Saturday, August 18, 2012

Cerpen: Sempurnakan Hati Part 2



 Cerpen: Sempurnakan Hati (Part 2)


TERASA bagaikan berpinar-pinar kepalanya. Matanya dipejamkan berharap agar mampu mengurangkan rasa pening itu. Pen di tangan dilepaskan dan tangannya asyik memicit dahi. Kemudian dia menggeleng dan membuka matanya semula.
            “Qayatul, are you okay? I tengok you ni tak sihat aje?” Soal setiausaha kepada Arfan itu. Bimbang juga Julie dibuatnya. Rasa simpati melihat seraut wajah yang tampak begitu lemah dan begitu pucat. Persis mayat hidup saja.
            “Look. If you don’t feel well, then you should head back home and rest, sweety,” Ujar Julie penuh prihatin. Dipegangnya bahu Qayatul bagai meniup sedikit kekuatan kepada gadis itu.
            Qayatul hanya mampu tersenyum dan seraya berkata, “ Tak apalah kak Julie. Saya okey. Cuma pening sikit. Ermm...Is there anything task that I should do?” Qayatul mahu mengelak dari terusan diasak dengan pelbagai soalan mengenai kesihatannya.  
            “Ermm..here..Ni ada financial report yang dah siap. Just need to give it to Encik Arfan for review. Can you help me? I nak ke HR department. Thanks ek?” Pinta Julie sebelum bergegas ke tingkat atas. Qayatul membelek laporan tersebut dan beredar ke bilik Arfan.
            Sekejap-kejap langkahnya terhenti dan matanya terpejam sekali lagi.
            ‘Ya Allah, bukan hari ini. Tolonglah hambaMu ini. Masih ada yang perlu aku lakukan. Masih ada tugas yang belum selesai yang perlu aku lakukan. Ya Allah aku mohon sedikit kekuatan dariMu.’ Bisik hati kecilnya. Rasa tidak tertanggung sakitnya. Dunianya bagaikan berputar tiada henti. Namun, digagahnya juga langkah mendekati bilik pejabat Arfan.
            Perlahan-lahan dia mengetuk pintu bilik. Setelah mendengar suara Arfan yang membenarkannya masuk, Qayatul menolak daun pintu.
            Dilihatnya Arfan yang tengah sibuk menatap skrin komputer tanpa mahu memandangnya. Qayatul menarik nafas panjang bersama pening yang masih terasa.
            “Ini..financial report yang kak Julie suruh serahkan kat Encik Arfan,”
            “Julie ke mana? Kenapa dia suruh awak pula yang hantarkan?” Ujar Arfan dengan suara mendatar. Matanya masih tak lepas dari memandang skrin komputer dan jari-jemarinya ligat bermain di papan kekunci. Tanpa melihat gerangan yang berdiri di depannya pun dia sudah tahu siapa pemilik suara itu. Begitu banyak pula kerjanya hari ini dan semuanya memerlukan perhatiannya. Arggh! Parah kalau tak siap lagi ini. Terpaksalah dibawa pulang kerja-kerja yang tertangguh, fikir Arfan.
            “Dia ke pejabat HR. Ada urusan katanya. Jadi saya bantulah apa yang boleh diba...” Qayatul tidak menyambung katanya sebaik terasa pening yang begitu memberat. Berkali-kali dia menelan liur. Tangannya sudah beralih memegang hujung kerusi di depan meja Arfan bagi menahan tubuhnya dari tersungkur ke lantai. Dia kembali memejamkan mata.
            ‘Ya Allah sekiranya sudah tiba masanya nyawaku ditarik hari ini, maka aku redha. Redha dengan ketentuanMu.’ Detik hatinya penuh hiba. Di dalam hati dia memperbanyakkan doa dan mengucap beberapa kali.
            Terdetik rasa hairan apabila Qayatul tiba-tiba berhenti bersuara tanpa menyudahkan katanya tadi. Lalu, dipanggungnya kepala. Berubah wajahnya di saat terpandangkan wajah Qayatul yang begitu pucat. Perasaan cemas mula hadir. Lantas, dia mendekati Qayatul.
            “Qayatul, what’s wrong? You look so pale right now. Awak okey ke?” Sempat lagi tangan Arfan memegang dahi Qayatul. Makin membimbangkannya, wajah Qayatul sudah berpeluh. Lalu, dipegangnya bahu Qayatul penuh lembut.
            “Saya..tak ap...”
            “Qayatul!” Tubuh Qayatul sudah rebah dan sempat Arfan menyambutnya.
            “Qayatul! Ya Allah. Awak dah kenapa?” Tanpa menunggu, tubuh kecil itu dicepungnya dan dibawa keluar.
            “Azie, hari ini saya halfday. Please inform to Julie. Suruh dia call saya lepas ni. Saya nak bawa Qayatul ke hospital. Dia pengsan!” Sempat Arfan memaklumkan kepada salah seorang daripada pekerjanya iaitu penolong kepada setiausahanya itu.
            Makin gamat suasana di dalam pejabat apabila melihat boss mereka mencepung seorang gadis keluar dari bilik pejabat. Sudah ada yang berbisik-bisik jahat, menyindir dan mengutuk di belakang pengetahuan Arfan. Rata-ratanya terkejut melihat Arfan sebegitu.
            “Qayatul! Ya Allah! Encik Arfan apa dah jadi ni?” Soal Irnani setelah melihat salah seorang rakannya dicepung oleh pemilik syarikat tersebut.
            “Dia pengsan.” Pendek saja jawapannya. Langsung tidak menghiraukan orang sekeliling. Sekarang yang penting, Qayatul.
            ‘Apa sebenarnya penyakit Qayatul ni?’

