Bab 25
Haris kelihatan mundar-mandir, hatinya resah. Heh! Takut aku marah kat dia lah tu. Aku masih tenang menunggu kata-kata penjelasannya. Haih, berapa lama lagi aku kena tunggu dalam bilik ni? Selepas menjelaskan plan kepada Iz tadi, dengan pantas Haris menarikku ke biliknya. Siap dikunci pula pintu pejabatnya. Adoi! Haris, ni kalau dah gelabah sebegini, tak tengok kiri kanan lagi.
Tok tok tok! Kedengaran bunyi ketukan dari luar. Aku dah agak siapa yang mengetuk pintu tu. Tidak lain dan tidak bukan Nick yang turut terkejut melihat Haris menarik lenganku masuk ke dalam pejabat ini. Nasib baik aku memakai baju kurung, lengan berlapik ditarik oleh Haris tanpa berfikir panjang. Kalau ya pun gelabah, kenalah fikir rasionalnya dulu. Sempat aku merungut pasal kawan rapat aku yang seorang ni.
“Haris, pintu tu kau tak nak aku bukakkan ke? Tak nak Nick tahu ek?” Haris terhenti dan mengerling kepadaku. Sekejap saja wajahnya berpaling memandang pintu pula.
“Habislah kalau Nick tau. Kau bukannya tak faham isi hati Nick tu. Dia kan cintakan kau. Gamaklah kalau dia tahu pasal kau dan Iz. Kau tau tak Iz tu sepupu dia jugak?”
“Tahu!” Pantas aku mencelah. Aku masih mempamerkan riak tenang dan wajah Haris pula berkerut seribu. Mungkin tidak sangka reaksi aku sebegini agaknya. Dalam diam, aku terasa nak gelak pulak tengok wajah gelabah Haris. Yalah, di sini ada aku, dan di luar pulak ada Nick. Manakala di sana, ada Iz.
“Kau...kau dah tahu hubungan diorang tu?” Soal Haris kebingungan.
“Haris, Iz tu kan kawan Irah jugak. Aku ada berjumpa dengan Iz semasa majlis nikah Irah dan Afiq. Nick lah yang beritahu aku pasal hubungan mereka berdua.”
“Jadi, kau mesti terkejut kan tentang hubungan mereka berdua?”
“Tipulah kalau aku kata aku tak terkejut dengan berita ini.” Aku masih tetap buat selamba, Haris sudah duduk di sofa berdepan denganku. Aku menyilangkan tangan di dada.
“Tambah terkejut juga dengan pertemuan kita hari ini.” Sekali lagi terdengar bunyi kentukan pintu. Aku rasa rimas dengan bunyi itu lalu beralih ke pintu dan memusingkan tombol pintu. Aku kembali menghenyakkan punggung atas sofa. Ternyata raut wajah Nick seperti orang bengung sahaja. Keliru dengan kejadian tadi. Mata Nick terarah pada wajah Haris selepas pintu dikunci kembali.
“Haris, can you explain about just now? Kenapa heret Risya ke dalam ni? Is it that important?” Haris aku lihat seperti orang terputus kata. Tidak tahu nak mula macam mana.
“Emmm...Haris, aku nak keluar dulu lah, I don’t want to interrupt you guys. Korang bincanglah. Haris, kalau ada apa-apa, just call me lepas ni.” Aku berpesan kepada Haris dan berlalu meninggalkan mereka.
Matanya terarah pada raut wajah Haris. Dia masih ingin penjelasan dari sahabatnya itu.
“Apa hal sebenarnya?” Soal Nick tenang. Tetapi hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dirasakannya sekarang. Cemburu beb!
“Sorry Nick, aku tak sengaja tarik Risya tadi. Aku ada sebab kenapa aku suruh dia ikut aku ke dalam bilik ni tadi.”
“Jadi, apa sebabnya?” Nick masih mahu bersabar, tidak mahu melatah tanpa tahu sebab yang kukuh. Dia kenal siapa sahabatnya itu.
“Kau tahukan Risya kenal Iz?” Nick mengangguk perlahan seraya itu dahinya berkerut hairan. Apa kaitan dengan insiden tadi dengan Iz?
Haris menarik nafas panjang dan mengeluh lemah. “ Aku sebenarnya risau dengan Risya. Aku bimbang atas nama sahabat. Aku tarik dia ke sini sebab aku nak tahu dia okey ke tidak. Dan yang pastinya, aku tahu, Risya pun terkejut dengan keberadaan Iz di sini.”
“Kenapa dengan Iz? Setahu aku, Iz dengan Risya memang sudah lama kenal. Mereka seuniversiti bukan? Malah, semasa kenduri hari tu pun, aku menjelaskan hubungan persaudaraan aku dan Iz kepada Risya. Risya seperti biasa sahaja.”
“Kau tak tahu selebihnya Nick. Aku sebenarnya berat nak beritahu kau terus-terang. There is something more than that between them.” Nick tersentak. Apa maksud kata-kata Haris itu? More than that? Adakah..
