Tuesday, April 24, 2012

Full part Cerpen 2 Kali Lamaran Dari Encik Chipsmore


 
Di tangannya tak lepas dari memegang biskut yang berbentuk bulat. Hampir separuh biskut itu dimakannya. Kemudian, digigitnya lagi sampai habis. Dijilatnya jari dan ditepuknya tapak tangan menghilangkan cebisan biskut tadi. Dia menyelongkar isi beg mencari tisu. Setelah itu, dilapnya jari yang sedikit melekit.
“ Kau nikan, tak habis-habis dengan Chipsmore. Muka kau pun aku dah tengok macam Chipsmore. Nasib baiklah kulit kau tu tak hitam macam biskut tu. Haa...kalau hitam, tu barulah orang cakap sepesen! Sebijik macam Chipsmore,” Seloroh rakannya yang turut sama menunggu di perhentian bas itu. Wajah rakannya yang berasal dari Sarawak itu ditenungnya.
Senyuman senget ditayang kat sahabat sejatinya itu. Melebar senyuman sampai nampak celah gusi yang penuh dengan bekas-bekas biskut coklat tadi.
“Eeee...Kalau nak senyum tu agak-agaklah kawan! Cubalah cuci sikit celah gigi kau tu. Geli aku tengok! Tak senonoh betul!”
“Haa? Iye ke? Alah, kau ni, Azah...Macam tak kenal aku. Celah gigi pun biarlah...Chipsmore yang kau bagi ni sedap sangat. Tu yang tak boleh nak cuci celah-celah gigi ni. Masih terasa ke ‘sedap’an biskut Chipsmore yang diberi free dari rakan sejati aku ni,” Fiqa memeluk bahu rakannya seraya menyangkan sengihan sampai terserlah gusinya. Azah menoleh ke tempat lain.
“Eeee....Cuci gigi kau. Kumurkan sikit guna air masak ni. Tak ada selera aku tengok. Rasa nak vomit pun ada. Pengotor!” Sengihan tadi bertukar masam. Buat-buat masam sebenarnya. Kemudian, diambilnya botol berwarna biru dan diteguknya. Menggelembung pipinya macam ikan buntal. Dimain-mainnya lagi di depan Azah.
“Eyyy...Budak ni nak kena dengan aku ni...” Terus kempis pipinya sebaik tangan Azah sudah mula naik ingin menampar lengannya. “Okey okey, aku tak buat dah,” Pantas sahaja dia bersuara sebaik menelan air di dalam mulut. Fiqa tersenyum sampai menunjukkan barisan gigi yang sudah bersih. Tiada lagi saki-baki Chipsmore yang tertinggal di celah giginya.
“Haa...Tau takut. Kalau tak, dah lama selamat penampar aku ni kat bahu kau. Nasib baik pipi kau tu tak kena layang dengan tapak tangan aku. Takut tersembur pulak kalau aku tampar pipi kau yang penuh dengan air di dalam mulut tu,” Bebel Azah di sebelah. Ada beberapa orang yang menunggu asyik menoleh ke arah mereka. Gamat juga perhentian bas dari gelak tawa 2 ‘ekor’ ni.
“Eh...Tu bas aku dah sampai. Tinggal kau sorang jelah. Jaga diri baik-baik ye? Tengok macam nak hujan aje ni. Aku pergi dululah ye. Esok jumpa kat kelas. Bye. Assalamualaikum.” Azah pantas mendekati orang ramai yang sudah beratur mahu menaiki bas. Azah sempat melambai-lambai dari dalam bas. Fiqa membalas lambaian itu. Tidak lama selepas itu, Fiqa mengeluh lemah. Terbit perasaan menyesal kerana tidak membawa kereta sendiri.
‘Itulah degil sangat! Ada lesen kereta tapi lesen macam kopi ‘O’. Kereta pulak mak dengan ayah nak bagi tapi tak nak pakai kemudahan yang dah sedia ada. Degil!’ Fiqah mengutuk diri sendiri.
Mata meliar memandang sekeliling. Nampak gayanya hanya dia seorang sahaja berada di situ. Seram sejuk pula bila berada keseorangan di perhentian bas ini. Sayup-sayup angin petang menampar pipinya. Sejuk badannya bila terkena hembusan angin. Fiqa mendongak ke atas. Hujan mula turun renyai-renyai. Rasa bosan mula menular. Dia melangkah dan menadah tapak tangan bermain dengan air hujan yang menitis.
‘Heish! Asal hari ni lambat pulak bas ni nak datang ke sini? Dahlah nak maghrib dah ni. Tak pasal-pasal aku kena naik teksi. Kalau lambat balik, ayah marah pulak,’ Hatinya mula berasa risau. Takut kalau ayahnya meletuskan kemarahan padanya dek balik lewat. Dia mengeluh lemah.
“Rasa-rasanya dah 3 kali awak mengeluh,” Fiqah terkejut lalu bahunya terangkat sedikit. Diusapnya dada ingin meredakan rasa kejutan dari lelaki yang berada tidak jauh darinya di perhentian bas itu.
‘Eh? Sejak bila pulak mamat ni ada kat sini? Tapi, tadi tu suara dia ke?’ Fiqa tertanya sendiri. Mana tidaknya, mamat yang tiba-tiba sahaja menegurnya itu memakai baju hood berwarna kelabu. Wajahnya pulak ditutup dengan hood tersebut. Dia berasa ragu-ragu pula. Siapa pula yang menegurnya tadi? Ke ada suara-suara lain?
‘Ish...Dahlah nak maghrib ni. Berduaan pulak tu dengan mamat ni kat sini. Bahaya! Aku kena jauhkan diri dari mamat ni. Eeee...Takutnya,’
Bila tiada lagi suara kedengaran. Dengan pantas Fiqa kembali ke bangku dan mengambil beg sandangnya. Dia mahu beredar dari situ. Tetapi, tidak lama selepas itu, langkahnya terhenti bila melihat hujan sudah semakin lebat. Benar! Hatinya gusar mahu menyeberangi jalan. Lagipun, macam manalah dia nak pergi ke seberang dengan hujan lebat sebegini. Dia mana ada payung!
‘Ah! Rempuh aje lah!’
Fiqa nekad. Dia mahu menjauhkan diri daripada lelaki itu. Kakinya pantas melangkah. Dia meredah hujan lebat tanpa berfikir apa-apa. Yang penting sekarang ialah keselamatannya.
Belum pun Fiqa sampai ke seberang, lengannya terasa ditarik oleh seseorang. Dia terdorong ke belakang. Hampir luruh jantungnya saat badannya ditarik oleh gerangan itu. Terdengar bunyi bising dari arah bertentangan. Hampir sahaja dia dilanggar oleh kereta yang menderu pantas tadi. Matanya tertutup kerana terkejut.
“Lain kali, nak melintas jalan kenalah tengok kiri kanan dulu, cik adik. Jangan main rempuh aje,” Pantas mata Fiqa terbuka. Mahu terbeliak matanya bila melihat gerangan yang menarik lengannya tadi. Barulah dia perasan. Tinggi juga mamat di depannya ini. Mamat yang memakai baju hood kelabu tadi! Bila kepalanya mendongak ke atas, barulah dia nampak wajah lelaki yang berselindung di sebalik hood itu. Waduh! Boleh tahan hensem jugak mamat ni. Kemudian, dia perasan sesuatu. Mereka kini di bawah payung yang sama dipegang oleh mamat itu. Payung yang tidak berwarna. Lutsinar! Nampak air hujan jatuh di atas payung tersebut. Menarik! Dan romantik! Ha ha ha.
‘Sempat pulak aku mengelamun. Aish! Fiqa Fiqa. Kau memang ratu berangan!’
Tiba-tiba, lelaki yang tidak dikenalinya itu menarik tangannya dan memberi payung di tangan.
“Balik tu jangan lewat sangat tau. Nanti kita jumpa lagi,” Mamat itu mengenyitkan mata sebelum menghilang di sebalik hujan lebat. Fiqa sudah terkebil-kebil bila ditinggalkan begitu sahaja. Fiqa tersedar.
‘Aik? Cepat jugak mamat tu menghilang. Macam Chipsmore! Tadi tiba-tiba ada, sekejap lepas tu tak ada pulak. Memang macam Chipsmore!’
“Nanti kita jumpa lagi?” Fiqa teringat semula kata-kata lelaki itu tadi. Persoalan itu kedengaran begitu pelik sekali. Fiqa menggeleng kepala. Dia mengangkat bahu tanda tidak memahami kata-kata lelaki misteri tadi. Lalu langkahnya laju saat terpandangkan teksi yang lalu di situ. Payung tadi sentiasa berada di tangan.
2 Minggu kemudian.
Iklan Chipsmore terpampang di kaca televisyen. Tangannya terus menarik biskut Chipsmore yang dihidang oleh Azah tadi. Belum sempat tanganya mencapai biskut tersebut, terasa tepukan dari seseorang.
“Heish! Tak sudah dengan Chipsmore dia tu. Kau tak muak ke makan biskut ni?”
“Taklah. Rasa sedap aje.”
“Sedap sebab free kan?” Meleret senyuman di bibir bila sahabatnya berkata demikian. Tanpa perasaan malu dia mengambil biskut dari piring.
“ Ey...Kau ni patut digelar minah Chipsmore tau tak?”
“Eh! Tu gelaran untuk orang lainlah. Bukan untuk aku,”
“Maksud kau, Encik Chispmore yang hari tu?” Fiqa mengangguk sambil mengunyah kepingan Chispmore tadi. Bila sudah habis diambilnya lagi biskut tersebut. Makan macam budak-budak lagaknya. Comot!
“Kau masih tak dapat lupakan ke Encik Chipsmore kau tu?” Fiqa berpaling ke sebelah. Matanya ralit memandang wajah Azah. Dia terdiam. “Entah! Tak ada pun bayang-bayang dia semenjak dua menjak ni. Bila kau ungkit balik barulah aku ingat kat dia. Asal kau tanya macam tu?”
“Tak adalah. Saje je. Mana tahu kau tak boleh lupakan dia. Sampai kau dah melekat kat Encik Chipsmore tu. Aku nak tahu jugak kalau-kalau kawan aku ni dah jatuh cintan ke jatuh sayang sampai tersungkur kat mamat tu ke?”
“Jatuh cinta? Hmmm...Aku tak tahulah bagaimana perasaan jatuh cintan ni. Terus-terang aku cakap, aku memang tak tahu apa itu cinta. Aku dok baca novel pun aku masih tak tahu bagaimana perasaan jatuh cinta,”
“Kau ni, Fiqa. Hati batu betul! Ke kau ni songsang?” Tergengil mata Fiqa bila Azah menuduhnya sebegitu. Tangannya hinggap ke lengan putih gadis itu dan dicubitnya sehingga terdengar jeritan halus dari sahabatnya itu. Azah menggosok-gosok lengan yang terasa perit dek cubitan menyengat dari kawannya. Ya Allah! Cubitan budak tu mengalahkan ketam!
“Tengok ni apa kau dah buat kat lengan aku. Biru lebam jadinya,”
“Padan muka! Siapa suruh cakap aku ni songsang? Aku straight okey! Cuma belum tiba masanya aku kenal erti cinta,”
“Oh, ye ke? Asal tak bagitahu awal-awal yang kau ni straight? Ha ha ha,”
“Eii, budak ni. Ada yang nak kena sepitan lagi agak nya,” Jari Fiqa mula mendekati lengan Azah. Pantas Azah mengambil bantal dan mempertahankan dirinya dari terkena lagi.
“Okey okey. Aku taubat. Ish! Budak ni...aku gurau pun tak boleh,” Azah mencebik. Tangannya melepaskan bantal tadi dan diusapnya lengan yang masih terasa sakit. Fiqa tergelak kecil dan menunjukkan ibu jari pada Azah. “Sedap tak rasanya? Aku rasa lagi sedap dari biskut Chipsmore ni kot,”
“Aku ambiklah balik biskut ni. Tak nak bagi kau makan,” Azah menjelir lidah. Diangkatnya piring yang masih ada beberapa keping biskut Chipsmore dan dibawanya ke dapur.
“Hoiii...Buruk siku betul! Kau dah beri kat aku, kau ambik balik biskut tu? Bak balik ke sini. Aku lapar ni!” Fiqa mengikuti Azah sehingga ke dapur.
2 jam kemudian, Fiqa sudah bersiap-siap mahu kembali ke rumahnya. Tujuan dia ke rumah sewa Azah setakat nak jenguk rakannya itu. Dia bosan! Duduk di rumah tidak berbuat apa-apa. Tambah lagi, di rumah tiada sesiapa pun. Ibu dan ayahnya pula tiada di rumah. Kerja! Hari sabtu pulak tu! Kedua ibu bapanya selalu sibuk memanjang. Sebab itulah dia kemari.
Ditiliknya wajah di cermin. Bila tudung sudah dibetulkan dan dia berpuas hati dengan penampilannya, dia mengambil beg sandang dan memasangkan sandal di kaki. Azah setia menunggu Fiqa.
“Ish! Lambat betullah minah ni nak keluar. Penat aku berdiri kat depan pintu ni. Cepat sikit boleh tak, ratu berangan?”
“Haa?” Fiqa mengerdipkan matanya berkali-kali. Sempat lagi berangan di depan pintu semasa memasang sandal. Azah menepuk dahi.
“Tak ada sesiapa yang boleh kalahkan kau. Kau memang deserve title tu. Dah cik akak...Lewat pulak kau nak balik nanti. Tak pasal-pasal kena sembur ayah kau. Jangan pulak kau berangankan Encik Chipsmore masa kat perhentian bas nanti,”
“Eiii...Tak makan saman ke?” Sengaja Fiqa mengacah Azah dengan ibu jari dan jari telunjuk dirapatkan. Mahu mencubit lengan rakannya itu. “Okey, bye!” Daun pintu ditutup pantas.
“Hoi! Agak-agaklah nak tutup pintu tu. Takkan sampai hidung aku pun terkena sekali?” Fiqa mengusap batang hidungnya bila pintu tadi dihempas betul-betul di depan mukanya.
“Aku balas baliklah. Barulah fair and square!” Jerit suara di sebalik pintu. Terdengar bunyi gelak tawa yang sedap mengekek mentertawakan dirinya.
“Kurang asam punya minachi! Ada kentang ada french fries, ada hari siap kau kena libas!”
“Paku dulang paku serpih, confirm Chipsmore aku tak bagi kat kau lagi, bebeh!” Balas Azah dari dalam. Muka Fiqa sudah cemberut bila Azah membalas kata-katanya.
“Perosak peribahasa!”
“Alah...Kau pun sama!”
“Dahlah! Aku nak blah dulu ni. Assalamualaikum,”
“Waalaikummussalam,” Azah menjawab salamnya dengan lunak suara yang sama. Rasa-rasanya. Satu flat ni dengar suara mereka berdua tu. Mengalahkan siren!
Fiqa turun tangga. Sekejap-sekejap dia berhenti.
‘Hish! Ni yang payahnya turun tangga. Gayat! Eee..Tak suka!’
Dia kembali turun sambil tangannya memegang besi. Bila sudah berada di tingkat 2. Dia berhenti lagi.
“Ish! Azah ni pun satu. Asallah sewa rumah sampai tingkat 5?” Rungut Fiqa. Kakinya tetap melangkah. Satu-persatu tangga dilangkahnya dengan perlahan. Bila sudah sampai ke bawah. Dia menarik nafas lega. Fuh!
Dia berjalan ke stesen bas berhampiran. Mujurlah tidak jauh dari flat Azah. Cuma satu sahaja yang menyebabkan dia tidak senang hati. Ada sekumpulan remaja lelaki yang melepak di stesen itu. Nampak gaya macam remaja tak senonoh. Hatinya berdebar-debar. Tetapi dia melangkah juga ke stesen bas itu. Dia berdiri jauh sedikit dari kumpulan remaja tadi. Bila salah seorang daripada mereka perasan akan kemunculannya, dia mula gelabah. Di dalam hati bermacam-macam doa dibacanya. Ya Allah! Takutnya!
“Hey...Tengok ni. Ada awek comellah. Jom kita berkenalan dengan dia. Hai cik adik, siapa nama? Boleh berkenalan tak?” Fiqa masih tetap menunduk tidak mahu melayan mereka. Dia gugup. Tangannya menggenggam erat pada beg sandang. Berniat mahu melempang sekor-sekor lelaki di situ dengan beg di tangan.
“Eh? Sombongnya. Cik abang nak berkenalan dengan cik adik. Janganlah sombong. Kita tak kacau awak. Kita nak berkenalan dengan awak aje,” Ujar lelaki yang berada di sebelah lelaki yang menegurnya tadi. Fiqa mengerling takut pada mereka. Bibirnya sudah bergetar menahan perasaan takut.
“Jaa...jangan ganggu saya. Saya tak kacau ko...korang pu..pun,”
“Alahai...Dia takutlah..Kesiannya dia. Meh sini kitorang temankan cik adik ye? Jangan takut,”
Tiba-tiba, tangan yang menggenggam erat pada beg sandang tadi ditarik oleh seseorang. Fiqa berpaling pantas ke sebelah. Matanya membuntang saat terlihat akan wajah yang pernah menjelma di depannya tidak lama dahulu.
“Lari!” Arah lelaki itu dan ditariknya tangan Fiqa untuk berlari bersamanya. Tanpa toleh belakang, Fiqa mengikut rentak lelaki itu. Tercungap-cungap nafasnya sebaik sahaja menjauhi stesen bas tadi. Mujurlah lelaki itu pantas menariknya lari. Tidak kelihatan seorang pun yang mengekori mereka.
Fiqa menarik nafas panjang dan dihembusnya pantas. Diulangnya lagi proses yang sama. Sudah lama juga dia tidak berlari sebegitu. Naik semput nafasnya bila berlari secara mengejut. Macam lari pecut lagaknya.
Lelaki di depannya juga nampak tercungap-cungap. Dadanya turun naik dengan pantas. Mereka tidak mampu berkata apa-apa sekarang. Bila deras nafas kembali normal barulah mereka mampu mengeluarkan kata bicara.
“ Awak rupanya. Awak ni dari mana sebenarnya? Kenapa awak boleh ada di sini? Pelik!”
“ Saya tengah jogging tadi. Tengah saya jogging, tu yang saya tengok awak diganggu budak-budak tu. So, saya datanglah menyelamatkan keadaan. Nak jugak saya jadi hero awak,”
“ Erk? Hero? Encik Chipsmore nak jadi hero saya ke?” Berkerut dahi lelaki itu mendengar panggilan Fiqa. “Encik Chipsmore?” Fiqa mengangguk laju.
