Bab 33
Hatiku
bagai direntam hiba. Sukarku ungkapkan perasaan hati yang sakit menanggung
kecewa. Minda sudah mula berpaling pada hati kerana minda kata tidak, hati kata
sakit! Mana satu yang perlu aku percaya? Benar, aku sudah tidak hirau akan
semua itu lagi. Yang ada di depan mata, itulah yang benar bagiku. Sudahku
katakan pada diri, dia akan menjadi milik orang lain. Tetapi, kenapa pula kak
Hasnah berkata sebaliknya? Ah! Cukup dengan pandangan mata, apa lagi yang perlu
aku cari? Kebenaran? Tidak! Semua sudah terbukti. Nick sudah pun menjadi suami.
Suami kepada orang lain.
Air
mata sudah sekian lama menemaniku. Makin berjuraian ke pipi tanpa henti. Aku
menyeka kasar pada air jernih yang mengalir lagi.
“Sudah!
Kenapa menangis lagi!?” Bentakku sendiri. Kereta yang aku pandu sewaktu ini
hampir saja melimpasi landasan. Aku memusing stereng kembali ke jalan sendiri.
Aku cuba menangkan diri. Takut juga kalau-kalau emosiku mengganggu pemanduanku.
Bahaya!
Aku
tersentak di kala bunyi telefon bimbit yang menjerit melalak singgah di cuping
telingaku. Lantas, mata jatuh pada telefon bimbit yang ku letakkan pada ruang
penyimpanan. Aku biarkan saja bunyi telefon bimbit membingit. Tidak lama
kemudian, bunyi itu berhenti. Aku masih menumpukan segala perhatian pada pemanduan.
Sekali lagi, telefon bimbitku berbunyi.
“Tolonglah,
jangan ganggu aku waktu ni. Jangan ganggu aku!” Rintih hatiku.
Bunyi
ringtone kembali sepi. Aku mengeluh lemah. Belum pun sempat aku menarik nafas
lega, bunyi itu kembali menggangguku. Aku kebingungan. Pantas, aku mengambil
telefon bimbit dari tempat penyimpanan. Dek kerana begitu tertekan dengan
gangguan tersebut, objek itu terlepas dari genggamanku. Aku menghentak stereng.
Sudah memang hatiku mencapai hadnya. Aku sedih, kecewa, geram, marah dan semuanya
berlaku dalam masa yang sama. Stress!
Tanpa
memikirkan apa-apa, aku tunduk ingin mengambil telefon bimbitku. Pendek akalku
tidak memikirkan natijahnya jika aku menunduk ke bawah gara-gara ingin
menghentikan bunyi yang menyesak hati.
“Ahhh!!”
***
Nick berkali-kali menekan skrin telefon
bimbitnya ingin menghubungi Risya. Namun, hampa. Peti suara itu yang menyambut
setiap kali dia menghubungi gadis itu. Enggan berputus asa, dia menekan skrin
dan berusaha untuk menghubungi Risya. Mujurlah dia memakai handsfree. Bahaya
kalau dia menelefon dengan tangannya memegang stereng dan pada masa yang sama
memegang telefon bimbit. Pantang baginya apabila memandu dan bertelefon pada
masa yang sama.
Pasti
Risya berada tidak jauh darinya, detik hatinya. Dia meneruskan pemanduan
sehinggalah dia terlihat sebuah kereta Viva yang sudah tunggang terbalik di
tepi jalan.
“Viva?”
Nick
menekan brek secara mengejut. Nasib menyebelahinya, tiada kenderaan pun yang
berada di belakang keretanya. Matanya memandang pada cermin belakang. Tidak
berpuas hati, kepalanya ditoleh ke belakang ingin memastikan apa yang dilihatnya
bernar-benar berlaku. Dia jadi kaget! Langsung, kereta yang berhenti di tengah
jalan dipandu ke tepi. Cepat-cepat dia memboloskan diri keluar dari kereta.
Nick berlari sepantasnya ingin mendekati kereta yang kemalangan tadi.
“Risya!”
Jerit Nick.
Bagai
terdengar bunyi suara yang amat ku kenali, aku cuba untuk membuka mata. Rasa
sakit mula menyengat seluruh badanku. Aku terasa mahu menjerit di saat itu.
“Risya!
Ya Allah, apa dah jadi kat awak, sayang? Ya Allah, Risya. Please answer me!”
“Nick?”
Suaraku kedengaran serak. Perlahan-lahan, mataku menangkap bayang-bayang di
depanku. Aku mengerdipkan mata sekali lagi gara-gara bayangan yang masih kabur
tidak jelas.
“Risya!
