Saturday, March 17, 2012

2 Kali Mencintaimu bab 1



Entri baru.. Jemput baca semua...
Add Image

Bab 1

Kakinya pantas berlari. Lopak-lopak air di tepi jalan tidak diendahnya dan kakinya tetap mencecah lopak tersebut. Habis basah seluar yang dipakainya. Badannya juga turut basah lecun dek hujan yang menggila membasahi tubuh badannya. Langsung dia tidak mempedulikan semua itu.

Wajahnya turut basah, tidak dapat membezakan yang mana air hujan dan yang mana air mata yang membasahi pipi. Hati yang mencucuk-cucuk benar-benar menyakitinya. Dia menggigil menahan hiba dan kesejukkan yang menggigit tulang-belulangnya.

‘Sampai hati awak, Fariel Arish! Sampai hati awak menipu saya selama ini...’ Rintih hati yang tengah sakit menanggung kecewa.

“Fira! Tunggu! Dengar penjelasan saya terlebih dahulu. Fira!” Jerit satu suara yang masih mengejarnya dari tadi. Dari jauh sempat gadis yang bernama Fira itu berpaling ke belakang.

Tidak mahu lelaki itu menjejakinya, lantas kakinya laju menyeberangi jalan tanpa memandang kiri-kanan. Diredahnya jua kegelapan malam yang bertemankan rintik hujan dan tanpa sempat lelaki tadi mengejarnya, terdengar bunyi kuat dari arah bertentangan.

Mata lelaki tadi terbeliak bila menyaksikan insiden yang terjadi di depan matanya. Dia kaku seketika. Semuanya terjadi dengan pantas sekali. Tubuh kecil gadis itu sudah melayang jauh. Kereta yang melanggar Fira tadi berhenti mengejut. Pantas pemandu tadi keluar dari perut kereta dan menghampiri gadis yang dilanggarnya tadi.

“Fira!” Jerit Fariel setelah tersedar. Cepat-cepat dia bergerak mendekati tubuh badan Fira yang kaku tidak berkutik itu. Tangannya memangku kepala Fira. Akhirnya jatuh jua air mata lelaki itu pada wajah si isteri yang penuh dengan darah pekat merah mengalir sehingga ke pipi.

“Fira, maafkan abang sayang. Maafkan abang. Abang bersalah. Abang bersalah. Jangan tinggalkan abang. Jangan tinggalkan abang.” Fariel memeluk dan mencium wajah putih itu. Darah merah yang mengalir di wajah Fira tidak dihiraunya. Air hujan turun mencuci darah di kepala Fira mengalir di lantai jalan.

Fariel mengegarkan tubuh kecil itu berharap agar mata itu terbuka melihat wajahnya. Tetapi, mata itu tetap menutup rapat.

“Encik, jom kita bawa dia ke hospital sebelum terjadi apa-apa. Darah dia banyak mengalir ni. Mari, masuk ke dalam kereta. Saya bawa awak ke sana,” Ujar pemandu tadi. Dia terkejut melihat gadis itu menerpa laju di depan kereta. Tanpa sempat berbuat apa-apa, tubuh kecil itu tetap dilanggarnya. Sudahlah hujan lebat, tiba-tiba, muncul pula lembaga hitam yang menempuh di depan keretanya. Dia tidak sempat untuk menekan brek pun, tubuh kecil itu sudah melayang jauh. Hati pemandu itu dipagut rasa bersalah teramat sangat.

Fariel tersedar dan pantas tubuh isterinya dicepung masuk ke dalam perut kereta milik pemandu yang melanggar isterinya tadi. Laju sahaja pemandu tersebut mengelola keretanya. Memecut di dalam hujan lebat yang masih belum ada tanda-tanda untuk berhenti.

Dari cermin belakang, dia dapat melihat wajah kebimbangan si suami yang masih erat memeluk isterinya. Dia benar-benar berasa bersalah.

“Maafkan saya. Saya tak sempat nak brake pun tadi. Maafkan saya...” Pohon pemandu tersebut.

“Tak mengapalah. Sudah takdirnya begini. Saya yang sebenar punca dia jadi begini. Kalau bukan kerana saya, dia tak mungkin akan keluar dari rumah membelahi hujan lebat dan berlari merempuh kereta encik. Semuanya salah saya. Salah saya...” Kedengaran sayu sahaja suara itu merintih.

