Bab 35
“Sayang!”
Jerit suara garau dari jauh. Aku mengigit bibir. Aduh! Apa hallah mamat ni ada
kat sini? Ish..Memang nak kena mamat sekor ni. Kaki yang berdiri kaku dari tadi
terus melangkah. Aku buka seluas mungkin supaya dapat melarikan diri daripada
si pemanggil namaku tadi.
“Sayang!
Asal jalan laju sangat tu? Ingat ni marathonkah? Janganlah laju sangat. Kesian
kat abang tau.” Rintih lelaki itu lagi. Aku tidak mahu pandang belakang pun.
Sebolehnya aku mahu lari pecut terus dari berdepan dengan mamat senteng tu.
Tanpaku
sangka, lelaki yang asyik memanggilku dengan panggilan ‘sayang’ sudah berjalan
menyaingiku.
“We
have make a deal, Risya. Kamu dah janji kan? Dia ada kat belakang tu. So,
please berhenti berlari.” Bisik lelaki itu lagi. Aku mengetap gigi. Geram
apabila dia mengingat kembali kata janji yang pernah aku putuskan 2 bulan yang
lalu. Sudahnya, kaki yang giat melangkah kian terhenti dan aku berpusing ke
belakang. Dia juga turut sama mengikut tingkahku.
“Eh?
Fasha sendat rupanya. Eh! Bukan-bukan Fasha Sandy. Hai, awak buat apa kat sini?
Ajai,sa..sayang...kenapa tak beritahu awal-awal yang Fasha ada kat sini juga?”
Ucapku penuh lemah lembut. Mataku melirik pada wajah lelaki yang bernama Ajai
itu. Sempat lagi aku mengecilkan mata sambil menekankan perkataan sayang. Hmph!
Dia nak sangat aku tepati janji dia tukan? Meh! Aku berikan dia kaw-kaw punya.
Gadis
yang bernama Fasha Sandy mendekati kami berdua. Matanya juga turut sama
mengecil. Tangannya disilangkan ke dada. Nampak wajah tidak puas hati terukir
pada air muka gadis itu.
“Kamu
berdua pula buat apa berlari tadi?” Sempat lagi mata si Fasha sendat ni
menjeling padaku. Aish! Meluat dengan akulah tu. Hmmm...Ada aku kisah? Aku lagi
meluat tengok penampilan dia yang memakai baju sendat milik adik dia tu. Sendat
nak mampus!
“Err..Kami
tadi tengah joging. Alah..Joging manja-manja. Sweet-sweet. Ala-ala hindustan
gitu.” Seloroh Ajai pula. Rasa nak termuntah pula mendengar lakonan mamat
seorang ni. Joging manja-manja? Ala-ala hindustan? Erk? Ngeri bila terbayangkan
adengan kejar-mengejar tadi. Geli-geliman.
Makin
cemberut wajah Fasha Sandy mendengar kata-kata Ajai tadi. Sudahnya dia berlalu
pergi dengan dengusan yang kuat. Tidak lama kemudian, Ajai bersorak riang.
“Yes!
Mesti minah sendat tu dah tak kacau saya lagi. Thankslah Risya. You are my
saviour!”
“Dah!
Malas saya nak layan kamu. Kamu pasti yang dia tak kacau kamu lagi ka?” Soalku
dengan selanga Sabah. Almaklumlah, Ajai ni orang Sabah. Bahkan sudah 2 bulan
aku berada di Sabah. Aku juga dirawatkan di sini.
Sebenarnya,
Ajai iaitu teman rapatku semasa menjadi pelajar universiti sebelum ini sering
berhubung denganku. Dia yang juga merupakan teman rapat Iz sewaktu ketika
dahulu sudah tidak berhubung dengan Iz gara-gara status Iz yang sudah berumah
tangga. Manakala Ajai ni pula masih membujang sampai sekarang. Entah bilalah
nak kahwin ni. Kalau sudah dengan Fasha sendat tu pun dia tak mahu, sampai
bila-bila pun tak kahwin kalau macam ni.
Mataku
tajam menikam matanya. Ajai sudah tersengih-sengih macam kambing gurun.
Sesuailah dengan dia yang mempunyai janggut sejemput itu.
“Yang
tu, saya pun tak pasti. Lagipun kamu taukan saya ni hot orangnya. Kat mana-mana
pun kena kejar dengan aweks-aweks.” Aku mencebik. Ni lagi satu sikapnya yang
buat aku rasa nak meluat. Suka naik lif tekan sendiri. Hai...Mentang-mentanglah
dia ni boleh tahan jugalah orangnya. Putih macam mat korea. Mata pun sepet. Ada
darah cina sebenarnya.