ARFAN terdiam sebaik mendengar berita yang baru saja dimaklumkan oleh doktor yang merawat Qayatul tadi. Sungguh dia benar-benar tidak menyangka gadis seperti Qayatul menghadapi dugaan sebegini. Luluh hatinya mendengar perkhbaran dari doktor yang memeriksa keadaan Qayatul tika itu.
            “Sirosis hati tahap akhir.” Sebaris ayat itu benar-benar menyentakkan hatinya. Ditelannya liur penuh kelat. “Dari pemeriksaan saya, cik Qayatul menghidap penyakit ini sudah begitu lama sehingga menyebabkan hatinya membengkak dan rosak.” Jelas doktor lelaki muda itu lagi.
            “Tetapi setahu saya penyakit hati sebegini bukan boleh dirawat ke doktor?” Soal Arfan penuh hairan. Masak zaman moden sebegini rawatan bagi penyakit hati tidak dapat dibendung? Selalu yang dia dengar, pesakit yang mengalami penyakit sebegini mudah saja sembuh dengan hanya pengambilan ubat. Tetapi kenapa tidak Qayatul? Detik hatinya.
            Doktor muda di depannya menggeleng. Arfan sempat menilik tag nama pada baju doktor tersebut. Doktor Azran namanya.
            “Sememangnya penyakit hati boleh pulih dengan pengambilan ubat. Tetapi dalam kes ini saya rasa cik Qayatul mungkin tidak membendungnya terlebih awal. Dan mungkin juga beliau kurang mengambil berat tentang pengambilan ubat tersebut dan membiarkan penyakitnya menular. Ada kemungkinan faktor seperti kekurangan pendapatan menyebabkan beliau tidak mampu untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.” Arfan terkedu sebaik mendengar penjelasan Qayatul. Ada benar kata doktor Azran itu. Kemungkinan Qayatul tidak mampu untuk membiayai kos perubatan sehingga menyebabkan gadis itu rela membiarkan penyakitnya menjadi parah sebegini.
            “Jadi...bagaimana..bagaimana nak pulihkan penyakitnya doktor?” Soal Arfan lagi. Di dalam hati dia berdoa agar ada pendekatan lain yang boleh menyelamatkan nyawa gadis itu.
            Transplant. Dia memerlukan donor hati yang sesuai untuk menggantikan hatinya yang sudah rosak.” Sebaris ayat itu benar-benar membuat hatinya bertambah bingung. Kalau tidak dicarikan penderma yang sesuai, pasti nyawa Qayatul dalam bahaya.
            Arfan meraup wajahnya. Kepalanya begitu runsing apabila memikirkan nasib gadis itu. Sudah dianggapnya gadis itu seperti adiknya sendiri. Apabila mendengar perkhabaran ini, makin meruntun hatinya di kala itu. Ingin sahaja dia menjaga gadis malang itu. Dia tidak mahu gadis sebaik Qayatul terpaksa menggalas duka yang begitu berat sekali.
            ‘Aku akan jaga dia macam adik aku sendiri. Qayatul begitu berharga sekali bagiku. Ah! Rasa begitu simpati pada nasibnya. Perjalanan hidupnya masih panjang. Masih banyak yang perlu dia belajar di dunia ini.’
            Arfan berhenti betul-betul di depan rumah teres satu tingkat itu. Lama matanya memerhati sekeliling rumah itu. Begitu kecil dan sedikit usang. Makin menggebu rasa simpatinya terhadap gadis yang bernama Qayatul.
            Sedetik kemudian, perbualan di antara dirinya dan juga mamanya 2 hari yang lepas kembali berputar di minda.
            “Arfan mama tengok langsung tak pernah berkepit dengan mana-mana perempuan. Kenapa ya?” Sebaris ayat itu benar-benar membuat dia terkedu. Bagaimana mungkin dia mampu menjelaskan kepada mamanya tentang isi hatinya sebenar. Mana mungkin dia mahu berterus terang akan perasaan yang dialaminya selama ini. Mana mungkin! Dia rela kalau rahsia hatinya disimpan sendiri.
