Sunday, August 5, 2012

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 37


Bab 37
       Dia memeluk tubuh sambil membiarkan tubuhnya ditampar angin malam. Terasa begitu nyaman sekali tubuhnya dimanjakan sebegitu. Perlahan-lahan terasa ada tangan yang memeluk dari belakang dengan kemas. Bibirnya tersenyum lebar. Lalu dia berpaling ingin membalas pelukan kembali.
            “Abang fikir apa?” Soal Iyan pada suaminya yang asyik termenung di veranda rumah. Pelik melihat sikap Emir yang sedari tadi hanya senyap sahaja. Terpanggil hatinya ingin menyelami fikiran suaminya.
            “Abang fikir pasal Nick,” Jawab Emir sepatah. Dia baru sahaja selesai berborak dengan adik kembarnya di telefon. Akhirnya segala yang dipendamnya selama ini telah pun diluahnya. Permintaannya supaya Risya memberi ruang untuk Nick dan juga dirinya agar kedua-duanya dapat memikirkan apa yang terbaik demi masa depan mereka. Tanpa dia sangka, permintaannya itu membuatkan kedua-dua hati merana. Ya! Semua itu salahnya. Dia benar-benar rasa bersalah apabila mengingatkan kembali sikapnya yang overprotective pada adiknya menyebabkan adiknya kecewa sehingga membawa hati yang parah ke Sabah.
            Janji Allah, sudah ditetapkan bahawa kedua-dua pasangan tersebut bertemu semula dan ini membuktikan tiada siapa yang menghalang pertemuan mereka sekiranya sudah tertulis di lofmafuz lagi jodoh ada di antara mereka.
            Emir menutup mata bagai menghilangkan rasa resah di hati. Iyan jadi kaget. Lantas diusapnya pipi suaminya dan ditariknya mendekati wajahnya. Matanya merenung wajah yang punya masalah itu. Lalu, mata Emir kembali terbuka dan dia membalas pandangan isterinya. Terasa begitu tenang hatinya dengan hanya melihat anak mata hazel milik isterinya.
            “What’s wrong with Nick? Is there something that you want to share with me, my dear?” Soal Iyan lembut. Bibirnya menayangkan senyuman manis untuk Emir. Dia tahu, suaminya tengah memendam rasa.
            Emir menarik nafas panjang dan dihembusnya lemah. Dieratkan lagi pelukan di pinggang isterinya. “Abang dah buat salah kat Nick dan Risya. I thought that I did the best for both of them. But then, it end up making it become worst!” Iyan mengerutkan dahi tanda tidak memahami penjelasan suaminya.
            “Sebenarnya, abang yang minta Risya untuk tinggalkan Nick tanpa beritahu ke mana Risya pergi. Abang yang nak mereka berpisah buat sementara waktu. Bagi memberi ruang buat mereka berdua untuk memikirkan semula hubungan yang belum tentu ada kepastiannya itu.”
            “Abang, kenapa perlu abang masuk campur hal mereka berdua?” Soal Iyan tidak berpuas hati dengan tindakan Emir itu. Perlahan-lahan tangan yang memeluk kemas tubuh suaminya dilepaskan. Emir perasan pasti Iyan juga marah dengan tindakannya itu.
            “Abang tahu abang salah. Abang macam pentingkan diri sendiri. Abang terlalu sayangkan Nick. Abang tak sanggup tengok dia menderita. Jadi, abang ingat dengan cara ini, Nick dapat tenangkan diri dan cuba lepaskan diri daripada memikirkan keadaan Risya. Sementelah masa tu, kedua-duanya sakit. Tak berupaya untuk menjaga antara satu sama lain.”
            “Tapi itu hak mereka, bang. You can’t make you own decision for them. It is their right to make one.”
            “I know sweety. Dan abang betul-betul menyesal dengan perbuatan abang. Sikap abang yang overprotective menyebabkan kedua-duanya kecewa. Abang benar-benar menyesal. Sebab tulah abang tak nak simpankan lagi rahsia ni. Abang berterus-terang kat Nick tentang apa yang sebenarnya berlaku. Malah, abang pun dah beritahu kat Nick tentang persetujuan Risya akan permintaan abang ni. Dia sendiri pun tak yakin kalau Nick boleh terima dia dengan keadaannya yang patah kaki tu.”
            Iyan mendengar penjelasan suaminya dan memikirkan baik buruk tindakan suaminya itu. Perlahan-lahan, dia menarik tangan suaminya. Diusapnya lembut tangan kasar itu dan digenggamnya kemas.
            “Tak salah kalau seorang abang mengambil berat tentang adiknya. Lebih-lebih lagi adik kembar seiras. Iyan tahu, abang betul-betul risaukan Nick. Tapi, abang kena ingat juga. Umur abang dengan dia tak ada bezanya.Cuma lambat beberapa minit sahaja. Iyan tahu abang jadi begitu protective sebab arwah mamakan?” Emir tergamam mendengar kata-kata isterinya itu. Lambat-lambat dia mengangguk lemah.
            “Semenjak arwah mama meninggal, abang selalu cerita kat Iyan yang Nick bagai hilang arah. Abang risaukan Nick dan abanglah menjadi pengganti mama semenjak itu. Kalau nak harapkan papa, masa tu papalah lelaki yang paling sibuk di dunia sehingga terpaksa membiarkan anak-anaknya berdikari sendiri. Disebabkan tulah abang menjadi pelindung Nick. Abang dah menggalas tugas mama itu sendiri. That’s why you act like that.”
