Mataku terbuntang saat melihat jejaka yang asyik berkepit dengan perempuan anggun di sebelahnya. Betapa retaknya hatiku saat melihat lengannya dilingkari tangan si gadis yang berwajah kacukan arab itu. Ini sudah kali kedua aku melihat mereka bersama. Sukar aku tafsirkan rasa hatiku sekarang. Begitu sakit dan nyilu rasanya bagai disiat-siat pedang yang tajam.
Dari jauh aku melihat rentak mereka memasuki pintu hadapan hotel ternama di Kuala Lumpur ini. Sejak di parking lot lagi aku mengikuti jejak mereka secara senyap-senyap. Aku memang tak sangka akan apa yang aku lihat sekarang. Nick sudah mengkhianatiku. Begitu tegar sekali lelaki itu mengucapkan kata cinta padaku dan apa yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri berlainan sama sekali. Aku terasa tertipu dan bodoh kerana terlalu mempercayai segala kata-katanya. Aku benar-benar berasa kecewa!
Pada asalnya malam itu aku ke hotel Pacific Regency Suite ini semata-mata mahu menghantar dokumen penting kepada salah seorang wakil syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd. Sementara dia berada berdekatan dengan hotel tersebut, maka kami mengambil keputusan untuk berjumpa di parking lot di situ. Namun, tanpa ku sangka lain pula jadinya sesudah aku menyerahkan dokumen tersebut.
Tubir mata sudah tidak dapat menahan lagi. Begitu pantas sekali air mata mengalir. Aku tidak dapat menahan lagi rasa perit di hati. Rasa sedu-sedan mula kedengaran di hujung bibir. Aku mengelap air mata dengan perlahan. Aku menggeleng.
“Tak! Aku kena yakin pada Nick. Aku yakin itu bukan Nick! Tapi, takkan mata boleh menipu aku?” Aku berbicara sendiri. Macam orang gila pula aku rasa ketika itu. Dengan pantas aku menyelongkar isi beg dan mencari telefon bimbit.
“Ahhhh!” Jeritku kecil. Aku menepuk dahi. Bukankah telefon bimbitku sudah rosak dek terjatuh di dalam air? Dan sekarang aku meminjam telefon bimbit Nurul buat sementara waktu. Tambahan pula, sekarang sim card yang aku gunakan juga milik Nurul. Sim card lama!
Aku menekan-nekan key pad telefon bimbit Nokea tersebut dan mindaku ralit mengingat semula nombor telefon Nick. Bila nombor telefon tersebut aku rasakan betul, lalu aku tekan butang hijau.
***
Restoran mewah itu menjadi pilihan mereka untuk agenda makan malam. Emir sudah menuju ke kaunter ingin berurusan dengan pihak hotel berkenaan dengan majlis persandingan yang bakal dibuat di situ.
“Akak Iyan, rasa-rasanya lama lagi ke abang Emir tu?” Soal Nick yang duduk berdepan dengan gadis yang tampak anggun pada malam itu. Gadis yang bernama Iyan itu mencebik.
“Akak lah sangat! Hey, Nick...beza umur kita hanya setahun tau? Rasa geli pulak dengar kau panggil aku akak. Aku ni lebih muda dari kau!” Seloroh Iyan. Nick sudah tergelak kecil. “Alah...Kau kan tak lama lagi akan menjadi akak ipar aku. Takkan aku nak panggil kau dengan panggilan Iyan kot? Kang tak pasal-pasal kena lempang ngan abang Emir. Cakap aku ni tak hormat bini dia. Tak gitu?” Jawab Nick yang sudah menghabiskan dessert di depannya. Ditolaknya ke tepi mangkuk kecil yang sudah licin itu.
“Hmmm...Bagus jugak kalau kau kena lempang ngan abang sayang aku tu...Ha ha ha...Baru betul sikit kepala otak kau karang,”
“Oh! Tak usahlah. Dengar gelaran tu dah buat aku rasa otak aku ni semakin baik dan jelas!”
“ Kau nikan, tak berubah dari dulu lagi. Tapi, there is something more than that. Aku nampak muka kau macam berseri-seri aje aku tengok. Ni mesti disebabkan awek kau kan?” Nick tersipu-sipu malu. Dia berdeham menahan rasa malu. Diambilnya gelas berisi air kosong dan diteguknya sedikit. Rasa panas pula restoran itu dirasakannya. Iyan tergelak bila wajah merah Nick jelas nyata.
