Sunday, February 12, 2012

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 23

Bab 23
Riuh rendah rumah separuh batu itu. Kanak-kanak riang berlari dan bermain kejar-mengejar. Di luar khemah pula banyak yang melakukan tugas masing-masing. Kebanyakanya golongang orang-orang tua, mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik yang sibuk mengemas itu ini, memasak dan mengatur apa-apa yang patut. Aku sekadar menolong apa yang termampu. Maklumlah, aku bukannya pandai dalam semua bidang yang dilakukan oleh mereka. Kadang-kala, bila aku ingin menolong, ada pula yang menegah.
            “Tak perlulah susah-susah Risya. Kamu duduk dan lihat je lah. Kamu kan tetamu kat sini.” Tegah mak Irah kepadaku. Esok merupakan hari bahagia buat pasangan yang bernama Syaairah Zamri dan Afiq Anas. Atas permintaan mak Irah, mereka dinikahkan di kampung sebelah mak Irah di Kelantan. Dan ini juga merupakan pertama kali aku ke Kelantan. Semua orang Kelantan mesra sahaja. Cuma aku menghadapi kesukaran untuk memahami bahasa mereka. Pekat beno! Macam rusa masuk kampung saja aku ni bila berada di sini. Mujurlah Irah ada, menolongku.
            Aku masuk kembali ke dalam bilik Irah dan melihat segala persiapan yang sudah siap sedia. Segala hantaran tersusun di sebelah katil pengantin. Aku melihat Irah yang sedang leka berinai.
            “Haa, Risya masuk lah. Asal kau tercegat kat depan pintu tu?” Irah menegurku. Tangannya masih dihias oleh sepupu Irah yang memang mahir dalam melukis ukiran inai. Aku teragak-agak untuk duduk di sebelah Risya. Kebanyakan yang berada di dalam bilik ini ialah sepupu-sepupu Irah. Dan yang pastinya, mereka bertutur bahasa Kelantan yang memang aku tak faham. Dah memang orang sini, mereka pasti kurang berbahasa melayu semenanjung. Memang menggunakan dialek Kelantan.
            “Emmm...Aku duduk di tepi pintu ni je lah. Banyak sangat orang keliling kau. Barang-barang hantaran ni pun dah buat tempat ni jadi sesak.” Omelku dan aku menjatuhkan punggung atas lantai berdekatan dengan pintu bilik.
            “Heii, duduk situ pulak dia. Sinilah. Shida, bagi ruang sikit kat kak Risya kau tu.” Arah Irah pada adiknya. Aku mengangkat tangan sebelum Shida beralih.
            “Tak perlulah. Kat sini pun okay apa. Lagipun, kalau duduk kat situ, takut tak cukup ruang pulak. Duduk kat tepi pintu ni, senang nak keluar.” Shida ku lihat duduk semula walaupun sudah berdiri.
            “ Wah, ramai benar orang dalam ni! Meriah sungguh!” Walaupun membelakangi pemilik suara nyaring itu, aku sudah tahu, siapa dia.
            “Biasalah awak. Diorang ni tak nak lepaskan saya. Nak jugak duduk berhimpit kat sini. Tu haa, yang paling kesian minah pintu tu.” Muka aku sudah cemberut bila dipanggil sebegitu. Cis!
            “Haa! Minah Albab! Dok kat tepi pintu ni apa ke hal nya?” Afiq bersuara lagi. Adoi! Bingit telinga aku jadinya. Aku mendongak dan melihat Afiq. Tiba-tiba terjengul wajah seseorang yang memang tak pernah lari dalam kamus hidup aku sekarang. Nick menayangkan sengihannya. Pasti dia tahu aku digelar minah Albab.
            “Ni sebab aku melayan perasaan. Dok tepi pintu ni je. Nak masuk, takut menganggu ketenteraman awam pula.”
            “Nak ganggu apa nya? Duduk je lah, kamu ni.” Afiq masih tercegat di tepi pintu berdekatan denganku. Aku mencebik dan berdiri.
            “Hah! Nak pegi mana pulak tu?” Soal Irah.
            “ Nak ‘buang’ angin!” Perliku.
            “Hah?! Patutlah busuk bilik ni. Kau rupanya? Bertuah punya budak. Habis bilik pengantin aku. Busuk!” Seloroh Irah. Yang lain cuma tergelak mendengar bebelan Irah.
            “Nak ambik angin lah! Kau ni, tu pun nak percaya jugak ke?”
            “Kalau kau, aku memang tahu. Maksud kau buang angin, buang angin lah tu. Hahaha.”
            “Ceh! Mengata orang! Dia yang lebih sebenarnya.” Aku membalas balik kata-katanya. Malas mahu bersesak di bilik, aku keluar dari situ. Dari hujung mata, dapat aku rasakan mata Nick yang tak pernah lari dari memandangku dari tadi. Ah! Sukati dia lah, mata dia. Tak kan aku nak korek mata dia tu pulak kan?
            Aku keluar melihat khemah di luar. Mereka masih sibuk. Aku memuncungkan bibir, berfikir ingin melakukan sesuatu.
            “Risya!” Mak Irah memanggilku di luar khemah. Aku mendekati mak Irah.
            “Ya mak cik? Ada apa? Boleh saya bantu?”
            “Ni, Risya mesti bosan dok rumah ni kan? Apa kata, Risya pergi ke pekan. Beli barang-barang ni.” Mak Irah menyerahkan kertas kecil kepadaku.
            “Okay. Boleh je. Tapi, siapa nak hantar saya ke pekan?” Soalku lagi.
            “Haa, Nick. Nick meh sini. Tolong si Risya ni. Teman dia pi pekan.” Mak Irah berbahasa Kelantan. Aku menoleh kebelakang. Rupa-rupanya, si Nick memang setia mengejarku. Lelaki ini juga tak ada kerja rupanya. Asyik nak ikut ke mana aje aku pergi.
            “Boleh. Meh, kito pi pekan, Risya.” Mak Irah sudah tersenyum simpul. Aku berusaha untuk senyum semanis yang boleh. Padahal dalam hati, geram dengan mat Gajah Gatal kat sebelah ni.
            “Pi elok-elok ya. Bek-bek bawak anak dara orang tu Nick.” Sempat lagi mak Irah berpesan kepada Nick. Dengan pantas aku meninggalkan Nick yang terpinga-pinga.
            “Awak! Slow down lah. Jangan lah awak buat adengan kejar-kejar kuch kuch hota hei dengan saya pulak kat sini. Mana syok! Kejar kat tepi pantai lagi best.” Langkah kakiku terhenti mengejut sehingga menyebabkan Nick juga turut terhenti sama. Terdapat sedikit pelanggaran dapat aku rasakan dari belakangku.
            “Eh! Apa men emergency break ni? Awak sengaja ek? Nak dekat-dekat dengan badan saya ni?” Nick berdiri menghadapku sambil jari telunjuknya digerak-gerakkan.
            “Tak kuasa saya nak dekat-dekat ngan awak. Saya tengah jauhkan diri, awak yang nak dekat-dekat ngan saya. Bukan saya!”Tegahku.
            “Eleh, yelah tu. Tak nak mengaku tak pe.” Kini giliran Nick pula yang meninggalkanku. Bajet betul lelaki Kelantan ni. Aku membuntuti Nick dari belakang. Perjalanan dari rumah kampung Irah tidak jauh dari pekan. Dalam masa 10 minit berjalan kaki pun boleh sampai.
            Pada asalnya, aku tidak menyangka bahawa Nick boleh ada bersama. Ketika itu, aku bercadang untuk memandu kereta sendiri ke kampung Irah. Tetapi cadangan itu ditegah oleh mak Irah. Katanya, agak memenatkan kalau memandu dari Shah Alam ke Kelantan. Ia mengambil masa yang sangat lama untuk ke sana. Memang menguji minda.
