Tuesday, April 3, 2012

2 Kali Mencintaimu bab 2

Bab 2

Bab 2
“Kau tengok tu Man. Budak ni luahkan perasaan dia yang tulus tu kat aku. Wah! Beraninya dia! I’m so shock!” Ujar lelaki itu dengan penuh sinis. Dia tertawa terkekek di sambung dengan rakan sejawatnya sekali. Merah padam perempuan yang berada di depannya. Dia hanya mampu tunduk menekur lantai. Tidak mahu bertentang mata pada orang sekeliling yang masih ralit mentertawakannya. Sungguh dia tidak menyangka begitu takdirnya sehingga boleh berasa malu sebegini.

Dia kaku di depan orang ramai yang masih tidak lepas mentertawakannya. Dia sendiri terkejut bila berada di atas pentas itu. Sangkanya kawasan itu hanyalah sebuah dewan yang tiada langsung kelibat orang. Gelap tanpa penghuni, hanya lampu nilon sahaja yang menemani. Namun, di saat dia terjumpa lelaki itu di situ, hatinya kuat meronta ingin meluahkan segala isi hatinya yang terpendam selama ini.

“Saya suka kat awak. Saya benar-benar ikhlas suka kat awak. Saya tak sangka, hati awak juga merasakan perasaan yang sama. Jadi, saya terima awak sebagai kekasih saya,”

“Apa yang kau merepek ni? Hello...Since when aku ada perasaan yang sama kat kau? And, asal kau ada kat sini? Kau tahu tak aku tengah buat apa sekarang?” Kening Fira sudah bertaut. Pelik bila lelaki itu tidak memahami apa yang diungkapnya tadi.

“Fariel, bukan awak sendiri ke yang cakap kat saya, yang awak suka kat saya? Ni buktinya,” Fira menyerahkan sepucuk surat kepada Fira. Mata Fariel tepat memandang surat di tangan Fira. Terus tercetus tawanya yang sudah ditahan dari tadi.

“Kah kah kah. Jadi betullah orang cakap yang kau syok kat aku? Ya Allah. Kau ni betul-betul luculah. Tak sangka menjadi juga pancing aku kali ini,” Fariel kembali ketawa. Malah lebih kuat tawanya berbanding tadi. Fira sudah terpinga-pinga tidak memahami isi bicara Fariel.

“Oh, ya? Kalau kau nak tahu, tu bukan surat dari aku! Tu surat dari kekasih gelap yang sama spisis kau, si Fakharizam tu. Haa...yang tu baru sesuai dengan kau. Aku diganding dengan kau? Hmmm...No way!” Begitu bongkak sekali bunyinya menutur kata itu.

“Habis, kenapa ada nama awak di sampul ni?” Fira masih mahu menagih jawapan. Wajahnya sudah mula mendung. Hatinya mula rasa sakit. Sedih dipermainkan sebegitu. Matanya mula menangkung air. Tunggu nak pecah sahaja empangan itu. “Rabun kau ni kroniklah! Cuba kau tengok betul-betul kat sampul tu. Nampak tak bekas liquid paper? Aduh! Asal kau bodoh sangat ek? Ingatkan pelajar contoh kolej, rupa-rupanya pelajar bodoh kolej! Ha ha ha...”

Mata Fira sudah tidak tertahan lagi. Air matanya jatuh jua menggelongsori pipi. Dia berasa malu saat ini. Benar-benar malu!

“Oh,ya? One more thing, kau tak ingat ke kolej kita tengah mengadakan karnival kolej sekarang? Aku tak tahulah kalau kau buat-buat tak tahu. Sekarang ni kau tahu tak aku tengah buat apa sekarang? Kau tahu tak kat mana kita sekarang?”

“Hah?” Wajah Fira dipanggung ke depan. Telinganya menangkap bunyi riuh. Termasuk bunyi gelak tawa orang. Tiba-tiba, dewan yang sunyi menjadi gamat. Langsir dibuka dan mata Fira sudah terbeliak bila melihat apa yang berada di depannya kini.