“Aku pergi bilik airlah dulu. Asyik kena bahan dengan aku aje,”
“Alahai...Playboy popular dah jatuh cinta. Takkan nak malu kot?” Nick membuat muka dan berlalu meninggalkan Iyan seorang. Iyan memandang sekeliling dan memerhati pengunjung-pengunjung di restoran hotel mewah itu.
Tidak lama kemudian, terdengar bunyi telefon bimbit menjerit meminta untuk diangkat. Iyan perasan telefon bimbit milik Nick yang berbunyi. Teragak-agak Iyan ingin menjawab panggilan tersebut. Bila melihat ada mata-mata yang asyik mengerling ke arahnya, dengan pantas dia menekan skrin dan menjawab panggilan tanpa melihat nombor pemanggil.
“Hello?”
“Hello...Errr...Ni nombor telefon Nick ke?”
“Ye. Ni nombor Nick. Kenapa ye?” Aku menggigit bibir. Menahan rasa. Air mata kembali deras mengalir. Aku menengkup mulut menahan rasa sebak di dada.
“Hello...May I know who is this?”
“Saa..saya nak tahu. Nick dekat mana sekarang? Kenapa awak yang menjawab telefon dia?”
“Oh...Nick ke bilik air. Lagipun dia tinggalkan telefon bimbit dia kat atas meja ni. So, I answer it for him. Ermmm..Boleh saya tahu siapa yang tengah bercakap sekarang ni?”
Bilik air? Meja? Apa yang mereka buat di dalam hotel bertaraf 5 bintang itu? Sudahlah di malam hari pulak tu. Kenapa perlu hari ini? Kenapa perlu waktu ini? Kenapa?! Hatiku membentak. Pantas aku menekan butang merah dan aku terduduk tidak dapat menahan rasa sedih di hati. Aku tidak sangka Nick sanggup buat aku macam ni. Aku ingatkan sikap ‘player’nya sudah berubah. Tetapi nampak gayanya makin menjadi-jadi. Sudahlah tidak lama dahulu diusungnya perempuan berganti hari. Sekarang, dibawanya pula gadis arab yang pernah aku lihat ketika berada di Sunway Pyramid dulu sehingga ke hotel? Nick sudah melampau! Dan perbuatannya itu tak mungkin aku maafkan selamanya. Ya! Buat selama-lamanya!
***
Aku tersentak saat terdengar bunyi ketukan pintu di ruang tamu itu. Televisyen terbuka semata-mata mahu memecah kesunyian bila hanya ada aku seorang sahaja yang berada di rumah sewaku. Wah! Begitu jauh aku mengelamun sehingga kejadian 2 bulan lalu pun ikut terjah mindaku. Ketukan di pintu kedengaran lagi. Aku menuju ke pintu dan membuka kunci. Aku tergamam di saat melihat wajah gadis yang berada di depan pintu rumahku itu. Aku mengajaknya masuk ke dalam.
“Mama rupa-rupanya. Ingatkan siapa tadi,” Perempuan yang aku panggil ‘mama’ itu adalah bakal menjadi ibu mertuaku. Mama Iz! “Kenapa mama ke sini? Kejap lagi kita nak ke rumah Iz. Ingatkan nak hantar barang...Ada yang tertinggal kat rumah cik Deng pulak,” Mama Iz sudah duduk di sofa bersebelahan denganku. Wajahnya aku lihat sedikit cekung dan lesu beberapa hari ini. Mungkin penat kali. Semenjak Iz memberitahu mamanya ingin berkahwin buat kali kedua, wajah mamanya ternyata nampak tidak senang. Tetapi, layanannya tetap baik. Aku berasa senang hati dengan layanan mama itu.
Puan Sarizah hanya tersenyum lemah. Dia mengangguk sahaja. Aku nampak dia macam teragak-agak mahu bercakap. Tidak mahu dia berasa kekok bila hanya ada kami berdua sahaja di situ, aku meminta izin untuk ke dapur ingin membuat air.
