Thursday, October 6, 2011

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 8 n 9


Bab 8

           
Setelah selesai solat, aku beredar ke taman bunga di kawasan rumah kebajikan orang tua ini.Sempat lagi aku melirik disekeliling taman tersebut.Cantik! Sebenarnya, aku langsung tidak berminat dengan bunga.Pelik kan?Perempuan seperti aku tidak berapa menyukai bunga.Tambahan lagi, dari dulu sampai sekarang,aku tidak pernah mendapat apa-apa pemberian bunga daripada lelaki. Aku beri bunga kat lelaki adalah!Hehehe…Aku kan mengejar sang kumbang,bukan bunga yang dikejar oleh sang kumbang.
            Di pondok yang berada di taman bunga itu, aku sudah melihat kelibat si dia. Mat Gajah Gatal!Aku berhenti seketika,ingin melihat kerenah dia dari jauh. Ditangannya ada sebungkus ais dan diletaknya di dahi yang sudah membenjol itu.Padan muka!Umpatku dalam hati.
            Dari jauh aku melihat mukanya yang berkerut menahan sakit di dahinya.Lama-lama tengok lelaki ini,timbul pula rasa simpati dan bersalah. Hai… Memang padan lah dengan mukanya seperti orang minta kasihan.Yalah, muka hensem macam tu siapa yang tak kasihan kan? Aku melihat kotak first aid ditangan dan aku pandang dirinya pula.Agaknya,kalau aku beri kat perempuan kat tepi jalan,memang sah ramai yang beratur nak tolong berikan ubat ni kepada dia.Lagilah si mamat gatal ni suka.
            Tanpa berlengah,aku mengorak langkah menghampiri pondok tersebut dan aku duduk disebelahnya.Aku memandang dirinya dan dia pula buat-buat tak tahu.
            “Nah!”Aku ajukan minyak gamat kepadanya setelah membuka kotak first aid yang aku bawa tadi.Aku tuangkan minyak tersebut ke kapas. Sempat lagi dia menjeling diriku disebelah.
            “Tak perlulah.Dah ada ais ni.” Katanya.
            “Sapulah minyak ni kat dahi tu.Kuranglah sikit biru kat dahi tu nanti.”
            “Tak perlulah cik adik,terima kasih je lah.Abang ni boleh buat sendiri.Guna ais ni dapatlah kecut sikit bengkak ni.” Aku mendengus.
            “Dah baik dah saya nak beri ‘perkhidmatan istimewa’ kat awak ni,awak tak nak pulak.” Dia menoleh memandangku dengan pandangan blurnya kerana tidak memahami kata-kataku.
            “Perkhidmatan istimewa?” lama dia berfikir.Tiba-tiba, terukir senyumannya.Hah,sudah! Dia fikir lain lah tu.Hai,tak ada benda lain ke lelaki ni nak fikir?
            “Hah!Jangan pulak awak fikir yang bukan-bukan.Maksud saya,beri perkhidmatan istimewa tu,saya nak tolong awak beri minyak ni nak kurangkan bengkak tu.Bukannya benda lain.”
            “Saya tak cakap apa-apa pun!” Jawabnya pantas,tidak lekang dengan senyuman kerang busuknya itu.
            Aku berdeham. “Lagi pun,hari tu pun awak ada cakap kat saya tentang ‘perkhidmatan’ awak tu masa awak tolong saya kat hotel.” Aku melihat dia terdiam seperti tengah berfikir.
            “Oh,time tu. Perkhidmatan tu awak maksudkan? Ok ok…Saya dah faham.” Dia mengangguk.
            “Tak apa lah.Benda tu dah lepas.Dahi saya ni sikit je.Dahi ‘bapak gajah’lah katakan.”dia menyambung lagi.Aku memuncungkan mulut ku. Dia memandangku lama.
            “Kenapa?Ada apa-apa kat muka saya kah?”Soalku setelah melihat dirinya lama memandangku semacam.Budak ni bukan boleh percaya.Sepantas itu,dia terus menggeleng dan meletakkan kembali bungkusan ais ke dahinya.
            “Ish awak ni…Kalau letak ais saje mana boleh baik dengan cepat.” Dia masih berdegil lagi. Lalu aku tarik bungkusan ais dari tangan nya dan sepantas itu juga aku letakkan kapas yang sudah diletak minyak tadi ke dahi nya. Perlahan-lahan aku sapukan minyak ke dahinya.
            Terasa ada mata yang merenungku,lalu aku alihkan pandanganku dari melihat dahinya dan melihat mata tersebut. Terkedu aku apabila tersedar rupa-rupanya,dia yang melihatku.Lama!Tiba-tiba, seperti terhenti pula masa ketika itu.Aku dan dia sama-sama memandang antara satu sama lain.Kedua-dua insan ini tidak berkelip mata memandang antara satu sama lain.
            Lama juga kami berpandangan,lalu aku cepat-cepat tersedar tapi aku tetap juga tidak mengalih mataku daripada melihat matanya. Cantik pulak mata mat salleh ni.Memang biru!Nak kata nama warna apa secara lebih terperinci,aku tidak tahu pula.Yang pastinya,dia memiliki mata biru yang cantik.
            Tanpa berlengah,aku menggerakkan tangan aku yang masih memegang kapas tadi dan aku tekapkannya ke dahi dia dengan kuat.Hah!Biar dia sedar!Dasar lelaki gatal!
            “Aduh!” Haa…Sedar pun kau ya,umpatku dalam hati.
            “Best tak perkhidmatan yang saya beri?Kalau awak nak rasa lagi,saya tekapkan dengan lebih kuat.”
            “Wei!Awak ni nak tolong ke tak nak?”
            “Mata tu boleh tak kalau tak pandang orang? Cubalah pandang orang lain.Tak pun pandang taman sekeliling ni ke?Yang nak pandang saya tu buat apa?”
            “Kenapa?Awak malu?”Cepat pula dia menungkas kata-kataku dengan soalannya pula.
            “Bukan. Cara awak pandang tu yang saya tak suka. Dari tadi awak pandang macam ada yang tak kena kat muka saya ni.Tahulah saya ni tak cantik! Janganlah pandang macam tu. Serius saya rasa saya tak suka.” Sebabnya, aku pernah berpandangan macam tu dengan seorang lelaki. Seorang lelaki yang bernama Iz,sambungku di dalam hati. Sedih rasanya apabila mengingatkan kembali adengan yang pernah terjadi antara aku dengan Iz. Sama dengan apa yang berlaku tadi.Aku dan Iz berpandangan lama.