            “I guest apa yang abang buat ni salah bukan?” Soal Emir teragak-agak.
            “No, abang. It just that, abang dah terbawa-bawa dengan sikap terlalu melindungi adik abang sehingga sanggup memisahkan kedua-dua hati itu. Abang...Tak ada manusia yang sempurna di muka bumi ini melainkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha Agung. Jadi, kalau abang dah tahu kesalahan abang, abang dah sedar akan kesilapan abang. Abang carilah penyelesaian bagi menyelamatkan hubungan mereka berdua tu.” Nasihat Iyan ikhlas. Terasa begitu bertuahnya Emir mendapat isteri seperti Iyan yang begitu memahami dirinya. Pendekatan isterinya itu benar-benar membuat dia sedar akan kesilapan dirinya. Begitu tenang sekali isterinya menerima kesalahan yang dilakukannya dan senang sahaja gadis itu memaafkan dirinya. Makin bertambah mekar cintanya pada si isteri. Lantas, ditariknya tubuh kecil itu ke dalam dakapan yang erat.
            “Setiap kali abang luahkan masalah abang pada Iyan, abang rasa tenang sangat. Terima kasih sayang. Abang cintakan Iyan. Sangat cintakan, Iyan. Walaupun ada masalah yang Iyan tak dapat selesaikan untuk abang, tapi sedikit sebanyak nasihat Iyan benar-benar membantu abang. Thank you, my love.” Ucapnya penuh makna. Iyan tersenyum bangga. Dibalasnya juga pelukan suaminya langsung tidak mahu lepas.
            “No problem abang. Lagipun, inikan tugas seorang isteri? Meringankan masalah suami. Menyenangkan perasaan suami. Nescaya segala tidakan isteri itu diberkati oleh Allah. Betul tak, bang?” Tercuit hati Emir mendengar kata-kata isterinya. Dia mengangguk laju. Lama mereka berdakapan. Tidak lama selepas itu pelukan yang kemas dileraikan. Mereka mendongak memandang langit yang cerah ditemani bulan purnama.
            “So, abang dah tahu ke macam mana nak bantu Nick berbaik semula dengan Risya?” Soal Iyan tidak lama selepas itu. Tangannya masih tak lepas dari memaut tangan suaminya.
            “Actually, abang beritahu perkara ini sebaik sahaja abang dapat satu berita daripada Nick.”
            “Berita apa, abang?”
            “She found her true love. Risya ada kat Sabah.” Sememangnya kenyataan itu benar-benar mengejutkan Iyan. Mata Iyan membulat tidak percaya.
            “Are you serious, bang? Risya kejar Nick sampai ke Sabah ke?”
            “Nop! Jodoh itu sendiri yang datang mengembalikan sepasang kekasih itu.” Jawab Emir penuh makna. Iyan merenung wajah suaminya dalam. Lalu, bibirnya menguntumkan senyuman lebar.
            “Kalau sudah jodoh tertulis buat mereka, walaupun berjauhan mereka pergi pasti akan kembali bersua.” Ujar Iyan penuh madah. Emir mengangguk bersetuju dengan kata-kata isterinya itu. Tiada yang dapat melawan kuasa Ilahi. Kalau sudah itu yang tertulis, maka itulah yang akan terjadi. Allahuakbar!

PENING kepalanya memikirkan apa yang telah diluahkan oleh abangnya tadi. Makin bertambah serabut fikirannya apabila apa yang dia sangka rupa-rupanya hanya satu salah faham sahaja.
            “Tapi, kenapa mesti Risya akur dengan permintaan abang Emir? Apakah dia langsung tak percaya dengan cinta aku? Dia tak yakin dengan aku? Tapi kenapa perlu turutkan saja permintaan abang kalau dia pernah mengucapkan kata cinta?” Makin bertambah pening kepalanya memikirkan kemungkinan dan juga persoalan yang tak pernah-pernah habis.
            Tok! Tok! Tok!
            Nick memandang pintu biliknya. Dengan langkah perlahan, Nick membuka pintu bilik dan tersembul wajah Azura bersama senyuman yang tak pernah lekang.
            “You cari I ke?”
            “Ha’ah,” Jawab Nick pendek. Azura mengangkat kening. Hairan kenapa Nick mencarinya pada malam-malam sebegini. Azura masih setia berdiri di depan pintu. Tidak mahu masuk ke dalam bilik tersebut takut kalau-kalau orang akan memikirkan perkara yang bukan-bukan.
            “So...Apa hal you cari I? Ada apa-apa yang boleh I bantu ke?”
            “Esok malam I ada dinner. I tak jadi balik because my father ask me to be his wakil untuk hadirkan diri kat dinner anniversary syarikat sahabat dia. So, I need a company. Will you?”
            “Sure! Why not? Dinner tu kat mana?”
            “Kat sini je. I baru je borak dengan abang Emir. He told me the dinner will be held here at 7.40 PM. So, wait for me at the lobby, okey?” Arah Nick tanpa sedar. Azura mengangguk tidak membantah. Akur dengan apa yang disuruh oleh Nick itu.
            “Macam mana dengan dress code dia?” Soal Azura pula.
            “Ermm...you know pakailah lawa-lawa. Macam orang pergi dinner event. I’m sure you know which one suits you.” Nick pasti Azura tahu cara pemakaian mana yang sesuai bagi majlis sebegitu. Tengok cara pemakaian Azura juga dia sudah tahu Azura jenis up to date bila bab penampilan dan fashion.
