BAB 2
ALINIYA
hanya diam tidak berkutik dari tempat duduknya. Dibiarkan saja lelaki yang
berkot putih itu merawat luka pada belakang kepalanya. Setelah balutan
diperkemaskan, lelaki tadi duduk berdepan dengannya bersama senyuman yang tak
pernah lekang di bibir. Aliniya cuma senyum kecil. Di fikiran masih banyak
persoalan yang perlu dia ketahui daripada lelaki itu.
“Feel
comfartable now?” Soal lelaki yang berwajah manis itu. Lelaki yang berkulit
sawo matang itu memandang lembut pada Aliniya. Sudah lama Aliniya berada di
bawah jagaannya. Sebaik mendengar soalan daripada mulut gadis itu tadi, dia
terkejut dan berasa sangat gembira dengan perubahan itu.
Soalan
lelaki itu dijawab dengan hanya mengangguk. Aliniya teragak-agak untuk bersuara
sementelah sekarang dia berasa begitu janggal apabila berduaan dengan doktor
muda itu.
Melihat
Aliniya yang masih belum bersuara itu, dia dapat mengaggak apa yang bermain
dibenak gadis itu sekarang.
“Saya
pasti awak tengah keliru dengan apa yang terjadi sekarang. Saya faham dan untuk
pertama kalinya, saya nak memperkenalkan diri saya secara rasmi. Saya Doktor Radhuan
dan sayalah yang merawat awak selama ini,” Aliniya mengangguk lagi. Sekarang
barulah dia tahu nama sebenar lelaki itu.
“Awak
tanyalah apa yang ada difikiran awak sekarang tu. Tapi, biarlah saya jawab
satu-persatu dan saya akan jelaskan dekat awak. Cuma, masa sekarang tak begitu
mengizinkan,” lelaki yang bergelar Doktor Radhuan itu mengalih pandangan pada
jam di pergelangan tangannya.
“Sekarang
pun dah lewat jugak. Awak patut rehat sepenuhnya. Semua ini merupakan satu
kejutan untuk awak bila awak dah mula ingat dan tahu keadaan awak sekarang,”
sambungnya lagi.
“Ja...
jadi, memang betullah saya ini sebenarnya salah seorang daripada orang gila di
sini?”
“Samalah
tu,” pintas Aliniya pula. Aliniya sudah merasa tidak selesa berada di situ.
Pastinya dia sudah dicop sebagai orang gila bila menjejakkan kaki di sini.
Tetapi, persoalan yang utama, bagaimana dia boleh sampai ke sini? Setahu dia,
dia adalah seorang gadis yang normal dan mempunyai cita-cita serta azam yang
tinggi.
“Sukar
untuk saya jelaskan lebih lanjut tentang penyakit yang awak alami, sebabnya
semua ini masih awal untuk awak terima. Sebab itulah saya maklumkan kepada awak
tadi, saya akan jelaskan semua ini satu persatu. Bukan semua sekali. I’m afraid
that you will get another shock. Tak apa kita masih ada masa,”
“Masa?
Saya mana ada masa dengan semua ini. Saya kena keluar dari sini. Saya perlu
capai cita-cita saya. Saya perlu uruskan kemasukan saya ke dalam Universiti.
Jadi mana ada masa!” bangkang Aliniya dengan perasaan geram. Dilihatnya wajah
doktor muda itu sedikit terkejut dengan sikapnya itu. Aliniya tersedar akan
kesilapannya bila berkelakuan sebegitu di depan doktor yang merawatnya.
“Maaf.
Saya tak patut cakap macam itu,”
“Tak!
Bukan macam itu. Tapi Puan Aliniya, did you know that you are not a student
anymore?” Aliniya mengerutkan dahi tatkala menangkap satu panggilan yang
terluah dari mulut doktor itu.
“Kejap!
Apa yang awak sebut tadi? Puan? Saya ‘cik’lah. Kenapa panggil saya Puan?” kini
Aliniya melihat wajah doktor tersebut dengan perasaan sedikit jengkel.
“Maa...
maaf, Pua.. Errr.. Baiklah. Saya akan panggil awak, Niya. Niya, ada satu
perkara yang awak patut tahu sebenarnya,”
Belum
sempat Aliniya mahu memintas katanya, cepat-cepat Doktor Ridhuan bersuara.