“Tolonglah,
Ajai. Saya rasa nak muntah darah bila dengar kamu bercakap. Kalau minah sendat
tu dengar, agak-agaknya dengan dia sekalilah muntah. Susah betul kawan dengan
orang perasan ni.” Selorohku pula. Ajai sudah tergelak. Malas nak melayan
lelaki ini, aku teruskan langkahku meninggalkannya.
“Eh!
Risya...kamu mau ke mana tu?” Soal Ajai dari belakang. Aku masih tetap
meneruskan langkah tanpa henti. Dalam beberapa langkah saja lagi, destinasi
yang inginku kunjungi akan tiba.
“Mau
mandi laut! Kamu tak tahukah?” Sindirku. Masakan dia tidak tahu ke mana arah
tujuku? Tempat itu tidak jauh dari sini. Takkan itu pun masih tak nampak?
“Hish!
Mandi laut? Kenapa tak ajak saya sekali?” Seloroh Ajai pula. Sememangnya lelaki
yang mengambil jurusan undang-undang ini ada saja idea mahu membalas apa saja
kata-kataku. Malah, aku sendiri pun kalah dengannya. Hai...Nak lawan lawyer
memanglah kalah kot!
Kakiku
terhenti dan aku berpaling. Dengan mata yang dikecilkan sambil bercekak
pinggang.
“Ajai,
bukankah kamu cuti hari ni? Kenapa ada kat sini? Kedai buku tu, saya boleh
jaga. Kamu kata dengan saya hari tu yang kamu ada kes. Ni kenapa pula ada kat
sini? Kalau bukan kerana kamu, si Fasha sendat tu mesti takkan datang sampai ke
sini, tau?” Bebelku panjang. Ajai sudah tersenyum kecil.
“Kes
ditangguhkan. Belum ada bukti yang kukuh. Jadi, orang sana tu minta tangguhlah.
Hmph! Dah tau songlapkan duit syarikat, masih mahu berdalih lagi. Manusia
manusia. Semuanya mahukan harta ja!” Kini giliran Ajai pula yang membebel.
Lah...Itukan kerja dia. Mestilah dia kena membebel sepanjang berada di
mahkamah. Aku menjeling sahaja. Bosan pula mendengar dia membebel pasal hal
kerjanya. Memang tak habis-habis. Tak ada penamatnya.
“Ajai,
tu kerja kamu. Saya tak mahu dengar. Yang saya mahu dengar ialah, kenapa kamu
ada di sini? Dah kes tangguh, kenapa tak balik rumah saja? Berehat? Hari tukan
giliran kamu yang jaga kedai. So, sekarang saya punya turn pula.”
“Alah...Bosan
bah kalo di rumah saja. Kamu bukan endak tau. Mummy dan daddy sayakan tengah
bercuti. Abang, kakak saya mana ada di rumah. Saya seorang ja yang ada. Bosan
bah kalo begitu!” Jawab Ajai pula. Sekarang, posisi bercekak pinggang sudah
bertukar memeluk tubuh. Sebelah keningku terjengket sedikit.
“So,
maksudnya kamu nak tolong jagakan kedai tulah? Boleh juga!”
“Ey...Ni
macam mau lepaskan tanggungjawab sudah ni?” Ajai turut memeluk tubuhnya.
Akhirnya, tercetus jua tawaku. Tidak tahan melihat gaya Ajai yang sudah tidak
berpuas hati.
Aku
beredar mendekati pintu kedai dan aku tolak daun pintu kaca tersebut. Wajah Zue
kelihatan sedikit cemberut. Hah! Tak lama lagi, gunung Kinabalu nak meletuslah
lepas ni.
“Kau
cakap nak pergi sekejap aje. Ni berapa lama nak tunggu ni? Tunggu sampai kucing
keluar tanduk ke?” Sindir Zue. Di tangannya terdapat beberapa buah buku novel
yang baru saja sampai pagi tadi. Buku tersebut diletaknya ke dalam rak dan
disusunnya elok-elok.
“Sorrylah,
Zue. Tadi ada road block siap ada adengan kejar-mengejar tadi. Semua tu sebab
mamat perasan nilah.” Aku memuncungkan bibir dan aku arahkan pada Ajai. Ajai
mengerutkan dahi.