“Awaklah Encik Chipsmore. Siapa lagi? Bukannya ada orang lain kat sini,” Lelaki yang digelarnya Encik Chipsmore itu menggaru kepala. Matanya ditala pada wajah Fiqa.
“Encik Chipsmore ye? Boleh jugak. Awak panggil aje lah saya dengan panggilan tu. Awak pun suka makan Chipsmore kan?”
“Ha?” Fiqa tercengang. Mata Fiqa tak lepas dari memandang pelik pada Encik Chipsmore. “Macam mana awak tahu saya suka makan Chipsmore?” Soal Fiqa hairan.
Nampak senyuman manis di bibir Encik Chipsmore. Kemudian, pantas tangan lelaki itu mengelap bibir Fiqa. Fiqa tersentak.
“Ni...Ada Chipsmore kat pipi awak,” Ujarnya bila cebisan Chipsmore tadi selamat masuk ke mulutnya. “Tadi awak makan Chipsmore kan? Hari tu pun saya nampak awak makan Chipsmore masa kat stesen bas time hujan tu,” Ujar Encik Chipsmore mengingat kembali pertemuan pertama mereka di stesen bas tidak lama lalu. Bunyi cam lama aje. 2 minggu lepaslah!
“Erk...Ye, saya suka makan Chipsmore. Tak payahlah cakap pasal tu. Malu pulak saya bila ingat balik kejadian tu,”
“Asal malu?”
“Errkk...Sebab...” Fiqa menggigit bibir.
‘Malulah...Sebab aku melintas jalan tak tengok kiri kanan sebab nak larikan diri dari kau, Encik Chipsmore!’
“Sebab?” Kening Encik Chipsmore terjongket sebelah. Menunggu sambungan ayat yang tergantung dari Fiqa.
“Tak ada apalah,” Fiqa menggeleng. Matanya dikerling meninjau kawasan tasik di depan mereka.
Encik Chipsmore tersengih bagai mengetahui maksud kenapa Fiqa mendiamkan diri. Pasti gadis itu menyeberang jalan sebab takut bila berduaan dengannya pada tempoh hari. Dibiarnya sahaja Fiqa mengelamun sendiri. Memandang jauh pada tasik.
“ Kita jumpa lagilah lain kali ye, cik Fiqa. Saya beredar dulu. Nak beri peluang kat awak berangan di tasik ni. Merenung masa depan tu boleh. Tapi jangan sampai tak ingat waktu. Hari dah nak maghrib ni,” Pesan Encik Chipsmore sebelum beredar meninggalkannya. Fiqa terkejut bila lelaki itu tahu akan namanya. Dia mahu bertanya tetapi, begitu cepat lelaki itu menghilang.
Fiqa menoleh ke kiri dan ke kanan. Mencari kelibat lelaki itu.
“Mana pergi Encik Chipsmore ni? Cepat betul dia hilang. Macam mana dia boleh tahu nama aku? Dia kenal aku ke? Asal aku tak tahu pun nama dia?” Banyak pula soalan yang menerjah mindanya. Fiqa cakap seorang diri. Bila tersedar, barulah dia perasan ada beberapa orang memandangnya pelik dari tadi. Mukanya sudah kemerahan menahan malu.
‘Aish! Encik Chipsmore ni buat aku nampak macam orang gila! Aduh! Malunya. Ayah, ibu nak baliiikkkk...’
***
“Abang, macam mana ni? Kita dah terlanjur berjanji dan Fiqa pula tak tahu pasal benda ni langsung! Bila lagi kita nak beritahu dia?” Puan Meriam begitu gusar akan reaksi anaknya nanti sekiranya rahsia antara dirinya dan suami bakal terbongkar.
“Kamu, Yam...Tak usahlah nak peningkan sangat minda awak dengan benda ni. Saya pasti anak awak tu terima aje apa yang kita dah auturkan untuk dia. Diakan anak yang patuh pada kita. Kalau dia tak nak terima keputusan saya, siaplah dia saya kerjakan,” Seloroh Tuan Badir pula. Kepalanya disandarkan pada kepala katil beralaskan bantal. Di tangannya ada sebuah buku panduan untuk orang yang bakal mengerjakan haji. Tidak lama lagi, dia dan isteri akan mengerjakan ibadat Haji. Begitu terujanya dia bila simpanannya sudah cukup bagi mereka menunaikan salah satu ibadat wajib itu.
“Awak ni,bang...Terlalu bertegas sangat kat dia tu. Cubalah berlembut sikit kat anak-anak. Manalah budak-budak tu nak dekat dengan awak. Diorang tu semua takut bila ada awak,” Puan Meriam mendekati suaminya dan dia duduk di sebelah suaminya itu. Tuan Badir menilik wajah isteri yang sudah 30 tahun lebih hidup bersamanya.
“Awak tu yang manjakan sangat diorang tu...Saya sebagai ayah perlu bersikap tegas. Lebih-lebih lagi kat anak perempuan kita tu. Bukannya senang nak jaga anak perempuan. Yelah, segala dosa isteri dan anak perempuan, suami yang tanggung. Kalau di masa akhirat nanti, saya tak didik isteri dan anak perempuan saya dengan betul, tak pasal-pasal dengan saya sekali ditarik ke neraka. Saya tak naklah kita sekeluarga menjadi ahli neraka. Saya tunaikan kewajipan saya sebagai ketua rumah dan ketua keluarga ini,”
“Saya tahulah semua tu. Bukannya saya tak belajar agama ni, bang. Cuma saya nak ingatkan awak, kalau kita terlalu bertegas sangat kat anak-anak kita, mereka akan menjauhi kita. Kasih sayang ibu bapa tu penting, bang. Tegas tu tegaslah. Tapi, jangan sampai menakutkan mereka,” Dalih Puan Meriam pula. Tuan Badir hanya diam sahaja. Dia tidak mahu bertengkar dengan isterinya sewaktu ini. Biarlah... Apa yang dikatakan isterinya itu, ada betulnya juga. Begitulah kehidupan sepasang suami isteri. Perlu ada pros dan kontrasnya. Bila seorang tengah marah, seorang lagi kenalah diam. Perlu ada kesefahaman di situ.
“Jadi, saya tak naklah kita ni asyik mengawal mereka. Mereka tu dah besar panjang. Dah pandia menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Dalam soal ni, saya rasa...Baiklah mereka yang buat keputusan. Saya pun tak tahan nak simpan rahsia ni lama-lama. Baik terus-terang aje. Kalau Fiqa membantah keputusan kita, kita biarkanlah saja, ye?” Pujuk Puan Meriam pada suaminya. Di dalam hati, dia berdoa agar hati suaminya akan lembut dengan pujukannya itu.
Tuan Badir mengeluh lemah. “Yelah. Kali ni, saya biarkan dia buat keputusan. Saya harap dia pandai buat keputusan dengan betul! Jangan sampai dia memalukan kita, sudah! Kalau tak, awaklah yang bertanggungjawab atas segalanya,”
“Yelah! Saya tahu, anak perempuan saya tu mesti berfikir dahulu sebaik mungkin,” Ucap Puan Meriam seraya tersenyum lebar. Kali ini, suaminya bersetuju dengan tindakannya. Jadi, esok dia mahu memberitahu Fiqa tentang rahsia yang mereka simpan selama ini.
***
“Ibu, hari ni kita kena tidur kat rumah Azah, nak buat kerja sikit. Esok nak hantar!” Ujar Fiqa sebaik sahaja bersemuka dengan ibunya pada awal pagi itu. Puan Meriam tersentak, lalu menggigit bibirnya.
“Erk...malam ni Fiqa tak baliklah ni?” Fiqa mengangguk laju. Diambilnya sekeping roti dan dimasuknya ke dalam mulut.
“Dah beritahu ayah?” Soal Puan Meriam lagi.
“Belum. Tapi, ibu tolong beritahu ayah untuk kita okey? Kita dah lewat ni. Bye, Assalamualaikum,” Pantas Fiqa mencium kedua-dua belah pipi ibunya dan menarik tangan tua itu serta diciumnya penuh hormat. Tergesa-gesa dia keluar dari dapur menuju ke almari kasut. Diambilnya sandal berwarna hitam dan dipasangnya segera.
Tuan Badir yang baru sahaja menapakkan diri di dapur menjengah ke luar. Dilihatnya Fiqa sudah membuka pintu pagar dan berlari anak menuju ke stesen bas yang berada tidak jauh dari rumah teres 2 tingkat milik mereka. Dia berkalih memandang isterinya yang berkerut wajah seribu.
“Cepat benar dia keluar. Dah lewat sangat ke?”
“Dia tak nak kena tinggal baslah tu,” Jawab Puan Meriam. Tangannya menuang air kopi dari teko untuk suaminya. “Awak dah beritahu dia pasal apa yang awak nak cakap malam tadi?” soal Tuan Badir. Puan Meriam mengeluh lemah.
“Belum sempat saya nak bukak mulut, dia dah keluar bang. Tulah anak kamu tu. Bangun lewat-lewat, lepas tu tergesa-gesa mengejar bas pula. Malam ni, dia cakap nak tidur kat rumah sahabatnya tu, si Azah. Dia suruh saya pesan kat dia tadi. Tu yang dia bawak beg besar tadi. Padahal, semalam je pun,” Ujar Puan Meriam panjang. Tuan Badir menghirup perlahan air kopi panas.
“Biarlah dia tu. Asal pandai jaga diri, tu dah elok bagi saya. Ha..Dia pergi tidur rumah kawan dia tu, kenapa?”
“Nak buat kerja sikit katanya,” Tuan Badir hanya mengangguk. Dia mengambil surat khabar yang berada di atas meja makan dan dibacanya berita-berita yang terpampang di dada akhbar.
“Nanti, bila dia dah balik ke sini, awak beritahulah dia. Jangan lupa pulak. Saya ni, tak pandai sangat nak slow talk dengan anak perempuan saya tu. Jadi, saya berikan tugas ni kat awaklah,ye?” Puan Meriam mencebik.
“Yelah, ayahnya. Tulah susahnya kalau jadi awak. Nak cakap dengan anak perempuan pun susah. Nasib baiklah anak perempuan kita hanya ada 2 orang. Kalau ramai, saya tak tahulah nak cakap macam mana,”
“Tulah tugas seorang ibu,”
“Tu pun anak awak jugak, ayahnya oii...Lain kali awak kena ubah bab tu. Kena pandai-pandai ajak anak perempuan awak berbual.”
“Hmmm...Baiklah.” Itu sahaja ucap Tuan Badir. Tidak mahu membebel di depan rezeki. Diletaknya surat khabar tadi ke tepi, dan diambilnya roti telur dari pinggan.
“Syakir mana? Tak bangun lagi ke budak tu?”
“Hey..Kalau cakap pasal anak lelaki, laju saja awak ye?” Tuan Badir berdeham.
“ Dia tak ke mahkamah ke hari ni?”
“Aik? Cakap sayang anak lelaki? Takkan pasal Syakir pun awak tak tahu? Dia cutilah ayahnya. Sebab tulah tak bangun-bangun dari tadi. Berdengkur lepas solat subuh tadi,” Tuan Badir berhenti mengunyah. Dia berdiri dan menuju ke bilik Syakir yang terletak di tingkat bawah itu.
“Ahhh!!!” Jerit suara Syakir dari dalam bilik. Puan Meriam menepuk dahi. Tahulah dia apa yang suaminya lakukan untuk mengejut anak sulung terunanya itu.
Bila anak terunanya sudah bangun keluar menuju ke dapur, dilihatnya keadaan anak terunanya dari atas hingga ke bawah. Ditutupnya mulut dengan tangan menahan gelak.
“Ibu...Tengoklah ayah tu. Sampai hati kacau kita tidur. Habis satu badan kita basah. Katil kita pun basah jugak tu,” Seloroh Syakir. Bajunya sudah basah lecun dek disimbah air sebaldi oleh ayahnya. Tak tahan melihat wajah anak terunanya sudah monyok, dia menghemburkan tawa yang ditahannya tadi.
“Ibu, janganlah gelak kat kita!”
“Itulah kamu. Ibu dah cakap awal-awal. Ayah pantang kalau ada anaknya tidur selepas subuh. Kamu cuti sekalipun, kamu tak boleh cuti dari pengawasan ayah kamu,”
“Bertuah punya budak. Ayah ajar apa dari dulu? Jangan tidur selepas solat subuh! Lari rezeki.”
“Alah...ayah, malam tadi kita tidur lewatlah. Nak usahakan dokumen penting yang diperlukan oleh client. Nak tidur pun tak boleh,” rungut Syakir. Menitik-nitik air dari baju tidurnya.
“Ha..Pergilah tidur balik, kalau kamu sanggup tidur kat katil basah tu,” duga Tuan Badir. Syakir menjuih bibir.
“Yelah...Kita pergi mandi dulu,” Ujar Syakir mengalah dengan ayahnya. Dia kembali ke bilik dan menuju ke bilik air di dalam biliknya. Puan Meriam menggeleng.
‘Haih...Suami aku ni, suka sangat dera anak. Kesian anak-anak aku,’ detik hati Puan Meriam.
***
Dia duduk di kerusi kosong di dalam bas itu. Dalam masa 5 minit lagi, sampailah dia ke stesen bas yang seterusnya. Dari situ, dia kena mengikuti bas Rapid KL yang bernombor 604 untuk masuk ke dalam UiTM.
Dia meletak beg dibahu ke ribanya. Baru sahaja ingin melayan diri, tiba-tiba telinganya ditutup dengan satu objek yang memainkan satu lagu indah. Bahunya terjongket sedikit kerana terkejut. Dia menoleh ke belakang. Matanya terbeliak melihat gerangan yang memasangkan headphone pada telinganya disebalik tudung yang dipakainya. Lelaki itu tersengih dan bergerak ke depan, duduk di sebelah Fiqa. Mata Fiqa masih terkebil-kebil tidak percaya.
“Awak? Buat apa kat sini?”
“Saya naik baslah! Nak buat apa lagi?”
“Erk?” Lantas tangan Fiqa ingin menarik headphone dari telinganya. Namun dihalang oleh lelaki itu. “Eh...Tak payah tarik. Awak dengarlah dulu,”Ucap lelaki berbadan tegap itu. Fiqa malas mahu bertekak dan membiarkan saja headphone di telinga. Dia mendengar lagu yang dimainkan dari mp3 yang dipegang oleh lelaki itu.
“Nak?” Ujar lelaki sebelah. Mata Fiqa menyorot pada paket biskut Chipsmore di tangan lelaki itu. “Tak naklah. Tak apa,” Ucapnya seraya menggeleng.
“Eleh...Buat-buat malu konon. Ambiklah, saya tahu awak mesti nak punya!” Disuanya lagi paket ke muka Fiqa. “Eh! Tak apalah. Awak makan je biskut Chipsmore tu. Saya dah kenyang,” Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi perut berkeroncong. Makin terbakar mukanya menahan malu. Lelaki di sebelah tergelak sakan.
“Kenyang konon! Tu bunyi perut tu tak boleh menipu tau! Ambik ni,” Lelaki itu mengambil sekeping biskut bulat dari paket tadi.
“Tak mahulaa...”
Ngap.
Pantas sahaja biskut itu selamat masuk ke dalam mulut Fiqa. Fiqa terkejut dengan reaksi pantas Encik Chipsmore di sebelah.
‘Ngee...Sukahati dia aje masukkan biskut Chipsmore ni kat dalam mulut aku. Haih...Tak apalah. Nama rezeki kan? Tak boleh nak tolak. Hehehe...’ omel hatinya.
Fiqa melayan lagu yang bernyanyi di cuping telinga sambil mengunyah biskut di tangan. Dia menoleh ke sebelah. Matanya dan juga mata Encik Chipsmore bersatu. Fiqa hairan. Kenapa setiap kali lelaki ini muncul, hatinya terasa begitu tenang sekali? Dia berasa begitu selama bila berada di sisi lelaki yang berwarjah putih bersih itu. Berbeza sekali dengan kulit wajahnya yang kungin langsat.
“Best tak lagu tu?” Soal lelaki itu. Fiqa menarik headphone dari kepalanya. Diserahkan benda itu kepada hak milik asal. Encik Chipsmore mengambil kembali barangnya.
“Menarik! Lagu instrumental tu begitu menenangkan hati saya. Siapa yang compose lagu tu?”
“Saya!” Fiqa memandang tidak percaya. “Serius! Saya yang buat lagu tu. Saya suka main piano.” Fiqa hanya menjongket bahu.
“Awak suka tak?”
“Hmmm..Sukalah jugak.”
“So, kalau awak suka, maksudnya saya ada canlah ni?”
“Hah?” Dahi Fiqa berkerut hairan. Direnungnya wajah lelaki di sebelah dan terpampang wajah ke ‘blur’annya. Encik Chipsmore tersenyum kecil. Lalu dicuitnya hidung Fiqa tanpa sempat Fiqa elak. Makin menjengil mata Fiqa dengan perlakuan lelaki itu.
“Saya rasa, saya sukakan awaklah! Saya harap awak suka kat saya sama macam awak suka kat lagu yang saya olah tu. Bye, sayang!” Jeritnya tanpa hirau orang di dalam bas sebelum turun dari bas itu. Wajah Fiqa ternyata tercengang. Perlahan-lahan telinganya dirasakan begitu panas kerana perasaan malu yang mula menular di hati.
‘Kurang asam punya Encik Chipsmore! Adakah patut datangnya tak berjemput, lepas tu jerit melalak di dalam bas ni sampai buat aku malu cam gini? Heish! Lepas tu boleh pulak dia menghilang macam tu aje. Memang mamat tak tak cukup seringgit!’ Hatinya menggerutu geram.
Sebaik sahaja bas berhenti ke stesen yang seterusnya, Fiqa turun dan masuk semula ke dalam bas Rapid yang sudah sedia menanti penumpangnya. Sepanjang perjalanan ke fakulti, mindanya asyik memikirkan kata-kata yang diluahkan oleh Encik Chipsmore tadi.
“Saya rasa, saya sukakan awaklah!” Luahan dari Encik Chipsmore itu masih segar di ingatannya.
‘Dia sukakan aku? Baru beberapa kali jumpa. Begitu senangkah orang jatuh cinta? Ish...Pelik pelik. Cinta itu sangat pelik. Tetapi, orang cakap cinta itu indah dan juga menyakitkan. Apakah cinta aku nanti hadirnya membawa bahagia atau derita ya?’ Omel hatinya.
***