            “Dah sapu sikit minyak ni,jangan pulak awak letak ais tu kat dahi.Biarkan beberapa minit.Kalau boleh,sapukan minyak ni banyak kali kalau nak kurangkan bengkak dan biru ni.Lepas tu,kalau nak kurangkan benjol tu,awak letak lah ais tu kalau nak sangat. Tak lama pun,nanti hilanglah.Tak apa,macam mana sekalipun,awak hensem jugak!” Dan sepantas itu dia tergelak. Aku memandangnya dengan teliti.Memang lelaki ini hensem tapi aku hanya pandang dirinya,kosong!Tiada apa-apa yang dapat menarik perhatian hati ini lalu aku alihkan pandanganku di sekitar taman.
            “Suka lah tu orang puji dia. Dah kembang sangat saya tengok hidung awak. Tak hensem lagi dah.” Makin galak pula dia ketawa.Mak aih,memang suka benar kalau ada yang puji dia.Memang boleh tahan perasan juga lelaki ini.
            “Awak memang saja-saja nak puji saya ke,ke ada maksud disebalik pujian tu?”
            “Maksud?Kalau saya cakap dengan ikhlas?”Tanyaku balik.
            “Mana tau,awak puji saya sebab awak tak nak saya marah kat awak atas apa yang awak dah buat kat saya ni?
            “Tak ada maknanya pun kalau saya puji awak sebab tak nak awak marah kat saya.Lagipun,kira fairlah! Hari tu saya jatuh sebab awak langgar saya.Sekarang, saya tertolak pintu,dan awak terlanggar pintu tu pulak!Jadi,satu sama.”Gelaknya sudah berhenti tetapi senyumannya tetap ada.Hai,sesiapa yang melihat senyuman dia ni,memang cair lah.Tapi bukan aku.Dah berlambak lelaki hensem yang aku pandang tapi seorang pun aku tak berkenan kerana hati ini sudah diisi oleh orang lain.
            “Baiklah cik adik.Kalau itu yang boleh buat awak rasa puas hati.Saya iye kan jelah.Happy?” Aku memandangnya sekejap dan aku memberi senyuman yang manis kepadanya.Manis ke?Entah lah,aku mana pandai senyum sangat.
            “Ok,that’s good for now.”
            “By the way,thanks sebab bagi baju tu kat saya.Tapi saya rasa tak senang hati lah.”
            “Tak senang hati?Kenapa pulak?Awak ni peliklah.Kalau perempuan lain,selalunya bila saya beri dierang hadiah,dierang ambik je.Gembira sakan je saya tengok.Awak pula cakap awak tak senang hati kalau dapat baju tu.Why?Nak cakap awak tak suka baju tu,baju tu awak pilih sendiri jugak.”           
            “Tak,saya suka baju tu sebab saya yang pilihlah kan?Tapi,saya tak suka kalau orang yang saya tak kenal bagi barang macam tu je.Bagi saya,saya rasa saya berhutang pulak dengan orang tu.Jadi saya tak senang hati.Selalunya kalau orang belanja saya sekalipun,saya akan belanja dia balik.Bagi saya,tu fair and square.Tak lah saya rasa berhutang.”Jelasku dengan panjang.
            Itulah prinsipku.Kalau orang beri wang,aku balas dengan wang.Kalau orang belanja,aku belanja balik.Kiranya,aku lebih suka memberi daripada menerima dan sikap aku ini aku dapat daripada ibuku yang suka memberi daripada menerima.Insya-Allah,orang yang memberi itu akan dimurahkan rezeki dan pahalanya,itu yang penting.
            Dia menggeleng seraya berkata, “Weird! You are weird. Banyak-banyak perempuan, saya tak pernah jumpa orang macam awak ni.”
             “Itu perempuan lain,tapi bukan saya.I’m not like them and that’s my principle!” sambungku tegas.
            Dia terdiam seketika. “Ok then.Awak nak saya buat apa pasal tu?” tanyanya lagi. “Emmm…Boleh tak kalau saya bayar balik baju yang awak dah bayarkan tu?” Tanyaku balik.
            “Ok,if you have your own principle,then, I also have one too.Saya takkan ambil balik benda yang dah saya bayar or bagi and that’s it! If you want me to respect yours,than you have to respect mine.Nanti apa kata orang,buruk siku kan?”Panjang benar ujarnya.
            Lama aku berfikir, “Awak betul-betul tak nak saya bayarkan?”
            “Nope,whether you like it or not.” Mak aih..speaking ‘London’ pulak mat salleh ni.Pekat pulak tu.
            “Jadi,kalau macam tu,boleh kalau saya bayarkan baju tu dengan cara lain?”
            “Cara yang macam mana?” lalu aku sambung, “Emmm…Dengan cara, belanja awak minum ke,tak pun makan?” Dan dia pun tersenyum.
            “Kalau macam tu,saya tak boleh nak tolak tuah kan?Alright,that can be accepted.Jadi awak nak belanja saya sekarang?”
            “Amboi,tak menyempat pula awak ni kan?” potongku.
             “Dah awak yang berikan idea gitu,tak kan saya tak nak pula.Dah orang sorongkan bantal kat saya,memang sah-sah lah saya tak tolak bantal tu.Mahunya dipeluk lagi ada lah.” Lalu dia mengenyit matanya.Heiii,ni yang aku tak minat ni.Memang gatal bebenarlah lelaki yang bernama Nick ni.
            “Fine,tapi, saya takkan belanja orang sesuka hati je tau.Lebih-lebih lagi orang yang saya tak berapa nak kenal.”
            “Aik?Tadi cakap lain,ni dah cakap lain?Ok,then, saya memperkenalkan diri saya.Kita belum secara rasminya kenal kan?Jadi,sekarang kita mulakan perasmian itu.Emmm…”Dia berdeham.
            “Hai,saya Nik Emil Bin Nik Baharuddin. Orang panggil saya,Nick sebab rupa saya macam mat salleh.Tapi memang pun, saya ada darah campuran.Mummy saya orang US,San Fransisco actually dan Papa orang melayu,pure Melayu.Kira saya ni boleh dikategorikan sebagai pan Asianlah.Umur saya pula…emmm..saya taklah tua sangat.Masih laku lagi seperti yang awak tau lah kan?” Menyampah betul dengan mamat sorang ni. “Umur saya 30 tahun dan saya rasa awak memang patut memanggil saya dengan panggilan yang lebih hormat macam abang,I guess?Lebih-lebih lagi saya tua daripada awak kan?” tersenyum-senyum,mengada!Sempat lagi aku mengutuk dia dalam hati.Tadi cakap tak berapa tua,sekarang dia cakap dia lebih tua daripada aku pulak!
            “Abang?Baik saya panggil awak pak cik kalau macam tu,since awak lebih tua daripada saya lah kan?”Memang pun dia lebih tua daripadaku.Aku berbisik di dalam hati.
