Setelah meletakkan ubat di sisi katil Haji Mukhri, Karmiza menutup pintu kamar dengan perlahan. Tidak mahu mengganggu tidur atuknya. Dia memandang jam yang tergantung di dinding. Sudah pukul 2. 30 pagi. Suaminya masih belum balik lagi. Karmiza sudah mula berasa ngantuk lalu dia menuju ke tingkat bawah mahu meneguk air kosong sebelum tidur.
Bunyi kereta dari luar menarik perhatiannya. Karmiza segera menjengah di luar tingkap. Senyuman sudah lebar menghiasi wajahnya. Gembira akan kepulangan suami di sisi. Cepat-cepat dia membukakan pintu untuk suaminya.
Belum sempat dia menyapa Saifullizan, senyuman di bibir terus mati sebaik sahaja bau yang tak enak menjengah hidungnya. Kembang kempis hidungnya mencium bau hanyir itu. Mahu sahaja termuntah di situ. Dia benar-benar tidak tahan dengan bau busuk itu.
Saifullizan masuk tanpa mempedulikan ekspirasi isterinya. Dia sudah tahu, pasti Karmiza memikirkan yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi bau arak itu ternyata kuat sekali. Dari jauh Karmiza sudah menutup hidungnya.
“Abang dah balik?” Suara Karmiza terdengar sedikit sengau dek hidung yang dipicitnya. Saifullizan menahan gelak bila mendengar suara sengau itu. “Kalau aku belum balik, tak adalah aku kat depan pintu ni,” Bidas Saifullizan.
‘Eh? Pandai pulak dia jawab soalan aku. Nampak macam masih waras. Tak ada pun tanda-tanda dia tengah mabuk. Kalau tak, dah lama jalan macam ular kena palu. Terhuyung-hayang. Ni aku tengok, straight je dia jalan. Waraslah tu,’ Simpul Karmiza dalam hati. Serta-merta, senyuman yang mati tadi kembali terukir di bibir.
Saifullizan menjeling pada isterinya. Pelik melihat Karmiza yang tersenyum lebar. Tiada satu pun bebelan yang terkeluar dari bibir munggil itu. Yang dia lihat hanyalah senyuman sampai ke telinga. Hairan bin pelik!
“Awak dah makan belum? Lauk masih ada kat dapur. Saya boleh panaskan untuk awak,” Karmiza masih berdiri di sisi suaminya sambil tangan tak lepas dari memicit hidung. Dahi Saifullizan sudah bercantum. Karmiza langsung tiada tanda-tanda marah pada bau busuk yang melekat pada tubuhnya. Malah, dilayannya lagi dengan baik dan masih mahu menghidangkan makanan padanya. “Kau ingat aku ada selera ke dengan bau badan macam ni? Kau pun tak mampu nak cium bau busuk ni, kan?” Duga Saifullizan.
Karmiza menggeleng seraya tersenyum. “Saya tak kisah. Awak pergilah mandi dulu. Nanti saya hidangkan awak makan malam,”
“ Kau tau tak bau apa yang busuk kat badan aku ni?” Karmiza terdiam seketika. Dia menggeleng selepas itu. Tidak mahu menjawab pertanyaan suaminya walaupun dia tahu bau apa yang melekat pada badan suaminya.
Belum sempat Saifullizan ingin menjawab persoalan tadi, terdengar bunyi teguran kasar dari belakang. “ Kau mabuk, Epul?! Astaghfirullahalazim. Kau tak ubah macam mak bapak kau! Apa kena dengan kau ni Epul? Kau tak tahu ke mak bapak kau tu mati sebab apa? Tahu tak sebab apa?!” Tengkingan suara itu benar-benar menyentak hati Karmiza. Karmiza berasa bimbang yang amat sangat. Bimbang akan berlaku pergaduhan yang teruk di antara cucu dan atuk. Bimbang juga akan kesihatan Haji Mukhri yang akan terjejas dek amarah yang membuak diri. Laju sahaja kakinya menghampiri Haji Mukhri. Dipeluknya bahu atuknya dan berusaha untuk menenangkannya.
