Hatiku rasa macam tak sedap saja. Aku mula takut kehilangan suamiku.
            Hampir saja aku menitis air mata. Aku tunduk tidak mahu menatap wajahnya. Perasan yang aku dilanda perasaan sedih, Nick kembali menarik tubuhku ke dalam dakapannya. Pipi kananku dikucup lama.
            “Amy tak sanggup kehilangan sayang. Tapi percayalah, cinta Amy tak pernah padam walau apapun yang terjadi antara kita. Sayang kena ingat tu. Hati Amy hanya untuk sayang seorang. Hanya untuk Nur Erisya Kamal. Dengar tu?” Bisik Nick padaku. Aku mengangguk laju lantas membalas kembali pelukan kemasnya. Tangisan mula melanda diri. Aku menangis di dalam dakapannya. Nick mengusap lembut pada rambutku dan sekali lagi dia mengucupku. Kali ini pada dahi pula. Lama bibirnya singgah di situ. Nick merenggangkan pelukannya dan disekanya air mata yang hampir sahaja menitis lagi.
            Nick mengulumkan senyuman padaku.
            “Dah dah. Jangan nangis lagi. I just want you to know that right now you are my wife and you are a part of my life. I won’t let anything happen to you. You are so mean to me. Don’t ever forget that. Even if anything happen, just remember, don’t ever let me go. Hmmm?” Pesan Nick lagi.
            Lama kami berdiam diri, masih belum bangun dari katil. Nick setia menggenggam erat tanganku dan diusapnya lembut.
            “Hari ni kita dah kena balik KL dah. Rasa macam tak puas pula honeymoon selama seminggu. Kalau boleh nak tiap-tiap hari honeymoon. Kalau boleh nak tiap-tiap hari macam malam tadi,” Nick mula bersuara kembali. Sekarang nadanya berubah mengusik. Aku yang sudah berhenti menangis menjadi malu tatkala teringat akan kenangan malam tadi. Nick yang masih setia baring di sebelah sudah kembali tersenyum. Malah, senyumannya begitu menggoda sekali. Aku naik hairan pula dengan sikapnya yang begitu senang sahaja berubah dalam sekelip mata. Tangannya mula merayap pada bahuku. Dengan pantas aku mencubit lengannya sebelum sempat tangannya merayap ke tempat lain. Cepat-cepat aku bangun dari pembaringan.
            “Dah dah dah. Cakap nak kena balik KL kan? Erry nak pergi mandi dan bersiap-siap. Sebelum balik KL, Erry nak beli barang dulu buat kenangan kita. Lagipun, nak beli sikit buah strawberi untuk Diya. Diakan suka makan buah tu.” Sempat lagi aku mengingati suamiku tentang perancangan kami untuk hari ini sebelum kembali ke Kuala Lumpur. Aku beredar ke almari baju dan mengambil tuala yang tergantung di penyakut baju.
            Aku berpaling ke belakang ingin beredar ke bilik air. Terkedu saat Nick muncul dari belakang. Wajahnya mula mendekati. Aku jadi terpempan seketika saat Nick merapatkan dirinya pada tubuhku. Fikiran dah mula melayang memikirkan yang macam-macam. Dada pula sudah berpalu kencang. Nick tersenyum saat wajahku sudah merona kemerahan. Dapatku rasakan darah menyerbu panas di muka. Aku menangkap objek yang berada di tangannya saat wajahku menunduk ke bawah, tidak mampu bertentang mata dengannya.
            “Sayang fikir apa tu?” Soal Nick setelah mengambil tualanya. Aku menolak tubuhnya dan cuba menjauhkan diri. Tercetus tawanya melihat aku yang tengah malu ini. Dengan segera, aku menghayunkan langkah ke bilik air. Belum sempat memulaskan tombol pintu, Nick pantas mencepungku dan membawaku masuk ke dalam bilik air. Aku menjerit kecil. Saat itu hanya kami sahaja yang tahu betapa bahagia kenangan yang kami lalui ini.
