Saturday, March 31, 2012

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 30

Bab 30


“Akak pasti ke dengan keputusan akak ni?” Soal Ekha di sebelahku. Aku mengangguk tanpa memandangnya. Aku sudah tetap dengan keputusan yang diambilku ini.

Ekha menatap wajahku lama. Terpancar raut wajah bimbangnya. Ekha menarik tanganku dan mengusapnya lembut. Keluhan dilepaskan.

Adik Iz itu ternyata risau dengan keputusan yang diambilku ini. Walaupun dulu, dialah yang teringin sangat aku menjadi kakak iparnya pada suatu ketika dulu, tetapi, sekarang nampaknya dia seperti ragu-ragu dengan pilihanku ini.

“Akak tak nak fikir masak-masak dulu ke?” Soalnya lagi. Aku menggeleng dan tanpa paksa air mataku jatuh berderai juga. Dari tadi aku menahannya dan sesungguhnya aku tidak mampu untuk berlakon seperti seorang perempuan yang kuat.

“Akak...” Suara Ekha juga berubah sayu. Pantas tangannya menarik tubuhku ke dalam dakapannya. Aku menangis semahu-mahunya. Nasib baiklah hanya ada aku dan Ekha sahaja di dalam bilik di rumah sewa Ekha yang terletak di seksyen 4 tidak jauh juga dari kampusnya.

Baru sekarang aku kerap berjumpa dengannya sesudah aku mengambil keputusan untuk menerima lamaran Iz 2 bulan yang lalu. Dan dalam masa 2 minggu lagi, aku akan menjadi isteri kepada lelaki yang pernah aku serahkan hati kecil ini tidak lama dahulu. Isteri kedua bagi lelaki itu.

Apabila keputusan ini disuarakan 2 bulan lalu, semua orang yang rapat denganku marah dan membantah sekerasnya. Yang paling kuat membantah ialah Farina, kerana dia tahu keputusan yang aku ambil ini bukanlah kehendakku. Tetapi lebih kepada rasa kecewa yang aku alami selama ini.

Bila aku menyusulkan keputusan ini kepada ibu dan ayah, ternyata ibu juga sama seperti Farina. Membantah dan kurang bersetuju dengan keputusan yang terburu-buru itu.

“Kalau boleh, ibu nak Isha fikir sedalam-dalamnya. Bukan apa, ibu tak kisah kamu nak kahwin dengan Iz tu. Ibu pun dah kenal sangat dengan Iz. Tetapi, apa yang ibu nak kamu fikirkan kembali ialah tentang status yang akan kamu galas nanti. Kamu nak jadi isteri kedua Iz? Kamu nak bermadu, berkongsi kasih dengan orang lain? Macam mana kalau isteri pertama Iz datang kembali ke pangkuannya dan menagih cinta Iz? Kamu sanggup menelan pahitnya bermadu itu, Isha?” Mahu sahaja aku menggeleng dan mengiyakan apa yang ibu katakan kepadaku itu. Siapalah yang suka bermadu? Tambahan pula, menjadi bini kedua. Aku tak sanggup!

“Kau ego, Richa! Kau hanya pentingkan diri sendiri! Ambil keputusan terburu-buru semata-mata disebabkan insiden yang entah betul entah tidak. You are selfish!” Irah hemburkan segala amarah dengan tindakanku ingin mengahwini Iz.

“Aku nampak dengan mata aku sendiri, Irah. Kau ingat senang ke aku terima lamaran Iz ni? Aku sendiri berasa sakit menelannya. Kenapa kau tak mahu memahami apa yang aku lakukan ni? Kenapa kau tak nak sokong aku, Irah?”

“Sebab aku tahu, hidup kau pasti akan bahagia sekiranya kau terima Nick bukan Iz! Kau terus membuat kesimpulan dengan menyatakan Nick curang dengan kau dan kau sanggup menipu diri dengan menerima Iz? Padahal dalam hati kau tu hanya ada nama Nick seorang! Kau langsung tak percaya pada Nick! Setelah apa yang dia lakukan kat kau, kau masih ragu-ragu dalam memberi kepercayaan sepenuhnya pada Nick?” Aku tertunduk tidak mahu bertentang mata dengan Irah. Apa yang dikatakan oleh Irah menjerat diriku. Malah, benda yang tak boleh aku sangkalkan lagi ialah hanya ada nama Nick yang terukir kemas di dalam hati.

“Kau tak faham apa yang aku rasa, Irah. Kau tak faham!”

“What make you say that?”

“Aku...” Aku kehilangan kata-kata. Otakku sudah serabut dengan semua yang berlaku dalam masa terdekat ini.

Selepas Iz melamarku di tasik dulu, aku sudah nekad untuk menolaknya. Aku tak cintakan dia! Aku terang-terangan menolak cintanya. Tetapi, Iz tetap mahu menungguku.

“Sehinggalah pada satu saat nanti, kau sedar bahawa kau bermain dengan api yang bisa memakan diri kau sendiri, Erisya. Tetapi kau jangan risau, aku akan tetap menerima kau. Hatiku sentiasa terbuka untuk kau. Always and forever.” Luah Iz.

“No, Iz! Jangan tunggu aku. Aku percayakan Nick sepenuhnya. Sangat percaya. Bahkan, aku sanggup bersama dengannya di dalam lautan api sekalipun. Sebab aku cintakan dia dan hanya ada dia sahaja dalam hati ini. Maafkan aku,”

Kata-kata itu aku pegang sehingga ke hari ini. Aku percayakan Nick sepenuhnya. Benar! Aku sanggup bersama dengannya, melalui segala apapun rintangan yang bakal kami tempuhi. Segala onak dan duri pun aku sanggup rentangi. Kepalaku hanya memikirkan wajahnya, dan hatiku hanya membisikkan namanya. Tiada yang lain selain dirinya.

“Kau hanya menipu diri kau sendiri, Richa. Sebenarnya, kau takut. Takut nak hadapi kekecewaan. Selepas insiden lalu, kau dah set kat minda kau yang kau tak nak dikecewakan lagi. Bila kau melihat kejadian tempoh hari, kau terus menolak Nick ke tepi tanpa siasat apapun. Adakah hati kau percaya dengan semua yang berlaku tu?” Irah sengaja ingin mendugaku. Terasa kepala dibebani satu kekeliruan. Kekeliruan dan dilema, sama ada mahu mempercayai Nick atau terus menuduh Nick dengan apa yang berlaku di depan mataku. Aku menggeleng dan memegang kepala. Berharap agar dapat mengurangkan kekusutan yang dialami sekarang.

“Aku tak tahu nak kata apa lagi, Richa. Sekarang, kau fikirlah mana yang terbaik untuk kau. Pilihlah jalan yang mampu membawa kau ke arah kebahagiaan untuk selamanya. Nak lebih baik lagi, kau mintalah petunjuk dikala hati kau tak tenteram sebegini. Lakukan solat istikharah supaya kau dapat petunjuk yang pasti.” Segala kata-kata Irah, aku telan dan masuk ke dalam fikiranku. Aku turutkan juga nasihatnya dan sudah beberapa kali aku melakukan solat itu. Tetapi, aku masih belum dapat bayangannya. Sudahnya, aku hanya mampu berserah sahaja.

“Kak, Ekha harap akak mengambil keputusan yang betul. Dulu, mungkin Ekha nak sangat akak jadi isteri abang. Tetapi, bila melihat akak sebegini, Ekha rasa akak tak patut jadi isteri kedua abang. Tak patut abang Iz buat macam ni kat akak. Abang Iz tu macam pentingkan diri aje. Hanya fikirkan perasaan dia sahaja. Ekha tak suka tengok akak sedih begini. Malah, Ekha tengok, keadaan akak lebih parah berbanding ketika abang Iz kahwin dengan akak Is dulu,” Bicara Ekha membuat aku tersentak. Aku akui, keadaan aku sekarang nampaknya lebih parah berbanding dulu. Bila dibandingkan perasaan aku terhadap Iz dengan perasaan yang tumbuh mekar di dalam hati pada Nick, aku dapat rasakan lebih perit bila kecewa kerana Nick berbanding Iz.

Sudahnya, Ekha melayanku sehinggalah esakanku berhenti. Aku meminta diri untuk balik ke rumah sewa semula.

Dengan langkah yang agak lemah, aku masuk ke dalam bilik peraduanku. Farina sudah kembali ke rumah keluarganya dengan alasan sudah lama tidak balik ke rumah. Padahal, aku tahu apa niatnya kembali ke sana. Semuanya gara-gara keputusan yang aku ambil ini.

Mukaku disebam pada bantal, menyambung kembali menangis memikirkan hari yang bakal berlalu. Ketukan pintu mengejutkanku. Tersembol muka kak Hasnah di daun pintu. Wajahnya sedikit bimbang bila melihat wajahku yang sudah lecun dek menangis tak sudah. Pantas, kak Hasnah menarikku ke dalam dakapannya. Dia mengusap belakangku, lembut sekali.

