Monday, June 4, 2012

Cerpen: Sempurnakan Hati Part 1


Cerpen: Sempurnakan Hati (Part 1)


           Jantungnya berdegup kencang. Peluhnya merenik tiada henti. Bibirnya bergetar menahan sedih. Lalu, mata yang merenung ke bawah diangkat memandang wajah wanita yang berusia dalam lingkungan 50 lebih itu. Dengan perlahan genggaman tangannya ditepuk lembut oleh wanita yang berkemeja putih itu.
            “Pembedahan perlu dilakukan dengan segera, cik Qayatul. Kalau tidak penyakit awak akan lebih teruk dan boleh menyebabkan maut!” Jelas doktor wanita tadi. Qayatul menelan liur. Tubir matanya sudah mula bergenang. Akalnya asyik memikirkan tentang wang yang perlu dikumpulnya. Apabila diingat kembali, hasil duit yang dikumpulnya masih belum mencukupi untuk membiayai kos pembedahan tersebut.
            ‘Ya Allah, tabahkanlah hati aku dalam melayari hari-hari yang akan mendatang,’ detik hati kecilnya.
            “Sa..saya akan fikirkan kembali cadangan doktor tu,” Ucapnya pendek. Hatinya resah memikirkan wang yang masih belum mencukupi itu.
            “Fikir balik? Cik Qayatul, nyawa awak dalam bahaya sekarang. Penyakit Hepatitis ni bukan boleh dibawa main! Awak perlu segera buat pembedahan kalau awak nak panjangkan umur awak!” Tegas doktor wanita itu lagi. Dia bimbang dengan keadaan pesakitnya itu. Sudah lama dia menjadi doktor buat Qayatul Izyan. Semenjak pertama kali bersua dengan gadis muda ini, hatinya dirutun rasa sayu. Sedikit sebanyak dia tahu hal peribadi gadis itu. Seorang anak yatim piatu dan menumpang di rumah mak cik saudaranya. Dia berasa simpati pada gadis yang berumur 22 tahun itu.
            “Kalau sudah namanya ajal, saya tak boleh nak buat apa doktor,” Jatuh luruh air mata yang bertakung dari tadi. Dia tidak mampu menahan sebak di dada. Sekarang, dia hanya menghintung hari menunggu saatnya bakal tiba.
            “Memang betul kata awak tu, Qayatul. Kalau sudah ajal, kita memang tak dapat nak buat apa. Tapi, Allah dah menyarankan hambaNya agar tetap berusaha selagi terdaya. Bukan pasrah sebegini! Itu samalah seperti awak bunuh diri. Tak mahu mencari jalan lain untuk melakukan pembedahan ini!” Tumpah lagi air matanya sebaik mendengar kata-kata doktor Arifah itu.
            ‘Tapi apakan daya? Aku masih belum dapat mengumpul wang secukupnya untuk buat pembedahan itu.’
            “Saya tak pernah berhenti berusaha doktor Arifah. Tapi, pembiayaan kos pembedahan tu terlalu mahal dan simpanan saya masih belum mencukupi,” Qayatul berterus terang. Esakannya menjadi-jadi sebaik meluahkan masalah yang dihadapinya.
            Doktor Arifah mengeluh lemah. Ditolaknya sedikit cermin matanya yang sudah melurut sedikit ke bawah. “Mak cik awak tak dapat nak tolong ke tambahkan sikit simpanan awak tu?” Soalnya ingin tahu. Laju sahaja gelengan Qayatul tika itu. Tangannya menyeka air mata yang mahu melurut jatuh ke pipi lagi.
