Tuesday, March 6, 2012

Novel Honey and Butter bab 5

Bab 5

Dia membelakangi tubuh badan si tua yang masih berusaha untuk memujuk hatinya yang keras. Langkahnya diteruskan dengan mundar-mandir di depan mummynya yang masih duduk di sofa dengan wajah berkerut.

“Eric jangan buat kesimpulan dengan melulu. Eric baru je kenal budak Elaine tu. Lagipun dia pun baru berapa hari kerja kat sini. Takkan mummy nak hentikan dia terus? Kesian dia, Eric. Hidup dia tak senang macam kita. Mummy keberatan nak buangkan dia kerja. Lagipun, dia tak bersalah! Dia cuma buat kerja dia. Mummy yang suruh dia bersihkan bilik Eric sebelum Eric datang ke sini lagi,” Puan Sri Harisah cuba untuk memujuk anaknya agar tidak membuat keputusan melulu dengan ingin membuang Elaine bekerja dari menjadi orang gaji di villa mereka. Lagipun, Elaine itu bukannya siapa-siapa, bakal bini anaknya juga! Sudah pastilah dia ingin mempertahankan Elaine.

“Mummy, dia tu kurang ajar tau tak? Dahlah tunjuk muka tak bersalah kat orang. Selamba badak pulak tu! Badak pun tak seselamba dia. Baru je Eric nak sound dia, mummy nak tahu apa dia buat?”

“Apa dia?” Pantas Puan Sri Harisah menyoal.

“ Dia boleh keluar dari bilik macam tu aje? Belum lagi Eric nak buat mukadimah, dia dah blah macam tu! Dia tu tak sedar langsung yang dia hanya orang gaji kat villa ni. Eric tak suka langsung dengan perangai tak semengah dia tu,” Eric sudah meluahkan segala rasa tidak kepuasan hati terhadap sikap orang gaji baru itu.

‘Adakah patut layan Tuan Muda Besar macam tu? Tak patut langsung!’ Rungut Eric dalam hati.

Puan Sri Harisah menghemburkan jua tawa yang sudah ditahannya dari tadi. Mana tidaknya. Eric belum kenal macam mana perangai Elaine yang sebenarnya. Memanglah Elaine akan menunjuk muka tak bersalah, sebab dah orangnya pun memang macam tu. Wajah Elainekan macam orang tak ada perasaan? Tak hairan pun.

Dahi Eric sudah berkerut tidak memahami maksud di sebalik tawa mummynya itu. “Kenapa mummy ketawa?” Soal Eric tidak puas hati. Kaki yang asyik mundar-mandir dari tadi sudah terasa kepenatan. Eric melabuhkan punggungnya di sebelah mummynya.

“Eric, dia memang macam tulah. Memang jenis orang yang tak selalu senyum. Marah pun dia tak tunjuk. Senang cerita dia ni macam anak patunglah,”


“Mummy cakap perempuan tak semengah tu macam anak patung? Hmph!” Eric mendengus. “Muka patung Chucky lagi comel berbanding dengan perempuan tu,” Sekali lagi, Puan Sri Harisah ketawa kecil. Tercuit hatinya mendengar anaknya membandingkan wajah Elaine dengan karakter patung seram yang kejam itu. Itu sememangnya langsung tak patut!

‘Adakah patut dibandingkan dengan patung hantu tu? Elaine bukannya hantu pun.’ Puan Sri Harisah membebel dalam hati.

“Eric, tak baik mengata orang! Elaine dengan patung hantu tu berbeza sekali. Lagipun dia manusia bukan patung,”

“Mummy jugak yang cakap Elaine tu macam patung,” pantas Eric mencelah dengan mulutnya muncung macam angsa. Puan Sri Harisah menghela nafas panjang. Otaknya ligat memikirkan cara-cara untuk melembutkan hati keras Eric itu.

“Eric...Mummy tak suka dengan kerenah Eric yang suka memecat orang ikut sukahati Eric aje. Mereka yang bekerja dengan kita tu, kebanyakannya bukan orang senang. Orang susah, Eric. Cuba Eric fikirkan situasi mereka. Cuba Eric bayangkan jika Eric berada di pihak mereka. Sudahlah hidup susah, mencari wang pun susah. Mereka kerja dengan kita dan itulah satu-satunya sumber pendapat mereka. Entah-entah, bukan satu kerja saja yang dibuat oleh mereka. Mungkin ada dua tiga kerja lain yang dilakukan pada masa yang sama. Sekiranya Eric memecat mereka, bukankah kita menyekat pendapatan mereka dalam mencari sesuap nasi untuk membiayai ahli keluarga yang lain?” Panjang Puan Sri Harisah menasihati anaknya. Dia mahu anaknya sedar bahawa tidak semua manusia ini hidup senang seperti mereka.