“Azah!” Panggil gadis kecil molek itu pada sahabatnya. Azah menoleh ke belakang. Sebaik sahaja keluar dari kelas, Azah keluar terlebih dahulu ingin bertemu dengan ketua kumpulan membincangkan projek yang perlu mereka siapkan untuk semester akhir. Tidak lama lagi, mereka bakal menjadi lepasan graduan. Fiqa pula ingin bertanya kepada professor mengenai subjek yang diambil dalam semester akhir itu. Sebab itulah dia keluar lewat daripada Azah.
“Aku masih tak fahamlah pasal bab tadi. Blur sungguh!”
“Siapa suruh kau blur sungguh? Otak kau ke mana, hah? Aku ingatkan kau khusyuk sangat tengok slide tadi ingat kau fahamlah apa yang professor tu bebelkan, rupa-rupanya, dah tertembus terus slide tu dalam mata kau, ye?” Sindir Azah. Fiqa menjuih bibir membuat muka malas.
“Hah!  Baguih sangatlah tu buat muka macam tu. Muka dah elok comel terletak macam tu, kau buat muka macam orang terencat pulak!” Fiqa menjengilkan mata pada Azah.
“Hah...Kau panggil aku ni kenapa? Petang ni, aku nak jumpa lagi Azril tu,” Bibir Azah menjuih pada ketua kumpulan mereka yang masih ralit berbual dengan professor mereka. Pasti ingin bertanya tentang projek akhir itu.
“Aii...Selalu sangat kau jumpa Azril. Ada apa-apa ke?”
“Kepala Hot kau! Memanglah aku ada apa-apa dengan dia!”
“Hah?” Fiqa tercengang seketika. Azah menolak lembut kepala kawannya itu. “Mestilah! Diakan ketua kumpulan kita? Kau nak ke kalau kita fail final project ni? Kalau tak lepas macam mana? Tak jadi graduatelah kita sem ni nanti,” omel Azah. Fiqa membalas semula perbuatan Azah tadi. Dia juga tidak mahu melepaskan peluang menolak lembut kepala rakannya itu.
“Buat ayat poyo! Aku tahulah kau dengan dia memang ada apa-apa. Sebab tulah kau beriya sangat nak sama group dengan dia kan? Kan kan kan?”
“Ish! Cuba perlahankan sikit suara tu, minah! Dengar dek diakan...naya aku!”
“Kalau dia dengar apa salahnya?” Fiqa menguatkan lagi suaranya sehingga menarik perhatian Azril yang sudah selesai berbual dengan professor tadi. Dengan pantas, Azah menutup mulut Fiqa dengan tangannya tanpa sempat ditepis. Azah tersengih-sengih saat Azril mendekati mereka. Tapak tangan masih tak lepas dari menutup mulut sahabatnya itu. Fiqa meronta-ronta ingin menjauhkan tangan Azah dari terusan menutup mulutnya. Kemudian, dia berhenti di saat jari-jemari Azah sudah hinggap pada belakangnya ingin mencubitnya. Fiqa terus terdiam.
“Eh! Azril cakap pasal apa tadi dengan prof?”
“Pasal projek kitalah. Petang nanti, kita jumpa dekat McD, okey?” Azah mengangguk laju. Bila tiada rontaan daripada Fiqa, lalu dilepasnya tangan dari mulut gadis itu. Fiqa sempat tersengih pada Azril. Azril cuma menggeleng melihat kerenah 2 sahabat itu. Fiqa dan Azah melambai-lambai Azril bila lelaki itu beredar dari situ.
“Aku belum habis cakap lagi pasal tadi. Ni aku nak ke library kejap. Nak cari maklumat untuk projek kita ni. Nanti kau pergi ke McD tu dululah, ye?” Pesan Fiqa pada Azah.
“Okey! Kalau kau lama-lama kat library tu pun, aku tak kisah!”
“Hesh! Mentang-mentanglah nak melekat dengan si Azril tu, kau sanggup biarkan aku berlama di library? Kurang masin punya kawan!”
“Dahlah. Aku blah dulu. Merajuk dengan kau,” Sambung Fiqa lagi.
“Pergilah. Aiman tak kisah...” Fiqa mencebik dan menjelir lidahnya. Dia tersenyum kecil seraya melambai pada Azah sebelum menuju ke perpustakaan.
Kelihatan tidak begitu ramai orang di perpustakaan. Fiqa membawa segala nota dan kertas kosong serta alat-alat tulisnya ke dalam perpustakaan tersebut. Dia mencari tempat yang strategik di mana lebih terpencil dan tersembunyi dari orang lain. Dia menarik kerusi dengan perlahan dan diletaknya barang di atas meja. Ditinggalkan sahaja barang-barang tadi di meja dan dia menuju ke rak-rak buku ingin mencari sedikit maklumat berkaitan dengan projek yang mereka lakukan.
Sebaik mendapat buku yang dicari, Fiqa kembali ke mejanya. Sempat matanya melihat sesusuk tubuh yang duduk membelakanginya berdekatan dengan mejanya. Tanpa memikirkan apa-apa, dia menarik kerusi sekali lagi dan duduk berdepan dengan lelaki yang tengah khusyuk membaca buku sehingga menutupi wajahnya. Fiqa tidak hirau akan kehadiran lelaki di depannya itu. Dia meneruskan saja kerjanya dan menelaah buku yang dipilihnya tadi. Ada masanya tangannya bergerak-gerak menulis maklumat yang dicari di kertas A4.
“ Awak ni rajin jugak ye?” bisik suara lelaki yang mengejutkan Fiqa. Fiqa makin bertambah-tambah terkejut bila melihat wajah yang sering kali hadir dalam hidupnya sepanjang waktu ini.
“Awak? Apa yang awak buat kat sini? Asal awak boleh ada kat sini?” Soal Fiqa dalam berbisik. Matanya menjengil pada lelaki di depannya itu. Lelaki yang digelarnya sebagai Encik Chipsmore hanya tersengih sahaja. Diunjuknya buku yang berada di tangan.
“Saya buat apa lagi kalau bukan membaca. Sinikan perpustakaan. Takkan orang sebijak awak tak tahu kot?”
“Saya tahulah kat sini perpustakaan. Tapi, saya tak faham kenapa awak boleh berada di sini? Macam mana boleh awak berada di sini?”
“Let say...kita anggap jelah semua ni satu takdir yang sudah tertulis untuk kita. Nak lebih tepat lagi, kita ni berjodoh!”
“Ke awak stalk saya?” Fiqa mengecilkan matanya ingin menduga Encik Chipsmore.
“Emmm...Stalk? Saya tak rasa apa yang saya buat ni macam stalker. Saya datang sebab takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Kita berjumpa tanpa diduga dan bertemu sekali lagi tanpa disangka. Bukankah itu semua jodoh namanya?”
“Awak ni, gila ek?”
“Hmmm...Boleh dikatakan macam tulah. Sebab saya memang dah gilakan awak. Macam yang saya cakapkan pagi tadi. Saya rasa saya dah sukakan awak. Dan sekarang, saya rasa perasaan suka itu dah mula mekar menjadi cinta.”
“Saya tak sangka, rupa-rupanya, Encik Chipsmore ni gila orangnya,” Lantas Fiqa mengambil segala barangnya dan berlalu meninggalkan Encik Chipsmore. Keluar sahaja dari perpustakaan itu, Encik Chipsmore tetap mengejarnya. Dia menoleh ke belakang dan cuba mempercepatkan langkahnya ingin menjauhkan diri dari lelaki sewel itu.
“Fiqa! Janganlah laju sangat. Penatlah saya nak kejar awak sana sini,” Tiba-tiba langkahnya terhenti sebaik terdengar nama yang dilaung oleh lelaki di belakangnya itu. Tanpa sempat nak break, Encik Chipsmore merempuh tubuh kecilnya. Fiqa terdorong ke depan. Hampir sahaja tubuhnya menyebam lantai namun Encik Chipsmore pantas menariknya kembali. Kini, wajah Fiqa sudah tersebam di dada sasa Encik Chipsmore. Bagai terhenti masa, mereka kaku tanpa bergerak. Dalam pada itu, cuping telinga Fiqa menangkap bunyi denyutan jantung yang laju mengepam milik Encik Chipsmore. Dia hanyut sebentar bila mendengar alunan bunyi degupan jantung Encik Chipsmore.
“Awak dapat dengarkan bunyi jantung saya? Bunyi jantung saya tak pernah tipu, tau? Saya benar-benar dah jatuh cinta kat awak, Fiqa.” Fiqa tersentak dan menolak tubuh Encik Chipsmore. Mukanya sudah merah menahan rasa malu.
“Macam mana awak tahu nama saya Fiqa?”
“Tu..kat leher awak tu apa? Bukan kad pelajar ke tu?”
“Habis, masa di perhentian bas time saya hampir-hampir kena ganggu dengan budak-budak samseng perhentian bas tu, macam mana awak tahu nama saya?”
“ Sayang, masa mula-mula kita berjumpa di perhentian bas waktu hujan hari tu pun saya dah tahu nama awak apa,”
“Sah! Awak stalk saya kan? Stalker! Kalau saya report polis, awak boleh masuk penjara tau? Tak pun masuk hospital gila, sebab saya rasa awak ni gila!” Encik Chipsmore tergelak sakan. Fiqa kehairanan dan terkebil-kebil memandang wajah lelaki itu.
‘Comel jugak kalau dia gelak macam tu,’ Sempat lagi Fiqa memuji di dalam hati.
“Kalau saya gila, saya takkan tahu nama awak apa. Mestilah saya akan panggil nama awak, Bedah ke, Sameon ke, Saloma ke...Hah, tu baru orang gila. Saya masih waras lagi tau.”
“Pokoknya, awak ni macam stalker! Saya tak kenal awak dan saya tak tahu pun nama awak apa,”
“Okey! Nama saya, Amirusshahid Yahya Bin Amir Yazif. Hah...Sekarang awak dah tahu nama saya, jadi awak dah kenal siapa saya,”
“Tapi, saya masih tak tahu siapa diri awak sebenarnya...” Encik Chipsmore dengan nama sebenarnya, Amirusshahid terdiam seketika. Berfikir mungkin. “Hmmm...Then, awak fikir je saya ni Encik Chipsmore awak. Boleh?”
“Tak!”
“Okey, kalau macam tu ada satu cara sahaja untuk selesaikan masalah ni,” Seloroh Amirusshahid. Fiqa masih menanti ingin mendengar cara yang dimaksudkan oleh Encik Chipsmorenya itu. Fiqa menyilangkan tangan ke dada.
Tiba-tiba, Encik Chipsmore mengeluarkan sekotak baldu dari poket jaketnya dan dia melutut di depan Fiqa. Mahu luruh jantung Fiqa melihat Amirusshahid sudah melutut sambil menyuakan kotak baldu berwarna merah hati itu. Amirusshahid membuka kotak baldu di tangan dan terserlah sebentuk cincin bertatahkan berlian bersinar di mata Fiqa.
“Sudi tak kalau awak jadi permaisuri hati saya? Jadi isteri saya, cik Syafiqa Syazira Binti Ahmad Badir?” Fiqa melopong bila nama penuhnya disebut oleh lelaki asing yang tidak dia kenal itu. Makin bertambah-tembah pening kepalanya bila lelaki yang tidak dikenalinya tahu akan nama penuhnya.
Cop! Saya masih tak faham macam mana awak tahu nama penuh saya,”
“Tu...Dekat depan saya ni apa? Saya curi-curi pandang kat kad pelajar awak,” Fiqa menunduk memandang kad pelajarnya yang sudah terbalik menunjukkan namanya serta nombor kad pelajar dan juga kursus apa yang diambilnya. Fiqa menepuk dahi. Segala maklumat pelajar ada di belakang kad pelajar UiTM. Jadi, tak hairanlah kalau lelaki itu tahu nama penuhnya dan juga kursus yang diambilnya. Tetapi, persoalannya sekarang, siapa lelaki asing ini? Kenapa dia tiba-tiba melamar aku tanpa kenal diri aku siapa? Detik hati kecil Fiqa.
“Awak terima tak lamaran saya ni?”
“Tak! Saya tak kenal awak dan saya tak tahu awak ni siapa. Setakat nama tu masih belum memadai. So, tak! Saya tak nak terima awak! Now, if you would excuse me...Kepala saya pening memikirkan semua ini. I need some time , alone!” Ujar Fiqa dan berpaling ingin beredar dari situ.
“Awak!” Jerit Amirusshahid. Langkah Fiqa terhenti.
“Saya akan tetap menunggu awak walaupun awak tolak lamaran saya untuk kali pertama ini. Dan saya harap, untuk kali kedua nanti, awak terima lamaran saya. Tak, bukan! Saya pasti awak mesti akan terima lamaran saya buat kali kedua nanti. Percayalah! Saya sayang awak, Fiqa!” Fiqa menutup kedua-dua cuping telinganya dengan tapak tangan. Dia berlari meninggalkan lelaki itu tanpa menoleh belakang pun.
‘Ini memang kerja gila!’
***