            “Saya dah jadi satu bebanan buat dia. Saya tak mahu dia tahu pasal penyakit saya ni. Cukuplah dia tanggung makan minum saya selama ini. Saya tak nak susahkan dia disebabkan penyakit saya pula. Mak Su bukan orang kaya yang mampu biayai kos pembedahan saya. Mak Su cuma pekerja kilang. Hidup sendirian. Tak mampu berzuriat. Hanya ada kami sahaja. Janganlah saya menambahkan lagi bebanan dia.” Bagaikan dirasuk Qayatul menyuarakan isi hatinya. Seluruh tubuhnya menggeletar kuat. Kepalanya digeleng-geleng. Doktor Arifah kaget. Pantas ditariknya tubuh Qayatul ke dalam dakapannya. Cuba untuk menenangkan perasaan pesakitnya itu. Qayatul menangis di dalam pangkuan Doktor Arifah. Makin bertambah-tambah rasa simpatinya pada Qayatul.
***
            “Encik Arfan, ni dokumen yang encik minta tadi,” Ujar setiausahanya merangkap sahabat lelaki itu juga. Mata jejaka yang bernama Arfan itu masih tidak berkalih pun dari memandang ke luar cermin pejabatnya.
            Dahi Julie berkerut dan bibirnya sudah muncung seperti itik. Tangan disilangkan di dada. Tunggu masa sahaja api kemarahannya mahu meletup. Arfan masih leka memandang di luar bilik pejabatnya. Lantas, mata Julie juga menyorot pada cermin yang memisahkan bilik pejabat dan juga di luar. Kepalanya digeleng-geleng. Mujurlah cermin tersebut sudah sedia gelap di luar dan hanya orang di dalam sahaja yang dapat melihat apa yang berada di luar.
            Serta-merta, akalnya terfikir akan idea untuk mendengki bossnya itu. Dia pasti, Arfan akan terkejut jika dia melakukan sergahan ke atasnya.
            “Encik Arfan Irman!” Sergah Julie secara tiba-tiba. Siap dihentaknya kedua-dua tapak tangan pada meja tulis di depan.
            Terasa bagai terhenti jantungnya di saat ini sehingga menyebabkan dia jatuh terjelopok ke lantai dari kerusi duduknya. Julie mengekek ketawa. Ditekan-tekannya perut yang hampir sahaja mahu pecah melihat aksi Arfan tadi.
            Pantas sahaja lelaki itu berdiri sambil tangannya dijadikan sokongan pada kerusinya tadi. Arfan meraupkan wajah menahan malu dan seraya itu, matanya tajam tepat pada wajah Julie. Serta-merta, Julie terdiam. Ditekupnya mulutnya dengan tapak tangan, namun, sisa tawanya masih kedengaran.
            “You! How dare you do that!” Marah Arfan pada setiausahanya itu.
            “Amboi, boss. Pandang Qayatul tu macam nak telan aje. Taulah boss syok kat dia,” Sindir Julie pada Arfan. Arfan mengetap bibir.
            “Haii, sindir nampak?” Omel Arfan kembali. Arfan tunduk mengambil kertas kerja yang berselerak di lantai. Julie tersenyum sambil menyilangkan kembali tangannya pada dada.
            “Kalaulah betul you syok kat dia, tu satu petanda yang bagus buat I!” Kini giliran Arfan pula yang berkerut dahi. Tangannya masih lincah menyusun kembali kertas-kertas yang berselerak di atas meja pula.
            “Maksuda you?”
            “Takkan you tak faham lagi?” Julie membalas dengan pertanyaan juga.
            “Tak! I masih tak faham.” Sengaja Arfan berdalih. Dia tahu benar akan maksud di sebalik kata-kata sahabatnya itu. Julie mendengus. Matanya dijulingkan ke atas dan sekejap sahaja matanya kembali merenung wajah Arfan. Arfan membetulkan duduknya dan mengambil pen. Lincah tangannya menulis sesuatu.
            ‘Nampak sangat dia nak lari dari topik ‘hangat’ ni’ Desis Julie dalam hati. Lalu, tangannya menarik kerusi di depan Arfan dan diambilnya pen dari tangan Arfan.