“Akak, saya tak nak kahwin pun dengan Iz. Saya tak mampu jadi isteri kedua dia. Saya...Saya..” Aku merintih di bahu kak Hasnah. Hanya kak Hasnah sahaja yang sanggup mendengar rintihanku. Sanggup meminjam bahu ketika aku berasa kesunyian kerana disisih oleh orang yang rapat denganku.

Rambutku yang dibiar lepas, diusap oleh kak hasnah dengan jarinya.Aku berasa sedikit tenang bila dia buat begitu.

“Shhh...Dah, Risya. Risya menangislah sepuasnya. Bila Risya dah luahkan segalanya, pasti Risya akan tenang nanti. Risya, nangislah. Risya jangan risau. Akak akan sentiasa ada di sisi Risya,” Makin kuat tangisanku di kala mendengar katanya. Aku tidak malu bila tersedu-sedan di depan kak Hasnah sekarang. Hanya dia sahaja yang faham akan perasaan yang dialamiku sekarang.

Pipi yang basah dengan air mata tadi, sudah mula kering. Aku masih di dalam pelukan kak Hasnah, walaupun tangisan sudah berhenti. Hanya terdengar sisa sedu yang masih belum mahu surut lagi.

Kak Hasnah merenggangkan pelukan dan matanya merenung wajahku. Dikesatnya sisa air mata di pipi. Aku biarkan sahaja.

“Dah lega sekarang?” Soal kak Hasnah. Aku mengangguk lemah. Kak Hasnah memeluk lagi tubuhku dengan erat. Kak Hasnah sedaya-upaya memujukku. Terselit rasa terharu dengan layanan kak Hasnah padaku itu. Cara layanannya sama seperti seorang ibu yang tengah memujuk seorang anak kecil merajuk kerana tidak dapat apa yang diinginkan.

Kak Hasnah mengeluh lemah. Tangannya masih tidak lepas dari memeluk tubuh kecilku. Dagunya mendarat atas kepalaku.

“Risya, akak nak nasihat kat Risya supaya Risya percaya pada diri sendiri. Tak kiralah siapapun yang akan menjadi pilihan Risya, akak akan sentiasa sokong. Kalau itu boleh buat Risya bahagia, akak akan support Risya, 100%!” Terselit senyuman kecil di bibirku. Aku mengangguk.

“Risya, cakap je dengan akak sekirannya Risya menghadapi apa-apa masalah bila dah jadi bini si Iz tu nanti. Kalau dia sakitkan hati Risya, akak pasti tak akan lepaskan dia langsung! Akak beri tumbukan padu kat muka comel dia tu. Biar padan dengan muka dia,” Tercetus tawa kecil bila mendengar seloroh kak Hasnah.

“Thanks kak Hasnah,” Ucapku dengan ikhlas. Aku sudah mula tersenyum.

“No problemlah! Akak kan saviour kau. I will always at your backlah,” aku ketawa kecil mendengar ayat Inggerisnya. Direct translation!

“Risya berehatlah,ya? Akak nak basuh kain jap. Ada satu baju kurung yang akak nak pakai masa nikah Risya nanti. Kalau tak dibasuh, tak dapatlah pakai masa tu. Nanti, tak ada seri pula pengapit kau nanti,” Kak Hasnah tertawa kecil memuji dirinya sendiri.

“Akak memang suka angkat bakul sendiri. Tak sudah naik lif tekan sendiri.”

“Eh, biasalah! Siapa yang tak kenal kak Hasnah nikan?” Kami ketawa bersama. Berharap agar rasa sedih ini dapat dilupakan buat seketika. Aku benar-benar bersyukur kerana dapat berkenalan dengan kak Hasnah yang sporting ni. Ada sahaja caranya ingin menghibur hatiku yang tengah lara. Dan yang pastinya, segala usahanya berhasil walaupun hanya untuk seketika sahaja.

***

Nik Baharuddin melihat wajah anaknya tanpa berkelip. Dia sangat risau bila melihat Nick seperti tidak bermaya di depannya. Mata anak lelakinya itu pun langsung tidak berkelip. Menonong sahaja. Dia tahu serba-sedikit mengapa anaknya boleh menjadi sebegini. Orang tengah putus cinta, biasalah tu.

Nik Baharuddin mengeluh lemah. Dia melipat surat khabar di tangan dan diletaknya di atas meja kaca. Badannya disandarkan pada kepala sofa. Matanya masih tidak lepas dari memandang Nick yang masih termenung itu.

“Nick, sampai bila kamu nak jadi macam ni? Termenung tak sudah?” Nick tersentak sebaik mendengar suara papanya. Pantas matanya merenung wajah si bapa. Dia berusaha untuk senyum tetapi, di mata Nik Baharuddin, senyuman anaknya itu sangat tawar. Anak lelakinya itu memang tidak mampu menyembunyikan perasaan hati.

“Mana ada Nick termenung pa. Nick cuma tengah berfikir sekarang,”

“Fikirkan pasal perempuan tu?” Pantas Nik Baharuddin mencelah menyebabkan Nick terputus kata. Tidak mampu mencari alasan lain lagi. Nik Baharuddin menggeleng.

“Nick, kalau sudah bukan dia ditakdirkan untuk kamu, maka kamu biarkanlah dia bersama jodohnya. Kamu lepaskan sahaja dia. Mungkin ada orang lain yang lebih layak untuk kamu masa kelak. Jangan terlalu bersedih dengan semua ini. Kita patut menangisi kekurangan kita pada yang Maha Esa, bukan pada hamba-Nya,” Ujar Nik Baharuddin ingin menyedarkan kelalaian anaknya itu. Sebagai hamba Allah, kita tidak sepatutnya lalai pada duniawi. Seharusnya, kita perlu mengisi masa untuk Ilahi.

Nick menerima teguran papanya dengan hati yang terbuka. Dia setuju dengan nasihat papanya. Dia tidak sepatutnya menangisi perkara sebegini. Dia patut berusaha untuk merapatkan diri pada Tuhan yang Maha Besar lagi Maha penyayang. Hanya Dia yang mampu memberi ketenangan di saat kita memerlukan-Nya.

“Nick, papa sarankan agar Nick buat solat istikharah. Minta petunjuk dari Allah. Solat hajat, minta agar hati Nick tenang. Itu yang mampu membuat kita bahagia. Hidup kita di dunia ini hanya sementara. Hidup bersama-Nya nanti buat selamanya. Kejar cinta Illahi, kerana itulah cinta sejati. Cinta yang pasti, cinta hakiki,”

Nik Baharuddin beransur ke biliknya dan membiarkan Nick bersendirian. Nasihat papanya melekat di kepala. Langsung, dia ke bilik dan mengambil wuduk. Dia melakukan segala apa yang disuruh oleh papanya tadi dan lama dia berteleku di sejadah. Berdoa kepada Allah, menyerah kepada yang Maha Esa.

“Ya Allah, ku mohon petunjuk dari-Mu. Aku mohon ketenangan dari-Mu. Segala dugaan yang Engkau berikan kepadaku, pasti ada hikmahnya. Maka, kau tunjukkanlah kepadaku agar aku tahu hikmah itu. Agar hatiku redha dalam melepaskan dia pergi jauh dariku. Ya Rahim, aku mohon kepada-Mu, sekiranya benar dia bukan untukku, maka kau jauhilah dia dariku. Namun, sekiranya benar dia untukku, maka Engkau dekatkanlah dia padaku. Sesungguh hanya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Amin ya rabbal alamin.”

Tanpa paksaan, air matanya jatuh menggelosori pipi. Menangisi kelemahan diri selama ini. Menangisi kelalaian diri dalam mengejar hiburan duniawi. Tunduk pada hasutan syaitan yang membelenggu diri. Dia insaf. Nick teresak-esak bila mengingat kembali kejadian lalu. Gara-gara perbuatannya, dia jatuh tersungkur ke dalam perangkap sendiri. Sudahnya, dia yang terpaksa menahan peritnya luka itu.

***

Aku merenung pada dinding berkaca hitam di depan. Sudah 1 minggu tidak bertemu dengannya. Selama seminggu ketika ketiadaannya, membuat hatiku membisik rindu. Wajahnya sering sahaja melintas difikiranku. Bila keseorangan, pasti sahaja wajah Nick memenuhi ruang minda. Sampaikan aku makan pun aku teringat kat dia. Apatah lagi semasa tidur. Ada sahaja wajahnya menghiasi mimpi malamku.

1 minggu bagaikan setahun tanpa Nick di sisi. Selama seminggu itu, aku langsung tidak berhubung dengannya. Nick berada di Qatar selama seminggu atas tuntutan kerja. Jadi, sukar bagiku ingin menghubunginya.

