Cerpen : 2 Kali Lamaran Dari Encik Chipsmore Part 3 (Last)
“Azah!”
Panggil gadis kecil molek itu pada sahabatnya. Azah menoleh ke belakang. Sebaik
sahaja keluar dari kelas, Azah keluar terlebih dahulu ingin bertemu dengan
ketua kumpulan membincangkan projek yang perlu mereka siapkan untuk semester
akhir. Tidak lama lagi, mereka bakal menjadi lepasan graduan. Fiqa pula ingin
bertanya kepada professor mengenai subjek yang diambil dalam semester akhir
itu. Sebab itulah dia keluar lewat daripada Azah.
“Aku
masih tak fahamlah pasal bab tadi. Blur
sungguh!”
“Siapa
suruh kau blur sungguh? Otak kau ke
mana, hah? Aku ingatkan kau khusyuk sangat tengok slide tadi ingat kau fahamlah apa yang professor tu bebelkan,
rupa-rupanya, dah tertembus terus slide
tu dalam mata kau, ye?” Sindir Azah.
Fiqa menjuih bibir membuat muka malas.
“Hah! Baguih sangatlah tu buat muka macam tu. Muka
dah elok comel terletak macam tu, kau buat muka macam orang terencat pulak!”
Fiqa menjengilkan mata pada Azah.
“Hah...Kau
panggil aku ni kenapa? Petang ni, aku nak jumpa lagi Azril tu,” Bibir Azah
menjuih pada ketua kumpulan mereka yang masih ralit berbual dengan professor
mereka. Pasti ingin bertanya tentang projek akhir itu.
“Aii...Selalu
sangat kau jumpa Azril. Ada apa-apa ke?”
“Kepala
Hot kau! Memanglah aku ada apa-apa dengan dia!”
“Hah?”
Fiqa tercengang seketika. Azah menolak lembut kepala kawannya itu. “Mestilah!
Diakan ketua kumpulan kita? Kau nak ke kalau kita fail final project ni? Kalau tak lepas macam mana? Tak jadi graduatelah kita sem ni nanti,” omel
Azah. Fiqa membalas semula perbuatan Azah tadi. Dia juga tidak mahu melepaskan
peluang menolak lembut kepala rakannya itu.
“Buat
ayat poyo! Aku tahulah kau dengan dia memang ada apa-apa. Sebab tulah kau
beriya sangat nak sama group dengan
dia kan? Kan kan kan?”
“Ish!
Cuba perlahankan sikit suara tu, minah! Dengar dek diakan...naya aku!”
“Kalau
dia dengar apa salahnya?” Fiqa menguatkan lagi suaranya sehingga menarik
perhatian Azril yang sudah selesai berbual dengan professor tadi. Dengan
pantas, Azah menutup mulut Fiqa dengan tangannya tanpa sempat ditepis. Azah
tersengih-sengih saat Azril mendekati mereka. Tapak tangan masih tak lepas dari
menutup mulut sahabatnya itu. Fiqa meronta-ronta ingin menjauhkan tangan Azah
dari terusan menutup mulutnya. Kemudian, dia berhenti di saat jari-jemari Azah
sudah hinggap pada belakangnya ingin mencubitnya. Fiqa terus terdiam.
“Eh!
Azril cakap pasal apa tadi dengan prof?”
“Pasal
projek kitalah. Petang nanti, kita jumpa dekat McD, okey?” Azah mengangguk
laju. Bila tiada rontaan daripada Fiqa, lalu dilepasnya tangan dari mulut gadis
itu. Fiqa sempat tersengih pada Azril. Azril cuma menggeleng melihat kerenah 2
sahabat itu. Fiqa dan Azah melambai-lambai Azril bila lelaki itu beredar dari
situ.
“Aku
belum habis cakap lagi pasal tadi. Ni aku nak ke library kejap. Nak cari
maklumat untuk projek kita ni. Nanti kau pergi ke McD tu dululah, ye?” Pesan Fiqa pada Azah.
“Okey!
Kalau kau lama-lama kat library tu pun, aku tak kisah!”
“Hesh!
Mentang-mentanglah nak melekat dengan si Azril tu, kau sanggup biarkan aku
berlama di library? Kurang masin punya kawan!”
“Dahlah.
Aku blah dulu. Merajuk dengan kau,” Sambung Fiqa lagi.
“Pergilah.
Aiman tak kisah...” Fiqa mencebik dan menjelir lidahnya. Dia tersenyum kecil
seraya melambai pada Azah sebelum menuju ke perpustakaan.
Kelihatan
tidak begitu ramai orang di perpustakaan. Fiqa membawa segala nota dan kertas
kosong serta alat-alat tulisnya ke dalam perpustakaan tersebut. Dia mencari
tempat yang strategik di mana lebih terpencil dan tersembunyi dari orang lain.
Dia menarik kerusi dengan perlahan dan diletaknya barang di atas meja.
Ditinggalkan sahaja barang-barang tadi di meja dan dia menuju ke rak-rak buku
ingin mencari sedikit maklumat berkaitan dengan projek yang mereka lakukan.
Sebaik
mendapat buku yang dicari, Fiqa kembali ke mejanya. Sempat matanya melihat
sesusuk tubuh yang duduk membelakanginya berdekatan dengan mejanya. Tanpa
memikirkan apa-apa, dia menarik kerusi sekali lagi dan duduk berdepan dengan
lelaki yang tengah khusyuk membaca buku sehingga menutupi wajahnya. Fiqa tidak
hirau akan kehadiran lelaki di depannya itu. Dia meneruskan saja kerjanya dan
menelaah buku yang dipilihnya tadi. Ada masanya tangannya bergerak-gerak
menulis maklumat yang dicari di kertas A4.
“
Awak ni rajin jugak ye?” bisik suara
lelaki yang mengejutkan Fiqa. Fiqa makin bertambah-tambah terkejut bila melihat
wajah yang sering kali hadir dalam hidupnya sepanjang waktu ini.
“Awak?
Apa yang awak buat kat sini? Asal awak boleh ada kat sini?” Soal Fiqa dalam
berbisik. Matanya menjengil pada lelaki di depannya itu. Lelaki yang digelarnya
sebagai Encik Chipsmore hanya tersengih sahaja. Diunjuknya buku yang berada di
tangan.
“Saya
buat apa lagi kalau bukan membaca. Sinikan perpustakaan. Takkan orang sebijak
awak tak tahu kot?”
“Saya
tahulah kat sini perpustakaan. Tapi, saya tak faham kenapa awak boleh berada di
sini? Macam mana boleh awak berada di sini?”
“Let
say...kita anggap jelah semua ni satu takdir yang sudah tertulis untuk kita.
Nak lebih tepat lagi, kita ni berjodoh!”
“Ke
awak stalk saya?” Fiqa mengecilkan matanya ingin menduga Encik Chipsmore.
“Emmm...Stalk?
Saya tak rasa apa yang saya buat ni macam stalker. Saya datang sebab takdir
yang telah ditentukan oleh Allah. Kita berjumpa tanpa diduga dan bertemu sekali
lagi tanpa disangka. Bukankah itu semua jodoh namanya?”
“Awak
ni, gila ek?”
“Hmmm...Boleh
dikatakan macam tulah. Sebab saya memang dah gilakan awak. Macam yang saya
cakapkan pagi tadi. Saya rasa saya dah sukakan awak. Dan sekarang, saya rasa
perasaan suka itu dah mula mekar menjadi cinta.”
“Saya
tak sangka, rupa-rupanya, Encik Chipsmore ni gila orangnya,” Lantas Fiqa
mengambil segala barangnya dan berlalu meninggalkan Encik Chipsmore. Keluar
sahaja dari perpustakaan itu, Encik Chipsmore tetap mengejarnya. Dia menoleh ke
belakang dan cuba mempercepatkan langkahnya ingin menjauhkan diri dari lelaki
sewel itu.
“Fiqa!
Janganlah laju sangat. Penatlah saya nak kejar awak sana sini,” Tiba-tiba
langkahnya terhenti sebaik terdengar nama yang dilaung oleh lelaki di
belakangnya itu. Tanpa sempat nak break,
Encik Chipsmore merempuh tubuh kecilnya. Fiqa terdorong ke depan. Hampir sahaja
tubuhnya menyebam lantai namun Encik Chipsmore pantas menariknya kembali. Kini,
wajah Fiqa sudah tersebam di dada sasa Encik Chipsmore. Bagai terhenti masa,
mereka kaku tanpa bergerak. Dalam pada itu, cuping telinga Fiqa menangkap bunyi
denyutan jantung yang laju mengepam milik Encik Chipsmore. Dia hanyut sebentar
bila mendengar alunan bunyi degupan jantung Encik Chipsmore.
