Wednesday, February 22, 2012

Novel Honey and Butter bab 3

Bab 3

Awan yang berkepul-kepul di langit nan biru menjadi santapan matanya. Nafas yang dihela tidak mungkin dapat mengurangkan rasa resahnya. Sekali lagi, jam di pergelangan tangan ditilik. Hanya tinggal beberapa jam lagi dia akan sampai ke tanah air yang tercinta. Atas urusan kerja yang menjadi penyebab dia terpaksa ke luar negara, ahli keluarga ditinggalkan.


Dia menyandarkan badan pada kerusi empuk. Di kelas bisnes, terdapat beberapa orang yang memenuhi ruang tersebut. Kebanyakan yang menjadi penghuni kelas bisnes di dalam penerbangan MAS itu dari kalangan orang-orang berada sama sepertinya.

Matanya sekali lagi ditalakan pada luar tingkap. Kali ini, keluhan pula yang keluar dari mulutnya. Fikirannya menerawang pada kejadian beberapa hari sebelum dia berangkat ke luar negara.

“Mummy dah buat keputusan.” Mummynya mula bersuara. Entah keputusan tentang apa tidak diketahuinya. Baru sahaja punggungnya dihenyak pada sofa, belum apa-apa mummynya berkata demikian. Eric yang tidak tahu menahu tentang isi sebenar perbualan antara mummy dan daddynya terkebil-kebil memandang mereka.

“Keputusan apa mummy?” Soalnya ingin tahu.

“Mummy kamu tu tak sabar nak menantu.” Seloroh daddynya pula. Eric menelan air liur perlahan.

‘Alamak, soal menantu lagi ke?’ Omel Eric dalam hati. Eric sudah seperti cacing kepanasan di ruang tamu di tingkat 2 villa mereka sekeluarga.


‘Adoi! Malam yang tenang sebegini, pasti aje buat hatiku tak tenteram. Dahlah rasa panas semacam je hari ini. Petanda buruk namanya!’ Sekali lagi Eric berbisik di hati. Dia sudah keresahan apabila mummynya mengutarakan hal yang berkaitan dengan ‘menantu’ itu.

“Mummy dengan daddy dah decide. Kalau Eric masih membujang tahun ni, kami akan jodohkan Eric dengan pilihan kami.”

“What?! No,mummy daddy! Eric tak setuju.”

“Eric setuju ke tak setuju, mummy dah tak kisah dah! Dalam masa yang terdekat nanti, mummy dengan daddy akan kenalkan kamu dengan anak sahabat daddy kamu.” Puan Sri Harisah sudah memeluk tubuh dan matanya sudah beralih ke tempat lain. Tidak mahu memandang mata anaknya. Dia sudah sedia tahu dengan perangai anak sulungnya itu. Kalau sahaja mata mereka bertentangan, pasti anaknya akan buat muka kesian dan baginya memang payah sekiranya Eric buat perangai sebegitu.


“Mummy, tak naklah. Please...” Eric sudah merayu sambil berlutut di depan Puan Sri Harisah di bawah kaki. Tan Sri Hamdan sudah mula menahan gelak melihat keletak anak sulungnya itu. Sudah berumur 33 tahun masih bersikap seperti kanak-kanak yang masih mahu menyusu badan. Lucu benar. Sudahlah anak sulungnya itu mempunyai personaliti yang ‘bossy’. Tetapi, bila berhadapan dengan masalah sebegini, anaknya berubah 360 darjah.


“Ah, sudah! Tengok ni daddy, dia dah buat perangai dah. Macam budak-budak. Ni yang kita kena kahwinkan dia cepat-cepat.”

“No! Mummy, tahu kan Eric tak nak dijodohkan dengan sesiapa. I want to find my future wife by my own. Mummy, cinta tak boleh dipaksa, kan?”Ucap Eric lembut. Dia cuba meraih simpati dari ibunya. Dia tak suka dijodohkan. Dia masih mahu mencari. Dan dia masih berusaha untuk mendapatkan orang itu. Ah!! Sukarnya ingin mencuri sekeping hati itu.

“Sampai bila Eric? Daddy dan mummy rasa malu tau, banyak rakan kami asyik tanya pasal Eric. Tanya bila Eric nak kahwin. Nanti tak pasal-pasal Eric kena cop lelaki tak laku. Eric mahu macam tu?” Sekarang anaknya sudah sepatutnya mempunyai anak sendiri, fikirnya. Tetapi apabila mengemukakan tentang soal perkahwinan, Eric sentiasa mengelak.

“Mummy, kalau pasal tu, mummy tak payahlah kisah. Eric masih laku lagi tau. Cuma masih belum berkenan kat sesiapa sekarang.”

‘Sehinggalah dia jatuh ke tanganku.’ Bisik hatinya.