            “You can’t avoid it, Fan! Kalau you nampak Qayatul tu lain daripada yang lain, then it’s good to know that! You tak usahlah fikir pasal ‘dia’ tu lagi. He’s married already!” Kedengaran rengusan dari bibir Arfan pula. Dia memusingkan kerusi ke belakang dan berdiri membelakangi Julie.
            “Stop it, Julie! You kan tahu I ni macam mana? Susah nak ubah pendirian I ni. If you wanna talk about ‘him’, then you should stop right now!”
            “I bukan apa, Fan. I ambil berat pasal perasaan you. If you are a normal guy, I tak kisah! But I risau sebab my best friend is not normal!” Arfan mengetap bibir lagi.
            “Julie, I don’t want to talk about this lebih-lebih lagi kat dalam pejabat. You know my rules kan? Hal peribadi tak patut dibawa ke pejabat.”
            “Then, kalau bukan hal peribadi, apasal you tak henti-henti tenung budak yang tengah buat praktikal tu?” Ternyata pertanyaan Julie membuat dia tersentak. Arfan terdiam kaku. Julie mendekati Arfan dan dipusingnya tubuh lelaki itu menghadapnya.
            “Are you...Fall for a GIRL?” Soal Julie ragu-ragu. Sudahnya, hanya keluhan yang keluar dari bibir lelaki itu. Dia menggeleng.
            “I masih tak mampu melupakan dia, Ju. I still can’t! Tapi, you doakanlah untuk I supaya I boleh lupakan dia.” Keluh Arfan. Julie mengukirkan senyuman kecil.
            “It’s not to late to change yourself, Fan. I tahu you mesti akan berubah. Dan..Kalau budak tu yang dapat membantu you, I sokong you 100 peratus!” Ujar Julie memberi semangat. Arfan hanya tersenyum hambar.
            “I hope so...” Ulas Arfan pendek.

***
            Qayatul menolak-nolak nasi di dalam pinggan. Seleranya mati. Sudah memang kebiasaan pesakit yang mengalami penyakit hati akan kehilangan selera makan. Kalau dia memaksa pula, takut dia muntah. Akhirnya, nasi yang masih tinggal dipandang sepi. Sayu melihat nasi yang tidak habis itu.
            ‘Maafkan aku nasi, aku tak mampu nak habiskan kau. Kalau aku sihat, pasti licin pinggan ni.’ Seloroh hatinya.
            “Kenapa tak habiskan nasi tu? Sayangnya!” Tegur suara serak secara tiba-tiba. Terjongket sedikit bahu Qayatul dengan teguran itu. Dia mengurut-urut dadanya bagi menghilangkan rasa terkejut di sapa begitu. Dia menoleh ke belakang dan matanya membuntang sebaik melihat jejaka yang menegurnya tadi. Darah gemuruhnya muncul setiap kali bertentang mata dengan lelaki itu.
            Hatinya pasti gelisah apabila acap kali lelaki itu melayannya dengan baik sekali. Dia naik hairan. Rasa tidak selesa pula kalau dilayan bagaikan puteri bak kata staf-staf tempat praktikalnya.
            Sejak bermula melakukan praktikal di syarikat ARF Engineering Corperation, lelaki pemilik syarikat itu sentiasa memerhatikan gerak gerinya. Dia jadi rimas dengan perbuatan lelaki itu.
            “Boss tu syok kat kaulah tu!” Getus salah seorang rakan yang sama membuat praktikal dengannya.
            ‘Syok kat aku? Ah! Tiada hati untuk semua benda tu. Lebih-lebih lagi tujuan aku melakukan praktikal ni bukannya mahu bercinta-cinton! Aku perlukan elaun ni. Demi kos pembedahan aku!’ Seloroh hatinya pula.