“Awak
dapat dengarkan bunyi jantung saya? Bunyi jantung saya tak pernah tipu, tau? Saya
benar-benar dah jatuh cinta kat awak, Fiqa.” Fiqa tersentak dan menolak tubuh
Encik Chipsmore. Mukanya sudah merah menahan rasa malu.
“Macam
mana awak tahu nama saya Fiqa?”
“Tu..kat
leher awak tu apa? Bukan kad pelajar ke tu?”
“Habis,
masa di perhentian bas time saya hampir-hampir kena ganggu dengan budak-budak
samseng perhentian bas tu, macam mana awak tahu nama saya?”
“
Sayang, masa mula-mula kita berjumpa di perhentian bas waktu hujan hari tu pun
saya dah tahu nama awak apa,”
“Sah!
Awak stalk saya kan? Stalker! Kalau
saya report polis, awak boleh masuk penjara tau? Tak pun masuk hospital gila,
sebab saya rasa awak ni gila!” Encik Chipsmore tergelak sakan. Fiqa kehairanan
dan terkebil-kebil memandang wajah lelaki itu.
‘Comel
jugak kalau dia gelak macam tu,’ Sempat lagi Fiqa memuji di dalam hati.
“Kalau
saya gila, saya takkan tahu nama awak apa. Mestilah saya akan panggil nama
awak, Bedah ke, Sameon ke, Saloma ke...Hah, tu baru orang gila. Saya masih
waras lagi tau.”
“Pokoknya,
awak ni macam stalker! Saya tak kenal awak dan saya tak tahu pun nama awak
apa,”
“Okey!
Nama saya, Amirusshahid Yahya Bin Amir Yazif. Hah...Sekarang awak dah tahu nama
saya, jadi awak dah kenal siapa saya,”
“Tapi,
saya masih tak tahu siapa diri awak sebenarnya...” Encik Chipsmore dengan nama
sebenarnya, Amirusshahid terdiam seketika. Berfikir mungkin. “Hmmm...Then, awak
fikir je saya ni Encik Chipsmore awak. Boleh?”
“Tak!”
“Okey,
kalau macam tu ada satu cara sahaja untuk selesaikan masalah ni,” Seloroh
Amirusshahid. Fiqa masih menanti ingin mendengar cara yang dimaksudkan oleh
Encik Chipsmorenya itu. Fiqa menyilangkan tangan ke dada.
Tiba-tiba,
Encik Chipsmore mengeluarkan sekotak baldu dari poket jaketnya dan dia melutut
di depan Fiqa. Mahu luruh jantung Fiqa melihat Amirusshahid sudah melutut
sambil menyuakan kotak baldu berwarna merah hati itu. Amirusshahid membuka
kotak baldu di tangan dan terserlah sebentuk cincin bertatahkan berlian
bersinar di mata Fiqa.
“Sudi
tak kalau awak jadi permaisuri hati saya? Jadi isteri saya, cik Syafiqa Syazira
Binti Ahmad Badir?” Fiqa melopong bila nama penuhnya disebut oleh lelaki asing
yang tidak dia kenal itu. Makin bertambah-tembah pening kepalanya bila lelaki
yang tidak dikenalinya tahu akan nama penuhnya.
“Cop! Saya masih tak faham macam mana awak
tahu nama penuh saya,”
“Tu...Dekat
depan saya ni apa? Saya curi-curi pandang kat kad pelajar awak,” Fiqa menunduk
memandang kad pelajarnya yang sudah terbalik menunjukkan namanya serta nombor
kad pelajar dan juga kursus apa yang diambilnya. Fiqa menepuk dahi. Segala
maklumat pelajar ada di belakang kad pelajar UiTM. Jadi, tak hairanlah kalau
lelaki itu tahu nama penuhnya dan juga kursus yang diambilnya. Tetapi,
persoalannya sekarang, siapa lelaki asing ini? Kenapa dia tiba-tiba melamar aku
tanpa kenal diri aku siapa? Detik hati kecil Fiqa.
“Awak
terima tak lamaran saya ni?”
“Tak!
Saya tak kenal awak dan saya tak tahu awak ni siapa. Setakat nama tu masih
belum memadai. So, tak! Saya tak nak terima awak! Now, if you would excuse me...Kepala saya pening memikirkan semua
ini. I need some time , alone!” Ujar
Fiqa dan berpaling ingin beredar dari situ.
“Awak!”
Jerit Amirusshahid. Langkah Fiqa terhenti.
“Saya
akan tetap menunggu awak walaupun awak tolak lamaran saya untuk kali pertama
ini. Dan saya harap, untuk kali kedua nanti, awak terima lamaran saya. Tak,
bukan! Saya pasti awak mesti akan terima lamaran saya buat kali kedua nanti.
Percayalah! Saya sayang awak, Fiqa!” Fiqa menutup kedua-dua cuping telinganya
dengan tapak tangan. Dia berlari meninggalkan lelaki itu tanpa menoleh belakang
pun.
‘Ini memang kerja
gila!’
***
“Hish!
Kurang asam jawa minah sorang ni. Mentang-mentang baru bermadu kasih, dah
tinggalkan aku sorang-sorang.” Rungut Fiqa. Sebaik sahaja selesai perbincangan
bersama rakan sekumpulan untuk membuat final projek mereka, Azah meminta diri
untuk keluar bersama Azril. Beriya benar kawannya meminta maaf daripadanya
kerana tidak memberitahu plan terlebih dahulu tentang perjanjian dia dan Azril
selepas sahaja perjumpaan petang itu.
Fiqa
berjalan di kawasan taman yang berdekatan dengan flat yang didiami oleh Azah.
Cuaca sudah semakin mendung dan tidak ramai orang yang berada di kawasan itu.
Naik meremang bulu romanya bila dirasakan begitu sunyi tempat itu. Matanya
memandang ke kiri dan ke kanan mahu lebih berhati-hati. Matanya terhenti pada
sekumpulan makhluk yang berlegar-legar di kawasan itu. Fiqa menelan liur. Ini
yang dia tidak gemar. Dia takut dengan makhluk yang berada tidak jauh darinya.
Langkah Fiqa terhenti dan matanya tajam menilik pada 3 ekor makhluk yang masih
tidak berganjak dari situ. Fiqa berundur ke belakang sedikit bila salah seekor
dari makhluk itu perasan akan kehadirannya di situ. Apabila kehadiran Fiqa
dikesan, salah seekor makhluk tersebut menyalak nyaring, diikuti dengan
rakannya. Tanpa memikirkan apa-apa tindakan rasional, satu sahaja yang muncul
di dalam mindanya.
“Lari!!!!”
Terkocoh-kocoh Fiqa berlari meninggalkan tempat itu. Dia mahu menyelamatkan
diri dari makhluk-makhluk liar itu. Terdengar bunyi salakan yang kuat dari arah
belakang, makin laju kakinya berlari.
“Ibu....Ayah...Tolong...Annjiinnggg!!!”
Lintang-pukang dia melarikan diri ingin menyelamatkan diri dari serangan anjing
yang masih mengejarnya di belakang.
Terasa
tangannya ditarik dari tepi. Sambil berlari dia menoleh ke sebelah. Terkejut
dengan kehadiran lelaki itu lagi. Buat kali ke berapa entah Encik Chipsmore
hadir menjelma. Memang macam Chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada. Hah!
Ngamlah tu!
“Jom,
ke sana!” Arah lelaki yang masih menggenggam tangannya erat. Tanpa bantahan,
dia ikut sahaja ke mana Encik Chipsmore menariknya. Mereka bersembunyi di
sebalik pokok dan dari situ, mereka dapat melihat anjing-anjing tadi berlalu
pergi. Fiqa mengurut-urut dadanya ingin meredakan rasa semput. Nafasnya tersekat-sekat
dan dadanya berombak laju sehingga tercungap-cungap. Masing-masing masih tidak
bersuara dek rasa semput berlari. Kalau hendak dikira balik, sudah 2 kali
adengan berlari mereka bersama.
