Advertisement

Rakan-rakan pengikutku

Monday, June 25, 2012

Mini Novel: Penyelamat Cinta bab 13


Bab 13

            “Abang...Bila nak balik ni? Dah lewat da ni.” Karmiza sudah bercekak pinggang di depan Saifullizan yang selamba sahaja baring di atas katilnya. Sekarang, hanya mereka berdua sahaja yang berada di rumah teres itu.
            Saifullizan mengubah posisi baringnya. Daripada mengiring, dia baring terlentang. Dengan selambanya, dia menarik kain selimut sampai ke dada dan tidak diendah langsung kata-kata isterinya itu. Malah, kedua-dua tangannya didepakan sambil bibirnya tersenyum.
            “Cup cake...Dah tau hari dah lewat, jomlah datang kat abang ni. Kita tidur nak? Meh! Peluk abang. Sejuklah malam ni,” Rengek Saifullizan manja. Terjengil mata Karmiza melihat tingkah Saifullizan yang tak makan dek saman itu. Makin bertambah lemak ada lah!
            “Abang, abang cakap nak beri masa untuk Miza kan? Jadi, kenapa masih ada kat sini? Abang...nanti apa pulak kata jiran-jiran kat luar? Mereka bukannya tahu pun pasal kita berdua.” Mata Saifullizan yang dipejam seketika kembali terbuka. Panahan matanya menyapa lembut pada wajah Karmiza. Sempat lagi dia menilik penampilan Karmiza. Makin melebar senyumannya melihat tudung di atas kepala Karmiza yang masih belum dibuka sejak dari tadi. Rindu pula rasanya ingin membelai rambut ikal isterinya.
            “Kalau dia orang tak tahu siapa kita, then, kita beritahulah kat dia orang siapa kita sebenarnya. Mamat tu pun dah tahu kan pasal kita? Jadi buat apa nak takut apa yang orang nak kata? Kalaupun kita ditangkap basah, tak apa. Nak suruh kita kahwin sekali lagi pun boleh. Abang lagi suka.” Jawab Saifullizan dengan wajah tenang. Makin membulat mata Karmiza sebaik mendengar jawapan dari Saifullizan itu. Menggerutu hatinya dengan jawapan ‘bernas’ dari suaminya.
            “Abang jangan nak buat lawak tak semengah tu. Miza cakap betul-betul ni. Abang dah cakap nak beri peluang untuk Miza fikir sedalam-dalamnya. Nak beri masa pada Miza. Tapi apa pula dengan beg besar ni? Kenapa abang datang siap bawa beg ni sekali?” Rungut Karmiza sambil memeluk tubuhnya. Rasa tidak puas hati pula dengan suaminya sewaktu ini.
            ‘Haii...Cakap tak serupa bikin! Janji tak ditepati. Kerajaan dah beriya-iya nak tepati janji, mamat ni pula dah jadi pembangkang. Aishh...’ Omel Karmiza dalam hati.
            Saifullizan bangkit daripada baring dan dilihatnya bagasi yang dibawanya tadi. Makin melebar senyumannya. Sebaik ‘menembak’ jiran Karmiza yang gila gatal nak meroyan tu secara habis-habisan, dia kembali ke hotel dan terus check out dari situ. Kerjanya di Johor sudah selesai, jadi tak salah kalau dia mahu meluangkan masa bersama isteri tercinta.
            ‘Orang tua ni dah meroyan ke? Duk tersenyum memanjang. Tak pernah nak berhenti senyum ni, mesti ada apa-apa yang dia fikirkan tu. Hish! Tak boleh jadi ni. Dia kena keluar dari rumah ni. Kang tak pasal-pasal, jadi mulut orang macam mana pula? Memanglah berdosa menghalau suami sendiri, tapi, belum tiba masanya aku kembali ke pangkuan dia. Aku belum sedia lagi ni. Mahu dia apa-apakan aku malam ni, habislah...’ Sempat pula fikiran Karmiza merewang ke tempat lain.
            Saifullizan berdeham. Cuba menarik perhatian Karmiza. Sudahnya, Karmiza masih termenung di depan pintu. Akalnya terfikir akan sesuatu. Dengan perlahan, Saifullizan turun dari katil dan mendekati Karmiza. Tangannya diangkat dan diletakkan pada daun pintu. Cuba untuk memerangkap tubuh Karmiza di tengah-tengah. Bibirnya tak pernah berhenti senyum. Saat ini dirasakan begitu indah sekali dalam hidupnya.
