Thursday, February 4, 2016

Dosa Semalam Bab 3

BAB 3


            ANAK mata hitam itu dipanah tepat pada wajah lelaki di depannya. Wajahnya nampak begitu tidak percaya akan kata-kata yang baru saja didengarinya tadi. Mulut yang sedikit terlopong tadi perlahan-lahan ditutup. Dia cuba untuk mengawal perasaan terkejutnya. Dia mula berdeham kecil.
            “So what are you saying is that, she’s actually giving a positive result and now she is a normal person? Doktor Radhuan betul-betul pasti ke yang dia tu dah waras dan boleh hidup normal?” Soalnya ingin mendapat kepastian sekali lagi. Memang setiap penyakit pasti akan ada penawarnya, tetapi bagi kes Aliniya, dari awal lagi dia cukup pasti yang tiada harapan langsung buat perempuan itu. Namun sebaik saja mendengar khabar berita tentang Aliniya yang sudah kembali normal, dia terkejut dan bagai tidak percaya akan apa yang didengarinya.


            Radhuan mengangguk dengan yakin. Hardee memeluk tubuh dan jarinya mengetuk lembut pada bibir. Matanya dijeling ke kiri dan tidak lama selepas itu kedengaran tawa kecil dari mulut lelaki itu. Dia menggeleng tanda tidak percaya. Radhuan yang melihat kelakuan Hardee mula rasa hairan. Sukar sangat ke menerima berita gembira ini? Atau adakah perubahan itu sesuatu yang tidak terlintas difikiran lelaki itu?
            “Okey. Kalau dia dah beransur pulih, jadi maksudnya it’s a good thing for her,” simpul Hardee secara ringkas.
            ‘But a bad thing for me. Kenapalah secepat ini perempuan itu boleh sembuh? Kenapa tak duduk dekat sini terus? Ini dah buat satu masalah lagi buat aku,’ desis hati kecil lelaki itu.
            Tidak mahu perasaan sebenarnya dapat ditangkap oleh Radhuan, Hardee mula berpura-pura teruja dan gembira dengan berita itu. Senyuman paksa dipamerkan untuk mengaburi pandangan Radhuan.
            “Good! It is a good news then,” Hardee menepuk tangannya dan diraupnya muka bagi menghilangkan rasa sebenar yang terbit di hatinya.
            Radhuan dapat rasakan sesuatu yang aneh pada ekspresi muka suami milik Aliniya itu. Sebagai seorang doktor pakar sakit jiwa, sudah bermacam-macam pesakit yang dia hadapi dan dengan sekilas pandang saja dia sudah dapat rasakan ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Hardee. Namun, dia cuba berpandangan positif tentang lelaki itu. Mungkin saja suami Aliniya memang tak percaya yang isterinya mampu sembuh dan boleh kembali menjalankan kehidupan sehariannya, sementela wanita itu sudah lama berada di rumah sakit ini. Husnuzon!
            Radhuan membalas senyuman Hardee dengan ikhlas. Tetapi, tidak lama selepas itu dahinya mula berkerut dan wajahnya kembali serius.
            “Jadi, saya boleh bawak balik isteri saya?”
            “Yes! You may, but I think you should know one thing about her first,”
            Kali ini giliran Hardee pula yang mengerut dahi. Ada benda lain yang perlu dia tahu tentang keadaan isterinya itu. Apa dia?
            “She may has lost some part of her memories. Dan, bila saya beritahu pasal Encik Hardee, dia sebenarnya tak tahu langsung yang dia dah bersuami dan dia pernah mengandung,”
            “What?!” Sekali lagi Hardee mendapat satu lagi kejutan yang membuat dia bertambah celaru.

