Bab 28
Jarinya telunjuknya mengetuk-ngetuk meja tulis yang berada di dalam kamarnya. Dia menghela nafas panjang. Seketika kemudian, kerusi duduk pula dipusing-pusingnya. Matanya pula terarah pada siling di atas. Kemudian dia berdiri dan melangkah ke luar beranda biliknya. Dia menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan. Kepala didongak ke dada langit yang sudah gelap ditemani bintang-bintang yang berkelipan terang. Di dalam hati dia memuji keindahan alam yang Allah kurniakan itu.
“You still can’t sleep, do you?” Suara garau menerpa gegendang telinganya. Dia berpaling dan seraya memandang wajah di depannya, dia mengulum senyuman manis.
Lelaki itu turut membalas senyuman kepada si adik kembarnya itu. Tahu sangat perangai Nick yang selalu berpura-pura gembira di depannya tetapi hakikat sebenar, hati itu merana.
“Tak usah tunjuk muka hensem kau tu kat abang. Abang tau, banyak sangat benda yang kau fikirkan sekarang bukan? Sebab tulah tak tidur lagi. Kalau selalu, masa tidur kau lewat pun pada pukul 1 pagi. Ni dah pukul 2 pagi. Kenapa tak tidur lagi?” Soal Emir menghampiri adiknya di beranda luar kamar beradu milik Nick.
“Tanya orang, dia tu sama je tak dapat tidur. Abang Emir pulak kenapa tak tidur dari tadi?” Nick juga mengutarakan soalan yang sama.
“Aku tanya dulu, kau jawablah soalan aku tu dulu. Lepas tu barulah aku jawab soalan kau pulak.” Seloroh si abang. Nick tersengih mempamerkan gigi putih pada Emir.
“Aii, masih nak berahsia dengan abang ke?” Tanya Emir lagi bila Nick masih tetap berdiam diri tanpa menjawab soalannya tadi.
“Ini mesti pasal Risya kan?” Tebak Emir. Berubah wajah Nick sedikit. Cepat-cepat dia menutup rasa malunya dengan senyuman kecil.
“Abang dengar kau baru balik dari Sarawak. And if I am not mistaken, that girl is from Sarawak right?”
“Ha’ah. Tapi, Nick ke Miri pun sebab atas urusan kerja jugak. Tak sangka pulak, Risya ambil cuti sakit dan balik ke kampung halaman dia. Aku tahu pun daripada Haris. Jadi, sambil menyelam minum airlah. Dapatlah berkenalan dengan ahli keluarga dia. Tahu siapa sebenar Nur Erisya Kamal tu.”
Nick menyandar belakangnya pada besi beranda. Kepalanya didongakkan ke atas. Dia menarik nafas dan menyambung kembali bercerita.
“ Adalah jugak berjalan-jalan di bandar Miri tu. Famili dia memang baik sangat. Peramah and friendly.”
“Baguslah tu. Kau dah dapat green light dari famili dia. Not bad! Tapi, asal muka tak segembira mana?”
“Shes leaving me like that!”
“What?!” Emir menjerit kecil dan terhembur juga tawanya.
“Abang Emir, tak lawak pun tau. Aku dah beritahu dia, jangan pergi balik ke KL dulu. Dia balik tak beritahu kat aku pun perancangan dia tu. Duduk je sembang-sembang dengan famili dia, tup tup ayah dia tanya dia nak balik pukul berapa. Mana tak aku naik angin. Tak ada nak berbincang dengan aku.”
“And, may I know what is your right to know all about her plan?” Nick terdiam sejurus mendengar persoalan abangnya itu. Merah padam mukanya bila dikemukakan soalan itu. Emir sudah tersenyum.
“ Right now Nick, dia tu mungkin hanya anggap kau sebagai seorang teman tapi mesra dan juga seorang boss bagi tempat dia bekerja. Kau nak naik angin buat apa? You are not her boyfriend neither husband. So, you have to act coollah, bro! Kau menggelabah macam tu, manalah perempuan tak lari dari kau.” Emir menyambung tawanya tadi. Dia menggeleng mendengar cerita dari adik kembarnya itu.
“But, I love her, abang Emir. Tak salah kalau aku diberitahu bila dia nak balik kan?”
“And does she loves you back?” Sekali lagi, Nick terasa panah mencucuk hatinya dalam. Ada sahaja kata-kata abangnya itu membuat dia terkedu dan berfikir lama.
“Nick, abang tak percaya yang a playboy before this like you can’t even take a woman’s heart like her? Apa sudah jadi dengan Nick yang dulu?”
“Bang Emir, Nick yang dulu dan Nick yang sekarang berbeza. Nick sekarang ingin berubah menjadi setia.”
“Tapi tak salah kalau Nick yang sekarang belajar nak curi hati si dia daripada pengalaman Nick yang lalu?”
“But shes differentlah bang.”
“I know. Sebab tulah kau kejar dia. Memang dah lumrah alam. Sekali sekala playboy kena belajar dari kesilapan mereka.” Emir menepuk bahu adiknya bagai meniupkan sedikit semangat. Nick meraup wajahnya. Kini, matanya berpandangan dengan mata Emir.
“Apa jadi dengan plan nak buat Risya jeles tu?”
“Buat plan tu adalah. Tapi, makin dibuat, makin jauh dia melarikan diri. Lagilah pening kepala aku dibuatnya.”
“So, buatlah cara ‘playboy’ Nick dulu buat.”
“Hah?” Nick menjongket kening tidak memahami bicara Emir. “You mean be back like Nick yang dulu maksud abang?” Soalnya pula.
“Nolah! Adoi! Kenapalah adik aku ni lembab semacam? Maksud abang adik kesayanganku, cuba guna taktik memikat Nick yang dulu. Jadi gentleman, tapi kena berpada-pada. Be a sweet guy, but not too much honey. Buat jual murah tapi jangan terlalu diskaun, kena jual mahal jugak. Somehow, that girl mesti cair jugak dengan kau. Then, bila dia dah mula rapat dengan kau, then slowly kau cuba jauhkan diri kau tu pulak. Tengok sama ada dia tercari-carikan kau ke tak.” Nick berfikir sejenak.
‘Boleh pakai ke plan abang aku ni?’ Dia tertanya-tanya sendiri.
“Haii, ingatkan playboy sejati. Tapi, playboy bajet je lebih! Eh, macam mana kau dapat awek ramai-ramai tu dulu ek?” Nick mendengus kecil dan tersenyum mendengar omelan Emir.
“Tu semua awek-awek mata duitan. Nasib baik tak kering poket aku ni dibuatnya.” Emir sudah tergelak sakan.
“Tulah bezanya aku dengan kau,Nick. I won’t spend a little money unless to a woman that I really love.”
“Hah... Abang Emir pulak bercerita. Asal tak tidur-tidur lagi ni?”