Bertemu semula dengan si isteri dan berada begitu dekat dengannya. Rindu yang sudah lama dipendam, kian terubat. Mahu sahaja dia memeluk cium wajah isterinya itu. Namun, disimpannya niat itu kerana dia tahu, Karmiza pasti akan mengamuk kalau dia bertindak secara melulu.
Cup cake abang ni dah makin berisilah. Pipi tu penuh aje. Geram abang tengok. Kalau nak cigit boleh tak?” Soal Saifullizan penuh menggoda. Terkejut Karmiza apabila tersedar dari lamunan tadi sebaik melihat wajah Saifullizan yang begitu hampir dengannya. Dadanya bertambah berdebar di saat pandangan matanya menyapa wajah si suami. Karmiza menelan liur.
‘Aik? Dunia dah terbalik ke? Siapa yang daring sekarang? Aku ke dia? Agaknya, sepanjang 4 tahun tu dia belajar jadi lelaki daring kot...’ Omel hatinya lagi.
“Emm...Aaa..ci..ci..cigit? Apa maksud cigit tu?” Tergagap-gagap bibirnya menutur soalan. Mahu putus terus jantungnya sebaik melihat bibir Saifullizan yang mengulumkan senyuman menggoda itu. Di saat ini, satu sahaja yang muncul di akalnya. Lari!
‘Ya Allah...Asal aura suami aku ni kuat sangat? Mahu aje aku jatuh tersungkur di tangannya. Tapi, aku tak boleh mengalah. Belum tiba masanya lagi. Miza! Jangan terpedaya dengan godaannya. Bukan masa ni. Belum lagi...belum lagi!’
Saifullizan tergelak kecil. “ Cigit tu...Emmm...Kombinasi antara perkataan cium dengan gigit. Nak abang tunjukkan tak macam mana caranya?” Sengaja dia mengusik Karmiza. Berbunga hatinya melihat wajah Karmiza yang sudah merah padam itu.
Dulu, Karmizalah yang sering mengusiknya. Sekarang, tiba masa untuk dia pula yang menjadi pengusik isterinya itu. Siapa kata dia tidak daring? Siapa kata dia tidak pandai menggoda? Buktinya sekarang siapa yang dah menggeletar dan gugup? Mahu sahaja dia menghemburkan tawanya tetapi, dia masih mahu mengenakan isterinya itu.
‘Comelnya isteri aku ni,’ puji Saifullizan dalam hati.
“Ab..abang jangan nak mengada-ngada ya? Mi..Miza nak basuh baju ni. Ba..baju masih belum dicuci lagi.” Ucap Karmiza tersekat-sekat. Pantas, dia menepis tangan Saifullizan tadi dan melulu keluar daripada bilik tidurnya. Kakinya segera menuruni tangga dan sempat juga cuping telinganya menangkap bunyi gelak suaminya. Karmiza mengetap gigi.
“Amboi...Mentang-mentang dia menang kali ni, sampai ketawa pun nak semua dunia tahu. Ceh!” Karmiza menjuih bibir. Lantas, kakinya melangkah ke bilik belakang. Niat untuk menyuruh suaminya beredar dari situ terbantut di saat hatinya sudah lemah dengan godaan suami sendiri. Kepalanya diketuk lembut.
‘Asal senang sangat hati aku ni lemah bila berdepan dengannya sekarang? Betullah kata atuk hari tu. Mana mungkin hati yang telah diisi, senang-senang sahaja kita nak buang perasaan tu berlalu pergi.’ Sempat lagi fikirannya teringat akan kata-kata Haji Mukhri itu.
“Ah! Aku tak kira! Aku nak kenakan dia balik. Dulu dia pernah buat hidup aku merana. Sekarang, dia dah nak tunjuk taring dia bali? Tak boleh jadi ni! Aku mesti fikirkan sesuatu supaya dia boleh keluar dari rumah ni. Tapi, apa ya? Apa?”
Krok!
Karmiza terdiam seketika.
Krok! Sekali lagi bunyi itu menyapa gegendang telinganya.
Sebaik mendengar bunyi nyaring itu, laju sahaja bola matanya mencari sumber bunyi tadi. Bibir yang muncung kembali tersenyum penuh makna apabila benda yang dicarinya tadi sudah dijumpai. Makin bertambah meleret bibirnya melihat objek hijau yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dengan cekap, senang sahaja objek tadi berada di tangannya.
“Putera katak, mahu ke mana? Nak lari ya? Kita bagi awak 2 peluang. Sama ada nak larikan diri, atau dengan rela hatinya bermain di sini? Hmmm...Tak apalah. Biar kita yang decide. Kita nak ajak awak bermain dengan raja tak serupa bikin kat atas tu, nak? He he he...”
***

