Friday, April 6, 2012

Novel Honey and Butter Bab 7

Bab 7

Mata sudah membuntang, mulut sudah terbuka menunggu lalat masuk aje. Eryl terpaku memandang di depan. Matanya terkebil-kebil.

“Ab...abang,” Sebut Eryl tergagap-gagap. Mata Eric mengecil. “Kau apehal? Macam tak biasa aje,” Jawab Eric dengan selamba. Padahal di dalam hatinya sudah berdegup pantas. Dia cuba untuk bersikap tenang, setenang air. Tangannya disilang ke dada sasa. Masih belum menutup badan dengan seurat benang pun. Hanya tuala sahaja yang masih setia melingkari pinggangnya.

“Badan abang...Mantap seh!” Eryl mendekati abangnya dan tangannya mula merayap pada badan sasa abangnya. Kemudian beralih pada lengan abangnya.

“Hish! Gangguan seksual” Tepis Eric. Eryl tetap mahu mengusik abangnya. “Kau ni memang nak kena...” Pantas kepala Eryl menjadi mangsa. Habis disekehnya kepala itu. Eryl mengadu sakit. Meronta-ronta meminta untuk dilepas. Eric terkekek ketawa.

Dari dalam bilik wardrobe, Elaine mencuri-curi dengar di sebalik daun pintu. Terpaksalah dia berdiam diri di dalam bilik tersebut. Dia mengeluh lemah. Badannya pula terasa sengal-sengal dek dihempap oleh Eric tadi. Dia menggosok leher yang terasa sedikit terkehel itu.

‘Jangan aku bermalam di sini, sudah!’ Getus hatinya. Kakinya terasa penat berdiri dari tadi. Dia duduk bersandar pada dinding di sebelah daun pintu. Sambil-sambil itu, dia memasang telinga mendengar kalau-kalau Eryl sudah keluar dari bilik tersebut.

“Abang, cam ne Europe? Best?”

“Dah banyak kali abang pergi sana. Dah muak tengok minah salleh kat situ. Bosan!” Ujar Eric malas. Dia mengambil baju t-shirt yang sudah diambilnya awal-awal dari wardrobe sebelum membenarkan Eryl masuk ke dalam. Nasib baiklah pintu kamarnya dikunci. Kalau tidak, pasti dia kesusahan.

‘Kalau Eryl tahu apa yang terjadi tadi, mahu kena cekik oleh daddy leher aku ni kalau terbocor rahsia dari mulut tempayan Eryl tu,’ Rasa ngeri mula menjengah bila terbayangkan wajah daddynya yang tengah marah. Serius dia tak mahu membuat daddynya meletus. Taubat taubat!

“Abang, tahu tak yang kita ada pembantu rumah baru?” Eric sudah siap memakai baju. Dia mengeringkan rambut yang basah dengan tuala, lalu terhenti. Matanya tajam memandang Eryl, terdengar bunyi dengusan dari bibir mungil itu. Eryl menjongket kening sebelah.

“Asal abang mendengus?”

“Kau ni lembab betullah. Kau tak tahu ke abang dah tengking budak tu sebab kurang ajar sangat,” Elaine yang mencuri dengar terkejut bila suara menyindirnya itu sedikit kuat.

Senyuman Eric sinis bila matanya melekat pada pintu wardrobe. Dia tahu, pasti Elaine mendengarnya.

“Yang abang sengih-sengih tu kenapa? Tadi mendengus, sekarang sengih macam mat senteng. Seram Eryl tengok. Abang ni da sawan ek?” Perkataan senteng ditekankan ingin menyindir abangnya.

“Haa...Mesti belajar perkataan tu dari Kira. Terikut-ikut sangat dengan perangai tak semengah dia tu. Tu yang spoil cam ni,” Eric menolak kepala adiknya. Monyok sahaja muka Eryl bila kepala ditolak sebegitu. Eric tergelak kecil. Lucu melihat muka monyok adiknya. Sudah menjadi kebiasaan di antara dua beradik itu, berborak pasti ada saja tangan merayap ke mana-mana. Tak seronok kalau tak usik adik-beradik sendiri. Mereka sentiasa bermesra sebegitu. Lagipun, Eric dan Eryl memang rapat. Di rumah hanya ada dua beradik itu sahaja yang menghiasi rumah tangga milik Puan Sri Harisah dan Tan Sri Hamdan. Terasa kosong bila salah seorang daripada mereka tiada di rumah. Jadi, bila sudah ada kedua-duanya. Pasti ada sahaja adengan usik-mengusik di antara mereka.

