PC pencek Versi Raya part 1
PC pendek versi Raya.
Terketar-ketar tangannya saat menyabut barang yang diberi oleh gerangan
di depannya. Mahu berpeluh-peluh dahi mengambil barang tersebut.
"Cup cake...Yang acting over sangat ni kenapa?" Tegur Saifullizan yang
hairan melihat wajah Karmiza yang nampak sedikit pucat. Lantas, wajah
yang tampak penuh drama itu berubah muncung.
"Abang ni orang nak
berlakon pun tak boleh. Ingat senang ke nak kemas rumah ni? Semua abang
punya pasallah. Kalau tak main dengan tepung hari tu, rumah kita takkan
macam tongkang pecah. Sekarang, Miza penatlah. Abang tolonglah ganti
Miza bersihkan rumah ek?" Tangan yang menyambut pembersih bulu ayam itu
kembali menolak dan diserahkan pada Saifullizan.Terjegil mata
Saifullizan melihat Karmiza yang berlakon penat di depannya.
"Cup
cake...Dari tadi abang bersih, mengelap, menyapu, mengemop...siap catkan
rumah lagi. Miza baru bersihkan dapur. Abang bersih ruang tamu depan,
tengah,tandas..Miza baru satu. Tu pun dah penat?"
"Alaaah...Abang
tolonglah Miza ek? Penatlah..Kan tenaga lelaki ni lebih kuat berbanding
perempuan?" Karmiza merengek dan cuba memujuk suaminya itu. Siap
dibulatkan lagi mata agar suaminya cair melihat matanya yang sedia bulat
itu. Nak buat-buat comel biar suami tergodalah tu.
"Hah? Tak payah
nak buat-buat comel. Miza kena bersihkan juga. Bersihkan kipas je pun.
Yang lain abang dah siapkan. Tu je yang tinggal. Nak tunggu pagi esok,
esok dah nak raya. Malam nanti? Miza dah terbungkang macam ular sawa.
Nak harapkan Mizan, Mizan pun dua kali lima macam mamanya. So, tak
boleh. Dah-dah..cepat buar. Sekejap je pun. Lepas bersihkan debu, lap
dengan kain basah ni. Cepat-cepat." Karmiza menarik muka apabila
mendengar arahan suaminya itu.
"Fine!" Diturutkan juga kata suaminya. Maklumlah, sayang suamikan?
Setelah berbuka, ternyata betul apa yang dikatakan oleh Saifullizan.
Lepas solat Karmiza terus tertidur di sofa. Saifullizan hanya menggeleng
melihat kerenah isterinya itu.
"Daddy..mama dah tidur ke? Mizan
baru nak ajak mama main bunga api." Ucap si kecil dengan wajahnya yang
berubah sedih. Saifullizan tersenyum.
"Tak apa. Mizan main dengan
daddy jelah. Tapi sebelum tu, daddy nak bawa mama masuk ke dalam bilik
dulu. Tak senonoh betul tidur kat ruang tamu." Mata Saifullizan menyapa
wajah Karmiza yang sudah kepenatan. Lalu, dicepungnya tubuh kecil
Karmiza dan dibawanya ke dalam bilik tidur mereka. Diletaknya penuh
berjaga-jaga tubuh Karmiza tidak mahu mengganggu tidur isterinya.
"Jom...kita main bunga api kat luar."
Rasa sejuk mula mencengkam tulang. Karmiza terbangun dari tidur. Dia memisat-misat matanya dan memandang sekeliling.
'Hmm...Mesti abang yang bawak aku ke dalam bilik.'
Kakinya melangkah keluar dari bilik. Tercari-cari kelibat kedua beranak
itu di ruang tamu. Tiada. Karmiza menggaru kepala yang tidak gatal.
Mana pula dua orang tu? Detik hatinya. Jeritan dari luar menggamit
perhatiannya. Dia menolak sedikit langsir rumah dan dilihatnya wajah
girang si kecil bermain bersama daddynya.Begitu seronok dua beranak itu
bermain bunga api. Dapat dirasakan perasaan bahagia melihat kedua-dua
insan tersebut.
"Moga hari raya kali ini lebih meriah berbanding
sebelumnya." Itu pintanya dalam hati. Menyambut hari raya bersama anak
susuan dan juga suami tercinta adalah sesuatu yang diidamnya selama ini.
Hubungan antara Saifullizan dan Mizan, walau tiada pertalian darah
sekali pun mereka tetap seperti anak-beranak. Menggebu rasa sayangnya
pada mereka. Sempat lagi dia mendoakan agar kebahagiaan mereka bertiga
akan kekal selamanya. Amin. Selamat Hari Raya semua.. :D Tunggu versi
pendek PC raya part 2 pula ya? ^-^
Best...#^_^
ReplyDeleteSelamat Hari Raya!!!
Hehe..slmat hr rya.. :D
Delete