‘Maafkan abang, Fira. Kerana masa lalu kita...kerana rahsia yang abang simpan selama ini membuat Fira jadi begini. Maafkan abang sayang. Tolonglah jangan tinggalkan abang. Abang masih memerlukanmu. Abang masih ingin meraih kemaafan darimu. I’m so sorry, sayang.’ Desis hati kecil itu.

***

Dia berjalan mundar-mandir di depan pintu ICU. Dia bingung! Dia takut kalau terjadi apa-apa pada Fira. Sekiranya Fira meninggalkan dirinya, pasti tidak dimaafkan diri ini. Di dalam hati, dia berdoa agar isterinya selamat.

“Duduklah. Bersabar. Dari tadi Encik berjalan mundar-mandir. Berdiri sahaja. Tak penat ke?” Soal lelaki yang membawa Fariel dan Fira ke hospital ini. Fariel hanya berdiam diri. Wajahnya sudah kusut dibebani perasaan sedih. Rambutnya juga sudah tidak terurus. Dibiarkan sahaja begitu. Bajunya pula masih ada tompokan darah pudar, tidak ditukarnya lagi.

“Sebelum itu, aku Zakri. Zakri Amar Bin Datuk Zikri Yahya,” Pantas wajah Fariel yang menunduk diangkat memandang wajah tampan yang berbadan sasa itu.

“Anak Datuk Zikri Yahya? Peguam bela terkenal tu?” Fariel bertanya ingin mendapat kepastian. Anggukan dari pemuda itu menjawab soalannya. Senyuman hambar ditayang pada hujung bibir pemuda itu.

“ Kecilnya dunia.” Jawab Fariel pendek. Berkerut wajah Zakri mendengar kata Fariel. “You know my father?” Giliran Zakri pula menyoal ingin tahu.

“Dia peguam untuk syarikat aku. Kawan baik papa juga,” Zakri tergamam mendengar kenyataan itu. Benar kata Fariel tadi. Kecilnya dunia. Kemudian, tangan Zakri disua di depan Fariel. Fariel menyambut tangan itu. “Fariel Arish,” Jawabnya sepatah. Digagahnya juga untuk senyum di depan lelaki yang baru dikenalinya itu. Tambahan pula, lelaki itu ialah anak kepada kenalan papanya.

“Fariel...” Sahut suara tidak jauh daripada mereka. 4 pasang mata berpaling memandang. Kelihatan 2 orang lelaki tua bersama isteri masing-masing menghampiri mereka.

“Zakri? Kamu buat apa kat sini?” Soal salah seorang lelaki tua tadi. Besan di sebelahnya hanya memerhati sahaja gelagat mereka berdua. Zakri menghampiri lelaki tua tadi dan menyalam tangan tua itu.

“Uncle Farish. Sebenarnya...” Belum sempat Zakri menyambung ayat, pintu kecemasan dikuak. Laju sahaja kaki Fariel mendekati isterinya yang masih terlantar di katil bergerak yang diusung keluar dari blik pembedahan itu.

“Doktor, macam mana dengan keadaan anak saya?” Tanya si ibu yang sudah mengalirkan air mata dari tadi bersama dengan besan yang memeluk bahunya di sebelah. Wajah anaknya dipandang sayu.

“Alhamdulillah, dia selamat. Cuma ada sedikit hentakkan pada kepalanya mungkin boleh menyebabkan dia berasa sedikit pening sekiranya dia sedar kelak. Kami masih perlu memantau perkembangannya. Selainnya, masih okey.”

“Ya Allah, alhamdulillah. Tak ada apa-apa yang teruk berlaku pada Fira, Idah. Anak ibu...” Ucap si ibu dengan penuh kesyukuran. Besannya juga mengucapkan kata syukur ke hadrat Ilahi kerana anak menantunya selamat.

“Ya, kak Sal. Syukurlah Fira selamat. Kak Sal jangan bersedih ya?” Tangan Datin Idah mengusap lembut pada ibu kepada menantunya itu. Dulu, mungkin mereka tidak sehaluan. Hanya kerana perbezaan darjat menyebabkan Datin Idah leka dan berbangga pada diri sehingga lupa akan asal-usulnya dahulu. Pantang sahaja melihat wajah besan, dia melenting. Tetapi, lama-kelamaan, dia menerima mereka anak-beranak. Semuanya disebabkan sikap menantunya yang begitu penyabar dalam melayani kerenahnya. Dia benar-benar menyayangi Fira. Malah, dia menganggap Fira lebih seperti anak sendiri walaupun status Fira ialah isteri kepada anaknya.