            Dengan perlahan dia menjawab, “ Tak ada yang berkenan, ma. Lagipun Fan rasa hidup sendiri lagi elok berbanding berkepit dengan perempuan 24 hours.”
            “Bukanlah mama nak kamu berkepit sampai 24 hours. Kalau dah 24 jam sebegitu, alamatnya kamu kena kahwinlah. Baru boleh berkepit dengan isteri 24 jam.” Arfan tersentak mendengar seloroh mamanya itu. Penuh makna disebalik kata yang ditutur mamanya itu. Arfan kembali berdiam diri dan menyambung perhatiannya pada televisyen di depan.
            “Arfan...Mama rasa Arfan dah layak untuk mencari seorang isteri sewaktu ini. Mama nak Arfan cari seorang gadis yang boleh jaga Arfan di kala tua nanti. Seorang isteri solehah yang mampu menerima baik buruk Arfan seadanya.”
            ‘Soalnya ada ke gadis sebegitu? Adakah gadis yang sanggup menerima sejarah hitamku dulu? Adakah?’ Arfan menyoal dirinya sendiri.
            “Dan kalau boleh, mama nak Arfan kahwin dalam tahun ini juga!” Tegas Datin Rohaya pada anaknya.
            “What?”
            “Yes! Mama nak Arfan kahwin dalam tahun ini. And if you can’t find the right girl, biar mama yang tolong carikan. Jadi, lebih baik Arfan carikan seorang perempuan dan bawa dia jumpa mama. Kalau tak, mama akan cari mana-mana gadis yang sesuai untuk Arfan dan pada masa tu, there is no excuse!”
            “Tapi ma...Mama tak boleh bertindak terburu-buru sebegini. Mama tak kasihan ke dengan Arfan?” Pujuk Arfan lembut. Berharap hati mamanya mampu cair dengan pujuk rayunya itu. Ini yang aku tak suka ni, desis hatinya.
            Datin Rohaya berpaling memandang wajah anaknya itu. Satu-satu anak yang dia ada bersama arwah suaminya. Dia mengusap pipi putih anaknya penuh lembut. Wajah anaknya persis arwah suaminya. Ada kacukan Belanda. Sememangnya anaknya begitu mirip arwah suaminya. Berdarah orang putih!
            “Mama lagi kasihan kalau tak ada sesiapa yang jaga makan minum Arfan bila da tua nanti. So, that’s my decision and you need to follow my order! Mama tahu kamu pasti tak nak jadi anak derhaka bukan?”
            But I have no interest in girls at all,ma...” Jujur Arfan.
            “Takkanlah anak mama yang hensem ni tak berkenan dengan perempuan. Takkan Fan ini di luar tabii kot?” Bagai dipanah petir menyambar terus ke hati, persoalan mamanya itu benar-benar membuat dia tergamam. Terdiam membisu tanpa kata. Seraya itu Datin Rohaya tergelak kecil.
            “Merepek jelah Fan ini. Anyway, I hope before end of this year, Arfan dah jumpa the right one and terus kahwin. Mama tak sabar nak timang cucu dari Arfan. Rumah ini begitu sunyi tanpa budak-budak. Siapa lagi yang boleh hadiahkan mama cucu kalau bukan Arfan? Ya! Hanya Arfan seorang anak mama dan mama sayangkan Arfan sangat-sangat. Please don’t dissapoint me.” Begitu sekali pengharapan mamanya terhadap dirinya. Benar-benar buat kepalanya runsing.
            ‘Kalau mama tahu apa yang aku alami sekarang. Pasti mama akan mengamuk. Ah! Bagaimana nak berkahwin dengan orang yang tidak kita cintai? Mampukah orang yang tiada perasaan cinta itu bersama? Mengarut!’
            Setelah itu, Arfan kembali ke alam nyata. Dilihatnya lagi kawasan perumahan itu. Begitu meruntun hatinya.
            ‘Kenapa Qayatul perlu menghadapi segala dugaan sebegini? Tidakkah orang yang sebaik dirinya perlu bahagia?’
            Lantas, Arfan memandu meninggalkan perkarangan itu dengan hati yang walang. Serabut memikirkan hal masa depannya, begitu juga dengan keadaan Qayatul. Moga-moga kedua-duanya mendapat penyelesaian untuk masalah yang dialami mereka.