“Heish! Abang ni pun...Janganlah babitkan Kira. Kesian dia tau! Kekasih gelap kita tu...”

“Kekasih gelap konon! Aku tengok minah tu tak hingin pun dengan kau. Kau tu yang terhegeh-hegeh kat dia. Carilah calon lain. Calon yang tak menyusahkan kau! Tak sebecok minah bajet comel tu,” Pesan Eric pada Eryl. Mata Eryl sudah terjengil bila abangnya mengutuk kekasih hati. Dia bercekak pinggang.

“Haii...Ni yang kita tak suka ni. Kutuk Kira depan bakal kekasih dia,” Eryl sudah mula berasa tak senang bila abangnya mengutuk Kira. “Okey okey.. Rileksla. Ni gelabah ayam ni kenapa? Sensitif sangat. Manalah si Kira tu nak kat kau? Dia mesti nak lelaki yang ‘tough’, kental...Bukan macam mamat emo...Sensitif mengalahkan perempuan!”

“Yelah tu..Kita ni sensitif tak bermaksudnya kita tak kental. Ni bermakna kita ni jenis yang memahami perasaan perempuan. Perempuankan sensitif. Sebab tulah banyak awek-awek minat kat aku. Eryl ni memahami perasaan mereka. Mestilah mereka suka,”

“Masalahnya sekarang, perempuan yang kau kejar tu, tak minat kat kau langsung! Tapi, kau yang nak sangat kat dia. Dia tukan spesis yang lain daripada perempuan lain. Macam terbalik alam aku tengok korang berdua. Dia yang ‘tough’ bukannya kau!” Eric mencantas kata-kata adiknya. Sememangnya Eric tidak mahu mengalah pun bila sudah kedua-duanya berdebat. Tetapi, dia seorang abang yang penyayang. Ikut masa sahaja dia akan mengalah tetapi, bila hal sebegini, dia pasti Eryl tak akan dapat mengalahkannya. Eric tersenyum kecil bila Eryl sudah menarik muka.

“Oh ya...Cakap pasal calon. Abang dah ada ke calon yang mummy dan daddy nak?” Eric tersentak. Dia menggigit bibir. Tidak tahu mahu menjawab bagaimana. Bila Eric tidak bersuara, Eryl pula yang tersengih menang. Pasti abangnya belum menjumpai calon yang sesuai.

“Macam mana nak cakap ye? Ada. Seorang.. Tapi, susah abang nak cakap. Dia tu susah sangat nak digapai. Begitu keras sekali hatinya,”

“ Aiii...Tadi cakap kat orang jangan jadi terhegeh-hegeh, sekarang siapa pula yang tengah terhegeh-hegeh juga?”

“Ish... Kau apa tahu?” Soal Eric sambil tangannya menggenggam buku lima dan ditumbuknya bahu adiknya. “Sakitlah bang! Main kasar aje tau,” Eryl merungut sakit. Diusapnya bahu selepas menerima tumbukan dari abangnya.

“Ek eleh, tu pun sakit? Mana tak nya, kerding sangat! Mengalahkan Kira. Kau tu patut pergi ke gym. Barulah si Kira tu melekat kat kau,”

“Aahhh... Yang tu hal kemudian. Hal abang ni, belum selesai lagi. Tahulah Eryl nak buat macam mana nak pikat Kira nanti,”

“Haa..Berbalik kepada tadi. Maksud abang perempuan yang menjadi calon abang tu namanya Erianakan?” Sambung Eryl lagi. Dari dalam wardrobe, Elaine tergamam. Dia tidak menyangka yang Eric sudah mempunyai calon. Tetapi, kalau benar dia sudah mempunyai calon, mengapa tidak diusulkan sahaja kepada ibu bapanya ingin melamar perempuan itu?