“Tuk, janganlah macam ni. Atukkan tak sihat. Bawak-bawak bersabar, tuk. Istighfar banyak-banyak. Jangan biarkan syaitan menghasut diri. Bersabar, tuk...” Karmiza memesan dengan suara yang lembut. Mata Haji Mukhri merenung tajam pada anak matanya. Karmiza berasa takut mahu menentang mata yang sudah kemerahan menahan marah.
“Miza, Miza jangan nak menangkan suami kamu ni! Kamu tahu tak bau busuk ni bau apa? Bau arak! Arak yang bisa merosakkan akidah manusia macam dia ni!” Jari telunjuk disasar tepat pada wajah Saifullizan. Saifullizan mengeluh lemah. Tiada langsung niat mahu mempertahankan dirinya walaupun dia tahu dia tidak bersalah. Dibiarkan sahaja atuknya menghamburkan amarah padanya. Dia sudah lali dengan segala tohmahan dari atuknya.
“Kau ni benar-benar mencabar kesabaran aku! Sudah bermacam-macam dosa yang kau lakukan! Kau masih belum mahu sedar lagi. Aku tahu macam mana nak sedarkan kau!” Sejurus itu, Haji Mukhri mengangkat tangannya ingin melempang wajah cucunya itu. Karmiza pantas menghalang kelakuan atuknya dan berdiri di depan suaminya bagai seorang penyelamat. Mata Karmiza menutup rapat, takut pula bila tangan itu hinggap padanya. Dia redha!
Haji Mukhri terkejut dengan tindakan pantas Karmiza menghalangnya. Tangannya sudah terhenti kaku. Bergetar tapak tangannya. Saifullizan pula sudah tercengang dan terkejut akan kelakuan Karmiza yang melindungi dirinya. Hadir satu perasaan halus yang sukar untuk dimengertikan.
Hampir sahaja tamparan itu dilayangkan pada wajah polos Karmiza. Karmiza kembali membuka mata. “Atuk, bukan saya nak menghalang atuk untuk menyedarkan cucu atuk ni. Tetapi, saya rasa bukan cara ni yang terbaik buatnya. Lagipun, saya rasa abang Epul tak bersalah!”
“Apa maksud kamu, Miza? Kamu jangan percaya sangat kat dia ni. Kalau mak bapak dia dulu pernah rosak sebab minuman haram tu, dia apa tah lagi!” Gertak Haji Mukhri hilang sabar. Terus tangannya dilekap pada dada yang sudah mula berasa sakit. Karmiza mula gelabah. Dipimpinnya Haji Mukhri masuk ke dalam bilik membiarkan Saifullizan terkontang-kanting di luar.
Karmiza membawa Haji Mukhri ke katil. Haji Mukhri duduk di tepi katil sambil tangannya tak lepas dari menekan dada. Karmiza mengambil ubat yang sudah disediakannya tadi di sisi katil. Diserahnya gelas yang sudah berisi air kosong kepada Haji Mukhri. Haji Mukhri menelan pil yang diberikan kepadanya.
Sejurus sahaja menelan pil ubat, Haji Mukhri menarik nafas panjang. Karmiza masih setia berdiri di sisi katil. Menunggu bicara atuknya. Memberi peluang kepada Haji Mukhri mahu meluahkan isi hati.
“Kenapa Miza halang atuk tadi? Dia tu patut diajar. Jangan dimanjakan sangat dia tu,” Ucap Haji Mukhri perlahan. Dia sudah kembali tenang dan mampu menahan sabar. Karmiza duduk di sebelah Haji Mukhri. Ditariknya tangan Haji Mukhri dan ditepuknya lembut. Dia mengulum senyuman manis pada Haji Mukhri. “Tuk, Miza buat macam tu bersebab. Miza tahu dia tak bersalah. Miza pasti tentang itu,”
“Tapi Miza, sudah terang lagikan bersuluh. Miza sendiri pun tahu pasal bau yang meloyakan tu. Seluruh badan dia berbau najis haram tu!” Haji Mukhri masih mahu menegakkan pendapatnya. Karmiza menggeleng perlahan.
