BAB 6
BAYANG-BAYANG
dari arah dapur membuatkan langkah Hardee mula perlahan. Setahu dia pembantu
rumahnya akan tidur awal disebabkan rutin mereka yang perlu bangun awal pada
keesokkannya. Jadi, siapa pula yang berada di dapur itu? Fikiran yang
bukan-bukan mula menganggu minda.
‘Macam
mana boleh dia menyelinap masuk ini? Haih... kak Zah ni mesti lupa nak kunci
pintu dapur belakang lagi. Aduh! Payah macam ni,’ Hardee sudah menggerutu dalam
hati.
Dek
bergerak di dalam keadaan yang gelap dengan hanya ditemani lampu dari arah
dapur, Hardee tersepak pula kaki meja di ruang tamu tengah sehingga terjatuh
perhiasan kayu.
Pang!
Hardee
mula mengutuk diri.
‘Aduh!
Sakit! Habis kantoi. Kalau perompak tu lari macam mana? Tak boleh jadi ini,’
Pantas
kakinya melangkah ke arah dapur dengan terhincut-hincut. Niat ingin mengepung
perompak tetapi lain pula jadinya.
“Ah!”
Jerit Hardee dan Aliniya serentak. Kuali yang dipegang oleh Aliniya sudah
terlepas apabila tangan Hardee lebih pantas menahan tangan gadis itu sebelum
sempat dia dipukul. Entah mana silapnya, Hardee boleh tertarik lengan Aliniya
dengan kuat sehingga tubuh Aliniya terdorong ke depan menyebabkan kedua-duanya
berdiri tidak seimbang. Lalu, tubuh kecil Aliniya menghempap tubuh milik Hardee.
Terluah juga erangan daripada mulut lelaki itu yang sedari tadi hanya
disimpannya saja.
“Aduh!
Bukan kaki aku je yang jadi mangsa, badan aku pun kau nak binasakan sekali?”
mendengar saja suara lelaki yang dikenalinya, pantas saja Aliniya cuba untuk bangun.
Namun, masing-masing tergamam tatkala sepasang anak mata si gadis dan si jejaka
bertaut antara satu sama lain.
Kedua-dua
kaku tidak berkutik sehingga Aliniya dapat rasakan bunyi jantung yang berdegup
laju jelas kedengaran.
“Ya
Allah, Tuan, Ni... Niya, apa dah jadi ini?” serentak kepala mereka berpaling
memandang kak Zah yang baru muncul itu. Lampu di ruang tengah dibuka dan
keadaan yang gelap mula terang sehingga kedua-duanya dapat lihat wajah
masing-masing dengan jelas.
Sebaik melihat Hardee dan Aliniya, kak Zah mula menekup mulut
dan berpaling ke belakang.“Ma... maaf Tuan. Saya tak nampak apa-apapun,” kak
Zah sudah serba salah bila melihat adengan yang tak sepatutnya itu.
Tersedar
yang mereka masih berada di posisi yang agak mencurigakan itu, lalu Aliniya
cepat bangkit dan berdiri menjauhi Hardee dengan wajah yang sudah menunduk.
Malu ingin bertentang anak mata dengan lelaki yang baru dikenalinya itu.
Walaupun hakikatnya lelaki itu sudah pun menjadi suaminya, dia tetap berasa
asing dan janggal bila bersama Hardee.
Hardee
berusaha untuk menenangkan perasaan yang sukar untuk ditafsirkan dalam akal
fikiran tatkala mengingatkan kembali kejadian tadi. Hardee bingkas dari posisi
baring dan cuba untuk berdiri.
“Ah!”
Hardee kembali terduduk semula. Teringat kakinya tersepak kaki meja, anak
matanya membulat bila melihat ibu jari kaki yang sudah kebiruan. Kali ini,
sakit yang dirasakan tidak terlalu sakit tadi berubah menjadi begitu menyengat
dan pedih. Hardee menggigit bibir dan matanya terpejam rapat menahan rasa.
