Selepas melepasi imigresen, segera kakinya melangkah untuk mendapatkan bagasi. Sementara menunggu, dia mengambil telefon bimbit dan ditekap pada telinga sesudah menekan skrin mendail nombor pemandu peribadinya. Beberapa saat kemudian talian berjawab.
“Hello Zarif, saya dah sampai kat KLIA. Awak dah sampai ke?” Langkahnya disegerakan menuju ke luar mencari kereta yang dipandu oleh pemandu peribadinya. Dia tidak suka kalau pemandunya lambat datang dan dia terpaksa menunggu mereka. Pantang baginya pekerja yang tidak menepati masa. Dan kerana itulah, pekerja-pekerja merungut dengan sikapnya yang terlalu ‘bossy’. Tidak pernah mahu bersimpati kepada sesiapa. Setiap kali pekerjanya tidak menepati kehendaknya, pasti akan dipecat. Itulah Eric, pemuda ‘bossy’!
“Good, saya suka cara awak bekerja. Sampai tepat pada masanya. Keep it up. Here, saya belikan awak sedikit buah tangan dari kota London.” Dia menyerahkan sepaket gula-gula madu kepada pemandunya.
Walaupun Eric seorang yang ‘bossy’, tetapi hatinya tetap baik. Dia tidak pernah lupa pada pekerja atas segala usaha yang mereka telah lakukan. Pasti akan ada barang atau buah tangan untuk pekerjanya yang setia.
“Terima kasih boss.” Pemandu itu menyambut buah tangan itu.
Pintu kereta dibuka untuk Eric dan Eric segera masuk ke dalam. Di tempat duduk bersebelahan dengan pemandunya, pembantu peribadinya setia menunggu.
“Selamat datang boss.”
“Ya, Uncle Harun. Buah tangan uncle pun saya ada bawa sekali. Nanti jangan lupa ambil tau. Now, can you tell me my next schedule?”
Setelah habis menguraikan semua jadual, Eric bersuara lagi, “Uncle, today can you cancel the meeting. Penatlah, I need some rest. Can you handle the others?”
“Baik, Eric.” Jawab Uncle Harun sambil mencatakan sesuatu pada buku diarinya. Eric mengeluh lemah, lalu matanya dipejam seketika.
Setelah menyiapkan sarapan pagi bersama Mak Bedah dan Puan Sri Harisah di dapur, tangan Elaine ditarik seseorang ketika dia tengah leka menyusun pinggan-pinggan di atas meja untuk orang-orang gaji di situ. Elaine menoleh di sebelah. Puan Sri Harisah sudah menariknya naik ke atas di ruang berehat di tingkat 2.
“Elaine, Elaine tahu tak hari ni Eric nak balik?” Soal Puan Sri Harisah setelah memastikan tiada sesiapa yang berada di situ.
“Mulanya, Elaine tak tahu. Tapi, bila dengar dari pembantu rumah yang lain, barulah Elaine tahu Eric nak balik pagi ni,” Jawab Elaine terus-terang.
Puan Sri Harisah mengangguk dan menyimpul senyuman manis kepada bakal menantunya itu.
“Elaine tak rasa canggung bekerja di sini? Selesa tak?” Puan Sri Harisah berpindah soal berkenaan dengan Eric dan bertanya keadaan Elaine pula.
“ Saya rasa macam biasa saje Puan Sri. Selesa tu, memanglah selesa. Malah lebih selesa berbanding di kampung,” Senyuman Puan Sri Harisah sedikit mengendur apabila mendengar panggilan Elaine membahasakan dirinya sebagai Puan Sri. Sudah banyak kali dia menegur Elaine agar memanggilnya Aunty sahaja, tetapi Elaine tetap berdegil dan masih mahu memanggil Puan Sri Harisah dengan gelaran Puan Sri.
Sebelum ini, Puan Sri Harisah sudah memaklumkan kepada Elaine untuk memanggilnya Aunty walaupun bila berada di depan pembantu rumah yang lain. Puan Sri Harisah teringat semula ketika Elaine baru sahaja menampakkan diri di villanya.
Elaine mengemas dapur yang sedikit berselerak itu. Dalam hati dia merungut. Apa guna orang gaji yang banyak kat sini ya? Tak pernah buat kerja ke?
