Tuesday, April 10, 2012

Intro Cerpen 2 Kali Lamaran Dari Encik Chipsmore

2 Kali Lamaran Dari Encik Chipsmore


Di tangannya tak lepas dari memegang biskut yang berbentuk bulat. Hampir separuh biskut itu dimakannya. Kemudian, digigitnya lagi sampai habis. Dijilatnya jari dan ditepuknya tapak tangan menghilangkan cebisan biskut tadi. Dia menyelongkar isi beg mencari tisu. Setelah itu, dilapnya jari yang sedikit melekit.

“ Kau nikan, tak habis-habis dengan Chipsmore. Muka kau pun aku dah tengok macam Chipsmore. Nasib baiklah kulit kau tu tak hitam macam biskut tu. Haa...kalau hitam, tu barulah orang cakap sepesen! Sebijik macam Chipsmore,” Seloroh rakannya yang turut sama menunggu di perhentian bas itu. Wajah rakannya yang berasal dari Sarawak itu ditenungnya.

Senyuman senget ditayang kat sahabat sejatinya itu. Melebar senyuman sampai nampak celah gusi yang penuh dengan bekas-bekas biskut coklat tadi.

“Eeee...Kalau nak senyum tu agak-agaklah kawan! Cubalah cuci sikit celah gigi kau tu. Geli aku tengok! Tak senonoh betul!”

“Haa? Iye ke? Alah, kau ni, Azah...Macam tak kenal aku. Celah gigi pun biarlah...Chipsmore yang kau bagi ni sedap sangat. Tu yang tak boleh nak cuci celah-celah gigi ni. Masih terasa ke ‘sedap’an biskut Chipsmore yang diberi free dari rakan sejati aku ni,” Fiqa memeluk bahu rakannya seraya menyangkan sengihan sampai terserlah gusinya. Azah menoleh ke tempat lain.

“Eeee....Cuci gigi kau. Kumurkan sikit guna air masak ni. Tak ada selera aku tengok. Rasa nak vomit pun ada. Pengotor!” Sengihan tadi bertukar masam. Buat-buat masam sebenarnya. Kemudian, diambilnya botol berwarna biru dan diteguknya. Menggelembung pipinya macam ikan buntal. Dimain-mainnya lagi di depan Azah.

“Eyyy...Budak ni nak kena dengan aku ni...” Terus kempis pipinya sebaik tangan Azah sudah mula naik ingin menampar lengannya. “Okey okey, aku tak buat dah,” Pantas sahaja dia bersuara sebaik menelan air di dalam mulut. Fiqa tersenyum sampai menunjukkan barisan gigi yang sudah bersih. Tiada lagi saki-baki Chipsmore yang tertinggal di celah giginya.

“Haa...Tau takut. Kalau tak, dah lama selamat penampar aku ni kat bahu kau. Nasib baik pipi kau tu tak kena layang dengan tapak tangan aku. Takut tersembur pulak kalau aku tampar pipi kau yang penuh dengan air di dalam mulut tu,” Bebel Azah di sebelah. Ada beberapa orang yang menunggu asyik menoleh ke arah mereka. Gamat juga perhentian bas dari gelak tawa 2 ‘ekor’ ni.

“Eh...Tu bas aku dah sampai. Tinggal kau sorang jelah. Jaga diri baik-baik ye? Tengok macam nak hujan aje ni. Aku pergi dululah ye. Esok jumpa kat kelas. Bye. Assalamualaikum.” Azah pantas mendekati orang ramai yang sudah beratur mahu menaiki bas. Azah sempat melambai-lambai dari dalam bas. Fiqa membalas lambaian itu. Tidak lama selepas itu, Fiqa mengeluh lemah. Terbit perasaan menyesal kerana tidak membawa kereta sendiri.

‘Itulah degil sangat! Ada lesen kereta tapi lesen macam kopi ‘O’. Kereta pulak mak dengan ayah nak bagi tapi tak nak pakai kemudahan yang dah sedia ada. Degil!’ Fiqah mengutuk diri sendiri.