“You
have been in this hospital for 6 years,” mulut Aliniya terlopong luas sebaik
mendengar kenyataan tersebut. Saat itu, dia memegang kepala. Tiba-tiba saja
rasa pening mula menyerang kepalanya.
Melihat
keadaan Aliniya, doktor Radhuan berasa serba salah dan akhirnya dia membuat
keputusan untuk menamatkan perbualan mereka dan meminta supaya Aliniya untuk
berehat dan menenangkan diri.
“Saya
akan jelaskan lebih lanjut tentang persoalan awak pada esok hari. Sekarang awak
berehatlah,” doktor Ridhuan segera meninggalkan bilik Aliniya dan membiarkan
pesakitnya itu untuk menerima sedikit sebanyak apa yang dikatanya tadi.
Aliniya
jadi bingung dan mula resah. Di sebalik rasa resah itu terbit juga rasa takut yang
mula menyelubunginya. Dia bagaikan begitu asing di dalam dunia ‘baru’ ini.
Semestinya dia mahu tahu apa yang terjadi 6 tahun yang lalu. Air matanya
mengalir perlahan menggelongsori pipi. Dia merebahkan diri dan menarik gebar
hingga ke muka. Dalam sunyi malam, kedengaran halus bunyi esakannya.
‘Apa dah
jadi dekat aku sebenarnya?’
DOKTOR Radhuan membaca repot di tangan dengan teliti.
Setelah berpuas hati dengan keputusan yang ada di tangannya itu, sebuah
senyuman ikhlas dihadiahkan buat pesakitnya itu.
Radhuan
benar-benar bersyukur melihat perubahan yang dialami oleh Aliniya. Wajah gadis
yang berkulit cerah dan lembut itu direnungnya sekilas. Pertama kali berjumpa
dengan gadis secantik Aliniya hatinya pernah terusik. Tetapi sayang. Sewaktu
itu, Aliniya kelihatan begitu parah. Aliniya meronta-ronta, meraung dan
meroyan.
Kadang-kala pernah juga gadis itu melukakan diri sendiri
sehingga dia terpaksa untuk mengikat Aliniya agar gadis itu tidak bertindak
ganas. Sesiapa yang melihatnya pasti saja merasakan tiada harapan bagi Aliniya
untuk pulih, tetapi kuasa Allah S.W.T siapa yang tahu.
Dilihatnya Aliniya asyik tertunduk saja dari tadi sebaik
saja gadis itu sampai ke bilik pejabatnya. Radhuan mengawangkan tangan di depan
Aliniya menyebabkan Aliniya tersentak.
“Awak dengar tak apa yang baru saja saya cakap tadi?”
“Emmm... Tak. Maaf, saya terlalai kejap tadi,” jawab
Aliniya sambil tersengih malu dek ditegur oleh doktor yang setia memandangnya
itu. Aliniya terasa bahang di kedua-dua belah pipinya tatkala lelaki itu masih
lagi tidak melepaskan pandangan dari memandangnya. Aliniya terasa sedikit
gentar.
Radhuan seperti dapat membaca apa yang difikir oleh
Aliniya di sebalik air muka yang lembut itu. Sudahnya, Radhuan tertawa kecil.
“It’s okay. Saya boleh ulang balik. Actually, progres
awak semakin bagus dan saya pasti, awak boleh menerima apa yang bakal saya
perjelaskan lepas ini,” Aliniya yang tertunduk dari tadi mula panggung kepala.
Dia menanti apa yang bakal doktor tersebut jelaskan.
Radhuan mengangguk dan dia tahu Aliniya pasti sudah
bersedia sepenuhnya. Walaupun gadis itu pernah menyuntik sedikit perasaan di
hatinya, tetapi perasaan itu perlu dibuang jauh-jauh.
“Pua.. Ehemmm.. Niya... awak dimasukkan ke dalam hospital
sakit jiwa ini sebab awak mengalami postpartum psikosis,” Aliniya mengerut
dahi. Bahasa dari terma-terma medikal itu memang buat dia jadi bingung.
Aliniya menggeleng tidak faham.