Bertahan, sayang. Bertahan!” Bila segalanya jelas, apa yang terlihat di mata
semuanya nampak terbalik. Terbalik? Mataku membuntang saat itu. Bagaimana boleh
segalanya nampak terbalik? Tak masuk di akal langsung! Aku cuba mengingat
kembali apa yang berlaku sebelum ini. Arghh! Kenapa tiada satu pun yang dapatku
ingat kembali? Bagaimana aku boleh kemalangan sehingga menyebabkan keretaku
sudah tunggang terbalik?
“Risya,
can you hear me? Awak boleh keluar tak dari situ?” Soal Nick cemas. Mataku
pantas terarah pada sesusuk tubuh yang terkial-kial ingin mengeluarkanku dari
kereta ini.
“Nick...Saya
rasa, saya tersekat.”
“Kaki
awak, dapat alihkan tak?” Wajah Nick nampak begitu cemas sekali. Manakala, aku?
Aku dalam kebingungan, masih tidak dapat menangkap apa yang berlaku di
sekelilingku. “Risya, alihkan kaki awak dari situ. Cepat!” Aku akur saja.
“Ahh!!”Kakiku...rasa
begitu pedih dan nyilu sekali. Tak mampuku ungkapkan dengan kata, rasa sakit
begitu mencengkam diri. Aku menangis menahan rasa sakit. Rasa nak patah kakiku
di saat ini. Aku menggeleng.
“Saya
tak dapat keluarkan kaki saya, Nick. Sakit sangat,” Rintihku diselangi tangisan
yang laju mengeluarkan mutiara jernih ke pipi. Nick cuba membuka tali keledar
dan cuba menarik tubuhku dari bawah. “Jangan, Nick! Sakit! Saya tak boleh!”
“No!
Awak mesti boleh Risya. Macam mana awak nak keluar kalau dibiarkan saja
begini?”
“Kalau
dah saya cakap, tak boleh...tak bolehlah!” Jeritku. Aku meraung menahan rasa
sakit itu.
Hati
Nick berasa begitu pilu sekali di saat memandang wajah Risya yang sudah pucat.
Dia beralih dari terus menunduk dan mengeluarkan telefon bimbit ingin
menghubungi pihak bomba dan ambulance. Dia mahu menunduk setelah selesai
menghubungi pihak kecemasan. Di kala itu, matanya menangkap titisan minyak yang
mula menitik keluar dari enjin kereta. Nick bungkam. Tanpa mahu melengahkan
masa, dia menunduk dan cuba menarik tubuh Risya dengan pantas.
“Nick!
Apa awak buat ni? Awak tahu tak sakit bila awak buat macam tu!” Bentakku marah.
Air mata tak pernah pun berhenti sejak tadi. Nick cuba menolak segala objek
yang menjadi penghalang untuk mengeluarkan kakiku dari tersepit.
“Arggh!!”
Jerit Nick sekuatnya. Objek yang menyekat kakiku sukar untuk ditolak.
“Risya,
kalau awak tak keluar dari sini dengan segera, kereta ni akan meletup!” Mataku
terbeliak sebaik mendengar katanya tadi. Aku kelu.
“Kita
tak sempat nak tunggu pihak bomba untuk keluarkan awak. Kita kena usaha
sendiri, Risya! Kita kena berusaha!” Getus Nick. Wajahnya sudah
kemerah-merahan. Bergetar seluruh tubuhnya bila menolak objek tadi sekali lagi.
Pada saat itu, hanya mati saja yang ada di fikiranku. Kalau sudah takdirku,
hari ini ajalku menjemput diriku pergi, aku terima. Di dalam hati, aku sudah
mula membaca dua kalimah syahadah. Hanya nama Allah sahaja yang meniti di
bibirku.
“Risya,
jangan pernah mengalah! Dengarlah cakap saya, bukan masanya lagi!”
“Nick,
seandainya sudah takdir saya mati hari ini...saya mohon pada awak, jaga
keluarga saya, boleh?”
“Apa
awak cakap ni, Risya?”
“Nick...Saya
tak mampu keluar dari sini. Biarlah...Awak selamatkanlah diri awak sebelum
apa-apa terjadi.” Ucapku hiba. Nick menggeleng laju. Aku nampak cecair jernih
jatuh menggelongsori pipinya. Aku terkedu di saat permata jernih itu keluar
dari kelopak matanya. Air mata itu...Air mata itulah yang aku cari selama ini.
Jawapan bagi segala persoalan yang aku kemukakan padanya. Ya Allah, air mata
itu menunjukkan bukti segalanya. Bukti bahawa lelaki itulah lelaki yang aku
cari selama ini. Lelaki yang sanggup mengeluarkan air mata kerana seorang gadis
biasa sepertiku. Air mata yang tulus ikhlas keluar dari hati kecil seorang
lelaki. Dan lelaki yang layak mendapatkan tempat di hatiku itu ialah tak lain
tak bukan, Nick! Seseorang yang sudah lama menapakkan ruang di hati kosongku ini.