Mata meliar memandang sekeliling. Nampak gayanya hanya dia seorang sahaja berada di situ. Seram sejuk pula bila berada keseorangan di perhentian bas ini. Sayup-sayup angin petang menampar pipinya. Sejuk badannya bila terkena hembusan angin. Fiqa mendongak ke atas. Hujan mula turun renyai-renyai. Rasa bosan mula menular. Dia melangkah dan menadah tapak tangan bermain dengan air hujan yang menitis.

‘Heish! Asal hari ni lambat pulak bas ni nak datang ke sini? Dahlah nak maghrib dah ni. Tak pasal-pasal aku kena naik teksi. Kalau lambat balik, ayah marah pulak,’ Hatinya mula berasa risau. Takut kalau ayahnya meletuskan kemarahan padanya dek balik lewat. Dia mengeluh lemah.

“Rasa-rasanya dah 3 kali awak mengeluh,” Fiqah terkejut lalu bahunya terangkat sedikit. Diusapnya dada ingin meredakan rasa kejutan dari lelaki yang berada tidak jauh darinya di perhentian bas itu.

‘Eh? Sejak bila pulak mamat ni ada kat sini? Tapi, tadi tu suara dia ke?’ Fiqa tertanya sendiri. Mana tidaknya, mamat yang tiba-tiba sahaja menegurnya itu memakai baju hood berwarna kelabu. Wajahnya pulak ditutup dengan hood tersebut. Dia berasa ragu-ragu pula. Siapa pula yang menegurnya tadi? Ke ada suara-suara lain?

‘Ish...Dahlah nak maghrib ni. Berduaan pulak tu dengan mamat ni kat sini. Bahaya! Aku kena jauhkan diri dari mamat ni. Eeee...Takutnya,’

Bila tiada lagi suara kedengaran. Dengan pantas Fiqa kembali ke bangku dan mengambil beg sandangnya. Dia mahu beredar dari situ. Tetapi, tidak lama selepas itu, langkahnya terhenti bila melihat hujan sudah semakin lebat. Benar! Hatinya gusar mahu menyeberangi jalan. Lagipun, macam manalah dia nak pergi ke seberang dengan hujan lebat sebegini. Dia mana ada payung!

‘Ah! Rempuh aje lah!’

Fiqa nekad. Dia mahu menjauhkan diri daripada lelaki itu. Kakinya pantas melangkah. Dia meredah hujan lebat tanpa berfikir apa-apa. Yang penting sekarang ialah keselamatannya.

Belum pun Fiqa sampai ke seberang, lengannya terasa ditarik oleh seseorang. Dia terdorong ke belakang. Hampir luruh jantungnya saat badannya ditarik oleh gerangan itu. Terdengar bunyi bising dari arah bertentangan. Hampir sahaja dia dilanggar oleh kereta yang menderu pantas tadi. Matanya tertutup kerana terkejut.

“Lain kali, nak melintas jalan kenalah tengok kiri kanan dulu, cik adik. Jangan main rempuh aje,” Pantas mata Fiqa terbuka. Mahu terbeliak matanya bila melihat gerangan yang menarik lengannya tadi. Barulah dia perasan. Tinggi juga mamat di depannya ini. Mamat yang memakai baju hood kelabu tadi! Bila kepalanya mendongak ke atas, barulah dia nampak wajah lelaki yang berselindung di sebalik hood itu. Waduh! Boleh tahan hensem jugak mamat ni. Kemudian, dia perasan sesuatu. Mereka kini di bawah payung yang sama dipegang oleh mamat itu. Payung yang tidak berwarna. Lutsinar! Nampak air hujan jatuh di atas payung tersebut. Menarik! Dan romantik! Ha ha ha.

‘Sempat pulak aku mengelamun. Aish! Fiqa Fiqa. Kau memang ratu berangan!’