“Aku tak faham, Haris.”
“Sebab tu lah aku cakap, aku rasa kau kena tanya sendiri kat dia. Aku rasa bersalah pulak. Jadi, ada baiknya kalau kau tanya pada tuan punya badan sendiri.”
Adakah ini berkaitan dengan apa yang diceritakan oleh Hazif hari itu? Nick tertanya-tanya sendiri, namun persoalan itu hanya tersekat dikerongkongnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertanya sendiri kepada Risya nanti. Apakah hubungan sebenar antara mereka?
***********************************************
Mataku menilik pada pejabat Nick. Dari tadi, Nick tidak keluar pun. Masa sudah menginjak ke tengah hari. Ramai sudah keluar mencari restoren untuk mengisi perut yang sudah kelaparan. Tadi aku ternampak Haris yang sudah keluar awal sebelum waktu tengah hari. Mungkin berjumpa dengan client dan makan tengah hari sekali gus.
Aku mengerling ke sebelah kananku. Kak Hasnah juga sudah keluar. Bila kak Hasnah mengajak aku makan bersama, aku menolak dengan alasan aku perlu menyiapkan kerja-kerja yang perlu dihantarkan hari ini. Dengan baik hatinya, kak Hasnah menawarkan diri untuk membeli bungkusan makanan kepadaku. Aku mengiyakan sahaja.
Terasa tekakku kering. Aku berdiri dan membawa mug ditangan, segera menuju ke pantry. Di pantry, aku menuangkan air masak ke dalam mug tadi dan aku minum. Sementera masa masih panjang, aku beralih menuju ke tingkap dan melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur dari tingkat pejabat ini. Dari atas ini, dapat aku lihat taman suria KLCC berdekatan. Ah! Sudah lama tidak bersiar-siar di waktu petang di situ. Jadi, petang ini aku akan berjalan-jalan sebentar di taman itu. Sengaja ingin mengambil angin.
“Risya.” Lamunanku terhenti dan senyuman dibibir sudah mati sebaik mendengar panggilan namaku. Perlahan-lahan aku berpusing ke belakang. Aku menayangkan senyuman yang aku rasakan kelat sahaja.
“Hai, Iz. Tak pergi lunch ke?” Soalku sekadar berbasi-basi.
“Tak, nak diet.” Aku kehairanan. Diet? Kalau dia memberitahuku 6 tahun sebelum ini, memang aku setuju kalau dia ingin diet kerana badannya ketika itu, berisi. Tetapi kini, Iz yang berbadan gemuk telah tiada, dan diganti dengan badan sasa sesuai dengan ketinggiannya yang tak cukup tinggi itu.
Tercetus tawa kecilku. “Kau nak diet kau cakap? Badan dah elok je aku tengok, nak diet lagi? Terus-terang aku cakap, kau dah kurus sekarang tak macam dulu.”
“Oh, ya? Aku ingatkan perlu kuruskan lagi. Mana lah tahu, boleh pancing mana-mana gadis kat sini ke?”
“Kau nak pancing siapa lagi? Isteri kau kan ada? Tak cukup lagi ke?” Serta-merta berubah wajah Iz dengan jelas. Aku menggigit bibir, aku salah cakap ke?
“Eh, Iz, aku main-main je. Tak tahu pulak kau terasa.” Aku cepat-cepat mencari idea lain untuk menukar topik perbualan kami. Kalau sudah Iz terasa memang terpampang jelas di wajah.
Sesudah itu, Iz menggeleng dan tersenyum. “ Eh, tak ada lah. Aku okey je.Tak sangka kau risaukan aku jugak kan?” Kini, wajah aku pula berubah. Aku risaukan dia?
“Perasan betul kau ni. Naya aku kalau bini kau dengar.”
“ Its okay. It’s mean nothing to me now.” Ayat yang terkeluar dari mulut Iz membuat aku berasa pelik. Kenapa dia cakap begitu?
Belum sempat aku ingin menanya lebih sudah dipotong oleh Iz. “Eh, kau pulak tak makan ke? Makin lawa kau sekarang. Cara pemakaian kau pun sudah berubah. Dah pandai melawa ye?” Aku tersentak. Iz puji aku? Sukar untuk aku percaya dengan kata-katanya. Sepanjang berkawan dengan Iz dahulu, tak pernah langsung dia ingin memujiku. Semuanya bertentangan dengan sekarang. Dia anggap aku ni tak comel lah, hodoh lah. Kadang-kadang ada juga dia memberi komen yang pedas tentang penampilanku dulu. Tetapi, sekarang, berubah pula.
Aku berdeham. “Eh, biasa-biasa saja. Macam lah kau tak pernah tengok aku pakai baju kurung ringkas macam ni. Ada-ada je lah kau ni.”
Seketika kami senyap tanpa bersuara.
“ Emmm...Risya.” Panggil Iz. Aku mengerling sebelah.
“Ya?”
“ Kau free tak hujung minggu ni?” Aku tersentak. Kenapa pula dia tanya tentang kelapanganku pada hujung minggu ini?
