Bab 42
LAMA
aku berteleku di atas sejadah. Sedar bahawa agak lama aku duduk bersimpuh di situ,
aku angkat punggung dan letakkan buku Yassin di atas meja bersebelahan katil
suamiku. Aku labuhkan tubuh pada kerusi di sisi katil dan tanganku mengambil
tangan suamiku yang masih kaku terbaring.
Sekali lagi mutiara
putih jatuh ke pipi sebaik wajahnya menyapa deria mataku. Sudah seminggu
suamiku tidak sedar dari koma. Aku menangis meratapi nasib yang menimpanya.
Begitu sukar bagiku menerima kenyataan bahawa suamiku kaku tidak sedar. Baru
sahaja kami mengecapi kebahagiaan yang kami idamkan seminggu yang lalu. Tetapi
sekarang, rumahtanggaku diduga sebegitu hebat. Orang yang aku cinta menghadapi
kemalangan dan akibatnya, Nick koma.
Pada awalnya memang
sukar bagiku untuk terima, tetapi atas sokongan keluargaku dan juga keluarga suamiku,
aku akhirnya redha akan ketentuan Ilahi. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian
yang berlaku ini. Di dalam setiap doaku, aku panjatkan rasa syukur kepada Allah
kerana mengurniakan seorang suami sebaik Nick dan aku juga memohon agar aku
mampu bersabar dengan segala takdir yang menimpa kami. Aku yakin dan percaya
akan Qada dan Qadar Allah. Sesungguhnya segala perancangan dari-Nya adalah yang
terbaik buat hamba-Nya walaupun sesuatu perkara itu perit bagi kita untuk
laluinya.
“Amy...Bangunlah...Erry
rindu sangat kat Amy...Sayang rindu sangat kat Amy. Amy bangunlah demi Erry.
Amy harus kuat. Amykan janji yang Amy takkan tinggalkan Erry. Erry perlukan Amy
sangat-sangat. Ya Allah berikanlah kekuatan buat suamiku, Ya Allah...”
“Sabarlah, Risya. Kau
kena tabah dengan semua dugaan yang Allah berikan kat kau,” Pantas aku
berpaling sebaik mendengar ada orang lain yang berada di dalam bilik ini.
Sebaik mata kami bertentang, jatuh lagi air mataku. Gerangan itu mendekatiku
dan menyuakan sebakul buah-buahan yang dibalut dengan plastik kemas. Aku seka
air mata yang kain berjuraian tanpa henti di pipi. Lalu, bakul tadi aku sambut
dan aku letak di meja.
“Iz, duduklah dulu. Aku
siapkan air untuk kau dulu,” Iz hanya mengangguk lemah dan menurut sahaja.
Langkahnya tidak ke sofa yang disediakan di bilik wad ini, tetapi bergerak
mendekati katil suamiku. Aku hanya memerhati sahaja gerak gerinya. Air nescafe
yang telah aku siapkan, dihidang kepada Iz.
“Minumlah, Iz. Nescafe
3 in 1 je.” Ujarku pada Iz. Iz menoleh dan tersenyum kecil, lantas kakinya
bergerak mendekati meja kecil yang berada di tengah sofa tadi. Dihirupnya
sedikit air tersebut dan diletaknya kembali di atas piring.
“Dah berapa lama dia
tak sedar?” Iz mengemukakan soalan pertama mengenai keadaan suamiku. Aku
mengeluh lemah.
“Dah seminggu jugalah
dia tak sedarkan diri. That accident cause him hit his head. Mungkin sebab
tulah dia koma sampai...sam..sampai...”Tergagap-gagap aku menyabung kataku.
Sukar untuk meneruskan perbualan ini. Sudahnya, hanya tangisan kembali bertamu.
Aku tidak mampu untuk bersuara lagi dan melayani perasaan sedih yang begitu
perit untuk aku telan. Dalam hati, aku memperbanyakkan istighfar dan aku berdoa
demi kesejahteraan suamiku.
Terdengar satu keluhan
daripada Iz. Dia serahkan tisu padaku dan aku capai tisu tersebut.
“Aku berdoa agar suami
kau cepat sedar dan sembuh. Lagipun, dia saudara aku jugak. Aku pun tak suka
tengok kau yang asyik menangis dari dulu.”