            “Tak apa ummi. Dia ada ‘body guard’ dia yang ikut kita sekali.” Mukaku sudah berkerut-kerut tidak memahami kata-kata Irah. Kereta keluarga Irah masih setia menunggu di sebelah keretaku. Keluarga Irah ingin bergerak ke Kelantan dari rumah sewa baru kami. Pada masa itu, kami menunggu ketibaan Afiq yang tak sampai-sampai lagi dari tadi.
            Belum sempat aku ingin bertanya dengan lebih lanjut, aku terlihat kereta Honda Civic milik Afiq yang sudah berhenti berdekatan dengan kereta kami. Dari jauh aku melihat kelibat 2 orang di dalam kereta. Aku pasti, Afiq membawa seseorang menemaninya. Tetapi, hanya bayang-bayang sahaja yang mampuku nampak.
            Perlahan-lahan, Afiq keluar dari perut kereta dengan berkaca hitam. Dia mendekati mak Irah dan mencium tangannya. Mataku berkalih pada bayang-bayang tadi. Nampak gayanya, orang tersebut masih tidak mahu menampakkan dirinya keluar dari kereta tersebut.
            “Dengan siapa Fiq? Kawan ek?” Afiq tersenyum simpul. Manakala senyuman Irah pula, aku lihat macam lain macam.
            “Ye Ummi. Tu,saya bawak ‘body guard’ cik Risya kita.” Sekali lagi , aku menayangkan muka ‘blur’ kepada mereka.
            “Dia sorang je yang saya tahu ada kampung berdekatan dengan kampung ummi. Alang-alang, saya bawa lah dia sekali, untuk temankan Risya. Kesian budak kecik tu.” Aku mencebik mendengar seloroh Afiq.
            “Orang kampung kita jugak ke?” soal mak Irah kepada Afiq. Irah mengangguk bagi menjawab soalan tersebut bagi pihak Afiq.
            Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu kereta dibuka. Segera aku berpaling dan melihat gerangan yang menjadi persoalan di mindaku. Aku tergamam melihat orang itu.
            “Ummi, Nick ni orang kampung kito. Dok same kat kampung tu. Tak sangka jugok saya ummi. Memang berjodoh lah diorang ni.” Aku mencubit lengan Irah. Irah menjerit kecil. Afiq pula tergelak sakan.
            “Yo ke? Ni, ehem-ehem Risya lah ni?” Ucap mak Irah dengan senyuman kecil.
            “Eh, ehem apa nya mak cik? Sakit tekak ya mak cik? Semua ni salah Irah lah ya? Penyebab mak cik sakit tekak. Kan, Irah?”Aku mengacip gigiku kegeraman sambil menjeling tajam pada Irah. Irah tersenyum ejek.
            “Haa. Dah sudah ke? Kito pi sekarang.” Ayah Irah menegur dari dalam kereta Istima.
            “Ye bah.” Jawab Irah pantas. Kereta Istima yang berwarna putih meninggalkan kami. Tanpa sempat ingin masuk ke dalam kereta, kunci kereta dirampas oleh Nick. Aku terkedu dengan reaksi pantas Nick.
            “Awak ni apa hal pulak?” Geramku pada Nick.        
            “Awak tak tengok ke tu? Irah ikut Afiq lah. Saya pulak ditugaskan untuk menjadi ‘body guard’ awak untuk hari ni.”
            “Tapi...”
            “Dah! Masuk dalam kereta. Kita dah lambat dah ni. Diorang pun dah tinggalkan kita. Kali ni biar saya drive, ya budak kecik.” Aku memasamkan muka dan mengikut sahaja kehendak Nick. Tidak mahu bertegang urat kerana hal remeh-temeh ni.
            Di dalam kereta, aku hanya dia membisu. Sementelah mataku sudah mula mengantuk, tetapi, aku kerahkan mataku untuk terbuka juga.
            “Awak, awak penat ek? Tidur lah. Tadi, balik dari kerja, awak terus je bersiap-siap kan? Tidur lah. Lambat lagi nak sampai ni.”Ucap Nick lembut.
            “Habis, awak tu tak penat ke?” Balasku pula.
            “Tadi, saya pergi ke pejabat pun pagi je. Lepas tu, seharian saya dok rumah. Rehat.” Jawab Nick sambil matanya masih memandang ke depan.
            “Untunglah CEO kan? Boleh rehat bila-bila je.”Sindirku.
            “ Saya rehat pun untuk hari ni je. Saya tak selalu ambil cuti pun. Sekali-sekala, saya ambik lah cuti. Haris kan ada? Boleh tolong tengok-tengokkan pejabat. Pak Long pun buat pemantauan untuk beberapa hari ni. Jadi, saya serahkan je lah sekejap kat Pak Long dan Haris untuk jaga syarikat tu. Sekejap je pun.” Panjang lebar Nick menjelaskan kepadaku. Mataku sudah mula penat.
            “Awak tidur lah ya. Nanti, kalau saya penat ke, saya suruh awak lah pulak drive. Okay?”
            “Sukati lah. Asalkan awak tak buat yang bukan-bukan sudah.” Simpulku ringkas.
            “Awak, saya tak akan pernah nak merosakkan atau berniat jahat kepada perempuan yang saya benar-benar cinta dan sayang. Bagi saya, Allah dah anugerahkan saya pari-pari kecil untuk saya jaga. Dan awak adalah tanggungjawab saya sekarang, okay?” Ucap Nick penuh lembut dan romantis. Aku terdiam mendengar ucapannya. Aku berpaling memandang dirinya di sebelah. Lama aku merenung wajah putih bersih itu.
            “ My dear, don’t you feel tired just by watching me?” Aku tersentak mendengar tegurannya. Alamak! Kantoi lah pula aku tenung dia. Aku mencebik dan terus berpaling memandang luar. Hari sudah mula gelap. Hmmm... Hari dalam sejarah bagi hidupku. Berdua bersama Nick dalam masa yang agak lama.
            “Risya!” Jerit suara yang mengejutkan aku dari lamunan sebentar tadi. Pergelangan tanganku ditarik pantas. Aku tersedar. Rupa-rupanya, aku berjalan sampai tak sedar diri yang aku hampir-hampir berada ke tepi jalan raya.
            “Awak ni otak ke mana hah?” Suara Nick sedikit kuat ketika itu. Pasti marah kat aku. Walaupun rasa sedikit terkejut dengan sergahannya tadi, tetapi aku buat ‘dek’ je. Aku buat muka kesian kat dia. Aku tahu aku bersalah, tapi nak naik kan kemarahan dia, aku tak mahu. Ngeri bila ingat balik ketika dia naik angin semasa kes bersama Sofea dulu. Gamak lah jadi nya.
            Serta-merta aku buat muka kesian. Nick yang ingin memulakan muka dimahnya terus sahaja mengendurkan wajahnya. Tidak jadi memarahiku. Dalam dia aku menyimpan senyuman kemenangan.
            “Haa...Buat lah muka kesian awak tu. Cuba jangan berangan masa berjalan ni. Awak buat saya risau tau. Nasib baik saya sempat tarik tangan awak. Kalau jadi apa-apa, macam mana? Kat sini bukan calang-calang kereta yang lalu-lalang. Tu, lori tu. Besar-besar jugak tu.” Kemarahan tadi sudah menjadi bebelan burung kakak tua pula. Alamak, berdesinglah telinga aku kalau macam ni.
            Dengan pantas aku mempercepatkan langkah kaki sambil kedua-dua tangan menutup kedua belah telingaku.
            “Awak! Saya cakap betul ni. Kalau terjadi apa-apa kat awak, siapa yang susah? Saya jugak, awak tau!” Nick mengejar Risya dari belakang. Dia juga melajukan pergerakannya agar seiring dengan Risya.