Beberapa minit kemudian, sebuah talam bersama cawan yang berisi air teh dan sepiring biskut Marrie digalas ke depan. Aku letakkan talam tadi ke atas meja kaca. Aku menyerahkan cawan kepada Puan Sarizah dan dia menyambutnya. Aku menunggu sahaja sehingga Puan Sarizah berhenti minum.
Cawan diletakkan ke atas meja kaca. Puan Sarizah mengeluh lemah.
“Sebenarnya, tujuan mama ke sini...Ada sebab. Mama nak beritahu kat kamu sebelum kamu menjadi isteri Iz nanti,” Aku diam seribu bahasa. Bunyi bicara Puan Sarizah lain macam aje aku dengar. Aku mula rasa tak sedap hati.
“Mama cakap jelah. Kenapa macam berat aje nak bagitau? Mama okey ke? Ada sesuatu yang berlaku kat Iz ke?”
“Bukan. Mama okey...Cuma...” Puan Sarizah diam seketika. Dia mengambil cawan di atas meja dan diteguknya sedikit air teh yang aku buat. Kemudian, diletaknya kembali di atas piring. Matanya ditalakan pada wajahku. Aku mengulum senyuman berharap agar dengan cara ini sahaja Puan Sarizah yang aku panggil mama ini dapat meluahkan apa yang terpendam di hatinya. Bagiku dia boleh berkongsi apa sahaja denganku. Lebih-lebih lagi dalam masa tak sampai 2 hari lagi aku akan bergelar anak menantunya.
“Mama nak Risya fikir kembali pasal pernikahan ini sebelum terlambat,” Kata-kata itu membuat aku tersentak. Aku keliru dengan kata-kata Puan Sarizah itu. Bibir yang tersenyum buatnya sudah berubah kelat.
“Maksud mama?”
“ Kalau boleh, mama tak nak kamu kahwin pun dengan Iz. Bukan mama melarang kamu kahwin dengan Iz. Cuma mama tahu, hati kamu sebenarnya bukan untuk Iz. Kan?” Sekali lagi hatiku bagai direntap. Aku berasa jauh hati bila Puan Sarizah berkata demikian. Tetapi, sedetik kemudian aku panggung kepala. Dahi juga berkerut.
“Kenapa mama cakap hati Risya bukan untuk Iz?”
“Mama tahu semuanya. Ekha yang beritahu kat mama. Kamu tak cintakan Iz, Risya...Kenapa perlu terima lamarannya? Kamu tahu tak, suatu hari nanti kamu juga yang terasa sakit. Mama kenal Iz tu. Dia yang beriya nak kahwin dengan Isnah dulu. Isnah macam nak tak nak sahaja. Tengoklah apa jadi. Dia kembali pada bekas kekasihnya. Jadi, mama tak nak perkara ni berulang lagi. Mama tak mahu berasa malu buat kali kedua. Bagi mama, cukuplah sekali Iz buat hal. Janganlah terjadi lagi perkara macam ni berulang kali,” Aku tunduk menekur ke bawah. Hanya memandang tapak kaki di atas lantai. Aku tak mampu bertentang mata dengan mak mertuaku saat ini.
“Mama tak kisah kalau Risya nak jugak kahwin dengan Iz. Jadi bini kedua dia...Tapi, mama nak kamu fikir sekali lagi. Risya, kamu masih ada masa lagi untuk menghentikan perkahwinan ini,”
“Tapi, mama...Kad undangan semuanya dah siap dihantar. Saya tak nak memalukan semua pihak. Sudah terlajak kata begini, saya tak mampu berundur lagi,” Aku masih mahu bertegas ingin meneruskan perkahwinan ini.
“Mama tak mahu kamu menyesal nanti. Sejujurnya, mama dah mula sayangkan kamu, macam anak-anak mama. Jadi, mama tak mahu kalau anak mama tersalah buat pilihan. Salah buat keputusan tanpa fikir baik buruknya terlebih dahulu,”
“Mama...Jangan risau. Risya dah fikir masak-masak. Risya tetap akan teruskan jugak. Mama cuma doakan sahaja agar perkahwinan kami ni akan kekal ke akhir hayat,” Terdengar bunyi keluhan di mulut Pun Sarizah. Aku nampak wajahnya sedikit keruh.