            Saifullizan terbaring nyaman di atas katil. Selepas mengusik Karmiza, dia kembali merebahkan tubuh yang sudah penat di atas katil empuk milik isterinya. Sekejap tubuhnya mengiring ke kiri, sekejap tubuhnya mengiring ke kanan. Sudahnya, dia berguling di atas katil. Diambilnya selimut tebal berwarna merah jambu kepunyaan Karmiza dan diciumnya lama. Bau yang melekat pada selimut itu sememangnya ada bau Karmiza. Wangi! Sememangnya dia merindui bau harum isterinya itu. Saifullizan menarik selimut tadi dan dia berselubung di dalam selimut.
            Pada masa yang sama, Karmiza yang kembali ke tingkat atas dengan perlahan-lahan memusing tombol pintu dan dilepaskan objek hijau tadi di biliknya. Langsung tiada rasa gelinya memegang binatang hijau yang sedikit lembab itu. Dibiarkan sahaja binatang itu melompat-lompat di dalam kamar tidurnya. Sempat lagi dia menekup mulut menahan tawa yang hampir-hampir terhembur keluar. Karmiza menarik semula daun pintu dan dia mengunci pintu tersebut dari luar. Now, the show has started!
            ‘Eh? Asal senyap saja kat luar tu? Lama pula bini aku basuh baju. Banyak sangat ke? Hmmm..kesian pula my cup cake. Sibuk sampai baju pun tak sempat nak cuci. Aishh...Risau pula biarkan dia lama-lama kat bawah. Dia dah kuncikan pintu ke belum ya? Takut pula mamat bagus sebelah tu dok menghendap bini aku. Ceh!’ Sempat lagi dia mengutuk Danish jiran bujang sebelah rumah Karmiza. Hatinya mendongkol geram apabila teringat kembali kejadian petang tadi.
            Sekarang hatinya puas. Puas mengenakan lelaki bajet hensem itu. Pasti dia tidak berani menganggu Karmiza. Apabila dia menyuarakan kata putus ingin bersama dengan Karmiza semula, Saifullizan dengan semangatnya membawa masuk bagasinya ke dalam rumah.
            Semasa dia sampai sebaik mengambil barang keperluannya tadi, Danish muncul di luar rumah. Ingin mengambil barang yang tertinggal di dalam kereta. Dan pada masa itulah dia menegur Danish.
            “Hai jiran sebelah! Tertinggal barang ke? Kita pun sama ni. Bukan tertinggal barang, tapi lebih kepada tertinggal insan yang tersayang. Sebab tu nak ambil dia semula. Al maklumlah, takut ada pula yang kebas dia karang. So, sebelum orang lain terus berangan baiklah kita kembali ke pangkuannya segera. Barulah orang tu dapat sedar yang si permata tu hak milik orang.” Sedas kata-kata berbisa itu kembali bermain di fikirannya. Dan yang paling dia tidak lupa adalah riak wajah Danish yang terkena pelurunya tadi. Betapa bangganya Saifullizan bila meluahkan kata-kata sindiran itu pada Danish. Saifullizan tergelak kecil.
            “Mana pula cup cake aku ni?” Saifullizan menarik selimut dan diletaknya ke tepi. Dia turun dari katil dan bergerak mendekati pintu. Namun, langkahnya terhenti apabila terdengar sesuatu.
            Krok!
            Saifullizan berpusing semula dan mencari-cari bunyi tadi. Dadanya tiba-tiba terasa sesak. Betul ke apa yang aku dengar? Eh! Tak mungkinlah. Matanya merayap di seluruh pelusuk bilik. Tiba-tiba, terasa ada benda yang sejuk dan lembik hinggap di atas kakinya. Saifullizan tergamam. Dia tunduk ke bawah dengan perlahan dan...
            “Argghh!!!” Nyaring suara itu menjerit. Saifullizan yang sudah geli-geliman apabila katak yang dilepaskan Karmiza tadi hinggap ke kakinya turut sama melompat seperti katak tadi. Karmiza yang masih setia berdiri di luar sudah mengekek ketawa. Ditekan-tekannya perut sambil menekup mulut menahan gelak dari meletus kuat takut terdengar dek suaminya. Sekarang, barulah hatinya puas. Puas mengenakan suaminya kembali.
            “Miza! Tolong abang! Katak ni nak serang abang! Miza...Tolong!!!” Jerit Saifullizan lagi. Kakinya segera berlari menuju ke pintu bilik. Saifullizan semakin gelabah apabila tombol pintu berkunci. Dipulasnya berkali-kali, pintu bilik masih belum dapat dibuka.
            ‘Kunci? Siapa yang kuncikan bilik ni? Miza!’ Saifullizan mengetap gigi. Siapa lagi kalau bukan semua ini kerja isterinya? Siapa lagi yang tahu tentang benda yang dibencinya selain daripada Haji Mukhri kalau bukan Karmiza?