            Setelah banyak yang kami lalui, tidak kira sakit perihnya dengan dugaan yang melanda, akhirnya segala keperitan itu diganti dengan kebahagiaan yang tak terperi. Cinta yang suci, kini bersatu jua. Tetapi, adakah sehingga ke akhirnya cinta itu pasti?


AKU mengambil plastik yang diserahkan oleh penjual dan memberikan wang 50 ringgit kepadanya. Aku menunggu penjual tersebut memberi kembali pulangan baki duitku. Sambil menunggu, mataku meliar memandang serata kebun. Begitu sejuk mata memandang keindahan tanaman buah strawberi di situ. Ditambah pula cuacanya yang sememangnya sejuk membuatkan hatiku begitu tenang sekali.
            Aku mengambil duit baki yang disua oleh penjual tadi dan beredar dari situ. Aku berjalan menghampiri kereta Nick, tetapi kelibatnya masih belum ada.
            “Mana pula cik abang sayang aku ni? Cakap nak ke tandas sekejap. Ni dah berapa lama duduk terperap dalam bilik air ni?” Bisik hatiku.
            Di saat itu, aku terpanggil untuk menjawab panggilan telefon yang mula membingit. Aku keluarkan telefon bimbit dari tas tangan yang aku sangkut di bahu dan melihat nama pemanggil pada skrin telefon.
            Aku terpaku melihat nama yang tertera pada skrin. Lambat-lambat aku menjawab panggilan tadi.
            “Risya, kau sibuk ke?” Soal si pemanggil. Aku mengeluh lemah. Dalam banyak-banyak waktu, waktu ni jugalah dia muncul. Saat aku tengah melayari bahtera bahagia, ada pula yang datang tanpa diundang.
            “Sibuklah juga. Kenapa call aku ni?” Ucapku malas. Sebenarnya, aku terasa hati bila teringat kembali masa pernikahanku, dia langsung tidak muncul pun.
            “Dengar macam kau marah je dengan aku, Risya. Kau betul-betul sibuk ek?”
            “Memang! Memang aku marah. Aku terasa hati dengan kau sebab tak datang ke majlis pernikahan aku, Iz.” Iz terdiam lama sedari itu. Sedar akan ketelanjuranku yang bersikap kasar dengannya, aku mengendurkan suara dan meminta maaf akan kesilapanku.
            “Aku betul-betul minta maaf sebab tak dapat datang ke majlis kau. Sebenarnya, masa tu aku kena hadap mama. Dia tahu yang aku nak kembali bersama Isnah. Jadi, dia tak berapa nak setuju. Tapi, lama-lama aku pujuk, mama okeylah.” Terang Iz pula.
            “Jadi sekarang, apa masalahnya lagi?” Soalku berbasi-basi.
            “Is...Is nak cerai dengan aku, Risya. Aku tak boleh kehilangan dia. Aku betul-betul tak nak kehilangan dia. Jadi sekarang aku nak minta tolong dengan kau. Kaukan cakap kau nak tolong aku. Boleh kan?” Tuntut Iz pada janjiku dahulu. Aku jadi serba salah apabila mengingat kembali janji yang aku putuskan sebelum pernikahanku dengan Nick tidak lama dahulu.
            Aku menghela nafas panjang. Dalam hati, aku jadi bingung dengan kesannya nanti. Sekiranya aku menolong Iz, jadi ini bermakna hidupku masih bersangkut dengannya sedangkan sekarang aku sudah bergelar isteri Nick. Tetapi, di sudut lain pula hatiku bagai rasa bersalah dan kasihan dengan nasib yang dilanda oleh Iz. Tambahan pula, dia juga merupakan kawan rapatku. Apakah aku perlu masuk campur dalam hal rumah tangga mereka?
            “Nanti aku akan cuba tolong apa-apa yang boleh aku lakukan. Tapi, aku harap kau janganlah terlalu berharap sangat. Kalau sudah si Is tu berkeras juga, kau terimalah dengan hati terbuka. Mungkin sudah bukan jodoh kau dengan dia.”