“Baiklah. Kalau sudah itu keputusan kamu. Mama akan doakan kebahagiaan kamu. Tak kiralah dengan siapa yang akan membahagiakan kamu nanti,” Puan Sarizah menepuk lembut tanganku. Aku tersenyum tawar. Mama beredar selepas itu. Kini aku kembali bersendirian. Aku menoleh pada jam di dinding. Nampak gayanya, aku kena bersiap-siap sekarang. Mahu mengambil barang yang tertinggal di rumah Cik Deng dan akan aku hantar ke rumah Iz.
***
Haris hanya memandang sahaja sahabatnya yang masih termenung tanpa menyedari kehadirannya di situ. Nick sudah semakin kronik! Tidak lama lagi gadis yang amat dicintainya akan bernikah dengan lelaki lain. Lelaki itu bukanlah siapa-siapa. Saudaranya juga. Haris mendekati Nick yang duduk di veranda. Dia menepuk lembut bahu Nick.
“Eh! Kau rupanya. Bila pulak kau datang ke sini, Haris?”
“Dah lama aku ada kat bilik kau, Nick. Kau aje yang tak perasan. Aku tengok kau makin parah ni,” Nick tersengih. Haris tahu, Nick tengah berperang dengan perasaannya. Tengah berusaha untuk menyimpan rasa sedih yang menggamit hati.
“Aku biasa aje lah. Macam ni...Cuma aku tak berapa sihatlah. Sebab tu aku tak pergi office. Mujurlah abang Emir tawar diri nak ambil alih buat masa ni. Walaupun hanya tinggal 2 hari lagi dia nak kahwin. Papa pun ada, so, bolehlah cover sikit,”
“2 hari tu aku dengar macam berat aje cara kau cakap tu. Nick, aku harap kau tabah dalam menghadapi dugaan yang Allah berikan kat kau ni,” Nick mengeluh lemah. Dia hanya mengangguk sahaja. Sudah banyak kali dia mendengar nasihat dari orang yang berbeza. Tetapi, isinya semua sama. Mahu dia tabah dan bersabar dengan dugaan yang menimpa dirinya.
“Aku okey. Cuma tu jelah. Aku tak sihat sebenarnya,”
“Tak sihat ke, atau kau sendiri yang buat diri kau tak sihat?”
“Aaa..aku...” Nick tidak mampu menyambung katanya. Dia menunduk ke lantai. Matanya hampir mahu mengeluarkan mutiara yang sudah lama dipendamnya dari tadi. Ya! Betul kata Haris, 2 hari kedengaran begitu berat sekali. 2 hari lagi abangnya bakal menjadi suami orang dan 2 hari itu jugalah kekasih hati bakal menjadi isteri orang lain.
“ Aku faham Nick. Aku sendiri pun tak sangka yang Risya ambil keputusan terburu-buru tanpa menyiasat terlebih dahulu. Gambar tu nampak macam diedit. Hanya orang pakar sahaja yang boleh buat gambar macam tu,”
“Tapi, salah aku jugak,Ris...Kalaulah aku tak usung mana-mana perempuan ke hulu ke hilir masa nak buat Risya jeles. Aku pasti, mesti semua ni takkan berlaku. Kerana perbuatan aku sendirilah, Risya boleh tak percaya dengan aku. Aku bodoh! Betapa aku tak sedar cara layanan dia selama ini, menunjukkan dia benar-benar membalas perasaan aku sebenarnya. Aku tak nampak semua tu. Serius! Aku tak nampak, sehinggalah aku benar-benar sedar. Dia dah lama ada hati kat aku. Dia sebenarnya dah lama sambut cinta aku. Aku yang buta. Tak pandai menilai,” Kini, mata Nick tak tertahan lagi. Air matanya gugur mengelongsori pipi. Begitu peritnya kecewa dalam percintaan. Hanya Allah sahaja yang tahu. Dia benar-benar menyesal!
“Dahlah, Nick. Semua tu dah lepas. Aku tak rasa pun tu semua kerana kau. Risya pun bersalah jugak. Tambahan pula, Pamela tu yang menjadi batu api dalam hubungan korang. Memang tak patut dia beri gambar edit tu kat Risya!”