“Saya percayakan dia, tuk. Saya percayakan suami saya. Dia tak mungkin minum benda haram tu. Sepanjang seminggu ni, saya perasan sesuatu. Tak kiralah dia balik lewat saban hari, tapi tak pernah pun saya tercium bau minuman keras tu sampailah hari ini. Lagipun, saya dah test dia. Nak tahu otaknya tu betul atau pun tak. Dan keputusannya, 110% positif clear!” Ujar Karmiza dengan yakin sekali.
“Habis tu, kalau dia tak pegang minuman haram tu, macam mana boleh bawa bau tu sampai ke mari?” Haji Mukhri masih mahu menduga keyakinan Karmiza. Karmiza terdiam seketika. Otaknya ligat mencari jawapan yang logik. Jari telunjuk bermain-main di dagunya. Lalu dia memetik jari.
“ Mungkin ada orang tertumpahkan minuman tu kot... Alah, tuk...Atuk percayakan pada Miza?” Karmiza mengemukakan persoalan pada Haji Mukhri pula. Haji Mukhri hanya mengangguk. “Jadi, kalau atuk percaya kat Miza, atuk kenalah percaya kat cucu atuk sendiri tu juga. Tak gitu? Diakan darah daging atuk juga,” Karmiza cuba melembutkan hati Haji Mukhri. Terdengar keluhan lemah daripada Haji Mukhri. Dia mengangguk lemah tanda mengalah. Sekarang dia hanya mampu menyerahkan segalanya pada Karmiza bagi membantu membentuk cucu tunggalnya itu.
Karmiza membantu membaringkan Haji Mukhri. Ditariknya selimut sehingga ke dada atuknya itu. Dia mengucapkan selamat malam dan memberi salam sebelum keluar dari bilik kamar tersebut. Bila sahaja dia kembali ke ruang tamu tadi, kelibat Saifullizan sudah tiada di situ. Matanya terus meluru ke tingkat atas. Pasti suaminya sudah naik ke bilik. Karmiza mendaki tangga dan menuju ke bilik tidur. Dipulasnya tombol pintu dengan perlahan. Saifullizan membelakanginya dan tidak sedar akan kehadirannya di situ. Kakinya melangkah mendekati Saifullizan yang masih leka mengelamun di balkoni.
Belum sempat dia mendekati Saifullizan, bau hanyir itu menjengah kembali ke rongga hidungnya.
‘Haish! Kalau ya pun tengah mengelamun sampai tak ingat dunia, janganlah sampai tak ingat bau badan tu jugak! Baju tu cubalah bukak! Sakit hidung ni, tau?!’ Sempat lagi dia merungut di dalam hati. Karmiza berusaha untuk bertahan dengan bau yang tidak enak itu. Tanpa di duga, Saifullizan berpaling menghadapnya. Wajah itu sudah keruh macam air parit yang keruh! Masam mencuka sahaja. Karmiza berdebar-debar saat mata suaminya tepat memanah matanya menusuk terus hingga ke hati. Aduh!
“ Kenapa kau back up aku?” Dimuntahnya jua persoalan yang sering bermain di mindanya. Saifullizan benar-benar pelik melihat Karmiza yang begitu mempertahankannya. Dia mahu meminta penjelasan dari isterinya sendiri. “Sebab awak suami saya,” Jawab Karmiza pantas. Saifullizan menongkat kening sebelah.
“Sebab tu saja? Sebab aku ni suami kau?” Saifullizan menyoal Karmiza bertubi-tubi. Dia tahu bukan hanya disebabkan itu sahaja Karmiza beriya menyelamatkan dirinya dari terkena lempangan atuknya tadi.
“Awak betul-betul nak tahu kenapa ke? Saya takut awak tak boleh terima pula alasannya nanti,” Duga Karmiza kembali. Karmiza sudah bermain tarik tali dengan suaminya. Saifullizan sudah bercekak pinggang. “Nak takut dengan kau buat apa? Tak ada masa aku nak ngeri dengan kau. Tak ada faedah! Kadar bunga pun belum tentu dapat menakutkan aku!” Jawab Saifullizan yang sedikit menyimpang. Karmiza terkebil-kebil tidak memahami kata-kata suaminya itu.
‘Aduh! Bengap juga bini aku ni... Nak meng ‘anjing’ dia pun susah!’
‘Haii..Sejak bila kau dah anggap dia tu bini kau, Epul? Wah! Perkembangan terbaru, nampak...Kau mula menerima dia sebagai isteri kau?’