            “Alright! Set. Meet me at 7.35PM,” Seloroh Azura pula. Nick menjongketkan kening. “Boleh ke datang sharp? Bukan ke perempuan selalunya bersiap 2 jam kalau boleh?” Meletus tawa Azura mendengar persoalan Nick itu.
            “Not for me! I’m expert dalam bab bersiap ni. 30 minute just fine for me. Don’t worry, I always being punctual. So, rilekslah. Take your time, Nik Emil.” Nick hanya mencebik mendengar Azura bagai memuji kepakaran diri sendiri. Nick mengangkat bahu.
            “Okey. Jumpa esok. Pagi esok I tak ada okey? I keluar.”
            “Keluar sebab nak usha Risyakan?” Tebakkan Azura membuat Nick terpempan. Sangkaannya menepati. Melihat pada perubahan wajah Nick, Azura sudah tahu tekaannya tepat sekali. Sebaris senyuman mekar di bibir.
            “Okey, have fun usha your love one.” Ucap Azura sambil melambai pada Nick. Nick tersengih memikirkan sindiran Azura itu. Perlahan-lahan dia menutup pintu bilik semula.

DARI jauh dia memerhati setiap gerak-geri gadis itu. Selepas subuh tadi, dia bersiap-siap ala kadar dan segera ke kedai buku tersebut selepas makan pagi.
            Nick terhedap-hendap di sebalik batang lampu ingin menyembunyikan diri daripada terlihat Risya. Sebiji macam stalker! Sedari kemudian, senyuman terukir di hujung bibir.
            ‘Kenapalah aku boleh jadi sampai begini sekali? Ah! Ini semua gara-gara gadis yang bernama, Nur Erisya Kamal. Penangannya begitu hebat sekali. Rinduku begitu menggunung hanya mendengar namanya sahaja. Apatah lagi menyebut sebaris nama itu. Ya Allah, aku dah angau ke?’ Sempat hatinya berbisik sendiri.
            Segala gerak-geri gadis itu diperhatinya. Terusik hatinya melihat wajah Risya yang sedikit suram di sebalik senyuman hambar itu. Dadanya terasa sesak saat melihat wajah gadis yang dicintainya berduka.
            Walaupun dia turut terluka dengan apa yang sudah dilakukan oleh Risya, tetapi hatinya tetap tidak pernah melupakan gadis itu. Masih segar diingatan perasaan cinta pada satu-satunya gadis yang telah mengubahnya menjadi pencinta setia. Mengajarnya erti cinta setia. Dan yang paling penting sekali, mengajarnya untuk terus bersabar dalam melayan kerenah gadis itu. Malah, kerana gadis itulah dia sedar bahawa cinta pada Ilahi lagi indah berbanding yang lain. Kerana gadis itu juga, dia sering merintih hanya pada Yang Esa. Hanya Dia sahaja yang mampu menenangkan dirinya.
            Nick menarik kamera yang tergantung di lehernya. Diambilnya dan ditangkapnya beberapa gambar Risya dari jauh.
            ‘Ah! Gadis ini tampak tulus bila di dalam kamera. Segala perasaannya begitu jelas terpancar di wajahnya.’
            Nick masih setia mengambil beberapa gambar gadis itu. Namun, langkahnya terhenti sekejap apabila gadis itu berpaling menghadapnya. Cepat-cepat dia berpaling ke belakang tidak mahu gadis itu tahu akan kehadirannya di situ.

PELIK! Terasa macam ada yang memerhati gerak-geriku. Lantas aku berpaling memandang ke depan. Aku mengecilkan mata melihat luar kedai. Dari jauh nampak seorang lelaki yang tengah sibuk dengan kameranya.
            Lama aku memerhatikan lelaki itu. Tiba-tiba, jantungku bergetar hebat. Dari jauh nampak tubuhnya sama seperti...Nick! Aku menelan liur. Darah gemuruh sudah membuatku diriku gugup.
            Aku ingin keluar dari kedai tersebut. Ingin mendekati lelaki itu.
            “Risya!” Langkahku terhenti apabila namaku dilaungkan. Lantas, kepalaku menoleh ke kiri. Wajah ceria Ajai menghiasi pandanganku. Aku berpaling semula ke depan. Tiada! Aku menggaru kepala. Entah-entah aku berkhayal tak? Ah! Begini penangannya bila ditolak orang yang kita cintai. Tetapi, dulu pun aku pernah ditolak. Cinta yang ditolak oleh lelaki bernama Iz! Ah! Semua itu sudah berlalu. Sekarang aku mahu menumpukan perhatian pada hanya seorang lelaki itu. Lelaki yang bernama Nik Emil!
            “Risya!” Sekali lagi Ajai memanggil namaku. Derapan kakinya menghampiriku. “Kenapa kamu keluar? Apa yang kamu tengok tu?” Soal Ajai. Matanya juga terarah ke depan. Berkerut dahi lelaki itu melihat tiada siapapun yang berada di seberang jalan sana.
            Aku kembali berpaling memandang wajah Ajai. Senyuman kecil dihadiahkan padanya. “Tak ada apalah. Saya macam terlihat ada orang kat sana. Tapi, tu semua mungkin khayalan saja kot.” Dalihku.
            “Ayook! Bahaya ni. Khayalankah atau angau?” Sindir Ajai tanpa niat. Aku tetap senyum tetapi hambar rasanya senyuman ini. Aku menggeleng.