            “Please Risya. Aku tahu aku bersalah pada dia. Kalau aku tahu rupa-rupanya dia juga berharap yang aku kembali pada dia sewaktu kita hampir-hampir bernikah dahulu, aku pasti takkan tinggalkan dia langsung dan kembali ke pangkuan dia.”
            “Baiklah, Iz. Aku akan jumpa dia bila dah sampai ke KL nanti. Okeylah aku ada hal ni sebenarnya. Assalamualaikum,” Cepat-cepat aku mengakhiri perbualan kami. Takut kalau suamiku terdengar perbualan di antara kami. Aku tak nak melukakan hati Nick. Tak akan!

SUASANA di dalam kereta begitu hening sahaja. Hanya suara di corong radio yang memecahkan kesunyian. Risya di sebelah sudah lama terlelap. Nick cuba untuk menumpukan perhatian pada pemanduannya. Lebih-lebih lagi dengan jalan yang bengkang-bengkok, perhatian amatlah diperlukan. Namun, hatinya tetap resah apabila mengingat kembali kejadian tadi. Sepertinya, Risya cuba menyembunyikan sesuatu darinya. Dia jadi resah dengan sikap Risya yang masih mahu berahsia.
            ‘Kenapa perlu disimpan dalam hati di saat kita sudah menjadi suami isteri? Susah sangat ke nak beritahu perkara sebenar?’ Bisik hati kecilnya pula. Bukan dia tidak tahu dengan siapa isterinya berhubung tadi. Dia dengar semua perbualan di antara isterinya dan juga lelaki yang pernah bertakhta di hati isterinya itu.
            ‘Kalau sekadar mahu menolong kawan, kenapa terlalu berahsia sangat? You have involve in something really big Risya. And I won’t let you get away with it. Amy takkan lepaskan sayang sampai sayang betul-betul percaya dan yakin dengan cinta Amy ni. Sudah pasti tiada rahsia antara kita lagi dan Amy betul-betul nak Erry tahu tentang itu kerana Amy suami Erry. Amy berhak tahu apa yang terjadi di sekitar Erry.’
            Dalam hatinya, dia berasa kecewa dengan tindakan isterinya itu.
            ‘You are mine! And I am yours. Kita kena bukti cinta kita itu benar-benar pasti untuk hati masing-masing. Tiada keraguan lagi. Lebih-lebih lagi kepercayaan, Erry.’ Tekad Nick dalam hati.


SETELAH seminggu berlalu, aku dan Nick kembali dengan rutin masing-masing. Nick sibuk dengan kerjanya manakala aku pula sibuk dengan urusan rumah. Dah jadi suri rumah ni, macam sunyi pula bila ditinggalkan suami seorang diri di rumah.
            Aku capai laptop di atas meja. Segala kerja rumah sudah aku selesaikan. Rumah yang kami diami sekarang tidak kurang luasnya dengan rumah Tok Idham yang Nick duduki dulu. Selepas bernikah, Nick telah pun merancang ingin duduk di rumah sendiri. Sementara, di rumah Tok Idham pula masih ada papanya dan juga pak long. Tidak lupa juga dengan abang kembar Nick bersama isterinya.
            Pernah sekali aku tersilap sangka bahawa abang Emir tu ialah Nick. Lebih-lebih lagi apabila tinggal serumah dengan abang kembarnya itu. Aku jadi malu sendiri apabila memanggil abang Emir dengan panggilan Amy. Jadi keliru pula melihat wajah mereka yang begitu serupa. Mujur sahaja isteri abang Emir, kak Iyan tak melenting dengan kesilapanku itu. Kak Iyan muda setahun daripada Nick dan juga abang Emir. Jadi, sememangnya aku perlulah memanggil kakak iparku itu dengan panggilan kakak walaupun ditegah banyak kali oleh kak Iyan.
            “Risya ni...Rasa macam tua sangat pula kita bila dipanggil akak. Hahaha...lagipun, Iyan sendiri panggil Nick ni Nick. Tak adanya nak panggil adik or abang walaupun kita orang ni dah jadi kakak dan adik ipar. Tapi, tak kisahlah kalau Risya nak panggil Iyan dengan panggilan akak. Nak panggil adik Iyan pun boleh.” Seloroh kakak iparku itu. Aku jadi senang dengan layanan kak Iyan sementelah dia itu peramah orangnya. Walau punya kedudukan dan berjawatan tinggi, kak Iyan begitu rendah diri dan tidak pernah memikirkan tentang statusnya selaku anak Dato’.