“Emmm...Tak tahu pulak. Kenapa ya?”
“Oh, saja tanya. Aku terasa nak hang out dengan kau lah macam dulu-dulu.” Aku terdiam tidak tahu ingin membalas apa.
“Emmm..Aku..Aku...”
“Risya, adakah sebab status aku sekarang kau teragak-agak untuk keluar bersama dengan aku? Risya, lupakan dulu status aku dan kita keluar bersama seperti dulu, nak?” Ajakan Iz membuatkan aku keliru. Terasa takut pula kalau sekiranya aku menerima ajakan itu, apa pula yang akan dikatakan isterinya nanti?
“Erk... Isteri kau tak marah ke nanti?”
“Macam yang aku cakap tadi, ketepikan dulu status aku. Dia tak kisah punya, keluar bersama kawan tak apa pun kan? Dia pun bebas untuk berpergian dengan sesiapa sahaja.” Penjelasan itu nampak seperti canggung sahaja aku rasakan. Dia memberi kebebasan sebegitu kepada bininya? Tidak salah kah?
“Emmm...Aku tak tah..”
“Risya!” Perbualan kami terhenti apabila terjengul wajah kak Hasnah menegurku. Ditangannya terdapat 2 bungkus polysterine.
“Jom Risya, kita makan. Akak pun bungkuskan sahaja. Laparlah.”
“Errmm...Iz, aku nak makan dululah. Kita bincang masa lain ya?” Aku segera keluar dari pantry dan kembali ke cubicleku. Fuh! Nasib baiklah kak Hasnah menyelamatkan keadaan.
“Haii, tadi cakap nak siapkan kerja, rupa-rupa berdating pulak ya di pantry?” Sindir kak Hasnah. Aku mempamerkan senyuman kelat. Di dalam akal masih terfikir-fikir tentang ajakan Iz tadi. Kenapa Iz seperti tidak kisah keluar bersamaku? Malah, lagi pelik bila isterinya juga diberi kebebasan untuk keluar bersama sesiapa sahaja. Sesiapa sahaja? Bukankah seorang suami pasti akan menyekat pergerakan isterinya lebih-lebih lagi dengan siapa mereka keluar bersama?
Soalan kak Hasnah aku biarkan sepi sahaja. Aku mengeluarkan bungkusan makanan tengah hariku dari plastik. Tanganku terhenti. Aku mengalih mata pada bilik itu. Bilik pejabat milik Nick. Sudah makan kah dia? Kenapa tidak keluar dari tadi?
“Kak, Nick tak keluar-keluar bilik dari tadi kan?” Soalku sebelum sempat kak Hasnah menjamah hidangannya. Ternganga mulutnya seketika sambil mata dikerling pada bilik pejabat Nick. Pantas dia menutup mulut dan menggeleng.
“Setahu aku, lepas perjumpaan bersama ahli lembaga, tak ada pulak dia keluar dari bilik. Kenapa? Risya risaukan dia ek?” Aku melongo sahaja. Tertanya pada diri sendiri. Aku risaukan dia ke?
“Akak, akak makan lah dulu. Saya nak tengok sekejap Nick kat dalam tu sementara pekerja-pekerja yang lain belum balik lagi ni.”
“Eleh, cakap je lah yang kau risaukan dia kan? Tak nak mengaku tak apa. Nanti kat rumah, aku korek rahsia dari Farina pasal kau dengan Nick, baru kau tahu.” Tahu-tahu saja kak Hasnah siapa yang dapat di korekan rahsia selain diriku. Aku tertawa kecil dan beredar menuju ke depan bilik pejabat Nick. Ditangan memegang bungkusan makanan yang belum sempat dijamah lagi. Aku ragu-ragu ingin mengetuk pintunya. Sesudahnya, aku teruskan sahaja niat dihati.
Setelah tiada satu pun suara menyahut, dengan berani hati aku memulaskan tombol dengan perlahan. Aku menolak daun pintu secara perlahan dan menjengah sedikit ke dalam. Aik? Tiada pula kelibat Nick di meja nya. Terus mataku melingas ke sekeliling bilik luas itu dan mataku berhenti ketika melihat sekujur tubuh yang terbaring di sofa. Nick menutup matanya dengan kedua-dua lengannya. Mungkin dia terlalu penat kali, simpulku dalam hati. Terbit rasa kasihan kepadanya.
Ah, sudah kah dia makan tadi? Rasa bimbang terbit juga ditangkai hati ini. Aku masuk ke dalam bilik itu dan dengan perlahan juga aku menutup daun pintu. Aku bergerak mendekatinya. Aku duduk mencangkung ditepi sofa. Mataku memerhati anak cucu Adam ini. Sungguh tenang sahaja lagaknya ketika beradu. Apakah yang dimimpinya sekarang? Aku terkesan senyuman kecil dihujung bibir itu. Rasa ingin tahu ,menggigit hujung hatiku. Wajah Nick kini persis kanak-kanak kecil yang begitu lena dibuai mimpi indah. Tanganku ingin sahaja menggoyangkan bahu itu, tetapi tidak sampai hati pula, lalu aku menarik kembali tangan dengan perlahan. Tanpa aku sedar, senyuman juga terbit dihujung bibirku.
