Aku menilik wajah di cermin meja solek. Mukaku hanya menggunakan bedak asas dan bertempek dengan compact powder Garnier. Kelopak mata sudah dilukis dengan eyeliner. Aku menyapu sedikit blusher di pipi. Biar naik seri sikit. Tidaklah aku gunakan terlalu tebal macam opera cina. Bibir pula dialiskan dengan lip gloss yang berwarna nude pink. Aku nak buat make-up simple je. Bila dah puas dengan penampilan diri, barulah aku keluar dari bilik.
Farina yang masih setia di depan televisyen bersama Nurul, dipanggil. Kedua-dua memusing kepala dan memandangku. Aku ketawa kecil bila melihat mereka berdua sudah ternganga melihat penampilanku malam ni.
“Masuk lalat tu karang. Baik korang berdua tutup mulut tu. Macamlah tak pernah tengok aku bergaya comel-comel macam ni,” Tegurku. Farina lantas berdiri dari sofa dan memegang bahuku. Dia memusing badanku 360 darjah. Oii! Naik pening aku dibuatnya. Macam orang jakun pula diorang ni.
“Kau pakai baju kurung segala ni malam-malam macam ni nak gi mana? Dating ek?” Soal Farina. Sekarang Farina sudah menggunakan gelaran kau-aku denganku. Ni memang sah terkejut beruk perempuan ni bila tengok aku melawa macam ni. He he he.
“Kalau aku cakap ya macam mana?” Balasku juga dengan berkau-aku dengan Farina. Tetapi, bagiku semua ni perkara biasa sahaja. Memang macam nilah kami. Sekejap menggunakan nama, sekejap berkau-aku. Tak hairan pun.
Mata Farina terbeliak. Mulutnya juga sudah muncung. “Kau dating dengan siapa? Iz lagi?” Mendengar Farina memanggil nama Iz, mulutku juga sudah berjangkit muncung sepertinya. “Bukanlah! Orang lain,” tegasku. Sekarang, mata Farina mengecil pula. Bibirnya mula menerbitkan senyuman mengusik. Hadoii!
“Dengan Nick?” Soal Farina masih ingin tahu. Lambat-lambat, bibirku juga mempamerkan senyuman sama.
“Bingo!” Kami sama-sama tertawa selepas itu. Nurul di sebelah sudah menggeleng-geleng melihat kerenah kami bersaudara ni. Tahu sajalah perangai kami yang short satu wayar ni.
“Kau nikan Risya, sekejap dating dengan Iz. Sekejap dengan Nick. Kau dah ikut perangai Iz yang dulu ek? Player!” Mataku membuntang mendengar tuduhan Nurul.
“Hei, mulut jangan sebarang tuduh tau. Sekarang ni, aku bukan player. Aku dah jadi gamernya! Nak tentukan permainan aku ni OK, ke KO. He he he,” gelakku macam ada tersirat je niat di hati. Nurul mencebik.
“Dibuatnya kau tak sempat habis ‘game’ tu? Awal-awal dah tamat macam mana? Game over lah ye?” Omel Nurul. Aku menggigit bibir. Geram jugak dengan sikap kawan aku yang seorang ni. Mulutnya bukan main laser lagi. Semenjak Irah dah tak ada kat sini, makin kuat pulak laser dia. Ah! Malas nak layan. Aku nak happy-happy malam ni. Aku kan nak keluar date dengan ‘boyfriend’ satu hari aku tu. Wajah Nick pun sudah bermain-main kat kepala.
“Kak Nurul, yang game over tu, biarlah dengan abang Iz. Dengan abang Nick, kak Risya pasti menang punya!” Nurul memandang wajahku. Bibirnya juga menguntumkan senyuman.
“Harap macam tulah. Semoga kau berjumpa dengan orang yang betul-betul untuk kau. Aku akan sentiasa doakan kau. Risya, fighting!” Nurul memberi semangat kepadaku.
“Fighting!” Sahutku kembali.
Aku mengeluarkan telefon samsung dari beg tangan. Melihat kalau-kalau ada mesej pemberian daripada Nick. Kening sudah berkerut. Aik? Tak ada pun. Sekarang sudah pukul 8.55 malam. Tiada pula mesej darinya. Tadi, bukan main lagi menyuruh aku bersiap sharp at 9. Sekarang, satu habak pun tak ada dari si dia. Aiii...Ni yang naik geram ni. Senang-senang mengarah orang, tapi diri sendiri tu...Belum sempat aku nak membebel di dalam hati, terdengar bunyi ketukan di pintu.
“Hah...Tu mesti abang Nick,”Ujar Farina di sebelah. Nampak Farina pulak yang terlebih excited. Pantas kaki Farina berdiri di depan pintu rumah. Manakala Nurul sudah beredar ke bilik disebabkan tiada seurat benang pun yang menutup rambutnya kini. Takut dek dipandang lelaki bukan muhrim, jadi kenalah menyembunyikan diri dahulu.
Farina membuka pintu. Kepalanya sudah ditayang ingin melihat gerangan yang mengetuk pintu rumah tadi. Tetapi, peliknya tiada pula gerangan itu. Kepala Farina dipusing kiri kanan. Aii..Naik seram pulak dibuatnya. Ketuk pintu tapi tak ada seorang pun berada di depan?
“Aunty ni, aunty Risha ke?” Soal suara kecil di bawah. Farina menalakan pandangan ke bawah. Beza ketinggian pemilik suara tadi dengan dirinya, tersangatlah beza. Farina duduk melutut. Dia tersenyum melihat pemilik suara cilik tadi.