            Qayatul perasan setiap kali dia berada di pejabat itu, serasanya ada yang memerhati. Dia tidak suka dengan perasaan itu. Dia rasa tidak bebas! Dan setiap kali muncul di pejabat, pasti lelaki itu menegurnya ramah. Ada masanya lelaki itu memberi bungkusan nasi ketika dia tidak keluar makan tengah hari. Serasanya layanan bossnya itu terlalu baik sehingga menyebabkan staf-staf di pejabat itu membuat mulut mengenai dirinya sebagai kekasih Arfan Irman!
            Kini, dia masih belum dapat lepas dari lelaki itu. Ke mana sahaja dia pergi, pasti ada lelaki itu. Ah! Rimas!
            “Kenapa awak termenung ni? Ada masalah ke? Hmmm?” Pertanyaan daripada Arfan menyebabkan dia tersentak sehingga jatuh pinggan plastik tadi pada bajunya. Habis berminyak baju terkena sisa makanannya tadi. Mulut Qayatul terbuka luas dan cepat-cepat dia mengambil tisu ingin membuang sisa nasi yang melekat pada bajunya.
            “Maaf! Saya tak sengaja sehingga membuat awak terkejut. Awak tak apa-apa?” Tangan Arfan juga turut membantu mengalih pinggan plastik tadi. Apabila tangan Arfan mahu menyapu baju Qayatul dengan pantas gadis itu mengelak.
            “Tak apa! Saya tak apa. Saya nak balik semula ke pejabat dulu.” Pamit Qayatul terlebih dahulu. Belum pun sempat kakinya melangkah, terasa pergelangan tangannya ditarik oleh seseorang. Membuntang mata Qayatul apabila melihat gerangan yang menarik tangannya. Qayatul berusaha menarik kembali tangannya tetapi tidak berhasil.
            “Encik Arfan, apa ni? Lepaskan tangan saya!” Ujar Qayatul sedikit kuat. Arfan tetap tidak melepaskan genggaman tangan itu. Malah ditariknya lagi pergelangan tangan itu mengikuti jejaknya.
            “Encik Arfan Irman!” Jerit Qayatul nyaring. Orang sekeliling tidak dihiraunya lagi. Dia hanya mahu tangannya dilepaskan daripada genggaman lelaki yang bukan muhrimnya itu. Arfan berhenti menarik dan dia berpaling menghadap gadis itu. Tetapi, tangannya masih belum mahu melepaskan pergelangan tangan milik gadis itu.
            “Saya nak tebus kembali kesahalan saya. Baju awak dah kotor gara-gara teguran saya tadi. Jadi, saya nak bawa awak pergi tukar baju awak tu. Baju awak dah kotorlah. Tengok bekas minyak tu. Bukannya boleh hilang dengan senang.” Jelas Arfan panjang. Qayatul tunduk melihat bajunya. Memang nampak jelas tompokan minyak pada baju kemeja berwarna putih yang dipakainya itu. Sebaik sahaja dia mendongak ke atas, kepalanya terasa berpusing secara tiba-tiba. Matanya ditutup rapat tidak mahu melihat keadaan sekeliling yang serasanya seperti berpusing-pusing itu. Qayatul menelan liur.
            ‘Aduh! Aku kena makan ubat sekarang. Lepas makan tadi, terlupa pula nak telan ubat-ubat tu. Ya Allah, peningnya!’ Gusar hatinya.
            “Jadi, awak kena ikut saya sekarang. Time lunch masih lama lagi. Sebelum masuk semula ke pejabat, baik awak tukar baju ni. And that’s an order!” Sambung Arfan pula. Tidak dia perasan akan keadaan yang dialami Qayatul sewaktu itu. Sungguh dia tak perasan! Di dalam mindanya hanya memikirkan baju kotor Qayatul yang perlu ditukar dengan segera. Salahnya juga menyergah gadis itu ketika tangan Qayatul tak lepas dari bermain dengan sudu tadi.