Tiba-tiba, lelaki yang tidak dikenalinya itu menarik tangannya dan memberi payung di tangan.

“Balik tu jangan lewat sangat tau. Nanti kita jumpa lagi,” Mamat itu mengenyitkan mata sebelum menghilang di sebalik hujan lebat. Fiqa sudah terkebil-kebil bila ditinggalkan begitu sahaja. Fiqa tersedar.

‘Aik? Cepat jugak mamat tu menghilang. Macam Chipsmore! Tadi tiba-tiba ada, sekejap lepas tu tak ada pulak. Memang macam Chipsmore!’

“Nanti kita jumpa lagi?” Fiqa teringat semula kata-kata lelaki itu tadi. Persoalan itu kedengaran begitu pelik sekali. Fiqa menggeleng kepala. Dia mengangkat bahu tanda tidak memahami kata-kata lelaki misteri tadi. Lalu langkahnya laju saat terpandangkan teksi yang lalu di situ. Payung tadi sentiasa berada di tangan.

2 Minggu kemudian.

Iklan Chipsmore terpampang di kaca televisyen. Tangannya terus menarik biskut Chipsmore yang dihidang oleh Azah tadi. Belum sempat tanganya mencapai biskut tersebut, terasa tepukan dari seseorang.

“Heish! Tak sudah dengan Chipsmore dia tu. Kau tak muak ke makan biskut ni?”

“Taklah. Rasa sedap aje.”

“Sedap sebab free kan?” Meleret senyuman di bibir bila sahabatnya berkata demikian. Tanpa perasaan malu dia mengambil biskut dari piring.

“ Ey...Kau ni patut digelar minah Chipsmore tau tak?”

“Eh! Tu gelaran untuk orang lainlah. Bukan untuk aku,”

“Maksud kau, Encik Chispmore yang hari tu?” Fiqa mengangguk sambil mengunyah kepingan Chispmore tadi. Bila sudah habis diambilnya lagi biskut tersebut. Makan macam budak-budak lagaknya. Comot!

“Kau masih tak dapat lupakan ke Encik Chipsmore kau tu?” Fiqa berpaling ke sebelah. Matanya ralit memandang wajah Azah. Dia terdiam. “Entah! Tak ada pun bayang-bayang dia semenjak dua menjak ni. Bila kau ungkit balik barulah aku ingat kat dia. Asal kau tanya macam tu?”

“Tak adalah. Saje je. Mana tahu kau tak boleh lupakan dia. Sampai kau dah melekat kat Encik Chipsmore tu. Aku nak tahu jugak kalau-kalau kawan aku ni dah jatuh cintan ke jatuh sayang sampai tersungkur kat mamat tu ke?”

“Jatuh cinta? Hmmm...Aku tak tahulah bagaimana perasaan jatuh cintan ni. Terus-terang aku cakap, aku memang tak tahu apa itu cinta. Aku dok baca novel pun aku masih tak tahu bagaimana perasaan jatuh cinta,”

“Kau ni, Fiqa. Hati batu betul! Ke kau ni songsang?” Tergengil mata Fiqa bila Azah menuduhnya sebegitu. Tangannya hinggap ke lengan putih gadis itu dan dicubitnya sehingga terdengar jeritan halus dari sahabatnya itu. Azah menggosok-gosok lengan yang terasa perit dek cubitan menyengat dari kawannya. Ya Allah! Cubitan budak tu mengalahkan ketam!

“Tengok ni apa kau dah buat kat lengan aku. Biru lebam jadinya,”

“Padan muka! Siapa suruh cakap aku ni songsang? Aku straight okey! Cuma belum tiba masanya aku kenal erti cinta,”

“Oh, ye ke? Asal tak bagitahu awal-awal yang kau ni straight? Ha ha ha,”

“Eii, budak ni. Ada yang nak kena sepitan lagi agak nya,” Jari Fiqa mula mendekati lengan Azah. Pantas Azah mengambil bantal dan mempertahankan dirinya dari terkena lagi.