“Ooppss..Ada aku cakap tak? Yang kat baju aku ni terlekat microphone?” Fira sudah lemah lutut bila melihat wajah orang ramai yang ternyata mentertawakannya. Fira terlupa bahawa hari ini adalah hari terakhir karnival kolejnya. Dia menuju ke dewan itu pun melalui jalan belakang. Tidak terlintas di fikirannya bahawa Fariel akan menjadi pengacara bagi penamat majlis karnival kolejnya. Dan tepat pada masanya, rakan-rakan Fariel yang sememangnya sentiasa di samping Fariel muncul di sebalik pentas. Mereka juga mentertawakannya. Mengapa tak terlihat wajah-wajah itu semasa dalam perjalanan ke dewan tadi?

“Hoi...Can you see this girl? She expressed her feeling infront of the audience!” Bergema suara Fariel menjerit. Barulah Fira perasan akan kewujudan microphone di sebalik baju Fariel. Fira malu! Dia menunduk malu. Air matanya sudah berjuraian tanpa henti.

“Get a griplah, hoi!”

“Muka kau tu tak layak untuk Fariellah, minah kampung! Sedar sikit diri kau tu!” Terdengar bunyi-bunyi tohmahan orang di situ. Fira terasa mahu lari dari pentas sekarang. Dia tidak mampu menayang mukanya di situ. Kalau boleh, dia mahu lenyap terus dari tempat itu. Tidak mahu pelajar-pelajar kolej tahu tentang dirinya. Tidak pernah dalam hidupnya dimalukan sebegitu.

‘Aku takkan pernah memaafkan kau, Fariel Arish! Jangan pernah kau raih kemaafan dariku! Akan ada pembalasan buat kau nanti. Dan cinta ini...Akan mati bermula hari ini!’ Hatinya sudah nekad kini. Nama Fariel Arish akan padam dari diari hatinya. Tiada cinta buat lelaki yang bernama Fariel Arish.

***
Dia tersentak bila petikan dari jari mengejutkannya daripada lamunan jauh. Fira panggung kepala. Wajah lelaki di depannya itu tersenyum manis. Smart! Baju seragam putih yang dipakainya begitu sesuai sekali dengan lelaki muda itu. Fira membalas kembali senyuman di bibir.

“Kenapa sorang-sorang kat sini?”

“Rimaslah duduk kat dalam bilik tu. Saya tak suka duduk sendiri. Kepala otak saya makin pening kalau asyik terperap aje kat dalam ward tu,” Jawab Fira sambil mata tidak lepas dari memandang orang yang lalu-lalang. Dia lagi suka membuangkan masa memerhati orang sekeliling daripada duduk di dalam ward. Sebabnya, dia tidak mahu bersendirian di bilik dan semua persoalan akan datang menerjah minda. Dia naik rimas!

“Tak apa. Esok awak dah boleh balik. Setakat yang saya perhatikan, semuanya okey. Cuma awak perlu selalu ke hospital untuk medical check up,” arah lelaki itu lagi. Fira menoleh ke sebelah. Dia memandang tag nama pada baju seragam lelaki itu.

Dr. Zakri Aidil. Nama itu melekat di kepalanya. Pertama kali bertemu dengan lelaki itu, dia berasa begitu tenang sekali. Dia berasa senang berdampingan dengan doktor muda itu. Khabarnya, Zakrilah yang melanggarnya pada malam sebelum dia hilang ingatan. Tetapi hatinya tetap tidak menyalahkan Zakri. Buat masa sekarang dia lebih marah dan bencikan kehadiran ‘suami’ yang baru sahaja dia tahu itu. Menyampah!

“Kenapa awak termenung dari tadi? Apa yang awak lamunkan?” Zakri menyoal Fira yang kembali melamun itu. Mata Fira terkebil-kebil saat lelaki itu menegurnya sekali lagi. “Aaa...Saya fikirkan tentang perkara yang bakal berlaku nanti,”Di hujung ayatnya terdengar bunyi keluhan berat. Fira menunduk ke bawah.

“Kenapalah dalam banyak-banyak mamat, dia juga yang dipertemukan dengan saya? Kenapa Allah nak uji saya dengan menghantar lelaki itu?” Zakri pantas berpaling. Dahinya berkerut.

“Maksud awak, suami awak?” Pertanyaan Zakri begitu tepat sekali. Perlahan-lahan Fira mengangguk lemah. Tanpa mempedulikan orang sekeliling, dia meletakkan kaki ke atas bangku dan dipeluknya lutut rapat ke dada. Mukanya pula sudah masam mencuka. “Saya tak sukalah awak panggil dia tu suami saya. Saya tak sudi dan tak ingin langsung!” Getus Fira keras. Dia mendengus bila wajah Fariel bermain di minda.