MATA yang lama tertutup mula bergerak-gerak. Terasa begitu berat sekali kepalanya sekarang. Perlahan-lahan dia membuka mata. Sekejap-kejap matanya kebali tertutup dek cahaya lampu yang begitu menyilaukan pandangannya. Setelah menyesuaikan diri dengan cahaya tersebut, barulah dengan senangnya matanya dibuka.
            Qayatul mengerling sekeliling. Pelik melihat tempat yang begitu asing buatnya itu.
            ‘Aku kat mana ni?’
            Dalam beberapa minit kemudian barulah dia tahu di mana dia berada sekarang. Dilihatnya lagi baju yang melekat di tubuhnya. Memang sah dia kini berada di hospital. Malah bau ubat di situ meyakinkan tebakannya. Lalu, dia mengerling ke meja kecil di sebelah katil dan ingin mengambil air pada jug yang tersedia di situ. Diteguknya air dengan rakus dan setelah selesai minum, barulah ingatannya kembali pulih. Segala yang terjadi pada petang tadi menerjah mindanya. Dia pengsan! Pengsan di depan...
            “Assalamualaikum,” Ucapan salam itu membuat Qayatul pantas berpaling pada daun pintu. Wajah Arfan sudah tersembul di pintu. Betul! Dia ingat kembali adengan petang tadi. Dia pengsan di depan bossnya. Qayatul menggigit bibir. Apakah bossnya sudah tahu akan keadaan dirinya yang berpenyakit itu?
            ‘Masaklah aku kalau tiba-tiba dia buang aku dari syarikat dia. Ya Allah diminta dijauhkan.’ Pohon Qayatul dalam hati. Lambat-lambat dia menjawab salam yang diberi.
            Arfan mendekati katil Qayatul dan menayangkan senyuman yang paling manis buat gadis itu. Qayatul terpempan melihat segaris senyuman yang begitu tulus sekali sehingga menyebabkan ada debar yang mendatang. Ada denyut yang menyesakkan hati. Ada degup yang berlagu nyaring. Pantas, Qayatul mengalihkan matanya ke tempat lain.
            “Awak tak apa-apa?”
            “Saya okey.” Jawab Qayatul sepatah.
            “You lie!” Tersentak Qayatul sehingga menyebabkan dia kembali menatap wajah lelaki itu. Wajah yang manis bersama senyuman tadi berubah muram dan begitu menyeramkan. Bertambah hairan Qayatul melihat mood bossnya itu.
            “Ap..apa yang Encik Arfan cakap ni? Saya okey sahaja. Masih bernyawa lagi.” Seloroh Qayatul bersahaja.
            “Masih bernyawa tapi bagaikan nyawa-nyawa ikan, begitu? Nyawa sudah di hujung tanduk masih boleh menyatakan bahawa awak okey? Nonsense!”
            “En..Encik Arfan cakap apa ni?”
            “Awak jangan nak tipu saya Qayatul. Nyawa awak sekarang di dalam bahaya. Kenapa tak dirawat penyakit yang sudah serius itu? Kenapa dibiarkan sahaja sehingga dia menjadi begitu teruk?!” Ujar Arfan dengan suara yang sedikit naik. Qayatul makin bertambah takut untuk menghadap wajah Arfan. Begitu menggerunkan. Sememangnya wajah Arfan akan tampak begitu menggerunkan di kala dia marah. Qayatul begitu takut melihatnya. Sudahnya, ada tangisan yang berlagu memecahkan kesunyian. Esakan Qayatul menjadi-jadi selepas itu.