“Saya
pula!? Kalau bukan kerana Fasha sendat tu, saya pun tak mau jadi kekasih gelap
kamu.”
“Fasha
sendat? Hahahaha...” Zue sudah mengekek ketawa. Mengalahkan nenek kebayan gelak
dia ni. Menghilai macam apa entah. Sekarang wajah cemberutnya sudah berubah.
Bila melihat Zue ketawa, aku rasa nak ikut sekali ketawa. Sekarang, kami
bertiga sama-sama ketawa. Asalkan topik Fasha sendat diutarakan, pasti tawa
yang akan meletus.
“Aduh!
Mesti bestkan adengan kejar-mengejar tu? Macam hindustanlah konon-kononnya.
Mesti muka Fasha sendat tu dah berubah jadi Fasha sandal. Macam muka nak kena
beri makan sandal!” Sambung Zue selepas tawanya terhenti.
“Dah
nampak macam Fasha sendut, bukan sedut dah jadi sendut dah. Hahaha...” Tambah
Ajai lagi. Makin mengekek kami bertiga ketawa.
Setelah
tawa kami berhenti, barulah Zue kembali pada topik utama.
“Aku
tak boleh lama-lama ni, Risya. Aqish nak kena ambik dekat nursery. Kau orang
berdua nilah. Kesian Aqish, rindukan mama dia. Nanti, kau kena tambah alaun
gaji aku kalau macam tu.” Zue sudah siap-siap mengambil tas tangan dan juga
kunci kereta.
“Aku
pergi dulu,ya? Risya, kau jangan balik lewat sangat. Pukul 9 malam, kalau boleh
dah ada kat rumah. Jangan nak biarkan aku dengan Aqish tercongok kat rumah
seorang-seorang. Ingat tau?” Pesan Zue. Aku melambai pada Zue yang sudah berada
di luar kedai sehingga kelibatnya menghilang.
“Stok
buku baru, baru ja sampai. Saya sudah letak harganya. Cuma ada beberapa buku
lagi yang belum diletak harga. Semua ada di belakang stor.” Kataku pada Ajai.
Ajai mengangguk dan beredar ke belakang stor.
Sebenarnya,
kedai buku yang terletak di depan laut ini adalah milik aku dan juga Ajai.
Impian kami berdua semenjak menjadi pelajar dahulu adalah memiliki sebuah kedai
buku sendiri. Oleh kerana minat dan juga impian kami sama, jadi aku mengambil
keputusan untuk membuka kedai buku bersama Ajai. Ajai bersetuju dan akhirnya
kedai buku ini dibuka semenjak 2 bulan yang lalu.
Sudah
lama aku berhubung dengan Ajai semata-mata kerana kedai buku yang ingin
dibukakan di Sabah. Aku mengambil kesempatan itu untuk pergi ke Sabah 2 bulan
yang lalu, sementelah aku mahu berada jauh daripada Nick. Nampak macam aku nak
lari tetapi bagiku, dengan cara begini sajalah aku dapat menenangkan diri dan
membuat persediaan untuk bersama dengan Nick semula.
Sepanjang
2 bulan itu, aku melakukan terapi dan juga sibuk menguruskan hal-hal yang
berkaitan dengan kedai buku kami ini. Dengan cara begitu sahaja, aku dapat
melupakan seketika tentang Nick. Sudah pastinya hatiku sentiasa merinduinya.
Jadi, aku cuba untuk sibukkan diri dan fokus pada kedai buku yang baru saja
buka.
“
Ajai, buku akaun ada kat mana ya?” Soalku pada Ajai sedikit menjerit. Apabila
soalan tidak berjawab, aku bergerak ke belakang stor.
“Ya
Allah, bertuah betul mamat ni! Adakah tidur dengan buku-buku tu sekali? Orang
suruh balik, dia tak mau. Ini kerja dia? Ish ish ish...” Aku menggeleng sambil
tersenyum melihat Ajai yang sudah tidur terduduk dengan buku di tangan. Kesian
pula aku lihat keadaan Ajai ni. Lalu, aku menolak sedikit bahunya. Ajai terbangun
dan memisat-misat matanya.
“Kamu
pergilah baring di bilik rehat. Kesian saya tengok kamu ni. Tak apa. Biar saya
yang buat semua ni. Tapi, saya mau tahu. Mana kamu simpan buku akaun hari tu?”
Soalku kembali. Ajai bangun dari duduk dan beredar keluar dari stor. Dia membelek-belek
fail-fail yang terletak di rak belakang kaunter.