“Farish, anak aku selamat. Syukurlah. Syukur kehadrat Ilahi,” Dia memeluk bahu Datuk Farish dan melepaskan air mata kesyukuran. Datuk Farish menepuk-nepuk belakang Pak Ilzam ingin meredakan perasaan sayu yang menggamit lelaki tu itu.

Fariel pula masih setia memandang isterinya dan mengikuti katil yang diusung ke dalam bilik wad khas kelas pertama.

“Buat masa ni, hanya seorang sahaja yang boleh menjaganya. Harap kalian faham akan procedure di sini.” Ucap doktor muda tadi dan berpamitan meninggalkan mereka di situ. Fariel keluar dari bilik dan berdiri di depan keluarganya.

“ Biarlah Fariel yang jaga Fira malam ni. Ibu dan ayah janganlah risau, ye?” Ucap Fariel pada ibu dan ayah mertuanya.

“Baiklah. Papa akan bawa besan balik ke rumah. Ini baju untuk korang berdua. Kamu tukarlah baju tu. Mandi dan bersolat. Sujud syukur atas isteri kamu tu,” Pesan Datuk Farish pada anaknya. Fariel hanya mengangguk. Matanya mendarat pada wajah Zakri yang masih setia menunggu dan menjadi pemerhati di situ.

“Zakri. You don’t have to worry. Kalau ada apa-apa, aku akan beritahu kat kau, ya?” Walaupun mereka baru kenal, tetapi, tiada langsung riak janggal pada lelaki tersebut. Zakri menarik nafas lega. Juga bersyukur kerana orang yang dilanggarnya selamat.

“Oh, ye... Baru uncle ingat. Kenapa Zakri berada di sini?”

“Sebenarnya, saya yang melanggar isteri Fariel tadi. Saya yang bawa mereka ke sini. Maafkan saya, pak cik dan mak cik. Saya tak perasan pun kelibat isteri Fariel masa hujan lebat tadi.” Zakri tunduk bersalah.

Pak Ilzam menepuk lembut bahu Zakri. Dia tahu Zakri mesti berasa bersalah yang amat sangat. Tetapi, melihat kesungguhan Zakri yang sanggup menghantar anak dan menantunya ke hospital, dia benar-benar berterima kasih dengan pemuda itu.

“Tak apa. Yang penting, anak pak cik selamat. Pak cik berterima kasih dengan kamu kerana mengaku kesalahan kamu dan sanggup hantar pulak tu anak saya ke hospital. Kalau selalu, kita sering dengar orang melanggar dan menjadi pengecut tidak mahu mengaku kesalahan mereka. Itu yang kita tidak mahu. Mujurlah Zakri hantar anak saya tepat pada masanya. Dia selamat sekarang. Terima kasih banyak-banyak.” Ucap Pak Ilzam dengan setulus hati. Dia menggenggam erat tangan anak muda itu. Air matanya mengalir lagi.

“Dahlah Zam. Kita baliklah ke rumah sekarang. Kau pun dah penat. Zakri, send my regard to your father. Uncle nak balik sekarang. Kamu pula, jaga diri, ye? Bawa kereta tu elok-elok.”Pesan Datuk Farish kepada anak muda itu. Zakri mengangguk dan turut mengundur diri.

“Jaga Fira elok-elok ye ,Fariel. Kalau ada apa-apa, call mama dan ibu,” Mata Fariel menghantar mereka sehingga lenyap di sebalik pintu lif berdekatan. Dia kembali masuk ke dalam bilik wad. Dia mendekati isterinya yang masih terlantar lena di atas katil. Diusapnya kepala yang sudah berbalut dan menghadiahkan kucupan pada dahi si isteri. Lama bibirnya melekap di dahi Fira. Lantas, air mata lelakinya jatuh sekali lagi. Sayu melihat keadaan isterinya itu.

Fariel menggenggam jari-jemari Fira dan mengucupnya. Matanya masih setia memandang wajah Fira. Dia mengusap lembut pipi putih itu. Dihadiahnya lagi pipi dengan ciuman lembut.

“Abang takkan tinggalkan Fira. Itu janji abang. Abang takkan pernah menyakiti hati Fira untuk kali kedua. Abang benar-benar cintakan Fira. Abang sanggup bersumpah. Abang tak mahu kehilangan Fira. Tak mahu,” Bisik suaranya pada telinga Fira.