“Adik ni nama siapa? Cari aunty Risya ek?” Aku berasa pelik melihat Farina yang sudah melutut di depan pintu. Kes apa pulak yang terjadi sampai minah ni melutut di depan pintu? Aku baru sahaja keluar dari bilik air sebaik sahaja terdengar bunyi ketukan pintu tadi. Masa klimaks macam tu mesti ada halangannya. Jadi, sebelum pergi keluar aku bergerak ke tandas terlebih dahulu.
“Kau buat apa tu Farina?”
“Ada budak comel ni cari kau.” Jawab Farina. Farina menoleh ke belakang dan wajah budak itu dapatku lihat. Aku terkejut melihat wajaha budak kecil itu. Aku menghampiri mereka berdua.
“Adik ni, bukan Diya ke?” Soalku pula kepada kanak-kanak perempuan yang comel berpakaian dress putih dan berjaket kuning. Alahai, comelnya. Ni yang aku geram ni. Rasa nak cubit pipi montel budak tu.
Diya mengangguk. Aku terasa pelik. Bagaimana boleh seorang budak perempuan yang berusia 5 tahun, boleh sampai ke tingkat 2 ni?
“Mana uncle Nick?”
“Aaaa....” Diya baru sahaja ingin menjawab pertanyaanku tetapi terhenti sebaik sahaja Nick menampakkan diri di depan kami. Aku terpaku melihat penampilan Nick begitu juga dengan dia. Kami sama-sama terpesona dengan penampilan masing-masing.
“Eheem! Takkanlah nak bergayut depan pintu ni je kot?”Farina sudah berdeham menyedarkan kami berdua. Wajahku sudah berona merah. Malu. Wajah Nick juga begitu. Aku tersengih.
Nick nampak begitu smart malam ni. Baju kemeja kuning berjaket putih menutupi tubuh badannya yang sasa. Sedondon dengan anak buahnya malam ni. Aku menayangkan senyuman. Bukan mereka sahaja, aku pun turut sama memakaikan warna baju yang sedondon. Baju dress labuh, mengikut sedikit potongan badan dan tudung putih dilitup di kepala. Macam anak-beranaklah pulak. Ahaks!
Hujung baju Nick ditarik dari bawah. Si kecil menyuruh Nick untuk menundukkan sedikit kepalanya. Nick mengikut sahaja. “ Dear dah laparlah pak ucu,” ujarnya. Aku dan Farina tertawa kecil. Kesian melihat si kecil sudah mula merungut.
“Okey, nanti pak ucu bawa dear pergi makan. Jom, kita pergi sekarang, alright?” Pujuk Nick. Aku berpamitan dan kami menuju ke kereta.
***
Sekejap-kejap matanya mengerling ke sebelah. Mulut becok anak buahnya sekali-sekala dilayannya. Ramah benar Diya melayani Risya. Baru pertama kali bersua, mereka sudah serasi. Dia tersenyum melihat kemesraan yang terbit antara mereka. Lagipun, Nick tahu Risya seorang yang amat menyukai budak-budak.
“Dear, malam ni aunty nampak cantik tak?” Nick mengutarakan pertanyaan kepada anak buahnya. Diya yang duduk di pangkuan Risya menoleh memandang wajah Nick. Lantas, kanak-kanak kecil itu menggeleng.
Mataku sudah membuntang melihat gelengannya. Alahai, sedihnya. Kalau sudah budak kecil berkata sedemikian, apatah lagi di mata Nick. Aku dah mula rasa nak merajuk. Jujur benar kanak-kanak bernama Diya ni. Aku tak cantik pun! Hu hu hu.
“Aunty Risya tak cantik ke?”
“Tak! Aunty Risya mana boleh cantik daripada mama. Aunty Risya comellah. Mama dear sorang je cantik kat dunia ni.” Ujar si kecil. Terus kembang hidung aku mendengarnya. Oh! Hanya mamanya seorang sahaja yang cantik di dunia. Pastilah! Sesiapapun akan kata begitu. Tiadalah yang lebih cantik di hati selain daripada orang yang melahirkan kita ke dunia ini. Pandai betul anak ni berkata.
“Kalau macam tu, siapalah yang paling hensem kat dunia ni?” Tanyaku pula.
“Mestilah, papa!” Balasnya pendek.
“Habis, uncle tak hensemlah?” Nick ingin menduga anak buahnya. Diya mengeleng kepala sekali lagi.
“Uncle tak hensem pun! Uncle cute!” Terdengar bunyi gelak ketawa kami di dalam kereta. Begitu celoteh budak ini menjawab pertanyaan kami. Aku begitu senang dengan kehadirannya. Rancangan Nick ingin membawa Diya makan malam bersama memang sesuatu diluar jangkaanku. Nick tidak mahu keluar hanya berdua. Sekarang, Nick mahu belajar untuk keluar bertiga dengan membawa si kecil bersama. Tiadalah kemunculan ‘benda ketiga’ jika keluar berdating sebegini.
Aku mengerling ke sebelah. “Awak nak bawa kita ke mana ni?” Aku menilik wajah Nick yang sudah tersenyum itu. Nick juga berpaling memandangku. “ Adalah.”
***
Aku terpaku melihat permandangan di situ. Memang inilah yang ingin aku lihat sejak dari dulu lagi. Aku tercari-cari tempat yang boleh melihat permandangan cantik sebegini di waktu malam. Walaupun sudah beberapa tahun duduk di semenanjung, spot untuk melihat permandangan malam yang terbaik tidak dapatku cari sehinggalah Nick membawaku ke restoran Haven Ampang Look Out Point ini.
Kechikk!! Cahaya lensa kamera memancar sebaik aku menoleh. Aku berdecit geram.