            ‘Cis! Miza kenakan abang ya? Tahulah abang apa nak buat nanti. Miza tunggu jelah kejap lagi.’ Desis Saifullizan dalam hati. Di sebalik pintu, telinganya dapat mendengar suara orang tergelak. Sah! Isterinya mentertawakan dirinya.
            Saifullizan memandang ke bawah mencari kelibat katak tadi. Kelihatan katak tersebut melompat-lompat mendekati satu pintu. Pasti pintu bilik air. Dengan sedikit keberanian yang ada, Saifullizan bergegas membuka pintu bilik air dan diambilnya satu plastik botol yang berada di atas meja tulis berdekatan dengan katil Karmiza. Ditolaknya katak tadi ke dalam bilik air dengan botol tadi dan cepat-cepat ditutupnya pintu bilik air tersebut. Saifullizan menarik nafas lega.
            ‘Hmmm...Aku kena buat Miza fikir yang aku masih ‘berperang’ dengan benda alah tadi.’ Detik Saifullizan.
            “Miza...Kenapa pintu bilik ni berkunci? Miza, tolong abang. Abang tak suka binatang lembab ni. Miza, tolong!” Ujar Saifullizan pura-pura. Dalam pada itu, matanya mencari-cari sesuatu. Apabila idea sudah muncul, apa-apa barang pasti digunakan bagi menambahkan lagi effek demi menjayakan lakonannya nanti.
            Buk!
            Tawa Karmiza terhenti apabila mendengar bunyi tersebut. Berkerut dahinya mendengar bunyi seperti ada barang yang terjatuh. Telinganya ditekapkan pada daun pintu. Tiada lagi bunyi raungan dari suaminya. Senyap sahaja. Apa dah jadi?
            ‘Takkan dia pengsan kot?’ Soal Karmiza ragu-ragu. Karmiza kembali mendekatkan telinganya pada daun pintu. Tiada bunyi langsung! Hati Karmiza sudah rasa tak senang. Rasa risau pula berganti.
            ‘Ya Allah, abang pengsan ke? Dengan katak pun nak pengsan ke? Ya Allah, apa aku dah buat ni?’ Bimbang apabila tiada satu bunyi pun yang didengarnya lagi. Lantas, Karmiza membuka kunci pintu dan menolak daun pintu dengan segera. Membulat matanya melihat tubuh Saifullizan yang sudah terjelopok di sebelah meja bersama buku-bukunya yang jatuh berselerak di atas lantai. Saifullizan pengsan!
            Karmiza berlari mendekati Saifullizan dan dibawanya kepala Saifullizan ke riba.
            “Ya Allah...Abang, macam mana boleh jadi macam ni? Maafkan Miza, bang. Miza tak ada niat nak buat abang pengsan. Abang, bangunlah!” Karmiza menampar lembut pada pipi Saifullizan. Saifullizan masih meneruskan lakonannya. Berpura-pura tidak sedar. Rasa kembang hatinya apabila tangan Karmiza mengusap lembut rambutnya.
            “Abang...Jangan buat Miza risau, bangunlah. Ya Allah, apa aku dah buat ni? Apa yang perlu aku buat?” Haii...Nama saja doktor, bila suami dah pengsan terus ilmu di dada hilang begitu sahaja. Orang pengsan simbah saja dengan air pasti sedar.
            Mata Karmiza yang hampir-hampir sahaja menangis, tiba-tiba membeliak. Saifullizan bangun dan pantas mengucup lembut pada pipi Karmiza. Bibir Saifullizan sudah mengutumkan senyuman manis pada isterinya.
            “Tak dapat cigit, cium pipi pun boleh juga. Geram tengok pipi Miza yang dah berisi tu. Akhirnya abang dapat cium gak.” Kini giliran Saifullizan yang tergelak melihat Karmiza yang sudah melopong itu. Mata Karmiza tak sudah-sudah berkelip dari tadi. Rupa-rupanya Saifullizan berpura-pura pengsan.
            “Abang jahat. Sampai hati tipu Miza. Jahat...” Rengek Karmiza manja. Mahu pecah dadanya melihat si suami pengsan gara-gara seekor katak. Tangannya memukul lembut pada tubuh Saifullizan. Saifullizan tak habis-habis dengan tawanya.
            “Abang suka buat Miza macam nikan? Malaslah nak layan abang.” Karmiza berjauh hati apabila Saifullizan mengenakannya habis-habisan. Belum pun sempat Karmiza berdiri, Saifullizan menarik lengan Karmiza. Karmiza terdorong ke belakang sehingga menyebabkan tubuh kecilnya menghempap Saifullizan. Masing-masing terkedu. Tubuh Karmiza sudah berada di atas Saifullizan. Mata mereka tak lepas dari memandang satu sama lain. Beberapa saat kemudian, Karmiza ingin bangkit tetapi Saifullizan menariknya semula. Sempat lagi dia mengucup pantas pada bibir Karmiza.