            “Pak cik?Tak ada class lah panggil macam tu.Macam rasa terlebih tua pula.”Aik?Laki ni betul ke tak?
            “Saya peduli apa?Awak memang tua daripada saya pun.Jadi saya nak panggil awak pak cik! Pak cik saudara saya pun ada yang berumur dalam lingkungan 30 lebih tahun tau.”Ujarku. 
            “Kalau panggil ‘uncle’ tak pe lah jugak.” Lalu aku memotong. “I don’t care!Awak nak sangat saya hormat awak kan?Saya panggil awak pak cik!And that’s it!” Aku menjelirkan lidahku kepadanya dengan berkelakuan seperti budak kecik pula.Laa,aku kan memang budak kecik,hehehe…
            “Sukahatilah budak kecik!”Kan betul cakap aku.Dia pun mengaku aku ni budak kecik.
            “Awak nak tau apa lagi budak kecik?”Tanyanya.
            “Yang lain-lain saya tak nak ambil kisah pun.Tak penting,” matanya terjengil melihatku.Memang tak penting pun bagiku.Sekadar tahu nama dan usia sudah cukup.
            “Sekarang your turn to introduce yourself,” Aku memandangnya,“Saya Nur Erisya Binti Kamal. Umur du…” tiba-tiba aku berhenti.
            Teringat apa yang berlaku ketika aku pergi ke surau tadi.Sempat pula aku terserempak dengan Tok Idham ketika itu.
            “Isha dah solat ke?” Tanya tok Idham.Aku tahu, dia juga sudah selesai menunaikan solat. Aku yang tergesa-gesa ke surau setelah terlanggar Nick tadi segera menjawab. “Belum,ni nak cepat solat lah ni lagipun tadi ada hal. Isha terlanggar orang.”
            “Kamu terlanggar orang lagi ke Isha?”
            “Tak sengajalah tok,tadi Isha buka pintu lalu terlanggar orang.Dahinya terhantuk pintu yang Isha buka tadi.” Sempat pula aku menerangkan apa yang berlaku seketika tadi.
            “Heish kamu ni.Tak habis-habis nak melanggar orang.”
            “Bukan melanggar,ter-ter…Tak sengaja tok.”
            “Hmmm…iyelah,kamu pergilah solat.” Belum sempat tok Idham beredar,aku sudah memanggilnya kembali.
            “Tok,saya nak tanya sekejap boleh?”
            “Apa dia?” soalnya, “Tok kenal dengan Nick?Muka macam mat salleh tu.Dia yang Isha langgar tadi.”
            “Kamu langgar Nick?!”tok Idham nampak seperti terkejut mendengarnya.  
            “Ter-ter tok terlanggar dia.Tok kenal lah ye?Emmm…Tok,nak minta tolong boleh?Kalau dia soal tentang saya,tok jawab jelah saya ni budak sukarelawan yang selalu datang kat rumah kebajikan ni.Lepas tu kalau dia tanya pasal umur tu,tok tak payah beritahu dia.Kalau boleh cakap je lah saya ni budak sekolah ke…Ok?”Pintaku.
            “Kenapa tak nak bagitau pasal umur kamu tu?” aku menyambung lagi,“Tok,perempuan kan sensitif kalau tanya pasal umur ni.” Jawabku.Malas nak beritahu Nick umurku yang sebenar.Biarlah,benda tu tak penting.Sudah diriku dianggap seperti budak kecik,jadi biarlah dia beranggapan sedemikian.
            “Sukahati kamu lah Isya.Dah pergi solat,jangan pula tiang agama kamu langgarkan.Ni dah lewat dah.Baik cepat tunaikan solat tu.”
            “Yes,sir!” lalu aku berlalu meninggalkan tok Idham,ingin segera menunaikan kewajiban.
            Aku kembali ke realiti dan aku menyambung kembali kata-kataku tadi,”Emmm…umur saya masih muda lagi,dan macam yang awak cakap,saya ni kan budak kecik.Macam tu la.”
            “Aik?Nak berahsia pula?”
            “Perempuan, biasalah.Cuba awak tanya mana-mana gadis kat tepi jalan,dia nak ke tak jawab berapa umur dierang? Saya ni,awak dah sedia maklum,jadi tak perlu lah awak nak tahu.”
            “Ceh!Mengada-ngada.” Lalu aku menjeling dirinya, “ok,fine,budak kecik,as you wish.I won’t ask.” Malas mahu bertekak denganku agaknya,lebih-lebih lagi kami baru ‘berdamai’ lah kan?
            “Well,then, bila nak belanjanya?” aku merenung dirinya, “Well,saya akan belanja awak sedikit demi sedikit.Lagipun,macam yang awak cakap hari tu,saya kan tak mampu.”
            “Kalau gitu,tak payah lah belanja,” macam bunyi merajuk pula aku dengar.Dia merajuk?
            “Eh,saya tak kira.Saya kena bayar juga, tapi ni kena ansur-ansur lah.Ok?”Dia menjongket bahu.
            “Sukahati awak lah.”
            “Ok,pak cik ku,saya akan belanja awak dengan menghidangkan awak sedikit buah-buahan yang sudah saya kupas tadi.” Aku terus berlalu ke dapur dan mengambil buah-buahan yang sudah tinggal sedikit dan aku bawa ke taman tadi.Aku berikan pinggan yang ada buah oren dan anggur tersebut dan aku serahkan pinggan tersebut kepada nya.
            “Awak memang budak kecik.”katanya.Dia tersengih dan mengambil sebiji buah anggur dan dimasukkan ke dalam mulutnya.Aku hanya melihat dia makan sahaja.Tiba-tiba, dia menyuakan sebiji anggur kepadaku dan disuanya ke mulut ku.Terkejut aku dibuatnya dengan tindakan dia.Lalu saat bersama Iz dahulu terkenang kembali.           
            “Nah,awak makan lah.” Aku menjauhkan diriku sedikit.Tidak mahu dia menyuapku.Aku tidak ingin disuap oleh orang lain pula,lebih-lebih lagi dari orang yang playboy macam dia ni.Agaknya dah berapa ramai lah perempuan disuapnya.
            “Tak nak,saya dah makan tadi dengan dierang kat dapur tadi.Ni saya dah belanja,awak makanlah.”Aku menundukkan diri.Aku tahu dia tengah merenungku.
            “Alright,” dia mengambil buah oren pula dan dimakannya.Seraya menggigit buah oren,mukanya tiba-tiba berubah merah dan berkerut pula.
            “Masamnya!”