“Jangan harap!” Desis Saifullizan membuatkan Karmiza pelik memandang suaminya itu. Saifullizan berdeham menutup perasaan malu. Suara hatinya terluah tanpa sedar. Saifullizan menggeleng dan kembali menatap wajah polos isterinya. Mata bundar berwarna hitam itu masih setia menatap matanya. Tiba-tiba sahaja dadanya terasa sesak. Dia menarik nafas panjang ingin menstabilkan diri.
‘Aduh! Apa sebenarnya dah berlaku ni? Kenapa aku suka sangat tengok wajahnya tu? Nampak comel gile! Aduh..Epul, stop staring at her! Talk!’
“Aa..berbalik pada perbualan kita tadi. Apa maksud kau di sebalik kata-kata berunsur ‘ugutan’ kau tu tadi?” Jari telunjuk dan jari hantu didekatkan. Ditekannya perkataan ‘ugutan’ seraya menggerakkan jari-jarinya itu. Karmiza mengalih mata dari memandang wajah suaminya. Tidak lama kemudian, berubah terus wajah polos menjadi wajah menggoda. Dia mendekati Saifullizan dengan perlahan. Saifullizan terkedu dengan perubahan eksperesi muka milik isterinya. Terasa dirinya goyah bila saat wajah Karmiza mendekati wajahnya.
Makin lama makin mendekat wajah Karmiza pada wajahnya. Tanpa paksaan, wajahnya juga menunduk ingin mendekati wajah Karmiza. Bibir Karmiza mula mendekati bibirnya. Hampir sahaja mencecah alis bibir miliknya. Bila terasa nafas menderu menampar pipi, wajah itu terhenti sebelum kedua-dua bibir itu bertemu. Karmiza cuba mencium bau nafas suaminya. Kemudian dia kembali menarik muka menjauhi Saifullizan.
“Itulah sebabnya,” Jawab Karmiza sesudah itu. Tercengang Saifullizan dibuatnya. “Sebab apa?” soalnya tidak memahami situasi ketika itu. Hampir sahaja dia tewas dengan nafsu sendiri. Hampir sahaja dia menerkam tubuh isterinya itu. Bila terasa wajah isterinya menjauh, barulah dia tersedar.
“Nafas awak, tiada langsung bau minuman keras itu. Yang saya dapat hidu, bau air cola, adelah!” Karmiza menjawab pertanyaan suaminya itu. Tersenyum lebar Karmiza bila apa yang ditebaknya benar-benar menyebelahi dirinya. Hatinya betul menyatakan suaminya tidak bersalah. Suaminya tidak minum air haram itu. Mahu sahaja dia memeluk tubuh sasa itu, tetapi cepat-cepat dia menepis angan-angan itu.
“Awak dapt hidu apa yang saya minum tadi?”
“Ha’ah! Itu adalah salah satu kepakaran saya. Orang cakap hidung saya ni macam kucing. Dapat mengesan bau. Sebab tulah saya tak tahan bila cium bau hanyir dari badan awak. Tapi saya masih dapat membezakan bau nafas awak tadi dengan bau arak. So, betullah tekaan saya. You are not guilty! You may be discharge now!” Karmiza mengajuk suara seperti seorang hakim mahkamah. Tidak lama kemudian, Saifullizan melepaskan tawa kecil, tidak tahan dengan kerenah kebudak-budakkan isterinya itu. Mereka sama-sama tertawa. Saifullizan berasa senang bila di samping Karmiza.
“Tapikan, sebelum awak discharge, ada sesuatu yang perlu awak buat terlebih dahulu,” Tawa Saifullizan mati selepas mendengar kata-kata Karmiza. Dahinya kembali bertaut.
Karmiza mendekati suaminya dan tangannya sudah melekap pada dada bidang Saifullizan. Sekali lagi, Saifullizan terkejut dengan aksi berani Karmiza. Karmiza pantas membuka butang baju suaminya dan menarik baju kemeja tersebut. Saifullizan hanya tercegat, berdiri kaku tidak bergerak. Karmiza mengambil tuala di ampaian dan diberikan kepada suaminya.