Anak
mata Aliniya juga dapat menangkap ibu jari kaki Hardee yang sudah membengkak
itu. Mungkin sebab itulah dia terdengar bunyi bising tadi. Pasti lelaki ini
tersepak dekat mana-mana, tebaknya dalam hati.
“Tuan...
saya minta maaf. Saya minta maaf sebab saya Tuan...”
“Kau
buat apa malam-malam buta ini perempuan?!” jerkah Hardee sehingga tersentak
Aliniya dibuatnya. Kak Zah juga terkejut mendengar suara Hardee. Pantas, dia
berpaling dan melihat wajah Hardee yang merah menahan kemarahan. Marah benar
lelaki itu dengan Aliniya. Gerun juga bila melihat wajah garang Hardee.
“Emmm...
Tu... Tuan, saya pergi ambilkan first aid,” kak Zah terus beredar ingin mencari
kotak kecemasan. Dibiarnya Aliniya dan Hardee di situ sebentar. Dia tidak mahu
masuk campur.
Pecah
tempurung matanya bila digertak sebegitu. Sungguh! Tiada niatnya mahu
mengapa-apakan lelaki itu. Semenjak keluar dari hospital, tangisan dan air
matalah yang banyak menemaninya.
“Aku
tanya kau buat apa malam-malam buta macam ini?” soal Hardee sekali lagi.
Aliniya menggigit bibir tidak mahu esakkannya kedengaran. Sedaya-upaya dia
menahan untuk tidak menangis, tetapi hatinya tetap berdegil.
“Saya...
saya minta maaf Tuan. Saya tak ada niat pun,”
“Banyaklah
kau tak ada niat. Eh! Semenjak kau hadir dalam rumah ini, aku memang tak boleh
nak percaya satu pun kata-kata kau! Sejak dulu lagi, kau memang ada niat dan
agenda sendiri. Sekarang ini, kau keluar dari hospital sekalipun kau tetap
berniat nak sakitkan aku, kan?!”
“Tak
Tuan. Saya tak tahu pun Tuan dah balik. Betul, saya tak ada niat macam tu,”
Aliniya angkat kepala dan memberanikan diri untuk memandang Hardee. Walaupun
matanya sudah kabur dek tangisannya, tetapi dia dapat lihat dengan jelas bahawa
anak mata Hardee sedang memandang tajam padanya.
Aliniya
menggeleng dan air matanya jatuh lagi. “Saya tak berniat apa-apa Tuan. Maafkan
saya,” suara Aliniya kedengaran seperti merayu. Kini, Hardee pula tergamam
melihat wajah Aliniya yang sudah lecun dengan air matanya. Hardee mengetap
bibir bila sedikit sebanyak dia mula termakan dengan kata-kata Aliniya yang
kedengaran seakan-akan jujur. Hardee menjeling ke arah lain. Tidak mahu melihat
wajah Aliniya lama-lama.
‘Tak! Aku
takkan mengalah dengan pujuk rayu kau tu,’ desis Hardee yang masih ego.
Malas
ingin berada lama-lama bersama perempuan itu, Hardee cuba untuk bangkit.
Melihat Hardee yang kelihatan susah untuk mengimbangi tubuhnya, Aliniya pantas
menahan. Tangisannya pula sudah mengendur.
“Tak
payah!” Hardee menepis kasar. Aliniya melangkah setapak ke belakang. Tetapi,
melihat Hardee yang bergerak terhincut-hincut itu, Aliniya jadi tak sampai hati
untuk membiarkan begitu saja.
‘Lantaklah
apa dia nak cakap sekalipun. Kalau tak tolong nanti bermacam-macam tuduhan yang
bukan-bukan dilemparnya,’ detik Aliniya di hati. Pantas, Aliniya menyeka
sisa-sisa air mata di pipi. Lengan Hardee dipaut pantas. Membulat mata Hardee
melihat tindakan berani Aliniya.
“Aku
cakap...”
“Kak
Zah, tolong papah Tuan Hardee sekali,” pintas Aliniya sebaik melihat kak Zah yang
muncul bersama kotak kecemasan di tangan. Tidak dihirau anak mata tajam milik
Hardee yang masih galak memandang wajahnya.