“Ha’ah. Tapi, entahlah. Pokok pangkalnya, susahlah nak dapatkan dia. Dia tu macam tak kisah pun apa yang abang dah buat kat dia. Semuanya sia-sia sahaja,” Eric mengeluh lemah. Mindanya asyik terbayang wajah Eriana. Kemudian, kata-kata ayahnya juga menambah rasa sesak di jiwa. Aduh!

Eryl memandang wajah Eric yang kelihatan mendung itu. Dia berasa simpati pada abangnya. Dia tahu tentang kisah cinta abangnya yang tak pernah mengenal erti putus-asa. Tetapi, bila sudah ibu bapanya meminta untuk dia mencari calon dalam masa yang terdekat, dia tahu gadis idaman abangnya itu seperti tidak mahu menyambut langsung cinta abangnya. Eryl menghampiri abangnya dan ditepuknya lembut bahu abangnya.

“Macam yang abang cakap kat kite tadi. Biarlah dia tu. Cari orang lain yang dapat membahagiakan abang. Bukannya menyakiti hati abang. Haa...Apa kata, abang pinangkan aje pembantu rumah baru tu. Siapa nama dia? Eline..Elaine?” Usuk Eric membuatkan Eric terbeliak memandang wajah selamba Eryl di depan.

“Dengan Alien tu? No! Gila ke apa? Abang dengan perempuan tu tak mungkin akan bersama. Abang pun tak hingin dengan minah pelik tu. Ish...Pelik macam alien aku tengok. Tak suka!”

“Eii...Abang, jangan cakap sebarang cakap. Nanti, air ludah sendiri abang jilat balik. Tak suka tapi nanti tangkap cintan pulak karang,”

“Not in my whole life!”

Elaine terasa hati bila Eric berkata demikian. Dia mengeluh lemah. Sejak dari tadi dia setia mendengar perbualan antara dua-beradik itu. Tahulah dia di dalam hati Eric ada seorang gadis yang bernama Eriana. Dengan perlahan-lahan, dia merapatkan lagi lutut pada dada dan disebamnya muka ke lutut.

Masa beralih tanpa mereka sedar. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Terdengar bunyi ketukan pintu dari luar.

“Eryl, Eric...Kamu berdua tak tidur lagi ke? Dah lewat dah ni,” Tersembul wajah Puan Sri Harisah di daun pintu. Senyuman tidak lekang dari wajah manis yang sedikit berumur itu.

“Belum lagi mummy. Seronok sangat dapat berborak dengan abang. Maklumlah, orang tu dah busy mengalahkan ketua menteri!” Eric menepuk paha adiknya. Eric tersengih kambing melihat jelingan dari si abang.

“Nak buat macam mana? Dah daddy kamu tu serahkan semuanya kat abang kamu. Nak harapkan kamu, kamu tak nak! Tak suka bidang yang berkaitan dengan perhotelan. Orang nak jadi engineer kan?” Terdengar bunyi tawa dari Eric. Diangkatnya ibu jari bila adiknya dikenakan oleh mummy mereka.

“Oh, ya..Mummy datang sini sebab nak tanya kamu berdua pasal Elaine. Ada nampak Elaine tak? Dari tadi mummy cari dia. Kat bawah tak ada, kat bilik dia pun tak ada. Tak tahula kalau dia ada ke bilik kosong yang lain pulak,” Eric terkedu. Matanya pantas terarah pada bilik wardrobe. Sememangnya dia hatinya berdebar sekarang. Takut mummynya salah faham pula. Mana tak nya, anak dara orang duduk di dalam bilik wardrobe milik orang bujang macam dia ni. Tak pasal-pasal dituduh mahu mengapa-apakan si ‘Alien’ itu.

Eryl di sebelah hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Eric pula mengikut aksi yang sama dengan adiknya.

“Ala, mummy...mesti dia ada dekat dalam villa ni. Entah-entah dia menyorok ke? Sorok kat dalam bilik abang ni, ha..”Sekali lagi Eric bagai direnjat elektrik. Dahinya pula sudah mula berpeluh. Dalam hati sudah bermacam-macam doa agar tidak terkantoi.