           
            “N A Na..sib..lah,”aku tergelak,dan dia pula asyik memerhatikan aku sahaja.Kenapalah dengan lelaki ni?Bukankah dia selalu melihat perempuan?Kenapa dia lihat aku ni macam dia tak pernah lihat perempuan sebelum ni?Padahal dirinya dikelilingi oleh perempuan.Ramai pula tu.Hai,nilah kesan daripada hantukkan pintu tadilah agaknya,gumamku dalam hati.
***





Bab 9

Pintu peti ais dibuka dan sekotak air susu coklat aku ambil. Aku tuangkan ke gelas ku dan aku tegukkan susu tersebut.
            “Kan aku dah cakap.Kau mesti ada jodoh punya dengan lelaki tu,” belum sempat nak telan air susu coklat tersebut,lalu tersembur keluar semuanya.Habis basah orang yang berada di depan aku ketika itu.Terdiam dengan kejadian yang berlaku seketika tadi.Kemudian sunyi sepi tadi dipecah pula dengan gelak ketawaku yang kuat.
            Aku kalau dah gelak,mahunya seluruh dunia boleh dengar.Hah..Jangan main-main tau. Macam speaker pecah aku rasakan.
            “RICHA!!!” Irah menjerit.Hah..Ni lagi sorang keturunan yang sama.Speaker apa aku pun tak tau.
            “Hahaha,padan muka. Cakaplah lagi benda yang tak masuk akal macam tu kat aku.Kan dah kena.Memang kenalah dengan muka kau yang hitam manis tu, ditambah dengan air coklet HL marigold ni.” Aku menggelakkan Irah yang tengah mengelapkan mukanya dengan kain di atas meja.Aik?Sukahati dia je pakai kain buruk tu lapkan muka dia.Ish ish ish.
            “Kau ni,lap pakai kain buruk tu apahal?Cuci muka tu,kotor lah!”
            “Kau lah yang pengotor!Ceridak!” balasnya.Tergelak aku mendengar perkataan bahasa Sarawak yang disebutnya itu, juga bermaksud pengotor.Macam mana dia tahu?Aku lah yang beritahu dia bahasa Sarawak tu.Lebih-lebih lagi kami ni dah lama bersama.Ada lah sedikit-sedikit bahasa Sarawak aku ajar kepadanya.
            Ketika itu, di rumah hanya ada kami berdua.Seperti yang aku sudah maklumkan,rumah ini diduduki oleh 6 orang perempuan.Itu dahulu,sekarang, tinggal kami berdua.
            Rakanku yang sepatutnya sebilik denganku sudah berkahwin dan menetap di Melaka bersama suaminya.Namanya,Hana dan suaminya, Saffuan,  juga merupakan kawan sekelas aku di UiTM Shah Alam.Heish,dierang ni, memang kahwin dengan orang yang dekat-dekat jugak.Ni,si Irah pun sama juga, mengikut jejak kawanku yang lain.
            Manakala teman sebilik dengan Irah, Nurul,kadang-kadang ada juga datang ke sini. Sekarang dia terpaksa menemani ibu bapanya di Langat, kerana abangnya berada di Terengganu atas urusan kerja.Kesian tinggalkan parents sorang-sorang katanya.
            Dua orang lagi yang tinggal bersama kami yang dulunya merupakan budak jurusan bisnes, sekarang ada seminar.Tetapi salah seorang daripada mereka juga seperti Nurul, tak mahu tinggalkan parents.Yalah, rumah mereka ada di sini.Maka senanglah untuk mereka datang dan balik ke rumah sendiri.Tidaklah seperti aku yang berasal dari Sarawak ni.Susah benar nak selalu balik rumah kecuali ketika cuti sahaja, lebih-lebih lagi aku sudah bekerja di semenanjung ni.
            Selesai mencuci muka,Irah kembali duduk di sebelahku.Aku pula segera menghabiskan susu coklat,takut terkena lagi kat budak sorang ni.Hehehe,kelakar bila teringat adengan tadi.
            “Eh,jadi Mat gajah gatal yang kau cakap tu ada kat rumah kebajikan tadi ya?”Soalnya.
            “Haah.Siap kena bagi hadiah istimewa dari aku lagi.”
            “Apa dia?” soal Irah pula. “Benjol kat dahi.” Aku tersenyum puas. Irah sudah menggeleng kepala.
            “Tak habis-habis korang ni.Hari tu,kaki kau yang lebam,sekarang kau balas dia dengan lebam dan benjol kat dahi pula ye?”
            “Orang buat jahat dibalas jahat cik kak oii.” Irah merenungku. Lalu berkata, “jadi korang dah berdamailah sekarang?”
            “Agaknya lah,” balasku singkat. Teringat tentang usulan tok Idham petang tadi,lalu aku cuba mengubah topik.
            “Haa,baru aku ingat.Tadi tok Idham ada cakap yang dia nak buat gotong-royong bersihkan kawasan rumah kebajikan tu.Jadi,aku nak ajak kau sekali dengan Nurul nanti.”
            “Bila?”tanya Irah.
            “Sabtu minggu depan,kalau kau free lah.Kalau boleh kau bawak lah si Afiq tu sekali.Ramai-ramai lagi bagus. Aku pun dah janji nak bawa kawan,aku cakap kat tok tadi.”ujarku.Irah berfikir sejenak.
            “Aku hari sabtu nanti memang free.Cuma plan kertas kerja ada sedikit yang perlu aku ubahkan.Lepas tu nak kena hantar kat orang atasan.”Sambungku lagi.Masih menunggu jawapan daripada Irah.
            “So how?” Irah seperti teraga-agak langsung menjawab, “Em..Tak pastilah Richa.Aku belum tengok lagi jadual kerja aku.Kau taulah kerja kat TM tu.Kalau hari ahad,tak apalah jugak.Memang cuti umum.”Aku memuncungkan mulut mendengar jawapannya.Emmm…Harap-harap dapatlah dia menemaniku.Kesian pula dengan orang-orang tua disitu.Mereka perlukan tenaga orang muda sepertiku.Mereka bukannya larat sangat.
            Seperti mengetahui apa yang terbuku di dalam hatiku, lalu Irah berkata, “Don’t worry.I check my schedule first,okay dear? Kalau pasal si Afiq,aku tak tahu lah kalau dia free tak.Kau kan sama kerja dengan dia,tak kan kau tak tahu dia free ke tak?”
            “Alah,tu Afiq,bukan aku. Pangkat dia tinggi sikit daripada aku.Aku ni sekadar tukang buat plan design je.Dia tu pula lain.Kerja dia berurusan dengan wakil-wakil dari syarikat lain.Macamlah kau tak tahu mulut dia tu.Speaker rosak sekalipun tapi berguna jugak!” Aku menerangkan perbezaan kerja antara kami berdua kepada Irah sekali lagi.