“Ni.
Lupa pula nak beri kat kamu hari tu. Ingatkan nak beri terus tapi masa tukan
kamu tengah buat terapi. Tak mahu pula ganggu kamu. Eh, doktor kata apa hari
tu?” Soalnya ingin ambil tahu tentang keadaanku. Pertanyaannya itu membuat aku
tersenyum. Ajai seorang rakan yang begitu mengambil berat tentang keadaan
sahabatnya. Benar-benar buat aku terharu.
“Alhamdulillah.
Saya dah sihat. Dah boleh jalan dengan baik pun. Dalam 2 minggu lagi, saya kena
jumpa dia balik. Lepas tu, tak perlu lagi dah. Sebab doktor mau jumpa pun sebab
nak tahu kondisi kaki saya ni. Tu jak.” Ajai tersenyum.
“Kalau
kaki kamu dah baik, maknanya, kamu bolehlah berbaik dengan Nick semula!”
Senyuman yang lebar menjadi sedikit cacat sebaik mendengar kata-kata Ajai itu.
Kini, rasa hiba pula yang hadir di sudut hati. Ya Allah, betapa aku merindui
sebaris nama itu. Dengan hanya mendengar namanya sahaja membuat dadaku sesak.
Rasa mahu menangis sekarang di depan Ajai. Aku merindui lelaki itu. Bagaimana
keadaan dia ya? Salah aku juga. Aku yang berdegil tidak mahu memberitahu
kepadanya tentang di mana aku berada. Aku yang berdegil kerana menyuruh ibu dan
ayah supaya menyimpan rahsia tentang ke mana aku menghilang. Pastinya, rasa
kesal hadir dalam hati.
Sebulan
yang lalu aku mendapat berita bahawa Nick juga telah menghilang entah ke mana.
Abang kembarnya, Emir sendiri yang memaklumkan kepadaku. Nick begitu
merinduiku. Jadi, dia juga mengambil keputusan untuk menghilangkan diri tanpa
memberitahu ahli keluarganya ke mana dia pergi. Sudah semestinya rasa sesalan
tidak pernah berhenti mengganggu fikiranku. Aku hanya mampu berdoa ada jodoh di
antara kami berdua. Kalau suratan takdir tidak tertulis namanya menjadi Adam
buatku, maka aku redha dan pasrah. Pasti ada hikmah disebaliknya.
“Insya-Allah, Ajai.
Kalau betul ada jodoh antara kami, tak lari gunung Kinabalu tu saya kejar.
Lainlah macam cerita kita berdua ni. Siap main kejar-kejar macam Kuch Kuch Hota
Hei pula tadi. Cuma, Shah Rukh Khan dia ada janggut sejemput sajalah. Kajol dia
sentiasa comel macam saya. Lagi putih daripada Kajollah. Hahahaha...” Gelakku.
Aku sengaja menukar topik, tidak mahu rasa sedih menganggu ketenteramanku. Ajai
hanya tersenyum kecil.
“Saya akan sentiasa
doakan supaya Kajol saya ni cepat-cepatlah kembali pada Salman Khan dia tu. Dah
tak boleh nak hadaplah sikap perasan dia.”
“Eleh...Mengata orang
pula. Kamu tu pun dua kali sepuluh juga!” Balasku kembali. Kami sama-sama
ketawa mendengar usikan masing-masing.
***
Nick memanahkan pandangan matanya pada
pemandangan di hadapan. Tangannya tak lepas dari memegang telefon bimbitnya dan
ditekap pada telinga. Mahu terbakar telinganya dek terlalu lama meletakkan
telefon bimbit pada telinga. Dari tadi dia menjadi pendengar setia bebelan
papanya. Sememangnya dia tidak membantah dan hanya menguncikan mulut tanpa mahu
bersuara. Dia sudah lali mendengar bebelan papanya itu.
“Nick
bila nak balik KL ni? Jangan terlalu ikutkan sangat perasaan tu. Kalau Nick tak
dapat Risya, ada banyak lagi perempuan yang nak kat Nick. Papa tahu.
Baliklah nak. Kami risaukan Nick. Nick pun tak
nak beritahu kat mana Nick berada. Tok Idham pun asyik murung semenjak Nick
keluar dari rumah menghilangkan diri. Nick tak kesian ke dengan atuk kamu tu?”
Pujuk Nik Baharuddin.