Ya Allah!
Kata-kata
yang terkeluar laju dari bibir Risya benar-benar membuat hatinya bagai
disiat-siat. Apakah gadis ini pernah terfikir bahawa cinta aku begitu mendalam
buat dirinya? Diri ini sentiasa menunggu sang dara sehingga sanggup melakukan
apa-apa sahaja, sehingga menyebabkan kedua-duanya terluka. Ya! Memang salahnya Risya
pergi meninggalkan dirinya sehingga menerima Iz dalam hidup gadis itu. Dia yang
bodoh! Terlalu memikirkan perasaan sendiri. Tanpa sedar, Risya juga turut terluka
dengan tindakannya. Pada asalnya rancangan ingin menjerat gadis itu agar
menunjukkan rasa cemburu sekiranya dia berada di samping mana-mana gadis. Tapi,
tengoklah apa yang terjadi selepas itu. Risya pergi ke samping Iz dan menerima
lamaran lelaki itu.
Sudah
hatinya bertekad tidak mahu melepaskan gadis ini lagi. Mendapat khabar dari
Haris tidak lama tadi, membuat hatinya berbunga riang. Risya tidak jadi
menikahi saudaranya, Iz dan datang ke rumah atuknya. Tetapi, apakan daya?
Segala yang berlaku bukan kehendaknya. Sekali lagi hubungan mereka di uji
hebat. Risya pergi tanpa mendapatkan penjelasan darinya. Pasti gadis itu salah
sangka sementelah yang sedang melafazkan akad nikah di rumah atuknya tadi,
bukan dirinya, tetapi abang kembarnya! Salahnya juga kerana tidak memberitahu
hal keluarganya. Dia punya seorang abang kembar dan rupa mereka begitu mirip
sekali sehingga sukar untuk meneka yang mana satu si abang dan yang mana satu
si adik. Dia menyesal kerana tidak memberitahu terlebih dahulu ketika
menyerahkan kad jemputan pada Risya. Di dalam hatinya cuma ada rasa sedih,
perit menanggung kecewa. Siapa yang tidak kecewa kalau kekasih hati mengahwini
orang lain? Lebih-lebih lagi dengan saudara yang dikenalinya.
Sekarang,
hubungan mereka ditimpa musibah lagi. Entah bagaimana boleh kereta Risya
kemalangan sehingga jadi begini. Begitu luluh hatinya melihat keadaan Risya
tika ini. Berbaju pengantin tetapi seri wajah itu hilang. Kepala gadis itu juga
sudah mengeluarkan cecair pekat. Darah yang mengalir tidak dihiraunya kini. Di
matanya, tangisan Risya kian berterusan. Dadanya sesak melihat Risya yang tengah
menanggung kesakitan. Dia benar-benar insaf!
Sukar
untuk kita tebak bila musibah akan menimpa diri. Kalau terlalai, adakah kita
sempat untuk bertaubat? Sewaktu, sudah terang berada di depan mata, maut yang
menunggu masa. Adakah Risya akan terselamat? Atau dengan dia sekali yang akan
terkorban sama? Risya menyuruhnya pergi, tetapi hatinya memberat. Bukan sifat
dirinya meninggalkan orang tersayang di dalam bahaya. Jiwanya meronta-ronta
ingin menyelamatkan gadis itu.
“Saya...TAK
AKAN biarkan awak pergi begitu sahaja. Kalau awak masih macam ni lagi, saya
rela badan saya hancur bersama awak jika kereta ni meletup! Saya takkan pernah
tinggalkan awak begitu sahaja. Saya tak nak, Risya! Awak nak tahu kenapa?” Ucap
Nick dengan suara yang tenggelam timbul. Mungkin kerana tangisan itu yang
membuat suaranya menjadi serak sebegitu. Hatiku bagai dipalu garuda. Sejenak
kemudian, nafasku bagai terhenti seketika. Tangisanku masih tetap belum berhenti.
Rasa sakit dan sedih dihimpunkan sekali. Begitu meruntun jiwa. Aku dan Nick
sama-sama menangis. Tidak tahu sama ada masa untuk kami masih ada lagi atau pun
tidak. Aku jadi takut. Takut untuk kehilangannya.
Dadaku
berombak laju. Menahan rasa debar dengan menunggu kata-kata yang bakal
diluahkan oleh lelaki itu. Kenapa? Kenapa lelaki itu sanggup menungguku di
sini? Bukankah dia sudah bergelar suami orang? Kenapa perlu mengejarku sampai
ke sini? Nick! Janganlah kau buat hatiku sebegini. Sukar untuk aku lepaskan kau
pergi. Ya Allah, aku benar-benar cintakan lelaki ini. Tetapi, dia bukan milikku
lagi. Ya Allah! Apa hikmah di sebalik semua ini? Hatiku dipagut rasa sayu tak
terperi.