Jadi, ingin mengurangkan rasa rindu yang menggunung, aku mencari alternatif lain dengan menghantar e-mel kepada Nick. Ingin mengetahui keadaannya di sana.

Sudah berlambak e-mel yang aku berikan kepadanya, tetapi, tiada satupun balasan yang aku terima darinya. Tidak keruan aku dibuatnya. Kenapa tiada satu pun yang dibalasnya? Adakah dia langsung tidak menerima e-mel aku semasa berada di sana? Atau, adakah dia terlalu sibuk? Masakan terlalu sibuk tidak ada masa untuk berehat seketika?

Hari pertama aku memberinya e-mel, Nick tidak membalasnya. Aku maafkan saja kerana bagiku, mungkin dia penat, jadi tak ada masa nak semak e-mel. Kemudian, aku hantarkan lagi e-mel kepadanya pada hari yang seterusnya. Masih tiada balasan pun. Aku tidak mahu berputus asa, dan menghantar lagi e-mel di masa yang lain. Tetap juga tiada balasan.

“Akak, betul ke alamat e-mel Nick yang akak beri kat Risya ni?” Kak Hasnah beralih ke mejaku. Membaca setiap aksara di skrin komputer.

“Betullah tu. E-mel dialah ni. E-mel private. Kalau selalu, dia akan buka e-mel peribadi ni. Kalau yang berkaitan dengan kerja, alamat e-mel syarikat akan digunakan. So, kalau nak berhubung terus dengan dia, guna e-mel nilah. Dah check facebook dia tak?”

“Dah. Dia tak online pun. YM pun tak. Jadi, Risya hantar e-mel jelah,”

“Hmmm...Risya bersabar jelah. Mana tahu, dia busy sangat kat Qatar tu ke? Maklumlah, CEO kan?” Seloroh kak Hasnah. Tetapi, entah kenapa aku tak rasa pun yang Nick terlalu sibuk sampai macam tu sekali. Mestilah dia ada masa untuk berehat seketika walaupun dalam kesibukan bermesyuarat sana-sini. Takkanlah kejam sangat klien di sana, taksub dengan kerja sampai tak ada masa untuk berehat langsung?

Hari demi hari aku menghadap skrin laptop berharap Nick membalas e-melku. Kalau dapat emotikon senyum pun sudah memadai bagiku. Tetapi, ini tidak! Satu habuk pun tak dak! Aku benar-benar dipagut rasa bimbang yang amat sangat. Tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengannya. Aku menjadi tak keruan bila satu berita pun tentang dia tidak diketahuiku. Macam cacing kepanasan!

Sudahnya, kak Hasnah memaklumkan kepadaku bahawa Nick sudahpun balik hari ini. Meruap-ruap amarah di dalam hati. Aku yang kerisauan di Malaysia langsung tidak dimaklumkan tentang kepulangannya hari ini. Geram!

“Kak Hasnah, betul ke Nick balik hari ni?” Tegurku pada kak Hasnah yang masih leka menonton televisyen di ruang tamu. Perhatiannya terganggu dek teguran aku. Dia berpaling dan matanya singgah pada wajahku.

“Ha’ah. Dia dah maklumkan pada akak untuk e-melkan dokumen untuk projek bersama Maju Jaya Sdn. Bhd semalam. Lepas tu dia memaklumkan pada akak yang dia akan jumpa akak esok hari kat pejabat,” Jelas kak Hasnah. Matanya kembali pada skrin televisyen. Masih tidak mahu melepaskan peluang untuk mengetahui kisah drama yang ditayangkan di kaca televisyen tersebut.

Setelah tiada apapun yang keluar dari mulutku, kak Hasnah mengerutkan wajah dan memandangku.

“Risya, akak tengok kau nampak runsing sangat kenapa?” Perlahan-lahan mataku memandang wajahnya. Nampak keningnya bersatu risau melihat keadaanku beberapa hari ini.

“Risya nampak pucat sangat. Semalam pun Risya tak makan banyak macam selalu. Lepas tu asyik termenung tak sudah. Risya bergaduh dengan Nick ke?” Soal Kak Hasnah ingin tahu. Aku melepaskan keluhan berat.

“Dalam masa seminggu ni kak, dia langsung tak contact Risya. E-mel pun langsung tak berbalas. Dengar-dengar, dia dah nak balik hari ni. Saya terkilan kak. Dia langsung tak call atau mesej kat saya, beritahu dia nak datang ke Malaysia malam ni. Saya benar-benar risaukan dia, tetapi kenapa dia langsung tak pernah nak ambil tahu pasal saya di sini? Saya rasa Nick macam berubah. Kalau pun saya ada buat kesilapan, dia akan beritahu kat saya. Tapi, sekarang saya tak tahu langsung! Saya...” Air jernih mula jatuh dengan pantas. Aku benar-benar risau akan dirinya.

Kak Hasnah nampak terkedu melihat aku menangis. Pada mulanya hanya esakan kecil lama-lama menjadi kuat. Kak Hasnah beralih duduk di sebelahku. Tangannya mula mengusap bahuku. Aku menyebamkan wajah pada bahunya.

“Risya...Janganlah bersedih. Cuba Risya kol dia malam ni. Tanya khabar dia. Mana tahu dia akan jawab kol Risya bila dah ada kat Malaysia. Lagipun akak dengar-dengar, line kat Qatar tu bukannya elok sangat. Maybe he need some time for himself. For his work. Risya jangan think negative sangat. Okey?” Kak Hasnah cuba untuk memujukku. Esakan tadi sudah mula surut. Aku termakan juga dengan pujukkan kak Hasnah. Kak Hasnah menyapu bekas air mata di pipi.

“Hish! Cengeng betul budak ni. Tak sangka, Risya ni betul-betul macam budak-budaklah. Bilalah nak matang ni? Nak kena pujuk barulah nak berhenti menangis,” Terbit jua senyum kecil di hujung bibirku.

“Dahlah. Akak nak mandi, nak solat. Risya pula, jangan lupa kol Nick tau,” Kak Hasnah mengingatkanku kembali. Aku mengangguk sahaja. Aku menarik nafas dalam. Ligat fikiranku memikirkan ayat yang bakalku ucapkan kepadanya nanti. Aku ingin melepaskan rindu yang mendalam padanya. Terdengar bunyi degupan jantungku. Dalam diam aku berdoa, agar Nick mampu membalas rasa cintaku padanya yang sentiasa menyeru hanya namanya.

***

Aku memandang lama pada telefon bimbit yang terletak di atas meja. Rasa gugup tak pernah hilang dari tadi. Aku menilik jam di dinding. Sudah pukul 10 malam. Nick pasti sudah kembali ke rumahnya. Dengan teragak-agak, aku mengambil telefon bimbit tersebut dan menekan skrin mencari namanya di dalam phone book.

Nama ‘Mat Gajah Gatal’ tertera di skrin. Ibu jariku masih belum menekan skrin untuk menelefonnya. Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan. Dengan lafaz bismillah, aku menekan skrin telefon dan ditekapkan pada telinga.

Menunggu panggilan berjawab, dadaku semakin menyesak diri. Masih belum berjawab pada talian di sana. Tidak lama kemudian, terdengar bunyi suara lelaki yang menyahut salamku. Tetapi, bunyinya seakan-akan lemah sahaja. Aku menggigit bibir bawah.

“Aaa..Nick, aa..awak apa khabar? Sihat?” Tersekat-sekat suaraku menahan getaran di hati. Aduh! Macam orang gagap pun ada.

“Hmm..Sihat je. Awak nak apa?” Suara Nick kedengaran dingin sekali menyentak hatiku. “Err...Nick, awak penat ya? Sorrylah saya kol awak masa ni. Saya cuma nak tanya khabar awak je,” Sambungku lagi.

“Hmmm...Penatlah jugak. Kan saya baru balik. Takkan itu pun awak tak tahu?” Sekali lagi aku terdiam mendengar cara percakapannya itu. Suara Nick kedengaran begitu malas ingin menjawab soalanku. Aku masih tidak berputus-asa. Aku masih mahu berborak dengannya di telefon. Sudah lama suara itu tidak menyapa cuping telingaku. Aku rindu!

“Emmm...Tak. Saya tak tahu pun. Sebab awak tak beritahu kat saya pun yang awak balik hari ni?”Suaraku cuba untuk diceriakan. Ingin mengubah suasana yang sedikit janggal ketika ini.

Terdengar bunyi keluhan lemah. “Risya, sekarang awak dah tahu kan yang saya dah balik ke Malaysia? So, perlu ke saya beritahu awak tentang kedatangan saya kembali ke sini? Lagipun, I’m sure, Hasnah will inform it to you. So, no offense right?”

“Tapi, dari seminggu yang lepas, saya langsung tak dapat berita daripada awak. Saya dah beri awak e-mel bertanya itu ini. Awak langsung tak balas satu pun,” Rengekku. Aku berasa jauh hati dengan sikapnya sekarang.