Minda Nick kembali berputar ketika Pamela muncul setelah kali terakhir mereka bersua di Miri suatu ketika dulu. Pamela dengan muka tak malunya datang menjengah pejabatnya dan meminta agar Nick kembali ke pangkuannya. Nick mengherdiknya dan menghalau Pamela agar tidak bertemu dengannya lagi. Dek rasa amarah dan malu, Pamela mengugutnya mahu merosakkan perhubungan dirinya dan juga Risya. Pamela tahu akan hubungan cinta antara dia dan Risya. Jadi, disebabkan itulah dia pasti, semua yang terjadi itu gara-gara perbuatan Pamela. Sangkaannya menjadi bertambah kukuh lagi, bila sahaja Hasnah melempar sampul yang berisi gambar dirinya dan juga Pamela yang berada di atas katil sambil berpelukkan tanpa seurat benang. Dia benar-benar tidak menyangka sampai begitu sekali Pamela memalukan dirinya. Pamela menggunakan kepakarannya dalam bidang fotografi dan terhasillah gambar berunsur fitnah itu. Sampul itu sudah selamat berada di tangan Risya dan kerana itulah Hasnah menyerbunya.
Masalah menjadi semakin berat bila Risya seperti tidak mahu bertemu dengannya langsung. Malah, Risya telah meletakkan jawatan dari syarikatnya. Risya menghilang selama 2 minggu. Dengar khabar dia ke Melaka, melawat rakannya, Hana. Tetapi, dia tahu itu hanyalah alasan semata-mata. Hasnah pula tidak mahu memberitahu di mana tempat tinggal Risya selama gadis itu berada di Melaka.
Sudah banyak kali dia cuba menghubungi Risya. Tetapi, tidak dapat. Sejurus itu, dia mendapat khabar bahawa Risya tidak lagi memakai telefon yang selalu digunakannya kerana telefon bimbit tersebut rosak kerana jatuh ke dalam air. Dia tahu berita itu pun dari Haris. Segala cerita yang dia dapat tahu, semuanya daripada Haris. Hasnah sering merungut dan mengadu tentang Risya pada sahabatnya itu. Dan satu hari, dia teringin sangat mahu bertemu dengan Risya. Dia meminta pertolongan daripada Haris agar dapat melembutkan hati gadis itu supaya bertemu dengannya.
Nick benar-benar gembira dan bersyukur bila saat Haris memberitahunya bahawa Risya bersetuju mahu bertemu dengannya. Tetapi, kegembiraan itu tidak lama bila dia mendengar Risya menerima lamaran dari saudaranya, Iz. Kenyataan itu benar-benar menyentak hatinya.
“Awak...Apa khabar?” Soal Nick. Betapa rindunya dia pada wajah budak kecik itu. Betapa dia mahu meluahkan segala isi hatinya kepada gadis yang benar-benar mengetuk pintu hatinya yang tertutup selama ini. Risya hanya tersenyum tawar.
“Sihat. Macam yang awak lihat nilah,” Itu sahaja kata yang mampu diucapkan oleh gadis di hadapannya itu. Dia mengeluh lemah. “Kenapa awak nak sangat jumpa saya ni?” Sambung Risya lagi.
“Salah ke kalau saya nak berjumpa dengan awak?”
“Saya tak boleh lama-lama, Nick. Awak tahukan yang saya ni tunang orang. Nanti apa pula kata orang?” Nick tersentak. Wajahnya mendung di saat Risya menyatakan perkataan tunang.
“Risya, saya tak sangka awak mengambil keputusan terburu-buru tanpa usul siasat,”
“Jadi, awak nak saya buat apa?” Pantas Risya mencelah. Mata gadis di depannya tajam merenung anak matanya. “Awak nak saya buat apa, Nick!? Hadapkan saja gambar tu dan layan awak macam biasa?”
“Risya, gambar tu bukan saya! Semua tu fitnah! Dan saya dah ada bukti yang menyatakan saya tak bersalah!”
“Untuk apa lagi awak nak berdalih? Sudah bukti ada di depan mata. Dan dengan mata kepala saya sendiri saya nampak perbuatan terkutuk awak tu!”
“Haa..?” Nick tidak memahami kata-kata Risya. Sampai begitu sekali ke Risya tidak mempercayai dirinya?