            “Dan ni denda sebab kenakan abang. Siapa suruh masukkan katak ke dalam bilik ni? Dah tu kuncikan pintu pulak tu. Miza sengaja nak abang jatuh pengsan kan?”
            “Siapa suruh abang tak tepati janji? Kata nak beri Miza masa, tapi tengok tu...Masih nak melekat kat rumah kita.”
            “Memang ni rumah kita pun. Mizakan isteri abang. Tempat isteri tu adalah di sisi suami. Jadi, di mana saja rumah isterinya begitu juga rumah suaminya. Abang tak kisah kalau Miza nak fikir sedalam-dalamnya. Tapi, kalau abang minta hanya untuk hari ni sahaja. Benarkan abang berada di sisi Miza, boleh tak? Abang rindu sangat kat Miza. Sangat!” Ucap Saifullizan lembut. Karmiza terdiam lama. Saifullizan mencium pipinya lembut. Pantas, Karmiza bangkit dan duduk di atas lantai. Saifullizan pun turut bangkit. Ditariknya Karmiza ke dalam pelukannya.
            “Bolehkan? Hanya untuk hari ni saja? Lepas tu, abang beri Miza masa. Cuma biarlah hari ni Miza benarkan abang berada di sisi Miza. Sudah 4 tahun abang dambakan pelukan ni. Sudah 4 tahun abang menghitung hari menunggu Miza kembali ke sisi abang. Hanya untuk hari ini, tak salahkan?” Soal Saifullizan kembali. Saifullizan merenggangkan pelukannya dan tangannya mengusap lembut pada pipi Karmiza. Bibirnya kembali mengucup lembut pada dahi Karmiza. Hati Karmiza begitu tenang dan dia seperti merelakan segala kelakuan Saifullizan tersebut.
            Air matanya merembes keluar dari tubir mata. Dia juga seperti Saifullizan. Dia rindukan belaian daripada suaminya. Dia mahu kembali di sisi suaminya tetapi ada perkara lain yang perlu dia uruskan.
            “Hei...Kenapa menangis ni? Abang tak nak tengok Miza menangis. Abang ke sini bukan nak tengok Miza nangis. Abang nak tengok wajah ceria cup cake abang. Abang rindukan kenakalan cup cake abang. So, please don’t cry cup cake. You make me feel unease and it’s hurting me.” Saifullizan menyeka pipi Karmiza yang basah itu.
            “Stop crying okay? Don’t worry, abang tak apa-apa. Abang rela dan redha dengan apa saja keputusan yang Miza buat. Abang akur dengan semua tu. Sebab abang tak nak Miza jauh daripada abang. Abang tak nak seksa hidup Miza lagi. Abang rasa bersalah dan sememangnya, abang kena tebuskan segala kesalahan itu. Jadi, abang rela, sayang. Apapun keputusan Miza nanti, abang terima dengan hati yang terbuka. Cuma, Miza kena ingat sesuatu,” Saifullizan diam seketika. Lalu, didekatkan bibirnya pada dahi Karmiza. Dikucupnya penuh lembut pada dahi isterinya itu.
            “Abang takkan pernah berputus asa dengan Miza. Abang akan sentiasa sayangkan Miza dan Miza akan sentiasa ada di hati abang. Abang janji. Mizalah cinta hati abang dan Mizalah segala-galanya buat abang. Macam apa yang abang cakap petang tadi. Abang akan bersama dengan Miza dan kita akan hidup bahagia hingga ke anak cucu. Malah sampai ke akhirat sekalipun! Itu janji abang, sayang...” Meruntun hatinya mendengar kata janji si suami. Begitu menyentuh hatinya. Saifullizan ikhlas menuturkan kata janji itu. Dia yakin sememangnya Saifullizan tercipta buatnya.
            Saifullizan menyeka pipi Karmiza sekali lagi. Tangannya diturunkan dan menggenggam jari-jemari Karmiza. Ditariknya tubuh Karmiza supaya berdiri.
            “Jom...Abang nak bawa Miza ke satu tempat,” Karmiza sudah pun berhenti menangis. Dahinya berkerut hairan.
            “Ke satu tempat? Abang nak bawak Miza ke mana malam-malam buta macam ni?”
            “Adalah. Mana boleh beritahu awal-awal. Tak supriselah nanti.”
            “Dengan baju macam ni ke, bang?” Mata Karmiza menunduk memandang baju yang melekat di tubuhnya. Baju T-shirt dan juga seluar track suit. Hmmm...Sesuai ke? Soal hatinya.
            “Tak apa. Lagipun, tak jauh mana pun. Jom!” Saifullizan menarik tangan Karmiza dan membawanya keluar dari situ. Agak-agak ke manalah dia nak bawak aku dengan baju macam ni?