“Iz...Aku nikan memang
jenis perempuan yang kuat menangis. Kau pun tahu aku ni macam mana,” Dalam serius,
aku sempat juga mengingatinya tentang sikapku yang cengeng ini. Iz hanya
membalas dengan senyuman simpul. Dia tahu aku cuba untuk menghiburkan hatinya
dan juga hatiku sendiri.
“Aku datang ke sini
bukan setakat nak jumpa Nick, tapi...Aku nak datang ni sebab nak jumpa kau
jugak.”
Aku panggung kepala dan
melihat wajah Iz dalam. Dari nadanya kedengaran begitu serius sekali. Aku seka
air mata dan aku tunduk kembali tidak mahu memandang wajahnya lama.
“Ada hal apa kau nak
jumpa aku?”
“Aku nak ucapkan terima
kasih dekat kau atas pertolongan kau selama ini. Aku betul-betul hargainya,”
Ucapan Iz aku sambut dengan anggukan sahaja.
“Aku dengan Is...Kami
dah cuba berbaik-baik seperti dahulu. Dan...Is terima aku balik. Dia beri
peluang kedua untuk aku dan perhubungan kami. Emmm...Insya-Allah, minggu depan
kami akan ke umrah bersama.” Berita itu benar-benar buat hatiku sedikit lega. Syukurlah
hubungan mereka kembali pulih. Aku tumpang gembira dengan berita baik ini.
“Syukur alhamdulillah,
Iz. Kalau dah memang jodoh kau dengan Is, walau teruk mana sekalipun rumah
tangga korang dilanda badai, korang akan tetap bersatu juga.”
“Ya. Aku betul-betul
bersyukur atas kurniaan Allah kerana memberi peluang buat aku dan Is berbaik
semula. Seperti yang kau cakap kat dia hari tu, menghancurkan masjid yang sudah
berdiri dengan memperbaiki mana-mana kecacatan sesebuah masjid itu, adalah
lebih bagus kalau kita cuba menyelamatkannya, bukan?” Aku tersenyum mendengar
bait-bait kata yang pernah aku ungkapkan pada Is sebelum ini. Satu nasihat yang
ikhlas terbit dari hati buat Is agar memilih keputusan yang betul dan sekarang
tengoklah hasilnya.
Iz mengeluarkan sesuatu
dari saku seluarnya. Aku terpempan melihat barang yang berada di atas tapak
tangannya.
“Iz...Aku...”
“Aku pun tak tahu nak
beri kat siapa benda ni. Aku dah serahkan pada Is tapi Is pun tolak. Dia cakap
barang ni bukan milik dia dan sepatutnya jadi milik kau suatu ketika dahulu.”
Iz meletakkan barang tersebut di atas meja.
“Aku tahu sekarang
barang ni juga tak patut diserahkan pada kau, tetapi Is sendiri yang suruh aku
serahkan kembali kepada kau. Demi menghargai jasa kau, dia benarkan aku
serahkan cincin ini pada kau. Ikut suka hati kaulah nak buat apa dengan cincin
ini. Aku pun memang tak guna barang tu, jadi lebih baik aku kembalikan kepada
tuannya.”
“Tapi inikan cincin
pernikahan kita dulu dan aku pun dah bernikah dengan orang lain. Lagi elok kalau
kau pajak gadaikan saja cincin ini. Lagipun, ini duit kau Iz. Aku tak boleh
terima balik cincin ini.” Aku tolak kembali kotak baldu yang tersimpan cincin
pernikahan kami dahulu. Aku tak layak menerima barang itu.
“Terima sajalah cincin
ini, Risya. Is pun dah benarkannya. Dia tak kisah demi membalas jasa kau yang
dah bantu untuk lembutkan hati dia.”
“Kalau macam tu, aku
akan ambil cincin ini. Tapi, aku akan jual balik cincin ini dan duitnya nanti
aku akan serahkan kat tabung kebajikan rumah tok Idham. Boleh?”
“Macam yang aku cakap
tadi. Barang ni adalah hak kau dan suka hati kaulah nak buat apa dengan cincin
tu. Aku tak kisah. Kalau duit itu diserahkan kepada orang yang memerlukannya,
aku lagi berbesar hati. Bertamballah amal ibadah aku.” Luah Iz ikhlas. Aku akur
dan aku ambil kotak baldu tersebut dan aku simpan ke dalam tas tangan.