“Nick! Saya tak bersedia apa-apa lagi, awak dah ambil gambar saya. Mesti burukkan gambar tu?” Aku menghampiri Nick ingin merampas kamera daripada tangannya. Nick mengelak dan tertawa.
“Eh, mana boleh tengok. Soal buruk tak buruk, lain cerita. Hak milik terpelihara. Gambar ni takkan diupload kat facebook. Jadi, jangan risau. Gambar-gambar ini edisi terhad. Hanya untuk saya seorang sahaja boleh melihatnya. Alright?” Aku mencebik. Aku menghadiahkan juga jelingan tajam kepada Nick tanda aku nak protes dengan tindakan pantasnya tadi. Cis!
“Pak ucu, ambil gambar kita sekalilah. Dear dah comel ni. Ambiklah gambar.” Pinta Diya di sebelah. Nick menurut kata dan menangkap beberapa gambar Diya yang berposing sakan. Aku berasa kagum melihat si kecil yang memang pandai berposing itu. Ada saja gayanya. Memang comellah!
“Okey, kita stop buat masa ni. Kita makan dulu,”
“Yey! Kita makan...” Diya bersorak riang. Meja kami memang betul-betul menghadap permandangan indah bandar Kuala Lumpur yang diterangi bermacam-macam lampu. Aku terpukau melihatnya.
Lengan bajuku ditarik. “ Aunty, tadah tangan. Kita nak makan. Pak ucu nak baca doa makan.” Aku tersenyum dan menurut sahaja. Suara si kecil membaca bismillah lebih kuat berbanding Nick. Bersemangat Diya membaca doa makan. Habis sahaja berdoa, cepat-cepat dia mengaminkan dan tangannya pantas mengambil garpu.
“Kejap-kejap. Pak ucu nak potong chicken chop ni dulu supaya dear boleh makan.” Nick menarik pinggan Diya dan memotong chicken chop tersebut kecil-kecil. Ingin menyenangkan Diya. Aku berasa senang dengan sikap prihatin Nick terhadap anak buahnya itu. Begitu penyayang sekali. Wah! Kalau Nick sudah ada anak sendiri, bagaimanalah ya? Mesti dimanjanya anak itu.
Aku mengangkat pisau dan garpu. Namun, pingganku juga diambil oleh Nick. Aku diam melihat kelakuannya. Nick memotong daging kecil-kecil. Sekarang bukan sahaja rasa senang terhadap sikap prihatinnya itu, tetapi perasaan terharu juga terbit di hati. Aku tidak dapat menyembunyikan senyuman melihat Nick berusaha memotong daging tersebut untukku. Lama mataku memerhati wajahnya.
“Nah! Ni untuk awak,” Nick meletakkan kembali pinggan di depanku.
“Kenapa awak potong daging tu untuk saya?”
“Sebab saya nak awak rasa apa yang pernah awak rasa ketika ayah awak mencarik-carik isi ayam untuk awak. Ingin awak merasa kembali kenangan ketika kecik-kecik dulu.” Jawab Nick.
Tidak mahu melepaskan peluang, aku tarik pinggan Nick sekali. Aku juga ingin menolong Nick memotong isi daging tersebut. Nick tergamam seketika.
Aku memberi pinggannya kembali dan seraya berkata, “Dan saya juga nak awak berkongsi perasaan itu bersama saya,” Nick sudah terkebil-kebil memandang wajahku. Aku menyorok tawa daripadanya. Aku tahu dia mesti berasa pelik dengan bicaraku tadi. Aku meluahkan perasaan hatiku di sebalik kata-kata tadi. Aku meneruskan niat untuk makan hidangan tanpa menunggu Nick. Aku membiarkan Nick berfikir sejenak. Tidak mahu meluahkan terus. Yalah. Dulukan aku pernah meluahkan perasaan kepada lelaki secara terang-terangan. Akhirnya, aku sendiri yang memendam rasa. Jadi, tidak mahu pisang berbuah dua kali, aku cuba meluahkan perasaan dengan cara berkias. Kalau Nick tak faham, tak apalah. Tak tahu pulak Nick dah berjangkit virus ‘blur’ dari aku. He he he.
“Alhamdulillah. Dear kenyang sangat pak ucu. Sedap makanan ni. Sekarang kita pergi main pulak,” ujar Diya dengan girangnya. Dahiku berkerut.
“Main? Nak main apa malam-malam macam ni?”
“Errr...” Nick seperti teragak-agak untuk menjawabnya.
“Ala, aunty tengoklah nanti kita nak main apa. Mesti aunty suka. Pak Ucu cakap secret..Shhhh...” Diya merapatkan jari telunjuk pada bibirnya. Tercuit hatiku melihat keletahnya itu. Pandainyeee...
Aku mencubit pipi montel Diya. Makin galak budak berumur 5 tahun itu ketawa. Nick sudah beredar untuk membayar. Tinggal aku dan Diya yang masih berada di atas menikmati cahaya lampu yang berkilauan di sekitar bandar Kuala Lumpur itu. Mampu mendamaikan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Aku mengambil kamera Nick dan aku rakamkan panorama itu. Malam yang diterangi lampu-lampu jalan dan bangunan. Tersergam indah menara KLCC diterangi lampu nilon. Ada masa saja lampu menara tertinggi di dunia itu akan buka. Mujurlah hari ini lampu itu terang sehingga ke sini.
Aku tilik gambar yang aku rakamkan tadi di skrin kamera. Wah! Cantik sekali! Aku pun ada bakat jadi fotographer. Aku tunjukkan gambar tadi kepada Diya. Tangan kecilnya bertepuk sakan, memang membuat aku ketawa riang.