“ Kenapa awak tak terima dia? Setahu saya, sudah 2 tahun kalian berkahwin,” Ucap Zakri. Berita mengenai Fariel dan Fira sudah dimaklum oleh kawan papanya, Datuk Farish sebelum ini. Bila kes Fira mengalami hilang ingatan di sebabkannya, pantas dia mengambil alih tugas untuk menjadi doktor kepada Fira. Sepanjang pengawasannya, dia tahu serba sedikit tentang hidup Fira. Maklumat itu amat diperlukan bagi membantu pesakit seperti Fira untuk kembali sembuh.

“ Entah! Macam mana boleh terjebak dengan mamat bajet tu pun saya tak tahu. Saya betul-betul buntu. Tak dapat ingat satu benda pun pasal bab kahwin ni. Otak saya dah mereng asyik fikirkan perkara ni. Sungguh memeningkan kepala,” Fira memegang kepalanya sambil digeleng ke kiri dan ke kanan. Zakri berasa bimbang bila Fira berbuat demikian. Pantas dia menghalang Fira dari memegang kepalanya.

“Kalau awak pening, tak payah paksa. Takut parah pula. Buat masa ni, awak akan sering mengalami sakit kepala dan kadang-kala awak akan rasa keliru. Bila awak dah adapt dengan sekeliling, mungkin minda awak akan kembali ingat semula kisah-kisah yang lalu. Jadi, awak jangan pernah tinggalkan makan ubat yang saya berikan tu. If you need help or advise, just call me,” Zakri berpesan kepada Fira. Hati Zakri dipagut rasa bimbang. Bimbang dan juga rasa bersalah mula bertandang di hati.

“Ermmm..Doktor Zakri, doktor Hafiz cari awak,” Tegur jururawat yang datang mendekati mereka. Sempat lagi senyuman manis dihadiahkan pada Fira di sebelah. Zakri mengangguk lalu menoleh pada wajah sunggul Fira. “Saya kena pergi dulu. Kalau awak dapat ingat sikit-sikit, terus panggil saya. Saya akan check awak nak tahu perkembangan semasa, alright?” Fira angguk tanda setuju akan arahan dari Zakri. Dia hanya menurut sahaja. Sikapnya tak ubah seperti kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Dia cuma tahu menurut apa sahaja yang terbaik buatnya.

Fira kembali sendiri di ruang legar hospital itu. Rata-rata pesakit di hospital Sime Darby itu membawa pasangan masing-masing. Diperhatinya sahaja pasangan suami isteri yang lalu-lalang. Seorang perempuan yang tengah sarat mengandung menarik perhatiannya. Suami di sebelah tidak lepas memaut bahu isterinya. Begitu penuh kasih sayang sekali si suami memimpin isterinya. Fira tersenyum saat suami perempuan tadi tunduk mencium tangan isterinya. Begitu bahagia sekali pasangan itu. Timbul rasa iri hati dalam hati.

“Sayang kat sini rupanya,” Suara garau lelaki yang menegurnya benar-benar menyentak jantungnya. Dia berdebar di saat berdepan dengan lelaki itu. Saat itu juga dia berdiri dari duduk dan segera mengorak langkah. Wajah yang tersenyum tadi sudah mati bila terpandangkan kelibat lelaki itu di situ.

Fariel terhenti seketika bila Fira sudah melarikan diri di saat dia menyapa isterinya itu. Hatinya kecewa. Namun, digagahnya jua kaki mengejar si isteri. Bila sudah menyaingi Fira pantas ditariknya tangan gadis itu agar berdepan dengannya.

“Kenapa sayang lari? Sayang masih tak dapat terima abang ke?” Bertalu-talu soalan keluar dari bibirnya. Dalam hati menahan debar. Berharap agar lembut hati isterinya menerima suratan takdir yang telah ditetapkan antara mereka. Fira merentap tangannya kasar. Dia mendengus.