Satu keluhan terbit
dari bibirnya. Nick mengetap bibir kemudiannya. Kalau bukan kerana Risya yang
meninggalkan dirinya, dia pasti tidak bersikap sebegini. Semuanya gara-gara,
Nur Erisya Kamal!
“Pa...Tak perlulah
risau pasal Nick. Nick okey je. Yang penting papa tahu Nick selamat. Pasal atuk
tu, Papa kirim salam kat dia ya? Jangan risau. Dalam masa 1 minggu lagi, Nick
akan balik. I just need some time alone to recover my feeling.” Jawapan Nick
menyebabkan Nik Baharuddin mengeluh lemah.
“Baiklah. Nanti Papa
sampaikan salam tu. Jangan skip makan pula kamu tu. Bukan Papa tak tahu selera
makan kamu tu dah berubah. Kalau boleh tak nak makan langsung! Itu yang buat
Papa risau pasal kamu ni.”
“Don’t worry. I will be
alright. Nick akan makan ikut masa.” Nik Baharuddin berasa sedikit lega
mendengar jawapan daripada anaknya itu.
“Promise me that you
will eat. Okey?”
“Yes! I promise, Pa.”
Simpul Nick mengikat janji pada suruhan papanya itu.
Nick meletakkan telefon
bimbitnya di atas meja kaca bulat di sisi. Matanya memanah pada pemandangan
pantai yang damai. Teringat kembali saat bersama Risya ketika di Kelantan
dahulu. Begitu bahagia dirinya sewaktu itu. Kalau boleh mahu dihentikan masa
agar perasaan bahagia itu takkan hilang sampai bila-bila.
‘Risya, where are you
now? I need you and I miss you so much! Ya Allah, Kau pertemukan kembali
bidadari hatiku. Hidupku rasa begitu kosong tanpa dirinya di sisi. Walaupun
diriMu tetap yang utama, ya Allah...tapi, aku tetap memerlukan pendampingku.
Aku hanya hambuMu yang lemah, yang memerlukan seseorang di sisi. Namun, tidak
pernah aku biarkan hati ini mengikut kata nafsu. Aku cintakan dia kerana
diriMu, ya Allah. Sesungguhnya, cinta buat Mu tetap yang pertama di hatiku...’
rintih hatinya yang perit menanggung derita dan kecewa.
Diingatkan dirinya pada
Ilahi agar tidak kecundang dalam menghadapi dugaan kecil sebegini. Kalau tidak,
pasti sahaja perkara yang tidak diingini berlaku. Syukurlah, dia tetap
berpegang teguh dengan agamanya. Tidak terkandas dalam jalan yang sesat.
Sememangnya syaitan itu akan sentiasa menyesatkan cucu Adam agar mengikut
jejaknya hingga ke neraka. Nauzubillah.
Tok tok tok!
Ketukan pintu
benar-benar mengejutkannya dari lamunan panjang. Nick berpaling dan bergerak menuju
ke pintu bilik hotel yang didiaminya. Sempat lagi dia melihat gerangan di
sebalik pintu pada lubang pintu bilik tersebut. Sebaik sahaja melihat wajah
gadis yang berada di depannya sekarang, hatinya berasa begitu menyampah. Begitu
meluat hatinya melihat kewujudan gadis itu. Kenapa perlu sekarang mereka
dipertemukan kembali? Di sini pula tu.
Pertama kali
menjejakkan kaki di negara di bawah bayu ini, tanpa disangka dia bertemu
kembali dengan gadis yang pernah membuat hatinya bergetar hebat. Gadis yang
membuat dia berubah 360 darjah dan menjadi kasanova, dengan mempermainkan
perasaan wanita tanpa memikirkan natijahnya. Gadis yang telah lama dilupakannya
semenjak zaman sekolah lagi kini kembali menjelma di dalam hidupnya.
“Nick, nak lunch dengan
I tak?” Soal gadis yang memakai baju dress labuh tanpa seluar itu. Dari
pengamatan Nick, gadis ini tetap sama seperti dahulu. Sama seperti zaman-zaman
sekolah dahulu, pandai bergaya!
“I tak lapar lagilah,
Azura. I nak keluar sekejap.” Jawab Nick malas. Nick masuk semula ke dalam
bilik dan mengambil telefon bimbit dan juga dompet. Tengah hari itu, dia mahu
berjalan-jalan di sekitar kedai di tepi laut itu. Soal makan, awal tadi dia
sudah pun menjamah nasi ayam yang dipesannya dari restoran hotel di tingkat
bawah.