“Elaine, Puan Sri panggil kau.” Ucap salah seorang orang gaji di vila itu. Mata orang gaji itu menjeling tajam pada Elaine. Elaine hanya menyambut dengan selamba malah ekspersinya tetap tak menunjukkan yang dia takut pada ‘senior’ nya itu.
Elaine menuju ke ruang tengah villa yang besar itu. Dia menunggu Puan Sri Harisah mengakhiri perbualannya dalam telefon. Sambil itu matanya melirik memandang sekitar ruang rumah.
“Elaine, Elaine tahu tak kerja apa yang Elaine perlu buat?” Soal Puan Sri Harisah ragu-ragu sesudah dia mematikan telefonnya tadi. Dia rasa pelik melihat gaya Elaine seperti patung sahaja.
“Tahu.” Jawab Elaine singkat.
“Elaine buat je lah apa-apa yang Elaine boleh buat kat rumah ni. Kalau Elaine penat, Elaine berehat je lah.” Mata Elaine mula merayap ke kiri dan ke kanan.
“Saya tak kisah kalau Puan Sri nak arahkan saya buat apa-apa kerja.” Puan Sri Harisah rasa bersalah. Elaine memang pelik. Kenapalah suaminya ingin menjodohkan perempuan sebegini dengan anaknya? Tak ada gadis yang lebih normal ke?
Dia menilik wajah Elaine. Budak ini ada rupa.Cuma satu je kurangnya. Ekspresi muka yang mewarnai wajahnya. Muka macam tunggul. Mulut muncung aje. Tak tahulah nak bezakan yang dia gembira ke tak sekarang ni. Tetapi oleh kerana ini atas arahan suaminya, Puan Sri Harisah turutkan juga. Malah dia kenal dengan sahabat suaminya itu.
“Puan Sri, kalau puan sri tak perlukan saya, saya rasa saya perlu minta diri dulu.”Ucap Elaine lambat. Puan Sri tersentak mendengar kata-kata Elaine.
“Elaine, panggil saja Aunty. Lagipun Elaine pun bukannya orang luar. Elaine Aunty dah anggap macam anak Aunty sendiri. Nanti lepas kahwin dengan Eric, Elaine kena panggil Aunty, mummy pula.” Puan Sri Harisah mengulum senyuman mesra, tetapi disambut hambar oleh Elaine. Senyuman Puan Sri Harisah segera mengendur.
“Elaine tak suka ke?” Soal Puan Sri Harisah ragu-ragu.
“Elaine tak kisah Puan Sri. Elaine rasa, Elaine kena masuk ke dalam dulu. Ada kerja yang masih belum siap.” Puan Sri Harisah mengangguk. Matanya masih melekat memandang gerak-geri Elaine. Dia mengeluh. Betul ke apa yang suami dia buat ni? Adakah Elaine jodoh yang sesuai untuk Eric? Ketika itu anaknya tiada di situ. Eric pergi outstation untuk menguruskan hal kerjanya.
Kini, hanya Eric yang diharap untuk mengendali syarikat milik keluarga itu. Manakala suaminya hanya menjadi pemerhati dan pemegang syer yang terbesar bagi syarikat keluarga tersebut.
‘Apalah yang akan terjadi kalau kedua-duanya disatukan?’ Puan Sri Harisah sudah resah memikirkan masa depan anaknya.
“Insya-Allah,Sah. Mereka akan kekal bahagia. Kita berdoa je lah supaya rancangan kita nak jodohkan mereka berdua berhasil.” Kata-kata suaminya menjadi penguat semangatnya.
“Puan Sri, saya meminta izin untuk ke bilik Puan Sri, nak mengemas apa-apa yang patut,” Pinta Elaine sebaik sahaja melihat Puan Sri Harisah yang mengelamun di depannya. Tersentak Puan Sri Harisah ditegur sebegitu. Cepat-cepat Elaine meminta maaf kerana membuat Puan Sri Harisah terkejut.
“Tak apa. Boleh pula Aunty mengelamun tadi. Elaine cakap apa tadi?”
“Saya nak ke bilik Puan Sri. Nak bersihkan bilik Puan Sri, kalau Puan Sri izinkanlah.”