Mata
mereka bersatu, nafas masih belum kembali normal. Hampir terbatuk-batuk Fiqa
bila terasa begitu semput. Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi tawa kecil
dari kedua-dua insan itu. Mereka tergelak bila mengingat kembali adengan tadi.
Mana tidaknya, entah dari ceruk mana lelaki yang bernama Amirusshahid itu
muncul dan menariknya dari terusan dikejar anjing-anjing liar tadi.
Tawa
mereka sudah berhenti. Kini, hanya pandangan mata sahaja yang mampu mereka
lakukan di kala ini. Ingin bersuara tetapi perasaan malu mula menerjah diri.
Fiqa teringat kembali lamaran dari Amirusshahid petang tadi. Kepalanya digaru
walaupun tiada langsung rasa gatal.
“Erk...Thanks
sebab selamatkan saya dari anjing-anjing tu tadi,”Ucap Fiqa ingin memecah
kesunyian antara mereka. Amirusshahid mengangguk seraya tersenyum manis.
“No
problem. Small the matterlah,” Mereka terdiam lagi.
“Awak
ni peliklah. Memang macam chipsmore. Sekejap ada sekejap tak ada. Entah macam
manalah awak boleh muncul tadi...”
“Sayakan
nak jadi hero hati awak?”
“Aaaa...Perasan
betul!”
“Kah
kah kah,” Galak benar Amirusshahid ketawa.
“But
serious...Kenapa awak selalu muncul dan menghilang tak lama selepas itu?”
Amirusshahid diam sejenak. Jari telunjuknya bermain-main di dagu.
“Awak
nak tahu kenapa saya sekejap ada sekejap tak ada?” Laju Fiqa mengangguk.
“Haa...kenapa?
Apa sebabnya?” Soal Fiqa tanpa rasa sabar. “Ish...Tak menyepat betul! Sabarlah
sayang,” Ujar Amirusshahid pula. Fiqa menjuihkan bibirnya.
“Sebab...saya
nak tahu sama ada awak akan tercari-carikan saya ataupun tak bila saya tak ada.
Dan apabila saya muncul di depan awak, saya suka tengok ekspresi awak. Dari air
muka awak saya tahu, awak menanti kehadiran saya,” Ujarnya panjang. Berubah
terus wajah Fiqa. Mukanya berubah tona. Merah menyala gitu. Dia memegang
pipinya yang sudah membahang. Diusapnya perlahan ingin mengurangkan rasa panas di
pipi.
‘Macam
tu ke rupa aku bila berjumpa dengan Encik Chipsmore? Erkk? Aku dah jatuh cinta
ke? Tapi, asal aku tak rasa dadaku berdegup dengan kencang macam apa yang
diceritakan dalam setiap novel yang aku baca tu?’ Desis hatinya.
“Eh!
Tu sebab wajah saya ni terpampang tanda soal tentang kenapa awak boleh sekejap
ada dan sekejap tak ada. Saya rasa orang lain pun akan pelik akan kewujudan dan
kehilangan awak ni,” Dalih Fiqa ingin menutup perasaan sebenarnya. Amirusshahid
menjongket bahu.
“Okey.
Tak kisahlah. Saya biarkan saja persoalan tu bermain-main di minda awak. Bila
tiba saatnya nanti, segala persoalan itu akan terjawab jua,” Lebar senyuman
Amirusshahid di saat memandang mata Fiqa yang terkebil-kebil tidak memahami
segala bicaranya.
Terdengar
bunyi guruh diserta dengan hujan yang baru saja turun membasah bumi. Fiqa
teringat akan sesuatu. Payung lutsinar! Lalu diambilnya dari beg dan
dikeluarkannya.
“Awak
masih simpan payung ni?” Tanya Amirusshahid. Fiqa mengangguk.
“Jom,
saya hantarkan awak ke rumah.”
“Eh!
Tak apalah. Malam ni saya tidur kat rumah kawan saya. Tu kat blok tak jauh dari
sini. Kita gerak ke sana dalam beberapa minit dah sampai,”
Amirusshahid
akur dan mereka berjalan seiring di bawah payung yang sama. Bila sudah sampai
ke destinasinya, Fiqa menurunkan payung setelah mereka berada di bawah flat
Azah.
“Nah!
Saya pulangkan balik payung ni kat awak. Lagipun, saya dah ada payung sendiri.
Awak nak balik ni, pakailah payung ni.”
“Awak
tak nak simpan?” Fiqa menggeleng. “Tak apalah. Awak pakai saja payung awak
balik. Tak usah risau pasal saya,” Ujar Fiqa pula.
“Ape
pulak? Awak tahu tak tiap-tiap hari saya risaukan awak tau? Lebih-lebih lagi
bila time saya tak ada di sisi awak,” Fiqa terkedu dengan kata-kata yang
diluahkan oleh Amirusshahid. Fiqa menggigit bibir.
“Okeylah.
Dah lewat ni. Awak naik kat atas dulu. Bahaya kalau berlama di sini. Kawasan ni
pun macam tak berapa selamat sangat,”
“Awak,
don’t worrylah. Polis ada buat rondaan tiap-tiap malam.”
Bicara
mereka terhenti di saat bunyi azan yang berkumandang dari surau berdekatan. Habis
sahaja azan, mereka sama-sama berdoa dan mengaminkan doa selepas azan.
“Okeylah.
Saya balik dulu,” Fiqa mengangguk. Amirusshahid mengambil payung yang
diserahkan kembali kepadanya. Hujan masih belum ada tanda untuk berhenti.
“Bye, assalamualaikum.”
Fiqa menjawab salam dan matanya menghantar kelibat Amirusshahid sehingga ia
menghilang dari pandangannya. Dia menaiki tangga dan bergegas ke rumah sewa
Azah.
***
“Ibu
ada sesuatu yang nak diberitahu kat kamu ni,” Ujar Puan Meriam. Sebaik sahaja
anak keduanya kembali ke rumah, ditariknya Fiqa ke bilik ingin memberitahu
rahsia yang sudah lama disimpan oleh dirinya dan juga suami.
“Ibu
ni...tak menyempat sungguhlah. Fiqa baru je balik ke sini, dah kena tarik.
Belum mandi belum apa lagi, ibu dah suruh kita dengar bebelan ibu ni,” Seloroh
Fiqa. Puan Meriam menepuk paha anaknya. Fiqa mengerang kesakitan dek tepukkan
kuat ibunya itu.
“Hah..Padan
muka. Ibu nak cakap sesuatu yang sangat penting. Ini berkaitan dengan hidup dan
mati kamu!”
“Huih!
Macam berat benar bunyinya. Siap cakap hidup dan mati lagi tu. Ish, ibu ni.
Buat kita rasa tak sabar pulak. Apa dia, ibu?”
“Sebenarnya...Dah
lama perkara ni disimpan oleh ibu dan ayah. Cuma, tinggal mencari masa yang
sesuai saja untuk ibu dengan ayah maklumkan kat kamu,” Fiqa mengangguk perlahan
dan masih setia menanti ayat seterusnya. Puan Meriam menarik nafas panjang.
“Ingat
tak masa ibu serahkan kamu rantai bersama cincin tu?”
“Maksud
ibu, rantai dan cincin ni?” Fiqa mengunjuk sekalung rantai yang berloketkan
cincin di lehernya. “Kenapa dengan rantai dan cincin ni, ibu?”
“Sebenarnya,
bukan ibu yang belikan untuk kamu kedua-dua barang ni,”
“Hah?”
Fiqa terkedu. Mulutnya sudah terlopong luas dan matanya berkali-kali mengerdip.
Puan Meriam mencuit dagu anaknya dan cuba menutup mulut anak perempuannya itu.
“Tutup
mulut tu. Masuk lalat karang,” Mulut Fiqa pantas tertutup.
“Jadi,
siapa yang berikan kita 2 benda ni, ibu?”
“Bakal
mak mentua kamu!”
“Apa!?”
Jerit Fiqa kecil. “Ap..apa ibu cakap? Mak Mentua? Ni hadiah dari mak mentua
ke?”
“Bukan
hadiah, tu dah kira tanda kamu ni tunang orang,”
“Hah!?”
Makin luas mulutnya terbuka kembali. Dia menampar-nampar pipinya tidak percaya.
“Ibu, kita tak mimpi kan? Ini bukan mimpi ngerikan?”
“Iye!
Kamu tak bermimpi! Kamu sekarang berada di dunia sebenar. Dunia realiti.”
Seloroh Puan Meriam seraya menolak lembut pipi anaknya.
