Friday, March 23, 2012

Teaser Cerpen Pembunuh Cinta


Akan datang..
" Aku nak kau bunuh perempuan tu. Jangan sampai dia muncul dalam hidup aku. Aku tak nak tengok muka dia!"
"Kerja kacang boss! Dia akan mampus tak lama lagi!"

"Jangan apa-apakan dia! Kalau atuk nampak ada calar atau parut pada tubuhnya sedikit pun, atuk takkan serahkan harta atuk pada kamu! Sesen pun kamu takkan dapat dari atuk! Pergi selamatkan dia sebelum apa-apa terjadi!"

"Terima kasih kerana selamatkan saya. Alhamdulillah. Allah masih mahu hidup saya diteruskan. Mungkin ada hikmahnya dia hantarkan awak sebagai penyelamat saya..."
"Hmph! Aku bukan nak selamatkan kau free-free!! Atuk yang beritahu kau diculik orang...Lagipun, kau tu bakal bini aku!"
"Apa?! Jadi awaklah lelaki yang bakal jadi suami saya tu? Awaklah Saifullizan?"
"Yalah, siapa lagi?" Gadis tersebut tersenyum lebar.
"Terima kasih sekali lagi kerana menyelamatkan saya. Terima kasih!"
'Jangan harap aku nak terima 'kasih' kau! Dalam hidup aku ni, kau tu patut mampus! Tak layak kat bumi ni!' Getus Saifullizan.

Lelaki itu membenciku disaat aku mula mencintainya. Dia penyelamatku juga akan menjadi pelindungku. Pertama kali bertentang mata dengannya, jantungku sudah mula melafazkan kata cinta. Hanya buatnya. -Karmiza

Aku langsung tak pernah mengenalinya. Malah, aku tak ingin pun mahu mengenalinya. Tetapi entah mengapa, dikala wajah itu tidak muncul di depanku...hatiku bagai tercari-cari akan kehadirannya. Aku mula mengerti rasa rindu. Mengerti rasa sayang. Adakah aku sudah mencintainya? Tetapi, aku pernah berniat untuk membunuhnya... Mampukah dia menerima pembunuh cintanya? - Saifullizan

Sedikit sedutan dari cerpen yg tgh dalam proses skrg... Pembunuh cinta. Amacam? :

No comments:

Post a Comment