            Akhirnya, Qayatul hanya menurut sahaja ke mana saja lelaki itu membawanya. Sekejap-kejap matanya dibuka dan matanya terpandangkan kereta BMW berwarna biru tua di depannya. Pintu kereta dibuka.
            “Masuklah,” Dengan perlahan, Qayatul memboloskan diri ke dalam perut kereta. Dia memejamkan kembali matanya dan bersandar pada kerusi dengan lemah.
            Arfan mengerling sekilas ke sebelah. Berkerut dahinya melihat Qayatul yang memejamkan mata.
            “Penat sangat ke kerja dengan dia orang tu? Ada staf saya yang buli awak?” Soal Arfan prihatin. Qayatul berusaha untuk membuka kembali kelopak matanya dan memandang ke sebelah.
            “Sudah memang itulah kerja yang perlu saya lakukan. Staf awak tak buli saya pun. Biasalah tu. Kerja akauntan memang banyak yang perlu diketahui. Awak tu CEO apa tau?” Sindir Qayatul tanpa segan silu. Ditutupnya kembali kelopak matanya dan kepalanya berpaling menghadap cermin sebelah. Hatinya tetap sakit bila diheret ke dalam kereta tanpa hatinya merelakan. Hanya dengan kata-kata sahaja yang mampu diluahkan menunjukkan bahawa dia tidak suka kalau diperlakukan sebegitu. Arfan hanya mampu tersenyum.
“Kalau ya pun awak tengah marah, jangan lupa pasangkan tali keledar tu dulu,” Balas Arfan tenang. Dengan pantas, Qayatul membukakan matanya. Dia berpaling ke sebelah semula. Terkejut bukan kepalang lagi apabila dia melihat wajah Arfan yang hampir dengan wajahnya. Qayatul kaku.
Pakk! Arfan tersenyum lebar sebaik sahaja membantu memasangkan tali keledar buat Qayatul di sebelah. “Sekarang baru boleh gerak,” Selorohnya pendek. Qayatul tergamam.
   ***       
      Mulut Qayatul sudah melopong tatkala melihat helaian-helaian baju yang diletak di atas kaunter pembayaran. Matanya pula tak lepas dari memandang Arfan yang dari tadi dok membelek-belek baju yang dipamer pada rak penyakut baju.
            “Encik Arfan nak buat apa dengan semua baju ni? Saya tak perlukan baju-baju ni! Hanya cukup sehelai sahaja. Saya bukannya ada duit pun nak bayar semua. Sekadar nak tukar baju kemeja ni sahaja, tak perlukan baju yang lain-lain tu.” Jari telunjuknya mengarah ke kaunter. Berkerut dahinya dengan kerenah Arfan yang terlebih bersemangat pula untuk mencari baju bagi menggantikan bajunya yang sudah kotor itu.
            “Lagipun, buat apa nak beli baju baru sedangkan Encik Arfan boleh aje hantar saya ke rumah saya dan beri saya masa untuk tukarkan baju saya ni. Tak payah membazirlah, Encik Arfan.” Sambungnya lagi. Di hujung ayatnya terluah keluhan lemah sambil tangannya mengurut dahi dek pening kepala yang kian terasa berdenyut. Arfan yang masih giat mencari dan membandingkan baju-baju di tangannya terhenti seketika apabila matanya menangkap perbuatan Qayatul di kala itu.
            “Awak pening ke?” Pertanyaan dari Arfan menghentikan perbuatan Qayatul serta-merta.Cepat-cepat dia mengalih tangannya dari dahi dan nampak jelas wajahnya sudah pucat dek teguran itu. Berdebar hatinya takut kalau-kalau bossnya tahu akan rahsia yang disimpannya selama ini.
            “Err...Tak adalah. Cuma pening sikit. Panas kot rasanya.” Dalih Qayatul. Kini giliran Arfan pula yang berkerut dahi. Lalu, dipantaunya keadaan di luar kedai butik itu dan dilihatnya cuaca yang sudah mendung tanda tidak lama lagi nak hujan.