Fariel melepaskan genggaman dan bergerak menuju ke bilik air yang tersedia di dalam bilik wad itu. Dia membersihkan diri dan segera menunaikan kewajipan. Dia melakukan sujud syukur selesai sahaja bersolat. Lantas, tangannya diangkat berdoa kepada sang Pencipta. Memohon agar kesihatan isteri dijaga. Memohon agar dosa semalam diampunkan. Dan memohon agar, isterinya akan memaafkan dirinya di kala isterinya sudah sedar nanti. Dia akan meraih kemaafan dari Fira. Dia sanggup untuk diberikan hukuman setimpal kerana dia tahu, dia benar-benar bersalah pada isterinya.

Air mata yang sudah kering tadi mula mengalir laju ke pipi. Dihamburnya segala rasa sedih di atas sejadah. Dia berharap agar Tuhan dapat melembutkan hati isterinya nanti.

***

Perlahan-lahan, matanya dibuka. Terasa sedikit silau bila lampu bilik singgah pada penglihatannya. Dalam beberapa saat kemudian, matanya mampu memandang dengan jelas. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Tiada siapapun yang berada di sisinya.

‘Sudah siang rupa-rupanya. Tapi, aku kat mana ni? Ni bukan bilik aku?’ Persoalan demi persoalan bermain di mindanya. Terasa sedikit pening bila banyak pula persoalan menerjah akal. Jarinya memegang kepala. Matanya membuntang. Terasa kain balutan pada kepalanya. Badannya juga terasa sakit menyengat. Namun, dia berusaha untuk duduk dan kakinya turun dari katil.

Dia melihat batang besi yang menyalurkan air pada tangannya. Kalau ditarik jarum dari tangan, pasti sakit. Lalu, ditariknya sekali batang besi tersebut dan bergerak menuju ke cermin tidak jauh dari katil tadi.

Dia terkejut memandang wajah di cermin. Tangannya terus merayap pada rambut yang sudah panjang mencecah bahu.

‘Sejak bila rambut aku ni tumbuh dengan cepatnya? Bukan ke semalam aku baru je potong rambut ni pendek?’ Fira semakin hairan melihat perubahan pada rambutnya itu. Cepat benar rambut itu tumbuh?

Fira berpaling melihat gerangan yang berdiri di daun pintu.

“Ibu, sejak bila pula rambut Fira ni panjang sampai ke bahu? Fira sambung rambut ke?” Persoalan si anak membuat dahinya berkerut. Dia gembira melihat anaknya sudah bangun dari lena yang lama. Tetapi, dia pelik bila mendengar soalan yang pertama keluar dari bibir anaknya itu.

“Fira, rambut Fira memang panjang beginilah. Fira mana ada sambung rambut. Sambung rambut tu berdosa! Ibu takkan suruh Fira sambung rambut kalau Fira mahu,”

“Tapi ibu, setahu Fira, rambut Fira baru je potong semalam. Kenapa boleh panjang pula?” Puan Salmah tergamam mendengar kata-kata anaknya. Semalam? Bila pula anaknya memotong rambut? Kemudian, Puan Salmah mula berasa tak sedap hati.

“Oh, ye... Kenapa Fira berada di hospital ni?” Fira masih mengajukan pertanyaan pada ibunya yang hanya berdiam diri sahaja dari tadi. Fira perasan akan perubahan pada wajah ibunya.

“Fira, anak mama dah sedar?” Tegur suara lain yang baru sahaja datang ke bilik wad itu. Pantas tangan perempuan tua yang elegan itu memeluk bahunya. Fira sudah mula kaget. Pelukan yang kemas tidak bersambut langsung. Fira menjadi semakin pelik. Ditariknya tangan perempuan itu lari dari bahunya. Dia menjauhkan diri dari perempuan itu dan mendekati ibunya.

“Ibu, siapa dia tu? Itu kawan ibu ke? Kenapa dia panggil ‘mama’? Siapa anak dia ibu?” Sekali lagi, Fira mengutarakan pertanyaan demi pertanyaan kepada ibunya. Tidak lama kemudian muncul lagi wajah ayahnya bersama dengan seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya.

“Syukurlah. Fira dah sedar. Fira, sihat?” Soal Datuk Farish. Lalu, lengannya digamit oleh Datin Idah. Datuk Farish perasan akan kelainan pada wajah isterinya.

“Ayah, siapa mereka ni? Kenapa dengan mereka ni, ayah ibu?” Soal Fira tidak puas hati. Pantas Puan Salmah yang hanya berdiam diri dari tadi datang mendekati anaknya.

“Fira, Fira tak kenal ke dengan mereka?” Fira menggeleng laju. Dia tidak kenal dengan orang-orang yang begitu asing buatnya.