ALINIYA memandang wajah diimbasan cermin. Matanya terarah pada hujung rambut sehinggalah terhenti pada perut. Tangannya mula mengusap perut yang sudah kosong. Dia keliru dan bingung. Kenyataan tentang dia pernah hamil memberi impak yang begitu besar buatnya.
            “Awak tak dapat terima kenyataan yang awak kehilangan seorang anak sehingga menyebabkan awak mengidap penyakit meroyan yang kritikal. Awak tak boleh terima semua hakikat itu dan akhirnya suami awak terpaksa menghantar awak untuk mendapatkan rawatan lanjut,” jelas Radhuan akan sebab dia berada di situ.
            Mungkin dulu dia tidak mampu menerima kenyataannya, tetapi sekarang dia sudah kembali normal dan sudah akur akan takdir Tuhan. Cuma, satu saja yang buat dia pening. Kesemua kejadian itu tidak ada di dalam kotak memorinya. Aliniya mengeluh lemah. Matanya kembali memandang cermin.
            “Aku kehilangan seorang anak dulu, tapi sedar-sedar aku ada seorang suami pula. Macam mimpi je,” bisik Aliniya sendiri. Aliniya menggeleng kepala dan cuba membuang perasaan yang merunsingkan kepalanya. Dia mula mengemas barang-barang seperti yang diarahkan oleh Radhuan tadi.
            “Awak dah boleh keluar dari hospital ini dan hidup macam orang normal. Orang biasa. Jadi, saya harap awak masih continue consume ubat-ubat sehinga awak betul-betul sembuh,” pesan doktor yang sudah merawatnya selama 6 tahun itu.
            “Kalau saya keluar dari sini, maksudnya saya kena duduk dengan lelaki semalam?” Soal Aliniya ingin kepastian. Radhuan mengangguk bagi menjawab soalannya. Aliniya menarik nafas lemah.
            ‘Mampu ke aku hidup bersama lelaki yang begitu asing bagi aku? Tak ke janggal dan rasa pelik?’ Kerisauan itu membuatkan fikiran Aliniya sedikit terganggu.
            “Awakkan isteri dia. Kenalah duduk bersama dia. Apalah awak ini,” Radhuan cuba menceriakan pesakitnya itu. Senyuman kecil dihadiahkan buat Aliniya. Dia gembira bila pesakitnya sudah sembuh tetapi dalam masa yang sama, dia turut berasa sedih kerana tiada lagi peluang untuk bertemu dengan wanita secantik Aliniya. Lagipun, dia sudah biasa melayan kerenah Aliniya sewaktu Aliniya masih memerlukan rawatan.
            Aliniya cuma mencebik membuatkan Radhuan tertawa spontan. Terkejut Aliniya dibuatnya. Tak lama selepas itu, Aliniya turut sama ketawa kecil tanpa tahu sebabnya.
            “Awak tahu tak, respon macam itulah selalu awak tunjuk dekat saya bila awak merajuk waktu awak masih belum pulih dulu. Comel,” mendengar pujian itu, Aliniya terasa bahang di pipi. Sudah lama rasanya tidak mendengar kata-kata pujian daripada seorang lelaki.
            Radhuan berdeham ingin menutup perasaan malu ke atas keterlanjurannya. Dia patut tahu batas-batas antara dia dan Aliniya. Itu isteri orang!
            “Awak perlu bersama suami awak bukan hanya kerana awak isterinya, tetapi awak kena dapatkan kembali memori awak yang lalu. Dan, selebihnya kita biarkan Allah S.W.T untuk tentukannya,” Radhuan kembali pada topiknya tadi. Dia benar-benar ikhlas mendoakan supaya Aliniya sihat seperti sedia kala dan mampu ingat akan memorinya yang lalu.
            Aliniya tersentak tatkala mendengar bunyi daun pintu ditutup. Ingatan tadi hilang serta-merta. Aliniya memandang pada wajah gerangan pada imbasan cermin di depannya. Dia sedikit terkejut akan kehadiran lelaki itu di situ. Sangkanya lelaki itu menunggunya di lobi.