“Okey okey. Aku taubat. Ish! Budak ni...aku gurau pun tak boleh,” Azah mencebik. Tangannya melepaskan bantal tadi dan diusapnya lengan yang masih terasa sakit. Fiqa tergelak kecil dan menunjukkan ibu jari pada Azah. “Sedap tak rasanya? Aku rasa lagi sedap dari biskut Chipsmore ni kot,”

“Aku ambiklah balik biskut ni. Tak nak bagi kau makan,” Azah menjelir lidah. Diangkatnya piring yang masih ada beberapa keping biskut Chipsmore dan dibawanya ke dapur.

“Hoiii...Buruk siku betul! Kau dah beri kat aku, kau ambik balik biskut tu? Bak balik ke sini. Aku lapar ni!” Fiqa mengikuti Azah sehingga ke dapur.

2 jam kemudian, Fiqa sudah bersiap-siap mahu kembali ke rumahnya. Tujuan dia ke rumah sewa Azah setakat nak jenguk rakannya itu. Dia bosan! Duduk di rumah tidak berbuat apa-apa. Tambah lagi, dia ni anak tunggal. Ibu dan ayahnya pula tiada di rumah. Kerja! Hari sabtu pulak tu! Kedua ibu bapanya selalu sibuk memanjang. Sebab itulah dia kemari.

Ditiliknya wajah di cermin. Bila tudung sudah dibetulkan dan dia berpuas hati dengan penampilannya, dia mengambil beg sandang dan memasangkan sandal di kaki. Azah setia menunggu Fiqa.

“Ish! Lambat betullah minah ni nak keluar. Penat aku berdiri kat depan pintu ni. Cepat sikit boleh tak, ratu berangan?”

“Haa?” Fiqa mengerdipkan matanya berkali-kali. Sempat lagi berangan di depan pintu semasa memasang sandal. Azah menepuk dahi.

“Tak ada sesiapa yang boleh kalahkan kau. Kau memang deserve title tu. Dah cik akak...Lewat pulak kau nak balik nanti. Tak pasal-pasal kena sembur ayah kau. Jangan pulak kau berangankan Encik Chipsmore masa kat perhentian bas nanti,”

“Eiii...Tak makan saman ke?” Sengaja Fiqa mengacah Azah dengan ibu jari dan jari telunjuk dirapatkan. Mahu mencubit lengan rakannya itu. “Okey, bye!” Daun pintu ditutup pantas.

“Hoi! Agak-agaklah nak tutup pintu tu. Takkan sampai hidung aku pun terkena sekali?” Fiqa mengusap batang hidungnya bila pintu tadi dihempas betul-betul di depan mukanya.

“Aku balas baliklah. Barulah fair and square!” Jerit suara di sebalik pintu. Terdengar bunyi gelak tawa yang sedap mengekek mentertawakan dirinya.

“Kurang asam punya minachi! Ada kentang ada french fries, ada hari siap kau kena libas!”

“Paku dulang paku serpih, confirm Chipsmore aku tak bagi kat kau lagi, bebeh!” Balas Azah dari dalam. Muka Fiqa sudah cemberut bila Azah membalas kata-katanya.

“Perosak peribahasa!”

“Alah...Kau pun sama!”

“Dahlah! Aku nak blah dulu ni. Assalamualaikum,”

“Waalaikummussalam,” Azah menjawab salamnya dengan lunak suara yang sama. Rasa-rasanya. Satu flat ni dengar suara mereka berdua tu. Mengalahkan siren!

Fiqa turun tangga. Sekejap-sekejap dia berhenti.

‘Hish! Ni yang payahnya turun tangga. Gayat! Eee..Tak suka!’

Dia kembali turun sambil tangannya memegang besi. Bila sudah berada di tingkat 2. Dia berhenti lagi.