Eric berfikir sejenak. Kemudian, kedengaran helaan nafas lemah keluar dari mulutnya. Dia tahu sekiranya mummynya sudah mula mengeluarkan kata-kata berunsur nasihat sebegitu, sudah semestinya mummynya berat untuk mengikut segala kehendaknya.

Lambat-lambat Eric mengangguk lemah. Dia akur juga dengan kata-kata Puan Sri Harisah. Kali ini, dia tidak dapat memecat perempuan yang mungkin akan menjadi perempuan yang paling dibencinya di dunia ini.

“Yelah yelah. Eric ikut cakap mummy. Takkan pecatkan dia. Tapi, Eric tetap tak puas hati dengan dia tu. I don’t like her! Kalau boleh, Eric tak nak tengk muka dia tu. Buat orang sakit hati aje,” Eric bangkit dari sofa dan melangkah masuk ke biliknya. Moodnya sudah hilang bila orang gaji baru tadi tidak dapat dipecat dek dihalang oleh mummynya. Dia mendongkol geram.

‘Hish! Hidup dengan perempuan macam tu boleh buat orang jadi gila! Entah-entah dia tu memang gila tak?’ desis Eric. Argghh!!!

Elaine hanya melihat dan mencuri dengar perbualan antara ibu dan anak dari jauh. Dia menggigit bibir bawah. Bukan niatnya untuk keluar terus dari bilik Eric tadi dengan sengaja. Sebenarnya, hatinya sudah tidak tahan melihat wajah bakal suaminya itu.


Pertama kali melihat wajah Eric secara berdepan, jantungnya sudah luruh. Berdetak ikut irama yang sukar dia fahamkan. Sudahlah dia terkejut dengan reaksinya sendiri yang berani menjawab Eric tadi. Bila sudah mata mendarat pada wajah si dia, serta-merta nafasnya menjadi sesak. Jantungnya pantas berdegup macam orang berlari marathon. Serasa mahu pitam sahaja bila berdiri di depan Eric tadi. Dia gugup! Pantas kakinya terus melangkah keluar dari bilik dengan mukanya yang selamba tak bersalah. Dia nervous!

Puan Sri Harisah berpaling ingin kembali ke bawah. Kakinya terhenti sebaik melihat Elaine yang berdiri di sebalik dinding yang menjadi pemisah antara ruang rehat dengan beranda di luar di tingkat 2 itu. Dia tersenyum manis apabila wajah Elaine sudah angkat membalas pandangannya. Elaine mengeluh lemah.

Elaine keluar di sebalik persembunyiannya tadi. Elaine mendekati Puan Sri Harisah. Tangan Puan Sri Harisah sudah mendarat pada bahunya dan kepala Puan Sri Harisah mengangguk sambil senyuman tidak lekang di bibir.

“Jangan risau. Eric takkan dapat menghalau Elaine dari villa ni. Aunty akan selalu menjaga Elaine walau apa cara sekalipun. Elaine pun kena berusaha ambil hati Eric supaya dia boleh terima Elaine seadanya setelah Elaine sah menjadi isterinya nanti, ye?” Bisik Puan Sri Harisah agar tiada sesiapapun yang mendengar perbualan mereka.

“Sa...saya akan berusaha untuk memuaskan hatinya agar dia boleh terima saya di sini,” Jawab Elaine perlahan. Dia masih belum ada keyakinan setelah mendengar bagaimana cara Eric bercakap tentang dirinya tadi.

“Jangan risau, Elaine. Kalau Eric dah lama kenal dengan Elaine nanti, pasti semuanya akan berjalan dengan lancar. Eric pasti senang dengan Elaine nanti, percayalah.” Puan Sri Harisah cuba meyakinkan bakal menantunya itu. Dari penglihatannya, dia pasti, Elaine mesti berasa sedih mendengar kata-kata Eric tadi.

“ Puan Sri, saya nak ke bilik Tuan Muda yang kedua pula ya? Biliknya masih belum dikemaskan,”Pinta Elaine setelah mereka berdiam seketika. Puan Sri Harisah mengangguk.