“Apa maksud awak?”
“Saya nampak sendiri, Nick. Saya nampak awak usung perempuan ke hulu ke hilir. Awak masih tak nak mengaku lagi?”
“Ya! Benar apa yang awak cakap tu. Saya bawa macam-macam perempuan ke mana-mana saja. Tapi semua tu sebab saya nak tengok sama ada, ada atau tidak perasaan sayang tu dari awak pada saya. Bukan ke cemburu itu tandanya sayang?”
“Pengakuan awak tu benar-benar menunjukkan yang awak ni seorang lelaki yang berperangai macam budak-budak! Cemburu tandanya sayang? Oh..Jadi, awak memang sengaja bawa perempuan tu semua sebab niat nak buat saya cemburu, begitu?”
“Saya...”
“Bawa perempuan sampai ke hotel maksud awak?”
“Risya!” Jerkah Nick hilang sabar. Risya tersentak. Mata gadis itu sudah bertakung air mata dan akhirnya mutiara putih itu jatuh jua. Laju sahaja mengalir. Risya berpaling membelakangi Nick.
“Saya dah ambil keputusan, Nick. Saya dah banyak kali kecewa. Semuanya gara-gara manusia yang bernama lelaki! Dan saya pasti, jodoh saya ialah Iz. Saya akan kahwin dengan dia. Jadi, saya harap segala apa yang pernah kita lalui ini biarlah menjadi kenangan kita di masa muda. Sepanjang saya berkenalan dengan awak, banyak yang saya pelajari. Saya kini kenal mana satu permata dan mana satu kaca. Dan pilihan saya tu, tak mungkin akan melukakan hati saya,”
Risya kembali berpaling berdepan dengannya. Risya mengusap pipi menghilangkan air mata yang deras laju mengalir. Terbit senyuman di hujung bibir mungil itu.
“Terima kasih atas segalanya. Tidak kiralah apa-apa pun. Saya akan simpan kenangan kita bersama. Saya minta diri dulu,”
Bila Risya ingin beredar, dengan pantas dia menarik lengan gadis itu menghalang kaki itu melangkah pergi.
“Tak ada ke sekelumit pun perasaan percaya pada saya, Risya? Awak tak yakin ke dengan saya? Dengan cinta saya?” Lemah sahaja suaranya mengungkapkan kata itu. Dengan perlahan Risya menghadapnya semula. Senyuman tawar menghiasi wajah itu.
“Keyakinan itu sudah lama hilang saat kepercayaan pada diri awak direntap oleh awak sendiri. Awak yang tak yakin pada diri sendiri. Bagaimana saya nak yakin pada awak?”
“Tapi, Risya...Saya mampu membuktikan yang saya tak bersalah. Saya dah tangkap perosak hubungan kita. Saya memang tak bersalah. Percayalah!”
“ Sesuatu hubungan itu perlulah ada kepercayaan dan keyakinan di dalam diri pasangan masing-masing. Dengan cara itu, kepastian dapat dicapai. Dan kepastian itulah yang mengekalkan perhubungan itu sehinggalah akhir hayat. Begitu juga kepastian kita pada Ilahi. Kalau kita pasti akan kekuasaan-Nya, nescaya kita akan selamat di pangkuan-Nya. Dan selebihnya, segala perbuatan kita sahaja yang dapat menentukan sama ada kita layak atau tidak ke dunia yang kekal nanti iaitu syurga. Di dalam hal kita, saya masih belum ada kepastiannya. Saya tak pasti sama ada saya akan kekal bersama dengan awak, atau tidak, Nick. Saya hanya mampu berserah sahaja dan saya pasrah! Jikalau jodoh kita panjang, saya akan menjadi milik awak dan jika tidak...Berdoalah agar awak mendapat yang lebih baik daripada saya,” Genggaman di lengan Risya sudah dilepaskan. Nick terkedu. Bila matanya memandang tepat di anak mata Risya, dia terasa mahu menangis di saat itu.
Bila lama mereka terdiam melayan perasaan masing-masing, Nick teringat akan sesuatu. Dia mengeluarkan sampul kad dari poket jaketnya.