“Ish! Azah ni pun satu. Asallah sewa rumah sampai tingkat 5?” Rungut Fiqa. Kakinya tetap melangkah. Satu-persatu tangga dilangkahnya dengan perlahan. Bila sudah sampai ke bawah. Dia menarik nafas lega. Fuh!

Dia berjalan ke stesen bas berhampiran. Mujurlah tidak jauh dari flat Azah. Cuma satu sahaja yang menyebabkan dia tidak senang hati. Ada sekumpulan remaja lelaki yang melepak di stesen itu. Nampak gaya macam remaja tak senonoh. Hatinya berdebar-debar. Tetapi dia melangkah juga ke stesen bas itu. Dia berdiri jauh sedikit dari kumpulan remaja tadi. Bila salah seorang daripada mereka perasan akan kemunculannya, dia mula gelabah. Di dalam hati bermacam-macam doa dibacanya. Ya Allah! Takutnya!

“Hey...Tengok ni. Ada awek comellah. Jom kita berkenalan dengan dia. Hai cik adik, siapa nama? Boleh berkenalan tak?” Fiqa masih tetap menunduk tidak mahu melayan mereka. Dia gugup. Tangannya menggenggam erat pada beg sandang. Berniat mahu melempang sekor-sekor lelaki di situ dengan beg di tangan.

“Eh? Sombongnya. Cik abang nak berkenalan dengan cik adik. Janganlah sombong. Kita tak kacau awak. Kita nak berkenalan dengan awak aje,” Ujar lelaki yang berada di sebelah lelaki yang menegurnya tadi. Fiqa mengerling takut pada mereka. Bibirnya sudah bergetar menahan perasaan takut.

“Jaa...jangan ganggu saya. Saya tak kacau ko...korang pu..pun,”

“Alahai...Dia takutlah..Kesiannya dia. Meh sini kitorang temankan cik adik ye? Jangan takut,”

Tiba-tiba, tangan yang menggenggam erat pada beg sandang tadi ditarik oleh seseorang. Fiqa berpaling pantas ke sebelah. Matanya membuntang saat terlihat akan wajah yang pernah menjelma di depannya tidak lama dahulu.

“Lari!” Arah lelaki itu dan ditariknya tangan Fiqa untuk berlari bersamanya. Tanpa toleh belakang, Fiqa mengikut rentak lelaki itu. Tercungap-cungap nafasnya sebaik sahaja menjauhi stesen bas tadi. Mujurlah lelaki itu pantas menariknya lari. Tidak kelihatan seorang pun yang mengekori mereka.

Fiqa menarik nafas panjang dan dihembusnya pantas. Diulangnya lagi proses yang sama. Sudah lama juga dia tidak berlari sebegitu. Naik semput nafasnya bila berlari secara mengejut. Macam lari pecut lagaknya.

Lelaki di depannya juga nampak tercungap-cungap. Dadanya turun naik dengan pantas. Mereka tidak mampu berkata apa-apa sekarang. Bila deras nafas kembali normal barulah mereka mampu mengeluarkan kata bicara.

“ Awak rupanya. Awak ni dari mana sebenarnya? Kenapa awak boleh ada di sini? Pelik!”

“ Saya tengah jogging tadi. Tengah saya jogging, tu yang saya tengok awak diganggu budak-budak tu. So, saya datanglah menyelamatkan keadaan. Nak jugak saya jadi hero awak,”

“ Erk? Hero? Encik Chipsmore nak jadi hero saya ke?” Berkerut dahi lelaki itu mendengar panggilan Fiqa. “Encik Chipsmore?” Fiqa mengangguk laju.

“Awaklah Encik Chipsmore. Siapa lagi? Bukannya ada orang lain kat sini,” Lelaki yang digelarnya Encik Chipsmore itu menggaru kepala. Matanya ditala pada wajah Fiqa.