“Risya, you really don’t understand me. I am the CEO of NB Gali Sdn. Bhd. Ofcourse, saya akan sibuk dengan kerja yang menimbun ketika berada di Qatar. I have no time to check my e-mail,”

“Tapi...”

“Risya, I’m very tired right now. Esok kena pergi ke pejabat. Saya perlukan rehat secukupnya. Will you excuse me? Saya nak off phone. Good night.” Pantas talian di sana terputus begitu sahaja. Aku tergamam. Hatiku makin dipagut resah. Tanpa salam, Nick memutuskan talian. Aku tidak sempat berkata apapun padanya. Ini benar-benar membuatku berasa kecewa.

‘Tak! Jangan cepat putus asa Risya. You still have time. Esok, kau jumpa dia. Confront dengan dia. Marah kat dia sebab dia buat kau macam tu.’ Tekadku dalam hati. Walaupun rasa sedikit kecewa, tetapi, aku pujukkan diri dengan berfikir secara positif. Ya! Aku takkan pernah menyerah kalah. Nick nampak seperti berjauhan dariku, tetapi, aku tetap akan menjejakinya. Dulu, Nicklah yang mengejarku ke mana-mana, sekarang, tiba giliran untuk aku pula mengejar dirinya.

“Chayok chayok Risya! Kau mesti boleh! Kau tak boleh tunjuk diri kau tu cengeng kat depan dia. Kau mesti kuat! Semangat!” Ujarku sendiri ingin meniup sedikit semangat di dalam hati.

***

Aku menutup bekas makanan dan diletakkan ke dalam beg sandang. Aku tersenyum-senyum sendiri. Pagi ini dalam sejarah aku bangun lebih awal daripada biasa. Tidak dapat bersolat tidak menghalang diriku untuk bangkit dari tidur lebih awal. Selepas mandi, pantas kakiku ke dapur menyiapkan sarapan pagi dan hidangan untuk makan tengah hari. Hari ini aku membawa bekal ke ofis dan aku mahu berkongsi dengan Nick. Aku mahu membuat suprise kepadanya. Aku mahu Nick merasa masakan dari air tanganku sendiri.

“Wah! Awal pagi lagi dah siapkan sarapan. Kat dalam container tu, apa pula? Nampak macam lauk aje,” Ujar Farina di kala dia menampakkan diri ke dapur.

“Sedap je bau. Kak Risya masak apa? Untuk Farina tak ada ke?” Mata Farina tidak lepas dari melihat bekas container di atas meja makan.

“Akak masak ayam masak kicap dengan sayur kangkung belacan. Ada ikan masin sekali. Ada gik lebih kat debah tudung sarang ya (Ada lagi lebih kat bawah tudung saji tu). Farina makanlah. Breakfast pun akak dah sediakan.”

“Yes! Makan free hari ni,” Sorak Farina girang. Cepat tangannya membuka tudung saji dan mengambil mee goreng untuk sarapan pagi. Aku menggeleng dan tersenyum.

“Kenapa ada dua container nasi?” Soal Farina hairan bila melihat 2 bekas container untuk nasi yang sudah aku masukkan ke dalam beg sandang.

“Satu lagi untuk Nicklah,” jawabku pendek mampu membuat mata Farina membuntang. Mulutnya ternganga kecil.

“What?! Serious?! Wah! Berita hangat!” Jerit Farina membingitkan telingaku. Aku menutup cuping telinga dengan kedua-dua tangan. Aku mendecit geram. “Hish! Agak-agaklah kalau nak excited sangat tu! Aku yang tengah berdebar ni, kau pula yang over excited,” bebelku. Farina tergelak kecil. Dia menepuk-nepuk kedua-dua tangannya.

“Finally! You have made a good decision. In that case, akak Risya pilih abang Nicklah ni ye?” Aku menyimpan perasaan malu dengan membuat selamba badak tidak mahu menjawab soalannya.

“Betul ke tidak?” Farina masih mahu bertanya ingin memastikan pilihan hatiku. Aku hanya mencebik dan beredar ke dalam bilik ingin mengambil dokumen penting yang tertinggal di dalam bilik tadi. Kembali ke dapur, wajah Farina sudah cemberut. Aku tahu, Farina tak puas hati selagi aku tidak menjawab soalannya.

“Yes!” Jawabku pendek. Sekali lagi, suara nyaring Farina menjengah cuping telingaku. Heish! Sudahlah suara dia tu tajam. Mampu pecah gegendang telingaku dibuatnya.

“Apa yang bising-bising pagi-pagi ni?” Terdengar suara orang menegur di belakang. Di tangan kak Hasnah , beg tangan jenama Bonia sudah digamitnya. Dia menarik kerusi, duduk bersebelahan dengan Farina. Dia menyenduk mee goreng dan diletakkan ke atas piring yang sudahku sediakan tadi. Aku menuang air teh ke dalam cawan untuk kak Hasnah.

Kak Hasnah meneguk air teh. “Kak, akak nak tahu tak, kak Risya siapkan bekal untuk abang Nick tercinta. Tu yang bangun awal daripada biasa tu,” Terdengar bunyi sedakan kak Hasnah di sebelah. Matanya juga turut membuntang. Tidak percaya dengan apa yang sudah aku lakukan demi mengambil hati Nick nanti.

“Kau masak untuk Nick? Sejak bila? Ek eh, kau pandai masak rupanya,” Sindir kak Hasnah sambil tersengih. Disambut pula dengan gelak tawa kecil Farina membuatkan mukaku merona merah. Aku mengetap gigi menahan rasa geram diusik sebegitu. Sudahnya, aku menarik mulut muncung.

“Ala, kak Risya janganlah marah ,sayang. Kitorang main-main jelah. Dah nak touching ke?”

“Hah? Siapa pulak yang senang touching ni? Nak kalahkan aku ek?” Terdengar bunyi suara penyibuk dari belakang. Nurul juga mendekati kami di dapur. Matanya melihat lauk-lauk yang sudah disimpan di dalam bekas plastik di bawah tudung saji.

“Tu, hah...Kak Risya merajuk sebab kitorang usik dia pasal memasak awal-awal pagi ni. Itu pun nak merajuk,” Desis Farina dengan mencebik. Lidahnya dijelirkan kepadaku. Kemudian, bibirnya menguntum senyuman.

“Kau masak ek, Risya?Awalnya kau masak untuk tengah hari?” Seorang lagi yang berasa pelik dengan kerenahku pada pagi ini. Kelihatan Nurul mengambil teko dan menuang air teh ke dalam cawannya.

“ Dia masak untuk orang tersayang. Sebab tulah, dia masak awal-awal. Orang tua selalu cakap, nak pikat orang tersayang, kena pikat melalui perutnya. Hah...Tak lama lagi, membuncitlah perut Nick dibuatnya,” Kata-kata kak Hasnah disambut dengan tawa Farina. Sakan benar dia gelak sambil memegang perutnya.

“Ha ha ha. Kak, kalau abang Nick dah membuncit, agak-agaknya, kak Risya nak ke kat dia? Ni pun, mesti kak Risya taubat tak nak masak lagi dah. Nak Nick tu sentiasa hensem kan?”

“Kau ingat aku suka kat dia sebab dia hensem ke? Kalau aku suka dia sebab muka dia, dah lama aku terima dia tau. Lagipun, kalau dia buncit, gemuk, akak tetap akan terima dia. Tambahan lagi, mesti orang lain tak nak kat dia dah, sebab dia dah gemuk. Biar aku sorang je dapat dia. Tak boleh orang lain,”

“Amboi, cinta benar kau kat Nick, ye? Sampai macam tu sekali cinta kau kat dia,” Seloroh Nurul. Aku tersenyum lebar. “Mestilah! Akukan tengah angau kat dia. Of courselah aku akan terima dia seadanya.”

“Eii...Meremang bulu roma aku mendengarnya. Orang bila dah angau, jiwang-jiwang belako. Dah, aku nak pergi kerja sekarang. Farina, baik pergi ke kelas awal-awal ni. Nanti, kau kena sound dek lecturer kang, baru tau!” Bebel kak Hasnah. Tangannya mengambil tisu di atas meja dan mengelap bibirnya. Kak Hasnah mengeluarkan kunci kereta di dalam beg tangannya. Walaupun kami sehaluan, tetapi, kami menggunakan kereta lain-lain. Kak Hasnah tidak mahu menyusahkanku dan tidak mahu menumpang keretaku bila ke pejabat. Katanya, menggunakan kereta sendiri lagi elok. Lagipun, kadang-kadang, kak Hasnah akan pulang lewat dari pejabat atas urusan kerja. Jadi, kami mengambil keputusan untuk menggunakan tranport masing-masing bila ke pejabat.

“Aku pun nak pergi kerja jugak ni. Nurul, aku pergi dululah ye? Farina, dengar cakap kak Hasnah tu. Lecturer kat UiTM bukan main tegas lagi tau,” Aku berpamitan dan meninggalkan Farina dan Nurul di dapur.