“Pergilah mandi. Hidung kucing ni tak tahanlah dengan bau busuk tu. Awak mandi, dan nanti saya siapkan baju tidur awak, ye?” Lembut sahaja tutur kata Karmiza. Senyumannya pula tidak lekang dari bibir mongel itu. Hatinya tersentuh dengan layanan baik seorang isteri seperti Karmiza.
Keluar sahaja Saifullizan dari bilik air setelah membersihkan diri, kelihatan Karmiza menyiapkan tempat tidur di atas sofa yang sering kali menjadi tempat tidurnya kini. Karmiza perasan akan kehadiran Saifullizan dan menayangkan senyuman manis.
“Hari ini, awak tidurlah kat atas katil tu. Dah seminggu saya tidur kat katil awak. Sekarang giliran saya pula yang tidur kat sofa ni,” Karmiza membawa comforter dan duduk di sofa. Dibentangnya comforter yang agak besar itu dan dia menyelimutkan badannya tidak tahan dengan rasa sejuk dari hawa dingin aircond.
Mata Saifullizan melihat baju tidur yang sudah tersedia di atas katil. Warna purple! Sama warna dengan baju tidur yang dipakai oleh Karmiza. Matanya berpaling sekali lagi pada baju tidur tersebut.
“Kau sengaja pilih baju tidur sama warna dengan kau kan? Biar sedondon dengan aku,” ucap Saifullizan sambil mengambil baju tidur tersebut dan dipasangkan pada badan. Tuala sudah dilurutkan bila seluar tidur sudah siap pada tubuhnya.
Karmiza yang mahu membaringkan badan tidak jadi sebaik mendengar kata-kata Saifullizan. Bibirnya tersenyum menahan rasa malu yang bertandang di hati. “Biarlah sedondon. Nampak comel ape? Orang cakap, nampak sweet kalau pasangan suami isteri pakai sedondon. Kalau boleh saya nak aje pilih seluar kecik awak sedondon dengan warna baju tidur ni jugak, he he he...” Karmiza tersengih-sengih. Saifullizan menjeling ke atas. Dia meraup muka menahan rasa malu.
‘Ya Allah, bini aku ni tak ada perasaan malu langsung ke? Beraninya..memang..aii..Dah tu, kalau daring memang daring habis!’
“Okeylah. Saya nak tidur ni, mengantuk. Esok nak kerja,” Ujar Karmiza yang sudah terbaring malas di sofa. Tidak lama selepas itu, dia terbangun semula. Matanya menoleh tubuh Saifullizan yang sudah duduk di kepala katil sambil memegang I-Pad.
Karmiza turun dari sofa dan mendekati Saifullizan. Saifullizan mendongak, hairan melihat Karmiza yang mendekatinya. Dalam diam dia menelan liur. Hatinya kuat berdetak bagai dipalu kompang. “Kenapa?” Soalnya pendek. Karmiza berhenti melangkah dan dia menunduk sedikit. Kemudian, tanpa di duga bibir Karmiza melekap di dahi Saifullizan. Terkedu tanpa kata bila diperlakukan begitu. Amat menenangkan hatinya.
“Good night, BB. Assalamualaikum,” Karmiza kembali mendekati sofa dan baring tanpa menoleh ke belakang. Sebenarnya dia malu bila melakukan segala aksi daring itu pada suaminya. Tertapi, hatinya tak dapat tahan. Dia benar-benar cintakan suaminya. Dia mahu mengejar cinta itu. Dia mahu Saifullizan tahu hatinya sudah diserahkan sepenuhnya pada dia.
Entah mengapa hati Saifullizan tidak tenang bila ugutan Gedeng kembali menerjah minda. Dia sebenarnya takut, takut kalau rahsia selama ini terbongkar. Kalau dia menyerahkan hati kepada Karmiza sepenuhnya, pasti sukar baginya bila sahaja Karmiza mengetahui rahsia yang sudah lama terpendam ini. Pasti Karmiza menjauhi dirinya dan mungkin Karmiza akan meminta cerai darinya. Dan mungkin sahaja Karmiza akan menarik dirinya masuk ke dalam penjara. Itu yang membuat dia benar-benar takut.