Dalam beberapa minit kemudian aku tersedar. Tidak sepatutnya aku berada di bilik ini terlalu lama, takut ada saja fitnah dari mulut-mulut orang yang senang mengata. Pantas sahaja aku berdiri dan berpaling.
Dalam 2 langkah sahaja, aku merasakan lenganku ditarik dari belakang. Aku terpana melihat Nick yang sudah bangun tersenyum walaupun masih dalam pembaringan seperti tadi.
“Aaa...aw..awak dah bangun?” Soalku gagap. Kalut hatiku bila memikirkan perkara yang aku lakukan tadi. Bukan sekejap aku merenung wajahnya ketika tidur, lama jugak sebenarnya. Rasa jantung sudah berdegup pantas.
“ Dah! Sebab my princess yang bangunkan sleeping prince nya.” Nick tersengih-sengih penuh makna. Alamak! Adakah dia tahu apa yang dibuat aku tadi?
“Erk! Okey, saya sebenarnya nak kejutkan awak, tapi tak sampai hati pulak. Tak sangka awak bangun sendiri, jadi senanglah sikit kerja saya.”
“Sejak bila pula kerja awak bertambah ni, menjadi tukang kejut saya? Atau...” Nick tidak menyempurnakan ayatnya. Dibiar sahaja tergantung menggamit rasa gelisah di hatiku. Lenganku masih digenggamnya seperti tidak mahu dilepaskan langsung.
“Atau, apa?”
“Atau, awak sengaja nak curi-curi tengok saya tidur?” Dengan rasa malu, aku pantas menarik lenganku tetapi tidak berhasil.
“Mana ada! Saya masuk ke bilik awak ni sebab, saya perasan awak tak keluar dari sini sejak tadi. Sekarang ni masa lunch, selalunya awak akan keluar pergi makan dengan client , tapi hari ini tak pulak.” Aku cuba mencari alasan bagi menyembunyikan rasa maluku.
“Oh, sekarang awak dah jadi pemerhati pulak ya?” Sekali lagi, aku terkedu mendengar tebakkannya. Aku gugup dan mencari-cari alasan lagi. Nick sudah mengekek ketawa melihat ekspressi mukaku yang terang-terang sudah terjerat dengan alasanku sendiri.
“Sa..saya cuma nak beri kan awak tapau ni. Makanlah!” Tawa Nick sudah mengendur dan matanya tepat pada bungkusan ditanganku.
“Awak, dah makan?” Soalnya pula. Erk! Bagaimana aku nak kata ya? Aku yang sebenarnya belum makan dan bungkusan ini pula kepunyaanku mahu diserahkan kepadanya bagi menutup rasa malu sendiri, patut kah aku berkata begitu?
Belum sempat ingin membalas soalannya, bunyi gegendang di perut sudah nyaring berlagu. Berkeriuk keriuk bunyinya. Makin membahang mukaku sekarang. Panas sahaja! Malah, penyaman udara di dalam bilik Nick belum tentu dapat mengurangkan bahang panas di wajahku kini. Adoi! Malu nya!
Sekali lagi, tawa Nick memecah kesunyian di dalam bilik ini.
“ Sah! Sah, awak belum makan lagi. Jadi, tapau ni dijadikan alasan pula sementara orang empunya diri belum makan lagi. Lucunya.”
“Dahlah! Malas saya nak layan otak sewel awak tu. Gelak macam orang gila sahaja. Saya nak keluar.” Lenganku ditarik lagi, Nick menghalang pergerakanku apabila dia sudah berdiri di depanku.
“Jom, kita share. Bila dengar bunyi perut awak, perut saya pun ikut sama berlagu diminta untuk diisi. Duduk dulu okey? Saya nak ambil mug dan sudu.” Setelah dipujuk berkali-kali, baru lah aku akur. Aku melihat Nick menuju ke belakang mejanya. Terdapat almari kayu yang panjang di hias dengan rak-rak dokumen yang disusun rapi. Dia membuka salah satu laci almari, dan mengeluarkan 2 biji mug comel dan 2 sudu. Dia kembali duduk di sebelahku dan memberikan mug juga sudu.
Aku membuka plastik polysterin itu, manakala Nick sekali lagi bergerak ke almari tadi dan menunduk sedikit mengambil sesuatu. Kepalaku juga menjengah ingin tahu. Rupa-rupanya, di bawah almari menempatkan sebuah peti sejuk kecil sama seperti peti sejuk di hotel. Huish! Memang bukan alang-alang lagi, peti sejuk pun diletak kat dalam bilik pejabat ni. Patutlah, jarang sahaja dia keluar dari bilik. Susah benar melihat Nick pergi keluar berehat di pantry, rupa-rupanya, bilik ini sudah tersedia semuanya.
Nick mengeluarkan sebotol besar air mineral sejuk dan dia menutup kembali pintu almari.