“Iyalah tu.” Jawab Farina dengan lantang sehingga dapat didengari sehingga ke ruang tamu. Huish! Suara dia sebijik macam cik Deng. Kalau suara dia lantang, mahu seluruh rumah tahu.

Pantas kakiku memasang kasut bertumit 1 inci dan segera kakiku meninggalkan kondo Kristal. Aku memandu kereta mengikut keadaan lalu lintas. Sekirannya, jalan lapang dan tidak terlalu banyak kereta di lebuh raya, aku akan pecut sehingga 110 km/sejam. Sekiranya, terkandas di dalam kesesakkan lalu lintas, had laju akan dikurangkan. Lagipun, biar lambat asalkan selamat. Mujur juga aku bangun awal hari ini, jadi, dapatlah aku mengelakkan jam di pagi hari. Dan, sepanjang perjalanan ke ofis, bibirku tak pernah lekang dengan senyuman. Dalam hati aku terbayang-bayang wajah Nick. Pasti dia terkejut dengan usahaku ingin memikatnya nanti. Eheee...

Kakiku laju menghampiri lif setelah kereta diparkirkan di basement. Sewaktu menunggu ketibaan lif, ada beberapa staf NB menegurku mengucapkan selamat pagi. Aku menyambutnya dengan mesra. Ada juga yang menegurku pelik melihat moodku yang terlalu baik hari ini. Aku hanya tersenyum memanjang.

Setelah bunyi detingan lif kedengaran, kami masuk ke dalam lif tersebut di saat pintu lif terbuka. Aku bergerak ke dalam sedikit. Tidak mahu tersepit di antara orang lain. Lebih-lebih lagi dengan badan yang terlalu ‘comel’ sebegini, pasti akan ditindas dengan badan-badan para pekerja di sini yang lebih tinggi dan besar berbanding tubuh badanku.

Bila semua pekerja yang menunggu lif tadi masuk, salah seorang yang dekat dengan butang-butang lif menekan butang untuk menutup pintu lif. Hampir sahaja pintu lif tutup, muncul tangan seseorang menghalangnya. Terjengul wajah Iz di depan. Kini, semua tumpuan penghuni lif mendarat pada wajah itu, termasuk diriku. Aku menelan liur perlahan. Wajah sudah ditunduk ke bawah, berharap agar Iz tidak perasan akan kemunculanku di dalam lif tu juga.

“Sorry,” Ujar Iz dalam rasa bersalah. Di sebalik wajah-wajah asing di dalam lif tersebut, matanya ditala pada wajah yang sudah menunduk di belakang. Iz tersenyum tawar. Dia tahu, Risya pasti mahu mengelakkan diri daripadanya. Namun, dia tetap mahu bertahan. Sampai satu saat nanti, dia tahu, Risya pasti menjadi miliknya kelak. Walaupun pesaingnya sangat sengit, dia akan memastikan Risya jatuh ke tangannya juga. Dia mahu membuktikan bahawa, hatinya benar-benar utuh hanya untuk Risya seorang dan bukannya isteri yang sanggup meninggalkan dirinya. Dia mahu buktikan kepada Isnah, isterinya bahawa dia juga akan bahagia tanpa perempuan itu. Kalau Isnah mahu berlaku curang dengannya, dia juga boleh berbuat sedemikian. Dia mahu melihat adakah Isnah akan bahagia dengan mantan pacarnya itu atau dia yang akan lebih bahagia di samping Risya.

Ruangan yang sempit tadi sudah mula menjadi luas. Kini hanya tinggal aku dan Iz sahaja di dalam lif tersebut. Masing-masing hanya berdiam diri. Tiada satu pun ucapan yang terkeluar dari mulutku. Rasa begitu janggal sekali. Dalam diam, aku berdoa agar cepat sampai ke tingkat yang sepatutnya. Ingin segera keluar dari perut lif itu tidak mahu berduaan dengan Iz di sini.

“ Kau terang-terangan mahu menjauhkan diri dari aku, Risya?” Aku tersentak mendengar pertanyaannya. Mataku pantas berpaling kepadanya. Aku dipagut rasa bersalah.

“Aku...” Tiada kata yang mampuku ucapkan di kala ini. “Maaf.” Hanya itu sahaja pintaku darinya. Sememangnya aku mahu dia berputus asa dan berhenti untuk berharap apa-apa daripadaku kerana aku tahu, aku tak mungkin akan membalas kembali cintanya.

Iz menggeleng. “Tak usahlah kau minta maaf kat aku. Penolakkan kau terhadap lamaran aku belum mampu membuat aku berputus asa terhadap kau. Aku masih mahu memberi kau peluang. Aku sanggup tunggu, Risya,”

“Iz, sudah banyak kali aku beritahu kat kau. Aku hanya cintakan Nick seorang. Hanya dia! Cinta aku kat kau dah lama terkubur di saat kau langsung tidak memberi apa-apa jawapan pun kepadaku. Dah lama, Iz! Janganlah kau sakitkan hati kau dengan menunggu aku. Aku dah pernah merasai perasaan tu suatu ketika dahulu. Pahit rasanya menunggu sesuatu yang tak pasti, Iz. Jadi, tolonglah, berhenti berharap.” Aku mengalih pandangan dari wajahnya. Aku mendongak melihat nombor tingkat yang tertera di atas. Aduh! Lambat betul lif ni.

“No! Aku beri kau peluang untuk berfikir sekali lagi. Kerana aku tahu, kau hanya milik aku. Bukannya Nick!”

Ting!

Pintu lif di depan kami terbuka. Iz pantas meninggalkanku tanpa menoleh ke belakang. Deras bunyi keluhan yang keluar dari bibir. Dengan langkah lemah, aku keluar dari lif dan menuju ke arah cubicleku.

***

Nick memandang wajah gadis di depannya dengan penuh berharap. Gadis itu pula menjeling dirinya. Hati si gadis membentak tidak mahu mengikut rancangan yang dikemukakan oleh sepupunya itu.

“Apa yang I dapat kalau I tolong you?” Ujar gadis itu cuba untuk membuat ‘deal’ dengan Nick sekiranya dia membantu bagi menjayakan rancangan itu.

“Kalau you tolong I, then, I will offer you sponsor for your boutique in 1 year. How is it?” Nick cuba untuk berkompromi. Gadis itu tertarik mendengar tawaran yang diutarakan oleh Nick itu. Wajahnya mula bercahaya sebaik mendengar cadangan itu.

“Why do you want me to do this? Penting sangat ke perempuan tu bagi you?”

“ Sangat penting! She is my love life. She is everything to me. Everything!” Terdengar tawa dari bibir gadis cantik itu. “You are so blind because of love, Nick. Betul cakap abang Emir, you’ve changed! Berubah sangat! There is no more lelaki kasanova macam dulu. Tiada lagi pencinta wanita. Sekarang hanya ada seorang lelaki yang setia. Setia pada cinta sejati. How great is she? Hmmm?” Duga gadis yang sudah berpeluk tubuh di depan Nick itu.

“She is the greatest thing that happen to me, Faz. I can’t live without her. Never! I really in love. I sangat-sangat cintakan dia. Tak kisahlah you nak cakap I ni gila ke apa. Yang I tahu, hati I hanya ada dia. Tak ada sesiapa yang dapat menggantikan tempatnya di hati ini,”

Pak! Pak! Pak!

Fazura bertepuk tangan mendengar pengakuan sepupunya itu. Hubungan mereka tidaklah begitu rapat mana. Tetapi, dia kenal siapa diri Nick. Dia tahu sedikit sebanyak tentang Nick. Dan perubahan di depan matanya, benar-benar membuatkan dia berasa begitu kagum. Betapa besarnya cinta lelaki yang pernah menjadi seorang playboy ini dan berubah menjadi setia pada seorang gadis yang bernama Risya itu.

Fazura tersenyum manis. “Fine! We have a deal. I akan berlakon jadi kekasih you. I akan bantu you buat Risya tu jeles. But...” Ayat Fazura terhenti menarik perhatian Nick. Mata mereka berpadu. Nick setia mendengar hujah yang bakal keluar dari mulut model cantik tersebut.

“But?” Soal Nick tidak mahu bersabar lagi. Lama benar ‘pause’nya.

“ But, I harap you tak menyesal dengan rancangan you ni. It is very risky, you know. Macam mana kalau seandainya, Risya tu dah cinta kat kau, dan kau sengaja berlakon jadi kekasih aku, bukan ke akan membuat dia kecewa? Sakit hati? Sedih?”

“Tapi aku masih belum pasti sama ada dia cinta kat aku atau tak. Jadi, dengan cara ni, barulah aku tahu. Kalau ada petanda yang menunjukkan dia jeles, then, it’s a good news. Then, I takkan teragak-agak untuk melamar dia menjadi isteri I.” Fazura masih tetap menyilangkan tangannya pada dada. Wajahnya sedikit runsing.