            Arfan jadi serba salah. Lantas, ditariknya tubuh kecil itu ke dalam dakapan. Semakin menjadi tangisan Qayatul bersama sedu sedan. Tidak tahan dengan esakan Qayatul, Arfan mengusap-usap belakang Qayatul bagi meredakan tangisan gadis itu.
            “Shhh...It’s okay. I’m not gonna hurt you and I’m sorry. Please stop crying. Qayatul, I know you are a strong girl. Jangan cepat mengalah. Bukan begini caranya,” Berharap agar pujukan Arfan itu mampu meniupkan sedikit semangat pada gadis itu.
            Qayatul terbuai dengan sentuhan lembut itu. Namun cepat-cepat dia tersedar dan menolak lembut tubuh Arfan.
            “Sorry...” Terasa membahang wajah Qayatul tika itu.
            ‘Kenapa aku terleka dengan usapan tadi? Ya Allah, apa aku dah buat ni? Qayatul, jangan biarkan kau tenggelam dengan perasaan sendiri. Sedarlah Qayatul sebelum parah jadinya,’ Qayatul mengingati dirinya. Dia tunduk tanpa mahu memandang wajah Arfan.
            Melihat Qayatul yang hanya berdiam diri, Arfan juga turut berdiam diri. Hanya matanya saja menyapa wajah gadis di depannya itu. Di hujung matanya, dia menangkap sisa air mata pada pipi Qayatul lalu disekanya lembut air mata tersebut. Makin resah hati Qayatul dengan layanan baik Arfan itu. Semakin tak keruan hatinya di kala ini.
            “Encik Arfan...Maafkan saya kerana menyusahkan Encik Arfan. Pasal penyakit saya tu, Encik Arfan tak perlulah bimbang. Lagipun, tadi saya terlupa nak makan ubat, sebab tulah saya pengsan.” Qayatul cuba mencari alasan. Masih tidak mahu Arfan melayannya sebegitu.
            “Jangan mengelak Qayatul. Saya dah tahu semuanya. You need operation. Awak perlukan pembedahan hati Qayatul. Kalau tidak, nyawa awak akan dalam bahaya!” Pantas Arfan mencelah. Hati Qayatul bagaikan dipalu geruda. Sekarang, bossnya itu tahu perkara sebenar mengenai penyakitnya. Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Adakah dia akan diberhentikan dari melakukan praktikal di syarikat lelaki itu? Bagaimana dengan masa depannya nanti? Semakin banyak persoalan yang menyesak mindanya. Sedetik kemudian, dia dapat merasakan pening kepalanya kembali menyerang.
Dipegangnya kepala yang sudah memberat semula. Melihat keadaan Qayatul sebegitu, cepat-cepat Arfan menarik bantal di belakang Qayatul dan dibetulkan bantal tersebut agar Qayatul baring dengan selesa.
Look, I think you need rest Qayatul. Saya akan biarkan awak bersendirian. Malam nanti saya akan kembali menjenguk awak,”
“Tapi...”
No but young lady! I will be back around 8 o’clock. So, don’t worry.” Pintas Arfan. “Take care, okay? Saya balik dulu.” Sempat tangannya mengusap lembut rambut Qayatul sebelum keluar dari bilik wad tersebut. Semakin berdetak jantung Qayatul diiringi rasa sesak pernafasannya.
‘Apa yang sudah terjadi pada aku ni? Kenapa tak berhenti-henti jantungku berdegup kencang?’
Sudahnya, Qayatul terlena bersama persoalan yang mengganggu fikirannya.