“Hish! Kurang asam jawa minah sorang ni. Mentang-mentang baru bermadu kasih, dah tinggalkan aku sorang-sorang.” Rungut Fiqa. Sebaik sahaja selesai perbincangan bersama rakan sekumpulan untuk membuat final projek mereka, Azah meminta diri untuk keluar bersama Azril. Beriya benar kawannya meminta maaf daripadanya kerana tidak memberitahu plan terlebih dahulu tentang perjanjian dia dan Azril selepas sahaja perjumpaan petang itu.
Fiqa berjalan di kawasan taman yang berdekatan dengan flat yang didiami oleh Azah. Cuaca sudah semakin mendung dan tidak ramai orang yang berada di kawasan itu. Naik meremang bulu romanya bila dirasakan begitu sunyi tempat itu. Matanya memandang ke kiri dan ke kanan mahu lebih berhati-hati. Matanya terhenti pada sekumpulan makhluk yang berlegar-legar di kawasan itu. Fiqa menelan liur. Ini yang dia tidak gemar. Dia takut dengan makhluk yang berada tidak jauh darinya. Langkah Fiqa terhenti dan matanya tajam menilik pada 3 ekor makhluk yang masih tidak berganjak dari situ. Fiqa berundur ke belakang sedikit bila salah seekor dari makhluk itu perasan akan kehadirannya di situ. Apabila kehadiran Fiqa dikesan, salah seekor makhluk tersebut menyalak nyaring, diikuti dengan rakannya. Tanpa memikirkan apa-apa tindakan rasional, satu sahaja yang muncul di dalam mindanya.
“Lari!!!!” Terkocoh-kocoh Fiqa berlari meninggalkan tempat itu. Dia mahu menyelamatkan diri dari makhluk-makhluk liar itu. Terdengar bunyi salakan yang kuat dari arah belakang, makin laju kakinya berlari.
“Ibu....Ayah...Tolong...Annjiinnggg!!!” Lintang-pukang dia melarikan diri ingin menyelamatkan diri dari serangan anjing yang masih mengejarnya di belakang.
Terasa tangannya ditarik dari tepi. Sambil berlari dia menoleh ke sebelah. Terkejut dengan kehadiran lelaki itu lagi. Buat kali ke berapa entah Encik Chipsmore hadir menjelma. Memang macam Chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada. Hah! Ngamlah tu!
“Jom, ke sana!” Arah lelaki yang masih menggenggam tangannya erat. Tanpa bantahan, dia ikut sahaja ke mana Encik Chipsmore menariknya. Mereka bersembunyi di sebalik pokok dan dari situ, mereka dapat melihat anjing-anjing tadi berlalu pergi. Fiqa mengurut-urut dadanya ingin meredakan rasa semput. Nafasnya tersekat-sekat dan dadanya berombak laju sehingga tercungap-cungap. Masing-masing masih tidak bersuara dek rasa semput berlari. Kalau hendak dikira balik, sudah 2 kali adengan berlari mereka bersama.
Mata mereka bersatu, nafas masih belum kembali normal. Hampir terbatuk-batuk Fiqa bila terasa begitu semput. Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi tawa kecil dari kedua-dua insan itu. Mereka tergelak bila mengingat kembali adengan tadi. Mana tidaknya, entah dari ceruk mana lelaki yang bernama Amirusshahid itu muncul dan menariknya dari terusan dikejar anjing-anjing liar tadi.
Tawa mereka sudah berhenti. Kini, hanya pandangan mata sahaja yang mampu mereka lakukan di kala ini. Ingin bersuara tetapi perasaan malu mula menerjah diri. Fiqa teringat kembali lamaran dari Amirusshahid petang tadi. Kepalanya digaru walaupun tiada langsung rasa gatal.
“Erk...Thanks sebab selamatkan saya dari anjing-anjing tu tadi,”Ucap Fiqa ingin memecah kesunyian antara mereka. Amirusshahid mengangguk seraya tersenyum manis.
“No problem. Small the matterlah,” Mereka terdiam lagi.
“Awak ni peliklah. Memang macam chipsmore. Sekejap ada sekejap tak ada. Entah macam manalah awak boleh muncul tadi...”
“Sayakan nak jadi hero hati awak?”
“Aaaa...Perasan betul!”
“Kah kah kah,” Galak benar Amirusshahid ketawa.
“But serious...Kenapa awak selalu muncul dan menghilang tak lama selepas itu?” Amirusshahid diam sejenak. Jari telunjuknya bermain-main di dagu.
“Awak nak tahu kenapa saya sekejap ada sekejap tak ada?” Laju Fiqa mengangguk.
“Haa...kenapa? Apa sebabnya?” Soal Fiqa tanpa rasa sabar. “Ish...Tak menyepat betul! Sabarlah sayang,” Ujar Amirusshahid pula. Fiqa menjuihkan bibirnya.
“Sebab...saya nak tahu sama ada awak akan tercari-carikan saya ataupun tak bila saya tak ada. Dan apabila saya muncul di depan awak, saya suka tengok ekspresi awak. Dari air muka awak saya tahu, awak menanti kehadiran saya,” Ujarnya panjang. Berubah terus wajah Fiqa. Mukanya berubah tona. Merah menyala gitu. Dia memegang pipinya yang sudah membahang. Diusapnya perlahan ingin mengurangkan rasa panas di pipi.
‘Macam tu ke rupa aku bila berjumpa dengan Encik Chipsmore? Erkk? Aku dah jatuh cinta ke? Tapi, asal aku tak rasa dadaku berdegup dengan kencang macam apa yang diceritakan dalam setiap novel yang aku baca tu?’ Desis hatinya.
“Eh! Tu sebab wajah saya ni terpampang tanda soal tentang kenapa awak boleh sekejap ada dan sekejap tak ada. Saya rasa orang lain pun akan pelik akan kewujudan dan kehilangan awak ni,” Dalih Fiqa ingin menutup perasaan sebenarnya. Amirusshahid menjongket bahu.
“Okey. Tak kisahlah. Saya biarkan saja persoalan tu bermain-main di minda awak. Bila tiba saatnya nanti, segala persoalan itu akan terjawab jua,” Lebar senyuman Amirusshahid di saat memandang mata Fiqa yang terkebil-kebil tidak memahami segala bicaranya.
Terdengar bunyi guruh diserta dengan hujan yang baru saja turun membasah bumi. Fiqa teringat akan sesuatu. Payung lutsinar! Lalu diambilnya dari beg dan dikeluarkannya.
“Awak masih simpan payung ni?” Tanya Amirusshahid. Fiqa mengangguk.
“Jom, saya hantarkan awak ke rumah.”
“Eh! Tak apalah. Malam ni saya tidur kat rumah kawan saya. Tu kat blok tak jauh dari sini. Kita gerak ke sana dalam beberapa minit dah sampai,”
Amirusshahid akur dan mereka berjalan seiring di bawah payung yang sama. Bila sudah sampai ke destinasinya, Fiqa menurunkan payung setelah mereka berada di bawah flat Azah.
“Nah! Saya pulangkan balik payung ni kat awak. Lagipun, saya dah ada payung sendiri. Awak nak balik ni, pakailah payung ni.”
“Awak tak nak simpan?” Fiqa menggeleng. “Tak apalah. Awak pakai saja payung awak balik. Tak usah risau pasal saya,” Ujar Fiqa pula.
“Ape pulak? Awak tahu tak tiap-tiap hari saya risaukan awak tau? Lebih-lebih lagi bila time saya tak ada di sisi awak,” Fiqa terkedu dengan kata-kata yang diluahkan oleh Amirusshahid. Fiqa menggigit bibir.
“Okeylah. Dah lewat ni. Awak naik kat atas dulu. Bahaya kalau berlama di sini. Kawasan ni pun macam tak berapa selamat sangat,”
“Awak, don’t worrylah. Polis ada buat rondaan tiap-tiap malam.”
Bicara mereka terhenti di saat bunyi azan yang berkumandang dari surau berdekatan. Habis sahaja azan, mereka sama-sama berdoa dan mengaminkan doa selepas azan.
“Okeylah. Saya balik dulu,” Fiqa mengangguk. Amirusshahid mengambil payung yang diserahkan kembali kepadanya. Hujan masih belum ada tanda untuk berhenti.
“Bye, assalamualaikum.” Fiqa menjawab salam dan matanya menghantar kelibat Amirusshahid sehingga ia menghilang dari pandangannya. Dia menaiki tangga dan bergegas ke rumah sewa Azah.
***