                                                       
            Melihat lelaki itu langkah menghampiri, lantas, Aliniya berpaling ingin bertentang mata dengan lelaki yang dikenali sebagai suaminya itu. Sempat Aliniya menelan liur sebalik wajah lelaki itu mendekat pada wajahnya.
            “Kau... Kau pasti ke kau tak berlagak normal? Pura-pura normal?” Aliniya tersentak mendengar bahasa yang digunakan oleh lelaki itu. Dia jadi semakin pelik bila suaminya sudah mula menunjuk sikap dingin kepadanya.
            “Sa... saya... saya betul-betul dah sembuh seperti yang dikatakan oleh doktor Radhuan. Saya tak tipu. Saya tak pernah tipu orang,”gagap Aliniya menjawab. Ada rasa gentar tatkala mata lelaki itu memandang tajam pada anak matanya.
            Hardee tersenyum sinis dan menjeling tajam. Kepalanya digeleng bila melihat kerenah wanita di depannya itu.
            “Hmph! Tak pernah tipu orang? Tak pernah tipu orang kau kata? Kau tak tahu apa yang dah kau buat selama ini. Dasar perempuan...” Hardee menggenggam kelima-lima jarinya menahan marah. Giginya diketap kuat. Dia tidak menyudahkan ayatnya apabila teringat akan pesanan doktor yang merawat isterinya selama ini.
            “Dia memang tak ingat tentang kehilangan anaknya, begitu juga tentang kewujudan seorang suami. Aliniya seperti membuang jauh segala memorinya setelah sedar,” itulah kata-kata Radhuan yang membuatkan dia jadi ragu-ragu. Sudahnya, anak mata yang tajam memandang Aliniya dipejam seketika bagi meredakan rasa dendam yang disimpannya selama ini.
            Aliniya yang nyata terkejut dengan kelakuan suaminya itu mula terasa takut. Dia menjarakkan tubuh dari lelaki itu. Kepalanya ditunduk takut kalau diapa-apakan oleh suaminya.
            Hardee mula perasan bila Aliniya melangkah ke belakang sedikit. Matanya memandang tajam pada kelakuan isterinya yang sudah tertunduk itu. Dia nampak ada perbezaan dengan kelakuan wanita yang ada di depannya sekarang dengan wanita yang pernah menghancurkan hidupnya dulu. Hardee seperti mengimbas kembali bagaimana wajah Aliniya yang dulu bila berhadapan dengannya. Aliniya yang dulu tidak pernah gentar untuk memandang anak matanya, diselangi dengan senyuman sindiran penuh muslihat. Aliniya yang dikenali dengan sikap angkuh dan yakin dulu serta-merta hilang dari pandangannya kini. Hardee mendengus kasar. Mungkin saja ini salah satu lakonan wanita itu, fikirnya.
            ‘Aku takkan terperangkap dengan permainan kau lagi,’
            “Ma... maaf kalau sebelum ini saya pernah buat salah dekat awak. Tapi, saya betul-betul tak tipu. Saya tak ingat apa yang pernah berlaku antara kita dan saya tak kenal siapa Encik. Sa... saya tak tipu, sumpah!” Wajah Aliniya yang tertunduk tadi, diangkat seiring dengan tangan kanannya mengangkat sumpah. Hardee hanya menjeling ejek. Lantas, lengan kanan perempuan itu ditarik dan digenggam kuat, memaksa tubuh Aliniya mendekatinya.

                                     
            Mata Aliniya terbuntang luas dan rasa perit mula terasa dek genggaman kuat lelaki itu. Aliniya keresahan dan mengaduh sakit.
            “En.. Encik.. sakit,” Aliniya cuba untuk melepaskan lengannya daripada Hardee.
            “Kau dengar sini ya. Kau lupa ke atau pura-pura lupa atau kau masih sakit, aku tetap takkan pernah jatuh dalam perangkap kau lagi. Aku dah muak dengan semua ini,”
            “Saya tak buat salah Encik. Saya tak tahu apa yang dah saya buat. Saya minta ampun Encik,” Aliniya sudah mula teresak memohon simpati. Rasa sakit di lengannya membuatkan dia menangis tanpa henti.
            “Hmph! Kau tak tahu apa dosa yang kau dah buat dekat dekat aku dulu. Jangan ingat dengan senang-senang aku ampunkan dosa kau, Aliniya!” Hardee melepaskan genggamannya dan meninggalkan Aliniya. 
Tubuh Aliniya melurut ke bawah. Hatinya terasa retak dan perit. Air mata dibiarkan saja membasahi pipi.

            ‘Apa yang sebenarnya dah aku buat dekat dia sampai dia begitu membenci aku? Apa dosa aku? Baru saja semalam aku tersedar daripada mimpi lama. Apa dosa semalam itu?’

No comments:

Post a Comment