            “Pssst...Kalau Risya nak tahu perbezaan dia orang berdua beradik kembar ni, senang aje. Cuba Risya tenung betul-betul dan tengok apa perbezaan dia orang. Tapi, janganlah tenung abang Emir lama-lama pulak. Bini dia ada kat sebelah Risya ni je tau.” Sempat lagi kak Iyan berjenaka denganku.
            Selepas sehari majlis persandinganku dan juga Nick, akhirnya kami mempunyai masa untuk berkumpul dan berehat bersama-sama. Kami berehat di taman rumah tok Idham dan menikmati minum petang dengan pisang goreng dan juga air teh. Dikesempatan itulah aku mengambil peluang untuk mengenali kakak iparku itu.
            Aku kembali memandang kedua-dua beradik kembar itu. Pening kepalaku memikirkan perbezaan antara dua beradik ini. Sememangnya mereka berdua punya wajah yang seiras dan sukar untuk aku tebak perbezaan itu. Aku menoleh ke sebelah dan menggeleng.
            “Tak dapat nak detect apa perbezaan dia. Tak tahulah kak Iyan,” Kak Iyan tergelak melihat wajahku yang berkerut seribu.
            “Akak Iyankan dah lama dengan dia orang. Mestilah tahu yang mana satu Nick dan yang mana satu abang Emir. Ni pun nasib baik abang Emir tu pakai cermin mata dan Nick tu tak pakai. Risya hanya tahu tu je perbezaan dia.” Sambungku lagi. Kak Iyan tergelak kecil.
            “Cuba tengok betul-betul perbezaan wajah dia orang tu.” Saran kak Iyan lagi. Aku kembali menatap wajah kedua-duanya. Lama-lama barulah aku perasan sesuatu. Bibirku mengukir senyuman penuh makna. Sekarang baru aku tahu apa bezanya mereka berdua ini.
            “Risya dah tahu dah. Beza dia orang ada pada dagu.” Wajah Kak Iyan nampak begitu teruja mendengar tebakkanku. Kak Iyan mengangguk.
            “Yup! Tu beza dia orang berdua ni. Mula-mula tu susah betul nak tahu yang mana satu abang Emir dan Nick. Tapi, lama-lama barulah kak Iyan perasan. Sebenarnya masing-masing punya keunikan tersendiri.
            Nick mempunyai lekuk dagu yang ketara, manakala abang Emir pula tak ada. Itulah beza dia orang ni. Sebab tulah kak Iyan senang nak pastikan yang mana satu abang Emir.”
            Aku tersenyum saat melihat gambar wajah Nick yang terletak di sebelah laptopku. Memang benar kata kak Iyan. Lekuk dagu Nick nampak begitu ketara sekali. Aku usap gambar pernikahan kami dan aku letakkan kembali bingkai gambar tersebut.
            Mataku kembali menatap skrin laptop. Sekarang tiba saatnya cerita-cerita indah kami tertulis dan diceritakan pada pengetahuan umum. Aku yang pernah bercita-cita ingin menjadi penulis, akhirnya sudah mula untuk merealisasikan impian itu. Kisah aku dan juga Nick kini menjadi satu cerita buat pembaca-pembaca di blogku. Tidaklah aku nyatakan namaku dan juga Nick sebagai sandaran bagi jalan cerita ini, tetapi kisahnya itulah yang aku gunakan. Segala pengalaman perit dan juga manis aku sematkan dalam penulisanku. Walaupun masih baru lagi, tetapi aku bersyukur kerana ada yang menerima cerita yang diolah olehku sendiri.