“Ta...tapi,
kenapa?”
“Macam
ni...Kamu tahu kan ibu dengan ayah akan pergi mengerjakan haji tak lama lagi?”
Fiqa mengangguk perlahan. “Jadi, ibu tak naklah tinggalkan kamu keseorangan di
rumah. Lebih-lebih lagi, kamu dah nak graduate. Jadi, ibu dan ayah nak
seseorang yang boleh menjaga kamu sepanjang kamu menghabiskan semester akhir.”
“Tapi,
abang Syakir kan ada?”
“Kamu
nak harapkan abang Syakir kamu tu? Jaga diri sendiri pun dia tak pandai, apatah
lagi nak jaga kamu dan Fina. Mujurlah Fina duduk di asrama. Kamu? Siapa nak
tanggung makan minum kamu di rumah? Kadang-kadang, abang Syakir kamu tu
outstation. Kalau ada suami di sisi, kurang sikit rasa bebannya. Dia boleh
tengok-tengokkan kamu. Boleh jaga kamu.” Fiqa hanya diam seribu. Otaknya ligat
memikirkan baik buruk tindakan ibu dan ayahnya. Walaupun hatinya masih belum
dapat menerima sepenuhnya cadangan ibunya itu, tetapi, hatinya masih memberat
kerana rahsia ini tidak diberitahu awal-awal terlebih dahulu. Agak sukar
baginya menerima cadangan tersebut 100 peratus. Hatinya teragak-agak ingin
bersetuju dengan tindakan kedua-dua ibu bapanya itu. Fiqa tunduk menekur
lantai.
“Ibu
tahu kamu mesti menolak cadangan ibu dan ayah ni. Tapi, ibu dan ayah minta maaf
sangat-sangat, sebab kami dah terlanjur berjanji. Tapi, ibu nak kamu fikir
baik-baik pasal benda ini dulu sebelum buat keputusan. Kalau kamu tak nak
terima anak Encik Yahya tu, kamu terus-terang sajalah kat ibu.”
“Kalau
Fiqa tolak, ayah macam mana, bu?”
“Pasal
tu, Fiqa tak perlu risau. Sebab ibu dah sound ayah awal-awal. Kalau dia
tiba-tiba mengamuk kat kamu, tahulah ibu macam mana nak kerjakan dia,” Fiqa
tersenyum kecil. Dia tahu, ibunya pasti akan menunaikan kata-katanya itu.
Pernah sekali ibu memberi amaran kepada ayahnya untuk berhenti merokok terus.
Sekiranya permintaannya tidak dituruti, ibunya akan keluar dari rumah dan
merajuk selama sebulan. Dan memang perkara itu benar-benar berlaku.
Puan
Meriam merajuk selama sebulan dan tidak mahu pulang ke rumah gara-gara mahu
ayahnya berhenti merokok. Rajuk Puan Meriam tidak lama, bila Fiqa memberitahu
ibunya mengenai keputusan ayah mereka untuk berhenti merokok serta-merta.
Ternyata cara itu benar-benar berkesan dan ayahnya tidak langsung memegang
sebatang puntung rokok pun sehingga ke hari ini.
“Jadi,
ibu biarkan kamu fikir terlebih dahulu. Ambillah keputusan yang boleh menangkan
semua pihak. Dan ibu maksudkan, termasuk kamu juga. Jangan buat keputusan
kerana ibu dan ayah, tapi buatlah keputusan kerana diri kamu sendiri,” Ucap
Puan Meriam sebelum dia keluar dari bilik tidur anaknya itu. Lama Fiqa
berteleku di tepi katil. Otaknya mencerna segala kata-kata ibunya tadi. Dia
perlu berfikir secara lebih mendalam tentang perkara ini. Memang benarlah kata
ibunya. Perkara ini memang berkaitan hidup dan matinya.
“Saya
akan tetap menunggu awak walaupun awak tolak lamaran saya untuk kali pertama
ini. Dan saya harap, untuk kali kedua nanti, awak terima lamaran saya. Tak,
bukan! Saya pasti awak mesti akan terima lamaran saya buat kali kedua nanti.
Percayalah!” Tidak semena-mena, kata-kata Encik Chipsmore bermain di mindanya.
Fiqa menggeleng kepala.
‘Kenapa
perlu aku teringat akan kata-katanya itu?’ Fiqa meraup wajahnya.
“Ya
Allah. Apa perlu aku buat ni? Aku tak mahu memalukan ibu dan ayahku. Tapi, nak
terima seseorang yang asing di dalam hidup, itu sangat sukar bagiku.” Fiqa
menonong di tepi katil.
‘Tapi,
tak salah kalau aku menerima cadangan ibu dan ayah tu. Bukannya aku ada sesiapapun
dalam hati. Aku tak pernah kenal apa itu cinta. Orang cakap bercinta selepas
kahwin tu lagi bermakna berbanding sebelum berkahwin. Alah..Orang bercinta
sakan sebelum kahwin pun belum tentu akan hidup bersama.’ Simpul hatinya.
“Baik
aku minta petunjuk dari Yang Maha Esa dulu. Barulah berkat sikit keputusan aku
nanti,” Omelnya pada diri sendiri. Lantas dia bergerak ke bilik air dan
membersihkan diri. Selepas itu, dia segera menundukkan diri pada Ilahi ingin
meminta petunjuk agar segalanya berjalan dengan lancar nanti.
Fiqa
mendekati ibu dan ayahnya yang tengah ralit menonton televisyen di ruang tamu
tingkat bawah. Abangnya , Syakir juga ada bersama. Kadang-kadang terdengar
bunyi gelak tawa dari si abang dan juga ibu bapa nya. Bila terpandang akan
kehadiran Fiqa di ruang tamu, semua mata terarah padanya. Fiqa teragak-agak
ingin mendekati.
“Asal
pandang kita macam tu sekali? Macam nak telan kita je lagaknya,” Lalu, semua
mata kembali ke kaca televisyen.
‘Cis!’
Fiqa
menghenyakkan punggung di sebelah abangnya. Mereka semua hanya diam menanti
kata-kata yang bakal disuarakan dari mulut Fiqa.
Fiqa
menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan.
“Kita
dah buat keputusan. Keputusan ini tiada kena mengena dengan orang yang masih
hidup atau yang sudah tiada,”
“Kau
bajet poyo sangat ni kenapa? Ingat kau ni tukang tulis cerita ke? Sampai ada
kaitan dengan orang yang masih hidup atau yang sudah tiada?” Syakir mengajuk
ayat adiknya. Fiqa menjengil mata dan menghadiahkan satu cubitan perit buat
abangnya. Syakir mengerang kesakitan. Fiqa tersenyum menang.
“Dah
dah...Jangan jadi macam budak-budak pulak...” Tegur Tuan Badir menegah anaknya
dari melakukan perlakuan keanak-anakan di depannya. Fiqa berdeham dan
membetulkan duduknya. Syakir di sebelah mengusap-usap lengan yang sudah
kemerah-merahan dicubit oleh Fiqa tadi. Puan Meriam pula masih duduk bertenang
di sebelah suaminya. Dalam diam, hatinya berdoa agar segala keputusan anaknya
akan diterima oleh semua pihak. Tidak kiralah sama ada Fiqa menolak atau
menerima sahaja cadangan mereka itu.
“Fiqa
dah buat keputusan...Fiqa akan ikut apa yang dah ditetapkan oleh ibu dan ayah
tu. Fiqa nak teruskan saja perancangan tu.”
“Alhamdulillah.
Syukurlah anak ayah setuju dengan cadangan tu,”
Tuan Badir tersenyum lega. Fiqa juga turut sama tersenyum bila melihat
wajah kegembiraan pada ibu dan ayahnya.
“Kalau
macam tu, nanti ayah akan maklum kat kawan ayah tu, Encik Yahya pasal benda
ni. Dia mesti akan gembira bila tahu berita ni. Jadi, kiranya kamu setujulah
nak bernikah dengan anak dia 2 minggu lagi?”
“Hah? 2 Minggu lagi!?”
***
Hatinya
berdebar di saat hari bahagia yang bakal muncul dalam masa beberapa minit saja
lagi. Begitu cepat masa beredar. 2 minggu berlalu macam sepantas kilat. Bangun
sahaja dari tidur tadi, dia sudah dikerah untuk bersiap-siap. Mak andam juga
sudah terpacak di rumahnya. Mak andam import dalam keluarga sendiri. Sepupunya,
Zarina bersungguh-sungguh mahu mendandannya.