“Ibu ada sesuatu yang nak diberitahu kat kamu ni,” Ujar Puan Meriam. Sebaik sahaja anak keduanya kembali ke rumah, ditariknya Fiqa ke bilik ingin memberitahu rahsia yang sudah lama disimpan oleh dirinya dan juga suami.
“Ibu ni...tak menyempat sungguhlah. Fiqa baru je balik ke sini, dah kena tarik. Belum mandi belum apa lagi, ibu dah suruh kita dengar bebelan ibu ni,” Seloroh Fiqa. Puan Meriam menepuk paha anaknya. Fiqa mengerang kesakitan dek tepukkan kuat ibunya itu.
“Hah..Padan muka. Ibu nak cakap sesuatu yang sangat penting. Ini berkaitan dengan hidup dan mati kamu!”
“Huih! Macam berat benar bunyinya. Siap cakap hidup dan mati lagi tu. Ish, ibu ni. Buat kita rasa tak sabar pulak. Apa dia, ibu?”
“Sebenarnya...Dah lama perkara ni disimpan oleh ibu dan ayah. Cuma, tinggal mencari masa yang sesuai saja untuk ibu dengan ayah maklumkan kat kamu,” Fiqa mengangguk perlahan dan masih setia menanti ayat seterusnya. Puan Meriam menarik nafas panjang.
“Ingat tak masa ibu serahkan kamu rantai bersama cincin tu?”
“Maksud ibu, rantai dan cincin ni?” Fiqa mengunjuk sekalung rantai yang berloketkan cincin di lehernya. “Kenapa dengan rantai dan cincin ni, ibu?”
“Sebenarnya, bukan ibu yang belikan untuk kamu kedua-dua barang ni,”
“Hah?” Fiqa terkedu. Mulutnya sudah terlopong luas dan matanya berkali-kali mengerdip. Puan Meriam mencuit dagu anaknya dan cuba menutup mulut anak perempuannya itu.
“Tutup mulut tu. Masuk lalat karang,” Mulut Fiqa pantas tertutup.
“Jadi, siapa yang berikan kita 2 benda ni, ibu?”
“Bakal mak mentua kamu!”
“Apa!?” Jerit Fiqa kecil. “Ap..apa ibu cakap? Mak Mentua? Ni hadiah dari mak mentua ke?”
“Bukan hadiah, tu dah kira tanda kamu ni tunang orang,”
“Hah!?” Makin luas mulutnya terbuka kembali. Dia menampar-nampar pipinya tidak percaya. “Ibu, kita tak mimpi kan? Ini bukan mimpi ngerikan?”
“Iye! Kamu tak bermimpi! Kamu sekarang berada di dunia sebenar. Dunia realiti.” Seloroh Puan Meriam seraya menolak lembut pipi anaknya.
“Ta...tapi, kenapa?”
“Macam ni...Kamu tahu kan ibu dengan ayah akan pergi mengerjakan haji tak lama lagi?” Fiqa mengangguk perlahan. “Jadi, ibu tak naklah tinggalkan kamu keseorangan di rumah. Lebih-lebih lagi, kamu dah nak graduate. Jadi, ibu dan ayah nak seseorang yang boleh menjaga kamu sepanjang kamu menghabiskan semester akhir.”
“Tapi, abang Syakir kan ada?”
“Kamu nak harapkan abang Syakir kamu tu? Jaga diri sendiri pun dia tak pandai, apatah lagi nak jaga kamu dan Fina. Mujurlah Fina duduk di asrama. Kamu? Siapa nak tanggung makan minum kamu di rumah? Kadang-kadang, abang Syakir kamu tu outstation. Kalau ada suami di sisi, kurang sikit rasa bebannya. Dia boleh tengok-tengokkan kamu. Boleh jaga kamu.” Fiqa hanya diam seribu. Otaknya ligat memikirkan baik buruk tindakan ibu dan ayahnya. Walaupun hatinya masih belum dapat menerima sepenuhnya cadangan ibunya itu, tetapi, hatinya masih memberat kerana rahsia ini tidak diberitahu awal-awal terlebih dahulu. Agak sukar baginya menerima cadangan tersebut 100 peratus. Hatinya teragak-agak ingin bersetuju dengan tindakan kedua-dua ibu bapanya itu. Fiqa tunduk menekur lantai.
“Ibu tahu kamu mesti menolak cadangan ibu dan ayah ni. Tapi, ibu dan ayah minta maaf sangat-sangat, sebab kami dah terlanjur berjanji. Tapi, ibu nak kamu fikir baik-baik pasal benda ini dulu sebelum buat keputusan. Kalau kamu tak nak terima anak Encik Yahya tu, kamu terus-terang sajalah kat ibu.”
“Kalau Fiqa tolak, ayah macam mana, bu?”
“Pasal tu, Fiqa tak perlu risau. Sebab ibu dah sound ayah awal-awal. Kalau dia tiba-tiba mengamuk kat kamu, tahulah ibu macam mana nak kerjakan dia,” Fiqa tersenyum kecil. Dia tahu, ibunya pasti akan menunaikan kata-katanya itu. Pernah sekali ibu memberi amaran kepada ayahnya untuk berhenti merokok terus. Sekiranya permintaannya tidak dituruti, ibunya akan keluar dari rumah dan merajuk selama sebulan. Dan memang perkara itu benar-benar berlaku.
Puan Meriam merajuk selama sebulan dan tidak mahu pulang ke rumah gara-gara mahu ayahnya berhenti merokok. Rajuk Puan Meriam tidak lama, bila Fiqa memberitahu ibunya mengenai keputusan ayah mereka untuk berhenti merokok serta-merta. Ternyata cara itu benar-benar berkesan dan ayahnya tidak langsung memegang sebatang puntung rokok pun sehingga ke hari ini.
“Jadi, ibu biarkan kamu fikir terlebih dahulu. Ambillah keputusan yang boleh menangkan semua pihak. Dan ibu maksudkan, termasuk kamu juga. Jangan buat keputusan kerana ibu dan ayah, tapi buatlah keputusan kerana diri kamu sendiri,” Ucap Puan Meriam sebelum dia keluar dari bilik tidur anaknya itu. Lama Fiqa berteleku di tepi katil. Otaknya mencerna segala kata-kata ibunya tadi. Dia perlu berfikir secara lebih mendalam tentang perkara ini. Memang benarlah kata ibunya. Perkara ini memang berkaitan hidup dan matinya.
“Saya akan tetap menunggu awak walaupun awak tolak lamaran saya untuk kali pertama ini. Dan saya harap, untuk kali kedua nanti, awak terima lamaran saya. Tak, bukan! Saya pasti awak mesti akan terima lamaran saya buat kali kedua nanti. Percayalah!” Tidak semena-mena, kata-kata Encik Chipsmore bermain di mindanya. Fiqa menggeleng kepala.
‘Kenapa perlu aku teringat akan kata-katanya itu?’ Fiqa meraup wajahnya.
“Ya Allah. Apa perlu aku buat ni? Aku tak mahu memalukan ibu dan ayahku. Tapi, nak terima seseorang yang asing di dalam hidup, itu sangat sukar bagiku.” Fiqa menonong di tepi katil.
‘Tapi, tak salah kalau aku menerima cadangan ibu dan ayah tu. Bukannya aku ada sesiapapun dalam hati. Aku tak pernah kenal apa itu cinta. Orang cakap bercinta selepas kahwin tu lagi bermakna berbanding sebelum berkahwin. Alah..Orang bercinta sakan sebelum kahwin pun belum tentu akan hidup bersama.’ Simpul hatinya.
“Baik aku minta petunjuk dari Yang Maha Esa dulu. Barulah berkat sikit keputusan aku nanti,” Omelnya pada diri sendiri. Lantas dia bergerak ke bilik air dan membersihkan diri. Selepas itu, dia segera menundukkan diri pada Ilahi ingin meminta petunjuk agar segalanya berjalan dengan lancar nanti.
Fiqa mendekati ibu dan ayahnya yang tengah ralit menonton televisyen di ruang tamu tingkat bawah. Abangnya , Syakir juga ada bersama. Kadang-kadang terdengar bunyi gelak tawa dari si abang dan juga ibu bapa nya. Bila terpandang akan kehadiran Fiqa di ruang tamu, semua mata terarah padanya. Fiqa teragak-agak ingin mendekati.
“Asal pandang kita macam tu sekali? Macam nak telan kita je lagaknya,” Lalu, semua mata kembali ke kaca televisyen.
‘Cis!’
Fiqa menghenyakkan punggung di sebelah abangnya. Mereka semua hanya diam menanti kata-kata yang bakal disuarakan dari mulut Fiqa.
Fiqa menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan.
“Kita dah buat keputusan. Keputusan ini tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup atau yang sudah tiada,”
“Kau bajet poyo sangat ni kenapa? Ingat kau ni tukang tulis cerita ke? Sampai ada kaitan dengan orang yang masih hidup atau yang sudah tiada?” Syakir mengajuk ayat adiknya. Fiqa menjengil mata dan menghadiahkan satu cubitan perit buat abangnya. Syakir mengerang kesakitan. Fiqa tersenyum menang.
“Dah dah...Jangan jadi macam budak-budak pulak...” Tegur Tuan Badir menegah anaknya dari melakukan perlakuan keanak-anakan di depannya. Fiqa berdeham dan membetulkan duduknya. Syakir di sebelah mengusap-usap lengan yang sudah kemerah-merahan dicubit oleh Fiqa tadi. Puan Meriam pula masih duduk bertenang di sebelah suaminya. Dalam diam, hatinya berdoa agar segala keputusan anaknya akan diterima oleh semua pihak. Tidak kiralah sama ada Fiqa menolak atau menerima sahaja cadangan mereka itu.
“Fiqa dah buat keputusan...Fiqa akan ikut apa yang dah ditetapkan oleh ibu dan ayah tu. Fiqa nak teruskan saja perancangan tu.”
“Alhamdulillah. Syukurlah anak ayah setuju dengan cadangan tu,”  Tuan Badir tersenyum lega. Fiqa juga turut sama tersenyum bila melihat wajah kegembiraan pada ibu dan ayahnya.
“Kalau macam tu, nanti ayah akan maklum kat kawan ayah tu, Encik Yahya pasal benda ni. Dia mesti akan gembira bila tahu berita ni. Jadi, kiranya kamu setujulah nak bernikah dengan anak dia 2 minggu lagi?”
“Hah? 2 Minggu lagi!?”
***

