Sunday, September 2, 2012
PC pendek versi raya part 2
PC Versi Raya Part 2...
Ke hulu ke hilir dia memegang beberapa sampul di tangannya. Bermacam-macam warna pula tu. Matanya melilau mencari seseorang. Tatkala matanya bertembung pada sesusuk tubuh yang dicarinya, laju saja kakinya melangkah.
"Daddy! Tengok-tengok...Mizan dapat banyak duit raya." Mizan unjuk pada Saifullizan. Saifullizan membongkok dan mengambil sampul duit raya dari tangan anak kesayangannya itu.
"Wah! Banyaknya Mizan dapat. Meh, daddy kira untuk Mizan." Mizan menyerahkan sampul duit raya kepada daddynya. Saifullizan mengambil satu sampul duit raya, dikuaknya sedikit sampul tersebut ingin melihat isinya.
'Aik? Apasal tak ada duit raya pun? Mana pergi duit raya ni?' Detik Saifullizan. Tak berpuas hati dengan isi di dalam sampul tersebut, dia membelek pula isi di dalam sampul yang lain.
'Aik? Mizan ni biar betul? Tak ada isi pun? Mana duitnya? Ke orang tipu anak aku ni?' Fikirnya. Masih tak berpuas hati, Saifullizan siap goncangkan sampul duit raya tersebut.
"Amboi! Daddynya...Lebih dari anak nampak? Apa yang abang goncang-goncangkan tu? Duit raya? Hah! Abang nak curi duit raya dari anak kita ya?" Tegur gadis di belakang. Karmiza sudah bercekak pinggang melihat perbuatan suaminya itu tak ubah macam kanak-kanak kecil yang seumur dengan anaknya Mizan.
Saifullizan tersengih macam kambing gurun. Malu bila perbuatannya terkantoi dengan isteri sendiri. Memang macam budak-budak betul!
"Ada pula tuduh abang macam tu. Mana ada. Abang tengah belek duit raya Mizan ni. Orang beri isi kosong kat anak kita, cup cake. Cuba tengok ni." Saifullizan unjukkan pula sampul duit raya pada Karmiza. Karmiza menolak tangan suaminya.
"Abang..pasal duit raya ni, tak perlulah kita nak berkira sangat. Orang beri duit raya kena ikhlas. Kalaupun sampul tu kosong, abang nak buat apa? Nak marah kat orang yang beri isi kosong kat Mizan, gitu?"
"Aish! Yalah. Takkan beri sampul je kot?" Seloroh Saifullizan. Karmiza terjegil mendengar kata suaminya. Saifullizan sudah tergelak kecil melihat mata bundar isterinya. Comel!
"Cup cake ni...Takkanlah abang nak marah kat diorang macam tu sekali. Cuma peliklah...asal Mizan dapat sampul kosong tak berisi? Ke duit anak kita da kena curi dengan budak kampung ni?"
"Abang...Kalau abang nak tahu anak abang tu suka kumpul sampul duit raya. Duit raya dia da memang kena kebas. Kena kebas dengan mama dia. Hahahahaha..." Karmiza tergelak sakan mengenakan suaminya. Mana tidaknya, setiap kali Mizan mendapat duit raya, Karmiza terlebih dahulu menyimpannya. Takut duit raya tu hilang pula. Bila diberi sampul duit raya kosong, Mizan sudah tersenyum lebar. Tak kisahlah pada isinya, Mizan memang gemar melihat sampul duit raya yang beraneka warna dan corak. Karmiza memang tahu sikap anaknya yang gemar melihat sampul duit raya itu semenjak dulu agi.
"Oh..Cup cakelah yang curi duit anak daddy ni? Bak sini duit tu. Pandai-pandainya kebas duit anak sendiri." Saifullizan mengejar Karmiza yang sudah melangkah jauh ingin melarikan diri daripada suaminya.
"Hah! Gotcha!" Karmiza terjerit kecil apabila tubuh kecilnya ditarik dan dibawa oleh suaminya. Karmiza cuba untuk melepaskan diri namun tidak mampu apabila Saifullizan sudah terlebih dahulu mencepungnya.
Mizan yang melihat kerenah kedua mama dan daddynya sudah bersorak sakan.