“Hei,
kau ini pekak ke apa?”
“Kak
Zah, kita papah dia naik ke atas. Susah juga kalau saya papah sorang,” Aliniya
tidak mengendahkan kata-kata Hardee.
“Baiklah,”
kak Zah akur saja. Mulut Hardee pula sudah terkunci rapat. Nak kata apa lagi untuk
buat perempuan ini faham? Kepalanya sudah mula memikirkan rencana seterusnya.
Tubuh
Hardee dipapah sehingga ke katil. Mata Hardee masih tak lepas memandang wajah
selamba Aliniya. Sebentar tadi gadis itu menangis, dan sekarang gadis itu
berubah tenang. Satu lagi sikap Aliniya yang memang tak pernah dilihatnya
sebelum ini. Dia tak berlakon kan?
“Ini
kotak kecemasan,” kak Zah menyuakan pada Aliniya. Aliniya mengambilnya dari tangan
kak Zah.
“Akak
pergilah sambung tidur. Biar saya tolong letakkan pada kaki Tuan Hardee,”
“Eh! Aku
tak perlukan pertolongan kau pun!” Hardee mencelah. Matanya menjeling tajam
pada Aliniya.
Sehabis boleh Aliniya cuba menenangkan perasaannya.
Sedih, marah, geram, semuanya ada. Tetapi, diperbanyakkan istighfar di dalam
hati supaya perasaan itu ditepis jauh-jauh. Kalau sudah ada hati yang tengah
panas, maka lawannya perlu air. Kalau sudah begini cara lelaki itu melayannya,
kenapa tidak dia cuba untuk berlembut sahaja.
Kak Zah
beredar keluar dari bilik majikannya dan kembali ke bilik tidur. Aliniya mula
mengeluarkan cotton bud dan minyak gamat dari kotak kecemasan tadi.
“Sah kau
ini bukan saja keluar dari hospital gila, tapi dengan telinga kau sekalipun dah
rosak sama. Patutnya aku biarkan...”
Tiba-tiba
kata-kata Hardee terhenti tatkala tapak tangan Aliniya menutup mulutnya. Hardee
tergamam dengan aksi spontan perempuan itu. Nampaknya Aliniya sudah mula menunjukkan
keberanian melawannya. Hardee yang mahu menepis tangan Aliniya terbantut dek
sebelah lagi tangan Aliniya yang pantas menahan.
“Kalau
awak bising nanti kak Zah tak dapat tidur. Esok kan dia nak bangun awal. Kita
jangan ganggu dia ya? Lagipun sekarang dah lewat malam,” pujuk Aliniya lembut.
Tercengang Hardee mendengar kata-kata Aliniya. Sekarang, perempuan itu berubah
menjadi seorang gadis yang lemah-lembut.
‘Doktor Radhuan
tu pasti ke si gila ini dah kembali normal? Aku tengok macam makin mereng je,’
fikir Hardee pula.
Melihat
Hardee yang sudah tenang, lalu, Aliniya mengambil kembali cotton bud tadi.
Dibukanya penutup botol minyak gamat dan dicalitnya sedikit dengan cotton bud
di tangan. Dia menunduk memandang ibu jari kaki Hardee. Berkerut dahinya
melihat ibu jari kaki yang sudah mengembang itu. Matanya kembali memandang
wajah Hardee yang kelihatan begitu jengkel dengan kehadirannya di situ. Namun,
Aliniya membalas dengan sebaliknya. Hardee terkedu melihat bibir yang merekah
tersenyum padanya.
Aliniya
mula menyapu ubat pada ibu jari kaki lelaki itu. Perlahan-lahan ubat disapu,
tidak mahu Hardee merasa sakit dengan sentuhannya. Sempat juga ibu jari kaki
itu ditiup lembut.
Satu perasaan aneh mula menyerbu hati Hardee sehingga
tanpa sedar, matanya mula merenung jauh pada wajah Aliniya.