Mata coklat hazel milik lelaki berkaca mata di depannya, direnung lama-lama. Sekali sekala jarinya bermain-main dengan straw. Namun matanya tetap tidak lari dari memandang lelaki yang duduk di depannya itu. Haris nampak bersahaja dengan baju kemeja kotak berwarna merah.
            “Kenapa awak tak pergi ke kenduri kahwin Irah?” Soal Haris kepada Hasnah.
            “Bukan tak pergi. Saya pergi la nanti. Tapi, saya pergi bila majlis nya. Akad nikah tu saya tak dapat pergi lah. Kelantan pun jauh jugak, saya pergi guna kapal terbang jela nanti. Lagipun, tak ada siapa nak temankan Farina kat rumah. Dia ada kelas malam, jadi tak dapat nak balik rumah. Kenalah dok rumah sewa. Ingatkan, nak juga ikut Risya. Temankan dia semalam. Bahaya kalau driving malam-malam. Tapi, bila dah ada orang lain yang temankan dia, saya biarkanlah diorang dua tu.” Seloroh Hasnah. Becok sahaja mulutnya bercakap, gumam Haris.
            Dahulu memang dia akui, dia tidak gemar dengan sikap Hasnah yang gedik dan bermulut laser. Tetapi, apabila mengenali Hasnah dengan lebih lama, dia berasa senang pula bila bersama dengan gadis tersebut. Hasnah teman dia berborak, lebih-lebih lagi Hasnah ni kaki gossip di pejabat. Senang sahaja untuk Haris mengetahui cerita-cerita di pejabat.
            Mereka baru sahaja menikmati hidangan tengah hari. Di waktu cuti am, ramai yang memenuhi restoren makanan segera, KFC di Midvalley itu. Dia juga tidak dapat pergi ke majlis akad nikah Irah dan Afiq pada malam ini kerana hal kerja yang perlu diuruskan bersama Datuk Sri Baharuddin. Syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd telah menghantarkan wakil-wakil mereka bagi melaksanakan projek hasil kerjasama antara dua syarikat besar tersebut.
            “Tapi kan, awak pulak macam mana? Awak pergi tak esok ke kenduri tu? Awak pun kawan lama Irah kan? Tambahan pula, awak rakan sekerja Afiq. Tu semua kawan Risya jugak.”
            “Saya tak dapat pergi jugak. Saya cuma pass kan hadiah kat Nick bagi kepada Irah. Syarikat Maju Jaya dah maklumkan bahawa wakil-wakil diorang nak uruskan hal-hal berkaitan dengan projek besar tu nanti dalam masa terdekat ni. Sementara Nick tak ada sekarang, saya lah yang kena tolong. Kesian pula Datuk Sri buat kerja sorang-sorang. Sepatutnya dia dah pencen, dia pulak yang offer diri nak uruskan hal ni.” Ucap Haris sambil tangannya mengambil kotak french fries dan dimasukkan satu demi satu fries yang masih tertinggal ke dalam mulut.
            Hasnah mengangguk. “ Jadi semua wakil syarikat Maju Jaya akan ditempatkan dalam pejabat kita buat sementara lah?”
            “Ha’ah. Macam tu lah jawabnya. Tempat mereka dah pun siap disediakan sehingga lah projek tu selesai. Saya dah jumpa semua wakil tersebut. Dan yang pastinya, ada seseorang yang buat saya tak sedap tidur.” Berdetak jantung Hasnah mendengar pengakuan daripada Haris.
            ‘Alamak! Siapa yang buat Haris tak sedap tidur? Seseorang, adakah perempuan? Kalau perempuan, nampak gayanya melepaslah aku kali ni.’ Simpul Hasnah dalam hati. Tetapi pengakuan tersebut memang menarik perhatiannya.
            “Emmm... Seseorang? Perempuan ke? Boleh saya tahu siapa orangnya?” Hasnah ingin cuba mengorek rahsia. Namun, hanya renungan kebingungan Haris yang menjadi jawapannya.
            Tidak lama selepas itu, baru Haris membuka mulut bersuara. “Bukan perempuan.” Hasnah sudah menarik nafas lega sebaik mendengar perkara sebenar.
            “Jadi, siapa?” Hasnah masih mahu mencuba nasib.
            “Seseorang yang pasti akan menggoyahkan hubungan antara Nick dan Risya.” Satu ungkapan itu membuat Hasnah terus ternganga. Berita sensasi!
            “Harap-harap, tak de lah perkara buruk yang berlaku nanti.” Haris menyuarakan harapannya. Hasnah menyimpan sahaja persoalan yang menyesakkan otaknya sekarang. Risau juga melihat rupa Haris yang nyata dalam kebuntuan itu.
            “Harap-harap begitulah.”