            “Dahlah. Tak payah cakap pasal tu. Nanti bikin pusing pula.” Aku segera masuk semula ke dalam kedai dan bergerak ke kaunter. Mengambil resit-resit pembelian dan mencatat sesuatu pada buku rekod. Ingin berlagak sibuk di depan Ajai.
            Tiba-tiba lenganku ditarik. Aku pantas mendongak. Aku menarik kembali lenganku dari pegangan Ajai.
            “Apa?” Soalku malas. Melihat mukanya pun aku sudah tahu pasti ada saja yang ingin dilakukannya dengan memerlukan bantuan dariku. Aku masih sibuk menulis pada buku rekod.
            “Kita pergi shopping. Jom?” Ajakan Ajai membuat aku hairan. “Shopping? Nak shopping apa tengah-tengah bulan ni? Saya punya bajet larilah, Ajai. Kamu pergilah shopping seorang-seorang.” Aku menolak ajakan Ajai. Wajah Ajai sudah cemberut. Aku jeling sekilas pada wajahnya. Mengeluh kecil melihat kerenah Ajai yang sedikit kebudak-budakkan. Almaklumlah, Ajai ni anak bongsu. Manjanya mengalahkan manjaku pada ibu!
            “Kamu lupakah? Malam ini kitakan kena pergi dinner? Jomlah shopping sikit. Selalu kalau saya bawa kamu dinner, mesti pakai baju yang sama saja. Baju blouse kuning tu jugaklah yang kamu pakai. Macam tiada baju lain.” Tanganku terhenti saat mendengar kata-katanya. Terus ingatan ketika keluar bersama Nick dan juga anak buahnya dulu bermain di minda.
            Sememangnya kenangan itulah kenangan yang paling indah yang pernah aku lalui bersama dengannya. Makan malam bersama Nick dan juga Diya tidak mampu kulupakan. Malah sentiasa segar diingatan. Baju yang aku pakai ketika itu sering kali aku guna untuk ke event-event penting seperti dinner. Ini semua kerana, dengan cara begitu sahaja aku dapat meluahkan perasaan rinduku padanya.
            Bibirku mencebik. “Alah..da tu jak baju yang cantik dan selesa. Saya malas mau pakai bergaya sangat. Not my tastelah.” Aku menyimpan buku rekod dan bergerak mendekati kafe di sebelah. Sempat lagi aku senyum pada penjaga kaunter pembayaran dan memintanya mengambil buku rekod hasil penjualan.
            “No! Kali ni saya takkan biarkan kamu dengan blouse lama kamu tu. Saya mau kamu nampak cantik hari ini,”
            “Habis tu, selama ini saya tak nampak cantiklah?” Pintasku pula. Ajai menajamkan pandangannya padaku. Hampir sahaja aku mahu tergelak melihat gelagatnya itu. Aku tahu, memang pantang baginya bila ada yang memintas kata-katanya. Tapi, apa aku peduli? Sudah lama aku kenal si Ajai ini. Dia marah pun bagi aku lucu. Alah, macam orang cakap alah bisa tegal biasa. Ha ha ha...
            “Don’t mess with me young lady. This client is important to me. Dia ini dikira sahabat saya and my mentor. My uncle. Jadi, awak kena jaga reputasi saya. Saya tak kira! Kita pergi shopping sekarang ini!” Tegas Ajai bagai mengarah. Aku menjongket kening. Seraya menggeleng.
            “Tak mahu! Saya mahu pakai biasa-biasa saja. Tak mahu cantik-cantik. Dah! Sekarang ini, saya mahu susun buku-buku yang ada kat belakang stor. I’m so sorry. I’m busy. Busy busy woman!” Aku menjelir lidah dan membuka langkah.
            Tiba-tiba, lenganku ditarik dari belakang hampir saja aku terjatuh. Namun, cepat-cepat aku mengimbang semula tubuhku. Mahu melopong mulutku sebaik melihat Ajai yang sudah menyeringai macam orang gila.
            “David, nah kunci! Saya dan big boss nak keluar. Tutup kedai sebelum pukul 9. Because both of us tak jaga kedai malam ini. Kita orang ada dinner!” Arah Ajai sambil menikam segugus kunci pada salah seorang pekerjaku yang bernama David. Terpinga-pinga David menyambut kunci tersebut dan pantas sahaja dia mengangguk.
            “A..Ajai!”

MATANYA mencerlung tajam melihat kedua-dua insan yang laju sahaja berlalu meninggalkan kedai tadi. Giginya diketap kuat. Membahang wajahnya melihat kemesraan kedua-dua insan itu.
            ‘Siapa lelaki itu? Berani-beraninya sentuh perempuan aku!?’ Bentak hati Nick.
            Tanpa mahu berlengah lagi, dia mengekori langkah kedua-duanya. Namun, langkahnya terbantut tatkala melihat kedua-dua insan tadi masuk ke dalam kereta.
            ‘Alamak! Dia orang nak ke mana pulak tu? Aduh!’
            Cepat-cepat Nick memandang sekeliling ingin mencari teksi yang ada berdekatan. Hatinya semakin resah tatkala melihat kereta jejaka tadi sudah berlalu pergi. Apabila terpandangkan teksi yang berhenti di tepi jalan sebaik sahaja menurunkan seorang penumpang, dengan pantas kakinya berlari mendekati teksi tersebut sebelum sempat diambil oleh sepasang kekasih yang nampak ingin mendapatkan teksi itu juga.
            “Sorry, I have to take this cab for the sake of my wife!” Sengaja ditekankan perkataan wife itu agar sepasang kekasih tadi memahami situasi yang dihadapinya sekarang.