            Cerita yang digandingkan dengan realiti hidup dan juga fantasi. Walaupun bukan 100 peratusnya betul, tetapi apa yang aku sajikan pada pembaca adalah untuk menghiburkan hati mereka. Aku letakkan juga sedikit pengajaran di dalam novel ini dan ada yang boleh terima jalan ceritaku. Ada juga yang mengkritik dan menegur salah silapku, tetapi bagiku semua itu adalah satu inspirasi bagiku untuk memperbaiki gaya penceritaanku.
            Jari-jemariku terhenti saat telefon bimbitku berbunyi. Aku mengambil telefon bimbit tersebut dan melihat nama yang tertera pada skrin.
            “Unknown number?” Hairan. Aku tidak kenal nombor ini. Aku jadi ragu-ragu untuk menjawabnya. Tetapi hatiku rasa ingin tahu. Lantas, aku tekan skrin dan aku tekapkan telefon bimbit pada cuping telinga.
            “Hello, assalamualaikum. Siapa ni?” Aku memulakan perbualan. Lama suara di sebelah tidak kedengaran. Apabila lama panggilan tidak bersahut, aku terasa mahu menghentikan panggilan tersebut. Belum sempat jariku menyentuh skrin telefon bimbit, suara lembut menyapa telinga.
            “Risya...Ni, Isnah. Boleh aku jumpa kau sekejap hari ini?” Si pemanggil akhirnya ketahuan namanya. Aku menggigit bibir. Is rupa-rupanya. Aku berjeda seketika dan menoleh pada jam di dinding.
            Hari ini Nick berada di Pahang. Jadi, aku rasa tidak salah kalau aku berjumpa dengan Isnah sebelum Nick kembali ke Kuala Lumpur petang nanti.
            “Boleh! Bila kau nak jumpa aku?”
            “Pukul 2 petang dekat Cafe Starbuck Empire , boleh?”
            Aku mematikan panggilan setelah Isnah menetapkan masa untuk bertemu denganku. Aku mengeluh lemah. Entah kenapa rasa bingung pula dengan tindakan yang aku lakukan ini. Aku melihat skrin telefon bimbit dan aku menaip mesej kepada Nick.
            Petang ni, Erry nak jumpa kawan ya? Pukul 2 petang.- Erry
           
           


AKU menyisip sedikit air kopi yang baru saja dihantar oleh pelayan cafe. Isnah juga berbuat demikian. Kami masih belum membuka mulut. Masing-masing mendiamkan diri.
            “Aku dengar yang Iz nak suruh kau berbincang dengan aku pasal hal kitorang. Nak beri penjelasan tentang hal kita dahulu tu. Penting sangat ke benda yang dah lepas tu?” Is sudah mula melantunkan suaranya. Begitu sinis sekali bunyinya. Namun, rasa hati masih dapatku kawal lagi.
            “Kalau rasa benda dah lepas tu tak penting, kenapa masih ada perasaan marah tu lagi?” Aku membangkitkan isu yang pernah terjadi suatu ketika dahulu. Masih segar diingatanku apabila aku tampil di hadapannya dan menyoal sama ada dia terima ataupun tidak untuk membenarkan aku menjadi madunya sewaktu aku masih bersama Iz dahulu.
            “Kau tau tak kerana kau, rumah tangga aku musnah. Dan kerana kau jugalah, kekasih aku tu lari. Hanya disebabkan tuduhan palsu kau tu! Kau memang pemusnah hidup aku!” Dalam nada yang tertahan, Is masih tetap melepaskan amarahnya padaku. Aku jatuh simpati pada Is. Kerana lelaki dia jadi buta dan kerana lelaki dia jadi bodoh dalam memilih yang mana satu permata dan yang mana satu duri.
            “Aku tak pernah jadi pemusnah rumah tangga korang. Aku tak pernah terlintas langsung nak rampas hak orang. Kau yang tak pandai nak menilai hati budi Iz tu sendiri.
            Aku dan Iz dah lama berkawan. Bukan setakat tu, kami dah lama rapat dan dah kenal sangat perangai masing-masing. Memang aku mengaku, dulu aku pernah cintakan dia. Tetapi, dalam hati aku tahu, dia tak pernah membalas cinta aku. Dulu dia mengejar cinta kau!” Luahku panjang. Sudah lama aku berhasrat untuk berterus terang dengan isteri Is. Kini, sekaranglah masa yang sesuai bagi menyingkap segala perasaanku.