“Hah! Sekarang baru lah kita boleh mula makan.” Nick menuangkan air mineral ke dalam gelas mugku.
“Okey, tadah tangan dan baca doa makan. Bismillahirahmanirahim.” Aku senyap mendengar Nick membaca doa makan. Setelah habis membaca doa, kami serentak meraup wajah mengaminkan.
“Awak pergi beli makanan ni tadi ke?” Kami berkongsi bungkusan polysterin dan Nick tidak nampak canggung berkongsi makanan denganku.
“Taklah, kak Hasnah yang tolong belikan.”
“Kenapa awak tak pergi sama?” Aku masih bersungguh untuk mengambil isi ayam goreng dengan menggunakan sudu. Alamak! Ni yang payah kalau makan ayam goreng menggunakan sudu. Bahagian sayap pula tu. Mata Nick tepat pada ayam goreng tersebut. Dia meletakkan sudu di sisi, dan menggunakan tangan mencarik isi-isi ayam goreng. Diasingnya tulang dengan isi ayam. Aku masih setia memerhati. Selepas itu, dia meletakkan isi ayam di suduku. Tercuit hatiku melihat gelagatnya tadi, mengingatkan ayahku di Miri. Hampir-hampir sahaja, air mata bertakung di kelopak mata kerana terlalu rindukan keluarga di sana. Cepat-cepat aku mengerdipkan mata ingin menghilangkan rasa sedih di hati.
“Ermm... Saya ada banyak kerja tadi. Tu yang tak ikut kak Hasnah pergi sekali. Dia tolong tapaukan saja.” Jawabku pada soalannya tadi. Nick di sebelah masih berselera makan, tiba-tiba dia berhenti apabila melihat aku berhenti makan.
“Kenapa awak tak makan? Awak tak lalu makan ek, sebab saya pegang isi ayam tu tadi dengan tangan saya?” Aku pantas menggeleng. Bukan tak lalu, tapi terharu.
“Tak lah. Saya tak kisah lah. Cuma, cara awak ni mengingatkan saya pada ayah saya di Miri. Kadang-kadang tu, kalau dia tak habis makan ayam, dia akan beri kat saya, padahal saya tak mahu. Tapi, tak nak membazir, saya makan kan jugak. Bila awak mencarik-carik isi ayam tu, sama perilaku ayah ketika saya masih kecil. Rindu pulak dengan mereka, terasa nak balik Miri sekarang jugak!” Luahku yang sudah dipagut rindu pada keluarga di sana. Itu lah adat orang merantau. Keluarga ditinggalkan untuk mencari rezeki di tempat orang. Sesudahnya, perasaan rindu pada keluarga sering bertandang di hati.
“Saya faham. Saya juga merindui papa. Mana tidak nya, saya di sini, papa di US. Masih belum kembali ke pangkuan keluarga di sini. Hanya kerana salah faham di antara papa dan tok Idham, papa membawa diri ke sana tidak pulang-pulang pun.” Nick mengeluh lemah. Sudah aku tahu tentang kisah keluarganya serba sedikit. Dek kerana rajuk si bapa, si anak sanggup meninggalkan keluarga di Malaysia.
“ Tapi, semua nya dah berbaik bukan?” Soalku pula.
“Ha’ah. Alhamdulillah. Tok Idham sudah menerima papa kembali dan masih menunggu kepulangan papa ke sini. Sekarang ni pun papa dalam perancangan untuk kembali ke Malaysia.” Mendengar khabar baik itu, membuat aku turut bergembira sama. Syukur kerana pergaduhan itu akhirnya ditamatkan dengan kata maaf dari si anak dan keterbukaan hati si bapa menerima kesalahan anaknya.
Aku menilik jam di lengan. Dalam beberapa minit lagi, pekerja-pekerja lain akan kembali masuk ke pejabat. Cepat-cepat kami menghabiskan makanan tengah hari itu.
“Terima kasih, Erry.” Aku tersenyum.
“You are welcome, Amy.” Balasku pendek dan memanggil gelaran Amy pada nya. Terbit senyuman dibibirnya juga.
“Saya bawa sudu dan mug di pantry ya? Nak dibasuhkan.”
“Okey.”
“Awak tak nak saya tolong bersihkan mug awak tu?”
“Eh, tak apa.” Aku menarik juga mug dari tangannya walaupun ditegah Nick.
“It’s okay. Biarlah saya yang basuh kan semua ni. No big deal.” Ucapku menawar diri untuk membersihkan semua peralatan yang digunakan tadi. Nick membiarkan sahaja dan aku keluar dari bilik pejabatnya. Aku menuju ke pantry untuk membersihkan peralatan itu dan ingin kembali menuju ke bilik Nick bagi memulangkannya.
Malas mahu mengetuk pintu biliknya, sedikit payah bagiku ingin memulaskan tombol dengan 2 mug bersama sudu ditangan. Perlahan-lahan aku memusingkan tombol.