Mataku memerhati rantai emas yang dipamer indah disebalik kotak kaca di depanku. Dek rasa bosan menunggu Nick yang masih berada di kedai hardware di seberang kedai emas ini, aku mengorak jua langkah ke sini. Tiada satu pun yang menarik minatku. Aku tidak terlalu gemar dengan barang perhiasan sebegini, lebih-lebih lagi emas. Walaupun memang nampak cantik sahaja, tetapi aku lebih suka memilih emas putih berbanding emas tulen.
            Lama benar aku rasakan Nick menghabiskan masa di kedai tersebut. Perangainya tak ubah macam ayah. Entah apalah yang dibeleknya di dalam kedai tersebut. Selama aku mengenali Nick, aku perasan sikap Nick banyak mengikut sikap ayahku.
            Nick seorang yang tenang dan tidak senang melatah. Berbeza denganku yang senang sahaja marah tetapi aku juga penyabar orangnya. Alahai, memuji dirilah pulak. He he he. Tetapi yang pastinya, sikap Nick yang sebijik macam ayah, terserlah ketika kami berada di Korea sebelum ini.
            Aku ingat lagi ketika aku pening, Nick menyerahkan ubat untuk aku makan. Oleh kerana aku memang tak suka dan malas mahu makan ubat, dia tetap juga menanti dalam sabar sehingga aku makan ubat tersebut di depan matanya. Yang itu memang macam ayahku. Dari kecil sehingga sekarang, ubat ialah sesuatu benda yang aku tidak gemar. Asal sahaja aku sakit, ubat susah untuk aku telan dan disebabkan itu, ayahku sering merungut. Tak tahan dengan sikap degilku, ayah pasti akan datang dan membawa sekali ubat-ubat tu supaya aku makan di depannya. Siap suapkan aku pulak tu! Nasib baiklah Nick tak buat macam tu!
            Semasa menunggu Nick, tiba-tiba mataku tertarik pada seutas rantai emas putih berloketkan kunci. Dihujung kunci tersebut berbentuk hati dihiasi berlian-berlian kecil. Comel!
            “Dik, yang ni berapa harganya?” Aku memanggil salah seorang gadis penjaga kedai ini. Gadis tersebut mengeluarkan rantai tadi.
            “Yang ni special kak. Ini dibuat khas bersama ‘pasangan’ nya. Kalau akak nak beli ni, akak kena beli yang ni juga.” Gadis tersebut mengeluarkan loket berbentuk hati. Cantik! Loket tersebut juga emas putih. Di setiap sisi loket tersebut dihiasi berlian kecil dan ditengahnya terdapat lubang kunci. Menarik!
            “Loket ni akak boleh buka dengan kunci hati ni dan boleh letakkan gambar pasangan akak di dalamnya. Kedua-duanya memang dibuat khas untuk pasangan kekasih. Dan harga bagi dua-dua ni ialah 1500 ringgit. Sementara ada discount ni, kami kurangkan harganya. Hanya 1300 ringgit.” Aku menelan air liur yang tersekat di kerongkongku. Mak aih! Harga bagi kedua-dua rantai berserta loket ni berharga sebegitu. Mahalnya! Hampir menyamai harga untuk seutas rantai emas tulen!
            “Err... Kalau beli satu je tak boleh ke dik?” aku cuba tawar-menawar dengan gadis yang murah dengan senyuman itu.
            “Tak dapat lah kak. Sebab kami memang buat khas untuk pasangan kekasih. Kalau akak beli loket kunci hati ni, loket hati ni pula tak dapat digunakan. Jadi, perlu ada kedua-duanya, baru lengkap. Macam pasangan suami isteri. Lagipun, kami reka loket kunci ni untuk pihak lelaki dan loket hati ini untuk perempuan. Suami atau boy friend akak boleh simpan loket kunci itu. Sementara akak pula boleh pasangkan rantai berloket hati ini pada leher akak.” Aku menggigit bibir, loket tersebut ternyata menarik minatku. Cuma, sayang seribu kali sayang. Aku tidak mampu memilikinya dan hanya mampu  melihatnya sahaja. Loket berpasangan, sesuatu yang tak asing lagi untuk dihadiahkan kepada pasangan kekasih. Malangnya, aku ni mana ada suami atau boy friend. Haiii, tak ada rezekilah nak memiliki rantai dan loket semahal itu.
            Aku mengukir senyuman. “ Tak apa lah dik. Saja nak tengok-tengok. Rantai ni memang cantik. Maaflah ya.”
            “Tak apa kak. Tengok-tengok pun boleh.Rantai ni direka sekali sahaja kak. Limited edition! Sebab tu lah mahal. Memang tak dinafikan rantai ni memang mahal. Tapi, mana tahu lain kali akak boleh datang lagi ke kedai kami dan beli perhiasan ni atau yang lain pula.” Sempat lagi dia mempromosikan kedai ini. Aku sekadar senyum sahaja.
            Aku keluar dari kedai emas tersebut dengan langkah yang lemah. Sedihnya! Rantai sebegitu tak dapat aku beli. Limited edition pulak tu!
            “Awak okey ke ni? Mencebik je.” Sapa Nick sehingga membuat aku tersentak. Entah sejak bila dia sampai ke sini, tidak pula aku perasan. Ditangan Nick menjinjing beberapa beg plastik, barang yang dipinta mak Irah tadi.
            “Oh, tak ada apa lah! Awak dah dapat apa yang awak nak ke?” Aku cuba bersuara seperti biasa tidak mahu Nick mengesan suara sedihku. Nick memerhati riak wajah Risya.
            ‘Ceh! Nak sorok daripada aku konon! Muka tak boleh menipu macam manalah orang tak nampak.’ Nick menilik wajah Risya kejap.
            “Tak! Saya tak dapat apa yang saya nak!”
            “Oh, ye ke? Tak ada kat sini ek? Tak apa lah, awak boleh cari kat tempat lain. Kat pekan kan tak banyak sangat pilihan.”
            “Memang tak banyak pilihan. Sebab yang saya nak satu tu sahaja. Tak ada yang lain! Hanya tu saja. Cuma, sayang sekali sayang, saya tak dapat memilikinya sebab sukar bagi saya mengambil hatinya.”
            “Hah? Awak cakap pasal apa ni? Barang pun ada hati ke?” Nick menahan tawa melihat wajah Risya yang sememangnya ‘blur’ itu.
            “Erry, memang susah benar nak dapat kan hati awak kan?” Nick mencuit hidungku dan berlalu meninggalkanku. Sejenak kemudian, baru lah otakku memproses segala kata-katanya tadi. Rupa-rupanya, yang dimaksudkannya tadi ialah aku. Aku ni barang?!! Amboi, sukahati atuk moyang dia anggap aku ni macam barang!
            “Awak! Awak anggap saya barang? Amboi, mulut tu tak serupa bikin, anggap orang ni barang ya?” Dari jauh aku mengejar Nick supaya dapat berdiri bersaing dengannya. Aku melihat Nick sudah tersengih.
            “Ada saya cakap barang tu awak? Saya cuma cakap susah nak dapatkan hati awak. Bukannya saya cakap awak tu ‘barang’ yang saya maksudkan.” Nick tertawa kecil. Aku geram bila dia mengenakanku balik. Ada saja dalihnya. Aku menampar belakangnya dan berlari meninggalkan nya.
            Walaupun dalam hati Nick berbunga indah, tetapi dia tahu, hati Risya tetap keras tidak menerima hatinya. Semenjak kebelakangan ini, cara layanan Risya sedikit demi sedikit berubah. Risya sudah mula tidak mengelakkan diri daripadanya dan masih mahu melayannya seperti biasa. Cuma hatinya masih belum dapat dia takluki. Tak apa lah, mungkin satu hari nanti hati itu pasti aku miliki. Ya! Tidak lama lagi, Risya pasti menjadi miliknya. Dia tetap ingin berusaha dan tidak mahu mengalah. Dengan reaksi positif tadi, dia tahu Risya menganggapnya sama seperti kawan dan tidak pula melarikan diri seperti selalu. Risya juga tidak bersikap ‘kejam’ kepadanya, itu lebih baik.
            Memang tidak dinafikan, dulu dia berasa sengsara juga menerima cara layanan ‘kejam’ Risya itu. Kalau ikutkan hati yang marah, pasti meletus juga amarahnya itu. Jadi, dia mengambil alternatif lain dengan menjadi seperti air yang melawan api. Kalau sudah Risya menjadi api, dia perlu menjadi air nya. Dia berusaha untuk menjadi seorang yang tenang dan tidak melatah. Alhamdulillah, ini lah berkat hasil kesabarannya. Risya mula melayan dirinya dengan baik.
            “Awak! Jangan pula tinggalkan saya dengan semua barang ni. Meh, tolong saya juga!” Aku berpaling dan menjelir lidah kepadanya.
            “Kalau saya tak mahu macam mana? Berat lah.” Rengekku. Sengaja ingin mengenakannya.
            “Ek eleh. Nak buat muka kesian lah tu. Ni, awak tolong bawa plastik kecil ni je. Tak berat mana pun.” Aku berasa kesian pula melihat Nick yang membawa banyak barang ditangannya itu. Akhirnya, aku mendekati Nick dan mengambil 3 beg plastik dari tangannya. Aku memerhati Nick dengan senyuman comelku.
            “Saya suruh awak bawa plastik kecil ni je, awak bawa 3 beg plastik besar ni pula.”
            “Alah, tak apa. Saya dah biasa pun bawa barang berat-berat cam ni. Lagipun, tak berat mana pun.” Aku meniru kata-katanya tadi.
            “Pandai ya ambil ayat orang. Betul ni boleh bawa 3 plastik tu?” Duga Nick. Aku mengangguk yakin.
            “Ya, Erry kan kuat.” Nick tersengih sehingga mempamerkan gigi putihnya. Mata biru itu tidak lepas dari melihat mata hitam bulat milik Risya. Dalam hatinya bahagia! Risya tidak pula marah bila memanggil namanya dengan panggilan Erry. Malah, Risya mahu pula dipanggil sebegitu.
            Dari jauh, sepasang mata lama memerhati kedua-dua pasangan itu. Sudah lama dia memerhati mereka. Hatinya ingin menegur ketika melihat Risya bersendirian, tetapi terbantut apabila kelibat Nick muncul secara tiba-tiba. Niatnya disimpan sahaja dan dia mula memerhati gerak-geri mereka dari jauh.
            “Erisya.” Dia menyebut nama itu seakan berbisik pada diri sendiri. Kenangan lama menggamit mindanya. Dia memerhati lagi pasangan yang masih leka bergelak ketawa sambil menyambung perjalanan mereka balik. Dia mengetap giginya. Di dalam hati, timbul rasa cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