“Sebab
saya minat...suka...cinta...dan sayang pada gadis yang mengajar saya erti
sebuah cinta sejati. Cinta yang pasti bermula dari hati nurani. Cinta suci yang
seiring dengan doa pada Ilahi. Cinta yang pasti untuk membawa kita pada sang
pencipta. Bukan cinta kerana nafsu semata-mata tapi cinta yang mencari cahaya
Ilahi. Cinta yang pasti untuk kita kenang sehingga ke tua. Cinta yang pasti
untuk kita kongsi bersama agar senantiasa mendapat keredhaan dariNya. Cinta itu
yang saya cari selama ini. Cinta saya pada Allah buat Nur Erisya Kamal. Cinta
itu yang pasti!” Tumpah lagi air mataku. Pantas mengalir tiada sekatan. Bibirku
menggeletar, pendek kata seluruh tubuhku terasa mahu menangis. Esakan dan sendu
silih berganti. Berjuraian permata putih itu mengaburi mataku sekali lagi. Nick
juga sama sepertiku. Turut menangis hiba.
“Tapi
Nick, apalah gunanya cinta itu kalau sudah awak milik orang lain? Apalah
gunanya cinta yang pasti, kalau hak sudah diserahkan pada orang yang layak
untuk memiliki awak? Nick, saya tak mahu menanggung dosa lagi. Saya tak nak
rampas hak orang!”
“Siapa
cakap saya hak orang lain!? Saya hanya untuk awak! Dan awak hanya untuk saya!
Saya bukan untuk siapa-siapa melainkan Tuhan yang mencipta saya ke bumi ini.
Saya dah lama berfikir Risya, kalau awak bukan milik saya, sudah tentu semua
ini tak kan berlaku. Sudah tentu pertemuan kita yang berkali-kali itu tidak berlaku
sekiranya awak bukan milik saya!” Bentak Nick kuat.
“Mimpi-mimpi malam saya sentiasa menghadirkan
wajah awak. Puas saya fikir, kenapa hanya ada wajah awak yang muncul. Sudah
banyak kali saya melakukan istikharah. Sudah banyak kali saya berdoa meminta
petunjuk dariNya. Sudahnya, hanya nama awak yang muncul di benak hati saya.
Saya sendiri keliru. Kalau awak bukan untuk saya, segala petunjuk itu tidak
akan muncul! Dan saya pasti, hanya ada satu sahaja jawapannya.” Nick terhenti.
Mata kami berpadu lama. Lalu, tangan Nick ditarik dan dimasukkan ke dalam kocek
seluarnya.
Mataku
terbuntang saat melihat barang yang dikeluarkan dari kocek seluarnya tadi.
Sekeping gambar ditunjukkan di depan mataku.
“Awak
tahu siapa gerangan yang berada di dalam gambar ini?” Aku menjadi gugup.
Ternyata gambar itu benar-benar membuat aku terkejut. Bagaimana boleh gambar
itu berada di tangannya?
Gambar
itu menunjukkan seorang gadis bertudung hitam dan menampakkan wajahnya dari
sisi. Gadis itu sedang memeluk lutut dan pipinya kelihatan basah dek menangis.
Nampak jelas sekali ada air mata yang membasahi pipi. Laju sahaja jantung ku
berdegup. Gadis di dalam gambar itu ialah aku!
“Gambar
ni ditangkap 5 tahun lalu, di tasik Shah Alam seksyen 7. Pada masa itu, saya
baru sahaja pulang dari US setelah bertemu dengan papa saya. Semasa itu, tok
Idham masih belum memaafi diri saya. Sudahnya, saya ke tasik ingin menenangkan
diri. Mengambil angin petang di tasik mampu membuat hati saya tenang.
Sehinggalah saya terlihat seorang gadis yang duduk sendirian di tasik. Tanpa
segan silu menangis di depan orang ramai.”
“Lama
saya memerhatikan gadis itu. Tiba-tiba, hati saya terusik melihat wajah sayu si
gadis. Adakah gadis itu tengah kecewa? Adakah gadis itu mengalami masalah yang
besar sama seperti saya? Adakah dengan menangis, hatinya akan tenang? Saya
bagai tertanya-tanya sendiri. Mahu sahaja saya datang mendekati gadis itu,
tetapi, hati saya menghalang. Sudahnya, saya membiarkan sahaja gadis itu
menangis seorang diri.” Sambung Nick lagi. Aku tidak mampu bertahan lagi.
Permata putih itu jatuh lagi. Laju menggelongsori pipi. Nick juga sama sepertiku.