“Apa kata kita ambil gambar sama-sama?” Soal suara di belakang. Aku berpaling. Nick sudahpun membayar bil dan naik kembali ke atas menghampiri kami.
“Boleh jugak. Tapi, siapa yang nak ambik gambar kita?” Lalu Nick menggamit perhatian pekerja di situ, meminta tolong untuk merakamkan gambar kami bertiga.
“Okey, 1 2 3, senyum...” Ujar pekerja perempuan di sini.
“Emmm...Ambik gambar berdua tak nak?” Soalnya pula. Pantas mata kami bersabung serentak. Terasa pipi sudah membahang. Nick tersengih.
“Boleh jugak.” Tangan Nick melingkar bahuku. Aku tersentak dan menoleh pada wajahnya. Kedudukan kami begitu hampir sekali sehingga menyebabkan bunyi debaran di dada mampu didengariku.
“Wah! Sweetnya Encik dan isteri encik. Romantik gitu.” Pekerja tadi menyerahkan kamera kembali. Nick memeriksa semula gambar yang dirakamkan tadi. Aku juga tidak mahu melepaskan peluang.
Membulat mataku melihat gambar kami berdua tadi. Rupa-rupanya, kami berpandangan pada wajah masing-masing di dalam gambar itu. Seakan-akan kami ni dilamun cinta. Lagak seperti kekasih atau suami isteri. Mak aiii! Malu dah ni!
Aku mengusap-usap pipiku yang dari tadi membahang. Berharap agar usapan itu mampu menghilangkan rona merah di wajah. Nick menjeling di sebelah dan tawanya tercetus saat aku berbuat demikian.
“Diya cakap nak pergi main tadi, kan? Jom!” Pantas aku menggamit tangan si kecil beredar meninggalkan Nick yang masih dalam tawa tu.Eiii!!
“Dah malulah tu!” Simpul Nick lantas mengejar Risya dan Diya di belakang.
***
Aku menoleh di sebelah. Eiii..Nick ni biar betul? Dibawanya aku ke sini, nak buat apa? Cakap Diya tadi nak pergi main. Nak main apa, aku pun tak tahu. Tapi, dari pandangan aku, tiada satu pun tempat permainan atau taman permainan yang ada di sini. Bangunan yang gelap gelita ni adalah! Aku mengecilkan mata melihat wajah Nick.
“Awak nak buat apa kat sini, hah? Siap bawa budak bawah umur lagi tu.” Tercetus tawa Nick di sebelah.
“Yellow brain! Dari dulu sampai sekarang, awak memang layan blues aje,”
“Hei... Siapa yang dicop gatal sebenarnya?” Aku masih mahu menegakkan benang yang tak tentu basah ke kering itu.He he he. Perosak peribahasa betul!
Nick menjongket bahu dan menarik tangan Diya bersama. “ Jom, dear. Kita tinggalkan aunty sorang-sorang kat sini,” Mataku membulat bila Nick benar-benar meninggalkan aku sorang-sorang di sini. Mujurlah lampu jalan menerangi kawasan ini. Entah kat mana-manalah lelaki ni bawak aku ke sini. Kalau dibawanya ketika hanya ada kami berdua sahaja, memang sah aku akan hampuk kepala dia supaya bawa aku balik ke rumah. Malam pun memang dah malam benar. Nak dekat pukul 11 malam. Sepatutnya kanak-kanak berumur seperti Diya kena tidur awal. Tapi, dek cuti sekolahlah kan, tak adalah pulak deringan telefon bimbit dari kakak Nick menjerit ketika ini. Pelik!
Aku tenung sekejap bangunan di depan. Tempat ni macam kenal je. Tak silap macam istana budaya berdekatan dengan Tasik Titiwangsa. Well, memang dekat dengan tasik pun.
“Aunty, jomlah masuk.” Jerit Diya dari dalam. Bangunan ini sudah tidaklah gelap macam tadi. Di dalam pun nampak cerah semacam. Jadi, aku mendekati Diya yang masih berdiri di depan pintu masuk.
Bila sudah mendekati Diya, cepat-cepat tanganku ditariknya.
“Nak pergi mana ni? Asal Diya sorang-sorang ni? Mana pergi pak ucu Diya?”
Diya berhenti. Dia mengangkat jari telunjuk dekat pada bibirnya. “Shhh....” Itu sahaja jawapannya. Dia menarik kembali tanganku agar mengikutinya. Aku turutkan saja ke mana Diya mahu pergi.
Bila mendekati sebuah dewan, bunyi-bunyi simfoni kedengaran. Bunyi simfoni dari piano! Aku menoleh ke bawah memandang wajah Diya. Diya tersengih-sengih dan menarik aku masuk ke dalam dewan.
Dewan yang gelap, diterangi cahaya spotlight yang memancar pada atas pentas. Rupa-rupanya, Nick yang memainkan bunyi simfoni tadi. Tangan Nick bermain-main pada bilah tuts piano. Lagu yang dimainkan pada jari-jemarinya kedengaran seperti lagu Dan Bila Esok nyanyian kumpulan SOFAZ. Lagu ini membuat aku mengenang kembali saat kami berdua membuat persembahan bersama ketika ‘family day’ suatu ketika dulu.
Dan hari itu jugalah Nick meluahkan perasaannya kepadaku. Wah! Lagu ini benar-benar menggamit jiwa. Memberi sedikit sentimental.
Diya sudah naik ke atas pentas dan duduk di sebelah Nick. Selesai sahaja Nick memainkan lagu tadi, tangan Diya lincah memainkan sebuah lagu.