“Pergilah. Tak silap aunty, Eryl akan pulang petang nanti. Jadi, bolehlah Elaine berkenalan dengan Eryl pula. Elaine tak perlu risau tentang Eryl tu. Anak aunty yang sorang tu peramah orangnya. Boleh dikatakan seorang yang friendly. Jadi, jangan bimbang ya?” Elaine mengangguk terus berpamitan dari situ. Mata Puan Sri Harisah tidak lepas dari memandang Elaine sehinggalah Elaine lenyap masuk ke bilik anak bongsunya itu. Dia menggeleng.

‘Payah jugak kalau Eric dah blacklist Elaine ni. Kena lakukan sesuatu agar semua plan akan berjalan lancar.’ Puan Sri Harisah sudah berfikir macam-macam.

Kira menoleh melihat wajah putih tidak bermaya di sebelahnya. Dia naik hairan. Pagi tadi, dia terdengar bunyi orang menjerit di bilik atas. Bunyinya macam dari bilik Tuan Muda, Eric. Apa sudah jadi?

Semasa dia melakukan kerjanya di dapur, terdengar desas-desus menyatakan bahawa Elaine dimarahi Tuan Mudanya yang baru sahaja balik dari luar negara itu. Berbisik-bisik rakan sekerjanya bercerita tentang berita Elaine itu. Dia berasa simpati dengan Elaine. Belum apa-apa sudah ditengking oleh Eric.

Elaine masih melipat baju-baju milik Puan Sri Harisah dan Tan Sri Hamdan di dalam bilik membasuh itu. Tangan Elaine pantas melakukan kerjanya tanpa menghiraukan sesiapa.


“Kak Elaine okey ke?” Tanya Kira ambil berat. Elaine mengerling sekilas dan masih melakukan kerjanya.

“Okey aje. Kenapa Kira tanya?”

“Kira dengar dari kakak yang lain tentang Tuan Eric tengking kak Elaine tadi. Tuan Eric marah kat akak tadi, ye?”

“Ye.” Jawab Elaine pendek. Dia tidak mahu memikirkan tentang perkara yang berlaku tadi. Malu rasanya bila hal tadi diimbas semula. Nasib baik wajahnya tidak senang merah padam. Kalau tidak, lagi haru jadinya. Dapat juga dia menyimpan perasaan sebenar tadi apabila berdepan dengan Eric.


“Tuan Eric tu melampaulah! Akak baru je kerja kat sini. Dah nak marah-marah kat orang. Tak pernah nak bersimpati kat orang langsung!” Kira membebel.

“Kalau ya pun nak tegur orang, janganlah tengking-tengking segala. Tegurlah cara yang baik,” Kira masih mahu meluahkan rasa geramnya bila memikirkan sikap Tuan Eric yang melampau baginya.

“Kira, tak apalah. Salah saya jugak. Saya tak sepatutnya keluar macam tu sahaja dari biliknya tadi. Saya patut minta maaf darinya sebab dah kacau dia tidur tadi,” Elaine cuba membela Eric. Bukan kerana memikirkan bahawa Eric itu bakal suaminya, tetapi sudah sememangnya salah dirinya sendiri. Dia mengaku itu.


“Akak Elaine tak kenal Tuan Eric tu. Macam-macam sahaja tak elok di matanya. Kalau sudah dia tak suka, makin diarahnya kita sampailah dia berpuas hati. Hish! Dia ingat kita ni siapa? Robot?”

Elaine hanya mampu berdiam diri tidak mahu membalas kata-kata Kira. Tidak mahu mencurahkan minyak ke atas api yang sedang membara. Jadi lebih baik kalau dia menjadi air, setenang yang boleh agar dapat menyejukkan hati Kira.

“Apa yang bising-bising ni? Ada orang tak puas hati ke dengan Tuan Eric?” Jerkah suara nyaring dari belakang. Sudahlah nyaring, bingit betul di telinga Elaine bila mendengarnya. Suara high pitch yang bisa memecahkan gegendang telinga sesiapa sahaja. Nasib baiklah bilik membasuh ini kedap bunyi. Kalau tidak, mahu serantau dia tahu suara itu milik siapa.

Adilah sudah menjeling wajah seorang demi seorang.

“Hei, korang ni nak bergosip ke? Nak buat kerja? Korang kutuk Tuan Eric dari belakang ek?” Mata Adilah sudah mengecil memandang wajah kedua-duanya.