“Hmmm...Suka hati youlah Nick. I just buat kerja I. I tak nak kalau rancangan ni akan memakan diri you sendiri,” ucap Fazura.

“I hope that your plan will give you a good sign,” Sambung Fazura lagi. Nick mengangguk.

“I hope so too.”

***

Fail di tangan dikibas-kibasku. Aku berasa berdebar sekarang sehingga berpeluh-peluh dahiku. Aku mengeluarkan tisu di dalam laci dan mengelap dahi. Fuh! Gilalah! Tak pernah aku rasa se’nervous’ ini. Aku menilik lagi fail di tangan.

“Hantar jelah kat Encik Nick tu, Risya.” Seloroh kak Hasnah di sebelah. “Kau cakap kau nak jumpa dia kan? Nak lepaskan rindu ‘kesumat’ kau tu. Jadi, pergi jelah. Tak yahlah takut,” Bisik kak Hasnah sedikit keras. Aku menggigit bibir bawah.

“Alah...Buat rilekslah. Buat macam biasa. Macam pekerja hantarkan fail kat bossnya. Pergi jelah!” Kak Hasnah sudah tidak tahan dengan sikap ‘malu-malu tapi mahu’ aku ni. Ahakss... Malu seh!

Aku akur dengan arahan kak Hasnah dan menuju ke depan bilik pejabat Nick. Belum sempat aku mengetuk daun pintu, dari dalam pintu sudah terkuak.

Dup! Dap! Dup! Dap!

Mataku terarah tepat pada wajahnya, dan...Siapa di sebelahnya itu? Mereka nampak begitu mesra sekali. Tiba-tiba hati yang bergetar hebat dilanda rasa amarah, geram, kecewa dan perkataan yang lebih tepat dalam mencerminkan perasaan yang labuh di hati aku ini ialah, cemburu! Sejak bila perempuan ni berada di dalam pejabat Nick? Hairan bin pelik!

Nick kelihatan sedikit terkejut tetapi, cepat-cepat wajahnya berubah selamba. Mataku memandang pada pautan tangan gadis itu di lengan Nick. Mahu sahaja aku menarik tangan itu lepas dari lengan Nick. Benar-benar membuat hatiku terasa sakit. Arghh! Lepaskan tangan kau tu perempuan!

“Emmm...Risya, awak buat apa kat sini?” Soal Nick selamba. Tiada langsung perasaan bersalah terpancar di wajahnya. Gadis tadi masih setia di sisi. Pautan itu masih belum dilepaskan. Bertambah-tambah erat adalah!

“Saya nak beri fail ni kat awak.” Aku menayangkan fail di tangan. Mata yang tajam menikam pada lengan Nick tadi di alih ke arah lain. Aku tidak mahu memandang lagi. Buat aku sakit hati betul!

“Oh! Bukan ke saya suruh Hasnah yang hantarkan? Kenapa boleh fail ni ada pada awak pula?” Duga Nick. Matanya tertumpu pada wajah gadis kecil di depannya itu. Menilik perubahan air muka perempuan itu. Dia ingin tahu sama ada perasaan cemburu itu hadir atau tidak.

‘Risya, tenang! Kau mesti tenang! Kau mesti percaya kat Nick. Nick cintakan kau seorang. Mungkin perempuan tu kakak dia ke? Sepupu dia maybe?’ Aku cuba untuk menyedapkan hati. Cuba untuk think positive!

Dengan menarik nafas sedalam yang mungkin, aku menayangkan senyuman penuh ikhlas kepada mereka. Aku harus menunjukkan bahawa aku benar-benar percaya pada dirinya. Aku yakin Nick hanya mencintaiku seorang. Siapapun perempuan di sisinya itu, aku tidak kisah! Aku percaya dengan kata hati aku. Aku percaya pada cintanya. Sejujurnya aku menerima diri Nick seadanya.

Wajah Nick berubah serta-merta. Risya tersenyum manis padanya. Benarkah tiada langsung perasaan cemburu terbit di hati kecil itu? Adakah Risya langsung tiada perasaan terhadapnya? Nick memandang wajah Fazura di sebelah. Kelihatan wajah Fazura juga sedikit berubah tetapi berjaya dikawalnya.

“Saya cuma nak membantu kak Hasnah sahaja. Lagipun banyak lagi kerja yang perlu dia uruskan. Kasihan pulak saya tengok. Jadi, tak salah kalau saya hantarkan untuk dia, bukan?” Pertanyaanku disertakan dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir.

“Nak saya letakkan di atas meja ke, Encik Nick?” Nick tersentak. Bila masa Risya memanggilnya dengan panggilan Encik? Selalu mereka hanya memanggil dengan nama sahaja. Tetapi, kalau di depan klien, panggilan Encik itu diwajibkan. Tetapi, dengan tetamu seperti Fazura, takkan panggil dengan gelaran ‘Encik’ juga kot?

“Err...Just letakkan sahaja kat atas meja saya.” Aku mengangguk. Nick memberi laluan kepadaku untuk masuk ke dalam.

“Psstt... Buatlah sesuatu, Faz.” Bisik Nick pada telinga Fazura. Fazura menjengilkan matanya. Fazura mengambil kesempatan dengan mencubit lengan Nick di kala Risya membelakangi mereka.

“Sakitlah!” Marah Nick dalam berbisik. “Youlah, tak penyabar sangat. I tengah fikirkan taktik ni,” Desis Fazura pula.

Pantas, Fazura mula merengek tatkala Risya berpaling menghadap mereka. Fazura bermain-main dengan tali leher yang terikat kemas di leher Nick.

“Sayang...You cakap you nak lunch dengan I. Jomlah kita pergi sekarang. Buat apa tercegat di sini pula?” Fazura perasan riak wajah Risya berubah. Nick buat-buat tersenyum.

“Okey, jom kita pergi sekarang. You nak makan kat mana?”

“Kat mana-mana pun boleh. Asalkan ada you kat depan I pun dah cukup. Kenyang I dibuatnya. Tak adalah I makan banyak sangat nanti.”

“Tapi, you kan kena jaga kesihatan you? Kenalah makan banyak sikit. Barulah badan you menjadi. You ni kurus sangat, macam kerding!” Sempat lagi Nick menyindir sepupunya itu. Ditekankan perkataan ‘kerding’ itu.

“You ni sengaja nak buat I merajuk kan? Cubit kang?” Fazura mengacah-acah Nick dengan jari yang mahu mencubit lengan Nick. “Eii..Janganlah. Nanti, I sakit siapa yang susah?” Fazura tersengih-sengih menggoda.

Mataku tetap setia melihat adengan mereka berdua. Aku tak dapat nak menipu diri. Aku benar-benar cemburu melihat kemesraan mereka berdua. Namun, akal fikiranku masih tetap menyuruhku berfikiran positif.

Ah! Nick pasti ingin mengujiku. Nick mesti sengaja mahu melihat aku cemburu. Tak apa. Kalau sudah dia mahu memulakan permainan ini, jadi aku rela untuk menyertainya. Kadang-kadang kelihatan lucu pula bila melihat kegedikkan perempuan itu. Tetapi, kenapa perasaan marah semakin meluap-luap di dalam hati? Aku geram melihat Nick melayan ‘godaan’ perempuan itu. Tanganku sudah menggempal menahan geram.

“If you would excuse me, saya nak keluar dulu,” Pintaku dan lantas meninggalkan mereka berdua. Rasa berbulu mataku melihat kemesraan sepasang merpati itu. Aku benci! Meluat! Rasa nak keluar segala mee goreng yang aku makan pagi tadi dari isi perut aku. Geli-geleman melihat kegedikkan perempuan itu. Arghh!!

Aku kembali duduk di cubicleku. Mukaku sudah keruh. Macam air keruh di longkang. Dari tadi gigiku diketap. Lalu, kertas kerja di atas meja ditarikku kasar. Aku sedar ada sepasang mata yang masih setia melihatku dengan hairan.

“Kau kenapa naik angin tiba-tiba ni?” Soal kak Hasnah di sebelah. Aku menjeling sekilas dan mataku menoleh di depan. Dapatku lihat wajah girang Nick dan wajah gadis itu nampak bahagia memeluk lengan Nick. Mereka keluar dari pejabat dan mungkin sahaja keluar makan tengah hari.

Mata kak Hasnah juga ditalakan pada 2 susuk tubuh di depan kami. Pasti kak Hasnah faham dengan apa yang gelodak di hati ini.

“Itu sepupu Nicklah,” jawab kak Hasnah. Oh! Barulah aku tahu siapa sebenarnya perempuan itu. Tetapi, sepupu sekalipun, takkan lain macam aje mesranya?