“Aku? Orang yang nak jadi pengantin ni mana dapat tidur lena. Macam-macam kena fikir. Pasal barang hantaranlah, pasal pelaminlah, pasal majlis resepsilah dan macam-macam ada.” Emir mengajuk slogan yang sering digunakan di kaca televisyen.
“Nasib baik my anje sayang tolong uruskan semua. He he he.”
“Untunglah...” Seloroh Nick sambil dia menumbuk perlahan bahu abangnya itu. Emir tertawa kecil.
*******************************************
Aku duduk di kerusi belajar menghadap meja tulis. Telefon bimbit Sony Ericsson dipandangku lama di atas meja tersebut. Aku teragak-agak mahu membuka kembali telefon bimbit itu. Sudah beberapa hari telefon tersebut sunyi sepi. Kisah pagi semalam kembali bermain di minda.
Aku menarik beg roda dan aku letakkan di tepi. Tangan sudah menyeluk ke dalam beg sandang mencari kunci rumah. Belum sempat nak buka pintu rumah, pintu sudah terkuak dari dalam. Wajah masam Farina terpampang di depan mata. Asal pulak minah ni berwajah macam orang berak sendat ni?
Aku kembali menarik beg roda dan masuk ke dalam selepas memberi salam. Aku duduk sebentar di sofa ruang tamu. Farina masih tidak berbunyi dan turut duduk di sofa sebelah. Aku menjongketkan kening.
“Kau kenapa? Ada yang tak puas hati ngan aku ke?”
“Memang Farina tak puas hati dengan akak Risya.” Farina menjawab pertanyaanku. Hah! Apa pulak benda yang dia tak puas hati ini?
“Apa bendanya? Akak rasa akak dah bank in duit sewa 3 hari lepas. Ada yang masih belum dibayar ke?” Selorohku. Tangan sudah menarik tudung yang melekap di kepala. Aku menarik getah rambut dan tanganku menyisir rambutku yang sedikit basah.
“Bukan pasal bayaran sewa. Ni pasal mamat yang suka buat Farina kena morning sickness pagi-pagi ni.” Aku mencebik. Tahu siapa yang dimaksudkannya itu. Ada apa pula dengan Iz?
“Akak tahu tak, sepanjang akak tak ada kat sini, dia balik-balik cari Farina. Asyik-asyik tanya kak Risya ada ke tidak kat rumah. Setiap hari, dia terpacak kat depan pintu menunggu kalau-kalau akak ada kat rumah. Naik rimas Farina dibuatnya!”
“Akak off handphone ek?” Sambung Farina lagi. Aku terkedu dan menggigit bibir macam orang yang bersalah. Memang pun!
Lambat-lambat aku mengangguk pada pertanyaan Farina. “Asal akak off kan phone tu?” Farina sudah menjerit kecil.
“Sorry Farina. Kalau boleh, akak memang tak nak dia ganggu akak masa akak kat Miri. Yalah, akak kan nak berehat.”
“Tapi kak, yang jadi mangsa menghadap lelaki tu, kami bertiga. Tak habis-habis bertanya, mana hilangnya kak Risya.”
“Habis tu, asal tak bagitahu je?”
“Sebab nak beri pembalasan kat si Iz tu. Padan muka dia! Hmph!” Farina memeluk tubuh sambil bibirnya sudah muncung macam anak itik. Aku menahan tawa agar tidak terhambur. Takut spoil mood minah cemberut ni pula.
“Dah Farina buat keputusan tak beritahu dia, terimalah padahnya. Akak dah awal-awal offkan phone tak nak dia cari akak. Kau yang cari penyakit, tanggunglah akibatnya.”
“Disebabkan tak tahan menanggung, kak Hasnah terus beritahu kat Iz yang akak balik bercuti di Miri.” Aku tersenyum melihat wajah Farina yang sudah menarik muka masam itu. Alololo, comelnya dia buat-buat merajuk. Aku tergelak dalam hati.
“Jadi, dah amanlah sekarang ya?”
“Tak pun. Dia masih mencari Farina sampai ke UiTM sebab nak tahu nombor phone akak yang satu lagi.” Aku terkejut mendengar cerita Farina itu. Sampai begitu sekali Iz mencariku. Kenapa sejak kebelakangan ini, Iz mula terkejar-kejar bayanganku? Aku naik pening pula.
Sehingga ke hari ini, Farina tetap tidak memberitahu nomborku kepada Iz. Aku tahu Farina tidak begitu ngam dengan Iz dari dulu lagi. Jadi, memang tidak hairanlah kalau Farina mahu menyembunyikan nombor telefonku dari pengetahuan Iz.
Mataku masih terpaku pada telefon bimbit di atas meja. Akhirnya, aku menekan butang telefon dan menghidupkannya. Beberapa saat kemudian, telefonku sudah berdering menandakan mesej masuk. Aku menekan punat kekunci. Terbeliak mataku melihat inbox. Ada 20 mesej masuk dan 15 miss kol dari Iz. Jariku menekan butang kekunci dan membaca mesej-mesej tersebut.
Sudahku jangka, kesemua mesej Iz menyoal ke mana aku menghilang. Ada juga mesejnya menyoal tentang kesihatanku dan ada juga mesej darinya yang menyoal kenapa telefonku ditutup.
Setelah kesemua mesej Iz dibaca, tiba-tiba terdengar bunyi deringan dari telefon bimbit tersebut. Aku melihat siapa pemanggilnya. Aku menekan butang menjawab panggilan tersebut.
“Hello, Iz.”
“Hello, Erisya. Akhirnya dapat jugak kol kau. Kau sihat?”
“Sihat.” Jawabku pendek. Entah kenapa terasa suaraku sedikit bergetar. Aku menarik nafas panjang dan menghembus perlahan.
“Emmm...Kau dah balik Shah Alamlah ni?”
“Ha’ah. Sorry sebab aku offkan phone.” Aku menggigit bibir mendengar penipuanku sendiri.
“Kau ada nombor baru kan?”
“Emmm...” Aku melongo tidak tahu nak cakap apa. Kalau boleh, aku memang tak nak dia tahu pun tentang nombor telefonku yang satu lagi.Ligat mindaku memikirkan alasan yang perlu dikemukakan kepada Iz.
“Ya, ada. Tapi, nombor tu aku guna untuk hal-hal pejabat. Kau pun tahu kan yang aku tak melekat sangat dengan phone. Lagipun, gelombang telefon bimbit ni tak baik untuk kesihatan.” Aku terkedu mendengar alasan yang entah apa-apa keluar dari mulutku ini. Aku tertawa kecil menahan malu.
“Erisya, are you trying to avoid me?”
“Ehh..Mana ada. Apa pulak nak avoid kau? Sekarangkan aku jawab kol kau jugak?” Dalihku. Aku menggaru kepala yang tak gatal. Aduh! Apa lagi alasan yang perlu aku buat selepas ni?