“Fira, Fira tak ingat ke? Itu mama dan papa Fira. Bapa dan ibu mertua Fira,” Jawab Pak Ilzam pula. Fira tercengang. Mulutnya sudah terlompong.

“Ibu, Fira nak tanya. Sekarang ni dah tahun ke berapa?” Soal Fira ingin memastikan sesuatu.

“2010.” Jawapan itu benar-benar menyentak hatinya.

‘2010? Kenapa aku boleh tak ingat tarikh hari ini? Cepat benar masa berlalu.’

“Ibu, sekarang ni, umur Fira berapa?” Fira masih mahu tahu. “Fira dah berumur 28 tahun, nak.” Jawab si ibu.

“What?! Tuanya! No way! Fira baru berumur 21 tahun. Bagaimana boleh Fira berumur 28 tahun?”

“Ilzam, aku rasa kita kena panggil doktor ke mari. Fira tak ingat apa-apa pun,” saran Datuk Farish pada Pak Ilzam. Pak Ilzam mengangguk dan mereka segera keluar mendapatkan doktor. Datin Idah dan Puan Salmah cuba untuk menenangkan Fira yang mula gelabah dan asyik memegang kepalanya. Takut kalau ada apa-apa terjadi pada Fira.

“Mama, ibu, kenapa ni? Fira! Sayang dah sedar?” Tegur Fariel yang baru muncul di dalam bilik itu. Makin membulat mata Fira memandang wajah lelaki itu. Serta-merta, hatinya mendongkol geram. Perasaan benci menggunung di hati.

“Engkau buat apa kat sini?! Apahal kau datang jumpa aku kat sini?!” Tergamam Fariel bila mendengar nada keras yang keluar dari bibir isterinya itu. Fariel gugup. Sangkanya, Fira memarahinya di sebabkan kejadian malam tadi. Lalu, wajahnya ditunduk menekur ke lantai.

“Ibu, Fira tak nak tengok pun muka lelaki itu. Fira benci, ibu. Benci! Suruh dia keluar sekarang. Kau, keluar!” Jerit Fira yang sudah mula menggila.

“Fira! Tak baik Fira cakap macam tu kat dia!” Marah Puan Salmah pada Fira. “Fira tahu tak dia tu siapa?” Mata Fira yang mencerlung pada wajah lelaki itu beralih pada wajah ibunya.

“Tahu! Dia yang rosakkan hidup Fira. Dia yang sakitkan hati Fira. Fira benci dia! Benci! Fira nak dia berambus dari sini! Hoi, jantan! Aku tak inginlah kau ada kat sini! Blahlah!” Amarah Fira tidak tertahan lagi. Dia mahu menerkam badan Fariel dan mahu menolaknya keluar dari bilik wad itu. Tetapi, sempat lengannya ditarik oleh Datin Idah dan Puan Salmah. Mereka menghalang Fira yang sudah meronta-ronta ingin menerpa Fariel.

“Fira! Fira sedar tak? Dia tu suami Fira! Suami!” Jerit Puan Salmah menyebabkan rontaan Fira terhenti. Mata Fira terbeliak. Dia menatap wajah Puan Salmah yang sudah kemerahan menahan marah. Datin Idah pula hanya diam tidak bersuara. Wajahnya sudah berkerut menahan perasaan sayu yang bertandang di hati. Fira sekarang bukanlah seperti Fira yang pernah dia kenal dulu. Fira sekarang sudah berubah menjadi seorang pemarah. Bukan seperti menantu penyabarnya dahulu.

“Suu..suami? Ibu, itu suami Fira? Fariel? Fariel Arish tu suami Fira?” Suara Fira tergagap-gagap tidak dapat menerima hakikat sebenar. Dia menggeleng lemah. Matanya sudah mengeluarkan cecair jernih. Mutiara jernih itu laju sahaja mengalir di pipi. Fira terduduk di lantai.

“Aku isteri kepada Fariel Arish? Sejak bila?” Kepala Fira sudah sarat dengan tanda tanya. Kepalanya mula berdenyut-denyut. Berpusing.

Gedebuk!

Fira terlantar di lantai. Pengsan!

“Ya Allah, isteriku!” Jerit Fariel terkejut melihat bininya yang terbaring lemah di atas lantai. Pantas tangannya mencepung tubuh kecil itu dan diletaknya perlahan di atas katil.

‘Fira, tak kenal suaminya?’ Desis Fariel.


3 comments:

  1. Best...
    Cite lain dari yg lain...
    Next entry please...;-)

    ReplyDelete
  2. Best...
    Cite lain dari yg lain...
    Next entry please...;-)

    ReplyDelete