            “Pak cik, boleh follow ke mana kereta kat depan tu pergi?” Pintanya laju. “Pak cik drive laju sikit ya?” Sambungnya lagi.

AKU melopong melihat baju yang ada di tangan Ajai sekarang. “Macam mana? Cantikkan? Baju macam ini yang kamu patut pakai masa grand dinner nanti.” Seloroh Ajai sambil membelek-belek baju di tangannya.
            Aku menjatuhkan pandangan pada wajahnya. Menelan liur kelat tatkala melihat harga bagi sepasang baju kurung moden ini. Mahu terbeliak mataku melihat harga pada tag yang tergantung itu.
            “Ajai! Apasallah mahal sangat? Serius boleh cekik darah saya ni. Oh, no no no! Saya tak boleh bayar baju ini dengan duit saya. Malah, dengan 2 keturunan sekali pun, belum tentu saya dapat bayar baju ini.” Selorohku berharap agar Ajai tidak memaksaku membeli baju tersebut. Cantik memang cantik. Cantik sangatlah sampai wang-wangku yang cantik melayang begitu sahaja. Oh, NO!
            “Risya, tolonglah jangan berdrama sangat. Baju ini baru berharga RM 200. Bukannya mahal mana pun.”
            “Tak mahal kamu kata, Ajai? Huish! Inilah masalahnya kalau shopping dengan anak orang kaya. Oh,no! Jangan harap saya nak beli baju ini. Baju blouse kuning saya tu baru berharga RM 48, masih elok dipakai. Ini beli mahal-mahal, baju pun sama macam baju kurung moden yang ada dijual kat pasar malam. Tak payahlah!”
            “Amboi! Saya tahu mata kamu pun tak lepas pandang dari baju ini tadi. Jenis baju macam nilah favourite kamukan?” Ajai cuba serkap jarang. Aku mendongkol geram. Mentang-mentanglah sepanjang membelek-belek baju di dalam kedai ini, mataku asyik memandang pada baju kurung ini tadi sehinggakan Ajai memerhati pun aku tak sedar. Sememangnya baju jenis sebegini menjadi pilihanku. Tetapi, harganya terlalu mahal berbanding harga baju kurung yang biasa aku beli. Lagipun, baju kurung yang aku pakai pada hari raya bulan lepas pun masih baru. Inikan pula mahu membeli baju kurung lagi sebulan selepas raya? Buang tabiat betul beli baju kurung baru semata-mata nak pakai untuk ke dinner malam nanti. Hmph! Tak berbaloi!
            “Tak apalah, Ajai. Lagipun, dekat rumah saya pun ada baju kurung yang baru. Nak beli baju kurung lagi buat apa? Tak perlulah.” Tolakku lembut. Beriya-iya aku menolaknya kerana tidak mahu mengeluarkan beberapa sen pun semata-mata kerana dinner malam ini.
            “Okey...Kalau kamu tak mahu, tak apa. Saya yang mahu!”
            “Hah? Kamu mau pakai baju kurung ini? Biar betis?!” Aku pintas katanya sebelum sempat dia membuka mulut. Makin tajam renungan Ajai padaku. Aku tersengih-sengih macam kambing gurun sahaja. Tahu dia geram dengan kerenahku yang satu ini. Cepat-cepat aku menutup mulut dengan gaya tangan yang menarik zip di bibir. Tanganku sudah bertepuk ingin memohon maaf darinya. Tapi, sengihan masih tetap tak lekang di bibir.
            Ajai berdeham dan menyambung kata sekali lagi. “Saya mahu beri kat kamu sempena menyambut keadaan kamu yang sudah pulih dan boleh berjalan dengan elok. Jadi, saya ikhlas mahu hadiahkan pada kamu,”
            “Jangan tolak!” Ujar Ajai belum sempat aku ingin membuka mulut. Aku muncungkan mulut. Kini, Ajai pula yang tersenyum manis. “Semua ini buat sahabatku. So, jangan membantah. Ini perintah mahkamah. So, saya tetap akan belikan juga untuk kamu. No more excuse young lady.” Ajai memberi warning. Bibirku sudah disengetkan dek tidak setuju dengan arahannya itu. Ajai tergelak kecil.
            “And one more thing. Lepas maghrib nanti, masa saya nak ambik kamu. Kamu tak payah make up lawa-lawa.” Makin hairan pula aku rasakan arahan Ajai itu. Pelik!
            “Kenapa tak payah make up lawa-lawa? Pelik betullah kamu ini. Baju mau lawa-lawa tapi make-up tak payah lawa-lawa pulak? Memang pelik bin ajaib.”
            “Saya tak mahu kamu make-up lawa-lawa sebab nanti saya nak bawa kamu ke salon.” Sepatah ayat itu membuat aku bertambah hairan. “Salon?” Soalku sambil dahi sudah berkerut seribu.
            “Kamu mau buat apa hantar saya ke salon? Saya bukannya mau berdandan rambut. Saya pakai tudung!” Sambungku lagi. Makin pening kepalaku memikirkan kerenah pelik sahabatku yang seorang ini.
            “Saya mahu bawa kamu ke salon sebab saya mahu make-up artist lawakan kamu. Kamu tak perlulah make-up.”
            “What?!”
            Nick mengetap bibir memandang kedua-dua insan tadi. Tangannya sudah menggempal penumbuk. Menunggu saat ingin melayangkan sebuah tumbukan di wajah ceria jejaka yang bersama Risya itu. Tidak mahu mengikut nafsu amarahnya, cepat-cepat dia beristighfar mengingati Allah.