“Kau
ni nampak rileks aje? Tak excited ke
nak jumpa bakal suami?” Ucap Zarina sambil membetulkan make-up mukanya. Azah masih setia duduk bersimpuh di sebelah. Kali
ini, dia meminta sahabatnya itu untuk menjadi pengapitnya. Dia tidak
membenarkan adiknya, Fina untuk menjadi pengapit kerana dia mahu adiknya
membantu ibunya mana yang patut. Sekali sekala dera adik sendiri apa salahnya?
Fiqa
menjongket bahu.
“Awak
tak tahu cerita ke kak Zarina? Fiqa tak pernah jumpa pun dengan bakal suaminya
tu. Sebelum ni, dengar-dengar bakal suami Fiqa ni pergi outstation, sebab tulah
tak boleh nak jumpa. Bila berjumpa waktu nak dekat hari pernikahan, orang tua
melarang pula. Tak manis kata mereka. Sebab tulah, mukanya macam tak excited.
Ni muka orang gabra, takut muka bakal suami nanti macam itik pulang petang.”
Fiqa menampar paha Azah.
“Ouch!
Kau nikan, suka sangat seksa aku. Kesianlah kat bakal suami kau nanti. Merana
hidup dia sebab jadi mangsa penderaan kau,”
“Kau
pernah tak makan kasut tumit pengantin bersaiz 4? Nak ke?” Amaran Fiqa pada
Azah yang masih galak mengusiknya. Azah tergelak sakan. Zarina pula menggeleng.
“Fiqa,
Zarina, Azah...dah sudah belum? Pengantin lelaki dah sampai tu,” Makin laju
dadanya berdegup saat ibunya memaklumkan ketibaan pengantin lelaki. Mata Fiqa
menoleh pada kemunculan adiknya di dalam bilik itu.
“Akak...akak
nak tahu tak rupa suami akak macam mana?” Tajam mata Fiqa memandang wajah Fina.
Fina tersengih-sengih.
“Hah...Fina,
mesti rupa dia macam itik pulang petang kan? Betul tak cakap akak?”
“Boleh
dikatakan macam tulah. Gigi abang ipar Fina jonganglah. Mata sepet macam apek
jual itik kat market tu,” Fiqa mengetap gigi bila diusik oleh kedua-dua makhluk
yang menyemak di dalam biliknya itu. Mahu sahaja dicubitnya mulut kedua-dua
insan yang disayanginya itu.
“Heish..Korang
nikan, sudah-sudahlah tu mengusik bakal pengantin tu,” Tegah Puan Meriam yang
masih belum keluar dari bilik pengantin anaknya. “Jom, kita keluar sekarang.
Tetamu dah ramai menunggu kat bawah tu,” Saran Puan Meriam dan membantu membuka
pintu bilik untuk anaknya. Dengan perlahan Fiqa menuruni tangga sampil menunduk
ke bawah. Dia tidak mampu mendongak memandang wajah bakal suaminya. Mahunya apa
yang dikatakan oleh adiknya nanti betul, macam mana? Nanti keluar pula berita pasal bakal pengantin lari
masa nak nikah gara-gara wajah suaminya macam itik pulang petang. Ha ha ha...
Fiqa
duduk bersimpuh di atas pelamin kecil di depan semua tetamu. Dia masih tidak
mahu mendongak dan menekur memandang inai di jari.
“Pengantin
perempuan, adakah saudari setuju untuk bernikah dengan pemuda ini?” Soal tok
kadi meminta persetujuannya terlebih dahulu. Fiqa tersentak dan menjawab, “Ya,
saya setuju.”
“Kalau
macam tu, kita teruskan upacara kita pada petang ini. Baiklah, pengantin lelaki
silalah angkat tangan awak tu. Kalau tak macam mana nak bernikahkan?” Sempat
lagi tok kadi bergurau di masa genting itu. Fiqa masih menunggu dalam debar.
Sekali-sekala, Azah mengelap peluhnya di sebelah.
“Hui...Tadah
tangan tu. Kau dah selamat jadi bini orang, tak berdoa ke minta-minta
dipanjangkan jodoh kau dengan suami kau tu?” Fiqa tersentak dan mendongak
memandang sekeliling. Matanya terasa silau dek pancaran lampu dari kamera yang
galak mengambil gambarnya. Dia tunduk semula tidak tahan dengan pancaran itu.
Dia menadah tangan dan barulah telinganya menangkap bacaan doa dari tok kadi
tadi.
‘Huish...Sempat
lagi aku berangan. Ya Allah, aku dah jadi bini orang rupanya. Cepatnya!’
Sudah
tiba masanya untuk membatalkan wudhuk. Mata Fiqa masih tidak berganjak pun dari
memandang ke bawah. Tiba-tiba, matanya menangkap benda yang disuakan padanya
ketika dia masih setia menunduk. Pantas wajah yang menunduk dari tadi mendongak
tidak percaya bila melihat benda di tangan itu.
“Awak?
Encik Chipsmore?” Kehadiran lelaki di depannya benar-benar mengejutnya.
“Chipsmore?”
Bisik Azah tidak percaya dengan biskut yang disua oleh suami Fiqa. Berkerut-kerut
dahi Azah memandang pelik pada wajah pengantin lelaki di depan itu.
‘Encik
Chipsmore? Oh! Inilah lelaki yang dimaksud oleh Fiqa tempoh hari. Encik
Chipsmore yang melamar Fiqa rupa-rupanya suami Fiqa sekarang!’ Azah begitu
teruja dengan takdir sahabatnya itu.
Fiqa
masih terkebil-kebil tidak percaya.
“Awak
nak tak Chipsmore ni? Kalau tak, saya simpan dulu,” Bila tiada jawapan pun dari
Fiqa, Amirusshahid menyerahkan biskut chipsmore kepada pengapit lelaki. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam dengan isterinya itu.
“Sayang,
salam abang ye?” Bisik Amirusshahid
ingin menyedarkan Fiqa yang masih dalam keadaan terkejut itu. Dia tersenyum
manis. Bagai terkena pukau, Fiqa tunduk dan menyambut tangan suaminya dan
tunduk mencium tangan itu dengan lembut.
Bila
Fiqa mendongak, Amirusshahid menghadiahkan kucupan lembut pada dahi miliknya.
Hati Fiqa diruntun rasa hiba. Dia terasa mahu menangis kini, namun ditahannya.
Diminda bermacam-macam persoalan yang masih belum terjawab. Dia benar-benar
tidak menyangka bahawa kehadiran Encik Chipsmore secara tiba-tiba selama ini
adalah kerana lelaki itulah bakal suaminya.
Kemudian,
pasangan itu didera untuk melakukan posing di depan kamera. Itulah kerja
pengantin baru. Kena jadi model tak berbayar untuk semua juru gambar.
‘Ah...Layankan aje,’
Seloroh Fiqa dalam hati.
***
Fiqa
duduk berteleku di atas katil. Lama otaknya cuba mencerna maksud di sebalik
pertemuannya dengan Encik Chipsmore selama ini.
“Lamanya
awak berangan?”
“Hah?”
Fiqa pantas mendongak memandang wajah yang menegurnya itu. Dadanya terus
bergetar hebat saat mata mereka bersatu. Amirusshahid tersenyum lebar. Dia tahu
pasti Fiqa tidak bersedia pun dengan segala yang berlaku ini.
“Terkejut?”
Soal Amirusshahid.
“Sangat
terkejut!” Jawab Fiqa pantas. Dia memandang wajah Amirusshahid dengan penuh
tanda tanya. “Can you explaine everything to me right now? Currently, I’m still
blur.” Desis Fiqa pada suami yang baru sahaja dinikahinya itu.
Amirusshahid
mendekati Fiqa dan duduk di sebelahnya. Lama dia memandang wajah Fiqa.
“Awak
ni siapa sebenarnya? Apa tujuan awak hadir dalam hidup saya?”
“Saya
suami awak dan tujuan saya hadir dalam hidup awak kerana saya diutuskan oleh
Allah untuk memimpin awak, menjaga awak dan menyayangi awak sepenuh hati,” Ucap
Amirusshahid lembut.