            “Qayatul, are you sure that you are alright? Sebab saya tak rasa panas langsung! Tengok cuaca kat luar tu pun macam nak hujan.” Jawab Arfan hairan.
            Tidak lama kemudian terdengar bunyi guruh yang berdentum di langit. Qayatul menggigit bibir. Ternyata alasannya itu memang tidak logik langsung!
            ‘Atul, kalau ye pun kau nak buat alasan, biarlah logik sikit! Ni tidak! Pi main redah cakap hari panas, tengok-tengok hujan dah nak turun. Aduh! Nasiblah...’ Detik hati Qayatul. Sudahnya, Qayatul mengulumkan senyuman kecil ingin menutup perasaan malu yang sudah bertandang di dalam hati. Dia menggeleng perlahan.
            “Saya tak apa-apa. Alah..biasalah tu rasa panas memang ada kalau hari nak hujan. Rasa membahang panasnya ni. Awak tak rasa sebab awak dekat bawah aircond tu kot...” Sengaja Qayatul mencari alasan lain. Dia berpaling ke belakang dan menyembunyikan rasa malu dek tersalah kata sekali lagi. Bibirnya digigit lagi.
            ‘Kau Atul, memang tak layak nak berpura-pura. Kantoi habis!’ Kutuk Qayatul pada diri sendiri.
            Apabila tiada suara yang membalas kata-katanya, dengan pantas dia merampas baju dress labuh berwarna merah jambu di tangan Arfan.
            “Saya hanya nak ini sahaja. Tak nak yang lain! Kalau Encik Arfan beli semua baju tu, saya buang terus ke dalam tong sampah! Encik Arfan jangan tak tahu, saya ni jenis yang tunaikan kata.” Amaran Qayatul sambil menjengketkan sedikit keningnya. Lantas, dia berlalu menuju ke bilik salinan ingin menukar baju kemejanya yang kotor dengan baju yang dipilih oleh Arfan tadi. Terkebil-kebil Arfan mendengar kata-kata berunsur ugutan itu.
            ‘Amboi! Dia ingat aku takut dengan ugutan dia tu? Aku peduli apa! Aku tak kira! Baju ni aku dah siap pilih. Semuanya cantik-cantik khas untuk dia. Dia kata nak buang kat dalam tong sampah? Hmph! Siapa yang boss sebenarnya? Aku ke dia?’ Rungut Arfan tidak puas hati.
            Arfan kembali ke kaunter dan mengeluarkan kad kreditnya.
            “Siapkan semua baju ni dan jangan lupa baju yang dipegangnya tadi masuk kat dalam resit sekali, ye?” Arah Arfan sambil menyuakan kad kredit tadi pada jurujual. Sempat lagi dia menguntumkan senyuman manis pada jurujual tersebut. Tersengih-sengih jurujual perempuan itu menyambut senyuman dari si kacak di depannya. Pasti cair hatinya bila lelaki sekacak Arfan menghadiahkan senyuman buatnya.
            “Ehem!” Terdengar bunyi deheman dari belakang. Qayatul memegang beg kertas yang berisi baju kotornya tadi.
  “Jom! Kita dah lewat dah ni,” Ujar Qayatul yang sudah menghampiri Arfan di kaunter. Qayatul ingin mengeluarkan dompet dari beg tasnya tetapi dihalang oleh Arfan.
            “Eh eh! Tak perlu. Saya dah bayarkan. Tak usah keluarkan duit awak. Simpan sahaja.” Qayatul tercengang seketika. Matanya dikerdipkan beberapa kali.
            “Ni dia baju-bajunya, Encik Arfan,” Ucap jurujual tadi. Di tangannya ada satu lagi beg kertas dan diserahkan pada Arfan. Arfan menyambutnya seraya mengucapkan terima kasih.
            “Erkk..Ni apa pula?” Soal Qayatul yang masih ke ‘blur’an.