            Urusan kerjaku semua berkaitan dengan Auto Cad,di mana, segala plan perlu dilukis menggunakan program ini.Setelah selesai melakukan design tersebut,kertas kerja itu akan diberikan kepada pihak atasan untuk ditunjukkan kepada wakil-wakil dari syarikat yang berurusan dengan syarikatku.
            Kerja si Afiq pula lain.Kerjanya sering membuatkan dirinya sibuk dan kadang kala dia terpaksa keluar out station.Mulutnya itu memang hebat kalau bab-bab nak meyakinkan wakil-wakil dari syarikat luar Negara.Semetelah syarikat kami ini kebanyakannya mempunyai customer dari luar Negara.
            Kadang kala,aku juga perlu pergi outstation.Lebih-lebih lagi aku memang mahir dalam bab-bab melukis plan menggunakan program Auto Cad tu.Sekiranya ada perubahan dalam plan,maka, kelebihanku amat diperlukan.
            “Emm..” Irah berfikir sejenak lagi. “Hah,kenapa kau tak bawa abang kau?” Irah menyusulkan satu idea kepadaku.
            “Abang?” Tiba-tiba rupa si ‘abang’ terimbau diingatanku.Hmmm…Dia sibuk ke tidak ya?
            Abang yang dimaksudkan si Irah tu juga merupakan rakan sekelas yang aku kenal sejak semester 1 lagi.Walaupun kami sama umur,tetapi,kalau nak dibandingkan aku dengan dia,memang nampak jauh benar bezanya.
            Abangku itu tinggi orangnya dan berbadan sedikit besar. Disebabkan Hana lah panggilan ‘abang’ dan ‘adik’ itu muncul.
            Masih aku ingat lagi bagaimana adik-beradik ni muncul. Pada ketika itu kami pergi makan di salah sebuah restoren yang memang menjadi tempat kami makan tengahari. Memang selalu kami makan di sana. Dan ketika sudah mengambil lauk masing-masing,aku dan ‘abang’ku yang bernama Syed Hazif, dipanggil Hazif sahaja, pergi mencuci tangan.
            Apabila sama-sama ingin duduk,tiba-tiba Hana menegur, “Korang dari jauh nampak macam abang dan adik.Yalah,sorang pendek,sorang tinggi lampai.” Pada ketika itu,aku dan abang memandang antara satu sama lain. Kami tergelak mendengar kata-kata Hana.
            “Kalau macam tu Zif,kita jadi abang dan adiklah.” Lalu aku menyusulkan idea tersebut. “Okay jugak tu, Adik.” Katanya pula.
            “Makanlah,abang.” Kataku pula.Dari situlah panggilan itu masih kekal sampai sekarang.
            Abangku itu juga sebenarnya bekerja di syarikat yang sama denganku.Hai,macam tak ada syarikat lain ke?Tetapi aku dapat kerja di syarikat terkemuka itu juga disebabkan pak cikku.Dia yang menolongku dan ketika praktikal pun aku lakukan di syarikat tersebut.Kalau ada orang dalam memang senanglah ceritanya.
            Di samping itu,aku angkut sekali rakan-rakanku.Sebab itu lah Afiq dapat masuk sekali.Tetapi ketika itu Afiq menolak dan akhirnya dia memasuki syarikat tersebut dengan usahanya sendiri.Dia berhasil melepasi interview dari syarikat itu.Sebab itulah pangkatnya tinggi daripadaku.Mulut memang boleh tahan pun.
            Jadi,abang aku dan aku sendiri dapat bekerja di syarikat tersebut dengan bantuan pak cik ku. Jangan pula korang cakap aku ni bertuah benar.Macam senang je nak masuk.Ni usaha jugak tau.Aku diterima bekerja di situ pun sebab aku pernah praktikal di situ.Jadi apabila kena interview,aku tahu serba sedikit tentang syarikat tu.Jadi,jangan fikir aku ni senang-senang nak masuk syarikat ni.Susah jugak tau!
            “Hoi!” jerit Irah.Terperanjat aku dengan sergahan tu.Nasib aku ni tak lemah jantung,kalau tak,sah-sah nyawa aku ni melayang macam tu sahaja.
            “Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?” Aku tercengang-cengang tidak faham dengan kata-katanya.
            “Sah kau berangan lagi.Aku cakap,kalau abang kau tak dapat ekot,nanti aku deallah dengan orang kat pejabat tu kalau ada kerja yang aku nak settle kan dulu.Kalau dah settle,semua nya boleh je.Pasal Afiq aku tak janji lah.Lagipun,aku memang teringin juga buat kerja kebajikan ni.Kau ada bagitau Nurul tak pasal ni?Mana tau dia nak ekot jugak.”
            “Nurul?Emmm…Belum lagi,nanti aku call dia.”
            “Kau memang macam tu.Lambat benar nak inform budak tu.Kau takkan tak tau perangai dia yang suka merajuk memanjang.Nasib baiklah ada juga perubahan sikit budak tu.Tak ada lah nak merajuk panjang-panjang.” Faham benar dengan sikap kawanku yang seorang itu.Kuat merajuk dan sensitif orangnya.Tapi dia baik orangnya.Sikap kuat merajuk tu sebab dirinya yang merupakan anak bongsu.Lainlah kalau aku dan Irah ni.Kami berdua merupakan anak sulung.Cuma aku ni anak sulung yang manja lebih sikit.Hehehe…
            Tiba-tiba, handphoneku berbunyi. “Hah! Richa,mak kau tu.Jawablah.” Tahu benar dengan ringtone yang sudah aku setkan apabila ibuku menelefonku.Asalkan bunyi ringtone itu,memang sahlah ibuku.Ringtone lagu korea itu berkumandang di telingaku,lantas aku masuk ke bilik meninggalkan Irah di ruang tamu.
            “Hello.” Aku menyahut.
            “Assalamualaikum,” ujar ibuku setelah melekat handphone ditelinga ku.Aku menjawab salamnya.
            “Hah,kak,apa khabar?”Tanya ibuku.Jangan korang tak tahu,setiap malam ibuku ini pasti menelefonku.Kalau sehari tidak mendengar bunyi suaranya,lain pula rasanya.Kalaupun dia tidak menelefonku,pasti akan ada mesej darinya dengan menyatakan sebab kenapa dia tidak dapat menelefonku.
            Sejak aku meninggalkan ibubapaku ketika di matriks lagi, setiap malam akan adalah suara ini berkumandang di ceruk handphone ku.
            “Baik jak ibu,” bahasa Sarawak memang menjadi perantaran antara kami berdua.Takkan bahasa semenanjung pula.Tapi,aku translatelah jugak.
            “Kitak buat apa tu? Irah mana?Kamu berdua je ke?” Hah,sudah.Macam-macam soalan yang dikemukakan.Ibuku ini,memang senang risau tentangku.Yalah,anak perempuan satu-satunya kan?