“Ermmm...Risya...Ada
satu benda lagi yang aku nak beritahu kat kau. Aku rasa lebih elok kalau kita
cakap kat luar.” Aku memandang Iz hairan. Hal apa yang mustahak sangat sampai aku
kena keluar dari sini. Aku berdiri sebaik Iz mengangkat punggung. Iz keluar
dari bilik wad dan aku masih kaku berdiri di kaki katil suamiku. Aku pandang
wajah Nick yang masih tenang diulit mimpi.
“Erry keluar sebentar
ya, Amy?” Aku soal dirinya ingin meminta izin. Lantas, aku tolak pintu bilik
dan mengejar jejak Iz.
TANGAN yang kaku terletak kemas di dada bergerak-gerak.
Lalu, mata yang tertutup rapat terbuka perlahan. Alat pernafasan yang menutupi
mulutnya dialihkan. Dia menurunkan kaki dari katil dan perlahan-lahan,
langkahnya mendekati daun pintu.
Tombol
pintu dipulas dan ditolak sedikit. Wajah gadis yang berdiri tidak jauh dari
situ dilihatnya tajam. Bola matanya yang berwarna biru berkalih pula pada wajah
lelaki yang berbual panjang bersama gadis itu. Kemudian, dia menarik kembali
daun pintu tadi dan dia memandang kosong pada serata bilik.
Akhirnya,
mata biru tersebut terhenti pada tas tangan yang terletak di atas meja kaca di
hadapan katilnya. Dia bergerak mendekati tas tangan tersebut dan dikeluarkan
kotak baldu berwarna merah. Sebentuk cincin emas putih disimpan elok di dalam
kotak baldu tersebut. Dia menutup kembali kotak baldu tersebut dan menyimpannya
ke dalam tas tangan. Perlahan-lahan, dia kembali baring di atas katil.
AKU memeluk tubuh dan menunggu Iz berkata
sesuatu. Wajahnya tampak resah sahaja. Aku jadi tak senang bila melihat
tingkahnya yang masih belum mahu membuka mulut.
“Apa
yang kau nak beritahu kat aku ni, Iz? Cakap jelah.”
“Bekas
kekasih Is...Dia merancang nak ganggu rumah tangga aku lagi. Aku tak tahu nak
buat macam mana.” Rupa-rupanya Iz cuba meluahkan perasaan gundahnya mengenai
masalah yang melanda rumah tangga mereka. Aku mengeluh lemah. Aku menggeleng.
“Iz...kalau
kau nak bincang pasal benda ini kat aku, aku rasa baik kau bincang baik-baik
dengan isteri kau. Bukan dengan aku. Aku...aku tak nak masuk campur dalam hal
korang lagi. Dah cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini. Sekarang aku nak
tumpukan perhatian aku dengan hal rumah tangga aku pula. Aku pun ada masalah,
Iz.” Ujarku dengan nada yang sedikit tinggi. Iz tergamam menerima balasan
sebegitu.
“Aku...aku
minta maaf, Iz. Aku tak patut naikkan suara dekat kau. I’m sorry.” Pintaku bila
rasa bersalah menyelubung hati.
“Its
okay. Aku yang tak pernah faham situasi kau. Mungkin sebab dah terbiasa
berkongsi masalah dengan kau kot.” Suara Iz kedengaran berjauh hati. Aku
semakin dihimpit perasaan kasihan padanya. Aku memicit kepala bagi
menghilangkan rasa stress yang aku hadapi. Masing-masing punya masalah sendiri
dan aku tak mampu untuk berhadapan dengan masalah lain lagi. Aku mahu tumpukan
sepenuh perhatian pada suamiku.
“Minta
maaf, Iz. Sekarang kita ada seseorang yang perlu kita fokus. Jadi, pasal hal
korang aku tak nak masuk campur dan aku harap kau boleh handle dengan baik. Kau
berdoalah depan Kaabah banyak-banyak agar rumah tangga korang sentiasa selamat
tanpa ada gangguan luar, ya?”
Iz
tersenyum kecil, seraya mengangguk. “Baiklah. Aku akan ikut nasihat aku. Aku
akan doakan kesejahteraan rumah tangga kau juga bila berada di sana. Terima
kasih, Risya. Kau memang kawan baik aku yang sejati. Terima kasih kerana hadir
dalam hidup aku. Kalau bukan kerana kau, aku mungkin takkan sedar betapa
berharganya Is dalam hidup aku. Sungguh, aku takkan lupakan jasa kau walaupun
aku dah banyak buat kau menderita.”