Dia berusaha untuk bersikap dingin pada Karmiza. Takut semua yang ditakutinya berlaku. Saifullizan mengeluh lemah. Dek kerana tidak mahu hidupnya dikongkong dan dikawal oleh atuknya, dia sanggup berniat membunuh perempuan itu. Malangnya, atuknya tetap tidak mahu melepaskan dirinya bebas dari likungan atuknya. Dia menutup I-Pad dan duduk berteleku pada kepala katil. Matanya terarah pada susuk tubuh yang sudah enak melayari mimpi. Begitu tenang sekali wajah itu semasa nyenyak tidur.
Hati Saifullizan bagai tertarik mahu mendekati Karmiza. Dia menuruni katil dan bergerak mendekati sofa. Tangannya mahu mengelus rambut beralun milik Karmiza namun, dihentikan niatnya itu. Saifullizan kembali ke katil dan terus menarik selimut tebal sampai menutupi muka.
‘Argghh! Apa dah kena dengan aku ni?’ Bentak hatinya.
‘Jangan Epul! Jangan sampai kau kalah pada dia. Jangan sampai kau tunduk pada perempuan itu. Perempuan tu cuma nak dapatkan harta kau. Dia saje nak goda kau supaya kau akan kalah padanya. Jadi jangan sekali-kali jatuh di tangannya. Kau faham tu?!’ Saifullizan mendengus kasar.
“Kau buatlah macam mana sekalipun, Miza...Jangan harap kau dapat apa yang kau nak! Itu janjiku!” Simpul Saifullizan pada diri sendiri. Di bawah selimut itu dia berbisik mengingatkan diri agar lebih berwaspada bila berdepan dengan Karmiza. Tidak mahu tunduk pada musuh, lebih-lebih lagi pada Karmiza.
Karmiza memegang talam besi yang berisi jarum-jarum suntikan. Mahu diserahkan kepada doktor yang meminta tadi. Karmiza mengetuk pintu bilik dan memulas tombol sebaik mendengar suara orang yang membenarkan dia masuk ke dalam.
“Doktor Ackiel Ariz, selamat pagi. Ni jarum-jarum baru yang awak pesan kat kak Erah tadi,” Karmiza menyerahkan talam tersebut ke atas meja doktor muda itu. Ackiel tersenyum manis lantas memberi kenyitan di mata. “Thanks my dear. Awak sentiasa datang tepat pada masanya. Ni yang saya sayang sangat kat awak ni,” Karmiza mencebik. Sudah lama dia mengenali doktor muda itu dan dia tahu pujian Ackiel itu tak lain tak bukan hanya mahu mengampunya ingin melakukan kerja yang bakal diberikan kepadanya.
“ Oh, ye..Nanti awak temankan saya jumpa pesakit seminggu yang lepas. Pak cik tu tercari-carikan awak. Rindu nak tengok muka comel awak katanya,” Ujar Ackiel lagi.
‘Kan betul cakap aku. Ni nak mengampu sebab nak suruh aku buat kerja. Nak temankan dia pulak!’
“And one more thing, saya dah ‘book’ awak malam ni. Ada operation yang saya kena handle. So, I need your help,” Karmiza menarik muka masam. Lemah hatinya bila diminta untuk bekerja sehingga malam nanti. Dan jawabnya, tak kembalilah dia ke rumah. Itulah yang melemahkan jiwanya. Kena stay up di hospital dan tak kembali ke rumah. Penat benar!
Karmiza menarik nafas lemah. “Yes, doc! Saya menurut perintah,” di hujung ayatnya terdengar bunyi keluhan. Kening Ackiel sudah terjongket sebelah. “Kenapa? Masih dalam mood honey moon ke?” Jari-jemari Ackiel sudah terhenti menulis dan perhatiannya tertumpu pada Karmiza.