            “Borak-borak jak ibu, dengan Irah.Memang kami berdua jak.”
            “Oh,yang lain mana?” lalu aku menjawab, “dierang ada seminar bu,Nurul balik Langat.” Senyap seketika.
            “Ibu, duit yang kamek bagi hari tu dah dapat terima? Ayah buat apa?Adik?” Tanyaku balik kepadanya.
            “Dah dapat dah.Susah-susah jak kitak beri duit tu.Duit sebelum ni,ibu belum pakai lagi.Masih banyak kat dalam akaun tu.Adik tengah borak-borak dengan ayah kat sini.”
            “Sik apa bu.Dah memang tugas anak perlu berbakti kepada ibubapa nya.” Aku menyatakan bahawa, tidak apa kalau aku memberi wang itu. Sudah tiba masanya aku pula memberi sedikit daripada wang ku kepada mereka.Tak luak pun kalau ambil sedikit daripada gajiku ini.Aku masih mampu menampung perbelanjaanku sendiri.Aku tersenyum sendiri.
            “Lagipun duit dari hasil jualan bunga-bunga pun masih ada.” Ujarnya.Aku teringat tentang kedai bunga yang dibuka oleh ibuku dan aku,hasil dari duit yang aku kumpulkan.Aku berikan kepadannya dan menyuruh dia membuka kedai bunga berdekatan dengan rumahku di Miri.Memang tidak dapatku lupakan betapa gembiranya ibuku apabila impian untuk memiliki sebuah kedai bunga sudah tercapai.
            Sekarang,bisnes itu telah dikendalikan oleh ibuku setelah pencen. Dapat juga menampung sedikit perbelanjaan mereka ketika ketiadaanku. Manakala adikku pula sedang bekerja di salah sebuah syarikat berkaitan dengan petroleum juga.Tetapi dia tetap ingin menetap di Miri tidak mahu berjauhan dengan ibu dan ayahku.
            “Ibu,kedai bunga macam mana?”soalku ingin ambil tahu serba sedikit tentang bisnes yang dilaburku bersamanya.
            “Banyak benar tempahan dari orang-orang yang nak kahwin bulan ni.” Kahwin? Terdetik hati ini apabila mendengar ayat kahwin itu.Oh,Iz.Dan seraya itu juga,ibu terdiam.
            “Kak,ibu dengar Iz dah kahwin kan?” Ibuku seperti tahu apa yang bergolak di dalam hati ini. Aku sudah mula resah apabila ditanya tentang Iz.
            Dari dahulu lagi aku cuba menyembunyikan perasaan aku terhadap Iz daripada ibuku.Tidak mahu ibu tahu tetapi yang peliknya,dia seperti sudah mengagak bahawa hubungan kawan antara aku dan Iz pasti akan menimbulkan perasaan di dalam diriku ini.
            Ibu memang sudah kenal juga dengan Iz.Yalah,sejak aku belajar di UiTM tu,tak ada kisah yang ibuku tidak tahu.Siapa rakanku,di mana aku pergi, bila,dengan siapa, memang semua dia akan tahu jugak.Memang takkan dilepasnya begitu sahaja anak perempuan dia ini, getusku.
            Jadi tidak hairanlah kalau tentang perkahwinan Iz pun dia tahu.Malah ketika konvo dulu pun,ibuku pernah berjumpa dengannya sekali. Comel,puji ibuku tentang Iz.Ibu memang suka benar dengan lelaki yang bernama Iz.Tapi ibu,dia bukan milikku.Hatiku tak pernah  disambut oleh nya,walaupun aku dan dia memang agak rapat juga.Aku merintih di dalam hati,terasa kosong sahaja apabila membayangkan Iz yang berpakaian pengatin hari itu.
            “Ya,ibu.”Tidak semena-mena,air mataku sudah luruh menggelongsori pipi. Hatiku perit memikirkan tentangnya.
            “Kak,sik apalah.Dia sudah milik orang.Tak perlu kakak sedih lagi ya.Pasti akan ada orang lain yang lebih baik daripadanya.”Aku hanya mampu mengangguk sahaja.Tahu ibuku tidak dapat melihat reaksiku,sambil menahan-nahan suara yang sudah mula serak-serak basah sebab menangis lalu aku jawab.
            “Ya,bu.Don’t worry,I’m fine really.Ibu,okaylah,mok tido.”Aku ungkapkan kepada ibuku dengan alasan aku mahu tidur.Tidak mahu dia tahu yang diriku sudah ditenggelami rasa sedih ini.
            “Okay,ingatlah anakku,pasti akan ada lelaki buat mu.” Ibuku memberi nasihat dan cuba menenangkan hatiku ini. Dengan itu perbualan kami disudahi dengan salam dan ibuku menjawabnya.
            ‘Klik’ sudah tiada lagi suara dari pemanggil.Aku yang masih kaku di katil,lalu badan ini aku rebahkan.Air mataku sudah mengalir tidak terkira.
            Ibu, aku tahu pasti ada orang yang dijadikan untukku.Tapi aku tidak tahu siapa.Siapakah lelaki yang akan menjadi milikku? Siapakah sanggup menerima diri ini?Siapa?Rintih hatiku.Aku melayan diri sendiri di samping tangisan yang menjadi teman rapatku.
Pada masa yang sama, di dalam kereta, Nick masih memandu.Sempat lagi fikirannya melayang mengingati adengan yang berlaku petang tadi bersama gadis yang bernama Risya itu.Terukir senyumannya yang manis apabila mengingati keletah perempuan yang pernah menjadi ‘musuh’nya tidak lama dulu.
            Comel! Pujinya dalam hati.Risya bukanlah dikategorikan sebagai perempuan yang hodoh.Dia juga ada rupa.Kecil-kecil cili api budak itu.Tercuit hatinya apabila melihat gelagat perempuan itu.Dia sempat mengenang kembali segala apa yang dilakukan Risya petang tadi.
            Segala perbuatan Risya diperhatinya.Risya tengah berborak-borak dengan orang-orang tua di rumah kebajikan itu, Risya tengah menyiram pokok bunga ditaman, Risya tengah mengurut kaki mak cik di bilik,Risya ketawa,Risya itu,Risya ini.Semua diingatnya kembali.Segala tentang Risya menarik perhatiannya.           
            “Kenapa dengan aku ni?” soal dirinya. Tidak pernah perkara sebegini berlaku kepada empunya diri itu.Pening kepala memikirkannya. Kereta yang dipandunya berhenti di tepi jambatan yang berdekatan dengan tasik di Putrajaya.