Wajah Azura sudah
monyok semacam. Dia memeluk tubuh sambil memuncungkan mulut.
“Alah...temankan I
sekejap. Sekejap pun bolehlah, ya?” Pujuk Azura dengan lenggok manjanya. Nick
menjeling tajam.
“I don’t wanna waste my
time Azura. Sabtu depan I dah nak balik KL. I datang sini pun sebab nak
tenangkan fikiran.”
“Tenangkan fikiran over
what? Patah hati?” Pintas Azura. Wajah Nick berubah sedikit mendengar tebakkan
Azura yang benar-benar mengena dengan situasi yang dialaminya sekarang. Azura
senyum kecil. Di dalam hatinya juga merasakan perkara yang sama kerana apa yang
dilakukan oleh Nick sama seperti apa yang dilakukannya sekarang.Dan apa yang
dirasakan oleh Nick juga dirasakannya sekarang. Kecewa!
“I..I nak ambil kamera
dulu. I’m sorry Azura. I tak dapat nak temankan you lunch. I need time alone.”
Ujar Nick sambil kakinya melangkah kembali ke dalam bilik dan mengambil beg
kecil Nikonnya. Azura masih tercegat di depan pintu. Hanya memerhati segala
pergerakan dan langkah Nick.
Sebaik Nick ingin
keluar dari bilik tersebut, Azura mula bersuara kembali.
“I understand your
feelings. That girl must be so special to you, right? It’s different from the
way you fall for me before.”
“Memang sangat berbeza!
She’s really special to me. Special to my heart. I love her and I feel hurt
right now. Begitu sukar untuk I lupakan dia. Dan I really miss her.” Begitu
senang Nick meluahkan perasaan pada gadis yang pernah bertapak di hatinya
ketika dia bergelar pelajar sekolah menengah dahulu.
Azura melepaskan
tangannya dan menepuk belakang Nick. Tidak dapat dinafikan bahawa hatinya
bahagia apabila dipertemukan kembali dengan Nick. Akan tetapi, dia teringat
akan kisah lalu yang menyebabkan lelaki itu terluka. Disebabkannya Nick berubah
menjadi Romeo. Berubah menjadi buaya darat. Semuanya kerana sikap angkuhnya
itu. Namun, seperti yang dijanjikan oleh Allah, segala perbuatan jahat yang
kita lakukan pasti akan mendapat pembalasannya. Tidak kiralah di dunia atau di
akhirat. Dia sedar dan insaf.
Kini, hatinya
dikecewakan oleh bekas suaminya sendiri. Perjalanan rumah tangganya tidak
sebahagia dan seindah yang disangkanya. Cinta yang berputik telah dikhianati.
Suami yang diharapkan hanya mempermainkan perasaannya sahaja. Remuk hatinya
setelah melihat perbuatan terkutuk suaminya bersama gadis lain. Sudahnya dia
mengambil keputusan untuk menenangkan minda dan juga perasaannya dengan bercuti
di Sabah.
“If you need me, I
always there for you.” Azura berlalu pergi tidak mahu menyesakkan perasaan Nick
sewaktu ini. Dia faham. Nick perlukan ruang untuk dirinya sendiri.
Nick meneruskan
hajatnya untuk berjalan-jalan di sekitar kedai yang berada di depan laut.
Sempat lagi tangannya menangkap gambar-gambar untuk dijadikan kenangan. Terlalu
banyak sudah gambar ditangkapnya. Sudah banyak tempat-tempat yang dikunjungnya.
Sambil membawa hati yang lara sambil itu juga melancong di dalam negara.
Malaysia juga punya tempat-tempat menarik untuk diteroka. Bak kata orang hujan
emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.
Jauh perjalanannya
sehingga dia berhenti di depan sebuah kedai buku. Keunikan design dalaman kedai
tersebut benar-benar menarik perhatiannya. Kedai buku yang bertemakan taman. Di
dalamnya terdapat kedai cafe kecil. Dek kerana terlalu haus, Nick masuk ke
dalam kedai buku tersebut dan memesan air.
“Capuccino blanded with
caramel satu ya, dik?” Nick membuat pesanan. Sementara menunggu, dia mendekati
rak buku yang menempatkan peta Sabah. Matanya ralat membelek peta tersebut
tanpa dia menyedari gadis yang berlalu keluar dari kedai buku tersebut. Bunyi
bell dari daun pintu membuat matanya beralih melihat pintu depan kedai
tersebut. Namun, tidak sempat matanya melihat gerangan yang baru sahaja keluar
tadi.