“Erisya, aku tahu mesti kau rasa tak selesa dengan aku kan? Lebih-lebih lagi dengan status aku ni. Tapi, I need a friend, Risya. Aku tak tahu nak luahkan dengan siapa. Dan di mindaku sekarang, hanya kau. Aku sendiri tak faham dengan perasaan yang aku alami sekarang. Aku...” Terdengar bunyi helaan nafas ditalian. Iz seperti menanggung derita yang amat berat. Aku rasa bersimpati kepadanya.
“Iz...I’m so sorry kalau kau rasa aku macam avoid kau beberapa hari ni. Tapi, kadang-kadang I need a space too, you know. But, If you need friend, I am here for you.” Kini, bunyi keluhan pula menjadi halwa telingaku. Aku rasa serba salah.
“Susah aku nak terangkan kat kau, Risya. Aku rasa pasal apa yang terjadi pada rumahtangga aku, aku dah lama lupakan. What I need right now is someone to rely on. Aku nak teruskan hidup aku dengan seseorang yang memberi makna dalam hidupku. Someone like...” Iz tidak menyambung ayatnya. Di dalam hati, aku sudah tahu apa yang dimaksudkan Iz. Makin berdebar-debar hatiku ingin Iz menyambung ayatnya.
“Someone like you, Erisya. I need you.” Suara Iz terdengar perlahan tetapi sangat jelas pada pendengaranku. Aku menutup mata dan menelan liur. Argghh!! Kenapa perlu Iz menanggih cinta dariku di masa hatiku sudah lama menguburkan namanya? Kenapa baru sekarang Iz sedar akan kehadiranku? Aku bingung. Sudahnya, aku menamatkan perbualan kami dengan alasan ingin tidur awal kerana perlu ke pejabat esok pagi. Aku memicit dahi yang sudah pening-pening lalat.
Aku berfikir sejenak di bahu katil. Memikirkan kata-kata yang diluahkan oleh Iz tadi dan tanpaku sangka, wajah Nick juga menerpa mindaku. Tanpa dipaksa, air mataku mengalir jua. Aku mengelap air mata dan berasa hairan. Tapak tanganku ditatap lama, kelihatan sedikit basah. Dan sekali lagi, air mataku menitik pada tapak tangan. Wajah Nick dan Iz berselang-seli di minda. Kenapa perlu aku menangis? Akhirnya, aku terlelap juga ditemani tangisan kecil.
********************************************
Dari dalam bilik pejabatnya, dia memerhati segala perbuatan Risya. Segala kerjanya langsung tidak berjalan pun dan hanya kata-kata abangnya malam tadi sahaja berputar-putar di minda. Dia memikirkan sesuatu.
Pagi tadi, seperti biasa dia datang ke pejabat dan matanya tercari-cari tubuh kecil gadis di hati. Namun, Risya masih belum menampakan diri di pejabat. Dia menilik jam di pergelangan tangan. Masih awal. Belum kakinya ingin melangkah menuju ke bilik, wajah Risya terhenti di depannya. Dengan senyuman manis, Risya menunduk sedikit. Berkerut dahinya melihat tingkah gadis itu. Hairan bin pelik. Tidak pula perempuan itu melarikan pandangan daripadanya. Malah, disapa dengan penuh hormat sekali.
Matanya masih melekat pada wajah manis itu. Matanya dikalih pada meja. Fail-fail yang bertimbun, tidak langsung menarik minatnya. Dia menolak fail ke tepi lalu bangun mengambil kot yang tersangkut di kerusinya. Dia memasang kot pada badan dan dia menekan punat telekom.
“Ya, Encik Nick.” Terdengar suara Hasnah menjawab panggilannya.
“Hasnah, today I want to cancel my meeting and I have some plan to do.”
“Okay, Encik Nick. Nak proceed meeting tu bila?”
“Tomorrow will do. But, today I nak ambil off day. Serahkan tugas selebihnya kepada Haris kalau ada yang penting sahaja.”
“Alright. Anything else?”
“Emmm...Panggilkan cik Risya untuk saya ya?” Nick menekan kembali punat pada telekom bagi menghentikan perbualannya dengan Hasnah.
Bahuku dicuit sebelah. Aku berpaling pada kak Hasnah. Kak Hasnah seperti teragak-agak ingin bersuara.
“Kenapa kak?”
“Err...Encik Nick cari kau. Dia suruh kau masuk menghadap dia.” Aku mengangkat kening, hairan. Aku mengangguk dan tanpa banyak soal, digagahkan kaki ke bilik pejabat Nick. Aku mengetuk pintu dan memusing tombol. Aku terkejut seketika bila melihat wajah Nick berada di depanku sebaik sahaja pintu ditolak.
Belum sempat aku nak bersuara, pergelangan tanganku sudah ditarik Nick. Aku kelu melihat tingkah pantas Nick. Aku terasa wajahku sudah merah-kemerahan menahan rasa malu dikala tanganku ditarik oleh Nick di depan staf-staf NB. Gamat suasana pejabat dibuatnya. Show apa pula yang Nick nak buat ni? Bentak hatiku.
Iz rasa hairan mendengar bunyi riuh di luar bilik pejabatnya. Rasa ingin tahu menggamit hati, lalu dibukanya pintu ingin melihat apa yang terjadi di luar. Iz tersentak melihat tangan Risya yang sudah ditarik oleh Nick. Ke mana hala tuju dua merpati itu, tidak diketahui. Rasa cemburu mula menyerbu. Dia mengetap gigi menahan geram. Ingin sahaja dia menarik tangan Risya jauh dari Nick. Tetapi, tidak pula kakinya mengejar mereka. Dia meraup muka dan pelbagai soalan bermain difikirannya.
****************************************
Aku cuba menarik tangan tetapi tidak berhasil. Tangan Nick sudah menggenggam kemas pada pergelangan tanganku. Sudahlah tangan ditarik sebegini, kakinya pula pantas melangkah. Hampir sahaja aku tersungkur dek langkah kaki Nick yang panjang itu. Sudah ditegah, tetapi Nick seperti memekakkan telinga dan masih tidak mahu melepaskan tanganku. Aku terpaksa berlari anak, walaupun pergerakanku agak terbatas dek baju kurung yang tersarung kemas di badan.
Nick membukakan pintu kereta dan menyuruh aku masuk. Aku mengeluh lemah dan mengikut segala arahannya. Nick membolos masuk ke dalam kereta sebaik sahaja membuka pintu pemandu.
Aku hanya berdiam sahaja begitu juga dengan Nick. Dalam hati tertanya-tanya ke mana arah tuju kami ini. Nick memandu menjauhi perkarangan KLCC dan menuju ke lebuh raya. Aku mengerling wajah Nick sebelah.