Aku tersedar sesuatu. Lagu yang dimainkan oleh Diya ialah lagu zaman kanak-kanak yang aku layan dulu. Tangan Diya juga pantas bermain piano. Macam seorang profesional pula. Nick juga mahu bermain sama mengubah sedikit rentak lagu itu. Aku tergelak dengan gubahan yang dibuat oleh Nick.
“ Rasa sayang hey...rasa sayang-sayang hey..Hey lihat nona jauh rasa sayang-sayang hey...” Bila part korus, suara Diya kedengaran menyanyikan sebaris lirik itu.
Tidak mahu ketinggalan, aku naik ke atas pentas juga. Ikut menyanyi bersama dengan Diya.
Rasa sayang, hey!
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey!
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Rasa sayang, hey!
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey!
Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung tanah
Budi yang baik di kenang juga
Rasa sayang, hey!
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey!
Dua tiga kucing berlari
Mana sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana sama abang seorang
Rasa sayang, hey!
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey!
Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh di bayar
Hutang budi di bawa mati
Rasa sayang, hey!
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey!
Diya menepuk tangan sesudah kami sama-sama menghabiskan lagu itu. Nick juga begitu. Nick mengangkat kedua-dua tangannya membuat high five dengan Diya. Diciumnya ubun-ubun si kecil membuatkan aku terpaku melihat kasih sayang yang dicurahkan pada anak buahnya itu. Siapa yang tak terharu melihat layanan seorang lelaki sebegitu terhadap seorang kanak-kanak kecil? Semestinya aku akan kata, yes! Aku terharu sangat. Sejuk je mata aku memandangnya.
Dan yes! Aku akui, lelaki ini layak juga menjadi seorang suami dan bakal seorang bapa mithali. He he he. Overlah pulak! And one more thing, sikapnya itu membuat aku bertambah sayang kepada si dia. Kalau boleh ingin sahaja aku luahkan sekarang perasaan yang sudah menapak di hati ini. Malah, bunga-bunga cinta sudah berkembang mekar saat aku mendapat kepastian di dalam hatiku.
“Tak sangka awak boleh bermain piano. Diya pun pandai main piano,”
“Well, it runs in the family. Semua ahli famili saya pandai main piano,” Jelas Nick sambil tangannya masih menekan-menekan bilah-bilah piano tersebut.
“How about you? Awak pandai main mana-mana alat muzik ke?” Soal Nick ingin tahu serba-sedikit tentang Risya.
“Emmm...Tahu basicnya sahajalah. Piano dan gitar,”
“Tapi kenapa saya tak pernah dengar awak mainkan gitar ye?”
“Sebab saya tak pandai main gitar pun. Orang yang hanya tahu basic je, mesti sumbang kalau main gitar. Sebab tu awak tak pernah dengar pun. Mesti awak akan tutup telinga punyalah!”
Nick ketawa kecil. Dilihatnya sebelah. Mata Diya sudah terkelip-kelip dan digosoknya. Nampak si kecil sudah mahu tidur. Mengantuk. Aku berasa simpati dengan Diya.
“Nick, jom balik. Dah lewat dah pun. Kesian kat Diya. Dia dah nak tidur tu.” Nick membawa Diya ke pangkuan. Dikendongnya Diya dan kami beransur keluar dari dewan.
Nick menghantarku kembali ke kondo Kristal. Oleh kerana sudah lewat malam, kereta Nick hanya diparkir di luar laluan tidak memasuki perkarangan kondo. Lagipun, sememangnya lewat malam sebegini, kawalan dari pak guard sangat ketat. Terpaksalah Nick menghantarku di luar sahaja.
Aku menilik jam di dashboard. 11.56 malam. Tidak lama lagi tamatlah perjanjian antara kami menandakan aku bukan lagi bergelar ‘girlfriend’ Nick.
Diya pula sudah lama dilamun mimpi indah di kerusi belakang. Nick membiarkan Diya tidur di situ. Tidak perlu menyusahkan aku mahu mengendong tubuh kecil itu apabila mahu keluar dari kereta nanti.
“So...I have a great time with you and Diya. Malah, Diya pun senang mesra dengan saya dan kerenahnya tidaklah seperti kanak-kanak nakal yang lain. Saya berasa happy melayannya. And...This was a nice date I ever had,”
“Memanglah, sebab ada saya,” seloroh Nick memuji diri sendiri. Aku mencebik. Nick tertawa kecil tetapi cepat-cepat dia menutup mulut dengan kedua-dua tangannya sebab tidak mahu mengganggu Diya yang sedang nyenyak tidur.
“Sshhh...Awak ni, kontrol sikit gelak tu. Bajet sebab dia. Ceh! Perasan!” Sekali lagi Nick menahan gelaknya bila aku masih mahu menidaknya.
“Terus-terang jelah, you are happy with this date because of me.”
“Ya, because of you.” Mataku terbeliak tidak menyangka apa yang terkeluar dari mulutku. Cepat-cepat aku memandang ke arah lain.
“What? Pardon?”
“Tak ada apalah. Saya balik dululah ya. Bye, assalamualaikum,” Ucapku lantas membuka pintu kereta. Nick mencapai lenganku sebelum sempat aku melombos keluar dari perut kereta. Sebelah keningku sudah naik macam ala-ala Ziana Zain.
“Kenapa?”
“Nothing, I just can’t let you go away easily since you are my girl right this moment.” Semestinya aku terdiam seribu. Tidak tahu mahu menjawab apa. Aku hanya mampu menunduk sahaja.