MEMBUNTANG mata Qayatul sebaik mendengar usulan dari bossnya itu. Adakah Arfan sudah terkena rasuk? Tahukah dia betapa gilanya cadangan Arfan itu? Langsung tak terfikirkah natijah sekiranya dia bersetuju dengan permintaan Arfan itu?
            “Saya tahu awak pelik dengan permintaan saya ni, tapi...saya rasa inilah sebaik-baiknya. Untuk awak dan juga saya. Kedua-duanya mendapat kebaikannya. Lagipun kita tak ada masa lagi, Qayatul. I need you and so does you need me.”
            “Encik Arfan ingat saya ni apa? Barang yang diperdagangkan? Memperjudikan nasib saya pada Encik Arfan sesuatu yang tak pernah saya fikirkan langsung. Apatah lagi memikirkan permintaan Encik Arfan ini! Saya tak terima! Saya tak nak!”
            “Qayatul, tanpa saya, nyawa awak dalam bahaya. Awak perlukan pembiayaan kos pembedahan tu bukan?” Makin mendidih amarah Qayatul apabila Arfan cuba memancing hatinya dengan menggunakan alasan itu. Apa dia ingat perkara ini boleh dibuat main-mainkah? Ini mengenai masa depan aku, hidup aku! Bentak hatinya.
            Qayatul memalingkan muka ke tempat lain sambil memeluk tubuhnya tanda protes.
            “Encik Arfan ingat dengan cara begitu saya akan setuju? Saya rasa cara Encik Arfan ni lebih kepada menyindir saya. Menyindir kelemahan saya.”
            “Saya tak pernah terniat pun nak sindiri atau mengejek awak, Qayatul. Saya ikhlas membantu awak.”
            “Ikhlas dengan bersyarat?” Pintas Qayatul pantas. Matanya tajam menentang mata Arfan. Arfan mengeluh lemah.
            “Saya lakukan semua ini demi kebaikan awak Qayatul. Saya nak awak terima lamaran saya sebab saya rasa saya bertanggungjawab ke atas awak. Saya nak jaga awak. Saya mahu awak jadi isteri saya supaya senang bagi saya menjaga awak.”
            “Kenapa...Kenapa Encik Arfan seperti tergesa-gesa melamar saya ni?” Arfan terdiam seketika. Perlukah dia memberitahu perkara sebenarnya kepada gadis ini?
            Melihat Arfan diam tidak menjawab soalannya, hati Qayatul tiba-tiba menjadi tak kena. Adakah Encik Arfan...
            Tidak mahu membiarkan suasana menjadi sepi, lambat-lambat Qayatul bersuara ingin memastikan sama ada betul atau tidak tekaannya selama ini. Betulkah apa yang dikatakan oleh orang sekeliling mengenai lelaki itu?
            “Encik Arfan..ermm..Encik Arfan da...da jatuh cinta pada saya ke?” Kini giliran Arfan pula yang tergamam. Kelu lidahnya tidak tahu mahu menjawab apa pada soalan Qayatul itu. Kalau dia mengiyakan persoalan itu maka ini bermaksud dia telah mempermainkan perasaan gadis itu. Tetapi, kalau tidak, apa yang perlu dia jawab?
            “Perlukah sebuah perkahwinan itu bersandarkan perasaan cinta? Orang tua-tua selalu berkata, lagi manis kalau bercinta selepas kahwin. Malah, orang dulu-dulu yang berkahwin tanpa cinta, perkahwinan mereka masih kekal hingga akhir hayat mereka. Jadi, penting ke perasaan itu?” Entah kenapa, Qayatul rasa sedikit kecewa mendengar kata-kata Arfan itu. Dan ini bermakna lelaki itu tidak punya perasaan langsung padanya. Jadi, kenapa perlu melamar dirinya? Adakah Arfan punya agenda sendiri?
            “Kalau begitu, kenapa Encik Arfan mahu mengahwini saya?” Persoalan Qayatul itu sekali lagi membuat hatinya resah. Dia takut kalau gadis itu akan menolak dirinya lagi. Dan dia takut kalau alasan dia ingin mengahwini gadis itu akan membuat gadis itu memarahi dirinya.
            Arfan menarik nafas panjang. “Saya ingin kahwin dengan awak atas sebab tanggungjawab. Dan...” Arfan sekali lagi menarik nafas panjang sebelum menyudahkan katanya.