            Malam itu angin sepoi-sepoi bahasa.Mampu menenangkan diri siapa-siapa sahaja. Lalu dia membolos keluar dari keretanya ingin menikmati angin malam yang sejuk itu.Di sekelilingnya, ada juga orang-orang muda yang tengah melepak melepaskan tension mungkin.Tidak kurang juga pasangan yang sudah berusia.
            Memang kawasan ini sering menjadi tarikan pelancong.Lalu si lelaki berdiri memandang masjid Putrajaya dari jauh.Pemandangan yang cantik.Jika membawa pasangan, pasti romantik!Nick merenung lama ke arah tasik.
            Sering kali rupa Risya menerpa di fikirannya.Tiba-tiba,Nick tersenyum dan tergelak.
            “Gila apa? Kenapa perlu aku ingat rupanya?”soalnya. Pelik rasanya. Kalau nak dibandingkan dengan rupa Risya dengan kekasihnya yang berlambak itu,Risya pastinya akan kalah.Rata-rata pilihannya seperti model.Tinggi dan cantik.Tidak sama seperti Risya,yang kontot macam pokok bungsai.
            Terkenang kembali saat pertama kali bertembung dengan perempuan itu.Hatinya tergelak riang bila memikirkan kembali. Nick menggeleng-geleng. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari kocek. Dibukanya gallery dan ternyata ada satu gambar Risya disimpannya.
            Pada ketika itu,Risya tengah duduk-duduk bersama mak cik-mak cik di taman.Apabila ditegur tok Idham menyuruh dia menyiram pokok bunga di taman tersebut,lalu mukanya monyok.Mulut muncung sedepa,dan pada ketika itulah Nick mencuri-curi menangkap gambar Risya dari jauh.Persis budak kecik yang minta kasihan detik dirinya.Dia mengamati gambar tersebut.Ada sesuatu tentang perempuan ini yang menarik perhatianku,bisik hatinya.
            Masih tertanya-tanya apa yang menarik tentang Risya yang bisa membuat dia bengang.Dan fikirannya melayang mengingatkan tentang perbualan antara dirinya dan tok Idham tadi.
            Pada masa itu, Risya sudah lama pulang.Nick mencari-cari juga kelibat si Risya.Aik?Hilang dah budak kecik tu?Timbul soalan itu dalam diri.
            Tidak berpuas hati,dia pergi ke bilik kerani,ingin mencari tok Idham.Ketika itu dilihatnya tok Idham tengah meneliti surat-surat ditangan.Surat apa,tidak dia peduli. Bukan urusannya.
            Tahu diri si tua diperhatikan oleh si muda,lalu mata berkalih melihat si muda.
            “Hah,nak apa?Kalau ketuk pintu tu tak boleh ke?Tau ke aku ni tengah sibuk?”ditekannya sedikit ayat ‘sibuk’ itu kepada si muda.Bunyi seperti menyindir lagaknya.
            Nick terus duduk di hadapan tok Idham, “Tok,budak kecik tu mana?”
            “Kenapa kau nak tau pasal dia?” balas tok Idham dengan pertanyaan juga. Nick yang berdiam diri terus bersuara, “Saja nak tau.Emmm…” Nick seperti teragak-agak ingin bersuara.Tok Idham berasa ada sesuatu yang ingin Nick tanya.
            “Cakap je lah.Yang teragak-agak tu kenapa?”Sergah tok Idham.Terkejut sedikit Nick dibuatnya.Orang tua ini masih tidak mahu berlembut ke?Tanya hatinya.
            “Berapa lama tok kenal budak Risya tu?”
            “Dah 5 tahun budak tu ada kat sini.”jawab tok Idham dengan tegas.
            “Dia tu sebenarnya berapa umurnya? Budak sekolah ke tok?”Tanya Nick lagi.
            “Kalau kau rasa dia budak sekolah,hah,tulah dia.” Tok berdeham. “Lagipun apa nak dikira dengan umur? Tak penting.Yang penting hatinya ikhlas nak tolong orang-orang tua di sini,” sambung tok Idham panjang.
            “5 tahun…Kalau dah 5 tahun, kiranya…Emm, kalau sekarang umurnya 17 tahun, jadi dia ada kat sini sejak umur dia 12 tahun lah ya?!”
            “Kan aku cakap umur tu tak penting!”Sergah tok Idham lagi.Terperanjat Nick mendengar sergahan dari orang tua itu.Mahu jatuh jantung aku kalau asyik kena sergah dengan orang tua ini,rungut Nick dalam hati.
            Nick membetulkan suaranya dengan berdeham, “yalah tok.Usia tak penting,yang penting hati.”
            “Tau pun kau!Dari dulu aku dah ajar, takkan tak faham-faham jugak! Kau sama macam bapak kau.Tak reti-reti nak faham bahasa. Belajar pandai-pandai, aku ingat dah cerdik dah otak korang, tapi, benda ni pun masih tak faham?! Nak kena ajar lagi kah?!” kata tok Idham yang mula mahu meradang.
            “Rilek-rilek tok. Tu bapak saya,bukan saya.Sekarang saya faham,faham sangat.” Tidak mahu menyoal lagi tentang usia Risya. Dia ingin menenangkan tok Idham di depannya. Setelah beberapa minit kemudian,Nick ingin menyoal lagi.
            “Tok, dia tu tak ada parents ke? Asyik datang kat sini selama 5 tahun. Dalam 5 tahun tu, tak ada pula saya terserempak dengan dia.Pelik.”
            “Dia sukarelawan, datang ke sini.Ada masa dia datanglah,ada masa tidak.Tapi, walaupun dia ada mak bapak dia sendiri, dia tetap nak jumpa orang-orang tua di sini.Katanya ingin mengubat rindu.Sebelum ni, atuk dia meninggal,sebab tulah dia kerap datang ke sini,nak lepas rindu dengan orang tua.” Tok Idham menceritakan sedikit tentang sejarah Risya kepada Nick.Nick mengangguk-angguk.
            “Rajin juga budak tu kalau datang ke sini nak melawat kami.Tak macam kau!” sedikit menjerit tok Idham.Biar kau terasa, getus tok Idham. Nick menarik mukanya dan memandang kearah meja.Terdapat gambar Risya bersama-sama dengan orang-orang tua di situ.
            Kenapa aku tidak pernah melihat gambar itu?Padahal, sudah berapa kali juga dia datang ke rumah kebajikan itu. Ditenung lama muka Risya yang tersenyum girang di dalam gambar tersebut.
            Nick melihat gambar di dalam telefon bimbit I-phonenya.Tersenyum lama,lalu ditekannya nombor di telefon dan ditekapnya di telinga.