22 comments:

  1. terubat rindu kita dekat miza dan epul...
    certa nie best..part yang sweeet.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Arina...bgus la da terubat..hehe.. :D

      Delete
  2. double best n sweet.. tersengih cam kerang busuk dah nihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..thanks my dear....cm kerang busuk? aii..kerang wngi x de ke? hehe...

      Delete
  3. Huaaaa sukanyaaaaaaaaaa nak lagiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eca a sassin..thank u dear...Kne tggu ek? hehe... ^-^

      Delete
  4. mmg cmburu sgt nie siap prli ag kt jirn sblah..hehehehehe..nk bwk g mna la 2 kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...epul kwat cmbru kn? hehe...

      Delete
  5. tersenyum sorang2 baca citer ni...
    bestla fyka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..thank u sbb sdi bca.. :D

      Delete
  6. best! hehehe... lg2 la part "cigit" tu.. dh blaja satu word baru arinie.. so sweet.. hehehe..
    dorg nk g mane tu? amboi... mlm2 buta g tue.. mesti tmpt romantik kn? ;-p
    apa2pun, keep on writing, cik writer! fighting!
    ~Miss Peace~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Pkataan tu pn bru bg sy..sy bru tau dri kwn sy..haha..Nk thu ke mna? kne la tggu..hehe...Thank u miss peace.. :D

      Delete
  7. Replies
    1. Hehehe...Iznie thanks bce..ngeee....nk lgi? kne tggu...hrp sbr mnunggu sbb sis bz skt lately..huhu

      Delete
  8. bestnyer..best gilerrr..best sgt smpai tersnyum2 dpn skrin.. nk lgy... so sweet... :)

    ReplyDelete
  9. Mana sambungannnyaaaa? Saya tak jumpaaaaa. Huuuuu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad Zaid..awk blh search je kt bwah...tlis kt box kt bwah ye? :D thankx..

      Delete

background

Title bar