Kira mengambil jalan senang dengan hanya berdiam diri. Begitu juga dengan Elaine di sebelah. Dia juga tidak mahu berkata apa-apa kepada Adilah. Malah, matanya juga tidak berpaling pun menghadap wajah minah suara high pitch itu.

“Hei! Korang kena ingat. Yang menggaji korang ni, Tuan besar. Korang nak bergosip, baik korang tak payah buat kerja. Berhenti terus! Korang jadilah reporter hiburan semasa. Bukannya jadi orang gaji di sini! Sedar sikit diri korang ni ya! Korang tu cuma makan gaji. Tak payah nak membebel tak puas hati dengan Tuan Eric tu. Esok lusa, segala harta Tan Sri Hamdan, akan jadi milik Tuan Eric. Jadi, kalau korang nak sangat buat Tuan Eric marah, silakan!” Seloroh Adilah yang berlagak macam Mem besar di situ.

“Kalau aku dengar lagi korang cakap belakang pasal Tuan Eric, aku report terus kat dia. Biar padan dengan muka korang!” Adilah terus mengangkat kaki ingin beredar dari bilik membasuh itu.

“Buat kerja! Jangan nak mengata orang je tau!” Bunyi pintu sudah bising dek di hempas oleh Adilah setelah dia keluar dari bilik tersebut.

“Paku dulang, paku serpih. Mengata orang, dia yang lebih!” Kira menghemburkan amarahnya dengan berpantun pula. Muncung bibirnya melihat aksi berlagak perempuan bersuara opera itu. Naik meluat dia melihat sikap Adilah yang mengada-ngada.

“Ceh! Mentang-mentang, pekerja kesayangan Tuan Eric. Menggedik je tau!”


Elaine menggeleng-geleng perlahan melihat kerenah rakan sekerjanya yang sorang itu.Dia tahu Kira sememangnya tidak menyukai perangai over Adilah itu. Dia juga tidak suka perangai perempuan itu. Tetapi, dia hanya menyimpan sahaja perasaan tidak puas hati itu di dalam hati. Tidak mahu terjadi ribut taufan pula sekiranya dia tidak bersabar.

Sekali lagi pintu dikuak dari luar. Terjengul wajah Suti, pekerja Indon Puan Sri Harisah di daun pintu.

“ Kira, ngapain ribut-ribut?” Tanya Suti.

“Kak Suti tak nampak siapa yang keluar dari bilik ni tadi?”

Enggak tau. Masa sih, kita tau siapa yang barusan keluar dari bilik ini. Kita kan baru aja sampek ke sini,” Ujar pembantu rumah itu. Suti masih setia berdiri di daun pintu.

“Siapa lagi kok kalau bukan si brengsek itu!” Kira menjawab dengan loghat Indonesia juga. Memang selalu perkataan brengsek bermain di mulutnya jika bercakap tentang Adilah.

“Oh! Adilah maksud Kira?Ya iyalah. Kalau udah ketemu sama brengsek itu, jangankan ribut aja yang melanda. Tsunami juga ada sekali!” Berdekah-dekah Suti mengumpat Adilah. Memang banyak juga pekerja di sini tidak gemar dengan sikap bongkak Adilah itu.


Kira juga sama ikut mentertawakan bicara Suti. Memang betul apa yang Suti kata tadi. Kalau ada sahaja kelibat Adilah di villa ini, pasti akan ada ribut yang melanda. Bahkan Tsunami sekali mungkin akan berlaku. Mana tidaknya. Banyak yang tak puas hati dengan Adilah, pasti ada saja pertelingkahan yang berlaku di antara pekerja-pekerja di situ. Dan, orang yang bertanggungjawab mendamaikan keadaan ialah Mak Bedah. Tetapi, Adilah ada juga mempunyai pengikut-pengikutnya. Pening Mak Bedah dibuatnya.

“Oh, iya. Suti kemari, mau ngomong sama Kira sesuatu.” Ujar Suti setelah mereka berhenti tertawa. Elaine tetap macam biasa, menjadi pendengar yang setia.

“Apa dia kak Suti?”


“Tuan Eryl udah sampek! Dia mau ketemu sama Kira. Katanya, rindu sama Kira. Mahu menatap wajah Kira,” Serta-merta, wajah Kira berubah merah padam. Elaine menoleh ke sebelah. Bakal adik iparnya sudah sampai.

Kira sudah menarik muka masam.