“Saya...tak
sangka. Rupa-rupanya, awak datang secara tiba-tiba di dalam hidup saya kerana
awak ada muslihat sendiri,”
“Bukan
muslihat, tapi niat ikhlas dalam hati. Pada asalnya, saya menolak cadangan mama
dan papa saya nak bertunang dengan awak, tapi, mama saya cakap, dia tak akan
paksa saya. Dan dia nak saya kenal awak dulu. Kalau ditakdirkan kita putus
tunang, mama dan papa saya terima sahaja. Jadi, saya mengambil keputusan untuk
mengikut sahaja cadangan parents saya dan saya cuba kenal awak dari jauh.
Lama-kelamaan saya cuba mendekati awak dan macam yang awak fikir, kita berjumpa
buat pertama kali di stesen bas tukan?”
Fiqa
diam sejenak dan mengangguk perlahan. Dia masih setia menanti penjelasan
seterusnya dari Amirusshahid.
“
Well, if you wanna know something...That was not the first time we met,” Fiqa
semakin teruja ingin tahu bilakah kali pertama mereka berjumpa.
Amirusshahid
mengeluarkan sekeping biskut chipsmore dari poket baju melayunya.
“Ingat
ini?”
“Kenapa
dengan Chipsmore tu?”
“Kerana
Chipsmorelah kita berjumpa. Awak ingat tak?”
“Tak!”
“Okey,
biar saya tolong ingatkan awak balik ye?” Tangan Amirusshahid menyeluk lagi ke
dalam poket baju melayunya. Dia mengeluarkan mp3 dan dia memasang headset ke
telinga Fiqa. Sebelum itu, dia menyelitkan rambut ke belakang telinga Fiqa.
Ditekannya butang mp3 dan alunan simfoni piano bermain di telinganya.
“Apa
kaitannya dengan lagu ni? Bukan ke lagu ni awak pernah suruh saya dengar
sewaktu kita di dalam bas dulu?” Amirusshahid mengangguk laju.
“Sebenarnya,
awak pernah jumpa saya semasa umur awak 12 tahun lagi. Dan masa tu, saya
berumur 20 tahun. Beza umur kita terlalu jauh. 8 tahun kan?”
“Ha’ah,”
Fiqa masih mendengar petikan piano dari mp3 lelaki itu. Tidak lama kemudian,
mindanya bagai kembali di masa dia berumur 12 tahun. Bila segala ingatan
kembali menerjah, pantas Fiqa berpaling tidak percaya.
“Awaklah
lelaki tu! Awaklah lelaki yang tengah frust
gara-gara tak dibenarkan untuk bermain piano oleh seorang lelaki tua.
Erkk...Saya tak ingat macam mana rupa lelaki tu, tapi yang pastinya dia
tualah.”
“Ha’ah.
Betul tu. Lelaki tua tu atuk saya. Dia yang tak benarkan saya bermain piano.
Dia nak saya buat kerja yang lebih berfaedah berbanding bermain piano,” Jelas
Amirusshahid. Barulah Fiqa faham kini. Tetapi, masih ada soalan yang belum berjawab.
“Jadi,
apa kaitannya dengan biskut chipsmore pulak?”
“Sebenarnya,
masa tu, ayah awak melawat rumah saya. Dan masa tu pulak, atuk saya ada sekali.
Bila atuk menegur pasal saya terlalu lalai bermain piano tanpa memikirkan benda
lain, atuk marah. Jadi, masa tu, awaklah saksi segalanya. Awak merayau-rayau di
rumah saya sehingga awak terlihat perbalahan antara saya dan atuk saya. Bila
saya tengah frust, masa tulah awak
datang secara tiba-tiba. Entah datang dari mana, muncul saja bawa biskut
chipsmore di tangan. Masa tulah kita bertemu. Dan perasaan frust saya sedikit
berkurangan bila awak muncul di sisi,” Jelas Amirusshahid lagi. Sekarang, Fiqa
benar-benar faham dan tahu siapa sebenarnya Encik Chipsmore ini.
“Bila
mama ingatkan semula tentang kejadian itu pada saya, saya terus terima untuk
menjadi tunang awak. Saya dah lama perhati awak. Cuma sejak akhir-akhir ni
saja, saya memberanikan diri untuk berdepan dengan awak.” Sambung Amirusshahid.
“Jadi,
awak terima saya sebab biskut chipsmore ni aje?” Soal Fiqa inginkan kepastian.
“Taklah!
Saya terima awak kerana siapa diri awak. Awak muncul di kala hati saya
memerlukan seseorang di sisi. Dan awak menghilang pula di saat saya mencari.
Macam chipsmore ini. Lepas perjumpaan pertama kita tu, saya dengar awak dan
ayah awak berpindah ke Kedah. Lepas tu, beberapa tahun kemudian, awak kembali
ke KL.”
“Ha’ah.
Biasalah tu. Tugas ayah sebagai seorang guru memang memaksa ayah dan kami
sekeluarga untuk berpindah ke mana-mana sahaja tempat yang sudah ditetapkan.”
Mereka
terdiam seketika. Segala rahsia dan persoalan selama ini sudah pun terlerati
akhirnya. Cuma satu sahaja benda yang masih belum selesai lagi.
“Awak
cintakan saya, Encik Chipsmore?” Soalan Fiqa benar-benar menyentak dadanya.
Amirusshahid terkedu tidak tahu ingin menjawab bagaimana.
Lantas,
ditariknya tangan Fiqa dan diusapnya lembut. Matanya memandang lembut pada
wajah si isteri.
“Ya!
Saya memang dah lama cintakan awak. Semenjak kita pertama kali bertemu lagi.
Pelikkan? Ada ke patut saya bercinta sewaktu awak berumur 12 tahun?” Fiqa
menjongket bahu.
“Entah.
Saya tak tahulah patut ke tidak. Sebab, saya tak pernah merasai perasaan
bercinta itu. Maafkan saya,” Pohon Fiqa jujur. Kepalanya ditundukkan. Malu bila
bertentang mata dengan Encik Chipsmore.
Dagu
Fiqa dicuitnya dan didongaknya sedikit agar mata bundar itu memandang tepat
pada matanya.
“It’s
okay. Bagi saya, biarlah cinta itu hadir dengan sendirinya. Cinta selepas
kahwin itu lagi bermakna tau? Tetapi, sebelum itu saya nak betul-betul pastikan
sama ada awak ni memang tiada langsung perasaan terhadap saya ataupun
sebaliknya,”
“Macam
mana?” Bibir Amirusshahid mengulum senyuman lebar. Dia mendekati Fiqa dan dia
menunduk sedikit. Lalu kepalanya disandarkan pada bawah bahu kiri gadis itu.
Fiqa
tergamam dengan tindakan Amirusshahid yang menyandarkan kepala pada bawah bahu
kirinya itu.
“Aaa..awak
buat apa ni?” Ucap Fiqa gugup.
“Saya
nak dengar bunyi jantung awak,”
Dup
dap dup dap! Semakin lama dia menyandar kepalanya di situ, makin nyaring bunyi
degupan itu didengarnya. Kemudian, kepalanya dipanggung. Dia tersenyum lebar.
“Now,
I know your true feeling. Saya dah dapat jawapan yang dicari,”
“Amir!”
Terdengar bunyi suara melaungkan namanya. Dia menoleh ke pintu.
“Well,
there’s my que. Saya kena balik sekarang. Lagipun, kita nikan nikah gantung.
Kenalah bersabar ye, Puan Chipsmore?” Pantas tangannya mencubit lembut pipi
Fiqa. Fiqa masih tercengang dan terdiam tidak bersuara. Amirusshahid
mengenyitkan mata dan mengucup dahi isterinya.
“Saya
akan tunggu awak selepas awak graduate nanti,” ucapnya sebelum keluar dari
bilik itu.
“Selepas graduate?”
***
Fiqa
memandang sayu pada kedua ibu bapanya. Mereka akan berangkat ke tanah suci
dalam masa beberapa minit lagi. Puan Meriam memeluknya erat dan menangis
tersedu-sedan di bahu anaknya. Amirusshahid pula berdiri di sebelah Fiqa hanya
mampu memerhati kedua-dua anak beranak itu.
“Jaga
Fiqa ni baik-baik ye, Amir? Ibu tahu awak akan menjaga dia dengan baik sekali,”
“Ye
ibu. Jangan risau.”
“Hah...Amir,
jangan lama sangat outstation tu.
Kesian bini kamu keseorangan di rumah,” Ujar Puan Sharifah, ibu mertua Fiqa.
Bapa dan juga ibu mertuanya juga turut sama ke Mekah ingin mengerjakan haji
bersama ibu dan ayahnya.