“Nick, awak sedar tak apa yang awak buat sekarang?”
“What? Awak ingat saya under drug ke sekarang?” Lain yang aku tanya, lain pula jawapannya. Bukan jawapan, soalan pula diajukan kepadaku. Aku mendegus.
“Don’t worry. Saya masih waras lagi.” Jawab Nick pendek. Aku semakin geram dengan perbuatannya sekarang. Mahu sahaja aku menjerit di luar tingkap dan meminta tolong kerana perbuatan Nick ini sama seperti menculik anak dara orang.
“Kita ke mana ni Nick?”
“Ke langit.” Jawab Nick sepatah.
“Awak nak bawak saya ke mana ni?” Soalku lagi. Suaraku sudah dinaikkan sedikit. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan Nick yang sememangnya tidak menepati kehendakku.
“Ke Genting Highland.” Mataku sudah terbeliak mendengarnya. Aku melongo sebaik mendengar tempat yang ingin dituju itu. Tanpa persetujuanku, dia sudah merencanakan sesuatu.
“What?!”
*****************************************
Mata kami bertaut lama. Aku menjeling Nick tajam. Tangan sudah disilang pada dada. Aku masih mahu berkeras dengan arahan Nick tadi. Hanya kerana janji lama, dia membawaku jauh sehingga ke sini. Dan, bukan itu yang menyebabkan aku naik angin. Benda yang tak masuk di akal yang membuat aku berkeras sebegini.
“We have make a deal bukan? So, janji tetap janji. And, you have to deal with it. Awak kena tunaikan janji tu.”
“Gila!” Bentakku pada Nick. Mata dilirik ke tempat lain. Tidak ingin aku menatap wajah lelaki yang ternyata gila itu.
“Denda tetap denda dan janji tetap janji. Jangan mungkiri janji itu.”
“Tapi, denda awak tu tak masuk dek akal!”
“Bukannya saya suruh awak buat untuk selama-lamanya. Saya hanya nak awak langsaikan hutang awak hanya untuk hari ini sahaja. Senang kan?”
“Senang kepala hotak awak!” Aku melangkah meninggalkannya. Kami sudah berada di taman tema Genting Highland. Tidak berapa jauh aku meninggalkan Nick, namaku dijeritnya dari jauh. Aku terhenti dan berpaling ke belakang. Mataku sudah tajam memandang wajahnya. Deru nafasku sudah berombak mengah di dada.
Nick tersenyum sungging. “Risya, apa yang awak dapat buat tanpa saya? Awak bukannya ada dompet atau duit pun pada awak. Malah, kad pengenalan pun tak ada. Tak pasal-pasal orang cakap awak ni minah indon, pendatang haram. Nak kol orang, handphone pun tertinggal di ofis.” Aku mengetap gigi dan melangkah mendekati Nick.
“Fine! I will be your girlfriend for today! Puas hati?” Akurku. Mata sudah mencerlung menahan marah kat Nick. Dia pula sudah tersenyum lebar meraikan kemenangan.
“Jom! Kita pergi main kat situ, dear.” Ucap Nick dan tangannya pantas menarik pergelangan tanganku lagi. Heish! Suka suki datuk nenek dia pegang tangan aku. Nasib baik berlapik dengan kain lengan baju kurung. Ya Allah!
Kami berada di depan stesyen whirlwind adventure. Agak lama mataku melihat buaian itu berpusing-pusing. Terdengar juga orang menjerit melalak bila menaiki buaian itu. Aku menelan air liur. Dulu, aku pernah bermain permainan ini. Sebaik sahaja kaki sudah tidak mencecah ke tanah dan buaian tersebut berpusing sememangnya seronok. Tetapi, bila sahaja buaian itu berhenti, kepalaku masih tetap berpusing. Pening dibuatnya. Takut pula pening tu melarat.
Aku memandang wajah Nick yang ternyata teruja untuk bermain permainan itu. Belum sempat aku nak beritahu Nick bahawa aku tidak mahu mengikutinya bermain, tanganku sudah ditarik. Nick duduk di buaian bersebelahan denganku. Dia tersenyum girang. Manakala aku, hanya tersenyum tawa memikirkan natijah bermain permainan ni. Dalam beberapa minit kemudian, mesin permainan sudah bergerak. Mulanya perlahan. Lama-kelamaan pusingannya pantas bergerak. Terasa diri melambung di udara. Kedengaran suara Nick menjerit di sebelah. Dek tak tahan melihat Nick menjerit macam perempuan, aku turut sama mengikutnya menjerit. Tergelak melihat aksi gila Nick di sebelah. Melalak tak ingat dunia. Padahal whirlwind ini tidaklah terlalu laju mana pun. Lagi laju rollercoster yang ada di situ. Diam-diam, aku mencuri memandangnya di sebelah.
Beberapa minit kemudian, kami meninggalkan whirlwind adventure dan menuju ke space shot pula. Nasibku baik kerana tidak merasa pening setelah menaiki whirlwind tadi. Aku cuba menyembunyikan rasa teruja dengan membuat muka selamba badak di depan Nick. Sengaja mahu menunjukkan rasa tidak puas hati tadi di depannya. Padahal, aku sudah mula berasa seronok bermain di sini, walaupun baru satu permainan yang kami main.
“Kita pergi space shot tu nak?” Aku berpeluk tubuh dan mengerling ke sebelah.
“Tak nak! Awak seoranglah pergi. Lagipun, saya tak nak naik benda tu dengan berbaju kurung macam ni.”
“Betul ni tak nak main?”
“Iya. Pergilah seorang,” Jawabku. Kalaulah aku tidak memakai baju kurung tadi, sudah semestinya aku ingin bermain space shot itu. Sebuah permainan yang sememangnya inginku naiki di mana mesin permainan tersebut akan naik tinggi ke atas dengan perlahan dan akan turun dengan pantas ke bawah. Mesti thrill! Tapi, tak ada rezeki dan aku tak mungkin akan naik permainan itu dengan berpakaian sebegini.
“Kalau macam tu, kita ke tempat lainlah.” Nick mengambil keputusan untuk tidak bermain.
“Eh, tak apalah kalau awak nak main benda tu.” Dalihku.
“Takkanlah saya nak tinggalkan ‘girlfriend’ saya keseorangan di sini. Lagipun tujuan saya ke sini nak have fun dengan girlfriend sehari saya ni.” Nick tersengih meleret. Aku menjelingnya sahaja. Mengada-ngada!
“Haaa...Saya tahu game apa yang kita boleh bermain berdua.”
“Bermain berdua?”
********************************************
Aku berpaling ke sebelah. Sudah semestinya aku tidak dapat menahan wajah ‘poker face’ aku lagi. Sekarang bibirku sudah mengulum senyuman disertakan dengan tawa kecil.