Terasa kepalaku diusap lembut. Pantas aku mendongak. Nick tersenyum manis sambil tangannya mengusap kepalaku. Bagai ada saluran elektrik yang memberi renjatan laju pada dadaku. Semakin sesak dan susah bagiku untuk bernafas di kala itu. Aku kelu tetapi pada masa yang sama, aku bahagia.Susah mahu diungkap dengan kata-kata. Satu sahaja yang sentiasa bermain di minda. Aku cintakan dia!
“This is for the greatest day in my life that happens today. Thank you my dear, Erry.”
“Aaa...Sama-sama. Janji kan kena tunaikan. Saya lakukan semua ini sebab denda tu. Tak ada apa pun,” Aku sudah menggigit bibir. Apasal ayat tu pula yang terkeluar dari mulut ni? Lain yang difikir, lain yang disebut. Kau ni Risya, potong stim betul!
Wajah Nick juga nampak sedikit berubah. Alamak! Adooii, sayang...bukan itu maksudku. Sebaliknya, aku hanya mampu menguntumkan senyuman semanis boleh bagi meredakan keadaan yang agak ackward itu.
“Yeah! Semua tu sebab denda tu. Lupa pula,” Suara Nick kedengaran senada sahaja. Erk! Aku dah buat dia jadi tak ada moodlah pulak. Tangan Nick ditarik kembali. Aku menjadi serba salah.
“Hey, at least we are having fun right? Diya pun nampak seronok tadi. Tengok tu nyenyak sangat dia tidur sebab kepenatan tak sudah,” aku cuba mengalih topik.
“Tulah. Bercakap je dia dari tadi tak sudah-sudah macam mak dia,” Aku mengorak senyuman. Nick membalas senyumanku.
“Nick, saya balik dululah ya? Good night, boyfriend.” Aku memberi tumbukan lemah pada lengannya. Nick tersengih, tapi seakan-akan lemah saja.
“Good night, girlfriend. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
***
Aku baring mengiring. Sukar hendak melelapkan mata. Kenangan bersamanya masih segar di ingatan. Aku berasa seronok meluangkan masa bersama Nick dan Diya. Tetapi, bukan itu sahaja penyebab aku tak boleh tidur sekarang. Aku mengeluh lemah.
Telefon bimbit Sony Ericsson di ambil. Aku menekan-nekan punat membaca mesej yang aku terima tadi.
Erisya, kau sukakan Nick?-Iz
Mesej pertama itu yang aku dapat sebaik sahaja aku kembali ke rumah tadi. Mesej yang dikirim oleh Iz benar-benar membuat aku dalam kebingungan.
Sebelum keluar bersama Nick dan Diya tadi, aku mengambil keputusan untuk meninggalkan telefon bimbit ini di rumah sahaja. Bila memeriksa telefon bimbit itu, mataku sudah membulat melihat mesej-mesej yang dikirimkan oleh Iz. Banyak pulak tu! Miss call daripada Iz pun sampai berbelas-belas. Seperti yang aku sangka, Iz pasti akan menghubungiku. Semestinya Iz terkejut dengan kehilanganku dari pejabat pagi tadi.
Aku membelek mesej yang lain pula.
Erisya, ak x ska kau brsma dngn Nick! Ak x nk kau kcwa skli lgi.-Iz
Aku menekan punat lagi membaca kesemua mesej-mesejnya. Dan mesej yang akhir sekali diberi oleh Iz ternyata membuat aku berfikir panjang.
Ak thu kau akn bca ksmua msg yg ak brikn kpd kau ni wlpn kau x bls. Tp, ak nk kau thu yg ak bnar2 brharp kta akn brsma smula mcm dlu2. Ak mhu mnymbut cnta kau yg dlu. Klu blh, brilh pluang utk ak bktikn prsaan cnta yg dh mla brputik utk kau. Ak sdh bnr2 mncntai kau spnuh hti. I really need you r8 now Erisya. Really need you. Esk, ak nk jmpa kau di tsik sek 2 mcm hri tu. We need to discuss about us. Hope you will be there. I will be waiting for u.-Iz
Aku menghela nafas panjang memikirkan apa yang perlu aku lakukan seterusnya? Adakah aku kena berjumpa dengannya esok atau membiarkan dia terkontang-kanting di situ sahaja? Perlu ke aku memberitahu perkara ini kepada Nick sedangkan aku bukanlah siapa-siapa baginya walaupun Nick benar-benar mencintaiku dan aku juga sudah menyambut cintanya? Atau aku perlu berterus-terang kat Iz tentang isi hati yang sudah terisi dengan nama Nick? Heish! Bermacam-macam persoalan bermain-main di fikiran aku sekarang. Serabutnya!!
***
Iz menilik jam tangan sekali lagi. Entah sudah ke berapa kali matanya singgah pada jam tangan itu. Sudah 20 minit kelibat Risya masih belum muncul-muncul lagi. Hatinya sudah berasa kecewa. Adakah Risya tidak akan muncul langsung? Bermacam-macam yang bermain difikirannya.
Matanya jauh memandang tasik di depan. Namun, hatinya masih dipagut resah. Peluhnya mula merinik jatuh ke pipi. Dia mengambil sapu tangan di kocek seluar dan mengelapnya. Bukanlah disebabkan cuaca dia berpeluh sebegini, tetapi ketiadaan Risya di sini membuatnya sebegitu. Hari sudah kian mendung. Tidak lama lagi akan hujan pula.
Aku masih tidak keluar-keluar pun dari perut kereta. Masih ragu-ragu dalam membuat keputusan sama ada ingin berjumpa dengan Iz atau membiarkan sahaja Iz menunggu di tasik itu. Aku menggigit bibir bawah. Sekali-sekala, mataku akan jatuh pada jam di dashboard. Tidak semena-mena, dadaku dipalu geruda. Berdetak mengikut peredaran masa. Kenapa perlu aku rasa sebegini?