Matanya juga sudah merah kerana menangis. Aku teresak-esak. Aku mengelap pipi
yang sudah lecun basah. Tiada kata yang mampuku ungkapkan tika ini.
“Saya
sempat menangkap momen itu. Entah mengapa, hati saya bagai terjentik ingin
menangkap gambar gadis ini. Nampak dari jauh gadis ini seorang yang hanya
biasa-biasa, tetapi, bagi saya pasti ada keistimewaannya pada gadis ini. Dan
sekarang, barulah saya teringat. Wajah yang selalu muncul di dalam mimpi saya,
ialah gadis yang tengah menangis di tepi tasik ini. Dan barulah saya perasan,
gadis itu bukan calang-calang orang. Gadis itu ada di depan saya. Gadis di mana
namanya telah terpahat di hati saya. Gadis itu adalah awak, Risya.” Di hujung
ayat Nick, air matanya mengalir laju. Aku menekup mulutku menahan esakan yang
mula nyaring. Aku menggigit bibir. Sudah pastinya lelaki ini ditakdirkan
untukku. Lelaki asing yang pernah muncul semenjak dulu lagi. Betapa semua yang
dirancang oleh Allah begitu rapi sekali.
Mindaku
terus mengingat kembali kejadian yang berlaku 5 tahun lalu. Ketika itu,
hubunganku dan juga Iz seperti sudah mula hambar. Aku jadi bingung. Kenapa kami
jadi sebegini? Walaupun Iz tahu isi hatiku, dia tetap melayanku baik. Tetapi,
semenjak dua menjak itu hubungan kami bagai suam-suam kuku. Aku mencari-cari
kesalahan yang telah aku lakukan selama ini pada Iz. Ternyata aku masih tidak
mendapat jawapannya.
Sering
kali aku menghubungi Iz, tetapi nyata layanannya sudah hambar. Aku tidak kisah
sekiranya dia tidak menyambut cintaku, tetapi, aku akan benar-benar terkilan
sekiranya dia menjauhkan diri semata-mata kerana luahan perasaanku padanya.
Tetapi, itu bukan menjadi persoalannya sekarang. Kerana sudah lama perkara itu
berlalu. Sudah setahu aku ungkapkan rasa hati pada Iz, tetapi kenapa kini
hubungan yang rapat menjadi hambar sebegini? Aku cuba berbaik dengannya dengan
mengajaknya keluar, sudahnya dia sering menolak pelawaanku. Aku jadi kaget.
Sehinggalah
pada satu ketika, di mana aku dan rakan-rakanku, Irah, Nurul, Hana, dan juga
Afiq pergi ke pusat beli-belah. Kami ke sana kerana mahu membeli hadiah untuk
abang angkatku, Hazif. Sebelum itu, aku sudahpun menelefon Iz ingin mengajaknya
sekali. Tetapi, Iz menolak. Ada hal katanya. Sesampai sahaja di Bukit Raja, aku
ternampak kelibat Iz dan juga 3 orang rakannya sebaik sahaja mendapat parking.
Kelibat mereka betul-betul di depan keretaku. Ketawa riang, dan asyik benar
mereka berbual tanpa sedar kehadiran kami di dalam kereta itu.
“Risya!
Itukan Iz?” Soal Hana dari belakang tempat duduk. Berkerut dahi rakanku melihat
kelibat Iz di sini. Betapa sedihnya hati ini apabila melihat orang yang kita
sayang tengah berseronok bersama perempuan lain. Tetapi, bukan itu sahaja yang
membuat hatiku sakit. Penolakan darinya yang membuat aku benar-benar berasa kecewa.
Tadi sudah dia bilang ada hal yang perlu diuruskan, tapi tengoklah. Apa yang
berada di depan mataku kini? Dia tengah berseronok dengan rakannya dan langsung
tidak memberitahu kenapa sebab dia menolak ajakanku tadi. Aku mengetap bibir
menahan rasa.
Apabila
kami semua keluar dari kereta, salah seorang dari rakan Iz, Ajai iaitu pelajar
jurusan undang-undang juga merangkap rakanku jua, perasan akan kehadiran kami
di situ. Lalu, dia berpaling ke belakang dan menegurku. Aku hanya mampu
mengulum senyuman kecil padanya. Ajai memanggil nama Iz dari jauh dan tanpaku
sangka, Iz langsung tidak menegurku. Aku menjadi malu sendiri. Sudahlah Ajai
berkali-kali memanggil Iz dengan menyebut namaku sebagai kekasihnya. Makin
membahang mukaku dibuatnya. Rakan-rakanku yang lain hanya memandang simpati
padaku.