“Semua
tu adalah perancangan Allah. Tak kiralah kalau apa yang berlaku tu sakit dan
pedih sekali untuk kita telan, tapi ingatlah dalam setiap duka itu pasti akan
ada bahagia yang menanti.”
Iz
pamit dari hospital setelah kami berbual seketika di ruang legar hospital. Aku
masih duduk di kerusi berteleku di situ. Lamunanku melayang entah ke mana.
Tiba-tiba, aku terlihat beberapa jururawat dan juga seorang doktor yang berlari
anak bergegas menuju ke sebuah bilik. Aku tersedar akan sesuatu. Bilik yang
mereka tuju itu ialah bilik suamiku. Aku segera menuju ke bilik wad suamiku
semula.
Apabila
daun pintu bilik ditolak, kelihatan beberapa jururawat dan juga doktor tadi
sedang menahan tubuh suamiku yang meronta-ronta minta dilepas. Aku terpaku dan
sejurus itu air mata mengalir tanda aku bersyukur melihat suamiku sudah sedar.
Tetapi, apa yang dah jadi sebenarnya?
“Aku
nak baliklah! Apa korang ni? Lepaskan aku! Lepaskan!”Suara Nick lantang. Dia
cuba untuk melepaskan diri daripada dihalang oleh doktor tadi dan aku segera
mendekati mereka.
“Doktor,
apa dah jadi ini?” Aku berkalih memandang wajah Nick yang memandang aneh
padaku. Kata-katanya tadi tiba-tiba berhenti saat aku muncul di depannya.
Doktor tadi melepaskan lengan Nick. Aku yang sudah kerisauan mengambil tempat
doktor tadi dan aku pegang lengannya.
Tatkala
lengannya berada dalam tanganku, Nick menepis tanganku. Aku terkedu dengan
reaksinya. Apabila mempunyai peluang, Nick menolak tubuhku ke tepi ingin
melarikan diri. Aku jadi terpana dengan tingkahnya. Namun, tubuhnya sekali lagi
dihalang oleh doktor tadi dan salah seorang daripada jururawat di situ
mengambil peluang tersebut dan mencucuk lengan Nick dengan jarum peniti di
tangan. Aku jadi diam seribu.
“Tadi,
saya mendapat panggilan kecemasan dari bilik ni. Apabila sampai ke bilik,
kelihatan pesakit cuba untuk melarikan diri. Saya pun keliru juga dengan
situasi tadi. Hairan pula apabila tiada sesiapapun yang berada di dalam bilik
ini selain pesakit itu sendiri. Jadi, saya sangka mungkin dia tertekan butang
kecemasan ini. Dan apabila kami tiba di sini pada masanya, kelihatan bilik
sudah bersepah sebegini.” Barulah aku perasan keadaan sekeliling bilik wad
tersebut. Aku kembali menatap wajah Nick yang sudah terbaring lena di atas
katil. Tanpa rasa malu, aku mengalirkan air mata di depan doktor tersebut.
“Tak
apalah, doktor. Biar saya kemaskan ini semua. Mungkin suami saya terkejut kot.”
Tebakku.
“Buat
masa ini, kami akan perhatikan dia dan kalau Puan ada apa-apa masalah, panggil
kami,ya?” Pesan doktor tadi dan berlalu pergi bersama jururawat-jururawat tadi.
Aku
duduk di kerusi di sisi katil Nick setelah semua barang yang bersepah tadi
dikemaskan. Bila memikirkan kembali kejadian tadi, aku jadi bingung. Kenapa saat
Nick melihat wajahku, Nick sanggup menolakku sebegitu? Gaya Nick memandangku
seolah-olah dia melihat aku ni macam orang asing. Aku mula membayangkan perkara
buruk yang bakal berlaku nanti. Adakah kemungkinan ‘itu’ benar-benar terjadi
pada Nick? Ya Allah...Janganlah Kau apa-apakan suamiku. Aku tak sanggup
kehilangan dia. Aku tak mahu terjadi apa-apa pada suamiku.
“Jangan
cakap macam tu lagi. Amy tak suka sayang cakap benda pelik-pelik macam tu.
