Wednesday, April 25, 2012

Sedikit sedutan bab 32 Cinta yang tiada kepastiannya


SEDUTAN BAB 32 CINTA YANG TIADA KEPASTIANNYA

          Aku hanya memerhati sahaja lenggok tubuh lelaki itu. Perbualan di antara dirinya dan juga si pemanggil ditalian menarik perhatianku. Lama aku berada di belakangnya tanpa lelaki itu sedar pun kehadiran aku di situ. Segala apa yang dibualnya itu aku tahu. Aku menunggu di saat dia mengakhiri perbualannya dengan si pemanggil. Sebaik sahaja dia berpaling, aku lihat wajahnya tergamam. Terkejut dengan kehadiranku di belakangnya.
            “Aaa...apa kau buat kat sini?” Soal lelaki itu gugup. Aku melepaskan tangan yang disilang ke dada tadi dan aku memandang tajam pada matanya.
            “Tak usahlah kau nak berdalih lagi, Iz. Aku dah dengar semuanya. Aku tahu segala-galanya. Kau tak perlu nak tipu aku lagi dah,” gusarku. Malas mahu bertekak dengannya mengenai topik perbualannya tadi dengan si pemanggil itu, aku terus berpaling ingin beredar. Aku dapat rasa Iz menarik lenganku dari belakang. Aku kembali berdepan dengannya. Dahiku sudah berkerut berlapis-lapis. Aku rasa nak marah dengan lelaki ini. Aku tak sangka, perangai buruknya tak pernah berubah pun!
            “Aku..aku boleh explaine,”
            “Tak payah nak explaine segala Iz! Aku tak sangka macam tu sekali niat hati kau kan? Kau masih tak ubah macam dulu. Masih tetap sama seperti Iz dahulu. Iz yang hanya mempergunakan aku! Kau memang tak guna, Iz!” Aku menepis tangannya dari memegang lenganku. Mataku ditala ke tempat lain. Tak sanggup nak bertentang mata dengannya. Tatkala itu, aku terasa kelopak mataku sudah terasa panas. Air mata mula mengaburi pandanganku. Aku cepat-cepat mengerdip mata ingin menghalang air mata dari gugur ke pipi.
            “Aku tak bermaksud untuk mempergunakan kau, Risya. Aku sekadar nak perempuan tu tahu yang aku juga akan bahagia tanpa dia,”
            “Dengan cara, kau sengaja nak panaskan hati dia, dan suruh dia datang sendiri ke kenduri nikah kita esok? Begitu? Iz...aku betul-betul tak faham dengan sikap kau ni. Aku rasa kau terlalu pentingkan diri sendiri. Kau nak tunjuk kat dia yang kau mampu hidup tanpa dia, tapi kau tak mampu ceraikan dia?” Gesaku. Iz terkedu di saat aku meluahkan kata-kataku itu. Aku mengetap gigi.
            “Sudahlah Iz. Kau jangan risau. Aku akan teruskan juga perkahwinan kita ni. Aku sanggup jadi ISTERI kedua kau. Kalau itu yang kau mahu,” Sengaja aku menekankan perkataan isteri itu padanya. Takut kalau-kalau Iz perasan akan air jernih yang sudah mula bertakung di tubir mata, pantas aku berpaling membelakanginya. Di saat aku ingin melangkah, Iz memanggil namaku. Langkahku terhenti.
            “Kenapa...kenapa kau sanggup teruskan perkahwinan ini kalau hati kau sebenarnya tak sanggup, Risya?”
            “Sebab aku tahu, aku tak mungkin akan kembali pada dia. Aku tak mungkin akan hidup bersamanya. Kerana hidup aku dah lama musnah. Aku tak perlu rasa bahagia. Cukuplah hanya ada teman di sisi di kala hari tua kelak, itu sudah memadai,” Lantas aku berlalu pergi dan mengesat air mata yang sudah berjuraian.
            Iz kelu. Matanya menghantar pergi bayang Risya sehingga gadis itu kembali ke dalam bilik di tingkat atas. Hari ini, dia mahu bertemu dengan Risya sekejap ingin memastikan semua hantaran dan barang-barang sudah berada di rumah Cik Deng. Namun, lain pula jadinya. Dia mengeluh lemah.
            ‘Adakah apa yang aku lakukan ini betul?’ Detik hatinya. Puas dia cuba menapis segala perasaan ragu-ragu dalam diri, tetapi tidak mampu. Hatinya mula gusar. Pening memikirkan kerenah Risya yang seperti orang yang sudah berputus asa dalam hidup. Risya seperti pasrah sahaja. Dari kata-katanya tadi, dia tahu, hati Risya sememangnya sudah mati. Tetapi, kenapa? Kalau disebabkan oleh Nick dia jadi sebegini, kenapa tidak gadis itu tinggalkan saja dirinya dan kembali ke pangkuan Nick?
Bukan dia tidak memikirkan segala perkara itu. Dia benar-benar sudah mula sayang dengan Risya. Sedikit sebanyak dia berasa menyesal kerana menekan Risya untuk menerima dirinya. Bila sudah dirinya diterima, dia tidak pula merasai kebahagiaan yang diidam-idamkannya selama ini. Yang dia lihat ialah garis kekecewaan di wajah Risya. Adakah itu adil bagi Risya? Kalau dia ingin memiliki 2 orang isteri dalam masa yang sama, bukankah keadilan itu perlu dititik beratkan terlebih dahulu? Bunyi keluhan lemah jelas kedengaran keluar dari mulutnya. Iz mahu pulang ke rumahnya semula. Dia berlalu tanpa mahu memujuk Risya. Biarlah gadis untuk melayan perasaan sendiri. Dia mahu Risya menenangkan diri sebelum gadis itu menjadi miliknya esok.

4 comments:

  1. Rindunye dengan Risya & Nick...
    tak guna betul lah Iz ni,gunakan Risya untuk diri sendiri kejam betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uwaaa...Nur Atiza..sy pn rndukn diorg 2..Huuu...Sbr2..Jgn emo..uwaaa...Smpi hati Iz tu kn? gram2..(erkk....sy lak yg emo) heee...Nntikn bab 32 yerr.. :)

      Delete
  2. ksian nyer kt Risya,,,
    Iz tu mmg btol2 selfish la,,,
    huuuuhuhu,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhuuuu...ksian kan? smpai hti Iz bwat mcm tu kt Risya..Ksian Risya...Tp nk tahu ksah strusnya? kne la tggu...heeee... :)

      Delete