Bermacam-macam
persoalan yang menyesak benakku. Kenapa Iz berkelakuan sedemikian? Kenapa Iz
melayanku begitu dingin sekali? Sudahnya, langkah kakiku membawaku ke tasik Shah
Alam seksyen 7. Menangisi apa yang terjadi dalam perhubungan kami tanpa kira
orang sekeliling. Dan tidakku sangka, rupa-rupanya ada orang yang berada di
sisi. Langsung tidak pernah terlintas pun di benak fikiranku bahawa orang itu
ialah Nick. Aku benar-benar terkejut. Namun, di satu sudut hatiku, aku berasa
lega. Lega kerana orang itu ialah Nick. Orang yang dipertemukan kembali
denganku setelah sekian lama kejadian itu berlaku. Dan orang itulah yang
membahagiakan hari-hariku. Orang yang membantuku untuk terus bangkit dan cuba
untuk melupakan kisah lama itu. Orang itu ada di sampingku sekarang. Orang
itulah yang membuat hatiku jatuh cinta dan orang itu benar-benar telah membuka
pintu hatiku dengan luas. Akhirnya aku akui, hanya Nick sahaja yang akan
kucintai sampai bila-bila. Jauh benar lamunanku sehingga aku tersentak tatkala
suara Nick menjengah cuping telingaku.
“Jadi,
awak jangan pernah berputus asa, Risya! Kerana selama ini, cinta saya tak
pernah berpaling tadah. Masih setia menanti dan tak pernah mengenal erti penat
lelah. Langsung tak pernah berhenti mencintai awak.” Ucap Nick ikhlas.
Terasa
seperti satu semangat muncul di benak hatiku. Dengan pantas, aku menyeka air
mata dan aku cuba untuk menarik kakiku juga.
“Agghh!!”
Jeritku sekuat hati. Nick juga turut membantu menolak objek yang menimpa
kakiku.
“Sabar
Risya. Teruskan lagi. Allahuakhbar!” Nick menarik dengan sekuat tenaganya.
Melihat Nick berusaha dengan sepenuh hati, aku juga tidak mahu ketinggalan.
“Allah!!”
Terasa bagaikan terputus nadi suaraku menjerit menahan rasa sakit. Namun,
kakiku masih belum mampu keluar dari situ. Aku menarik lagi.
Ya
Allah, kakiku terasa seperti mahu putus kalau ditarik sebegini. Ya Allah,
kuatkanlah hatiku dalam menempuhi dugaan yang Kau berikan padaku ini.Rintih
hati kecilku.
Tiba-tiba,
mata Nick terpandangkan ‘spark’ api yang mula kelihatan tidak jauh dari situ.
Jantungnya bagai terhenti seketika. Lantas, tangannya juga membantu menarik
kaki Risya.
Mataku
memandang matanya. Perbuatan Nick terhenti. Aku kembali merembeskan air mata.
Aku menelan liur. Aku nampak apa yang dilihatnya tadi.
“Seandainya
sudah takdir kita begini...Akan saya sematkan rasa cinta ini sampai mati. Saya
juga cintakan awak, Nick. Percayalah, hanya awak seorang yang bertakhta di
hati. Hanya awak seorang. Saya bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah
bertemu dengan lelaki seperti awak, Nick. Maafkan saya andai jodoh kita hanya
setakat di sini. Maafkan saya kerana melayan awak begitu dingin sehingga
menyebabkan hati awak terluka sama. Maafkan saya, Nick.” Nick terdiam seribu
bahasa. Baru kali ini Risya meluahkan rasa hati yang dipendam selama ini.
Kata-kata yang menjadi penantiannya kini terluah dari bibir gadis yang
dicintai. Kenapa harus pada waktu begini segalanya terungkai? Di kala dugaan
yang menimpa, barulah segalanya terbongkar. Barulah tahu apa yang sebenarnya
tertulis di benak hati. Ya Allah, aku tidak mungkin meninggalkannya. Detik hati
Nick.
Tangannya menggeletar dan hatinya
bergetar hebat. Dia cuba mengulumkan senyuman. Dengan perlahan, pipi Risya
diusapnya lembut.
“Saya
akan sentiasa berada di samping awak, Risya. Selamanya...”
Serta-merta,
kenangan dari awal perkenalan mereka menjengah minda masing-masing. Satu-persatu
momen ketika bersama bermain di minda. Ketika pertama kali berjumpa di hotel,
seterusnya perjumpaan kali kedua di pusat beli-belah di dalam fitting room
diingat kembali. Segalanya menjadi kenagan yang terindah buat dua insan ini.
Tidak kiralah pahit atau manis. Semua itu sangat berharga buat dua hati yang
telah bersatu.
Masa
bagaikan terhenti tetapi itu hanya pada pengamatan mereka berdua. Sudah
semestinya waktu itu sukar untuk kita kejar. Ia pantas berlalu pergi.
Dari
jauh, asap mula berkepul-kepul. Tidak lama selepas itu...