“Outstation?”
soal Fiqa hairan.
Dia
tahu suaminya kerap kali outstation, cuma dia masih tertanya-tanya mengenai
pekerjaan suaminya itu. Kenapa suaminya selalu keluar outstation ye?
“Kami
masuk ke dalam dululah, ye? Dan, Amir...Ingat, kena pandai-pandai jaga diri
sebelum hari persandingan nanti. Kang tak pasal-pasal, benda yang tak ‘diingini’
berlaku pula,” seloroh Puan Sharifah pada anak terunanya itu.
“Alah...mama
yang suruh Amir jaga Fiqa. Mestilah Amir akan jaga dia dengan baik sekali.
Lagipun, ma...Tak salahkan?”
“Hah?”
Fiqa tidak memahami isi bicara di antara mereka. Puan Meriam menepuk lembut
tangannya dan berbisik. “Kamu pun kena jaga diri juga sebelum hari persandingan
nanti. Tak pasal-pasal, ada orang kedualah yang duduk sekali di masa hari
persandingan kamu nanti,” Dahi Fiqa sudah kerut seribu. Dia menggeleng.
“Ibu,
Fiqa tak fahamlah. Apa yang ibu cakap ni?”
“Haa...Baiklah
kita masuk segera. Takut tertinggal para jemaah yang lain pula,” Pintas Tuan
Badir.
“Jomlah,
Fah..Dah lepaskanlah anak kesayangan kamu tu. Biarlah mereka tu,” Ujar Tuan Amir Yazif pula, bapa kepada Amirusshahid. Amirusshahid mengangguk sahaja.
“Fina,
jangan nakal-nakal kat asrama tu tau? Kalau kamu nak balik, balik rumah kak
Fiqa kamu ni,” Sempat lagi Puan Meriam berpesan pada anak perempuan bongsunya
itu.
“Okey,
bu! Ibu nanti balik bawa kurma banyak-banyak tau?”
“Yelah.
Kamu kirim salam kat abang Syakir kamu nanti ya? Tak sempat nak jumpa dia
sebelum nak berangkat ni,”
“Ibu
tak payah risau kat anak teruna ibu yang sorang tu. Dia dah besar panjang pun.
Tunggu nak ada bini saja,” Mereka sekeluarga tergelak mendengar kata-kata Fina
itu. Tidak lama selepas itu, kedua-dua ibu dan ayah Fiqa dan Amirusshahid masuk
ke balai perlepasan bersama para jemaah yang lain. Mereka melambai-lambai pada
ibu bapa masing-masing sebelum mereka hilang di sebalik dinding.
“So,
akak nak kena hantar adik ke asrama dulu ke?”
“Ha’ah,”
“Abang
Amir boleh tolong hantarkan tak?” Soal Fina pada abang iparnya itu.
Amirusshahid senyum seraya mengangguk. “Boleh! Jom!”
Mereka
beredar dari situ dan ingin melangkah ke tempat parking.
“Amir!
Hoi!” Jerit seseorang. Semua mata memandang pada gerangan yang menegur tadi.
“Eh!
Fizal, kau kerja hari ini?” Fiqa memerhati saja gerangan yang lengkap
berpakaian seragam pilot menegur suaminya.
“Erk...Kejap
ye? Sayang, ambik kunci kereta ni dulu, pergi start kereta, ye? Abang nak borak
jap dengan kawan sama sekolah abang ni,” Fiqa akur dengan arahan suaminya dan
meninggalkan Amirusshahid bersama gerangan itu. Sempat lagi, lelaki tadi
mengangkat tangan padanya dan menyambung perbualan dengan suaminya.
“Hensemnya
pilot tu, kak. Kalau Fina dapat suami
pilotkan best! Boleh dia bawa kita
travel selalu,”
“Beranganlah
kau!” Fiqa menolak lembut kepala adiknya. Dia menggeleng mendengar angan-angan
adiknya itu.
‘Bertuah ke dapat suami
pilot?’ sempat lagi mindanya
memikirkan pernyataan adiknya itu.
***
Baru
sahaja 4 hari dia duduk di rumah milik suaminya itu, hatinya sudah terasa
begitu kosong sekali. Fina sudah kembali ke asrama dan abangnya, Syakir berada
di rumah ibu dan ayahnya. Selama ibu dan ayahnya menunaikan haji, dia disuruh
untuk duduk di rumah suaminya. Mujurlah rumah Semi-D itu tidak jauh dari UiTM.
Jadi senanglah dia berulang-alik ke fakulti. Manakala, Encik Chipsmore...Dia
disuruh untuk duduk di rumah ibu dan bapa mertuanya. Ada masanya suaminya itu
menemaninya di rumah tetapi tidak lama.
Fiqa
mengeluh lemah. Dalam beberapa hari ini, mindanya asyik memikirkan wajah
suaminya. Dia menggaru kepala.
“Apa
hal dengan aku ni? Asal dia tak ada je, otak aku fikir pasal dia. Asal dia
hilang je, aku asyik termimpikan dia. Kenapa dengan aku ni?”
‘Fiqa,
kau dah angaulah maksudnya tu. Kau rindukan suami kau sebenarnya,’
‘Ya
Allah, benar ke apa yang aku rasa sewaktu ini? Aku rindukan suami aku ke? Tapi,
kenapa ya? Kenapa aku rasa nak jumpa dia sangat? Tapi, diakan outstation
sekarang. Mana dapat jumpa dia,’ Hati Fiqa menangis hiba. Tiba-tiba, air
matanya gugur dan disekanya pantas.
“Aduh!
Macam ni ke rasanya menanggung rindu yang menggunung? Encik Chipsmore, saya
rindukan awak,”
“Puan...”
Tegur perempuan yang sedikit berumur di depannya. Pantas dia mengelap air mata
dengan lengan baju dan menguntumkan senyuman manis pada orang gaji yang diupah
oleh suaminya itu.
“Ni,
ada surat untuk puan,”
“Surat
dari siapa Mak Tam?” Soalnya kembali. Mak Tam hanya menjongket bahu, tidak tahu
siapa pemberinya. Fiqa menyambut sampul tersebut dan dikoyaknya.
“Tiket
penerbangan?” soal Fiqa pada diri sendiri. Dilihatnya nama pada tiket
penerbangan tersebut.
‘Eh?
Ni nama aku. Siapa yang beri tiket ni?’
Fiqa menarik satu lagi sampul surat yang
tertera namanya dan juga nama pemberinya.
“Dari,
Encik Chipsmore pada Puan Chipsmore?” Fiqa membaca ayat yang tertulis pada
sampul tersebut. Dibukanya ingin membaca kandungan surat tersebut.
Kepada cinta hatiku,
Puan Chipsmore.
Di sini ada disertakan
satu tiket ke Perth, Australia untuk Puan Chipsmore dan Encik Chipsmore
berharap agar Puan membawa tiket penerbangan ini esok ke KLIA. Tengok pada
jadual yang tertulis di tiket tersebut dan anda diminta untuk mengikut segala
arahan yang diberi ini...Jangan terlepas flight pula. Encik Chipsmore akan
menanti di sana.
P/S: I miss you so much
dear. Can’t help it. I always think of you, night and day. Thou we far away, but
our heart will never be apart. I love you always and I really need you now! So,
meet me there! Naik saja kapal terbang tu nanti tak payah tunggu abang. Nanti
kita akan bertemu di sana, okey? So don’t worry.
Love:
Your Mr Chipsmore,
Amirusshahid
Sekali lagi air matanya mengalir
laju menggelongsori pipi. Dia melipat surat tersebut dan dipeluknya bagai
memeluk suaminya. Dia perlu segera mengemaskan barang ingin bertemu suaminya
esok hari.
***
Fiqa memandang ke kiri dan ke kanan.
Tiada pun kelibat suaminya di situ. Dengan langkah lemah, dia masuk juga ke
balai perlepasan dan mengikut saja arahan suaminya berdasarkan surat yang
dibacanya semalam.
Dia meletakkan sebuah beg ke atas
tempat penyimpanan dan duduk di ruang first class itu. Tidak ramai orang yang
berada di ruang tersebut. Hanya ada beberapa orang sahaja yang mampu duduk di
kelas pertama itu.
“Hai, Puan selamat datang. Puan, nak
selimut dan bantal? Perjalanan kita akan mengambil masa selama 5 jam.” Ucap
pramugari yang menyapanya itu. Dia mengangguk dan mengambil bantal dan selimut
yang diberi oleh pramugari tadi.