Hatinya berdebar di saat hari bahagia yang bakal muncul dalam masa beberapa minit saja lagi. Begitu cepat masa beredar. 2 minggu berlalu macam sepantas kilat. Bangun sahaja dari tidur tadi, dia sudah dikerah untuk bersiap-siap. Mak andam juga sudah terpacak di rumahnya. Mak andam import dalam keluarga sendiri. Sepupunya, Zarina bersungguh-sungguh mahu mendandannya.
“Kau ni nampak rileks aje? Tak excited ke nak jumpa bakal suami?” Ucap Zarina sambil membetulkan make-up mukanya. Azah masih setia duduk bersimpuh di sebelah. Kali ini, dia meminta sahabatnya itu untuk menjadi pengapitnya. Dia tidak membenarkan adiknya, Fina untuk menjadi pengapit kerana dia mahu adiknya membantu ibunya mana yang patut. Sekali sekala dera adik sendiri apa salahnya?
Fiqa menjongket bahu.
“Awak tak tahu cerita ke kak Zarina? Fiqa tak pernah jumpa pun dengan bakal suaminya tu. Sebelum ni, dengar-dengar bakal suami Fiqa ni pergi outstation, sebab tulah tak boleh nak jumpa. Bila berjumpa waktu nak dekat hari pernikahan, orang tua melarang pula. Tak manis kata mereka. Sebab tulah, mukanya macam tak excited. Ni muka orang gabra, takut muka bakal suami nanti macam itik pulang petang.” Fiqa menampar paha Azah.
“Ouch! Kau nikan, suka sangat seksa aku. Kesianlah kat bakal suami kau nanti. Merana hidup dia sebab jadi mangsa penderaan kau,”
“Kau pernah tak makan kasut tumit pengantin bersaiz 4? Nak ke?” Amaran Fiqa pada Azah yang masih galak mengusiknya. Azah tergelak sakan. Zarina pula menggeleng.
“Fiqa, Zarina, Azah...dah sudah belum? Pengantin lelaki dah sampai tu,” Makin laju dadanya berdegup saat ibunya memaklumkan ketibaan pengantin lelaki. Mata Fiqa menoleh pada kemunculan adiknya di dalam bilik itu.
“Akak...akak nak tahu tak rupa suami akak macam mana?” Tajam mata Fiqa memandang wajah Fina. Fina tersengih-sengih.
“Hah...Fina, mesti rupa dia macam itik pulang petang kan? Betul tak cakap akak?”
“Boleh dikatakan macam tulah. Gigi abang ipar Fina jonganglah. Mata sepet macam apek jual itik kat market tu,” Fiqa mengetap gigi bila diusik oleh kedua-dua makhluk yang menyemak di dalam biliknya itu. Mahu sahaja dicubitnya mulut kedua-dua insan yang disayanginya itu.
“Heish..Korang nikan, sudah-sudahlah tu mengusik bakal pengantin tu,” Tegah Puan Meriam yang masih belum keluar dari bilik pengantin anaknya. “Jom, kita keluar sekarang. Tetamu dah ramai menunggu kat bawah tu,” Saran Puan Meriam dan membantu membuka pintu bilik untuk anaknya. Dengan perlahan Fiqa menuruni tangga sampil menunduk ke bawah. Dia tidak mampu mendongak memandang wajah bakal suaminya. Mahunya apa yang dikatakan oleh adiknya nanti betul, macam mana? Nanti  keluar pula berita pasal bakal pengantin lari masa nak nikah gara-gara wajah suaminya macam itik pulang petang. Ha ha ha...
Fiqa duduk bersimpuh di atas pelamin kecil di depan semua tetamu. Dia masih tidak mahu mendongak dan menekur memandang inai di jari.
“Pengantin perempuan, adakah saudari setuju untuk bernikah dengan pemuda ini?” Soal tok kadi meminta persetujuannya terlebih dahulu. Fiqa tersentak dan menjawab, “Ya, saya setuju.”
“Kalau macam tu, kita teruskan upacara kita pada petang ini. Baiklah, pengantin lelaki silalah angkat tangan awak tu. Kalau tak macam mana nak bernikahkan?” Sempat lagi tok kadi bergurau di masa genting itu. Fiqa masih menunggu dalam debar. Sekali-sekala, Azah mengelap peluhnya di sebelah.
“Hui...Tadah tangan tu. Kau dah selamat jadi bini orang, tak berdoa ke minta-minta dipanjangkan jodoh kau dengan suami kau tu?” Fiqa tersentak dan mendongak memandang sekeliling. Matanya terasa silau dek pancaran lampu dari kamera yang galak mengambil gambarnya. Dia tunduk semula tidak tahan dengan pancaran itu. Dia menadah tangan dan barulah telinganya menangkap bacaan doa dari tok kadi tadi.
‘Huish...Sempat lagi aku berangan. Ya Allah, aku dah jadi bini orang rupanya. Cepatnya!’
Sudah tiba masanya untuk membatalkan wudhuk. Mata Fiqa masih tidak berganjak pun dari memandang ke bawah. Tiba-tiba, matanya menangkap benda yang disuakan padanya ketika dia masih setia menunduk. Pantas wajah yang menunduk dari tadi mendongak tidak percaya bila melihat benda di tangan itu.
“Awak? Encik Chipsmore?” Kehadiran lelaki di depannya benar-benar mengejutnya.
“Chipsmore?” Bisik Azah tidak percaya dengan biskut yang disua oleh suami Fiqa. Berkerut-kerut dahi Azah memandang pelik pada wajah pengantin lelaki di depan itu.
‘Encik Chipsmore? Oh! Inilah lelaki yang dimaksud oleh Fiqa tempoh hari. Encik Chipsmore yang melamar Fiqa rupa-rupanya suami Fiqa sekarang!’ Azah begitu teruja dengan takdir sahabatnya itu.
Fiqa masih terkebil-kebil tidak percaya.
“Awak nak tak Chipsmore ni? Kalau tak, saya simpan dulu,” Bila tiada jawapan pun dari Fiqa, Amirusshahid menyerahkan biskut chipsmore kepada pengapit lelaki. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam dengan isterinya itu.
“Sayang, salam abang ye?” Bisik Amirusshahid ingin menyedarkan Fiqa yang masih dalam keadaan terkejut itu. Dia tersenyum manis. Bagai terkena pukau, Fiqa tunduk dan menyambut tangan suaminya dan tunduk mencium tangan itu dengan lembut.
Bila Fiqa mendongak, Amirusshahid menghadiahkan kucupan lembut pada dahi miliknya. Hati Fiqa diruntun rasa hiba. Dia terasa mahu menangis kini, namun ditahannya. Diminda bermacam-macam persoalan yang masih belum terjawab. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa kehadiran Encik Chipsmore secara tiba-tiba selama ini adalah kerana lelaki itulah bakal suaminya.
Kemudian, pasangan itu didera untuk melakukan posing di depan kamera. Itulah kerja pengantin baru. Kena jadi model tak berbayar untuk semua juru gambar.
‘Ah...Layankan aje,’ Seloroh Fiqa dalam hati.
***