Boom!!
***
Suasana bagaikan ribut tatkala itu.
Semua jadi panik apabila mendengar suara nyaring dari mulut tok Idham. Tangan
lelaki tua itu menggeletar di saat mendengar berita yang baru sahaja
didengarnya tadi. Lantas, telefon bimbit yang melekap di cuping telinga jatuh
dari tangannya. Tubuhnya terasa lemah sehingga menyebabkan dia jatuh tetapi sempat
disambut oleh anaknya, Nik Baharuddin di sebelah.
“Abah,
kenapa ni?” Nik Baharuddin bertanya pada tok Idham. Tangannya sudah memaut
kemas bahu bapanya agar tidak jatuh menyebam lantai. Resah juga hatinya melihat
keadaan bapanya sebegitu. Baru sahaja anak lelaki sulungnya itu melangsungkan
pernikahan dan serasanya mood tok Idham baik-baik sahaja, tetapi setelah
mendapatkan panggilan daripada seseorang, tok Idham berubah terus. Sempat lagi
matanya mencari-cari kelibat anak kembarnya yang seorang lagi. Mana perginya?
Bukankah Nick tengah menyibukkan diri di belakang rumah? Kenapa tiada langsung
kelibatnya di sini?
“Ni..Nick!”
Emilda
yang baru menidurkan Diya datang menerpa mereka. Berkerut dahinya melihat
keadaan tok Idham yang nampak begitu cemas itu.
“Kenapa
ni papa? Kenapa dengan tok Idham?” Soal anak gadis Nik Baharuddin padanya. Nik
Baharuddin menggeleng lemah. Tiba-tiba, akalnya teringat kembali pada anak
lelakinya tadi.
“Oh,
ya...mana Nick? Tak nampak pun kelibatnya?” Emilda tergamam. Bibirnya
menggeletar tidak tahu mahu berkata apa. Tiba-tiba, tok Idham menangis di sisi
Nik Baharuddin.
“Nick
kemalangan! Aku dapat berita Nick kemalangan. Begitu juga Risya! Kereta Risya
yang sudah terbalik berdekatan lereng bukit tidak jauh dari sini menyebabkan
kereta tersebut meletup! Nick turut berada di tempat kejadian. Dia berusaha
untuk menyelamatkan Risya. ”
“Astaghfirullah
alazim,” Nik Baharuddin mengucap panjang. Emilda sudah menekup mulutnya
terkejut mendengar berita buruk yang menimpa adiknya itu. Serta-merta, kelopak
matanya merembes mengeluarkan air mata. Dia menggeleng-geleng dan diikuti bunyi
esakan di hujung bibir.
“Ap...apa?
Apa dah jadi pada Nick, papa?” Soal suara garau di belakang. Emil juga terkejut
mendengar berita yang baru sahaja didengarnya itu. Isteri yang baru sahaja dinikahinya
tadi memeluk erat lengannya. Diusapnya perlahan lengan si suami bagai meniupkan
sedikit semangat buatnya. Dia jatuh simpati.
“Ya
Allah, Nick! Ya Allah...” Emil meraup wajahnya. Tidak percaya begitu pantas
sekali masa berlalu. Baru sahaja tadi dia berborak dengan adik kembarnya sebelum
bermulanya majlis pernikahan itu.
“Abah,
apa yang orang tu cakap lagi? Mereka kat mana sekarang?” Soal Nik Baharuddin
lagi. Hatinya bergetar hebat. Di dalam hati, diperbanyakkan doa buat anaknya
dan juga Risya.
“Mereka
berada di hospital sekarang. Papa tak tahu bagaimana keadaan mereka sekarang,”
Jawab tok Idham sayu.
“Kalau
macam tu, kita segera ke sana sekarang. Tok, orang tu ada bagitahu alamat
hospital tu kan?” Tanya Emil. Tok Idham mengangguk laju. Lantas, mereka
sekeluarga bergerak ke hospital kecuali Emilda. Emilda disuruh untuk berada di
rumah sahaja. Melayan para tetamu yang semestinya keliru dengan apa yang sedang
berlaku.
“Haris,
kau maklumkan pada keluarga Risya, ya? Takut mereka tak tahu apa yang terjadi
pada Risya dan Nick. Suruh mereka sekeluarga bergegas ke hospital sekarang!”
Arah Emil pada Haris yang baru sahaja mendengar berita mengenai sahabatnya itu.
Haris akur dan pantas dia mendailkan nombor Hasnah.
“Hello?”
Sis apa jadi ni!!!
ReplyDeleteEeee...tak suka la macam nie!!!
Baru dengar luahan hati diorang kereta dah meletop pulak...
Harap diorang tak apa-apa....