Sayang taukan, nyawa sayang ni dah macam nyawa Amy sendiri. Amy akan jaga
sayang macam Amy jaga diri Amy sendiri. Jangan pernah cakap pasal benda macam
tu lagi. Kalau boleh, Amy tak nak jadi apa-apa kat sayang. Kalau Amy perlu
ganti nyawa Amy sendiri demi menyelamatkan sayang, Amy sanggup buat macam tu.”
Kata-kata
itu masih kedengaran segar di ingatanku. Sekarang, Nick yang terkena musibah.
Kalau dia sanggup menggantikan nyawanya andai ingin menyelamatkan diriku, jadi
tak salah kalau aku pula yang mengotakan janji itu.
“Walau
apapun yang terjadi, Erry takkan pernah tinggalkan Amy. Erry janji!”
KAK HASNAH merenung wajahku dalam. Aku
tahu apa yang difikirkan oleh minah seorang ni. Pasti dia risaukan aku.
“Kak
Hasnah, tak payahlah tenung Risya macam tu sekali. Risya okeylah.”
“Mana
tak risau tengok wajah Risya murung macam tu. Akak dengar berita daripada Haris
pasal semalam. Nick mengamuk sebaik sedar dari koma kan? Masa tu Risya kat
mana?” Aku terdiam bila mendengar soalan yang dikemukakan oleh kak Hasnah. Pada
waktu kejadian, aku bertemu dengan Iz di ruang legar. Jadi, patutkah aku
memberitahunya pasal pertemuan itu?
“Ma..masa
tu Risya keluar wad. Risya jumpa kawan sekejap.”
“Kawan?
Kawan Risya? Setahu akak kawan Risya tu, kalau bukan termasuk akak, Irah dan
yang lain-lain.”
“Alah,
kak...Kawan sepejabat kitalah. Dia nak jenguk Nick sekejap. Tu yang keluar
berborak dengan dia.”
“Siapa?
Hadi? Eman? Said?” Kak Hasnah meneka gerangan yang datang menemuiku semalam.
Aku jadi serba salah dan lambat-lambat aku menjawab pertanyaannya.
“Iz...”
Aku mengalih pandang tidak mahu melihat reaksi kak Hasnah. Pasti sahaja dia
terkejut beruk bila nama itu yang aku sebut. Sangkaku pasti kak Hasnah akan
membebel dan memarahiku, tetapi terjadi di sebaliknya. Kak Hasnah hanya
memandang kosong padaku dan tidak bersuara pun.
“Kenapa
akak diam je?”
“Habis,
Risya nak akak buat apa? Marah? Membebel? Melenting? Risya...Risya pun dah
besar panjang. Tahu apa hukumnya berjumpa dengan lelaki lain selain suami. Akak
tak dapat nak nasihat lebih-lebih, sebab akak sendiri belum ada suami. Jadi,
akak diamkan ajelah. Akak tahu yang Risya boleh fikir mana satu yang terbaik
untuk Risya.”
“Tapi,
Iz yang datang ke hospital nak jumpa Nick dan Risya. Tak salahkan?” Celahku
tidak mahu dipersalahkan seratus peratus.
“Memang
tak salah, Risya. Nak jumpa tu boleh, tetapi perlu ke sampai kena keluar dari
bilik? Ada hal apa sampai kena tinggalkan suami Risya? Sampai mengamuk boss tu
dibuatnya?” Aku diam sahaja. Malas mahu bertekak dengan kak Hasnah. Kalau aku
beritahu pun, pasti sahaja ada ‘tembakan’ yang mengenaku. Tambahan pula, aku
tidak mahu masalah rumah tangga Iz diketahui oleh kak Hasnah. Membuka aib orang
tukan tak baik?
Telefon
bimbit kak Hasnah berlagu nyaring. Perbualan kami berhenti setakat itu. Aku
membiarkan kak Hasnah menjawab panggilan dan mataku berkalih memandang
sekeliling.
“Ya
ke? Okey...Nanti saya beritahu dia. Yes! Shes with me now,” Apabila
perbualannya ada menyebut namaku, mataku kembali memandang kak Hasnah. Aku
menunggu saat kak Hasnah menghentikan panggilan telefon. Mata kak Hasnah juga
memandang tepat padaku.
Sejurus
kak Hasnah meletakkan telefon, kak Hasnah pantas mencelah sebelum sempat aku
bertanya.
“Your
husband is awake!” Bila mendapat berita itu, aku segera beredar dari kafeteria
dan berlari anak menuju ke bilik wad suamiku.