            ‘Ya Allah, jangan biarkan diriku tenggelam dengan perasaan amarah dan cemburu ini. Ya Allah, Kau tiupkan sedikit ketenangan di dalam diri ini agar segalanya akan selesai dengan baik. Ya Allah...Nick bersabarlah...’ Diam-diam dirinya berselawat ingin meredakan perasaan cemburu yang meruap-ruap.

TERKEBIL-KEBIL matanya memandang wajah yang berdiri di depannya itu. Mulutnya juga sudah sedikit terlopong melihat gadis itu dari atas sehingga ke bawah.
            Aku menggigit bibir melihat Ajai yang sudah melongo di depan. Aku tunduk memandang keterampilanku sekarang. Terkejut juga melihat bias diri di cermin. Ini aku ke? Tidak pernah aku gambarkan wajahku yang dihias dengan make-up begitu berbeda dengan wajahku yang hanya memakai bedak sahaja tanpa apa-apa make-up. Sedikit janggal apabila bulu mataku dikenakan bulu mata palsu. Tidaklah terlalu panjang tetapi cukup membuat wajahku seperti lain dari selalu.
            “Saya rasa saya nak buanglah bulu mata palsu ini. Tak selesa,”
            “Tak payah! Dah cantik dah tu. Jom! Kita segera ke sana. Takut lewat pulak.” Saran Ajai sambil bergerak ke kaunter pembayaran.
            Semasa menunggu Ajai membuat pembayaran, aku menilik sekali lagi wajahku di cermin.
            “Macam nilah rupa artis sebenarnya, ya? Semua ditutup dengan make-up. Patutlah nampak lain benar. Kalau tanpa make-up, entah macam manalah wajah mereka ya?” Selorohku sendiri.
            “Hui! Cakap seorang-seorang tu kenapa?” Aku tersentak mendengar teguran Ajai itu. Lantas, aku berpaling dan bergerak mendekatinya ingin keluar dari kedai salon tersebut dan menuju ke kereta.
            Dalam beberapa minit kemudian, kami tiba di perkarangan hotel Hyatt. Ajai berhenti betul-betul depan pintu hotel. Ajai keluar dari perut kereta begitu juga denganku. Ajai menyerahkan kunci kereta pada pekerja hotel meminta agar pekerja hotel tersebut memakirkan kereta Ford S-Maxnya.
            Kami masuk ke ballroom hotel tersebut dan ternyata begitu ramai yang menghadiri majlis itu. Nampak begitu grand sekali sambutannya. Siap guna red carpet gitu.
            Melihat para tetamu yang menghadiri majlis tersebut dengan penuh bergaya, barulah aku faham sekarang mengapa Ajai menegahku untuk memakai pakaian yang biasa-biasa saja. Wah! Sememangnya penampilan para tetamu di sini begitu gah sekali! Tengok muka dia orang pun tahu tetamu-tetamu jemputan ke majlis ini bukan calang-calang orang. Malah, suasana majlis tersebut itu sendiri tampak eksklusif sekali. Hampir sahaja mulutku terjatuh ternganga melihat sekeliling tika itu. Sememangnya majlis sebegini bukan majlis yang sering kali aku hadiri. Selalunya aku akan ke majlis yang cukup sederahana. Tidak terlalu mewah dan tidak terlalu simple. Rasa macam rusa masuk kampung pula.
            “Eh, Ajai! Finally, you here!” Tegur seorang jejaka yang tinggi lampai dan sedikit sepet macam kacukan cina pada Ajai. Aku mengerling pada Ajai yang menyambut tangan jejaka tersebut.
            “Yeah! Sorry lambat sikit. You knowlah kan?” Ajai berhenti seketika dan matanya mengerling padaku sambil tersenyum senget. Begitu juga jejaka tadi, turut memandangku yang sudah terkebil-kebil memandang kedua-duanya sekali. “Girls.” Sambung Ajai lagi membuat aku mendongkol geram. Jejaka itu tergelak kecil. Aku mengecilkan mataku memandang Ajai.
            Amboi! Bukan main lagi dia mengutukku. Padahal siapa yang beriya-iya membawaku ke salon? Aku mengerutu dalam hati. Apabila jejaka itu menoleh ke tempat lain dek ditegur salah seorang pekerja hotel, aku mengambil kesempatan itu dengan memijak kaki Ajai.
            “Ouch!” Jerit Ajai kecil menarik perhatian jejaka tadi. Aku menoleh pada wajah Ajai yang sudah sedikit kemerahan. Matanya juga menjeling tajam padaku. Aku menyembunyikan senyuman dan buat-buat selamba. Jejaka tadi menjongket keningnya.
            “Is there any problem, Ajai?”
            “No!” Cepat-cepat Ajai menggeleng sambil matanya tak lepas dari memandang tajam padaku. Di bibirnya pula tersenyum menyembunyikan rasa sakit dipijakku tadi. Mahu sahaja aku menghemburkan tawa tika itu. Aku tahankan saja.
            “Anyway, saya Arman sepupu kepada Ajai ini,” Aku mengangguk dan tersenyum melihat jejaka yang bernama Arman menegurku dengan ramah. “Just call me, Risya.” Jawabku pula.