“Ni awak cakap bermain berdua?”
“Iyalah. Berdualah ni. Kita berdua mengayuh pedal bot ni.” Aku tergelak lagi.
“Saya cakap betul apa? Seronok tak?”
“Awak ni, tak thrillah. Salah timing awak bawak saya ke sini. Dahlah time pejabat awak bawa saya ke sini. Cuba bawak time cuti ke, baru seronok.” Selorohku pula.
“Dah nilah satu-satunya masa orang tak cuti, jadi tak adalah banyak sangat orang melawat ke sini. Barulah senang sikit kita nak ke mana-mana. Awakkan tahu, saya ni famous. Kalau orang nampak kita pergi ke Genting waktu cuti, mesti muka awak dah terpampang kat akhbar. Skandel pewaris syarikat terkenal Malaysia berdating di Genting Highland. Awak nak ke?”
Aku mencebik mendengar omelannya. “Eleh, famouslah sangat!” Bidasku pula. “Awak ingat hari bekerja, wartawan tak bekerjalah? Hmph! Kalau dah nama paparazi, tak kira cuti ke waktu orang bersekolah ke, dia tetap akan mencari cerita untuk dibuat berita sensasi.”
“Alah, lagi seronok kalau kita luangkan masa berdua macam ni. Tak banyak orang, tak banyak gangguan.” Nick tersenyum menggatal. Aku mengecilkan mata memandangnya.
“Gatal! Kayuh cepat, saya dah penat ni. Rasa nak patah tulang saya mengayuh seorang.”
“Yelah.” Akur Nick. Aku menjelir lidah dan mengayuh bot sepenuh tenaga.
Aktiviti kami tidak berhenti setakat itu. Nick membawaku bermain tea cup, astro fighter, dan memasuki dinosaurland. Seterusnya, kami menaiki monorail ingin melihat sekeliling taman tema tersebut. Di dalam monorail, aku dan Nick banyak berbual-bual kosong. Kadang-kadang tercetus juga tawaku apabila Nick membuat lawak jenaka yang mencuit hati. Bila bersama dengannya, terasa semua masalah hilang begitu sahaja. Rasa rileks sangat bersama dengannya. Walaupun pada awalnya aku marah dengan keputusan Nick yang terburu-buru membawaku ke sini, ditambah lagi dengan denda yang dikenakan kepadaku, namun, lama-kelamaan rasa marah itu hilang sendiri. Aku berasa sangat seronok dan terhibur bila bermain dengannya di sini.
Nick membawaku masuk ke dalam pula di mana terdapat shopping mall di situ. Kami menuju ke restoran Kenny Rogers untuk mengisi perut yang sudah menjerit-jerit minta diisi. Sesudahnya, kami meneruskan ‘dating’ dan melangkah ke tempat archade. Bermain sebentar di situ dan keluar mencari surau.
Setelah solat Zuhur, aku duduk seketika di kerusi yang tersedia di situ. Menjadi pemerhati ragam manusia di sini. Nick pula meminta diri untuk ke tandas sebentar. Dalam beberapa minit kemudian, Nick muncul bersama ais krim di tangan. Nick menyerahkan kon ais krim kepadaku.
“Thanks.”
“You’re welcome, my dear.” Nick menghenyakkan punggung di sebelahku. Matanya juga turut meliar melihat orang yang lalu-lalang sambil menjilat ais krim di tangan.
“Have you ever experience dating with someone before?”
“Maksud awak?”
“Alah, berdating. Bersuka ria dengan kekasih.” Aku berhenti menjilat ais krim dan berfikir sejenak.
“Kalau bersuka ria dengan kekasih tu tak adalah. Nak kata dating pun saya tak rasa yang saya berdating sebenarnya. Keluar macam biasa...bersama kawan..emmm..berdua...” Lambat-lambat aku menjawab soalannya.
“Laaa...datinglah namanya tu. Dengan siapa? Iz?” Aku menarik muka dan berpaling ke arah lain. Kenapa nama tu pula yang keluar dari mulutnya sekarang? Spoilkan mood aku betul!
Aku mengangguk. Bila tiada suara pun yang keluar dari Nick di sebelah, pantas aku menoleh. Aku tergamam bila matanya sudah mencerlung menahan rasa marah. Aik? Pulak dah. Aku terkebil-kebil sekejap.
“Well, awak pernah tak keluar berdua lagi dengan dia sekarang?” Alamak! Dia tanya soalan macam tu pulak. Apa yang perlu aku jawab ek? Sudah semestinya aku pernah keluar berdua dengan Iz semasa ketiadaan dirinya. Bukan sekali sahaja aku keluar berdua dengan Iz selepas pertemuan semula kami hari itu. Sudah banyak kali sebenarnya. Aku menggigit bibir. Takut-takut pula nak jawab pertanyaan Nick itu. Aku rasa macam dah curang kat Nick pulak, padahal aku bukanlah siapa-siapa baginya. Hanya untuk hari ini sahaja aku bergelar ‘girlfriend’ tak rasminya.
“Saa...saa..”
“Dah! Saya tak nak dengar pun pengakuan awak tu. Awak curang dengan saya.” Ujar Nick dengan mukanya yang dibuat-buat masam. Amboi! Macam tu pulak! Siapa yang curang dengan siapa sekarang? Dia tu pun sama jugak curang dengan aku. Aku ingat lagi insiden dia memeluk perempuan seksi semasa di Miri hari tu. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!
“Ceh! Curang apa pulak? Sejak bila saya ni officially milik awak sampai boleh dikira sebagai seorang yang curang? Haaa?” Aku mencebik dan menjelir lidah. Pantas aku mengangkat kaki menjauhi dirinya. Tanganku masih memegang ais krim. Tanpa sedar Nick menarik lenganku sehingga menyebabkan ais krim di tangan mendarat di baju kemejanya. Aku ternganga melihat baju Nick yang sudah kotor dek ais krim tadi. Bertempek kon ais krim di baju. Tidak lama selepas itu, tercetus tawaku melihat keadaan Nick sekarang. Kemudian, Nick juga turut ketawa sama.
Aku mengambil bekas kon yang melekat di kemejanya dan membuang kon tersebut ke tong sampah. Sisa ketawa masih belum hilang lagi. Aku mengambil tisu di tangannya dan mengelap baju kemejanya.
“Padan muka! Tulah, tuduh orang suka-suki dia je.”Nick menjeling manja kepadaku. Aku menggeleng melihat kerenahnya. Nick terpaksa masuk ke tandas lagi untuk membersihkan sisa ais krim itu. Semasa menunggu Nick, mataku tertarik melihat kedai kecil yang terletak berdekatan denganku. Aku mendekati kedai kecil itu dan melihat barang-barang yang dijual. Aku melihat handphone case yang tergantung di situ.