“Eric nak jual mahal buat apa? Kami ni rasa sunyi tahu tak? Eric sepatutnya dah ada anak sendiri sekarang. Umur dah 33 tahun, masih belum ada bini. Apa nak jadi ni?” rungut Puan Sri Harisah. Dikerlingnya suami disebelah. Suaminya hanya mengangkat bahu.

‘Cis! Apa punya bapak lah macam ni?’ bentak Puan Sri Harisah. dalam hati.

“Mummy, kalau mummy rasa sunyi, kenapa mummy tak nak ambil anak angkat je? Mummy kan masih ada Eryl.”

“Eryl tu dah besar. Dah masuk U pun. Mummy nak cucu!”

“Sah, dahlah. Anak awak tu bukannya nak dengar. Biarlah dia nak buat apa. Kita cuma tunggu dan lihat jelah apa yang nak jadi nanti.” Ucap Tan Sri Hamdan selamba.

“Abang suka nak menangkan anak kesayangan abang ni. Ni, muka ni nak letak mana kalau orang asyik tanya je? Sakit telinga saya tau!” Puan Sri Harisah. sudah naik berang.

“Kalau sakit, awak pasang jelah ear phone kat telinga awak tu. Saya jamin, telinga awak takkan sakit punya.” Jawab Tan Sri Hamdan, cuba ingin menenangkan hati isterinya itu.

“Ish! Abang ni suka nak naik kan kemarahan saya. Dua-dua sama saja anak-beranak!”

“Dia kan anak awak juga ,Sah.” Puan Sri Harisah mendengus dan mengorak langkah meninggalkan suami dan anak sulungnya itu. Eric tersengih mendengar kata-kata daddynya. Ditunjuk ibu jari kepada daddynya.

“Terbaiklah daddy. Semalaman daddy kena pujuk mummy.” Tawa Eric tercetus jua.

“Jangan nak gelak-gelak. Daddy pun rasa apa yang mummy cakap tu betul. Daddy nak Eric kahwin jugak tahun ni. Itu keputusan Daddy.”

“But daddy…” Eric mula gelabah.

“That’s it Eric! You have a lot of time to think of it.Kalau Eric tak ada calon, then Daddy yang akan decide dengan siapa Eric kena kahwin. And that’s final.” Eric terlopong dan mengeluh lemah.


‘Ah! Susah benar nak memikat hati Eriana. Kalau aku tak dapat dia, maka aku kenalah kahwin dengan orang yang aku tak cintai. Ah!!!’ Otak Eric sudah serabut dan bengang dengan kata putus daddynya itu.

“Sir, your coffee.” Eric tersentak sebaik sahaja ditegur oleh pramugari yang berpakaian seragam menyuakan secawan kopi yang dipesannya tadi.

“Err...Thank you.” Dia menyambut cawan dari tangan pramugari tersebut. Eric mengulumkan senyuman kepada pramugari tadi yang sudah berlalu pergi.


‘Comel jugak stewardess tu. Tinggi pun tinggi. Badan pun langsing, tapi bukan itu yang aku cari.’ Eric mengeluh lemah. Dia menyisip air kopi dari cawan. Terasa sedikit segar. Eric meletakkan kembali cawan pada meja berlipat di depannya.

Eric mengalih mata pada luar tingkap. Dia mengelamun lagi.

‘Calon? Kalau aku tidak dapat mencuri hati Eriana, siapa pula yang akan menjadi bakal isteri aku? Molek ke orang itu?’

‘Eriana, kau bagai awan-awan yang bergumpalan di langit. Dapat ditangkap pada paca indera mata tetapi sukar untuk digapai pada tangan yang ingin menggenggam dirimu. Malah, sukar untuk menebak hatimu yang sekejap mendung, dan sekejap cerah. Arghh!! Memang sukar untuk mendapatkan hatimu yang keras bak kerikil itu!’ Gumam Eric sambil mindanya asyik memikirkan kekasih hati yang tiada kepastian akan menjadi miliknya ataupun tidak.


Elaine mencangkung sambil tangannya lincah menarik rumput-rumput panjang di taman villa. Dia mengelap peluh yang mengalir di pipi. Rambut lurus paras bahu sudah diikat satu. Dalam diam, dia mengeluh. Cuaca begitu panas hari ini. Badan yang sudah berpeluh terasa melekit dan Elaine berasa tidak selesa.

“Kak Elaine, minta sabit tu.” Kira sudah menunjuk sabit yang berada di bawah kakinya. Elaine menyerahkan sabit kepada Kira. Kira tersenyum manis.

“ Luas benar taman bunga milik Puan Sri.” Kira mengangguk laju.