“Eh, tak perlulah Elaine. Buat apa susah-susah nak kemaskan bilik Aunty dengan Uncle? Selalunya, Aunty akan buat sendiri. Ada masanya, Aunty akan kemaskan bilik tu dengan Uncle jugak. Saling bantu-membantu bagi pasangan suami isteri tu amat dialu-alukan. Malah, boleh merapatkan lagi hubungan suami isteri,” Tegah Puan Sri Harisah meghalang Elaine dari mengemas kamarnya. Pada hujung ayatnya, diselitkan sedikit nasihat kepada Elaine. Tahu bahawa tidak lama lagi, Elaine akan menjadi menantunya. Jadi, tidak salah kalau dia memberi sedikit kata-kata nasihat.
Elaine akur dan ingin bertanya tentang Tuan Sri Hamdan yang sudah beberapa hari tidak berada di villa tersebut. “Puan Sri, Tan Sri belum balik lagi ke? Semenjak pertama kali berada di villa ini, sekali itu sahaja saya nampak Tan Sri. Dia ada business trip ke?” Puan Sri tersenyum mendengar pertanyaan Elaine berkenaan dengan suaminya. Sejuk hatinya mendengar pertanyaan itu. Nampak Elaine seperti mengambil berat tentang bakal bapa mertuanya juga. Walaupun rupanya tak ubah macam tunggul, tapi dirinya tetap punya perasaan ingin tahu dan prihatin terhadap mereka suami isteri. Itulah yang menyebabkan Puan Sri Harisah berasa sedikit selesa bila bersama Elaine. Elaine sangat mengambil berat tentang orang sekelilingnya.
“Uncle bukannya ada business trip pun. Tu trip lain. Trip nak meluangkan masa lapang bersama teman-temannya. Uncle tu memang gemar memancing. Kalau seminggu tak keluar daerah pergi memancing, tak duduk senang dia di villa ni sahaja. Pasti akan dilakukannya di kala rasa bosan mula menular di hatinya. Jadi, tak hairanlah kalau tak nampak muka Tan Sri di villa ni. Memancing saja jawabnya,” Jawab Puan Sri Harisah. Mindanya mula memikirkan wajah si suami tercinta. Rindu pula rasanya bila tiada suami di sisi. Sanggup dia membenarkan Tan Sri Hamdan meninggalkan dirinya semata-mata ingin suaminya mengisi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah sebegitu. Biarlah. Sudah tua sebegini, inilah satu-satunya masa bagi mereka melakukan hobi yang digemari. Tidaklah duduk macam orang bodoh di rumah sahaja. Malah, suaminya juga membenarkan dia melakukan kerja-kerja amal di dalam kelab persatuannya.
“Emmm...Puan Sri beritahulah kat mana bilik yang perlu saya kemaskan dulu.”
“Elaine tak nak sarapan pagi dahulu? Jomlah sarapan pagi sama-sama,” ajak Puan Sri Harisah. Elaine menggeleng.
“Perut saya masih belum lapar lagi. Lagipun, tadi sudah diisikan sedikit,” Elaine menolak pelawaan Puan Sri Harisah.
“Oh, ye ke? Tadi makan apa?” Soal Puan Sri Harisah pula. Bebola mata Elaine mula bergerak ke kiri dan ke kanan. Serba salah ingin menjawab pertanyaan Puan Sri Harisah. Pasti Puan Sri Harisah menganggap dirinya seorang yang pelik. Perlahan-lahan dia menjawab.
“Butter,” Tercengang-cengang Puan Sri Harisah mendengar makanan yang disebut oleh Elaine. Dia mengelip-ngelipkan mata bagai tidak percaya.
“Oh, roti dengan butter ya?” Puan Sri Harisah cuba berfikir logik. Perlahan-lahan Elaine menggeleng.
“Tak. Makan butter je,” Puan Sri Harisah terdiam seketika, cuba memproses kata-kata yang diungkapkan oleh Elaine tadi.
‘Makan butter? Ada ke orang makan butter sahaja? Tak pernah dibuat orang pun...’ Bisik hati Puan Sri Harisah. Dia menelan liur. Ragu-ragu pula dengan bakal menantunya ini. Dia ni betul ke tidak? Persoalan itu bermain-main di benak hatinya. Lalu dia membiarkan sahaja, tidak mahu mengendahkan perkara remeh-temeh sebegitu.