            “Oleh kerana aku tahu yang Iz tak pernah nak balas cinta hati aku ni, jadi aku cuba untuk renggangkan hubungan persahabatan kami. Tambahan pula, dia dah kenal kau lama dan dia sering cerita pasal kau kat aku. Walaupun bukan terang-terang dia cerita, tapi setiap kali dia cakap pasal seorang gadis ini, aku tahu gadis tu bukan aku. Dan gadis tu pula sudah berpunya.
            Masa tu, kau masih bersama kekasih kau yang dulu. Tapi, Iz tetap bersabar dan tetap mahu menunggu cinta yang tak pasti. Dan aku pula, dek kerana terseksa dengan cinta yang tak berbalas, aku cuba undur diri. Sehinggalah pada satu saat di mana aku dengar khabar bahawa dia akan dinikahkan pada kau. Aku sendiri hairan kenapa dulu kau bersama dengan orang lain dan akhirnya kau terima Iz. Aku langsung tak tahu pun apa-apa kisah pasal korang.”
            “Hmmphh! Kau hanya nak sedapkan hati aku jekan? Kalaupun aku dah jadi isteri dia, aku tak sangka yang Iz tu tiap-tiap hari dok cerita pasal kau. Kau sebenarnya dah lupa yang mungkin dia cintakan kau balik.” Bidas Is yang masih tidak mahu mengalah. Dadanya sudah berombak tanda dia menahan marah yang teramat sangat. Aku jadi serba salah apabila berada dalam keadaan sebegini. Aku sememangnya rasa bersalah apabila sanggup menerima lamaran Iz dahulu. Kalau tidak, pasti sahaja rumah tangga mereka selamat.
            “Is salah! Iz tak pernah cintakan aku. Di dalam matanya hanya kau seorang je, Is.”
            “Kau jangan nak pertahankan jantan tak guna tu!”
            “Jantan tak guna tu suami Is! Is kena ingat tu!” Pintasku mengingati tentang kedudukan dirinya. Aku terkesan akan air mata pada tubir matanya. Air jernih itu cepat-cepat disekanya. Aku mengeluh lemah. Macam mana kalau nak selesai kalau hati yang seorang tu masih panas dan sukar untuk menerima kata-kataku ini?
            “Look, Is...He is your husband. And always be. Kalau bukan kerana Iz, kau mesti terjebak dengan niat kotor bekas kekasih kau tu.” Melihat Is terpana membuatkan hatiku dipagut rasa resah. Aku menggigit bibir. Tidak mampu aku simpankan lagi rahsia di antara aku dan Iz dahulu.
            “Apa maksud kau?” Is mula mengendurkan suaranya. Aku menghelakan nafas panjang. Aku kena biar Is tahu perkara sebenar.
            “Masa kitorang masih belajar dulu, aku dan Iz pernah terserempak dengan kekasih kau tu. Dia bawa seorang perempuan ke sebuah hotel murah tu. Aku dan Iz yang menjadi saksi. Izlah yang risau gila kat kau. Bila aku tanya kenapa dia cakap dia macam pernah tengok lelaki tu. Tu je. Tapi masa tu, aku tahu yang perempuan yang Iz cinta tu adalah kau. Dan aku selalu perhatikan kau di kampus. Jadi, wajah kekasih kau tu tak pernah aku lupa.
            Apabila Iz masih menunggu kau, masa tulah aku ambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada dia. Bila kau dah bersatu dengan Iz, aku tak sangka pula hubungan kau dengan Iz dah mula retak. Dan pada masa tulah kau mula balik pada kekasih kau tu.” Aku berjeda seketika. Mengumpul semangat ingin meneruskan cerita. Aku menatap wajah Is yang masih menunggu kata-kataku. Wajahnya sudah lecun dek air mata yang tak henti-henti menitis dari tadi.