            “Papa dah beritahu aku pasal kau ke sini. Sebab tu aku tunggu kau di depan pintu ini. Anyway, masuklah. Enjoy yourself. Papa mesti gembira jumpa kau, Jai! And as for you...” Arman mendekatiku sambil menunduk sedikit menyebabkan aku mengundur sedikit. Bibirnya lebar dengan senyuman yang tidak lekang dari tadi. Mata galaknya memandang tajam ke dalam anak mataku dan seraya berkata.
            “Nice to meet you, Risya. You look gorgeous young lady.” Penuh lemah lembut bibirnya bersuara. Aku  telan liur. Amboi! Rupa-rupanya lelaki ini pandai menggoda juga. Kalau bukan kerana Nick, mahu cair hati aku melihat ketampanan jejaka kacukan cina ini. Almaklumlah, sama keturunan mamat sebelah aku ini. Aku hanya diam tanpa kata. Hanya mampu membalas katanya dengan senyuman.
            ‘Gorgeous ke gargoyles?’ Detik hatiku. Teringat pula dengan cerita kartun gargoyles yang seringku lihat dahulu semasa kecil. Tak pernah miss tau cerita tu! Sentiasa ikut perjalanan ceritanya. Eh? Apa yang aku melalut ini?
            Ajai membawaku masuk ke dalam. Kami berjalan seiring. Tiba-tiba, langkah Ajai terhenti. Aku pun turut sama terhenti. Pelik melihat Ajai yang asyik memandang ke suatu tempat di sebalik orang ramai. Aku menalakan pandangan ke arah tempat yang dipandang oleh Ajai itu.
            “Kenapa, Ajai?”
            “She’s here!”
            “Who’s here?”
            “Fasha sempit!”
            “Huh?” Aku menilik semula sekeliling ball room tersebut ingin mencari wajah yang membuat Ajai tercengan sebegini. Membuntang mataku di saat wajah Fasha Sendat menerpa penglihatanku.
            “Aduh! Kenapa da pun ada kat sini?” Soalku lebih pada menyoal diri sendiri. “Habis tu macam mana ini, Ajai? Tak amanlah saya kat sini. Aduh! Saya baliklah kalau macam ini.”
            “Jangan nak mengada-ada, Risya. You have promise me to help me handle this problem. So, stay with me here.” Mendengar kata Ajai membuat aku mendengus kasar.
            “Fine! Demi sahabat sejatilah katakan. I will help you.” Simpulku tanpa rela hati. Lebih kepada terpaksa. Kalau bukan kerana Ajai ini seorang teman rapat bagiku dan juga rakan sebisnesku, jangan harap aku ingin membantu. Hmph! Aku memang kejam.
            Aku lihat Fasha sendat sudah menghampiri kami berdua. Dengan automatiknya aku merapatkan diri dengan Ajai. Nak buat-buat mesra macam sepasang kekasih dua sejoli.
            “Eh? Fasha, hai! Can’t believe we meet here,” Ujar Ajai secara basi-basi. Nampak wajah Ajai bahagia yang dibuat. Mahu saja aku tersembur tergelak sakan melihat lakonannya.
            Gadis yang ingin dielaknya dari dulu tak pernah mahu berputus asa ingin mengejarnya. Fasha Sandy, rakan sepermain Ajai dari kecil sampai sekarang tergila-gilakan Ajai. Menurut Ajai, Fasha sendat ini pernah meminta Ajai untuk menjadi teman lelakinya. Tetapi, ditolak mentah-mentah. Mendengar kata-kata Ajai itu membuat aku teringat kembali kejadian 2 bulan yang lalu di mana termeterainya janji itu.
            “Saya mahu kamu jadi girlfriend saya.” Mahu tak terbeliak mata aku mendengar permintaan Ajai ketika itu. Baru sahaja keluar dari menjalani terapi, Ajai sudah merempuhku dengan permintaan itu.
            “Apa? Jadi girlfriend kamu? Kamu ini kenapa Ajai? Kena santau kat mana-mana bomohkah?”
            “Semua ini kerana Fasha Sendat tu!”
            “Kerana sendat siapa?”
            “Fasha Sendat.”
            “Siapa tu?” Soalku masih keliru. Aku menolak kerusi roda ingin menjauhkan sedikit dari pintu hospital tidak mahu menghalang laluan orang. Lalu, Ajai menolak kerosa rodaku menuju ke taman yang berdekatan.
            “Fasha Sandy yang saya panggil Fasha Sendat tu adalah rakan sepermainan saya. Dia sukakan saya sejak kecil lagi. Tapi, saya tak suka dengan perangai gedik dia tu. Tak pernah faham akan perasaan saya yang saya tak suka bila ada orang yang mengongkong saya. Setiap pergerakan saya diperhatinya. Lagak dia tu macam girl friend saya pula. Rimas!” Jelas Ajai yang tampak begitu stress sekali. Aku jadi kesian pula melihat wajahnya yang sedikit kusut.
            “Jadi, kalau dengan menjadi girlfriend olok-olok kamu rasa semua ini akan selesaikah?” dugaku.
            “Kalau dengan cara itu sahaja yang boleh buat dia jauhkan diri daripada saya. Why not?” Simpul Ajai pula. Aku menghembus nafas perlahan. Melihat keadaanku begini, bolehkah si Fasha Sendat tu percaya yang aku ini ‘girlfriend’ Ajai?
            “Lagi meyakinkan kalau dia tengok kesungguhan saya teman kamu ke sini. Tak adalah dia mau salah sangka. Mesti dia percaya bulat-bulat punyalah.” Bersungguh-sungguh Ajai cuba meyakinkanku. Lalu, aku setuju dengan permintaannya.