Risya tergesa-gesa
keluar dari kedai bukunya dan membolos masuk ke dalam kereta. Dihidupkan enjin
kereta. Tidak lama kemudian, pantas saja kereta tersebut berlalu pergi.
“Aduh! Kenapa boleh
lupa nak ambil Aqish dari nursery?” Sempat lagi aku mengetuk-ngetuk kepala dek
kerana terlalu leka dengan kerja di kedai buku. Mujurlah ada Cyntia, pekerja
baruku yang dapat membantu menyelesaikan stok-stok buku baru untuk ditulis di
dalam buku rekod. Tidak dinafikan, membuka kedai sendiri sememangnya pekerjaan
yang mencabar buat diriku. Apa tidaknya? Segala hal berkaitan dengan kedai buku
tersebut diurusku. Walaupun Ajai juga merupakan rakan sebisnesku. Tetapi, dia
juga masih ada pekerjaan yang lain perlu dikendalikan.
Sebelum keluar dari
kedai buku, sudah aku memberi pesanan kepada Ajai agar datang menjaga kedai
buku. Sementelah dia tidak punya apa-apa kes, jadi senanglah untukku memberi
tugas mengendalikan kedai tersebut sementara ada kerja lain yang perlu aku
uruskan. Dalam 10 minit kemudian, Ajai akan datang ke kedai dan menggantikan
tempatku. Aku sudah berjanji dengan Zue untuk mengambil Aqish sebelum masanya.
Langsung, aku terlupa akan janji itu. Aduh! Harap-harap sempatlah aku sampai ke
sana. Tidaklah Aqish menangis merengek bila dia tercari-cari akan mamanya.
Hari ini, Zue terpaksa
balik lewat kerana hal kerja yang perlu diuruskan. Awal pagi tadi sudah diberi
pesanan agar mengambil Aqish lebih awal. Sekali lagi aku mengetuk kepalaku.
“Kalau Aqish menangis
sat lagi, terpaksalah aku bawak dia ke pantai. Hanya dengan cara tu sajalah dia
boleh berhenti menangis.” Sempat lagi mindaku memikirkan cara-cara untuk
memujuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun itu nanti.
***
Aku menggigit bibir melihat air mata
yang tak henti-henti menggelongsor ke pipi si kecil. Rasa bersalah menggamit
hati. Cepat-cepat aku tarik tubuh kecil itu dan dibawaku ke dalam kereta. Aku
memasangkan tali pinggang untuknya dan mengambil botol susu yang sudahku
siapkan untuknya sebelum sampai ke nursery tadi.
“Ala
Aqish...Aunty minta maaflah sebab lewat sampai. Kalau Aqish marah kat aunty,
aunty bawak Aqish pergi pantai okey? Kita main layang-layang nak? Kita main
kite! Jom kita main kite?” Lembut sahaja tuturku ingin memujuk Aqish.
Tersedu-sedan si kecil sambil menyeka pipinya.
“Nah,
ambil botol cucu ni. Aqish minum susu tu dulu. Aunty bawa pergi pantai, okey?”
Sekali lagi aku memujuknya dengan memberi botol kecil kepadanya. Perlahan-lahan
tangisannya mula reda. Aku menarik nafas lega. Terlanjur berjanji, akanku bawa
si kecil bermain layang-layang di pantai yang berdekatan dengan kedai bukuku.
Kalau ada apa-apa hal, senang saja aku datang ke situ.
Tangisan
tadi sudah bertukar dengan sorakkan. Aqish melompat-lompat melihat
layang-layang yang sudahku naikkan ke atas. Terbang ditampar angin yang
sepoi-sepoi bahasa. Nasib baiklah cuaca hari ini tidak terlalu panas tetapi
tidak pula mendung. Semestinya cuaca sebegini menyebabkan ramai pengunjung yang
datang ke pantai ini.
Melihat
Aqish yang tersenyum girang, hatiku berasa sedikit lega. Aku mendongak melihat
langit. Banyak pula layang-layang berterbangan. Bermacam-macam jenis yang ada.
Ada pula bentuk seperti ikan pari. Bentuk seperti burung helang. Memang
menarik! Manakala layang-layang Aqish pula mempunyai gambar kartun kesukaannya.
Apa lagi, Ben10 la. Ha ha ha.
“Aunty,
Qish nak pegang tali boleh?” Pinta si kecil. Tangannya ditadah ingin mengambil
tali dari tanganku. Bibirku menyimpul senyuman lebar. Aku mengangguk laju.