Terdapat satu case yang menarik perhatianku. Belum sempat aku ingin mengambil case tersebut, tangan seseorang sudah mengambilnya dulu. Aku berpusing ke belakang. Tangan Nick sudah mengambil case tersebut dan dia membelek-beleknya.
“Yang ni hanya untuk Iphone je kan?”
“Emmm...Ha’ah. Comel je,” Aku tertarik dengan case tersebut kerana case itu ialah couple case. Terdapat bentuk separuh hati untuk sebuah case dan separuh lagi untuk case lain. Bila digabungkan membentuk ‘heart’ yang sempurna. Cuma, sayangnya case tersebut hanya untuk telefon bimbit berjanama Iphone. Aku ingin hadiahkan case tersebut kepada Irah dan Afiq sementelah aku masih belum memberi mereka hadiah untuk perkahwinan mereka hari itu. Tambah pula, Irah sudah menegahku dari membeli apa-apa hadiah untuknya. Bagi Irah, kehadiranku di majlis perkahwinannya hari itu dan menemaninya sepanjang majlis berjalan sudah cukup untuk dijadikan sebagai hadiah perkahwinan. Aku naik geram bila Irah mati-mati tidak menyuruhku membeli apa-apa untuknya. Pelik benar pengantin seorang tu.
“Awak nak beli untuk kita ke?” Aku tersentak dari lamunan yang singkat tadi. Bibirku sudah muncung bila Nick perasan memikirkan aku ingin memiliki couple case itu untuk kami berdua. Hish!
“Eleh...Siapa cakap saya nak beli untuk kita? Saya nak beli untuk Irah dan Afiqlah. Saya belum beri diorang hadiah lagi. Jadi, saya ingat nak beli case ni sahaja. Nampak comel. Tapi, diorang mana pakai Iphone. So, tak apalah. Cari hadiah lain. Lagipun, saya mana bawa duit.” Aku mengambil case tersebut dari tangan Nick dan menggantungkannya semula. Mataku masih meneliti setiap barangan yang dijual di stall kecil itu.
Tangan Nick mengambil satu persatu key chain yang menarik hatinya. Kemudian, tangannya terhenti pada tali telefon bimbit berpasangan yang menggangtungkan 2 pasangan panguin bermain ais skating berasingan. Nampak begitu comel di matanya. Seekor burung penguin yang lengkap berpakaian sejuk menggunakan mafela berwarna biru, menunjukkan burung penguin itu seekor burung penguin jantan. Dan seekor burung penguin lagi menggunakan mafela berwarna merah jambu menunjukkan burung tersebut ialah betina. Nick menarik 2 tali telefon bimbit tersebut.
“Dik, berapa harga cell phone strap ni?” Aku menoleh ke arah Nick yang sudah mengeluarkan wang kertas dan memberikan wang tersebut kepada penjual di stall kecil itu. Aku terpampan seketika bila melihat barang yang dibeli Nick itu. Kemudian, Nick menyerahkan satu tali telefon bimbit kepadaku.
“Penguin yang guna mafela warna pink ni, awak punya dan yang ini pula saya punya.” Nick mengunjukkan cell phone strap penguin itu kepadaku. Dia tersenyum. Kami beredar dari stall kecil dan menuju ke bangku berdekatan.Nick mengeluarkan Iphonenya dan menggantungkan cell phone strap tadi.
“Handphone awak tertinggalkan? So, nanti awak gantungkan penguin ni kat handphone awak ya?” Aku masih diam dan mataku galak memandang wajah ikhlasnya itu. Mataku beralih pada penguin yang sudah bergantung di Iphonenya. Membuatkan aku teringat pada seseorang dan juga pemberian daripada orang itu suatu ketika dulu. Siapa lagi kalau bukan, Sofea. Dia juga menghadiahkan sebuah patung penguin berpasangan kepadaku.
“Kenapa awak ambil penguin ni?” Tanyaku pada Nick yang masih galak bermain dengan cell phone strapnya.
Nick tersenyum lembut. “Awak tahu tak cerita pasal burung penguin? Alkisahnya, burung penguin ni, kalau mereka ingin mencari pasangan, mereka akan menggerakkan sayap untuk menarik perhatian burung penguin betina. Apabila sudah bertemu dengan pasangan yang sesuai, maka kedua-duanya akan saling menepukan sayap di bahagian belakang leher.” Aku setia mendengar cerita Nick di sebelah. Kemudian Nick meneruskan ceritanya tentang burung penguin itu.
“Bila sudah kahwin, si betina akan bertelur. Dan perkara menariknya tentang burung penguin ini, mereka ialah binatang yang sangat setia dan sangat penyayang. Very understanding dan sangat unik. Awak nak tahu kenapa?” Bersunguh-sungguh Nick memberitahuku tentang kehidupan haiwan yang comel itu.
“Kenapa?”
“Sebab, selalunya betina akan menjaga dan mengeram telur itu ,kan? Tapi bagi penguin, terbalik pulak. Si jantan yang akan menjaga dan mengeram telur tersebut di perutnya. Manakala si betina akan mencari makanan untuk si suami. Saya sangat suka binatang itu. Kerana sikap binatang seperti burung penguin patut menjadi contoh kepada kita sebagai manusia. Kalau selalu, kita sering menyatakan bahawa manusia yang bertopengkan nafsu dan mengikut telunjuk syaitan itu sama seperti binatang, tetapi bagi saya, manusia zaman sekarang ni lagi teruk berbanding binatang. Dan, burung penguin adalah salah satu contoh binatang yang sangat saya kagumi. Burung penguin seekor haiwan yang sangat setia pada pasangannya. Saya pernah terlihat satu rancangan dokumentari tentang penguin. Sayu hati saya melihat pasangan penguin tersebut.”
“Apa dah jadi?”
“Burung penguin ini selalunya menjadi mangsa kepada singa laut. Selalu kita tengok, burung penguin akan mendarat di daratan ais dengan menggunakan perutnya. Burung penguin betina yang baru balik dari mencari makanan di laut akan memecut dan terus melompat keluar dari permukaan air. Jadi, satu hari tu, si betina telah melompat masuk ke dalam mulut singa laut sehingga berlumuran darah di badannya akibat ingin melepaskan diri. Nasibnya baik, penguin betina tu terselamat walaupun badan sudah berlumuran dengan darah. Jadi dia mencari pasangannya. Akan tetapi penguin tersebut masih bernasib malang kerana anak mereka sudahpun mati kesejukan. Yang paling menyayat hati, penguin jantan masih setia menjaga anak mereka yang sudah kaku tidak berkutik di perutnya. Itu yang membuatkan saya sedar tentang erti kesetiaan, pada orang yang tersayang. Burung penguin adalah burung kesukaan saya.” Selesai sahaja cerita Nick, terasa sesuatu perasaan yang aneh bercambah di hatiku. Sesuatu yang membuat aku terharu dengannya. Cerita itu benar-benar menyentuh hatiku. Benar-benar buat aku sedar dan insaf. Bagaikan tersedar dari mimpi, aku sudah mendapat jawapan yang telah lamaku cari-cari selama ini.