‘Ceh! Ni lagi Tuan Muda yang bermasalah. Senang-senang aje suruh kak Suti panggil aku jumpa dia, konon-kononnya dia rindu kat aku. Piiiraahh!’ Desis Kira menahan rasa geramnya terhadap Eryl, adik bongsu kepada Eric itu.

Enggak mau ah, kak Suti! Bilang sama Eryl, saya tak mahu jumpa dia langsung! Sebabnya, saya tak rindu kat dia pun!” Kira sudah malas melayan kerenah Eryl yang kebudak-budakkan itu. Dia tahu Eryl cuba ingin mengenakannya. Kononnya, Eryl mahu mengorat dirinya. Tetapi, ternyata Eryl itu seorang lelaki buaya darat yang hanya mahu mempermainkan perasaan wanita. Nasib baiklah dia bukan dalam golongan yang mudah cair dengan kata-kata manis bercelup madu dari Eryl itu. Tidak semudahnya dia ingin menyerahkan hati kepada lelaki seperti Eryl. Lagipun, tujuan dia ke villa tersebut ialah mahu mencari rezeki. Bukan mencari suami!

“Tapi Kira, kalo Kira enggak mahu, dia bilang dia akan memaksa Kira untuk menyuapnya makan nanti. Tuan Eryl juga bilang, dia mahu ngomong sama semua orang tentang rahsia Kira,” Membulat mata Kira bila Suti memberitahu ugutan daripada Eryl itu. Gulp!

‘Alah! Takkanlah sebab aku malas nak jumpa dia, rahsia aku kena pecah pulak! Ni yang malas ni...’ Rengek Kira dalam diam. Dia memang pantang kalau sudah Eryl memeras ugut berkenaan dengan rahsia yang bakal pecah dari mulut Eryl sekiranya dia tidak mahu mematuhi segala arahannya. Rahsia apa, hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Sudahnya, Kira mengorak juga dengan langkah yang lemah keluar dari bilik tersebut.

“Kak Elaine terpaksa lipat tanpa Kira. Kira kena jumpa dengan Eryl sekejap. Sorry tau,” Pohon Kira sebelum keluar dari bilik membasuh tadi. Rasa bersalah menggamit hatinya membiarkan Elaine melipat bersendirian. Sudahlah baju yang perlu dilipat sangat banyak. Tetapi, dia terpaksa patuh pada arahan Eryl itu semata-mata mahu rahsianya tidak dibocorkan oleh Eryl.

Kira mengetuk pintu bilik gym yang terletak di tingkat 3 villa tersebut. Dia melihat Eryl yang sedang berlari anak pada mesin senaman berjenama itu. Eryl mengerling di sebelah. Kakinya tetap tidak berhenti dan masih mahu meneruskan senamannya itu.

“Kau nak apa?” Soal Kira malas.

Mendengar suara Kira yang malas semacam, tangannya terus menekan punat butang sehingga berhenti mesin senaman itu. Kakinya melangkah perlahan dan dia turun dari mesin.


Eryl bercekak pinggang. “Aik? Asal macam tak ada mood ni? Macam orang tak puas hati pun ada. Tak puas hati dengan saya ek?” Kira menjeling pada Eryl yang tersengih-sengih mengalahkan kerang busuk.

“Kalau saya cakap saya memang tak puas hati dengan awak, macam mana?” Eryl masih tenang memandang Kira. Entah kenapa, sekiranya dia tidak melihat wajah comel Kira sehari, nafasnya terasa sesak mencari-cari kelibat itu. Baru beberapa hari meninggalkan villa, dia sudah rindu mahu melihat wajah comel persis penyanyi popular di Korea Selatan, IU itu.


Tangannya disilangkan pada dada sasanya. Peluh yang menitik di badan, tidak diperdulikan. Tumpuannya hanya pada Kira. Dia meleretkan senyuman manis.

“Awak nak kalau rahsia awak pecah di mulut saya?”

“Kau ni tak aci betul! Dulu dah janji nak simpan rahsia tu, sekarang kau nak ugut aku pulak?” Kira sudah mula meradang dengan sikap Eryl.

‘Sudah janji, tapi diugutnya kita lagi. Memang hampagas tak guna betullah lelaki ni!’ Kira sudah mula merungut pada Tuan Muda Besar di depannya.

“Hah...Kalau awak tak nak saya beritahu kat abang saya pasal apa yang awak dah buat kat baju kesayangan dia, baik ubah cara percakapan awak tu dulu. Tak manislah beraku-kau dengan Tuan Muda. Panggillah saya dengan perkataan saya dan awak dengan awak. Bukan aku-kau. Awak perlu hormat tuan rumah di sini,” Kira membuat muka menyampah pada Eryl. Di dalam hati berbakul-bakul sumpah seranahnya.