“Sayang? Eyy...Pleaselah. Saya rasa geli-geliman bila lelaki yang bajet macam awak ni panggil saya dengan panggilan sayang. Tak malu ke bila panggil perempuan macam saya ni dengan panggilan itu? Maklumlah, saya ni tak setanding dengan awak. Saya miskin, hodoh. Tak layak untuk lelaki bernama Fariel Arish!” Getus Fira tajam. Fariel terkedu. Perwatakan Fira di depannya tidak sama seperti Fira yang pernah menjadi isterinya 2 tahun lalu. Isterinya Fira sebelum hilang ingatan tidak sebegitu. Tetapi, Fira yang sekarang sama seperti Fira 7 tahun yang lalu. Fira yang sering memberontak, Fira yang pemarah dan baran. Fira yang berumur 21 tahun!

“Honey, listen to me. Saya tak pernah kira pun pasal benda tu semua sekarang. Yang saya pentingkan sekarang ialah kesihatan awak. Kesihatan isteri saya,” Fariel cuba berlembut. Fira tertawa sinis. “Isteri? Oh, gosh! Get rid of that title! Saya tak pernah tahu pun saya ni isteri awak sampailah saya terbangun dari mimpi yang ngeri semalam. Dan bila bukak sahaja mata, satu benda yang tak pernah terlintas di akal fikiran ialah, saya ini isteri kepada Fariel. Isteri? Ceh!”

Fira kembali melangkah mahu menjauhkan diri dari Fariel. Dia meluat bila Fariel sering kali menyebut perkataan ‘isteri’ kepadanya. Dia bertambah-tambah benci bila layanan lelaki itu begitu baik sekali, seakan-akan berlakon. Dia benci!

Fariel memanggil nama Fira berulang kali. Namun, Fira langsung tidak berpaling pun. Fariel kembali mengejar gadis itu. Bila sudah mendekati Fira, sekali lagi dia menarik lengan Fira agar berhenti. Fira terdorong ke belakang dan langkahnya terhenti. Fira cuba untuk melepaskan diri. Dia meronta-ronta ingin menarik semula pergelangan tangan yang sudah erat digenggam oleh Fariel.

“Ish! Sakitlah! Awak ni suka mendera saya dari dulu kan? Or mungkin awak ni sememangnya sengaja kahwin dengan saya supaya awak dapat dera saya selalu?” Duga Fira. Tangan tak lepas dari pegangan Fariel. Tidak lama kemudian, Fariel melepaskannya.

“Sepanjang 2 tahun kita kahwin, tak pernah sekali pun saya mendera awak. And for your information, in that 2 years, we have been happy together. Never doubt it!” Fariel cuba meyakinkan isterinya. Dia tahu memang sukar untuk isterinya menerima dirinya di saat memori bahagia mereka hilang begitu sahaja dari ingatan. Dia cuba untuk menjadi tabah demi menghadapi badai yang telah menimpa rumah tangganya. Dia nekad mahu bersabar melayan kerenah isterinya.

“Huh! Awak ingat saya percaya kat awak? Ingat saya bodoh?!" Bentak Fira pada lelaki di depannya. Tiada langsung perasaan malu di depan orang yang berada di sekeliling hospital itu.

“Saya tak percaya yang awak ni suami saya! Atas apa yang awak lakukan pada saya sebelum ini, mustahil bagi saya menerima diri awak! Awak, Fariel Arish suami saya? Nonsense!”

“ Saya tak tipu awak, Fira. Saya suami awak! Saya boleh tunjukkan bukti kalau itu yang awak mahu. Sekarang pun boleh!”

“Sudah! Saya tak mahu tahu pun pasal bukti segala. Saya tak ambil kisah pasal semua tu. Semua ni mimpi ngeri buat saya! I will never be your wife, never!” Bentak Fira dan berlalu pergi. Kakinya melangkah ingin kembali semula ke bilik wad eksklusif itu. Dia pasti, semua ini disediakan oleh Fariel. Baginya dia tak mampu duduk di hospital semewah itu. Mahu jatuh terjelompok bila saat dia kembali bangun dari pengsan semalam. Terpana melihat sekeliling bilik wad yang serba mewah.

Pantas tombol pintu dipulasnya dengan kasar. Dia menghempas daun pintu dengan sekuat hati. Tubuh yang sedang duduk di sofa ternaik sedikit mendengar hempasan kuat itu. Mata Fira sudah terbeliak dengan kewujudan gerangan di dalam biliknya. Dia menggigit bibir. Sudah hilang kata bicara saat ibunya sudah bercekak pinggang tunggu masa mahu menghamburkan bebelan padanya. Fira menunduk ke bawah. Takut mahu bertentang mata yang sudah mencerlung kepadanya.