“Yes, dear. Don’t worry. I will make it to you. Jangan risau okey dear? Okey, I have work to do. Bye, dear.” Disebalik daun pintu yang sedikit terbuka, aku terdengar perbualan Nick. Mungkin sahaja perbualan melalui telefon bimbit kerana, di pejabat ini, tidak pula aku ternampak mana-mana staff yang sudah balik dari makan tengah hari. Tetapi, panggilan itu menggamit rasa resah di hati.
Dear? Selain Nick memanggil aku dengan gelaran ‘dear’, ada orang lain juga kah yang diberi gelaran itu? Aku tergamam. Adakah selama ini Nick cuba untuk menyembunyikan sesuatu daripadaku? Adakah tanggapanku bahawa Nick sudah berubah selama ini sebenarnya hanya satu lakonan semata-mata? Dihujung hati terasa dihempap oleh sesuatu. Terasa pedih diguris benda tajam. Sakit rasanya, sangat sakit. Lalu, aku mengundur dan menarik perlahan daun pintu dan kembali ke cubicle.
************************************************
Aku melangkah perlahan dan duduk di gigi tangga kecil berdepan dengan kolam buatan di taman KLCC. Aku terpaku memandang air pancut di depan tanpa menghiraukan orang sekeliling. Waktu petang sebegini, ramai pula pengunjung yang beriadah di sini. Tenang seketika aku rasakan ketika memandang air pancut yang memancut laju.
Hanyut dalam lamunan bagi mengosongkan fikiran. Rasa berbelah bahagi dengan ajakan Iz dan juga panggilan yang aku curi-curi dengar di bilik Nick. Rasa geram menggamit hatiku. Benarkah Nick hanya berlakon semata-mata? Bagaimana pula dengan Iz? Kenapa Iz beriya ingin keluar denganku? Tidak kah si isteri akan berasa cemburu sekiranya si suami keluar bersama kawan yang bernama perempuan? Bukan keluar berkumpulan, tetapi berdua pulak tu.
Aku mendongak ke dada langit. Hari sudah kian melabuh tirai mengganti malam bersama cerah bulan. Lama juga aku berada di taman ini. Niat ingin menghirup udara segar sudah bertukar menjadi niat ingin menenangkan fikiran yang tengah berserabut.
‘Ah! Senang sahaja aku membuat kesimpulan sendiri tanpa tahu usul-asal.’ Hati berbisik cuba untuk berfikiran positif. Tetapi disebelah lain pula menyatakan sebaliknya.
Pasal Iz pula, argghhh! Bukankah aku sudah lama melupakan lelaki itu? Tiada langsung perasaan bertapak di hati ini. Cuma, terdetik di hati, hairan dengan kelakuannya tadi. Sekiranya, masih ada perasaan padanya, sudah semestinya aku membuat spekulasi dengan menyatakan bahawa ajakan itu punya maksud yang lain.
Aku mengeluh lemah. Semakin hari, manusia belajar untuk menjadi dewasa. Begitu juga aku yang masih merangkak dalam permainan hidup untuk mengenal erti kehidupan yang sebenar. Semuanya mainan jiwa, juga dugaan Allah pada hambaNya, ingin menduga iman masing-masing.
“Lama benar awak termenung?” Suara itu menjengah digegendang telingaku. Aku berpaling ke kanan. Angin yang menampar lembut dipipi masih belum mampu mengurangkan rasa gugup bila berdepan dengan jejaka itu. Aku mengalih semula pandangan menghadap kolam buatan itu.
“Saja. Cuba mencari ketenangan diri, jadi apa salahnya bukan?” Aku membalas persoalan dengan persoalan juga. Lelaki itu mengambil tempat dan melabuhkan punggung di sisiku. Matanya juga mengarah pada pancutan air yang kian menderas di depan kami. Sekeliling semakin bingit dengan kehadiran pengunjung tidak kira kaum dan bangsa. Kini, perhatiannya tertumpu padaku.
“ Erry, kalau awak tak keberatan. Saya nak awak jujur pada saya.” Lalu bola mataku memandang tepat pada matanya.
“Dan, saya juga mahu awak jujur pada saya. Boleh?” Soalku kembali.
“Saya pernah buat awak rasa sangsi ke?” Nick sudah menjadi hairan bila aku mengungkapkan kata yang sama kepada nya.
Aku menjongket bahu. “Saya cuma ingin awak bersikap jujur kepada saya, itu sahaja.” Dalihku tidak mahu memberitahu perkara sebenar.
“ Saya inginkan jawapan yang jujur dari awak. Soalan ini mungkin berat untuk awak jawab, tetapi, saya rasa tak tenang selagi tak tanya kepada orangnya.” Sambung Nick lagi.