Fiqa duduk berteleku di atas katil. Lama otaknya cuba mencerna maksud di sebalik pertemuannya dengan Encik Chipsmore selama ini.
“Lamanya awak berangan?”
“Hah?” Fiqa pantas mendongak memandang wajah yang menegurnya itu. Dadanya terus bergetar hebat saat mata mereka bersatu. Amirusshahid tersenyum lebar. Dia tahu pasti Fiqa tidak bersedia pun dengan segala yang berlaku ini.
“Terkejut?” Soal Amirusshahid.
“Sangat terkejut!” Jawab Fiqa pantas. Dia memandang wajah Amirusshahid dengan penuh tanda tanya. “Can you explaine everything to me right now? Currently, I’m still blur.” Desis Fiqa pada suami yang baru sahaja dinikahinya itu.
Amirusshahid mendekati Fiqa dan duduk di sebelahnya. Lama dia memandang wajah Fiqa.
“Awak ni siapa sebenarnya? Apa tujuan awak hadir dalam hidup saya?”
“Saya suami awak dan tujuan saya hadir dalam hidup awak kerana saya diutuskan oleh Allah untuk memimpin awak, menjaga awak dan menyayangi awak sepenuh hati,” Ucap Amirusshahid lembut.
“Saya...tak sangka. Rupa-rupanya, awak datang secara tiba-tiba di dalam hidup saya kerana awak ada muslihat sendiri,”
“Bukan muslihat, tapi niat ikhlas dalam hati. Pada asalnya, saya menolak cadangan mama dan papa saya nak bertunang dengan awak, tapi, mama saya cakap, dia tak akan paksa saya. Dan dia nak saya kenal awak dulu. Kalau ditakdirkan kita putus tunang, mama dan papa saya terima sahaja. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengikut sahaja cadangan parents saya dan saya cuba kenal awak dari jauh. Lama-kelamaan saya cuba mendekati awak dan macam yang awak fikir, kita berjumpa buat pertama kali di stesen bas tukan?”
Fiqa diam sejenak dan mengangguk perlahan. Dia masih setia menanti penjelasan seterusnya dari Amirusshahid.
“ Well, if you wanna know something...That was not the first time we met,” Fiqa semakin teruja ingin tahu bilakah kali pertama mereka berjumpa.
Amirusshahid mengeluarkan sekeping biskut chipsmore dari poket baju melayunya.
“Ingat ini?”
“Kenapa dengan Chipsmore tu?”
“Kerana Chipsmorelah kita berjumpa. Awak ingat tak?”
“Tak!”
“Okey, biar saya tolong ingatkan awak balik ye?” Tangan Amirusshahid menyeluk lagi ke dalam poket baju melayunya. Dia mengeluarkan mp3 dan dia memasang headset ke telinga Fiqa. Sebelum itu, dia menyelitkan rambut ke belakang telinga Fiqa. Ditekannya butang mp3 dan alunan simfoni piano bermain di telinganya.
“Apa kaitannya dengan lagu ni? Bukan ke lagu ni awak pernah suruh saya dengar sewaktu kita di dalam bas dulu?” Amirusshahid mengangguk laju.
“Sebenarnya, awak pernah jumpa saya semasa umur awak 12 tahun lagi. Dan masa tu, saya berumur 20 tahun. Beza umur kita terlalu jauh. 8 tahun kan?”
“Ha’ah,” Fiqa masih mendengar petikan piano dari mp3 lelaki itu. Tidak lama kemudian, mindanya bagai kembali di masa dia berumur 12 tahun. Bila segala ingatan kembali menerjah, pantas Fiqa berpaling tidak percaya.
“Awaklah lelaki tu! Awaklah lelaki yang tengah frust gara-gara tak dibenarkan untuk bermain piano oleh seorang lelaki tua. Erkk...Saya tak ingat macam mana rupa lelaki tu, tapi yang pastinya dia tualah.”
“Ha’ah. Betul tu. Lelaki tua tu atuk saya. Dia yang tak benarkan saya bermain piano. Dia nak saya buat kerja yang lebih berfaedah berbanding bermain piano,” Jelas Amirusshahid. Barulah Fiqa faham kini. Tetapi, masih ada soalan yang belum berjawab.
“Jadi, apa kaitannya dengan biskut chipsmore pulak?”
“Sebenarnya, masa tu, ayah awak melawat rumah saya. Dan masa tu pulak, atuk saya ada sekali. Bila atuk menegur pasal saya terlalu lalai bermain piano tanpa memikirkan benda lain, atuk marah. Jadi, masa tu, awaklah saksi segalanya. Awak merayau-rayau di rumah saya sehingga awak terlihat perbalahan antara saya dan atuk saya. Bila saya tengah frust, masa tulah awak datang secara tiba-tiba. Entah datang dari mana, muncul saja bawa biskut chipsmore di tangan. Masa tulah kita bertemu. Dan perasaan frust saya sedikit berkurangan bila awak muncul di sisi,” Jelas Amirusshahid lagi. Sekarang, Fiqa benar-benar faham dan tahu siapa sebenarnya Encik Chipsmore ini.
“Bila mama ingatkan semula tentang kejadian itu pada saya, saya terus terima untuk menjadi tunang awak. Saya dah lama perhati awak. Cuma sejak akhir-akhir ni saja, saya memberanikan diri untuk berdepan dengan awak.” Sambung Amirusshahid.
“Jadi, awak terima saya sebab biskut chipsmore ni aje?” Soal Fiqa inginkan kepastian.
“Taklah! Saya terima awak kerana siapa diri awak. Awak muncul di kala hati saya memerlukan seseorang di sisi. Dan awak menghilang pula di saat saya mencari. Macam chipsmore ini. Lepas perjumpaan pertama kita tu, saya dengar awak dan ayah awak berpindah ke Kedah. Lepas tu, beberapa tahun kemudian, awak kembali ke KL.”
“Ha’ah. Biasalah tu. Tugas ayah sebagai seorang guru memang memaksa ayah dan kami sekeluarga untuk berpindah ke mana-mana sahaja tempat yang sudah ditetapkan.”
Mereka terdiam seketika. Segala rahsia dan persoalan selama ini sudah pun terlerati akhirnya. Cuma satu sahaja benda yang masih belum selesai lagi.
“Awak cintakan saya, Encik Chipsmore?” Soalan Fiqa benar-benar menyentak dadanya. Amirusshahid terkedu tidak tahu ingin menjawab bagaimana.
Lantas, ditariknya tangan Fiqa dan diusapnya lembut. Matanya memandang lembut pada wajah si isteri.
“Ya! Saya memang dah lama cintakan awak. Semenjak kita pertama kali bertemu lagi. Pelikkan? Ada ke patut saya bercinta sewaktu awak berumur 12 tahun?” Fiqa menjongket bahu.
“Entah. Saya tak tahulah patut ke tidak. Sebab, saya tak pernah merasai perasaan bercinta itu. Maafkan saya,” Pohon Fiqa jujur. Kepalanya ditundukkan. Malu bila bertentang mata dengan Encik Chipsmore.
Dagu Fiqa dicuitnya dan didongaknya sedikit agar mata bundar itu memandang tepat pada matanya.
“It’s okay. Bagi saya, biarlah cinta itu hadir dengan sendirinya. Cinta selepas kahwin itu lagi bermakna tau? Tetapi, sebelum itu saya nak betul-betul pastikan sama ada awak ni memang tiada langsung perasaan terhadap saya ataupun sebaliknya,”
“Macam mana?” Bibir Amirusshahid mengulum senyuman lebar. Dia mendekati Fiqa dan dia menunduk sedikit. Lalu kepalanya disandarkan pada bawah bahu kiri gadis itu.
Fiqa tergamam dengan tindakan Amirusshahid yang menyandarkan kepala pada bawah bahu kirinya itu.
“Aaa..awak buat apa ni?” Ucap Fiqa gugup.
“Saya nak dengar bunyi jantung awak,”
Dup dap dup dap! Semakin lama dia menyandar kepalanya di situ, makin nyaring bunyi degupan itu didengarnya. Kemudian, kepalanya dipanggung. Dia tersenyum lebar.
“Now, I know your true feeling. Saya dah dapat jawapan yang dicari,”
“Amir!” Terdengar bunyi suara melaungkan namanya. Dia menoleh ke pintu.
“Well, there’s my que. Saya kena balik sekarang. Lagipun, kita nikan nikah gantung. Kenalah bersabar ye, Puan Chipsmore?” Pantas tangannya mencubit lembut pipi Fiqa. Fiqa masih tercengang dan terdiam tidak bersuara. Amirusshahid mengenyitkan mata dan mengucup dahi isterinya.
“Saya akan tunggu awak selepas awak graduate nanti,” ucapnya sebelum keluar dari bilik itu.
“Selepas graduate?”
***

Fiqa memandang sayu pada kedua ibu bapanya. Mereka akan berangkat ke tanah suci dalam masa beberapa minit lagi. Puan Meriam memeluknya erat dan menangis tersedu-sedan di bahu anaknya. Amirusshahid pula berdiri di sebelah Fiqa hanya mampu memerhati kedua-dua anak beranak itu.
“Jaga Fiqa ni baik-baik ye, Amir? Ibu tahu awak akan menjaga dia dengan baik sekali,”
“Ye ibu. Jangan risau.”
“Hah...Amir, jangan lama sangat outstation tu. Kesian bini kamu keseorangan di rumah,” Ujar Puan Sharifah, ibu mertua Fiqa. Bapa dan juga ibu mertuanya juga turut sama ke Mekah ingin mengerjakan haji bersama ibu dan ayahnya.
“Outstation?” soal Fiqa hairan.
Dia tahu suaminya kerap kali outstation, cuma dia masih tertanya-tanya mengenai pekerjaan suaminya itu. Kenapa suaminya selalu keluar outstation ye?
“Kami masuk ke dalam dululah, ye? Dan, Amir...Ingat, kena pandai-pandai jaga diri sebelum hari persandingan nanti. Kang tak pasal-pasal, benda yang tak ‘diingini’ berlaku pula,” seloroh Puan Sharifah pada anak terunanya itu.
“Alah...mama yang suruh Amir jaga Fiqa. Mestilah Amir akan jaga dia dengan baik sekali. Lagipun, ma...Tak salahkan?”
“Hah?” Fiqa tidak memahami isi bicara di antara mereka. Puan Meriam menepuk lembut tangannya dan berbisik. “Kamu pun kena jaga diri juga sebelum hari persandingan nanti. Tak pasal-pasal, ada orang kedualah yang duduk sekali di masa hari persandingan kamu nanti,” Dahi Fiqa sudah kerut seribu. Dia menggeleng.
“Ibu, Fiqa tak fahamlah. Apa yang ibu cakap ni?”
“Haa...Baiklah kita masuk segera. Takut tertinggal para jemaah yang lain pula,” Pintas Tuan Badir.
“Jomlah, Fah..Dah lepaskanlah anak kesayangan kamu tu. Biarlah mereka tu,” Ujar Tuan Amir Yazif pula, bapa kepada Amirusshahid. Amirusshahid mengangguk sahaja.
“Fina, jangan nakal-nakal kat asrama tu tau? Kalau kamu nak balik, balik rumah kak Fiqa kamu ni,” Sempat lagi Puan Meriam berpesan pada anak perempuan bongsunya itu.
“Okey, bu! Ibu nanti balik bawa kurma banyak-banyak tau?”
“Yelah. Kamu kirim salam kat abang Syakir kamu nanti ya? Tak sempat nak jumpa dia sebelum nak berangkat ni,”
“Ibu tak payah risau kat anak teruna ibu yang sorang tu. Dia dah besar panjang pun. Tunggu nak ada bini saja,” Mereka sekeluarga tergelak mendengar kata-kata Fina itu. Tidak lama selepas itu, kedua-dua ibu dan ayah Fiqa dan Amirusshahid masuk ke balai perlepasan bersama para jemaah yang lain. Mereka melambai-lambai pada ibu bapa masing-masing sebelum mereka hilang di sebalik dinding.
“So, akak nak kena hantar adik ke asrama dulu ke?”
“Ha’ah,”
“Abang Amir boleh tolong hantarkan tak?” Soal Fina pada abang iparnya itu. Amirusshahid senyum seraya mengangguk. “Boleh! Jom!”
Mereka beredar dari situ dan ingin melangkah ke tempat parking.
“Amir! Hoi!” Jerit seseorang. Semua mata memandang pada gerangan yang menegur tadi.
“Eh! Fizal, kau kerja hari ini?” Fiqa memerhati saja gerangan yang lengkap berpakaian seragam pilot menegur suaminya.
“Erk...Kejap ye? Sayang, ambik kunci kereta ni dulu, pergi start kereta, ye? Abang nak borak jap dengan kawan sama sekolah abang ni,” Fiqa akur dengan arahan suaminya dan meninggalkan Amirusshahid bersama gerangan itu. Sempat lagi, lelaki tadi mengangkat tangan padanya dan menyambung perbualan dengan suaminya.
“Hensemnya pilot tu, kak. Kalau Fina dapat suami pilotkan best! Boleh dia bawa kita travel selalu,”
“Beranganlah kau!” Fiqa menolak lembut kepala adiknya. Dia menggeleng mendengar angan-angan adiknya itu.
‘Bertuah ke dapat suami pilot?’ sempat lagi mindanya memikirkan pernyataan adiknya itu.
***