Aku bersiap ala kadar sahaja. Aku menyarung baju kurung moden berwarna merah jambu lembut dan tudung sedondon dengan warna baju kurung ku. Aku ingin bersiap awal supaya tidak berebut dengan orang lain. Majlis akad nikah akan diadakan selepas maghrib dan aku pula sudah bersiap selepas sembahyang asar sebaik sahaja pulang dari pekan tadi bersama Nick. Nick juga sudah kembali ke rumah tok Idham yang tidak jauh dari kampung Irah ni. Aku sengaja ingin memakai baju kurung ini awal-awal. Dah lama tidak memakai baju kurung. Sekali-sekala, nak juga pakai baju kurung, jadi perempuan ayu. Ahaks!
            “Awal benar kau bersiap. Belum maghrib lagi, kau dah melawa ek? Mengalahkan pengantin.” Irah menegurku. Ditangannya inai sudah siap diukir dengan cantik sekali. Aku senyum kecil.
            “Takut nanti, aku berebut pula dengan orang rumah ni. Bila nak mandi, bila nak bersiap pula? Tak pasal-pasal, aku dok dalam bilik ni saja sebab belum bersiap. Touch up pun tak sempat rasanya.”
            “Kau dah pasang make-up ke? Dah ambil air sembahyang nak berjemaah nanti?”
            “Eh, mesti lah belum. Maghrib pun tak lagi. Aku saja pakai baju kurung ni awal-awal. Nak dekat maghrib nanti, aku ambil lah air sembahyang.”
            “Bukan ke menyusahkan kau namanya? Nanti berkedut pula baju tu.” Irah duduk di kaki katil sambil memandang inai ditangannya.
            “Tak apa. Aku tak kisah pun benda-benda tu. Bukannya orang nak mengorat aku pun. Siapa lah diri aku ni kan? Mamat Kelantan pun tak berkenan kat aku ni.” Aku bersuara seakan-akan sedih.
            “Eleh! Nick tu bukan mat Kelantan ke yang tergila-gilakan kau?” Dalih Irah.
            “Itu bukan mat Kelantan, tu mat gajah gatal a.k.a Zain Saidin celup murtad Kelantan!” Irah tergelak mendengar gelaran panjang yang aku reka untuk Nick. Irah juga mengaku diri nya minah Kelantan murtad kerana dia dilahirkan di Selangor manakala ibu bapanya pula kedua-duanya orang Kelantan.
            “Eleh, sama jugak tu. Orang celup Kelantan!” Tegas Irah.
            “Irah, sementara masih ada masa ni, aku teringin nak pergi ke pantai lah. Kau cakap kena titi titian tu kan? Kat mana tu?” Irah berfikir sejenak. Rumah kampung sebelah umi nya tidak jauh dari pantai. Kampung Irah ini terletak di Bachok, jadi tidak hairan lah kampung ini berdekatan dengan laut China Selatan.
            “Kalau kau nak, aku suruh Ana ikut sekali okay? Aku tak dapat nak temankan kau. Kena siap-siap da ni.”
            “Boleh. Aku bagitahu kat dia ya? Dia kat mana?” Aku segera mencari Ana, adik bongsu Irah, sebelum waktu maghrib.
            Kami menuju ke pantai setelah meniti titian. Aku membawa Ana sekali kerana aku tidak tahu jalan menuju ke pantai ini.
            “Kak, ada sepupu Ana kat sana tu. Ana pergi sana dulu ya?” Aku membenarkan Ana pergi mendekati sepupunya yang tidak jauh dari tempat aku berdiri. Aku bergerak ke sebatang kayu besar supaya dapat duduk. Aku membersihkan pasir dan duduk. Menghirup udara segar di tepi pantai memang sesuatu yang menenangkan diriku. Ombak yang menapar pantai pula sesuatu gambaran yang indah diciptakan oleh Allah S.W.T membuktikan kekuasaan-Nya.
            Wah! Bunyi ombak yang menderu itu bisa memberi ketenangan kepadaku. Serta-merta kenangan ketika Nick meluahkan perasaannya kepadaku di tepi pantai bermain di minda.
            “Tapi saya dah bertaubat Risya. Saya tahu saya salah dahulu. Betul awak cakap. Dulu saya hanya mempermainkan perasaan wanita. Tapi sekarang saya dah sedar. Saya mahu setia, setia pada yang satu. Saya hanya ingin awak Risya. Tiada orang lain yang ada dalam hati ni. Saya ikhlas Risya.” Kata-kata itu sentiasa bermain dimindaku sampai sekarang. Memang sampai sekarang aku nampak kesungguhan dan keikhlasan hatinya.
            Keras sangat ke hati ku ni? Kenapa aku tidak pernah mahu membuka ruang pada hatiku ni? Memang aku terharu dengan cara layanannya selama ini. Namun, entah kenapa, hatiku tetap berdegil dan masih tidak mahu menerimanya. Kenapa ya? Adakah sebab Iz? Arggghh! Nama itu sudah lama terkubur dalam minda dan hatiku. Aku mengeluh kecil.
            Tiba-tiba, sekalung rantai emas putih berloket hati jatuh tergantung dari atas. Tepat-tepat di depan mataku. Aku terkejut dengan kemunculan rantai tersebut. Dengan pantas, rantai tersebut dipasang kemas dileherku. Aku segera berpaling ke belakang.
            Nick tersenyum manis. “Awak mencebik sebab benda ni kan?” Aku tidak dapat berkata apa-apa. Memang secara tiba-tiba sahaja aku mendapat kejutan sebegini. Berdebar jantungku melihat kelibatnya di sini. Tiada angin, tiada ribut, Nick datang tanpa memberitahuku.
            Aku cuba untuk menarik rantai dari leherku. Tetapi tidak berhasil. Terkial-kial pula bila rantai tersebut terletak kemas pada leher beralas dengan kain tudungku. Rasa macam pakai name tag pula. Cuma, yang tergantung dileher ni ialah rantai. Aku memandang bawah sehingga menyebabkan mataku hampir-hampir juling dibuatnya. Macam pernah nampak pula loket berbentuk hati ini. Ditengahnya ada lubang...
            “Awak, macam mana awak tahu saya tengok rantai ni tadi?” Soalku, tidak sangka rupa-rupanya Nick memerhatiku di kedai emas dari tadi.
            Nick mengangkat bahu. “Saya tengok awak leka sahaja di kedai emas tadi. Jadi, saya tengok je lah apa yang awak buat. Rupa-rupanya, awak berminat dengan rantai tu ya?”
            “Awak, rantai ni mahal. Saya tak nak pemberian awak ni.”
            “Siapa cakap saya nak beri kat awak?” Cepat-cepat Nick menungkas kata-kataku sehingga membuat diriku terdiam seketika. Nick tersengih-sengih ejek. Saja nak buat aku sakit hati. Alamak! Aku ni perasan lah pula. Ya ke bukan untuk aku? Timbul pula persoalan tentang rantai ini. Habis tu, apasal pula kalungkan di leher aku? Berkerut dahiku.
            “Habis tu, yang awak kalungkan kat leher saya ni buat apa?” Soalan tadi dibalas dengan soalan juga. Nick tawa kecil.
            “Erry, kalau dah dikalungkan pada leher awak, maksudnya apa?”
            “Maksudnya awak nak beri kat saya lah! Kan betul saya cakap, awak sengaja nak berbelit-belit. Nick, please, saya tak mahu rantai ni.”
            “Tak salah kalau awak menerimanya. Saya ikhlas menghadiahkan rantai tersebut pada awak.”
            “Tapi saya tak nak! Rantai emas putih ni mahal. Saya tak berhak memilikinya.” Aku cuba untuk membuka kunci rantai itu supaya dapat ditanggalkan dari leherku. Nick menahan tanganku.
            “Awak, jangan tanggalkan rantai ni dari leher awak. Okey, kalau saya tak beri kat awak, tak kan saya nak pakai pula. Kalau saya simpan, nanti saudara saya kat rumah tu dapat tahu pula bahawa saya nak beri kat seseorang. Apa pula yang saya nak cakap?”
            “Habis tu, awak beri je lah rantai ni kat saudara awak. Tak ada lah diorang nak tanya.” Aku masih mahu menolak pemberiannya.
            “Hmmm...Macam ni, apa kata buat sementara waktu ni, awak simpankan untuk saya. Kalau awak nak pulangkan balik, saya tak boleh nak pakai pulak. Jadi, awak pakai dulu sehingga saya jumpa orang yang sesuai untuk dipakaikan. Macam mana?”
            “Kalau macam tu, baik saya tanggalkan saja. Tak special lah kalau saya yang pakai dulu. Nak beri kat orang yang sesuai, awak patutnya simpan sahaja, bukan suruh saya pakai.” Sebenarnya memang aku teringin memakai rantai ini, tetapi terlalu mahal dan pemberian ini tidak mampu aku terima.
            “Dah orang yang sesuai tu ialah awak. Saya suruhlah awak simpan.”
            “Awak!”
            “Erry! Saya ikhlas beri kan rantai ni kat awak. Kalau awak tak nak terima, okey, apa kata kalau rantai ni, saya potong dari gaji awak macam mana?”
            “Hah? Gila, gaji saya cukup-cukup makan. Awak nak potong gaji saya pula. Tak nak lah!” Sekali lagi aku ingin menanggalkan rantai itu dari leherku.
            “Hah! Senang-senang awak ambil saja lah pemberian saya tu. Saya ikhlas. Emmm...Anggap hadiah ni untuk hadiah hari jadi awak macam mana?” Nick cuba untuk berkerompomi denganku.
            “Tapi, hadiah tak de lah sampai mahal macam ni.” Dari mulut kata tak nak, tapi dalam hati, nak sangat! Sempat lagi aku merungut sendiri dalam hati. Nick mengangkat kening sebelah.
            “ Kalau selalu saya beri hadiah kat kawan saya harga macam rantai ni, diorang terima saja.” Aku megeluh kecil. Ini lah orang kaya, senang-senang saja mereka mengeluarkan wang dan dihabiskan begitu saja. Aku menggeleng.
            “Maksud awak ex-girlfriend awak kan?” Aku menduganya. Muka Nick sudah mencemberut. Aku menggigit bibir.
            “Tu semua dah lama, tak perlu dikenang. Kalau awak tak nak tak apa lah.” Nick mendekatiku dan membuka kalung rantai itu. Mukanya sudah monyok, kecewa barangkali.
            “Kalau awak tak nak, saya buang saja lah.” Nick bergerak mendekati pantai. Aku kaget dan mengekorinya. Dia ingin membuang rantai itu ke laut? Ahhh!! Tidak ,mahal tu!
            Sebaik saja Nick membuat gaya ingin melemparkan rantai tersebut ke laut, aku segera menghalangnya.
            “Jangan!” Tanganku sudah memegang lengannya tanpa sedar. Nick memberhentikan geraknya, di dalam hati dia tersenyum riang. Berhasil juga lakonannya tadi.
            Aku terkaku sambil memandang mata biru Nick. Dek kerana ingin menahan Nick dari membuang rantai mahal itu, aku berusaha mengelak dengan memegang lengannya. Lama kami berpandangan sebegitu. Dapatku dengar bunyi degupan jantung yang pantas dalam diriku. Apakah maksud nya ya?
            Nick mengukir senyuman. “ Saya tahu awak memang nak rantai ni sangat kan?” Aku pantas menarik tangan dari lengannya. Aku mencebik.
            “Terima sajalah pemberian ikhlas saya ni. Kalau masih belum menerima hati saya, terima rantai ni pun sudah memadai.” Giliran aku pula yang mengangkat kening.
            “Iya ke tu?” Aku menyoalnya. Rantai yang digenggam ditangan di pasangkan kembali ke leherku sebelum sempat aku menahan. Rantai itu sekali lagi tergantung kemas di leher pada tudungku.
            “Tak lah. Cuma saya akan rasa gembira kalau awak terima saja rantai ni walaupun tak menerima hati saya. Tapi saya akan lagi bahagia kalau awak menerima cinta saya.” Nick tersenyum penuh makna. Aku menunduk sedikit. Aku memegang loket hati itu. Okeylah, aku terima pemberiannya. Tidak lah dia berasa kecewa kerana aku menolak cinta nya.
            “Okey, fine! Saya terima pemberian awak ni. Cuma ada satu benda yang saya nak tahu.” Nick menanti penerimaan Risya dan akhirnya Risya akur juga. Yes!!
            “Apa yang awak nak tahu?”
            “Bukankah loket ni ada loket kuncinya. Rantai ini berpasangan kan? Kalau tak ada kunci tu, tak boleh bukak loket hati ni. Jadi, mana loket kunci tu?”
            “Yang tu, memang ada.” Jawab Nick singkat.
            “Saya nak simpan kunci tu. Sehingga masa nya nanti, saya akan serahkan loket kunci tu kat awak. Dan awak akan tahu apa isi di dalam loket tu nanti.” Sekali lagi hatiku berdetak laju. Nick sudah meletakkan sesuatu di dalam loket ini, tetapi apa?
            “Tapi, saya...”
            “Kak! Kita kena balik, dah nak maghrib ni. Jom!” Ana menegurku sebelum sempat aku menghabiskan ayat tadi. Aku teragak-agak ingin menyambung semula perbualan kami tadi. Melihat matahari yang ingin terbenam dari jauh, aku terpaksa akur juga. Aku kena bersiap-siap dan kembali ke rumah ingin menunaikan solat maghrib secara berjemaah sebelum akad nikah Irah dan Afiq berlangsung nanti.
            “Pergilah. Saya kena balik juga ke rumah. Afiq tengah menunggu hari bahagia dia.”Aku menarik nafas lemah dan mengangguk. Aku dan Ana berpaling bergerak menuju ke titian.
            “Risya!” Terdengar namaku dipanggil. Aku berhenti seketika dan kembali memandang Nick di belakang.
            “Agak-agaknya, bilalah hari bahagia kita ya?” Aku terkedu. Hari bahagia ‘kita’? Aku juga tiada jawapan bagi persoalannya itu. Nick masih berharap dan tidak mahu berputus asa. Aku membiarkan soalannya tanpa jawapan dan meninggalkan Nick sahaja.
            ‘Hari bahagia kita? Bila ya?’ Persoalan itu bermain-main di akalku.
           