“Risya, Risya jeles ke? Muka cemberut macam parut kelapa akak tengok. Nick memang mesralah dengan sepupu-sepupu dia. Cuma, dengan Fazura tu, akak tak tahu sangat,” Aku menoleh memandang kak Hasnah hairan. Berkerut dahiku mendengar katanya.

“Kenapa akak tak tahu?”

“Begini...” Kak Hasnah berhenti seketika dan berdeham mengatur suaranya yang tiba-tiba serak. Aku perasan beberapa hari ni, kak Hasnah sering batuk. Aku berasa bimbang dengan kesihatannya.

“Fazura tu, anak kepada bekas boss besar kita, Datuk Sri Nik Bakhtiar Ramli,” Mulutku muncung membentuk ‘O’.

“Dia baru je sampai ke sini. Lagipun, Datuk Sri tak sihat sangat. Tu yang dia balik ke Malaysia,”

“Sebelum ni dia di mana kak?” Aku mengutarakan pertanyaan mengenai keberadaan Fazura. Memang jarang aku lihat wajahnya di sini. Cuma, ada desas-desus menyatakan dia seorang model terkenal di Malaysia. Namanya juga melonjak di luar negara. Model antarabangsa. Tetapi, tidak pula aku kenal dengan model tersebut. Bab-bab model aku tak ambil kisah sangat. Tak kiralah di Malaysia atau di luar negara.

“Sebelum ni, dengar-dengar dia di Paris. Dia sambung belajar dalam bidang fesyen. Kat Paris kan terkenal dengan dunia fesyen ni semua. Tu yang dia ke sana. Dia tak suka sangat bidang kejuruteraan ni. Sebab tulah Nick menggantikan tempat Datuk Sri Nik Bakhtiar. Fazura tu satu-satunya anak Datuk Sri. Tetapi sayang, dia tak ada minat langsung untuk mengambil alih bisnes keluarga,” Jelas kak Hasnah. Sememangnya kak Hasnah seorang ‘wartawan’ sensasi di pejabat ini. Memang layaklah kalau jadi macam wartawan terjah dalam rancangan Melodi tu.

“Akak pun ada dengar-dengar yang mungkin Nick akan diturunkan pangkat,” Berita yang baru aku dengar itu benar-benar menyentak hatiku. Menggesa hatiku ingin tahu.

“Bukanlah turun pangkat sangat. Cuma, title dia mungkin akan diserahkan kepada abang Nick, Nik Emir Bin Datuk Sri Nik Baharuddin,” Aku mengangguk. Aku ada mendengar tentang kepulangan abang Nick tidak lama dahulu. Nick sendiri yang memberitahuku tentang abangnya yang akan kembali ke Malaysia. Jadi, tidak hairanlah kalau abangnya akan menggantikan jawatan yang disandang oleh Nick sekarang.

Kak Hasnah berhenti bergossip sebaik melihat staf-staf NB yang sudah mula bergerak keluar ingin makan ‘lunch’. Matanya mengamati wajah staf satu-persatu. Aku teringat sesuatu.

“Akak, nampaknya Risya tak dapatlah beri bekal ni kat Nick. Dia pun dah keluar lunch dengan sepupu dia tu. Akak ambik jelah nasi ni. Share lauk dengan Risya, ya?” Seruku pada kak Hasnah. Mulanya kak Hasnah rasa bersalah, tetapi aku tetap mahu dia berkongsi menghabiskan lauk yang sudahku masak ini. Kak Hasnah akur dan kami bersama-sama menghabiskan bekalan yang aku sedia pagi tadi. Rasa terkilan sudah menggunung dalam hati.

“Apa dalam bekas ini?” Tangan kak Hasnah mengambil bekas Tupperware kuning di sebelah komputerku.

“Kuih bahulu dari Miri yang saya bawa hari tu. Kuih bahulu bentuk bunga,” Kak Hasnah buka penutup bekas tersebut dan tertarik melihat bentuk bahulu itu. “Wow! Asal bentuk kuih bahulu ini macam ‘heart’?” Kak Hasnah mengambil salah satu potongan kuih bahulu.

“Kan kuih bahulu tu berbentuk bunga. Bila dipotong 4, akan membentuk ‘heart’ shape. Comel tak? Ingatkan nak beri kat Nick. Tapi, saya rasa Nick mesti tak makan kuih ni. Lagipun, dia kan dah kenyang dengan sepupu ‘terSAYANG’ dia tu,” Dalam hati mendongkol geram. Adengan tadi masih terlayar di kotak minda. Sakit benar hatiku hanya Allah sahaja yang tahu.

Kak Hasnah mengambil satu kuih bahulu tersebut dan selamat masuk ke dalam mulutnya. “Sedap. Risya bagi jelah kat Nick tu. Letak kat atas meja dia. Lagipun, hari tu dia pergi Miri, takkan tak pernah makan kuih bahulu ni kot? Mesti dia makanlah,” Desis kak Hasnah. Aku memandang tepat ke dalam anak mata kak Hasnah. Kak Hasnah mengangguk laju.

Kakiku menuju ke bilik pejabatnya. Sebelum Nick sampai semula ke pejabat, aku kena segera meletakkan bekas ini ke atas mejanya. Setelah meletakkan ‘note’ pendek dan bekas di atas meja, laju kakiku keluar dari bilik tersebut. Aku kembali ke cubicle dan mengambil mug di atas meja ingin ke pantry.

Masuk sahaja ke bilik pantry, aku terlihat kelibat Iz yang termenung jauh. Aku menarik nafas panjang dan mendekatinya. Wajah Iz tersentak bila aku menegurnya. Memang jauh benar dia mengelamun.

“Kau okey ke Iz?”

“Tak!” Jawab Iz sepatah. Hatiku dipagut resah. Matanya tak lepas dari memandangku. Aku berasa tidak selesa bila hanya berdua dengannya di dalam bilik pantry ini. Cepat-cepat, aku mengisi air masak ke dalam mug tadi dan beredar keluar dari situ.

“Don’t do this to me. I feel so hurt right now,”Kedengaran suara Iz seperti berbisik sendiri. Aku berpaling memandangnya. “Sebab tulah aku suruh kau berhenti berharap, Iz. Aku pernah mengalaminya dulu dan memang benar-benar sakit. So, nasihatku, tolong berhenti mengharapkan apa-apa dariku. Aku tak layak untuk kau, Iz!” Aku masih tidak mahu berputus asa menasihatinya.

“You think is that easy for me to stop thinking about you?” Aku terdiam membisu. Kalau aku ditempatnya sekarang, aku tahu memang sukar untuk melupakan orang yang tersayang. Aku mengeluh lemah.

“Memang sukar untuk kita melupakan orang yang kita sayang. Tetapi, lagi sukar kalau kita masih berharap pada yang tak sudi sekiranya kita tahu bahawa hatinya tak mungkin kita miliki. So, please...Belajar untuk menerima hakikat yang perit ini. Telan sahaja kekecewaan itu. Mungkin, Tuhan mahu berlaku adil. Ditariknya perasaan cinta aku pada kau dahulu dan Dia berikan perasaan itu kepada kau. Biarlah semua ini menjadi tauladan buat kita semua. Tak semestinya cinta itu memiliki,” Jelasku panjang. Aku benar-benar berharap Iz memikirkan segala kata-kataku ini. Aku berharap sangat dia mengerti.

Perbualan kami terhenti bila 2 orang staf NB masuk ke dalam pantry. Aku mengambil kesempatan itu untuk membolos keluar dari situ. Aku kembali ke cubicle dengan hati yang memberat. Kepalaku sudah mula kusut. Kusut dengan Iz yang masih mahu berdegil dan sikap Nick yang berubah serta-merta.

***

Bermacam-macam cara sudahku lakukan demi menarik perhatiannya. Sudahnya, segala layananku dibalas dengan hambar. Berbeza-beza perempuan yang keluar masuk ke dalam pejabatnya. Nick sudah kembali seperti dahulu. Diusungnya perempuan berganti hari. Bermacam rupa bermacam ragam. Kak Hasnah yang menjadi setiausahanya naik pening dengan kerenah Nick yang mengikut musim.

Tirai malam sudah berlabuh. Kerja yang bertimbun sudah selesai akhirnya. Tidak ramai staf NB yang berada di dalam pejabat. Ada 2, 3 orang yang masih tekun menyelesaikan kerja yang perlu disiapkan. Kak Hasnah sudah lama kembali ke rumah. Aku melirikkan mata pada jam kecil di atas meja.

Mataku dialih ke arah cermin pada pejabat Nick. Dari tadi, masih belum ada kelibatnya keluar dari pejabat itu. Hari ini, tak ada pula mana-mana gadis yang memasuki pejabatnya. Dengan langkah berani, aku pergi mendekati pintu pejabat.