‘Tuan Rumah konon! Villa ni, villa bapak kau punya! Bukannya kau!’

“Tapi, lagi sedap kalau dengar awak panggil saya dengan panggilang, sayang,” Tambah Eryl lagi. Makin membulat mata Kira mendengar permintaan menggatal Tuan Mudanya itu.

“Jangan harap saya nak panggil awak dengan panggilan tu!” Bidas Kira pantas. Sudah tertukar panggilan kau-aku dengan panggilan saya-awak pula.


“Haa... Macam tu kan bagus. Sejuk hati saya mendengarnya. Awak tak rasa begitu ke?” Kira mendengus. Mukanya sudah masam macam orang yang termakan buah asam mempelam. Erk! Masam sungguh!

“Hah! Awak nak apa dari saya ni? Dah sudah hilang ‘rindu’ awak tu ke?” Eryl melebarkan senyuman semanis yang boleh.

“Temankan saya boleh?” Pinta Eryl dengan suara yang lembut.

“Pergi mana?”

“ Ke bulan.”

“Gila sewel!” Eryl mengekek ketawa mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Kira. Ada sahaja gelaran untuknya sekiranya dia meminta yang bukan-bukan daripada Kira. Tapi, sebab itu jugalah hatinya terpaut pada Kira. Kira tidak seperti perempuan lain yang senang cair pada kata-kata manisnya. Kira pasti akan membalas sebaliknya dengan gelaran yang bermacam-macam.


‘Aduh, comel Kira. Abang kangen!’

Elaine masih berusaha untuk menghabiskan kerja melipat baju. Dia tidak kisah jika terpaksa melakukannya seorang diri. Malah dia sudah terbiasa. Di rumah, mamanya sering menyuruhnya melakukan kerja-kerja sebegitu. Kata Mak Som, kerja perempuan, perempuan kena tahu buat. Kalau tidak, macam mana mahu berumahtangga nanti?

Elaine mengasingkan baju milik Puan Sri Harisah dan Tan Sri Hamdan. Disimpannya baju ke dalam bakul yang sudah tersedia. Semua baju kering kerana cuaca begitu panas hari ini.

Mujurlah bilik membasuh diletakkan aircond di dalamnya. Tidaklah Elaine berasa sesak kepanasan di dalam bilik membasuh.

Leka dengan kerja melipat, tanpa sedar pintu bilik membasuh dikunci oleh seseorang. Pantas tangan Elaine ditariknya supaya berdiri menghadap dirinya. Ditolaknya kasar badan Elaine ke dinding. Tangannya menutup mulut Elaine agar tidak terkeluar suara Elaine menjerit meminta tolong. Rasa benci dan menyampah pada Elaine menyala-nyala di matanya.

Mata Elaine sudah terbeliak melihat orang yang menolaknya ke dinding itu. Serasa dadanya berombak laju setelah tangan milik orang itu menutup mulutnya. Elaine mengagahkan diri dengan bersikap tenang. Terasa dirinya macam diculik oleh orang jahat.

“Kau jangan sekali-kali buat bising. Kau kena dengar semua arahan aku, faham?!” Gertak gerangan itu. Wajahnya begitu dekat sekali dengan wajah Elaine. Elaine mengangguk. Lalu tangannya dialih dari mulut munggil perempuan tersebut. Dia sudah tersengih-sengih sinis.

“Bagus! Aku nak kau buat semua benda yang aku nak suruh kau buat nanti. Bermula dengan ini,” Gerangan tersebut mengambil sebakul baju yang sudah menggunung di letaknya di depan Elaine. Mata Elaine terarah pada baju yang berlonggok di dalam bakul besar tersebut. Kemudian, matanya ditala ke depan memandang gerangan tadi.

“Kau nak buat tak nak?” Kerah gerangan itu.


“Saya akan buat, Tuan Eric,” Jawab Elaine dengan tenang.

Eric tersenyum puas. Kini, bermulalah episod penderaan dan pembulian terhadap orang gaji baru di rumahnya itu. Dia mahu membuat hidup Elaine merana. Dia mahu Elaine dengan rela hatinya keluar dari villanya tanpa arahan daripada dirinya sekalipun.

‘Awas kau!’


No comments:

Post a Comment