Beberapa minit kemudian, muncul Fariel yang sudah sedikit mengah dek mengejar isterinya. Matanya ditala pada wajah Fira masih mahu menagih perhitungan pada bicara yang masih belum tamat tadi. Bila diperhatinya muka Fira yang masih tertunduk, serta-merta matanya ditala ke depan. Matanya sedikit membulat bila memandang ibu mertuanya di situ. Fariel menelan liur. Mereka tak ubah seperti kanak-kanak yang bakal menerima hukuman sebat tidak lama lagi. Tunduk menekur ke lantai.

“Fira, ibu nak Fira terima hakikatnya. Fariel tu suami Fira. Suami yang sah! Walaupun Fira tak ingat kejadian yang berlaku sepanjang Fira bergelar isteri Fariel. Sekurang-kurangnya, Fira kena hormat pada dia. Hormat pada suami, Fira ni!”

“Ibu, Fira tak mungkin dan tak akan menerima lelaki yang bernama Fariel Arish ni sebagai suami Fira! Fira bencikan dia. Benci!”

“Fira! Jaga sikit nada suara kamu tu. Kamu tahu tak dengan siapa yang kamu bencikan itu? Dia tu suami. SU-A-MI!” Puan Salmah menekankan perkataan ‘suami’ agar anaknya jelas tentang perkara itu. Syurga Fira bukan lagi berada di bawah tapak kakinya, tetapi sudah beralih di bawah tapak kaki suaminya. Jadi, Fira patut diingatkan tentang perkara itu. Wajib!

Fira menarik muka dan mencebik. Disilangnya tangan ke dada. Matanya ditala ke tempat lain. Wajah Fariel di sebelah langsung tidak dipandangnya. Puan Salmah mengeluh lemah. Susah bila perangai degil dan keras kepala anaknya kembali seperti dahulu. Sama seperti Fira di zaman remaja muda. Mahu memberontak sahaja.

“Ibu dan ayah dah buat keputusan. Keluar sahaja dari hospital ni. Kamu tak dibenarkan duduk di rumah ibu dan ayah,” Fira berpaling pantas pada wajah ibunya. Dia tercengang mendengar ibunya sudah menghalaunya dari rumah. “Habis, mana Fira nak duduk?” Pertanyaan itu membuat dia terfikir akan kemungkinan itu.

“ Selagi Fira masih tak mahu menerima Fariel sebagai suami, maka, Fira kena duduk sebumbung dengan Fariel sepanjang tempoh kamu cuba memulihkan kembali ingatan kamu tu. Biar senang kamu nak ingat kembali 2 tahun yang pernah kamu lalui bersama suami kamu. Tapi sebelum itu, ibu dah pesan pada mama kamu. Benarkan kamu tinggal beberapa hari di rumah mentua kamu. Ini pun untuk kebaikan kamu juga,” Mulut Fira terlopong mendengar keputusan yang sudah disimpul oleh ibunya. Dia membantah sewenang-wenangnya berkenaan cadangan ibunya itu. Dia tidak mahu!

“ And that’s final, Nur Alfira Rinsya Binti Ilzam. Itu keputusan ibu yang muktamad!” Mahu luruh jantung Fira di saat ibunya sudah meletakkan kata putus itu. Fariel hanya berdiam diri sahaja. Matanya tidak lepas dari memandang reaksi isterinya di sebelah. Kemudian, mata bulat itu kembali memandangnya tajam. Kelihatan rahang Fira bergerak-gerak menahan geram.

‘Arghh! Jangan mimpi untuk mendapatkan aku, Fariel Arish Ahmad Farish! Dendam dulu pastikan ku tunas dengan menyesak dirimu. Aku janji!’ Dendam Fira masih terpendam dari dulu. Dia akan membalasnya sepanjang berada di sisi Fariel nanti.

2 comments:

  1. jahat rupa nye fariel nie dlu.. huhhu.. ade ke ptut dye malukn fira dpn org rmai.. ish3.. tp cmner dye org bley khwin yer.. hehe.. suspen2.. gud job sis.. n thnx 4 diz n3.. ngee..

    fiqa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee....Thanx my dear...tggu n3 strusnya ek..hehe... :D

      Delete