“Macam dia buat pagi tadi. Sorok kat bawah katil abang. Haa...Cuba abang cek kat bawah katil ni. Mana tahu dia tertidur kat bawah ni,” Mata Eryl sudah tercongok ke bawah katil. Dia tahu akan cerita antara pertemuan pertama pembantu rumah itu dengan abangnya. Semua sudah diceritakan oleh abangnya sendiri. Mahu dia tergelak sampai tergolek-golek mendengarnya.

“Kalau macam tu, tak apalah. Mummy nak cari kat bilik sebelah. Mana tahu dia tengah kemaskan bilik-bilik kosong pula. Mummy tak suruh pun, dia dah buat. Rajin! Mummy rasa senang bila dia bekerja di sini,”

‘Ceh! Alien dah macam robot aje aku dengar,’ sempat hati Eric mengutuk. Puan Sri Harisah keluar dari kamar anak bujangnya. Sempat lagi dia menyuruh Eryl untuk kembali ke bilik sendiri dan tidak mahu anak bongsunya itu mengganggu anak sulungnya.

“Ish...Mummy ni, manjakan sangat abang ni,” Eric senyum meleret. Dia tahu Eryl mesti merungut. “Mengada-ngada!” Punggung yang sudah panas dari tadi di angkat dan dia mahu beredar keluar dari bilik abangnya. Sebelum keluar, dia berpaling.

“Abang, hati-hati tidur kat katil tu. Mana tahu, cik akak bersembunyi di bawah katil dan terkam abang terus. Kan abang cakap, dia ‘Alien’. Haa..nanti tak pasal-pasal abang kena culik ke planet dia nanti. Haa...Kang, dia suruh abang kahwin dengan dia. Dapatlah Eryl akak ipar ‘Alien’,”

“Blahlah kau!” Eric membaling bantal kecil ke arah Eryl. Eryl sempat mengelak dari terkena bantal yang dibaling abangnya. Sempat lagi dia menjelir lidah dan mengekek ketawa. Bila Eric mahu membaling bantal lagi, pantas dia membuka pintu dan keluar.

Eric diam menonong di atas katil. Kata-kata Eryl benar-benar mengganggu fikirannya. Matanya beralih melihat pintu bilik wardrobe.

‘Senyap aje dari tadi. Tak bising pun. Bagus juga perempuan ni. Patuh dengan arahan aku,’

Kaki Eric bergerak menuju ke bilik wardrobe. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu. Bila daun pintu sudah dibuka. Dia berasa pelik.

‘Aik? Mana pulak minah ni? Aku cakap duduk diam-diam aje kat dalam bilik ni. Yang dia terus menghilang bersembunyi tu, kenapa?’ bibir Eric tak sudah-sudah merungut, membebel sendiri. Matanya merayap ke seluruh ceruk bilik.

Matanya terpaku bila terpandangkan kelibat Elaine yang sudah tertunduk menyebamkan muka pada lutut. Eric diam tak berkutik.

‘Dah tidur ke budak ni?’

Eric duduk mencangkung berdepan dengan Elaine. Nampak gayanya, memang Elaine tidak sedar langsung akan kehadirannya di situ. Jari telunjuknya menolak lutut Elaine. Masih tidak bergerak.

“Hoi! Bangun! Tidur pulak kau kat sini, ya?” Suara Eric cuba dikuatkan sedikit. Elaine tetap begitu. Masih tetap di posisi yang sama tidak bergerak. Eric mengetap gigi menahan geram. Mahu sahaja ditolaknya perempuan itu. Tetapi akal warasnya melarang. Dengan menggunakan kaki, ditolaknya sedikit kaki Elaine. Kemudian, sekali lagi dia menyepak lembut kaki itu. Tidak semena-mena, tubuh Elaine rebah ke lantai. Elaine masih tetap tidak sedar.

“Hish! Melampau jugak perempuan ni. Tidur mati terus! Yang kau tidur kat sini buat apa? Menyusahkan betul!” Tangan Eric menggoncang bahu Elaine. Tetap seperti tadi, langsung tidak bergerak. Memang macam mayat! Eric menggaru-garu kepala yang sudah gatal yang teramat sangat. Naik rimas bila melihat Elaine masih belum ada tanda-tanda mahu bangun.