“Encik Chipsmore ye? Boleh jugak. Awak panggil aje lah saya dengan panggilan tu. Awak pun suka makan Chipsmore kan?”

“Ha?” Fiqa tercengang. Mata Fiqa tak lepas dari memandang pelik pada Encik Chipsmore. “Macam mana awak tahu saya suka makan Chipsmore?” Soal Fiqa hairan.

Nampak senyuman manis di bibir Encik Chipsmore. Kemudian, pantas tangan lelaki itu mengelap bibir Fiqa. Fiqa tersentak.

“Ni...Ada Chipsmore kat pipi awak,” Ujarnya bila cebisan Chipsmore tadi selamat masuk ke mulutnya. “Tadi awak makan Chipsmore kan? Hari tu pun saya nampak awak makan Chipsmore masa kat stesen bas time hujan tu,” Ujar Encik Chipsmore mengingat kembali pertemuan pertama mereka di stesen bas tidak lama lalu. Bunyi cam lama aje. 2 minggu lepaslah!

“Erk...Ye, saya suka makan Chipsmore. Tak payahlah cakap pasal tu. Malu pulak saya bila ingat balik kejadian tu,”

“Asal malu?”

“Errkk...Sebab...” Fiqa menggigit bibir.

‘Malulah...Sebab aku melintas jalan tak tengok kiri kanan sebab nak larikan diri dari kau, Encik Chipsmore!’

“Sebab?” Kening Encik Chipsmore terjongket sebelah. Menunggu sambungan ayat yang tergantung dari Fiqa.

“Tak ada apalah,” Fiqa menggeleng. Matanya dikerling meninjau kawasan tasik di depan mereka.

Encik Chipsmore tersengih bagai mengetahui maksud kenapa Fiqa mendiamkan diri. Pasti gadis itu menyeberang jalan sebab takut bila berduaan dengannya pada tempoh hari. Dibiarnya sahaja Fiqa mengelamun sendiri. Memandang jauh pada tasik.

“ Kita jumpa lagilah lain kali ye, cik Fiqa. Saya beredar dulu. Nak beri peluang kat awak berangan di tasik ni. Merenung masa depan tu boleh. Tapi jangan sampai tak ingat waktu. Hari dah nak maghrib ni,” Pesan Encik Chipsmore sebelum beredar meninggalkannya. Fiqa terkejut bila lelaki itu tahu akan namanya. Dia mahu bertanya tetapi, begitu cepat lelaki itu menghilang.

Fiqa menoleh ke kiri dan ke kanan. Mencari kelibat lelaki itu.

“Mana pergi Encik Chipsmore ni? Cepat betul dia hilang. Macam mana dia boleh tahu nama aku? Dia kenal aku ke? Asal aku tak tahu pun nama dia?” Banyak pula soalan yang menerjah mindanya. Fiqa cakap seorang diri. Bila tersedar, barulah dia perasan ada beberapa orang memandangnya pelik dari tadi. Mukanya sudah kemerahan menahan malu.

‘Aish! Encik Chipsmore ni buat aku nampak macam orang gila! Aduh! Malunya. Ayah, ibu nak baliiikkkk...’


Bersambung...

4 comments:

  1. waa.. best lar sis.. hehe... x sabar2 nk tou cmner en chipsmore lamar cik fiqa.. ekeke..

    fiqa

    ReplyDelete
  2. hoho. ckit je? ingt ke pnjg ag.
    alahaii. smbung cpt3 ye sis fyka.
    i tggu. hahahak.
    oh Encik Mimpi !
    xmo Encik Chipsmore. hikhik

    ReplyDelete
  3. Hehehe..Thanx Fiqa...Awk ske sbb nma awk dlm crpen ni en?hehehe... anyway..Thanx skli lgi.. :D

    ReplyDelete
  4. She Lazy gurlz...thanx ye komen,..nnti sy akn postkn smbngnnyerr..hehe.. tggu yee.. :D

    ReplyDelete