            “Dan saya rasa awaklah gadis yang paling sesuai buat saya. Saya percaya awaklah gadis yang mampu menjaga saya seperti mana ciri-ciri yang mama saya nak dalam mencari calon isteri yang sesuai buat diri saya.”
            Sejurus itu, Qayatul tertawa sinis. Arfan menjongket keningnya. Hairan.
            “Encik Arfan begitu yakin yang saya ni mampu menjaga Encik Arfan? Melihat keadaan saya sebegini, Encik Arfan pasti ke saya boleh jadi isteri Encik Arfan?”
            “Saya tak pernah seyakin ini, Qayatul. Saya mahu awak menjadi isteri saya. Terus-terang saya kata begitu sukar ingin saya jelaskan sebab kenapa saya memilih awak, tetapi ingatlah...Melihat diri awak, seperti melihat diri saya sendiri.
Saya tahu, mak cik awak pasti tak tahu keadaan yang awak alami sekarang bukan?” Qayatul kelu.  Qayatul menggigit bibirnya. Sememangnya dia tidak mahu mak cik saudaranya tahu akan penyakit yang dihidapinya itu.
Arfan senyum kecil. Ditariknya tangan Qayatul dan ditepuknya lembut. Qayatul terkejut dengan tindakan Arfan yang bersahaja itu. Namun, di sudut hatinya, dia berasa senang dengan layanan Arfan.
“Awak pasti tak nak berita ni menyebabkan mak cik awak susah hati bukan? Qayatul...Percayalah pada saya. Saya mampu menjaga awak dan saya berharap pada satu hari nanti, awak juga akan melakukan perkara sama. Menyimpan rahsia yang besar sebegini adalah satu-satunya cara awak tidak mahu memberi bebanan pada mak cik awak. Jadi, benarkan saya untuk mengurangkan bebanan itu.Benarkan saya membantu awak.”
‘Kerana aku memerlukan bantuan darimu jua, Qayatul.’ Bisik hati kecil Arfan.
Arfan beredar ingin keluar dari bilik wad tersebut. Sekarang sudah lewat malam. Qayatul pula memerlukan rehat sepenuhnya. Dalam masa 2 hari lagi, gadis itu akan melakukan pembedahan hati. Jadi, dia tidak mahu mengganggu Qayatul selepas ini. Pasti lamaran ini begitu mengejut buat Qayatul. Dia mahu Qayatul memikirkan perkara ini semasak-masaknya.
Belum pun keluar dari bilik wad, Arfan berpaling.
“Mungkin juga lamaran ini demi kepentingan masing-masing. Tetapi di satu sudut hati saya, saya sememangnya ikhlas mahu membantu awak, Qayatul. Saya mahu awak tahu bahawa apa yang awak rasa, saya juga rasa.
Menyimpan sebuah rahsia sememangnya satu perkara yang sangat berat bagi kita kerana kita tidak mahu rahsia itu mengecewakan hati ramai orang. Malah, dengan cara ini sajalah kita mampu melupakan perkara yang menyesakkan fikiran kita. Berharap agar tindakan ini mampu meredakan hati yang tengah walang. Memulihkan hati yang tengah kecewa dan mungkin juga menyempurnakan hati yang berbelah bahagi.” Dihujung ayat Arfan kedengaran seperti berbisik. Namun, telinga Qayatul dapat menangkap butir bicara lelaki itu.
‘Menyempurnakan hati yang berbelah bahagi?’ Soal Qayatul dalam hati.
Mata Qayatul menghantar pergi Arfan hingga hilang dari pandangannya. Sejurus itu, satu keluhan berat dilepaskan.
“Apa perlu aku lakukan? Patutkah aku menerima lamarannya itu? Patutkah aku percaya yang dia mampu menjagaku dan aku juga mampu menjaganya?” Qayatul pening memikirkannya.
Pintu sudah tertutup rapat. Di luar Arfan berpaling menghadap pintu bilik wad Qayatul.
‘Kalaulah awak tahu siapa diri saya. Apa yang saya alami sebelum ini, mampukah awak menerimanya? Perasaan cinta saya pada lelaki harus dibuang. Harus dibendung. Saya perlukan awak untuk melupakan ‘dia’. Saya mahu berubah Qayatul. Saya mahu menjadi lelaki sejati. Mahu mengeluarkan diri dari dibelenggu dosa silam. Mahu menjadi lelaki yang mencintai kaum yang berhak menerima cinta ini.’