“ Kalau saya cakap ye? Agak-agaknya, awak lepaskan tak saya balik awal hari ni? Suruh orang lain yang ganti saya,” Usul Karmiza sambil tersengih-sengih. Jari telunjuk Ackiel digoyang ke kiri dan ke kanan. “No no no, missy. You can’t run from your job. Saya dah schedulekan awak bertugas dengan saya malam ni. And its final! Okay? Awak beritahu kat your hubby, jangan nak asyik duduk kat bawah ketiak awak aje. Ketiak saya ni sejuk tanpa awak kat sisi. Jadi, berilah peluang kat saya memanaskan ketiak saya pulak,” Seloroh Ackiel sambil menahan tawa. Dia suka melihat wajah Karmiza yang kemerahan dek diusik olehnya. Cuma sekarang dia perlu menyekat batasan bila bersama dengan Karmiza. Karmiza sudah menjadi hak milik orang lain dan dia pula terlambat untuk memiliki hati kecil itu. Salahnya juga kerana tidak bertindak dengan pantas untuk mendapatkan Karmiza.
“Haish! Jangan harap saya nak duduk kat ketiak busuk awak tu. Bau darah je saya dapat hidu. Lainlah ketiak hubby saya, bau minyak wangi sentiasa melekat. Awak pun tahu kan, hidung saya ni sensitif!”
“ Tahu, nurse Karmiza... Dah berapa tahun saya bekerja dengan awak? Dah berapa lama saya kenal awak? Semua pasal awak saya dah tahu. Rasa nak termuntah aje bila tengok profile awak ni,” Ackiel menyerahkan buku profile Karmiza kepadanya.
“Yelah...Malam ni, saya on call. Terima kasih kerana mempercayai saya. Saya amat menghargainya,” Tangan Karmiza menarik buku profilenya dan berpaling ingin meneruskan kerjanya. “Okey...Wait for me tonight, my dear.” Ucap Ackiel sebelum Karmiza menutup daun pintu. Sempat lagi Karmiza menjelirkan lidah pada Ackiel. Dia tidak malu berkelakuan seperti kana-kanak kecil di depan Ackiel kerana mereka sudah lama kenal antara satu-sama lain. Bahkan, Haji Mukhri juga pernah berjumpa dengannya. Ackiel menghantar Karmiza keluar bersama senyuman di bibir. Bila biliknya sudah kembali sunyi, dia mengeluh lemah.
‘Why can’t I get rid of her out of my mine? Aduh! Hati, biarkan dia pergi kerana dia bukan milikmu,’ Rintih hati kecil itu.
“Hello, tuk...Malam ni Karmiza on call. Tak boleh baliklah. Atuk pesan kat abang Epul, ye? Kesian kat dia tak ada siapa yang hidangkan makan malam nanti. Atuk, suruh Mak Timah sediakan omelet budu kat dia. Biar dia berhenti makan western. He he he,” Karmiza memesan atuknya di telefon.
“Baiklah. Miza buat kerja elok-elok ya?” Haji Mukhri mematikan panggilan selepas mengucap salam. Saifullizan mengerling pada wajah Haji Mukhri di sebelah. Bangun sahaja pagi itu, sofa di depan katilnya tidak berpenghuni. Bila dia menolak pintu bilik air, tiada juga kelibat isterinya. Mungkin isterinya keluar terus setelah bangun menunaikan solat subuh tadi. Dia kembali tidur setelah dikejutkan berkali-kali oleh Karmiza tadi untuk solat subuh.
“ Bini kamu tak balik hari ini. Dia stay kat hospital. Ada on call katanya,”
“Oh, okey...” itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya. Dia membetulkan tali leher dan menarik baju kot dari kerusi. Di tangan sebelah dia mengambil pula beg yang sering dibawanya ke pejabat. “Atuk, Epul pergi kerja dulu,” Pamit Saifullizan melangkah mengambil kunci kereta dari tempat pergantungan kunci.
Mak Timah mengambil pinggan yang sudah digunakan oleh Saifullizan tadi. Dia memandang wajah Haji Mukhri yang sudah sayu dan tidak bermaya. “Haji, sudah masanya untuk makan ubat,” Mak Timah mengingatkan Haji Mukhri. Terdengar keluhan lemah di sisi. Mak Timah berasa bersimpati.