Semua yang menjadi saksi pernikahan antara Afiq dan Irah menadah tangan tanda semuanya sudah selesai. Semua mendoakan kebahagiaan mereka kekal sampai akhir hayat. Aku tersenyum dan berasa syukur kerana akhirnya Irah menjadi milik Afiq dengan sah. Lensa kamera merakam kenangan indah mereka berdua. Afiq mengucup lembut dahi Irah setelah memasang cincin belah rotan dijari manis Irah. Semua nampak gembira dan lega majlis akad nikah telah berjalan lancar.
            Kini, giliran pasangan itu untuk di ‘seksa’ dengan melakukan pelbagai posing bagi merakamkan momen indah ini. Aku juga turut tidak ketinggalan mengambil gambar bersama mereka.
            “ Ehemm..Tak kan dengan kau je. Nick! Meh sini, kita bergambar sekali.” Pelawa Irah setelah melihat Nick yang berdiri tidak jauh dari kami. Aku menahan rasa malu dengan usikan Irah. Entah kenapa, dari tadi, jantungku berdegup dengan pantas bila mata kami bertentangan.
            Lensa kamera merakam gambar kami berempat.
            “Haii, kenapa? Malu ke Risya? Eleh, malu-malu pulak dia. Nick apalagi, masuk meminang terus!” Lantang suara Afiq menyebabkan aku sedikit gugup dan geram dengan ‘appa’ ku yang seorang ni. Hish! Mentang-mentang dah sah, sengaja nak usik aku pulak! Nick hanya mempamerkan senyuman tetapi aku lihat mukanya juga menahan malu. Merah macam udang bakar!!
            “Uit, abang kau datang esok kan?” Soal Irah.
            “Ha’ah. Nasib baiklah dia ambik cuti, dapat jugak dia jumpa ‘amma’ kesayangan dia.”
            “Apa ‘sayang-sayang’? Aku pantang dengar orang panggil bini aku sayang ni.” Kami tergelak dengan sikap cemburu Afiq yang memang tak pernah berubah dari dulu lagi. Dengan perempuan pun dia cemburu tau!
            “Richa, kau bawak lah Nick pergi makan. Diorang ni masih nak ambik gambar kami berdua ni.” Aku mengangguk dan membiarkan pasangan itu melayan sepupu-sepapat mereka yang masih mahu merakam gambar mereka berdua.
            Aku mempelawa Nick mengambil makanan diluar. Sementelah keluarga Irah menghidangkan makanan secara ‘buffet’. Keluarga Nick juga ada sama di sini. Sepupu Nick yang masih bujang asyik mengusik kami berdua. Adui! Terpaksalah aku menahan rasa malu ni.
            Aku menuju ke tempat perempuan, manakala Nick pula mengambil makanannya di bahagian lelaki. Setelah mengambil lauk-lauk, aku beransur menuju ke meja yang kosong. Ramai juga tetamu yang datang ke majlis akad nikah Irah dan Afiq ni. Kalau sudah majlis akad nikah sebegini, bagaimana pula hari esok? Hari ni kebanyakannya ahli-ahli keluarga Irah dan Afiq serta jiran-jiran tetangga yang menghadiri majlis ini. Nick dan juga keluarganya hadir pun disebabkan mereka merupakan jiran sebelah mak Irah. Memang tak sangka kan? Kecil rupanya bumi ni. Siapa sangka, Nick yang ada keluarga asal dari Kelantan dan kampungnya berdekatan dengan kampung mak Irah. Tak pernah terlintas pun difikiran aku.
            Dari jauh aku nampak Nick tengah berbual-bual dengan orang disebelahnya di meja sebelah lelaki. Beginilah cara orang Kelantan mengatur susunan meja untuk para tetamu dalam majlis sebegini. Pihak lelaki disebelah sana dan pihak perempuan di sini.
            Mata Nick beralih dan matanya bertaut dengan mataku. Aku tersentak kerana baru tersedar bahawa sudah lama aku merenungnya dari tadi. Cepat-cepat aku menunduk ingin menutup rasa malu sebenarnya. Kantoi aku tengah ‘stalk’ dia. He he he.
            Selesai makan, aku masuk ke dalam rumah ingin duduk merehatkan perut yang sudah kenyang ini. Aku duduk di sudut dinding, jauh sedikit dari kumpulan kanak-kanak yang leka bermain. Aku tersenyum melihat kerenah mereka. Budak-budak biasalah, comel sahaja.
            “Dah make dok, Risya?” Tegur mak Irah seketika. Aku melihat mak Irah memang sibuk melayan sanak-saudara dan jiran-jiran dari tadi. Kehulu-kehilir mak Irah menyambut tetamu yang datang ke majlis anak sulung nya ini.
            “Doh!” Aku menjawab sambil tersenyum.
            “Dok dulu yo.” Aku mengangguk. Aku mengeluarkan telefon bimbitku dan melihat mesej yang belum ku baca. Aku menekan skrin telefon dan melihat pengirimnya. Ibuku rupa-rupanya.