12 comments:

  1. gaya penceritaan baik dan olahan matang .. menyentuh perasaan pembaca n watak perwatakan pun membawa impak yg dlm..

    untuk pengolahan mss, masih ada format yg boleh dibetulkan tpi tak jadi hallaa saya pun selalu buat silap yg sama. fyka cuba la buat mss lagi ya... fyka rajin gila menulis.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..Thanx Rinsya..Nshat yg brguna bwat sy..apa2pn..sy juga plu byk yg kna blajr..anyway...happy raya.. :D

      Delete
  2. Waaaaaaa best ... Continue lagiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...Thanx..nntikan yg full pnya ya? :D

      Delete
  3. Best...
    Sedikit sentimental dengan gaya olahan yang menarik...
    Teruskan menulis...
    Selamat Hari Raya Aidilfitri...#^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhe..sntimntal? kt mna ek?apa2pn trharu sbb NurAtiza sntiasa fllow cter sy...Slmat hri rya...N thanks.. <3

      Delete
  4. bila nk smbg cite nie saya xsbr nk tggu nie...

    ReplyDelete
  5. Dh ada smbugn cte ni blum?nk tau endingnye..:-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blm ada lg..bwat msa ni sgt sibuk...sorry ye..klu ada apa2 brta nnti sy akn postkn kt sni.. thank u ..:)

      Delete
  6. bila ending cerpen nj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry...mngkin lmbt lg..sy bz lately...sorry sgt2..

      Delete