Huuuuu....sorry la n3 kli ni x mmpu bwat awk feel...huhu...sy x pndai nk wat cter sdh2 ni...huhu...apa2pn...thanks sbb bce cter ni... ^-^
DeleteSis bukan x mampu sis terlebih mampu...
Deletemeleleh dah air mata ni...π_π sobs...sobs...
Alahai..thank u so much...Sian awk ngis bce cter ni...huhu..Sy brusaha sdaya upya utk bwat org feel ble bce cter sy...wlpn ssh jgak nk wat part feel2 ni..hehe..
DeleteHello!!! Saya suka sangat karya awak ! Cinta Yang Tiada Kepastian adalah salah satu karya yang sungguh baik dan amat saya minati setulus hati. Plot yang sungguh menarik dan kreatif. Menurut pandangan saya yang telah lama mengikuti jalan cerita ini , ia ternyata menunjukkan dengan jelas bahawa jodoh itu di tangan Allah dan sebagai manusia dan seseorang yang masih muda telah membuat saya yakin bahawa cinta dan jodoh itu boleh dijumpa dimana-mana sahaja tanpa mencari . Ia akan datang dengan sendiri pada suatu hari. Fyka, jikalau cerita ini akan diterbitkan ke sebuah buku, SAYA AKAN MEMBELINYA!!!
ReplyDeleteMaaflah comment saya terlalu panjang pula. (:(:(:
Salam Sayang dari Singapura. <3<3
Hello gak...aigoo...xpe..sy x ksah komen awk pjg mne..hehe...tp yg jlas..awk bwat sy trharu sngt ni...hehe..Waahh..klu ada rzeki sy, sy nk bkukan cter ni..Pda aslnya sy rse cter ni x dpt smbutan sngt..so, sy pndamkn dlu biar la..nnti2 bru nk wat mnuskrip..tp, skli tgk ada gak yg msh stia mnggu cter ni..hehe..cter novel prtma sy yg sy post open kt org..huhu..sobs3..trharu ni..hehe..Alhamdulillah...klu bku sy btl2 da trbit..sy tau slh sorg yg bli bku sy ialah awk..hehe...thank u ye? waaa...salam syg jauh tu...hehe...nk smbt gak wlpun jauh..thank u very much!! with love just for u... Nadiaaaaz hehe.. <3
DeleteInsyallah!! Since awak da ada satu peminat setia, sudah tentu ramai lagi di luar sana akan menyokong awak secara senyap ataupun tidak. Hahahaha.
DeleteJanganlah merendahkan diri tu sangat. Sesungguhnya awak ada potensi untuk menjadi seorang penulis yang terkemuka satu hari. Boleh saya beri pandangan sedikit? Harap Fyka jangan ambil hati atau terasa dengan apa saya akan ucapkan ini, kalau boleh jauhkan daripada menulis sebuah cerita yang plotnya sungguh common. Seperti cinta kontrak yang mulanya benci kemudian cinta. Cerita seperti begitu da banyak ditulis oleh para penulis. Tetapi jikalau cerita begitu yang sedang hangat di pasaran , apakan daya. Saya cuma beri pandangan sebagai pembaca. Maaf jikalau kata-kata saya telah menyiggung perasaan awak.
Sekali lagi minta maaf kerana terlalu panjang comment. hahaha. Salam Sayang Nadiaaaaaaaaz (:(:(:
Hehe..Amin...Klu ada rzeki jd pnulis tu...sy mnulis skdar krana hobi..sy ske mnulis sbb sy ske bercerita gak..hehe..Psl plot cter tu, bg sy mmg btl skg trllu byk org wat cter cm tu..tp cuma cra olahan dn jln crta je len cuma gnre je sme..dn sdah smstinya gnre tu mmg mndapat smbutan rmai..mugkn ada crtain cter sy gunakn gnre tu, tp sy cuba mmbwat jln cter die len dripda yg len..Kdang2 x dpt nk elak gak la, sbg cth bnci lps tu bru cnta..bkn kah tu ssuatu cter yg mnarik? kte msti nk tgk glagat hero n heroin brgaduh da tu brdamai..tp smstinya d sbalik cter diorg ada kelainannya..Hehe..Sy ni jnis yg x ksah..asl ada idea.sy akn wat..da tu sy cbe ubh biar jd len drpda yg len..klu di tgk cter CYTK ni..gnre die pn sma gak dgn novel len..bnci jd suka..playboy jd stia..common kn? tp sy brsyukurla awk still blh terima cnta ni..hehe..sy x mrah pn komen pjg2..tegur-menegur itu ssuatu perbuatan yg mmg dperlukn..bla ada yg slh kte tgur..dri stu kte tau mna klmahan kte..so don't worry k? Thank u so much on
Deletehaha..komen x hbs..thank u so much sbb tguran tu...salam syg gak.. <3 ^-^
Delete