“Apa yang sebenarnya awak nak tahu? Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawabnya dengan jujur,”
“Errmm... Semasa saya meluahkan perasaan saya pada awak...” Nick berhenti sambil matanya tak lepas dari memandang raut wajahku. “Awak pernah kata kepada saya bahawa, awak acap kali dikecewakan dan kerana itu juga awak nak saya benar-benar buktikan kepada awak tentang cinta saya kat awak. Jadi...Emmm... Saya ingin tahu, adakah orang itu berada dekat dengan kita sekarang?” Ah! Sudah semestinya dia akan menyoalku tentang perkara ini. Nick pasti ingin tahu siapa yang pernah bertakhta di hati ini. Aku membiarkan dahulu soalannya bergantung, sedaya upaya aku mencari ayat yang sesuai untuk membalas katanya.
“Ya, memang benar kata awak. Hati ini sering dikecewakan orang yang pernah mengetuk pintu hati ini. Kalau awak nak lebih tahu lagi, sebenarnya, saya sendiri yang menempah ‘maut’ dengan membiarkan hati diguris kecewa. Saya sendiri yang datang kepada mereka dan menjaja cinta pada orang yang tak sudi menyambutnya. Sehinggalah saya berjumpa seseorang yang saya anggap benar-benar menyambut perasaan cinta saya. Perkenalan yang bermula dengan persahabatan, membuahkan rasa dihati yang sepi.”
Aku memalingkan wajah ke depan, berusaha untuk mencari semangat yang telah hilang sebelum ini. Aku mengeluh lemah.
“ Malah, dia juga seperti melayan saya lebih daripada seorang sahabat dan akhirnya, saya luahkan jua rasa di hati. Mulanya, dia menerima sahaja tanpa mahu memberi jawapan. Sehinggalah tindak-tanduk nya berubah hari makin hari. Saya salah dalam mentafsirkan perasaan itu. Saya sangka dia juga mencintai saya, rupa-rupanya, dihati dia sudah menjadi milik orang lain.”
“Saya faham perasaan tu Erisya. Saya mengalaminya sekarang. Perit dan pedih rasanya, bukan?” Nick meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Dia juga ingin berkongsi perasaan dengan Risya, cuma keadaannya berbeza.
Hampir sahaja kelopak mataku banjir dek air mata namun aku tahankan saja agar tidak menitis. Aku tidak mahu Nick melihat aku menangis. Aku mahu dia tahu bahawa, rasa perit itu bukan hanya mengecewakan hatiku, tetapi, membantu diriku agar menjadi lebih tabah di masa depan. Aku ingin kuat di depannya. Kenapa perlu aku berasa begitu ya?
“ Lama saya pendamkan rasa sakit itu Nick. Malah saya cuba untuk melupakannya. Saya cuba untuk mengelakkan diri daripadanya. Padahal, dia juga sudah tidak begitu rapat dengan saya. Saya biarkan saja apa orang sekeliling berkata. Persahabatan yang rapat kian renggang. Saya cuba untuk menjadi orang yang cekal tanpa dia disisi. Dan, syukurlah, saya berjaya untuk keluar dari kepompong dia. Dia menguruskan hal dia, dan saya menguruskan hal saya. Tahun demi tahun, kami sepi sahaja. Cuma yang peliknya, saya tak dapat melupakan dirinya. Malah, hati saya juga tertutup untuk orang lain. Pada mulanya, semuanya berjalan dengan lancar. Saya masih bahagia tanpa dia. Cuma, sesekali kenangan bersama menjengah di minda. Sehinggalah hari perkahwinannya tiba.” Nick tersentak. Orang yang dimaksudkan oleh Risya sudah berkahwin? Otaknya ligat memikirkan sesuatu sehingga dia mendapat kesimpulannya. Entah-entah lelaki itu ialah...
“Di hari perkahwinannya, baru saya sedar. Saya tak boleh lupakan dia. Jadi, kesimpulannya, perasaan saya terhadap dia selama ini, benar-benar cinta. Saya cintakan dia. Lama saya memikirkannya. Pelik, kalau perasaan itu cuma sekadar suka dan sayang sebagai sahabat, kenapa sukar bagi saya melupakan dia? So, yes! I love that guy. Dan orang itu ialah Iz, Fariz, Nick.” Sekali lagi Nick tersentak. Betul tekaannya selama ini. Risya pernah mencintai Iz. Tetapi bagaimana pula sekarang? Hati Nick dipagut resah. Sekarang, mereka sudah sebumbung dan sukar untuk lari dari kenyataan lagi. Mereka benar-benar terperangkap di dalam perasaan.
Mata yang tadi lama pada kolam dialih ke sebelah. Aku ingin melihat reaksinya. Aku ingin tahu, apa yang ada di hati kecil itu. Apa yang difikirnya sekarang? Ah! Wajahnya nampak sedikit terkejut dengan kenyataan yang sudah ku ungkapkan tadi. Yalah, aku pernah mencintai saudaranya juga.
“Emmm...Erk! Sa..saya tak tahu nak cakap apa.” Dipenghujung ayatnya terbit keluhan lemah.