“Senang cerita, sebab disebalik pesakit mengalami
penyakit itu adalah bila dia mengalami kemurungan yang kritikal punca daripada
kejadian sekeliling yang berlaku selepas dia hamil,” Aliniya nyata terkejut
mendengar penjelasan daripada Radhuan. Pantas dia menggeleng kerana sukar untuk
dia terima kenyataan yang baru saja dia dengar.
“Hamil? Sejak bila pula saya hamil? Saya tak pernah ada
anak dengan sesiapa mahupun melakukan perbuatan zina. Saya... saya tak percaya,”
“Look, Niya. Awak kena tahu yang awak dirawat di sini
selama 6 tahun. Banyak perkara yang dah berlaku dan awak masih belum dapat
ingat apa yang terjadi selama ini,”
Air matanya menitis tanpa segan silu, malah semakin laju
pula manik-manik itu mengalir. Aliniya cuba untuk mengawal perasaannya. Dia
perlu kuat untuk mengetahui perkara sebenar ini. Aliniya menarik nafas dalam.
Dia menyeka air matanya dan merenung tajam pada anak mata lelaki itu.
“Ja... jadi, apa yang berlaku dengan anak yang saya
kandung itu sampai saya boleh berada di sini?” gugup suaranya bila menyatakan
soal anak.
“Itu yang perlu awak tanya pada orang yang bawak awak ke
sini. Jawapannya ada pada dia. Mungkin dengan mendengar sendiri apa yang
berlaku pada anak awak dari mulut orang itu, boleh meyakinkan awak untuk terima
semua ini,”
“Siapa orang itu, doktor?” soal Aliniya kembali.
“Dia...” belum pun sempat Radhuan menyudahkan ayatnya,
perbualan mereka terganggu tatkala bunyi ketukan pintu kedengaran.
Tersedar yang dia sudah banyak menangis, Aliniya pantas
menyeka air mata yang sudah lebur mengena pipinya. Tangannya mengemas rambut
yang sedikit menganggu pandangannya. Dia menarik nafas panjang dan cuba membetulkan
suaranya.
“Doktor, Encik Hardee dah sampai,” tegur jururawat selaku
pembantu Radhuan. Radhuan mengangguk dan berdiri apabila lelaki yang bernama
Hardee tampil memasuki biliknya.
Aliniya yang masih duduk dapat melihat tangan yang
dihulurkan pada Radhuan dari pandangan sisinya. Dia kembali menundukkan kepala.
“Apa khabar Encik Hardee?” Soal Radhuan berbahasa. Hardee
hanya mengangguk dan masih saja berdiri. Wajahnya seperti keresahan. Dia tidak
betah berada di sini. Fikirnya, dia telah mengganggu apointment Radhuan dengan
salah seorang daripada pesakit di situ.
“Panjang umur Encik Hardee. Kami baru saja bercakap
tentang Encik,” mendengar saja kata-kata Radhuan, Aliniya yang tertunduk pantas
saja panggung kepala. Matanya memandang tepat pada wajah Radhuan dengan penuh
tanda tanya. Sejak bila pula Radhuan bercakap tentang lelaki yang bernama Hardee
itu dengan dia tadi, bisiknya keliru.
Hardee yang tidak tahu-menahu tentang perbualan mereka
berdua sudah mengerut dahi. Dia yang mahu bertanya dengan lebih lanjut terhenti
apabila Radhuan bersuara mendahuluinya.
“Niya, kenalkan ini Encik Hardee, suami awak,” mata
Aliniya terbuntang mendengar kata-kata Radhuan itu. Segera anak matanya
berkalih memandang gerangan di sebelah.
Hardee juga turut terkejut melihat kelibat wanita yang
pernah hadir dalam hidupnya 6 tahun yang lalu. Sudah lama juga wajah itu tidak
dilihatnya. Ada rasa jengkel terbit di hatinya. Dia tersenyum sinis melihat
wajah terkejut yang terpamer pada air muka wanita tersebut.
‘Hmph! Tahukah kau, dosa lalu terasa seperti dosa
semalam. Rasanya baru sekejap aku hantarkan kau dekat sini. Tak sangka kau
boleh sembuh secepat ini. Dosa kau itu aku takkan pernah ampunkan!’ desis hati
lelaki itu.
No comments:
Post a Comment