            Berdering telefon bimbit di meja tulisku.Aku yang sudah berhenti menangis merenung telefon bimbit yang tengah vibrate diikuti bunyi ringtone itu. Lalu dengan lemahnya aku mengangkat diri dari katil dan mengambil telefon tersebut lalu dijawabku tanpa melihat nama pemanggil.       
            “Hello,” jawabku. Hello juga dijawabnya.
            Pada masa yang sama,telefon masih ditekap ditelinga Nick tanpa bersuara.
            “Adik,” jawab si pemanggil. “Adik dah tidur?” Dia! Bisik hatiku.
            “Abang?” jawabku lagi. “Abang, abang kat mana ni?” soalku pula.
            Nick masih ditalian, “Ya,hello, boleh saya tau ni Risya ke?” Tiba-tiba,Nick terdiam.Suara orang cina yang tidak diketahuinya menjawab telefon ditalian. “Oh,sorry-sorry.Wrong number ye?Ok,ok,sorry-sorry.” Lalu ditekannya skrin.Cis!Tok Idham menipu dirinya. Pandai juga si tua ini menipu dirinya. Petang tadi sempat dia meminta nombor telefon Risya daripada tok Idham.
            “Kau nak buat apa dengan nombor telefon dia?”Soal tok Idham kepada Nick apabila nombor telefon Risya dimintanya.
            “Alah,tok,saya nak berkenalan dengan dia.Tok bagilah nombor telefon dia.Lagipun tok dah  lama kenal dia.Mana tau, kalau ada emergency kat rumah kebajikan ni, dapat la saya kontek Risya tu sekali.” Tok Idham mendengus lalu ditulisnya nombor telefon dikertas.
            Nick ingatkan nombor telefon yang diberi itu,benar-benar milik Risya.Rupa-rupanya,orang tua cina manalah yang menjawab telefonnya tadi.Cis,kureng! Bentak hati Nick. Agak-agaknya, tok Idham memang tahu perangai aku yang player ni ya?
            Apabila sudah ditipu sebegitu,Nick terus membuka pintu keretanya. Laju kereta itu beredar dari jambatan di Putrajaya itu.
            “Abang kat dah kat Subang lah dik.”Jawab abangku,Hazif. Terdengar ketawanya ditalian.
            “Abang kenapa?”soalku.
            “Adiklah,macam terkejut benar bila dengar suara abang ni.”jawabnya lagi.
            “Yalah,mana adik tahu,abang yang call tadi.Sebab adik main angkat je phone ni.Tak tengok pun nama abang kat phone.”
            “Kenapa dik?Suara adik macam sengau je abang dengar.Adik nangis ye.”Aku menengkup mulutku.Abang aku ni memang hebat juga soal meneka ni.
            “Adik,adik tak nak bagitahu abang ke? Adik sembunyikan sesuatu dari abang ye?” aku berdiam diri sahaja. Mata ku melirik ke lampu tidur di atas meja tulisku.
            “Dik,abang dah tahu pasal Iz hari tu.Maaf dik,abang tak dapat nak temankan adik.Kalau tak,mesti adik dah nangis depan-depan abangkan?” Tersenyum aku mendengar kata-katanya. Mata yang tadi sudah kering,mula merembeskan airnya lagi.Tapi cepat-cepat disekaku.
            “Tak apa bang.Semua tu dah berlalu.Malas nak fikir lagi.”
            “Yes!That’s the way that you suppose to do.Don’t think about him.Abang kan ada?”Tidak terkata diri ini dengan perhatian yang diberikan oleh abang aku ini.Hatinya memang lembut dan baik.Memang bertuahlah teman wanitanya. Namun, dengan layanan nya yang terlalu baik dan penuh perihatin itu, tidak pernah terdetik dihati ini ingin jatuh cinta kepadanya.
            “Hmmm…”Aku hanya mengiakan sahaja.
            “Adik, tak payah lah abang nak ungkit pasal tu. Ni abang nak bagitahu.Kerja abang dekat Thailand tu dah selesai.” Agak lama juga aku tidak bertemu dengannya. Patutlah Irah menyuruh aku membawa abangku ikut sekali menolong gotong-royong nanti.Rupa-rupanya abang aku sudah balik ke Malaysia.
            “Abang bagitahu adik dulu ke, ke Irah dulu?”Tanyaku ingin memastikan apa yang terbuku di dalam hati.
            “Abang bagitau kat Irah dulu.Sorry.” Walaupun aku yang dianggapnya sebagai adik, tetapi kalau soal ni, mesti Irahlah yang tahu dahulu.Irah dulu pernah bertakhta dihatinya.Tetapi Irah sudah ada Afiq, jadi dibiarnya sahaja.Namun,akhirnya dia bertemu dengan pengganti lain.
            Kekasihnya itu sudah lama melekat dihatinya sejak 5 tahun yang lalu.Lama benar mereka bercinta.Tapi tidak pula aku dengar yang mereka ingin merancang untuk bertunang atau kahwin.
            “It’s ok bang.Faham sangat dengan perangai abang tu.Tacing lah cam ni,”rengekku manja.
            “Aik?Tadi cakap it’s ok.Sekarang nak tacing pula?Adik abang ni…”ucapnya, ingin menyenangkan hatiku. Lama juga aku berbual dengannya. Ingatan tentang Iz sudah dilupakan seketika.
            Apabila sudah terasa mengantuk,lalu aku mengakhiri perbualan kami.
            “Ok bang,esok dah nak kerja dah.Abang pun tau kan?Abang tu, mesti cuti kan?”Soalku,cemburu juga dengan si abang yang terlepas dari kerja untuk esok hari.
            “Hehehe.Adik jangan jeles tau. Yelah, dah selesai kerja kat Thailand ni,abang minta la cuti sekejap.Penat lah.Baru je balik, dah masuk kerja.Tak nak lah.” Ucapnya.
            “Yalah tu bang.Ok, adik nak tidur.Ngantuk.Thanks ye bang call adik. Assalamualaikum.Good night.”
            “Ok,Waalaikummussalam my dear sis.Mimpi yang indah okay,bye.” Aku menamatkan talian dan menekan butang merah di skrin telefon bimbitku.Tersenyum aku memikirkan abang angkat aku yang seorang ini.Dia pasti akan berusaha untuk menceriakan aku balik.Biarlah yang lepas itu lepas, gumamku.Aku menarik selimut sampai ke dadaku.
            Apalah akan terjadi selepas ini, desis hatiku. Apa-apapun yang terjadi, semuanya pasti ada hikmah. Dan segala yang terjadi itu, pasti yang terbaik buat kita. Itulah ketentuan yang telah di tetapkan oleh Allah S.W.T. Lalu mata yang berat ini ditutup, sempat aku membaca doa tidur di dalam hati. Dan segala ingatanku tenggelam di alam mimpi pula.




No comments:

Post a Comment