Dulu, semasa di universiti, Iz pernah memberiku mesej menyuruh agar kami bersemuka. Katanya ingin berbincang tentang ‘kita’. Sebaik sahaja mataku membaca bait-bait ayat itu, mahu jatuh luruh jantungku menahan debar. Kalut jadinya apabila Iz mahu berbincang tentang diri kami. Tentang perhubungan kami. Tetapi, aku sangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan tetap jatuh ke bumi di siang hari. Sudahnya, Iz yang beriya ingin berjumpa denganku sudah melupakan temu janji itu. Dan aku pula, hanya kecewa mengharapkan lebih-lebih. Sehinggalah ke hari ini, alasan ingin berjumpa kerana mahu membincangkan pasal hal kami diungkit kembali.
Setitis demi setitis air hujan jatuh di atas cermin keretaku. Tidak lama kemudian, hujan yang renyai-renyai berubah menjadi lebat. Aku mendongak ke langit yang sudah kegelapan itu. Alamak! Iz!
Tanpa membuang masa, aku mengambil payung di bawah kerusi belakang dan keluar jua dari perut kereta. Pantas kakiku berlari mencari kelibat Iz. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Masih tiada terlihat kelibatnya di mana-mana. Beberapa orang di Tasik Seksyen 2 itu sudah berlari anak mencari tempat teduh. Ada juga yang sudah masuk menerobos ke dalam kereta ingin beredar dari sini. Heish! Iz, kat mana kau sekarang?
Kaki yang melangkah laju sudah mula perlahan setelah melihat tubuh lelaki yang membelakangiku sedang menghadap tasik. Habis basah lebur bajunya dek mandi hujan. Aku dipagut rasa bersalah. Iz tetap setia menunggu di tempat yang biasa kami singgah di tasik itu. Tersedar bila hujan masih belum mahu reda dan semakin bertambah-tambah lebat, aku bergegas mendekatinya. Dengan lantang, aku memanggil namanya berharap agar dapat menandingi bunyi bising setiap kali hujan lebat jatuh membasahi bumi.
Iz menoleh pantas ke belakang. Terus senyuman terukir sebaik memandang wajah yang dinanti-nantikan selama ini.
Aku tergamam melihat senyuman ikhlas Iz itu. Langsung tidak mempedulikan hujan lebat yang berlaku sekarang, senyuman itu tetap ditayangnya jua. Aku segera mendekati Iz dan berkongsi payung bersama Iz.
“Asal kau mandi hujan ni? Dah tahu hujan, pergilah kat tempat yang teduh. Kau nak sangat kena demam panas ke? Kau tu dahlah ada asma,”marahku pada Iz. Makin melebar senyumannya di kala aku masih bising membebel. Aku naik hairan.
“Erisya, dulu kau pernah kata kat aku bila kita bersama dengan orang yang tersayang di kala hujan lebat laju jatuh dari langit sehingga basah lebur baju dibuatnya, pasti sangat romantik, kan?”
“Iz, kalau kau nak bermadah di tengah-tengah hujan lebat macam ni, baik tak payah. Sebab, satu ayat pun aku tak dapat dengar dengan jelas,” Jeritku sedikit kuat.
Tanpaku duga, pantas jari-jemarinya menarik tangan kiri yang diletak di sisi. Aku terdorong mengikut jejaknya sehingga ke pondok berdekatan. Tiada seorang pun yang berada di pondok tersebut. Hanya ada aku dan Iz.
Setelah berdiri di bawah pondok, payung di tangan di letak ke tepi. Aku melihat tapak tangan Iz menadah air hujan.
“Apa yang kau nak bincang hari ni, Iz?” Tanyaku sesudah matanya bertentang dengan mataku.
“ Sudah semestinya aku ingin berbincang tentang kita. Tentang masa depan kita,”
Aku menarik nafas panjang dan dengan perlahan aku hembuskan kembali. “Aku pun nak beritahu sesuatu juga berkenaan dengan diri kita.”
“Oh! Kalau begitu, cakaplah. Apa yang kau nak beritahu kat aku?”
“Iz, kau mulakan dahululah. Lepas tu, barulah aku beritahu kat kau,”
“Aku...aku nak luahkan isi hati aku kat kau, Erisya. Mungkin bagi kau sudah terlambat, tapi pada pendapat aku, ini baru permulaannya.” Aku masih setia menanti bila Iz berhenti sejenak.
“Erisya, aku benar-benar menyesal sebab tak beri peluang kat kau dulu. Jujur aku cakap, aku mengaku aku ni bodoh! Tak pandai menilai mana satu kaca, dan mana satu permata. Mataku sudah kabur dan hanya melihat Is seorang tanpa mahu mengerling pada kau sekalipun. Aku benar-benar buta dalam menilai cinta sejati. Aku hanya mengikut kata hati sendiri tanpa berfikiran jauh. Aku benar-benar minta maaf, Erisya. I’m so sorry,”
Seperti terasa sesuatu yang berat menimpa hati kecilku di kala mendengar luahan perasaan dari Iz. Aku memang tak pernah terfikir pun yang Iz akan meluahkan perasaannya terhadapku. Iz bergerak menghadapku. Dia menunduk sedikit memandang wajahku. Yang peliknya, aku sudah semakin gugup dan dadaku sudah mula memainkan alunan lagu yang sukar untuk ditebak.