Daun
pintu aku buka dengan pantas. Kelihatan ahli keluarga Nick sudah berada di
situ. Wajah Nick tampak gembira melihat ahli-ahli keluarganya di situ. Nick
memeluk tubuh Tok Idham dan memujuk Tok Idham yang tengah berendam dengan air
mata. Pasti sahaja dia risau akan keadaan Nick. Apabila mengetahui berita
tentang Nick kemalangan, Tok Idhamlah yang berada di hospital terlebih dahulu.
Diikuti oleh bapa mertuaku dan juga abang ipar dan kakak iparku. Tidak
ketinggalan juga abang bapa mertuaku iaitu pak Long turut berada di hospital
menemani mereka.
Air
mataku tak mampu ditahan lagi. Lantas aku datang mendekati katil suamiku.
Apabila tok Idham sedar akan kehadiranku di situ, tok Idham memberi ruang
kepadaku untuk mendekati suamiku.
“Amy...Amy
dah sedar rupa-rupanya. Erry rindu sangat kat Amy...Erry...”
“Siapa
Amy?” Aku baru sahaja ingin memeluk tubuh tegap Nick sehinggalah pertanyaan itu
terkeluar dari mulutnya. Aku kaget. Sememangnya, aku terpana dengan
pertanyaannya itu. Takkan dia tidak tahu siapa Amy?
“Nama
kau Erry ke?” Di saat itu, aku rasa jantungku dah nak jatuh bila mendengar
panggilan dari mulutnya. Kau?
“Eh?
Kau ni siapa ek? Oh! Kaulah yang datang semalamkan? Tok...Dia ni siapa ya? Nick
rasa menyampahlah tengok muka dia ni. Eh...Pleaselah...Orang asing macam kau
boleh tak jangan datang menyemak kat sini?” Bagaikan tersayat hati ini bila
kata-katanya itu ditujukan kepadaku, isterinya sendiri. Adakah dia sudah lupa
siapa aku?
“Nick!
Apa yang Nick cakap ni? Nick tahu tak yang dia ni siapa?” Soal papa yang sedari
tadi hanya berdiam sahaja. Aku kalih memandang wajah yang lain. Nampaknya ramai
yang terkejut dengan kata-kata Nick tadi.
“Sebab
tulah Nick tanya, pa. Dia ni siapa? Apa dia buat kat sini?”
“Nick!
Kau...kau ingat tak apa yang terjadi sebelum ini?” Tiba-tiba, kak Iyan
menyampuk.
“Apa
yang terjadi? Hal apa?”
“Kau
tahu tak yang aku ni sebenarnya dah jadi kakak ipar kau?”
“Hah?
Bila pulak? Sebab tulah kau ada kat Malaysia ni ya?” Giliran kak Iyan pula yang
terkedu mendengar jawapan daripada Nick.
“Kau
tak kenal dengan isteri kau sendiri?” Soal abang Emir pula.
“Isteri?
Siapa isteri aku? Minah ni ke?”
“Nick!”
Tegur papa apabila berasa panggilan tersebut tak sepatutnya ditujukan kepadaku.
Aku terasa hati apabila Nick memanggilku dengan panggilan tersebut.
Tiba-tiba,
tanganku ditarik seseorang dari belakang. Kak Emilda membawaku keluar dari
bilik. Air mataku mula menghujani pipi. Dari tadi aku berdiam tidak mampu
bersuara. Kak Emilda yang dari tadi memerhati tingkahku akhirnya berasa simpati
dengan takdir yang menimpaku. Tubuhku ditariknya dalam dakapan.
“Risya
bersabar ya? Biar kami tanya doktor terlebih dahulu. Buat masa ni, Risya
janganlah jumpa dia.”
“Apa
sebenarnya berlaku kak? Kenapa Nick tak kenal siapa Risya ni? Kenapa Nick tak
ingat Risya? Risya ni isteri dia kak...” Rintihku di bahu kak Emilda. Air mata
menitik lagi.
Kak
Hasnah turut sama keluar dari bilik. Dia juga kelihatan begitu sedih. Lantas,
tubuhku dipeluknya sebaik kak Emilda melepaskanku.
“Risya
bersabar dulu sehingga kami conformkan perkara sebenar, ya? Risya banyak-banyak
berdoa ya?” Saran kak Emilda lagi. Aku hanya menangis di bahu kak Hasnah.