"Abang! Malulah kalau budak-budak tengok."
"Alah..Mizakan baby abang. Tak kisahlah dia orang tengok ke tak."
"Abang! Malulah..." Rengek Karmiza manja. Tangannya menampar lembut dada bidang suaminya yang berbaju Melayu Hijau. Mereka sekeluarga berbaju sedondon. Sangat comel gitu.
Saifullizan meletakkan tubuh Karmiza ke bawah. Karmiza menjeling manja. Apabila kakinya ingin mengorak langkah, Saifullizan sekali lagi menarik lengannya. Tubuh Karmiza terdorong ke belakang dan..
Cup!
Saifullizan menghadiahkan sebuah ciuman di pipinya. Tiba-tiba, tangan Saifullizan yang disorok di belakang mengeluarkan seutas rantai emas putih berloketkan bentuk cup cake.
"Selamat Hari Raya and happy Anniversary cup cake. Hari ini sangat special sekali..sebab kita sambut hari raya merdeka, hari anniversary kita dan juga hari jadi cup cake. Anak merdeka rupa-rupanya cup cake nikan?" Ujar Saifullizan dan tangannya sudah memasangkan rantai tersebut di leher Karmiza. Karmiza terdiam seribu. Lebih kepada terharu sebenarnya. Tidak menyangka yang suaminya tahu bia hari jadinya. Ya! Dia memang anak merdeka. Dilahirkan pada hari kemerdekaan dan seterusnya hari anniversary mereka pula pada masa yang sama. Karmiza benar-benar rasa terharu. Sangat!
"Terima kasih abang. Hadiah ni sangat bermakna buat Miza. Sangat-sangat. Buat pertama kalinya kita bersama dan meraikan hari raya selepas 4 tahun berpisah. Terima kasih abang. Miza sayangkan abang. Sangat-sangat."
"Abang pun sangat sayang dan cintakan Miza. Abang betul-betul bertuah dapat Miza dan Mizan. Abang takkan pernah sia-siakan Miza lagi. Abang nak kita hidup bahagia seperti ni sampai ke akhir hayat kita." Ucapnya lembut penuh romantis. Ditariknya tubuh Karmiza dan dipeluknya erat. Karmiza juga membalas pelukan suaminya. Tiada pula rasa malunya berbuat demikian di depan kanak-kanak di halaman kampung itu.
"Insya-Allah, bang. Kita minta pada Allah semoga kita akan kekal bahagia sebegini hingga ke akhirnya bersama Mizan dan bakal-bakal adik Mizan nanti." Karmiza tersenyum lebar. Bahagia berada di pangkuan suami tercinta.
"Amin..." Saifullizan mengaminkan doa isterinya itu. :)
Last part Raya PC... Tggu kmnculan PC full bab nnti ya? Ni utk Pngubat rndu..Hehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
So sweet and so romantic.....
ReplyDeleteThanx.. :)
DeleteOwh...So Sweet...#^_^
ReplyDeleteHehehe..Thanks.. :)
Deletetyp0 *bila f0r bia
ReplyDeletekesalahan penggunaan tanda seru kt cni...s0rry fyka,juz bgtaw..any way
"Wah, banyaknya Mizan dapat!."
"Ya, dia memang anak merdeka!."
anyway miza,epul n mizan tersangat sweet n x suka part sampul n duit raya,gud j0b dear,keep it up..aja2 fighting =)
Thanks tgur...hehe...mmg plu dprbaiki pn...huhu...
Deletex ska part smpul? huhu...
eahhhhhhhhhhhh???..huhuh s0rry fyka,typ0 la..nk taip suka p tkn x..adess..s0rry ye sayang...s0 sorry k,nia luv dat part ^_*
DeleteHehehe...sje je...Kikikiki...^_-
DeleteKte tau Nia ska part tu..hehe...
kak Fyka, nak yg full..bile boleh baca ? terubat rindu sikit kat miza ngan mizan..kat epul tak rindu..:D
ReplyDeleteArifuka...yg full pnya msh blm wat sbb tllu bz ng kje praktikal..klu ada msa mmg akak wat..huhu.. T.T
Delete