“Erisya, will you give me a second chance? Boleh ke kalau kau memberi sedikit ruang untuk aku menerombos masuk ke dalam hati kau?” Mata Iz penuh berharap. Lembut sahaja pandangannya kini. Rasa bahagia? Argghh!! Tidak!
“Iz, stop!” Aku menghalang Iz dari terus memandangku dengan pandangan yang penuh berharap itu. Aku menutup mata ketat. “Iz, aku tak suka!” Aku menyuarakan perasaan tidak selesa bila dia berbuat begitu. Tersentak Iz mendengar jeritan kecil itu.
Hujan masih setia membasahi pohon-pohon dan menari-nari mengikut peredaran awan yang memberat. Sudah semestinya hatiku juga turut sama terasa berat ingin mengecewakan hati yang penuh berharap itu.
Genggaman di tanganku memaksa mata yang tertutup rapat tadi dibuka. Aku terkejut melihat jari-jemari kami sudah bertaut.
“Please, Erisya. Give me a chance to prove that I really indeed have fallen for you. Jangan terus memberi jawapan sekiranya hati kau masih belum benar-benar pasti siapa yang sepatutnya menjadi penghuni setianya. Aku tahu kau tengah keliru sekarang dan kau mesti rasa bersalah kat aku. Kalau disebabkan status aku yang masih bergelar suami orang, kau tinggalkan ke tepi. Hati aku bukan lagi menjadi hak perempuan itu tetapi sudah berpindah untuk kau. Hanya kau seorang, Risya. I promise,” Rayu Iz lagi.
“Iz! Jangan memberi apa-apa janji kat aku kalau tahu diri kau mungkin tak mampu untuk menunaikannya. Aku tahu benar dengan sikap kau tu ,Iz. Aku takkan sekali-kali tertipu pada janji palsu kau tu!” Aku sudah mula naik marah dengan janji yang meniti di bibirnya.
“Jangan berikan apapun harapan kat seorang perempuan yang kau tak anggap serius pun!”
“Kau ingat aku main-main dengan semua kata-kata aku tadi?” Pantas Iz mencelah. Hatinya sudah berombak marah dengan tuduhan melulu dari mulut Risya.
“Aku benar-benar ikhlas cintakan kau! Aku dah lama fikir perkara ni masak-masak. Aku takkan pernah memberi janji palsu seperti dulu kalau sudah hatiku benar-benar memberi jawapan yang benar-benar pasti!” Ujar Iz dengan suara sedikit keras.
“I honestly in love with you and that is the fact that you can’t avoid!”
“No! Sudahlah, Iz. Aku tak perlukan cinta kau tu. Kau pasti ke tak pasti ke, aku tetap takkan terima kau! Aku...Aku tak cintakan kau!” Jujurku. Iz terkedu.
“So, kau cintakan Nicklah ye?” kedengaran sedikit sinis suara Iz menyoalku. Aku kelu. Aku mengumpulkan segala kekuatan pada diri dan mengangguk laju.
Mata Iz membulat memandang wajahku. Tidak lama selepas itu, Iz meletuskan tawa sinis yang benar-benar membuat aku berasa sakit hati.
“Risya, kau tahu tak lelaki tu hanya mahu mempermainkan perasaan kau? Kau tahu tak dia tu hanya tahu bermulut manis semata-mata nak kau terpedaya dengan segala kata-katanya? He does not loves you, Risya! Aku..Aku yang cintakan kau, bukan dia! Dia tu hanya dasar kaki perempuan!”
Paaakk!!
Air mata sudah mula menari-nari di tubir mata. Aku benar-benar kecewa dengan sikap Iz sekarang. Dia sanggup memburuk-burukkan saudara sendiri demi kepentingan dirinya.
“Tamparlah sebanyak mana kau nak, Risya. Aku tak kisah. Aku hanya nak kau lepaskan rasa geram kau tu supaya kau lega nanti. Aku tak nak, bila kau tahu sikap sebenar Nick nanti, kau akan kecewa. Aku tak suka! Sebab aku tak nak kau dikecewakan berkali-kali.I know him well, Risya. More than you do. Cukuplah aku seorang yang buat kau kecewa. Dan aku benar-benar menyesal dengan semua yang berlaku dulu. Sekarang, aku mahu memperbetulkan balik dan aku mahu berubah. Aku mahu membuka hatiku untuk kau, Risya...” Jelas Iz tenang. Air mata yang bertakung sudah turun lebat sama lebatnya dengan hujan.
Tiada satupun ayat yang keluar dari mulutku. Aku benar-benar buntu. Aku kelu!
“Aku tak nak paksa kau untuk terima aku sekarang, tapi, dengarlah kata-kataku ini. Jangan cepat menilai hati budi seseorang, Risya. Aku memang kenal benar dengan sikap Nick yang sebenar itu. Sudah banyak mangsanya sebelum ini. Janganlah kau terkena sekali. I don’t want you to hurt yourself,” Jari Iz menyeka air mata yang mengalir laju di pipi. Entah kenapa, aku membiarkan sahaja perbuatannya itu. Iz mengusap pipiku lembut. Senyuman manis terukir di bibir.
Perlahan-lahan, kaki Iz melutut di depanku. Aku menjadi kaget dengan situasi sekarang. Tangan Iz pula menggenggam kedua-dua tanganku. Jari-jemari kami berpaut kemas. Iz tidak mahu melepaskan tanganku langsung!
“Risya, aku nak kau jadi suri hatiku dunia dan akhirat. Will you...marry me?” Sekali lagi, air mataku tumpah jua.
Sweetnye Nick...
ReplyDeleteX sukelah dgn Iz nie,memburukkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri...
Eheee...Thanx Atiza..:) Geram kn dgn Iz tu? Uhhuu...
Delete