            “Masa Iz dilanda masalah, dia dan aku akhirnya bersua kembali setelah lama kami tidak berhubung. Dan masa tulah dia beritahu pasal kau dan kekasih kau tu. Hubungan korang retak disebabkan salah faham dan kerana tulah kau kembali pada kekasih kau. Dan Iz sempat cerita kat aku macam mana boleh korang bersatu dan dia cerita juga macam mana boleh kau dengan kekasih kau tu putus.”
            “Iz mungkin nak buktikan bahawa dia juga boleh bahagia tanpa kau, dan disebabkan tulah dia melamar aku. Mungkin hatinya pernah berada dipersimpangan. Tapi aku tahu, cintanya masih kuat pada kau.” Sambungku lagi. Perlahan-lahan, aku tarik tangannya. Aku cuba bercakap lembut padanya. Aku berharap agar masalah mereka selesai juga.
            “Pasal kekasih kau tu, aku tak pernah buat cerita sebab semua tu ada di depan mata. Aku lihat sendiri apa yang dia dah lakukan dan aku terus berterus-terang dengan kau pasal siapa diri dia tu depan kau. Cuma, kau tak pernah nak percaya pun,”
            “Memang aku tak percaya sehinggalah aku sendiri melihat dengan batang hidung aku,” Celah Is pantas. Kini, giliran aku pula yang terkedu.
            “Pada mulanya aku ingat dia dengan kawan sahaja. Tetapi, rupa-rupanya bukan. Aku masih tetap tak mahu percaya dan aku cuba salahkan kau. Aku fikir, semua ni terjadi kerana kehadiran kau dalam hidup Iz. Kehadiran kaulah menyebabkan hubungan kami goyah. Tetapi, sebenarnya aku yang bersalah. Aku yang bersalah kerana tak pandai menilai suami sendiri. Aku yang bersalah kerana terlalu percayakan lelaki tak guna tu! Dan aku bersalah kerana tak pernah beri peluang pada Iz...Tak beri peluang untuk hati ini menerima dirinya sepenuh hati. Aku tamak! Aku inginkan kedua-duanya. Sedangkan sudah terang siapa yang lagi layak mendapatkan hati aku ni.” Is mula teresak-esak dan aku mengusap lembut pada bahunya.
            “Dah dah...Jangan kenangkan kembali kisah yang lama. Semua tu dah lama berlaku. Jadi sekarang, kau fikirkanlah mana yang terbaik buat kau. Aku bukan nak pengaruh keputusan kau. Tetapi bagi aku, bercerai itu adalah satu penyelesaian yang terakhir dalam sebuah perhubungan yang halal. Walaupun bercerai itu dibenarkan, tetapi perkara itulah yang Allah tak suka. Menghancurkan masjid yang sudah berdiri dan juga memperbaiki mana-mana kecacatan sesebuah masjid itu, adalah lebih bagus kalau kita cuba menyelamatkannya, bukan?” Aku cuba menasihati Is, berharap agar dia memilih perkara yang betul. Semoga hubungan Iz dan juga isterinya mampu diselamatkan.

NICK memandang lama pada telefon bimbitnya. I-phone 4 di tangan digenggamnya. Masih jelas matanya membaca bait-bait mesej yang diberikan oleh isterinya tadi.
            “Jumpa kawan? Siapa? Iz?” Nick terasa hati melihat mesej pendek daripada isterinya itu.
            Nanti, Erry cerita...-Risya
            Sukar benar untuk isterinya memberitahu perkara sebenar. Hatinya dipagut resah. Dia jadi serba tak kena apabila hak sebagai seorang suami dicabar sebegini rupa. Sepatutnya, hal yang berkaitan dengan isterinya dia patut tahu. Tetapi, Risya langsung tidak mahu berkompromi soal ini.
            “Aku kena balik juga sekarang,” Tekad Nick sebaik segala kerjanya selesai juga.
            Nick memandu keretanya ingin kembali ke Kuala Lumpur. Dalam pada itu dipasangkan alat handsfree dan tangannya menekan skrin mencari nama pemanggil. Apabila nama sayang tertera pada skrin, Nick segera membuat panggilan.