“Risya, kau tak sakit hati ke dengan perempuan-perempuan yang keluar masuk dari bilik pejabat Nick tu? Kau tak marah ke dengan Nick yang dah kembali ke sikap asalnya itu?” Kak Hasnah pernah mengutarakan persoalan itu kepadaku. Lantas dengan tenang aku menjawab.

“Sakit tu memang sakit. Tapi, Risya tahu, hatinya lebih sakit menunggu Risya. Sampai ke hari ini, dia masih belum mendapat jawapan dari Risya,” Aku menghembus nafas dengan perlahan.

“Mungkin Allah nak balas kembali apa yang telah Risya lakukan pada Nick. Sudahnya, Nick kembali mencari gadis-gadis yang sanggup menemaninya. Risya tak salahkan dia. Malah, hati Risya kuat menyatakan bahawa, dia masih mahu menunggu Risya. Mahu melihat sama ada Risya sanggup atau tidak melihat dirinya bersama dengan gadis lain. Sekarang, Risya temui jawapan di hati Risya. Risya cintakan dia sepenuh hati. Risya benar-benar tak sanggup melihat dia bersama perempuan lain. Dan...Risya percayakan cintanya. Cinta Nick tu bersambut. Cinta yang sudah pasti ada di dalam hati Risya,”

“Walaupun diusungnya mana-mana perempuan bersama, Nick takkan pernah merosakkan perempuan-perempuan itu. Dalam erti kata lain, dia takkan pernah membawa perempuan-perempuan itu sampai ke hotel sekalipun. Itu yang menyebabkan Risya benar-benar percaya padanya. Nick bukan orang yang sejijik itu, kak...” Sambungku lagi.

“Akak mengerti sekarang...” Kak Hasnah menggenggam tanganku dan menghadiahkan senyuman penuh mengerti.

Aku kembali memandang pintu di depan. Aku mengetuk dan memulas tombol pintu. Kelihatan Nick masih leka menghadap skrin komputer. Nick masih belum sedar kehadiranku di depannya.

“Awak...Tak balik lagi?” Nick tersentak ditegurku. “Sorry buat awak terkejut. Nampak fokus benar dengan kerja awak. Banyak lagi ke?” Aku masih setia berdiri di depannya. Mata Nick yang memerhatiku tadi sudah beralih kembali ke skrin.

“Hmmm...Sikit lagi nak habis ni,”Ujarnya malas. Aku masih bersabar melayan kerenahnya. Terdengar nada telefon menjerit meminta dijawab. Pantas tangan Nick mengambil I-Phone dan ditekap pada cuping telinga. Wajah yang murung tadi berubah terus. Senyuman terukir lebar. Hatiku jadi tak tenteram, mula berasa gundah. Siapakah gerangan yang menelefon Nick sekarang? Mudah sahaja wajah itu tersenyum bila mendengar suara di telefon. Aku di depan ini pula, dilayan macam apa? Aku menggigit bibir. Bergenang mutiara jernih di tubir mata menunggu saat sahaja mahu pecah.

Aku mendongak dan pantas menarik telefon dari telinganya. Aku menyembunyikan telefon itu di belakang.

“Apa awak buat ni, Risya?!” Bentak Nick sedikit keras menyentak hatiku. Aku tak kira, aku mahu confront dengan lelaki ini. Aku seorang perempuan yang lemah. Aku dah tak tahan lagi.

Aku menekan skrin telefon dan menamatkan talian. Aku tidak mahu perbalahan kami didengar oleh perempuan dalam telefon itu. Siapapun dia, aku dah tak hairan. Aku cuma nak luahkan apa yang disimpan di dalam hatiku selama ini.

“Saya tak suka awak buat saya macam ni! Saya tak suka!”

“Buat awak apa? Apa saya dah buat, hah?!” Celah Nick pantas. Matanya sudah mencerlung tajam ke dalam anak mataku. Aku memberanikan diri membalas pandangan itu.

“Saya tak suka awak bersama mereka! Saya tak suka awak bawak perempuan ke hulu ke hilir. Baju pun macam pakai baju adik diorang aje! Ketat nak mamam!” Bidasku pula. Naik turun pernafasanku menahan marah.

Dalam diam, Nick menyimpan senyumannya.

‘Bagus! Ini yang aku mahu! Akhirnya, dia luahkan juga. This is the moment that I have been waiting for.’ Hati Nick tersenyum riang meraih kemenangan. Ini yang dimahunya.

Riak Nick kulihat mula berubah menjadi tenang. Wajah yang kemerahan tadi sudah mula bertukar biasa. Ada senyuman di hujung bibir itu. Aku tidak tahu membezakan sama ada senyuman itu adalah senyuman sinis atau sebaliknya.

“Kenapa pulak awak tak suka? Apa hak awak untuk menahan segala perbuatan saya?”

“Se...sebab...” Kepalaku tiba-tiba ‘blank’. Tidak tahu macam mana mahu menjelaskan kepadanya. Langkah kaki Nick perlahan menghampiriku. Matanya jelas seperti menggoda. Serentak dengan itu, kakiku juga bergerak ke belakang. Cuba untuk menjauhinya. Aku gugup. Tak tertahan dengan hentakkan jantung yang bergetar kuat. Naik lemas aku jadinya.

“Sebab apa?” suara Nick berubah lembut. Penuh romantis dia menuturkan kata itu. Kakiku sudah terhenti tidak mampu ke belakang lagi dek dinding yang menghalang. Aku jadi tak keruan.

“Se..sebab...Ah! Yang penting, saya tak suka! Saya benci perempuan-perempuan plastik tu! Semua muka macam mata duitan. Langsung tak layak untuk Nick,” Dihujung ayat itu aku berbisik perlahan. Menggumam pada diri sendiri. Harap-harap Nick tak dengar apa yang aku gumamkan tu.

Kening Nick sudah berjongket. Kini senyuman menggoda dipamerkan kepadaku. Aku jadi cair melihat senyuman itu. Tiba-tiba, tawanya tercetus.

“Awak malu untuk mengakuinya. But, now I understand it. Really understand it now. Tak perlu ungkapkan pun, saya sudah faham. Risya, saya dah tak boleh tahan lagi dah. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Tak boleh! Saya tak dapat nak tipu diri lagi. I’m so in love with you, my dear,” Luah Nick ikhlas. Air mata yang kusimpan tadi akhirnya pecah jua dari tubir mata. Mengalir laju mendengar ayat yang begitu menyentuh hatiku. Betullah sangkaanku. Nick memang benar cintakan diriku. Aku juga begitu.

Aku terbangun dari lena yang lama. Mataku sudah kering dengan air jernih, kembali membasahi pipi. Aku mendongak melihat sekeliling. Aku tertidur di atas sejadah rupanya. Suhu sejuk di dalam bilikku membuatkan bulu romaku menaik. Mujurlah tubuhku dibaluti telekung labuh, mampu mengurangkan rasa sejuk yang mencengkam. Aku menonong di atas sejadah. Mataku ditala pada jam dinding. Sudah pukul 2 pagi? Lama benar aku tertidur di sejadah melayani rasa sedih di hati. Arghh! Kalau sudah masa beralih, maknanya tinggal 2 hari lagi aku akan menjadi isteri kepada Iz.

Aku menarik telekung dan aku lipatkannya. Badanku sudah sakit dek tidur di atas lantai begitu lama. Aku duduk di kaki katil. Mataku tertancap pada kad jemputan di atas meja di sisi katil. Tangan yang mahu mengambil kad tersebut terhenti. Aku kembali menarik tangan ke sisi. Disebabkan oleh kad undangan itu juga membuatkan aku nekad untuk meneruskan perkahwinan bersama Iz.

Hatiku mula hiba kembali. Aku mengambil kad undangan tersebut dan aku koyakkan sehingga menjadi cebisan. Aku menangis sekuatnya.

Pintu bilik ditolak secara tiba-tiba. Kak Hasnah terkejut melihat keadaanku. Dia meluru mendapatkanku. Kak Hasnah menarik tubuhku dan kini, tubuh ini didakapnya. Dia mengelus lembut rambutku.

“Sabar, Risya...Sabar...” Itu yang mampu diluahkan oleh Kak Hasnah masa ini. “Ingat Allah, Risya. Beristighfarlah banyak-banyak. Bersabar ya?” Pujuk Kak Hasnah ingin meredakan hiba di hati. Aku membiarkan sahaja kak Hasnah membelai rambutku. Kadang kala, bahuku pula diusapnya. Tangisanku masih setia menemani, sama seperti malam-malam sebelumnya.

4 comments:

  1. alaa sis.. xmo lar risya khwin ngn izz... nk nick jgak... uwaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...Kne tggu bab strusnya yee.. :D jeng3.. ;)

      Delete
  2. Nk Risya dgn Nick jgk.Biarlh Iz tu dlu dia wat Risya mnderita,so mesti da karma jgk jdi kt dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheee...yg pstinya org bwat jhat akn dblas jhat..dn baik akn dblas baik..kn? heee...

      Delete