‘Apa-apalah.’
“Errr...Elaine tak lapar tak apalah. Elaine pergilah kemaskan bilik Eric di hujung sana. Lepas tu, Elaine boleh kemaskan bilik Eryl sekali. Hari ni, adik Eric nak balik juga. Dia dengar abang dia nak balik, dia pun nak balik sekali. Bosan katanya kalau tak ada abang longnya tu. Sebab tulah Elaine tak nampak Eryl di sini. Dia pi duduk kat rumah sewanya berdekatan dengan kampusnya di UM. Aunty beri kebenaran duduk kat kondo mewah di situ, dia tak nak. Dia nak belajar berdikari katanya. Duduk serumah dengan geng-geng belajar barulah dia rasa thrill sikit. Entah apa-apalah budak tu. Orang beri dia free kondo, dia tolak. Nak jugak bayar duit rumah sewa,” bebel Puan Sri Harisah tanpa sedar bila semua yang berkaitan dengan anak bongsunya itu diungkit. Mahu sahaja Elaine tergelak mendengar bebelan Puan Sri Harisah itu. Tetapi, apakan daya, diakan ‘tugu tak bernyawa’.
“Tak apalah Puan Sri. Budak-budak zaman sekarang lebih mahu mencuba berbanding meminta semuanya dari parents. Baguslah tu,” Ujar Elaine. Puan Sri Harisah mengulumkan senyuman lagi.
“ Puan Sri pergilah breakfast. Saya ke bilik Tuan Muda dulu,” Pinta Elaine ingin meminta diri ke bilik anak sulung Puan Sri Harisah.
“Buat apa panggil dia Tuan Muda? Panggil je Eric. Tak payah bertuan muda sangat. Naik lemak budak tu nanti,” Puan Sri Harisah terus beredar sejurus melepaskan Elaine ke bilik anaknya. Kakinya melangkah ke dapur ingin bersarapan bersama pembantu rumah yang lain.
Elaine membuka pintu bilik milik bakal suaminya. Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik dan masuk ke dalam. Elaine menutup kembali pintu bilik dan matanya sudah menjalar ke serata bilik luas yang sedikit kelam tersebut. Elaine membuka suis lampu di dinding dan serta-merta bilik menjadi terang-benderang.
Dilihatnya semua susunan perabot berjenama di dalam bilik tersebut nampak begitu teratur dan kemas. Malah cadar katil Queen Size tersebut masih terletak elok. Di kedua-dua sisi katil terdapat lampu tidur di atas meja kecil tersebut. Di depan katil terdapat sebuah sofa panjang berwarna krim serta meja kaca dan sebuah set home theater lengkap. Bukan alang-alang lagi saiz televisyen di bilik peraduan suaminya ini, macam pawagam pun ada. Bilik yang bercat krim lembut tersebut nampak begitu elegen sekali.
Bersebelahan dengan set home theater tadi, terdapat meja tulis yang lengkap dengan komputer diletak senget sedikit dan terdapat rak-rak buku di belakang meja tulis tersebut.
Di sebelah kanan katil, terdapat sliding door ke beranda yang di tutupi dengan langsir berwarna maroon.
Kaki Elaine masih terpaku di depan pintu bilik. Disebelah kirinya terdapat meja solek dan cermin panjang. Elaine mengalih matanya di sudut sebelah kanan tempat dia berdiri. Terdapat sebuah bilik kecil yang menempatkan segala baju, kasut, dan beg kerja tersusun di almari. Di tengah-tengah bilik kecil tersebut terletak almari kecil berkaca yang menempatkan susunan cermin mata, jam tangan dan tali leher pelbagai jenis.
‘Mewah benar hidup bakal suamiku ni. Macam manalah kalau dia duduk di rumah aku yang berbeza bagai langit dan bumi tu. Apalah hebatnya rumah separuh kayu berbanding dengan villa ni? Ternyata begitu kontras sekali.’ Elaine sudah memikirkan tentang apa yang terjadi sekiranya Eric berada di tempatnya setelah mereka menjadi suami isteri nanti. Pasti canggung bukan?
Elaine keluar dari bilik kecil tersebut dan menuju ke bilik yang berada di sebelah katil tadi. Pintu bilik tersebut tertutup.