Ya
Allah...Apa sebenarnya yang berlaku ni? Begitu berat dugaan yang perlu aku
tempuh hinggakan suami sendiri tak kenal siapa diriku buatnya? Ya Allah...aku
mohon agar semua ini hanyalah satu mimpi ngeri buatku. Tolonglah kejutkan aku
dari mimpi ngeri ini. Ya Allah...
seriously, asyik dugaan je memanjang....huh
ReplyDeleteanyway, thanks writer 4 dnew n3.
Hehehe...Jgn rsau..nilah dugaan yg last diorg llui..CYTK pn da nk hbs da..huhu...Welcome..and thanx sbb stia mmbca CYTK.. :)
Deleterasenyer mcm nick tu pura2 jer.. ntahler.. mybe, nk bls ape yg risya buat kat dia kot.. sape yg xhangin bile bgun dr koma, tgok2 bini dgn ex bf.. dhlar sebelum xcident, ade konflik skit.. menambah kn bala si risya nie.. itu firasat saye jer..
ReplyDeleteHahaha...Mungkin jgk...Mmg korg gram gle ng skap si Risya nikn? hehehe..Apa2pn..tggu ye bab last CYTK..dn lps tu..Sy akn hntikn CYTK utk siapkn mnskrip pnuh die.. :)
Deletenape lh nick nk duga risya cam tu!akak rase nick berlakon jer tu.bab mase risya borak kat luar ngan iz,nick dh sedar n ngintai kat celah pintu!nick salah tafsir atas perlakuan mereka....mungkin nick ingat risya terima iz bab cincin mereka ade dlm beg risya..oh my jgn lh sampai nick nk bawak diri lak...cian nyer kat risya asyik diduga jer....
ReplyDeleteDont worry..Nila last dugaan yg diorg kna llui..Sbb CYTK x lma lg da nk hbs...huhu...apa2pn thanx sbb stia mnnti.. ^-^
DeletePadan muka. Jumpa lagi Iz. Saja cari penyakit. Redha suami adalah Redha Allah.
ReplyDeleteHahaha..tp mslah nya..Iz yg jmpa die..haha...
DeleteRisya ni dah tahu Izz tu ex.. masih lagi ingin bersama Iz
ReplyDeleteHusband sendiri ditinggalkan krn nak menyelesaikan masalah
org. yg. x ada kena mengena..
Suami mana yang tak marah, & membuat anggapan bukan2
kerana Risya yg rela begitu...
Sudah2lah dgn. Iz & Is; concentrate dgn. Nick..
Cik penulis, konflik asyik berpanjangan
bakal menghilangkan kemanisan cerita
Hahaha...Iz tu x pnah jd kkasih die..Risya yg brtpuk sblh tngn..Mmg sy nk bwat org gram gler kt heroin cter ni..Tp apa2pn...jgn rsau...nila last knflik yg diorg kna hdpi sbb CYTK da nk hbs da..huhu..sdh kn?
Deletebest sngat2... smbng lgi
ReplyDeletemoga2 bahagia lah lepa..
writer nvl ni hbis dkt blog ka?
Hehe..Thank u..Nvel ni mgkin akn dhntikn bg mnyiapkn mnuskrip pnuh die sblm dhntr kt pblisher...So..mgkin bab 1 lg akn jd bab yg last utk dpaparkn kt blog..huhu...
DeleteNick tak patut buat Risya macam tu....
ReplyDeleteKesian dekat Risya....π_π
Huhu...tula..agk2 apa yg trjd lps ni ek? hehe..
Deletehehehhe.. mesti Nick tu sje je buat2 x ingat sbb die sakit ati..... tgok la karang risya da x layan die bru trgedik2 nick nk blek.... (sory kak fyka tremo hehehhe) best kak fyka... thanks :D
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
Haha...xpe2..smngat CYTK tu nmanya..ngee...thanks dear.. :)
Deletetakde sambungan ker cerita ni? leh tak sambungkan? syok pulak nak tau kesudahan cerita ni...xsabar nyer...harap cik fyka dpt upload lagi episod2 smpai penghujung...timakasih...^^
ReplyDeleteUwaaa...trma ksh sgt2 sbb sudi bca CYTK..Ada smbngannya tp..mgkin tu la yg last..sbb lps ni sy akn tmpukn prhatian utk siapkn mnuskrip spnuhnya... :)
Delete