            “Baju-baju yang saya pilih tadilah! Baju untuk awak,” Seloroh Arfan selamba. Dia menyerahkan beg kertas tersebut pada Qayatul. Qayatul masih belum menyambut beg kertas tersebut. Lama benar dia merenung beg kertas itu. Lalu, dia mendongak dan berpeluk tubuh.
            “Sayakan dah cakap, saya tak nak baju yang lain-lain tu. Saya cuma nak baju ni sahaja. Lagipun, nak buat apa semua baju tu? Saya dah ada berlambak baju kat dalam almari saya tu. Sampaikan tak ada tempat nak gantung lagi dah. Encik Arfan tak perlulah membazir untuk benda-benda yang tak penting ni.” Marah Qayatul.
            “Siapa kata tak penting? Penting bagi saya! Saya mahu awak pakai semua baju ni setiap kali awak pergi kerja. So, kalau sekali awak tak pakai baju-baju yang saya belikan ni, duit elaun awak saya potong!” Ugut Arfan pula. Qayatul menggigit bibir. Rasa bimbang mula menggigit hujung hatinya apabila diugut bayaran elaun dipotong.
            ‘Alamak! Elaun tu penting juga untuk aku! Macam mana aku nak buat pembedahan kalau tak ada bantuan dari elaun tu? Aduh!’ Sayu hati Qayatul tika itu. Di mindanya membayangkan tolak tambah simpanannya kalau tiada elaun dari syarikat tempat pratikalnya itu. Walaupun simpanannya masih belum mencapai jumlah yang diperlukan tetapi sedikit sebanyak jumlah elaunnya membantu juga.
            Qayatul diam sahaja. Arfan menarik senyuman kemenangan. Dia menyuakan kembali beg kertas di tangan kepada Qayatul.                                                                                                          
          “Nah! Ambik! Ingat pesan saya, saya nak tengok awak pakai semua baju yang saya pilih ni sepanjang masa praktikal tu. Kalau awak buang kat dalam tong sampah, awak seperti memberi peluang kepada saya untuk memotong jumlah elaun awak tu. Faham?” Tegas Arfan sambil menunding jari telunjuknya pada Qayatul. Wajah Arfan sengaja dibuat serius. Qayatul sudah menarik muka masam. Lalu, diambilnya beg kerta dari tangan Arfan. Segera dia meninggalkan Arfan yang sudah tersengih-sengih itu.
            Qayatul berhenti melangkah apabila berdiri di depan pintu utama kedai butik tadi. Hujan! Leka matanya melihat rintik-rintik hujan itu. Dia paling suka dengan cuaca nyaman sebegini. Dia memang suka melihat air hujan yang jatuh ke bumi membasahi dunia yang kian kepanasan. Dengan perlahan dia menadah tangan ingin bermain dengan air hujan.
            Arfan mendekati Qayatul dan seketika dia terleka melihat wajah Qayatul di sebelah. Senyumannya melebar apabila melihat wajah tenang si gadis berambut lurus itu. Tidak mahu ketinggalan, dia juga mengikut perbuatan Qayatul. Tapak tangannya juga menadah air hujan yang sudah semakin lebat. Di kala itu, mindanya juga merewang pada kisah yang lalu. Wajah yang pernah bertapak di hati lelakinya kembali bermain di minda.
            “Bila hujan turun ke bumi, serata alam berbisik mengeluarkan pendapat sendiri. Ada yang merungut dan ada yang menadah tangan bersyukur ke atas kurniaanNya. 1001 rahsia Allah tentang hujan masih belum dapat kita ketahui. Tetapi, ketahuilah rahmat yang Allah beri ini sememangnya sesuatu yang tak terperi.” Qayatul berjeda sendiri. Arfan hanya terdiam tanpa bersuara. Begitu mendalam di sebalik kata-kata gadis itu. Lantas dia tersenyum.