“Awak tak perlu berkata apa-apa pun Nick. Terus-terang, saya rasa lega sedikit sebenarnya. Dan, Nick, dari pengalaman yang lalu, saya benar-benar nak awak tahu, sekarang hati saya masih belum bersedia. Saya ingin menasihatkan awak supaya benar-benar pasti dengan perasaan sendiri. Saya tak nak awak rasa apa yang pernah saya rasa dulu. Memang sakit kalau kita hanya bertepuk sebelah tangan. Saya sedar, diri saya tak sempurna mana. Tetapi, demi Allah, saya tengah mencari seseorang yang mampu menyempurnakan diri saya. Tidak kiralah orang itu tidak sesempurna mana, cuma, cinta kerana Allah perlu kita cari. Bukan cinta kerana nafsu dikejari.” Benar kata Risya, cinta kepada Illahi lagi hakiki. Dan cinta itu pasti akan kekal abadi.
“Dan, yang pastinya, kepercayaan sesama pasangan masing-masing juga penting bagi mengekalkan sesuatu hubungan itu. Bukannya penipuan atau lakonan.”
Nick berkerut seribu. Dia tidak faham dengan ayat terakhir yang ditekankan oleh Risya. Dia masih menanti kata-kata Risya.
Apabila kejadian siang tadi menggamit minda, serta-merta, terasa panas pula hatiku. Geram, marah, kecewa. Benci jikalau Nick mempermainkan perasaanku.
“Apa yang dimaksudkan dengan kata-kata awak tadi? Penipuan? Lakonan? Hah?”
“Nick, kalau benar awak cinta kan seseorang, biarlah dengan hati yang ikhlas. Kalau boleh setialah pada seorang. Bukan saya menolak takdir bahawa lelaki boleh mengisi sebanyak 4. Cuma, saya tak suka, kalau awak masih mahu menipu dan tidak mahu berterus-terang. Jangan mempermainkan perasaan seseorang. “ Disaat aku mengukapkan kata-kata itu, terasa menggeletar seluruh badanku menahan rasa. Aku berasa kecewa dengan Nick. Tetapi, entah mengapa perasaan kecewa ini lebih parah berbanding kecewa yang aku rasa ketika mencintai Iz! Ya Allah, apa sebenar hati aku ingin kan?
“Wait! Apa yang awak cakap ni? Saya tak faham!”
“Nick, dah waktu maghrib. Baiklah kalau kita menunaikan kewajipan dan berserah kepada Yang Maha Esa. Agar dosa lama dapat diampunkan dan kebenaran akan terdedah tak lama lagi.” Aku bergegas meninggalkan dirinya.
Nick ingin sahaja mengejar Risya tetapi, dirinya masih dalam kekeliruan. Dilihatnya Risya sudah menjauh meninggalkan dirinya yang terkontang-kanting.
‘Aku sudah membuat salah kah?’
Baru sahaja mereka bergelak-ketawa. Berkongsi makanan, makan bersama. Kini, apa sudah jadi? Ya Allah, apa yang sebenarnya berlaku ini? Hubungan mereka baru nak berbaik-baik dan dia juga merasakan hubungannya dan Risya sudah semakin rapat. Kenapa sudah mula beretakan kembali? Nick meraup wajahnya. Sekarang, dia terpaksa menelan pahit setelah mengetahui siapa yang pernah bertapak di hati Risya, dan dia terpaksa menelan lagi duka bila salah-faham tercetus di antara mereka.
Terdetik di hatinya. Minda nya berputar kembali mengulang bait-bait kata Risya tadi.
“Kepercayaan sesama pasangan masing-masing juga penting bagi mengekalkan sesuatu hubungan itu. Bukannya penipuan atau lakonan!” Dia memetik jari.
Setelah keluar dari bilik pejabatnya tadi, Risya tidak kembali memulangkan mug dan sudunya. Lama juga dia menunggu Risya di bilik. Sudahnya, beberapa minit berlalu dan dia mendapat panggilan telefon dari kak Longnya. Talian diserahkan kepada anak buahnya, Diya. Sudah lama tidak mendengar suara si kecil yang baru berusia 5 tahun itu. Dia juga memanggil Diya dengan panggilan dear. Nick menggigit bibir.
‘Erk! Entah-entah, Risya terdengar perbualan tadi kot?’ Sah! Risya pasti sudah salah faham dengan nya. Ingin sahaja dia menelefon gadis itu, tetapi dimatikan sahaja niatnya.
“Kenapa perlu Risya marah dengan panggilan aku dan Diya? Kalau dia terdengar aku memanggil Diya dengan panggilan ‘dear’, adakah maksudnya di sini, Risya salah faham kerana cemburu? Risya cemburu ke?” Nick bercakap sendiri. Tersedar bahawa orang memandangnya hairan, lalu senyuman sahaja yang mampu menutup rasa malunya. Aduh! Aku kena perbetulkan keadaan ni. Tetapi, kalau benar Risya cemburu, bukankah itu satu berita yang baik? Nick terasa bahagia di saat ini. Biarlah dahulu, solat perlu diutamakan. Segera dia berlalu menuju ke masjid berdekatan dengan taman KLCC. Kewajiban itu perlu dilaksanakan sebelum kerja yang lain. Harap-harap Risya tenang nanti.
No comments:
Post a Comment