Kak, dwit hri ya ibu dh dpat da. Mak seh. Ayah pdah nya kim salam, bla mok dtg Miri? X da cuti ka?-Ibu
            Ibu memberitahuku bahawa dia sudah mendapat duit yang ku kirim hari tu dan bertanya tentang cutiku supaya aku dapat kembali ke Miri. Memang mengikut perancanganku, aku ingin ke Miri untuk cutiku yang seterusnya. Cuma belum diluluskan lagi. Aku membalas mesej ibuku dan menekan skrin ‘send’.
            “Kenye dok? Jeligho sungguh che mek make nasi tadi. Sedaq dok?” Nick menegurku. Nick duduk bersila disebelahku dan menyandar badannya pada dinding. Aku menoleh sebelah dan menunjukan wajah ‘blur’ lagi.
            “Dok pahe lah tuh!” Ujar Nick.
            “Tak. Saya tak paham sangat. Awak cakap apa tadi? Jeli jeli.. Che mek, apa tah. Yang tu saya tak paham langsung. Kalau tadi, kenye tu, rasa-rasanya, kenyang kan? Emmm…Kenyang, Alhamdulillah. Sedap.”
            “Saya cakap, jeligho sungguh che mek make nasi tadi. Maksudnya, selera sungguh awak makan nasi tadi. Jeligho tu maksud nya selera. Che mek tu maksudnya, awak untuk perempuan.” Aku mengangguk faham.
            “Awak memang pandai cakap bahasa Kelantan ek?”
            “Emmm…Boleh lah sikit-sikit. Lagipun, saya datang ke kampung sekali sekala je. Saya kan ikut papa dan arwah mummy ke KL. Tok Idham pun dah lama berpindah ke KL disebabkan bisnesnya. Ni baru je dapat jumpa family saya kat sini. Tak sangka pula Irah tu orang kampung saya juga.” Nick juga sama sepertiku. Tidak menyangka takdir sebegini. Hmmm…Takdir?
            “Emmm…Kalau dalam bahasa Sarawak, awak, apa ya?” Soal Nick ingin tahu.
            “Kitak. Kalau saya pula kamek.” Ujarku bersemangat. Aku rasa berbesar hati untuk mengajar orang yang ingin mengetahui bahasa ibundaku. Melihat Nick yang berminat ingin tahu, aku mengajarnya sedikit tentang bahasa Melayu Sarawak.
            “Okey, kalau cakap kenyang dalam Sarawak apa?”
            “Bahasa Sarawak ni banyaknya sama seperti bahasa Melayu biasa. Cuma, dia menggunakan bahasa baku lah. Kalau kenyang dalam bahasa Melayu, kenyang jugak dalam bahasa Sarawak. Senang je bahasa Sarawak ni. Contohnya, kalau awak nak translate ayat tadi, ‘selera sungguh awak makan nasi tadi’, dalam bahasa Sarawak, kitorang cakap, berselera na juak kitak makan nasik tadik. Na tu maksudnya, benar dan dikuatkan lagi dengan perkataan juak iaitu jugak. Nampak macam berselera sungguh lah.” Aku menerangkan sedikit sebanyak bahasa Sarawak kepada Nick. Nick nyata memberi sepenuh perhatian kepadaku.
            “Dah lamak sik nangga kitak, Risya.” Perbualan kami terhenti apabila mendengar seseorang yang menegurku dengan berbahasa Sarawak. Aku masih belum mengalih pandangan ke arah orang yang menegurku tadi. Aku menelan air liur perlahan. Aku tahu suara siapa yang menegurku. Aku tertanya-tanya, bagaimana pula dia boleh berada di sini? Bila akalku berfikir logik, aku teringat, pasti Irah ada menjemputnya ke majlis kahwin ini. Perlahan-lahan aku menoleh ke arah orang yang menegurku tadi. Senyumanku diukir perlahan tetapi kelat rasanya.
            “Hai, Risya. Kita berjumpa di sini rupanya.” Nick hanya diam sahaja dan matanya masih merenung Risya serta lelaki yang berdiri di depan mereka itu. Dia pelik dengan tingkah Risya yang sukar untuk dia tafsirkan. Risya kaku sahaja.
            “Awak kenal ke dengan dia, Risya?” Soal Nick ingin menyedarkan Risya dari terus berdiam diri.
            “Nick, tak sangka jumpa kau kat sini.” Ya! Memang benar. Siapa sangka, dunia ini benar-benar kecil. Apakah maksud disebalik takdir yang menemukan mereka di sini?
            “Tak sangka jugak dapat jumpa kau di sini, Iz!” Jawab Nick memandang Iz yang tersenyum. Aku masih gugup dan langsung tidak bersuara melihat Iz di sini.Riuh rendah rumah separuh batu itu. Kanak-kanak riang berlari dan bermain kejar-mengejar. Di luar khemah pula banyak yang melakukan tugas masing-masing. Kebanyakanya golongang orang-orang tua, mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik yang sibuk mengemas itu ini, memasak dan mengatur apa-apa yang patut. Aku sekadar menolong apa yang termampu. Maklumlah, aku bukannya pandai dalam semua bidang yang dilakukan oleh mereka. Kadang-kala, bila aku ingin menolong, ada pula yang menegah.