Mana tidaknya, taman bunga milik Puan Sri sangat luas macam padang bola. Terdapat air pancut di tengah-tengah taman bunga itu. Dan yang paling menariknya, ketika malam, air pancut itu pasti akan diiringi lampu-lampu spotlight yang berwarna-warni ,terletak di dalam air.

“Kak, rasa-rasanya kerja kita ni dah selesai. Nanti, rumput-rumput ni akan dipotong menggunakan mesin rumput. Hah, yang tu kerja Pak Seman.” Tutur Kira sambil tangannya lincah menyimpan alatan-alatan yang digunakan mereka tadi ke dalam bakul.

“Pak Seman tu bukan driver Tan Sri Hamdan jugak ke?”

“Ha’ah. Nak dibandingkan Pak Seman dengan Pak Samad, Pak Seman lagi lama berbakti dengan Tan Sri. Pak Seman ni boleh buat macam-macam kerja. Sebab tu Tan Sri masih nak Pak Seman berkhidmat dengan keluarga mereka. Dua-dua pun boleh bawak kereta. Untunglah. Mereka dah tua tapi masih larat nak bawa kereta. Kak Elaine boleh bawak kereta tak?”

Elaine menatap wajah Kira di sebelah. Perlahan-lahan Elaine menjawab.

“Emmm...Akak..” Elaine teragak-agak ingin menjawab soalan cepu emas dari Kira itu.

“Oh, lupa pulak. Kita ni sama kak. Mana mampu nak belajar memandu. Apalah Kira ni.” Kira mengetuk-ngetuk dahinya dengan jari telunjuk. Kira tersengih-sengih menahan malu.

‘Fuh!! Selamat rahsia aku.’ Elaine menghembus nafas lega.

“Jom kak. Dari tadi kita ada kat sini. Nanti kena siapkan makan pagi untuk Tan Sri dan Puan Sri pula.”

Seawal selepas solat subuh tadi mereka berdua keluar dari villa dan menuju ke taman bunga yang terletak sedikit jauh itu. Mereka ke situ pun terpaksa menggunakan kereta buggy yang dipandu oleh Pak Seman tadi.

“Badan melekit macam ni, Kira tak nak mandi dulu ke sebelum buat sarapan?”

“Eh, mestilah kena mandi. Nanti, makin tak lalulah seisi rumah dek termakan peluh kita ni nanti. Ha ha ha.” Kira sudah tergelak kecil mendengar kata-katanya sendiri. Manakala Elaine, hanya mata sahaja yang menjadi pemerhati gelak tawa itu. Kira berhenti ketawa sambil menggaru kepala yang tidak gatal.


‘Alamak, lawak tak laku.’ Omel Kira.

“Pak Seman, kitorang dah sudah ni. Bunga-bunga semua dah siap siram. Kita nak kembali ke villa.” Pak Seman mengangguk dan bergerak menuju ke kereta buggy tersebut. Mereka berdua juga mendekati kereta buggy dan kembali ke villa.

Selesai membersihkan diri dan berpakaian seragam yang baru, Elaine bergerak menuju ke meja soleh. Dia menilik wajahnya di cermin sambil melibas-libas sedikit pakaian seragam berwarna hitam putih yang sedikit konyok.

“Pelik benar villa orang kaya ni. Baju pembantu rumah mesti seragam. Nasib baiklah sedikit panjang. Mahunya macam baju ‘maid’ di dalam anime jepun, pendek sangat sampai ke betis memang taklah aku nak pakai.” Sempat lagi Elaine membebel sendiri. Rambut yang dibiarkan lepas tadi diikat satu seperti ekor kuda.


Elaine keluar dari bilik ingin bergerak menuju ke dapur, namun kakinya terhenti berdekatan dengan salah sebuah bilik pembantu rumah tidak jauh dari biliknya tadi. Terdengar perbualan antara Kak Santi dan juga Kak Juli.

“Iya aku tak tipu. Tuan Eric kita akan datang pagi ini.”

“Mana kau tahu semua ni?”

“Dari siapa lagi kalau bukan dari Adilah tu. Kau pun tahu kan Dila tu peminat setia Tuan Eric. Semua benda tentang Tuan Eric dia tahu. Tuan Eric balik ke sini hari ini pun dia tahu jugak.” Elaine mengerdipkan matanya perlahan. Dia berpaling memandang pintu bilik yang sedikit terbuka itu. Pantas kakinya bergerak meninggalkan bilik tersebut dan menyambung perjalanan ke ruang dapur.

Sepanjang dia berjalan, kepalanya tak sudah-sudah memikirkan tentang perbualan yang dicuri dengarnya tadi. Tak sengaja terdengar sebenarnya.

‘Dia kembali ke sini, hari ini? Bakal suamiku akan pulang tak lama lagi.’


No comments:

Post a Comment