            “Jom! Kita dah lambat ke pejabat,”
            “Tapi, Encik Arfan, hujan lebat macam mana nak ke parking? Awak parking pun beribu batu dari sini.” Sindir Qayatul sinis. Arfan hanya mampu membalas kata-kata Qayatul dengan senyuman di bibir.
            “Kalau macam tu, saya tumpangkan baju saya untuk kita ke sana,”
            “Hah?” Soal Qayatul hairan. Arfan segera membuka baju kotnya dan dikongsikan bersama Qayatul untuk mengelak kepala mereka dari terkena hujan. Baju kot hitamnya dijadikan sebagai payung buat mereka berdua. Qayatul tercengang seketika.                                                            
            “Jom! Sekarang bolehlah kita menuju ke parking yang beribu batu tu,” Bidas Arfan kembali. Qayatul memuncungkan mulut. Pasti sahaja bossnya itu mahu menang. Mereka segera membuka langkah menuju ke kawasan parking.


          

17 comments:

  1. cerpen ni sambung ke? tak sabar nak tunggu yang sterusnye.. best gler!

    ReplyDelete
  2. salam dik.. Firstime akak komen kat blog dik nie n first time gak akak bca cite kat blog dik.. Bise akak bca cite adik kat p2u je.. Hehehe
    Nice story cpt2 smbg ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...Thanks kak..hehehe..nnti mai sni komen lg ye? hehe...Apa2pn...trma ksh skli lg... :D

      Delete
  3. best...nak lagi..lagi..dan lagi..hehehe..

    ReplyDelete
  4. aku paling suka part berpayung dalam hujan.. bg aku scene mcm tu mmg romantik habis... ngeee.. tp guna kot pun bolehlah..haha.. cpt smbung.. aish.. nk jugak smbung2.. menyampah..hhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..msti ko tggu2 kn ble org nk pyungkn ko...romantik sehh..hehehe...Sje nk mnguji ksabaran ko..hehe...sbr nooo... ^-^

      Delete
  5. sorry sebelumnya...
    rasanya gejala dari penyakit hepatitis tidak seperti yg cik writer sebutkan diatas dan i'm not sure that we have to do pembedahan for hepatitis..
    as i know ciri-ciri dr penyakit hepatitis diantaranya:perut mual, muntah-muntah, hilang nafsu makan, warna kuku, kulit dan bagian mata menjadi kuning...
    correct me if i'm wrong...
    overall the story is good ..
    keep writing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haluu ernosa...hehe...Mmg btl sume tu ciri2 pnyakit hepatitis atau kte blh ckp pykit rdang hati..haa...hepatitis ni ada byk jnis...jnis A, B dn C...sy x gtau dgn detail kt dlm cter ni sbb sy pn bknla berilmu sgt psl bnda2 ni..sbb sy bkn budak medic..hehe...tp, sy tau bbrpa fkta psl hpatitis ni..ada jnis pyakit hepatitis ni yg mmerlukn pmbedahan di mana ia mmerlukn pmindahan hati itu sndiri...haa...klu awk nk tau lbh lnjut...sy bg link kt awk utk mngtahui pnyakit hpattis ni..
      http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Risikoradanghati/Article/index

      Delete
    2. Oh ye...sy nk tmbh lg...bkn 3 je jnis die..ada, A, B, C, D, dan E..hehe..Apa2pn..thank u so much sbb tgur sy psl ni...klu sy slh..maafkn sy ye? ^-^

      Delete
  6. Mula baca menitis jugalah air mata sebab Qayatul....
    Sampai dekat bab Encik Arfan terus tarik senyum...
    hehehe...#^_^
    Teruskan dengan karya yang terbaik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. NurAtiza...waduuh..jgn sdih2 ye? lap air mta tu dgn tisu..huhu...Hehe..apa2pn tq tau.. ^-^

      Delete