            “Tak sangka jugak dapat jumpa kau di sini, Iz!” Jawab Nick memandang Iz yang tersenyum. Aku masih gugup dan langsung tidak bersuara melihat Iz di sini.

10 comments:

  1. errr fyka, ada cite yg berulang2 lerr. start lepas Iz jumpa ngan risya and nick.

    takkan iz kot yg cemburu tu.... nak lagi. hehehe

    ReplyDelete
  2. m..thanx sbb bca nvel sy ni..Part mna ya? Mksd awak dialog Iz dgn Nick kat bhgian last skli tu ke yg berulang2?

    ReplyDelete
  3. dialog tu ada jugak kat tengah2 paragraph. i think end kat sana kot. then lepas dialog tu, repeat ngan first paragraph pulak; riuh rendah......

    or...... saya yang salah? awak check dulu lerr. takut saya yg salah. malu seyyh... hehehe peace :-)

    selalu follow cite ni kat p2u. dah jumpa blog, baca kat sini saja. kalau nak tunggu kat p2u, hmmmpp lama sgt.

    ReplyDelete
  4. Hehehe...Tq sbb bgtau ksalahan sy..Sy yg spttnya mlu..Hehe..Btul, bru sy prasan, die brulang...

    Trima ksih skli lgi sbb fllow crta sy ni..sy pn msh ingt pmbri komen yg brnma m..jdi tu awk la rpenya ya?

    Klu ada lgi kslhan ttabhsa ke, awk blh jgak tgur ya..amat dialu-alukan...nk improvekn skill sy..hehe..

    ReplyDelete
  5. a'ah saya la yg komen tu. okay, no problem. hehe :)

    ReplyDelete
  6. m, sy nk tnya..spnjg awk bca nvel ni, awk rsa ok x jln crta die? ke sngt plain?

    crta ni sme cm nvel2 len yg awk ada bca x? or ada sdkit klainannya?

    hrp awk blh share pndpt.. :)

    ReplyDelete
  7. saya ni tak berapa kalau komen bab jln/plot cite ni. Hehehe
    but so far okay je. kalau ada yg sama tu common tapi tak banyak la. konflik pun tak berat berat. sempoi je baca. Hehehe :))

    ReplyDelete
  8. Hehehe...Thanx for the comment.. :)

    Sdkit sbnyk mmberi sy smngt utk truskn bdang pnulisan ni...

    Hope awk stia mnunggu bab strusnya ya.. :)

    ReplyDelete
  9. Err....nak tanya sikit.Asal putih2 tu x leh tgk?

    ReplyDelete