            “Tapi dengan syarat tau?”
            “Okey, boleh! Apa-apa saja asalkan dapat jauhkan diri daripada Fasha sendat tu.”
            “Saya mahu kamu jaga sekali kedai buku tu nanti sebaik kedai buku kita tu buka nanti. Saya tahu kamu sibuk dengan kerjaya peguam kamu. Tapi, dengan keadaan saya macam ni, saya perlukan seseorang yang boleh memantau perkembangan kedai tu nanti. Jadi, bolehkan?”
            “Okey, set! Boleh! Apa-apa saja demi girlfriend saya.”
            “Risya! Jom kita ke tempat duduk?” Lamunanku tercantas sebaik mendengar ajakan Ajai. Aku melihat wajah Fasha yang nampak begitu berubah melihat kemesraan Ajai padaku. Sememangnya gadis ini tidak pernah mengenal erti putus asa. Kadang-kadang terbit rasa kesian melihat gadis ini. Sering mengejar cinta yang tiada kepastiannya. Yakni cinta yang belum tentu dia gapai.
            Aku mengikut langkah Ajai ke meja yang sudah ditetapkan buat kami berdua. Majlis sudah bermula dengan ucapan dari penyampai majlis. Suasana menjadi riuh mendengar jenaka dari penyampai majlis tersebut dan aku pula hanya memandang kosong pada orang sekeliling. Tiada mood sebenarnya. Lebih kepada bosan! Aku rasa selesa dengan bulu mata palsu yang menghalang pandanganku ini. Rasa berat saja mata ini bila memasang bulu mata palsu ini. Teragak-agak mahu ke tandas ingin membuka bulu mata palsu ini.
            “Ajai, I think I want to go to the ladies. May I?” Pintaku. “Sure.” Jawab Ajai pendek. Lalu, aku keluar dari ball room tersebut. Sebaik keluar dari situ, terasa pergelangan tanganku ditarik. Aku terkejut dengan gerak pantas itu.
            “Hey! Apa ni?!” Jeritku dek terkejut.
            “We need to talk, Nur Erisya Kamal!” Langkah kami terhenti dan nyata mataku terpempan melihat wajah gerangan yang menarik lenganku tadi. Seraya itu, terasa dadaku berkocak hebat. Begitu sukar untukku bernafas tatkala ini. Jantung yang berdegup tenang sudah resah tidak menentu. Semakin sesak dan gelisah apabila wajah itu muncul di hadapanku.
            Aku tilik penampilan gerangan itu dari atas hingga ke bawah. Dia tampak begitu segak mengenakan tuxedo pada tubuhnya yang tegap. Rambutnya pula tampak begitu kemas dan rapi. Terpacak macam rambut ala-ala korea guy. Aku jadi terpukau melihat wajahnya.
            Kemudian, aku lihat anak matanya yang turut memandangku dari atas hingga ke bawah. Pasti menilik penampilanku yang lain daripada yang lain.
            “You look so beautiful,” Entah betul ke tidak apa yang aku dengari tadi. Dia memujiku?
            “Apa dia?” Soalku semula. Tidak begitu jelas suaranya tadi. Dia menggeleng dan wajahnya berubah serta-merta.
            “We need to talk, Nur Erisya Kamal!” Sekali lagi ucapan yang sama keluar dari bibirnya. Gerangan itu menarik lenganku keluar dari situ dan kami melangkah ke taman di luar.
            “Apa yang perlu kita bincang, Nick?” Aku mula bersuara memecahkan suasana sepi di antara kami. Aku merenung wajah lelaki itu. Wajah yang seringku rindui. Wajah yang sering singgah dalam mimpiku. Nick hanya diam. Diam tanpa kata. Hanya matanya saja membalas renunganku. Bagaikan tercari-cari akan satu penjelasan. Penjelasan bagi merungkai segala perasaan yang terpendam dalam hati masing-masing.

6 comments:

  1. Salam, sygku.. Nak ty.. Sbnrnyea awk nak pakai POV berapa... Klo nak pakai POV1... Just terus pakai... Tapi klo nak pakai POV3, just pakai... Sbb klo pakai kedua2 yea.. Buat pembaca keliru and serabut... Cete dah best dah nie... Sorry sbb tegur.. Ini utk kebaikan kamu... Mcm mini novel Penyelamat Cinta tu... Kan okey aje pakai POV3.... Hehehe... Apa pun best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Mi...Thanx sbb tgur...sbrnya sy gna kedua2nya skli..Maaf la klu blh confuse ya? tp..klu pnggunaan 'Aku' tu sy tjukn pda Risya..sbb dr prmulaan lg cter ni mngenai wtak utama tu. Dn bg wtak yg len plak..sy gna POV3...Sy nk pmbaca tahu dn fham akn stuasi yg dialami kedua2 wtak trsbut...tp mostly POV1 tu lbh kpda wtak Risya.. :D

      Delete
  2. waaaaaaaa best,,,,,,,, ohsem!!!!! daebak lah!!! nk lagiiiii

    ReplyDelete
  3. sorry to writer..actually citer nie best, but lme2 jd boring pulak..trlalu bnyk flashback, & same conflict yg brulg..so bored..dh mcm sinetron indonesia plak..hopely lbh peka utk akn karya2 dtg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Its ok..apa2 komen actually bisa mmbantu utk mmperbaiki krya2 sy yg len..It depends on ssorg pnya pndangan jga sma ada blh trima or x..but anyway..Thanx..:D

      Delete