Nick merenung mataku dan aku membalas renungan matanya. Terbit senyuman di bibir kami. Renungan Nick yang lembut benar-benar membuat diriku dibuai indah. Ya, sekarang aku sudah mendapat jawapannya. Dan aku sudah nampak bukti keikhlasan Nick mencintai diriku. Hal berkenaan dengan perempuan yang dipeluknya dahulu serta-merta padam, hilang dari ingatanku. Kepercayaan kepada dirinya sudah mula bertapak di hati. Ingin sahaja aku luahkan kepadanya sekarang. Ingin sahaja aku bisikan kata-kata cinta di cuping telinga itu. Perlahan-lahan hatiku mula mengakui bahawa aku cintakan lelaki ini. Ya, aku cintakan lelaki yang bernama Nik Emil Nik Baharuddin ini, dan aku pasti dengan kenyataan itu!
Tiba-tiba, terasa kepalaku diusap lembut. Aku tersedar dan terus sahaja mataku berpadu pada wajah Nick. Nick masih setia dengan senyuman di bibir. Tangannya ditarik perlahan.
“Jom,” Nick memulakan langkah meninggalkan bangku yang menjadi persinggahan kami tadi. Aku masih terkaku di bangku. Mata sudah mengerdip-ngerdip pantas tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh Nick sebentar tadi.
“Dear, jomlah. Awat dok kat situ lagi? Nak saya tarik tangan awak ke?”
“Tak nak!” Pantasku menjawab dan berdiri melangkah menghampirinya. Aku sudah mula gelabah bila mendengar dia ingin menarik tanganku lagi. Terasa gugup bila berdiri bersebelahan dengannya. Telingaku yang ditutupi tudung biru sudah terasa panas kerana perasaan malu yang bermukim di hati. Malu dengan perbuatan Nick yang selamba sahaja. Asyik sahaja adengan tadi bermain di minda. Betapa aku rasakan begitu dihargai saat itu. Sangat-sangat menyentuh perasaanku. Usapannya begitu lembut membuatkan hatiku bertambah tak tentu.
Kami berjalan-jalan di indoor theme park. Mataku meliar melihat sekeliling. Walaupun di hari sekolah begini, masih ada yang bertandang di taman tema Genting Highland. Mungkin pelancong dari luar negara kali. Satu-persatu permainan yang ada di kawasan ini menyapa deria mataku , sehinggalah mata yang meliar tadi terhenti pada photo booth yang berada tidak jauh dari kami. Lama aku memerhati photo booth itu.
Nick melihat di sebelah. Dia perasan mata Risya asyik terpaku di photo booth. Lalu hatinya terdetik ingin mengambil gambar bersama Risya. Kalaulah awal-awal tadi dia membawa kamera DSLR Canonnya bersama, pasti banyak gambar-gambar ditangkapnya bagi mengenang momen-momen indah bersama teman wanita ‘sehari’nya itu. Nick pantas memaut lengan Risya dan menariknya mendekati photo booth tersebut.
“Jom, kita ambik gambar. Dah datang ke sini, takkan tak nak ambil gambar kot? Lagipun, hari ini hari yang paling istimewa sebab I have a date with my one day girlfriend.” Nick tersengih-sengih dan tangannya pantas menekan skrin memilih latar belakang gambar yang menarik. Apabila sudah 5 gambar latar belakang yang cantik dipilihnya, dia menekan aplikasi seterusnya.
Macam-macam rakaman pose yang dilakukan mereka. Ada gaya comel, ada gaya gila-gila dan ada gaya mengangkat tangan ‘peace’.
Tinggal beberapa saat lagi, gambar yang terakhir akan ditangkap secara automatik dan Nick teringin benar menangkap momen romantik pada gambar tersebut. Akalnya memikirkan satu idea.
Pantas bibirnya mendekati telinga Risya. Nick membisikkan sesuatu.
“Saya cintakan awak, Erisya.” Bagai hali lintar yang membelah bumi, seakan-akan masa berhenti buat sejenak, jantung yang masih berdetak dengan pantas makin bertambah kencang mengepam darah mengalir hingga ke muka. Pantas aku berpaling sebelah dan diriku seakan-akan hanyut dibuai mimpi indah. Dia juga turut membalas renunganku dengan penuh kasih-sayang. Kachek!
Dalam beberapa minit sahaja, keluar sekeping gambar kecil yang diprint secara memanjang. Gambar tersebut blh dipisahkan dan menjadi stiker. Aku melihat satu persatu pose kami berdua dan mataku terpaku pada gambar yang terakhir sekali. Gambar ketika kami saling berpandangan antara satu sama lain.
“Yang ni, saya nak ambil.”Ujar Nick sebaik sahaja gambar tadi dirampas dari tanganku.
“Awak bolehlah ambil yang selebihnya, saya nak gambar ni je.”
“Eh, macam tu pulak?” Selorohku tidak berpuas hati. Kenapa pula dia mengambil gambar itu? Aku naklah! Bentakku dalam hati. Mulut sudah terherot-herot tanda tidak bersetuju. Kemudian aku tersedar. Cepat-cepat aku mengendurkan mimik wajah ini dengan membuat muka selamba. Belum tiba masanya untuk Nick mengetahui apa yang tersirat di isi hati ini.
“Emmm..Suka hatilah. Saya tak kisah!” Pantas aku bergerak menjauhkan diri darinya. Di belakangnya aku mengetuk-ngetuk dahi dengan jari. Mengutuk diri sendiri akan keterlajuran tadi. Kalaulah Nick tahu apa yang sudah bercambah di dalam lubuk hati ini, pasti tak tidur lenalah nampaknya. Pasti sahaja aku akan di samakan dengan ungkapan makan tak kenyang , tidur tak lena dan mandi tak basah. Hah? Sesuai sangatlah tu! Aku kan dah mula mengenali apa itu cinta kembali? He he he...
Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk balik ke Kuala Lumpur semula. Disebabkan terlalu penat bermain dan berjalan-jalan di Genting Highland, aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata seketika.
Nick memandu dengan tenang. Dia mengerling ke sisi. Kesian melihat Risya yang sudah lena kerana kepenatan. Nick mengecilkan suara radio supaya tidak menganggu tidur Risya. Dalam pada itu, sempat matanya menyapa wajah yang sering menjadi igauan dalam mimpi-mimpi malamnya. Terselit senyuman bahagia.
‘Akanku simpan kenangan indah kita bersama sampai bila-bila,’ Dia menilik telefon bimbit yang diletakkan di ruang penyimpanan. Matanya tertumpu sebentar pada tali telefon bimbit yang digantung itu. Sekali lagi, senyumannya terbit sampai ke telinga.