Baru sahaja 4 hari dia duduk di rumah milik suaminya itu, hatinya sudah terasa begitu kosong sekali. Fina sudah kembali ke asrama dan abangnya, Syakir berada di rumah ibu dan ayahnya. Selama ibu dan ayahnya menunaikan haji, dia disuruh untuk duduk di rumah suaminya. Mujurlah rumah Semi-D itu tidak jauh dari UiTM. Jadi senanglah dia berulang-alik ke fakulti. Manakala, Encik Chipsmore...Dia disuruh untuk duduk di rumah ibu dan bapa mertuanya. Ada masanya suaminya itu menemaninya di rumah tetapi tidak lama.
Fiqa mengeluh lemah. Dalam beberapa hari ini, mindanya asyik memikirkan wajah suaminya. Dia menggaru kepala.
“Apa hal dengan aku ni? Asal dia tak ada je, otak aku fikir pasal dia. Asal dia hilang je, aku asyik termimpikan dia. Kenapa dengan aku ni?”
‘Fiqa, kau dah angaulah maksudnya tu. Kau rindukan suami kau sebenarnya,’
‘Ya Allah, benar ke apa yang aku rasa sewaktu ini? Aku rindukan suami aku ke? Tapi, kenapa ya? Kenapa aku rasa nak jumpa dia sangat? Tapi, diakan outstation sekarang. Mana dapat jumpa dia,’ Hati Fiqa menangis hiba. Tiba-tiba, air matanya gugur dan disekanya pantas.
“Aduh! Macam ni ke rasanya menanggung rindu yang menggunung? Encik Chipsmore, saya rindukan awak,”
“Puan...” Tegur perempuan yang sedikit berumur di depannya. Pantas dia mengelap air mata dengan lengan baju dan menguntumkan senyuman manis pada orang gaji yang diupah oleh suaminya itu.
“Ni, ada surat untuk puan,”
“Surat dari siapa Mak Tam?” Soalnya kembali. Mak Tam hanya menjongket bahu, tidak tahu siapa pemberinya. Fiqa menyambut sampul tersebut dan dikoyaknya.
“Tiket penerbangan?” soal Fiqa pada diri sendiri. Dilihatnya nama pada tiket penerbangan tersebut.
‘Eh? Ni nama aku. Siapa yang beri tiket ni?’
 Fiqa menarik satu lagi sampul surat yang tertera namanya dan juga nama pemberinya.
“Dari, Encik Chipsmore pada Puan Chipsmore?” Fiqa membaca ayat yang tertulis pada sampul tersebut. Dibukanya ingin membaca kandungan surat tersebut.

Kepada cinta hatiku, Puan Chipsmore.
Di sini ada disertakan satu tiket ke Perth, Australia untuk Puan Chipsmore dan Encik Chipsmore berharap agar Puan membawa tiket penerbangan ini esok ke KLIA. Tengok pada jadual yang tertulis di tiket tersebut dan anda diminta untuk mengikut segala arahan yang diberi ini...Jangan terlepas flight pula. Encik Chipsmore akan menanti di sana.
P/S: I miss you so much dear. Can’t help it. I always think of you, night and day. Thou we far away, but our heart will never be apart. I love you always and I really need you now! So, meet me there! Naik saja kapal terbang tu nanti tak payah tunggu abang. Nanti kita akan bertemu di sana, okey? So don’t worry.
                                                                                            Love: Your Mr Chipsmore,
                                                                                                   Amirusshahid

 Sekali lagi air matanya mengalir laju menggelongsori pipi. Dia melipat surat tersebut dan dipeluknya bagai memeluk suaminya. Dia perlu segera mengemaskan barang ingin bertemu suaminya esok hari.
***
         
   Fiqa memandang ke kiri dan ke kanan. Tiada pun kelibat suaminya di situ. Dengan langkah lemah, dia masuk juga ke balai perlepasan dan mengikut saja arahan suaminya berdasarkan surat yang dibacanya semalam.
            Dia meletakkan sebuah beg ke atas tempat penyimpanan dan duduk di ruang first class itu. Tidak ramai orang yang berada di ruang tersebut. Hanya ada beberapa orang sahaja yang mampu duduk di kelas pertama itu.
            “Hai, Puan selamat datang. Puan, nak selimut dan bantal? Perjalanan kita akan mengambil masa selama 5 jam.” Ucap pramugari yang menyapanya itu. Dia mengangguk dan mengambil bantal dan selimut yang diberi oleh pramugari tadi.
            Fiqa bersandar pada kerusi dan hatinya masih tak tenteram. Dia menoleh ke belakang ingin menunggu kelibat suaminya ke mari. Tetapi, hampa. Pintu kapal terbang sudah pun ditutup dan lampu untuk memasangkan tali pinggang keselamatan sudah pun menyala.
            Fiqa mengeluh lemah dan memasang tali pinggang keselamatan. Kepala disandarkan pada kerusi dan dia berusaha untuk menutup mata. Lama-kelamaan matanya yang tidak mengantuk akhirnya mengalah jua. Fiqa tertidur.
            Sayup-sayup bunyi simfoni bilah-bilah piano mendayu-dayu di telinganya. Fiqa terjaga. Dia memandang ke sebelah dan menoleh ke tempat lain pula. Fikirnya suaminya sudah ada di sisi, tetapi ternyata semua itu hanya satu mimpi. Tetapi, kenapa bunyi simfoni itu masih kedengaran jelas di telinganya?
            Dia memanggil salah seorang daripada pramugari yang bertugas dan bertanya akan bunyi melodi yang berkumandang di radio di dalam kapal terbang itu.
            “Oh...Lagu tu adalah lagu dari permintaan seseorang untuk isterinya. Dia mahu lagu yang ada di dalam mp3nya untuk dimainkan di dalam kapal terbang ini.”
            “Isteri? Erk..Boleh saya tahu, siapa yang buat permintaan ini?” Pramugari tadi hanya mampu tersenyum manis. Fiqa masih menunggu jawapan dari pramugari tersebut.
            “Hello, selamat petang  Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya selaku kapten anda untuk har ini ingin memberi laporan mengenai kajian cuaca di Perth, Australia...” Fiqa terdiam sejenak bila pengumuman itu berkumandang di pembesar suara.
            ‘Aneh..Macam aku kenal bunyi suara ni. Tapi siapa ya?’
            “Dan akhir sekali saya nak ambil kesempatan ini ingin membuat ucapan khas buat isteri saya.”
            ‘Eh? Kapten boleh buat ucapan ke kat dalam kapal terbang ni?’
            “Saya tujukan ucapan ini buat isteri saya yang tercinta. Puan Fiqa aka Puan Chipsmore.” Fiqa menelan liur. Matanya membuntang saat namanya dipanggil. Begitu juga panggilan yang digunakan oleh kapten tadi.
            “Puan Chipsmore, saya cintakan awak. Saya rasa bahagia kerana awak sanggup menerima saya sebagai suami awak. Walaupun baru beberapa hari kita bergelar suami isteri, tetapi, dengarlah sayang, saya rindu sangat kat awak. Dan saya nak catatkan hari ini sebagai hari yang paling istimewa buat kita,”
            Tiba-tiba, suara di radio terhenti.
            “Syafiqa Syazira Binti Ahmad Badir...” Fiqa menoleh pada gerangan yang memanggil namanya tidak jauh dari tempat duduknya. Fiqa terpana saat melihat baju seragam yang dipakai oleh suaminya itu. Amirusshahid nampak begitu kacak dengan baju seragam di tubuh itu. Baju seragam seorang yang bekerjaya sebagai juruterbang. Matanya menangkap sejambak bunga yang berada di tangan suaminya itu. Fiqa menutup mulut menahan rasa sebak di dada.
            “Puan Chipsmore, walaupun apa yang akan saya lakukan ini sudah terlambat buat awak. Tapi, as I promise before. Saya pasti awak tetap akan terima juga. Lagipun, tak lama lagi, kita akan melayari bahtera hidup bersama sebaik sahaja segala persandingan selesai nanti. So...” Amirusshahid melutut di depan Fiqa bersama jambangan bunga di tangan dan juga sebuah kotak baldu berwarna merah hati di tangan yang satu lagi.
            “Will you marry me, Mrs. Chipsmore?” Laju saja mutiara putih itu keluar dari kelopak matanya. Perlahan-lahan, Fiqa duduk melutut sama di depan Amirusshahid. Orang sekeliling mereka tidak dihiraukan langsung. Lantaklah! Dia tidak kisah pasal semua itu. Yang dia kisah ialah, perasaan yang sudah mula mekar di dalam hati. Perasaan suka, sayang dan cinta pada suaminya yang digelarnya sebagai Encik Chipsmore.
            “No! I will not marry you...” Wajah Amirusshahid berubah sedikit.
            “Because I already your wife silly! Of course, I will accept you. Not because we are married. But because, I think I have fallen for you, Mister Chipsmore! I love you and I miss you so much,” Kini, air mata Amirusshahid juga jatuh mengalir di pipi. Pantas dia memeluk isterinya itu dengan erat sekali. Akhirnya! Fiqa menyambut cintanya. Cintanya bukan lagi bertepuk sebelah tangan. Kini, bunyi tepukan itu pasti dibalas kembali.
            Memang benar pun. Terdengar bunyi tepukan orang di sekeliling mereka. Mereka turut sama bergembira dengan lamaran dari Encik Chipsmore yang diterima oleh isterinya. Walaupun mereka tidak tahu kisah sebenar, tetapi dengan riak muka saja sudah tahu bahawa mereka begitu bahagia bersama.
            “Yes! Awak terima lamaran kedua saya! Awak terima!” Ujar Amirusshahid dengan penuh teruja. Dia memeluk kemas tubuh kecil isterinya dan diangkatnya sedikit kerana terlalu gembira. Fiqa menjerit kecil dan ketawa bahagia.
            “Ya...Saya terima lamaran awak buat kali kedua ni. Sebab, saya dah memang jadi isteri awak. Mestilah saya takkan menolak untuk ke 2 kali lamaran dari Encik Chipsmore saya,”
            “Terima kasih, sayang. Terima kasih sangat-sangat kerana menerima saya. Menerima cinta saya dan tidak menolak lamaran saya buat kali kedua ini,”
            “Sama-sama sayang. Baru sekarang saya faham apa erti cinta. Kerana awak, saya kenal apa itu cinta.Saya kenal apa itu rindu. Terima kasih atas lamaran kedua kali ini,” Fiqa tersenyum malu di saat meluahkan perasaan yang mula mekar di hatinya. Semakin hari, dirasakan perasaan sayang itu bertambah-tambah pada suami tercinta. Dia benar-benar bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang mampu memenuhi ruang hati yang sedia menunggu untuk diisi oleh orang yang sudah ditakdirkan olehnya itu.
            ‘Ya Allah. Terima kasih kerana mengurniakan lelaki ini menjadi suamiku. Jadi, Encik Chipsmore pun tak apalah. Sekejap ada sekejap tak ada. Tapi, hatinya tetap utuh hanya untukku seorang. Aduh! Aku benar-benar cintakan dia. Aku sudah jatuh cinta pada Encik Chipsmoreku,’ detik hati Fiqa bahagia. Syukur Alhamdulillah. Begitu indahnya perancangan Allah pada hamba-Nya. Penuh misteri tetapi segala perancangan itu ada hikmahnya tersendiri. Jadi, bersyukurlah apa adanya. Kerana semua perancangan itu memang sudah ditetapkan untuk kita demi mendapatkan yang terbaik untuk diri ini.
                                                                        *Tamat.*

14 comments:

  1. Sweetnya....suka giler ngan pilot...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx Asma Zainal...sbb bce cter kte...hehe...awk ske ek ada suami pilot? hehehe...

      Delete
  2. Best ler cite nie akak .. hehe . sweet sgt !
    ~Niena Zana~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx Niena Zana sbb bca crpen ni...heee... :)

      Delete
  3. waa.. ingatkan si chipsmore tu hanya imaginasi..
    tp realiti.. perghh.. jatuh cinta dr umur dia still kecil..
    bestnya..
    <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...MissxYana..Fiqa x berhalunisasi yee...hehe...die btl2 jmpa en chipsmore...hehe...Cnta sjatila ktakan..hehe.. ;)

      Delete
  4. cite nie mmang best, da x smbungn cite nie, kak fyka, awk mmmang pro la wt cite mcm nie hehehehe...dari syazwani jpam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..thanx Syazawani sbb bca cter akak..hehe..pro? pro ape ek? kihkihkih..nk smbgn ek? eheee...tgk la mcm ne..klo rmai yg nk..Insya-Allah sy akn wat smbgnnya..hehe.. ^-^

      Delete
  5. sweet... sesuai dengan remaja... tp kak zinn support fyka... bagus... dan tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe....bse la tu kak..jwa rmja..hehe... ^-^ thanx tau bce crpen kte.. :)

      Delete
  6. baru layan citer ni sis...hehe....best2

    ReplyDelete
  7. alaaa so sweet! nak jugak suami pilot :P btw, best sgt cte ni..suke suke <3

    ReplyDelete