“ Sebelum awak balik, terimalah kad undangan ini,” Mata Risya tepat pada sampul kad di tangannya. Sampul bertukar tangan. Bunyi sedu-sedan sudah berkurangan dari gadis itu.
“Saya harap awak dapat datang ke majlis tu.” Risya mendongak memandang wajahnya. Nick hanya mampu tersenyum lemah.
“Bukan pinta saya, kita jadi sebegini. Tapi, ketahuilah...Dalam diri saya, kepastian akan cinta yang hadir di saat awak muncul dalam diri saya tak pernah pudar. Malah lebih mekar. Mungkin benar, jodoh antara kita mungkin tiada. Tapi, ingatlah, sayang. Saya pasti cinta saya hanya pada awak. Tiada orang lain yang mampu mengisi ruang hati ini selain daripada awak,” Sekali lagi air jernih itu mengalir dari tubir mata gadis bertubuh kecil itu.
“Maafkan saya ,Risya...Maafkan saya jika sepanjang perkenalan kita tak seindah yang kita sangka,” Risya menggeleng.
“Perkenalan kita lebih indah berbanding kenangan yang lain. Saya juga minta maaf, Nick. Saya juga berharap awak dapat hadir masa hari pernikahan saya nanti. Oh, ya..Saya nak pulangkan kembali loket hati ni,” Risya menarik rantai dari lehernya di sebalik tudung. Lama Nick memerhati rantai tersebut. Dia menolak.
“Awak simpanlah. Bukankah awak cakap, perkenalan kita lebih indah berbanding kenangan yang lain? Anggaplah rantai ini satu tanda perkenalan antara kita. Saya ikhlas memberi rantai ini pada awak. Awak pun dah berjanji untuk simpan elok-elok rantai ni, kan?” Risya kembali menggenggam rantai tersebut.
“Ya. Saya akan tunaikan janji itu,”
“Cinta itu tak semestinya memiliki dan dimiliki,” Ucap Haris menyentak lamunannya. Nick menoleh memandang sahabatnya di sebelah yang turut duduk bersamanya di veranda itu.
“Dan cinta itu tak semestinya indah. Cinta itu juga memberi luka yang parah. Benar-benar sakit bila hati sudah kecewa,” Haris tersenyum sahaja. Dia menepuk-nepuk bahu Nick memberi semangat pada sahabatnya itu.
“Teruskan hidup kau, kawan! Masih ada berjuta bintang di langit. Di antaranya pasti akan muncul jua,”
“ Kalau tak muncul macam mana? Cuaca sekarang tak menentu sangat. Bintang pun susah nak nampak masa malam-malam,” Nick cuba menceriakan dirinya dengan bergurau. Meleret senyuman di bibir Haris. Dia menumbuk perlahan bahu Nick.
“Haa...That’s my friend! Tak usahlah kau bersedih lagi. Esok lusa, kau perlu sentiasa tersenyum. Abang kau amat memerlukan kau. Company needs you, we need you!” Ujar Haris. Nick mengangguk.
“Yes, I will be back. Don’t worry,”
siannye kat Nick...
ReplyDeletex nak Risya & Izz,nak Nick jugak!!!!!
Hehehe...Demanding nyerr....heee..Akak tau rmai yg ske Risya dgn Nick..So..tggu jela kisah 2 org ni yerrr..:D
DeleteThanx sbb bg komen.. trharu bla Atiza mmg follow cter ni.. :D
uwaaa.. xmo izz.. alaa.. cian nick.. risya nie salah paham lar.. awat x tnya nick dlu.. huhu..
ReplyDeletefiqa
Fiqa...Risya ni dgil..Tu la psl..Siankn Nick? akak mmg sngaja wat org gram kt Risya ni...hehehe.. :D
ReplyDeleteNak lagi, best3.. bagi iz plak yg terkedu ditinggalkan Risya...
ReplyDeleteThanx sgt2 sbb fllow cter nvel brsri prtama sy ni...hehe...Haaa...nk tau apa akn trjdi nnti? kne la tggu.. ;)
Deletecpat2 la smbung,,,
ReplyDeletexsabar nk taw pe yg jd,,,
hrap2 Risya xjd kawin ngan Iz,,,
Eheee...Ok..Blh2...Xlma lg sy akn postkn bab 32 yee... :) Tggu tau..
Delete