‘Kalaulah tiap-tiap hari begini...Wah! Indahnya.’Ujar Nick sambil berangan-angan memikirkan kebahagiaan yang dikecapi sekiranya bersama dengan Risya selamanya.
Dia menumpukan perhatian pada pemanduan di depan.
Tok! Nick terkejut bila kepala Risya sudah melentok di bahunya.
‘Kesian Erry. Letih benar nampaknya, sampai tak sedar kepala pun sudah mendarat kat bahu cik abang ni.’ Nick menggeleng-geleng dan membiarkan sahaja kepala Risya di bahunya. Biarlah, lagipun dia benar-benar bahagia kini.
****************************************
Sayup-sayup terdengar bunyi orang memanggil namaku dengan penuh lemah-lembut. Aku suka mendengar suara itu. Penuh romantis.
“Erry, bangun sayang. Dah sampai rumah dah ni.” Nick masih berusaha untuk mengejutkan Risya yang masih terlentok di bahunya. Mereka sudah sampai ke kondo Kristal. Perlahan-lahan, tangan di sebelah mengusap-usap kepala Risya.
“Erry, bangun my dear.” Kini, tangannya beralih ke bahu gadis itu. Tidak sampai hati sebenarnya, tetapi takkan nak tidur di dalam kereta kot? Lainlah kalau mereka sudah menjadi suami isteri. Tidur kat dalam kereta pun tak apa. Halallah katakan. Namun, sekarang mereka masih berstatus solo, jadi tak elok dipandang orang.
Seketika kemudian, mata Risya sudah berkelip-kelip menandakan dia sudah bangun. Nick masih tetap berdiam diri membiarkan Risya kembali ke dunia realiti. Dia mahu melihat bagaimana reaksi Risya bila tersedar bahawa kepalanya sudah terlentok dibahunya.
Aku terdiam sejenak selepas suara tadi mengejutkanku untuk bangun dari tidur yang lena. Aku melihat sekeliling dan aku perasan sesuatu. Sudah sampai ke? Sedetik kemudian, kepalaku pantas dialih. Baru aku sedar, kepalaku sudah lama ‘landing’ di bahu orang di sebelah. Aku terbatuk kecil menahan rasa malu.
“Sorry...Tertidur atas bahu awak. Entah apalah saya mimpi sampai boleh, tup jatuh...Kat bahu awak.He he he. Kalau selalu, saya akan cepat sedar. Hari ni mungkin rasa penat sangat kot,” panjang lebar aku memberi alasan bagi menutup rasa malu yang bertandang ini. Nick masih tenang di sisi. Aku terdiam selepas itu.
“Dah, sudah? Kalau penat, pergi masuk dalam berehat okay my dear?” Aku pantas mengangguk. Tidak pula aku mahu mengingkar kata-katanya. Jadi burung belatuk je aku ni, patuh mendengar arahan.
“Saya dah beritahu kat Hasnah, bawak balik semua barang awak yang tertinggal di ofis tadi. Saya rasa, at this time dia dah ada kat rumah kot. Lagipun, dah habis waktu kerja kan? And kereta awak masih tertinggal kat KLCC. I already inform kat pak guard pasal tu jugak. Esok, saya akan hantarkan pemandu untuk hantar kereta awak ke sini. So, no worries. You just head back home, mandi and berehat.Alright,my dear? And thats an order for my one day girlfriend.” Sekali lagi burung belatuk mendengar arahan tuannya. Mengangguk tak sudah.
“Yes, and don’t worry I will. Okay, saya balik dulu my dear one day boyfriend,” Tanpa sedar aku juga memanggilnya dear. Aku menggigit bibir dek kelancangan mulutku sendiri.
“Awak cakap apa tadi?” Soal Nick. Erk? “Aaa...tak ada apalah. Saya cuma ucapkan thanks sebab bawak saya bermain tadi and belanja one day ‘girlfriend’ awak ni. Tu je,” Alasku bagi menutup ketelanjuran kataku tadi.
“Oh...” Aku tersedar sesuatu di wajah Nick sewaktu itu. Nick nampak seperti orang kecewa. Aik? Frust ke sebab tersalah dengar aku panggil dia ‘dear’ tapi tak menjadi tu? Dalam hati rasa kembang setaman mengagak bahawa Nick pasti ingin mendengar panggilan manja sebegitu dariku. Ha ha ha..Nick, jangan haraplah!
“Okey, malam nanti saya akan jemput awak makan dinner ya?”
“What?”
“Jangan lupa untuk bersiap awal-awal. I will come here at 9.”Pantas Nick keluar dan menarik pintu kereta di sisiku. Nick menarik pergelangan tanganku keluar dari kereta. Aku tetap seperti tadi. Hanya mengikut segala tindak tanduk dan arahannya sahaja.
Kemudian, Nick masuk kembali ke dalam kereta. Dia menurunkan cermin kereta.
“I don’t want you to be late. Make sure be ready sharp at 9 o’clock. Get it?” Habis sahaja mengeluarkan arahan tanpa apa-apa persetujuan dariku, dia menaikkan cermin kereta dan mengenyitkan mata kepadaku. Pantas keretanya laju meninggalkan aku yang masih berdiri terkontang-kanting di sini. Erk? Apa? Pukul 9? Adoi!
romantic!!! sweet!!! suka sangattttt!! setuju sangat dengan plan abang emir tu. giliran risya pulak yg tercari cari nick. pasal iz tu pulak, jgn peduli lah. but curious jugak apa dah jadi dgn rumahtangga dia eh...
ReplyDeletem..Thanx dear!! hehe..Skrg nk blas dndam plak kn? Sruh Risya plak yg merana..Trcari-cari..Psl Iz tu..sblm ni,sy ada brtahu yg isteri Iz snggup tgglkn dia sbb kekasih lmanya..Isteri Iz tu nk blik kt kksih lma sbb dia mmg cntakan kksih lma..Huhu...
ReplyDeleteSweetnye Nick & Risya...
ReplyDeleteXsuke lh dgn Iz tu...:’(
Haha..Sy pn blh geram dgn Iz tu.. :)
Deletehai writer..cite nii best tapi bila baca kat blog de gangguan la bila nak besarkn tulsan ni sebab dekat belah kanan ni ada gambar yang menghalang bila tulisan dibesarkn dengan gambar ni sekali besar dan saya x nampak tulisan ni harap buat sesuatu yaa...
ReplyDeleteEya...sgla msalah tknikal ni amtla sy ksali..maaf sngt2 ye..Tp sy nk tau gak, cm ne awk leh bsarkn tlisan tu? blh bsarkn gmbr tu skli? heee...Nnti sy cbe btlkn ye? thanx sbb mnegur.. ^-^
Delete