“ Saya risau kat Miza dengan Epul ni, kak. Saya tak tahulah apa yang akan terjadi nanti pada dia orang. Seorang ke utara, seorang ke selatan. Saya naik runsing memikirkannya. Saya berharap sangat yang Miza mampu mengubah sikap dia tu. Saya tak nak kalau dia terikut-ikut perangai mak bapak dia tu,” Luah Haji Mukhri pada orang gajinya. Sudah lama Mak Timah berkhidmat dengan majikannya. Sedikit sebanyak kisah mengenai keluarga Haji Mukhri ada di tangannya. Dan, kisah siapa Karmiza itu juga sudah tersimpan dalam hati. Dia tahu Haji Mukhri berasa bersalah pada Karmiza, lantas mengambil Karmiza menjadi cucu angkat. Sepanjang dia mengenali Haji Mukhri, cerita tentang Karmiza tidak pernah putus dari halwa telingannya. Semenjak kematian anak dan juga menantunya, Karmizalah yang membantu menceriakan hidup Haji Mukhri. Dia benar-benar bersyukur atas kehadiaran Karmiza di rumah ini.
“Kita biarkan Allah yang tentukan masa depan mereka. Akak tahu, Miza juga tengah berusaha untuk membantu mengubah Epul. Lama-lama, Epul akan berubah juga. Haji tak perlulah risau pasal tu. Saya percaya kat Miza. Saya tahu dia mampu. Sebab tulah Allah jodohkan dia pada Epul,”
“Tapi, macam mana kalau jodoh mereka tak lama?” Pertanyaan Haji Mukhri benar-benar menggamit perasaan hairannya. “Kenapa pulak Haji kata macam tu? Kita doakan ajelah jodoh mereka berpanjangan,”
“Saya cuma takut aje kak. Takut kalau-kalau Miza tak dapat menerima Epul. Takut kalau Miza berputus asa kat Epul tu,” Kemungkinan itu sering menyesakkan mindanya. Dia tahu, tidak lama nanti akan terbongkarlah rahsia mengenai percubaan cucunya untuk membunuh gadis itu. Bila tiba masa itu nanti, dia takut kehilangan cucu angkat yang sudah disayanginya.
Mak Timah menggeleng. “Haji, saya pasti ada hikmahnya Haji dipertemukan dengan Miza setelah anak Haji meninggal. Allah berikan duka kepada Haji dan berikan semangat yang baru juga. Disebalik duka itu ada indahnya sesuatu kejadian yang sudah Allah tetapkan untuk kita. Jadi, saya yakin kehadiran Miza bukan hanya menyinarkan harapan pada Haji tetapi begitu juga pada Epul. Mungkin dialah penyelamat Epul. Kita hanya mampu berdoa agar semuanya baik-baik sahaja, ye?” Haji Mukhri mengangguk lemah bersetuju dengan segala apa yang dikatakan oleh Mak Timah itu. Di dalam hati dia sentiasa berdoa agar Karmiza akan sentiasa berada di sisi Saifullizan, tidak kiralah apa yang sudah dilakukan oleh Saifullizan terhadap gadis itu.
“Saya harap begitulah, kak. Amin...”
btoi jgak ckp Haji Mukhriz tue.. cmner lah reaksi miza klo tou hubby dye pnah cube nk bnuh dye.. waa.. msti cdey gler.. sob3.. gud job sis.. troskn usha anda.. hehe..
ReplyDeleteAlright..Thanx 1juta kli.. <3 sy akn truskn usaha sy nk mnghbskn cter ni cpt2..hehehe.. :D
DeleteBest nyer citer nie.. 1st time baca dh tertarik... sebab ade unsur2 interesting... cmner la reaksi miza lau taw c epul tu pna nk bunuh die kn? hehe... x sbr nk tggu next entry... hope ade part epul confess kt miza yg die dh fall in love kt die.. aja-aja fighting, cik writer! ;-)
ReplyDelete~Miss Peace~
Thanx bca n3 kter Miss piece..hee..:D
Deletehrp awk stia mnunggu n3 yg strusnya..hee... <3
best la akak =)
ReplyDeletewaa...thanx manyak2 cik nina.. :D jgn lpe n3 strusnya ye... ;)
Deleterasanya kalu myza tahu pun,
ReplyDeletedia stay leh tima suami dia kot..
miza, teruskan usahaa memikat hati epul ya..
chayok2
hahaha...chayok2 miza...uhuuu...Insya-Allah klu jdoh diorg pnjg..ekekee... :D
Deletebest la.....
ReplyDeleteHehehe...Thank u.. <3
Delete