“Ya Allah, semoga kaki ini cepat sembuh. Amin,” doa
Aliniya ikhlas. Selesai meletak ubat, Aliniya menyimpan kembali barang-barang
tersebut ke dalam kotak kecemasan. Aliniya panggung kepala dan dadanya terasa
berdebar tatkala sekali lagi anak matanya bertaut pada anak mata hitam bundar
milik lelaki itu.
“Maa.. maaf. Saya betul-betul nak minta maaf sebab buat
Encik fikir yang bukan-bukan tadi. Tadi, saya tak dapat tidur. Jadi, itu yang
saya ke dapur,” jelas Aliniya sebaik tersedar yang mereka sudah jauh
mengelamun. Tidak mahu terus lama berduaan di situ, Aliniya segera bangkit.
Namun, langkahnya terhenti di saat lengannya ditahan oleh Hardee. Hardee
mengetap bibir dan lengan itu ditarik dengan kasar. Tindakan pantas Hardee
mengejutkan Aliniya. Mata yang jauh memandang ke dasar anak matanya tadi
berubah serta-merta.
“Kau jangan ingat dengan layanan kau ini boleh ubah
perasaan aku terhadap kau selama ini. Eh! Kau dengar ini elok-elok dan ingat
sampai kau mati. Aku takkan pernah maafkan dosa-dosa yang kau dah buat selama
ini pada aku. Kau dah porak-perandakan keluarga aku dan aku takkan
senang-senang lupakan macam itu je,” Aliniya dapat dengar dengan jelas dan
dapat dirasakan suara Hardee yang penuh dengan dendam dan kebencian.
“Apa yang dah saya buat pada Encik selama ini sebenarnya?
Kalau betul saya ini dah porak-perandakan kehidupan Encik, kenapa Encik tak
lepaskan saya saja?”
“Kau ingat aku akan senang-senang lepaskan kau? Aku
takkan biarkan sama sekali. Aku nak kau dapatkan pembalasannya. Dalam keadaan
kau macam ini, lagi senanglah untuk aku balas semua perbuatan kau, Aliniya!”
Mendengar bait-bait ayat itu membuatkan perasaan Aliniya
begitu hancur. Dia yang masih tidak tahu apa kesalahannya selama ini bertambah
bingung dan runsing. Aliniya hanya mampu diam dan tidak tahu membalas apa.
Sudahnya, dia hanya tertunduk. Nafas ditarik dalam.
Hardee melepaskan genggamannya bila tiada respon daripada
gadis itu. Tidak terdetik ke rasa marah pada sekeping hati itu?
“Dah! Kau keluar dari sini. Aku tak nak tengok muka kau
pun,” Hardee menghalau. Aliniya menurut saja. Kakinya mula melangkah ingin
meninggalkan lelaki itu tetapi, langkahnya terhenti dan dia berpaling semula
menghadap Hardee.
“Saya benarkan...” ucap Aliniya ringkas. Hardee
mengerutkan dahi masih tidak memahami.
“Saya benarkan Encik beri pembalasan yang setimpal pada
saya. Apapun dosa saya yang lalu, saya akan telan semuanya. Tapi, saya nak tahu
sesuatu,”
“Apa dia?” Hardee menyoal semula.
“Mampu ke kalau Encik ampunkan dosa saya walau setimpal
manapun pembalasan yang saya terima itu? Mampu ke dosa itu dibalas dengan
dendam di hati Encik kalau itu yang mampu memuaskan hati Encik selama ini?”
“Kau jangan nak bagi ceramah dengan aku pula ya!”
“Apa yang saya cakap ini betul bukan? Tapi, kalau betul
pembalasan yang saya terima ini mampu membuatkan Encik tersenyum, jadi saya
akan benarkan. Semenjak saya keluar dari hospital, saya tak tahu satu benda pun
yang berlaku pada saya. Jadi, saya nak buat satu permintaan pada Encik,”
kata-kata Aliniya membuatkan sebelah kening Hardee terangkat. Wajah masam
mencuka milik Hardee ditatap dengan lembut.
“Apa kau nak?” Soal Hardee kembali.
No comments:
Post a Comment