Fiqa bersandar pada kerusi dan
hatinya masih tak tenteram. Dia menoleh ke belakang ingin menunggu kelibat
suaminya ke mari. Tetapi, hampa. Pintu kapal terbang sudah pun ditutup dan lampu
untuk memasangkan tali pinggang keselamatan sudah pun menyala.
Fiqa mengeluh lemah dan memasang
tali pinggang keselamatan. Kepala disandarkan pada kerusi dan dia berusaha
untuk menutup mata. Lama-kelamaan matanya yang tidak mengantuk akhirnya mengalah
jua. Fiqa tertidur.
Sayup-sayup bunyi simfoni
bilah-bilah piano mendayu-dayu di telinganya. Fiqa terjaga. Dia memandang ke
sebelah dan menoleh ke tempat lain pula. Fikirnya suaminya sudah ada di sisi,
tetapi ternyata semua itu hanya satu mimpi. Tetapi, kenapa bunyi simfoni itu
masih kedengaran jelas di telinganya?
Dia memanggil salah seorang daripada
pramugari yang bertugas dan bertanya akan bunyi melodi yang berkumandang di
radio di dalam kapal terbang itu.
“Oh...Lagu tu adalah lagu dari
permintaan seseorang untuk isterinya. Dia mahu lagu yang ada di dalam mp3nya
untuk dimainkan di dalam kapal terbang ini.”
“Isteri? Erk..Boleh saya tahu, siapa
yang buat permintaan ini?” Pramugari tadi hanya mampu tersenyum manis. Fiqa
masih menunggu jawapan dari pramugari tersebut.
“Hello, selamat petang Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya selaku kapten
anda untuk har ini ingin memberi laporan mengenai kajian cuaca di Perth,
Australia...” Fiqa terdiam sejenak bila pengumuman itu berkumandang di pembesar
suara.
‘Aneh..Macam aku kenal bunyi suara
ni. Tapi siapa ya?’
“Dan akhir sekali saya nak ambil
kesempatan ini ingin membuat ucapan khas buat isteri saya.”
‘Eh?
Kapten boleh buat ucapan ke kat dalam kapal terbang ni?’
“Saya tujukan ucapan ini buat isteri
saya yang tercinta. Puan Fiqa aka Puan Chipsmore.” Fiqa menelan liur. Matanya
membuntang saat namanya dipanggil. Begitu juga panggilan yang digunakan oleh
kapten tadi.
“Puan Chipsmore, saya cintakan awak.
Saya rasa bahagia kerana awak sanggup menerima saya sebagai suami awak.
Walaupun baru beberapa hari kita bergelar suami isteri, tetapi, dengarlah
sayang, saya rindu sangat kat awak. Dan saya nak catatkan hari ini sebagai hari
yang paling istimewa buat kita,”
Tiba-tiba, suara di radio terhenti.
“Syafiqa Syazira Binti Ahmad Badir...”
Fiqa menoleh pada gerangan yang memanggil namanya tidak jauh dari tempat
duduknya. Fiqa terpana saat melihat baju seragam yang dipakai oleh suaminya
itu. Amirusshahid nampak begitu kacak dengan baju seragam di tubuh itu. Baju
seragam seorang yang bekerjaya sebagai juruterbang. Matanya menangkap sejambak
bunga yang berada di tangan suaminya itu. Fiqa menutup mulut menahan rasa sebak
di dada.
“Puan Chipsmore, walaupun apa yang
akan saya lakukan ini sudah terlambat buat awak. Tapi, as I promise before.
Saya pasti awak tetap akan terima juga. Lagipun, tak lama lagi, kita akan
melayari bahtera hidup bersama sebaik sahaja segala persandingan selesai nanti.
So...” Amirusshahid melutut di depan Fiqa bersama jambangan bunga di tangan dan
juga sebuah kotak baldu berwarna merah hati di tangan yang satu lagi.
“Will you marry me, Mrs. Chipsmore?”
Laju saja mutiara putih itu keluar dari kelopak matanya. Perlahan-lahan, Fiqa
duduk melutut sama di depan Amirusshahid. Orang sekeliling mereka tidak
dihiraukan langsung. Lantaklah! Dia tidak kisah pasal semua itu. Yang dia kisah
ialah, perasaan yang sudah mula mekar di dalam hati. Perasaan suka, sayang dan
cinta pada suaminya yang digelarnya sebagai Encik Chipsmore.
“No! I will not marry you...” Wajah
Amirusshahid berubah sedikit.
“Because I already your wife silly!
Of course, I will accept you. Not because we are married. But because, I think
I have fallen for you, Mister Chipsmore! I love you and I miss you so much,”
Kini, air mata Amirusshahid juga jatuh mengalir di pipi. Pantas dia memeluk
isterinya itu dengan erat sekali. Akhirnya! Fiqa menyambut cintanya. Cintanya
bukan lagi bertepuk sebelah tangan. Kini, bunyi tepukan itu pasti dibalas
kembali.
Memang benar pun. Terdengar bunyi
tepukan orang di sekeliling mereka. Mereka turut sama bergembira dengan lamaran
dari Encik Chipsmore yang diterima oleh isterinya. Walaupun mereka tidak tahu
kisah sebenar, tetapi dengan riak muka saja sudah tahu bahawa mereka begitu
bahagia bersama.
“Yes! Awak terima lamaran kedua
saya! Awak terima!” Ujar Amirusshahid dengan penuh teruja. Dia memeluk kemas
tubuh kecil isterinya dan diangkatnya sedikit kerana terlalu gembira. Fiqa
menjerit kecil dan ketawa bahagia.
“Ya...Saya terima lamaran awak buat
kali kedua ni. Sebab, saya dah memang jadi isteri awak. Mestilah saya takkan
menolak untuk ke 2 kali lamaran dari Encik Chipsmore saya,”
“Terima kasih, sayang. Terima kasih
sangat-sangat kerana menerima saya. Menerima cinta saya dan tidak menolak
lamaran saya buat kali kedua ini,”
“Sama-sama sayang. Baru sekarang
saya faham apa erti cinta. Kerana awak, saya kenal apa itu cinta.Saya kenal apa
itu rindu. Terima kasih atas lamaran kedua kali ini,” Fiqa tersenyum malu di
saat meluahkan perasaan yang mula mekar di hatinya. Semakin hari, dirasakan
perasaan sayang itu bertambah-tambah pada suami tercinta. Dia benar-benar
bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang mampu memenuhi ruang hati yang
sedia menunggu untuk diisi oleh orang yang sudah ditakdirkan olehnya itu.
‘Ya Allah. Terima kasih kerana
mengurniakan lelaki ini menjadi suamiku. Jadi, Encik Chipsmore pun tak apalah.
Sekejap ada sekejap tak ada. Tapi, hatinya tetap utuh hanya untukku seorang.
Aduh! Aku benar-benar cintakan dia. Aku sudah jatuh cinta pada Encik
Chipsmoreku,’ detik hati Fiqa bahagia. Syukur Alhamdulillah. Begitu indahnya
perancangan Allah pada hamba-Nya. Penuh misteri tetapi segala perancangan itu
ada hikmahnya tersendiri. Jadi, bersyukurlah apa adanya. Kerana semua perancangan
itu memang sudah ditetapkan untuk kita demi mendapatkan yang terbaik untuk diri
ini.
*Tamat.*
OMG.. kte pom nk hubby pilot.. so suweet.. ngeh3... thnx sis.. hehe.. sengih2 sorang2 bca n3 kali nie.. haha..
ReplyDeletefiqa
Hahaha...msti awak angankan diri sndiri kan? Nma pun Fiqa..kuat berangan..hehehe.. ;)
Deletehaha..untungnyer ek dpt pilot..sweet2..
ReplyDeletehahaha....real life pilot mcm mne ek? hehe...sy tringin nk tau...kuikuikui... ;)
Deletesweet..mule2 ingat cerite pasal azah..
ReplyDeletesenyum tak henti2 dari tadi...
best..:P
eheeee...awk ada bca x part 1, n part 2 die? hehe...dri stu bru tau cter psl Fiqa...hehe...
Deletebestttt xterhingga.....
ReplyDeleteseronoknya nk jgakkkkkkkkkk......
like3x...
Hahaha..thank u komen tau...nk jgak? nk ape? hehehe.... <3
Delete