‘Eii...Ni nak buat macam mana dengan ‘mayat Alien’. Tidur tak ingat dunia! Takkan aku biarkan dia kat sini aje kot? Nanti apa pulak kata mummy dan daddy? Aduh!’

Bila lama mengerah otak memikirkan cara yang terbaik, Eric teringat akan satu idea. Dia bergerak menuju ke bilik air dan diambilnya sedikit air yang diletakkan ke dalam gelas. Direnjis-renjisnya air pada muka Elaine. Kelopak mata Elaine nampak bergerak-gerak. Ternyata caranya menjadi bila tubuh Elaine sudah bangun duduk. Elaine menayangkan wajah tidak bersalah. Makin menjadi-jadi perasaan meluatnya pada Elaine.

“Sudah! Kau pergi balik bilik tidur. Jangan sampai kelibat kau dilihat oleh orang lain. Kang tak pasal-pasal heboh satu villa ni. Dah! Aku nak tidur sekarang. Esok nak kerja,” Eric mengarah pada Elaine yang masih terkebil-kebil mamai. Dengan langkah malas, Elaine mendekati pintu bilik dan memulas tombol. Belum sempat dia membuka pintu, kelibat Eric yang masih belum tidur melintas di depan bilik Eric. Cepat-cepat, Elaine menutup kembali pintu tersebut. Nasib baiklah pintu itu tidak dihempasnya dengan kuat.

Elaine berpaling. Eric yang menyandar di kepala katil naik hairan.

“Kau...Asal tak balik bilik lagi ni? Kau jangan nak buat macam-macam ye?”

“Saya rasa Eric masih belum tidur lagi dan masih berada di ruang rehat di luar. Kalau saya keluar sekarang, tak pasal-pasal dia mengadu dekat Puan Sri pula,” Jelas Elaine. Mata yang mamai tadi kembali segar. Dia menunggu Eric bersuara. Dilihatnya Eric yang menggaru-garu kepala macam ada kutu di kepalanya.

“Aduh! Eryl ni pun satu. Esok ada kelas, balik bilik tidur lah. Yang duduk kat ruang tengah tu apahal pulak?” Eric merungut sendiri. Elaine hanya mampu memerhati. Tidak tahu mahu berbuat apa.

“Kejap...Aku pergi distract Eryl, kau pula cepat-cepat keluar dari bilik aku. Faham?” Elaine mengangguk pantas. Eric turun dari katil dan keluar bilik. Dia mendekati Eryl yang tengah seronok menonton televisyen di ruang tengah.

‘Tengok bola, patutlah! Eh, nak jugak join ni,’ Eric mengubah fikiran dan duduk di sebelah adiknya. Dalam pada masa yang sama, dia mencuri pandang ke bilik ingin melihat sama ada Elaine sudah keluar dari bilik.

Elaine dengan pantas bergerak keluar dan turun ke tingkat bawah ingin beredar kembali ke bilik. Takut pula kalau-kalau Kira mencarinya. Eric menarik nafas lega.

Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang mencuri pandang akan kelakuan mereka dari tadi. Dia mendengus dan mencebik. Satu rahsia yang pasti akan menjadi bahan untuk dilaporkan kepada orang yang mengupahnya. Di hujung bibir, terbit sengihan sinis. Dia berpuas hati sekarang. Pasti ‘Tuan’nya terkejut dengan berita yang bakal disampaikannya nanti.

9 comments:

  1. hope citer nih akan jadi makin best aah. thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx..Huhu..Sorry la klu cter sy ni agak slow or mndatar aje..sy akn cbe wat yg terbek..ok?

      Delete
  2. Sis nape lame sangat bru update Cite nie,x bestlah kalau sangkut2 baca...
    Apepun cite nie best...
    Harap ade sambungan secepatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx ye atiza mnunggu cter ni..Sorry tau lmbat update...bz skit bwat mse ni..huhu...Apa2 pn akak cbe update cpat2...Thanx again.. <3

      Delete
  3. i love it3x!! Teruskan lagi.. >_< (y)

    ReplyDelete
  4. akak, bila nak sambung?? dah lama sangat akak hold..

    ReplyDelete