‘Pasti tu bilik air,’ teka Elaine. Dia membuka juga pintu bilik air dan melihat keadaan bilik air tersebut. Bilik air tersebut juga nampak begitu mewah dan ‘gah’ sekali. Nampak masih bersih dan tidak perlu untuk dibersihkan lagi sebenarnya.
Setelah lama melihat sekeliling, Elaine bercadang untuk memulakan tugasnya dengan menukarkan cadar katil Eric. Cadar dan sarung bantal ditukarnya dengan yang baru dan dimasukkan ke dalam bakul besar berdekatan dengan bilik mandi tadi. Ingin dibawa ke bilik mesin basuh nanti untuk dicuci.
Elaine bergerak ke sliding door dan membuka langsir yang ditutup tadi. Bilik yang tadinya kelam sudah berubah cerah. Elaine menutup suis lampu dan berpuas hati melihat bilik sudah cerah sebegini.
Dia meneruskan lagi kerjanya dengan mengelap meja tulis dan menyusun sedikit kertas-kertas di atas meja. Kemudian, Elaine mengambil pembersih hampagas di bilik peralatan di tingkat 2 itu.
Setelah berpuas hati, Elaine menyimpan kembali pembersih hampagas ke bilik tadi dan masuk semula ke bilik Eric. Dia melihat sekeliling bilik ingin memeriksa lagi. Tangannya menggaru leher yang terasa gatal. Tiba-tiba dia tersedar, rantai dileher sudah hilang. Elaine berasa kalut. Rantai leher tersebut amat bermakna baginya. Mata Elaine mula meliar lagi, mencari rantai yang mungkin tercicir di mana-mana.
Kereta Mercedes mewah sudah terpakir di luar kawasan villa. Eric segera keluar dari perut kereta. Pintu gerbang villa dibuka dan semua orang gaji di villa tersebut berbaris menunggu kepulangan tuan besar itu.
“Selamat datang tuan”
“Ya, terima kasih. Awak semua boleh kembali buat kerja awak. And kalau boleh, berhenti buat ‘entrance’ yang gah macam ni. Saya tak suka!” jawab Eric pantas. Dia segera menuju ke biliknya. Sempat lagi dia menyapa Puan Sri Harisah yang bersilisih dengannya tadi.
“Mummy, I’m tired. Sorry, tak dapat makan breakfast sama-sama. Eric nak tidur dulu.”
“Okay my dear. Tapi…” Puan Sri belum sempat menghabiskan ayatnya apabila Eric sudah masuk ke dalam bilik.
Eric melihat langsir di dalam biliknya terbuka. Dia menuju ke depan sliding door tersebut dan menutupnya kembali. Beg briefcase dicampak ke tepi dan dia terus melompat ke atas katilnya.
‘Ah, sedapnya tidur.’ Bisik hatinya. Matanya sudah terpejam ketat.
Elaine pula tersedar bahawa bilik yang tadinya cerah sudah kelam semula. Dia terdengar bunyi katil yang sudah berkeriut dan terasa sedikit bebanan di atas belakangnya.
Sebenarnya, Elaine berada di bawah katil Eric ingin mencari-cari rantai yang hilang tadi. Dia perasan sesuatu yang berkilauan di bawah katil, lalu menyorok ke bawah. Belum sempat dia ingin keluar dari bawah katil tersebut, penglihatannya menjadi kabur kerana keadaan sekeliling menjadi gelap secara tiba-tiba. Perlahan-lahan dia mengengsot keluar dari bawah katil tersebut.
Belum sempat ingin melayan mimpi yang indah, tiba-tiba langsir biliknya dibuka luas sehingga menyebabkan lenanya terganggu.
“Siapa yang berani ganggu tidur aku ni?!” bentak Eric lantang. Matanya terus terbuka luas dan api kemarahan sudah menyala-nyala pada matanya.
“Saya.” Jawab Elaine selamba. Mata Eric bulat memandang gadis yang berani menjawab katanya tadi. Terkejut bukan kepalang lagi bila melihat seorang gadis yang berada di bilik tidurnya itu. Makin meluap-luap perasaan marah terhadap gadis yang asing di matanya.
“Who the HELL are you?!” Marah Eric.
No comments:
Post a Comment