            Seminit dua minit berlalu. Masih tiada yang menyahut. Berkali-kali dia cuba menelefon isterinya tetapi tidak berjaya. Risya langsung tidak menjawab panggilannya. Bimbang kalau terjadi apa-apa, Nick memecut keretanya.
            Selama 4 jam Nick memandu dan akhirnya Nick sampai ke Kuala Lumpur. Dia memandang sekilas pada jam di dashboard. Jam sudah pukul 6 petang. Nick sekali lagi cuba menelefon isterinya. Kali ini, telefon bimbit disahut oleh panggilan suara inbox. Makin menggunung rasa bimbangnya. Nick segera memandu pulang. Tidak sanggup kalau terjadi apa-apa pada Risya. Tambahan pula, perasaan rindunya tak mampu dibendung lagi.
            ‘Sayang...sayang pergi mana?’


AKU meletakkan tas tangan di atas katil. Rasa penatku tak mampuku tahan lagi. Selesai sahaja berbincang dengan Is tadi, aku segera ke pasar untuk membeli barang-barang dapur sebelum Nick kembali dari Pahang.
            Aku melihat jam pada dinding bilik dan aku sudah kelewatan untuk mengerjakan solat Asar. Aku bergegas ke bilik air dan mengambil wudhuk.
            Setelah selesai solat, aku dengan lemahnya menghempaskan tubuh pada katil. Aku mengagak bahawa masih ada masa lagi untuk aku berehat seketika sebelum ke dapur. Bermalasan di atas katil membuat hatiku berasa lega. Akhirnya apa yang terpendam terluah juga. Sudah selesai tugasku demi menyelamatkan sebuah hubungan suami isteri dan keputusannya nanti, aku biarkan saja mereka menyelesaikannya. Janji...tugas aku dah lepas. Tiada lagi bebanan yang aku pikul selama ini dan aku berharap usaha aku ini bakal membuahkan hasil yang terbaik buat mereka berdua.
            Dalam pada melayan lamunanku, aku teringat akan sesuatu. Lantas, aku ambil bangkit dan mengambil tas tangan yang terletak di sebelahku. Aku keluarkan telefon bimbit dan barulah aku perasan bahawa telefon bimbitku sudah mati. Aku menepuk dahi atas kelalaianku. Segera aku ambil charger dan aku sambungkan pada lubang telefon.
            Aku membuka telefon bimbitku semula dan tertera beberapa miss call daripada suamiku. Aku dipagut rasa bersalah.
            “Alamak...Dah lama aku biarkan telefon bimbit silent, sampai terlupa yang battery pun dah nak habis. Ya Allah, Risya...Kenapa kau lalai sangat? Tengok apa dah jadi? Kesian Amy.” Jariku masih bermain pada skrin melihat nama-nama miss call yang tertera, sehinggalah mataku menangkap satu nombor yang asing bagiku. Nampak gayanya ini bukan nombor telefon bimbit tapi macam nombor telefon rumah. Lebih-lebih lagi di hadapan nombor tersebut tertera nombor 03-.
            Sebaik sahaja aku ingin menelefon kembali nombor tersebut, tiba-tiba telefon rumahku berdering. Aku meletakkan kembali telefon bimbit di atas meja. Segeran langkahku dihayunkan mendekati telefon rumah.
            “Hello, waalaikummussalam,”
            “Ni Puan Nur Erisya ke?” Soal pemanggil tersebut.
            “Ya, saya. Awak siapa?”
            “Saya ni buat panggilan dari hospital. Suami Puan menghadapi kemalangan tidak sampai 30 minit tadi.”
            “Apa!?” Mendengar perkhabaran buruk itu, ganggang telefon di tangan terlepas. Tubuhku seperti tidak menginjak ke lantai. Aku jatuh terduduk. Aku menekan dadaku menahan rasa sakit dan pilu di hati. Aku rasa kehilangan seseorang yang begitu bermakna buat diriku. Bagaikan separuh nyawaku sudah dibawa pergi. Mutiara mata begitu laju mengalir ke pipi.
            Ya Allah...Amy..Amy kemalangan! Suamiku kemalangan!

background