“Boleh
sayang. Meh dekat sini. Dekat dengan aunty, takut tali tu terlepas pula.”
Tanganku masih tak lepas dari memegang tali layang-layang tersebut. Kejap
mataku memandang Aqish, kejap mataku memandang layang-layang. Takut pula
kalau-kalau tali layang-layang tersebut putus dek tersimpul dengan tali
layang-layang orang lain. Mahu merajuk budak kecil ni nanti. Payah nak pujuk.
Layang-layang favourite dia tuh!
Aqish
mendekatiku. Aku duduk mencangkung dalam masa yang sama tanganku cuba menarik
layang-layang tersebut agar tidak jatuh ke tanah. Aqish menghulurkan tangannya.
Belum
sempat aku menyerahkan tali tersebut pada Aqish, tali tersebut terlepas dari
tanganku. Melongo mulutku melihat tali layang-layang yang sudah terbang pergi.
Muka Aqish sudah merah-kemerahan. Matanya sudah mula kabur dek air mata yang
sudah bertakung di tubir mata. Aku menggigit bibir. Cepat-cepat aku mendongak
ke atas. Nampak layang-layang Aqish yang melayang jatuh.
Lama
mataku memerhati layang-layang tersebut. Akhirnya, layang-layang tersebut jatuh
di atas sebatang pokok tidak jauh dari kedudukan kami. Aku menggamit Aqish
untuk pergi ke sana.
“Alamak,
Aqish. Ben10 tersekat dekat ranting tulah,”
“Aunty
pee..pergilah tolong ambilkan...Huhuhu...” Rengek si kecil. Dek rasa bersalah
melihat wajah Aqish yang sudah lecun dek air mata, aku mendekati pokok
tersebut. Sempat mataku menilik sekeliling.
Okey,
clear! Dengan lagak beraninya, aku memanjat pokok tersebut. Ketinggianku yang kecil
molek ini menyukarkanku mendapatkan layang-layang yang masih tersangkut di atas
ranting tersebut. Jadi, terpaksalah aku melompat sedikit ingin mengambil tali
yang sudah melilit di dahan pokok tersebut.
Namun,
malang tidak berbau. Kaki yang asyik melompat ni, tersalah pijak pula.
“Arggghhh!!”
Aku
memejamkan mataku rapat. Namun, banyak pula persoalan yang menerjah benakku. Eh?
Asal aku rasa kakiku tak mencecah tanah ya? Bukan orang jatuh mesti ada bunyi macam
nangka jatuh ke? Asal aku tak rasa sakit pun ek? Tiba-tiba, mata yang tertutup rapat
dibuka luas.
Dada
yang tenang terasa dipanah petir. Kini, ombak pula menampar hati sehingga
bergetar seluruh tubuhku melihat gerangan yang menyambutku dari terjatuh
menyebam tanah. Gerangan yang sememangnya sudah mendapat tempat di dalam hatiku
semenjak dulu lagi. Semenjak dirinya hadir dalam hidupku. Gerangan yang sering
singgah dalam mimpi-mimpi laluku sehingga kini. Rindu yang sering bertamu sudah
terubat jua. Perlahan-lahan, bibir yang menggeletar menyebut sebaris nama itu.
“Nick?”
Siapa
sangka, kalau sudah suratan takdir itu tertulis dialah jodoh bagiku, tidak kira
ke mana saja aku pergi ke mana saja aku menghilang dia tetap muncul hadir dalam
hidupku. Ya Allah, benarkah dia yang tercipta untukku? Benarkah dia lelaki yang
tersurat untukku?
“Risya?”
Wajah Nick juga nampak begitu keliru. Sudahnya, kami kaku sebegini.
Berpandangan antara satu sama lain tanpa sepatah kata. Tergamam melihat
kewujudan masing-masing setelah 2 bulan tidak bertemu.
Best...#^_^
ReplyDeleteAkhirnya Nick & Risya bertemu kembali...#^_^
Hahaha...yey... !! :D
DeleteCEPATLAH SAMBUNG LAGI
ReplyDeleteHehehe...Sbr nooo... :D
DeleteBest,,,,,, so schweetttt !!!!
ReplyDeleteHehehe...Thank u.. ^-^
DeleteAkk..nie ending nye ke??:'(
ReplyDeleteX..ada lg.. :D
DeleteBile nk update n3 baru???da rndu sgt da...
ReplyDelete